51 15. MALAM PENGAKAP 1. Pendahuluan ➢ Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dan lain-lain. ➢ Malam Pengakap mungkin ada perhubungan dengan seni budaya Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri, sebagaimana yang dialami. ➢ Atur cara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dll. ➢ Semua itu bercorakkan seni budaya pengakap. Untuk perhatian bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti persembahan yang diadakan di atas pentas. ➢ Persembahan Malam Pengakap itu adalah bergantung kemampuan setiap kumpulan pengakap itu sendiri. 2. ‘Campfire’ ➢ Untuk makluman, Malam Pengakap berbeza sedikit corak dan aturcaranya dalam temasya ‘Campfire’. a. ‘Campfire’ menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh pengakap-pengakap yang mengambil bahagian) b. Malam Pengakap tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang dinyalakan di sekeliling kawasan Malam Pengakap ➢ ‘Campfire’ (Unggun Api) biasanya digunakan dalam temasya perkhemahan di hutan, di tepi pantai dan sebagainya.
52 ➢ Faedah unggun api :- i. Menjauhkan nyamuk dan agas ii. Memanaskan badan semasa sejuk iii. Menjauhkan binatang buas iv. Boleh dijadikan tempat memasak air atau memanggang ikan, roti dll 3. Persembahan Malam Pengakap atau Malam Kebudayaan Pengakap a. Mempunyai susunan aturcara b. Mengadakan latihan dan menguji bakat c. Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan d. Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan 4. Tujuan mengadakan Malam Pengakap ✓ Untuk menghilangkanrasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari dalam perkhemahan. ✓ Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua-ketua dengan taat setia. ✓ Mencungkil bakat seseorang pengakap. ✓ Melatih bekerjasama dan tolong menolong. e. Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua) f. Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri g. Malam Pengakap bukan untuk bermegah-megah, hanya untuk diri sendiri h. Yang penting ialah mematuhi undang-undang pengakap dalam semua perkara
53 5. Mengapa diadakan Malam Pengakap Sudah menjadi satu tradisi kegiatan dalam kumpulan pengakap : a. Menyambut sesuatu temasya yang ada hubungan dengan pengakap b. Meraikan tetamu atau pelawat dalam satu perjumpaan pengakap c. Jenis Malam Pengakap diadakan :- i. Malam Pengakap (Malam Kebudayaan Pengakap) Kumpulan ii. Malam Pengakap Daerah iii. Malam Pengakap Gabungan iv. Malam Pengakap Negeri v. Malam Pengakap di Jambori Pengakap ❖ Memberi galakan secara langsung atau tidak langsung kepada Pengakap Kanak-kanak supaya menyertai Malam Pengakap. Supaya mereka lebih awal mendapat latihan dan galakan sebagaimana abang-abang mereka. Ini adalah kerana mereka juga akan menjadi dewasa. ❖ Perasaan ingin bersuka ria/gembira Setiap AKELA (Pemimpin Pengakap Kanak-kanak) seharusnya mengambil perhatian terhadap perasaan dan jiwa kanak-kanak. Ini adalah kerana mereka mempunyai perasaan semulajadi ingin merasa gembira dan bersukaria dan ingin tahu sesuatu, amak berikanlah mereka suatu hiburan tersendiri iaitu “Malam Pengakap Kanak-kanak” 6. Malam Pengakap Kanak-kanak ➢ Kalau kumpulan pengakap ada Malam Pengakap, maka kumpulan pengakap kanakkanak juga boleh mengadakan satu temasya seumpama itu. ➢ Semasa malam pengakap kanak-kanak, AKELA (pemimpin) mestilah berusaha dan bertanggungjawab serta bijak untuk mengubah suai acara supaya seimbang dengan jiwa dan peringkat umur serta kebolehan kanak-kanak.
54 16. LAGU PENGAKAP LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan
55 YIPI YEE Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam TEPI GUNUNG tepi gunung air terjun tempat orang bermain tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang betis bagai beting padi tak jemu mata memandang tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah tapi sayang ani pergi hati ani berubah Senaman monyet satu ekor monyet (2x) gayut atas pokok (2x) garu2 pinggang goyang2 pinggul
56 TARIAN GAJAH Bila bunga kembang berseri seekor gajah keluar menari lenggok ke kanan lenggok kekiri lalu menjemput seekor gajah lagi MANDOLO Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, DI SINI BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
57 APA GUNA KELUH KESAH Apa guna KELUH KESAH* (2X) pengakap tak pernah KELUH KESAH* apa guna KELUH KESAH* *MALAS - MALAS *TIDUR MALAM *GOSOK GIGI *MANDI PAGI *MAKAN NASI MENTAH *GADUH GADUH KE UNGGUN API (lelaki) Ke manakah sayang tujuan kita pergi Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini (perempuan) Terserah padamu ke mana engaku mahu Bilang dulu sama ibu Bilang dulu sama ibu (lelaki) Bagaimana kalau kita ke unggun api Ramai pengakap berkumpul di sana (perempuan) Dengan hati rela kupergi bersama Tapi jangan lupa kembali segera (bersama) Marilah bersama kita ke ungun api Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
58 OPEK-OPEK Opek opek opek opekkkkk Buat sehabis baik Opek opek opek opekkkkk kami buat sehabis baik Anak ayam turunlah lima (opek-opek) mati seekor tinggallah empat Anak ayam turun lah satu lari-lari terlanggar batu...habis DI SINI KITA BERKUMPUL Di sini di sini kita berkumpul Salam salam salam salam salam …hoi Here we are here we are here we are again} 2 x Hello hello hello hello hello …hoi Nang kene nang kene ketemu lagi} 2 x Kabare kabare kabare kabare kabare…hei Chai che li chai chi li wo men chai chi li} 2 x How ma how ma how ma how ma how ma…hoi
59 17. IKHTIAR HIDUP DEFINISI IKHTIAR HIDUP Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisi sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the will to live, to outlive, the will to survive, state of continuing to live dan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. SITUASI - Kehabisan bekalan makanan dan minuman - Ancaman hidupan liar - Masalah perlindungan PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP - Penggunaan alam sekeliling - Berkeyakinan - Berprinsip - Bekerjasama dalam kumpulan - Berkemahiran tinggi - Tidak mudah putus asa UNDANG-UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP - Menyediakan tempat perlindungan - Menghidupkan api - Mencari sumber makanan - Rehat yang mencukupi
60 OBJEKTIF MEMPELAJARI IKHTIAR HDIUP OBJEKTIF Kognitif • Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit dll • Memperolehi pengetahuan melalui alam semula jadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca air. • Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup. Psikomotor •Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan daripada bahaya. •Mancari dan menggunakan sumber alam semula jadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. •Dapat bertindak dengan cepay dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. Afektif •Membina keyakinan diri untuk terus hidup •Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab •Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menikmati keindahannya.
61 KEMAHIRAN DAN TEKNIK IKHTIAR HIDUP Beberapa teknik dan kemahiran ikhtiar hidup yang dianggap penting dan boleh membantu di saat menghadapi situasi kegentingan adalah seperti berikut: KEMAHIRAN MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA / MEMBUAT PONDOK Beberapa pertimbangan haruslah diambil kira oleh individu untuk membina tempat perlindungan sementara di dalam hutan. Pondok hutan ini adalah sebahagian daripada kemahiran yang perlu ada pada seseorang jika mengalami masalah di dalam hutan. Perkara berikut perlu diberi perhatian: ❖ PEMILIHAN TEMPAT -Keselamatan daripada binatang buas dan serangga -Kemudahan mendapatkan bekalan dan sumber air -Kemudahan mendapatkan sumber makanan Kemudahan untuk mendaptkan sumber untuk membina pondok. ❖ SUMBER ATAU BAHAN UNTUK MEMBINA PONDOK: -Rotan atau akar untuk menggantikan tali -Daun-daun yang lebar untuk membuat atap dan alas tempat tidur -Banir pokok sebagai dinding atau penghadang ❖ JANGKA MASA KEDIAMAN Jangka masa pendek memadai dengan membina secara sementara sahaja (kurang kukuh) Jangka masa panjang memerlukan pembinaan yang lebih kukuh ❖ MAKANAN ➢ Buah-buah hutan,pucuk kayu, Ikan dan kerang & binatang dan burung ❖ BILANGAN ANGGOTA ➢ Untuk satu orang & Untuk lebih daripada dua orang.
62 JENIS-JENIS PONDOK -Pondok pelindung angin Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘V’ terbalik. Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang. Bumbung boleh dibuat dari pelbagai jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit, kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai. -Pondok Pisang Sesikat Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang. Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang. Bumbung dibuat curam kebelakang. Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar). Pondok ini juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja. Di mana bahagian bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit. -Pondok satu minggu Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta mempunyai tangga.Berbumbong seperti pondok yang lain. Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap. Pondok ini baik kerana boleh didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi. Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu minggu. Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas. -Pondok Atas Paya Pondok ini didirikan sama sahaja bentuknya dengan pondok satu minggu. Perbezaannya cma pondok ini didirikan dengan tiang yang tinggi melebihi tinggi satu orbg berdiri. Bahagian-bahagian yang terdapat dalam pondok ini terdiri dari bumbung, tiang, lantai dan tangga. Dibahagian bawah pondok disediakan gelagar tempat memasak. Pondok ini dibina bagi mengelakkan dari kawasan berair. -Perlindungan semula jadi Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua , banir pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh. Walau bagaimanapun pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan. Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang,sarang serangga dan sebagainya.
63 KEMAHIRAN MEMASAK TANPA ALAT Dalam konteks ikhtiar hidup kemahiran memasak tanpa alat amat perlu dipelajari dan dipraktikan oleh semua orang. Pengetahuan tentang ilmu hutan telah membuktikan persekitaran luar mempunyai banyak bahan untuk menggantikan perlatan harian. Antara bahan yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang, buluh, ubi kentang, tanah liat, ubi keledek dan berbagai bahan lain. - Memasak nasi menggunakan buluh Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi. Teknik yang digunakan sama seperti memasak lemang. Seruas buluh dipotong dan dibersihkan. Ambil daun pisang muda dan gulungkan lalu masukkan ke dalam ruas buluh, Kemudian masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut. Semasa memasak, tutup lubang buluh dengan menggunakan daun. Setelah air menjadi kering, kayu api perlu disuraikan bagi mengelakkan nasi menjadi hangus. Nasi juga boleh dimasak menggunakan ruas buluh yang diletakkan secara melintang. Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya. Buatkan pemegang. Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air bagi mengelakkan nasi menjadi keras atau sebaliknya. - Memasak Nasi dengan menggunakan daun pisang atau menggunakan skaf Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan rendamkan beras terlebih dahulu.Jika telah kembang bungkuskan beras tersebut dengan daun.Kemudian ikatkan dengan ketat. Beras yang telah siap dibungkus bolehlah direbus menggunakan buluh atau bekas lain. Sementara itu teknik memasak menggunakan skaf atau kain ialah dengan cara membungkuskan beras yang telah direndam tadi. Kemudian basahkan kain / skaf tersebut sebelum ditanam. Buatkan lubang yang tidak berapa dalam sekadar menimbus skaf tersebut. Kemudian pasangkan api di atasnya. Adalah baik jika di masak di atasnya terdapat bara api yang kuat. - Memasak telur dalam keledek atau ubi kentang Potong sebiji ubi keledek atau ubi kentang yang lonjong kepada dua bahagian, kemudian korek sebahagian isi di dalamnya. Masukkan telur ke dalam ubi tersebut dan tangkupkan dengan sebatang kayu halus. Kemudian mesukkan ubi ke dalam lubang yang ditutup dengan penutup tin biskut yang mempunyai arang bakar di atasnya.
64 - Memasak telur menggunakan batang pisang Batang pisang boleh digunakan untuk merebus telur. Potong batang pisang dan buangkan bahagian dalamnya. Lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal. Masukkan telur ke dalam batang pisang tersebut dan tangkupkan kedua-dua batang pisang tersebut. Kemudian ikatkan dengan tali yang mengambil masa yang lama untuk terbakar. - Memasak telur di dalam tanah atau disalut dengan tanah liat Telur yang telah disalut dengan tanah liat di masukkan ke dalam api atau bara api yang masih kuat.Apabila tanah liat telah kering, satu letupan kecil akan kedengaran untuk menandakan telur tersebut telah masak. Selain itu kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan membuat lubang kecil pada tanah dan masukkan telur tersebut. Tutupkan lubang tersebut dengan tanah.Kemudian pasangkan api di atasnya. - Memanggang burung, ayam dan ikan Burung atau ayam yang hendak dipanggang dibungkus dengan tanah liat tanpa membuang buluhnya. Kemudian masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak bulu ayam atau burung akan tertanggal daripada kulitnya dan melekat di tanah liat. Selain daripada itu ikan atau daging juga boleh dibakar di atas bara api. Caranya dengan mengpitkan ikan atau daging tersebut dengan sebatang buluh yang telah diubahsuai sebagai penyepit. Masak di atas bara api bagi mengelakkan masakan tersebut menjadi hangus.Daging atau ikan menjadi lebih sedap lagi jika dibubuh dengan perasa seperti garam, kicap dan sebagainya. - Membuat roti ‘twist’ Roti ini dibuat daripada tepung gandum yang telah diuli dengan sedikit garam dan air. Sebatang buluh atau kayu kecil digunakan untuk melilit tepung tersebut.Semasa melilit tepung tersebut pastikan ianya tidak terlalu tebal kerana jika tebal bahagian di dalamnya akan menjadi lambat masak. Jika perlu majerin atau keju boleh disapulan di bahagian atasnya apabila telah masak bagi menambahkan keenakkannya.
65 KEMAHIRAN MENGHIDUPKAN API Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan untuk menghidupkan api iaitu: i. Ranting kering – Ranting yang digunakan untuk menyalakan api ii. Kayu lambat terbakar – Kayu yang menghasilkan bara untuk memanggang iii. Kayu cepat terbakar – Kayu yang terbakar dengan kuat. Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering, jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba. Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘bunga jarau’. Gunakan bahagian dalam yang kering. CARA MENGHIDUPKAN API CARA KUNO dapat dibuat dengan menggunakan kaedah berikut: Geselan buluh dengan buluh ❖ Buluh = buluh yang betul-betul kering atau dijemur hingga kering. Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. ❖ Tempat tersebut diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang lagi buluh (sama besarnya) dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan kedua-dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. ❖ Kemudian ambil sebatang buluh lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata parang. Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam pada buluh yang telah dicantumkan tadi. ❖ Pada permulaan buluh digeselkan dengan perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi panas akan mengeluarkan api. Api itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan, cara untuk mengetahui
66 bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran. PANAH DENGAN BUSAR (KAYU DENGAN KAYU / KAYU DENGAN BULUH) Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu: i. Bahagian Panah Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu sebagai pengimbang. ii. Bahagian kedua (Pelapik) Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan. Gobek Api ❖ Cari teras kayu yang keras seperti cengal,meranti dan sebagainya. ❖ Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang 3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk dijadikan anak gobek. ❖ Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut, dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok. ❖ Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek ❖ Pembalik cahaya Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup panas dan terus membakar.
67 Kemahiran Membina Jerat/perangkap dan alat tangkapan Kemahiran membina jerat/perangkap dan alat tangkapan juga amat perlu diketahui oleh individu yang gemarkan kegiatan luar. Malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu di dalam hutan atau kawasan pergunungan dengan kemahiran yang ada sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko yang dihadapi. Banyak sumber alam sama ada di kawasan hutan dan pergunungan yang dapat dijadikan alat untuk membuat jerat dan alat tangkapan lain. Antara bahan yang biasa digunakan adalah seperti buluh, rotan, anak kayu dan akar kayu. Sementara bahan-bahan yang boleh dijadikan umpan seperti buah-buahan, denak dan benda yang busuk (bangkai haiwan) Jenis Jerat dan alat tangkapan ➢ Lukah untuk menangkap ikan ➢ Bubu ➢ Serkap ➢ Jerat bidas ➢ Jebak ➢ Getah Terap ➢ Lembing untuk menangkap ikan ➢ Jerat lubang ➢ Jerat bakul atau kotak
68 PERANGKAP TERBAHAGI KEPADA DUA: i. Perangkap berumpan Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut. ii. Perangkap tidak menggunakan umpan Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.
69 18. PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Aktiviti ini diadakan bertujuan agar Pengakap dapat bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu. Guru penyeleras Persatuan Pengakap tidak digalakkan untuk mengadakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan menimbulkan kebosanan. Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan perlu disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu. Aktiviti terbahagi kepada dua jenis: a) Aktiviti Dalam b) Aktiviti Luar AKTIVITI DALAM Diadakan di dalam bilik yang sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den) 1. Lakonan Bisu Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan oleh Pengakap) Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.
70 2. Simpulan Alatan: tali, bangku. Pengakap dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya, ketua patrol memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku, kemudian disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, Simpul Lapan Berganda dan diakhiri dengan Simpul Tindih Kasih. Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti/kebolehan masing-masing. Pengakapdisuruh menutup mata mereka dengan skaf dan apabila satu nama simpulan diberi, mereka dikehendaki membuatnya dengan pantas dan apabila sudah siap, angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut. Markah diberikan kepeda yang betul. 3. PermainanKim Deria Lihat Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis) Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat khabar. Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu menyenaraikan objek yang dilihat. Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalam kotak/karung. Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1 atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan Pengakap itu bolehlah berbincang dan menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul. Deria Sentuh/raba Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll. Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam patrol tersebut menyentuhnya, mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut.
71 Deria Dengar Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan lainlain.) Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap boleh membuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik. Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yang telah didengarinya tadi. Deria Hidu Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi, minyak rambut dan sebagainya. Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya. Deria Rasa Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb. Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakan itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya. 4. `Baloo’ di mana kamu Alatan: Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung. Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi bergelar ‘Mowgli’. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya. 5. Melukis gadjet/projek perintis Pengakap disuruh melukis gadget-gadget yang terdapat dalam satu perkhemahan ke dalam buku log mereka. Selain daripada melukis gadget, mereka boleh melukis projek-projek perintis (pioneering) seperti menara, jambatan, pintu gerbang dan lainlain.
72 6. Membaca peta Alatan: Peta Topo dan kompas. Setiap patrol diberi peta yang serupa (lebih elok setiap Pengakap diberi setiap seorang) dan mereka diberi beberapa soalan (tugasan), misalnya: mencari grid beberapa tempat (sekolah, masjid, balai polis dll), memberi grid kedudukan (RG) tempat itu untuk dicari dan ditandakan nama tempat tersebut, beri bering dari satu tempat ke satu tempat, menamakan kawasan jenis tumbuhan yang terdapat, sumber ekonomi, pekerjaan penduduk setempat, tanaman utama di sesuatu kawasan dsb. 7. Ilmu Pengakap Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am Pengakap, misalnya, sejarah Pengakap, simpulan dan ikatan dll. Soalan berbentuk subjektif atau objektif boleh disediakan. Selepas menjawab semua soalan itu, Pengakap menukarkan kertas jawapan dan memeriksa jawapan bila pemimpin memberikan jawapan yang betul bagi soalan itu. 8. Kepala dan Ekor Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin. Apabila pemimpin menyebut `kepala’, Pengakap yang di hadapan tidak bergerak tetapi kawan-kawan yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari ke hadapan sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di hadapan tadi, dan balik semula ke tempat masing-masing. Begitu juga apabila pemimpin menyebut `ekor’, Pengakap di belakang sekali tidak bergerak, tetapi kawan-kawaan yang lain dalam pasukan akan berlari ke belakang sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing. Mana-mana pasukan yang pertama sampai serta berbaris dengan lurus, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalam barisan itu sehingga tamat permainan. 9. Harta Tersembunyi Ahli Pengakap disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buah-buahan dll. Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.
73 AKTIVITI LUAR Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. 1. Mendirikan Khemah Pengakap diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh Pengakap menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah malam dan keadaan gelap gulita. 2. Latihan Kecemasan Sebelum mengadakan aktiviti ini; pastikan semua Pengakap sudah dilatih dengan kemahiran pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, lemas dll pada kertas tugasan dan serahkan kepada ketua patrol untuk menjalankan aktiviti tersebut bersama patrolnya. 3. Merintis (Pioneering) Pastikan semua Pengakap sudah mahir dengan ikatan dan simpulan. Gunakan tali yang sesuai apabila membina sesuatu projek perintis. Pastikan projek itu selamat sebelum mencubanya. Ketua patrol boleh merujuk kepada carta-carta atau modelmodel projek yang hendak mereka bina. Selain daripada membuat projek, Pengakap boleh juga membuat jgadjet yang berguna dalam sesuatu perkhemahan. Ini adalah satu latihan yang amat berguna kepada Pengakap kerana ia dapat memahirkan simpulan dan ikatan mereka. 4. Mengikut Jejak (Tracking) Aktiviti ini adalah untuk menduga pengetahuan tentang tanda-tanda kejadian hutan yang boleh dijejak dan dibinanya sendiri. Pengakap boleh memahirkan pengetahuannya dengan menggunakan kayu, lalang/rumput, batu sebagai membina tanda-tanda kejadian hutan tersebut. Selain daripada itu, benang atau kertas warna juga boleh digunakan. Taburkan benang atau kertas warna mengikut jalan yang ditentukan untuk dilalui oleh Pengakap. Cara yang ketiga ialah dengan mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan kesan. Pastikan ada kesan di atas tanah supaya Pengakap dapat menjejakinya.
74 5. Orienteering Sebelum mengadakan aktiviti ini, adakan latihan menggunakan kompas dan peta (terutama peta topo). a) Route Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan yang telah ditetapkan. Salin perjalanan itu daripada peta yang ditunjukkan. Dalam perjalanan itu, Pengakap ditugaskan untuk menandakan stesyen-stesyen tertentu sebagai tugasan dalam peta lakaran mereka. Satu had masa hendaklah ditetapkan. b) Projek Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan setelah menyalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesyen, mereka dikehendaki membuat sesuatu aktiviti, misalnya: mengutip duaa jenis daun, buahbuahan, serangga dll. 6. Harta Karun Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang, gulagula (sebagai `Harta Karun’). Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan Pengakap mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun’ itu. 7. Nature’s Hunt Pengakap dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daun, buah-buahan, bunga dll. Tuliskan arahan/tugasan di kertas dan masukkan ke dalam sampul surat. Lebih elok adaakan satu cerita, misalnya: “Wahai pehlawan-pahlawan yang pengecut, tibalah masanya untuk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan benda-benda sebagai ubat:- Seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang, daun ketapang, lalang, buah jambu ... Benda-benda yang dikehendaki hendaklah yang boleh didapati/perolehi di kawasan itu dan senarai yang diberi kepada setiap patrol hendaklah berlainan/berbeza. 8. Night Orienteering Aktiviti ini sama seperti Orienteering tetapi ia dilakukan pada waktu malam. Pastikan Pengakap itu berpakaian uniform lengkap dan membawa lampu suluh: satu lampu di hadapan dan satu lagi di belakang patrol.
75 9. Night Stalking Aktiviti ini diajalankan pada waktu malam dan semua Pengakap dikehendaki beruniform lengkap. Mereka dikehendaki mengekori seorang yang akan menjalankan beberapa gerakerja di sesuatu tempat. Pada bila-bila masa, orang itu akan menoleh ke belakang untuk menangkap Pengakap yang mengekorinya/yang mengintipnya. Pengakap itu pula hendaklah bersembunyi apabila orang itu cuba menangkapny. Pada akhir aktiviti ini, Pengakap itu hendaklah melaporkan gerakerja yang dilakukan oleh orang yang diintip itu. Sementara orang itu pula, dikehendaki melaporkan jumlah Pengakap yang dia dapat lihat dan markah akan ditolak bagi setiap Pengakap yang dapat dilihatnya. 10. Mata Angin Sebelum itu, tentukan arah mata angin yang betul iaitu UTARA< SELATAAN< BARAT dan TIMUR. Tiap-tiap patrol berbaris menghadap ke arah UTARA. Ketua patrol berdiri di hadapan dan Penolong Ketua Patrol berdiri di belakang patrol. Bila pengakap mendengar `SELATAN’ – mereka hendaklah melompat dan berdiri menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati Pengakap itu menghadap ke arah lain maka dia dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula. Bila didapati semua Pengakap dalam suatu patrol itu telah dihukum duduk, patrol itu diisytiharkan kalah. 11. Komando Lawan Komunis Pengakap dibahgikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis. `Nyawa’ mereka ialah skaf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendaki merebut skaf yang ada di kepala musuh mereka. Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila `nyawa’ dicabut, mereka diisytiharkan `mati’ dan terkeluar daripada permainan. Yang `mati’ tidak dapat bermain lagi. Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan bersilat atau bertumbuk tidak terjadi. Bila mereka menang, wisel ditiupkan dan kehendaki berkumpul. Kiraan mata dibuat untuk mengetahui pemenangnya. 12. Waterloo Aktiviti ini adalah serupa dengan persaingan di atas tetapi setiap Pengakap diberi plastik/belon yang berisi air berwarna sebagai peluru. Setiap seorang boleh diberi 3 – 5 beg plastik. Pengakap dikehendaki berpakaian riadah dan permainan elok dijalankan sebelum rehat mandi. Sesiapa yang terkena tembakan (badannya didapati basah) tidak dapat berlawan lagi atau dikira `mati’. Permainan ini boleh dimainkan pada waktu malam supaya Pengakap boleh bersembunyi atau melarikan diri jika diserang.
76 13. Ibu Ayam Seorang Pengakap menjadi `helang’ dan pemimpin/ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Pengakap dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung (patrol itu) berlari ke arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’. 14. Bercerita/Membawa Pemimpin memisahkan/menjarakkan antara satu patrol dengan patrol yang lain dan antara Pengakap dengan Pengakap dalam patrol masing-masing supaya berita yang disampaikan tidak akan didengari bersama oleh patrol lain atau ahli lain. Pemimpin memanggil semua Ketua Patrol dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut hendaklah sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut sebelum Ketua Patrol pulang ke patrolnya dan bercerita. Setelah ketua patrol mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke patrolnya dan menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dari seorang (kedua) ke seorang ahli lain (ketiga) dalam barisan yang lurus yang bermula dari depan (Ketua Patrol) sehingga selesai. Berita tersebut hanya boleh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya sahaja. Setelah selesai, semua ahli yang terakhir dalam setiap patrol akan dipanggil berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yang telah disampaikan tadi (mereka terima). Bandingkan isi cerita yang diperdengarkan dengan isi cerita yang diarahkan oleh pemimpin.
77 19.CERITA HUTAN-MOWGLI Pada zaman dahulu di sebuah pedalaman India, terdapat seekor harimau tua bernama Shere Khan yang cacat kakinya dan sangat dibenci oleh binatang-binatang lain di hutan. Suatu malam, Shere Khan menemukan sebuah khemah. Di dalam khemah tersebut terdapat seorang pemotong kayu yang sedang tidur di dalamnya. Dia cuba untuk menyerang pemotong kayu tersebut, namun gagal kerana terluka akibat terkena bara unggun api yang berada di tepi khemah. Kejadian itu membuatkan satu keluarga serigala terkejut. Pada ketika itu juga bapa serigala menemukan seorang anak manusia bernama Mowgli, yang telah ditinggalkan di hutan oleh orang tuanya. Keluarga serigala menerima Mowgli sebagai anak mereka sendiri. Tabaqui, seekor rubah, membantu Shere Khan untuk mencari Mowgli, tetapi keluarga serigala menolak untuk menyerahkan Mowgli kepada Shere Khan. Dengan perasaan marah Shere Khan akhirnya meninggalkan gua tersebut sambil bersumpah akan kembali untuk mencari Mowgli. Mowgli pun tinggal bersama keluarga serigala dan membesar sebagai seorang anak serigala di hutan. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Kumpulan Serigala memiliki adat di mana anak-anak mereka harus dipertunjukkan kepada semua anggota kumpulan di Batu Sidang pada malam bulan purnama. Pada suatu Sidang, Shere Khan menuntut Mowgli kembali, menyebabkan beberapa anggota Kumpulan meragukan penerimaannya. Namun, Baloo dan Bagheera, meskipun bukan anggota Kumpulan,tetap menyokong Mowgli. Bagheera bahkan menawarkan seekor lembu jantan untuk menebus nyawa Mowgli. Dengan pertolongan ini, Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Shere Khan marah, tetapi Akela memutuskan bahwa Mowgli diterima sebagai ahli dan dia percaya Mowgli akan membawa manfaat kepada anggota mereka pada masa depan.
78 20.SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK ➢ Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. ➢ Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. ➢ Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. ➢ Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. ➢ Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: • Lencana Keris Gangsa • Lencana Keris Perak • Lencana Keris Emas ➢ Disamping itu. Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan. ➢ Terdapat 19 lencana yang boleh dipilih oleh seorang Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari senarai yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. ➢ Ia dipilih berdasarkan kecenderungan ahli PKK dalam bidang yang diminati dan dikuasai oleh mereka. ➢ Untuk tujuan itu, pemimpin unit perlu membimbing agar ahli PKK dapat memenuhi keperluan bagi melengkapkan skim latihan (termasuk Lencana Kemajuan: Lencana Keris Gangsa, Perak, dan Emas) ke arah mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri atau dikenali sebagai Rambu Biru.
79 Pemilihan lencana perlu melalui ujian tertentu bersesuaian dengan skim lencana berkaitan. Namun hanya 7 sahaja lencana ini boleh dipakai/ditampal di lengan baju kiri berdasarkan nisbah berikut:
80 21. PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan 1 Pendaftaran Persatuan dan Mesyuarat Agung Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Mendaftarkan keahlian. 2. Mengenali guru penasihat. 3. Melantikan AJK baru. 1. Pendaftaran ahli baru. 2. Pendaftaran semula ahli lama. 3. Mengenali guru penasihat 4. Memaklumkan perlembagaan kelab kepada pelajar-pelajar. 5. Melakukan sesi pelantikan AJK baru (Tahun) 6. Sesi berkenalan dengan AJK baru 1. Senarai nama edaran PK KO. 2. Buku rekod kehadiran kokurikulum. 3. Perlembagaan. 4. Aktiviti di jalankan di kelas. 2 Tujuan Penubuhan, Sejarah, Logo, Lagu, Lencana dan Anugerah Pengakap. Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Menghuraikan rasional dan matlamat penubuhan Pengakap. 2. Menceritakan tentang pengasas Pengakap dan sejarah penubuhannya 3. Menerangkan tentang makna logo dan bendera pengakap. 4. Menghafal lirik lagu Pengakap. 5. Menerangkan tentang lencana pengakap anugerah Pengakap. 1. Menerangkan kepada pelajarpelajar tentang rasional dan matlamat penubuhan Pengakap. 2. Menjelaskan kepada murid tentang pengasas Pengakap dan sejarah penubuhannya. 3. Menerangkan kepada murid tentang logo, bendera, dan lagu Pengakap. 4. Menghuraikan tentang undangundang Pengakap. 5. Menerangkan tentang lencana pengakap kanak-kanak: a. Lencana Keahlian b. Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahill Renang. c. Lencana-lencana lain - Kepandaian 6. Anugerah pengakap iaitu: a. Rambu 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap (murid). 3. Gambar logo dan bendera Pengakap. 4. Audio lagu Pengakap. 5. Gambar lencana Pengakap. Rujukan: Siri Kokurukulum dan Unit Beruniform: Nik Mohd Nazim; Pasukan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah; Azzam Maju Ent; KL; 2009. 3 Pakaian dan Kurikulum Pengakap. Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Menjelaskan kepada murid tentang ciri-ciri pakaian pengakap dengan terperinci iaitu 1. Buku rekod kehadiran koku pelajar. 2. Buku log pengakap.
81 Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan 1. Menjelaskan ciri-ciri uniform pengakap yang lengkap. 2. Melakukan perkara asas dalam pengakap. nombor, lencana, label dan lainlain. 2. Murid-murid dikehendaki mencatatkan dan menghafal beberapa perkara asas dalam Pengakap iaitu: a. Persetiaan Pengakap b. Undang-undang Pengakap c. Hormat Pengakap d. Istiadat Laungan Agung e. Istiadat mengibarkan bendera f. Istiadat menaikkan dan menurunkan bendera. 4 Cerita Hutan- “Mowgli” Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Merumuskan cerita pengakap. 2. Menjelaskan nilai murni yang dipelajari dalam cerita pengakap. 1. Murid-murid dikehendaki mendengar cerita pengakap yang bertajuk “Mowgli” yang disampaikan oleh guru. 2. Murid menulis rumusan dan mencatatkan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut di dalam buku log. 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 5 Kawad Kaki Statik Pada akhir aktiviti perjumpaan kokurikulum hari ini, murid dapat: 1. Melakukan pergerakan kawad statik. 2. Menerima arahan kawad daripada ketua platun. 3. Menghafal dan mengingati semua arahan kawad. 1. Murid-murid berlatih kawad statik kaki seperti: - Membentuk satu pasukan kawad yang terdiri daripada 3 barisan lurus - Arahan ‘sedia, rehatkan diri dan senang diri’ - Hentak kaki - Melangkah ke hadapan dan ke belakang - Meluruskan barisan - Buka / tutup barisan - Berpusing ke kiri, ke kanan dan ke belakang. - Pandang ke kiri dan kanan 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Aktiviti kawad di kawasan lapang.
82 Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan - 3 barisan dijadikan 1 - Bersurai keluar baris 6 Kawad Kaki (berjalan) Pada akhir aktiviti perjumpaan kokurikulum hari ini, murid dapat: 1. Melakukan pergerakan kawad (bergerak / berjalan). 2. Boleh melaksanakan semua pergerakan kawad secara spontan apabila diarahkan oleh ketua platun. 3. Menghafal dan mengingati semua arahan kawad. 1. Murid-murid berlatih melakukan pergerakan-pergerakan kawad kaki seperti: - Berjalan dan berhenti - Mulakan dengan kaki kanan/kiri - Melakukan tabik hormat ketika berjalan - Membelok ke kiri/ kanan - Tukar langkah cepat dan perlahan - Memanjang dan memendekkan langkah semasa berjalan - Hormat ke kanan/kiri semasa berjalan - Berjalan cepat/lambat - Buka/tutup barisan semasa berjalan cepat/ perlahan - Tukar haluan 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Aktiviti kawad di kawasan lapang. 7 Kawad Kaki Istiadat Pada akhir aktiviti perjumpaan kokurikulum hari ini, murid dapat: 1. Melakukan pergerakan kawad khusus dalam upacara atau istiadat tertentu. 2. Menghafal dan mengingati semua pergerakan kawad. 1. Murid-murid dilatih melakukan pergerakan-pergerakan dalam kawad kaki khusus untuk sesuatu majlis, upacara atau istiadat iaitu: - Tertib ketika memberi tabik hormat - Tertib ketika menerima sijil, hadiah atau cenderamata dari tetamu kehormat - Istiadat menaikkan atau menurunkan bendera - Hormat bendera - Kawad membawa bendera 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Aktiviti kawad di kawasan lapang.
83 Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan - Tertib ketika berdoa dalam keadaan berkawad 8 Kawad Kaki Formasi Pada akhir aktiviti perjumpaan kokurikulum, murid dapat: Melakukan kawad formasi dengan betul. 1. Menjadikan kawad ini sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan. 2. Mengamalkan apa yang mereka telah pelajari dalam latihan kawad sebelum ini. 1. Murid-murid diberi latihan kawad formasi bagi memantapkan pergerakan kawad yang telah mereka pelajari sebelum ini. 1. Buku rekod ke-hadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Aktiviti kawad di kawasan lapang. 9 Merancang Perkhemahan Pada akhir aktiviti perjumpaan kokurikulum, murid dapat: 1. Menyenaraikan perkara-perkara yang mesti dilakukan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. 2. Menyenaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk perkhemahan. 3. Mengenali gajet yang berkaitan dengan perkhemahan. 4. Mengetahui cara menghidupkan api dan mengawal api dari membahayakan orang ramai. 1. Menerangkan kepada murid tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk aktiviti perkhemahan iaitu: - Memilih tapak perkhemahan. - Mendirikan khemah. - Memelihara alam semulajadi. - Punca air bersih. - Kebersihan dan keselamatan. - Aktiviti di kawasan perkhemahan. - Memotong kayu. - Komunikasi. - Sanitasi. 1. Murid-murid juga diajar tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhemahan iaitu: - Gajet 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Gambar peralatan perkhemahan dan gajetgajet perkhemahan.
84 Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan 5. Mengetahui cara memasak menggunakan peralatan terhad. - ‘Ration’ / makanan - Peti pertolongan cemas - Lampu suluh 10 Ikatan Tali Pada akhir perjumpaan kokurikulum, murid dapat: 1. Menyenaraikan namanama ikatan/ simpulan. 2. Menghasilkan ikatan/ simpulan mereka sendiri. 3. Menyebut fungsifungsi setiap ikatan/simpulan. 4. Menyatakan cara untuk menyimpan dan menjaga tali agar tahan lama dan boleh digunakan semula. 1. Murid-murid diajar melakukan simpulan dan ikatan asas iaitu buku sila, bunga geti, tindih kasih, simpulan pengail, Ikatan manuk, simpul belit, ikatan balak,iIkatan seraya, Ikatan serong, ikatan silang gunting dan mengemaskan tali untuk penyimpanan. 2. Murid-murid juga diajar menghasilkan simpulan/ ikatan pemancing dan simpulan/ ikatan pendaki. 3. Murid-murid turut dijelaskan tentang jenis-jenis dan fungsi tali serta ketahanan setiap jenis tali tersebut. 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Tali yang sesuai untuk aktiviti ikatan/ simpulan. 4. Gambar ikatan/ simpulan. 11 Kompas dan Pandu Arah Pada akhir perjumpaan kokurikulum, murid dapat: Menggunakan kompas dengan betul. 1. Membaca peta dan mencari arah menggunakan kompas. 1. Murid-murid diajar untuk mencari arah mata angin dan menentukan arah kiblat menggunakan kompas. 2. Murid-murid dikehendaki melakukan praktikal mencari bearing sambil berlatih menggunakan kompas. 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Kompas. 12 Ikhtiar Hidup Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Membiasakan diri dalam keadaan sukar. 2. Melakukan survival di dalam hutan. 1. Murid-murid diterangkan yang mereka perlu berusaha mengenalpasti jejak-jejak yang ditinggalkan oleh manusia atau haiwan jika tersesat di dalam hutan. 1. Buku rekod ke-hadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Gambar-gam-bar yang berkaitan.
85 Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan 2. Murid-murid didedahkan dengan cara memasak menggunakan sumber yang terhad. 3. Mereka juga diingatkan tentang perlunya memelihara hutan. 4. Murid-murid juga diingatkan tentang ancaman hidupan liar dan binatang buas di hutan. 13 Pertolongan Cemas Pada akhir aktiviti perjumpaan kokurikulum, murid dapat: 1. Mengamalkan prinsipprinsip asas pertolongan cemas. 2. Melakukan tindakan sewajar-nya jika berlaku kecederaan dan musibah lain. 1. Murid-murid diterangkan tentang prinsip dan amalan iaitu perkaraperkara yang menjadi asas apabila berlaku kecemasan. 2. Murid diajar cara-cara untuk membalut luka. 3. Mereka ditunjukkan cara mengusung dan mengangkut pesakit yang tidak boleh bergerak sendiri dengan menekankan kepada kaedah mengangkat dan membawa. 4. Murid-murid turut diajar bagaimana membantu seseorang yang mengalami masalah - Pernafasan dan afiksia seperti asthma, penat atau tercekik. 5. Membuat anduh untuk tangan terseliuh/patah. 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 3. Gambar-gambar yang berkaitan. 4. Boleh jemput penceramah luar, jika perlu. 5. Kit pertolongan cemas. 6. Patung 14 Nyanyian lagu kanak-kanak Pada akhir perjumpaan kokurikulum, murid dapat: 1. Menyanyikan lagu kanak-kanak mengikut kumpulan. 1. Murid mempelajari beberapa lagu kanak-kanak pengakap. 2. Murid mempersembahkan lagu tersebut dihadapan kelas mengikut kumpulan masingmasing. 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap.
86 Minggu/ Tarikh Topik/ Program Objektif Aktiviti Alat/Bahan/Catatan 2. Mempersembahkan lagu pilihan mengikut kumpulan. 15 Laung agung Pada akhir perjumpaan kokurikulum, murid dapat: 1. Melakukan aktiviti laung agung mengikut arahan yang diberikan dengan baik dan teliti. 1. Guru memberikan pendedahan kepada murid tentang aktiviti laung agung. (Guru sebagai Akela) 2. Murid melaksanakan aktiviti mengikut arahan guru. 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 16 Permainan Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Mengetahui aktiviti permainan luar dan dalam bagi pengakap. 2. Melaksanakan aktiviti permainan luar dan dalam dengan selamat. 1. Guru menunjukkan cara melaksanakan permainan pengakap iaitu lakonan bisu di dalam kelas bersama murid. (Aktiviti dalam) 2. Guru melaksanakan permainan pengakap iaitu ibu ayam bersama murid di luar. (Aktiviti luar) 1. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. 2. Buku log pengakap. 17 Kuiz Pengakap. Pada akhir aktiviti kokurikulum, murid dapat: 1. Menjawab soalansoalan kuiz Pengakap. 2. Guru mengelolakan aktiviti/pertandingan kuiz di kelas. 1. Dijalankan di dalam kelas. 2. Meja dan papan markah yang sesuai. 3. Bahan/bahan atau soalansoalan kuiz. 4. Peraturan aktiviti atau pertandingan.
87 22. LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN Tarikh: 10 Januari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGMKBL Masa: 7.15 pagi Nama Fasilitator: Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi bagi Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 Pengerusi: Allison Galang Anak Jubin Naib Pengerusi: Mohd Syazani Bin Nasir Setiausaha: Vanessa Voon Naib Setiausaha: Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Bendahari: Muhammad Zaril Adieb Bin Mohamad Zulkifli Naib Bendahari: Muhammad Faez Bin Bahren • Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 • Penentuan nama KLM IPGM KBL PISMP 2021/2026: Pelangi II • Pembentukan dan pemilihan nama sekawan berdasarkan warna: Kumpulan 1: Hijau , Kumpulan 2: Merah, Kumpulan 3: Jingga, Kumpulan 4: Maroon Kumpulan 5: Biru, Kumpulan 6 : Kuning dan Kumpulan 7 : Indigo.
88 Tarikh: 17 Januari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi – 9.30 pagi Nama Fasilitator: Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, Yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap • Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati 9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan • Menyanyikan satu lagu pengakap kanak-kanak: RUMPUT YANG HIJAU Atas rumput ada kaki, Kaki cantik tak pernah lihat, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas kaki ada betis, Betis cantik tak pernah lihat, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas betis ada lutut, Lutut cantik tak pernah lihat, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas lutut ada paha,Paha cantik tak pernah lihat, Paha atas lutut, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau.
89 Tarikh: 24 Januari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi- 9.30 pagi Nama Fasilitator: Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • ARAHAN KAWAD ASAS PENGAKAP: 1) Masuk Baris - Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan. - Semua ahli pengakap masuk baris. 2) Sedia - Arahan: "Baris...Baris...Sedia" - Tindakan: - Berdiri tegak dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm. 3) Senang Diri - Arahan: "Baris..Senang Diri" - Tindakan: Bukakan kaki kiri ke kiri. Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung. Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya. - Memandang muka ke hadapan. 4) Rehatkan Diri - Arahan: "Rehatkan diri" - Tindakan: Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
90 5) Ke Kanan Lurus - Arahan: "Ke Kanan Lurus..." - Tindakan: Baris paling kanan diam. - Ahli lain mengangkat tangan kanan yang digenggam dan diletakkan di bahu rakan sebelah kanan sambil memalingkan muka ke kanan. Kemudian, mengangkat kaki bermula kaki kiri dan menghentaknya. Diikuti kaki kanan. Seterusnya, luruskan barisan mengikut ahli yang paling kanan. 6) Pandang Depan - Arahan: "Pandang…Depan" - Tindakan: Pengakap akan memalingkan muka ke hadapan sambil menjatuhkan tangan ke sisi. 7) Bergerak ke kanan/kiri - Arahan: "Baris, akan bergerak ke kanan/kiri,kanan/kiri....pusing" - Tindakan: Semua pergerakan dalam kawad menggunakan arah bahu kanan kecuali bagi pergerakan ke kiri. 8) Bergerak ke belakang/hadapan - Arahan: "Baris, akan menghadap ke belakang/hadapan, kehadapan/belakang...pusing" 9) Buka Barisan - Arahan: "Buka...barisan...gerak" - Tindakan: Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan. Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang. Barisan tengah duduk diam.
91 10) Tutup Barisan - Arahan: "Tutup...barisan....gerak" - Tindakan: - Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang. - Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan. Barisan tengah duduk diam. 11) Keluar Baris - Arahan: "Baris...keluar...baris" - Tindakan: Baris akan bergerak ke kanan, berjalan keluar 3 langkah bermula dari kaki kiri dan bersurai.
92 Tarikh: 31 Januari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi- 9.30 pagi Nama Fasilitator: AMT KLM29 • Taklimat ringkas Pentaksiran Berterusan Isi kandungan yang perlu dimasukkan dalam Catatan Log Pengakap Tugasan 1 1. Prinsip pengakap 2. Bendera pengakap 3. Sejarah pengakap (wosm) 4. Sejarah pengakap malaysia 5. Istiadat rasmi pertubuhan 6. Carta organisasi 7. Kaedah pendaftaran ahli pengakap 8. Pakaian seragam pengakap (lelaki dan perempuan) 9. Pertolongan cemas 10. Simpulan/ikatan 11. Gajet/pioneering 12. Asas kawad kaki 13. Asas Perkhemahan 14. Jalan lasak dan pandu arah 15. Malam kebudayaan 16. Lagu pengakap 17. Ikhtiar hidup 18. Permainan kecil Pengakap Kanak-Kanak 19. Cerita hutan 20. Ujian lencana 21. Perancangan takwim yang berorientasikan sekolah rendah 22. Laporan perjumpaan akriviti
93 Tarikh: 7 Februari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi – 9.30 pagi Nama Fasilitator: Puan Tiong Siew Kiong • ASAS KAWAD KAKI SECARA BERKUMPULAN - Setiap kumpulan melaksanakan aktiviti asas kawad kaki mengikut sekawan masingmasing. - Setiap sekawan diketuai seorang jurukawat. - Ahli melaksanakan aktiviti mengikut arahan jurukawat. - Setiap ahli diberikan peluang untuk menjadi jurukawat. - Latihan kawad kaki ini menekankan kemahiran asas dalam memberi hukum kawad: - HUKUMAN KAWAD • Baris, baris sedia…, • Baris, senang diri…, • Rehatkan diri…, • Scout…, • Luruskan barisan. • Scout, • Buka barisan, Gerak…, • Ke kanan lurus, • Pandang depan…., • Bergerak ke kanan, ke kanan pusing..., • Menghadap kehadapan, ke kiri pusing…, • Bergerak ke kiri, ke kiri pusing…, • Menghadap kehadapan, ke kanan pusing…, • Menghadap kebelakang, ke belakang pusing…, • Menghadap ke hadapan, ke belakang pusing…, • Dua langkah ke kiri, Gerak…, • Tutup barisan, Gerak…, • Keluar…Baris.
94 Tarikh: 14 Februari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi – 9.30 pagi Nama Fasilitator: Tn Hj Ahmadi bin Amnan • Laung Agung 1. Akela berteriak PEK! (bermaksud berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia) 2. Akela berteriak PEK! PEK! PEK! Lalu melenarkan kedua tangan separa bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEEK!, pengakap berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela mengangkat tangai tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada disisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK’. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dalam keadaan sedia menghadap Akela. 5. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). • Selepas selesai Istiadat Laung Agung, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.
95 Tarikh: 21 Februari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi – 9.30 pagi Nama Fasilitator: Encik Kamarudzaman bin Hj Mohd Ali • Laung agung -Melakukan aktivit laung agung di kawasan padang IPGMKBL • Memperincikan fungsi skaf, epolet dan topi bagi pakaian pengakap perempuan dan lelaki -Skaf digunakan untuk membalut luka.Oleh itu, skaf haruslah sentiasa bersih. -Perempuan memakai ‘Bowler’ -Lelaki memakai ‘Forage Cap’ -Epolet pemimpin dipasang di bahu kiri dan kanan bagi pemakaian uniform lengkap pengakap. • Nyanyian -Melaksanakn aktiviti nyanyian mengikut sekawan -Berkumpul mengikut sekawan masing-masing -Menyanyikan lagu ‘Pisang goreng’ Contoh: Bertanya Sekawan Jingga: Goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, Pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang? *Sekawan Jingga memilih sekawan Hijau Dibalas Sekawan Hijau: Pisang emas, pisang emas, pisang emas sekarang, Emas apa, emas apa, emas apa sekarang? *Berlanjutan
96 SUMBER RUJUKAN Akmal, M. (2013). Contoh Permainan dan Aktiviti Pengakap. SlideShare. https://www.slideshare.net/ManAkmal1/35449609contohpermainanaktivitipengakap Alamin. (2016). Sejarah pengakap. Scribd. https://www.scribd.com/presentation/318543938/Sejarah-Pengakap Aslind (2009). Tesis pengakap-pertolongan cemas. Scribd. https://www.scribd.com/doc/12801804/Tesis-Pengakap-pertolongan-Cemas Cubscouts (2021). Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia. Pengakap KanakKanak. https://cubscouts.my/lambang-pengakap/ Loo, A. (2022). Skim Latihan pengakap kanak-kanak. Scribd. https://www.scribd.com/document/616533230/Skim-Latihan-Pengakap-Kanak-kanak Penang Scout (2024). Lambang atau Logo Pengakap Sedunia. https://penangscout.org/information/about-scouts/scout-emblem-logo Persatuan Uniform Pengakap Malaysia. (2012). Sejarah Pengakap Malaysia. Persatuan Uniform Pengakap Malaysia. https://persatuanpengakap.wordpress.com/sejarahpengakap/sejarah-pengakap-malaya/10047 C Pulapah, P. S. (n.d.). Pakaian Seragam. Blogspot.com. https://pengakapskpulapah.blogspot.com/p/paka.html Ros N. (2014). Gajet Kawasan Pintu. Scribd. https://www.scribd.com/doc/244609883/GAJET-KAWASAN-PINTU
97 Sharil (2021). Sejarah Pengakap Dunia. Duniapengakap.Blogspot.com. https://duniapengakap.blogspot.com/p/sejarah-pengakap.html Sierrayanky (2023). World Scout Flag. All About Scouting. https://allaboutscouting.com Tajulatif (2018). Buku Log Lencana Maju. Pdfcoffee.com. https://pdfcoffee.com/buku-log-lencana-maju2018-pdf-free.html