The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diyanahfardzi1809, 2022-06-11 10:57:16

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia

FOLIO (SIPNOSIS TING 4 & 5 SEMUA ZON)

CADANGAN

Penambahbaikan yang saya cadangankan ialah supaya membaiki kulit buku novel supaya lebih
menarik dan tidak seram. Penambahbaikan yang seterusnya ialah pengarang perlulah kurangkan
cerita yang tergantung seperti misteri Jendela Menghadap Jalan. Bukan itu sahaja malah gambar
yang disediakan digalakkan berwarna atau lebih cantik supaya lebih menarik. Selain itu, jangan
memfokuskan satu fakta sahaja dalam satu bab. Akhir sekali, pengarang perlulah memendekkan
cerita yang tiada kaitan dengan tema.

PENGENALAN

Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit itu.
"Sebagai doktor, kau sepatutnya lebih faham tentang hal itu," pintas Doktor Uwang., serius. "Dan lagi, sama
ada berjaya ataupun tidak sesuatu operasi, hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan yang menentukan segala-

galanya."



"Saya kira, adalah sangat tidak wajar jika kita menyalahkan Tuhan atas perkara yang bukan-bukan, jika yang
melakukan kesilapannya ialah manusia itu sendiri," balas Raiha, hilang sabar.




"Jadi, tindakan kau menyoal aku dengan perkara yang bukan-bukan, wajarlah ya?," tingkah Doktor Uwang.
"Tidakkah kau sedar, perbuatan kau sekarang sama sahaja macam mempertikaikan kewibawaan aku sebagai

seorang pakar bedah?"

BIOGRAFI

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim,
Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris.

Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya

menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel



SIPNOSIS NOVEL

i. Sipnosis keseluruhan

4. Novel Pantai Kasih

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran
sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia
akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang
dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit
namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi
daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang
menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang
daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada
sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan
dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang
kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu
agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya
dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun
pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian,
apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor
Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak
menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang
adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih
tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap
doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku,
sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke
atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang
digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

i. Sipnosis setiap bab

Sipnosis bab 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapi masa
sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan
dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit
yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima
kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan
jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada
pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua
pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga
dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam
selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya
yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan profesional berpendapat bahawa
pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada
masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan
kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia
telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan
dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan
dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat
untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki
bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga
sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan
rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di
telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah
malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan
diri daripada bertembung dengan Raiha.

Sipnosis bab 2

Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji di
rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar belajar di sekolah swasta
berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada
peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung
kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai
salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya
berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan
menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti memperkecil-
kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan
tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh
sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan
kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza.
Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh
dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga
teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor
palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

Sipnosis bab 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui
pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan
mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat
pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan
perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia
terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian
anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor
itu.Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim
milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia

mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia
mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk
belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca
kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas
suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan
mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak
saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan
kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha
terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun
sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur
sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama,
tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama
menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha
sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga menyatakan bahawa barang
kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan
mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz
mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan
masyarakat elit.

Sipnosis bab 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan
kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi
dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan
Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di
Tampias suatu kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha
ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan
permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandunginya itu kerana kehadirannya
bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan
menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha
tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih
miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada
insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun
tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat
isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan
kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun,
dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik
berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu
memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa
anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi
yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit
tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut
sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai
oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh
sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan
simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah khayalan Felicia semata-
mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih

Sipnosis bab 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis
dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di
kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani
pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang
pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan
kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-

tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan
seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-
olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila
Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya
Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad
bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan
separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok
di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Sipnosis bab 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila
ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz
pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar
Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan
terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondominiumnya. Tidak sampai
lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya
sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak
ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia
yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang
yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan
hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang
tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa
Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat
bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali
kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung.
Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering
datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang
berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak
Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang
turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental,
adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam
ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha
geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sipnosis bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan
dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah
mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz
yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan
serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam
kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia
berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya
menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang
mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia
merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu
menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi
oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia
tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi
mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan
ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni
oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula

sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan
tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex,
Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan
Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

Sipnosis bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak
perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh
ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke
atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu
menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan
ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor
Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan
kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh
yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar
sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan
membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh
Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan
rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti
tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Sipnosis bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan
wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia
teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin
berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya.
Doktor Uwang juga mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya.
Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya.
Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua
wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri
majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha
membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa
Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah
malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris
pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya
komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor
Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang
sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia.
Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang
keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-
jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang
lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak
dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari
kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang
mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di
bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota
tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila
Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba
anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah
dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

KEKUATAN

Pada pandangan saya, kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah pembaca boleh
dapat inspirasi tentang bidang doktor melalui novel ini. Kelebihan kedua ialah pengarang
menyelitkan nilai ketabahan dalam menghadapi dugaan melaui watak Raiha. Raiha tabah
setelah kematian anak dan suaminya. Oleh itu, para pembaca dapat mengambil iktibar dari
nilai ini. Seterusnya, pengarang menjelaskan tentang proses pembedahan yang dilakukan
secara teliti dan terperinci. Selain itu, novel ini memberi pengajaran kepada pembaca
supaya bertanggungjawab dalam menggalaskan tanggungjawab dan amanah. Akhir sekali,
watak Raiha amat bagus untuk diambil sebagai contoh kepada para pembaca.

KEKURANGAN

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah pengarang terlalu banyak memfokuskan
kisah silam dengan keadaan semasa. Ini membuatkan para pembaca keliru. Selain itu, terlalu
banyak kisah silam yang mengelirukan dan tidak teratur. Seterusnya, alur cerita yang kurang
faham. Ini membuatkan para pembaca kurang faham dengan jalan cerita. Di samping itu,
dalam bab yang tertentu terdapat banyak sudut pandangan dari watak yang lain sehingga
mengelirukan dari tema utama yang menceritakan tentang Raiha. Dari novel ini terdapat
kekurangan seperti tempat kejadian dari cerita novel ini terlalu sedikit dan kurang menarik.
Akhir sekali, novel ini mempunyai cerita yang berunsur seksual yang tidak sesuai bagi
pembaca bawah umur. Ini kerana ia akan mempengengaruhi akhlak remaja.

CADANGAN

Penambahbaikan yang saya ingin cadangkan ialah pertama mengurangkan konflik dalam supaya para
pembaca tidak bosan dengan jalan cerita. Selain itu, pengarang tidak perlu mengarang fakta yang tiada
kaitan dengan tema. Seterusnya, pengarang perlu kurangkan kisah silam dan lebih kepada keadaan semasa.
Di samping itu, pengarang perlu lebih tingkatkan imaginasi supaya jalan cerita lebih difahami dan teratur.
Akhir sekali, pengarang perlulah mengurangkan sudut pandangan dari watak sampingan dan lebih
mengutamkan watak utama.

PENGENALAN

Songket berbenang emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga menggangu tumpuannya terhadap
peperiksaan yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan
berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang dapat melanjutkan pelajarannya ke Jepun dan

pertunangannya dengan Azhari.



BIOGRAFI

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang
penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975,
beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM.



SIPNOSIS NOVEL

i. Sipnosis keseluruhan

5. Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti
Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah
tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana
dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah
yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan
hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang
diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Sementelahan, adik-
adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun),
Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di
Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah
kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara
adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu
Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka
dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz
50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji
pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh jiran-jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang

menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk
menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari
Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama.
Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan
STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke
Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih
berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya
pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia
perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah
keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji
Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala
Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada
Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau
bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam
pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-
mana dia berada.

ii. Sipnosis setiap bab

Sipnosis bab 1 KALAULAH ENGKAU MENGERTI

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya
di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia,
dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta
Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan
anak sulung.

Sipnosis bab 2 DETIK-DETIK HATI TERSENTUH

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga
menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama.
Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak
suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.
Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba,
ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib.
Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha
mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan
ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam
kebun.

Sipnosis bab 3 JANGAN TINGGALKAN KAMI

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama ada
emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan
keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan
Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk
melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah
habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa
berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia
kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit
Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk
membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk
dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Sipnosis bab 4 DIBUAI KENANGAN INDAH
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan Matematik.
Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh
Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan
hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga
meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari
memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan
paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia
bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong
pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak
suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak
seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek
Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor
memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada
Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman
pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah
dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM

Sipnosis bab 5 KATA SETAJAM PEDANG

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke
asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh
mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia
sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi.
Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik
guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan
ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk
membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak
bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari
asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia
terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah
dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru

Sipnosis bab 6 DITELAN ARUS DERAS

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang
sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan
telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang
dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak
Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga
yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah
syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah
ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa
arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui
Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya,
denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling
rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Sipnosis bab 7 BERBUDI BERBALAS NISTA

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana selama ini
Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah
Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan
memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah
yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk
ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton
berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar
suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan
hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian
Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah
Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji
Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur
dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja
kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau
ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular
sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong
panik.

Sipnosis bab 8 BAYANG-BAYANG KECELAKAAN

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila terdengar tangisan
Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu.
Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang
menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti
sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila
ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai
bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia
berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong
dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia

Sipnosis bab 9 APABILA TAMAK MENGUASAI JIWA

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan hidup
keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya
Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah
dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman
menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal
usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu
yang dapat dijual dengan harga RM15,000

Sipnosis bab 10 SELAMAT TINGGAL, ASRAMA PUTERI!

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Beliau
memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah
keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan
keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa
dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang
pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.

Sipnopsis bab 11 PEDIHNYA MELAYAN KARENAH ANAK

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok sahaja.
Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak
mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang
telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti
apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti.
Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk
meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka
membantunya.

Sipnosis bab 12 AIR MATA MENITIS DI HOSPITAL PERMAI

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan
kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita
berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia
berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya
sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi
sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut
kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu.
Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi
Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat
menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Sipnosis bab 13 Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Embong
berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya
tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu
barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak
mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya.
Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Sipnosis bab 14 Hilang Dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat tahu kambing
tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin
kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada
orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu
miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari
masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian.
Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan
keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Sipnosis bab 15 Ingin Mempersunting Bunga Di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran tersebut kerana
Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar
hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai
rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi
halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor
ular di pahanya.

Sipnosis bab 16 Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa
menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah
agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak
mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita
yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu

Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota
sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya
bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek
Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung
kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya

Sipnosis bab 17 Kupertahankan Tanah Sekankang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang banyak
ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk
ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan
juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia
memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan
adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan
bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah
datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga
Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat
membuat sebarang keputusan.

Sipnosis bab 18 Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas di pondok
bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk
menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak
akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang
tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP
akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut
apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Sipnosis bab 19 Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertahan lebih
kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar
untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia
memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari
mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan
cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah
bersiap sedia untuk berpindah.

Sipnosis bab 20 Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut
apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah
memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah
dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang
hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja
bagi membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu
Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang
mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim,
beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Sipnosis bab 21 Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya untuk
bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu
kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut
berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya
akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa
Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu
Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu
telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah
yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Sipnosis bab 22 Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang daripada
keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad
untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput
membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang
paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka.

Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia
menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di
kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati
neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Sipnosis bab 23 Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya.
Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan
tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital.
Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak
Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan
Dahlia juga tidak disahutnya.

Sipnosis bab 24 Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya
yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan
jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai
raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk
tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Sipnosis bab 25 Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga tinggal di
rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah
yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan
ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya
penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu kerana mereka
hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-
royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan

perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa
dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Sipnosis bab 26 STPM, Akan Kugapai kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam kesibukan itu,
Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat
pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak
keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di
kilang untuk mencari pengalaman.

Sipnosis bab 27 BUNGA-BUNGA DALAM KEJAYAAN

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas
cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan.
Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan
tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas
dia bertunang dengan Azhari.

Sipnosis bab 28 KOI-BITO!

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi, Dahlia
rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah
menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak
pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya
menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan
orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana
jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut
“Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang
Melayu walau berada di mana-mana pun

KEKUATAN

Kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah jalan cerita yang menarik dan teratur. Ini membuatkan para
pembaca tertarik dengan jalan cerita. Selain itu, pengarang novel ini mewujudkan persoalan atau konflik yang
turun naik seperti geraf. Hal ini menyebabkan, para pembaca tidak sabar untuk mengetahui plot seterusnya malah
tidak sabar untuk menduga jalan ceritanya. Seterusnya, pengarang ini juga kreatif dalam menitikkan nilai
ketabahan melalui watak Dahlia. Kesannya, ia dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada para pembaca.
Sementara itu, pengarang ini menggambarkan peranan seorang anak sulung yang bersusah payah menyara
keluarga. Dengan ini, pengarang menunjukkan contoh yang baik dan teladan kepada anak sulung yang lain.
Akhir sekali, novel ini memotivasikan dan menggungah pembaca untuk mencapai cita-cita supaya dapat berbakti
kepada keluarga dan membantu menyara adik-beradik serta orang tua kita.

KELEMAHAN

Kekurangan yang ada dalam novel ini ialah pembaca keliru dengan kewujudan ular yang tiba-tiba
mematuk Embong ketika dia hendak bersedia bertolak ke masjid. Seterusnya, nama Embong yang
mengelirukan pembaca dan tidak sesuai untuk dinamakan kepada lelaki kerana pembaca bersangka bahawa
Embong itu seorang perempuan dan adik-beradik kepada Dahlia. Di samping itu, terdapat dalam bab
tertentu pengarang mengelarkan Embong ayahnya dan ada abahnya. Hal ini menyebabkan para pembaca
keliru akan panggilan itu dan bersangka terdapat seorang watak lagi yang digelar panggilan lain. Pada
waktu yang sama, jalan cerita ketika Dahlia menunggu ketibaan Azhari untuk pertunang mereka dan dia
terpaksa bertolak dahulu ke Kuala Lumpur. Pembaca amat kecewa kerana alasan Azhari kelewatan amat
tidak cukup untuk mengubat hati pembaca kerana Azhari boleh bertolak dahulu dan boleh menggantikan
sahaja jurucakap dengan tetamu yang ada kerana Dahlia ada urusannya tersendiri yang perlu bertolak ke
Kuala Lumpur pada 5 petang. Akhir sekali, novel ini mempunyai perbualan dialog yang kosong. Ini kerana
ia tiada kaitan dengan tema novel ini.

CADANGAN

Penambahbaikan yang ingin saya cadangkan ialah pertama memberikan nama yang lebih
sesuai dengan jantina supaya pembaca tidak keliru. Seterusnya, pengarang perlulah
meringkaskan cerita supaya tidak bosan untuk dibaca bagi golongan yang malas membaca.
Selain itu, pengarang boleh menyelitkan lagi nilai-nilai murni untuk menjadi contoh kepada
para pembaca. Di samping itu, pengarang perlu menelitikan lagi plot di bahagian cerita ular
yang tiba-tiba datang menyerang. Akhir sekali, cadangan yang saya sarankan ialah pengarang
wajarlah mengisi perbualan dialog yang lebih berkaitan dan menarik.

PENGENALAN

Novel Tirani karya hasil Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan peneceritaanya tetapi turut
menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan Etnik
Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda untuk
mempromosikan industri pelancongan di Sawarak.
Watak dalam novel ini menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam skema hubungan
interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama, dan kekeluargaan. Pengarangnya bijak
memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan isi penceritaannya seperti menggunakan frasa
daerah dan istilah saintifik.
Membaca novel ini persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu mencapai kecantikan dan
kesempurnaan secara menyeluruh dalam hidupnya. Watak utamanya sentiasa gigih menongkah arus
modenisasi dan futuristik untuk mencipta kejayaaan. Segala peradaban dan susila budaya bangsanya walau
berada di mana sahaja tetap dipelihara dan dilindungi. Pengarang mengaspirasikan suatu nilai yang cukup
murni dan berjiwa dalam novel ini, khusus kepada kaum wanita masa kini.

BIOGRAFI

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian
Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan
ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Baharu.



SIPNOSIS NOVEL

i. Sipnosis keseluruhan

6. Novel Tirani karya Beb Sabariah

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-
batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya
dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak
menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga
Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu
mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan
sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati
telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu.
Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu TIRANI.

ii. Sipnosis setiap bab

Sipnosis bab 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu
Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si
Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya,
Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-
kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan
itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu

Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada
keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh
ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun
buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga
diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Sipnosis bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi pelancongan dan
lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya
masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda
memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah.
Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus
memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet
Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu
telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang
dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah
bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura

Sipnosis bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah),
Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang
melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan
perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri
jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar
oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyambut kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah
banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan
daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah
anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon
Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Sipnosis bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya Singapura
dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia
juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah
menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah.
Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan
tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan
dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan
Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah
melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Sipnosis bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila
Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi
gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan
ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga
menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura.
Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di
depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat
lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan
kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah
memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian
Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Sipnosis bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr
Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik
pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan
wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah
wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca
satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo
De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30
ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Sipnosis bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya
menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia
di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ
seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya.
Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga
dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai
bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Sipnosis bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir
hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik
perbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr
Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah
menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke
tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan
tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk
Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh
ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet
Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri
bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda
berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di
sebelah selatan Singapura.

Sipnosis bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat
perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa
orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di
situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La
Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang
bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan
ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan
pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil
keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh
Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan,
Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak

berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil
Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan
Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Sipnosis bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu
yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya.
Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan
kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan
Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu
berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya
Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser
semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada
kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama
pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang
mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang
sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda
mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan
mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Sipnosis bab 11

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid
yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah
sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua.
Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.
Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan

berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa
kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis
pertunangan itu nanti.

Sipnosis bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss
Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh
Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali
Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada
di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di
Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan
mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke
Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka
sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat
dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda
berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.

Sipnosis bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin
meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin
bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari
bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan
Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila
melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya
tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di
rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara
Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura.
Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan
kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun,
proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid
bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan
menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Sipnosis bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk
Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang
diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi
tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat
Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk
paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang.
Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz
sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung
selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan
majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu
itu sungguh gembira

Sipnosis bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau
dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario
pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan
oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di
kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan.

Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza.
Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda.
Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Sipnosis bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran
negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu
pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal
menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan
dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil
sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim.
NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali
kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya,
Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-
muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan
lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan
dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta
keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda
bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser
akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka
berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat
dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya

Sipnosis bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah
manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas.
Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia
datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-
sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya
yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup
terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik
dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli
ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu
bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami
dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang
yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila
Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih
dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun
tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar
tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak
dalam kandungan.

Sipnosis bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil
sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan
kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr
Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa
di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai
lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan
keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas
dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan
dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah
menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi
motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah
memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang
dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid.
Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa
sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah
tanpa kehadiran Zahid.

Sipnosis bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah
tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa
itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga
pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen
antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara
yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu
anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-
Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan
Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel
rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA
setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat
membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang
ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid.
Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA

yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang
jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid
dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda.
Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan
Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.

Sipnosis bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI.
Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya
menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak
Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais
menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet
dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron
Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya,
bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta
semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan
hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak
Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya
‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Sipnosis bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di
rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan
rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan
oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk
mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda
menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya
Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sipnosis bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu.
Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya
Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus
berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya.
Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat
perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang
pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama
baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam
dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat
Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Sipnosis bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas
dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula
dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung
serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja
mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan
itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat
kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan
Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar
chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu
mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di
kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais
dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan
kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan
Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak
mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu
membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan
raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu,
malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo

Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia
memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama
Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Sipnosis bab 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada
gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada
dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan
melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid
memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid
dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu
ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan
rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama
20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu
seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya

KEKUATAN

Kelebihan yang ada dalam novel ini ialah pengarang menyatakan hubungan watak sampingan antara Waheeda dan
sedikit pengenalan tentang watak sampingan. Hal ini membantu pembaca untuk lebih memahami hubungan antara
watak sampingan dan watak utama. Selain itu, novel ini juga menarik kerana terdapat latar tempat yang banyak. Ini
menunjukkan novel ini mempunyai banyak eksplorasi. Seterusnya, novel ini amat bermanfaat kepada para pelajar
kerana pengarang ini menyelitkan sedikit sejarah tentang jambatan gantung dan sejarah Sarawak melalui watak ibu
Waheeda. Hal ini demikian perkara ini memberi faedah kepada pelajar ketika membaca kerana pembaca dapat
menimba ilmu. Di samping itu, novel ini diselitkan dengan pengetahuan tentang kepercayaan orang Sarawak iaitu
menolak bala dengan menyediakan ketupat lepas. Pengetahuan ini menjadi pengetahuan tambahan kepada agama lain
yang tidak mempunyai kepercayaan seperti tersebut. Akhir sekali, pengarang yang kreatif ini menyentuhkan nilai
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya di mana ibunya Waheeda datang menaiki kapal terbang dari Sarawak ke
Singapura untuk menghantar ketupat lepas bagi mengelak bala kerana risau akan anaknya. Ia mengajarkan kita untuk
menghargai kasih sayang seorang ibu yang berjasa kepada kita dari kecil.

KEKURANGAN

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah pengarang membuat watak utama membuat
keputusan yang tidak masuk akal iaitu menerima bekas suaminya yang telah menceraikannya
kerana anak mereka tidak dapat mewarisi kecantikan Waheeda. Selain itu, sikap cemburu suami
Waheeda yang tidak boleh menerima kecantikan Waheeda sehingga menuduh isterinya curang
tanpa sebarang bukti. Di samping itu, novel ini menunjukkan contoh yang tidak baik tentang rupa
manusia. Kita akan dilayan baik jika kita cantik tetapi kita dilayan buruk jika kita buruk. Ini akan
mempengaruhi minda para pembaca tentang pemikiran seperti ini. Seterusnya, novel ini mendorong
remaja untuk melakukan pembedahan plastik supaya dilayan baik oleh masyarakat. Akhir sekali,
novel ini menunjukkan bahawa watak Waheeda ini tidak bersyukur dengan rezeki yang Tuhan beri
sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mencapai kemajuan atas bidang
pelancongan.

CADANGAN

Penambahbaikan yang ingin saya cadangkan ialah supaya penulis mengurangkan unsur
cerita yang mengalakkan para remaja melakukan pembedahan plastik. Seterusnya, pengaramg
perlulah mengurangkan jalan cerita tentang pergaduhan suami isteri supaya imaginasi pelajar
tidak jauh dari radar malah remaja tidak sesuai untuk mengetahui masalah yang berkaitan
dengan dewasa. Di samping itu, pengarang digalakkan untuk menyelitkan nilai-nilai murni
yang sesuai bagi remaja. Selain itu, pengarang wajarlah mengarang cerita yang lebih sesuai
dengan umur pelajar. Akhir sekali, saya mencadangkan pengarang untuk menukar kulit buku
yang lebih sesuai dan warna yang menarik.

PENGENALAN

Ia bukannya tetang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang memang sedia ada di
sana.
Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihst. Pelik bukan? Sedikit cahaya pula menutup deria mata.
Begitu Tuhan mencipta deria manusia dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa-apa
yang dilihat oleh deria.
Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala Selangor?

BIOGRAFI

Sri Rohayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia



Pada 31 Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010
(HKSU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti Menari diumumkan
sebagai pemenang tempat pertama.Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah
RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini dianjurkan sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara
sempena program Sastera Utusan 2011 yang turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.


Click to View FlipBook Version