The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diyanahfardzi1809, 2022-06-11 10:57:16

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia

FOLIO (SIPNOSIS TING 4 & 5 SEMUA ZON)

SIPNOSIS NOVEL

i. Sipnosis keseluruhan

7. Novel Bimaksati Menari karya Sri Rohayu Mohd Yusop

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas
sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa
kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan
melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi
kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul
Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad
Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan
daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar
menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya.
Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi

dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann
Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

ii. Sipnosis setiap bab

Sipnosis bab 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja
sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung
yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah.
Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut
berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada
malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada
mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya
akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka
dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Sipnosis bab 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan
pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin
yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul
Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang
akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh
Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun
kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam

yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang
projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya
akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Sipnosis bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan
pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia
bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-
kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak
berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci
Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah
berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu
kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah
yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat
menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang
dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun
demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang
perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah
dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Sipnosis bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul
Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah
mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan
Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk
membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau
oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa
pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk

terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.

Sipnosis bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di
lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam
yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan
perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah
menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas
dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan
anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada
anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan
Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh
dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Sipnosis bab 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis
Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah
dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan
diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala
Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-
kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini
adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-
temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk
membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang
memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut,
namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul
Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala
Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Sipnosis bab 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan
bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan
oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul
Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan
pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut,
mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya,
Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-
rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor.
Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri
tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan
akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran
air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda
ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu
apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut
memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Sipnosis bab 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya kepada
Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah
tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar
penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan
bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga,
yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam
sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju
dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua
pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya
Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya,
Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Sipnosis bab 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara
industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip.
Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka
untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila
menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang
manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Sipnosis bab 10

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan
yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya
setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan
Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor
untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas
hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita
yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk
menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh
hari.

Sipnosis bab 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya dengan
menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip.
Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap
di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik
menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx
tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa
terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi
kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Sipnosis bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh
beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di
hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,
raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala
kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliau meneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama
di negara ini.

Sipnosis bab 13

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau
memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap.
Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan
tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang
hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham
wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri
besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender
projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Sipnosis bab 14

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu
dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah
membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya
dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari
tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar
turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann
yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah
tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Sipnosis bab 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil
memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya
memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong
rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja
tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya
dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Sipnosis bab 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik.
Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan
sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk
berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat
subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad
Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu
atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan
tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang
hitam bermanik Kristal.

Sipnosis bab 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di hospital
bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak
media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan
pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta
ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin
motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya
menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Sipnosis bab 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi
kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan
Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan
oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta
mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia
ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan
kepalanya disarung dengan kain gelap.

Sipnosis bab 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago apabila
dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai
sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi
hari tersebut. Hatinya bertambah bimbang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam
perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya,
dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam
but kereta. Kepalanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke
lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenangkan
Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak
sedarkan diri.

Sipnosis bab 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang
belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia
pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang.
Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan
mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya
ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur
keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau
bersabar, berdoa dan menyerahkan segalanya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Sipnosis bab 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV,
pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor
pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan
kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang
memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari
yang membawa khabar tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang
kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi
tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan

Sipnosis bab 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan
menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama
dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk
membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KEKUATAN

Terdapat beberapa kelebihan dalam novel ini. Pertama, aliran cerita novel ini menarik sehingga
membuatkan para pembaca melanjutkan pembacaan. Jalan cerita novel ini menarik kerana dari segi


permulaan novel tentang keberanian Nurul Hafsa menyatakan pendapatnya dan berani mencipta janji malah

plot yang menarik dimana Nurul Hafsa terlibat dengan projek yang besar. Seterusnya, pegembangan dalam
konflik cerita amat menarik. Para pembaca tertarik akan konflik dan plot novel yang dikarang. Pengarang
novel ini kreatif mengarang plot yang dimana para pembaca dapat berimaginasi di konflik cerita dimana Nurul
Hafsa diculik dan diselamatkan oleh Muhammad Taufiq. Agedan ini membuat para pembaca teruja dengan
keberanian Muhammad Taufiq menyelamatkan Nurul Hafsa. Selain itu, watak Nurul Hafsa yang bijak
menyatakan pendapatnya dari luar kotak pemikiran amat kreatif dan bijak. Ini kerana ia menunjukkan contoh
yang baik kepada pembaca untuk sentiasa berpengetahuan luas. Pengarang ini menunjukkan nilai kerajinan
terhadap watak Nurul Hafsa dalam mengkaji tentang bintik-bintik kerana Nurul Hafsa sentiasa mempunyai
pengetahuan yang luas.Di samping itu, pengarang ini menyelitkan pengetahuan tentang Skala Langit Gelap
dan pengetahuan yang berkaitan kelip-kelip bintang. Hal ini dapat memberi informasi yang bermanfaat kepada
pembaca novel dan menarik minat pembaca untuk lebih mendalami bidang ini. Akhir sekali, hubungan watak
antara Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik membuatkan para pembaca teruja untuk mengetahui plot yang
seterusnya. Dengan ini para pembaca rasa puas hati dengan pengakhiran novel dengan pelamaran Muhammad
Taufik kepada Nurul Hafsa.

KEKURANGAN

Di samping kekuatan novel ini terdapat kelemahan dalam novel ini. Dalam meniti arus kemodenan,
tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang berlaku disebabkan penubuhan banyak bangunan. Tindakan
Nurul Hafsa yang menghantar laporan tersebut kepada Pengawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala
Selangor dihiraukan dan tidak diberi sebarang tindakan atas sikap pengawai tersebut yang menyakinkan
bahawa tiada pelanggaran undang-undang Alam Sekitar yang berlaku. Oleh itu, perkara seperti ini boleh
mempengaruhi pemikiran para pembaca yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat
kehilangan ciptaan Tuhan. Selain itu, di bab 19. Muhammad Taufiq memberi alasan tipu pergi ke
tandas stesen Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa. Perkara ini menunjukkan contoh yang tidak
baik kepada pembaca kerana Muhammad Taufiq telah merisikokan dirinya dan Nurul Hafsa kerana
tidak meminta pertolongan dahulu. Seterusnya, pada bab 18. Plot dimana Nurul Hafsa dan Budiman
pergi mencerap ke hutan berdua dan diculik. Perkara seperti ini menunjukkan bahawa kita perlulah
berhati-hati ke hutan dan tidak keseorangan. Di samping itu, novel ini penuh dengan kefahaman tentang
bintik-bintik yang hanya boleh difahami oleh orang minda terbuka dalam pelbagai pengetahuan. Akhir
sekali, tajuk yang tidak difahami dan tiada kaitan dengan ceritanya.

CADANGAN

Penambahbaikan yang saya cadangkan ialah pertama pengarang digalakkan untuk
menerangkan maksud bintik-bintik pada awal bab kerana terdapat setengah pembaca tidak faham
dan keliru. Selain itu, penagarang boleh mencipta nama tajuk yang lebih berkaitan dengan tema
novel ini. Seterusnya, saya cadangkan supaya pengarang lebih menulis watak yang lebih dalam
lagi supaya para pembaca tidak keliru. Di samping itu, saya cadangkan pengarang mengurangkan
jalan cerita yang mempunyai jenayah yang dapat mempengaruhi minda pembaca. Bukan itu sahaja
malah kurangkan jalan cerita yang mempunyai agedan yang dapat pelajar imaginasi dan ikut
seperti menyelamatkan Nurul Hafsa sendirian tanpa bantuan sehingga hampir mengancam nyawa.

PENGENALAN

Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya. Sesungguhnya Haiqal tidak pernah
bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah membawa kepada penceraian, lalu
memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.
Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam. Haiqal
membulatkan tekad walau sedar uminya membantah. Dia perlu ke kampung halaman arwah ayahnya.
Misteri Abdullah bin Kayan perlu dirungkai.

BIOGRAFI

NIZAR PARMAN atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada
31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Baru Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di
Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat

menengahnya di Sekolah Kebangsaan Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat.
Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.



SIPNOSIS NOVEL

i. Sipnosis keseluruhan

8. Novel Siilir Daksina karya Nizar Parman

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah
tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah
kandungnya. Dia teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab
tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah
membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu.
Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan
sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra
oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat
disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini.
Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah
kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid,
dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

ii. Sipnosis setiap bab

Sipnosis bab 1



Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik untuk membacanya seperti ada
daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat
mungkin. Cara taipan di dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada
mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala membaca
manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-
tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut kepada
uminya, uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk

menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya pada umurnya 6 tahun.
Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa
sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya.
Haiqal juga turut sebak apabila melihat uminya menangis.

Sipnosis bab 2

Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk. Haiqal menikmati segelas teh tarik
dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke pantai. Ketika Haiqal sedang asyik
menikmati juadahnya, seorang gadis duduk di hadapannya sambil tersenyum. Haiqal begitu mengagumi
gadis yang bernama Ratna itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi usahawan yang
berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna tidak pernah berputus asa. Impian Ratna ialah
ingin memiliki restoran sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia juga senang berkawan dengan Haiqal
kerana Haiqal memberi semangat kepadanya. Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya apabila
gagal ditempatkan di institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di tingkatan
enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip ayahnya sementara menunggu
keputusan STPM. Kemudian, Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan
menuju ke arah pantai. Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya
bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun, Haiqal akan menemui
jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya tidak mengetahui manuskrip yang
dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina, Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa
sama dengan alamat yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.

Sipnosis bab 3

i. Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-
penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian
zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling
dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila
teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk
menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen,
ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil
upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang
dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung
halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar
berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan
untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli
setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung
aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara
orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering

membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap
hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke
sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan
Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang
penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta
aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling
amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk
dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling
rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa.

ii.Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-
anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas
untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai
mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim
Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman.
Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang
akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai
Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi
menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii. Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu
ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa
Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke
kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin
jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan.
Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah
terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot
deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk
Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-
tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

iv.Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang
akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya
kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat
dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu
mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai
ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku
terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan
Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v. Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung.
Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim
mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan
meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun
rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali
berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah
bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku
tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim
memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai
oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika
dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku
masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang
Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah
dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan
rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman
dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai
Ling

vi.Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya
dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula
berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak
tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu.
Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung.
Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu.
Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari
persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan
pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di
kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa
berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera
dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii. Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian
buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada
pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa
bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai
itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling
bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling
memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan
kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii. Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada
bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan
seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin
rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin
juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak
draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang
kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa
apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai
Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai
Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang
sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam

ix. Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku
berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu
menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku
tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .

Sipnosis bab 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat
merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung
Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah
Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu
menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan
keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui
Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal
berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara
yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya

seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal
juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu
yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera
ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.

Sinopsis bab 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama
ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan
Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang
tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-
sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan
impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk
menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali
tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan
dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal
terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah
kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak
mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi

Sinopsis bab 6

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana
Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat
Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca
perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri
sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal
menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung
halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan
tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal
umilah punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal
pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji
memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti.

Sinopsis bab 7

Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan
menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang
menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel
akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

Sinopsis bab 8

Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh berjemaah di
surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik
Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah
sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke
kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya.
Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal
masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal
terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah
ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya
sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya.
Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung memandang-
mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk
ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui
Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah
ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai
ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong
Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip
tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa.
Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di
dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal
sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat
sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima
anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan
pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

Sinopsis bab 9

Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan. Tauke
Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal
kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan
menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh Tauke Lim
bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di
baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali
kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan,
Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak.
Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu.
Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut
perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa
juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih
belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan

Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya
Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak
menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam
manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati
penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada
arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan.
Mungkin manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan
SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana
dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan
keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

Sinopsis bab 10

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk kemudahan
Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan
perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal terpandang Swee
Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas senyuman
Swee Hwa. Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang
diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal
terus menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap
lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus menangis
kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar
meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara
ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi. Haikal membonceng
motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak
untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam
kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik Bakar
atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan
arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang
yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan
arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar
seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih
terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak
perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat
berjemaah di masjid kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia
terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya
tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah,
Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung itu mulai berfoya-foya
membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti
kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu.
Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya.

Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik
Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal
bahawa kampung itu sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia
memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa
bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali
arwah ayahnya. Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah masjid
Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar
memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut
Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu
zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji Salim
tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung
itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk
ayahnya. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik
Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah
mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya
sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama
ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi tidak
berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa tidak banyak
yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke
kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah ayah
Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang ditanggung..
Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke
wajah Haikal lalu tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam
diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal
akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia
selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. Malam semakin lewat sedangkan mereka
terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia
membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal
bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai.
Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika
Hikal terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong
sambil ketawa. Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang
kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya jika ada kelapangan.

Sinopsis bab 11

Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal telah
diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya
bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya itu
bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah
ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang
terus menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya

meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan
hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji
kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya
jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di
warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun
kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa
sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang
Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam
seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama.
Mereka amat mesra dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing
bersama-sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu
keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu
Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya
dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-
minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai
misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta
peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan
malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan
tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani
semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada
pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee
Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-
kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat
orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan
saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat
menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada
di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah
ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya.
Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya . Malam itu Lazim sampai di
rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat
mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah
Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang
dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim
bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi
masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ
keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya
itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak
rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang dulu
sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri
sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin
dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan.

Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi
semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim
berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan
tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup
ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. Pagi sesudah solat subuh
berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu
bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa
menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang
bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui
sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee
Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar
dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya
pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana
mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

KEKUATAN

Pada pendapat saya, kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah bahasa dalam buku ini
amat sempurna dan menarik untuk dibaca. Bahasa novel ini mengikut bahasa semula jadi kita
dan tiada bahasa asing. Selain itu, tema novel sesuai kepada para pelajar kerana novel ini
dikarang dengan pengetahuan tentang tarian zapin. Para pelajar akan tertarik tentang tarian
tradisional yang makin dek dilupakan malah pelajar akan tersentuh dengan sejarah bapa Haikal
yang merupakan orang terpenting dalam menyampaikan ilmu tarian zapin. Seterusnya, novel
ini diselitkan dengan nilai kasih sayang antara keluarga dan kawan. Sebagai contoh, kasih
sayang Haziq terhadap bapanya tidak terpadam malah dicari-cari sejarah tentang bapanya. Ini
menunjukkan teladan yang baik kepada pembaca untuk sentiasa menyayangi orang tua. Lain
daripada itu, Haziq menunjukkan contoh yang baik kepada pembaca kerana meneruskan jejak
langkah bapanya dalam menyampaikan ilmu zapin ini kepada generasi yang akan datang.
Haziq tidak takut untuk mencapai impiannya malah mendapat sokongan dari penduduk. Pelajar
dan pembaca dapat mengambil contoh yang baik dari sikap si Haziq. Akhir sekali, novel ini
dapat memberikan gambaran mengenai kehidupan watak utama dan watak sampingan. Jadi
pembaca boleh menggambarkan jalan cerita novel ini.

KEKURANGAN

Pada pendapat saya, mungkin sesetengah pembaca tidak minat akan novel kerana ia lebih
kepada tetang tarian zapin. Seterusnya, plot cerita yang kurang tersusun dan kurang menarik.
Di samping itu, pengakhiran cerita novel yang amat klasik dan biasa. Bukan itu sahaja, malah
jalan cerita yang mendatar tanpa banyak konflik yang membuatkan para pembaca tidak teruja
untuk menjangka plotnya. Akhir sekali, warna kulit buku yang kurang menarik dan tidak
berkaitan.

CADANGAN

Cadangan penambahbaikan yang ingin saya tambah ialah pengarang boleh mengarang
dengan lebih kreatif lagi supaya para pembaca tidak bosan. Selain itu, konflik yang dikarang
lebih dimantapkan supaya tidak terlalu mendatar dan dapat dijangka oleh pembaca. Seterusnya,
saya mencadangkan pengarang menarikkan lagi pengakhiran novel ini supaya tidak bosan
untuk dibaca. Lain daripada itu, penambahbaikan yang ingin saya cadangkan ialah pengarang
bleh menggunakan warna kulit buku yang menarik dan imej yang lebih berkaitan. Akhir sekali,
pengarang wajarlah mengarang cerita yang lebih menarik dan tidak bosan.

RUJUKAN

i. Rujukan novel

Novel Jendela menghadap Jalan

ii. Rujukan link web

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa



https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html

Novel Di Sebalik Dinara
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-Tingkatan-4-
Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2015/02/novel-di-sebalik-dinara-tingkatan-4.html?
m=1

Novel Jendela Menghadap Jalan
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Jendela-Menghadap-Jalan.pdf
https://en.wikipedia.org/wiki/Ruhaini_Matdarin

Novel Pantai Kasih
https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin
https://babab.net/out/sinopsis-pantai-kasih-bab-demi-bab.html

Novel Songket Berbenang Emas
http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
http://mrasyain2.blogspot.com/2016/01/novel-songket-berbenang-emas.html
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html

Novel Tirani karya Ben Sabariah
https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html

Novel Bimaksati Menari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
http://bimasaktimenari.blogspot.com/2016/01/sinopsis-bab-demi-bab-tema-
dan.html?m=1

Novel Silir Daksina
http://klikweb.dbp.my/?p=11109
http://noveltingkatan5.blogspot.com/2016/01/sinopsis-keseluruhan-silir-
daksina.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-
tingkatan-5.html


Click to View FlipBook Version