2
SCHOOL ANTHEM SLOGAN
Gemilang, sekolah tercinta, Simply THE BEST!
Membentuk kecemerlangan pelajar,
VISION
Berdiri megah Bumi kenyalang,
SMK Telang Usan. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera.
Usaha Jaya, cogan katanya,
Berusaha penuh iltizam, Quality education, Educated people, Prosper-
ous nation.
Berkorban masa dan tenaga,
Bangkitlah perwira perkasa. MISSION
Teguhkan disiplin, Tanpa putus asa, Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Semangat Gemilang, pasti tercipta Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi As-
Berganding bahu bekerjasama, pirasi Negara.
Pelajar cemerlang, sekolah terbilang, Sustaining a quality education system to develop the
Menuju wawasan, Pendidikan negara. potential of individuals to meet national aspirations.
3
4
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Sayangi Malaysiaku
dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi
kesempatan untuk melakarkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada tahun ini. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada seluruh warga sekolah, khususnya sidang redaksi majalah sekolah yang telah berjaya menerbitkan
majalah sekolah tahun 2021. Segala usaha dan sumbangan karya warga sekolah dalam penerbitan majalah ini
diharapkan akan terus meningkatkan kualiti sistem pendidikan berfokuskan keberhasilan murid walaupun negara kita
menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.
Saya yakin dan percaya usaha gigih warga sekolah yang menyumbang idea dalam penerbitan majalah
ini, pastinya mencerminkan kemenjadian murid selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025) ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid secara holistik. Dalam situasi
menghadapi pandemik ini, warga guru seharusnya berusaha sedaya upaya mungkin serta mengambil langkah
proaktif demi memastikan ilmu pengetahuan, pengajaran dan pembelajaran dan maklumat dapat disampaikan
dengan berkesan kepada murid menerusi PdPR ataupun bersemuka.
Oleh yang demikian, para guru dituntut agar sentiasa mempersiapkan diri, jiwa dan raga dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran demi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.
Semestinya, Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) telah menjadi satu pendekatan yang berkesan dan relevan dalam
dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping
membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. Proses pembelajaran berpusatkan murid yang menerapkan
beberapa elemen seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Oleh itu, kita semua harus memanfaatkannya untuk memacu transformasi pendidikan dan mengekalkan
usaha ini bagi menjulang pendidikan khususnya di negeri Sarawak yang tercinta. Saya berharap coretan, karya
dan paparan sejarah yang berkualiti ini akan menjadi panduan dan teladan kepada masyarakat dalam
memartabatkan ilmu pendidikan.
Akhir kata, saya menyeru semua warga pendidikan seluruh bumi kenyalang walau di mana saja berada,
di kota, desa dan nun di pedalaman sentiasa berusaha bersama-sama mencapai kecemerlangan selari dengan
hasrat Kerajaan bagi memenuhi kehendak semasa. Selamat maju jaya, teruskan usaha-usaha baik untuk
manfaat bersama-sama. Stay Focused, Stay Positive, Stay Strong and Stay United demi melahirkan bangsa
Malaysia yang berkualiti, cemerlang dan gemilang di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
5
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi
majalah sekolah atas usaha yang tidak mengenal penat lelah sehingga berjaya menerbitkan
majalah TINTA yang istimewa ini untuk Tahun 2021. Saya percaya komitmen yang tinggi dan
kerjasama padu daripada warga sekolah telah menatijahkan penerbitan majalah buat tatapan
kita semua. Ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi ruang dan peluang kepada saya
untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.
Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang maju berteraskan semangat bersatu padu,
progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad untuk
meningkatkan kualiti sistem pendidikan serta memberi fokus kepada keberhasilan murid. Aspek akademik, sahsiah
dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan. Justeru, guru perlu beranjak daripada pembelajaran berorientasikan
peperiksaan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha ke arah melahirkan
murid yang berjaya secara holistik bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Perubahan
dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Sarana Sekolah yang menjadi intipati pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidik untuk berfikir di luar kotak agar terus berdaya
saing dan dihormati.
Dalam konteks pendidikan di Baram, kita menghadapi pelbagai cabaran dari segi lokaliti dan kekurangan pelbagai
kemudahan pendidikan. Namun, kekangan tersebut tidak mematahkan semangat kita untuk terus berjuang bagi
memajukan pendidikan anak-anak terutamanya di kawasan pedalaman dan seterusnya memastikan mereka
meraih kejayaan yang cemerlang. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan ibu bapa yang
telah memberikan kerjasama jitu dalam melicinkan pengurusan sekolah. Bak kata peribahasa ‘bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’, kerjasama yang erat seperti ini sudah pasti dapat meningkatkan
pencapaian murid ke tahap yang lebih optimum. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan
bakal memacu pendidikan di sekolah ke persada kecemerlangan yang kita dambakan. Tahun 2021 kita masih
berdepan dengan dugaan dan cabaran dunia pendidikan kita yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang
menuntut kita untuk menjadi lebih kreatif dalam memastikan murid-murid menerima pelajaran meskipun dengan
norma baharu yang agak mencabar bagi sekolah-sekolah di pedalaman. Cabaran bagi menjalankan Pengajaran
dan Pembelajaran di rumah (PDPR) juga harus kita tangani secara bijaksana dengan kemudahan internet yang
terhad dan tiada di sesetengah kawasan pedalaman menyebab kita perlu lebih inovatif dalam mencari jalan untuk
menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Sebagai pendidik kita harus sentiasa
berusaha untuk menjayakan sesi pembelajaran murid-murid untuk menyediakan mereka dengan ilmu
pengetahuan untuk keberlansungan pendidikan yang diterima sesuai dengan kata-kata hikmat yang menjadi
penyuntik semangat warga pendidikan Baram iaitu “Giving My Best”.
Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini.
Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan terindah semasa zaman
persekolahan. Memang benar bahawa media sosial secara maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin
terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.
Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi majalah sekolah.
Dengan adanya teknologi masa kini, majalah ini juga boleh diterbitkan secara digital dan boleh dikongsikan di
alam maya untuk tatapan semua. Semoga para pembaca majalah ini sentiasa beroleh manfaat yang tidak
terhingga daripada kandungan dan pengisiannya.
Sekian, terima kasih.
MATTHEW LAING NGAU
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
MARUDI
6
Salam sejahtera dan salam Transformasi.
Syukur kepada tuhan kerana dengan izin-Nya saya sebagai pengetua di SMK Telang Usan
berpeluang sekali lagi untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini sebagai catatan segala pahit
dan manis sepanjang tahun 2021. Sebelum meneruskan bicara, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
sekalung penghargaan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah Tinta 2021 kerana atas
kesungguhan, komitmen dan kolaborasi yang padu, maka Tinta 2021 terhasil. Syabas!
Sesungguhnya, Tinta 2021 yang terhasil ini sememangnya memerlukan kerahan kudrat, tenaga dan
mental yang optimum. Justeru, diharapkan dengan adanya Tinta 2021 ini mampu menjadi wahana dan
satu platform rasmi sekolah buat kita semua dalam menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian
yang digapai oleh warga sekolah dan seterusnya menjadikan segala memori, kenangan dan kejayaan
yang dilakar sepanjang tahun ini akan sentiasa segar dalam jiwa dan sanubari kita.
Saya berharap murid-murid SMKTU berusaha menuntut ilmu sepanjang masa dan mengasah potensi
diri demi masa depan yang gemilang dan terbilang. Para guru pula hendaklah sentiasa meneroka ilmu
baharu, berfikiran kreatif dan inovatif serta bersungguh-sungguh memupuk, menggilap dan
mengembangkan potensi murid agar fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai
matlamatnya.
Dalam coretan ini juga, tidak ketinggalan untuk saya menyeru kepada semua ibu bapa murid di
sekolah ini untuk terus sama-sama membantu pihak sekolah dalam merealisasikan segala misi dan visi
yang telah direncanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah secara
khususnya. Sesungguhnya persis kata pepatah melayu lama ‘ Ke bukit sama didaki ke lurah sama
dituruni’. Diharapkan segala kolaborasi padu yang dizahirkan oleh ibu bapa akan menjadi momentum
terbaik kepada pihak sekolah dalam melakarkan segala kecemerlangan dalam pelbagai dimensi dan
lapangan.. Ayuh, sama-sama kita menjadi 1 keluarga SMKTU yang produktif, lantas bergerak secara
kolektif dalam usaha melahirkan generasi dan modal insan yang utuh demi bangsa dan negara tercinta.
Sebagai akhir kalam daripada saya, saya menyeru kepada seluruh warga SMKTU untuk terus ber-
satu dibawah satu bumbung ke arah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang serta dapat melakukan
transformasi positif dalam mencipta nama SMKTU yang dinamik, unggul dan berada di persadanya yang
tersendiri. Semoga legasi kecemerlangan yang dicipta akan terus dikekalkan. Sekian, terima kasih.
“Simply The Best”
SINAH ANAK HENRY KACHAK
Pengetua
SMK Telang Usan
7
Shalom, salam sejahtera dan salam sihat.
Bersyukur kepada Tuhan atas anugerah dan kasih karunia-Nya kepada kita sehingga
kita boleh bernafas hingga hari ini. Atas berkat berkat pimpinan Tuhan, segala usaha dan
perjuangan para pendidik SMK Telang Usan telah berjaya membawa sekolah SMK Telang
Usan menuju kearah kecemerlangan dari segi akademik mahupun kurikulum,
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Team Redaksi Majalah TINTA SMK Telang
Usan atas usaha dan kejayaan melakarkan TINTA sekolah bagi tahun 2021. Majalah amat
penting untuk mengimbas kembali masa dan waktu yang telah berlalu. Tambahan pula,
majalah tersebut boleh menjadi pembakar semangat kepada generasi akan datang untuk
meningkatkan prestasi mereka apabila melihat pencapaian sekolah yang cemerlang dalam
majalah yang dikeluarkan.
Oleh yang demikian, marilah kita warga SMK Telang Usan menggunakan masa dan
kesempatan yang ada sebaik mungkin untuk membawa sekolah ini terus menuju kearah
kecemerlangan. Saya mendorong agar setiap diri kita terus berusaha melakukan apa yang
baik dan membawa kebaikan kepada diri kita kerana setiap saat yang kita jalani amatlah
berharga. Hal ini secara tidak langsung memudahkan kita untuk mencapai impian dan masa
depan yang berguna kepada diri kita sendiri, sekolah dan negara.
Akhir kata, saya berdoa agara para pendidik di SMK Telang Usan sentiasa diberkati
Tuhan dan sekolah ini akan terus berjaya dalam semua bidang. Tuhan memberkati kita
semua.
Sekian, terima kasih.
(MIKA MUS AGAN)
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SMK TELANG USAN
8
JERRY JOK JOHN
WINIFRED USUN FREDDIE
Salam sejahtera kepada guru-guru dan semua pelajar SMK Telang Usan. Saya Jerry Jok John ketua
pengawas lelaki dan Winifred Usun Freddie ketua pengawas perempuan bagi sesi 2020/2021.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah Tinta
edisi ke-26 kerana memberikan peluang kepada kami untuk mencoretkan perutusan ini.
Warga sekolah yang dikasihi sekalian,
Sudah dua tahun pandemik Covid-19 ini melanda negara kita. Hal ini memberi impak negatif kepada
semua orang termasuklah lembaga pengawas. Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh lembaga
pengawas ketika musim pendemik ini seperti perubahan norma hidup yang baru. Terdapat juga
beberapa peraturan baru yang harus dipatuhi oleh semua pihak sekolah seperti jaga penjarakan fizikal
dan guna pelitup muka ketika berada di sekolah mahupun luar sekolah. Walaubagaimanapun, kami
percaya rakan pengawas yang lain dapat pengalaman yang baru. Semua masalah pasti ada jalan
keluar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan atas peluang dan kepercayaan yang telah
diberikan kepada barisan pengawas sesi 2020/2021. Kerjasama semua pihak telah membuat kami
lebih yakin untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan pelajar yang telah memberikan kerjasama secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang perkhidmatan kami. Kami berharap pelajar sekalian
dapat memupuk disiplin dalam diri dan menerima teguran daripada para guru dan pengawas dengan
hati terbuka untuk meringankan beban pihak sekolah. Semoga setiap teguran memberi makna kepada
kalian dan berubah menjadi yang lebih baik.
Tidak dilupakan juga kepada Lembaga Pengawas sesi 2021/2022 , selamat menjalankan tugas
dengan cekap dan penuh tanggungjawab. Jadilah seseorang yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar
lain. Semoga pengalaman yang anda peroleh kelak dapat mendewasakan anda.
Akhirulkalam , kami bagi pihak Lembaga Pengawas sesi 2020/2021 ingin memohon maaf kepada
semua pihak sekolah dan rakan-rakan atas segala kekurangan dan kesilapan kami sepanjang kami
menjalankan tugas. Kami berharap agar SMK Telang Usan terus maju dan melahirkan lebih ramai
generasi muda yang berjaya dalam akademik dan kokurikulum serta mematuhi segala SOP yang
telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
(JERRY JOK JOHN) (WINIFRED USUN FREDDIE)
KETUA PENGAWAS LELAKI KETUA PENGAWAS PEREMPUAN
9
10
11
12
13
14
NO COMPETITIONS/ACTIVITIES LEVEL PARTICIPANTS ADVISORS ACHIEVEMENT
1 DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH DISTRICT ELVA HWONG XIN TIAN LEONG CHUNG POI 3RD
LEONG CHUNG POI 3RD
BAWAH LEONG CHUNG POI
2 DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH ATAS DISTRICT BERNICE TEA MEI JIN PARTICIPATION
3 DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH ATAS DISTRICT BEVIS HII LEE SZE 3RD
2ND
4 PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU SEKOLAH DISTRICT NURHANIE ZAFIRA BINTI STEPHANIE 3RD
MENENGAH RENDAH DISTRICT 1ST
DISTRICT NADZARUNIE DORLEN 1ST
5 PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA MELAYU DISTRICT ALYA ALYSHA BINTI ABDUL- STEPHANIE 2ND
SEKOLAH MENENGAH ATAS DISTRICT 2ND
DISTRICT LAH DORLEN
6 PERTANDINGAN MENULIS CERPEN SEKOLAH MENENGAH DISTRICT ANISHA IZATI BINTI MOHAM- STEPHANIE PARTICIPATION
ATAS PARTICIPATION
STATE AD KAMIS DORLEN PARTICIPATION
7 PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS SEKOLAH STATE CHRISTINE CHONG JIE NIE QADARIAH JALOK PARTICIPATION
MENENGAH RENDAH PARTICIPATION
SIM YEE CHAN KIN WEI PARTICIPATION
8 PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS SEKOLAH PARTICIPATION
MENENGAH ATAS AIN SYAFIQAH BINTI ABDUL EDWARD LAGA PARTICIPATION
RAHMAN EDWARD LAGA PARTICIPATION
9 PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH BEATRICE UNYANG FREDDIE LEONG CHUNG POI PARTICIPATION
PARTICIPATION
10 NATURE PHOTOGRAPHY CONTEST SECONDARY SCHOOL ELVA HWONG XIN TIAN PARTICIPATION
PARTICIPATION
11 DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH BERNICE TEA MEI JIN LEONG CHUNG POI PARTICIPATION
BAWAH PARTICIPATION
PARTICIPATION
12 DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH ATAS PARTICIPATION
PARTICIPATION
13 PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU SEKOLAH STATE NURHANIE ZAFIRA BINTI STEPHANIE PARTICIPATION
MENENGAH RENDAH STATE
STATE NADZARUNIE DORLEN
14 PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA MELAYU STATE ALYA ALYSHA BINTI ABDUL- STEPHANIE
SEKOLAH MENENGAH ATAS STATE
STATE LAH DORLEN
15 PERTANDINGAN MENULIS CERPEN SEKOLAH MENENGAH STATE ANISHA IZATI BINTI MOHAM- STEPHANIE
ATAS
AD KAMIS DORLEN
16 PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS SEKOLAH CHRISTINE CHONG JIE NIE QADARIAH JALOK
MENENGAH RENDAH
SIM YEE CHAN KIN WEI
17 PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS SEKOLAH
MENENGAH ATAS AIN SYAFIQAH BINTI ABDUL EDWARD LAGA
EDWARD LAGA
18 PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH RAHMAN
BEATRICE UNYANG FREDDIE
19 NATURE PHOTOGRAPHY CONTEST SECONDARY SCHOOL
20 8TH NATIONAL SCIENCE & MATHS QUIZ 2021 NATIONAL* BEVIS HII LEE SZE CHAN WAH FOOK
21 9TH NATIONAL SCIENCE & MATHS QUIZ 2021 NATIONAL* SIM YEE CHAN WAH FOOK
22 10TH NATIONAL SCIENCE & MATHS QUIZ 2021 NATIONAL* LILY HWANG YING YEE CHAN WAH FOOK
23 HIP BOOK REVIEW COMPETITION STEPHANIE JOYCE STEWARD MOUREEN PADAN
24 HIP BOOK REVIEW COMPETITION NURHANIE ZAFIRA NADZA- SHARON CHARLES
25 HIP BOOK REVIEW COMPETITION
RUNIE UDAU
NUR AZIRAH MUHTAR MOUREEN PADAN
26 HIP BOOK REVIEW COMPETITION AIN SYAFIQAH ABDUL RAH- QADARIAH JALOK
27 HIP BOOK REVIEW COMPETITION QADARIAH JALOK
MAN
NURHIDAYAH BAHRI
28 HIP BOOK REVIEW COMPETITION MUHD IKMAL ISMAIL QADARIAH JALOK
29 HIP ANIMATED STORY TELLING COMPETITION ANISHA IZATI MOHAMAD CHAN KIN WEI
KAMIS
15
NO COMPETITIONS/ACTIVITIES LEVEL PARTICIPANTS ADVISORS ACHIEVEMENT
1 KEJOHANAN MERENTAS DESA E MSS PERINGKAT DISTRICT WINIFRED USUN QADARIAH 9TH
DISTRICT FREDDIE 2ND
DAERAH BARAM DISTRICT EVELYN LEE TING LEI JALOK 5TH
2 KEJOHANAN MERENTAS DESA E MSS PERINGKAT DISTRICT QADARIAH 4TH
DISTRICT NURHIDAYAH BINTI 5TH
DAERAH BARAM DISTRICT BAHRI JALOK
3 KEJOHANAN MERENTAS DESA E MSS PERINGKAT DISTRICT ELVIN LEE LIM HAO QADARIAH PARTICIPATION
DISTRICT
DAERAH BARAM KELMIDY VAESTER MIKA JALOK 3RD
4 KEJOHANAN MERENTAS DESA E MSS PERINGKAT STATE MUS QADARIAH
STATE GAYREAL TIE SIANG PARTICIPATION
DAERAH BARAM STATE SUAI JALOK
5 KEJOHANAN MERENTAS DESA E MSS PERINGKAT STATE WONG SEE PENG QADARIAH PARTICIPATION
PARTICIPATION
DAERAH BARAM BONG TUEN KIK JALOK PARTICIPATION
6 PERTANDINGAN BOLA KERANJANG E MSS LIEW ING
WINIFRED USUN
PERINGKAT DAERAH BARAM FREDDIE CHANG
7 PERTANDINGAN BOLA KERANJANG E MSS GAYREAL TIE SIANG LIEW ING
SUAI
PERINGKAT DAERAH BARAM WONG SEE PENG CHANG
8 PERTANDINGAN BOLA KERANJANG E MSS LIEW ING
BONG TUEN KIK
PERINGKAT DAERAH BARAM CHANG
9 PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN MY JAWIE AK
WALK ANSAM
10 PERTANDINGAN BOLA KERANJANG E MSS LIEW ING
PERINGKAT NEGERI CHANG
11 PERTANDINGAN BOLA KERANJANG E MSS LIEW ING
PERINGKAT NEGERI CHANG
12 PERTANDINGAN BOLA KERANJANG E MSS LIEW ING
PERINGKAT NEGERI CHANG
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
Chinese Language Panel
Activity name :
1. Online Competition for Chinese
Poetry Recitation in Secondary
Schools in Daerah Baram
2. Creative Short Video Creation Contest
for Teacher Appreciation
Date :
1. 4 July 2021
2. 5-16 May 2021(Language Week)
Venue : Online
Objective :
1. Foster students' interest in reciting
poems and appreciating Chinese
literature.
2. Provide an informal teaching
environment that is able to
integrate student enjoyment.
50