The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alnscialexius, 2021-07-02 09:51:52

KOMPILASI MITOS URBAN DI KUALA PENYU

SEKADAR CERITA REKAAN

Rumah-rumah kampung di tepi jalan, jalan raya yang sunyi tanpa desupan motor
dan kereta, suara cengkerik yang saling bersahut-sahutan memberi pengalaman baru
pada anak-anak muda yang tak terbiasa suasana kampung sebegitu.

Tanpa dirasai, mereka pun sampai di Sunset Villa. Seperti dialu-alukan
kepulangan mereka, pemandangan matahari terbenam berlaku jelas di hadapan semua
mata-mata yang melihat.

Ada juga yang lekas-lekas mengetik kamera telefon pintar mereka sebagai bahan
konten di media sosial dan ada juga yang sekadar berdiri, memandang setia pada
keindahan ciptaan yang Esa.

Tak lama matahari itu mengambil masa menenggelamkan dirinya yang
mempersonakan siapa-siapa yang memasang mata terhadapnya, cukup sekitar dua
atau tiga minit, dia lenyap sepenuhnya lalu digantikan penampilan sang bulan yang
menerangi kegelapan malam.

Kedengaran dari jauh, sayup-sayup laungan azan menandakan sudah masuk
waktu maghrib yang membangkitkan iman Muslimin dan Muslimatnya dari terus leka
dengan duniawi dan kembali mendekatkan diri pada Ilahi.

Seperti kebiasaannya, Faiz memimpin solat pada waktu Maghrib dan Isyak pada
hari itu. Masing-masing sudah membersihkan diri dan bersedia untuk mendirikan solat
secara beramai-ramai di ruang tengah rumah. Sejadah pun dibentangkan di atas lantai.

Sementara pelajar Muslim menunaikan rukun kedua dalam Islam, pelajar yang
bukan beragama Islam menyediakan peralatan memanggang di luar. Sementara
Marshall menghidupkan api untuk memanggang, Charmaine dan Soraya membantu
memerap bahan-bahan basah yang akan dipanggang sebentar lagi.

Berdekatan tempat memanggang, Skip Edmund dibantu dengan Skip Trevor
menghidupkan unggun api. Sekeliling tempat itu sengaja disusun oleh angkol Ambrose

101

beberapa tunggul kayu sebagai tempat bersantai yang sudah mulai diisi oleh pelajar
Muslim yang baru sahaja siap mendirikan solat.

Hanan baru sahaja turun dari membetulkan tudung Semi-Instant Naelofarnya di
bilik tidur mereka lalu terus menuju ke tempat Charmaine dan Soraya. Tak lama
kemudian, aktiviti barbeque pun bermula.

Aroma kuat dari ayam panggang madu cukup menyeksa perut yang sudah sedia
berkeroncongan sejak solat Maghrib lagi.

Di permukaan air laut, terpancar pantulan cahaya bulan yang menampakkan
seakan ada ribuan kilauan permata dan hembusan dingin bayu malam menemani
mereka menikmati makan malam yang menyelerakan belaka.

Hampir larut malam, belum ada diantara mereka yang berganjak dari tempat itu.
Masing-masing sudah menemukan keselesaan dengan suasana malam yang riuh dan
diselubungi kehangatan persahabatan mereka.

Unggun api yang masih tegar maraknya menjadi saksi kepada suatu kejadian
tragis yang bakal berlaku pada malam dingin itu.

Di sudut ruangan unggun api itu, terlihat beberapa pelajar perempuan yang
sedang meluah rasa kesenduan di dalam jiwa mereka. Intonasi suara mereka ketika itu
seolah sedang berbisik mungkin sebab tak mau tertangkap di pendengaran orang lain.

Soraya, Charmaine, dan Hanan ketika itu berada dalam kumpulan pelajar lelaki
bermain permainan telefon bimbit ‘Among Us’. Tidak dirasai sedikit pun kejanggalan
diantara mereka, seakan sudah berteman lama.

Lama kemudian, mereka mula disinggahi dengan rasa bosan. Skip Edmund
sempat memandang satu persatu wajah anak muridnya yang duduk dalam bulatan
pada waktu itu.

102

Keadaan menjadi sunyi, hanya kedengaran bunyi hempasan ombak, dan
cengkerik. Perasaan suasana tiba-tiba hening, pelajar perempuan yang tadi berada di
sudut terus menghentikan kata-kata yang ingin diluahkan.

Apa yang berlaku? Kenapa tiba-tiba senyap semacam ni? Antara soalan yang
bermain di fikiran pelajar perempuan yang sedang mengadakan sesi luahan.

“Ngam-ngam sekarang pun sudah malam, sejuk-sejuk, dekat laut lagi. bagus kita
cerita pasal pengalaman menyeramkan kita. Mau?”

Suara Skip Edmund yang lantang itu terus memecah kesunyian malam. Mereka
semua saling berpandangan. Tanpa diketahui mereka, itulah yang akan menjadi titik
permulaan kepada kejadian tragis di tempat itu.

“Saye on!” Saiful mengangkat sebelah tangannya diatas tanda menyokong
cadangan jurulatihnya.

Tetapi, lain pula riak wajah yang dipamer oleh Skip Trevor ketika itu. Dia seakan
menolak cadangan Skip Edmund yang sebaya dengannya namun tidak dikatakan oleh
bibirnya.

Skip Trevor yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Skip Edmund hampir
memaki kerana terkejut tangannya tiba-tiba disiku oleh jurulatih itu.

Fikirannya sebentar tadi sebenarnya terimbas dengan kenangan seram yang
pernah dilaluinya bersama ahli Pengakap Kelana yang lain semasa berkemah di
kampung itu juga.

“Ih kau ni! Hampir-hampir aku panggil kau yang inda ketantuan.” Ucap Skip
Trevor dengan matanya yang menjeling Skip Edmund. Pelajar yang berada di sekeliling
mereka ketika itu turut terhibur dengan sifat lucu Skip Trevor yang tidak pernah ia
tunjukkan selama berada dengan mereka di Sunset Vila.

103

“Ha. Ha. Ha. Sorry, sorry. Saya sebenarnya mau kau kasih share ba. Kau ingat
ka tu pasal cerita ogon pongou yang pernah kena cerita kita tu bah.” Kata Skip Edmund
yang masih menyimpan sisa-sisa ketawanya.

Mendengar kata itu dari rakannya membuatkan Trevor tersentak. Mata semua
memandangnya. Dia seakan berat hati untuk berkongsikan pengalaman itu kepada
anak-anak muda yang ada disitu pada malam itu.

Namun, melihat anak mata semua pelajarnya yang benar-benar
mengharapkannya untuk mengkongsikan cerita itu membuatkan dia lemah. Tidak
sampai hatinya untuk mengecewakan pelajarnya.

Trevor berdehem sebelum memulakan perkongsian cerita dia. Posisi duduknya
juga diubah supaya merasa lebih selesa dan dapat sampaikan cerita dengan baik
kepada pelajarnya.

Matanya memandang laut yang kelihatan hitam pada waktu malam. Walau masih
tersisa sedikit rasa trauma dari kejadian itu, dia memberanikan juga mulutnya untuk
berkata-kata.

***

Trevor mengimbas kembali pada zaman dia masih tahun 1 di Universiti Malaysia Sabah.
Ketika itu, dia menyertai kelab Pengakap Kelana kerana memang minatnya terhadap
pengakap sejak di sekolah rendah lagi.

Pertama kali perjumpaan kelab Pengakap Kelana, dia dimasukkan ke dalam
kumpulan yang sama dengan Skip Edmund, dan sejak itu mereka berteman hingga ke
alam pekerjaan.

Pada hujung semester pertama, sudah ditetapkan oleh jurulatih kelab itu untuk
membuat aktiviti perkhemahan yang akan menentukan markah keseluruhan mereka.

104

Salah satu lokasi cadangan yang disebut ketika itu ialah Sunset Vila, Kampung Kilomboi
di Kuala Penyu.

Hampir kesemua pelajar waktu itu memilih Sunset Vila sebagai lokasi
perkhemahan mereka setelah melihat di enjin carian yang memaparkan sebuah vila
agam, besar cantik dan berdepan dengan laut.

Masih segar dalam ingat Trevor, mereka mula bergerak tepat jam 11 pagi dan tiba
di Vila itu sekitar jam 2 petang. Sesampai mereka di situ, terus sahaja mata menangkap
panaroma laut biru.

Segera mereka semua menginjakkan kaki ke dalam Sunset Vila dan berlari masuk
ke bilik masing-masing untuk meletakkan barang.

Disebabkan cuaca yang panas terik pada hari itu, mereka berehat sebentar dan
menikmati makan tengahari yang sudah disediakan oleh katerer.

Ketika itu, Trevor sedang duduk buaian besi di kaki lima rumah itu, sambil matanya
memandang ke arah laut sekejap-sekejap. Dia mengelamun. Keluar makian dari mulut
gara-gara terkejut dengan kedatangan Edmund secara tiba-tiba.

Tidak disedarinya bila agaknya Edmund datang ke situ. Mereka bersalaman dan
makan bersama-sama, namun masih ada perasaan janggal diantara mereka berdua
ketika itu.

“Kamu orang asal mana?” Soal Edmund pada Trevor.

“Saya dari Kota Marudu. Kau?” Soal Trevor balik.

“Dari Tenom. Kau di UMS ambil kos apa?”

“Kos Geografi. Kau ambil kos apa? Kita semua sama-sama ba ni kan tahun 1 sini?”
Tanya Trevor bertalu-talu.

105

“Saya ambil kos Perhutanan. Iya kali. Saya pun tahun 1.” Balas Edmund sambil
tangannya masih menyuap masuk makanan ke dalam mulutnya.

“Kau dapat bilik mana la?” Soal Trevor.

“Saya dapat di bilik 2.”

“Aik, sama la tu kita. Saya pun.”

***

Tengah malam itu, Edmund mengadu sakit perut pada Trevor. Disebabkan rasa lapar
dan takut untuk bersendiri di rumah asing itu, dia membangunkan Edmund yang ketika
itu juga belum tidur.

“Mari ba, kawan saya pigi dapur.” Ajak Edmund.

“Bikin apa di dapur?”

“Sakit ba perut saya. Lapar.”

“Lapar? Aik, tadi malam kau inda makan ka?”

“Iya la, tapi lapar lagi saya rasa. Macam mana juga.”

Tiba-tiba pecah tawa Edmund hingga dia harus menekup mulutnya dengan
tangan supaya tidak membangunkan rakannya yang lain. Dia mendengar perut Edmund
berkeroncong kuat. Trevor berasa terhibur. Timbul juga rasa kesiannya pada rakan
yang baru dijumpanya hari itu.

“Ba, marila.”

Lekas kakinya berjalan menuju ke beg pakaiannya. Diselongkar perlahan-lahan
tanpa membuat bunyi yang kuat. Dia mengeluarkan sebungkus plastik jernih bertulisan
“CKS” pada depannya.

106

“Kau mau makan?” Tanya Edmund dengan nada yang seakan berbisik.
Trevor mendekatinya. Dibelek-belek isi plastik itu. Dilihatnya dalam plastik itu
ada mi segera Maggie perasa kari, keropok kentang dan gula-gula Hacks.
“Kau makan apa?” Tanya Trevor semula.
“Megi la.”
Tangannya mengoyakkan pembalut plastik mi segera itu dan mengeluarkan
sebungkus.
“Saya pun mau la.” Kata Trevor.
Edmund mengeluarkan lagi sebungkus mi segera dari bungkusan besar. Tidak
disangka Trevor, Edmund mengeluarkan pula sebungkus plastik kecil berwarna hitam.
“Apa tu?” Soal Trevor kehairanan.
“Telur.” Jawab Edmund ringkas.
Trevor terhibur melihat gelagat teman barunya yang turut membawa telur
mentah dalam beg pakaiannya.
“Buli tahan kau ni membawa lagi telur. Baru nda pecah lagi.” Usik Trevor.
Mereka melangkah masuk ke dalam dapur yang berdinding warna putih dan
lantai tiles. Sengaja mereka tidak memasang lampu kerana tidak ingin menganggu
jurulatih dan beberapa orang rakan mereka yang tidur di ruang tamu berdekatan
dengan dapur.
Mereka hanya melihat dengan berbekalkan cahaya dari lampu di belakang dapur
yang masuk dari celah pintu dan tingkap kaca dekat dengan sinki.

107

Edmund memasang api dan meletakkan kuali kecil yang sudah diisinya dengan
air mentah. Dua bungkus telur dipecahkan ke dalam air yang dilihat sudah
menggeledak dan kemudian diikuti dengan tiga bungkus mi segera perasa kari bersama
perencahnya. Aroma dari mi segera itu merancakkan lagi rasa laparnya.

“Mau pasang lampu?” Tanya Trevor pada Edmund dengan suara yang kecil.

“Inda payah la ba. Bukannya gelap betul.” Balas Edmund.

“Kau inda takut?” Soal Trevor untuk kepastian.

“Takut apa lagi kau ni?” Suara Edmund kedengaran sedikit keras.

“Kan kalau makan tida buli begalap-galap. Nanti ada ogon pongou datang
meminta.” Balas Trevor.

“Ah kau ni, ada-ada saja. Manada juga galap eh. Makan ja la.” Edmund tidak
mempercayai hal yang dikatakan oleh kawannya itu.

Edmund terus menghirup mi segera itu tanpa menunggu rakannya lagi. Baginya
ketika itu, dia harus makan sesuatu untuk menenangkan kelaparan yang dirasai.

Sama-sama mereka duduk di meja makan. Masing-masing fokus dengan
makanan mereka.

Tiba-tiba, Trevor berhenti makan. Hidungnya digerak-gerak seperti mencari
sesuatu bau. Edmund yang melihat kelakuan rakannya terus berhenti makan dan
meletakkan penyepitnya bersusun diatas mangkuk. Dia kehairanan melihat rakannya.

“Kenapa kau?” Tanya Edmund dengan kening yang sudah sedikit berkerut.

“Kau inda tercium ka ni bau?” Tanya Trevor dengan jarinya menggosok-gosong
hidungnya.

108

“Bau? Bau apa? Aku indada pun tercium apa-apa bau.” Edmund menyoal
kembali.

“Bau ba. Macam bau kentang bakar.” Jawab Trevor.

Edmund mencuba untuk menghidu bau yang dikatakan Trevor namun, hidung
tidak menangkap apa-apa

“Ada-ada ja kau. Makan ja la. Kambang la tu megi kau kalau lama-lama kau inda
makan.” Edmund menjeling matanya melihat Trevor kerana merasa seolah-olah
dipermainkan.

Hampir saja mangkuk mi segera Edmund terjatuh ke lantai gara-gara terperanjat
melihat makhluk pendek yang berkedut-kedut di seluruh tubuhnya, bertelinga panjang
dan runcing tetapi tidak mempunyai hidung. Makhluk itu benar-benar duduk
bercangkung di atas meja dan berhadapan dengannya.

Makhluk berlidah panjang mencecah ke lantai ini yang dikenali dalam kalangan
masyarakat Kuala Penyu sebagai Ogon Pongou.

Trevor ikut terperanjat melihat kawannya yang terjatuh di lantai dengan wajah
pucat lesi bagai ditoreh tidak berdarah.

Dia bingkas bangun dari kerusinya lalu menyambut Edmund, namun, saat
kepalanya di dongak, kakinya menjadi lemah dan tidak dapat menampung tubuhnya
hingga jatuh tersungkur di lantai.

Masing-masing ternganga dengan mata yang terbeliak. Suara seakan tersekat.
Unggas malam sudah tak berbunyi, deruan ombak yang tak terdengar lagi membuat
suasana sangat sunyi dan berdesing telinga mereka berdua ketika itu.

Tiba-tiba, jurulatih mereka yang sebenarnya hanya tidur-tidur ayam merasa
hairan kerana tidak mendengar suara dua orang pelajarnya berbual.

109

Dia bingkas bangun dari tilamnya dan melangkah selamba ke dapur. Saat,
matanya menangkap sosok makhluk itu diatas meja, pantas kakinya berlari ke suis
lampu dan menghidupkannya.

Dapur yang tadinya malap dengan cahaya samar-samar dari lampu luar menjadi
terang-benderang setelah lampu pendaflour dihidupkan.

Edmund dan Trevor yang masih duduk terpaku di atas lantai dipapah oleh
jurulatih mereka itu. Bahu mereka ditepuk. Menyedar mereka dari ketakutan yang
meliliti diri setelah berhadapan dengan makhluk mengerikan itu di depan mata.

“Kamu okay ka?” Tanya jurulatih itu kepada Edmund dan Trevor yang masih
kaget.

Kepala mereka diusap. Jurulatih berusia sekitar 40-an itu memapah mereka
berdua hingga ke ruang tamu. Dia segera mengambil dua gelas air kosong dan
memberikan kepada pelajarnya itu. Diperhatikan hingga tinggal separuh air itu diteguk
oleh Edmund dan Trevor.

Kelihatan dari riak wajah dan tingkah mereka, dapat diteka oleh jurulatih itu
mereka sudah lebih tenang berbanding tadi.

“Tadi, tadii..” Tak dapat Edmund menghabiskan kata-katanya.

Edmund trauma. Jarinya menunding meja makan tadi, tetapi kepalanya tidak
dipusingkan mungkin masih tertinggal dalam dirinya rasa terkejut.

Trevor memandang jurulatihnya. Mulutnya bergerak mengucapkan sesuatu
tetapi suaranya terlalu perlahan dan tak dapat difahami dengan jelas.

“Apa benda tadi kami nampak Skip?” Soal Trevor. Matanya membuntang.

“Itu kalau urang disini bilang ogon Pongou.” Kata jurulatih itu sambil
memandang dua anak muda di hadapannya.

110

“Kenapa dia ada disini? Dia mau apa?” Soal Trevor lagi.

“Ini rumah ka yang berhantu, Skip?” Giliran Edmund bertanya.

“Tidak. Bukan ini rumah yang berhantu. Kamu yang pigi panggil dia.” Jawab
jurulatih.

“Kami? Bila masa kami memanggil benda-benda begitu?”

Edmund dan Trevor kaget mendengar kata-kata jurulatih mereka itu. Mereka
seakan tidak dapat mempercayai telinga mereka saat itu.

“Kamurang pun tau kalau makan, tida buli begalap. Mesti mau ada lampu. Sama,
saya nampak, diatas mija kamu. Kenapa kau punya mangkuk kau kasi tu penyepit
bersusun diatas dia?” Jurulatih kelab itu menjawab dengan tenang tetapi raut yang
ditunjukkan agak tegas.

“Apa maksud Skip penyepit susun diatas mangkuk?” Soal Edmund. Dahinya
berkerut bertanya.

“Kalau penyepit ka suda ka garfu ka, kalau kena kasi letak diatas mangkuk yang
ada isi makanan, itu seolah-olah kau mau kasi ‘makan’ ogon pongou.” Jawab jurulatih
mereka.

“Saya tida paham Skip. Tempat kami biasa saja, tiada juga sampai begini.”
Trevor seakan tidak berpuas hati.

“Itu tempat kamu. Sini lain. Jadi, urang bilang, kita urang baru datang pigi
tempat urang, mesti mau hormat ba kepercayaan urang.” Jurulatih mereka sempat
memberi secebis nasihat.

Edmund dan Trevor memandang jurulatih yang kelihatan masih muda itu.
mereka menanti jawapan lanjut darinya.

111

“Ogon pongou ni, dia tiada hidung. Jadi dia tidak dapat cium bau-bau makanan.
Tapi, bila kau kasi letak itu penyepit begitu, dia fikir kau makan dia. Itu la pasal dia
datang. Lagi, memang dari awal pun kamu sudah panggil dia. Kamu makan dalam
galap-galap kan? Urang biasa mana mau makan galap. Hantu saja makan dalam galap-
galap indada lampu.” Jurulatih itu menjawab panjang.

***

Semua lidah terkelu setelah mendengar pengalaman Skip Edmund dan Trevor
berhadapan dengan ogon Pongou. Terhasil sudah bayangan imej makhluk itu di kepala
mereka yang menjadi pendengar setia cerita dua lelaki sebaya itu.

“Tapi kamu tau, kalau anu kan, kalau mau tau dia ada, tiba-tiba dekat kita
macam ada bau kentang atau macam bau ubi kena bakar. Kena panggang tu.” Tambah
Skip Trevor.

Skip Edmund seolah sedikit terkejut mendengar kata rakannya itu. Matanya tak
lari dari memandang terus Trevor yang mungkin belum selesai bercerita.

“Betul ba?” Tanya Skip Edmund seperti tidak mempercayai.

“Iya ba. Kau pun ingat kan sebelum kita nampak tu, saya bilang ada bau macam
kena bakar-bakar. Tapi bau dia telampau betul kuat. Macam masuk betul pigi hidung.”
Jelas Trevor.

“Manatau bau urang membakar sampah.” Edmund masih menyangkal.

“Tidakla. Kau ndakan tidak ingat, manada rumah-rumah urang dekat dengan ni
vila time tu kan. Lagipun, time kita masak-masak tu, manada tu bau. Sekali time mau
makan, tiba-tiba tu mau mau kuat lepas tu dekat betul bau dia.”

Sam yang dari tadi mendengar cerita jurulatihnya tiba-tiba teringat akan kejadian
semalam. Dia juga terhidu bau yang sama dan melihat makhluk seperti di deskripsi oleh
3 orang saksi kejadian.

112

“Sam, kau okay tak?” Tanya Soraya padanya.

Semua mata segera memandangnya. Kepalanya masih ligat mengimbas kejadian
malam itu.

“Malam tadi, aku nak gi on lampu, waktu diorang Marshall tengah makan.
Sebelum tu, korang ingat tak, aku ade tanye, korang bau ape-ape tak? Waktu tu
serious aku memang bau macam ubi kene panggang tau!” Kata Sam dengan matanya
memandang Skip Edmund dan Trevor untuk mendapatkan kepercayaan dari mereka
yang sudah menyaksikan.

“Lepas tu? Kau buat ape?” Tanya Saiful.

“Dah korang tak bau, aku buat bodo je lah. Tapi time aku nak tutup lampu tu,
aku nampak ade bende ni tak sure ah die tinggi ke pendek ke sebab aku kan rabun
jauh wei, tak nampak sangat jauh-jauh. Tapi aku nampak die macam ade rambut tau
panjang. Bende tu dok usha makanan Marshall waktu.” Jelas Sam dengan nada yang
tidak teratur, sekejap tinggi dan sekejap lagi perlahan.

“Yang kau nampak panjang tu, yang kau fikir rambut, itu bukan rambut. Itulah
dia punya lidah. Panjang.” Skip Edmund menyampuk.

“No wonder la time aku mau pigi basuh piring di sinki, ayam saya tiba-tiba
tejatuh sendiri. Padahal, mustahil ba dia buli tejatuh, melainkan saya tekasi miring tu
pinggan saya. Mengkali betul tu Jeff yang kau cakap. Ada kena minta sudah tu lah dia
kasi jatuh tu makanan.” Marshall sempat mencelah.

Leka mereka bercerita, tidak disedari unggun api di depan mereka semakin
padam. Tiba-tiba, satu hembusan angin telah meniup api itu hingga terpadam. Mereka
berpandangan sesama sendiri. Hairan.

113

Salah seorang dari pelajar perempuan yang bercerita dengan kawan-kawannya
di sudut dari kumpulan Skip Edmund dan Trevor berteriak dengan jarinya menunjuk di
unggun api yang sudah padam.

Apa lagi, mereka semua membuka langkah seribu masuk ke dalam rumah
termasuklah Skip Edmund dan Trevor. Semua sudah berada di dalam perut Vila Sunset
itu dengan merasa sedikit selamat.

Kedengaran masih nafas yang tercungap-cungap akibat kejutan pada jantung
kerana berlari.

Semua disitu menjadi tertanya-tanya mengapa dia berteriak dan menunjuk
unggun api itu? Apa yang telah dilihatnya tapi tidak dilihat oleh orang lain? Dari mana
datangnya hembusan angin yang hanya menghala pada unggun api tu sahaja.

Fikiran mereka semua dipenuhi dengan persoalan-persoalan ini, namun tidak ada
keberanian di jiwa untuk mengatakannya. Detik-detik panik itu masih bermain dalam
kepala, dan dalam hati masih terasa debaran kencang.

Gara-gara ingin menguji kewujudan ogon Pongou ini, Marshall dan Jefferson
merancang untuk memanggilnya datang. Malam itu sebelum tidur, Charmaine, Soraya
dan Hanan menerima mesej beraudio di Whatsapp oleh Marshall.

“Ni malam, aku dengan Jeff plan mau stay up.” Kata Marshall.

“Stay up? Stay up untuk ape?” Balas Soraya.

“Korang jangan nak buat macam-macam eh. Tak ingat lagi ke hal malam tadi
tu?” Hanan menyampuk.

Charmaine hanya mendengar audio suara yang dibalas-balas oleh rakannya di
Whatsapp.

“Kamu ba, kamu percaya ka tu pasal Ogon Pongou tu?” Tanya Jefferson.

114

“Percaya tak percaya, aku nak tido. Penat.” Soraya menjawab acuh tak acuh.
“Tak, sekarang ape hal stay up dengan bende tu?” Hanan bertanya lagi.
“Alang-alang kita sudah sini, jumla kita try ni malam panggil dia. Betul-betul ka
juga dia datang tu.” Tanya Jefferson sinis.
“Jom la. Aku janji, nanti kita sampai UMS, aku belanja kamu saturang satu
Starbucks ba. Atau apa kamu mau?” Pujuk Marshall.
“Starbucks je?” Soal Soraya.
“Yala, di Starbucks tu, nanti kamu order la ba apa-apa ja kamu sana. Aku bayar
semua.”
“OK. Kalau macam tu, aku on. No money no talk bro.” Balas Hanas
mempersenda.
“Hmmm. Kau yang janji eh? Awas tau aku claim nanti kau tak kasih. Ashiap kau.”
Soraya bergurau.
“Chem?” Tanya Jefferson ringkas.
“Dah korang semue setuju, aku on je la.” Balas Charmaine.
“OK. Mantul. Kejap lagi kami turun, tengok clear ka inda. Nanti kami chat.” Ujar
Jefferson.
Malam semakin larut. Beberapa jam pun berlalu. Ting! Bunyi notifikasi di telefon
bimbit Iphone 12 Charmaine berbunyi. Tertera nama “Babe” dengan emoji hati di
hujung namanya telah menghantar satu chat.
“Kami dekat bawah sudah. Turun la.” Chat dari Marshall.

115

Perlahan-lahan mereka turun ke bawah, dengan tiada bunyi tapak kaki. Mereka
pergi ke dapur belakang rumah. Berbaris mereka duduk bersandar di dinding dapur itu
dalam suasana yang amat sunyi dan gelap.

Dingin malam itu lain macam seolah menusuk ke tulang. Charmaine yang hanya
memakai seluar pendek menggeletar kesejukan.

Mereka memulakan dengan makan lebihan ayam panggang dan sebatang sosej
yang diambil oleh Jefferson dari bekas makanan. Untuknya sekepak ayam panggang
dan sekepak lagi untuk Marshall, sementara Soraya, Hanan dan Charmaine enggan
makan banyak lebih memilih untuk berkongsi sahaja sebatang sosej itu.

Sehingga licin ayam panggang itu dimakan oleh Jefferson dan Marshall namun
belum ada tanda-tanda makhluk itu akan datang.

Charmaine dan Hanan mulai merungut dengan gigitan nyamuk yang terlalu
banyak pada kulit mereka. Hanan berputus asa. Dia sudah tak tertahan dengan
serangan nyamuk yang mengganas hingga tiada bunyi lain yang di dengari di telinga
mereka selain bunyi desingan nyamuk berterbangan.

“Aku tak tahan dengan nyamuk ni semue. Aku pun tak tau la kenape aku
bongok-bongok ikut korang ni.” Rungut Hanan.

“Aku pun nak balik la. Tengok kulit aku dan bengkak-bengkak dah. Aku tak nak
esok die merah-merah.” Sokong Charmaine.

“Kau Soraya? Tak nak balik? Nak stay dengan mamat Sabah ni ke?” Tanya
Hanan pada Soraya.

Soraya tak pasti apa yang ada dalam fikirannya saat itu hingga dia tidak
mengikuti jejak dua rakannya itu balik ke bilik.

“Jom la naik same. Kau tu dah la period en. Nak lagi duduk kat luar ni kene
makan dengan nyamuk. Habis je la darah kau ni.” Hanan sempat membebel.

116

“Uhh, korang naik je la dulu. Aku stay sini jap. Nanti aku naik.” Balas Soraya.

Saat itu, Marshall dan Jefferson berpandangan. Mereka menarik nafas lega
kerana tidak dibiarkan berdua sahaja di tempat kelam dan sunyi itu.

Hanan dan Charmaine menuruti kata-kata Soraya. Mereka perlahan-lahan
menguak pintu belakang itu dan berhati-hati melangkah tanpa melakukan sebarang
bunyi atau mereka semua akan dimarahi. Mereka berdua ketika berjalan bagai
pahlawan ninja yang menjengket-jengket kaki mereka.

Sekitar 15 minit pun berlalu. Hanya hembusan angin malam sahaja makin dirasai
mereka bertiga. Kulit mereka yang menjadi mangsa gigitan nyamuk celaka sudah
makin.

“Dah la wei, jom la balik. Takde ape pun.” Soraya mulai bosan menunggu.

“Eh jap jap. Mungkin kalau kita begini sija inda cukup. Mungkin kita mau kasi
letak penyepit diatas ni makanan. Supaya dia fikir ada makanan untuk dia.” Kata
Jefferson setelah teringat kata-kata skip Trevor semalam.

Mereka bertiga masuk semula ke dalam dapur mengambil sepasang penyepit.
Marshall terpandang jurulatih Edmund yang tidur lena diatas tilam berhadapan tv.
Seolah-olah Jefferson membaca fikirannya, mereka berdua berpandangan dengan
senyuman penuh makna dipamerkan.

“Sengih-sengih dah kenape dengan korang ni?” Soal Soraya dengan wajah
kehairanan.

“Apa lagi lah plan dorang ni adoi. Jangan kantoi sudah.” Bisik Soraya didalam
hatinya.

Jefferson menolak lembut belakang Soraya dan Marshall lalu membawa mereka
ke hujung dapur yang jauh dari ruang tamu. Disitu mereka berbisik-bisik, risau akan
membangunkan sesiapa.

117

“Kau mau tengok kan benda tu?” Tanya Jefferson pada Soraya untuk kepastian.
Hanya kepalanya yang diangguk, tanda setuju. Mulutnya masih terkatup dan
berpeluk tubuh. Riak menunjukkan seolah-olah sudah tidak mengambil berat.
Jefferson berjalan terjengket-jengket mendekati Skip Edmund yang sudah diulit
mimpi. Mata lelaki 30-an itu tertutup rapat.
Mata Soraya mengekori Jefferson dari awal dia berjengket-jengket kaki hingga
sampai ke tempat tidur Skip Edmund.
“Mamat ni dah kenape? Terjengket-jengket macam orang biul ni?” Getus Soraya
dalam hati.
Soraya mengerut kening dan matanya mengecil saat melihat perbuatan Jefferson
seperti menyisipkan penyepit itu di tangan Skip mereka itu.
“Si Jeff tu buat ape?” Tanya Soraya dengan suara kecil.
“Dia mau kasi masuk tu penyepit di tangan Skip.” Balas Marshall.
Ligat kepala Soraya ketika itu memikirkan kaitan penyepit dengan Skip Edmund.
“Hah?” Soraya bertanya kebingungan.
“Yala, kan kalau kita letak…“ Marshall tak sempat menghabiskan ucapannya
kerana dipotong oleh Soraya yang boleh diteka dari rautnya sudah menemukan
jawapan dari kebingungannya sebentar tadi.
“Bodoh! Korang bodoh ke?! Skip tu manusia bodoh bukan makanan!” Soraya
membentak, namun suaranya masih kecil.
“Kau kan mau tengok juga?”

118

Jefferson menahan amarahnya setelah dipanggil bodoh. Intonasi suaranya masih
dijaga hanya kedengaran lebih keras dari biasa.

Soraya hampir berlari meninggalkan Jefferson dan menuju ke tempat Skip
Edmund untuk membuang penyepit itu dari atas tubuhnya, tetapi, lebih tangkas tangan
Jefferson menangkap tangannya dan menahannya dari pergi ke situ.

Dia tidak mau Soraya menggagalkan rancangannya untuk melihat makhluk yang
dikatakan oleh Skip Trevor, Edmund dan Sam.

Soraya bergelut hendak melepaskan tangannya, namun tidak terdaya. Dia
hampir berteriak untuk membangunkan semua orang dalam rumah itu tetapi, tiba-tiba
muncul bau seperti yang dikatakan oleh Sam, Skip Edmund dan Trevor. Hidung mereka
bertiga menangkap bau kentang yang dipanggang.

Terbeliak mata Soraya memandang Jefferson. Perlahan-lahan tangannya
dilepaskan oleh lelaki tinggi itu.

“Ssst. Ssst.” Jefferson memberi isyarat kepada Marshall dengan mengeluarkan
bunyi desis.

Dari raut wajah Marshall, dia kelihatan seperti belum menangkap bau itu.
Jefferson mendesis lagi. Kali ini desisnya lebih keras dan kuat hingga Marshall terus
memandangnya.

Marshall mengangguk kepalanya tanda ‘kenapa’. Jefferson melambai-lambai
tangannya memanggil Marshall datang semula ke tempatnya. Terjengket-jengket
kakinya berjalan meninggalkan Skip Edmund dengan penyepit yang disisip di
tangannya.

“Kenapa?” Tanya Marshall.

“Ada sudah dia datang.” Balas Jefferson.

119

Marshall melilau memandang sekeliling mencari kelibat yang sudah ditunggu-
tunggu.

“Mana kamu ta…..?” Tidak sempat Marshall menghabiskan ayatnya.

Hidungnya menghidu bau yang dimaksudkan rakannya tadi, lalu matanya
terbuntang memandang Jefferson.

Bau kentang panggang itu semakin kuat dan menusuk hingga ke ruang rongga
hidung.

“Arrhhgggggghhhhhh!”

Satu teriakan yang kuat dan keras memecah kesunyian. Mereka bertiga terus
mencari arah suara itu. Suara teriakan itu datang dari tempat Skip Edmund.

Peliknya, tiada satu pun dari penghuni Vila itu yang bergegas turun. Seolah
hanya mereka bertiga sahaja yang mendengar teriakan itu sedangkan mereka
mendengar teriakan itu dengan jelas.

Soraya, Marshall dan Jefferson terkaku apabila melihat makhluk yang ditunggu-
tunggu sudah memunculkan dirinya. Namun, makhluk mengerikan itu bukan sekadar
menampakkan dirinya sahaja, tetapi juga menjadikan seseorang sebagai makanannya
pada malam itu.

Mereka menyaksikan sendiri dengan mata mereka makluk pendek dan berlidah
panjang itu bercangkung diatas perut Skip Edmund dan memasukkan lidahnya yang
panjang ke dalam mulut jurulatih mereka.

Tubuh lelaki itu menggeletar sambil mulutnya mengeluarkan bunyi seperti orang
yang sedang berkumur. Tangannya cuba menghalang makhluk itu namun dihalang.
Anak matanya mulai naik ke atas dan air liur membasahi pipinya.

120

Soraya ingin menghentikan ogon Pongou itu, namun kakinya kaku seolah-olah
digam melekat dengan lantai. Dua rakan lelakinya pula masih kaget melihat kejadian
yang luar dari jangkaan mereka yang pada awalnya mereka merancang untuk melihat
makhluk itu dengan mata sendiri. Namun, jauh dari jangkaan, kejadian itu menjadi
mimpi buruk kepada semua orang.

Dengan sedikit keberanian yang masih tersisa, Soraya menggagahkan juga
kakinya untuk menyelamatkan jurulatih mereka yang berkemungkinan masih bernyawa
lagi. Namun, tidak diketahui apa yang difikirkan Marshall saat itu, dia menghalang
Soraya dari pergi ke sana.

Marshall seperti baru tersedar dari mimpi buruk. Dia menarik tangan dua orang
rakannya itu dan naik ke atas. Di hadapan pintu bilik Soraya, dia sempat
memperingatkan Soraya.

“Kau ingat ah, jangan kau kasitau urang pasal apa yang kita nampak tadi
dibawah. Apa yang jadi tu berenti disitu saja. Tida payah mau kasi panjang-panjang
cerita.” Kedengaran dari suaranya Marshall juga menggeletar. Soraya kelu seribu
bahasa dia sendiri tidak tahu berbuat apa-apa ketika itu. Soraya masih terkejut dengan
apa yang berlaku di depan matanya tadi. dia berkali-kali meraup wajahnya berharap
perkara yang berlaku tadi tidak benar. Soraya melihat Hanan dan Chairimine sudah lena
dibuai mimpi. Soraya tidak dapat melelapkan mata malam itu. perasaannya ketika itu
juga bercampur baur dia seperti menyesal menerima ajakan daripada Marshall tadi.
Marshall dan Jeffreson pula cuba menenangkan diri dengan menghisap rokok.

“Ui kau yakin ka si Soraya tu tidak kasi bocor apa yang kita buat tadi?” Tanya
Marshall kepada Jeffreson. Ketika itu sudah mulai terpancar kerisauan di wajah
Marshall.

Jefferson hanya mendiamkan diri dia tidak menjawab pertanyaan daripada
Marshall dan menghembuskan asap rokok di udara. Mungkin ketika itu Jefferson ingin
menenangkan dirinya. Marshall menolak Jefferson.

121

“Ui kau jawab dulu soalan aku ni! Aku susah hati sudah ni. Ndakan kita mau lari
ja dari apa yang kita buat. Kau tau kan tu kira kes bunuh!” Kata Marshall lagi.

Marshall tidak berpuas hati apabila melihat Jefferson tidak melayan dirinya.

“Kau boleh ka bertenang skijap. Kau mau juga pigi mengaku sama pulis yang
kita punca skip Edmund tu meninggal? Kau mau masuk penjara?! Jawab Jefferson
sambil menolak Marshall semula.

Jefferson membuang puntung rokoknya di bawah.

“Bah jum lah tidur dulu. Kau jangan bikin muka yang paling bersalah sana ah!
Aku tau juga si Soraya tu nda berani mau kasi cerita orang pasal apa kita buat.” Kata
Jefferson kepada Marshall lalu pergi masuk ke dalam bilik untuk tidur.

“Jeff, ndakan masa begini kau masih mau tidur lagi!” kata Marshall berteriak
kecil. Jefferson menoleh semula kearah Marshall lalu berkata

“Kau ingat Jef! Kalau kau mau masuk penjara kau masuk saturang la!”

Keesokan harinya semua pelajar yang berada di situ pelik kerana Skip Edmund
tidak ada menyertai mereka. Hanan dan Charmaine merenung tajam kearah Jefferson,
Marshall dan Soraya. Mereka seperti mengesyaki yang tiga sekawan itu membuat
perkara yang pelik semalam. Hanan mula mendekati Soraya.

“Eh, Soraya cam mana semalam ada tak nampak ogon pongou tu?” Tanya
Soraya sambil melihat wajah Soraya yang kelihatan tidak bertenaga. Mata Soraya
terbeliak selepas mendengar Hanan menyebut ogon pongou. Kakinya seolah-olah
lemah namun di gagahkan juga untuk dia berdiri kerana ketika itu mata Jefferson
memandang tajam ke arahnya.

Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Soraya segera
menekan punat telefon agar getaran telefonnya berhenti. Hanan mula memandang
pelik kearahnya.

122

“Kenapa tak baca. Ada bf baru eh?” Usik Hanan sambil mencuit pinggang
Soraya.

Ketika itu Charmaine juga mula menuju kearahnya.

“Wah wah borak tak bawa aku eh. Mengumpat aku ke tu?” Kata Charmaine
dengan nada yang sedikit merajuk.

“Eh apa pula kau ni, aku just nak tanya Soraya pasal ogon pongou tapi dia diam
pula hmm.” Kata Hanan lagi yang tak habis-habis nak tahu mengenai ogon pongou tu.

“Ehh soraya apasal kau ni pucat sangat eh. Kau dah kena rasuk dengan ogon
pongou tu.” Ujar Charmine sambil menyentuh dahi Soraya.

“Tak de lah aku cuma tak dapat lena semalam. Hah pasal ogon pongou tu tak
wujud pun si Jefferson tu sengaja je nak takutkan kita.” Jawab Soraya sambil menelan
air liur dia mulai risau jika Hanan dan Charmaine tahu mengenai kejadian semalam.

Soraya pergi jauh daripada Hanan dan Charmaine dan membaca mesej yang
dihantar oleh Jefferson. “Lepas lunch jumpa di belakang vila.” Bunyi mesej itu.

Soraya ketika itu seperti ingin menjerit sepuas hati mahu saja dia membawa
Hanan pergi ke balai untuk melaporkan kejadian yang berlaku semalam tapi mana
mungkin polis mempercayai cerita yang ingin dia sampaikan.

Skip Trevor mulai mengarahkan semua pelajar berkumpul apabila melihat
barisan pelajarnya sudah tidak teratur.

“Semua kumpul ikut group masing-masing.” Arah skip Trevor sambil matanya
meliar mencari kelibat Skip Edmund. Dia mengeluarkan telefon daripada poketnya lalu
cuba menghubungi Skip Edmund kerana selalunya Skip Edmund tidak pernah lewat
untuk turun berkumpul dan memberi arahan kepada pelajar.

123

“Marshall, boleh kamu pergi cari Skip Edmund?” Arah Skip Trevor sambil
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Marshall ketika itu mulai terasa susah hati apabila mendengar namanya yang
disebut dalam banyak pelajar ketika itu.

“Oi! Pergilah cepat! Panas ni!” teriak Jefferson kepadanya. Cahaya matahari pagi
itu sudah semakin panas kerana jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Selalunya
jam 9 pagi mereka sudah mengadakan aktiviti yang dirancang dalam tentatif. Marshall
yang terkejut mendengar pekikan Jefferson mulai berlari dengan rasa takut. Dia seolah-
olah merasakan yang Jefferson ingin meletakkan semua kesalahan pada malam itu
kepada dirinya.

“Skip, saya sudah cari Skip Edmund di semua tempat, dia tiada sana. Pengawal
tu cakap yang Skip Edmund keluar awal pagi tadi tapi dia tiada beritahu dia pigi mana.”
Kata Marshall berbohong.

Aktiviti hari itu diteruskan seperti biasa tanpa kehadiran Skip Edmund
sehinggalah waktu makan tengahari tiba. Semua pelajar ketika itu juga kelihatan lupa
dengan kewujudan Skip Edmund.

Hanan ketika itu pelik melihat kelakuan Soraya, Marshall dan Jefferson. Mereka
seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu daripada dirinya dan Charmaine.

“Hmm, kenapa kamu bertiga diam je harini. Ade ape-ape berlaku ke semalam?”
Tanya Hanan yang mula bersuara. Marshall melihat wajah Hanan dengan tajam
perasaan marahnya ketika itu mulai membuak-buak.

“Oi! Hanan kau fikir orang ni setiap hari ada tenaga mau cakap banyak macam
kau!” Bentak Marshall lalu meninggalkan meja makan. Perasaan risau dan marah dalam
diri Marshall ketika itu sudah tidak boleh disembunyikan lebih-lebih lagi apabila Hanan
melihat diri mereka bertiga dengan pandangan yang mencurigakan.

124

Marshall meludah atas rumput sambil mencekak pinggangnya lalu duduk
berlutut.

Datang Jefferson dari arah belakang lalu menendang badan Marshall yang membuatkan
Marshall terjatuh diatas rumput itu.

“Oi! Kau ni nda boleh ka kawal sikit kau punya marah tu. Kenapa kau marah
budak semenanjung tu nanti durang fikirlah yang kita sudah buat bukan-bukan.” Kata
Jefferson dengan nada marah. Tidak lama itu kelihatan Soraya yang menghala ke arah
mereka berdua dari jauh jelas kelihatan riak wajah Soraya yang risau.

“Jeff, macam mana ni. Besok kalau Skip Edmund tak de lagi pasti skip Trevor
dah lapor pada polis.” Kata Soraya diikuti dengan air mata yang mulai mengalir deras.

“Eh Soraya kau tengok muka aku ni. Kau percaya dengan aku kan. Ogon pongou
tu tiada sikit pun kasi tinggal kesan lepas makan skip Edmund semalam. Kalau kau nda
percaya mari ikut aku kita pigi tempat semalam.” Pujuk Jefferson sambil memegang
bahu Soraya.

“Aku tak boleh lah Jeff. Skip tu kan baik takkan kita nak lepas je dari apa yang
kita buat. Kalau kita lapor pada polis pun mereka takkan tangkap kita mungkin cuma
soal siasat kita. Marilah Jeff kita laporkan je.” Rayu Soraya.

“Kau fikir polis tu mau ka percaya cerita pasal hantu tu?” Marshall bertanya
kasar.

Ketiga-tiga mereka masih duduk di belakang resort itu.

Akhirnya mereka bertiga sudah memberi kata putus yang mereka tidak tahu dan
tiada kena mengena mengenai ogon pongou dan skip Edmund. Walaupun ketika itu
perasaan bersalah masih menghantui diri Soraya namun dia tidak mahu namanya
terpalit dengan kejadian yang tidak masuk akal lebih-lebih lagi melibatkan polis. Orang

125

yang Soraya percaya sekarang ialah keluarganya dan balik nanti dia akan menceritakan
pada keluarganya walaupun dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan.

Kehilangan Skip Edmund masih dalam siasatan dan pihak polis tidak menjumpai
apa-apa bukti yang melihatkan Skip Edmund terlibat dalam kes pembunuhan dan kisah
ogon pongou juga masih dianggap karut oleh Hanan dan Charmine.

-TAMAT-

126

GLOSARI

(CERPEN GONTUTUT)

1. Kon (Kata)
2. Dangan (Kawan/teman)
3. Sotkat (Shortcut)
4. Nepalid (Sesat)
5. Limbu (Teduh)
6. Nong (Panggilan anak/sayang)
7. Onjo ko noh pegidu, mulih tah kau situ tengampu badan (Jangan kau lari, balik

kau ke dalam tubuhmu)
8. Memantos (Memotong jalan)
9. Pilasut (Lampu tanah)
10.Nunuk (Pokok Ara)
11.Nekalandai (Terlicin)
12.Angkayao (Hati ayam)
13.Kian (Untuk pertanyaan seperti ‘ka?’)
14.Megumboyo bila ulun tutuo meguot (Mempercayai kata-kata orang tua)
15.Uhub (Unggun api yang dibakar dari kulit bawang, cili dll.)
16.Betian (Mengandung)
17.Lungun (Keranda)
18.Tetogol (Berkeras)
19.Apui (Api)
20.Busul (Punggung)
21.Palid (Sesat)
22.Pugai (Ilmu pengasih)

127

(CERPEN SABUTARA’AN)

1. Dawa (Selera)
2. Bakakuk (Senapang buatan sendiri)
3. Ambuyat (Sagu)
4. Kekait (Pemburu kepala)
5. Babalian (Bomoh/Pengantara)
6. Inai (Makcik)
7. Tapuk (Bersembunyi)

(CERPEN JANJI…)

1. Mentogor (Sarapan)
2. Ikan karuk (Ikan Puyu)
3. Megapon (Memancing)
4. Tinumpi (Sejenis Kuih)
5. Besambang (Berburu)
6. Luma’a (Takut)
7. Bebelinggi (Memukat/Menjala)
8. Taduh (Air laut yang tenang/ tidak berombak)
9. Sikuk (Sejenis kera)
10. Gerigitan (Geram)
11.Tekiding (Sejenis beg bakul buatan tangan)
12.Elilih (Mengeluh)
13.Najab (Hairan)
14.Meparas (Kacak)
15.Kangkam (Rumpai laut)
16.Dinawar (Isi ikan jeruk)
17.Mentepuhun (Menyentuh makanan sebelum berjalan ke suatu tempat untuk

mengelak ‘kepunan’)
18.Singut (Esak-esak)

128

19.Mepurak (Keputih-putihan)
20.Purak (Putih)
21.Dugal (Pedih ulu hati)
22.Sembarang (Sembarangan)
(CERPEN OGON PONGOU)
1. Tapuk (Bersembunyi)

129


Click to View FlipBook Version