TATACARA PENGURUSAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH BAHAGIAN AKAUN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 _____________________________________________________________________________________ HAK CETAK TERPELIHARA
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 yang perlu dilakukan bagi menghasilkan salah satu anjakan yang dibentangkan adalah berkaitan dengan Pengurusan Kewangan cekap bagi memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan Sehubungan itu, bagi merealisasikan pendapatan diuruskan dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan supaya segala peruntukan kewangan di sekolah dapat digunakan kewangan yang cekap di peringkat sekolah pelbagai jenis peruntukan dan bantuan Tatacara Pengurusan Perakaunan diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan kewangan dan perakaunan di kalangan mereka yang mengendalikan pengurusan k audit disebabkan ketidakpatuhan kepada peraturan Semoga semua pihak yang terlibat dengan pengurusan kewangan sekolah buku panduan ini dengan sebaik mungkin berkesan di peringkat sekolah. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah kerana telah berjaya menerbitkan edisi yang tidak berhenti setakat ini kerana ia perlu sentiasa dikaji dan diberi ruang penambahbaikan secara berterusan. Sekian, terima kasih. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. engetua/Guru Besar selaku Pengurus sahaja dikehendaki mahir dalam bidang tetapi juga mahir dalam bidang pengurusan, khususnya pengurusan kewangan sekolah. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menggariskan 9 bidang keutamaan dan 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang alah satu anjakan yang dibentangkan adalah berkaitan dengan Pengurusan Kewangan bagi memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Sehubungan itu, bagi merealisasikan PPPM, sekolah perlu memastikan segala s pendapatan diuruskan dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan supaya segala peruntukan kewangan di sekolah dapat digunakan secara efisyen dan optimum. kewangan yang cekap di peringkat sekolah sangat penting kerana pihak sekolah menerim antuan daripada Kerajaan. Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah yang telah dikemaskini ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan kewangan dan perakaunan di kalangan mereka yang mengendalikan pengurusan kewangan sekolah seterusnya dapat mengurangkan teguran audit disebabkan ketidakpatuhan kepada peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa. semua pihak yang terlibat dengan pengurusan kewangan sekolah dapat sebaik mungkin agar wujud satu bentuk kawalan dalaman yang Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah kerana telah rjaya menerbitkan edisi yang dikemaskini. Saya berharap usaha mengemaskini panduan tidak berhenti setakat ini kerana ia perlu sentiasa dikaji dan diberi ruang penambahbaikan Kementerian Pelajaran Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan engurus Sekolah bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pendidikan mahir dalam bidang pengurusan, Malaysia (PPPM), menggariskan 9 bidang keutamaan dan 11 anjakan perubahan yang mana alah satu anjakan yang dibentangkan adalah berkaitan dengan Pengurusan Kewangan yang , sekolah perlu memastikan segala sumber pendapatan diuruskan dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan supaya segala secara efisyen dan optimum. Pengurusan kerana pihak sekolah menerima Sekolah yang telah dikemaskini ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan kewangan dan perakaunan di kalangan mereka ewangan sekolah seterusnya dapat mengurangkan teguran peraturan kewangan yang berkuatkuasa. dapat menggunakan agar wujud satu bentuk kawalan dalaman yang Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah kerana telah kemaskini. Saya berharap usaha mengemaskini panduan tidak berhenti setakat ini kerana ia perlu sentiasa dikaji dan diberi ruang penambahbaikan
menerbitkan Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Pengurusan perakaunan yang cekap dapat memberikan di institusi pendidikan Negara. Pengetua/G perlu memainkan peranan utama dalam mempastikan setiap Kerajaan dapat digunakan secara optima bagi melahirkan modal insan yang berjaya. Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan panduan dan rujukan utama kepada mereka yang terlibat dengan pengurusan perakaunan kewangan di sekolah. Penerbitan peraturan-peraturan kewangan disarankan untuk merujuk kepada peraturan yang berkaita aset, stor dan sebagainya yang dikeluarkan oleh Kementerian dari semasa ke semasa. Justeru itu, saya berharap buku ini dapa peringkat sekolah untuk menguruskan meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. Moga dengan usaha ini akan dapat me menyediakan penyata kewangan Sekolah yang sempurna setiap tahun serta memperolehi sijil audit bersih atau tanpa teguran audit. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tatacara Pengurusan Perakaunan Sekolah menyumbangkan tenaga, masa dan pengetahuan mereka samada secara langsung mahupun tidak langsung. Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja Bahagian Akaun di atas usaha gigih dan komitmen yang sepenuhnya dalam mempastikan buku ini dapat diterbitkan mengikut piawaian yang ditetapkan. Sekian, terima kasih. Wassalam Hj. Senin Bin Yusof Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, lhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan rahmat daripadaNya Bahagian Akaun dapat merealisasikan usaha menerbitkan Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Tahun 2012. yang cekap dapat memberikan impak yang penting dalam pendidikan Negara. Pengetua/Guru Besar selaku pentadbir di peringkat Sekolah memainkan peranan utama dalam mempastikan setiap sumber yang digunakan secara optima bagi melahirkan modal insan yang berjaya. Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah ini adalah rujukan utama kepada mereka yang terlibat dengan pengurusan perakaunan Penerbitan Buku ini telah mengambilkira perubahan peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa. Pentadbir Sekolah adalah juga disarankan untuk merujuk kepada peraturan yang berkaitan dengan kewangan, perolehan, set, stor dan sebagainya yang dikeluarkan oleh Kementerian dari semasa ke semasa. Justeru itu, saya berharap buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai perakaunan peringkat sekolah untuk menguruskan rekod-rekod kewangan dengan berkesan di samping akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan perakaunan Kumpulan Wang Moga dengan usaha ini akan dapat membantu dan memudahkan pihak Sekolah untuk menyediakan penyata kewangan Sekolah yang sempurna setiap tahun serta memperolehi sijil audit bersih atau tanpa teguran audit. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku cara Pengurusan Perakaunan Sekolah tahun 2012 ini serta individu yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan pengetahuan mereka samada secara langsung mahupun Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja aun di atas usaha gigih dan komitmen yang sepenuhnya dalam mempastikan buku ini dapat diterbitkan mengikut piawaian yang ditetapkan. Wassalam. Kementerian Pelajaran Malaysia abarakatuh dan lhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat daripadaNya, Bahagian Akaun dapat merealisasikan usaha menerbitkan Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan dalam tadbir urus pentadbir di peringkat Sekolah sumber yang disediakan oleh digunakan secara optima bagi melahirkan modal insan yang berjaya. ini adalah sebagai garis rujukan utama kepada mereka yang terlibat dengan pengurusan perakaunan dan Buku ini telah mengambilkira perubahan dan pindaan . Pentadbir Sekolah adalah juga n dengan kewangan, perolehan, set, stor dan sebagainya yang dikeluarkan oleh Kementerian dari semasa ke semasa. pegawai perakaunan kewangan dengan berkesan di samping akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan perakaunan Kumpulan Wang mbantu dan memudahkan pihak Sekolah untuk menyediakan penyata kewangan Sekolah yang sempurna setiap tahun serta memperolehi sijil watankuasa Penerbitan Buku tahun 2012 ini serta individu yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan pengetahuan mereka samada secara langsung mahupun Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja aun di atas usaha gigih dan komitmen yang sepenuhnya dalam mempastikan buku
KANDUNGAN i BAB TAJUK MUKASURAT 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Tujuan 2 1.3 Penggunaan Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah 2 1.4 Kesimpulan 3 2 AKAUNTABILITI 2.1 Pendahuluan 4 2.2 Penurunan Kuasa 4 2.3 Serahan Tugas 5 2.4 Penyata Kewangan Sekolah 6 2.5 Melantik Juruaudit Dalam 6 2.6 Pelantikan Jawatankuasa Di Sekolah 7 2.7 Mengadakan Pemeriksaan Mengejut 8 2.8 Penyediaan Rekod/Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan 9 2.9 Menjawab Laporan/Pertanyaan Audit 9 2.10 Kehilangan dan Hapuskira 9 2.11 Surcaj dan Penalti 10 Lampiran 11 - 12 3 KUMPULAN WANG SEKOLAH 3.1 Pendahuluan 13 3.2 Jenis-jenis Kumpulan Wang Sekolah 13 3.3 Kumpulan Wang Kerajaan 13 3.4 Kumpulan Wang SUWA (Sumbangan Wang Awam) 14 3.5 Kumpulan Wang Asrama 16 PERAKAUNAN 4 TERIMAAN 4.1 Pendahuluan 17 4.2 Tatacara Mengakaunkan Terimaan 17 4.3 Kawalan Terimaan dan Pungutan 19 4.4 Kutipan Melalui Bank 22 Lampiran 27 - 40 Carta Aliran 41 - 43
KANDUNGAN ii BAB TAJUK MUKASURAT 5 PEMBAYARAN 5.1 Pendahuluan 44 5.2 Tanggungjawab Pengurus Sekolah 44 5.3 Daftar Bil 45 5.4 Baucar Bayaran 46 5.5 Tatacara Penyediaan Baucar Bayaran 46 5.6 Pulangan Balik Kutipan 48 5.7 Mengeluarkan Wang Untuk Dibahagi-bahagikan Bagi Aktiviti/Program Yang Telah Diluluskan 49 5.8 Pembayaran Kepada Penerima Yang Tiada Akaun Bank 49 5.9 Pengeluaran Cek 50 5.10 Kuasa Menandatangan Cek 51 5.11 Pembatalan Cek Tamat Tempoh Laku atau Rosak 52 5.12 Penggantian Cek Hilang 53 5.13 Stok Buku Cek 53 5.14 Caj Bank 54 Lampiran 56 - 63 Carta Aliran 64 6 BUKU TUNAI 6.1 Pendahuluan 65 6.2 Jenis Buku Tunai 65 6.3 Penyelenggaraan Buku Tunai 66 6.4 Maksud/Fungsi Lajur Peruntukan Buku Tunai 67 6.5 Akaun Subsidiari 69 6.6 Akaun Bank 69 6.7 Penyata Bank dan Penyata Penyesuaian Bank 70 6.8 Tatacara Penutupan Akaun Bank Bagi Sekolah Yang Tamat Operasi 73 Lampiran 75-86 7 PANJAR WANG RUNCIT 7.1 Pendahuluan 87 7.2 Proses Untuk Mewujudkan Panjar Wang Runcit 87 7.3 Proses Penambahan Dana Panjar Wang Runcit 88 7.4 Tatacara Penyelenggaraan Panjar Wang Runcit 88 7.4.1 Buku Tunai Panjar Wang Runcit 88 7.4.2 Penerimaan Dana Permulaan/Rekupmen PWR 88
KANDUNGAN iii BAB TAJUK MUKASURAT 7.4.3 Pembayaran PWR 89 7.4.4 Rekupmen 90 7.5 Tatacara Penutupan Buku Tunai Panjar Wang Runcit Pada Akhir Tahun 90 7.6 Penutupan Panjar Wang Runcit 91 Lampiran 92 - 102 Carta Aliran 103 8 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN 8.1 Pendahuluan 104 8.2 Dokumen-dokumen Yang Diperlukan Untuk Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah 104 8.3 Format Penyata Kewangan Tahunan Sekolah 105 8.4 Penyata Penerimaan dan Pembayaran 105 8.5 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 105 8.6 Kunci Kira-kira 106 8.7 Nota Kepada Akaun 108 8.8 Penyata Lain 109 8.9 Penyerahan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah 109 Lampiran 110 -112 9 AKAUN BELUM BAYAR (ABB) 9.1 Pendahuluan 113 9.2 Perkara-perkara Yang Menyebabkan Berlakunya Akaun Belum Bayar (ABB) 113 9.3 Daftar ABB 113 9.4 Kelulusan Ketua PTJ 114 9.5 Langkah-langkah Untuk Mengelakkan ABB 114 9.6 Syarat Permohonan Pelarasan ABB 114 9.7 Permohonan Pelarasan ABB 115 9.8 Tindakan Selepas Kelulusan Pelarasan ABB 115 Lampiran 117 - 118 10 AKAUN BELUM TERIMA (ABT) 10.1 Pendahuluan 119 10.2 Perkara-perkara Yang Menyebabkan Berlakunya Akaun Belum Terima (ABT) 119 10.3 Daftar ABT 119 10.4 Langkah-langkah Bagi Mengelakkan ABT 119 10.5 Tindakan Untuk Hapuskira 120
KANDUNGAN iv BAB TAJUK MUKASURAT 10.6 Tindakan Selepas Kelulusan Hapuskira Diperolehi 120 Lampiran 121 - 123 PENGURUSAN PEROLEHAN, ASET DAN STOR 11 PEROLEHAN 11.1 Pendahuluan 124 11.2 Jenis-jenis Perolehan 124 11.3 Kaedah Perolehan 125 11.3.1 Pembelian Melalui Kontrak Pusat 125 11.3.2 Pembelian Melalui Kontrak Pusat Sistem Panel 126 11.3.3 Pembelian Terus 127 11.3.4 Sebut Harga 128 11.4 Tatacara Perolehan 130 11.5 Proses Kerja Perolehan Di Sekolah 131 11.5.1 Pembelian Terus 131 11.5.2 Sebut Harga 134 11.5.3 Tender 146 11.6 Tatacara Perolehan Peralatan ICT Di Peringkat Sekolah 146 11.7 Permohonan Perolehan ICT 147 11.8 Perolehan Harta Modal 147 Lampiran 148 - 158 Carta Aliran 159 - 165 12 PENGURUSAN ASET ALIH 12.1 Pendahuluan 166 12.2 Definisi • Aset • Aset Alih 166 12.3 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan 166 12.4 Pelaksanaan Pengurusan Aset Alih Kerajaan 167 13 PENGURUSAN STOR 13.1 Pendahuluan 168 13.2 Definisi • Stor • Stok • Bekalan Pejabat (Barang Gunahabis) • Pengurusan Kawalan Stok 168 13.3 Kategori Stor Sekolah 169
KANDUNGAN v BAB TAJUK MUKASURAT 13.4 Pelaksanaan Pengurusan Stor 169 PENGURUSAN AM 14 BANTUAN PERSEKOLAHAN 170 15 MAJALAH SEKOLAH DAN BAHAN MULTIMEDIA 15.1 Pendahuluan 172 15.2 Pelaksanaan Projek Majalah dan Bahan Multimedia Sekolah 172 15.3 Panduan Pelaksanaan Projek Majalah dan Bahan Multimedia Sekolah 173 16 PINDAH PERUNTUKAN 16.1 Pendahuluan 174 16.2 Bidang Kuasa 175 16.3 Pindah Peruntukan Yang Tidak Dibenarkan 175 16.4 Tatacara Pindah Peruntukan 176 16.5 Tatacara Mengakaun Pindah Peruntukan 177 Lampiran 180 - 183 17 TAKRIFAN 184 - 186
Bab 1 PENGENALAN 1 1.1 PENDAHULUAN 1.1.1 Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang mana pengurusan aset dan kewangan adalah tertakluk pada peruntukan yang terdapat dalam Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta peraturanperaturan Kewangan yang sedang berkuatkuasa. 1.1.2 Di bawah peruntukan tersebut, pihak sekolah dikehendaki menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun dan rekod kewangan dengan sempurna. 1.1.3 Pengurus Sekolah hendaklah bertanggungjawab bagi: (a) menyediakan suatu penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum; (b) mengemukakan penyata kewangan tahunan tersebut kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang kemudiannya dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan tahunan tersebut satu (1) bulan lebih awal iaitu pada 28 Februari atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan). Ini adalah bertujuan untuk membolehkan pembetulan dibuat pada penyata kewangan tahunan tersebut jika didapati perlu; dan (c) memberi jawapan atas Laporan atau pertanyaan Audit tidak lewat satu (1) bulan dari tarikh laporan atau pertanyaan. Peraturan 6, PeraturanPeraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 Akta Pendidikan 1996 SPK Bil 4/88 AP 306 Seksyen 130(m), Akta Pendidikan 1996
Bab 1 PENGENALAN 2 1.1.4 Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab untuk memastikan: (a) Penyata kewangan tahunan sekolah dikemukakan kepada Bahagian Audit tidak lewat dari 31 Mac tahun yang berikutnya; dan (b) Sekolah mengambil apa-apa tindakan, jika keadaan memerlukan, atas apa-apa laporan atau pertanyaan audit yang berhubungan dengan sekolah tersebut. 1.2 TUJUAN 1.2.1 Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah dikeluarkan bertujuan untuk memberi panduan mengenai Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah yang seragam. Semakan semula dan pindaan telah dibuat untuk mengemaskini isi kandungan buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Edisi Keempat – Tahun 2005, berdasarkan: (a) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Akauntan Negara Malaysia, dan Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga November 2011; dan (b) maklumbalas yang diterima daripada pengguna buku Tatacara Pengurusan Kewangan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Edisi Keempat – Tahun 2005. 1.3 PENGGUNAAN BUKU TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH 1.3.1 Semua sekolah dikehendaki mematuhi tatacara yang terkandung di dalam buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. Penggunaan tatacara ini juga tertakluk kepada pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Peraturan 7, PeraturanPeraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 Akta Pendidikan 1996 Peraturan 12, PeraturanPeraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 Akta Pendidikan 1996
Bab 1 PENGENALAN 3 1.3.2 Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah ini berkuatkuasa mulai 1 JANUARI 2013. 1.4 KESIMPULAN 1.4.1 Buku ini dapat memberi faedah khususnya kepada pengurusan sekolah bagi mempertingkatkan akauntabiliti dan kecekapan dalam menguruskan kewangan dan perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.
Bab 2 AKAUNTABILITI 4 2.1 PENDAHULUAN Akauntabiliti adalah memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan, secara bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalannya. Ia merupakan obligasi seseorang untuk memberi penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya kepada pihak yang berhak mendapatkan jawapan tersebut. Konsep akauntabiliti adalah tanggungjawab Pengurus Sekolah atau individu yang menjalankan tugas menguruskan sumber-sumber awam melalui perwakilan kuasa. Mereka yang menerima kuasa perlu melapor kepada pihak yang mewakilkan kuasa mengenai segala urusniaga dan perubahan yang berlaku mengikut tempoh yang ditetapkan. Dalam menentukan akauntabiliti, Pengurus Sekolah perlu: (a) mematuhi Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahanarahan dari KPM; dan (b) mewujudkan struktur organisasi yang sesuai dan mengadakan sistem kawalan dalaman untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. 2.2 PENURUNAN KUASA 2.2.1 Surat Perwakilan Kuasa Dalam menjalankan tugas, Pengurus Sekolah sebagai Pegawai Perakaunan akan diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal untuk menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan sekolah yang menjadi tanggungjawab kepadanya.
Bab 2 AKAUNTABILITI 5 2.2.2 Kebenaran Menjalankan Tugas Pengurus Sekolah perlu mengeluarkan surat kebenaran bertulis kepada pegawai yang menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan sekolah (Lampiran 2-1). 2.2.3 Sumber rujukan kuasa: (a) AP 69 : Kebenaran Bertulis Untuk Menerima Wang (b) AP 70 : Pengeluaran Resit Rasmi (c) AP 101 : Kuasa Menandatangan Baucar (d) AP 119 : Kuasa Menandatangan Cek (AK 52) (e) AP 11 : Kuasa Kewangan Yang Lain. Contoh: - Menyelenggara/mengemaskini/memeriksa dokumen kewangan - menyelenggara Panjar Wang Runcit 2.2.4 Ketiadaan Pengurus Sekolah (a) Pengurus Sekolah perlu mengeluarkan surat perwakilan kuasa kepada pegawai yang lain untuk menjalankan tugas semasa ketiadaannya. (b) Sekiranya Pengurus Sekolah bersara atau bertukar dan menyebabkan kekosongan dalam tempoh yang panjang, menjadi tanggungjawab pegawai yang paling kanan di sekolah untuk memaklumkan kepada Ketua PTJ bagi mendapatkan surat perwakilan kuasa. 2.3 SERAHAN TUGAS 2.3.1 Apabila pegawai bertukar ganti, kedua-dua pegawai ini hendaklah menandatangan satu kenyataan serahan tugas yang menunjukkan
Bab 2 AKAUNTABILITI 6 kedudukan helaian dokumen kewangan untuk dikepilkan bersama Nota Serah Tugas. Contoh dan panduan pengisian Borang Serahan Dokumen Kewangan adalah seperti di Lampiran 2-2. TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH 2.4 PENYATA KEWANGAN SEKOLAH 2.4.1 Penyediaan Penyata Kewangan Pengurus Sekolah bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum; dan Pengurus Sekolah hendaklah mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan kepada Ketua PTJ yang kemudiannya mengemukakan penyata kewangan tahunan tersebut kepada Pejabat Audit Sekolah Negeri tidak lewat daripada 31 Mac tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah pada atau sebelum 28 Februari kepada Ketua PTJ. 2.5 MELANTIK JURUAUDIT DALAM 2.5.1 Pengurus Sekolah perlu melantik secara bertulis seorang guru yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah sebagai Juruaudit Dalam untuk memastikan wujud kawalan dalaman dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. 2.4.2 Mengemukakan Penyata Kewangan Peraturanperaturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 Pekeliling SPK Bil 4/1988
Bab 2 AKAUNTABILITI 7 2.5.2 Tugas Juruaudit Dalam adalah seperti berikut: (a) menyemak rekod kewangan; (b) memastikan prosedur dan peraturan kewangan dipatuhi; dan (c) menyediakan laporan hasil pemeriksaan dan mengemukakan kepada Pengurus Sekolah serta membentangkan dalam Mesyuarat JPKA. 2.6 PELANTIKAN JAWATANKUASA DI SEKOLAH 2.6.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) (a) Ahli-ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada:- Pengerusi : Pengurus Sekolah Setiausaha : KPT/PT yang mentadbir kewangan Ahli : Semua Guru Penolong Kanan Ketua Bidang/Ketua Panitia Juruaudit Dalam Pegawai-pegawai lain yang sesuai (b) Bidang tugas jawatankuasa adalah untuk membantu Pengurus Sekolah mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkuat kuasa. (c) Bidang tugas jawatankuasa meliputi pengurusan bajet, perbelanjaan, perakaunan, pungutan dan tunggakan hasil, aset dan stor, penyediaan dan pembentangan penyata kewangan SPK Bil. 6/2009 PP 10/2008
Bab 2 AKAUNTABILITI 8 dan laporan tahunan sekolah. Jawatankuasa ini juga perlu meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit serta perancangan latihan untuk kakitangan yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan. (d) Kekerapan mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya tiga (3) bulan sekali selepas tamat tempoh setiap suku tahun. Mesyuarat yang diadakan secara tersusun boleh membantu jawatankuasa mengesan dan mengawasi operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan. 2.6.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) (rujuk Bab 12) 2.6.3 JAWATANKUASA SEBUT HARGA (rujuk Bab 11) 2.7 MENGADAKAN PEMERIKSAAN MENGEJUT 2.7.1 Pengurus Sekolah hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala ke atas peti besi atau peti wang tunai dalam penyimpanan wang awam, setem atau barang-barang lain yang berharga. 2.7.2 Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan tidak kurang dari sekali dalam enam (6) bulan dan hasilnya hendaklah direkodkan dalam Buku Pemeriksaan Mengejut (Am 28). Butir-butir yang perlu dicatat:- (a) tarikh dan masa pemeriksaan; (b) nama pegawai yang bertanggungjawab menyimpan wang tunai dan setem; PP 10/2008 & SPK6/2009 AP 309
Bab 2 AKAUNTABILITI 9 (c) amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya; (d) perihal barang-barang berharga yang diamanahkan termasuk buku resit dan cek yang belum digunakan; (e) hasil pemeriksaan termasuk catatan nombor siri cek (akaun KWK/ SUWA/ Asrama) yang belum digunakan pada tarikh pemeriksaan; dan (f) tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa. 2.8 PENYEDIAAN REKOD/DOKUMEN KEWANGAN UNTUK PENGAUDITAN Pengurus Sekolah bertanggungjawab: (a) menyedia dan mengemukakan semua rekod/dokumen kewangan kepada Pejabat Audit Sekolah Negeri; (b) memberi penjelasan atau maklumat yang diperlukan (c) membenar dan memberi kerjasama ke atas pengauditan atau pemeriksaan. 2.9 MENJAWAB LAPORAN/PERTANYAAN AUDIT Pengurus Sekolah hendaklah memberi jawapan ke atas laporan atau pertanyaan audit dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh laporan atau pertanyaan audit. 2.10 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA Sekiranya berlaku kehilangan wang atau aset awam Pengurus Sekolah hendaklah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan seperti yang digariskan di dalam Bab C (II) Arahan Perbendaharaan. AP 306
Bab 2 AKAUNTABILITI 10 2.11 SURCAJ DAN PENALTI 2.11.1Surcaj Surcaj boleh dikenakan kepada Pengurus Sekolah jika:- (a) gagal memungut apa-apa wang yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya; (b) telah bertanggungjawab tentang apa-apa bayaran wang awam yang tidak disahkan dengan sempurna; (c) telah menyebabkan berlakunya kekurangan atau kehilangan wang awam atau harta benda kerajaan; (d) Gagal menyimpan akaun dan rekod kewangan dengan sempurna dan teratur; atau (e) Gagal membuat apa-apa bayaran atau bertanggungjawab bagi apaapa kelewatan dalam pembayaran wang awam. 2.11.2 Penalti Seseorang yang melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 adalah dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu Ringgit Malaysia (RM5,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan atau kedua-duanya. Seksyen 18 AAK 1957 Akta Pendidikan 1996 Peraturanperaturan (Akaun dan Audit) 2002
Lampiran 2-1 SURAT KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS KEWANGAN Saya sebagai Pengetua/Guru Besar SM/SK ……………………………………. dengan ini memberi kebenaran kepada ………………………………………………… no. Kad Pengenalan ………………………. Jawatan …………………………………... untuk menjalankan tugas-tugas kewangan berikut: 1. Menerima wang awam 2. Menandatangan Resit Rasmi Pejabat 3. Menyelenggara Buku Tunai 4. Menyelenggara Panjar Wang Runcit 5. Menandatangan Pesanan Sekolah 6. Memperaku Baucar Bayaran 7. Memasukkan wang ke bank 8. Menyelenggara rekod-rekod kewangan yang lain. Kebenaran ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehingga dibatalkan. Dengan ini surat kebenaran ………………………………………(no.rujukan) bertarikh…………… adalah terbatal. ………………………………….. t.t Pengetua/ Guru Besar Tarikh:……………… Saya ……………………………. No. Kad Pengenalan …………………………. dengan ini menerima kebenaran bagi menjalankan tugas-tugas kewangan seperti di atas. …………………………… Tandatangan Tarikh:………………………..
Lampiran 2-2 BORANG SERAHAN DOKUMEN KEWANGAN Nama Pegawai Bertukar : Jawatan : Nama Pegawai Terima Tugas : Jawatan : Perihal, Siri dan No. Borang Nombor Siri Borang yang digunakan sehingga tarikh Nombor Siri Borang Belum Guna Catatan Resit Rasmi Pejabat No. Siri: Mula Akhir Mula Akhir Borang Pesanan Sekolah No. Siri : Cek KWK No. Siri : Cek KWS No. Siri : Cek KWA No. Siri : Saya/kami memperakui bahawa dokumen-dokumen yang ditunjukkan dalam jadual di atas telah disemak oleh saya/kami dan didapati betul. ..............(t.t Penyerah)....................... ..............(t.t Penerima)...................... Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :
Bab 3 KUMPULAN WANG SEKOLAH 13 3.1 PENDAHULUAN Kumpulan Wang Sekolah terdiri daripada tiga jenis kumpulan wang yang dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Sekolah untuk diurus dan diperakaunkan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan. 3.2 JENIS-JENIS KUMPULAN WANG SEKOLAH 3.2.1 Tiga jenis Kumpulan Wang Sekolah adalah seperti berikut:- (a) Kumpulan Wang Kerajaan (KWK); (b) Kumpulan Wang SUWA (KWS); dan (c) Kumpulan Wang Asrama (KWA). 3.2.2 Setiap kumpulan wang diuruskan secara berasingan dan satu akaun bank dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut. Walau bagaimanapun, sekolah yang bilangan muridnya kurang daripada 150 orang atau Sekolah Kurang Murid (SKM) dibenarkan mempunyai satu akaun bank bagi menguruskan semua Kumpulan Wang Sekolah. 3.2.3 Sekolah tidak dibenarkan untuk mengakaunkan kutipan bayaran balik yang melibatkan Vot seperti bayaran balik emolumen, bayaran balik utiliti dan lain-lain yang berkaitan ke dalam akaun bank Kumpulan Wang Sekolah. 3.3 KUMPULAN WANG KERAJAAN 3.3.1 Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran daripada sumber Kerajaan termasuk biasiswa daripada lain-lain agensi kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan kecuali berkaitan dengan asrama.
Bab 3 KUMPULAN WANG SEKOLAH 14 3.3.2 Sumber kewangan yang diperakaunkan ke dalam KWK termasuklah: (a) Bantuan Persekolahan daripada KPM (b) Bantuan Biasiswa ; (c) Faedah bank; dan (d) Pemberian lain bagi program khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan. 3.3.3 Walau bagaimanapun, sumber kewangan KWK adalah tertakluk kepada pekeliling/surat edaran yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 3.4 KUMPULAN WANG SUWA (Sumbangan Wang Awam) 3.4.1 Kumpulan Wang SUWA (KWS) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran daripada sumber awam termasuk terimaan daripada murid/ pelajar/orang awam/agensi bukan kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan kecuali berkaitan dengan asrama. 3.4.2 Sumber kewangan yang diperakaunkan ke dalam KWS termasuklah: (a) Semua kutipan daripada murid/pelajar/ibu bapa/penjaga yang telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar atau bayaranbayaran yang dibenarkan mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan dan Surat-Surat Siaran berkaitan Bayaran Persekolahan yang masih berkuatkuasa kecuali yuran PIBG. (b) Sewa kantin sekolah dan kedai buku sekolah; (c) Sumbangan daripada kedai buku sekolah/ koperasi sekolah; (d) Sumbangan daripada orang awam; (e) Caj yang dikenakan ke atas penggunaan harta dan kemudahan sekolah; (f) Deposit diterima; SPI 11/2011
Bab 3 KUMPULAN WANG SEKOLAH 15 (g) Faedah bank; dan (h) Terimaan-terimaan lain yang berkaitan. 3.4.3 Kegunaan wang SUWA adalah seperti berikut: (a) Wang Yang Dikutip Khas Untuk Sesuatu Tujuan Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid atau orang awam untuk sesuatu tujuan seperti: (i) Bayaran tambahan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); (ii) Penerbitan Majalah Sekolah; dan (iii) Lain-lain kutipan yang diluluskan oleh Pendaftar. (b) Wang Yang Dikutip Secara Am Kutipan seperti sewa kantin, derma am, pendapatan daripada kedai buku sekolah, caj yang dikenakan ke atas penggunaan harta dan kemudahan sekolah, faedah bank dan pelbagai merupakan kutipan yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca ini boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk: (i) Perbelanjaan menjalankan aktiviti-aktiviti murid; (ii) Perbelanjaan membawa murid mendapatkan rawatan kecemasan; (iii) Perbelanjaan yang memberi manfaat secara langsung kepada murid. (c) Kegunaan Lain Wang SUWA Perbelanjaan selain daripada perkara (a) dan (b) diwajibkan mendapat kelulusan daripada Ketua PTJ sebelum sebarang perolehan dibuat.
Bab 3 KUMPULAN WANG SEKOLAH 16 3.5 KUMPULAN WANG ASRAMA 3.5.1 Kumpulan Wang Asrama (KWA) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran berkaitan dengan asrama daripada sumber kerajaan dan awam termasuk terimaan daripada murid/pelajar/orang awam/agensi bukan kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan. 3.5.2 Sumber kewangan yang diperakaunkan di bawah KWA termasuklah: (a) Bantuan Geran Per Kapita Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun untuk asrama (LPBT Asrama); (b) Bantuan Makanan Asrama (BMA); (c) Bayaran Kokurikulum Asrama (BKKA); (d) Derma/Sumbangan dari orang ramai/Agensi Kerajaan/Badan Berkanun (g) Faedah bank; dan (h) Pelbagai pemberian/kutipan lain berkaitan asrama yang diluluskan oleh Pendaftar dan bayaran-bayaran yang dibenarkan mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan dan surat-surat siaran berkaitan bayaran persekolahan yang masih berkuatkuasa. 3.5.3 Bagi asrama yang disediakan berasingan daripada sekolah (Asrama Pusat), sekolah yang dilantik oleh Ketua PTJ hendaklah mengurus serta mengendalikan kewangan dan perakaunan berkaitan dengan KWA. Ketua Warden bertanggungjawab membuat kutipan bayaran makanan asrama dan pelbagai pemberian/kutipan lain berkaitan asrama yang dibenarkan mengikut peraturan-peraturan sedia ada.
Bab 4 TERIMAAN 17 4.1 PENDAHULUAN Terimaan adalah wang yang diperolehi oleh pihak sekolah daripada Kerajaan dan orang awam dalam bentuk wang tunai, cek, kiriman wang dan pindahan dana elektronik (EFT). Semua terimaan hendaklah diperakaunkan dengan betul dan tepat mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlaku kehilangan wang sekolah yang mungkin berpunca daripada kegagalan memungut dan merekod, kecuaian dan penyelewengan. 4.2 TATACARA MENGAKAUNKAN TERIMAAN 4.2.1 Sekolah hendaklah mengeluarkan resit rasmi yang ditetapkan bagi memperakui setiap terimaan. Resit rasmi yang digunakan di sekolah adalah seperti berikut: (a) Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh Pengurus Sekolah bagi setiap terimaan. (i) Format resit adalah seperti di Lampiran 4-1. (ii) Panduan pengisian resit seperti di Lampiran 4-1A. (b) Resit Rasmi Murid (RM.01) dikeluarkan oleh guru kelas/warden/ penyelia asrama kepada murid. (i) Format resit adalah seperti di Lampiran 4-2. (ii) Panduan pengisian resit seperti di Lampiran 4-2A. 4.2.2 Sekolah hendaklah menggunakan buku resit yang berasingan bagi setiap kumpulan wang. 4.2.3 Sekolah hanya dibenarkan memperolehi buku resit daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).
Bab 4 TERIMAAN 18 4.2.4 Kutipan yang diterima daripada murid hendaklah dikeluarkan resit oleh guru dan dicatat di dalam Jadual Kedatangan Murid. Pengurus Sekolah hendaklah memastikan bahawa nombor resit serta jumlahnya direkod di dalam ruangan yang disediakan dalam buku tersebut. 4.2.5 Pungutan yang dibuat oleh guru kelas hendaklah direkodkan dalam Borang Kutipan Dan Serahan Guru Ke Pejabat seperti format di Lampiran 4-3, diisi dalam dua (2) salinan dan satu salinan diserahkan bersama-sama buku resit dan wang pungutan kepada Pengurus Sekolah pada hari yang sama. Panduan pengisian borang ini adalah seperti di Lampiran 4-3A. 4.2.6 Semua terimaan melalui pos hendaklah direkodkan di dalam Daftar Penerimaan Wang Melalui Pos seperti di Lampiran 4-4. Resit untuk terimaan ini hendaklah dihantar melalui pos ke alamat pembayar. Nombor resit hendaklah dicatat dalam daftar ini dan seterusnya direkodkan di dalam Buku Tunai. 4.2.7 Berpandukan resit yang telah dikeluarkan, Pengurus Sekolah hendaklah menentukan jenis kumpulan wang bagi terimaan tersebut untuk direkod dalam Buku Tunai. 4.2.8 Setiap Resit Rasmi Pejabat yang dikeluarkan termasuk yang dibatalkan hendaklah direkod dalam Buku Tunai pada hari yang sama. 4.2.9 Pengurus Sekolah yang menerima wang sekolah adalah dikehendaki jika: Pungutan wang tunai melebihi RM500.00 atau jumlah pungutan (termasuk tunai, cek, wang pos dan lain-lain) yang melebihi RM2,000.00 atau apa-apa jumlah yang lebih kecil yang telah ditetapkan oleh Pusat Tanggungjawab masing-masing, hendaklah dimasukkan ke dalam bank pada hari itu juga dan jika lewat diterima, hendaklah dimasukkan pada hari kerja yang berikutnya. Walau bagaimanapun,
Bab 4 TERIMAAN 19 tiap-tiap cek yang diterima mestilah dikreditkan ke akaun sekolah dalam tempoh seminggu selepas diterima. 4.2.10 Pungutan tanpa mengira jumlahnya yang masih ada dalam tangan hendaklah dimasukkan ke akaun bank sekolah pada hari kerja yang akhir dalam bulan berkenaan. Semua pungutan yang diterima pada sesuatu tahun hendaklah diperakaunkan pada tahun itu juga. 4.2.11 Slip Bayar Masuk Bank hendaklah disediakan mengikut kumpulan wang yang berkenaan apabila pungutan hendak dimasukkan ke akaun bank sekolah. Slip berkenaan boleh didapati dari bank di mana akaun sekolah dibuka. Pastikan nombor akaun bank di Slip Bayar Masuk Bank adalah betul sebelum pungutan dibankkan. 4.2.12 Salinan Slip Bayar Masuk Bank yang telah diakui terima oleh bank hendaklah disemak dengan Buku Tunai oleh Pengurus Sekolah dan ditandatangan ringkas beserta tarikh sebelum difailkan mengikut jenis kumpulan wang. 4.2.13 Pungutan juga boleh dimasukkan ke akaun bank melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine). Slip urusniaga dan salinan fotokopinya hendaklah ditandatangan ringkas beserta tarikh oleh Pengurus Sekolah dan difailkan dengan sempurna. 4.3 KAWALAN TERIMAAN DAN PUNGUTAN 4.3.1 Setiap kutipan mestilah mengikut peraturan yang berkuatkuasa. 4.3.2 Pengurus Sekolah hendaklah memberi kebenaran khusus secara bertulis kepada pegawai-pegawai yang membuat pungutan bagi pihaknya. Pemungut hendaklah menyelenggara rekod mengenai kebenaran yang telah diberi. Format Surat Kebenaran Menerima Wang Awam seperti di Lampiran 4-5.
Bab 4 TERIMAAN 20 4.3.3 Pengurus Sekolah adalah dibenarkan menerima cek sebagai bayaran bagi pihak sekolah. Semua cek yang dibayar kepada pihak sekolah hendaklah dibuat atas nama jawatan Pengetua/Guru Besar. 4.3.4 Sekiranya cek yang dibayar masuk ke bank ditolak oleh pihak bank, pihak sekolah perlu mengambil tindakan berikut: (a) membuat pelarasan di bahagian BAYARAN Buku Tunai dengan catatan ‘kontra-cek tak laku’. (b) hendaklah menyelenggara Daftar Cek Tak Laku seperti di Lampiran 4-6. (c) segera mendapatkan balik pungutan tersebut. (d) apabila menerima bayaran gantian, prosedur terimaan hendaklah dipatuhi semula. 4.3.5 Pengeluaran Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikendalikan oleh dua orang pegawai. Pegawai yang diberi kebenaran untuk menerima wang awam hendaklah menulis resit dengan menggunakan karbon dua muka dan hendaklah ditandatangan oleh pegawai yang lain. 4.3.6 Pengeluaran Resit Rasmi Murid (RM.01) boleh ditulis dan ditandatangan oleh pegawai yang sama. 4.3.7 Pindaan pada resit adalah dilarang. Jika terdapat sebarang kesilapan semasa resit ditulis, resit itu hendaklah dibatalkan dan resit yang baru dikeluarkan. Resit yang dibatalkan itu hendaklah dikepilkan bersamasama salinannya untuk tujuan pengauditan. 4.3.8. Sebagai langkah kawalan, resit rasmi hanya boleh dibatalkan oleh pegawai yang menandatangan resit.
Bab 4 TERIMAAN 21 4.3.9. Semua buku resit yang diterima daripada PNMB hendaklah disemak bagi menentukan nombor siri di dalamnya adalah lengkap dan betul. Pegawai yang menyemak hendaklah membuat catatan di belakang helaian pertama salinan pejabat dalam buku resit dengan catatan perakuan berikut:- “Diperiksa oleh saya pada hari ini dan didapati mengandungi ............. helai resit berpendua yang bernombor dengan betul daripada nombor .................. hingga nombor ...........................” Tandatangan Pemungut …………….... Nama Penuh Pemungut………………. Tarikh : ……… 4.3.10 Pengurus Sekolah hendaklah menyelenggara Daftar Stok Buku Resit seperti di Lampiran 4-7 yang menunjukkan semua buku resit yang diterima dan dikeluarkan. 4.3.11 Buku resit hanya boleh dikeluarkan kepada pegawai yang diberi kebenaran menerima wang awam. Daftar Stok Buku Resit mestilah ditandatangan oleh pegawai yang menerima buku resit. Buku resit hendaklah dikeluarkan mengikut jumlah yang dikehendaki dengan susunan nombor siri yang betul. Contoh dan panduan pengisian Daftar Stok Buku Resit adalah seperti di Lampiran 4-7A. 4.3.12 Apabila pemungut bertukar ganti, kedua-dua pegawai ini hendaklah menandatangan satu kenyataan serahan tugas yang menunjukkan kedudukan helaian resit. 4.3.13 Baki helaian Buku Resit Murid (RM.01) yang tidak digunakan sehingga akhir tahun hendaklah dibatalkan. Walau bagaimanapun, baki helaian Buku Resit Murid tersebut boleh terus digunakan pada tahun berikutnya dengan merekodkan semula baki helaian tersebut dalam Daftar Stok Buku Resit.
Bab 4 TERIMAAN 22 4.3.14 Sekolah dibenarkan menggunakan baki helaian Buku Resit Pejabat (RP.01) pada tahun berikutnya tanpa perlu merekod semula dalam Daftar Stok Buku Resit. 4.3.15 Semua pungutan yang lewat diterima dan tidak dapat dimasukkan ke bank pada hari yang sama hendaklah disimpan dalam peti besi. Bagi sekolah yang tidak mempunyai peti besi, wang tunai melebihi RM500 atau jumlah pungutan termasuk cek melebihi RM2,000 hendaklah disimpan di Balai Polis yang berdekatan dengan menggunakan karung berkunci dan suatu resit didapatkan daripada pegawai polis yang menjaga. 4.3.16 Wang pungutan tidak boleh dibelanjakan atau ditukarkan terlebih dahulu sebelum dibankkan ke akaun bank sekolah. 4.4 KUTIPAN MELALUI BANK 4.4.1 Sekolah dibenarkan untuk membuat kutipan secara bayaran terus ke akaun bank sekolah dengan mematuhi syarat-syarat seperti berikut: (a) Sekolah perlu mendapat persetujuan bertulis daripada bank untuk memulakan sistem ini dan berbincang dengan pihak bank mengenai format Slip Bayar Masuk Bank seperti di Lampiran 4-8; (b) Slip Bayar Masuk Bank perlu dicetak khas bagi tujuan memenuhi keperluan sekolah dan bank. Maklumat berikut perlu dimasukkan dalam Slip Bayar Masuk bank iaitu: (i) Dicetak terus atas borang. • No. Siri Slip Bayar Masuk Bank (bermula dengan huruf K (KW Kerajaan), S (KW SUWA), A (KW Asrama). • Nama dan alamat sekolah. • Nombor Akaun Bank. • Tujuan bayaran (Jenis kutipan)
Bab 4 TERIMAAN 23 (ii) Diisi oleh murid. • Nama. • Nombor Kad Pengenalan. • Tingkatan. • Amaun. (c) Mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Akaun, KPM dengan mengemukakan: (i) Persetujuan bertulis dari bank. - persetujuan ini mestilah mengandungi klausa berikut: ‘Dengan ini pihak bank bersetuju untuk tidak menerima pembayaran yang menggunakan slip bayar masuk bank selain daripada yang telah dipersetujui’. (ii) Format slip bayar masuk bank yang telah dipersetujui. (d) Pastikan Slip Bayar Masuk Bank diserahkan kepada murid untuk tujuan bayaran sebelum cuti persekolahan akhir tahun. Slip Bayar Masuk Bank ini perlu direkodkan dalam satu Daftar Slip Bayar Masuk Bank seperti di Lampiran 4-9. Contoh pengisian adalah seperti di Lampiran 4-9A. (e) Slip Bayar Masuk Bank perlu disediakan dalam tiga (3) salinan (berkarbon) untuk kegunaan bank, sekolah dan murid. (f) Sekolah hendaklah memastikan tiada halangan kepada ibubapa sekiranya mereka memilih untuk membuat bayaran seperti biasa. (g) Resit Rasmi Murid (RM.01) hanya dikeluarkan setelah Slip Bayar Masuk Bank diakui terima oleh bank (cetakan komputer) dan diserahkan kepada sekolah. Sekiranya berlaku kekeliruan seperti kehilangan salinan Slip Bayar Masuk Bank, semakan boleh dibuat dengan Penyata Bank dan Daftar Slip Masuk Bank.
Bab 4 TERIMAAN 24 4.4.2 Tatacara Kutipan Melalui Bank (a) Guru Kelas/Warden/Penyelia Asrama hendaklah mengeluarkan Resit Rasmi Murid (RM.01) setelah menerima salinan Slip Bayar Masuk Bank. Nombor siri Slip Bayar Masuk Bank hendaklah dicatat pada ruang ‘Tunai/Cek’ di resit. Nombor resit tersebut hendaklah direkod dalam Jadual Kedatangan Murid/ Daftar Penghuni Asrama berpandukan nombor siri dan tarikh Slip Bayar Masuk Bank diterima. (b) Daftar Slip Bayar Masuk Bank hendaklah dilampirkan bersama Borang Kutipan Dan Serahan Guru Ke Pejabat dan dikemukakan kepada pejabat sekolah pada hari yang sama atau selewatlewatnya hari kerja berikutnya. (c) Sekolah hendaklah mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat kepada guru kelas/warden/penyelia asrama bagi mengakui terima kutipan sekolah. Tarikh Resit Rasmi Pejabat adalah tarikh penerimaan Borang Kutipan Dan Serahan Guru Ke Pejabat. (d) Catatan di Buku Tunai perlu direkod pada hari yang sama Resit Rasmi Pejabat dikeluarkan. (e) Tarikh urusniaga kutipan yang direkodkan dalam buku tunai adalah berdasarkan tarikh terimaan nota kredit/ penyata bank. (f) Jika slip bayar masuk bank hilang sebelum pembayaran dibuat, pihak sekolah hendaklah: (i) Mengeluarkan slip yang baru dan merekodkan di dalam Daftar Slip Bayar Masuk Bank; dan (ii) Membuat catatan kehilangan pada rekod slip yang hilang di Daftar Slip Bayar Masuk Bank.
Bab 4 TERIMAAN 25 4.4.3 Deposit Diterima (a) Deposit diterima hendaklah diakaunkan dalam Buku Tunai Kumpulan Wang SUWA (Bahagian Terimaan) di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggara Akaun Subsidiari. (b) Deposit diterima hendaklah dikembalikan oleh sekolah kepada pendeposit tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh tamat perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan bayaran yang tertunggak dan dibenarkan di dalam perjanjian. Resit Rasmi Pejabat asal perlu dikemukakan bagi tujuan pemulangan deposit. 4.4.4 Sewaan (a) Sewa kantin hendaklah diakaunkan dalam Buku Tunai Kumpulan Wang SUWA di bawah lajur Caj/Sewaan Kantin. (b) Lain-lain caj dan sewaan hendaklah diakaunkan dalam buku tunai Kumpulan Wang Suwa di bawah lajur Caj/Sewaan Lainlain. (c) Sekolah hendaklah menyelenggara satu Daftar Sewaan bagi setiap jenis sewaan. 4.4.5 Terimaan Bantuan Persekolahan (a) Resit dikeluarkan berdasarkan tarikh terimaan Nota Kredit/ Penyata Bank/makluman rasmi secara bertulis daripada pihak yang menyalurkan peruntukan dengan pengesahan daripada bank. (b) Terimaan hendaklah dicatatkan di dalam Buku Tunai di bawah lajur yang telah ditetapkan. Lampiran 14 Buku PPKS m/s 77 dan 78
Bab 4 TERIMAAN 26 (c) Perbelanjaan hanya boleh dibuat selepas terimaan direkodkan di dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Sekolah. 4.4.6 Faedah Bank Faedah bank merupakan terimaan sekolah. Resit Rasmi Pejabat perlu dikeluarkan berdasarkan tarikh terima penyata bank. Wang ini boleh dibelanjakan mengikut maksud yang ditetapkan di bawah kumpulan wang berkenaan.
Lampiran 4-1 RESIT RASMI PEJABAT RP.01(Pin.09) A ASAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH: ………………………………………………………. TAHUN: ……………… Diterima daripada: ……………………………………………………………………. ……………………………………………………………………… Bil. Perihal Penerimaan RM Sen 1. Peruntukan PCG 2. Kutipan Murid JUMLAH Ringgit Malaysia: …………………………………………………………… …………………………………………………………... *Tunai / Cek / Wang Pos / Bankdraf / Kiriman Wang / EFT (Potong yang tidak berkenaan) *No.: …………………………….. Tarikh: ……………….. ………………………. (Tandatangan dan Cop) Pengetua / Guru Besar No. Kelulusan: BPKS(8.15)248-11(20) JD108638 - PNMB., K.L.
Lampiran 4-1A RESIT RASMI PEJABAT RP.01(Pin.09) A ASAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH: ………………………………………………………. TAHUN: ……………… Diterima daripada: ……………………………………………………………………. ……………………………………………………………………… Bil. Perihal Penerimaan RM Sen 1. Peruntukan PCG 2. Kutipan Murid JUMLAH Ringgit Malaysia: …………………………………………………………… …………………………………………………………... *Tunai / Cek / Wang Pos / Bankdraf / Kiriman Wang / EFT (Potong yang tidak berkenaan) *No.: …………………………….. Tarikh: ……………….. ………………………. (Tandatangan dan Cop) Pengetua / Guru Besar No. Kelulusan: BPKS(8.15)248-11(20) JD108638 - PNMB., K.L. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Panduan mengisi : 1. Nama Sekolah 2. Tahun kewangan 3. Nama pembayar 4. Perihal penerimaan 5. Amaun yang diterima 6. Jumlah amaun yang diterima 7. Jumlah terimaan dalam perkataan 8. Kaedah pembayaran 9. No. Rujukan cek/wang pos/bankdraf/kiriman wang/EFT 10. Tarikh terima wang 11. Tandatangan Pengurus Sekolah
Lampiran 4-2 RESIT RASMI MURID RM.01(Pin.09) B ASAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH: …………………………………………………………… TAHUN: …………………………. Diterima daripada: …………………………………………………………... Kelas: ……………………………………………………………………... Bagi bayaran Kumpulan Wang: SUWA /Asrama (Potong yang tidak berkenaan) Bil. Perihal Penerimaan RM Sen 1 Kokurikulum 2 Kertas Ujian Dalaman 3 Sukan Tahunan Sekolah 4 Skim Perlindungan Diri 5 MSSM 6 Majalah Sekolah 7 Asrama : Makanan Pendaftaran Dobi Lain-lain 8 Pelbagai JUMLAH Ringgit Malaysia: …………………………………………………………… . …………………………………………………………... *Tunai / Wang Pos / Bankdraf / Kiriman Wang (Potong yang tidak berkenaan) *No. : …………………………….. Tarikh: ……………….. ………………………. (Tandatangan dan Cop) Pengetua/Guru Besar No. Kelulusan: BPKS(8.15)248-11(21) JD108638 - PNMB., K.L.
Lampiran 4-2A RESIT RASMI MURID RM.01(Pin.09) B ASAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH: …………………………………………………………… TAHUN: …………………………. Diterima daripada: …………………………………………………………... Kelas: ……………………………………………………………………... Bagi bayaran Kumpulan Wang: SUWA /Asrama (Potong yang tidak berkenaan) Bil. Perihal Penerimaan RM Sen 1 Kokurikulum 2 Kertas Ujian Dalaman 3 Sukan Tahunan Sekolah 4 Skim Perlindungan Diri 5 MSSM 6 Majalah Sekolah 7 Asrama : Makanan Pendaftaran Dobi Lain-lain 8 Pelbagai JUMLAH Ringgit Malaysia: …………………………………………………………… . …………………………………………………………... *Tunai / Wang Pos / Bankdraf / Kiriman Wang (Potong yang tidak berkenaan) *No. : …………………………….. Tarikh: ……………….. ………………………. (Tandatangan dan Cop) Pengetua/Guru Besar No. Kelulusan: BPKS(8.15)248-11(21) JD108638 - PNMB., K.L. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Panduan mengisi : 1. Nama Sekolah 2. Tahun kewangan 3. Nama pembayar 4. Kumpulan Wang yang dikenakan 5. Perihal penerimaan 6. Amaun yang diterima 7. Jumlah amaun yang diterima 8. Jumlah terimaan dalam perkataan 9. Kaedah pembayaran 10. No. Rujukan wang pos/bankdraf/kiriman wang 11. Tarikh terima wang 12. Tandatangan Guru Kelas/Pegawai yang diberi kuasa 12
NAMA GURU : Tahun : DARJAH / TINGKATAN : Bilangan Murid : JUMLAH KUTIPAN HARIAN JUMLAH KUTIPAN TERKUMPUL JUMLAH SEPATUTNYA Lampiran 4-3 BORANG KUTIPAN DAN SERAHAN GURU KE PEJABAT Tarikh No. Siri Resit Murid Bil.Murid JENIS KUTIPAN Jumlah Bayaran Resit Rasmi Pejabat Tunai/Cek Melalui Bank Jumlah Besar Nombor Tarikh JUMLAH SEPATUTNYA JUMLAH BELUM TERIMA Isi dalam 2 salinan setiap kali serahan dibuat (satu salinan disimpan oleh guru Guru/Pegawai yang menyerahkan wang; Pegawai yang menerima wang dan satu salinan disimpan oleh pejabat). …………………………………………………… ………………………………………… Tandatangan Guru Tandatangan (Nama : ……………………………………) (Nama : ………………………………) Tarikh: ………………………………… Tarikh: …………………………………
NAMA GURU : Puan Norlaila bt. Ali Tahun : 2005 Bilangan Murid : 30 3.1.2005 051-060 10 120 100 120 15 40 395 395 A 001 3.1.2005 3.1.2005 061-070 10 120 100 120 15 40 395 395 A 002 3.1.2005 JENIS KUTIPAN Jumlah Bayaran Jumlah Besar Nombor Lampiran 4-3A BORANG KUTIPAN DAN SERAHAN GURU KE PEJABAT DARJAH / TINGKATAN : 2A Tarikh No. Siri Resit Murid Bil.Murid Tarikh Resit Rasmi Pejabat Yuran Khas Kertas Ujian Majalah Insurans MSSD/ MSSM Tunai Melalui Bank 1 2 8 6 7 5 4 3 Panduan mengisi borang: 1. Nama Guru kelas 2. Nama darjah/tingkatan 3. Tahun kewangan 4. Jumlah murid dalam kelas 5. Tarikh terimaan tunai atau Slip Bayar Masuk Bank 6. Nombor siri resit murid (dari - hingga) 7. Bilangan murid membayar yuran (rujuk resit) 8. Amaun mengikut analisa peruntukan yang diterima 9. Jumlah bayaran melalui tunai dan melalui bank 10. Jumlah kutipan harian yang diterima 11. Jumlah kutipan yang telah diterima (jika ada) ditambah jumlah kutipan harian 12. Jumlah sepatutnya diterima mengikut jumlah murid dalam kelas 13. Jumlah belum terima 14. Tandatangan dan tarikh Guru Kelas yang menyerahkan wang ke pajabat 15. Tandatangan dan tarikh pegawai yang diberi kuasa menerima wang diperingkat pejabat 16. Nombor resit pejabat dan tarikh dikeluarkan resit. 9 16 JUMLAH KUTIPAN HARIAN 240 200 240 30 80 395 395 790 JUMLAH KUTIPAN TERKUMPUL JUMLAH SEPATUTNYA 360 300 360 45 120 1185 JUMLAH BELUM TERIMA 120 100 120 15 40 395 Isi dalam 2 salinan setiap kali serahan dibuat (satu salinan disimpan oleh guru Guru/Pegawai yang menyerahkan wang; Pegawai yang menerima wang dan satu salinan disimpan oleh pejabat). ……………………………………………… ………………………………………… Tandatangan Guru Tandatangan (Nama : …………………………………) (Nama : ………………………………) Tarikh: ………………………………… Tarikh: ………………………………… 14 14. Tandatangan dan tarikh Guru Kelas yang menyerahk 13 an wang ke pajabat 15. Tandatangan dan tarikh pegawai yang diberi kuasa menerima wang diperingkat pejabat 16. Nombor resit pejabat dan tarikh dikeluarkan resit. 12 10 15 11
T.T. PENERIMA NO. RESIT PEJABAT CATATAN Lampiran 4-4 DAFTAR PENERIMAAN WANG MELALUI POS NO. RUJUKAN MEL NO. CEK/WANG POS TARIKH TERIMA BIL NAMA PENGIRIM AMAUN (RM) PERIHAL NAMA DAN JAWATAN PENERIMA
Saya sebagai Pengetua/Guru Besar SMK/SK ……………………………… dengan ini memberi kebenaran menerima wang awam serta menulis dan menandatangan Resit Rasmi Murid kepada: Nama : _________________________________________________________ Kad Pengenalan : _________________________________________________ Jawatan :________________________________ 2. Kebenaran menerima wang awam yang diberi adalah seperti berikut :- i) _______________________________________________ ii) _______________________________________________ iii) _______________________________________________ 3. Kebenaran ini diberi mulai ……………………… sehingga ……………………. atau kebenaran ini ditarik balik. Lampiran 4-5 SURAT KEBENARAN MENERIMA WANG AWAM, MENULIS DAN MENANDATANGAN RESIT (AP 69 dan AP 70(a)(iv)) ……………………………….. t.t PENGETUA / GURU BESAR COP NAMA DAN JAWATAN Saya…………………………………………….. yang telah diberi seperti di atas. ……….. TARIKH Nota : i. Gunakan Kepala Surat Rasmi Sekolah ii. Isi dalam 2 salinan. Tandatangan tidak boleh menggunakan karbon iii. Asal disimpan oleh penerima kuasa iv. Pendua disimpan dalam fail sekolah ……………………………………………………. TANDATANGAN TARIKH dengan ini menerima kebenaran …………
Lampiran 4-6 Nama Pengirim No. Cek Tarikh Amaun (RM) Sebab Cek Tak Laku Catatan DAFTAR CEK TAK LAKU Perihal Cek Tak Laku Tarikh Cek Tak Laku Diterima Dari Bank Bil
TERIMAAN Baki (Naskah) Catatan Tarikh Jumlah Naskah Kepada (Nama & Jawatan) Tanda tangan Penerima KELUARAN Nombor Siri Nombor Siri Tarikh Jumlah Naskah Oleh (Nama & Jawatan) Lampiran 4-7 Dari Hingga Dari Hingga DAFTAR STOK BUKU RESIT
3.01.10 10 AB251001 AB251500 Hj. Ahmad Karim (GB) ahmad 10 4.01.10 1 AB251001 AB251050 Siti Azrina Daud (PT) sad 9 KWK Tarikh Jumlah Naskah Oleh (Nama & Jawatan) Lampiran 4-7A Dari Hingga Dari Hingga DAFTAR STOK BUKU RESIT TERIMAAN Baki (Naskah) Catatan Tarikh Jumlah Naskah Kepada (Nama & Jawatan) Tanda tangan Penerima KELUARAN Nombor Siri Nombor Siri 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Panduan mengisi : 1. Tarikh terima stok buku resit 2. Jumlah buku resit yang diterima 3. Nombor siri pertama buku pertama hingga nombor siri terakhir buku terakhir 4. Nama Pegawai Pemungut dan jawatan 5. Tarikh buku resit dikeluarkan 6. Jumlah buku resit yang dikeluarkan 7. Nombor siri buku resit yang dikeluarkan 8. Nama Pegawai yang mengendalikan buku resit dan jawatan 9. Tandatangan penerima buku resit 10. Baki stok buku resit yang belum digunakan
Contoh Slip Bayar Masuk Bank TUNAI BUKAN TUNAI NAMA PENERIMA: No. Akaun: ALAMAT PENERIMA: Nama: Tingkatan: No. KP Bank Pembayar No. Cek: Tempat: Amaun Tujuan Pembayaran (Jenis Yuran/Penggal/Tahun) Lampiran 4-8 Logo Sekolah Nama & alamat Sekolah:. ………………………………………………… ………………………………………………... Logo Bank Nama & alamat bank: ……………………………………………... ……………………………………………... BORANG MASUK KIRA-KIRA SEMASA Tarikh: ……………. NO. SIRI: …………………….. Sah apabila ada cetakan komputer PERHATIAN KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN NOTICE TO CUSTOMERS Resit ini hanya diakui sah apabila ada pengesahan komputer atau This slip is only valid with computer validation or it bears a signature of ditandatangani oleh pegawai pegawai bank ini. an authorized officer. Peringatan: 1 Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya. 2 Murid dikehendaki mengambil 2 salinan slip selepas pembayaran di bank. 3 Murid mesti menyerahkan salinan ketiga kepada Guru Kelas sebagai bukti bayaran telah dibuat. 4 Pindaan pada slip bank adalah tidak dibenarkan.
NAMA GURU/WARDEN/PENYELIA ASRAMA : …………………………………….. KELAS/BLOK/DORM ASRAMA : ………………. NO. SIRI SLIP AMAUN NO. RESIT TARIKH BIL. NAMA MURID BAYAR MASUK (RM) RASMI MURID RESIT BANK Lampiran 4-9 SERAHAN SLIP DAFTAR SLIP BAYAR MASUK BANK (UNTUK KUTIPAN YURAN MELALUI BANK SAHAJA) TERIMAAN SLIP CATATAN
NAMA GURU/WARDEN/PENYELIA ASRAMA : …………………………………….. KELAS/BLOK/DORM ASRAMA : ………………. NO. SIRI SLIP AMAUN NO. RESIT TARIKH BIL. NAMA MURID BAYAR MASUK (RM) RASMI MURID RESIT BANK 1. Ainul Maisarah Binti Khairul Anuar 2110 200.00 AK 913413 16.01.2010 2. Dania Aisyah Binti Iskandar 2111 600.00 AK 913410 16.01.2010 3. Nurul Ain Binti Mohd Amin 2112 200.00 AK 913411 16.01.2010 4. Siti Fatimah Binti Ahmad 2113 200.00 AK 913412 16.01.2010 Lampiran 4-9A SERAHAN SLIP DAFTAR SLIP BAYAR MASUK BANK (UNTUK KUTIPAN YURAN MELALUI BANK SAHAJA) TERIMAAN SLIP CATATAN Hjh. Ramlah bt Ismail Asrama Kenanga 1 2 3 4 5 6 7 8 Panduan mengisi : 1. Nama Pegawai yang diberi kuasa membuat kutipan 9 1. Nama Pegawai yang diberi kuasa membuat kutipan 2. Nama kelas/blok/dorm asrama 3. Bilangan murid/penghuni asrama 4. Nama murid/penghuni asrama 5. Nombor siri Slip Bayar Masuk Bank mengikut setiap murid/penghuni asrama 6. Jumlah kutipan yang perlu dijelaskan oleh murid/penghuni asrama 7. Nombor rujukan Resit Rasmi Murid yang dikeluarkan 8. Tarikh Resit Rasmi Murid dikeluarkan kepada murid/penghuni asrama
BAB 4 - TERIMAAN TAJUK : 4.1 PROSES PENERIMAAN WANG KUTIPAN DARI MURID / PEMBAYAR (KWS) Bil. Tindakan Tanggungjawab Carta Aliran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Terima kutipan daripada murid / pembayar. Tulis dan tandatangan Resit Rasmi Murid (RM01) Serahkan kepada murid / pembayar Rekod dalam Daftar Slip Bayar Masuk Bank (sekiranya kutipan terus ke dalam bank) Rekod dalam Buku Kedatangan Murid Catat dalam Borang Kutipan Dan Serahan Guru Ke Pejabat Serah kutipan bersama-sama Borang Kutipan Dan Serahan Guru Ke Pejabat (Lampiran 5-5) dan buku Resit Murid (RM01) berkaitan ke pejabat. Dapatkan Resit Pejabat untuk dikepil dan dicatat pada Borang Kutipan dan Serahan Guru Ke Pejabat. Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Terima Kutipan Mula Sedia Resit Rasmi Murid (RM01) Catat Dalam Borang Kutipan Dan Serahan Guru Ke Pejabat Rekod Dalam Buku Kedatangan Murid Tamat 1. Wang Kutipan 2. Buku Resit Murid 3. Borang (Lampiran 5-5) Serah Ke Pejabat Resit Rasmi Murid (RM01) Murid / Pembayar Kutipan terus ke bank? Rekod Dalam Daftar Slip Bayar Masuk Bank Ya Tidak Dapatkan Resit Pejabat