The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ronaldrichard1116, 2022-05-25 20:22:53

e folio tajuk 4 group 4 (2) pdf

e folio tajuk 4 group 4 (2) pdf

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
RUKUN NEGARA

NAMA PENSYARAH: PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

NAMA NO PENDAFTARAN
AARON ANGELO COSMAS 20DEP21F1026

RONALD LANGGANG RICHARD 20DEP21F1010
SAMSON JELI DICKY 20DEP21F1032

PRAKATA

Assalamualaikum.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan
folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Perlembagaan Sebagai Tiang
Seri Perpaduan. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus individu.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami
sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada Puan Farah
Hanan Binti Abu Bakar selaku pensyarah MPU21032 kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat.

Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang kami menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi
kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan
kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.

OBJEKTIF

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang kukuh.Prinsip-prinsip yang terkandung dalam

Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.Ia

terbahagi kepada dua bahagian.

PENGENALAN

Tahukah anda, bilakah Prinsip Rukun Negara mula diwujudkan dan
kenapa ianya dibentuk? Dewasa ini , makin ramai yang sudah
melupakannya,hinggakan ada yang tidak tahu ap aitu Rukun
Negara.Kita perlu membaca sejarah supaya kita faham tentang
kewujudannya dan mengguna pakai prinsip prinsip tersebut didalam
kehidupan seharian kita di Malaysia

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat di mana kemakmuran negara akan dapat;
Dinikmati bersamasecara adil dan saksama ;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak ; dan membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKSUD RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.ia telah dibentuk
pada 31 ogos 1970 oleh majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara .

1. Kepercayaan kepada tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara
ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah
Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-
bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal
agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun
Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan
negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah
dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2.Kesetiaan kepada raja dan negara

Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah
berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan
Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-
Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

3.kehuluran pelembaggan

Keluhuran Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara
Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut
menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di
negara ini. Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan
hak sosioekonomi rakyat.

4.kedaulatan undang undang

Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan
undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama
taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin
bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang
berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan
kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak
dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-
undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam
suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan. Hak-
hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan
tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara seperti mana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang
tidak menurut Perlembagaan.

5.kesopanan dan kesusilaan

kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti
dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan
membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila
ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh
atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni.

FAKTOR CABARAN RUKUN NEGARA

Cabaran penghayatan rukun negara di MalaysiaPada 31 Ogos 1970,
Rukun Negara telah diperkenalkan secara rasmi dengan harapan
yang begitu tinggi supaya ia dapat membentuk keperibadian rakyat
negara ini sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Namun,
kini masih terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi seperti rakyat
yang tidak mengamalkan agama dan melakukan jenayah. Terdapat
juga masyarakat yang mengambil kesempatan kebebasan bersuara
untuk mempersoalkan isu sosial yang sensitif. Selain itu, masyarakat
yang mempersoalkan kedudukan dan kuasa raja-raja. Bukan itu
sahaja, masyarakat yang menyalahgunakan teknologi media social
untuk memburuk-burukkan nama negara and pihak tertentu yang
mengkritik usaha kerjaaan untuk memperbaiki ekonomi.Rukun
Negara telah dijadikan sebagai haluan dengan harapan seluruh
rakyat dapat hidup dalam satu negara yang berbagai kaum, agama
dan budaya. Namun haluan ini semakin terpinggir dan dilupakan
kerana masa kini ia hanyalah tidak lebih daripada cetakan di buku
latihan dan lukisan mural di dinding sekolah.Pada masa kini, kritikan
terhadap kaum dan agama sudah menjadi kebiasaan tanpa
memikirkan tentang sensitiviti kaum dan agama dan diluahkan
secara terang-terangan. Budaya dan agama sesuatu kaum sudah
boleh dipertikaikan dan menjadi bahan ketawa.

KESAN CABARAN RUKUN NEGARA KEPADA

MASYARAKAT MALAYSIA

Pertama kita haruslah mencapai perpaduan yang lebih erat. Ia dapat
direalisasikan melalui usaha untuk mencapai perpaduan,semua lapisan
masyarakat perlulah menanam cita cita yang positif bagi membentuk
satu bangsa dan negara supaya kekal lama.sebagai contoh,pada
masa kini iaitu dilanda covid-19,semua masyarakat mestilah bersatu
padu dengan mematuhi SOP semasa covid-19.Hal ini perlu dipatuhi
supaya dapat mengurangkan kes.

Selain itu mencipta sebuah masyarakat yang adil bagi semua anggota
masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara.Hal ini demikian kerana masyarakat yang adil akan mewujudkan
negara yang stabil dan masyarakat yang aman.Contohnya,kerajaan
mestilah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada semua
masyarakat tanpa mengira berbilang kaum. Semua masyarakat bebas
mengamalkan agama dan adat resam masing-masing .Malaysia dikenali di
seluruh Negara kerana mempunyai kekayaan dalam pelbagai kaum.

Seterusnya, kita haruslah membina sebuah masyarakat progesif memang
tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memerlukan
masyarakat yang progesif terhadap kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi
terkini.Masyarakat yang progesif terhadap kemajuan sudah tentu
memberi banyak manfaat kepada Negara.contohnya dalam bidang
ekonomi.

Akhir sekali , kita semestinya memelihara satu cara hidup demokratik
perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar
undang-undang negara.Umum mengetahui,sistem pemerintahan di
malaysia dijalankan secara demokrasi ,contohnya semasa pilihan raya.

CARA MENGATASI CABARAN

Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang
sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu
tempatan,bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa
dan dialamioleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah
Negara Islamyang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta
mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar
warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam

Selain itu, pendekatan untuk menangani cabaran ialah dengan menyeragamkan
sistem pendidikan (melalui dasar-dasar pelajaran). Contohnya semua dasar
pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn Wu, Undang-undang Pelajaran
1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
lain-lain dasar. Dasar ini penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam
sistem pendidikan dapat dimansuhkan dan diganti dengan sistem yang lebih
seragam. Keseragaman pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat.

Di samping itu, media massa juga memainkan peranan yang amat penting.
Saluran media massa pada waktu itu seperti Radio dan Televisyen Malaysia
(RTM) dan akhbar digunakan unuk pembinaan bangsa. Media massa ini dapat
membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan
simbol negara.Ia juga penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media
massa asing terutama dari China dan India. Oleh itu, untuk memupuk semangat
cinta akan tanah air, media massa berperanan mengajak kaum pendatang untuk
mengalihkan tumpuan kepada Tanah Melayu.

Seterusnya, integrasi ekonomi.Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar
pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi
Baru,Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain. Dasar- dasar ini penting dalam
memastikan pengasingan ekonomi yang wujud dapat dimansuhkan.
Meninjau dari skop yang lebih meluas, penyatuan fahaman politik juga menjadi
salah satu pendekatan menangani cabaran pembinaan negara bangsa. Sistem
kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman
politik antara kaum. Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang
berkuasa di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada
peringkat pusat di Kuala Lumpur. Oleh itu muncullah Parti PERIKATAN hasil
gabungan UMNO, MCA dan MIC.

Akhir sekali, pendekatan menangani cabaran pembinaan negara bangsa
ialah aspek-aspek sosial yang lain. Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai
dengan pengenalan dan penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia

Negara, Dasar kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Secara keseluhuran,
Malaysia
berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

Contoh isu cabaran rukun negara
1.
2.
3.

4.

5.

KESIMPULAN RUKUN NEGARA

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa
luar mahupun dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua,
betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta
menghindari sifat curiga – mencurigai antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama
lain.Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara
mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa
dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan
rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven
untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan
terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan Kembali.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Senaraikan 5 prinsip Rukun Negara
2. Warna merah pada Jalur Gemilang melambangkan?

a) Melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala
b) Melambangkan keluhuran dan keikhlasan.
c) Melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat

menghadapi segala cabaran.
d) Melambangkan kesetiaan rakyat kepada raja dan negara.

RUJUKAN

http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/pengenalan.html
?m=1
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://ku
mpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/objektif-rukun-
negara.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwjjqavGov3vAhUwzDgGHY2m
Ap8QFjABegQIGhAC&usg=AOvVaw0iFVdc5zrQx9FH57tWC3HT&cshid
=1618387353429
https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_ne
gara-43449

Lampiran Rukun Negara

Sinopsis

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk
Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di
bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah
menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup
dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa
mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan
akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.


Click to View FlipBook Version