KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2016
Terbitan 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang
bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
ii
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
RUKUN NEGARA vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
KURIKULUM KEBANGSAAN ix
PENDIDIKAN PRASEKOLAH x
xi
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA xii
KATA ALU-ALUAN 3
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 7
8
BAB 1 TRANSFORMASI KURIKULUM
1.1 Latar Belakang 13
1.2 Teras Pembangunan Kurikulum 16
1.3 Prinsip Kurikulum Prasekolah 17
17
BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM
2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 25
2.2 Kurikulum Berasaskan Standard
2.3 Fokus Kurikulum 33
2.4 Organisasi Kurikulum
BAB 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
BAB 4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
BAB 5 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 41
BAB 6 5.1 Prinsip Dalam Proses Pengajaran Dan 42
Pembelajaran 55
5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran Dan 56
57
Pembelajaran 58
PENTAKSIRAN SEKOLAH
6.1 Tujuan Pentaksiran
6.2 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran
6.3 Kepentingan Pentaksiran
6.4 Merekod Dan Melapor Pentaksiran
BAB 7 PENGURUSAN KURIKULUM
7.1 Perancangan
7.2 Pelaksanaan 61
7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum 62
66
PENUTUP 68
RUJUKAN 70
iv
SENARAI JADUAL
Bil Tajuk
1. Jadual 1: Perbandingan KSPK dengan KSPK Semakan 2017
2. Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
dan Standard Prestasi
3. Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah
4. Jadual 4: Komponen Pembelajaran Bersepadu di Kelas Prasekolah
Pendidikan Khas
5. Jadual 5: Tahap Pemikiran
6. Jadual 6: Profil Murid
7. Jadual 7: Pernyataan Tahap Penguasaan Umum
v
SENARAI RAJAH
Bil Tajuk
1. Rajah 1: ABP yang Perlu Dipertimbangkan Guru untuk
Pelaksanaan PdP
2. Rajah 2: Reka Bentuk KSPK
3. Rajah 3: Struktur Pengurusan Kurikulum Prasekolah
4. Rajah 4: Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola
5. Rajah 5: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
6. Rajah 6: Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah
7. Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Pembantu
Pengurusan Murid
8. Rajah 8: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah
vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
viii
KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]
ix
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Tafsiran
Seksyen 2.
“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang
berumur empat hingga enam tahun;
“tadika“ ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah
disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua tadika.
Seksyen 22.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan
oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah
Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh
pendidikan prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa
kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan
sedemikian, mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar tentang
maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
Sumber: Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
x
KATA ALU-ALUAN
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
mengupayakan pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan
secara menyeluruh. Pelan pembangunan ini akan terus menterjemahkan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan
seimbang sebagai asas untuk mencapai aspirasi murid. Terdapat 6 aspirasi
murid yang ditekankan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
dan identiti nasional. Dalam usaha melengkapi PPPM 2013-2025 ini
Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017) untuk
pelaksanaan mulai tahun 2017.
KSPK (Semakan 2017) untuk pelaksanaan mulai tahun 2017 telah
memasukkan perkara baharu seperti penambahbaikan kandungan mengikut
trend global dan tanda aras antarabangsa, pendekatan pembelajaran
mendalam, kontekstual dan berkesan serta perkembangan pembelajaran
murid ditaksir secara berterusan.
Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat
menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017).
Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua pihak
berkaitan dalam sektor pendidikan menggembleng usaha dan peranan bagi
mencapai matlamat yang dihasratkan. Justeru, semua pihak yang
berkepentingan dalam pendidikan dituntut memberikan sokongan dan
kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang terkandung dalam
KSPK (Semakan 2017) mencapai outcome yang ditetapkan.
Wassalam.
YBhg. TAN SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
xi
KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010. Dalam tempoh
pelaksanaan KSPK, terdapat beberapa penambahbaikan dan pengukuhan
yang perlu diselarikan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 serta untuk memastikan kesinambungan dengan
pendidikan di sekolah rendah.
Sehubungan dengan itu, KSPK (Semakan 2017) digubal bagi memastikan
murid prasekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan kehendak
semasa dan akan datang supaya mereka bersedia untuk mengikuti
pembelajaran seterusnya. KSPK (Semakan 2017) digubal dalam bentuk
pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu
yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh persekolahan. Tiga standard
yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.
Dokumen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan KSPK
(Semakan 2017). Kandungan dokumen ini merangkumi kerangka kurikulum,
bidang pembelajaran, elemen merentas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum
bagi membantu guru-guru khasnya, dan masyarakat amnya untuk memahami
KSPK (Semakan 2017).
Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan
tenaga sehingga dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan
KSPK (Semakan 2017) secara berkesan dan menepati aspirasi pendidikan
negara.
Wassalam.
Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL
xii
TRANSFORMASI KURIKULUM
2
1BAB
TRANSFORMASI KURIKULUM
1.1 Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan
kurikulum persekolahan peringkat prasekolah dan rendah berdasarkan
syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri
Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum ini telah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3/2009 pada
2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). KSPK disediakan untuk semua prasekolah dalam
sistem pendidikan di Malaysia.
KSPK yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi
memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa.
Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang
dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.
KSPK (Semakan 2017) telah mendapat kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 2/2015 pada 9 Jun 2015 dan
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke-208 pada
21 September 2015 untuk pelaksanaan pada 2017.
Transformasi kurikulum dilaksanakan untuk menambah baik program
pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang
disyorkan dalam PPPM 2013-2025. Enam aspirasi murid yang
dihasratkan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran
3
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional. Kurikulum Kebangsaan perlu
menggabungkan amalan terbaik antarabangsa dan mencapai standard
bagi membentuk murid yang mampu membuat keputusan dan
menyelesai masalah serta bersedia untuk menghadapi cabaran.
Transformasi yang dilakukan merangkumi aspek kurikulum iaitu
kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:
Kandungan ditambah baik mengikut trend global dan tanda aras
antarabangsa bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Sehubungan
dengan itu, melalui pendidikan prasekolah, Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) diterapkan dalam penulisan kurikulum. Selain
itu, aktiviti di luar bilik darjah dan Pendidikan Kewarganegaraan
Global turut ditekankan dalam kurikulum prasekolah.
Pedagogi menekankan kepada pendekatan pembelajaran
mendalam, kontekstual dan berkesan. Fokus diberikan kepada
strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
menyeronokkan, berpusatkan kanak-kanak dan aktiviti PdP yang
memerlukan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan termasuk penggunaan pusat pembelajaran.
4
Pentaksiran dilaksanakan secara sistematik dan berterusan untuk
mendapatkan maklumat tentang tahap perkembangan murid.
Penulisan standard prestasi dalam dokumen kurikulum adalah
bagi memastikan guru melaksanakan pentaksiran dengan merujuk
kepada satu dokumen kurikulum. Perkembangan murid direkod
dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa.
Penambahbaikan dibuat terhadap kurikulum prasekolah sedia ada dan
perbandingan KSPK dengan KSPK (Semakan 2017) ini diperjelaskan
dalam Jadual 1.
5
ASPEK Jadual 1: Perbandingan KSPK d
Reka Bentuk KSPK
Kurikulum Berasaskan standard:
Kandungan
Pembelajaran
Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah
Kurikulum Kebangsaan
Peruntukan Mengikut minit seminggu
Masa
Peruntukan masa seminggu:
Penekanan - BM, BI, BC dan BT : 90 minit
Strategi PdP - Aktiviti luar: 80 minit
- Modul bertema: 430 minit (SK) d
340 minit (SJK)
Pendekatan bertema
dengan KSPK (Semakan 2017)
KSPK (Semakan 2017)
Berasaskan standard:
Kandungan
Pembelajaran
Prestasi
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017)
Mengikut minit seminggu
Peruntukan masa seminggu:
- BM, BI, BC dan BT: 60 minit
- Aktiviti luar: 120 minit
dan - Pembelajaran bersepadu: 800 minit (SK)
dan 740 minit (SJK)
Pendekatan bertema
Pendekatan berasaskan projek
PdP di pusat pembelajaran
1.2 Teras Pembangunan Kurikulum
Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi dan
Program Transformasi Kerajaan menjadi asas perkembangan ekonomi
dan pembangunan negara. Dalam usaha memastikan sistem
pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan misi
negara, PPPM 2013 – 2025 telah dirangka dan dilancarkan pada
6 September 2013. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembelajaran
dan keberhasilan murid dengan menyasarkan pembangunan murid yang
memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri-
ciri ini sangat penting dalam memastikan kemenjadian murid bagi
menghadapi cabaran abad ke-21, selain membolehkan mereka memberi
sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
KSPK (Semakan 2017) mengambil kira aspirasi murid yang dihasratkan
dalam PPPM 2013 – 2025 bagi memenuhi keperluan negara.
Pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) memastikan setiap murid mampu
menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk
belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya. Selain daripada
itu, murid dibentuk menjadi rakyat yang cintakan negara dan berbangga
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status
sosioekonomi. Murid juga dipupuk dengan semangat patriotisme serta
diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian.
Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini
7
direalisasikan melalui enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang
Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika,
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Keterampilan Diri dan
Tunjang Kemanusiaan.
1.3 Prinsip Kurikulum Prasekolah
KSPK (Semakan 2017) digubal berdasarkan empat prinsip seperti yang
berikut:
a) Perkembangan Secara Menyeluruh, Seimbang Dan Bersepadu
Kurikulum digubal untuk memastikan semua disiplin ilmu
berperanan untuk memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan sosial seorang murid. Semua keperluan ini penting
untuk perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Misalnya,
perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam
permainan perlu disepadukan supaya murid memperoleh
pengetahuan dan kemahiran untuk bermain dengan cara yang
betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama
dan kekitaan.
b) Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak
Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP)
menekankan kepada penggunaan kaedah PdP yang bersesuaian
dengan umur, individu serta sosial dan budaya murid seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.
8
KESESUAIAN INDIVIDU
Berdasarkan kepada pemahaman,
pola pertumbuhan, kekuatan, minat
dan pengalaman murid
KESESUAIAN UMUR ABP KESESUAIAN SOSIAL &
BUDAYA
Berdasarkan pengetahuan
dan perkembangan murid Berdasarkan pengalaman
pembelajaran yang sesuai,
relevan dan bermakna
Rajah 1: ABP yang Perlu Dipertimbangkan Guru untuk Pelaksanaan
PdP
ABP dalam PdP dapat membantu meningkatkan perkembangan
murid dari aspek berikut:
(i) Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
(ii) Kemahiran berfikir
(iii) Akhlak mulia dan beretika
(iv) Keyakinan dan berdisiplin
(v) Tubuh badan sihat dan cergas
(vi) Pemikiran imaginatif, kreatif dan ekspresif
c) Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Bermakna
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi
kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Pembelajaran
yang menyeronokkan dan bermakna memberi penekanan kepada
pengalaman sedia ada murid, pelibatan secara aktif, persekitaran
yang menyuburkan dan pelbagai strategi PdP.
9
d) Pendidikan Sepanjang Hayat
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan bermula sejak
seseorang individu dilahirkan. Seseorang individu perlu dirangsang
untuk mengikuti pendidikan sejak awal lagi. Di Malaysia, pendidikan
prasekolah disediakan untuk kanak-kanak mendapat pendidikan
awal sebelum mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah menyediakan murid bagi memperolehi
konsep dan kemahiran asas. Murid yang mengikuti pendidikan di
prasekolah mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,
berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran
seterusnya.
10
REKA BENTUK KURIKULUM
11
12
2BAB
REKA BENTUK KURIKULUM
REKA BENTUK
2K.1URReIKkaULBUeMntuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017)
Reka bentuk KSPK yang disemak semula masih berasaskan
kesepaduan enam tunjang bagi membentuk murid yang berfikiran kritis
dan kreatif, serta inovatif yang akhirnya akan melahirkan insan yang
seimbang dalam semua aspek. Enam tunjang dizahirkan untuk mewakili
bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan modal insan.
Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan
kurikulum dan perlu dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum.
Tunjang-tunjang tersebut ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan
estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta
kerohanian, sikap dan nilai seperti dalam Rajah 2.
13
Rajah 2: Reka Bentuk KSPK
a) Tunjang Komunikasi
Memberi penekanan kepada kemahiran berbahasa dalam bentuk
lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini
mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua
murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi
murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, mereka wajib
mempelajari Bahasa Cina/Bahasa Tamil.
b) Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan penjagaan
kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni. Tunjang ini
14
melibatkan komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika.
c) Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara
dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
d) Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada
perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi
serta kemahiran sosial dalam kalangan murid. Pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum juga ditekankan dalam tunjang ini.
e) Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada
pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik; serta
pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin ilmu yang
terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal.
f) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada
bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan
agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini
merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan beragama Islam.
15
2.2 Kurikulum Berasaskan Standard
KSPK digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan
semua murid memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti.
Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat memastikan semua murid
melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap tunjang.
Pernyataan standard terdiri daripada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu
tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi didefinisikan seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi
Standard Standard Standard
Kandungan Pembelajaran Prestasi
Penyataan spesifik Satu penetapan Satu set kriteria
tentang perkara yang kriteria atau yang menunjukkan
murid patut ketahui petunjuk (indicator) tahap-tahap
dan boleh lakukan kualiti penguasaan murid
dalam suatu tempoh pembelajaran dan sebagai petunjuk
persekolahan pencapaian yang bahawa sesuatu
merangkumi aspek boleh diukur bagi perkara itu telah
pengetahuan, setiap standard dikuasai.
kemahiran dan nilai. kandungan.
16
2.3 Fokus Kurikulum
KSPK (Semakan 2017) memastikan murid mencapai Standard
Pembelajaran yang ditetapkan. Ia memberi fokus kepada penyuburan
potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu ini adalah untuk melahirkan
murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi
dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini juga menghasratkan murid
yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,
berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran
seterusnya.
2.4 Organisasi Kurikulum
KSPK (Semakan 2017) diorganisasikan dalam bentuk bidang
pembelajaran yang mempunyai peruntukan waktu khas dan
Pembelajaran Bersepadu. Bidang pembelajaran yang mempunyai
peruntukan waktu khas ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Bahasa Tamil, Matematik Awal, Aktiviti Luar dan Pendidikan
Islam/Pendidikan Moral. Manakala, Pembelajaran Bersepadu terdiri
daripada aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan
Aktiviti Pembelajaran.
Peruntukan waktu khas bagi komponen bahasa dan matematik
bertujuan untuk murid menguasai kemahiran asas bahasa dan
matematik. Manakala peruntukan masa khas bagi Aktiviti Luar adalah
untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid selain
memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka
17
persekitaran. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga diberi
peruntukan waktu khas selaras dengan peruntukkan dalam Seksyen 50
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
Peruntukan masa PdP di kelas prasekolah hendaklah dipatuhi dan
dilaksanakan seperti yang berikut:
(i) Tadika termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk masa
rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu untuk murid-murid yang
berumur 5+ tahun.
(ii) Tadika termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk masa
rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu untuk murid-murid yang
berumur 4+ tahun.
(iii) Tadika yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar hendaklah melaksanakan 50 peratus (600 minit) PdP
dalam bahasa Melayu dan 50 peratus (600 minit) PdP dalam
bahasa Inggeris seminggu.
(iv) Tadika yang menggunakan selain bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar hendaklah melaksanakan 33.33 peratus (400 minit) PdP
dalam bahasa Melayu, 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam
bahasa Inggeris dan 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam bahasa
pengantar seminggu.
(v) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam
dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah diberikan
pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-
kurangnya 120 minit seminggu.
18
(vi) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama
Islam dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 120
minit seminggu.
Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran
Peruntukan masa minimum PdP mengikut minit seminggu adalah seperti
di Jadual 3. Guru diberi keluwesan dalam menyusun jadual waktu PdP
mengikut keperluan murid.
Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah
Peruntukan masa seminggu
(minit)
Bil. Bidang Pembelajaran Bahasa Bahasa
Pengantar Pengantar
Bahasa Selain
Melayu Bahasa
Melayu
1. Bahasa Melayu 60 60
2. Bahasa Inggeris 60 60
- 60
3. Bahasa Cina/
Bahasa Tamil
4. Aktiviti Luar 120 120
5. Pendidikan Islam/ 120 120
Pendidikan Moral
6. Matematik Awal 40 40
800 740
7. Pembelajaran
Bersepadu
Jumlah 1,200 1,200
19
(i) Aktiviti luar merangkumi aktiviti fizikal dan main bebas. Aktiviti
luar hendaklah dijalankan di luar kelas dan perlu dilaksanakan
setiap hari. Aktiviti fizikal dijalankan 30 minit, dua kali seminggu
dan main bebas dijalankan 20 minit, tiga kali seminggu.
a) Aktiviti fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan
tubuh badan dan memerlukan tenaga untuk meningkatkan
kecergasan fizikal dan kesihatan diri.
b) Main bebas pula merupakan aktiviti yang memberi peluang
kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas untuk
bermain.
(ii) Pembelajaran bersepadu terdiri daripada aktiviti rutin
(Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti
Pembelajaran.
a) Aktiviti rutin
Perbualan Awal
Perbualan Awal bertujuan untuk menyediakan murid dari
aspek mental dan emosi untuk mengikuti pembelajaran
pada hari tersebut dengan lebih berfokus.
Rehat
Rehat merupakan sebahagian daripada PdP. Waktu
rehat diperuntukan untuk murid makan dan minum serta
merehatkan minda dan fizikal mereka.
Aktiviti Penutup
Aktiviti Penutup memberi peluang kepada guru dan murid
membuat refleksi terhadap pembelajaran dan perkara
yang telah berlaku pada hari tersebut serta pembelajaran
seterusnya.
20
b) Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran memberi peluang kepada guru
untuk memilih strategi PdP yang sesuai bagi memberi
peluang kepada murid menjalankan penerokaan dan
eksperimen, menyelesaikan masalah serta menggalakkan
pemikiran kritis.
Walau bagaimanapun, Pembelajaran Bersepadu di kelas
prasekolah Pendidikan Khas adalah seperti Jadual 4.
Jadual 4: Komponen Pembelajaran Bersepadu di Kelas
Prasekolah Pendidikan Khas
Kategori
Bil. Prasekolah Pembelajaran Bersepadu
Pendidikan
Aktiviti rutin (Perbualan Awal,
Khas Rehat dan Aktiviti Penutup)
Aktiviti Pembelajaran
1. Masalah Pengurusan Diri
Pembelajaran
Aktiviti rutin (Perbualan Awal,
Rehat dan Aktiviti Penutup)
Aktiviti Pembelajaran
2. Ketidakupayaan Kemahiran Braille
Penglihatan Pengurusan Diri
Orientasi dan Mobiliti
Aktiviti rutin (Perbualan Awal,
Rehat dan Aktiviti Penutup)
Aktiviti Pembelajaran
3. Ketidakupayaan Bahasa Isyarat Komunikasi
Pendengaran
21
22
KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI
23
24
3BAB
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson
menunjukkan tahap pemikiran mengingat dan memahami dikelaskan
sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR). Manakala tahap
pemikiran yang dikategorikan sebagai KBAT merujuk kepada kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 5.
Jadual 5: Tahap Pemikiran
Tahap Pemikiran Penerangan
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif.
KBAT Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
Menganalisis menggunakan pengetahuan, pengalaman,
Mengaplikasi kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi.
Mencerakinkan maklumat kepada
bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan.
Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
dan nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
25
KBARTahap Pemikiran Penerangan
Memahami Mengingat semula maklumat dan boleh
menjelaskan idea dan konsep.
Mengingat
Mengingat semula maklumat, fakta, atau
konsep
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk
penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri, pembelajaran
berasaskan projek dan sebagainya. Melalui perancangan aktiviti
sebegini, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid
meningkatkan amalan berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta
pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah.
Melalui penerapan KBAT, murid akan lebih bertanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
Peningkatan Keupayaan Murid Melalui Pelaksanaan KBAT
Inisiatif KBAT adalah satu usaha berterusan KPM untuk melahirkan
insan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap kemakmuran
negara. Pemupukan dan pembudayaan KBAT dapat membantu murid
melakukan operasi pemikiran seperti membuat analisis dan inferens
yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta meningkatkan
prestasi pencapaian mereka. Selaras dengan itu, setiap murid yang
dihasilkan diharap dapat memperbaiki kelemahan diri serta
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai secara terurus dalam
kehidupan.
26
Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan
berani mengambil risiko untuk mencuba penyelesaian masalah yang
baharu. Pemupukan KBAT mendorong murid untuk membuat
kesimpulan berdasarkan logic dan mempunyai bukti berasaskan bacaan
serta penyelidikan yang dibuat. Murid juga dapat membuat ramalan
berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan
penyelesaian dengan ciptaan idea yang rasional.
Selaras dengan itu, KPM telah menggariskan Profil Murid yang perlu
ada untuk murid berupaya bersaing pada peringkat global seperti di
Jadual 6
Jadual 6: Profil Murid
Bil Profil Murid Penerangan
1. Berdaya Tahan Murid mampu menghadapi dan mengatasi
kesukaran, mengatasi cabaran dengan
kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan
empati.
2. Pemikir Murid berfikir secara kritikal, kreatif dan
inovatif; mampu untuk menangani masalah
yang kompleks dan membuat keputusan yang
beretika. Murid berfikir tentang pembelajaran
dan diri mereka sebagai murid. Murid menjana
soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif,
nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain.
Murid berkeyakinan dan kreatif dalam
menangani bidang pembelajaran yang baru.
3. Mahir Murid menyuarakan dan meluahkan fikiran,
Berkomunikasi idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif
secara lisan dan bertulis, menggunakan
pelbagai media dan teknologi.
27
Bil Profil Murid Penerangan
4. Kerja
Murid boleh bekerjasama secara berkesan dan
Sepasukan
harmoni dengan orang lain. Murid menggalas
5. Bersifat Ingin
Tahu tanggungjawab bersama-sama serta
6. Berprinsip menghormati dan menghargai sumbangan
7. Bermaklumat
yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Murid
8. Prihatin
9. Patriotik memperoleh kemahiran interpersonal melalui
aktiviti kolaboratif. Ini menjadikan murid
pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.
Murid membangunkan rasa ingin tahu semula
jadi untuk meneroka strategi dan idea baru.
Murid mempelajari kemahiran yang diperlukan
untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan,
serta menunjukkan sifat berdikari dalam
pembelajaran. Murid menikmati pengalaman
pembelajaran sepanjang hayat secara
berterusan.
Murid berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil
dan menghormati maruah individu, kumpulan
dan komuniti. Murid bertanggungjawab atas
tindakan, akibat tindakan serta keputusan
murid.
Murid mendapatkan pengetahuan dan
membentuk pemahaman yang luas dan
seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan. Murid meneroka pengetahuan
dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu
tempatan dan global. Murid memahami isu-isu
etika / undang-undang berkaitan maklumat
yang diperoleh.
Murid menunjukkan empati, belas kasihan dan
rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan
orang lain. Murid komited untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan memastikan
kelestarian alam sekitar.
Murid mempamerkan kasih sayang, sokongan
dan rasa hormat terhadap negara.
28
KPM berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri
sepenuhnya seperti yang telah diterjemahkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penerapan KBAT di sekolah diharapkan dapat
melahirkan generasi yang pantas menerima perubahan, mampu
berkomunikasi serta bekerja secara sepasukan serta dapat membuat
refleksi berdasarkan penaakulan sekaligus berupaya untuk berinovasi
serta mencipta sesuatu yang baharu.
29
30
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
31
32
4BAB
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang
diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam kandungan
kurikulum. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Antara elemen
merentas kurikulum seperti berikut:
1. Bahasa
(i) Penggunaan bahasa yang betul perlu dititikberatkan dalam
semua tunjang.
(ii) Semasa PdP aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah
dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
2. Sains Dan Teknologi
(i) Memupuk minat terhadap sains dan dapat meningkatkan literasi
sains serta teknologi dalam kalangan murid.
(ii) Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan
berkesan.
(iii) Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP mengandungi
empat perkara iaitu:
33
a) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep
yang berkaitan dengan sains dan teknologi).
b) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
manipulatif tertentu).
c) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran dan
keselamatan).
d) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
3. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(i) Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
dipelajari.
(ii) Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi
kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan
menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
(iii) TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak
diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi
kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.
4. Nilai Murni
(i) Nilai murni diberi penekanan dalam semua tunjang supaya
murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.
(ii) Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan akan menjadi amalan dalam kehidupan
harian.
34
5. Patriotisme
(i) Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua tunjang,
aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
(ii) Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai
semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat
Malaysia.
6. Kreativiti Dan Inovasi
(i) Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk
mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta
sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan
idea yang ada.
(ii) Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
(iii) Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran abad 21.
(iv) Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP
bagi membangun dan mengembangkan potensi kreativiti
mengikut keupayaan murid.
35