7. Keusahawanan
(i) Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-
ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya
dalam kalangan murid.
(ii) Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti
yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan
inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
8. Pendidikan Kewangan
(i) Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk
dan memastikan semua murid di Malaysia dilengkapi dengan
Pendidikan Kewangan yang komprehensif.
(ii) Pendidikan Kewangan merupakan satu proses yang
membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman
mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan
melalui maklumat, panduan dan atau nasihat yang betul, dapat
membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih
arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan
yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan,
dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan
kesejahteraan kewangan mereka.
(iii) Antara elemen kewangan berhemat yang diterapkan adalah
seperti peranan wang, sumber pendapatan dan kerjaya,
pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan dan
pelaburan, pengurusan kredit dan hutang serta perlindungan
insuran.
36
9. Keselamatan Jalanraya
(i) Melahirkan generasi pengguna jalan raya yang mengamalkan
budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan
raya.
(ii) Membentuk generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh
menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan
pembangunan negara.
(iii) Menambah pengetahuan untuk mengamalkan kemahiran
keselamatan jalan raya dari seawal prasekolah hingga
ke sekolah menengah sebagai proses pendidikan
sepanjang hayat.
(iv) Memupuk sikap menyayangi dan memelihara keselamatan diri
serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
10. Kelestarian Global
(i) Kelestarian Global merangkumi tiga elemen iaitu:
a) Penggunaan dan Pengeluaran Lestari.
b) Kewarganegaraan Global.
c) Perpaduan.
(ii) Kelestarian Global diterapkan dalam PdP secara langsung dan
sisipan.
(iii) Kelestarian Global bertujuan untuk mendedahkan murid kepada
isu-isu semasa yang mencabar di peringkat tempatan, negara
dan global.
(iv) Kesedaran tentang perkembangan dunia perlu didedahkan
kepada murid agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
37
kemahiran dan nilai untuk menghadapi dunia global dan
menjadi global player secara lebih berkesan dalam aspek-
aspek berikut:
a) Alam sekitar
b) Ekonomi
c) Keselamatan
d) Perpaduan
e) Kesihatan
f) Penghayatan nilai (patriotik, integriti, empati,
bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain)
(v) Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa
murid perlu dipupuk melalui PdP bagi membentuk etika murid
untuk menghargai alam.
38
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
39
40
5BAB
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KSPK (Semakan 2017) menyarankan pelbagai strategi PdP untuk
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai
dengan keperluan murid yang pelbagai latar belakang dan kebolehan.
Strategi PdP merujuk kepada pengaplikasian pelbagai pendekatan,
kaedah dan teknik. Kepelbagaian strategi PdP ini membolehkan guru
menyalurkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menerapkan
nilai yang dihasratkan dalam kurikulum. Tujuannya adalah untuk
melahirkan murid yang seimbang, kritis, kreatif dan inovatif.
Perancangan strategi PdP perlu mengambil kira kepelbagaian gaya
pembelajaran murid, kaedah pentaksiran, kesesuaian bahan serta
fleksibiliti persekitaran pembelajaran.
5.1 Prinsip Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Penekanan kepada prinsip dalam proses PdP seperti berikut membantu
guru merangka pengajaran yang membolehkan murid memperoleh ilmu
pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai
kemahiran dan mengamalkan nilai murni.
41
Prinsip 1. Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan
Dalam pemahaman murid.
Proses PdP
2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih
strategi yang sesuai.
3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dan relevan.
4. Menggalakkan pelibatan murid secara aktif.
5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi
diri.
6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir.
7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan.
8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada
pelbagai sumber.
9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
10. Membuat penilaian berterusan.
11. Menggalakkan amalan nilai murni.
5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi PdP yang disarankan dalam KSPK Strategi PdP
(Semakan 2017) adalah berpusatkan murid,
bersepadu, menyeronokkan dan menekankan Berpusatkan
perkembangan kemahiran berfikir dan kemahiran murid
insaniah. Beberapa contoh strategi PdP ini
diterangkan secara ringkas dalam bab ini. Bersepadu
Menyeronokkan
Kemahiran
berfikir
Kemahiran
insaniah
42
Antara kaedah dan teknik yang disarankan untuk PdP di bilik darjah
adalah seperti yang berikut:
Belajar Melalui Bermain
Apakah Yang Dikatakan Apakah Faedahnya?
Belajar Melalui Bermain?
Memberi peluang untuk meneroka dan
Satu strategi yang terancang mencuba sesuatu yang baharu.
dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar Meningkatkan tumpuan dan perhatian.
dalam suasana yang bebas, Memberi peluang melahirkan perasaan.
selamat, menggembirakan Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis
dan bermakna.
dan kreatif.
Membantu menyelesaikan masalah.
Membina kemahiran sosial.
Membina kemahiran fizikal.
Membina kemahiran berkomunikasi.
Membina kemahiran kendiri yang positif.
Memupuk sikap bertanggungjawab.
Pembelajaran Berpusatkan Murid
Apakah yang dikatakan Pembelajaran Berpusatkan Apakah Peranan Guru?
Murid?
Guru merupakan
Pelibatan murid secara aktif dalam sesuatu pemudahcara atau
aktiviti pembelajaran dan mereka diberi pembimbing yang
tanggungjawab atas pembelajaran mereka memandu murid
sendiri. menjalankan aktiviti
pembelajaran secara
Murid memainkan peranan yang penting dalam kumpulan atau individu.
proses pembelajaran kerana pembelajaran
digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan
murid. Mereka memilih apa yang mereka ingin
belajar, bagaimana mereka hendak belajar dan
bagaimana mereka menilai pembelajaran mereka
sendiri. 43
43
Pendekatan Bertema
Apakah yang dikatakan Apakah faedahnya?
Pendekatan Bertema?
Satu strategi yang Tema yang dipilih dijadikan medium
untuk membantu murid menguasai
menggunakan tema bagi sesuatu kemahiran seperti kemahiran
mewujudkan PdP yang aktif, bertutur, membaca, menulis, berfikir,
menarik dan bermakna. asas matematik serta sosial dan emosi.
Pembelajaran melalui satu Pembelajaran murid lebih luas,
topik atau tema yang dipilih menyeluruh dan mendalam.
bersesuaian dengan masa,
tempat, minat dan latar Membantu guru merancang, mengurus
belakang murid. aktiviti dan menyediakan bahan-bahan
PdP secara lebih berfokus dan
menyeluruh.
Membantu guru mencetus idea yang
lebih menarik untuk aktiviti yang
dirancang.
Bagaimanakah melaksanakan Pendekatan Bertema?
Mengenal pasti tema yang sesuai berdasarkan minat, pengalaman dan
tahap perkembangan murid.
Menjana idea berkaitan dengan tema.
Mencipta web tema.
Membuat sumbangsaran berdasarkan tema.
Merangsang pemikiran murid melalui penyoalan.
Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang.
Menyediakan persekitaran kelas dan pusat pembelajaran yang bersesuaian
dengan tema.
Melaksanakan aktiviti.
Melibatkan ibu bapa.
44
Pembelajaran Berasaskan Projek
Apa yang dikatakan Pembelajaran Berasaskan Projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam
jangka masa yang tertentu.
Melibatkan murid untuk mengkaji secara mendalam sesuatu isu/topik, menyiasat
isu/topik tersebut dan menghasilkan sesuatu produk. Produk tersebut boleh dalam
pelbagai bentuk seperti objek, laporan, persembahan, hasil kerja.
Penilaian dijalankan secara berterusan ke atas proses kerja, hasil kerja, sikap dan
nilai yang ditunjukkan oleh murid, perkembangan atau kualiti pembelajaran murid.
Dijalankan secara individu atau kumpulan.
Bagaimanakah melaksanakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek?
Fasa 1 : Permulaan
Sumbangsaran tentang topik projek.
Pengumpulan maklumat.
Berkongsi pengalaman dan maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai sumber.
Melukis, menulis, membina, main peranan dan lain-lain aktiviti untuk
mengambarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Mengemukakan soalan berdasarkan kepada pengetahuan yang
diperolehi.
Berkongsi pengalaman tentang topik.
Fasa 2 : Perkembangan
Membuat penyiasatan.
Menemu bual orang yang mahir tentang topik yang dipilih.
Melawat/mengunjungi tempat untuk mendapatkan maklumat.
Menjemput pakar untuk demonstrasi, tunjukcara atau perkongsian
topik berkaitan projek.
Membuat gambaran sebenar dengan melukis, mewarna, menulis,
mengira atau membuat peta.
Mengumpul maklumat projek dari pelbagai sumber.
Mendokumentasikan hasil projek dalam pelbagai bentuk.
Fasa 3 : Kesimpulan
Berkongsi maklumat mengenai projek.
Mengimbas kembali atau membuat re4f5leksi.
Menilai projek melalui pemerhatian dan perbincangan.
Membuat rumusan tentang projek yan4g5telah dilaksanakan.
Pendekatan Bersepadu
Apa yang dikatakan Pendekatan
Bersepadu?
Pendekatan yang
menggabungjalinkan dua atau Aspek-aspek kesepaduan:
lebih tunjang, kemahiran, nilai, Tunjang, kemahiran dan nilai.
Aktiviti dalam dan luar kelas.
aktiviti, kaedah atau teknik dalam Aktiviti berfokuskan guru dan
satu masa. murid.
Pelbagai kaedah dan teknik.
Pendekatan bersepadu memberi Teori dan amali.
Pengalaman langsung dan tidak
peluang kepada murid mendalami
langsung.
atau meneroka sesuatu topik
dengan lebih banyak pilihan dan
motivasi untuk belajar.
46
Pendekatan Inkuiri
Apakah yang dikatakan pendekatan Inkuiri?
Kaedah yang memerlukan murid berdikari untuk mencari maklumat dan menemui
sesuatu melalui kaedah penyiasatan saintifik yang merangkumi aktiviti merancang,
menyiasat, menganalisis dan menemui.
Pendekatan ini tetapi sesuai untuk semua semua tunjang kerana ia melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi di mana murid membina sesuatu konsep itu sendiri.
Pendekatan tematik, koperatif dan luar bilik darjah boleh menggunakan pendekatan
inkuiri dalam pelaksanaannya.
Meningkatkan rasa ingin tahu dan memotivasikan murid untuk meneruskan tugasan
sehingga mendapat jawapan.
Bagaimanakah melaksanakan pendekatan Inkuiri?
Mengenal pasti topik kajian (Guru mewujudkan stimulusi yang dapat menarik
minat murid ke arah menimbulkan rasa ingin tahu)
Menerangkan tujuan kajian
Membimbing murid merancang dan melaksanakan kajian
Murid mengumpul maklumat yang berkaitan , mengkaji dan menganalisi
maklumat
Berbincang dengan murid tentang dapatan kajian. Sekiranya murid tidak dapat
menerangkan dapatan kajian, guru perlu membimbing dengan mengemukakan
soalan yang menjurus ke arah pembinaan konsep oleh murid itu sendiri.
Murid membuat generalisasi atau rumusan
47
Pembelajaran Kontekstual
Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Kontekstual?
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Proses Pembelajaran Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu
atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:
Belajar dalam konteks
Relating menghubungkaitkan
R (Menghubung pengetahuan baru
dengan pengalaman
kait) hidup
Experiencing Belajar dalam konteks
E (Mengalami) penerokaan, penemuan
dan reka cipta
Belajar dalam konteks
Applying bagaimana pengetahuan
A (Mengaplikasi) atau informasi boleh
digunakan dalam situasi
lain
Belajar dalam konteks
Cooperating bekerjasama, memberi
C (Bekerjasama) maklum balas dan
berkomunikasi
Belajar dalam konteks
Transfering pengetahuan sedia ada
T (Memindahkan) dan menggunakan atau
membina daripada apa
yang telah diketahui
48
Pembelajaran Masteri
Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Masteri?
Pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke
pembelajaran berseterusnya.
Memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses PdP yang
berkualiti.
Bagaimanakah melaksanakan Pembelajaran Masteri?
UNIT PEMBELAJARAN 1
Penentuan hasil pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran
Penilaian
Ya Sudahkah Tidak
murid
Tindakan Tindakan
Susulan Aktiviti menguasai Susulan Aktiviti
?
Pengayaan Pemulihan
Ya Teruskan
UNIT PEMBELAJARAN 2
49
Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecergasan
Apakah Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecergasan?
Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan memberi peluang kepada
semua murid untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan
belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain. Oleh itu, jika murid di
beri peluang untuk belajar dengan kaedah yang sesuai dengan kecergasan mereka,
maka pembelajaran optimum akan berlaku.
Apakah Sembilan Kecerdasan Pelbagai menurut Howard Gardner?
1. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam bentuk
lisan dan penulisan. Kecerdasan ini termasuklah kebolehan
mengingat maklumat, meyakini orang lain dan bercakap tentang
bahasa itu sendiri.
2. Logikal-Matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, mempunyai
keupayaan logik, menaakul dan bijak berhujah.
3. Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna
dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik.
4. Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea
dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
5. Muzik kebolehan mengesan dan menghasilkan irama, nada, tempo,
melodi dan rentak lagu serta bunyi-bunyian serta menghargai
pelbagai bentuk ekspresi muzik.
6. Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau
perbezaan diri dengan orang lain.
7. Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,
hasrat dan kehendak.
8. Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan,
galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batuan serta
pelbagai flora dan fauna.
9. Spiritual/ Kebolehan memberikan respons terhadap persoalan kewujudan
Eksistensialisme dan kematian manusia dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia
dalam kehidupan. Kecerdasan ini telah diperkenal dan
dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
50
50
Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran
Apakah Pusat Pembelajaran? Apakah Fungsi Pusat Pembelajaran?
Pusat Pembelajaran merupakan Pusat pembelajaran merupakan
ruang yang dilengkapi dengan satu ruang yang kondusif untuk
bahan dan peralatan murid melaksanakan aktiviti sama
pembelajaran yang bersesuaian ada secara berstruktur atau bebas.
dengan aktiviti pembelajaran.
Apakah Faedah Pusat Pembelajaran?
Pusat pembelajaran memberi
peluang kepada murid untuk Sebagai pusat pembelajaran kendiri
meneroka, mencuba dan (self access learning).
berinteraksi dengan peralatan
dan persekitaran mengikut minat Membina pengetahuan dan
dan kadar pembelajaran masing- kemahiran melalui interaksi dengan
masing. bahan atau peralatan pembelajaran
secara individu atau kumpulan.
Bagaimanakah Penggunaan Pusat
Pembelajaran? Menyelesaikan masalah
menggunakan bahan atau peralatan
1. Secara terancang yang disediakan.
Murid melaksanakan aktiviti di
pusat pembelajaran Meningkatkan kemahiran sosial
berdasarkan tugasan. semasa menjalankan aktiviti.
2. Tidak terancang Menerapkan nilai murni semasa
Murid melaksanakan aktiviti menjalankan aktiviti.
mengikut minat,
kecenderungan dan Pengetahuan yang dibina lebih
kesesuaian masa. bermakna melalui pengalaman
hands on.
*Pusat pembelajaran boleh
digunakan untuk menjalankan aktiviti Dapat berfikir dan bertindak untuk
secara kumpulan besar, kecil atau menyelesaikan masalah.
individu.
Dapat berkomunikasi dengan
berkesan dan bergaul dengan rakan
sebaya serta orang dewasa.
Membina sikap positif dalam diri
murid.
Belajar mengikut minat dan
kecenderungan murid.
51
Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran PePrearnacnacnagnagnan
PePneanmabmabhabhaibkaiaknanCarta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran PePnegnagjarjarnadnadnaPnePmembeblaejlarjarnan
Merancang pusat pembelajaran PePnetnatkaskirsairnan
Merancang pusat pembelajaran
Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang,
Susun aktuerpeyarlnugansedsaunaikbeeserdlaamsaartkaann ruang,
keperluan dan keselamatan
Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat
Sedia bahan/paelamtabnelaasjaasradni setiap pusat
pembelajaran
Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran
MenebtearpaksaasnkoabnjeKkStPifK/ SutnatnudkasredtiPaepmpbueslaatjaran
berasaskan pKeSmPKbeulanjaturaknsetiap pusat
pembelajaran
Sedia bahan/alatan berdasarkan
objektifS/eSdtaiandbaarhdaPne/amlabtealnajbaerardnadsiasrektainap pusat
objektif/StandardpePmembeblealjaajraarnan di setiap pusat
pembelajaran
FASA 1
Pengenalan kepaFdAaSpAu1sat pembelajaran
Pengenalan kepada pusat pembelajaran
FASA 2
Pelaksanaan aktivFitAi dSAi p2usat pembelajaran
Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran
FASA 3
Refleksi FbAerSsAam3 a murid
Refleksi bersama murid
Refleksi Guru
Refleksi Guru
52
PENTAKSIRAN SEKOLAH
53
54
6BAB
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) untuk prasekolah adalah satu proses yang
sistematik dan berterusan untuk mengumpul maklumat tentang
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian dengan
tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu
murid mencapai objektif PdP di prasekolah. Proses pentaksiran
melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi
maklumat yang diperoleh. Pentaksiran yang dilaksanakan di prasekolah
adalah secara formatif dan tidak formal. Pentaksiran prasekolah perlu
dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan
setempat (localised).
6.1 Tujuan Pentaksiran
(i) Mengesan pertumbuhan dan perkembangan murid bersesuaian
dengan peringkat umur.
(ii) Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan secara
menyeluruh.
(iii) Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
(iv) Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/penjaga dan
pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran
murid dalam semua aspek yang terkandung dalam kurikulum.
55
(v) Mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang
pembelajaran dan persekitaran yang disediakan.
(vi) Membantu guru untuk merancang tindakan susulan yang
berkesan untuk:
a) Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum.
b) Membantu pembelajaran murid.
c) Memperbaiki pengajaran guru.
6.2 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran
(i) Pentaksiran dijalankan merangkumi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang terdapat kurikulum.
(ii) Pentaksiran dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah
ditetapkan.
(iii) Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh
persekolahan.
(iv) Pentaksiran harus sah dan sahih; sesuai dengan
perkembangan murid; dan berasaskan kaedah saintifik.
a) Pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan
antara murid.
b) Kaedah pentaksiran adalah pemerhatian berterusan dan
penilaian hasil kerja murid. Ujian atau peperiksaan formal
tidak harus dilaksanakan.
c) Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan
yang dibuat adalah sah dan sahih.
d) Dokumentasi pentaksiran perlu disediakan secara
sistematik. Contoh rekod pentaksiran adalah seperti senarai
semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan,
persampelan masa dan persampelan peristiwa.
56
(v) Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan
mengambil kira hak asasi kanak-kanak.
6.3 Kepentingan Pentaksiran
(i) Kepentingan kepada Murid
a) Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.
b) Memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran.
c) Mengukuhkan pembelajaran untuk mencapai tahap
penguasaan lebih tinggi.
(ii) Kepentingan kepada Ibu bapa
a) Mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh.
b) Mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak.
c) Mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa.
d) Membantu anak dalam pembelajaran berdasarkan
maklumat pentaksiran.
(iii) Kepentingan kepada Guru
a) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
b) Melaksanakan tindakan susulan.
c) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
d) Mengetahui keberkesanan pengajaran.
(iv) Kepentingan kepada Pentadbir Sekolah
a) Mengetahui perkembangan murid.
b) Mengetahui keberkesanan proses PdP guru.
c) Merancang program peningkatan perkembangan murid.
57
6.4 Merekod dan Melapor Pentaksiran
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat
berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap
penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-
nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard
Prestasi yang terdapat dalam KSPK (Semakan 2017) boleh dirujuk.
Tiga tahap penguasaan umum digunakan untuk melaporkan tahap
perkembangan murid sebagaimana yang dinyatakan di Jadual 6.
Jadual 7: Penyataan Tahap Penguasaan Umum
Standard Prestasi
Tahap Tafsiran
Penguasaan
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
1 kemahiran asas atau memberi responds terhadap
perkara yang asas.
2 Murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran untuk melaksanakan sesuatu.
Murid boleh menggunakan pengetahuan dan
3 kemahiran untuk melaksanakan sesuatu dalam
situasi baharu atau secara kreatif dan tertib atau
beradab.
Maklumat perkembangan murid yang diperoleh digunakan untuk
tujuan pelaporan pentaksiran prasekolah. Format pelaporan tahap
perkembangan murid boleh disediakan mengikut kesesuaian pihak
sekolah.
58
PENGURUSAN KURIKULUM
59
60
7BAB
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM
7.1 Perancangan
Guru prasekolah perlu menyediakan perancangan untuk memastikan
KSPK (Semakan 2017) dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
mencapai matlamat pendidikan seperti yang dihasratkan.
Pihak pentadbir dan guru prasekolah hendaklah merangka strategi
jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat keberhasilan
murid sebagaimana yang dihasratkan dalam KSPK (Semakan 2017).
Rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang berkenaan wajar
menetapkan strategi pelaksanaan kurikulum termasuklah juga
penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.
Fokus dalam perancangan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) adalah
seperti berikut:
(i) Melaksanakan PdP berdasarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran untuk memastikan murid mendapat
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan;
(ii) Melaksanakan pedagogi yang memberi penekanan kepada
pelbagai pendekatan PdP yang menyeronokkan, bermakna dan
berpusatkan kanak-kanak.
(iii) Melaksanakan pentaksiran supaya tahap perkembangan murid
dapat digunakan untuk merancang strategi bagi mempertingkatkan
dan memperkukuh perkembangan murid secara menyeluruh.
61
7.2 Pelaksanaan
Bagi memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan, pentadbir
haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan
kurikulum prasekolah. Pengurusan kurikulum melibatkan proses
merancang, mengorganisasi, memimpin, membimbing, memantau dan
menilai pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) dengan menggunakan
segala sumber bagi mencapai hasrat kurikulum yang ditetapkan.
Pengurusan kurikulum di peringkat prasekolah diterajui oleh
Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola dan dibantu oleh Guru
Penolong Kanan, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid
(PPM). Permuafakatan semua pihak di institusi prasekolah adalah
penting untuk memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan dengan
lebih berkesan.
Struktur pengurusan kurikulum di prasekolah adalah seperti Rajah 3:
Rajah 3: Struktur Pengurusan Kurikulum Prasekolah
Peranan pengurus kurikulum dalam pelaksanaan KSPK (Semakan
2017) diterangkan seperti dalam Rajah 4, 5, 6, 7 dan 8.
62
Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola
Pengarah/ Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di
Pengetua/ bawah jagaannya secara menyeluruh meliputi
Guru Besar/ bidang kurikulum.
Pengelola
Merancang pelaksanaan kurikulum.
Memastikan kurikulum prasekolah
dilaksanakan sepenuhnya.
Melaksanakan pemantauan/pencerapan.
Memastikan amalan PdP relevan dengan
kurikulum prasekolah.
Menilai keberkesanan amalan PdP.
Memastikan sumber PdP mencukupi.
Meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan.
Mewujudkan hubungan baik dengan komuniti
setempat.
Rajah 4: Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola
Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum
Guru Penolong Membantu pengarah/pengetua/guru
Kanan besar/pengelola dalam bidang pengurusan
kurikulum.
Pentadbiran, Hal
Ehwal Murid dan Menyediakan khidmat bantu dalam
pengurusan kurikulum.
Kokurikulum
Melaksanakan pemantauan/pencerapan PdP.
Menyelaras program kurikulum yang
dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran
Daerah(PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Rajah 5: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum
63
Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah
Guru Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai
Prasekolah matlamat dan objektif KSPK (Semakan 2017).
Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian berdasarkan DSKP.
Menyediakan bahan sokongan kurikulum yang
sesuai dengan murid.
Melaksanakan aktiviti PdP menggunakan
pelbagai strategi.
Melaksanakan pentaksiran.
Membuat tindakan susulan untuk meningkatkan
dan mengukuhkan perkembangan murid.
Menyediakan, mengurus dan melaksanakan
jadual waktu.
Menjalankan atau mengikuti program kurikulum
yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan
KPM.
Rajah 6: Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah
Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid
Pembantu Membantu guru melaksanakan
Pengurusan aktiviti PdP di prasekolah.
Murid Membantu guru dalam pelaksanaan
pentaksiran di prasekolah.
Membantu guru menyediakan bahan
sokongan kurikulum yang sesuai
dengan murid.
Membantu guru menjalankan
program kurikulum yang dianjurkan.
Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid
64
Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah
Setiap prasekolah harus mempunyai jawatankuasa kurikulum untuk
menyelaraskan segala dasar kurikulum. Contoh struktur dan fungsi
jawatankuasa kurikulum prasekolah ditunjukkan di Rajah 8.
PENGERUSI
(Guru Besar)
NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II NAIB PENGERUSI III
(Guru Penolong Kanan (Guru Penolong Kanan (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran) Hal Ehwal Murid) Kokurikulum
SETIAUSAHA
Guru Prasekolah
AHLI
Guru Prasekolah
Guru Pendidikan Islam
Pembantu Pengurusan Murid
Rajah 8: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah
65
Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah ialah:
(i) Merancang dan menyelaras pelaksanaan kurikulum prasekolah.
(ii) Menyediakan sumber tenaga, kewangan dan kemudahan bagi
pelaksanaan kurikulum prasekolah.
(iii) Menyelesaikan isu-isu berkaitan pelaksanaan kurikulum prasekolah.
7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum
Pemantauan terhadap guru prasekolah perlu dilaksanakan untuk
mendapatkan input berkaitan pelaksanaan kurikulum dan keberkesanan
PdP bagi meningkatkan kualiti PdP. Pemantauan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen seperti soal selidik, temu bual, senarai semak
dan pemerhatian.
66
PENUTUP
67
PENUTUP
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting
dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran
yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan
murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk
pembelajaran seterusnya.
KSPK (Semakan 2017) bertujuan memperkembangkan potensi murid
berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat
menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSPK (Semakan
2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua
pihak menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang
dihasratkan. Sehubungan dengan itu, semua pihak berkepentingan
dalam pendidikan perlu memberikan sokongan, kerjasama dan
komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat yang terkandung
dalam KSPK (Semakan 2017).
68
RUJUKAN
69
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Garis Panduan Pengurusan
Prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Modul Pentaksiran
Perkembangan Murid di Prasekolah. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga
Lepas Menengah) (Bab 1 – 4). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia 1969 -2009 Pentadbiran dan Hal
Ehwal Murid. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia 1969 – 2009 Kurikulum dan
Kokurikulum. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Aplikasi Di Sekolah (ms.3-10). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dasar Pembangunan
Kurikulum Kebangsaan (Bab 4-8). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) (ms. 131-148). Selangor: International Law Book Services.
70
71
1