The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nooradzwati, 2021-08-17 13:42:32

COURSE FILE PAINTING WORKS

WTP3032

Kerja Mengecat WTP3032

PENUNJUK KOMPETENSI CATATAN

Menyenaraikan peraturan dan undang-undang
erkaitan kemasan akhir mengikut keperluan badan
erkanun bagi bangunan kediaman seperti:
Keselamatan dan kesihatan
Kawalan Kualiti

AHIRAN

Menyatakan personel yang terlibat daripada pihak
erkuasa dan perunding.

Melakukan pemeriksaan kerja mengecat mengikut
aiz, ketahanan, kebersihan, permukaan, corak,
epersegian, keseragaman, fungsi dan
enyambungan.

Mengisi borang pemeriksaan kerja kemasan.

Membaiki sebarang ketidakpatuhan pada kerja
emasan mengikut spesifikasi lukisan.

Membersihkan peralatan dan kawasan kerja dan
menyimpan peralatan selepas digunakan.

Memeriksa kerja mengecat agar mengikut kehendak
adan berkanun.

13 © LP SEPTEMBER 2017

TEKNOLOGI PEMBINAAN

STANDARD PENYATAAN STANDARD
KOMPETENSI KOMPETENSI

N1 Bekerjasama dengan bahagian NILAI
lain untuk memastikan kerja
disiapkan mengikut tempoh.  Me
dan
dite

Dokumen Standard Penilaian Kompetensi 1

Kerja Mengecat WTP3032

PENUNJUK KOMPETENSI CATATAN

engamalkan budaya kerjasama secara berkumpulan
n projek siap mengikut tempoh masa yang telah
etapkan.

14 © LP SEPTEMBER 2017

REKOD PENTAKSIRAN

PROGRAM: TEKNOLOGI PEMBINAAN

KURSUS: KERJA MENGECAT
NAMA PELAJAR:
NO. KAD PENGENALAN:

CATATAN
1. RPK ini hendaklah diisi dan disimpan oleh Pentaksir dalam Portfolio Pelajar.
2. Markah yang diperoleh hendaklah diisi berdasarkan mana-mana kaedah pentaksira

A = Amali; B = Ujian Bertulis; C = Lain-lain (Contoh:Persembahan/Pembent
3. Pentaksir perlu menandatangani RPK hanya setelah pelajar kompeten setiap komp
4. RPK ini hendaklah disahkan oleh Penyelaras Dalaman.

KOMPETENSI AMALI MARKAH
A B
K1 MENGENAL PASTI KEPERLUAN
KERJA MENGECAT DALAM
BANGUNAN KEDIAMAN

K2 MENYELARAS KERJA
MENGECAT

K3 MENYELARAS PEMERIKSAAAN
KERJA MENGECAT

JUMLAH MARKAH %

Disediakan : ...................................................................................
Oleh (Tandatangan Pentaksir)

Nama :

Tarikh :

N KOMPETENSI (RPK)

KOD : WTP3032
KOLEJ VOKASIONAL:

an berikut:
tangan/Folio/Tugasan/Kuiz/Ujian secara Lisan)
petensi.

H TANDATANGAN TARIKH CATATAN
TEORI PENTAKSIR

C

Disahkan %
Oleh
:
Nama ...................................................................

Tarikh : (Tandatangan Penyelaras Dalaman)
:

CONTOH BPA WTP3032

CONTOH BORANG PEMARKAHAN AMALI

KOD MODUL : WTP3032
NAMA MODUL : KERJA MENGECAT
ANGKA GILIRAN : ..........................................................................................................

1 Skala Markah
3 - Mengikut kriteria yang ditetapkan
2 - Mengikut sebahagian daripada kriteria yang ditetapkan
1 - Tidak mengikut kriteria yang ditetapkan
0 - Tidak melakukan amali

2 Wajaran
3 - Perkara sangat penting / memerlukan kemahiran tinggi
2 - Perkara penting / memerlukan kemahiran sederhana tinggi
1 - Perkara kurang penting / tidak memerlukan kemahiran tinggi

3 Tandakan (/) di ruang skala yang disediakan.

Bil. Aspek Dinilai 0 Skala 3 Wajaran Markah Peratus
12 (1 – 3)
1 Proses Kerja (50%)

Merancang kerja mengecat 0123 1
Menyediakan permukaan
-Rata 1 /24 x 50%
-Bersih
-Kering 1
Membancuh / mencairkan cat 1
1
Mengecat lapisan asas 1
1
Mengecat lapisan alas 1

Memastikan permukaan kering

Mengecat lapisan kemasan

Membersihkan berus dan takung cat

Jumlah

2 Hasil Kerja (40%) 2
1
Kerja mengecat siap mengikut
spesifikasi / kehendak

Keseragaman sapuan cat kemasan

CONTOH BPA WTP3032

Bil. Aspek Dinilai Skala 3 Wajaran Markah Peratus
012 (1 – 3)
Kekemasan permukaan cat
Berus / roller dibersihkan dengan 1
sebaiknya /18 x 40%
Takungan cat dibersihkan sepenuhnya
1

1

Jumlah

3 Keselamatan dan Nilai (10%)

(a)Etika kerja 1

(b)Memakai minima dua kelengkapan 0 1 2 /9 x 10%
PPE 1

(c)Kebersihan kawasan kerja 1
Jumlah
Jumlah Markah (1+2+3)

RSL CBT

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTE
RANCANGAN SESI LA

Jabatan JABATAN TEKNOLOGI AWAM

Nama Kursus TEKNOLOGI PEMBINAAN

Kod dan Tajuk WTP 3032 : PAINTING WORKS
Modul

Tarikh/Jangka masa MINGGU 1 - 4
pelaksanaan

COURSE LEARNING OUTCOMES:

At the end of the course, the students should be able to:-

1. Identify residential building finishes works requirement
2. Carry painting works
3. Coordinate painting inspection

BIL KOMPETENSI KAEDAH PENGAJARAN

1 IDENTIFY RESIDENTIAL APPLIED SKILLS:
BUILDING FINISHES WORKS
REQUIREMENT i. Obtain approved
construction drawing.
RELATED KNOWLEDGE :
ii. Interpret approved
i. Contract documents construction drawing
ii. Content of contract
iii. Finalise approved
documents construction drawing
 Drawing details
 Specification
 Bill of Quantities iv. Determine information
 Cost regarding building
residential building finishe
work

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS . KUALA LIPIS, PAHANG

TA Plan

ERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ATIHAN SEMESTER 3

Jam Pertemuan: 4 JAM

KAEDAH PENTAKSIRAN BAHAN / SUMBER

a. Penilaian Akhir - Amali 1. Buku Rujukan
dan Bertulis (PA)  Lukisan Binaan
Bangunan
b. Pentaksiran Berterusan (Tan Boon Tong)
(PB)  Lukisan Geometri
(B. Halliwell)
i. Tugasan  Teknologi Binaan
Bangunan
ii. Projek (Tan Boon Tong)
 Teknologi Bangunan
iii. Ujian/Kuiz (Jahiman Badron)
es
2. Slaid / Power Point

Page 1 of 6

 Duration ATTITUDE/ SAFETY/
iii. Approve construction drawing ENVIRONMENTAL :
Attitude:
 Building plan  Meticulous in
o Architecture plan
obtaining contract docume
 Honesty in the privacy and

confidenciality of the contr
documents


UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS . KUALA LIPIS, PAHANG

ASSESSMENT CRITERIA 3. Nota Bercetak
a. Nota Kursus
i. Type of finisher work b. Nota Praktikal
ent listed and explained c. Pentaksiran Teori &
d according to approved Amali
ract construction drawing.
4. Bahan / Peralatan Yang
ii. Approved construction Berkaitan
drawing details listed and
explained based on 5. Dokumen Kontrak
design dimension and
type of finisher work 6. Lukisan Pembinaan

7. Borang Senarai Semak
Pemeriksaan Kerja
Mengecat

Page 2 of 6

RSL CBT

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTE
RANCANGAN SESI LA

Jabatan JABATAN TEKNOLOGI AWAM

Nama Kursus TEKNOLOGI PEMBINAAN

Kod dan Tajuk Modul WTP 3032 : PAINTING WORKS

Tarikh/Jangka masa MINGGU 5 - 12
pelaksanaan

COURSE LEARNING OUTCOMES:

At the end of the course, the students should be able to:-

1. Identify residential building finishes works requirement
2. Carry painting works
3. Coordinate painting inspection

BIL KOMPETENSI KAEDAH PENGAJARAN

2 CARRY OUT PAINTING WORKS APPLIED SKILLS:

RELATED KNOWLEDGE : i. Determine type and size
surface to be painted
i. Type and size of surface to be
painted ii. Identify colour code of pa
iii. Prepare materials, tools
ii. Colour code of paint
iii. Painting materials, tools and equipment
iv. Apply undercoat, primer
equipment
iv. Technique of undercoat, primer and antirust coating
v. Apply finish coat
coat and antirust coating vi. Carry out housekeeping
v. Technique of finish coat
3R (Reduce, Reuse and
application Recycle) activities
vi. Method of painting

 Spray
 Roller

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS . KUALA LIPIS, PAHANG

TA Plan

ERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ATIHAN SEMESTER 3

Jam Pertemuan: 4 JAM

N KAEDAH PENTAKSIRAN BAHAN / SUMBER

a. Penilaian Akhir - Amali dan 1. Buku Rujukan
e of Bertulis (PA)  Lukisan Binaan
Bangunan
aint b. Pentaksiran Berterusan (PB) (Tan Boon Tong)
and i. Tugasan  Lukisan Geometri
ii. Projek (B. Halliwell)
coat  Teknologi Binaan
Bangunan
g and iii. Ujian/Kuiz (Tan Boon Tong)
d  Teknologi Bangunan
(Jahiman Badron)

2. Slaid / Power Point

Page 3 of 6

 Brush ATTITUDE/ SAFETY/
ENVIRONMENTAL :
Attitude:
 Diligent, patient and

meticulous in carrying ou
finishes installation work

Safety
 Adhere to safety

requirement
 Wear propper PPE

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS . KUALA LIPIS, PAHANG

ASSESSMENT CRITERIA 3. Nota Bercetak
a. Nota Kursus
i. Type and size of surface to b. Nota Praktikal
be painted listed and c. Pentaksiran Teori &
Amali
ut explained
k ii. Colour code of paint listed 4. Bahan / Peralatan Yang
Berkaitan
and explained
iii. Materials, tools and 5. Dokumen Kontrak

equipment condition check 6. Lukisan Pembinaan
and arranged
iv. Undercoat, primer coat, 7. Borang Senarai Semak
antirust coating and finish Pemeriksaan Kerja
coat application carried out Mengecat
according to painting quality
and practices

Page 4 of 6

RSL CBT

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTE
RANCANGAN SESI LA

Jabatan JABATAN TEKNOLOGI AWAM

Nama Kursus TEKNOLOGI PEMBINAAN

Kod dan Tajuk Modul WTP 3032 : PAINTING WORKS

Tarikh/Jangka masa MINGGU 13 - 17
pelaksanaan

COURSE LEARNING OUTCOMES:

At the end of the course, the students should be able to:-

1. Identify residential building finishes works requirement
2. Carry painting works
3. Coordinate painting inspection

BIL KOMPETENSI KAEDAH PENGAJARAN

3 COORDINATE PAINTING APPLIED SKILLS:
INSPECTION i. Confirm authorized

RELATED KNOWLEDGE : personnel from authoritie
and consultant
i. Authorize site personnel such ii. Confirm dimension size,
as durability, cleanliness,
 Local authority surface, pattern,
 Registered squareness, evenness a
architect/engineer functionality
iii. Arrange finishes work
ii. Finishes inspection criteria Inspection
 Durability iv. Rectify any non-complian
 Surface finishes work
 Pattern v. Carry out housekeeping
 Cleanliness 3R activities
vi. Comply to Board regulat

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS . KUALA LIPIS, PAHANG

TA Plan

ERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ATIHAN SEMESTER 3

Jam Pertemuan: 4 JAM

N KAEDAH PENTAKSIRAN BAHAN / SUMBER

a. Penilaian Akhir - Amali dan 1. Buku Rujukan
Bertulis (PA)  Lukisan Binaan
Bangunan
es (Tan Boon Tong)
b. Pentaksiran Berterusan (PB)  Lukisan Geometri
(B. Halliwell)
i. Tugasan  Teknologi Binaan
Bangunan
and ii. Projek (Tan Boon Tong)
 Teknologi Bangunan
iii. Ujian/Kuiz (Jahiman Badron)

nce ASSESSMENT CRITERIA 2. Slaid / Power Point
and
tory i. Authorise personnel listed 3. Nota Bercetak
and confirmed

Page 5 of 6

 Evenness requirement
 Functionality vii. Adhere to safety rules an
iii. Types of inspection form (RIN,
RFI, etc) used before, during regulation
and after inspection
iv. Inspection form format ATTITUDE/ SAFETY/
v. Method of filling in inspection ENVIRONMENTAL:
form
vi. Finishes inspection Attitude
arrangement  Ability to collaborate and
vii. Housekeeping and 3R
activities cooperate with other
viii. Board regulatory requirement department
on residential building finishes
such as
 Safety and health
 Quality control

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS . KUALA LIPIS, PAHANG

ii. Finishes work inspection a. Nota Kursus
nd excuted in accordance with b. Nota Praktikal
c. Pentaksiran Teori &
planning schedule Amali
iii. Cleanliness,evenness and
4. Bahan / Peralatan Yang
functionality checked Berkaitan
according to inspection
criteria 5. Dokumen Kontrak
iv. Finishes work non
d compliance rectification works 6. Lukisan Pembinaan
done and quality checked
according to inspection result 7. Borang Senarai Semak
v. Board regulatory requirement Pemeriksaan Kerja
complied related to finishes Mengecat
work
Safety rules and regulation
applied related to finisher
work

Page 6 of 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1

SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2021
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
KOD/KURSUS
KOMPETENSI TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOMPETENSI WTP 3032 KERJA MENGECAT
UNIT
01. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT

 Contract documents
 Content of contract documents
 Approve Construction drawing
 Types of finishes

Trainee must be able to:

 Obtain approved construction drawing.

KOMPETENSI  Interpret approved construction drawing
PEMBELAJARAN  Finalise approved construction drawing details
 Determine information regarding building residential building finishes work

NO KOD WTP 3032/K 01/NK 01-02 MUKA : 01 DARIPADA 09
NO KOD JPK EDISI JULAI 2017

BC-030-3:2013-C08

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 2 drp : 9

TAJUK : MENGENAL PASTI KEPERLUAN KERJA KEMASAN (IDENTIFY
RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT)

Dokumen Kontrak
Contoh Dokumen Tender

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 3 drp : 9

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 4 drp : 9

Contoh Bill & Quantities

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 5 drp : 9

Contoh Pelan Arkitek

1.0 PENGENALAN

Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan dimana ia
membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan boleh
digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran, serta kos.
Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

a. Kemasan lantai

b. Kemasan dinding

c. Kemasan siling

2.0 KEMASAN LANTAI

Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban
yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana
pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan
kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya
berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik di
permukaannya.

Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan
dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk mengelakkan struktur lantai daripada
mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini akan mewujudkan keselamatan dan memberi
keselesaan kepada penghuni disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang
menarik terhadap bangunan.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 6 drp : 9

Pemilihan kemasan lantai adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah

1) Rupa - Pemilihan dalam rupa bentuk bahan seperti warna, jalinan permukaan dan bentuk
adalah penting bagi mencantikkan sesuatu kawasan.

2) Kelasakan (tahan lama) - Kelasakan boleh ditakrifkan sebagai tahan lama terhadap suhu,
pertukaran kelembapan, pereputan dan perlekatan pada asas yang baik.

3) Keselesaan dan keselamatan - Ini ditakrifkan pada lantai yang menyerap bunyi, rata, tidak
licin, dan penebat haba pengaliran.

4) Penyerapan bunyi - Kemasan lantai mestilah mempunyai sifat berikut supaya ia tidak
mengeluarkan bunyi yang bising yang boleh mengganggu pengguna-pengguna di suatu
kawasan. contoh, kemasan yang kurang mengeluarkan bunyi ialah jubin gabus, permaidani
dan getah.

5) Rintangan api - Ia merupakan bahan yang tidak terbakar seperti konkrit,jubin seramaik,
dan jubin bata.

6) Kebersihan - Kemasan hendaklah tidak menyerap kotoran dan senang dicuci. kerja
pencucian tidak memerlukan bahan-bahan kimia yang mahal contoh bahan kemasan seperti
ini ilah jubin seramik dan terrazo.

7) Harga - Kemasan yang dipilih hendaklah bahan yang tidak mahal harganya dan sesuai
pada semua tempat.

2.1 JENIS KEMASAN LANTAI

Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan antaranya
adalah jejalur kayu, mozek, terazo dan sebagainya. Didalam projek pembinaan
kebiasaannya dua jenis kemasan lantai sahaja yang digunakan iaitu;

a) Kemasan lantai daripada lepaan simen

b) Kemasan lantai daripada jubin

a. Kemasan lantai daripada lepaan simen

Kemasan jenis ini digunakan pada pembinaan perumahan kos rendah. Lepaan simen terdiri
daripada campuran simen, pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan yang
digunakan ialah 1:3. Terdapat dua lapisan turapan iaitu lapisan pertama menggunakan
mortar dan lapisan kedua menggunakan simen minyak (slurry cement).

Bagi lapisan pertama, air yang digunakan untuk membancuh mortar adalah dalam kuantiti
yang sedikit. Ini bagi memudahkan kerja-kerja turapan. Lepaan simen dibuat secara tuang
dan diratakan dengan menggunakan kayu perata pada kecuraman permukaan yang sesuai
pada ketebalan 50mm.

Setelah lapisan pertama siap, permukaannya akan dilicinkan dengan menggunakan ‘slurry
cement’ setebal 0.7mm. Alat yang digunakan untuk melicinkan permukaan adalah pemaras
keluli.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 7 drp : 9

b. Kemasan lantai daripada jubin seramik

Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang
tamu dan ruang makan, bilik mandi, tandas serta
dapur. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia
hendaklah diturap terlebih dahulu dengan mortar.
Setelah ianya selesai, pemasangan jubin seramik
dimulakan. Terdapat dua jenis jubin yang digunakan
iaitu jubin gilap (permukaan licin) dan jubin separuh
gilap (permukaan sedikit kesat dan kusam).

Jubin gilap akan dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Manakala jubin
separuh gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas. Jubin-jubin dipasang dengan mengatur
di atas lapisan asas mortar setebal 20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air.

Setelah selesai pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih.
Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh minyak.

c. Jejalur kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama
ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam
pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar
kayu. Papan jalur yang digunakan mestilah
bertanggam lidah dan lurah ataupun
bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan
jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana
papan yang terlalu lebar akan mengecut
berlebihan ketika proses pengeringannya.

Papan jalur selebar 75mm biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur
kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Kebiasaannya jenis kayu keras seperti
kayu jati, cengal, dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi.

d. MOZEK

Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan seperti campuran seramik,
kaca, dan marmar melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun
dengan pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar
300 x 300mm. Bentuknya adalah segi empat sama, segi empat tepat dan juga segi enam.

Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen pasir 1:3 untuk meletakkan
mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan antara mozek-mozek ini diisikan dengan
bancuhan simen dan pasir halus. Jubin mozek digunakan pada ruang-ruang dapur, tangga,
dan tandas.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 8 drp : 9

e. TERAZO

Biasanya dibuat dikilang-kilang dalam bentuk kepingan
yang berukuran 200mm x 200mm, 225mm x 225mm,
300mm x 300mm sehingga 500mm x 500mm. Jubin-
jubin terazo ini dipasangkan di atas simen pasir 1:3,
tebal jubin terazo lebih kurang 25mm. Sambungan di
antara jubin-jubin terazo ini dikemaskan dengan simen
putih. Jubin-jubin terazo yang dipasangkan pada satu
ruang hendaklah rata dan dilicinkan dengan mesin pencalar. Bagi ruang bersempadan lantai
dengan dinding kambi, terazo dibina. Kambi-kambi tersebut dibina pada ketinggian 100mm
dan ketebalan 20mm. Bahagian atas kambi ini dibentuk separuh bulat.

2.2 KEMASAN DINDING

Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan. Fungsinya adalah
untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya ketahanan sesuatu dinding.
Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang tidak rata dan memberikan permukaan
rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu;

a. Kemasan lepa

b. Kemasan Jubin

2.2.1 KEMASAN MELEPA

Melepa merupakan salah satu kerja
kemasan untuk dinding atau tembok.
Kerja melepa dinding dilakukan selepas
kerja-kerja pemasangan paip air dan
elektrik siap dilakukan. Di dalam kerja
melepa bahan pelekat yang digunakan
ialah mortar. Mortar adalah hasil
campuran simen penampal (walcrate),
pasir halus dan air. Simen penampal
berbeza dari simen Portland biasa. Ini
kerana simen penampal mengandungi
kapur dan simen. Manakala pasir yang digunakan untuk melepa lebih halus dari pasir yang
digunakan dalam bancuhan mortar mengikat bata. Dengan itu, campuran simen penampal,
pasir halus, dan air adalah khusus untuk tujuan melepa. Nisbah campuran yang digunakan
untuk menghasilkan mortar ialah 1:3(simen:pasir).

Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan mesin penggaul konkrit
(concrete mixer). Kualiti mortar perlu dikawal dengan baik supaya menghasilkan mortar yang
berkualiti. Dalam kerja melepa, lapisan ‘base coat’ dilepa pada dinding bata yang telah siap
diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan ‘finish coat’
yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan ini
juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 9 drp : 9

Lapisan ‘finish coat’ akan dilepa kemudiannya pada ketebalan ½’ hingga 1’ bergantung
kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan ‘plaster’ ini akan dilepa
dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘slurry cement’.

Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang akan menonjolkan
ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen ‘slurry’ dilepa, ia akan disapu
dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus terhasil pada dinding untuk
mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya cat yang dicat dapat melekat pada
dinding.

Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu ‘basecoat’ dan
‘finish coat’. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih kasar yang
menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan ‘finish coat’, dinding akan disapu dengan air
menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan permukaan dinding lebih kasar.

Terdapat pelbagai jenis kemasan yang boleh dilakukan pada bangunan, namun pada modul
ini kita akan lebih memfokuskan kepada kemasan mengecat.

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2

SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2021

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 3032 KERJA MENGECAT

KOMPETENSI 02. CARRY OUT PAINTING WORKS

KOMPETENSI  1. Type and size of surface to be painted
UNIT  2. Painting materials, tools and equipment
 3. Technique of undercoat, primer coat and antirust coating
 4. Technique of finish coat application
 5. Method of painting

Trainee must be able to:

KOMPETENSI  Determine type and size of surface to be painted
PEMBELAJARA  Prepare materials, tools and equipment
N  Apply undercoat, primer coat and antirust coating
 Apply finish coat
 Carry out housekeeping and 3R (Reduce, Reuse and Recycle) activities
 Adhere to safety requirement
 Wear propper PPE

NO KOD WTP 3032/K 02/NK 02-02 MUKA : 01 DARIPADA 12
NO KOD JPK EDISI JULAI 2017

BC-030-3:2013-C08

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 2 drp : 12

TAJUK : MELAKUKAN KERJA MENGECAT (CARRY OUT PAINTING
WORKS)

PENERANGAN
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang
menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukann pada sesebuah
bangunan berdasar kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya.

Secara am, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri
daripada:

a. Cat minyak
b. Cat air
c. Cat distemper(kapur)
d. Cat kegunaan khas.
e. Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Syelek, Varnish, Lilin
dan Lekar.

CAT

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalamm perusahan untuk memberi lapisan
perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu bata dan lain-lain lagi.

FUNGSI-FUNGSI CAT

a. Melindungi bahan-bahan perusahan seperti yang tersebut di atas daripada kerosakan-
kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan
sebagainya.

b. Mencantikkan permandangan.

c. Memudahkan proses pembersihan permukaan.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri
daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.

Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan
pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi
sifat kalisan dan kelicinan.

Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa
mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentine dan spirit putih.

Mutu cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan
pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus,
tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 3 drp : 12

JENIS-JENIS CAT

a. Cat minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui
proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.

Dalam proses mengecat, biasanya dilakukan dengan tiga lapisan:

a) Lapisan asas

 Merupakan lapisan pertama.
 Mengandungi minyak pigmen senang kering.
 Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya serta menembusi

permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya.
 Mencegah karat.
 Bahan paling sesuai ialah plumbum putih dicampur dengan minyak linseed.

b) Lapisan alas

 Menutup lapisan primer dan menambah ketebalan lapisan
 Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan menyebabkan

kehilangan cat
 Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapukan cat kemasan akhir.

c) Lapisan kemasan

 Lapisan akhir yang melindungi permukaan bahan daripada cuaca buruk, kimia dan
kerosakan.

 Menentukan jalinan dan warna kesan terakhir permukaan bahan.

Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

b. Cat air atau cat emulsi

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan
air untuk mencairkannya semasa digunakan.

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan
dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.

Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat
permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya
ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus.
Digelek dengan penggelek(roller) ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi
kerja baru.

c. Cat Distemper (kapur)

Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan
dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih.

Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 4 drp : 12

tembok bata dan tembok konkrit.

d. Cat Kegunaan khas

Banyak jenis cat digunakan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a) Cat aluminium

Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini
digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam
sepeprti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

b) Cat bitumen

Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan
yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan
pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan. Cat ini berkos murah.

c) Cat kalis kulat

Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaanya sangat berkesan
dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

d) Cat tahan api:

Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan
terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahan pembinaan.

e. Syelek:

Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang
dihasilkan dari tahi serangga bernama ‘lac bugs’ yang hidup atas dahan ranting sejenis
pokok yang terdapat di Asia Tengara.

Resin syelek larut di dalam alcohol – ‘methylated spirit’. Sylek digunakan untuk mengilat
kayu. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan ‘French polishing’.

Syelek boleh juga digunakan secara sembur atau sapu dengan berus.
Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol(Spirit) untuk
digunakan, ataupun secara bancuh siap.

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika disimpan di
dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

f. Varnish
Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan
(phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed) dan dicairkan dengan pelarut
seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.

Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12
hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 5 drp : 12

digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

g. Kemasan lilin:

Ada tiga jenis lilin iaitu
a) Lilin keras (carnauba dan ceresi ne)
b) Sederhana (lilin lebah)
c) Lembut (paraflin)

Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke
permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu
dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna di larutkan di
dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam
cecair lilin.Segala kerja hendaklah dibuat jauh daripada api, oleh sebab turpentine digunakan
sebagai pelarut dan turpentine ini sangat mudah terbakar.

h. Lekar
Lekar yang biasanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia
merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh
disapu ataupun disembur.

KEGUNAAN KEMASAN
Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu
kemasan yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang
tertentu. Jadual yang berikut memberi sebahagian bahan-bahan yang biasa digunakan dan
jenis kemasan yang sesuai kepadanya.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 6 drp : 12

JENIS BAHAN & JENIS KEMASAN YANG SESUAI

Kayu Cat minyak, Syelek, Varnish, Lekar, Lilin
Keluli Cat minyak, Cat bitumen, Lekar
Batu Bata/Konkrit Cat distemper(kapur), Cat air/cat emulsi, Cat minyak

PERALATAN MENGECAT

KELENGKAPAN SEBELUM MENGECAT

1. Masking Tape
Melindungi kawasan tepi yang ingin dicat.
Menanda kawasan yang ingin dicat.

2. Kertas las/pasir.
Meratakan permukaan yang kasar.

3. Penutup
Kain atau lembar plastik untuk melindungi perabot dan lantai dari cat.

4. Bahan penutup/ putty / filler.
Menutup retak rambut atau lubang di dinding.

5. Alat pengikis/Scraper
Menghilangkan cat lama atau cat yang
terkupas.

PERALATAN SEMASA MENGECAT

6. Berus cat & Roller cat
Mengecat jendela, pintu, bingkai dan
tepian. Roller membantu untuk mengecat
area yang luas secara cepat dan mudah.

7. Batang/besi Penyambung
Penyambung roller untuk mengecat
kawasan yang tinggi.

8. Bekas Cat
Untuk menampung cat dan melapisi cat
pada roller secara rata.

9. Tangga
Untuk menjangkau kawasan yang tinggi.

10. Pakaian yang selesa
Melindungi tubuh dari percikan cat.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 7 drp : 12

11. Pelindung
Sarung tangan, kacamata pelindung, topi
dan baju pelindung.

PERALATAN SELEPAS MENGECAT

12. Kain
Mengelap percikan cat dan membersihkan
berus cat.

13. Baldi
Merendam berus cat, roller, dll.

14. Thinner
Membersihkan berus cat.

LANGKAH-LANGKAH KERJA MENGECAT

Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:

1. Persediaan Permukaan

Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini
menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, bersih, kering dan stabil.

2. Bancuhan cat
Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh
digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras
sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu
kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.

3. Melarut
Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu
atau disembur.

4. Keadaan yang sesuai untuk mengecat

5.Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berhabuk.

6. Mengecat lapisan asas
Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk
menerima lapisan-lapisan selanjutnya.

6. Penutup
Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana
lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan penutup (putty)

7. Mengecat lapisan alas
Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan.

8. Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan Memberi lapisan yang berkilat dan
licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar,

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 8 drp : 12

manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang
pemantulan cahaya.

Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:

1) Disapu dengan berus.
2) Menggunakan penggelek atau roller
3) Dengan menggunakan alat sembur (spray gun) yang dibantu oleh mesin (air compressor),
tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.

MENGECAT PERMUKAAN KONKRIT, LEPA DAN BATA

Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen atau
kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan cat dan
menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui
sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu, demi mencapai kemasan cat yang
bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.

a. Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepaan yang berliang, terutamanya
penyerapan yang tidak sekata – Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu
lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper(kapur) ataupun cat emulsi di cairkan
dengan air.

b. Permukaan yang tidak rata – Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan
lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepaan.

c. Tumbuhan kulat dan sebagainya – Kejadian seperti ini mungkin disebabkan oleh
kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca
kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan
tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan
sehingga kering sebelum dicat semula.

d. Pemeluwapan – Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keras dan tidak
menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun larutan
campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed.

Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah:

kering, stabil, bersih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 9 drp : 12

KEMASAN BAHAN LUTSINAR(KAYU)

Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut
langkah-langkah berikut.

1. Persedian Permukaan – Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang penting
yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah bersih, licin,
tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah
d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas
pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu plastik.

2. Rawatan pada permukaan – Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan paa
permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya,
langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

a) Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu
untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat
dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk
kegunaan pada kayu.

i) Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah
hydrogen peroksida pekat.
b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum
kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan
kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.

ii) Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk
mendapatkan warna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan
hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang
digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.

3) Penutup – Untuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan
dempul(putty) supaya menghasilkan permukaan yang rata di samping mengurangkan
resapan bahan kemasan paa kayu.

4) Mengemaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah kemasan
berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada
syelek, lilin, sempang, lekar.

Tiap-tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun
menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan beberapa lapisan yang tipis.

Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 10 drp : 12

CARA-CARA MENGECAT

1. Mengecat bahagian tepi/sudut

Mengecat dahulu bahagian tepi, sudut atau
hujung.

2. Sapuan Cat

Pastikan sapuan cat dilakukan tanpa putus-
putus ketika mengerjakan salah satu
kawasan. Lakukan gerakan overlap (tumpang
tindih) ketika pengerjaan dan di teruskan ke
kawasan yang lain.

3. Pilih arah mengecat dan lakukan secara

konsisten.

Lakukan kerja mengecat searah dari atas-
bawah atau kanan-kiri, dan teruskan arah
cat yang sama untuk seluruh bahagian. Jika
menggunakan berus, sapukan arah bawah
dengan satu tarikan yang halus dan rata.

4. Selalu mengecat sebanyak 2 lapisan
atau lebih

Selesaikan pengecatan satu lapis dan biar kering
dan teruskan ke lapisan selanjutnya.

5. Urutan langkah mengecat
Mulai kerja mengecat dari bahagian atas, biasanya
dari bahagian siling.
Hal ini untuk mencegah titisan cat mengenai tembok
dengan cat yang baru.
Urutan kerja mengecatan :

1. Siling
2. Dinding
3. Pintu dan jendela
4. Lantai

6. Persiapan sebelum mengecat

Persiapan permukaan mempengaruhi penentuan
hasil cat yang baik dan buruk. Ada beberapa hal yang

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 11 drp : 12

wajib dilakukan sebelum mengecat. Jika
permukaan tidak rata, ratakan permukaan dengan
kertas las/pasir. Ratakan juga bahagian permukaan
yang kasar.Terakhir, lap bersih dengan kain basah
dan biarkan permukaan kering.

7. Mengecat bahagian atas/siling
Ketika mengecat bahagian atas/siling, tidak perlu
khuatir mengenai sudut antara siling dan dinding.
Anda dapat merapikan bahagian sudut tersebut
apabila pengecatan bahagian dinding dimulakan.
Disarankan untuk mulai pengecatan pada hujung
sudut yang terdekat dengan jendela, sehingga
dapat memantau kawasan yang telah dilapisi
dengan cat.

8. Mengecat bahagian dinding

Mulai mengecat pada bahagian tengah antara
dinding dan siling. Pastikan tidak ada percikan cat yang mengenai bahagian siling.
Ketika mengecat dinding, pastikan sapuan cat tidak
terputus. Lakukan sapuan tumpang tindih ketika
kerja mengecat diteruskan ke bahagian yang lain.

9. Pintu dan jendela

Lekatkan masking tape pada bahagian yang tidak
ingin dicat seperti engsel, bingkai, tombol dan lain-
lain. Untuk bahagian pintu, cat dengan urutan
berikut: Permukaan bermotif, panel, segmen
horizontal, segmen vertikal dan bagian sudut.
Untuk bahagian jendela, cat mulai dari bingkai bahagian dalam dan mengarah keluar.

10. Pembersihan

Setelah selesai kerja mengecat, kikis sisa cat ke dalam bekas/tin cat.
Segera bersihkan berus dan roller dengan air. Untuk cat solvent-based (oil- based) gunakan
thinner untuk bersihkan berus.
Simpan berus dalam posisi pegangan mendatar. Simpan roller dengan posisi digantung agar
roller tidak rosak.

NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 12 drp : 12

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Langkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana
kebanyakan bahan-bahan kemasan bersifat mudah terbakar dan beracun.
Perkara-perkara yang berikut harus diambil perhatian:

a. Bahan-bahan seperti cat, turpentine, spirit, lekar dan lain-lain mestilah disimpan ditempat
yang jauh dari punca api.

b. Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api.

c. Di dalam kawasan kerja dilarang merokok.

d. Tempat kerja mesti mempuyai pengaliran udara yang baik sebab banyak terdapat wasap
dari bahan-bahan kemasan beracun.

e.Jika bekerja di dalam kawasan yang tertutup, kesan buruk mungkin berlaku kepada
pekerja.

f. Jangan sengaja menghisap wasap bahan-bahan kemasan.

SEMESTER SEMESBTEARH3ASGVIMAN PENDIDIKSAENSKIDEAMNENLATETRIHIAA2NN01PT7EE/2KN0ND1II8KDAIKLAVNOMKAALSAOYNSAIAL
JABATAN
PROGRAM JABATPAUNSTAETKNPOENLOTAAGRDI ABPSIERM5AB&NIN6KA,EBARLNAOJKAAEN14P, EKROSMEPKLUETKUSAEN,
KOD / KURSUS
KOMPETENSI TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM 62604 PUTRAJAYA

PENTAKSIRANWTP 3032 KERJA MENGECAT PRAKTIKAL 1

02. CARRY OUT PAINTING WORKS

KOMPETENSI 1. Type and size of surface to be painted
UNIT 2. Colour code of paint
3. Painting materials, tools and equipment
4. Technique of undercoat, primer coat and antirust coating
5. Technique of finish coat application
6. Method of painting

HASIL Trainee must be able to:
PEMBELAJARAN  Determine type and size of surface to be painted
 Identify colour code of paint
 Prepare materials, tools and equipment
 Apply undercoat, primer coat and antirust coating
 Apply finish coat
 Carry out housekeeping and 3R (Reduce, Reuse and Recycle) activities

TARIKH PENILAIAN KENDIRI
NO KOD
KOD JPK WTP 3032/K 01/NP 01-02 LEMAH SEDERHANA BAIK
EDISI JULAI 2017

BC-030-3:2013-C08

MAKLUMAT CALON

NAMA MUKA : 01 DARIPADA 06
ANGKA GILIRAN

NO. KOD WTP 3023/K 02/NP 01-02 Muka : 2 drp : 6

TAJUK : KERJA-KERJA MENGECAT

OBJEKTIF :

Selepas aktiviti ini pelatih-pelatih mesti boleh :

i. Mengenal pasti jenis dan saiz permukaan yang hendak di
cat.

ii. Mengetahui Kod-kod warna cat.
iii. Menyediakan bahan-bahan, peralatan dan kelengkapan.
iv. Mangaplikasikan kerja-kerja mengecat lapisan asas

(Undercoat), lapisan alas (Primer Coat) dan lapisan tahan
karat (Antirust Coat)
v. Mengaplikasikan kerja-kerja mengecat sehingga lapisan
terakhir (Finish Coat).
vi. Menjalankan kerja-kerja pembersihan tempat kerja dan
aktiviti 3R (Reduse, Reuse and Recycle).

ARAHAN AM :

Anda dikehendaki melakukan kerja-kerja mengecat dinding
yang sudah dilepa dengan berpandukan pelan pembinaan
(Construction Drawing), menggunakan alatan tangan serta
peralatan khas. Masa yang di benarkan melakukan kerja ini
adalah selama 45 minit. Anda WAJIB mematuhi langkah
keselamatan semasa kerja-kerja dijalankan. Pastikan kawasan
kerja sentiasa kemas dan bersih, semasa atau selepas
melaksanakan kerja.

PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :

BIL ITEM Bil/Unit

1. Laser 1 set
2. Plumb 1
3. Spirit level 1
4. Sesiku L 1

NO. KOD WTP 3023/K 02/NP 01-02 Muka : 3 drp : 6

5. Pita Pengukur 1
6. PPE 1
7. Trowel 1
8. Baldi 1
9. Kereta sorong 1
10. Sesiku kanan 1
11. Kelengkapan mengaras 1
12. Tukul 1
13. Gegulung cat 1
14. Pliers 1
15. Berus cat 1
16. Span 1
17. Tangga/Peranca 1
18. Pemotong jubin 1
19. Drill 1
20. Contoh Inspection Form 1
21. Contoh Construction drawing 1
22. Contoh untuk dokumen pihak Berkuasa. 1

ARAHAN KERJA:

1. Sediakan bahan, peralatan dan kelengkapan yang
sesuai.

2. Membaca dan mendapatkan maklumat di
Construction Drawing.

3. Mengecat dinding yang sudah dilepa sehingga
kelihatan kemas, cantik dan bersih.

NO. KOD WTP 3023/K 02/NP 01-02 Muka : 4 drp : 6

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

1. Membaca 1. Mendapatkan maklumat bahagian permukaan
Construction dinding yang hendak di cat daripada Cosntruction
Plan dan Bill Of Plan.
Quantities.
2. Mendapatkan maklumat daripada Bill of Quantities
berkaitan kerja-kerja mengecat seperti jenis-jenis cat
yang digunakan ataupun kod cat yang
dikehendaki.

2. Kerja 1. Menentukan kawasan permukaan dinding yang
merancang hendak dicat.
tanda.
2. Menyukat luas dinding yang hendak di cat.
3. Menyediakan bahan alas atau lapik bagi

mempastikan kawasan permukaan lantai sentiasa
bersih daripada sisa-sisa kerja mengecat cat.

3. Kerja 1. Mengecat dinding yang sudah dilepa dengan
mengecat menggunakan Roller dan cat Undercoat.
lapisan asas
(Undercoat). 2. Kerja mengecat lapisan asas (Undercoat) ini
hendaklah rata, kemas dan bersih.

3. Hendaklah dipastikan semua permukaan dinding
telah disapu dengan cat Undercoat dan tiada
bahagian yang tertinggal.

4. Namun, untuk lapisan asas (Undercoat) ini, lapisan
cat TIDAK perlulah terlalu tebal sehingga dicat
berulang dan kelihatan cantik. Ianya cukup sekadar
sebagai lapisan asas ataupun lapisan permulaan.

NO. KOD WTP 3023/K 02/NP 01-02 Muka : 5 drp : 6

4. Kerja 1. Mengecat permukaan dinding yang sudah di cat
mengecat Undercoat dengan menggunakan cat mengikut
lapisan alas jenis cat dan kod warna cat yang di kehendaki dan
(Primer coat). juga Roller atau pun berus cat.

2. Mengecat seluruh permukaan sehingga selesai
lapisan pertama (first layer).

3. Kerja mengecat lapisan alas (Primer coat) ini
hendaklah rata, kemas dan bersih.

4. Hendaklah dipastikan semua permukaan dinding
telah disapu dengan cat Primer ini dan tiada
bahagian yang tertinggal.

5. Kerja 1. Mengecat sekali lagi permukaan dinding yang
mengecat sudah dicat dengan menggunakan cat Primer
lapisan akhir sehingga kelihatan cantik dan kemas.
(Finish coat).
2. Kerja mengecat lapisan akhir ini perlulah lebih teliti
bagi mempastikan hasil yang betul-betul cantik.

3. Mengecat berulang kali sehingga dinding kelihatan
betul-betul cantik.

4. Hendaklah juga dipastikan kerja mengecat itu betul-
betul rata, kemas dan bersih.

5. Setelah semua kerja mengecat selasai, semua
peralatan dikemas dan disimpan ketempat asal.

6. Membersihkan kawasan tempat kerja.

NO. KOD WTP 3023/K 02/NP 01-02 Muka : 6 drp : 6

PENILAIAN KENDIRI

Nama : ......................................................................................

No. Kad Pengenalan : .................................................................

Sila tanda (√ ) atau ( X ) pada ruang yang disediakan berdasarkan kerja yang telah
anda lakukan.

Bil Perkara ( √ ) atau ( X ) Catatan

Membaca dan memahami
1 Construction Drawing.

Mengecat lapisan cat Undercoat pada
2 permukaan dinding yang sudah dilepa.

Mengecat lapisan Primer pada

3 permukaan dinding yang sudah dicat
Undercoat.

Mengecat lapisan akhir (Finish coat)

pada permukaan dinding yang sudah
4 dicat Primer sehingga rata, kemas dan

bersih.

Mengemas peralatan dan menyimpan
5 ke tempat asal.

6 Membersihkan kawasan tempat kerja.

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………...…
………………………………………………………………………………………………...…
………………………………………………………………………………………………...…

................................... ................................
(Tandatangan Calon) (Tandatangan Penilai)

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

PENTAKSIRAN PRAKTIKAL 2

SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2021
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
KOD / KURSUS
KOMPETENSI TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

WTP 3032 KERJA MENGECAT

02. COORDINATE PAINTING INSPECTION

KOMPETENSI 1. Authorize site personnel.
UNIT 2. Finishes inspection criteria.
3. Types of inspection form (RIN, RFI, etc.) used before, during and after

inspection.
4. Inspection form format
5. Method of filling inspection form.
6. Finishes inspection arrangement
7. Housekeeping and 3R activities.
8. Regulatory body requirement on residential building finishes.

HASIL Trainee must be able to:
PEMBELAJARAN  Ability to collaborate and cooperate with other department.

TARIKH PENILAIAN KENDIRI
NO KOD
KOD JPK WTP 3032/K 01/NP 02-02 LEMAH SEDERHANA BAIK
EDISI JULAI 2017

BC-030-3:2013-C08

MAKLUMAT CALON

NAMA MUKA : 01 DARIPADA 06
ANGKA GILIRAN

NO. KOD WTP 3023/K 03/NP 02-11 Muka : 2 drp : 6

TAJUK : KERJA-KERJA MENGECAT

OBJEKTIF :

Selepas aktiviti ini pelatih-pelatih mesti boleh :

i. Mengetahui orang-orang yang berkuasa di tapak seperti
pihak berukasa tempata (Majlis Daerah, JKR), dan Arkitek
dan Jurutera berdaftar.

ii. Kriteria-kriteia pemeriksaan kemasan
iii. Jenis-jenis borang pemeriksaan (RIN, RFI dll)
iv. Format borang pemeriskaan
v. Cara-cara mengisi borang pemeriksaan.
vi. Mengatur pemeriksaan kemasan
vii. Kebersihan dan aktiviti 3R.
viii. Kehendak badan-badan yang berkauasa sepeti SHE dan

QAQC

ARAHAN AM :

Anda dikehendaki mengisi borang RFI (Request for Inspection)
dan borang Quality Check list for Site Works (Plastering and
Painting Works) dan membuat temu janji bersama pensyarah
untuk melakukan pemeriksaan tapak bersama. Masa yang di
benarkan melakukan kerja ini adalah selama 45 minit. Anda
WAJIB mematuhi langkah keselamatan semasa kerja-kerja
dijalankan. Pastikan kawasan kerja sentiasa kemas dan bersih,
semasa atau selepas melaksanakan kerja.

PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :

BIL ITEM Bil/Unit

1. Laser 1 set
2. Plumb 1
3. Spirit level 1
4. Sesiku L 1
5. Pita Pengukur 1
6. PPE 1

NO. KOD WTP 3023/K 03/NP 02-11 Muka : 3 drp : 6

7. Trowel 1
8. Baldi 1
9. Kereta sorong 1
10. Sesiku kanan 1
11. Kelengkapan mengaras 1
12. Tukul 1
13. Gegulung cat 1
14. Pliers 1
15. Berus cat 1
16. Span 1
17. Tangga/Peranca 1
18. Pemotong jubin 1
19. Drill 1
20. Contoh Inspection Form 1
21. Contoh Construction drawing 1
22. Contoh untuk dokumen pihak Berkuasa. 1

ARAHAN KERJA:

1. Sediakan bahan, peralatan dan kelengkapan yang
sesuai.

2. Membaca dan mendapatkan maklumat di
Construction Drawing.

3. Mengisi borang RFI dan borang Quality check list for
Site Works (plastering and painting works).

4. Membuat temu janji bersama pensyarah untuk
melakukan pemeriksaan tapak bersama.

NO. KOD WTP 3023/K 03/NP 02-11 Muka : 4 drp : 6

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

1. Mengisi 1. Setelah kerja mengecat selesai dan siap sedia untuk
borang RFI diperiksa, pelatih hendaklah mengisi butir-butir di
borang RFI (Request for Inspection).

2. Pelatih akan bertindak sebagai Kontraktor dan
maklumat daripada Construction Drawing
hendaklah diisi kedalam borang RFI.

3. Pensyarah akan bertindak sebagai Consultant yang
akan menilai hasil kerja mengecat tersebut.

4. Mempastikan semua butir telah disi, terutamanya
jawapan daripada Consultant berkaitan masa dan
tempat untuk lawatan tapak bersama nanti.

5. Bersedia untuk mengadakan pemeriksaan tapak
bersama.

2. Mengisi Borang 1. Sebelum pemeriksaan tapak bersama pihak
Quality Check Consultant dilakukan, pastikan semua butir-butir
list for Site works telah diisi di dalam Borang Quality Check list for Site
(Plastering and Works (Plastering and painting works).
Painting works).
2. Ini bagi memudahkan pihak Consultant untuk
menilai dan memeriksa hasil kerja mengecat
tersebut.

3. Pastikan mendapatkan komen dan jawapan
daripada Consultant untuk kelulusan kerja
mengecat tersebut.


Click to View FlipBook Version