The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a181389, 2022-07-11 00:39:56

Laporan Analisis

Laporan Analisis

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

LAPORAN ANALISIS

SOAL SELIDIK

NAMA AHLI: NO MATRIK:

1. NUR ASMA' BINTI MUHAMAD SAH A181389
2. AINA FAKHIRA BINTI MOHD ANUAR A180492
3. INTAN NUR SYAFIQAH BINTI MOHD JOHAR A181543
4. NUR FARAHIN BINTI ABD HAMID A181958

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5% responden berusia 18 tahun
65% responden berusia 21 tahun
1 Umur 20% responden berusia 22 tahun
5% responden berusia 24 tahun
5% responden berusia 25 tahun

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 13 orang responden berusia
21 tahun, 4 orang responden berusia 22 tahun manakala 3
orang responden lagi masing-masing berusia 18 tahun, 24
tahun dan 25 tahun

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 85% responden adalah perempuan
15% responden adalah lelaki
2 Jantina

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 17 orang responden adalag
perempuan manakala selebihnya iaitu 3 orang responden
adalah lelaki

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden berbangsa Melayu

3 Bangsa

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden adalah
berbangsa Melayu

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 60% responden menetap di daerah
Hulu Selangor di kawasan luar bandar
4 Tempat Tinggal 40% responden menetap di Hulu
Selangor di kawasan bandar

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 12 orang
menetap di daerah Hulu Selangor di kawasan luar bandar
mankala 8 orang responden menetap di Hulu Selangor di
kawasan bandar

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden masih bujang

5 Status Perkahwinan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden adalah masih
bujang

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 75% responden berada di tahap
pendidikan Ijazah Sarjana Muda
6 Tahap Pendidikan Tertinggi 5% responden berada di tahap STPM
5% responden berada di tahap SPM
15% responden berada di tahap
pendidikan Diploma/Sijil Kemahiran

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 15 orang
berada di tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, 3 orang
responden berada di tahap pendidikan Diploma/Sijil
Kemahiran manakala 2 orang responden lagi masing-
masing berada di tahap pendidikan SPM dan STPM.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden tidak bekerja
5% responden bekerja di sektor swasta
7 Sektor Pekerjaan 5% responden bekerja di Takaful

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 18 orang
tidak bekerja, seorang responden bekerja di sektor swasta
manakala seorang lagi bekerja di Takaful

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5% responden bekerja sebagai IT
auditor
8 Pekerjaan 5% responden bekerja sebagai
penyelaras logistik
90% responden tidak bekerja

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 18 orang
tidak bekerja dan masih belajar

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 25% responden mempunyai pendapatan di
bawah rm2500 sebulan
9 Jumlah pendapatan sebulan 5% responden mempunyai pendapatan
responden diantara RM2501 - RM3169 sebulan
5% responden mempunyai pendapatan
RUMUSAN diantara RM4850 - RM5857 sebulan
5% responden mempunyai pendapatan
diantara RM5880 - RM7099 sebulan
5% responden mempunyai pendapatan
diantara RM10961 - RM15039 sebulan
60% responden tidak memiliki pendapatan

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 12 orang
tidak memiliki pendapatan bulanan kerana masih belajar dan
tidak bekerja

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 10% responden memiliki berat badan
dalam linkungan 40kg
10 Berapakah berat badan 50% responden memiliki berat badan
responden (kg) ? dalam linkungan 50kg
25% responden memiliki berat badan
dalam linkungan 60kg
15% responden memiliki berat badan
dalam linkungan 70kg

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 10 orang memiliki
berat badan dalam linkungan 50kg. 5 orang responden memiliki
berat badan dalam linkungan 60kg, 3 orang responden memiliki
berat dalam lingkungan 70kg manakala selebihnya memiliki berat
dalam linkungan 40kg.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 45% responden memiliki ketinggian
dalam lingkungan 150cm ketinggian
11 B e r a p a k a h k e t i n g g i a n 45% responden memiliki ketinggian
responden (cm) ? dalam linkungan 160cm
10% responden memiliki
dalam linkungan 170cm

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa 9 orang responden memiliki
ketinggian dalam linkungan 150cm. 9 orang responden lain
pula memiliki ketinggian dalam linkungan 160cm manakala 2
orang responden memiliki ketinggian dalam lingkungan 170cm

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 75% responden memiliki kiraan BMI
normal
12 B e r a p a k a h k i r a a n B M I 15% responden memiliki kiraan BMI
respondent? (BMI= Berat lebih berat badan
(kg)Tinggi(m) x Tinggi 5% responden memiliki kiraan BMI
(m)) kurang berat badan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 15 orang
memiliki kiraan BMI yang normal, 3 orang responden
mempunyai berat badan berlebihan manakala seorang lagi
responden mengalami kurang berat badan.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden mengatakan bahawa
mereka tidak mempunyai penyakit
13 A d a k a h a n d a m e m p u n y a i kronik
penyakit kronik?

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden tidak
mempunyai penyakit kronik

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 85% responden mengatakan
bahawa ahli keluarga mereka
14 A d a k a h t e r d a p a t a h l i tidak mempunyai sejarah
keluarga anda yang menghidap penyakit kronik
mempunyai sejarah 10% responden mempunyai ahli
menghidap penyakit keluarga yang mempunyai
kronik? sejarah menghidap penyakit
diabetes manakala 5%
RUMUSAN mempunyai sejarah penyakit
diabetes dan darah tinggi

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 17 orang tiada
ahli keluarga yang mempunyai sejarah menghidap penyakit kronik.
2 orang responden mempunyai ahli keluarga yang menghidap
penyakit diabetes manakala 1 orang lagi responden mempunyai
ahli keluarga yang menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 65% responden memilih jogging.
65% responden memilih berjalan.
15 A p a k a h a k t i v i t i r i a d a h y a n g 25% responden memilih berbasikal.
biasa anda lakukan ? 10% responden memilih skipping.
10% responden memilih senamrobik
10% responden memilih mendaki
5% responden bermain bola sepak.
5% responden bermain bola jaring.
5% responden bermain badminton.
5% responden bermain golf.

RUMUSAN

Berdasarkan jawapan responden, kami mendapati antara aktiviti
riadah yang sering dilakukan oleh responden adalah jogging dan
berbasikal dengan peratusan yang tertinggi iaitu 65%. Kemudian,
diikuti oleh aktiviti berbasikal yang ditunjukkan oleh peratusan
sebanyak 25%. Seterusnya kami mendapati aktiviti skipping,
senamrobik dan mendaki berkongsi peratusan yang sama iaitu
10% dan diikuti oleh aktiviti bermain bola sepak, bola jaring,
badminton dan golf masing-masing sebanyak 5% sahaja.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 1-2 kali = 12 orang
2-3 kali = 2 orang
16 B e r a p a k a h k e k e r a p a n a n d a 3-4 kali = 5 orang
melakukan aktiviti riadah 5-6 kali = seorang
dalam seminggu?

RUMUSAN

Kami mendapati responden kurang melakukan aktiviti
riadah kerana majoriti daripada mereka iaitu seramai 12
orang hanya melakukan aktiviti riadah 1-2 kali sahaja dalam
seminggu. Kekerapan yang tertinggi iaitu 5-6 kali hanya
dilakukan oleh seorang responden sahaja.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 45% orang responden berbelanja
dalam linkungan RM1 hingga RM20
17 Berapakah perbelanjaan 40% berbelanja dalam lingkungan RM
anda terhadap pembelian 30 sehingga RM 50
gula dalam tempoh sebulan 15% responden membelanjakan
(RM)? sebanyak RM 100 sehingga RM 150

RUMUSAN

Kami mendapati majoriti 9 responden kurang berbelanja terhadap
pembelian gula dalam sebulan, 8 orang responden berbelanja
lebih terhadap pembelian gula manakala 3 orang responden
berbelanja banyak terhadap pembelian gula dalam tempoh
sebulan

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Tiada = 25%
Sekali = 55%
18 Berapakah kekerapan anda 2 kali = 15%
3 kali = 15%
mengambil minuman

bergula dalam tempoh

sehari?

RUMUSAN

Kami mendapati kadar kekerapan responden mengambil
minuman manis bergula adalah pada tahap yang masih rendah
dan baik kerana sebanyak 55% responden hanya mengambil
minuman bergula sebanyak sekali sehari. Seterusnya terdapat
25% daripada responden kadang kala tidak mengambil minuman
manis bergula dalam tempoh masa sehari manakala
pengambilan 2 dan 3 kali masing-masing sebanyak 15% sahaja.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 1-2 kali = 4 orang
2-3 kali = 8 orang
19 Berapakah kekerapan anda 3-4 kali = 5 orang
mengambil makanan manis 4-5 kali = 2 orang
dalam seminggu seperti kek, 7 kali = seorang
coklat dan aiskrim?

RUMUSAN

Kekerapan pengambilan makanan manis dalam kalangan
responden masih berada pada tahap yang sederhana. Namun
begitu, terdapat seorang responden yang mengambil makanan
manis dengan sangat kerap iaitu 7 kali. Hal ini sangat bahaya
sekiranya diambil secara berterusan kerana ia akan merisikokan
kersihatannya. Bagi responden yang selebihnya, rata-rata
mengambil makanan manis pada kadar yang masih sederhana.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

20 Pada pendapat anda, 100% responden mengatakan
apakah kebaikan bahawa gula memberikan individu
penggunaan gula kepada tenaga dan mood yang baik
seseorang individu?
Adakah ia memberi
seseorang itu untuk lebih
bertenaga atau memberi
mood yang lebih baik?
Jelaskan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden berpendapat bahawa gula
akan memberikan seseorang itu tenaga yang banyak dan memberikan
mood yang baik.

Menurut R3 "Pada pendapat saya, penggunaan gula kepada seseorang
khususnya remaja dapat memberikan mereka tenaga untuk belajar dan
bekerja. Bahkan, dengan mengambil makanan manis dan minuman
manis dapat memberikan mood yang baik atau gembira kepada remaja
yang sedang tertekan atau sedang ditimpa masalah."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Sarapan - 6 orang

21 Bagaimanakah budaya Makan Tengah Hari - 8 orang
pengambilan gula mengikut
waktu makan dalam Makan Petang - 6 orang
keluarga anda? (sarapan,
makan tengah hari, minum Makan Malam - 3 orang
petang, makan
malam,supper) Setiap waktu makan - seorang

RUMUSAN Ambil sewaktu makan di luar

sahaja - seorang

Bergantung kepada jenis masakan-

2 orang

Separuh daripada masakan

mengandungi gula - seorang

Seramai 6 orang mengambil makanan bergula pada waktu sarapan, 8
orang ketika makan tengah hari, 6 orang ketika makan petang, 3 orang
ketika makan malam, seorang responden mengambil gula pada setiap
kali waktu makan dan seorang responden menyatakan separuh
daripada masakannya mengandungi gula. Terdapat juga responden
yang mengambil sewaktu makan di luar sahaja.

Seorang responden berkata;
"Budaya pengambilan gula pada keluarga saya terhadap air amat
berkala dan makanan seperti lauk bergantung kepada jenis masakan.
Jika memang diperlukan akan diletakkan gula."

Pernyataan ini disokong oleh seorang responden yang lain.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Tidak - 17 orang
Sekali - Seorang
22 Adakah anda kerap 2 kali - Seorang
3 kali - Seorang
mengambil pemanis

tiruan/buatan dalam

menggantikan gula berpasir

dalam seminggu (seperti

aspartame, saccharin, &

lain-lain). Jika ya, sila

nyatakan berapa kali

seminggu.

RUMUSAN

Majoriti responden bersamaan 17 orang tidak mengambil pemanis
tiruan sebagai pengganti gula berpasir dan terdapat 3 orang
responden mengambil pemanis tiruan dengan kekerapan yang
masih rendah.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Tidak - 6 orang
Sekali - 2 orang
23 Adakah anda kerap 2 kali - 3 orang
3 kali - 2 orang
mengambil pemanis 4 kali - 2 orang
5 kali - 4 orang
semulajadi dalam 7 kali - seorang

menggantikan gula berpasir

dalam seminggu (seperti

buah-buahan, stevia dan

lain-lain). Jika ya, sila

nyatakan berapa kali

seminggu.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan, seramai 6 orang responden tidak
mengambil pemanis semulajadi sebagai pengganti gula pasir
manakala 2 orang mengambil sebanyak sekali, 3 orang
mengambil 2 kali, 2 orang mengambil 3 kali, 2 orang mengambil 4
kali, 4 orang orang mengambil sebanyak 5 kali dan seorang
responden mengambil 7 kali seminggu.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden tidak mempunyai
sebarang masalah dari segi
24 Adakah anda mempunyai kesihatan sekiranya tidak
sebarang masalah dari segi mengambil penggunaan gula lebih
kesihatan sekiranya anda daripada 2 hari
tidak mengambil 5% responden akan mengalami
penggunaan gula lebih dari 2 kekurangan tenaga, lesu dan
hari? jelaskan. keletihan
5% responden tidak pasti
RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 18 responden tidak mempunyai sebarang masalah dari
segi kesihatan sekiranya tidak mengambil penggunaan gula lebih daripada 2 hari

Menurut R19 "Oleh disebabkan saya bukanlah sejenis yang tidak gemar pengambilan
gula yang berlebihan, jadi saya tiada
sebarang masalah kesihatan sekiranya tidak mengambil penggunaan gula lebih dari
2 hari."

Terdapat seorang responden yang akan mengalami masalah kesihatan dan seorang
responden yang tidak pasti tentang keadaan diri sendiri

Menurut R6 "Ya, saya akan mengalami masalah kekurangan tenaga, lesu dan cepat
penat"
Menurut R15 "Saya tak pasti sebab tak pernah lagi tak ambil gula lebih daripada dua
hari tapi mungkin ada effect Sebab saya ada gastrik So saya rasa saya perlu ambil
gula tapi tak lebih-lebih"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN A JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 65% responden mengatakan
bahawa tingkat harga
25 Adakah tingkat harga mempengaruhi keputusan
makanan atau minuman pembelian mereka
bergula mempengaruhi 35% responden mengatakan
keputusan pembelian anda? bahawa tingkat harga tidak
Jelaskan. mempengaruhi keputusan
pembelian mereka

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 13 responden akan mengubah gelagat
pembelian mereka apabila berlaku perubahan harga

Menurut R5 "Ya, ia mempengaruhi keputusan pembelian saya kerana
makanan dan minuman bergula tersebut adalah kehendak dan
bukannya keperluan. Jadi saya akan berfikir dua hingga tiga kali untuk
membelinya jika berlaku peningkatan harga terhadap barangan
tersebut. "

Namun, terdapat 7 orang responden yang tidak akan mengubah gelagat
pembelian mereka walaupun berlaku perubahan harga

Menurut R12 "Tidak. Kalau saya nak, saya akan beli"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 55% responden mengatakan bahawa
mereka pernah mendengar tentang
1 Pernahkah anda mendengar cukai eksais ke atas minuman bergula
tentang cukai eksais ke atas 45% responden mengatakan bahawa
minuman bergula? Adakah mereka tidak mengetahui tentang
anda sedar tentang kewujudan kewujudan cukai eksais ke atas minuman
atau pelaksanaan cukai eksais bergula ini.
ke atas minuman bergula di
Malaysia? Jelaskan (berapa
lama respondent mengetahui
kewujudan cukai eksais).

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 11 orang pernah
mendengar dan sedar tentang kewujudan cukai eksais ke atas
minuman bergula di Malaysia.

Menurut R8 "So, saya pernah mendengar tentang cukai eksais ke
atas minuman bergulalah. Perasanlah dalam 2 atau tiga tahun ni
minuman bergula ni naik dan mahallah. Dan mungkin juga
disebabkan oleh cukai eksais ni"

Namun, terdapat 9 orang responden tidak mengetahui tentang
kewujudan cukai eksais ke atas minuman bergula ini.

Menurut R13 "Tak. Tak tahu langsung"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden berpendapat bahawa
pelaksanaan cukai bergula ini adalah
2 Apa yang anda faham tentang sesuatu yang positif kerana ia dapat
pelaksanaan cukai eksais ke membantu mengurangkan
atas minuman bergula di penggunaan minuman manis bergula
Malaysia? Jelaskan. (apa dalam kalangan masyarakat.
kelebihan atau kekurangan 10% responden berpendapat
cukai secara am) pengenaan cukai ini akan
menyebabkan penjual menaikkan
RUMUSAN harga yang mahal ke atas minuman
bergula tersebut.

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 18 orang berpendapat bahawa
pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula di Malaysia mendatangkan
kelebihan.

Menurut R14 "Kalau ikutkan nama cukai tu, dia adalah cukai yang dikenakan
terhadap minuman bergula. So, bagi saya kelebihan dia mungkin untuk
kurangkan orang ramai membeli minuman manis dan dapat jaga kesihatan
diri."

Namun, terdapat 2 orang responden berpendapat terdapat kekurangan apabila
cukai ini dilaksanakan.

Menurut R8 "Okay, apa yang saya faham, cukai eksais ni dikenakan pada
pengeluar dan juga penggunalah keatas gula. Kalau pengeluar minuman
bergula atau bergas tu dia akan dikenakan cukailah untuk menjual minuman
bergula. Dan pengeluar jugak akan menaikkan hargalah ke atas gula."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 60% responden mengetahui tentang cukai
eksais ini melalui carian di laman web.
3 Dari mana anda mendengar 10% responden mendapatkan maklumat
atau mendapatkan maklumat melalui berita
berkaitan cukai eksais ke atas 10% responden mendapatkan maklumat
minuman bergula? Jelaskan. melalui pembacaan surat khabar
(nyatakan platform - lebih 15% responden mendapatkan maklumat
dari satu kaedah ) melalui media sosial
5% responden baru mengetahui melalui
temubual

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 12 orang mendapatkan maklumat
berkaitan cukai eksais ke atas minuman bergula ini melalui carian di laman web.

Menurut R15 "Daripada fahaman sendiri dan daripada laman Internet. Masa saya cari
rujukan untuk buat assignment saya terjumpa pasal cukai eksais"

Terdapat juga responden yang mengetahu tentang cukai eksais ke atas minuman
bergula ini melalui siaran berita di televisyen, pembacaan surat khabar, sosial media dan
temubual.

Menurut R2 "Emm selalunya tengok ni, kita boleh tengok dekat Berita Harian selalu
keluar sebab dia baru juga pasal minuman bergula ni kan, 2019 kan. Dekat Berita
Harian selalu la nampak. Tapi tak tahu detail la"
Menurut R14 "Saya rasa daripada berita dan surat khabar"
Menurut R16 "Sosial media sebab haritu saya ada tengok poster dekat twitter daripada
KKM
Menurut R12 "Baru sahaja tahu melalui temubual ini"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden merasa gembira
dan bersyukur dengan
4 Apa perasaan anda pelaksanaan cukai eksais ke atas
apabila mengetahui cukai minuman bergula ini.
eksais ke atas minuman
bergula dilaksanakan di
Malaysia? Jelaskan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden iaitu 20 orang gembira
dengan pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula di Malaysia

Menurut R17 "Aaaa perasaan, perasaan saya, saya suka dengan
pelaksanaan cukai gula ni dekat Malaysia sebab salah satu sebabnya
kita dapat kawal obesiti rakyat Malaysia tu sendiri sebab aaa dengan
pelaksanaan cukai gula kita dapat kawal setiap makanan dalam satu
keluarga"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden bersetuju dengan
pelaksanaan cukai eksais ke atas
5 Adakah anda bersetuju minuman bergula ini.
dengan pelaksanaan cukai
eksais ke atas minuman
bergula tersebut? Mengapa?
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden iaitu 20 orang bersetuju
dengan pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula di Malaysia
kerana ia mendatangkan kebaikan.

Menurut R10 "Ya, seperti soalan sebelumya, saya setujulah sebab ia
sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang baik terhadap kesihatan ,
terhadap kesedaran terhadap pengeluar yang mengeluarkan produk
yang melebihi kadar gula. Ia sedikit sebanyak dapat membantu lah
tentang kesihatan rakyat malaysia ni la kan.. sejujurnyalah"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

6 Pada pendapat anda, adakah 60% responden berpendapat
dengan melaksanakan cukai pelaksanaan cukai gula ini
gula merupakan alternatif merupakan alternatif yang efektif
yang efektif untuk memberi 40% responden berpendapat
kesedaran kepada rakyat pelaksanaan cukai gula ini
Malaysia untuk mengambil bukanlah satu alternatif yang
gula dalam kuantiti yang efektif
tidak berlebihan (kuantiti
yang optimum)? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 12 orang berpendapat bahawa
pelaksanaan cukai gula merupakan alternatif yang efektif untuk memberi kesedaran
kepada rakyat Malaysia untuk mengambil gula dalam kuantiti yang optimum

Menurut R14 "Ya, saya setuju ini merupakan langkah yang efektif untuk memberikan
kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya tak berlebihan mengambil gula dalam
kehidupan seharian kerana cukai ini menaikkan harga minuman bergula."

Namun, terdapat 8 orang responden berpendapat bahawa pelaksaaan cukai gula ini
bukanlah satu alternatif yang efektif.

Menurut R17 "Aaaa pelaksanaan cukai gula ni tak dikatakan terlalu efektif.
Keberkesanan yang saya boleh agak dalam 30 ke 40 peratus sebab tak semua tak
semua masyarakat aaa kira mampu dalam nak contribute dalam cukai gula ni sebab
kalau kita laksanakan pun cukai gula ni tak ramai pun ambil endah apa kebaikan apa
kekurangan bila kerajaan laksanakan cukai gula ni"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

7 Adakah anda merasakan 80% responden berpendapat cukai
cukai eksais ke atas eksais ke atas minuman bergula
minuman bergula perlu perlu dikenakan pada jumlah
dikenakan sebagai peratusan tertentu mengikut kandungan
tertentu dari harga jualan gula
atau dikenakan pada jumlah 20% responden berpendapat cukai
tertentu mengikut eksais ke atas minuman bergula
kandungan gula? Jelaskan. perlu dikenakan sebagai
peratusan tertentu dari harga
RUMUSAN jualan

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 16 orang berpendapat bahawa cukai
eksais ke atas minuman bergula perlu dikenakan pada jumlah tertentu mengikut
kandungan gula

Menurut R5 "Saya rasa aaa ikut pada jumlah pada tertentu mengikut kandungan gula
sebab kalau kita ikut kandungan gula dia akan mengelakkan la pengguna untuk
membeli minuman bergula yang macam tinggi kuantiti gula dia tu. Jadi dapat
kuranglah sedikit pengambilan gula dalam tu. Kalau ikut peratusan tak semua
kandungan gula sama kan. Nurin rasa ikut kandungan gula kot."

Namun, terdapat 4 orang responden berpendapat berpendapat cukai eksais ke atas
minuman bergula perlu dikenakan sebagai peratusan tertentu dari harga jualan

Menurut R11 "Saya rasa dikenakan sebagai peratusan tertentu dari harga jualan
kerana ia adalah lebih tetap. Maksudnya, ia mengenakan cukai yang tetap terhadap
berapa harga jualan makanan atau minuman gula itu. Takdelah tak tetap, kalau kita
ikut pada kadar gula dalam minuman itu, ia akan menjadi tidak tetap. Jadi kalau ikut
peratusan harga tertentu, dia akan fix dengan peratusan itu sahaja."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 80% responden bersetuju dengan
kadar cukai eksais ke atas
8 Adakah anda bersetuju minuman bergula sekarang
dengan kadar cukai eksais ke 20% responden tidak bersetuju
atas minuman bergula dengan kadar cukai eksais ke atas
sekarang? Mengapa? minuman bergula sekarang
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 17 orang bersetuju dengan kadar cukai eksais
ke atas minuman bergula sekarang.

Menurut R19 "Saya bersetuju dengan kadar cukai eksais ke atas minuman bergula sekarang
sebab tidaklah terlalu membebankan dengan hanya 40 sen per liter. Rakyat masih boleh
memiliki minuman bergula ni sebab harga tidaklah naik terlalu mendadak dengan kadar 40
sen per liter tu."

Namun, terdapat 4 orang responden tidak bersetuju dengan kadar cukai eksais ke atas minuman
bergula sekarang

Menurut R18 "Okay aaa pada pendapat saya, saya sebenarnya tak berapa besetuju kadar
yang diletakkan di atas pemakanan yang mempunyai gula ni. Saya tak setuju kerana bagi
saya RM0.40 untuk seliter contohnya untuk jus buah-buahan dan sayur-sayuran, 40 sen
seliter bagi saya yang dikenakan ke atas jus buah-buahan dan sayur-sayuran itu amatlah
sedikitlah. Jadinya bagi orang-orang yang mempunyai wang lebih kan mempunyai senang
kata mereka tak kesah pun pasal duit ni, mereka tak kesah pun setakat 40 sen cukai yang
dikenakan ke atas sesuatu minuman atau makanan tu kan, jadi mereka tetap akan ambil
dalam kadar yang banyak. Jadinya kalau lah kadar ini masih diteruskan saya rasa objektif
kerajaan untuk mengurangkan rakyat Malaysia daripada menghidapi penyakit yang kronik ni
saya kira tak teracapailah. Jadinya, kalau boleh naikkan lagi bagus untuk kita memberi effect
yang lebih tinggi lah supaya mereka tak ambil lagi makanan atau minuman bergula ni."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5% responden berpendapat bahawa
kadar cukai ini terlalu tinggi
9 Adakah kadar ini terlalu 45% responden berpendapat
rendah atau terlalu tinggi? bahawa kadar cukai ini terlalu
Jelaskan. rendah
50% responden berpendapat
bahawa kadar cukai ini adalah
sederhana, tidak terlalu tinggi atau
rendah

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 10 orang merasakan kadar cukai itu
adalah sederhana kerana ia tidak terlalu tinggi atau rendah dan masih mampu ditanggung
oleh pengguna dan pengeluar

Menurut R6 "Bagi saya sesuai, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Kerana sebab
kalau kita buat kiraan kasar, contohnya, rakyat Malaysia membeli air 1 liter setengah
sahaja, jadi takdelah terlampau banyak, jadi 40 sen tambah, takdelah mahal sangat."

Namun, terdapat 9 orang responden merasakan bahawa kadar cukai itu terlalu rendah

Menurut R7 "Mungkin agak rendah kerana masih banyak syarikat yang boleh meletakkan
kandungan gula yang tinggi dalam minuman hasil pengeluaran ini ke hari ni bermakna
mereka masih mampu untuk membayar cukai dengan mudah"

Manakala seorang lagi responden merasakan bahawa kadar cukai ini terlalu tinggi

Menurut R1 "Aaa kadar terlalu tinggi untuk minuman sahaja. Aaaa untuk ia akan jejaskan
kesihatan mmm. Lepastu kalau banyak gula tu, bila banyak gula aaa bukan terbeban, dia
aaa tak elok la. Tak elok untuk badan"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

10 Adakah kadar cukai eksais ke 75% responden berpendapat bahawa
atas minuman bergula ini kadar cukai ini mampu mengubah
boleh mengubah gelagat gelagat pengguna
pengguna? Jelaskan. 15% responden berpendapat bahawa
kadar cukai ini tidak mampu
RUMUSAN mengubah gelagat pengguna
10% responden berpendapat bahawa
kemampuan kadar cukai eksais ke
atas minuman bergula ini untuk
mengubah gelagat pengguna
bergantung kepada situasi individu

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 15 orang merasakan kadar cukai itu mampu
mempengaruhi gelagat pengguna kerana ia kan meningkatkan harga air manis.

Menurut R5 "Bagi Nurin cukai yang dikenakan ini dapat me tu apa tu mengubah la gelagat pengguna
yang ada kesedaran la kan sebab diorang tahu la bila minuman bergula ni dah naikkan harga
mungkin gelagat pengguna tersebut semakin berkurangla membeli minuman bergula tersebut
disebabkan harga, disebabkan cukai yang dikenakan."

Namun, terdapat 3 orang responden merasakan ia tidak mampu mengubah gelagat pengguna kerana
mereka masih mampu menanggung kadar cukai itu.

Menurut R1 "Saya rasa tak kot. Tak. Kalau sebab, kalau untuk rakyat Malaysia ni, rakyat Malaysia ni
suka menghabiskan duit la untuk makanan semua walaupun benda tu tak elok semua tu. Dia
sanggup bayar la kalau cukai dikenakan."

Manakala 2 orang lagi responden merasakan bahawa ia bergantung kepada situasi individu

Menurut R11 "Bergantung kerana sesetengah pengguna sekiranya kadar cukai dikenakan makanan
atau minuman mereka, mereka akan berhenti atau mengurangkan pembelian terhadap produk
tersebut. Tapi ada juga yang tidak dapat mengawal tabiat mereka dalam pengambilan makanan
atau minuman bergula, mereka akan tetap juga mengambil. Sebab itu saya cakap ia bergantung
kepada individu"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 80% berpendapat bahawa cukai eksais
ini wajar diperluaskan kepada produk
11 Adakah wajar cukai eksais lain
ke atas minuman bergula 20% berpendapat bahawa cukup
hanya dikenakan terhadap minuman sahaja dikenakan cukai
minuman sahaja atau ia eksais ini
perlu diperluaskan kepada
produk lain seperti
makanan yang manis dan
minuman yang disediakan
di restoran? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti responden iaitu 16 orang merasakan bahawa cukai
eksais ini perlu diperluaskan kepada produk-produk lain yang manis sebagai satu inisiatif
yang adil dan supaya objektif kerajaan untuk kurangkan pengambilan gula secara
berlebihan oleh rakyat berjaya

Menurut R19 "Bagi saya wajar untuk dikenakan juga kepada makanan manis dan
minuman yg disediakan di restoran sebab sekarang ni banyak sangat makanan &
minuman manis di restoran. At least bila dikenakan cukai, rakyat akan mengurangkan
pengambilan gula bukan saja dkt minuman bergula dalam tin dan berkotak."

Namun, terdapat 4 orang responden merasakan bahawa cukup minuman manis sahaja
yang dikenakan cukai eksais ini buat masa sekarang

Menurut R12 "Saya rasa minuman bergula sahaja untuk masa sekarang ni. Makanan
manis belum lagi buat masa sekarang"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% orang responden mengatakan
bahawa akan berlaku kenaikan harga
12 Apakah kesan cukai eksais barang kesan daripada cukai eksais
ke atas minuman bergula yang dikenakan ke atas minuman
terhadap harga barangan? bergula.
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden berpendapat bahawa akan
berlaku kenaikan harga barang kesan daripada cukai eksais yang
dikenakan ke atas minuman bergula kerana cukai akan mempengaruhi
harga barangan.

Menurut R15 "Ia akan meningkat lah sebab bila cukai dikenakan harga
barang akan meningkat"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 85% responden mengatakan bahawa
perubahan harga barangan akibat
13 Adakah perubahan harga cukai eksais ke atas minuman manis
barangan akibat cukai bergula mempengaruhi kuantiti dan
eksais ke atas minuman kualiti makanan yang mereka beli
manis bergula 15% responden mengatakan bahawa ia
mempengaruhi kuantiti tidak mempengaruhi kuantiti dan
dan kualiti makanan yang kualiti makanan mereka beli
anda beli? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 17 orang responden mengubah kualiti
dan kuantiti minuman manis yang mereka beli akibat perubahan harga
barangan yang berlaku disebabkan oleh pelaksanaan cukai eksais

Menurut R14 "Ya, sebab kalau sesuatu makanan tu mahal, saya akan
kurang beli. Kalau bab kualiti pun saya akan kurangkan sebab
selalunya makanan yang berkualiti ni harga dia lebih mahal."

Namun, terdapat 3 orang responden yang tidak mengubah kualiti dan
kuantiti minuman manis yang mereka beli kerana mereka tidak gemar
akan minuman manis.

Menurut R13 "Hmmm, tak sebab saya tak minum air manis. Saya tak
cenderung kepada benda-benda manis"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 85% responden mengatakan bahawa
mereka akan kurangkan pembelian
14 Bagaimana anda minuman manis
menghadapi atau 15% responden tidak bertindak balas
bertindak balas terhadap kerana mereka tidak meminati
perubahan harga minuman manis
barangan akibat cukai
eksais ke atas minuman
manis bergula? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 17 orang responden akan mengurangkan
pembelian minuman manis kesan daripada kenaikan harga yang berlaku
akibat pelaksanaan cukai eksais ini.

Menurut R19 "Macam yang saya cakap tadi, saya akan mengurangkan
pembelian minuman bergula sebab harga makin mahal. So bila dah
kurangkan minuman bergula ni saya dapalah jaga kesihatan saya"

Namun, terdapat 3 orang responden yang tidak bertindak balas kerana
merekajenis yang tidak gemar akan minuman manis

Menurut R13 "Saya okey je sebab saya tak minum air manis, so saya rasa
macam dia tak ada apa-apa kesan"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 75% responden mengatakan bahawa
mereka tidak sedar harga minuman
15 Adakah anda sedar harga bergula naik disebabkan cukai ini.
minuman bergula naik 25% responden pula sedar tentang
disebabkan cukai eksais kenikan harga yang berlaku
ke atas minuman manis
bergula? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 15 orang responden tidak menyedari bahawa
berlakunya peningkatan harga minuman manis disebabkan pelaksanaan cukai eksais
keatas minuman manis bergula.

Menurut R16 "Saya tak sedar sangat sebab saya ingatkan kalau harga gula naik tu
maksudnya bergantung kepada supply and demand. Kalau supply kurang, mesti
harga akan naik, kalau demand kurang, harga akan rendah, kalau demand naik
maksudnya harga pun akan naik sekali. So saya ingatkan dia berkaitan dengan
supply and demand, rupanya ada kaitannya juga dengan cukai."

Namun, terdapat 5 orang responden yang sedar harga minuman manis meningkat
disebabkan pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula

Menurut R8 "Saya sedarlah err kenaikan harga ni disebabkan oleh harga cukai ni. Tapi
ada jugak faktor-faktor lain yang menyumbangkan kenaikan harga barangan yang
lain juga."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden berpendapat kesan
pelaksanaan cukai ini adalah
16 Secara amnya, apakah masyarakat akan mengurangkan
kesan pelaksanaan cukai pembelian minuman manis
eksais ke atas minuman
bergula tersebut terhadap
pembelian/perbelanjaan
dan penggunaan
masyarakat? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua orang responden berpendapat kesan pelaksanaan
cukai ini adalah masyarakat akan mengurangkan pembelian minuman manis kerana
peningkatan harga yang berlaku telah menurunkan kuasa beli mereka

Menurut R19 "Kesan dari pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula ni
mestilah akan menyebabkan pembelian masyarakat akan semakin berkurang sebab
harga makin mahal"

Menurut R2 "Okay aa kuasa kiranya kuasa beli masyarakat akan menurunlah sebab
harga-harga barang tinggi kan sekali dengan tu. So, barang dia, keperluan dia, dia
dapat sikit jelah barang-barang sebab pendapatan kita sekarang pun rendah.
Pendapatan isi rumah. Lepastu kenaikan harga dapat kurangkan kuasa beli. Jadi,
kesan dia dekat situlah, kuasa beli masyarakat menurun"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 70% responden mengatakan bahawa
mereka terpaksa mengurangkan
17 Apakah kesan kesan pembelian minuman manis kesan
pelaksanaan cukai eksais pelaksanaan cukai tersebut
ke atas minuman bergula 30% responden mengatakan bahawa
tersebut terhadap mereka tidak terkesan kerana mereka
pembelian dan tidak menggemari minuman manis
penggunaan anda sendiri
secara spesifik? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 14 orang responden memilih untuk mengurangkan
pembelian minuman manis akibat pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula
kerana berlaku peningkatan harga.

Menurut R11 "Macam saya cakap, saya seorang yang kurang minum manis jadi
sekiranya cukai itu dikenakan dan saya rasa saya boleh control atau mengawal
pembelian atau penggunaan minuman manis bergula ini, saya akan kurangkanlah"

Namun, terdapat 6 orang responden mengatakan mereka tidak terkesan kerana mereka
tidak menggemari minuman manis

Menurut R13 "Kesannya pada saya saya rasa tak ada sangat sebab saya tak minat
sangat dengan air manis. Cuma macam seminggu sekali, dua kali sebulan macam tu
je"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden mengatakan bahawa
cukai eksais ke atas minuman bergula
18 Adakah cukai eksais ke tidak akan menjatuhkan keseronokan
atas minuman bergula dan kebajikan mereka.
akan menjatuhkan 10% responden mengatakan
keseronokan dan keseronokan dan kebajikan mereka
kebajikan anda? Jelaskan. akan terjejas akibat pelaksanaan
cukai ini.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 18 orang responden tidak akan terjejas keseronokan
dan kebajikan mereka akibat pelaksanaan cukai ini kerana mereka bukan jenis yang
menggemari minuman manis

Menurut R15 "Dari sudut saya, saya rasa taklah. Saya rasa benda tu tak lah
mengganggu keseronokan dan kebajikan saya sebab saya pun bukanlah penggemar
manis. Saya rasa tak ada bagi effect sangat"

Namun, terdapat 2 orang responden mengatakan keseronokan dan kebajikan mereka
terjejas kerana peningkatan harga yang berlaku memaksa mereka mengurangkan
pembelian minuman manis

Menurut R3 "Jejas sikitlah sebab masa sekolah dulu kita beli air mesti kita suka minum
air manis. Sekarang ni air dah mahal. Bila imbau balik kita ni student, kena jimat
jadinya dia kurangkan sedikitlah keseronokkan. Kebahagian. Tapi side effect dia kita
sihat. Biar kita tak seronok asalkan kita sihat"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 75% responden mengubah
perbelanjaan dan penggunaan mereka
19 Adakah cukai eksais ke atas tetapi bukan dalam jumlah yang
minuman bergula tidak mengubah banyak
perbelanjaan dan penggunaan 25% responden tidak mengubah
anda kerana harga minuman yang perbelanjaan dan penggunaan kerana
dikenakan cukai eksais ke atas tidak menggemari minuman manis
minuman manis bergula ini masih
rendah berbanding harga minuman
alternatif? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 15 orang responden mengubah perbelanjaan dan
penggunaan mereka tetapi bukan dalam jumlah yang banyak kerana kadar cukai itu
masih rendah.

Menurut R19 "Bagi saya akan mengubah sedikit perbelanjaan dan penggunaan saya
tapi tidaklah terlalu besar sebab kadar cukai eksais ni pun masih rendah dan tidak
menjejaskan sangat"

Namun, terdapat 5 orang responden yang tidak mengubah perbelanjaan dan
penggunaan kerana mereka tidak gemar akan minuman manis

Menurut R17 "Aaa cukai gula yang dikenakan bagi saya tidak mengubah perbelanjaan
atau sebagainya sebab macam yang sebelum saya cakap saya pun jarang consume
makanan atau minuman bergula dalam kehidupan"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 40% responden mengatakan bahawa
pelaksanaan cukai gula ini
20 Adakah pelaksanaan cukai gula ini membebankan rakyat tetapi tidak
membebankan rakyat termasuk mengganggu pengurusan kewangan
mengganggu pengurusan mereka
kewangan anda sendiri? Jelaskan. 60% responden mengatakan bahawa
pelaksanaan cukai gula ini tidak
membebankan rakyat dan tidak
mengganggu pengurusan kewangan
mereka

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 12 orang responden mengatakan bahawa pelaksanaan cukai
gula ini tidak membebankan rakyat dan tidak mengganggu pengurusan kewangan mereka
kerana kadar cukai itu masih rendah

Menurut R19 "Bagi saya dengan kadar 40 sen per liter tidaklah membebankan rakyat. Kalau nak
cakap menganggu pengurusan kewangan saya tu tidaklah sebab saya pun kurang mengambil
minuman bergula ni. Tapi kalau mereka yang memang consume hari hari tu, mungkin mereka
akan rasa terganggu dari segi kewangan lah sebab harga makin mahal"

Namun, terdapat 8 orang responden mengatakan pengurusan kewangan mereka tidak terjejas
tetapi bagi peminat tegar manis dan peniaga mungkin terjejas.

Menurut R10 "Pada pengurusan kewangan saya tidak, tetapi kalau pengurusan kepada
peminum tegar peminum manis itu mungkin ya"

Menurut R1 "Kalau untuk individu, keluarga saya tak akan membebankan rakyat. Tapi mungkin
untuk peniaga, mungkin akan membebankan kot mereka yang jual air semua."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden berpendapat bahawa
jumlah gula yang seseorang itu ambil
21 Apakah pandangan anda tentang akan mempengaruhi kesihatan diri
kaitan dia antara penggunaan gula individu itu.
dan kesihatan secara umum?
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua 20 orang responden menganggap bahawa
kaitan penggunaan gula dan kesihatan adalah sangat rapat.

Menurut R18 "Okay semestinya pengambilan gula dalam harian kita dan juga
kesihatan kita amatlah berkait rapat. Okay kalau kita tengok aaa berdasarkan
buku yang bertajuk diabetes yang ditulis oleh penerbit UKM Press lah kan,
mereka mengatakan bahawa 9.1 rakyat Malaysia ni ada kencing manis tapi
diaorang ni tak buat checkup. Jadinya semestinya kenapa 9.1 % rakyat
Malaysia tu tak buat check up sebab mereka rasa pengambilan gula dalam
harian diaorang adalah normal tetapi sebenarnya walaupun itu dikatakan
normal pada manusia biasa tapi imun badan seseorang itu berlainan. Jadinya
tidak mungkin bila diaorang buat checkup dan sebagainya mereka
sebenarnya mempunyai kencing manis. Jadinya pengambilan makanan yang
seharian yang melitputi gula lah saya kira kebanyakkannya lah amat amat
memberi kesan kepada kesihatan seseorang itu lagi lagi bila mempunyai
sejarah ibu bapa dan sebagainya"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden mengatakan bahawa
masalah obesiti dan diabetes adalah
22 Adakah masalah obesiti dan isu utama di Malaysia dan tidak perlu
diabetes bukan isu utama di diberi perhatian
Malaysia dan tidak perlu diberi
perhatian? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua 20 orang responden menganggap
bahawa obesiti dan diabetes adalah isu utama di Malaysia kerana bilangan
penghidap penyakit tersebut di Malaysia adalah ramai

Menurut R14 "Obesiti dan diabetes adalah satu isu utama di Malaysia
kerana negara kita merupakan negara yang mempunyai bilangan
penduduk paling ramai ada penyakit tu di rantau Asia. Bagi saya ia
sangat-sangat perlu diberi perhatian supaya rekod itu dapat kita
kurangkan."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 80% responden bersetuju bahawa
pelaksanaan cukai ini berkesan
23 Adakah cukai eksais ke atas memperbaiki masalah obesiti
minuman bergula berkesan dalam 10% responden berpendapat
memperbaiki masalah obesiti? keberkesanan ini bergantung kepada
Jelaskan. sikap individu
10% responden berpendapat bahawa
ia tidak akan berkesan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 16 orang responden bersetuju bahawa pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman
bergula berkesan dalam memperbaiki masalah obesiti kerana apabila harga minuman manis itu naik, rakyat akan
mengurangkan pembelian

Menurut R14 "Bagi saya ya sebab cukai ni akan buat orang ramai kurang minum air manis, so masalah obesiti
berkemungkinan besar dapat kita baiki."

Namun, terdapat 2 orang responden mengatakan bahawa keberkesanan cukai ini memperbaiki masalah obesiti
bergantung kepada sikap individu

Menurut R2 "Bagi saya kalau nak cukai eksais sahaja untuk mengatasi masalah obesiti tu tak berkesan sebab aaa itu
untuk minuman sahaja sebab kebanyakannya obesiti tu datang daripada makanan. Makanan kan ada pelbagai
macam lebih gula, lebih apa garam semua kan. Haa bagi saya kan cukai eksais ni tak nampak sangat bagi kesan
untuk mengatasi masalah obesiti. "

Seorang responden mengatakan cukai ini tidak berkesan untuk memperbaiki masalah obesiti kerana kadarnya teerlalu
rendah

Okay aaa ini adalah pendapat peribadi saya dengan kadar yang dikenakan kerajaan yang setakat RM0.40 ni bagi
saya, saya dah ulang banyak kali ni kan, ia tak akan memberi kesan langsung lebih lebih lagi saya bagi contoh
terdekatlah mahasiswa, mahasiswa yang berada di universiti yang mana mereka mendapat biasiswa yang
mendapat perbelanjaan daripada ibu bapa mereka, setakat nak beli minuman yang berharga contohnya harga tu
harga minuman tu RM10 tapi dah naik kepada RM10.40. Jadinya benda tu takde beri apa apa effect pun sebab bagi
mereka 40 sen, sekadar 40 sen tu tak memberi apa apa kesan pun kepada mereka. Jadinya dengan kadar yang
ditentukan kerajaan sekarang ni saya kira memang susahlah untuk kita mengatasi masalah obesiti ni melainkan
pada masa akan datang kerajaan naikkan lagi kadar duti ni. Jadinya mereka yang nak beli ni akan terasalah sedikit
sebanyak RM10 naik ke RM11. So akan terasa daripada RM0.40 tu sahaja

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 75% responden bersetuju bahawa
pelaksanaan cukai ini berkesan
24 Adakah cukai eksais ke atas memperbaiki masalah diabetes
minuman bergula berkesan dalam 25% responden berpendapat
memperbaiki masalah diabetes? keberkesanan ini bergantung kepada
Jelaskan. sikap individu

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 15 orang responden bersetuju bahawa pelaksanaan cukai
eksais ke atas minuman bergula berkesan dalam memperbaiki masalah diabetes kerana apabila
harga minuman manis itu naik, rakyat akan mengurangkan pembelian

Menurut R5 "Kalau Nurin, Nurin rasa sama jugalah macam masalah obesiti tu kan. Dia macam
memang bukan 100%, tapi dia salah satu usaha untuk memperbaiki masalah diabetes
tersebut. Sebab yelah bila dikenakan cukai eksais ke atas minuman bergula tu jadi minuman
bergula tu akan jadi lebih mahal dan dia jadi macam semakin kuranglah kan untuk membeli
minuman bergula tersebut. Jadi dapatlah membantu sedikit sebanyak memperbaiki masalah
diabetes tersebut sebab orang yang ada masalah diabetes tu pun akan kurang untuk
membeli aa minuman bergula tersebut."

Namun, terdapat 5 orang responden mengatakan bahawa keberkesanan cukai ini memperbaiki
masalah diabetes bergantung kepada sikap individu

Menurut R15 "Saya rasa sama juga sebab dia akan membantu sedikit sebanyak. Tapi kalau
orang tu memang nak beli juga dia ikut individu itu juga "


Click to View FlipBook Version