The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a181389, 2022-07-11 00:39:56

Laporan Analisis

Laporan Analisis

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 85% responden bersetuju bahawa
pelaksanaan cukai eksais ke atas
25 Adakah cukai eksais ke atas minuman bergula berkesan dalam
minuman bergula berkesan dalam memperbaiki masalah kesihatan
memperbaiki masalah kesihatan masyarakat secara umum.
masyarakat (populasi) secara 10% responden pula mengatakan
umumnya? Jelaskan. bahawa pelaksanaan cukai ini hanya
mampu memberikan kesedaran
5% responden berpendapat cukai
eksais ini tidak berkesan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 17 orang responden bersetuju bahawa pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman
bergula berkesan dalam memperbaiki masalah kesihatan masyarakat secara umum kerana rakyat akan mengurangkan
pembelian minuman manis apabila harga semakin meningkat.

Menurut R5 "Bagi Nurin, aa berkesan aa bila ada cukai eksais ni kan. Berkesan untuk membaiki masalah kesihatan
secara umum sebab bila adanya cukai pada minuman bergula tersebut jadi harga tu pun akan jadi semakin
meningkat la kan. Jadi benda tu akan mengurangkan aaa mengurangkan masyarakat ni untuk membeli minuman
bergula tersebut. Jadi bila kurang, bila masyarakat ni berkurang ambil gula yang berlebihan, jadi diaorang secara
tidak langsung pun dapat mengekalkan apa tu kesihatan pada badan mereka juga."

Namun, terdapat 2 orang responden mengatakan bahawa pelaksanaan cukai ini hanya mampu memberikan kesedaran

Menurut R20 "Belum boleh dikatakan berkesan tetapi boleh lah macam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
penjagaan kesihatan sebab kalau cukai ni diteruskan dan masih ramai taktahu pasal dikenakan cukai ke atas
minuman bergula ni, aaa so hanya mengharapkan dikenakan cukai eksais ni takkan berkesan tapi untuk orang yang
sedar berkesanlah untuk diri dia "

Seorang responden berpendapat cukai eksais ini tidak berkesan membaiki masalah kesihatan kerana kadarnya masih
terlalu rendah

Menurut R18 "Secara umunnya pula, mungkin kepada mereka yang begitu cakna akan perbelanjaan mereka akan
merasai perkara ni akan merasai kadar duti eksais ni. Jadi dengan kenaikan harga barang mungkin mereka akan
kurangkan pengambilan gula harian dalam hidup mereka. Tapi bagi mereka yang lain pula kepada golongan yang lain
pula golongan yang mempunyai duit, golongan yang tidak mempunyai masalah kewangan, bagi mereka aaa mereka
akan teruskan je macam biasa. Jadinya bagi saya lah secara umumnya duti eksais dengan kadar yang rendah
sekarang ni, tidak akan dapat mengubah kesihatan masyarakat secara umumnya.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 80% responden mengatakan cukai

26 eksais ke atas minuman bergula akan
Adakah cukai eksais ke atas
minuman bergula akan menggalakkan mereka meneliti
menggalakkan anda meneliti
kandungan gula terlebih dahulu kandungan gula terlebih dahulu.
dalam makanan atau minuman
yang bakal anda ambil? Jelaskan. 15% responden pula mengatakan

RUMUSAN bahawa pelaksanaan cukai tidak

menggalakkan mereka meneliti

kandungan gula terlebih dahulu.

5% responden mengatakan mungkin ya

dan mungkin tidak untuk meneliti

kandungan gula terlebih dahulu

Kami mendapati bahawa majoriti 16 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula akan
menggalakkan mereka meneliti kandungan gula terlebih dahulu dalam makanan atau minuman yang bakal
mereka ambil.

Menurut R6 " Erm yang ini haah ya. Cukai eksais ni akan menggalakkan saya untuk saya peka minum air gula
dalam produk. Yelah dia kan dikenakan cukai eksais, jadi cukai eksais ni tujuan dia untuk peka tentang
kandungan gula jadi kita macam barulah terfikir oh kita kena tengok kandungan gula tu. Saya rasalah."

Terdapat 3 orang responden mengatakan bahawa pelaksanaan cukai ini tidak menggalakkan mereka meneliti
kandungan gula terlebih dahulu dalam makanan atau minuman yang bakal mereka ambil.

Menurut R3 "Secara jujurnya lah kan, kita tak pernah check berapa kadar gula tu kecuali kalau air tu mahal
sangat. Kalau mampu milik lagi takdelah nak check. Kalau kedai tu jual RM5, bila kita check ohh mungkin dia
kenakan cas yang mahal. Cukai yang tinggi. Kita check dululah. Dia akan galakkan kita check. "

Namun, terdapat seorang responden berpendapat pelaksanaan cukai eksais mungkin ya dan mungkin tidak
menggalakkan mereka meneliti kandungan gula terlebih dahulu dalam makanan atau minuman yang bakal
mereka ambil.

Menurut R16 "Mungkin ya mungkin tidak. Tapi mungkin ya lah sebab saya memang kurangkan. Sebab antara
salah satunya adalah sebab cukai tu, sebab harga pun makin naik. Tapi, kadang-kadang saya tak tengok
sangat harga. Ha tapi memang akan memberi kesan dalam saya punya pengambilan gula lah dalam
kehidupan."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 10% responden mengatakan masalah

27 kesihatan yang berkait dengan
Adakah masalah kesihatan yang
berkait dengan penggunaan gula penggunaan gula seperti obesiti dan
seperti obesiti dan diabetes tidak
perlu diperbaiki menerusi cukai diabetes tidak perlu diperbaiki menerusi
eksais ke atas minuman bergula dan
hanya perlu ditanggung/diperbaiki cukai sebaliknya ditanggung oleh
sendiri oleh individu yang
mengalaminya sahaja? Jelaskan. individu sendiri

90% responden mengatakan masalah

kesihatan yang berkait dengan

penggunaan gula seperti obesiti dan

diabetes perlu diperbaiki menerusi cukai

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 18 orang responden mengatakan masalah kesihatan yang berkait dengan
penggunaan gula seperti obesiti dan diabetes perlu diperbaiki menerusi cukai eksais ke atas minuman bergula
dan tidak perlu ditanggung/diperbaiki sendiri oleh individu yang mengalami sahaja.

Menurut R16 "Ok pada pendapat sayalah err wajar kalau individu sahaja yang menanggung atau mengatasi
masalah ini sebab kalau kita. Sebab kita ini nak membentuk 1 populasi ataupun masyarakat yang sihat dan
mampu berdaya saing. Maksudnya, kita nak ada satu sumber manusia ataupun model manusia yang
ermm yang orang cakap mampu untuk membangunakan negara sendiri. Jadi pada pendapat saya err
individu itu sendiri tidak dipertanggungjawabkan ataupun membaiki diri sendiri. dia mesti ada pertolongan
atau bantuan kerajaan macam pengenalan cukai eksais itu untuk membantu atasi masalah obesiti dan
diabetes ini.

Namun, terdapat dua orang responden mengatakan masalah kesihatan yang berkait dengan penggunaan
gula seperti obesiti dan diabetes tidak perlu diperbaiki menerusi cukai eksais ke atas minuman bergula dan
perlu ditanggung/diperbaiki sendiri oleh individu yang mengalami sahaja.

Menurut R18 "Pada saya aaa duti eksais ni tidak memberi apa apa manfaat lah ataupun tidak akan beri apa
apa kesan kepada mereka yang menghadapi obesiti ataupun diabetes ni. Hal ini kerana contoh apabila
seseorang penghidap diabetes berumur dikalangan 25 hingga 30, maka pada sekeliling mereka, mereka
akan ikut je cara pemakanan kawan kawan mereka, takdenya semua kawan kawan lain makan beras putih
dia sorang je nak makan beras perang, takdenya kan. Jadi pada saya duti eksais yang dikenakan dia
memang takde apa apa impak pun lah kepada perawatan untuk obesiti dan juga kencing manis ni.
Sebaliknya individu yang menghadapi penyakit ni sendiri yang perlu untuk mencatukan makanan mereka
daripada mengambil makanan makanan yang bergula, makanan makanan yang karbohidrat tinggi. "

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5% responden mengatakan cukai eksais
ke atas minuman bergula merupakan
28 dasar yang tidak adil kepada individu
yang sihat
Adakah cukai eksais ke atas 95% responden mengatakan cukai eksais
minuman bergula merupakan ke atas minuman bergula merupakan
dasar yang tidak adil kepada dasar yang adil kepada individu yang
individu yang sihat? Jelaskan. sihat

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 19 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas
minuman bergula merupakan dasar yang adil kepada individu yang sihat

Menurut R19 "Sama sekali tidak. Dasar ini adalah adil untuk semua tak kesahlah individu tu
sihat ke sakit sebab tujuan utama cukai ni dilaksanakan utk kawal masalah obesiti dan
lain-lain lagi. Tidak semestinya yang sihat akan selamanya sihat, so atleast dengan cukai
eksais atas minuman bergula ni dapatlah kerajaan bertindak awal daripada masalah ni
menjadi lebih serius."

Namun, terdapat seorang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula
merupakan dasar yang tidak adil kepada individu yang sihat

Menurut R2 "Erm bagi saya tak adil tapi aa tapi kalau kita fikirkan untuk kemaslahatan
bersama masyarakat, itu macam boleh diterimalah. Boleh diterima. Sebab kalau
macam untuk orang sihat ni dia tak selalu beli. Kadang-kadang beli tu dia macam tak
bagi kesan pun. Tapi yang selebihnya kesan yang baik kepada orang yang tak sihat. "

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

29 Pada pendapat anda, adakah 50% responden berpendapat
pengenaan cukai gula atas alasan pengenaan cukai ini adalah atas
tujuan kesihatan ini sebenarnya tujuan kesihatan
adalah bertujuan untuk 50% responden berpendapat
meningkatkan pendapatan negara pengenaan cukai ini memberi dua
semata-mata? Jelaskan. kebaikan iaitu meningkatkan
kesihatan rakyat dan
RUMUSAN meningkatkan pendapatan
negara.

Kami mendapati bahawa separuh daripada responden berpendapat bahawa pengenaan
cukai ini adalah atas tujuan kesihatan semata-mata dan tiada tujuan lain.

Menurut R8 "Pada saya, kadar yang dikenakan cukai eksais ni tak terlalu tinggilah.
Kerajaan bukan nak kepada keuntungan melalui cukai ni, tapi lebih kepada
meningkatkan kadar kesihatan, sebab kadar cukai tu rendah jadi saya rasa tidaklah
kerajaan meletakkan cukai ini untuk mendapatkan keuntungan"

Namun, separuh lagi daripada responden berpendapat pengenaan cukai ini memberi
dua kebaikan iaitu dapat meningkatkan kesihatan rakyat disamping meningkatkan
pendapatan negara.

Menurut R4 "Boleh jadi dua-dua lah. Mungkin la cukai tu boleh beri kepada
pendapatan negara kan, tapi benda tu pun digunakan untuk rakyat juga. Jadinya,
rakyat juga akan terjaga juga kesihatan dan pendapatan negara tu akan meningkat
dan benda tu akan digunakan juga untuk negara."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden berpendapat
tindakan ini adalah relevan
30 Pada pendapat anda, adakah 10% responden berpendapat
relevan mengenai keputusan tindakan ini adalah tidak wajar.
Kementerian Kesihatan yang
mengharamkan penjualan
minuman berkarbonat di kantin
sekolah? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 18 orang responden bersetuju bahawa pengharaman penjualan
minuman berkarbonat di kantin sekolah adalah relevan supaya kanak-kanak terhindar daripada
minuman tersebut sejak diawal usia

Menurut R19 "Bagi saya relevan, kita perlu halang penjualan minuman berkarbonat ni di kantin
sekolah. Kita perlu didik anak anak muda untuk jaga pemakanan dan pengambilan gula. Kalau
tidak didik dari awal, ia akan menjadi kebiasaan bukan sahaja di sekolah tapi di luar juga dan
ia akan memudaratkan kesihatan mereka. Lebih baik kita mencegah sejak usia muda lagi."

Namun, 2 orang responden berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana ada
air berkarbonat yang dapat memberikan tenaga

Menurut R4 "Saya rasa tak patut kot sebab 100plus pun dikira gas kan. Kalau kadang orang
perlukan juga apa air 100plus tu untuk tenaga. Jadi dia tak jual benda tu, macam apa tak
adalah payah, tapi 100plus tu diperlukan juga. Tapi setahu saya sekarang ni ada juga air gas
yang zero sugar tapi dia still manis la kan. Cuma dia tak bergula untuk kegunaan tenaga. Jadi
kalau tak jual tu saya rasa tak setujulah.."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden mengatakan cukai

31 Pada pandangan anda, adakah eksais ke atas minuman bergula akan
cukai eksais ke atas minuman
bergula akan menggalakkan menggalakkan pengeluar/industri
pengeluar/industri mengubah
formula kandungan produk mengubah formula kandungan produk
mereka? Jelaskan.
mereka
RUMUSAN
10% responden mengatakan cukai eksais

ke atas minuman bergula tidak akan

menggalakkan pengeluar/industri

mengubah formula kandungan produk

mereka

Kami mendapati bahawa majoriti 18 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman
bergula akan menggalakkan pengeluar/industri mengubah formula kandungan produk mereka.

Menurut R17 "Ya betul daripada cukai gula ni aaa pengeluar akan lebih cakna sebab selalu
pengeluar akan kebanyakannya seperti pengeluar dia taknak bayar cukai yang dikenakan,
cukai eksais yang dikenakan. So apa yang diaorang buat diaorang akan kurangkan
pengunaan gula dalam kuantiti makanan dan minuman tersebutlah. So dari situ bila diaorang
dah kurangkan penggunaan, melalui cukai gula ni dia akan mempengaruhi dari segi perkara
tersebutlah."

Namun, 2 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula tidak akan
menggalakkan pengeluar/industri mengubah formula kandungan produk mereka

Menurut R2 "Saya rasa tak tapi mungkin dia akan apa kawal pengeluaran dia bukannya gula
tapi pengeluaran produk tu dia akan kurangkan. Ermm sebab cukai yang dikenakan akan
menaikkan dia punya apa harga dia la. Kalau bagi saya la, kalau dia kurangkan gula mungkin
orang tak akan beli. Bagi saya lah dia tak akan kurangkan gula, tapi dia akan kurangkan
pengeluaran. Jadi dia akan jadi limit lah benda tu orang akan cari-cari. Permintaan dia tinggi
lah."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

32 Pada pandangan anda, adakah 95% responden mengatakan cukai
cukai eksais ke atas minuman
manis bergula akan menggalakkan eksais ke atas minuman manis bergula
pengeluar membuat inovasi
mengeluarkan produk rendah atau akan menggalakkan pengeluar
tiada gula? Jelaskan.
membuat inovasi mengeluarkan produk
RUMUSAN
rendah atau tiada gula

5% responden mengatakan cukai eksais

ke atas minuman manis bergula tidak

akan menggalakkan pengeluar

membuat inovasi mengeluarkan produk

rendah atau tiada gula

Kami mendapati bahawa majoriti 19 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas
minuman manis bergula akan menggalakkan pengeluar membuat inovasi
mengeluarkan produk rendah atau tiada gula

Menurut R20 "Pada pandangan saya, cukai eksais yang dikenakan ke atas minuman
bergula ni semestinya akan menggalakkan pengeluar membuat inovasi macam dah
banyaklah sekarang ni macam air milo pun dah banyakkan less sweet ha macam tu.
So dia akan menggalakkan sendiri pengeluar tu mengubah formula ha untuk
mengeluarkan produk rendah gula dan ada juga yang macam makanan dan
minuman yang tiada gula."

Namun, seorang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman manis bergula
tidak akan menggalakkan pengeluar membuat inovasi mengeluarkan produk rendah
atau tiada gula

Menurut R15 "Objektif pengeluar adalah untung. So, saya rasa benda ni takkan
menggalakkan pengeluar buat inovasi produk pun sebab kalau tengok sekarang
masih banyak produk yang masih tinggi gula. Demand pelanggan terhadap minuman
manis pun tinggi. Saya rasa pengeluar akan tengok permintaan juga untuk meet the
demand."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden mengatakan cukai
eksais ke atas minuman bergula akan
33 Pada pandangan anda, adakah menggalakkan pengeluar meletakkan
cukai eksais ke atas minuman label kurang atau tiada gula dengan
bergula akan menggalakkan lebih ketara pada produk mereka
pengeluar meletakkan label kurang 10% responden mengatakan cukai eksais
atau tiada gula dengan lebih ketara ke atas minuman bergula tidak akan
pada produk mereka? Jelaskan. menggalakkan pengeluar meletakkan
label kurang atau tiada gula dengan
RUMUSAN lebih ketara pada produk mereka

Kami mendapati bahawa majoriti 18 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman
bergula akan menggalakkan pengeluar meletakkan label kurang atau tiada gula dengan lebih
ketara pada produk mereka

Menurut R5 "Bagi Nurin, Nurin rasa dia menggalakkan pengeluar untuk buat macam inovasi
tersebut sebab kalau kita tengok bukan 100plus je tapi banyak lagi kan pengeluar-pengeluar
lain yang keluarkan minuman bergula yang macam zero sugar contoh macam Pepsi. So kiranya
benda tu dapat menggalakkan la juga. Pada pandangan Nurin, cukai eksais tu lah dia akan
galakkan pengeluar untuk letakkan label kurang ataupun tiada gula secara ketara sebab yang
macam Nurin tengok dekat kedai-kedai kan yang minuman bergula tu pun bila diaorang buat
yang macam 100plus, Pepsi tu kan diaorang memang akan labelkan no sugar, zero sugar
macam tu. Jadi kan ada cukai ni dia akan menggalakkan pengeluar ni letakkan label."

Namun, dua orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula tidak akan
menggalakkan pengeluar meletakkan label kurang atau tiada gula dengan lebih ketara pada
produk mereka

Menurut R15 "Pada pendapat saya dia takkan menggalakkan pengeluar meletakkan label
kurang atau tiada gula ataupun Tapi kalau bagi saya Saya rasa Baguslah untuk pengeluar tu
letak label kurang gula tu sebab nanti orang akan macam sedar benda ni kurang gula Tapi dari
sudut berbeza ada je individu yang suka gula terasa Kalau dia orang nak untung Saya rasa
mungkin dia orang akan kurangkan dan letak label tu."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 95% responden mengatakan cukai eksais ke
atas minuman bergula akan menggalakkan
34 pengeluar memberikan maklumat berkaitan
Pada pandangan anda, adakah kandungan gula dalam makanan atau
cukai eksais ke atas minuman minuman dengan jelas pada produk mereka
bergula akan menggalakkan
pengeluar memberikan maklumat 5% responden mengatakan cukai eksais ke atas
berkaitan kandungan gula dalam minuman bergula tidak akan menggalakkan
makanan atau minuman dengan pengeluar memberikan maklumat berkaitan
jelas pada produk mereka? kandungan gula dalam makanan atau
Jelaskan. minuman dengan jelas pada produk mereka

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 19 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman
bergula akan menggalakkan pengeluar memberikan maklumat berkaitan kandungan gula dalam
makanan atau minuman dengan jelas pada produk mereka

Menurut R18 "Pada saya apabila duti eksais ni dikenakan ke atas sesuatu barangan, maka para
pengeluar akan lebih aktiflah untuk memberi tahu kadar gula dalam produk yang mereka
keluarkan disebabkan aaa mereka tahu kalau mereka letak gula yang banyak jadinya pembeli
akan tahu gula dalam minuman ni banyak jadinya minuman ni mahal disebabkan gula. Jadinya
kalau mereka letakkan kadar gula tu sikit, pengguna akan beli la benda tu. Kiranya pengguna
akan rasa okay minuman ni kurang duti eksais yang dikenakan ke atas minuman tersebut. ."

Namun, seorang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula tidak akan
menggalakkan pengeluar memberikan maklumat berkaitan kandungan gula dalam makanan atau
minuman dengan jelas pada produk mereka

Menurut R1 "Saya rasa dekat produk-produk, orang tak akan, tak berapa tunjuk. Dia akan
kecilkan dia punya apa aa kandungan gula tu. Bagi kecillah, jangan bagi orang nampak. Sebab
kalau orang tahu berapa banyak semua gula tu, dia tak akan beli la produk-produk. Jadinya dia
akan letak, tapi takkan besarkan."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 60% responden mengatakan pihak pengeluar
minuman manis seperti Nestle bakal menerima
35 impak yang negatif apabila cukai eksais
Pada pendapat anda, adakah pihak dikenakan terhadap pengeluaran minuman
pengeluar minuman manis seperti manis bergula
Nestle bakal menerima impak yang
negatif apabila cukai eksais 40% responden mengatakan pihak pengeluar
dikenakan terhadap pengeluaran minuman manis seperti Nestle tidak menerima
minuman manis bergula? Jelaskan. impak yang negatif apabila cukai eksais
dikenakan terhadap pengeluaran minuman
RUMUSAN manis bergula

Kami mendapati bahawa majoriti 12 orang responden mengatakan pihak pengeluar minuman
manis seperti Nestle bakal menerima impak yang negatif apabila cukai eksais dikenakan terhadap
pengeluaran minuman manis bergula

Menurut R9 "Ok, soalan yang baik. Pada pandangan saya, ermm memang akan ada impak
negetif iaitu peningkatan kos. Sebab apa? Cukai eksais ini akan meningkatkan kos untuk
mengeluaran suatu barangan. Jadi dia, dia akan menerima impak dari segi impak negetif dari
segi peningkatan kos dan err pengurangan marjin keuntungan la pada pendapat saya. Err tapi
pada masa yang sama, dia tidak banyak menjejaskan firma itu sendiri sebab pengenalan cukai
eksais ini tidaklah err begitu tinggi. "

Namun, lapan orang responden mengatakan pihak pengeluar minuman manis seperti Nestle tidak
menerima impak yang negatif apabila cukai eksais dikenakan terhadap pengeluaran minuman
manis bergula

Menurut R16 "Bagi saya kalau nestle kira macam brand yang besar, tidak terlalu memberi kesan
yang besar kepada mereka kerana jenama nestle ni semua orang tahu lah, memang semua
orang kebanyakkan makanan dan minuman datang dari brand tersebut, kalau yang manis-
manis, yang gula-gula ni kan. So kalau diaorang dikenakan cukai dan harga yang diaorang
letakkan naik, orang memang akan ambil juga sebab memang akan tahu sedap, memang
jenama yang sedap."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden mengatakan pihak

36 Pada pandangan anda, kerajaan perlu memastikan
bagaimanakah pihak kerajaan
ingin memastikan kebajikan kebajikan industri-industri yang
industri-industri yang terlibat
dalam industri minuman bergula terlibat dalam industri minuman
sentiasa terjaga setelah cukai gula
dilaksanakan? Jelaskan. bergula sentiasa terjaga setelah

cukai gula dilaksanakan

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa semua 20 orang responden mengatakan pihak kerajaan
perlu memastikan kebajikan industri-industri yang terlibat dalam industri minuman
bergula sentiasa terjaga setelah cukai gula dilaksanakan.

Menurut R16 "Ha kebajikan ya, hmm mungkin akan memastikan secara berkala,
mungkin dua kali setahun memeriksa data-data mereka sama ada memberi
kesan yang sangat tinggi atau sangat buruk. Mungkin kalau contohnya kita
naikkan kadar cukai dari 40 sen kepada seringgit, bila kita tengok dalam masa
enam bulan sampai ada yang bankrupt sampai ada yang terkesan teruk. Ha
memang kena ambil kira macam check balik lah sama ada cukai itu wajar, harga
cukai tu wajar atau tidak atau perlu dikurangkan. Ha macam tu."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden mengatakan

37 Adakah pelaksanaan cukai eksais pelaksanaan cukai eksais ini akan
ini akan mempengaruhi
keuntungan/pendapatan pengeluar mempengaruhi
minuman bergula. Jelaskan
mengapa? Jelaskan. keuntungan/pendapatan pengeluar

RUMUSAN minuman bergula.

10% responden mengatakan

pelaksanaan cukai eksais ini tidak

akan mempengaruhi

keuntungan/pendapatan pengeluar

minuman bergula

Kami mendapati bahawa majoriti 18 orang responden mengatakan pelaksanaan cukai eksais
ini akan mempengaruhi keuntungan/pendapatan pengeluar minuman bergula.

Menurut R20 "Oh ha cukai yang dikenakan semestinya akan mempengaruhi keuntungan
pengeluar minuman bergula ni tetapi bagi syarikat besar tidaklah terlalu menjejaskan
keuntungan mereka berbanding syarikat yang kecil. Tapi, syarikat yang besar besar ni lah
yang perlu sahut apa usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia
tentang kepentingan penjagaan kesihatan dengan membuat inovasi seperti
mengurangkan penggunaan gula atau mengeluarkan produk yang tiada kandungan gula
langsung. Jadilah barulah dari situ boleh menarik lagi pelanggan untuk membeli produk
mereka dan mungkin pengguna akan rasa ini lah cara mereka untuk menjaga kesihatan
dengan mengambil kandungan gula dalam kuantiti yang sedikit dan meminimakan
perbelanjaan mereka untuk makanan bergula ni."

Namun, dua orang responden mengatakan pelaksanaan cukai eksais ini tidak akan
mempengaruhi keuntungan/pendapatan pengeluar minuman bergula

Menurut R8 "Erm okay. Saya rasa tidak ada kesan yang besarlah kepada pengeluar kerana
keuntungan yang dia dapat tu masih untung walaupun kadar cukai yang sedikit."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden mengatakan cukai

38 eksais ke atas minuman bergula boleh
Bagaimana cukai eksais ke atas
minuman bergula boleh mengalih mengalih penggunaan kepada
penggunaan kepada minuman
yang lebih sihat (tanpa atau kurang minuman yang lebih sihat (tanpa atau
gula) seperti air mineral? Jelaskan.
kurang gula) seperti air mineral

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa semua 20 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman
bergula boleh mengalih penggunaan kepada minuman yang lebih sihat (tanpa atau kurang gula)
seperti air mineral.

Menurut R3 "Okay ini kalau kita ambil daripada sudut pandang positif orang yang tengah diet
atau masalah obesiti dan diabetes, minum air manis ni setiap hari orang kena minum
Starbuck, coolblog air manis. Bila dikenakan cukai ni baru ada kesedaran. Kalau dulu seminggu
minum 2 kali, lepas kena cukai minum sekali seminggu je."
Menurut R9 "Ok, soalan yang baik. Ok erm macam yang saya jelaskan tadi ok pengenalan cukai
eksais ini, dia akan meningkatkan kos firma dalam pengeluaran produk diaorang. jadi
peningkatan kos ini tidak akan sepenuhnya ditanggung oleh firma itu sebenarnya. Jadi dia
akan pindahkan err peningkatan kos dia ini err kepada pengguna err melalui peningkatan
harga jualan maksudnya harga, yang dibeli oleh pengguna ini lebih tinggi. Sebab apa? Sebab
pengenalan cukai eksais tadi jadi pengguna, pengguna ini akan membuat pilihan samaada
untuk beli minuman yang harga dia lebih tinggi ataupun beralih kepada minuman yang kurang
gula ataupun air mineral ok."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 90% responden mengatakan cukai
eksais ke atas minuman bergula akan
39 menggalakkan penggunaan pemanis
Adakah cukai eksais ke atas artificial atau pemanis alternatif(tiruan
minuman bergula akan atau semulajadi)
menggalakkan penggunaan 10% responden mengatakan cukai
pemanis artificial atau pemanis eksais ke atas minuman bergula tifak
alternatif( tiruan atau semulajadi) ? akan menggalakkan penggunaan
Jelaskan. pemanis artificial atau pemanis
alternatif(tiruan atau semulajadi)
RUMUSAN

Kami mendapati bahawa 18 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula
akan menggalakkan penggunaan pemanis artificial atau pemanis alternatif (tiruan atau
semulajadi)

Menurut R17 "Bagi saya ya dia akan menggalakkan kepada pemanis pemanis tiruan atau tiruan
yang lain sebab aaa mereka akan gantikan sama ada penguna atau pengeluar, mereka akan
gantikan gula sebab kita tak semestinya dengan pelaksanaan cukai kita dapat control
keinginan masyarakat masyarakat lain. Sesetengah kita boleh control dengan laksanakan
cukai ni kita boleh control kita boleh buka mata mereka dengan pentingnya kawalan gula."

Namun, 2 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula tifak akan
menggalakkan penggunaan pemanis artificial atau pemanis alternatif(tiruan atau semulajadi)

Menurut R7 "Tidak kerana saya pernah terbaca bahawa pemanis tiruan ataupun pemanis
semula jadi adalah masih dalam kategori manis dan tetap masih perlu dikurangkan
pengambilan ini."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 30% responden mengatakan cukai
eksais ke atas minuman bergula akan
40 menyebabkan harga minuman lain
Adakah cukai eksais ke atas berubah
minuman bergula akan 70% responden mengatakan cukai
menyebabkan harga minuman lain eksais ke atas minuman bergula tidak
berubah? Jelaskan. akan menyebabkan harga minuman
lain berubah
RUMUSAN

Kami mendapati bahawa 6 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula
akan menyebabkan harga minuman lain berubah.

Menurut R5 "Benda tu boleh jadi juga menyebabkan harga lain berubah, cuma mungkin tak
semahal macam cukai yang dikenakan la kot. Bagi Nurin, harga minuman lain tu berubah
mungkin lebih murah. Sebab diaorang nampak harga minuman bergula tu mahal sebab
dikenakan cukai, mesti diaorang akan murahkan harga barangan mereka kan. Sebab ye lah
perniagaan kan kita bersaing kan, jadi bila dia jual murah, orang akan beli banyak daripada
yang harga mahal."

Namun, 14 orang responden mengatakan cukai eksais ke atas minuman bergula tidak akan
menyebabkan harga minuman lain berubah

Menurut R16 "Hmm minuman lain eh, tidak saya rasa. Bila dikenakan hanya kepada minuman
bergula, harga minuman bergula ni akan naik tapi harga minuman yang lain tidak naik. Tapi
orang akan anggap rasa macam eh macam kurang je air minuman yang bukan bergula ni, ha
ambil yang ni lah. Ha macam tu. Sebenarnya sama je, nampak je lain. Itu pun sebab minuman
gula yang naik bukannya minuman lain.."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 70% responden mengatakan wajar

41 harga minuman alternatif dikurangkan
Wajarkah harga minuman alternatif
dikurangkan untuk menggalakkan untuk menggalakkan pengguna
pengguna mengambil produk
tersebut? Jelaskan. mengambil produk tersebut

30% responden mengatakan tidak wajar

harga minuman alternatif dikurangkan

untuk menggalakkan pengguna

mengambil produk tersebut

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 14 orang responden mengatakan wajar harga minuman
alternatif dikurangkan untuk menggalakkan pengguna mengambil produk tersebut

Menurut R1 "Wajar, wajar bagi saya wajar sebab sekarang ni yang dekat dalam pasaran harga
dia agak tinggi lah. Mungkin orang sebelum ni dia tak pandang pun minuman tu sebab mahal
kan. Kalau harga dia sama je dengan, lebih kurang dengan harga minuman bergula lain,
mungkin masyarakat akan consider ambil yang tu."

Namun, 6 orang responden mengatakan tidak wajar harga minuman alternatif dikurangkan untuk
menggalakkan pengguna mengambil produk tersebut.

Menurut R19 "Tidak wajar untuk kurangkan harga minuman relatif seperti air mineral sebab
memang terang-terang harganya lebih murah berbanding minuman bergula. Tapi boleh je nak
kurangkan tapi dalam kadar yang sedikit lah untuk kita main psikologi pengguna bila tgk
harga air alternatif lebih murah berbanding air minuman bergula, maka mereka akan belilah
air minuman alternatif."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden mengatakan

42 cukai eksais ke atas minuman
Adakah cukai eksais ke atas
minuman bergula menyebabkan bergula menyebabkan
anda/pengguna berubah kepada
minuman alternatif iaitu minuman anda/pengguna berubah kepada
tidak bergula atau minuman yang
hanya menggunakan pemanis minuman alternatif iaitu minuman
alternatif (tiruan/ semula jadi)?
Jelaskan. tidak bergula atau minuman yang

RUMUSAN hanya menggunakan pemanis

alternatif (tiruan/ semula jadi)

Kami mendapati bahawa ke semua 20 orang responden bersetuju mengatakan cukai
eksais ke atas minuman bergula menyebabkan anda/pengguna berubah kepada
minuman alternatif iaitu minuman tidak bergula atau minuman yang hanya
menggunakan pemanis alternatif (tiruan/ semula jadi).

Menurut R9 "Ok, pada pandangan saya, err dia akan mengubah corak
pengambilan minuman errr dalam kalangan penggunala dan saya sendiri erm
dengan menggunakan ataupun mengambil minuman alternatif. Err yang lebih
sihat err seperti minuman yang err rendah kandungan gula ataupun err minuman
yang menggunakan err bahan semulajadi seperti stevia yang lebih sihat ataupun
pemanis semulajadi."

Menurut R19 "Bagi saya ya, bila cukai eksais ke atas minuman bergula ni
dikenakan, saya akan berubah kepada minuman alternatif sebab harga murah
dan menjimatkan dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. So, kita kena
bijak merancang perbelanjaan kita."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden bersetuju
mengatakan cukai eksais ke atas
43 minuman bergula lebih kos efektif
Adakah cukai eksais ke atas (berkesan) sebagai dasar campur
minuman bergula lebih kos efektif tangan kerajaan ke arah
(berkesan) sebagai dasar campur memperbaiki status kesihatan dan
tangan kerajaan ke arah nutrisi masyarakat.
memperbaiki status kesihatan dan
nutrisi masyarakat? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa ke semua 20 orang responden bersetuju mengatakan cukai
eksais ke atas minuman bergula lebih kos efektif (berkesan) sebagai dasar campur
tangan kerajaan ke arah memperbaiki status kesihatan dan nutrisi masyarakat.

Menurut R16 "Ya betul. Bila cukai dikenakan kepada minuman bergula memang
berkesanlah kepada kira macam effort kerajaan memperbaiki status kesihatan
masyarakat tu kan. Sebab memang kesihatan ni memang berkait rapat dengan
makanan harian kita dan bila berkait rapat dan berkait juga kepada cukai yang
dikenakan kepada minuman bergula iaitu yang kita consume, memang
berkesanlah kepada campur tangan kerajaan tu."

Menurut R17 "Ya betul dia adalah salah satu langkah yang berkesan dengan campur
tangan kerajaan. Salah satu sebabnya kalau kerajaan tak kenakan cukai gula
terhadap barangan ataupun minuman bergula aaa pengeluar tak kan ada,
pengeluar atau pengguna tak kan ada inisiatif untuk mengawal, menjaga
pemakanan ataupun dari segi pengeluaran mereka. So bagi pendapat saya campur
tangan kerajaan terhadap cukai gula ni salah satu inisiatif yang bagus dan dapat
mengawal kesihatan masyarakat."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 80% bersetuju dengan pernyataan
tersebut
44 Adakah penguatkuasaan cukai 20% responden tidak bersetuju
eksais ke atas minuman bergula ini dengan pernyataan tersebut.
lebih berkesan dan menjimatkan
berbanding dasar lain yang lebih
bersifat sukarela (seperti kempen
kurangkan penggunaan gula)?
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 16 orang responden bersetuju bahawa penguatkuasaan cukai
adalah lebih berkesan berbanding kempen kerana ia bersifat desakan

Menurut R14 "Bagi saya ya kerana cukai ini nak tak nak orang yang nak minum air manis, mesti
kena bayar. Secara tak langsung pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui
pelaksanaan cukai ini. Bagi saya kempen adalah sangat tidak efektif kerana ia memerlukan
kesedaran dalam diri rakyat sendiri."

Namun, 4 orang responden berpendapat bahawa kedua-dua penguatkuasaan cukai dan kempen
perlu dilakukan bersama supaya matlamat kesihatan dapat dicapai dengan lebih berkesan

Menurut R16 "Oh bagi saya sama rata. Kalau dia hanya memberi cukai tapi tiada alternatif lain
mungkin tidak akan memberi kesan yang sangat besar. Tapi kalau ada alternatif lain, yang ni
pun buat yang tu pun buat, cukai pun buat, kempen pun buat, ha apa lagi buat video video
sihat pun buat, bila semua alternatif lain buat, memang saya rasa kesannya lebih baik
berbanding hanya satu."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 80% bersetuju penguatkuasaan undang-

45 Adakah penguatkuasaan undang- undang menerusi pelaksanaan cukai
undang menerusi pelaksanaan
cukai eksais ke atas minuman eksais ke atas minuman bergula mampu
bergula mampu
mencegah/menegah individu dari mencegah/menegah individu dari
menggunakan produk yang
mengandungi gula berlebihan? menggunakan produk yang mengandungi
Jelaskan.
gula berlebihan
RUMUSAN
20% responden penguatkuasaan undang-

undang menerusi pelaksanaan cukai

eksais ke atas minuman bergula tidak

mampu mencegah/menegah individu dari

menggunakan produk yang mengandungi

gula berlebihan

Kami mendapati bahawa majoriti 16 orang responden bersetuju bahawa
penguatkuasaan undang-undang menerusi pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman
bergula mampu mencegah/menegah individu dari menggunakan produk yang
mengandungi gula berlebihan.

Menurut R18 "Okay pada pendapat saya, pelaksanaan duti eksais ni sememangnya
dapat mengelakkan seseorang individu itu daripada mengambil gula secara
berlebihan sebab kalau kita tengok kadarnya adalah RM0.40 seliter. Jadinya bila
kandungan gula tu tinggikan, harga akan melambung naik lah. Jadinya mereka akan
menyedari perkara itu dan akan mengurangkan pengambilan minuman harian
minuman gula yang tinggi."

Namun, 4 orang responden berpendapat bahawa kedua-dua penguatkuasaan cukai dan
kempen perlu dilakukan bersama supaya matlamat kesihatan dapat dicapai dengan
lebih berkesan

Menurut R19 "Bagi saya penguatkuasaan undang-undang melalui cukai ni tidaklah
dapat mencegah individu tu dari guna produk yg ada gula berlebihan sebab agak
sukarlah untuk kawal dan pastikan mereka ni tak ambil gula yang berlebihan.
Semuanya bergantung kepada individu tu sendiri."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

46 Adakah pemberian subsidi gula 10 orang responden berpendapat
lebih sesuai untuk bahawa pemberian subsidi gula tidak
mencegah/menegah individu dari sesuai untuk mencegah individu
menggunakan produk yang menggunakan produk yang terdapat
mengandungi gula berlebihan? gula berlebihan.
Jelaskan. 9 orang responden bersetuju bahawa
pemberian subsidi mampu mencegah
perkara ini.
Seorang responden menyatakan
pemberian subsidi dan pengenaan
cukai perlu seiring untuk mencegah
individu menggunakan produk ini.

RUMUSAN

Berdsarkan respon daripada R19,

''Saya rasa tak perlu untuk beri subsidi gula sebab ia akan menggalakkan lagi pengambilan gula
yang berlebihan sebab bila beri subsidi gula ramai pihak akan mengambil kesempatan sebab harga
akan murah.''

Pernyataan ini disokong oleh 9 orang responden yang menyatakan pemberian subsidi tidak mampu
menegah individu daripada menggunakan produk yang mengandungi gula berlebihan.

Berbeza pula dengan R5 yang mengatakan,

''Kalau bagi Nurinlah, Nurin rasa benda tu membantulah orang. Sebab bila kerajaan bagi subsidi
gula, kan gula tu menjadi lebih murah kan. Jadi benda tu akan menggalakkan kita ni untuk membeli
gula berbanding membeli minuman bergula tersebut yang ada cukai tadi tu. Kalau kita beli gula
sendiri, kita boleh buat sendiri mengikut tahap kemanisan yang kita nak. Macam kita boleh kawallah
benda tu kalau kita buat sendiri.''

Pernyataan R5 ini diskong oleh 8 orang responden yang lain.

Namun begitu, hanya R16 sahaja yang berpendapat subsidi dan pengenaan cukai kedua-duanya
sesuai untuk mencegah individu dari menggunakan produk gula berlebihan.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 65% responden bersetuju dengan
pernyataan tersebut
47 Adakah dengan menurunkan harga 35% responden tidak bersetuju
makanan dan minuman yang sihat dengan pernyataan tersebut
lebih sesuai untuk
mencegah/menegah individu dari
menggunakan produk yang
mengandungi gula berlebihan?
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa majoriti 13 orang responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut kerana kebanyakan makanan dan minuman sihat dijual dengan harga yang
mahal

Menurut R13 "Yes. Kalau harga yang sihat tu lagi murah so saya rasa dia orang akan
lebih memilih makanan sihat lah daripada harga makanan atau minuman yang
mengandungi gula berlebihan"

Namun, 7 orang responden pula berpendapat sebaliknya kerana mereka mengatakan
bahawa individu yang tegar dengan tabiat pemakanan tidak sihat akan tetap dengan
tabiatnya wlau apa jua berlaku

Menurut R11 "Tidak juga sekiranya individu itu orang yang tegar mengambil makanan
atau minuman bergula mereka tidak peduli terhadap penurunan harga makanan
atau minuman yang sihat"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5 orang responden berpendapat
adalah lebih berkesan sekiranya
48 Pada pendapat anda, adakah kerajaan mengehadkan
pengenaan cukai gula lebih pengeluaran gula.
berkesan berbanding kerajaan 15 orang responden menyatakan
menghadkan pengeluaran gula kerajaan perlu mengenakan cukai.
bagi firma? Jelaskan.

RUMUSAN

Memetik jawapan daripada R6 yang disokong oleh 4 orang responden yang lain,
katanya

''Pada pendapat saya, lebih berkesan meghadkan pengeluaran gula bagi firma, yelah
sebab pengelurakan dia mengeluarkan makanan jadi, bila diorang dah dihadkan jadi
bekalan gula tu semakin sikitlah penggunaannya''

Namun begitu, pernyataan R6 yang berpendapat tindakan mengehadkan pengeluaran
gula lebih berkesan pengenaan cukai telah disanggah oleh 15 orang responden yang
mempunyai pendapat yang berbeza.

Mewakili 15 responden yang lain, R11 menyatakan,

''Okey bagi saya pelaksanaan cukai lagi berkesan kerana jika kerajaan menghadkan
pengeluaran gula ia akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada industri
makanan atau minuman itu sendiri jadi lebih baik dikenakan cukai sebab kalau kena
cukai dapat menambah pendapatan negara.''

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 4 orang-Mengadakan kempen
11 orang-Memberi bantuan kepada
49 Pada pandangan anda, apakah sektor kesihatan
yang akan kerajaan lakukan 5 orang-Membangunkan
terhadap kutipan hasil cukai eksais infrastuktur negara
ke atas minuman bergula ini?
Jelaskan.

RUMUSAN

Berdasarkan kenyataan R8 yang disokong oleh 10 orang responden yang lain, katanya;

''Kutipan daripada cukai tu, kerajaan boleh salurkan kepada institusi kesihatan untuk
memberi rawatan kepada secara lebih besar lah kepada orang yang ada msalah
kesihatan, ia juga boleh digunakan untuk kerajaan memberi sumbangan atau
makanan yang sihat supaya masyarakat sedar tentang kesihatan.''

Selain itu, terdapat 5 orang responden lain yang mengatakan wang hasil kutipan cukai
tersebut akan disalurkan untuk membangunkan negara;

''Berkemungkinan kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai untuk melakukan
pelaburan untuk meningkatkan lagi ke atau menambah lagi peluang pekerjaan di
Malaysia.''

Seterusnya 4 orang responden menyatakan kerajaan akan menggunakan wang hasil
kutipan cukai tersebut untuk membuat kempen kesedaran kepada mayarakat.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 2 orang-Tidak bersetuju cukai
eksais ke atas minuman bergula
50 Adakah cukai eksais ke atas berpotensi meningkatkan hasil
minuman bergula berpotensi untuk membiayai program
meningkatkan hasil untuk kesihatan.
membiayai program kesihatan 18 orang-Bersetuju cukai eksais ke
sosial (seperti padang sukan dan atas minuman bergula berpotensi
aktiviti riadah)? Jelaskan. meningkatkan hasil untuk
membiayai program kesihatan.

RUMUSAN

Seramai 2 orang responden iaitu R19 dan R20 tidak bersetuju hasil cukai eksais
berpotensi meningkatkan hasil untuk membiayai program kesihatan, kata salah
seorang daripada mereka;

''Saya rasa tidak sebab hasil cukai eksais ni tak lah banyak pun. So bagi saya hasil
cukai ni tak berpotensi dan bukan cara yang efektif untuk membiaya program
kesihatan sosial.''

Namun begitu, 18 orang bersetuju hasil cukai ini boleh digunakan untuk membiayai
program kesihatan, antaranya;

''Bagi saya berpotensi. Berpotensilah untuk bina-bina pusat-pusat kesihatan yang tadi
tu lah. Bagi saya berpotensilah benda tu. Okay, masyarakat akan lebih lagi, dia akan
ramai bersukan dan akan ramailah yang memanfaatkan fasiliti yang ada.''

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden bersetuju cukai
eksais ke atas minuman manis
51 Adakah cukai eksais ke atas bergula berpotensi meningkatkan
minuman bergula berpotensi hasil untuk penjagaan kesihatan
meningkatkan hasil untuk awam.
penjagaan kesihatan awam (seperti
oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia)? Jelaskan.

RUMUSAN

Seramai 20 orang responden bersetuju bahawa cukai eksais ke atas minuman bergula
berpotensi meningkatkan hasil untuk penjagaan kesihatan awam (seperti oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia);

Hal ini terbukti dengan kenyataan jawapan daripada 2 orang daripada responden iaitu
R4 dan R13;

''Boleh jadi la kerajaan salurkan juga kepada pihak kesihatan untuk meningkatkan
lebih lagi apa-apa yang boleh buat untuk rakyat'' dan ''saya rasa mampu mampu
untuk tanggung perbelanjaan dan menambahkan perbelanjaan dan menambahkan
kualiti kemudahan kepada rakyat."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Seorang-tidak berpotensi
meningkatkan hasil untuk
52 Adakah cukai eksais ke atas membiayai kos penjagaan bagi
minuman bergula berpotensi golongan yang mengalami obesiti
meningkatkan hasil untuk dan diabetes.
membiayai kos penjagaan bagi 19 orang-berpotensi meningkatkan
golongan yang mengalami obesiti hasil untuk membiayai kos
dan diabetes? Jelaskan. penjagaan bagi golongan yang
mengalami obesiti dan diabetes.

RUMUSAN

Seramai 19 orang responden berpotensi meningkatkan hasil untuk membiayai kos
penjagaan kesihatan yang ditunjukkan oleh beberapa jawapan responden antaranya
R7 dan R10;

''Ya kerana aa lebih banyak peruntukan yang dapat disediakan bagi menyediakan
kemudahan untuk golongan yang mengalami obesiti dan diabetes" dan ''saya
setujulah mungkin mampulah membantu untuk membiayai kos penjagaan tu.
Terutamanya sangat membantu golongan B40 lah terutamnya."

Berbeza dengan seorang responden iaitu R1 yang menyatakan;

"Aaa saya rasa untuk duit-duit cukai ni untuk pencegahan kot. Kalau untuk merawat
tak kot sebab kalau untuk pencegahan lebih effective dari merawat kan. Mungkin nak
merawat tu lebih banyak lagi perlukan duit. So, tak sesuailah duit cukai tu nak
digunakan untuk bayar benda tu."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5 orang-tidak berpotensi
meningkatkan hasil bagi
53 Adakah cukai eksais ke atas belanjawan kerajaan.
minuman bergula berpotensi 15 orang-berpotensi meningkatkan
meningkatkan hasil bagi hasil bagi belanjawan kerajaan.
belanjawan kerajaan? Jelaskan.

RUMUSAN

Seramai 5 orang responden menyatakan bahawa cukai eksais ini tidak berpotensi
meningkatkan hasil belanjawan kerajaan seperti yang diperkatakan oleh R2;

''Untuk hasil belanjawan tu saya rasa tak berpotensi pun ditingkatkan sebab macam
mana eh, maksudnya dari situ belanja masyarakat tak meningkat pun. Bagi saya tak
bagi effect kepada hasil belanjawan negara. Haah kadar untuk cukai ni pun tak ada
lah tinggi sangat pun. Jadinya tak beri kesan sangat pun pada belanjawan negara."

Majoriti responden seramai 15 orang bersetuju bahawa cukai eksais ke atas minuman
bergula berpotensi meningkatkan hasil bagi belanjawan kerajaan;

"Selain daripada meningkatkan fasiliti, mungkin yelah mungkin akan meningkatkan
belanjawan kerajaan la. Seperti faciliti menaik jadi belanjawan negara menaik juga.
Belanja untuk fasiliti contohnya seperti err tempat berjalan kaki, padang, mungkin ia
akan menignkatlah. Ekonomi pula semakin meningkat, jadi meningkatlah belanjawan
juga."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 8 orang-tidak bersetuju hasil
kutipan cukai dapat menutup item
54 Adakah hasil dari kutipan cukai hasil kerajaan yang lain.
eksais ke atas minuman bergula 12 orang-bersetuju hasil kutipan
dapat menutupi kejatuhan dalam cukai berpotensi menutup item
item hasil kerajaan yang lain? hasil kerajaan yang lain.
Jelaskan.

RUMUSAN

Seramai 8 orang responden tidak bersetuju hasil kutipan cukai dapat menutup item
hasil kerajaan yang lain. Memetik kata daripada salah seorang responden iaitu R20;

''Hasil cukai tu tak banyak sebab pengeluar nak elak bayar cukai so dia akan buat
inovasi kira macam kurangkan gula atau tiada gula langsung. Jadi dia jadi cukai tu
tak mampu untuk menutup kejatuhan tu."

Manakala sebanyak 12 orang responden bersetuju bahawa hasil kutipan cukai dapat
menutup item hasil kerajaan yang lain. Respon dari R11;

"Saya rasa mampu kerana cukai yang dikutip itu sangat tinggi dan mampu
menampung segala kekurangan dari apa-apa segi kewangan Malaysia."

Respon daripada R1 juga menyatakan;

''Saya rasa ya sebab jumlah cukai gula yang dikutip ini pasti sangat tinggi, maka ia
berpotensi untuk menutupi kejatuhan dalam item hasil kerajaan yang lain.''

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5 orang-tidak bersetuju hasil
kutipan cukai dapat digunakan
55 Adakah hasil dari cukai eksais ke untuk tujuan spesifik.
atas minuman bergula wajar 15 orang-bersetuju hasil kutipan
digunakan untuk tujuan spesifik cukai dapat digunakan untuk
(seperti pembinaan kemudahan tujuan spesifik.
sukan)? Jelaskan.

RUMUSAN

Seramai 5 orang responden tidak bersetuju hasil kutipan cukai dapat digunakan untuk
tujuan spesifik seperti pembinaan kemudahan sukan seperti yang diperkatakan oleh
salah seorang responden iaitu R20;

''Sebenarnya tak wajar kalau hasil cukai gula ni hasil cukai makanan gula ni
digunakan untuk aaa membangunkan fasiliti sukan, fasiliti hiburan sebab hasil yang
dapat tu pun tak banyak dan pembinaan tu pun makan belanjawan yang agak tinggi.
So lebih baik lah kan kerajaan buat kempen atau program yang berkisahkan tentang
penjagaan kesihatan awam."

Manakala sebanyak 15 orang responden bersetuju hasil kutipan cukai dapat
digunakan untuk tujuan spesifik seperti pembinaan kemudahan sukan;

"Wajar sebab nak galakkan orang bersukanlah. Bila cukai disalurkan untuk kesihatan
macam alatan sukan tu kan, macam tambah lebih lagi padang bagai tu kan."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Seorang-bersetuju cukai eksais ke
atas minuman bergula mampu
56 Adakah cukai eksais ke atas mewujudkan kesaksamaan
minuman bergula mampu (equality) kesihatan.
mewujudkan kesaksamaan 19 orang-tidak bersetuju cukai
(equality) kesihatan? Jelaskan. eksais ke atas minuman bergula
mampu mewujudkan
kesaksamaan (equality)
kesihatan.

RUMUSAN

Seorang responden iaitu R18 menyatakan bahawa cukai eksais ke atas minuman
bergula tidak mampu mewujudkan kesaksamaan kesihatan;

''Pada pendapat saya itu sama sekali tidaklah. Hal ini kerana tahap kesihatan setiap
individu di Malaysia ni adalah berlainan. So ada seseorang tu dia dah menghidapi
obesiti pada umur yang muda, ada seseorang tu dia dah menghidapi kencing manis
pada umur yang muda. Dia berbeza dengan mereka yang contohnya berumur 20 kan,
contohnya mereka yang mempunyai diabetes pada umur 20 dengan mereka yang
tidak mempunyai diabetes, jadinya mereka yang tak kena diabetes ni dikenakan juga
duti ni, yang sihat ni pun kena juga duti ni. Jadinya aaa saya tidak menyokong perkara
itu dia memang tak beri kesaksamaan pun."

Manakala responden selebihnya bersetuju cukai ini mampu mewujudkan
kesaksamaan kesihatan, antaranya;

"Ha ya kemungkinan akan mewujudkan kesaksamaan kesihatan aaa sebab bila
dikenakan cukai rakyat akan menjaga kesihatan dan menitikberatkan tentang
kesihatan dan pengambilan makanan yang kurang gula."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 3 orang-tidak bersetuju cukai
eksais boleh membantu
57 Adakah cukai eksais ke atas mengurangkan jurang tahap
minuman bergula boleh membantu kesihatan dalam kalangan rakyat.
mengurangkan jurang tahap 17 orang-bersetuju cukai eksais
kesihatan dalam kalangan rakyat? boleh membantu mengurangkan
Jelaskan. jurang tahap kesihatan dalam
kalangan rakyat.

RUMUSAN

Seramai 3 orang responden menyatakan bahawa cukai eksais tidak mampu
membantu dalam mengurangkan jurang tahap kesihatan dalam kalangan rakyat,
antaranya adalah R18 yang mengatakan;

''Pada pendapat saya secara peribadi lah sebab dia kadar cukai yang dikenakan tu tak
terlalu tinggi. Jadinya untuk mengelakkan jurang antara mereka yang sihat dengan
tidak sihat itu mungkin tidaklah. Jika kerajaan menaikkan lagi harga duti ni
kemungkinan boleh merapatkan lagi jurang tersebut.

Namun begitu, 17 orang responden menyatakan bahawa ia mampu membantu
mengurangkan jurang tahap kesihatan dalam kalangan rakyat;

"Ya, jurang tahap kesihatan dalam kalangan rakyat pasti akan dapat dikurangkan jika
rakyat semua mula sedar tentang objektif utama kerajaan melaksanakan cukai ini."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden berpendapat
bahawa golongan berpendapatan
58 Golongan manakah yang akan rendah lebih terkesan akibat
lebih terkesan daripada cukai pelaksanaan cukai ini
eksais ke atas minuman bergula
ini? Adakah golongan
berpendapatan rendah atau tinggi
dan mengapa? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden merasakan bahawa golongan
berpendapatan rendah lebih terkesan akibat pelaksanaan cukai eksais ke atas
minuman bergula ini kerana ia mempengaruhi tingkat harga minuman manis

Menurut R8 "Sebenarnya yang lebih terjejas adalah golongan berpendapatan
rendahlah. Sebab mereka bila harga barang tu naik, mereka lebih terkesanlah
untuk membeli gula tu.kalau golongan bependapatan tinggi mereka takde
beza ponlah, mereka masih lagi mampu beli macam biasa, bagi golongan
berpendapatan rendah lebih terkesan dengan cukai eksais ni."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 5 orang-berkadar
9 orang-cukai progresif
59 Adakah cukai eksais ke atas 6 orang-cukai regresif
minuman manis bergula bersifat
progresif, regresif atau berkadar?
Jelaskan.

RUMUSAN

5 orang responden menyatakan cukai eksais ini bersifat berkadar seperti yang
dinyatakan oleh R12;

''Berkadar kerana kedua-dua golongan berpendapatan tinggi dan rendah terkesan."

Seterusnya, seramai 9 orang menyokong cukai ini berbentuk progresif;

"Saya rasa progresif sebab semakin meningkat pendapatan tu, mestilah kena
meningkat juga bayaran kan."

Akhir sekali, 6 orang menyatakan bahawa cukai ini berbentuk regresif seperti yang
diperkatakan oleh R15;

"Saya rasa dia akan beri kesan kat golongan berpendapatan rendah so cukai bersifat
regresif."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 14 orang-Kerajaan mengesan
melalui pendaftaran syarikat
60 Bagaimana minuman manis yang 3 orang-Kerajaan kuatkuasakan
berstatus ‘home-made, unlabeled undang-undang
products’ boleh dikenakan cukai 3 orang-Membuat pantauan di
gula? Jelaskan. kedai mereka.

RUMUSAN

14 orang responden menyatakan bahawa kerajaan boleh mengesan mereka
melalui pendaftaran syarikat seperti yang diperkatakan oleh R4;

"Diaorang mesti kena daftar juga dengan kerajaan kan. Jadi saya rasa bila daftar
tu tak silap saya kena nyatakan jenis perniagaan yang dijalankan. So mungkin
daripada situ kot kalau untuk kenakan cukai terhadap mereka ini."

3 orang responden menyatakan bahawa kerajaan perlu menguatkuasakan
undang-undang;

"Kenalah kuatkuasakan undang-undang ni kepada unlabeled product untuk
berdaftar untuk periksa kandungan gula dalam makanan tersebut."

3 orang responden yang lain menyatakan bahawa kerajaan perlu memantau
kedai-kedai ini.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN Seorang-akan membeli di pasaran
gelap.
61 Adakah pelaksanaan cukai eksais 19 orang-tidak akan membeli di
ke atas minuman bergula akan pasaran gelap.
menyebabkan anda mendapatkan
produk yang sepatutnya dikenakan
cukai ini di pasaran gelap?
Jelaskan.

RUMUSAN

Seorang daripada 20 orang responden menyatakan bahawa beliau
berkemungkinan akan membeli di pasaran gelap sekiranya harga yang
ditawarkan murah;

"Bergantung kerana sekiranya pasaran gelap itu menjual produk atau barangan
itu dengan harga yang lebih murah mungkin saya akan membeli di pasaran
gelap" (R11)

19 orang responden yang lain menyatakan bahawa mereka tidak akan membeli di
pasaran gelap kerana mereka bukanlah peminat tegar minuman manis bergula.

"Pada saya tak, saya tak akan ambil di pasaran gelap lah. Saya juga bukan
peminum tegar yang terlalu obses terhadap minuman bergula. Jadi, pada saya
tak. Saya akan mengurangkan pembelian minuman bergula daripada membeli di
pasaran gelap."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 16 orang-Mengurangkan kadar
gula
62 Bagaimanakah sokongan daripada 4 orang-Kerajaan perlu
industri berasaskan minuman menetapkan satu garis panduan
bergula ini (seperti pengeluar, dan ia mestilah tidak
pemborong, peruncit dan syarikat membebankan mana-mana
catering) dapat menjayakan pihak.
pelaksanaan cukai ini? Jelaskan.

RUMUSAN

16 orang responden menyatakan bahawa antara sokongan yang boleh diberi
dalam menjayakan usaha ini adalah dengan mengurangkan kadar gula
dalam pengeluaran makanan atau minuman manis bergula seperti yang
diperkatakan oleh R19;

"Pelaksanaan cukai ni dapat dijayakan jika industri yang berasaskan minuman
ni beri sokongan kepada usaha ni dengan mengeluarkan lebih banyak produk
yang kurang gula atau tiada gula atleast dapatlah menggalakkan
pengambilan gula yang optimum sekaligus dapat perbaiki kesihatan
pengguna."

4 orang yang selebihnya mengatakan kerajaan perlu menetapkan satu garis
panduan untuk diikuti oleh pengeluar, pemborong dan peruncit untuk diikuti
dan ia mestilah tidak boleh membebankan mana-mana pihak.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

63 Bagaimanakah sokongan daripada 13 orang-mencadangkan pakar
pengguna dan pakar kesihatan kesihatan untuk melaksanakan
awam dapat menjayakan program atau kempen yang
pelaksanaan cukai ini? Jelaskan. boleh menyedarkan orang ramai
tentang pengambilan gula.
7 orang-pengguna sendiri perlu
mengambil gula pada kadar
yang optimum dan tidak
berlebihan.

RUMUSAN

13 orang berpendapat pakar kesihatan perlu melaksanakan program yang boleh
menyedarkan orang ramai tentang pengambilan gula melalui media sosial, akhbar atau
siaran televisyen. Hal ini dapat membuka mata orang ramai tentang pentingnya untuk
mengurangkan pengambilan minuman manis bergula. Berdasarkan jawapan seorang
responden iaitu R5;

"Mungkin diaorang boleh buat macam kempen-kempen kurang gula apa semua. Jadi
benda tu bagi kesedarkanlah kepada pengguna kepada rakyat tentang pentingnya
diaorang ambil makanan ni kurang gula atau tanpa gula. Maksudnya tak berlebihan pun
gula tersebut. Jadi dengan adanya kempen-kempen tersebut, dia dapat membantulah
kerajaan. Yelah sebab dikenakan cukai, harga mahal dia dapat mengurangkanlah
membeli."

Pernyataan ini disokong oleh 12 orang responden yang lain. Selain itu, terdapat 7 orang
responden mengatakan bahawa tindakan seorang pengguna itu sendiri perlulah bijak
dengan mengambil gula pada kadar yang optimum kerana sekiranya seseorang itu
menghidap penyakit kronik, ia akan menelan kos perubatan yang amat besar.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

64 Bagaimanakah sokongan daripada 11 orang-kerajaan dan ahli
pihak kerajaan seperti pembuat politik perlu memperbanyakkan
dasar, ahli politik dan kempen.
kementerian/agensi kerajaan dapat 6 orang-menguatkuasakan
menjayakan pelaksanaan cukai ini? undang-undang.
Jelaskan. Seorang-Kerajaan perlu
memberi subsidi.
Seorang-Ahli politik perlu
menunjukkan contoh yang baik.

RUMUSAN

Berdasarkan jawapan daripada responden, 11 orang menyatakan bahawa
kerajaan perlu memmperbanyakkan kempen atau program kesedaran untuk
memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kewujudan cukai ini. R13
berkata,

"Dia orang boleh buat kempen kurangkan pengambilan manis, buat kempen
untuk sedarkan rakyat supaya kurangkan pengambilan minuman manis
ataupun kempen cegah penyakit obesiti dan diabetes"

Selain itu, 6 orang responden yang lain menyatakan kerajaan perlu
menguatkuasakan undang-undang supaya objektif pengenaan cukai ini
dilaksanakan tercapai manakala seorang mengatakan kerajaan perlu
memberikan subsidi dan seorang lagi menyatakan untuk menjayakan
pelaksanaan cukai ini, kerajaan dan ahli politik perlu menunjukkan contoh
yang baik.

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden bersetuju bahawa
pelaksanaan cukai eksais ke atas
65 Adakah pelaksanaan cukai eksais minuman bergula ini perlu
ke atas minuman bergula ini perlu dihebahkan kepada masyarakat
dihebahkan kepada masyarakat agar rakyat peka dan berubah ke
agar rakyat peka dan berubah ke arah penggunaan gula yang
arah penggunaan gula yang optimum
optimum? Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden merasakan perlu
pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula ini dihebahkan secara
meluas melalui pelbagai jenis platform kepada masyarakat agar rakyat
peka dan berubah ke arah penggunaan gula yang optimum

Menurut R15 "Ya saya rasa cukai eksais ni perlu dihebahkan kepada
masyarakat sebab contohnya macam saya tadi andaikata kita tak tahu
tak diawalkan dengan benda ni dia orang pun tak tengok pun harga
meningkat disebabkan gula. So saya rasa perlulah bagi hebahan so dia
orang pun boleh aware yang harga meningkat disebabkan kadar gula
meningkat jadi sedikit sebanyak dia orang tahu."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 4 orang bersetuju supaya
kerajaan tidak meneruskan
66 Perlukah kerajaan meneruskan memberi subsidi.
pemberian subsidi gula? Mengapa? 16 orang bersetuju supaya
Jelaskan. kerajaan meneruskan memberi
subsidi.

RUMUSAN

Berdasarkan R20, beliau kurang bersetuju apabila kerajaan meneruskan pemberian subsidi, katanya
;

"Tak perlu, tak perlu untuk memberikan subsidi gula sebab lebih memudaratkan pengunaan
pengambilan kandungan gula yang tinggi dan boleh berlakunya pihak yang tak bertanggungjawab
mengambil kesempatan untuk kepentingan individu aaa mengambil kandungan gula yang tinggi"

Pernyataan beliau disokong oleh 3 orang responden yang lain. Namun begitu, 16 orang responden
yang lain bersetuju untuk kerajaan terus memberikan subsidi kerana masih ramai yang belum
berkemampuan untuk membiayai kos sara hidup yang tinggi ini seperti yang diperkatakan oleh
R18;

"Okay pada pendapat saya pada sudut yang lain, pemberian subsidi gula perlulah diteruskan sebab
hal ini bagi mengurangkan beban kepada mereka yang berpendapatan rendah aaa dan mereka
tak perlu lagilah membeli lagi lah gula ni sebab saya kira gula ni adalah merupakan aaa makanan
yang harian jugalah kepada rakyat Malaysia ni. Tapi daripada sudut yang lain pulak, jika
pemberian subsidi gula ni diberhentikan, jadinya masyarakat Malaysia akan kurang untuk membeli
gula disebabkan subsidi dah tak dapatkan. Jadinya aaa untuk beli mereka perlu mengeluar duit
sendiri. Jadinya ada dua situasi lah sekarang ni yang pertama adalah untuk mengurangkan beban
B40 dan yang kedua adalah aaa kepada mereka yang tidak berpendapatan rendah kan ha macam
tu."

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

BAHAGIAN B JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN 100% responden bersetuju bahawa
komitmen dan sokongan
67 Adakah komitmen dan sokongan pemerintah serta rakyat sangat
pemerintah serta rakyat sangat penting dalam pelaksanaan cukai
penting dalam pelaksanaan cukai gula ini
eksais(cukai gula)? Kenapa?
Jelaskan.

RUMUSAN

Kami mendapati bahawa kesemua responden merasakan bahawa
sokongan jitu antara rakyat dan pemerintah adalah amat penting bagi
memastikan objektif utama pelaksanaan cukai ini berjaya dicapai

Menurut R11 "Saya rasa kedua-dua pihak memainkan peranan yang
sangat penting kerana sekiranya hanya dilaksanakan sebelah pihak
dan sebelah pihak lagi tidak tidak setuju akan menimbulkan sedikit
kekacauan atau ketidakseimbangan dalam melaksanakan program-
program atau cukai itu sendiri jadi ia memerlukan kedua-dua belah
pihak punya sokongan"

KUMPULAN 1 EPPE3223

EKONOMI PERCUKAIAN

SEKIAN,
TERIMA KASIH

EKONOMI
PERCUKAIAN

EPPE3223


Click to View FlipBook Version