PROGRAM E K S E K U T I F P E M B I M B I N G I B A D A H H A J I 2024
PROGRAM E K S E K U T I F P E M B I M B I N G I B A D A H H A J I ( E P I H ) Selangkah mencorak harapan
PENGENALAN PROGRAM
Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) adalah inisiatif terkini yang bertujuan untuk melanjutkan kejayaan Program Sijil Pengurusan Ibadat Haji (SPIH) yang telah dilaksanakan sebelum ini. Program ini berfokus pada persediaan dan peningkatan nilai bagi bakal pembimbing haji dan umrah melalui penyampaian ilmu dan kemahiran profesional dalam pengurusan jemaah haji dan umrah dari pelbagai aspek. EPIH bukan sahaja merupakan sambungan SPIH yang telah diadakan sejak tahun 2010 melalui kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia dan Lembaga Tabung Haji, tetapi juga melibatkan peningkatan komponen pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk memberikan impak holistik kepada bakal pembimbing Ibadat haji dan umrah, serta kepada pembimbing sedia ada. Program ini juga diarahkan untuk menjadi titik permulaan ke tahap yang lebih tinggi, iaitu Diploma Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji dan Umrah pada masa akan datang. Pembangunan EPIH sejajar dengan hasrat Lembaga Tabung Haji untuk memberi nilai tambah kepada program-program akademik dan kemahiran. Lebih daripada itu, EPIH membuka peluang kepada pekerja industri yang tidak dapat mengikuti laluan akademik pada peringkat awal kehidupan peserta untuk mendapatkan pendidikan alternatif formal melalui pelbagai program berimpak tinggi. PENGENALAN PROGRAM
KAEDAH PERLAKSANAAN Bagi program EPIH, pihak TH dan USIM memperkenalkan kaedah pembelajaran dan penilaian baharu untuk meningkatkan dan menambah baik kualiti program. Program ini dijalankan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian). Ia bertujuan untuk meninggalkan impak pembelajaran dan kualiti ilmu dengan tempoh masa pembelajaran yang lebih panjang supaya peserta dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran dan memberi masa yang sesuai berbanding sebelum ini. Sebagai usaha memastikan kaedah pembelajaran dan pengajaran memenuhi keperluan setiap topik, sesetengah topik dipanjangkan masa pengajarannya dan dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap topik merangkumi masa pengajaran berdurasi dari 2 jam hingga 6 jam dengan kebanyakan topik dilaksanakan secara atas talian. Pihak EPIH akan menggunakan kaedah penilaian secara berterusan tanpa peperiksaan akhir untuk memastikan pemahaman peserta dapat dinilai secara lebih efektif. Bagi kaedah penilaian para peserta dikehendaki menghantar tugasan individu berbentuk kuiz, video pembentangan ataupun tugasan bertulis mengikut topik yang akan diberikan kemudian. Di akhir program, peserta akan menerima Sijil Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) yang diakui oleh USIM dan TH. Peserta wajib melepasi markah kelulusan iaitu 60/100. Sijil ini kemudiannya akan memberi nilai tambah kepada peserta yang berhasrat untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi melalui kewujudan program Diploma Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji.
Komponen Subjek Kaedah P&P Jam Pengajaran Peratus Penilaian Tafaqquh Fi Din (Haji dan Umrah) (40%) Falsafah dan Penyucian JIwa dalam Haji dan Umrah Dalam Talian 4 jam 10 Bersemuka 2 jam Sejarah Haramain dan Hukum Hakam Dam Dalam Talian 3 Jam 5 Bersemuka 3 Isu-Isu Kontemporari Haji dan Umrah Dalam Talian 2 jam 10 Bersemuka 4 jam Perbezaan Mazhab dalam Haji dan Umrah Dalam Talian 3 jam 5 Fiqh Wanita Haji dan Umrah Dalam Talian 2 jam 5 Bersemuka 4 jam Aliran akidah Islam Dalam Talian 3 Jam 5 KOMPONEN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN
Komponen Subjek Kaedah P&P Jam Pengajaran Peratus Penilaian Kompetensi Pengurusan Haji dan Umrah (30%) Kaedah Pengajaran Andragogi dalam Ibadah Haji dan Umrah Dalam Talian 3 Jam 5 Pengurusan Risiko dalam Haji dan Umrah Dalam Talian 3 Jam 5 Professionalism dan Etika Bimbingan Haji dan Umrah Dalam Talian 2 Jam 5 Undang-Undang dan Pengurusan dalam Haji dan Umrah Dalam Talian 3 Jam 5 Digitalisasi dalam pengurusan Haji dan Umrah Dalam Talian 2 Jam 5 Pengurusan Haji dan Umrah bagi Jemaah berkeperluan Khas (OKU) Dalam Talian 2 Jam 5 KOMPONEN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN
Komponen Subjek Kaedah P&P Jam Pengajaran Peratus penilaian Ekeskutif Pengurusan Haji dan Umrah (30%) Kemahiran menyelesaikan Masalah & Membuat Keputusan Dalam Talian 3 Jam 5 Kepimpinan Dakwah dan Integriti dalam Pekerjaan Dalam Talian 2 Jam 5 Kemahiran Menolong (Kaunseling Asas) Dalam Talian 3 Jam 5 Pengurusan Kesihatan Dalam Talian 3 Jam 5 Kemahiran Komunikasi dan Aplikasi Media Baharu Dalam Talian 3 Jam 5 Terapi Kerohanian dan Perubatan Islam Dalam Talian & Bersemuka 2 jam 5 Bersemuka 2 jam KOMPONEN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN
KOMPONEN PEMBERAT NILAI PERATUSAN WAJIB LULUS Tafaqquh Fi Din (Haji dan Umrah 40% 20% Kompetensi Pengurusan Haji dan Umrah 30% 20% Ekeskutif Pengurusan Haji dan Umrah 30% 20% JUMLAH PEMBERAT 100/100 60/100 KAEDAH PENILAIAN Penilaian bagi setiap komponen dibahagikan kepada beberapa nilai peratus bagi membolehkan markah keseluruhan yang perlu dicapai oleh setiap peserta berjumlah 100/100. Selain itu, kehadiran dan komitmen peserta sepanjang kuliah dilaksanakan akan menjadi nilai tambah kepada markah keseluruhan peserta. Peserta dicadangkan agar lulus nilai wajib lulus yang dicadangkan dan memberi 100% komitmen kepada kuliah bagi setiap komponen. Pembahagian markah bagi ketiga-tiga komponen di bahagikan kepada pemberat berikut: Justifikasi keperluan untuk wajib lulus nilai cadangan adalah bertujuan untuk: Melahirkan pembimbing Ibadat Haji yang berkualiti Menghasilkan pembimbing Ibadat Haji yang berkemahiran dan berpengetahuan Memberi nilai tambah kepada kualiti program yang ditawarkan Memberi nilai tambah kepada servis ibadat haji yang ditawarkan.
JADUAL KULIAH PROGRAM EKSEKUTIF PEMBIMBING IBADAT HAJI (EPIH) 2024
Tarikh Kaedah 13 Februari – 23 Mac 2024 Kuliah atas talian dan Penilaian atas talian (Fasa 1) 16 April – 19 April 2024 Kuliah atas talian dan Penilaian atas talian (Fasa 2) 20 April – 21 April 2024 Kuliah dan Penilaian Bersemuka 22 April 2024 Majlis Graduasi JADUAL KULIAH PROGRAM EKSEKUTIF PEMBIMBING IBADAT HAJI (EPIH) 1445H / TAHUN 2024
JADUAL KULIAH PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
MINGGU PERTAMA: 1) Kelas atas talian : 13 Februari – 15 Februari 2024 (8 Malam) 2) Penilaian atas talian : Tiada Tarikh & Masa Modul Pengajar Kaedah Penilaian Tarikh Penilaian 13 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2401: Isu-isu Kontemporari Haji dan Umrah (Bahagian 1) Dr. Jamalluddin Hashim Penilaian kelas Bersemuka Sahaja Tarikh: 21 April 2024 Masa: 6.30 petang 14 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2403: Sejarah Haramain dan Hukum Hakam Dam (Bahagian 1) Dr. Mohd Sirajuddin Putera Mohamed Shith Penilaian kelas Bersemuka Sahaja Tarikh: 20 April 2024 Masa: 6.30 petang 15 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2402: Fiqh Wanita Haji dan Umrah (Bahagian 1) Dr. Shamsiah Mohamad Penilaian kelas Bersemuka Sahaja Tarikh: 21 April 2024 Masa: 9.00 malam
Tarikh & Masa Modul Pengajar Kaedah Penilaian Tarikh Penilaian 19 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2404: Falsafah Dan Penyucian Jiwa Dalam Haji Dan Umrah (Bahagian 1) Tuan Hj. Shahrin Awaludin Penilaian Atas Talian & Bersemuka Atas Talian: Tarikh : 4 Mac 2024 Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang Bersemuka: Tarikh: 20 April 2024 Masa: 10.00 malam 20 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2404: Falsafah Dan Penyucian Jiwa Dalam Haji Dan Umrah (Baha gian 2) Tuan Hj. Shahrin Awaludin Penilaian Atas Talian & Bersemuka 21 Februari 20248.00 malam(3 jam) EPIH-2405: Kemahiran Komunikasi dan Aplikasi Media Baharu Prof Madya Dr. Mohd Faizal Bin Kasmani Penilaian kelas atas talian sahaja Tarikh: 25 Feb 2024 Masa: 10.00 pagi 22 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2406: Kemahiran Asas Menolong (Kaunseling Asas) Tuan Hj. Mohammad Hanif Napi Penilaian kelas atas talian sahaja Tarikh: 25 Feb 2024 Masa: 11.00 pagi MINGGU KEDUA: 1) Kelas atas talian : 19 Februari – 22 Februari 2024 (8 Malam) 2) Penilaian atas talian : 25 Februari 2024
Tarikh & Masa Modul Pengajar Kaedah Penialain Tarikh Penilaian 26 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2407: Perbezaan Mazhab dałam Haji dań Umrah Prof. Dr. Azman Ab Rahman Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 3 Mac 2024 Masa: 9.00 pagi 27 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2408: Professionalis m dan Etika Bimbingan Haji dan Umrah Prof. Madya. Dr. Ahmad Najaa’ Mokhtar Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 3 Mac 2024 Masa: 10.00 pagi 28 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2409: Pengurusan Risiko dalam Haji dan Umrah Tuan Hj. Badrul Hisha m Mohd Salleh Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 3 Mac 2024 Masa: 11.00 pagi 29 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2418: Kaedah Pengajaran Andragogi Prof. Madya Dr Othman Ab Rahman Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 3 Mac 2024 Masa: 12.00 Tengahari MINGGU KETIGA: 1) Kelas atas talian : 26 Februari – 29 Februari 2024 (8 Malam) 2) Penilaian atas talian : 3 Mac 2024
Tarikh & Masa Modul Pengajar Kaedah Penilaian Tarikh Penilaian 4 Mac 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2410: Kemahiran Menyelesaikan Masalah & Membuat Keputusan Prof. Dr Mahazan Mutalib Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 10 Mac 2024 Masa: 9.00 pagi 5 Mac 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2411: Pengurusan Haji dan Umrah bagi Jemaah berkeperluan Khas (OKU) Dr. Noornaji han Ja’far Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 10 Mac 2024 Masa: 10.00 pagi 6 Mac 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2412: UndangUndang dan Peraturan dalam Pengurusan Haji dan Umrah Puan Hjh. Rozila Omar Ali Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 10 Mac 2024 Masa: 11.00 pagi 7 Mac 2024 8.00 malam (3jam) EPIH-2413: Aliran akidah Islam Prof.Madya Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 10 Mac 2024 Masa: 12.00 Tengahari 16 Mac 2024 10.00 pagi (2 jam) EPIH-2416: Kepimpinan Dakwah dan Integriti dalam Pekerjaan Prof. Dato’ Dr. Zulkiplee Abd Ghani Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 23 Mac 2024 Masa: 10.00 Pagi MINGGU KEEMPAT: 1) Kelas atas talian : 4 Mac - 7 Mac 2024 (8 Malam) 2) Penilaian atas talian : 10 Mac – 23 Mac 2024
Tarikh & Masa Modul Pengajar Kaedah Penilaian Kaedah Penilaian 16 April 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2414: Digitalisasi dalam Pengurusan Haji dan Umrah Dr. Muhammad Raqib Soffian Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 19 April 2024 Masa: 8.00 Malam 17 April 2024 8.00 malam (3 jam) EPIH-2415: Pengurusan Kesihatan Dr. Muhammad Shafiq Samsudin Penilaian atas talian Sahaja Tarikh: 19 April 2024 Masa: 9.00 Malam 18 April 2024 8.00 malam (2 jam) EPIH-2417: Terapi Kerohanian dan Perubatan Islam Dr. Muhammad Najib Abdullah Penilaian kelas Bersemuka Sahaja Tarikh: 21 April 2024 Masa: 8.00 Malam MINGGU KELIMA: 1) Kelas atas talian : 16 April - 18 April 2024 (8 Malam) 2) Penilaian atas talian : 19 April 2024
JADUAL KULIAH PEMBELAJARAN BERSEMUKA 20-22 APRIL 2024 LOKASI: TASIK VILLA INTERNATIONAL RESORT, PORT DICKSON
Tarikh & Masa Pengisian Cadangan Tarikh dan Masa Penilaian 8.00- 10.00 pagi Pendaftaran 10.00 pagi (3jam) EPIH-2403: Sejarah Haramain dan Hukum Hakam Dam (Bahagian 2) Pengajar: Dr. Mohd Sirajuddin Putera Mohamed Shith Tarikh: 20 April 2024 Masa : 6.30 Petang 1.00 petang Solat Zohor / Makan Tengahari 2.00 petang (2 jam) EPIH-2401: Isu-isu kontemporari dalam pengurusan haji dan umrah (Bahagian 2) Pengajar: Dr. Jamaluddin Hashim 4.00 petang Minum Petang / Solat Asar 4.30 petang (2 jam) EPIH-2401: Isu-isu kontemporari dalam pengurusan haji dan umrah (Bahagian 2) (sambungan) Pengajar: Dr. Jamalluddin Hashim Tarikh: 21 April 2024 Masa : 6.30 Petang 6.30 petang Kuiz atas talian / Makan Malam / Solat Maghrib PLATFORM MOOC 8.00 malam (2 jam) EPIH-2404: Falsafah Dan Penyucian Jiwa Dalam Haji Dan Umrah (Bahagian 3) Pengajar: Tuan Hj. Shahrin Awaludin Tarikh: 21 April 2024 Masa : 8 Malam 10.00 malam Rehat/Tamat Hari Pertama HARI PERTAMA Tarikh : 20 APRIL 2024 (Sabtu)
Tarikh & Masa Pengisian Pengajar 7.00 pagi Sarapan Pagi 8.30 pagi Pendaftaran 9.00 pagi (1 jam) EPIH-2417: Terapi Kerohanian dan Perubatan Islam (Bahagian 2) Pengajar: Dr. Muhammad Najib Abdullah 10.00 pagi Minum Pagi 10.30 pagi (1 jam) EPIH-2417: Terapi Kerohanian dan Perubatan Islam (Bahagian 2) (Sambungan) Pengajar: Dr. Muhammad Najib Abdullah Tarikh: 21 April 2024 Masa : 12.00 Tengahari 11.30 tengah hari Kuiz atas talian/ Makan Tengahari / Solat Zohor PLATFORM MOOC 2.00 petang (2 jam) EPIH-2402: Fiqh Wanita Haji dan Umrah (Bahagian 2) Pengajar: Dr. Shamsiah Mohamad 4.00 petang Minum Petang / Solat Asar 4.30 petang (2 jam) EPIH-2402: Fiqh Wanita Haji dan Umrah (Bahagian 2) Pengajar: Dr. Shamsiah Mohamad Tarikh: 21 April 2024 Masa : 8 Malam 6.30 petang Kuiz atas talian / Makan Malam / Solat Maghrib PLATFORM MOOC 8.00 malam- 10.00 malam Kuiz atas talian PLATFORM MOOC Tamat Hari Kedua HARI KEDUA Tarikh : 21 APRIL 2024 (Ahad)
Tarikh & Masa Pengisian 7.00 pagi Sarapan Pagi 8.00 pagi Pemakaian Jubah Graduasi 10.00 pagi – 1.00 petang Majlis Graduasi dan Penutup Tamat Program HARI KETIGA Tarikh : 22 APRIL 2024 (ISNIN)
SENARAI SUBJEK DAN TENAGA PENGAJAR
Dr. Jamalluddin Hashim EPIH-2401: Isu-isu Kontemporari Haji dan Umrah Dr. Mohd Sirajuddin Putera Mohamed Shith EPIH-2403: Sejarah Haramain dan Fadhail Masya’ir Dr. Shamsiah Mohamad EPIH-2402: Fiqh Wanita Haji dan Umrah
Tuan Hj. Shahrin Awaludin EPIH-2404: Falsafah Dan Penyucian Jiwa Dalam Haji Dan Umrah Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Bin Kasmani EPIH-2405: Kemahiran Komunikasi dan Aplikasi Media Baharu Tuan Hj. Mohammad Hanif Napi EPIH-2406:Kemahiran Asas Menolong (Kaunseling Asas)
Prof. Dr Azman Ab Rahman EPIH-2407: Perbezaan Mazhab dałam Haji dań Umrah Prof. Madya Dr. Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar EPIH-2408: Professionalism dan Etika Bimbingan Haji dan Umrah Tuan Hj. Badrul Hisham Mohd Salleh EPIH-2409: Pengurusan Risiko dalam Haji dan Umrah
Prof. Dr Mahazan Mutalib EPIH-2410: Kemahiran Menyelesaikan Masalah & Membuat Keputusan Dr. Noornajihan Binti Ja’far EPIH-2411: Pengurusan Haji dan Umrah bagi Jemaah berkeperluan Khas (OKU) Puan Hjh. Rozila Omar Ali EPIH-2412: Undang-Undang dan Peraturan dalam PengurusanHaji dan Umrah
Prof. Madya Dr. Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman EPIH-2413: Aliran akidah Islam Dr. Muhammad Raqib Soffian EPIH-2414: Digitalisasi dalam Pengurusan Haji dan Umrah Dr. Muhammad Shafiq Samsudin EPIH-2415: Pengurusan Kesihatan
Prof. Dato’ Dr. Zulkiplee Abd Ghani EPIH-2416: Kepimpinan Dakwah dan Integriti dalam Pekerjaan Dr. Muhammad Najib Abdullah EPIH-2417: Terapi Kerohanian dan Perubatan Islam Prof. Madya Dr Othman Bin Abd Rahman EPIH-2418: Kaedah Pengajaran Andragogi
BIODATA PENGAJAR EPIH 2024
Dr. Jamalluddin Hashim merupakan pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UNISZA). Kini beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) , Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Sebelum menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan, beliau telah menjawat beberapa jawatan di UNISZA antaranya sebagai Felo penyelidik, Institut Penyelidikan Produk dan ketamadunan Melayu islam (INSPIRA), UniSZA. Selain itu beliau juga aktif sebagai panel penulis dan merupakan Panel penulis Fiqh Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah Terbitan Tabung Haji. Dr Jamaluddin juga mempunyai pengalaman meluas sebagai petugas dan tenaga pengajar pembimbing Haji dan Umrah. Selain mempunyai pengalaman sebagai petugas di Tanah Suci sejak dari tahun 2004. Dr. Jamalluddin Hashim EPIH-2401: Isu-isu Kontemporari Haji dan Umrah Prof. Madya Dr Othman Bin Abd Rahman EPIH-2418: Kaedah Pengajaran Andragogi Prof. Madya Dr Othman Ab. Rahman telah bekerja di Universiti Sains Islam Malaysia sejak tahun 2011 sehingga kini. Bidang kepakaran utama beliau merangkumi kemahiran asas dalam kaunseling hingga etika dan profesionalisme dalam perkhidmatan kaunseling dalam kedua-duanya peringkat sarjana muda dan lepasan ijazah. Beliau juga mengajar Kemahiran Asas dalam Kaunseling, Teknik dan Proses Kaunseling, Kumpulan Kaunseling, Kaunseling Kerjaya, dan Etika Kaunseling. Selain itu, beliau turut mengajar Ujian Gunaan dan Pengukuran dan Psikologi Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling. Prof. Madya Dr Othman juga sangat aktif dalam kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Beliau telah dilantik sebagai Perunding Kaunseling di Rumah Bakti Dato’ Harun. Minatnya yang mendalam dalam perkhidmatan kebajikan sosial membolehkannya menubuhkan USIM Care, sebuah persatuan sukarelawan yang diterajui oleh pelajar.
Ustaz Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari), UiTM dan juga alumni Universiti Islam Madinah dan UKM. Beliau merupakan Pensyarah Kanan & Koordinator Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam. “Travelog Haji dan Umrah Rasulullah S.A.W.” adalah hasil karya beliau yang telah diterbitkan oleh Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ), UiTM pada tahun 2019. Selain itu, Makkah Al-Mukarramah dan Al-Madinah Al-Munawwarah merupakan Chapter in Book yang dimuatkan di dalam buku “Fiqh Ibadat Haji, Umrah & Ziarah” terbitan Tabung Haji Malaysia. Mula terlibat sebagai penceramah kursus haji, TH pada tahun 1998 dan telah diberi kepercayaan sebagai salah seorang pembina modul dan penceramah SPIH TH-USIM semenjak 2011. Beliau turut dilantik sebagai Guru Agama di Tanah Suci bermula pada tahun 2006 dan kali terakhir pada tahun 2022 sebagai PIHTAS. Kini beliau turut diberi kepercayaan sebagai pembina modul dan penceramah dalam EPIH, TH-USIM. Dr. Mohd Sirajuddin Putera Mohamed Shith EPIH-2403: Sejarah Haramain dan Fadhail Masya’ir )
Dr. Shamsiah binti Mohamad adalah pesara penjawat awam dan sekarang adalah Perunding Shariah, IBFIM secara sambilan. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan di International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) (Mei 2013- April 2019). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2003-2013). Beliau memperolehi Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya dan Doktor Falsafah dari University of Jordan. Dr. Shamsiah sekarang ini adalah Ahli Jawatankuasa Syariah AIBIM semenjak 2009, Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM (AJPIH) semenjak 2014 dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah BIMB, SME Bank dan MNRB Holdings Bhd mulai 2020 dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan mulai 2013. Sebelum ini beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Standard Chartered Bank (2000-11 October 2008), Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad (2003-March 2005), Ahli Jawatankuasa Syariah Takaful Ikhlas Sdn Bhd (2009-2013) dan ahli Jawatankuasa Syariah Standard Chartered Saadiq Berhad (2008-2013), Ahli Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia (2012-2022), Ahli Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (2013-2019) dan Panel Pakar Syariah JAKIM (2013-2018), Ahli Jawatankuasa Syariah Medic IG Holdings (2014-2022), Ahli Jawatankuasa Syariah BIMB Investment (2020-2023) dan Ahli Jawatankuasa Syariah BIMB Securities Sdn Bhd (2022-2023) dan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2008-2023). Beliau juga pernah dipinjamkan sebagai Pakar Syariah di Islamic Capital Market Department, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mulai Ogos 2005 sehingga Julai 2008. Dr. Shamsiah Mohamad EPIH-2402: Fiqh Wanita Haji dan Umrah (Bahagian 1)
Ustaz Haji Shahrin Awaludin berasal dari Negeri Sembilan. Beliau berkhidmat di Lembaga Tabung Haji (TH) sejak tahun 2019 dan kini merupakan Ketua Bahagian Bimbingan Haji di Jabatan Haji. Beliau bertanggungjawab merangka strategi dan pelaksanaan program bimbingan dan kursus bagi jemaah haji dan pengkursus Ibadat haji di seluruh negara. Sebelum berkhidmat di TH, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Eksekutif World Assembly of Muslim Youth (WAMY) bagi pejabat Malaysia selama 8 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tahun 1995-2005. Berpengalaman luas dalam bidang latihan dan pendidikan khususnya yang melibatkan guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Beliau adalah graduan Universiti Mohammad Al-Khamis, Rabat, Morocco dan pemegang ijazah Sarjana Pendidikan Islam, UKM dan Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Prof. Madya Dr. Mohd Faizal bin Kasmani merupakan pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau pernah menyandang jawatan Dekan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan pada tahun 2018 hingga tahun 2022. Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Bin Kasmani mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang komunikasi dan pernah berkhidmat sebagai wartawan di saluran televisyen 8TV/TV9 di Malaysia dari tahun 2004 hingga 2007. Beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Arab, Islam dan Timur Tengah dari Australian National University. Beliau kini merupakan Pengarah di pusat Komunikasi Strategik USIM. Tuan Hj. Shahrin Awaludin EPIH-2404: Falsafah Dan Penyucian Jiwa Dalam Haji Dan Umrah Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Bin Kasmani EPIH-2405: Kemahiran Komunikasi dan Aplikasi Media Baharu
Haji Mohammad Hanif Napi mempunyai pengalaman lebih Dari 9 Tahun didalam bidang kemahiran Asas Menolong (Kaunseling Asas).Belaiu juga mempunyai pengalaman yang meluas dalam pengurusan Haji dan telah terlibat dalam pengurusan haji sejak dari tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi Ahli Pengajian PTD Assessment Centre pada Tahun 2017 Dan 2018. Haji Mohammad Hanif juga mempunyai keluluasan sebagai Pengamal Neuro-Linguistic Program (NLP) ,Clinical Mental Health Counseling ,CPR & First Aid (First Responder), Art Drawing House Tree Person , Psychological First Aid ,Oesis Career Administrator dan Excellence Character Indicators Tuan Hj. Mohammad Hanif Napi EPIH-2406:Kemahiran Asas Menolong (Kaunseling Asas) Prof. Dr Azman Ab Rahman EPIH-2407: Perbezaan Mazhab dałam Haji dań Umrah Prof. Dr. Azman Ab Rahman seorang pensyarah yang bergelar Profesor dalam bidang Fiqh & Usul Fiqh dari Universiti Sains Islam Malaysia. Kesuluruhan pendidikannya memang dikhususkan dalam bidang Fiqh & Usul Fiqh sejak 2000 dengan mendapat kelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Al-Bayt Jordan. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2003 dan ijazah kedoktoran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2010 dalam Ilmu Wahyu dan Warisan. Pada 2005, beliau memiliki Diploma Penterjemahan Profesional dari Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Penterjemahan Malaysia. Beliau sangat aktif menulis jurnal, prosiding, artikel dan buku khususnya dalam bidang zakat dan fiqh kontemporari selain penglibatan dalam pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga berkemahiran lebih daripada satu bahasa selain daripada bahasa Melayu iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Kini beliau merupakan pengarah di Institut Fatwa dan Halal USIM.
Prof. Madya Dr. Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar EPIH-2408: Professionalism dan Etika Bimbingan Haji dan Umrah Hj. Badrul Hisham Mohd Salleh mempunyai Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam jurusan Ekonomi dengan minor di dalam Matematik dari Wilfrid Laurier University, Ontario, Kanada pada tahun 1988. Beliau mempunyai pengetahuan meluas di dalam bidang pengurusan risiko dan pengurusan kesinambungan perniagaan. Kini beliau merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Risiko Bersepadu, Lembaga Tabung Haji dari tahun 2012 hingga kini. Tuan Hj. Badrul Hisham Mohd Salleh EPIH-2409: Pengurusan Risiko dalam Haji dan Umrah Prof. Madya Dr. Ahmad Najaa' bin Mokhtar dilahirkan di Pekan, Pahang. Beliau merupakan pensyarah bergelar Prof. Madya di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM dalam program Program Pengajian Akidah dan Agama sejak tahun 2007. Prof Madya Dr. Ahmad Najaa’ mempunyai BA Usuluddin, Al-Azhar (2003), MA Perbahasan Agama, Morocco (2006) dan PhD Akidah & Tasawuf dari Universiti Malaya(2014). Kepakaran beliau merangkumi pelbagai bidang dalam bidang Pengajian Akidah dan Agama dan beliau juga merupakan Panel Pakar Tasawwuf JAKIM, Panel Pemurnian Akidah dan Syariah di Jabatan Agama Islam Pahang.
Prof. Dr Mahazan Mutalib EPIH-2410: Kemahiran Menyelesaikan Masalah & Membuat Keputusan Prof. Dr. Mahazan Mutalib merupakan pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pengurusan dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2012. Prof Dr Mahazan Mutalib mempunyai pengetahuan meluas dalam bidang pengurusan dan telah mengetuai pelbagai bidang penyelidikan termasuk UNESCO Knowledge for Change (K4C) Mentor Training Program untuk bahagian Asia. Kini beliau merupakan Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat) USIM. Prof Madya Dr. Noornajihan Binti Ja’far EPIH-2411: Pengurusan Haji dan Umrah bagi Jemaah berkeperluan Khas (OKU) Prof Madya Dr Noornajihan Jaafar merupakan pensyarah Kanan Fakulti Pengajiaan Quran dan Sunnah, USIM merangkap Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa (2020-kini). Mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Islam (2015) - UKM, Sarjana (2008) dan Ijazah Sarjana Muda (2005) dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah- UIAM. Beliau juga merupakan penyelidik utama di Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, USIM. Bidang tujahan penyelidikan dan penerbitan beliau ialah Pendidikan Agama untuk OKU dan pembangunan diri Pendidik. Beliau juga memiliki Sijil Pembimbing Ibadat Haji/Umrah (SPIH). Selain berpengalaman membimbing jemaah muslimat mengerjakan Umrah.
Puan Hjh. Rozila Omar Ali EPIH-2412: Undang-Undang dan Peraturan dalam PengurusanHaji dan Umrah Hajah Rozila Omar Ali berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah berkhidmat di Lembaga Tabung Haji sejak 2008 dan kini merupakan Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji di Jabatan Haji. Beliau bertanggungjawab dalam merangka strategi dan perlaksanaan yang merangkumi aspek pembangunan dan penyelidikan haji, sistem dan proses haji, Sistem Pengurusan Berkualiti yang menepati Standard ISO 9001:2015, pengurusan risiko, Indeks Kepuasan Pelanggan dan Rangka Tindakan Pengurusan Haji (Hajj Blueprint). Selain itu, beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan operasi haji di Tanah Suci. Sepanjang kerjayanya di Tabung Haji, beliau telah berkhidmat dalam bidang pengurusan pelaburan strategik untuk tempoh 12 tahun, berperanan dalam perancangan strategik dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan ke atas prestasi syarikat-syarikat pelaburan Tabung Haji supaya terus berdaya saing dan berupaya menjana pulangan yang kompetitif dan patuh syariah. Beliau juga pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah syarikat di mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham. Menyentuh tentang pengalaman, beliau memulakan kerjaya dalam bidang perbankan sejak 1994 bersama Malaysia Building Society Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad dan Kumpulan AmBank. Sepanjang tempoh 13 tahun penglibatan dalam industri perbankan, beliau berperanan dalam penstrukturan dan pemulihan pembiayaan bagi pelanggan korporat dan runcit, pengurusan kredit, pemasaran dan pematuhan kawal selia. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prof. Madya Dr. Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman EPIH-2413: Aliran akidah Islam Prof. Madya Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman adalah pensyarah di program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sekarang beliau adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi. Beliau telah diberikan amanah untuk memegang beberapa jawatan pentadbiran penting seperti sebagai Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama (2016-2021), Ketua Editor Jurnal al-‘Abqari (2015- 2022), Ketua Editor Majalah al-Hikmah, (2016-2019), Pengarah Akidah and Global Outreach Centre (2029-2020), dan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Akidah (2019- 2020). Berasal dari Tumpat, Kelantan beliau telah melanjutkan pendidikannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2005 dalam jurusan Ilmu Wahyu dengan pengkhususan dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama. Kemudiannya beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana (Master) di universiti yang sama dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana pada tahun 2007 dalam pengkhususan Perbandingan Agama. Seterusnya beliau telah melanjutkan lagi pengajiannya ke peringkat PhD dan telah mendapat ijazah kedoktoran (PhD) pada tahun 2014/2015 dalam bidang Perbandingan Agama dari Monash Universitiy, Melbourne, Australia. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku, artikel dan penerbitan lain serta bergiat aktif dalam aktiviti berkaitan bidang Perbandingan Agama. Beliau juga adalah felo penyelidik di beberapa agensi/pertubuhan dan beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kecemerlangan.
Dr. Muhammad Raqib Soffian EPIH-2414: Digitalisasi dalam Pengurusan Haji dan Umrah Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai pensyarah sambilan di USM, Pulau Pinang dan pelbagai kolej swasta. Beliau mengajar beberapa mata pelajaran Komunikasi terutamanya berkaitan kewartawanan. Bidang penyelidikannya adalah dalam kewartawanan, pembingkaian media, ekonomi politik media dan representasi Islam. Dr. Muhammad Shafiq Samsudin EPIH-2415: Pengurusan Kesihatan Dr. Muhammad Shafiq Samsudin mempunyai MSc didalam bidang kesihatan antarabangsa dan pengurusan hospital dari London South Bank University (LSBU) pada tahun 2017 . Kini beliau merupakan Senior Manager (perubatan), di Hajj Department, Lembaga Tabung Haji.
Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani EPIH-2416: Kepimpinan Dakwah dan Integriti dalam Pekerjaan Prof. Dato’ Dr. Zulkiple, berkelulusan PhD dari Universiti Edinburgh (1996) dalam bidang Dakwah, Komunikasi dan Media Islam; dan Sarjana Muda Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, 1990). Kerjaya akademik beliau bermula di UKM sebagai pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM (1996- 2001).Beliau kemudiannya berhijrah ke USIM pada 2009 sebagai Profesor di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Prof. Dr. Zulkiple turut diiktiraf pihak luar antaranya dilantik sebagai Ahli Panel Majlis Perundingan Islam (MPI) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 30 Jun 2014 untuk memberi nasihat dan pandangan asas kepada Kerajaan dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam; Pengerusi Penggubal Kurikulum Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); serta terlibat memberi konsultasi akademik kepada beberapa Kolej Universiti Islam negeri seperti Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Prof. Dr. Zulkiple turut dilantik mengangotai beberapa badan professional seperti ahli Majlis Profesor Negara; Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM); dan ArabUS Association of Communication Scholars (AUSACE).Beliau juga terlibat sebagai ahli panel bagi Anugerah Akademik Negara (AAN) dan panel penilai bagi beberapa geran penyelidikan seperti LRGS, FRGS dan TRGS.
Dr Muhammad Najib Bin Abdullah berasal dari Pulau Pinang. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Islam Madinah (2003), Sarjana Ilmu Wahyu (Fiqh dan Usul Fiqh), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2006) dan Doktor Falsafah (Fiqh & Usul Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2018). Beliau sekarang menjawat jawatan hakiki sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Antara bidang kepakaran beliau ialah Maqasid Al-Syariah dalam Perbankan Islam, Usul Fiqh, Ijtihad Kontemporari dan Fiqh Perubatan di Malaysia. Selain tugas hakikinya sebagai pensyarah, beliau telah menjawat pelbagai jawatan pentadbiran di USIM seperti Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di fakulti yang sama. Sepanjang perkhidmatannya juga, beliau telah banyak menjalankan penyelidikan berkaitan Maqasid Al-Syariah dan Ijtihad Kontemporari, di samping menjalankan pelbagai konsultasi ilmu yang berkaitan dengan isu-isu Haji dan Umrah, Fiqh Perubatan Islam yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan keilmuan dan menyelesaikan isu-isu masyarakat di Malaysia. Beliau juga mengendalikan jawatankuasa akademik, pengajiaan dan pengijazahan Darussyifa’ Malaysia dan merupakan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dibawah akta 775 Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K). Beliau telah terlibat dalam Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi membangunkan standand pengajian bagi Islamic Medical Practice (Rawatan Islam). Beliau juga telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Bagi sebagai Ahli Lajnah Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam (LAJPPI) pagi mengawalselia pengamalan perubatan Islam di Malaysia sejak 2018 sehingga sekarang. Beliau juga dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTB) untuk penilaian akreditasi Program Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT&K) mulai 2022 sehingga 2024. Beliau juga pernah diambil berkhidmat dalam jawatankuasa dan konsultasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga membantu hospital dalam bidang kesihatan dan amalan rawatan secara Islam. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli jawantankuasa fatwa Negeri Pulau Pinang bermula Januari 2024. Dr. Muhammad Najib Abdullah EPIH-2417: Terapi Kerohanian dan Perubatan Islam
BUTIRAN URUSETIA
Tarikh & Masa Butiran Urusetia 13 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) Dr. Nurul Nadirah (019-676 0674) Puan Norita (012-3551318) 14 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) Dr. Nik Suhaida Nik Abdul Majid (014-8181267) Dr Fauziah (016-7472100) 15 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) Dr. Noratthiah Nordin (013-3477328) Puan Alawiyyah (012-6905983) MINGGU PERTAMA: Kelas atas talian : 13 Februari – 15 Februari 2024 (8 Malam)
Tarikh & Masa Butiran Urusetia 19 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) Dr. Izwan Harith (011 58597540) En Faizani (011-11042957) 20 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) Dr. Mohd Raqib Sofian (013-460 3543) En Zaki (017-3628242) 21 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) Dr Faridh Hafeez (019-2581737) Dr Nadirah (019-6760674) 22 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) Dr. Nurul Nadirah (019-676 0674) Puan Norita (012-3551318) MINGGU KEDUA: Kelas atas talian : 19 Februari – 22 Februari 2024 (8 Malam)
Tarikh & Masa Butiran Urusetia 26 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) Dr. Nik Suhaida Nik Abdul Majid (014-8181267) Puan Alawiyyah (012-6905983) 27 Februari 2024 8.00 malam (2 jam) Dr Fauziah (016-7472100) Puan Norita (012-3551318) 28 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) Dr. Noratthiah Nordin (013-3477328) En. Megat (0136949670) 29 Februari 2024 8.00 malam (3 jam) Dr Safiiyyah Sabri (017-3922389) En Amirul (014-500 3937) MINGGU KETIGA: Kelas atas talian : 26 Februari – 29 Februari 2024 (8 Malam)
Tarikh & Masa Butiran Urusetia 4 Mac 2024 8.00 malam (3 jam) Dr Mohd Faridh Hafeez (019-2581737) Puan Zunita (0192421021) 5 Mac 2024 8.00 malam (2 jam) En Zaki (017-3628242) Dr. Mohd Raqib Sofian (013-460 3543) 6 Mac 2024 8.00 malam (3 jam) Dr. Izwan Harith (011 58597540) En. Megat (0136949670) 7 Mac 2024 8.00 malam (3jam) Dr Nadirah (019-676 0674) En. Mohamad Faizani bin Muhammad (011-11042957) 16 Mac 2024 10.00 pagi (2 jam) Dr. Nik Suhaida Nik Abdul Majid (014-8181267) Puan Alawiyyah (012-6905983) MINGGU KEEMPAT: Kelas atas talian : 4 Mac – 7 Mac 2024 (8 Malam)
Tarikh & Masa Butiran Urusetia 16 April 2024 8.00 malam (2 jam) Dr. Noratthiah Nordin (013-3477328) En Muhammad Zaki (017-3628242) 17 April 2024 8.00 malam (3 jam) Dr Safiiyyah Sabri (017-3922389) Puan Zunita (0192421021) 18 April 2024 8.00 malam (2 jam) Dr. Nurul Nadirah (019-676 0674) Puan Norita (012-3551318) MINGGU KELIMA: Kelas atas talian : 16 April – 18 April 2024 (8 Malam)
PANDUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN EPIH (2024)
PANDUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN EPIH (2024) Kehadiran anda sebagai peserta adalah WAJIB bagi semua kuliah sama ada atas talian atau bersemuka. Ketidakhadiran anda akan menjejaskan permakahan keseluruhan anda. Maklumkan urusetia bertugas sekiranya anda tidak dapat hadir dan ketidakhadiran peserta perlulah disertakan bukti dan sebab yang kukuh. Peserta yang gagal hadir kuliah sebanyak 3kali tanpa sebab tidak layak menerima sijil di akhir kuliah. Pastikan anda menggunakan ID log masuk yang dibekalkan untuk akaun MOOC anda. Pastikan ID yang digunakan untuk akaun ZOOM anda sama dengan nama yang didaftarkan untuk program. Kehadiran setiap kuliah perlu direkod di akaun MOOC. Kegagalan untuk merekod akan menjejaskan rekod kehadiran anda. Pastikan anda memenuhi komponen penilaian yang diberikan dan melaksanakan tugasan yang diberikan. Anda perlu masuk ke kelas sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal bagi mengelakkan masalah teknikal dan lain-lain isu. Berikan sepenuh komitmen anda.
Soalan yang sering ditanya (FAQ) Bagaimana saya boleh log masuk ke akaun MOOC saya? Bagaimana saya boleh log masuk ke akaun ZOOM saya? Untuk log masuk ke akaun MOOC anda perlu menggunakan URL yang dibekalkan untuk MOOC. Anda boleh log masuk menggunakan email yang anda gunakan untuk mendaftar EPIH. Kata laluan adalah No Kad Pengenalan (tanpa “-”) Untuk log masuk ke akaun ZOOM anda perlu menggunakan URL yang dibekalkan untuk ZOOM. Anda boleh log masuk menggunakan email yang anda gunakan untuk mendaftar EPIH. (Kata laluan: EPIH) Saya tidak boleh log masuk ke akaun MOOC dan/atau ZOOM. Apa yang perlu saya buat? Keluar dan cuba log masuk semula. Jika masih gagal log masuk, anda bolehlah menghubungi URUSETIA yang bertugas bagi minggu tersebut.