The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji (EPIH) 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul I, 2024-02-09 11:00:52

Ebook EPIH 2024

Program Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji (EPIH) 2024

Soalan yang sering ditanya (FAQ) Saya telah mengikuti semua kelas atas talian, tetapi tidak dapat hadir seisi bersemuka, adakah saya akan menerima sijil? Bagaimana saya boleh mendaftar kehadiran saya di akaun MOOC saya? Anda boleh rujuk VIDEO PANDUAN KEHADIRAN untuk mendaftar kehadiran. Jika masih gagal anda boleh hubungi URUSETIA bertugas untuk membantu anda. Saya tidak dapat hadir ke kelas atas beberapa sebab. Apa yang perlu saya buat? Kehadiran peserta adalah WAJIB, justeru setiap ketidakhadiran perlulah disertai dengan sebab dan bukti yang kukuh. Ketidakhadiran selama 3kali akan menyebabkan anda tidak layak menerima Sijil di akhir program ini. Maklumkan urusetia ketidakhadiran anda beserta bukti. Kehadiran peserta adalah WAJIB, justeru setiap ketidakhadiran perlulah disertai dengan sebab dan bukti yang kukuh. Ketidakhadiran selama 3kali akan menyebabkan anda tidak layak menerima Sijil di akhir program ini. Namun untuk isu ketidakhadiran dengan alasan yang kukuh, kelayakkan anda untuk menerima sijil bergantung kepada keputusan penganjur.


Soalan yang sering ditanya (FAQ) Adakah penilaian semua subjek sama? Tidak. Setiap subjek mempunyai kaedah penilaian tersendiri. Namun, semua penilaian akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform MOOC. Adakah penilaian di seisi bersemuka secara bertulis? Penilaian seisi bersemuka bergantung kepada pilihan pengajar anda. Namun, semua penilaian akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan platfrom MOOC. Saya mempunyai perancangan lain pada waktu penilaian dijalankan,bolehkah saya menjawab penilaian kemudian atau secara gantian? Tidak. Waktu penilaian yang dinyatakan buat masa sekarang adalah TETAP. Anda perlu merancang jadual anda dengan baik. Kegagalan untuk menjawab penilaian pada waktu yang ditetapkan akan menganggu syarat layak terima Sijil program.


Soalan yang sering ditanya (FAQ) Saya gagal menghantar tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan di sistem MOOC. Bolehkah saya menghantarnya secara manual? Tidak. Waktu penghantaran tugasan yang dinyatakan buat masa sekarang adalah TETAP. Anda perlu merancang jadual anda dengan baik. Kegagalan untuk menghantar tugasan pada waktu yang ditetapkan akan menganggu syarat layak terima Sijil program. Saya tidak boleh masuk ke sistem penilaian atas talian di MOOC. Apa yang perlu saya buat? Hubungi URUSETIA yang bertugas untuk subjek tersebut. Mereka akan membantu anda. Saya tidak boleh memuat naik tugasan di akaun MOOC. Apa yang perlu saya buat? Hubungi URUSETIA yang bertugas untuk subjek tersebut. Mereka akan membantu anda.


Soalan yang sering ditanya (FAQ) Jika saya datang awal untuk seisi bersemuka adakah ada penginapan disediakan oleh pihak urusetia? Penginapan hanya disediakan sepanjang seisi bersemuka sahaja. Untuk peserta yang hadir awal atau pulang lewat, penginapan adalah dibawah tangungjawab peserta. Namun, pihak URUSETIA boleh membantu sekiranya peserta mahu menginap di hotel yang sama. Bayaran adalah dibawah tangungjawab peserta sendiri. Alternatif yang lain adalah peserta boleh menginap di hotel yang berdekatan. Apakah jenis penginapan yang disediakan? Untuk Program EPIH peserta diberi bilik secara TWIN-Sharing atau Quad-Sharing bergantung kepada ketersediaan bilik pada waktu tersebut. Adakah airport transfer disediakan untuk ke hotel? Tidak. Perjalanan ke hotel adalah dibawah tangungjawab anda sendiri. Alternatifnya anda boleh menaiki teksi/van atau e-hailing untuk ke hotel.


Soalan yang sering ditanya (FAQ) Bolehkah saya membawa keluarga saya? Boleh. Namun, perbelanjaan, pengurusan penginapan dan sebagainya adalah dibawah tangungjawab anda sendiri. Anda juga perlu memastikan mereka tidak menganggu program dan kuliah anda. Saya mempunyai alahan makanan/ keperluan kesihatan yang perlu diberi perhatian. Apa yang perlu saya buat? Maklumkan pada urusetia sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum seisi bersemuka dijalankan. Pihak kami akan cuba menghubungi pihak hotel untuk membantu. Saya tidak selesa berkongsi bilik. Bolehkah saya mahu bilik seorang? Untuk Program EPIH kesemua bilik adalah secara berkongsi. Namun, sekiranya anda tidak mahu berkongsi, anda boleh memohon bilik persendirian dengan bayaran tambahan bergantung kepada jenis bilik yang ada ketika itu.


SCAN DISINI SENARAI PAUTAN


Terima Kasih S E L A M A T M A J U J A Y A


Click to View FlipBook Version