EDISI MURID
NAMA
KELAS
1 MODUL KENCANA DIGITAL
Tinta Permata.
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya kami
warga Pejabat Pendidikan Daerah Jasin secara keseluruhannya diberi kekuatan untuk meneruskan
amanah yang dipertanggungjawab dalam merealisasi misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia demi
kemenjadian murid.
Program Masyhur merupakan inisiatif PPD Jasin sebagai langkah yang efektif bagi menunjukkan
impak yang tinggi demi pencapaian murid dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini
dilaksanakan melalui pendekatan pembinaan modul pembelajaran yang berimpak tinggi. Pendekatan ini
merupakan intervensi khusus bagi menyantuni kumpulan sasar dalam kalangan murid untuk
meningkatkan potensi dan kualiti prestasi mereka.
Antara objektif penyediaan modul ini iaitu murid kumpulan sasar akan mendapat pendedahan
latihan percambahan minda (brain storming) dan teknik menjawab soalan. Selain itu, murid kumpulan
sasar akan mengetahui standard terkini pemarkahan kertas bahasa Melayu SPM. Secara informal, melalui
modul ini murid juga akan berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
Justeru, dua modul telah dihasilkan iaitu Modul KENCANA dan Modul WAJA bagi merealisasikan
hasrat ini. Modul KENCANA ( Kecemerlangan Anda Nadi A+), khusus untuk menyantuni kumpulan
cemerlang. Manakala, Modul WAJA (Wajib Jaya) diiterbitkan untuk merealisasikan KPI peratus layak sijil
mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun ini. Bak kata pepatah sakit sama mengaduh, luka sama
menyiuk. Diharap guru-guru dapat mengaplikasikan modul ini semaksimum yang mungkin.
Akhir kata, saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasi modul ini khususnya guru-guru yang
menjayakan pembinaan modul ini. Besarlah harapan saya dan warga PPD Jasin agar dapat bersinergi
dengan guru-guru supaya modul ini memberi kemaslahatan kepada calon SPM 2020.
Haji Baharuddin bin Husin
Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
2
PEMBINA MODUL PROGRAM INTERVENSI MASYHUR
BAHASA MELAYU
PUAN HAJAH RENY AZRENA BINTI ABD. RAHMAN
SICS+ BAHASA MELAYU, PPD JASIN
MASZAIRIANI BINTI ABD. SAMAD BIN AZIZ ZAMANI BIN ABU NOOR HAYATY BINTI
ZAINAL SMK TUN SYED HASHIM
ZAHIRUDDIN UMAR
SM ARAB JAIM SMK SIMPANG BEKOH SMK DATO’ ABD.
ASSYAKIRIN RAHMAN YA’KUB
RASIDAH ABD GANI NOORMALA BINTI JAMNAH BINTI ISMAIL NOORSYUHADA BINTI
SMK DATUK TOMPANG SMK DANG ANUM SUBOH
BENDAHARA SMK NYALAS
SBPI SELANDAR
NOR HASLIZA BINTI MOHD RAFIDAH BINTI HASHIM NORITA BINTI MOHAMAD NORASMAJALILA
AROM SMK SERI BEMBAN SMK SELANDAR NASIHA OTHMAN
SMK SUNGAI RAMBAI
SEK. MEN. ARAB
ASSAIYIDAH KHADIJAH
3
BORANG PENILAIAN MODUL KENCANA
LATIHAN KENDIRI TEKNIK LACI MARKAH
NO. SOALAN NAMA IRAMA HUJAH JUMLAH
LACI LACI
1. KEBAIKAN KOPERASI SEKOLAH
2. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
3. FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEGANASAN
RUMAH TANGGA
4. CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
5. CARA-CARA MENANGANI PENYAKIT
BERJANGKIT
6. KESAN-KESAN NEGATIF SEMBANG SIBER
7. FAKTOR-FAKTOR BERLAKU GEJALA BULI
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
8. KESAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
9. USAHA-USAHA MEMAJUKAN SEKTOR
PELANCONGAN
10. KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG
ASING TANPA IZIN
TINDAKAN INTERVENSI GURU:
4
LATIHAN KENDIRI MENJANA IDEA DAN HUJAH
NO. SOALAN ISI1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 MARKAH
IR IR IR IR 12
1. H1 H1
MAKANAN BERSIH H1 H1 H2 H2
MENJAMIN KESIHATAN. IR IR
HURAIKAN. H1
H2
2. H2 H2 IR
KEHIDUPAN BERKUALITI, IR IR H1
MASYARAKAT H1 H1 H2
IR
SEJAHTERA. HURAIKAN H1
H2
IR H1
H1
H2 H2 H2 H2 12
IR IR IR
3. H1 H1
H2 H2
KEHARMONIAN IR IR
KELUARGA AKAN H1
H2
MELAHIRKAN ANAK-ANAK IR
H1
YANG BERJAYA H1 H2 H1
KEHIDUPANNYA. IR
H1
BINCANGKAN H2
5
H2 H2 12
4. MEROKOK MASIH IR IR
MENJADI AMALAN H1 H1
SEGELINTIR ANGGOTA H2 H2
MASYARAKAT IR
WALAUPUN JELAS H1 12
TERBUKTI BAHAWA H2 IR
MEROKOK
MEMBAHAYAKAN H1
KESIHATAN.
BINCANGKAN.
5.
KEMPEN KITAR SEMULA
MAMPU MENYEDARKAN
MASYARAKAT UNTUK
MEMBUDAYAKAN
AMALAN KITAR SEMULA.
ULASKAN PERNYATAAN
TERSEBUT
H2 12
6.
BUDAYA MENABUNG IR IR
DALAM KALANGAN ANAK-
ANAK PERLULAH
BERMULA DARI RUMAH. H1 H1
ULAS PERNYATAAN H2 12
TERSEBUT.
H2
7.
ADAT DAN BUDAYA IR IR IR IR
MASYARAKAT DI
MALAYSIA MEMPUNYAI
KEUNIKAN TERSENDIRI. H1 H1 H1 H1
BERIKAN PENDAPAT
ANDA.
H2 H2 H2 H2 12
12
8. 12
12
PENDIDIKAN TEKNIK DAN IR IR IR IR
LATIHAN VOKASIONAL
ATAU LEBIH DIKENALI H1
SEBAGAI TVET SEMAKIN H1 H1 H1
MENDAPAT PERHATIAN
MASYARAKAT. BERIKAN
PENDAPAT ANDA. H2 H2 H2 H2
9.
PEMAIN NATURALISASI IR IR IR IR
IBARAT KERA DI
HUTAN DISUSUI, ANAK DI
RUMAH MATI H1 H1 H1 H1
KELAPARAN'.
BINCANGKAN
H2 H2 H2 H2
10.
TEKNOLOGI MELAHIRKAN IR IR IR IR
PELAJAR YANG LEBIH
BERDIKARI. ULAS
PERNYATAAN H1 H1 H1 H1
TERSEBUT.
H2 H2 H2 H2
TINDAKAN INTERVENSI GURU:
6
KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 8–9
10 – 12
TIPS CEMERLANG KARANGAN SPM
CONTOH KARANGAN CEMERLANG 13 – 15
BAHAGIAN B SPM 2016
CONTOH KARANGAN CEMERLANG 16 - 17
BAHAGIAN B SPM 2019 18 – 22
PENANDA WACANA 23 – 30
SENARAI KATA BERDARJAT TINGGI
UNGKAPAN BAHASA INDAH 31
BERDASARKAN TEMA
STRATEGI MENULIS KARANGAN 32 – 34
BAHAGIAN B
ALAT BERFIKIR UNTUK MENULIS IDEA 35 – 36
ATAU ISI UTAMA 37 – 46
ALAT BERFIKIR UNTUK HURAIAN IDEA 47 – 50
PROSES MEMBINA KARANGAN
CONTOH KARANGAN CEMERLANG 51 - 52
(TEKNIK LACI)
SOALAN 10 TEMA KARANGAN RESPONS 53 – 62
TERBUKA 63 - 72
LATIHAN KENDIRI KAEDAH LACI
LATIHAN PENJANAAN IDEA DAN HUJAH
MATANG
7
TIPS CEMERLANG BAHAGIAN A
Calon perlu memperoleh markah antara 26-30 markah
1 Calon perlu menjawab tugasan bahan
rangsangan.
2 Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan.
3 Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan
dan huraikan dengan jelas, menarik dan matang.
4 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat,
penggunaan kosa kata yang luas dan tepat pada
struktur ayat serta penggunaan tanda baca betul
dan tepat.
5 Wacana lengkap , unsur bahasa yang digunakan
bervariasi dan menggunakan ungkapan yang
menarik (peribahasa, pantun, cogan kata,
petikan ucapan, kata-lata hikmat, petikan hadis,
maksud ayat Al-Quran) - perlu diterangkan
penggunaannya.
6 Jumlah isi atau idea bergantung kepada jenis
bahan rangsangan. Sekiranya bahan
rangsangan berbentuk gambar bersiri yang
memaparkan 4 idea perlu dihuraikan untuk
mendapat markah cemerlang.
7 Jumlah kepanjangan karangan perlu patuh akan
arahan soalan, iaitu kepanjangan karangan perlu
antara 200-400 patah perkataan.
8
TIPS CEMERLANG BAHAGIAN B
1 Penggunaan pelbagai jenis kata (kosa kata
yang luas dan tepat
2 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
gramatis
3 Ejaan dan tanda baca yang betul
4 Laras bahasa sesuai dengan tugasan
5 Idea yang relevan dan mengikut tugasan
dihuraikan dengan jelas dan matang disertakan
dengan contoh yang sesuai (cadangan 4 idea )
6 Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan yang sesuai
7 Wacana (ayat) yang lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan (guna penanda wacana)
8 Format menepati kehendak tema dan tugasan
soalan
9 Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi
Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan
bahasa dan ungkapan menarik (U), seperti
peribahasa, pantun, cogan kota atau frasa menarik,
ayat tokoh, petikan hadis dan Al-Quran atau ayat
tokoh ilmuan atau pemimpin
9
CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHAGIAN B SPM 2016
2. Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media
massa dan budaya Barat.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran
tersebut.
Isu / Tema : Cabaran hidup
Kehendak soalan : Peranan ahli keluarga membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup
CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHAGIAN B (Soalan 2)
Dalam mendepani arus modensasi tanpa limitasi ini, pelbagai cabaran hidup perlu
diharungi oleh setiap strata masyarakat. Golongan remaja pastinya difokuskan kerana mereka
merupakan golongan majoriti yang mendiami planet bumi ini. Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara, begitulah slogan yang kini menjadi tunjang utama kepada kemajuan
peradaban negara. Hal ini jelas merujuk kepada golongan remaja di mana mereka memainkan
peranan yang amat besar dalam memastikan kejayaan Malaysia terus memacu ke hadapan.
Namun, apa yang menyayat hati adalah apabila golongan remaja diperhatikan amat mudah tewas
dengan cabaran dunia. Kebobrokan akhlak golongan remaja yang kian jelas semakin
memuncakkan kerisauan semua pihak. Oleh itu, ahli keluarga perlulah sedar dan membuka mata
bahawa terdapat satu tanggungjawab yang besar di pundak mereka dalam membantu para
remaja yang kian terjerumus dalam lembah kegelapan. [ 11 baris ]
Peranan pertama yang utama ialah ahli keluarga perlulah memastikan para remaja
berkawan dengan mereka yang mantap akhlak dan sahsiahnya. Memetik kata-kata Saidina Ali
bin Abi Talib, “manusia yang lemah imannya adalah mereka yang tidak mampu mencari
sahabat dan yang lebih lemah dari itu ialah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah
dicari”. Kata-kata tokoh Islam yang masyhur ini jelas membuktikan bahawa sahabat merupakan
insan yang penting dalam mencerminkan diri kita yang sebenar. Tamsilnya, ibu bapa berperanan
untuk mengetahui maklumat yang terperinci tentang rakan anak emas mereka. Tindakan pantas
yang pragmatik ini amatlah signifikan kerana para remaja majoritinya amat mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya. Ibu bapa juga perlulah tahu setiap tindak tanduk para remaja bersama-
sama rakan-rakannya di luar rumah. Oleh itu, mereka pastinya berasa takut untuk melakukan
perkara yang berunsurkan negatif dan menurut hawa nafsu semata-mata bak kata peribahasa
Melayu beraja di mata, bersultan di hati. Hal ini jelas menunjukkan peranan ahli keluarga
10
terutamanya ibu bapa dalam mengawasi para remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan
rakan sebaya. [ 14 baris ]
Seperkara yang tidak kurang penting juga , media massa kini semakin rancak berkembang
dan maju ke hadapan. Media sosial terutamanya merupakan medium canggih yang majoritinya
digunakan oleh golongan remaja. Hal ini kerana mereka lebih pintar dan bijak dalam mengakses
aplikasi-aplikasi seperti ini. Sebagai tamsilan, remaja pastinya mempunyai aplikasi media sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp di dalam telefon pintar mereka. Oleh itu,
banyak masa yang telah dihabiskan oleh mereka dengan menatap skrin bercahaya dari pagi
hingga ke petang. Masyarakat Melayu lazim dengan peribahasa masa itu emas. Bertitik tolak dari
itu, ahli keluarga perlulah memainkan peranan masing-masing dalam menasihati remaja agar
tidak mensia-siakan waktu yang ada. Ahli keluarga seperti abang dan kakak sewajarnya berusaha
bagai air mencari jenisnya bagi memastikan adik beradik mereka agar tidak lalai dan leka
dengan media sosial. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Media massa hakikatnya
menyediakan kita dengan pelbagai maslahat. Namun jika tersilap langkah, media massa
berupaya menyajikan kita dengan seribu masalah. Oleh itu, ahli keluarga mestilah tidak
mengambil enteng dalam tugas mereka menasihati para remaja agar tidak terpengaruh dengan
media sosial. [ 15 baris ]
Disingkap dari aspek yang lain pula, ahli keluarga perlulah bahu - membahu dalam
membantu para remaja agar tidak rosak akibat budaya Barat. Hal ini kerana budaya barat yang
merupakan budaya hedonistik ini kian menular dalam sukma setiap remaja. Sebagai uswah,
para remaja gemar melayan drama-drama artis daripada Korea. Hal ini menyebabkan mereka
mengikut jejak langkah setiap artis pujaan mereka dari aspek penggayaan rambut, pemakaian
baju sehinggalah gaya pertuturan mereka. Para remaja berasa hidung tinggi dan berbangga
apabila mereka dimiripkan dengan artis luar negara. Rentetan itu, ahli keluarga perlulah
mengambil langkah sederap untuk menghalang penerapan budaya asing dalam diri para
remaja. Hal ini kerana, peribahasa Melayu sering mengingatkan biar mati anak, jangan mati
adat. Peribahasa ini jelas menunjukkan peri pentingnya adat dan budaya resam kaum kita agar
dipelihara sehingga ke generasi yang seterusnya. Oleh itu, ahli keluarga perlulah menghalang
para remaja daripada menyaksikan drama-drama luar negara, membeli majalah yang tidak
berfaedah serta bertutur dalam loghat asing. Oleh itu, para remaja akan terpelihara daripada
unsur budaya Barat. Ahli keluarga juga terutamanya ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai
agama dan unsur-unsur kerohanian dalam diri remaja. Oleh itu, atma remaja akan bersih dan
11
mereka mampu membezakan antara intan dan kaca.
[ 16 baris ]
Jika ditelusuri, remaja juga perlu dipadatkan aktiviti seharian bersama ahli keluarga. Hal
ini kerana, golongan remaja mudah lupa tentang asal usul dan keturunan mereka. Oleh itu, ahli
keluarga wajarlah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama-sama
para remaja. Sebagai contoh, aktiviti mengemas rumah, menonton televisyen, beriadah di taman
dan melancong ke negara luar. Ahli keluarga berperanan memastikan para remaja sentiasa
berada di sisi mereka. Oleh itu, remaja akan berjaga-jaga daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti
yang tidak bermoral seperti menghisap rokok, menagih dadah dan ponteng kelas. Ahli keluarga
tidak wajar melakukan peranan masing-masing bagai melepaskan batuk di tangga. Para remaja
pastinya akan berasa terabai. Justeru itu, memberi alasan kepada mereka untuk melakukan
perkara-perkara yang negatif. Ibu bapa perlulah menjaga anak mereka bagai menatang minyak
yang penuh kerana sesungguhnya anak-anak terutamanya yang sedang mengalami peringkat
remaja amatlah menagih kasih sayang ibu bapa. Jelaslah bahawa aktiviti yang membawa kepada
pelbagai maslahat sesama keluarga amat signifikan dalam memastikan para remaja tidak tewas
dengan cabaran hidup. [ 14 baris ]
Natijahnya, terdapat pelbagai peranan yang perlu digalas oleh ahli keluarga dalam
memastikan para remaja mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran
hidup yang mendatang. Ingatlah kemajuan negara pada masa hadapan ditentukan oleh golongan
remaja pada masa ini. Inspirasi daripada kata-kata George Washington Carver, “99 peratus
kegagalan datangnya daripada mereka yang suka memberi alasan”. Kata-kata beliau jelas
mengingatkan bahawa tiada alasan yang wajar diberi oleh masyarakat terutama ahli keluarga
dalam membantu golongan remaja mengatasi rintangan-rintangan dalam kehidupan mereka.
Pada saat genting seperti ini, ahli keluarga tidak wajar bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Golongan remaja tidak kuat dan mudah goyah untuk
mengorak langkah dalam kehidupan mereka. Ahli keluarga yang merupakan darah daging
mereka sendiri merupakan insan yang paling penting untuk berada di sisi mereka dalam
membantu mereka membuat keputusan yang tepat yang menjanjikan kecemerlangan hidup
mereka. Ulasan pemeriksa: [ 13 baris ]
Tema - karangan menepati tugasan 93/ 100
Isi – Relevan, huraian jelas dan matang, contoh sesuai
Bahasa – Gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat,
ayat gramatis, ungkapan menarik digunakan.
Pengolahan – Pemerengganan sesuai, kesinambungan idea antara
perenggan, wacana lengkap.
12
CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHAGIAN B SPM 2019
2. Sikap segelintir masyarakat yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan
masih berlaku di negara kita.
Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini.
Isu / Tema : Perbuatan membuang sampah
Kehendak soalan : Langkah-langkah menangani masalah pembuangan sampah
CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHAGIAN B (Soalan 2)
Pada era globalisasi ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mementingkan
kebersihan dengan membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati mereka. Amalan ini tidak
sepatutnya diamalkan jika ingin menjadi rakyat yang berguna. Namun begitu, mereka hanya
memandang remeh akan isu pembuangan sampah merata-rata kerana tidak mempunyai sikap
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan negara. Banyak kesan buruk yang akan berlaku jika
sikap pembuangan sampah di merata-rata ini tidak dibendung. Tamsilnya, akan berlakunya
longkang tersumbat, pencemaran air dan pencemaran alam sekitar. Bagi mengelakkan kejadian
tersebut berlaku, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab perlulah bersama-sama
membuang sikap negatif tersebut. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat. Terdapat pelbagai langkah - untuk menangani masalah ini. Marilah kita
bersama – sama membincangkan langkah-langkah serta pihak yang terlibat dalam
menangani masalah ini. [ 12 baris ]
Pihak yang terlibat dalam isu menangani masalah ini ialah pihak kerajaan. Pihak kerajaan
memainkan peranan utama dan penting dalam menangani masalah pembuangan sampah
merata-rata. Pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas.
Pihak kerajaan juga perlu mengenakan hukuman yang setimpal terhadap pesalah agar
mereka berasa bersalah untuk mengulangi kesilapan lalu. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan
juga sepatutnya melancarkan Kempen Cintailah Alam Sekitar di seluruh tempat agar rakyat yang
menghadirinya tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bagi menarik atau
memeriahkan kempen tersebut, pihak kerajaan juga perlu mengatur aktiviti-aktiviti yang menarik
minat rakyat untuk berkunjung. Tamsilnya, pertandingan inovasi menggunakan barangan
terpakai, cabutan bertuah dan pertandingan mengelaskan sampah mengikut ciri-ciri bahan bakul
sampah yang disediakan. Pihak kerajaan juga sewajarnya menyediakan tong sampah mengikut
kategori di setiap kawasan berpenghuni agar memudahkan rakyat untuk membuang sampah.
[ 13 baris ]
13
Selain itu, pihak bukan kerajaan juga memainkan peranan dengan mengadakan aktiviti
khidmat masyarakat seperti gotong-royong. Dengan mengadakan aktiviti gotong-royong kita
dapat membersihkan persekitaran agar bersih dari sampah. Aktiviti ini juga dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya penjagaan alam sekitar dengan tidak
membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak bukan kerajaan juga boleh mengadakan aktiviti
larian sambil beramal iaitu berlari sambil mengutip atau mengumpul sampah yang dijumpai
ketika berlari. Bagi menambahkan tarikan rakyat untuk menyertainya, pihak bukan kerajaan perlu
menyediakan hadiah kepada para pemenang. Dengan cara ini, masyarakat akan berasa teruja
untuk menyertainya. Aktiviti ini juga dapat mempereratkan silaturahim antara kaum dan
bangsa. Bak kata pepatah, hidup sepakat membawa berkat. [ 10 baris ]
Seterusnya, pihak media massa juga perlu memainkan peranan mereka bagi mengatasi
masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat ini. Pihak media massa perlu menyiarkan
iklan tentang keburukan membuang sampah merata-rata. Melalui iklan ini, kita dapat memberikan
kesedaran terhadap masyarakat. Bukan itu sahaja, pihak media massa juga sepatutnya
menyiarkan dokumentasi ringkas berkaitan dengan pembuangan sampah di merata-rata
tempat serta menyiarkan keburukan dan pengajaran bagi menarik perhatian penonton. Dengan
cara ini juga kita dapat membuka mata masyarakat supaya tidak mengulangi kesilapan yang
lalu. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih,. Pihak media massa juga boleh
melancarkan kuiz berkenaan isu ini secara dalam talian serta menyediakan ganjaran
pemenang. Perkara ini dapat memberi manfaat kepada kita semua daripada melakukan perkara
yang tidak berfungsi. [ 11 baris ]
Di samping itu, pihak sekolah juga sewajarnya memainkan peranan bagi mengatasi
masalah ini. Pihak sekolah perlulah mendidik para pelajar agar menjadi rakyat yang berdisiplin
dan bertanggungjawab supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kita perlu mendidik mereka seawal
prasekolah mereka. Pihak sekolah sewajarnya mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan persekitaran sekolah. Aktiviti ini dapat membuka mata pelajar supaya tidak membuang
sampah merata-rata kerana bukan mudah pekerja pembersihan sekolah untuk membersihkan
sampah hasil buangan mereka. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh mengadakan
pertandingan inovasi menggunakan barangan terpakai serta menyediakan hadiah kepada para
pemenang. [ 9 baris ]
Akhir sekali, peranan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah menjadi suri
teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik di
hadapan anak-anak mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu
14
bapa perlu mendidik anak-anak supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat
sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan itu sahaja,
ibu bapa juga bertanggungjawab membawa mereka menghadiri kempen-kempen yang dianjurkan
oleh mana-mana pihak berdekatan. Melalui aktiviti tersebut, ibu bapa dapat mendidik anak-anak
mereka supaya menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Oleh itu,
sebagai ibu bapa adalah penting bagi mereka memikul tanggungjawab mendidik anak-anak
mereka menjadi manusia yang prihatin terhadap alam sekitar. [ 10 baris ]
Konklusinya, semua rakyat terlibat dalam penjagaan alam sekitar serta bertanggungjawab
dalam menangani masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat. Kita perlulah menjadi
manusia yang prihatin dengan mengutip sampah yang kita jumpa ketika berjalan dan membuang
sampah ke dalam tong sampah dengan betul. Bukan itu sahaja, kita juga digalakkan membuang
sampah mengikut kategori sampah yang telah dikelaskan bagi memudahkan proses
pelupusan atau kitar semula. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab juga kita perlulah ringan
tulang untuk menghadiri apa-apa sahaja yang dianjurkan oleh pihak setempat bagi
memanfaatkan masa lapang agar tidak terbuang dengan perkara yang tidak berfaedah. Kita juga
boleh mengamalkan amalan 3R untuk mengekalkan keseimbangan pembuangan sampah di
merata-rata tempat supaya dapat melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab dan
berdisiplin pada masa akan datang .[ 11 baris ]
92/ 100
Ulasan pemeriksa:
Tema - karangan menepati tugasan
Isi – Relevan, huraian jelas dan matang, contoh sesuai
Bahasa – Gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat, ayat
gramatis, ungkapan menarik digunakan dan menjelaskannya.
Pengolahan – Pemerengganan sesuai, kesinambungan idea antara
perenggan, wacana lengkap.
15
PENANDA WACANA Penanda Wacana
i. Pada era globalisasi ini,
Perenggan Pendahuluan ii. Sejajar dengan era globalisasi ini,
Jenis ayat iii. Dalam melangkah era globalisasi ini,
iv. Sejak negara menikmati arus kemodenan ini,
Ayat pendahuluan i. Persoalannya,
ii. Persoalan yang sedang berlegar-legar dalam minda /
Ayat persoalan
Ayat arah (ayat terakhir benak fikiran saya ialah…
pendahuluan) i. Sesungguhnya,
Perenggan isi ii. Tegasnya,
iii. Hakikatnya,
Jenis ayat
Ayat Topik Penanda Wacana
i. Sebagai cetusan minda saya yang pertama, moleklah
Ayat Huraian (Mengapa)
kiranya kita tinjau dari aspek peranan..
Ayat Huraian kedua ii. Merenung sejenak memikirkan rasionalnya,
iii. Dari perspektif yang lain pula,
Ayat Pendapat berbeza iv. Kesinambungan dan kelangsungan diskusi ini,
v. Mari kita lebarkan skop lensa diskusi mauduk
Ayat contoh
seterusnya,
Ayat Impak vi. Menyingkap jendela langkah konkrit seterusnya,
i. Hal ini berlaku demikian kerana…
ii. Hal ini tercetus disebabkan oleh…
iii. Kita perlu mengakui hakikat bahawa
iv. Hal ini dikatakan demikian kerana…
v. Dalam konteks ini,
vi. Daripada realiti ini, dapat kita jelaskan bahawa…
i. Sejajar dengan itu,
ii. Selaras dengan itu,
iii. Selanjutnya,
iv. Sementara itu,
v. Dalam pada itu,
i. Ironinya,
ii. Kendatipun,
iii. Walaupun begitu,
iv. Kontradiksinya,
i. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah
ii. Sebagai analoginya,
iii. Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah…
iv. Justifikasinya,
v. Biar kita ambil contoh….
i. Natijahnya,
ii. Impaknya,
iii. Sebagai akibatnya,
iv. Cuba kita renungkan sejenak seandainya…
16
Ayat penegasan v. Tindakan ini akan….
i. Kita mengakui hakikat bahawa…
Perenggan penutup ii. Jelaslah kepada kita bahawa…
Jenis ayat iii. Tegasnya kepada kita bahawa…
iv. Secara umumnya,
Ayat Pandangan v. Secara ringkasnya,
Ayat Cadangan
Penanda Wacana
Ayat Harapan i. Bagi menggulung diskusi pintar ini, jelaslah bahawa…
Ayat Penegasan ii. Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa…
iii. Sebagai penutup wacana ini, jelaslah bahawa…
iv. Sebagai penutup diskusi ini, jelaslah bahawa…
v. Bagi mengakhiri wacana ini,
i. Sehubungan dengan itu, setiap lapisan masyarakat
perlu berganding bahu…
ii. Oleh itu, semua pihak perlu saling membantu…
iii. Maka, pihak (terbabit/ berkepentingan) perlulah turun
padang…
iv. Oleh itu, sebagai warga masyarakat yang prihatin, kita
haruslah seia sekata atas nama muafakat membawa
berkat..
v. Oleh hal yang demikian, marilah ke bukit sama didaki ,
ke lurah sama dituruni..
i. Saya berharap agar melalui segala usaha yang telah
diimplementasikan dapat melahirkan modal insan….
i. Bulan semakin terang, bayang semakin jelas, sekali lagi
saya ingin tegaskan bahawa…
ii. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa jelaslah…..
17
SENARAI KATA BERDARJAT TINGGI
Kata Berdarjat Tinggi Maksud
Akhirulkalam A
Sebagai penutup/ akhir
Altruisme Sifat atau prinsip suka mengutamakan kebahagiaan atau
kebajikan orang lain daripada kebahagiaan atau
kebajikan diri sendiri
Analogi Perbandingan
Apresiasi Penghargaan/ pengiktirafan
Aspirasi Cita-cita
Belenggu B
Sesuatu yang dianggap seperti mengikat (kebebasan
dan lain-lain)
Berhempas-pulas Bekerja keras (bermati-matian), membanting tulang
Dangkal D
Tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam (tentang sesuatu), pengetahuan yang cetek
Darah baru setampuk jagung Masih terlalu muda
Deduksinya Kesimpulannya
Delegasi Perwakilan, rombongan yang mewakili sesebuah negara
Diimplementasikan Dilaksanakan, dijalankan, ditunaikan
Diuar-uarkan Dihebahkan
Dominan Berkuasa atau berpengaruh
Drastik Segera
Eksplisit E
(dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa berkias-kias
Empirikal Berdasarkan pemerhatian atau eksperimen, bukan teori
Enteng Ringan, mudah
Evasif Sikap mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawab,
tindakan
Filsafat F
Falsafah
18
Ghalibnya G
Hedonisme Biasanya, lazimnya
Heterogen
Ideal H
Mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup
Impak
Implisit Terdiri daripada berbagai-bagai jenis, pelbagai
Impulsif
Indoktrinasi I
Intiha (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dengan
Ironi yang dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki dan
sebagainya), unggul
Izhar
Justifikasi Kesan yang ketara
Keakraban (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-
Kealpaan terangan, tersirat
Kebejatan
Kekangan Bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati
Kemelut
Kendatipun Perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman,
Khusyuk ajaran)
Penutup, akhir
Keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan
atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan
dengan yang menjadi hakikatnya
Hal menjadi jelas (nyata, terang)
J
Sesuatu alasan (yang kuat) yang menjadikan sesuatu
yang wajar dilakukan (diusahakan dan sebagainya) atau
diberikan, hujah (pendapat dan sebagainya) yang
dikemukakan sebagai alasan bagi sesuatu
K
Perhubungan atau pertalian yang erat
Kelalaian, kelengahan
Kerosakan
Larangan
Keadaan atau saat yang genting atau berbahaya
(berkenaan ekonomi, politik dan sebagainya)
Walaupun
Dengan menumpukan perhatian dan minat yang
sepenuhnya (kepada sesuatu)
19
komentar Komen, ulasan, kritik
Kompetitif Bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing
Konklusinya
Kontemporari Kesimpulannya
Korelasi
Pada masa ini
Lokal
Luwes Hubungan atau kaitan secara timbal balik
Mangkin yang efektif L
Tempatan / setempat
Mantan
Mapan Tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dengan keadaan
Marcapada ini dan lain-lain, dapat diubah suai
mayapada
Memanifestasikan M
Faktor (unsur dan sebagainya) yang dapat mempercepat
Memorabilia atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan
dan sebagainya
Mengorak
Menyoroti Bekas
Metropolitan Tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap
Modenisasi
Dunia sekarang ini/ dewasa ini
Mutakhir ini
Nafsi Dunia
Natijah
Nirmala Melahirkan, memperlihat, menunjukkan, menjadikan
nyata
Sesuatu yang sangat menarik dan patut dikenang,
terutamanya berhubung dengan orang atau peristiwa
yang masyhur
Membuka
Menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat,
dan lain-lain) dengan teliti
Terdiri daripada bandar raya atau pinggir bandar
Perihal, proses atau perbuatan memodenkan,
pemodenan
Akhir-akhir ini, belakangan ini
N
Mementingkan diri, tidak mempedulikan orang lain
Kesimpulan, kesudahan, akibat
Bersih, suci, tidak bernoda (cemar)
20
Optimum O
Output Paling baik atau maksimum
Pidana Keluaran
Polemik
P
Pragmatis Kejahatan, kesalahan jenayah
Prakarsa
Prestij Perbahasan (perdebatan, perbantahan) dengan rencana
atau tulisan dalam surat khabar (majalah dan lain-lain)
Prolifik
Bersifat praktikal
Ruwet
Inisiatif, dengan usaha, ikhtiar
Sementelahan pula
Serampang dua mata Penghormatan yang diperoleh kerana kejayaan,
(pencapaian, pangkat dan sebagainya), nama baik,
Seyogia reputasi
Signifikan
Sinergi Aktif/ banyak menghasilkan karya
Sofistikated
R
Swadaya Tidak keruan, kacau, kalut, kusut, rumit, sulit
Tamsilan S
Takuk lama Tambahan pula, lebih-lebih lagi
Tarbiah
Sesuatu dasar, program dan sebagainya yang
mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif dan
sebagainya
Sepatutnya, selayaknya, semestinya
Bermakna, penting
Tindakan bersama, usaha sama
Mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan
dan lain-lain) yang tinggi dan halus, bersifat kompleks
dan halus ( tidak bersahaja dan bersederhana), canggih
Kekuatan sendiri, tenaga (daya) sendiri
T
Contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan
Tahap lama
Pendidikan
21
tawaduk Rendah diri
Tegar
Transformasi Tidak dapat diubah (pendapat, pendirian dan lain-lain)
Tuntasnya
Perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan dan lain-lain)
Ukhrawi
Uswah Tegasnya
Wadah U
Berkaitan dengan akhirat
Teladan, contoh (ikutan)
W
Alat, asas, medan, saluran (untuk melakukan atau
menyampaikan sesuatu)
22
Ungkapan Bahasa Indah Berdasarkan Tema
Tema Adab
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Beradab sopan kepada ibu bapa adalah wajib pada hukum Hadis Nabi Muhammad
agama dan kebudayaan kita. SAW
Syurga di bawah tapak kaki ibunya. Hadis Nabi Muhammad
SAW
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan
budi pekerti. Hukama, golongan ilmuwan
Islam
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, Khalifah Abdul Malik bin
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika Marwan
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu, bererti memberi HAMKA
sesuatu kepada dirimu sendiri.
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib Aflatun
menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat Wahab bin Munabin
dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu Voltaire
dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya.
Tema Adat Tokoh / Sumber
Pepatah
Ungkapan
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Pepatah
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Tema Bahasa
Ungkapan Tokoh / Sumber
Bahasa menunjukkan bangsa/ bahasa jiwa bangsa Peribahasa
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Peribahasa
Tiada kata secantik bahasa Peribahasa
Anak- anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan keindahan Peribahasa
bahasa dan pemikiran budaya bangsanya, kerana peribahasa
kita ada menyebut, tak kenal maka tak cinta
23
Anak-anak harus dididik dengan bahasa yang betul dan baik Peribahasa
kerana pepatah ada menyebut terlajak perahu boleh diundur,
terlajak bahasa buruk padahnya.
Tema Anak
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Menatang minyak yang penuh Peribahasa
Peliharalah anak-anakmu dan perbaik budi pekerti mereka. Hadis Nabi Muhammad
Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah SWT kepadamu. SAW
Bapa borek anak rintik Peribahasa
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa
Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran. Daripada Jabir bin Abdullah
Rasullah SAW bersabda
Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadan suci. Kedua- Hadis Nabi Muhammad
dua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anaknya SAW
Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Tema Guru
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuannya Hadis Nabi Muhammad
kepada orang lain. SAW
Pengalaman adalah guru terbaik Cicero
Guru ibarat lilin, membakar dirinya menerangi orang lain. Pendeta bahasa
Kalau ada di dunia ini satu pengorbanan dan kejujuran serta HAMKA
kelapangan hati, satu antaranya ialah pekerjaan guru
Ditanamkan oleh guru kepada murid-muridnya bukanlah ilmu HAMKA
semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan persatuan.
Tema Usaha
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Tidak ada gunung yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah dalam Peribahasa
yang tidak dapat dituruni
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Peribahasa
Kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung-ganang Mahatma Ghandi
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Peribahasa
Perjalanan yang berbatu-batu jauhnya, dimulai dengan selangkah Khalid Gibran
24
Tema Kehidupan
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan Sayidina Ali
asal dan bangsa.
Rajin dan usaha tangga kejayaan Pendeta bahasa
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Peribahasa
Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing Peribahasa
Bagai telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya Peribahasa
Bebas daripada kemalangan ialah keuntungan besar L. Schefer
Tema Ilmu
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China Hadis Nabi Muhammad
SAW
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Pepatah
Kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang gelap Confucius
gelita bagi batin kita
Harga seseorang itu ialah ilmunya Sayidina Ali
Ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus mencari ilmu dan bukan ilmu Imam Syafie
yang mencari kita
Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya Socrates
diriku
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, Confucius
dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh Albert Einstein
Dunia menyediakan jalan bagi orang yang mengetahui perkara Emerson
yang perlu dilakukannya
Tema Kelakuan Negatif
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang Peribahasa
Jangan bercermin di air keruh Peribahasa
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak Confucius
membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah Whittier
musnah, maka matilah orang itu.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua Pepatah Arab
25
empuknya pasir itu
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di Khong Hu Cu
mukanya
Komunikasi adalah sesuatu yang mudah, susahnya ialah apabila T. S. Matthews
kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah
Tema Kebudayaan dan Seni
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Kebudayaan lama akan hilang dengan kehilangan tujuan dan Seorang budayawan
praktiknya
Kebudayaan manusia akan selalu mengalir ibarat air sungai, HAMKA
menerima dan memberi
Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang Ahli fikir Barat, L. Kant
hidup
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, Voltaire
tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya
Tema Masyarakat
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Orang yang sangat dihormati apabila dia melakukan pekerjaan Mahatma Ghandi
untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya
Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing Peribahasa
mengembek
Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi Abraham Lincoln
tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara
Di mana-mana pun, orang asing dianggap sepi Ovidius
Tema Remaja
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Bagaimana bentuk pemuda masa ini, itulah bentuk masyarakat Imam Al- Ghazali
akan datang
Asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau Peribahasa
Tema Pendidikan
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya Peribahasa
Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal- Peribahasa
tinggalkan
Ajarlah anak-anakmu dengan zaman yang akan dihadapinya Umar Al-Khattab
26
Ibu bapa perlu menjaga anak-anaknya dengan membaiki budi Nabi Muhammad SAW
pekertinya Ahli fikir Barat
Pendidikan merupakan keperluan utama rakyat selepas
makanan
Tema Membaca
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Membaca tanpa berfikir, seperti makan tanpa dicernakan Edmund Burke
Membaca adalah alat sederhana bagi mengubati fikiran Arthur Helps
Takutilah orang yang hanya membaca satu buku Disraeli
Membaca dapat memperkaya perbendaharaan jiwa Goethe
Tema Masa
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, Pascal
tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya
Masa tidak dapat diubah, terlepas tidak dapat diubah Pepatah Melayu
Bertangguh itu pencuri masa Pendeta
Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, Peribahasa Arab
pedang itu akan memancungmu pula
Merancang masa bermakna merancang kejayaan Dr. Irfan Khairi
Tema Persahabatan
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Carilah sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat Lukman Al-Hakim
belumlah banyak. Jauhilah musuh kerana yang seorang itu
sudah lebih daripada seribu rakan
Persahabatan adalah cinta tanpa sayap Byron
Tidak ada yang lebih baik daripada dorongan sahabat yang Katherine B. Hathaway
baik
Saya tidak mahu hidup tanpa kasih sahabat John Keats
27
Tema Patriotisme
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan dan Umar Al-Khatab
tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan
kewajipan
Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak mencintai negaranya Tun Dr. Mahathir
sendiri
Setiap orang perlu memiliki semangat patriotisme Alexander Von Humboldt
Orang tertawa dan tersenyum kerana semangat patriotisme Gordian
Sesuatu yang besar tidak mungkin tercapai tanpa semangat Cirdesada
patriotisme. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak
berhak merdeka
Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk Andre Colin
kemerdekaan
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai Soekarno
sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai satu bangsa
merdeka
Tema Sejarah
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Sejarah adalah tetap sejarah. Namun, yang lebih penting adalah Tun Dr. Mahathir
daripada sudut manakah kita menterjemahkan sejarah?
Sejarah adalah pengetahuan berkaitan dengan manusia Jose Ortega
Sejarah ialah seni yang tidak mengabaikan fakta-fakta yang Bernard Berenson
diketahui
Semua sejarah adalah lukisan daripada beberapa catatan dan Emerson
memiliki ketelusan yang tinggi
Sejarah manusia tidak lain hanyalah gambaran masa dahulu Voltaire
sebagai pengajaran masa akan datang
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti Albert Camus
menghadapinya.
28
Tema Sikap dan Perasaan
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Sabar itu separuh daripada iman Hadis Nabi Muhammad
SAW
Kalangan kamu yang paling baik ialah mereka yang paling baik Riwayat Bukhari dan
akhlaknya Muslim
Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup Tan Sri Hanif Omar
manusia
Apabila sikap kita benar, kemampuan kita mencapai tingkat Erwin H. Schellada
paling tinggi semakin cerah
Sesiapa yang hilang sifat kelembutannya, hilang pula sifat- Hadis Nabi Muhammad
sifatnya yang terpuji SAW
Keindahan terdapat dalam kejujuran Schiller
Apabila semua manusia insaf, maka beristirahatlah Sang Hakim Hukama
Salah tidak pernah berubah menjadi benar Edmund Burke
Tema Kewangan
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Sifat suka menabung ialah puteri daripada sikap hati-hati, Samuel Smiles
saudaranya adalah daripada sikap tahu batas dan ibunya ialah
kebebasan
Lebih baik membeli seliter susu dengan wang daripada James Howell
memelihara seekor lembu
Orang yang menabung itu bagaikan bintang di langit Victor Hugo
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun Anonim
dengan banyak hutang
Tema Agama
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kata-kata hikmah
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak
berpenjaga, binasalah hayat.
29
Tema Kejayaan
Ungkapan Tokoh/ Sumber
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya Marcus Aurelius
Percaya kepada diri sendiri ialah rahsia utama untuk mencapai Ralph Walda Emerson
kejayaan
Orang yang tidak mahu bekerja, hendaknya jangan makan Thessalanians
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak Cecil B. DeMille
tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang
Nilai harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja Richard Brinsley Sheridan
bukannya usia
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah Lao Tze
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu Abdullah Mansur M.H
dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang
kamu inginkan
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang Samuel Johnson
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan Napoleon Bonaparte
sesebuah benteng yang tidak dibela
Kejayaan akan menjadi milik anda Ray Kroc (pengasas
McDonalds
30
STRATEGI MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B
Murid perlu menganalisis dan memahami tugasan yang diberikan dalam ayat soalan.
Karangan BAHAGIAN B mesti ditulis antara 7-8 perenggan.
# 1 perenggan Pendahuluan
( Ditulis dalam lingkungan minimum 80 patah perkataan / antara 10-15 baris)
# 5-6 perenggan Isi
( Setiap perenggan isi ditulis minimum 100 patah perkataan / antara 10-15 baris)
# 1 perenggan Penutup
( Ditulis seimbang dengan perenggan pendahuluan iaitu minimum 80 patah
perkataan / antara 10-15 baris)
Murid digalakkan mengarang menggunakan Teknik Laci Berirama, DiKeMaSeN+ A
dan JERIS untuk menjana idea utama.
Bagi mengembangkan isi karangan, murid digalakkan menggunakan Teknik IMBaKUP
atau Teknik Penyoalan (5W1H)
Tulis karangan bahagian B dalam tempoh masa 1 Jam 30 minit sahaja
Penulisan karangan mestilah ditulis melebihi 350 patah perkataan dengan syarat tidak
melebihi masa 1 jam 30 minit.
Baca dengan teliti semua lima soalan yang disediakan dalam Bahagian B.
Pilih satu soalan sahaja dan pastikan anda menjawabnya dengan baik
Guna format yang betul jika karangan yang dipilih karangan berformat.
Bina kerangka karangan dalam bentuk peta minda secepat mungkin.
Mula menulis karangan.
Lima minit terakhir untuk menyemak keseluruhan karangan.
Karangan boleh ditulis sama ada dengan huruf rumi atau jawi dan tulisan mestilah
jelas serta dapat dibaca
31
ALAT BERFIKIR UNTUK MENULIS IDEA ATAU ISI UTAMA
1) Teknik DiKeMaSeN+A
PENGENALAN
Teknik DiKeMaSeN+A merupakan cara memperoleh idea ketika mengarang atau
menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menerusi teknik ini, dua atau tiga
isi dihimpunkan dalam sebuah perenggan. Teknik ini memudahkan calon menulis karangan
dengan lebih panjang.
Teknik ini sesuai bagi soalan karangan umum.
KONSEP DiKeMaSeN+A
Bagi tujuan mengarang, konsep ini digunakan sebagai isi utama dan isi yang berkaitan
sebagai isi kecil.
Konsep ini memudahkan murid mencari idea dan mengelakkan idea berulang.
Diri Keluarga Masyarakat Sekolah Negara / Antarabangsa
[Di] [Ke] [Ma] [Se] kerajaan [A]
[N]
*Kesedaran *Pendidikan *Aktiviti hari *pembelajaran *Penguatkuasaan • PBB
agama dan undang-undang
*Motivasi Keluarga / pemudahcara- • ASEAN
*Perhatian/ gotong – an (PdPc) *Peranan
*Taat kepada royong pemimpin • Negara
perintah Kasih *Kokurikulum jiran
tuhan sayang *Prihatin / *Media massa
*Aktiviti
*Kegigihan *Suri Saling (ceramah &
teladan menegur pertandingan)
*Rakan
sebaya *Ceramah
*Jati diri
*Pembacaan/
menuntut
ilmu
32
2) Teknik JERIS
PENGENALAN
Teknik JERIS digunakan untuk calon menjana idea utama bagi soalan karangan yang hanya
berfokus pada SATU dimensi.
KONSEP
Konsep ini memudahkan calon menjana idea utama tanpa menulis isi yang berulang
JASMANI EMOSI ROHANI INTELEKTUAL SOSIAL
Menguruskan Memberikan Pendidikan Melengkapkan Memantau
keperluan dan kasih sayang agama dan diri dengan ilmu kegiatan anak-
kedudukan yang moral keibubapaan anak
ekonomi sewajarnya
Menyediakan Prihatin, Membabitkan Memberi latihan Semangat
kemudahan proaktif dan diri dalam yang berkesan toleransi dan
infrastruktur penyayang program kepada perkongsian bijak
keagamaan penguatkuasa
Kecekapan
pegawai Menjalankan Menjalankan Menyediakan Bekerjasama
penguatkuasa kempen khidmat modal dan dengan pihak
ditingkatkan kesedaran kaunseling dan kemahiran yang
kelas berkepentingan
bimbingan
Penguatkuasaan Keceriaan Menjalankan Pendidikan Mempertingkatkan
undang-undang dan tugas dengan cemerlang dapat kerjasama dan
dan peraturan keselamatan amanah, ikhlas ditingkatkan persefahaman
yang lebih tegas sekolah dan tidak politik
diberikan mementingkan
keutamaan diri
33
3) TEKNIK LACI BERIRAMA
Pengenalan
Teknik Laci merupakan cara memperoleh idea utama ketika mengarang.
*Menerusi teknik ini, Laci ( isi utama) perlu diberi nama secara umum.
Irama Laci dicipta berdasarkan Laci (Isi Utama) sebagai ungkapan menarik dalam
penulisan. Irama Laci adalah sebagai pilihan mengikut kemampuan murid.
Dua hujah berkaitan Laci ( Isi Utama) perlu dijana untuk dihimpunkan dalam satu
perenggan.
Konsep
Bagi tujuan mengarang, konsep ini digunakan sebagai isi utama dan isi yang berkaitan sebagai isi
kecil.
Contoh: Kajian dari sudut penjagaan kesihatan
Kajian dari sudut ekonomi
Kajian dari sudut kandungan
Kajian dari sudut kos
SOALAN : KEBAIKAN MAKAN BUAHAN TEMPATAN
ISI NAMA LACI IRAMA LACI HUJAH
Sentiasa Makan Kesihatan
Kajian dari sudut H 1:membantu proses
ISI penjagaan Terjamin penghadaman
1 kesihatan H 2:sumber gula semula jadi
Beli Selalu, Ekonomi Meningkat dan vitamin c
ISI Kajian dari sudut H 1:kempen makan buah-
2 ekonomi Banyak Vitamin, Mutu Terjamin buahan tempatan
H 2:membantu peniaga
Kajian dari sudut Mudah Diperoleh, Harga tempatan
ISI kandungan Berpatutan H 1:bandingan dengan buahan
3 34 import
H 2:buahan import tidak
ISI Kajian dari sudut selamat - lilin
4 kos H 1: banyak ditanam di negara
kita
H 2: harga murah berbanding
buah import
ALAT BERFIKIR UNTUK HURAIAN IDEA
Calon digalakkan memilih salah satu daripada kaedah menghuraikan idea.
1) KAEDAH IMBaKUP Kaedah IMBaKUP
Nyatakan idea (isi utama/ ayat topik)
I
idea Mengapakah isi utama boleh berlaku atau
M dilakukan?
mengapakah (memberi sebab dan alasan)
Bagaimanakah isi utama boleh berlaku atau
Ba dilakukan
bagaimanakah (memberi penerangan tentang cara/ contoh/
keadaan/ langkah/ kejadian)
K Kesan kepada/ daripada isi utama
kesan
U Ungkapan bahasa indah
ungkapan (peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmah)
menarik
P Kesimpulan kecil bagi perenggan
penegasan
35
2) KAEDAH PENYOALAN (5W1H)
What Kaedah Penyoalan
(apa) Apakah idea utama?
Where Dimanakah lokasi/ tempat kejadian atau berlaku?
(dimana)
Bilakah idea utama sesuai dijalankan?
When
(bila) Siapakah yang terlibat?
Siapakah pihak berkepentingan yang terbabit?
Who
(siapa)
Why Mengapakan idea utama berlaku atau dilakukan?
(mengapa) (memberi sebab dan alasan)
How Bagaimanakah idea utama berlaku atau dilakukan?
(bagaimana)
Memberi penerangan cara/ contoh/ keadaan/
langkah/ kejadian.
* Kedudukan soalan boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian huraian
36
PROSES MEMBINA KARANGAN
LANGKAH 1: ANALISIS SOALAN
KONSEP MENGANALISIS SOALAN KARANGAN
T Tema Isu dalam soalan
A Ayat kehendak soalan / Ayat (lazimnya berada dalam ayat 1 arahan soalan)
- Berbentuk khusus ( mengandungi kata kunci
tugasan seperti peranan, kesan-kesan, punca-punca,
langkah-langkah dll)
S Sasaran /Siapa - Berbentuk KBAT ( lazimnya tiada kata kunci,
hanya mengandungi tema dan format yang
ditetapkan)
*Guna teknik yang bersesuaian untuk membantu
murid menentukan kata kunci soalan.
Pihak yang terlibat( remaja,kerajaan,ibu bapa,
sekolah dll)
MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
Baca soalan karangan di bawah dan nyatakan T,A dan S.
SOALAN 1 ( Berbentuk KBAT )
Kejayaan seseorang bermula daripada dorongan ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat.
Sebagai remaja yang berwawasan, huraikan peranan pelbagai pihak dalam merealisasi kejayaan
tersebut.
T Tema Remaja berwawasan
A Ayat kehendak soalan / Ayat peranan
tugasan
S Sasaran /Siapa ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat
sekiranya calon menjawab:
1. Peranan ibu bapa, pihak sekolah dan
masyarakat serta satu atau dua tambahan
isi lain (tahap Cemerlang)
2. tidak menyentuh peranan ibu bapa, pihak
sekolah dan masyarakat (tahap
Memuaskan)
37
Soalan 2 ( Berbentuk KBAT )
Konsep 'Baiti Jannati' iaitu rumahku syurgaku harus diterapkan dalam institusi kekeluargaan bagi
meningkatkan keharmonian sejagat. Bincangkan kenyataan ini.
T Tema Rumahku Syurgaku
A Ayat kehendak soalan / Ayat Guna teknik yang bersesuaian untuk membantu murid
tugasan menentukan kata kunci soalan ini.
*langkah/ usaha /cara
S Sasaran /Siapa Ditentukan oleh pihak yang terlibat
*diri, keluarga, masyarakat, kerajaan
Sekiranya calon menjawab :
1. usaha diri, keluarga, masyarakat dan kerajaan
(tahap Cemerlang)
2. minimum satu perenggan menyentuh usaha
diri/ keluarga/ masyarakat/ kerajaan (tahap
Cemerlang)
3. tidak menyentuh diri, keluarga, masyarakat dan
kerajaan (tahap Memuaskan)
Soalan 3 ( Berbentuk KBAT )
Konsep 'Baiti Jannati' iaitu rumahku syurgaku harus diterapkan dalam institusi kekeluargaan bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Bincangkan kenyataan ini.
T Tema Rumahku Syurgaku
A Ayat kehendak soalan / Ayat Guna teknik yang sesuai untuk membantu murid
tugasan menentukan kata kunci soalan ini.
*cara/ langkah/ usaha
S Sasaran /Siapa
Ditentukan oleh kata kunci yang diperoleh daripada
Soalan 4 arahan soalan
*keluarga
Sekiranya calon menjawab:
1. cara keluarga (tahap Cemerlang)
2. minimum satu perenggan menyentuh cara
keluarga (Tahap Cemerlang)
3. tidak menyentuh cara keluarga (Tahap
Memuaskan)
Gejala sosial yang semakin berleluasa di negara kita berpunca daripada ibu bapa.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
T Tema Gejala sosial
A Ayat kehendak soalan / Ayat Punca
tugasan
5 punca daripada ibu bapa ( jika murid bersetuju
S Sasaran /Siapa sepenuhnya)
2 punca daripada ibu bapa + 3 faktor lain ( jika
murid separuh bersetuju)
5 punca daripada pihak lain ( jika murid tidak
bersetuju sepenuhnya)
38
LATIHAN MENGANALISIS SOALAN
Kenal pasti dan lengkapkan jadual mentafsir soalan di bawah.
Soalan 1
Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan
lebih mudah, cepat dan efisien.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.
Akronim Penerangan Jawapan Markah
T Tema
A Ayat kehendak soalan
/ Ayat tugasan
S Sasaran /Siapa
Jumlah
3
Soalan 2
Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal mampu memperkasa budaya kempen kitar semula di negara kita.
Bincangkan pernyataan ini.
Akronim Penerangan Jawapan Markah
T Tema
A Ayat kehendak soalan
/ Ayat tugasan
S Sasaran /Siapa
Jumlah
3
39
Soalan 3
Mata pelajaran Bahasa Inggeris hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan cadangan ini?
Akronim Penerangan Jawapan Markah
T Tema
A Ayat kehendak soalan
/ Ayat tugasan
S Sasaran /Siapa
Jumlah
3
Sudah boleh
menganalisis soalan
dengan baik?
40
LANGKAH 2: MENULIS PENDAHULUAN
CONTOH SOALAN
Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang perlu diberikan perhatian oleh setiap insan. Hal ini dikatakan demikian
kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.
JADUAL PERENGGAN PENDAHULUAN
AT Ayat Tema [AT] Dalam meniti arus pemodenan, kita cukup gusar
apabila masyarakat kini, terutamanya golongan remaja
yang begitu obses dengan peranti telekomunikasi seperti
telefon pintar.
AC Ayat Contoh [AC] Lebih tragis lagi kita digemparkan melalui media
massa tentang kes remaja yang ditemui mati di dalam
biliknya kerana terlalu lama menghabiskan masa dengan
permainan video yang pastinya tidak memberikan
sebarang ilmu yang bermanfaat.
KH Kata-kata Hikmah [KH] Sudah terang lagi bersuluh bahawa “ Ilmu Pelita
Hidup”.
[KH] Kata-kata hikmat ini jelas membuktikan bahawa
ilmu amat signifikan dalam kehidupan manusia.
AP Ayat Persoalan [AP] Persoalan yang sering bermain dalam benak fikiran
saya ialah apakah kepentingan ilmu dalam kehidupan
kita?
AA Ayat Arah [AA] Oleh itu, kepentingan-kepentingan ilmu dalam
kehidupan akan menjadi fokus dominan diskusi saya
selepas ini demi kebaikan bersama.
CONTOH PERENGGAN PENDAHULUAN
[AT] Dalam meniti arus pemodenan, kita cukup gusar apabila masyarakat kini, terutamanya
golongan remaja yang begitu obses dengan peranti telekomunikasi seperti telefon pintar. [AC]
Lebih tragis lagi kita digemparkan melalui media massa tentang kes remaja yang ditemui mati di
dalam biliknya kerana terlalu lama menghabiskan masa dengan permainan video yang pastinya
tidak memberikan sebarang ilmu yang bermanfaat. [KH] Sudah terang lagi bersuluh bahawa “
Ilmu Pelita Hidup”. [KH] Kata-kata hikmat ini jelas membuktikan bahawa ilmu amat signifikan
dalam kehidupan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak kira sama ada ilmu duniawi,
lebih-lebih lagi ilmu akhirat perlulah dikejar dan seiring serta diseimbangkan bukannya alpa atau
lalai dengan hal-hal yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kita, terutamanya
remaja. Dalam hal ini, kita seyogia merebut peluang dan mengisi ruang yang ada untuk mencari
dan mempelajari ilmu demi kesenangan hidup pada masa hadapan. [AP] Persoalan yang sering
bermain dalam benak fikiran saya ialah apakah kepentingan ilmu dalam kehidupan kita? [AA]
Oleh itu, kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan akan menjadi fokus dominan diskusi
saya selepas ini demi kebaikan bersama.
41
LANGKAH 3:MENULIS ISI KARANGAN
1. Murid hendaklah menulis perenggan isi berdasarkan Kerangka Karangan Laci / DiKeMaSeN+A /
JERIS
2. Perenggan isi yang baik memiliki dua atau tiga isi kecil berdasarkan isi utama. Hal ini bagi
memudahkan murid mengembangkan idea tanpa berlaku isi dan huraian berulang.
3. Asas penulisan perenggan isi Teknik Laci adalah seperti berikut:
CONTOH KERANGKA KARANGAN LACI
RANGKA KARANGAN RESPON TERBUKA
TEKNIK 8-6=480
SOALAN 1 : KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM KEHIDUPAN
ISI NAMA LACI IRAMA LACI HUJAH
Ilmu Dituntut Kehidupan
Kajian dari sudut H 1:Meningkatkan taraf
ISI taraf hidup Terjamin hidup seseorang
1 H 2:Menjadikan kehidupan
Ilmu Ditimba Kerjaya lebih selamat dan
ISI Kajian dari sudut Cemerlang sejahtera.
2 kerjaya H 1:Mendapat pekerjaan
Ilmu diminda hidup tak dengan mudah
Kajian dari sudut diperdaya H 2:Berpeluang
ISI sosial menyandang jawatan
3 Ilmu tinggi komunikasi hebat
berkesan H 1:Menghindarkan diri
ISI Kajian dari sudut daripada ditipu atau
4 komunikasi Ilmu di dada dipandang dimanipulasi.
mulia H 2:Mengelakkan diri
Isi Kajian dari sudut daripada berfikir secara
5 kemasyarakatan tidak rasional atau
membabi buta.
H 1: Memudahkan kita
berkomunikasi dengan
orang lain
H 2: Memudahkan kita
membawa diri ke mana-
mana
H1: Disanjung tinggi oleh
masyarakat
H2: Dihargai oleh
masyarakat
42
CONTOH JADUAL PERENGGAN ISI TEKNIK LACI
Bil Jenis Ayat Penanda wacana + isi + huraian
Ayat 1 -Isi Utama Berirama
Ilmu dituntut, kehidupan terjamin
Ayat 2 -Huraian isi utama berirama Begitulah cetusan minda saya yang pertama,
Ayat 3
iaitu antara kepentingan ilmu ialah dapat menjamin
kehidupan yang lebih sempurna
Hujah 1 Hal ini dikatakan demikian kerana, ilmu dapat
meningkatkan taraf hidup seseorang
Ayat 4 Huraian Hujah 1 dan pastinya kehidupan seseorang itu akan lebih
Ayat 5 (kenapa/bagaimana) terjamin dengan ilmu yang dimilikinya
Contoh/ kesan hujah 1
Sebagai contoh, ketinggian ilmu yang kita miliki
Ayat 6 Hujah 2 membuatkan kita tidak akan mudah goyah dan
terpengaruh dengan rakan-rakan yang telah
Ayat 7 Huraian Hujah 2 terjebak dalam masalah sosial.
(kenapa/ bagaimana) Selain itu, ilmu yang dituntut menjadikan kehidupan
kita lebih selamat dan sejahtera.
Ayat 8 Contoh/ kesan hujah 2
Sehubungan itu, remaja khususnya perlulah gigih
Ayat 9 Bahasa indah / Ungkapan dan tekun menuntut ilmu demi kelangsungan hidup
Ayat 10 menarik masa depan yang selamat dan sejahtera.
Ayat Penegasan Biar kita ambil contoh, seseorang yang memiliki dan
mengamalkan ilmu agama, tidak akan mudah
diheret dalam kehidupan yang bertiangkan
hedonisme.
Hal ini persis dengan cogan kata , “ ilmu suluh
kehidupan”
Tegasnya, kepentingan ilmu itu jelas akan
menjamin kehidupan kita yang lebih sejahtera dan
berjaya.
43
CONTOH PERENGGAN ISI TEKNIK LACI
[Isi 1 Berirama] Ilmu dituntut, kehidupan terjamin. [Huraian Isi 1 Berirama] Begitulah
cetusan minda saya yang pertama iaitu kepentingan ilmu dapat menjamin kehidupan yang lebih
sempurna .[Hujah 1] Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu dapat meningkatkan taraf hidup
seseorang dan pastinya kehidupan seseorang itu akan lebih terjamin dengan ilmu yang
dimilikinya.[Contoh Hujah 1] Sebagai contoh, ketinggian ilmu yang kita miliki membuatkan kita
tidak akan mudah goyah dan terpengaruh dengan rakan-rakan yang telah terjebak dalam masalah
sosial.[Hujah 2] Selain itu, ilmu yang dituntut menjadikan kehidupan kita lebih selamat dan
sejahtera. Sehubungan dengan hal itu, remaja khususnya perlulah gigih dan tekun menuntut ilmu
demi kelangsungan hidup masa depan yang selamat dan sejahtera. [Contoh Hujah 2]Biar kita
ambil contoh, seseorang yang memiliki dan mengamalkan ilmu agama, tidak akan mudah diheret
dalam kehidupan yang bertiangkan hedonisme. Hal ini persis dengan cogan kata , “ ilmu suluh
kehidupan”. Oleh sebab itulah, dengan memiliki ilmu dan menguasai ilmu, kita akan berjaya
menghadapi sepak terajang kehidupan dunia kini kerana Saidina Ali Abu Talib r.a pernah
berpesan bahawa “ ilmu lebih mulia daripada harta””. Kita terpaksa menjaga harta, sedangkan
ilmu akan menjaga kita”. [Ayat Penegasan Isi]Tegasnya, kepentingan ilmu itu jelas akan
menjamin kehidupan kita yang lebih sejahtera dan berjaya.
Mari mengarang
. perenggan isi dengan
matang dan
berkesan.
Kita Boleh.
44
LANGKAH 4:MENULIS PENUTUP
JADUAL PERENGGAN PENUTUP [P] Bulan semakin terang, bayang semakin
P Pandangan jelas, sebagai penghias bicara akhir, jelaslah
bahawa banyak kepentingan ilmu dalam
kehidupan kita sehari-hari.
C Cadangan [C] Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan dan
setiap individu mengambil sikap cakna tentang
kepentingan ilmu agar dapat menjadikan kita
insan yang berguna dan berjaya.
H Harapan [H] Harapan saya agar setiap lapisan
masyarakat beriltizam untuk mewujudkan
masyarakat berilmu. Sehubungan dengan itu,
kehebatan dan keperibadian seseorang itu
bukan terletak pada kecantikan wajah dan
pakaiannya, tetapi diukur dengan ketinggian
ilmu yang dimilikinya.
Pe Penegasan [Pe] Saya ingin menegaskan sekali lagi
bahawa peri pentingnya ilmu pengetahuan
dalam kehidupan kerana pesan Imam al-
Ghazali, “ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang
tidak berbuah, ilmu tanpa amal itu gila, dan
amal tanpa ilmu itu sia-sia”.
45
CONTOH PERENGGAN PENUTUP
[P] Bulan semakin terang, bayang semakin jelas, sebagai penghias bicara akhir, jelaslah
bahawa banyak kepentingan ilmu dalam kehidupan kita sehari-hari. [C] Oleh itu, saya menyeru
rakan-rakan dan setiap individu mengambil sikap cakna tentang kepentingan ilmu agar dapat
menjadikan kita insan yang berguna dan berjaya. [H] Harapan saya agar setiap lapisan
masyarakat beriltizam untuk mewujudkan masyarakat berilmu. Sehubungan dengan itu,
kehebatan dan keperibadian seseorang itu bukan terletak pada kecantikan wajah dan pakaiannya,
tetapi diukur dengan ketinggian ilmu yang dimilikinya. [Pe] Saya ingin menegaskan sekali lagi
bahawa peri pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan kerana pesan Imam al-Ghazali, “ilmu
tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah, ilmu tanpa amal itu gila, dan amal tanpa ilmu itu
sia-sia”.
Gunakan teknik ini bagi
mendapat karangan yang
matang dan berkesan.
Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.
46
CONTOH KARANGAN CEMERLANG (TEKNIK LACI)
Soalan
Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang perlu diberikan perhatian oleh setiap insan. Hal ini
dikatakan demikian kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contoh karangan cemerlang.
[AT] Dalam meniti arus pemodenan, kita cukup gusar apabila masyarakat kini, terutamanya
golongan remaja yang begitu obses dengan peranti telekomunikasi seperti telefon pintar. [AC]
Lebih tragis lagi kita digemparkan melalui media massa tentang kes remaja yang ditemui mati di
dalam biliknya kerana terlalu lama menghabiskan masa dengan permainan video yang pastinya
tidak memberikan sebarang ilmu yang bermanfaat. [KH] Sudah terang lagi bersuluh bahawa “
Ilmu Pelita Hidup”. [KH] Kata-kata hikmat ini jelas membuktikan bahawa ilmu amat signifikan
dalam kehidupan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak kira sama ada ilmu duniawi,
lebih-lebih lagi ilmu akhirat perlulah dikejar dan seiring serta diseimbangkan bukannya alpa atau
lalai dengan hal-hal yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kita, terutamanya
remaja. Dalam hal ini, kita seyogia merebut peluang dan mengisi ruang yang ada untuk mencari
dan mempelajari ilmu demi kesenangan hidup pada masa hadapan. [AP] Persoalan yang sering
bermain dalam benak fikiran saya ialah apakah kepentingan ilmu dalam kehidupan kita? [AA]
Oleh itu, kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan akan menjadi fokus dominan diskusi
saya selepas ini demi kebaikan bersama.
[Isi 1 Berirama] Ilmu dituntut, kehidupan terjamin. [Huraian Isi 1 Berirama] Begitulah
cetusan minda saya yang pertama, iaitu antara kepentingan ilmu ialah dapat menjamin kehidupan
yang lebih sempurna .[Hujah 1] Hal ini dikatakan demikian kerana, ilmu dapat meningkatkan taraf
hidup seseorang dan pastinya kehidupan seseorang itu akan lebih terjamin dengan ilmu yang
dimilikinya.[Contoh Hujah 1] Sebagai contoh, ketinggian ilmu yang kita miliki membuatkan kita
tidak akan mudah goyah dan terpengaruh dengan rakan-rakan yang telah terjebak dalam masalah
sosial.[Hujah 2] Selain itu, ilmu yang dituntut menjadikan kehidupan kita lebih selamat dan
sejahtera. Sehubungan itu, remaja khususnya perlulah gigih dan tekun menuntut ilmu demi
kelangsungan hidup masa depan yang selamat dan sejahtera. [Contoh Hujah 2]Biar kita ambil
contoh, seseorang yang memiliki dan mengamalkan ilmu agama, tidak akan mudah diheret dalam
kehidupan yang bertiangkan hedonisme. Hal ini persis dengan cogan kata , “ ilmu suluh
kehidupan”. Oleh sebab itulah, dengan memiliki ilmu dan menguasai ilmu, kita akan berjaya
menghadapi sepak terajang kehidupan dunia kini kerana Saidina Ali Abu Talib r.a pernah
47
berpesan bahawa “ ilmu lebih mulia daripada harta””. Kita terpaksa menjaga harta, sedangkan
ilmu akan menjaga kita”. [Ayat Penegasan Isi]Tegasnya, kepentingan ilmu itu jelas akan
menjamin kehidupan kita yang lebih sejahtera dan berjaya.
[Isi 2 Berirama] Ilmu ditimba kerjaya cemerlang. [Huraian Isi 2 Berirama] Merenung
sejenak memikirkan rasionalnya, seterusnya kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah dari sudut
kerjaya. [Hujah 1] Kita harus mengakui hakikat bahawa dengan menguasai pelbagai bidang ilmu
pada tahap tertinggi, peluang dan ruang untuk kita mendapat pekerjaan lebih mudah. Dalam hal
ini, setiap daripada kita termasuklah orang-orang terdahulu belajar bersungguh-sungguh demi
menguasai ilmu atau pelajaran kerana aspirasinya adalah untuk melanjutkan pelajaran kepada
tahap yang lebih tinggi di alma mater seperti universiti dan seterusnya memperoleh kerja dengan
mudah. [Contoh Hujah 1] Sebagai analoginya, seorang graduan lepasan universiti pastinya
berpeluang untuk mengisi kekosongan jawatan di mana-mana premis yang memerlukan
perkhidmatannya. [Hujah 2] Di samping berpeluang mendapat pekerjaan dengan lebih mudah,
seseorang yang mempunyai kelulusan daripada universiti, lebih-lebih lagi lepasan universiti luar
negara berpeluang menyandang jawatan yang lebih gah dan hebat. [Contoh Hujah 2] Tamsilnya,
seorang jurutera yang terkemuka dalam sesebuah syarikat pastinya seorang yang memiliki dan
menguasai ilmu fizik dan matematik pada tahap yang tinggi.Bagaimana mungkin seorang yang
tidak punya ketinggian ilmu pada dirinya, akan diberikan peluang dan harapan untuk menjadi
orang penting dalam mana-mana pentadbiran dan pengurusan. Sebaliknya, dengan memiliki ilmu,
pastilah seseorang itu akan meraih kerjaya terbaik sesuai dengan ilmu yang
dimilikinya.Kepentingan ilmu ini sesuai dengan ungkapan, “ tuntutlah ilmu walaupun sampai ke
negeri China”. [Ayat Penegasan Isi] Oleh itu, jelaslah bahawa ilmu pengetahuan sangat penting
kepada seseorang untuk mendapat kerjaya yang hebat.
[Isi 3 Berirama] Ilmu di minda, hidup tak diperdaya. [Huraian isi 3 Berirama]
Menyingkap jendela kepentingan ilmu dari aspek sosial pula, [Hujah 1] ilmu dapat mengelakkan
seseorang daripada kes penipuan atau dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Daripada realiti ini dapat kita jelaskan bahawa masyarakat yang kurang berilmu lebih cenderung
untuk diperdaya oleh penjenayah berbanding dengan masyarakat berilmu pengetahuan yang
penuh di dada. [Contoh Hujah 1] Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang dapat kita
ketengahkan ialah pihak yang menjalankan perniagaan tidak akan mudah tertipu oleh pelabur
asing yang licik kerana mereka mempunyai pengetahuan dan selok-belok yang luas dalam bidang
perniagaan atau perdagangan. [Hujah 2] Malahan, ilmu sangat penting bagi menghindarkan
seseorang daripada berfikir secara tidak rasional atau membabi buta dalam melakukan sesuatu
perkara. [Contoh Hujah 2] Sebagai contoh, kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu
48
oleh penjual melalui peraduan gores dan menang. Mereka dengan mudah memberikan harta
sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai semata-mata tertarik dengan barangan murah
atau barang mudah dapat. Hal ini terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak berilmu dan
tidak berfikir panjang dan mudah dijadikan batu loncatan untuk jurujual mengaut keuntungan.
[Ayat Penegasan Isi] Jelas dan nyata bahawa, ilmu pengetahuan amat vital bagi setiap individu
agar mampu mengharungi dunia yang penuh dengan liku dan cabaran.
[Isi 4 Berirama] Ilmu tinggi komunikasi berkesan. [Huraian isi 4 Berirama] Meninjau
dari sudut komunikasi pula, [Hujah 1] ilmu sangat penting bagi mumudahkan seseorang
berkomunikasi dengan lebih berkesan. [Contoh Hujah 1] Sebagai contoh,kita perlu mengakui
hakikat bahawa walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dan bahasa
ibunda masyarakat Melayu, namun masih terdapat banyak orang yang tidak fasih berbahasa
Melayu kerana mereka lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris mahupun bahasa ibunda
masing-masing apabila berinteraksi. Kesannya, wujud situasi komunikasi yang tidak berkesan.
[Hujah 2] Seterusnya, ilmu sangat penting kerana memudahkan kita untuk membawa diri ke
negara lain yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. [Contoh Hujah
2] Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa
Jepun, bahasa Arab, bahasa Prancis dan bahasa Sepanyol yang diwara-warakan sebagai bahasa
kedua di peringkat universiti bertujuan untuk mendedahkan kita dengan ilmu bahasa asing agar
mudah untuk berkomunikasi dengan pelbagai bangsa terutamanya apabila kita berada di negara
mereka. Hal ini amat sinonim dengan peribahasa , masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak. Janganlah menjadi seperti rusa masuk kampung yang tidak tahu hala
dan arah tujunya. Impaknya, dengan menguasai ilmu dalam pelbagai bahasa, memudahkan kita
membawa diri ke mana-mana. [Ayat Penegasan Isi] Tegasnya di sini bahawa , ilmu pengetahuan
sangat penting dalam melahirkan masyarakat yang matang dalam berkomunikasi antara satu
sama lain.
[Isi 5 Berirama] Ilmu di dada, dipandang mulia. [Huraian isi 5 Berirama] Kelangsungan
diskusi ini memperlihatkan ilmu dari aspek kemasyarakatan. [Hujah 1] Kepentingan ilmu dalam
kehidupan juga pastinya meletakkan seseorang itu pada tahap yang tinggi dan diberikan
sanjungan oleh masyarakat. Hal ini dapat kita jelaskan dengan melihat sikap masyarakat yang
memandang tinggi golongan intelektual dalam bidang-bidang tertentu. [Contoh Hujah 1] Mari kita
lihat contohnya, beberapa individu yang memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing
seperti Dato’ Seri Vida dalam produk kecantikan dan kesihatan, Datuk Lee Chong Wei dalam
sukan badminton, Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy, ilmuan agama dan banyak lagi
individu lain yang telah sukses dalam bidang masing-masing kerana ilmu pengetahuan yang
49
dimiliki oleh mereka sentiasa mendapat perhatian dan sanjungan masyarakat. [Hujah 2] Di
samping itu, orang yang berilmu akan dihargai oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai
orang yang berilmu kerana khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. [Contoh
Hujah 2] Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu
memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Masyarakat akan menghargai jasa orang-orang yang berilmu kerana mereka telah berjaya
memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Impaknya, jika kita menguasai ilmu, nescaya kita
bukan sahaja dipandang tinggi dan disanjung masyarakat, bahkan kehidupan kita akan sentiasa
sukses. [Ayat Penegasan Isi] Justifikasinya, dapat kita rumuskan bahawa ilmu pengetahuan
amat penting dalam kehidupan manusia.
[P] Bulan semakin terang, bayang semakin jelas, sebagai penghias bicara akhir, jelaslah
bahawa banyak kepentingan ilmu dalam kehidupan kita sehari-hari. [C] Oleh itu, saya menyeru
rakan-rakan dan setiap individu mengambil sikap cakna tentang kepentingan ilmu agar dapat
menjadikan kita insan yang berguna dan berjaya. [H] Harapan saya agar setiap lapisan
masyarakat beriltizam untuk mewujudkan masyarakat berilmu. Sehubungan hal itu, kehebatan
dan keperibadian seseorang itu bukan terletak pada kecantikan wajah dan pakaiannya, tetapi
diukur dengan ketinggian ilmu yang dimilikinya. [Pe] Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa
peri pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan kerana pesan Imam al-Ghazali, “ilmu tanpa
amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah, ilmu tanpa amal itu gila, dan amal tanpa ilmu itu sia-sia”.
Anda juga mampu
mendapatkan karangan
yang Cemerlang.
50