BAB
4
Implikasi Variasi Individu
Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P)
Menurut Atan Long (1978) mengatakan bahawa
variasi individu atau perbezaan individu memberikan implikasi
yang sangat besar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Capaldi et al (1996)
memberitahu bahawa kesan perbezaan individu atau variasi
individu ini terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
lazimnya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang
jika dibandingkan dengan jangka masa yang pendek.
Dengan demikian, Bab 4 ini akan membicarakan
implikasi variasi individu atau perbezaan individu terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di sekolah.
Implikasi ini akan dibicarakan berdasarkan variasi atau
perbezaan individu dari pelbagai segi.
IMPLIKASI INI IMPLIKASI
TERDIRI POSITIF(+)
DARIPADA DUA IMPLIKASI
ASPEK: NEGATIF(-)
4.1 IMPLIKASI PERBEZAAN DARI SEGI
FIZIKAL
Menurut Sang M. S (2011) telah menjelaskan 2 aspek implikasi Perbezaan Dari
Segi Fizikal:
● IMPLIKASI POSITIF
Menurut Sang M. S (2011) mengatakan bahawa implikasi postif yang terdapat dalam Perbezaan
Dari Segi Fizikal ialah para guru dapat memberikan atau mengagihkan tugasan atau kerja
dengan berdasarkan kepada saiz fizikal atau saiz badan para pelajar. Para guru perlu
mengagihkan atau memberikan tugasan yang berpadanan atau secocok dengan saiz badan
atau saiz fizikal para murid supaya mereka dapat menjalankan tugasan dengan sempurna.
Menurut Sheldon (1940) mengatakan bahawa tubuh badan atau saiz fizikal seseorang manusia
boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Mesomorf, Eksomorf dan Endomorf. Oleh itu, guru perlu
memberikan tugasan atau kerja dengan berlandaskan kepada 3 jenis saiz tubuh badan atau saiz
fizikal tersebut. Contohnya, pelajar atau murid yang bersaiz badan atau fizikal Mesomorf
lazimnya ialah pelajar atau murid yang tubuh badannya berotot. Jenis pelajar yang tubuh
badannnya berotot biasanya mempunyai sifat asertif dan berani melakukan segala perkara yang
ada serta mereka mempunyai tenaga fizikal yang banyak. Oleh hal yang demikian, guru perlu
mengagihkan tugasan yang lebih memerlukan tenaga fizikal yang banyak kepada jenis
pelajar atau murid tersebut misalnya guru Kemahiran Hidup menyuruhkan mereka yang
bersaiz badan otot itu untuk memotong kayu dan mengangkat mesin gergaji yang berat.
Selain itu, pelajar atau murid yang bersaiz fizikal atau badan Eksomorf akan mempunyai
tubuh badan yang tinggi dan kurus kering. Sheldon (1940) memberitahu bahawa sesiapa yang
bersaiz badan atau fizikal tersebut lazimnya mempunyai ciri-ciri individu pendiam atau
introvert. Oleh itu, guru Bahasa Melayu boleh mengagihkan tugas yang sesuai dengan saiz
fizikal mereka seperti pengucapan awam atau tugas pembentangan kepada jenis pelajar atau
murid yang bersaiz badan atau fizikal tersebut. Hal ini dapat melatihkan pelajar atau murid
yang bersaiz badan Eksomorf untuk membina keyakinan diri serta meningkatkan komunikasi
sosial mereka. Tambahan pula, menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, dan Ramlah
Jantan (2003) mengatakan bahawa pelajar atau murid yang bersaiz badan atau fizikal
Endomorf boleh dikatakan sebagai pelajar atau murid yang gemuk dan bulat. Mereka yang
tergolong sebagai Endomorf lazimnya mempunyai sifat yang lemah lembut dan mereka juga
merupakan seorang yang berbudi bahasa dan peramah. Oleh hal yang demikian, guru boleh
memberikan tugas yang sesuai dengan saiz badan atau saiz fizikal mereka misalnya guru
boleh memberikan tugas sebagai ketua kumpulan kepada pelajar atau murid yang bersaiz
fizikal Endomorf. Hal ini kerana mereka yang bersaiz badan Endomorf dikatakan lebih
berbudi bahasa serta ramah dan mereka amat sesuai untuk mengelolakan sesebuah
kumpulan kerana sesebuah kumpulan memerlukan seorang ketua kumpulan yang ramah
dan mempunyai emosi yang baik. Oleh itu, apabila kumpulan itu berhadapan dengan
sesuatu masalah atau isu, mereka sebagai ketua kumpulan dapat menyelesaikan isu atau
masalah itu dengan senang dan tenang. Dengan adanya pembahagian tugas mengikut saiz
badan atau saiz fizikal pelajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru
dan pelajar akan menjadi senang, sistematik dan teratur.
IMPLIKASI NEGATIF
Menurut Sang M. S (2011) menjelaskan bahawa Perbezaan dari segi Fizikal juga akan
membawa kepada implikasi negatif. Implikasi negatif yang dimaksudkan itu ialah
kewujudkan isu atau kes pergaduhan atau pembulian dalam kalangan murid atau pelajar
di sekolah di mana murid yang bersaiz badan besar akan membuli atau bergaduh dengan
murid yang bersaiz badan kecil. Hal ini terbukti dengan merujuk kepada Sinar Harian
(2020) yang mendedahkan bahawa terdapat kes pembulian yang berlaku di atas sebab
Perbezaan Dari Segi Fizikal. Menurut Sinar Harian (2020) menjelaskan bahawa ada
pelajar atau murid yang berbadan besar akan membuli pelajar lain yang berbadan kecil di
asrama. Mereka yang membuli itu menganggapkan tindakan membuli merupakan satu
jenis hobi dan berasa seronok apabila mereka membuli pelajar atau murid lain yang
bersaiz badan kecil. Menurut Sang M. S (2011) mengatakan bahawa murid atau pelajar yang
bersaiz badan kecil yang selalu dibuli oleh murid atau pelajar yang bersaiz badan besar
akan mengalami kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri dan kemungkinan besar harga
diri seseorang pelajar atau murid yang bersaiz badan kecil itu akan merosot atau
kehilangan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting dalam membendung masalah
atau isu ini dengan memberikan motivasi kepada pelajar atau murid yang bersaiz badan
kecil ini supaya keyakinan dan harga diri mereka tidak akan kehilangan malah akan
menjadi lebih kukuh. Oleh hal yang demikian perbezaan dari segi fizikal sememangnya
mampu membawa kepada kesan buruk atau negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
Di samping itu, menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz
Abdul Shukor (2008) mengatakan bahawa perbezaan dari segi fizikal akan menyebabkan
implikasi negatif misalnya palajar atau murid perempuan yang gemuk serta mempunyai
ketinggian yang rendah dan mempunyai jenis rambut yang kerinting akan sentiasa
menjauhkan diri daripada kalangan pelajar atau murid yang lain dan mereka lazimnya
sering gagap. Hal ini akan menyebabkan hubungan sosial mereka terjejas dan akan
menyebabkan mereka sentiasa berseorangan dan barangkali akan mempunyai keyakinan
yang rendah. Keadaan tersebut akan menyebabkan pelajar atau murid perempuan itu
susah untuk berkomunikasi dengan guru jika mereka menghadapi masalah dan guru juga
tidak tahu kefahaman pelajar atau murid perempuan itu terhadap sesuatu topik
pembelajaran. Hal ini turut menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di
sesebuah kelas di sekolah akan terjejas.
Secara rumusannya, perbezaan dari segi fizikal akan memberikan satu implikasi
atau impak yang positif dan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, guru perlu sangat cakna terhadap jenis variasi individu ini supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta sempurna.
4.2 IMPLIKASI PERBEZAAN DARI SEGI
KOGNITIF ATAU MENTAL
Perbezaan dari segi kognitif atau mental juga mampu membawa kepada
implikasi positif dan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di institusi
pendidikan. Perbincangan implikasi perbezaan dari segi kognitif atau mental tersebut
akan lebih ke arah KEPINTARAN seseorang pelajar atau murid. Sehubungan dengan itu,
implikasi perbezaan dari segi kognitif dan Mental (Kepintaran) boleh dibahagikan kepada
implikasi positif dan implikasi negatif juga.
● IMPLIKASI POSITIF
Menurut Murugiah Velayutham (1996) mengatakan bahawa implikasi positif
perbezaan dari segi kognitif atau mental ialah kewujudan satu situasi pembelajaran yang
baik dan sihat di antara seseorang pelajar dengan pelajar lain di dalam sesebuah kelas.
Hal ini bermakna murid yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi akan membantu
guru untuk membimbing murid lain yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut
Khadijah Rohani Mohd Yusof (2007) juga ada mengatakan bahawa murid yang cerdik atau
murid yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi akan bertanggungjawab sebagai
seorang mentor sewaktu sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Manakala, murid yang lemah dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran akan menjadi
mentee semasa perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran dijalankan, mentor akan
membimbing dan memberikan tunjuk ajar secara terperinci kepada mentee. Sehubungan
dengan itu, secara lazimnya terdapat satu program yang akan dianjurkan di peringkat
sekolah untuk membolehkan murid yang pintar untuk membantu murid yang lemah atau
kurang pintar itu semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program ini dinamakan
sebagai Program Guru Muda. Menurut Vo Tek (2015) mengatakan bahawa Program Guru
Muda ini membolehkan pelajar atau murid yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi
itu untuk menjadi “Guru Pembimbing” dan mereka ini akan membimbing dan membantu
rakan mereka yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui program tersebut akan
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang harmoni, sihat dan baik dalam kalangan
pelajar di sesebuah kelas.
Di samping itu, menurut Lee Shok Mee (1994) memberitahu bahawa perbezaan
dari segi kognitif dan mental dalam kalangan pelajar di dalam sesebuah kelas tersebut
juga akan memberikan implikasi yang baik misalnya ia dapat membantu guru untuk
mengesan sesiapa pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang rendah atau lemah itu
dengan melalui peperiksaan dan ujian. Dengan itu, guru boleh mengadakan satu aktiviti
yang bermanfaat kepada pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang rendah atau
lemah itu iaitu aktiviti pemulihan. Aktiviti pemulihan dapat membantu mereka yang
lemah ini untuk menguasai sesuatu pengetahuan dengan baik dan dapat membina kognitif
dan mental mereka yang kukuh. Oleh itu, ia sangat berfaedah kepada murid yang lemah
dalam pembelajaran.
IMPLIKASI NEGATIF
Perbezaan individu dari segi kognitif dan mental bukan sahaja membawa
implikasi positif, malah ia juga membawa implikasi negatif terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas atau sekolah. Menurut Murugiah Velayutham
(1996) mengatakan bahawa salah satu implikasi negatif ialah kewujudan sikap yang buruk
serta hubungan sosial juga turut terjejas ekoran perbandingan gred peperiksaan atau
akademik dalam kalangan murid di dalam sesebuah kelas. Melalui perbandingan gred
pencapaian akademi k dal am kal angan murid di dal am sesebuah kelas ini akan
mewujudkan keadaan di mana murid yang mencapai tahap pencapaian yang tinggi (tahap
kepintaran yang tinggi) akan mempunyai sikap yang sombong. Lazimnya, mereka yang
mempunyai tahap pencapaian yang tinggi ini akan berasa dia merupakan “raja” dalam
sesebuah kelas dan mereka tidak akan pedulikan pelajar yang lemah atau mempunyai
pencapaian akademik yang rendah. Mereka ini juga sering memandang rendah terhadap
murid lain yang lemah daripada mereka. Tambahan pula, mereka akan mengetawakan
pelajar yang lemah. Hal ini akan menyebabkan suasana di dalam sesebuah kelas menjadi
tidak harmoni dan hubungan antara murid dan murid lain di dalam sesebuah kelas akan
menjadi renggang dan buruk. Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, dan Ramlah
Jantan (2003) mendedahkan bahawa murid-murid yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan akan berkawan bersama murid lain yang sama-sama
cemerlang dengan mereka. Hal ini akan menyebabkan hubungan sosial itu tidak mencapai
tahap kesempurnaan di mana mereka yang cemerlang tidak berkawan dengan murid yang
lemah.
Ekoran daripada sikap sosial yang tidak baik dan hubungan sosial yang terjejas
itu, maka proses pembelajaran murid tidak akan mencapai tahap yang baik dan tidak akan
mewujudkan satu situasi menang-menang. Ini juga dianggap sebagai salah satu implikasi
negatif. Menurut Ee Ah Meng (1995) mengatakan bahawa murid yang mempunyai tahap
kepintaran yang lemah akan selalu mencapai pencapaian akademik yang rendah kerana
mereka tidak dapat tunjuk ajar daripada murid yang pintar ekoran murid yang pintar
tidak pedulikan mereka. Oleh itu, hal ini akan menyebabkan proses pembelajaran murid
di dalam kelas tidak akan mencapai tahap yang baik. Menurut Mok Soon Sang (2000)
mengatakan bahawa situasi menang-menang juga tidak akan berlaku kerana masing-
masing dalam golongan hubungan sosial sendiri iaitu pintar dengan pintar dan lemah
dengan lemah. Tidak berlaku sebarang situasi menang-menang misalnya situasi pelajar
pintar mendapat peluang pengukuhan pemahaman dalam sesuatu topik melalui pengajaran
kepada pelajar lemah dan pelajar lemah mendapat peluang untuk menguasai sesuatu topik
melalui pengajaran daripada pelajar yang pintar.
Selain itu, implikasi negatif perbezaan dari segi kognitif dan mental terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru hanya memfokuskan kepada murid yang
mempunyai kepintaran yang tinggi dan mengabaikan murid yang mempunyai kepintaran
yang rendah atau lemah. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) mengatakan
bahawa terdapat segelintir guru yang bersikap pilih kasih dan suka akan pelajar yang
mempunyai tahap kepintaran yang tinggi sahaja kerana golongan ini dapat memudahkan
proses pengajaran segelintir guru itu ekoran murid yang mempunyai tahap kepintaran
yang tinggi itu sangat pantas dalam menguasai sesuatu topik yang diajarkan oleh segelintir
guru itu. Oleh itu, keadaan ini menyebabkan murid yang mempunyai tahap kepintaran yang
rendah atau lemah turut diabaikan dan segelintir guru itu hanya memberikan perhatian
lebih kepada murid yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi. Oleh itu, keadaan ini
akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas itu tidak
mencapai satu tahap yang sempurna dan keadaan yang seimbang.
Secara keseluruhannya, perbezaan individu dari segi kognitif dan mental akan
membawa implikasi positif dan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam
sesebuah kelas mahupun di sekolah. Oleh itu, seseorang bakal guru atau guru wajarlah
memberikan perhatian atau cakna akan perbezaan individu tersebut supaya dapat
mengelakkan keadaan yang tidak diinginkan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria di dalam
sesebuah kelas atau di dalam sesebuah sekolah.
4.3 IMPLIKASI PERBEZAAN DARI SEGI KELAS
SOSIAL ATAU SOSIALISASI
Perbezaan individu dari segi kelas sosial atau sosialisasi turut boleh
menyumbang kepada implikasi positif dan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Perbincangan sub topik tersebut akan memfokuskan kepada kelas sosial atau
sosialisasi yang lebih menuju ke arah tahap atau status ekonomi seseorang pelajar.
IMPLIKASI POSITIF
Menurut Noraini Juhary (2017) mengatakan bahawa implikasi positif perbezaan
dari kelas sosial atau sosialisasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
sesebuah kelas atau sekolah ialah guru akan sentiasa memberikan perhatian yang
sepenuhnya atau lebih kepada pelajar yang berasal dari kelas sosial yang sederhana atau
rendah. Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof (2007) mengatakan bahawa pelajar yang
berasal daripada kelas sosial yang sederhana atau rendah lazimnya akan berdiam diri di
dalam kelas dan mereka tidak bergaul dengan orang lain atas sebab kelas sosial mereka.
Oleh itu, mereka kadang kala sukar meluahkan perasaan mereka yang terpendam atau
memberikan pendapat mereka terhadap sebarang persoalan serta mereka ini biasanya
akan kekurangan kasih sayang. Oleh itu, guru akan memainkan peranan penting dalam
mengambil berat terhadap mereka. Secara kebiasaanya, menurut Lee Shok Mee (1995)
mendedahkan bahawa guru akan mengambil tahu tentang kesukaran yang dihadapi oleh
pelajar yang berkelas sosial sederhana atau rendah seperti kesukaran dalam membiayai
yuran sekolah atau yuran pendidikan. Selain itu, menurut Noraini Juhary (2017)
mengatakan bahawa guru akan mengambil perhatian secara sepenuhnya dengan selalu
berbual-bual dengan mereka supaya mereka boleh membuka hati untuk meluahkan
perasaan mereka atau pendapat mereka kepada guru dan seterusnya kepada pelajar lain
dalam kelas. Oleh itu, tindakan guru tersebut secara lama-kelamaan akan membantu
membina keyakinan diri pelajar yang berkelas sosial sederhana atau rendah dan turut
membantu mereka untuk mula bergaul atau berkomunikasi dengan rakan sekelas lain
yang berasal dari kelas sosial yang tinggi. Perkara ini seterusnya juga akan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan harmoni.
Di samping itu, implikasi positif perbezaan dari segi kelas sosial atau sosialisasi
juga boleh terdiri daripada guru akan sentiasa memberikan bimbingan kaunseling
misalnya memotivasikan pelajar yang datang dari kelas sosial yang sederhana atau
rendah. Menurut S hahabuddin Hashim, Mahani Razali, dan Ramlah Jantan (2003)
mengatakan bahawa bimbingan kaunseling adalah sangat penting dan perkhidmatan guru
bimbingan perlu diadakan di sekolah. Hal ini kerana guru biasa atau guru bimbingan perlu
menjalankan tugas untuk memotivasikan pelajar yang berasal dari kelas sosial yang
sederhana atau rendah kerana pelajar yang berasal dari kelas sosial yang sederhana atau
rendah akan sentiasa merendah-rendahkan diri mereka dan mereka ini lazimnya
mempunyai masalah untuk meneruskan persekolahan mereka kerana kelas sosial mereka
yang rendah akan memaksa mereka untuk berhenti sekolah bagi menolong ahli keluarga
mereka untuk menampung sara hidup. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai teknik
motivasi untuk memotivasikan mereka supaya mereka dapat menimbulkan perasaan yakin
terhadap diri dan mereka tidak mudah berputus asa untuk meneruskan persekolahan
walaupun mempunyai masalah sara hidup. Dengan adanya usaha guru yang menjalankan
bimbingan kaunseling seperti motivasi, maka pembelajaran pelajar yang berasal dari
kelas sosial yang sederhana atau rendah tidak akan wujudkan sebarang masalah atau
tidak akan terbantut atau tergendala. Tambahan pula, proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan lancar.
IMPLIKASI NEGATIF
Menurut Noraini Juhary (2017) mengatakan bahawa implikasi negatif perbezaan
dari segi kelas sosial atau sosialisasi terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah murid
yang berkelas sosial sederhana atau rendah akan cenderung menjauhkan diri daripada
orang ramai misalnya rakan sekelas lain dan guru. Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani
Razali, dan Ramlah Jantan (2003) mengatakan bahawa mereka yang berasal dari kelas
sosial yang sederhana atau rendah akan mempunyai sifat introvert. Hal ini bermakna
mereka hanya hidup dalam “dunia” diri sendiri sahaja. Mereka secara kebiasaannya tidak
akan berbual-bual atau bersama dengan rakan sekelas lain dan mereka lazimnya susah
dalam menyuarakan pandangan mereka apabila disuruhkan berbuat demikian.
Selain itu, menurut Ee Ah Meng (1995) menjelaskan bahawa salah satu implikasi
negatif ialah murid yang berasal dari kelas sosial atau sosialisasi yang sederhana atau
rendah akan mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka yang berasal daripada golongan kelas sosial tersebut akan dilihat sebagai
istimewa dan ada “mata-mata pelik” yang melihatkan mereka sebagai orang yang tidak
biasa. Perkara ini akan menjadi satu tekanan kepada mereka dan tahap keyakinan akan
semakin pudar. Di samping itu, mereka lazimnya akan dihantar untuk menyertai aktiviti
pemulihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Menurut Sri Esti Wuryani Djiwandono
(2002) mendedahkan bahawa sewaktu aktiviti pemulihan sedang berlangsung, murid yang
berkelas sosial sederhana atau rendah akan dipantau secara berasingan oleh guru yang
bertugas dan mereka akan berasa takut dan seterusnya akan menyebabkan keyakinan
mereka merosot. Keyakinan mereka akan merosot akibat mereka mengingatkan bahawa
guru memantau mereka secara asing-asing itu memberikan tanda bahawa mereka adalah
lemah dan di luar biasa. Oleh itu, apabila aktiviti pemulihan dilaksanakan, mereka akan
kurang yakin dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru yang bertugas.
Selanjutnya, menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, dan Ramlah Jantan
(2003) mengatakan bahawa salah satu implikasi negatif ialah kadar lupaan yang tinggi
akan berlaku di atas pelajar atau murid yang berkelas sosial sederhana atau rendah jika
dibandingkan dengan pelajar yang berkelas sosial tinggi yang mempunyai kadar lupaan
yang rendah. Kadar lupaan yang tinggi akan berlaku di atas pelajar yang berkelas sosial
sederhana atau rendah kerana mereka kekurangan bahan rujukan atau pembelajaran yang
mencukupi. Menurut Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud (2010) bahan
rujukan atau pembelajaran akan membantu pelajar untuk mengingati semua intipati
dalam pelajaran dengan baik dan membantu mereka memperlahankan proses lupaan. Oleh
itu, jika kurang bahan rujukan atau pembelajaran, pelajar yang berkelas sosial sederhana
atau rendah hanya dapat menguasai isi pelajaran di kelas sahaja. Dengan itu, keadaan
sebegini tidak dapat membantu pelajar yang berkelas sosial sederhana atau rendah untuk
mengingati dengan kukuh terhadap isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru
di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, kadar lupaan turut akan meningkat dan berada
pada tahap yang tinggi. Perkara tersebut akan menyebabkan pembelajaran pelajar yang
berkelas sosial rendah menghadapi masalah yang besar dan proses pengajaran dan
pembelajaran akan terbantut atau tergendala.
Secara kesimpulan kecil, semua penerangan implikasi negatif perbezaan dari
segi kelas sosial atau sosialisasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di atas,
mampu mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran itu menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran. Oleh itu, guru atau guru pelatih harus mengambil perhatian atau
cakna terhadap implikasi negatif tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Rumusan terhadap sub topik tersebut boleh dikatakan bahawa perbezaan
individu dari segi kelas sosial dan sosialisasi akan membawa implikasi positif dan negatif
kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas atau sekolah. Guru
harus cakna terhadap variasi individu dari segi kelas sosial dan sosialisasi yang terdapat
dalam kelas mereka supaya dia dapat merancangkan orientasi harian sesebuah kelas itu
dengan baik dan sempurna.
4.4 IMPLIKASI PERBEZAAN DARI SEGI EMOSI
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor
(2008) mengatakan bahawa emosi dikatakan sebagai sifat dalaman individu. Setiap
manusia mempunyai emosi yang berbeza dan emosi ini dapat berubah mengikut sesuatu
konteks atau situasi. Oleh itu, subtopik tersebut akan membicarakan implikasi positif dan
negatif perbezaan individu dari segi emosi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
IMPLIKASI POSITIF
Menurut Sang, M. S. (2011) mengatakan bahawa implikasi positif perbezaan dari
segi emosi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah murid yang beremosi
stabil akan memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya dengan baik. Menurut
Khadijah Rohani Mohd Yusof (2007) mengatakan bahawa murid-murid yang sentiasa
bertenang, ceria, gembira dan stabil dalam emosi mereka akan membantu mereka
menguasai isi pembelajaran dengan baik. Mereka yang mempunyai emosi yang bertenang
dan st abil ti ada apa-apa unsur yang akan menghal ang mereka se masa proses
pembelajaran. Dengan itu, penguasaan mereka terhadap intipati pembelajaran sesuatu
topik yang diajarkan oleh guru adalah sangat cemerlang dan baik jika berbanding dengan
pelajar yang mempunyai emosi yang kurang stabil. Di sini dapat dikatakan bahawa murid
yang beremosi stabil akan membawa kebaikan iaitu mereka ini akan memudahkan segala
proses pengajaran dan pembelajaran di mana mereka dapat menguasai pembelajaran
dengan cemerlang dan guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan mudah.
IMPLIKASI NEGATIF
Tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan individu dari segi emosi yang terdapat
di dalam sesebuah kelas juga akan mendorong kepada implikasi negatif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, dan Ramlah
Jantan (2003) mengatakan bahawa emosi yang negatif atau kurang stabil yang wujud
dalam kalangan murid di dalam sesebuah kelas mampu mengakibatkan mereka kurang
memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka. Sebagai contoh, jika seseorang ada emosi
kecewa akibat kegagalan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, mereka akan
cenderung berada dalam keadaan yang murung dan barangkali akan berputus asa dalam
pembelajaran mereka. Keadaan murung dan rasa ingin berputus asa tersebut mampu
menyebabkan mereka sentiasa berada dalam keadaan kecewa dan murung tanpa batasan
dan hal ini seterusnya akan mengakibatkan pembelajaran mereka terganggu atau mereka
akan kehilangan perhatian terhadap pembelajaran mereka. Perkara ini juga disokong oleh
Gross& Muñoz (1995). Menurut Gross & Muñoz (1995) mengatakan bahawa pelajar yang
mempunyai emosi yang negatif atau kurang stabil ini akan menyebabkan mereka tidak
memberikan tumpuan yang panjang terhadap proses pembelajaran ekoran emosi mereka
sering diganggu. Tambahan pula, menurut Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghahni,
Salizawati Omar dan Zainuddin Md Isa (2016) mengatakan bahawa guru juga menghadapi
masalah semasa proses pengajaran di mana mereka perlu memujuk pelajar yang beremosi
negatif dan kurang stabil itu supaya pelajar berkenaan dapat memberikan perhatian yang
baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses pemujukan bukanlah mudah dan
berpanjangan. Hal ini dapat menyebabkan pengajaran guru dan pembelajaran murid lain
akan terbantut. Oleh itu, emosi yang negatif dan kurang stabil dapat membantutkan dan
mengendalakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membuat sesuatu untuk
memastikan emosi yang negatif dan kurang stabil yang terdapat dalam diri pelajar itu
dapat hilang dengan segera supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar dengan tidak menimbulkan isu kepada pelajar lain yang tiada masalah emosi yang
negatif.
Tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu dari segi emosi
haruslah diberikan perhatian oleh para guru di sekolah kerana ia bukan sahaja dapat
membawa implikasi positif sahaja malah ia akan membawa implikasi negatif terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Emosi pelajar perlu dijaga oleh para
guru supaya tidak menimbulkan isu penyinggunggan perasaan pelajar yang dapat
membawa keadaan yang buruk kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
LATIHAN PENGUKUHAN
1) Berikut merupakan Implikasi Variasi Individu yang dibincangkan sepanjang Bab 4 KECUALI,
A) Implikasi Perbezaan Dari Segi Fizikal
B) Implikasi Perbezaan Dari Segi Emosi
C) Implikasi Perbezaaan Dari Segi Gaya Berfikir
D) Implikasi Perbezaan Dari Segi Kognitif dan Mental
2) Apakah Implikasi Positif Perbezaan Dari Segi Emosi?
A) Murid yang beremosi stabil akan memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya dengan baik.
B) Guru akan senang mengesan pelajar yang bermasalah dalam aspek emosi.
C) Murid kurang memberikan tumpuan kepada pembelajaran mereka.
D) Guru dapat memberikan nasihat dan bimbingan jika terdapat pelajar yang beremosi negatif.
3) Pilih jawapan yang betul tentang Implikasi Positif Perbezaan Dari Segi Kelas Sosial atau Sosialisasi.
I) Guru memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar yang berkelas sosial rendah atau sederhana
II) Guru akan memberikan bimbingan kaunseling
III) Murid menikmati kasih sayang yang lebih daripada pihak guru.
A) II & III
B) I & II
C) I & III
FIKIR DAN JAWAB
1) Bagaimanakah seseorang guru menyelesaikan masalah implikasi negatif perbezaan dari segi fizikal di
sekolah mereka?
2) Apakah kesan jika seseorang guru tidak bertindak untuk menyelesaikan implikasi negatif variasi individu?
3) Pada pendapat anda, sejauhmanakah implikasi negatif perbezaan dari segi emosi dapat mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah?
4) Apakah tindakan guru dalam menyelesaikan masalah perbezaan kepintaran dalam kalangan pelajar di
sesebuah bilik darjah?
5) Pada pendapat anda, jika anda merupakan seorang guru kelas di salah sebuah kelas pada peringkat
Tingkatan 5 dan anda menghadapi perbezaan yang ketara dalam aspek kelas sosial atau sosialisasi dalam
kalangan pelajar di kelas anda. Apakah inisiatif anda dalam menyelesaikan masalah perbezaan tersebut
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar?
LINK KUIZ BAB 4:
● Kepada pembaca yang ingin cuba menjawab soalan LATIHAN PENGUKUHAN dan FIKIR
DAN JAWAB secara atas talian dalam suasana yang menarik dan menyenorokkan, anda
boleh mengakses link yang diberikan di bawah.
● LINK UNTUK LATIHAN PENGUKUHAN BAB 4:
○ https://kahoot.it/challenge/09068744?challenge-id=3f178538-d2f0-4baf-8aaa-
fda6f44dabab_1609130014225
● LINK UNTUK FIKIR DAN JAWAB BAB 4:
○ https://quizizz.com/join/quiz/5fe961e5af9f48001bd5d6a4/start?studentShare=true
BAB
5
PERANAN GURU DALAM USAHA
MENGHADAPI VARIASI
INDIVIDU
Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah
Jantan (2003) mengatakan bahawa perbezaan individu akan
menyumbang kepada kesan yang amat besar kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau sekolah.
Para guru seharusnya menyedari hakikat bahawa peranan
mereka amat penting di dalam sesebuah kelas. Mereka
sebenarnya berperanan untuk meminimumkan isu perbezaan
individu yang timbul di dalam kelas mereka. Menurut Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor
(2008) mengatakan bahawa guru sebagai satu objek yang
penting kerana mereka perlu mengetahui cara untuk
menangani perbezaan individu di dalam kelas.
5.1 MEMPELBAGAIKAN STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PdPc)
Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) mengatakan bahawa satu strategi
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang sesuai, sejagat dan berkesan perlu diadaptasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memainkan peranannya dengan
memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Secara amnya,
strategi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) tersebut dapat dibahagikan kepada 3 jenis.
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008)
mengatakan bahawa tiga jenis strategi pengajaran dan pembelajaran ini ialah strategi
pemusatan kepada guru, strategi pemusatan kepada murid dan strategi pemusatan kepada
bahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu dipilih oleh guru dengan berdasarkan
konteks murid dan kelas. Pemusatan strategi ini tidak bersifat tetap disebabkan pemusatan
strategi ini dapat berubah-ubah mengikut konteks murid dan kelas itu sendiri.
5.2 MEMBERIKAN PENEGUHAN POSITIF DAN
NEGATIF
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor
(2008) mengatakan bahawa sangat penting seseorang guru mempunyai pengetahuan atau
kemahiran dalam menggunakan peneguhan di dalam sesebuah kelas. Terdapat dua jenis
peneguhan yang dapat diberikan oleh guru kepada pelajar iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul
Shukor (2008) memberitahu bahawa guru boleh memberikan peneguhan positif kepada
pelajar jika seseorang pelajar di dalam bilik darjah itu menunjukkan tindakan yang baik
seperti rajin, tekun, bertanggungjawab, patuh kepada arahan dan sebagainya. Menurut
Khadijah Rohani Mohd Yusof (2007) mengatakan bahawa guru boleh memberikan
peneguhan positif dalam bentuk pujian atau hadiah. Pujian daripada guru boleh terdiri
daripada bentuk tulisan dan bentuk lisan. Di samping itu, hadiah boleh terdiri daripada
pen, pensil, buku latihan, buku rujukan dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan
oleh guru tersebut dapat mendorong pelajar meneruskan tingkah laku yang baik.
Selain itu, menurut Ee Ah Meng (1995) mengatakan bahawa guru juga boleh
memberikan peneguhan negatif kepada pelajar di dalam bilik darjah sekiranya seseorang
pelajar itu menujukkan tindakan yang negatif seperti merosakkan harta benda sekolah,
bergaduh dengan pelajar lain, bercakap kasar di kelas dan seumpamanya. Menurut Mok
Soon Sang (2000) mengatakan bahawa guru boleh memberikan amaran atau denda
kepada pelajar yang bertindak negatif. Amaran ini boleh dibuat dalam bentuk tulisan dan
lisan di mana guru boleh memberikan amaran sebanyak 3 kali kepada pelajar supaya
pelajar yang berkenaan dapat mengubah tingkah lakunya. Tambahan pula, menurut Mohd
Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar (2016)
mengatakan bahawa guru juga boleh memberikan dendaan seperti denda RM 2 setiap kali
bertindak buruk atau negatif. Amaran dan dendaan yang diberikan oleh guru kepada
pelajar yang bertindak buruk atau negatif dapat memberikan satu motivasi kepada pelajar
berkenaan supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. Oleh itu,
peneguhan negatif sebenarnya memainkan fungsi untuk mengelakkan daripada
berlakunya tindakan buruk atau negatif dalam kalangan pelajar di dalam sesebuah bilik
darjah supaya para pelajar dapat membina satu tindakan positif yang kuat di dalam diri
mereka sendiri.
5.3 PENGGUNAAN TEKNIK MOTIVASI
TERHADAP MURID
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor
(2008) mengatakan bahawa motivasi ini sebagai satu tenaga penggerak yang berusaha
untuk membentuk kelakuan seseorang murid ke arah yang lebih cemerlang. Di dalam
sekolah, guru akan sentiasa berhadapan dengan murid yang tidak mempunyai semangat
yang kental dalam pembelajaran, tidak mempunyai hala tuju kehidupan, kemalasan
dalam mengikuti pembelajaran di sekolah, suka melibatkan diri dalam aktiviti yang
melanggarkan peraturan sekolah dan lain-lain. Menurut Khadijah Rohani Mohd Yusof
(2007) mengatakan bahawa kelakuan individu yang berlainan memerlukan teknik
motivasi yang berlainan. Sebagai contoh, seseorang yang kurang semangat untuk belajar
dan seseorang yang selalu bertindak negatif memerlukan teknik motivasi yang
berlainan. Oleh itu, adalah sangat penting seseorang guru mengetahui teknik motivasi
yang sedia ada dan mereka perlu memahirkan diri dalam penggunaan setiap teknik
motivasi ini supaya mereka dapat bertindak dengan cepat dengan mengaplikasikan
teknik motivasi yang sesuai apabila mereka berhadapan dengan individu yang berbeza.
5.4 MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN
Menurut Syarifah Alwiyah Alsagoff (1987) mengatakan bahawa guru perlu mengetahui
pelbagai kaedah mengajar yang berlainan sebagai persediaan untuk menghadapi masalah variasi
individu yang akan mengakibatkan mereka menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam
proses pengajaran. Menurut Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002) mengatakan bahawa guru
harus mengetahui kesukaan pelajar terhadap sesuatu kaedah pengajaran. Hal ini untuk
memastikan guru dapat sentiasa menggunakan kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajar
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan murid akan turut memberikan perhatian atau
fokus yang tinggi terhadap pengajaran guru. Namun begitu, menurut Woolfolk, A. E. (1998)
mengatakan bahawa adalah lebih sesuai untuk seseorang guru untuk mevariasikan kaedah
pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini untuk memastikan pelajar atau
murid dapat sentiasa memberikan perhatian dan mereka tidak akan berasa bosan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008)
mengatakan bahawa perbezaan individu di dalam sesebuah bilik darjah memerlukan kaedah
pengajaran yang berlainan upamanya ada pelajar yang suka aktiviti pembelajaran bersama
dengan orang lain dan ada pelajar yang suka aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.
Oleh itu, guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang dapat memenuhi kesemua permintaan
pelajar ekoran perbezaan individu atau variasi individu.
Menurut Ee Ah Meng (1995) mengatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah pengajaran
yang dapat digunakan oleh guru misalnya kaedah kumpulan mengikut tahap pengetahuan atau
kepintaran, kaedah pengajaran secara bebas dan penggunaan bilik sumber, kaedah pengajaran
pemulihan dan seumpamanya.
a) Kaedah kumpulan mengikut tahap pengetahuan atau kepintaran
• Di dalam sesebuah kelas tentu mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap
pengetahuan atau tahap kepintaran. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah tersebut
untuk mengesan pelajar yang lemah dalam pembelajaran, pelajar yang pandai atau pintar
dalam pembelajaran dan pelajar yang sederhana dalam pembelajaran. Penggolonggan
kumpulan adalah bertujuan untuk pelajar itu mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dengan
cemerlang dan cekap. Sebagai contoh, guru boleh membina 3 kumpulan iaitu kumpulan 1,
kumpulan 2, dan kumpulan 3. Guru boleh menggolongkan sesesiapa pelajar yang
mempunyai tahap pengetahuan atau tahap kepintaran tinggi di kumpulan 1. Guru boleh
menggolongkan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kepintaran yang
sederhana di kumpulan 2. Guru boleh menggolongkan pelajar yang mempunyai tahap
pengetahuan atau tahap kepintaran yang rendah (lemah) di kumpulan 3. Melalui kaedah
kumpulan tersebut, guru yang berkenaan akan dapat mengesan faktor kelemahan pelajarnya
dengan mudah dan senang dan mereka mampu bertindak untuk memperbaiki kelemahan
pelajar mereka serta dapat memberikan fokus yang lebih kepada pelajar mereka. Oleh hal
yang demikian, kaedah kumpulan ini dilihat sesuai digunakan sewaktu guru ingin mengesan
kelemahan pelajarnya di dalam sesebuah kelas.
b) Kaedah Pengajaran secara bebas dan penggunaan bilik sumber
Menurut Murugiah Velayutham (1996) mengatakan bahawa kaedah tersebut adalah
seperti namanya iaitu memberikan satu kebebasan kepada pelajar sendiri untuk
mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan di tempat-tempat yang bersesuaian seperti
tempat bacaan di dalam kelas atau di bilik sumber yang terdapat di sekolah. Pelajar
boleh memilih sama ada mereka ingin mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan secara
persendirian ataupun secara kelompok. T empat bacaan atau bilik sumber yang
dimaksudkan itu harus mempunyai bahan-bahan pembelajaran misalnya buku ilmiah,
majalah ilmiah, akhbar, kemudahan teknologi (komputer), artikel atau jurnal ilmiah.
Pembelajaran ilmu dalam tempat bacaan dan bilik sumber yang penuh dengan bahan
pembelajaran dapat memudahkan pelajar itu menguasai sesuatu ilmu pengetahuan
dengan mudah. Selain itu, peranan guru dalam kaedah pengajaran tersebut adalah
sebagai fasilitator atau pembimbing. Guru hanya membimbing atau membantu pelajar atau
beberapa kelompok pelajar dalam mencari atau mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan.
Pelajar atau kelompok pelajar itu sendiri perlu mencari atau mempelajari ilmu pengetahuan
dengan usaha sendiri. Kaedah pengajaran ini adalah berlandaskan dengan strategi pemusatan
pelajar di mana pelajar itu sendiri perlu bergerak sendiri untuk mencari gali atau mempelajari
sesuatu ilmu pengetahuan tanpa lontaran 100% daripada para guru. Kaedah pengajaran ini
juga bertepatan dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.
c) Kaedah Pengajaran Pemulihan
Menurut Khadijah Rohani Mohd Yusof (2007) mengatakan bahawa kaedah pengajaran
tersebut hanya khas kepada pelajar yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan.
Pelajar berkenaan ini lazimnya mereka tidak dapat mengikuti atau tidak dapat menguasai
sebahagian besar pengajaran guru di dalam kelas. Kaedah pengajaran ini harus
digunakan oleh guru ke atas pelajar yang lemah dalam pembelajaran dengan hasrat untuk
meminimumkan isu atau cabaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar yang lemah.
Melalui kaedah pengajaran tersebut, guru dapat mengesan pelajar yang dianggap sangat
lemah dalam pembelajaran dengan cara pemerhatian terhadap tindak tanduk dan hasil
tugasan pelajar yang terbabit. Guru dengan melalui kaedah pengajaran tersebut boleh
memberikan ujian diagnostik untuk mengesan kelemahan-kelemahan kritikal yang dihadapi oleh
pelajar yang lemah. Oleh itu, dengan melalui hasil ujian diagnostik tersebut, guru dapat
bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dihadapi oleh pelajar yang lemah dan seterusnya
mendidik pelajar yang lemah itu sampai membolehkan mereka mempelajari sesuatu ilmu
pengetahuan seperti pelajar lain.
5.5 MERANCANGKAN VARIASI PENYAMPAIAN
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008)
mengatakan bahawa variasi penyampaian dikatakan sebagai guru perlu menggunakan segala
bakat dan kebolehannya sewaktu mereka berhadapan dengan pelajar mereka di dalam sesebuah
bilik darjah. Guru perlu pandai menggunakan bahasa badan seperti penggunaan pancaindera
dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bijak menggunakan
kebolehannya seperti tepuk tangan, pergerakan kepala, pergerakan badan, fokus pandangan
dan seumpamanya. Dengan penggunaan bahasa badan atau pancaindera yang pelbagai (variasi
penyampaian) sebenarnya dapat menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru sehingga ke peringkat akhir. Sebagai contoh,
menurut Maznah Ismail (1984) mengatakan bahawa guru boleh menggunakan bahasa badan
seperti tepuk tangan dengan kuat jika dia mendapati bahawa terdapat pelajar yang menguap
atau mengantuk sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini untuk memastikan pelajar
dapat terus bersemangat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.
Di samping itu, guru boleh menggerakkan badannya dengan menghampiri dengan pelajar yang
sering bising dan pelajar yang sering menimbulkan gangguan dalam kelas. Hal ini sebenarnya
sebagai satu tanda amaran yang diberikan oleh guru kepada pelajar supaya pelajar tidak
mengganggu dan membuat bising sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tambahan pula, guru juga boleh merancangkan variasi penyampaian dengan mempelbagaikan
penggunaan intonasi sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan pelbagai
intonasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran maka semua pelajar akan rasa terhibur dan
terus memberikan minat yang lebih terhadap pengajaran guru. Selanjutnya, menurut Ramlah
Jantan dan Mahani Razali (2002) mendedahkan bahawa kajian penyelidikan yang dilakukan
sebelum ini banyak menunjukkan bahawa persembahan pengajaran guru yang tidak menarik
dan membosankan serta statik akan mengakibatkan pelajar tidak berminat terhadap
pembelajaran di dalam sesebuah kelas.
5.6 MENJALINKAN HUBUNGAN ERAT DAN BAIK
DENGAN IBU BAPA SETIAP PELAJAR
Jalinan hubungan yang baik dengan pihak ibu bapa seseorang pelajar di sekolah
adakah dianggap satu perkara yang penting dalam peranan guru dalam menghadapi variasi
individu. Hal ini dikatakan demikaian kerana menurut Mok Soon Sang (2011) mengatakan
bahawa kelakuan setiap pelajar yang dipamerkan atau ditunjukkan di sekolah barangkali
berbeza atau tidak sama dengan kelakuan yang dipamerkan atau ditunjukkan di rumah. Oleh
hal yang demikian adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru untuk menjalinkan
satu hubungan yang erat dan baik dengan pihak ibu bapa bagi setiap pelajar. Dengan adanya
hubungan yang baik antara guru dan pihak ibu bapa, maka guru dianggap lebih senang dan
mudah untuk mengetahui kelakuan pelajarnya di rumah di samping guru juga boleh membuat
perkongsian tindak tanduk pelajarnya di sekolah kepada pihak ibu bapa pelajar yang
berkenaan. Jika guru dapat berinteraksi baik dengan pihak ibu bapa, maka ia akan
memudahkan tugas guru untuk mencari dan menyesuaikan kaedah atau teknik pengajaran
yang benar-benar berpadanan dengan situasi pelajar. Menurut Utusan Borneo Online (2020)
mendedahkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu wadah yang
sesuai untuk menjalinkan perhubungan yang erat dan baik antara pihak guru dan
ibu bapa. Melalui Majlis Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dianjurkan
setiap sekali setahun dapat menyumbang satu peluang yang sangat baik kepada para guru
untuk menjalinkan hubungan erat dan baik dengan pihak ibu bapa setiap pelajar. Melalui
Majlis Tahunan PIBG, guru dapat berkongsi segala kelakuan pelajar dan prestasi
pembelajaran pelajar di sekolah kepada pihak ibu bapa di samping ibu bapa juga boleh
mendedahkan kelakuan pelajar di rumah kepada pihak guru. Oleh itu, perkara ini dapat
memberikan satu bantuan yang besar kepada guru untuk mengetahui sikap dan kelakuan
pelajar yang sebenarnya supaya guru itu dapat bertindak untuk memilih strategi atau teknik
pengajaran yang berkesan terhadap pelajarnya.
LATIHAN PENGUKUHAN
1) Antara berikut yang manakah jawapan yang BETUL untuk Peranan Guru Dalam Menghadapi Variasi
Individu?
I) Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
II) Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa setiap pelajar.
III) Membuat objektif Pengajaran dan Pembelajaran.
IV) Merancangkan variasi penyampaian.
A) I. II, dan IV
B) II, III, dan IV
C) I, III, dan IV
D) I, II, dan III.
2) Apakah aktiviti yang PALING SESUAI dijalankan oleh pihak guru untuk menjalinkan hubungan baik
dengan pihak ibu bapa?
A) Majlis Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
B) Aktiviti Penyampaian Sijil SPM dan STPM
C) Aktiviti Sambutan Perayaan
3) Apakah strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dianggap PALING SESUAI untuk
diterapkan atau diaplikasikan dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21)?
A) Strategi Pemusatan Guru
B) Strategi Pemusatan Bahan
C) Strategi Pemusatan Murid
4) Apakah Teknik Pengajaran yang dianggap PALING SESUAI digunakan oleh para guru untuk
menghadapi Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21)?
A) Kaedah pengajaran secara bebas dan penggunaan bilik sumber
B) Kaedah pengajaran pemulihan
C) Kaedah pengajaran mengikut kumpulan dengan berdasarkan tahap pengetahuan atau kepintaran
D) Kaedah pengajaran garak balas
FIKIR DAN JAWAB
1) Pada pendapat anda, apakah yang perlu guru buat untuk mereka mengamalkan kesemua
peranan guru yang dinyatakan dalam bab ini sedangkan mereka sibuk menghabiskan silibus
mata pelajaran?
2) Apakah kesan jika seseorang guru tidak mengamalkan peranan guru dalam menghadapi variasi
individu?
3) Pada pandangan anda, sejauhmanakah peranan guru yang dinyatakan dalam bab tersebut dapat
menyelesaikan masalah atau isu variasi individu?
4) Pada pendapat anda, jika anda ditugaskan sebagai seorang guru kelas bagi salah sebuah kelas di
Tingkatan 3 dan anda mendapati bahawa kelas yang anda mengajar itu mempunyai masalah
yang timbul akibat terdapat variasi individu dari segi emosi dan fizikal dalam kalangan pelajar.
Apakah peranan dan langkah yang anda perlu laksanakan untuk menyelesaikan masalah atau isu
tersebut?
5) Sila berikan 3 peranan guru dalam menghadapi variasi individu selain daripada peranan yang
telah diterangkan dalam bab tersebut.
LINK KUIZ BAB 5
● Kepada pembaca yang ingin cuba menjawab soalan LATIHAN
PENGUKUHAN dan FIKIR DAN JAWAB secara atas talian dalam suasana
yang menarik dan menyenorokkan, anda boleh mengakses link yang
diberikan di bawah.
● LINK UNTUK LATIHAN PENGUKUHAN (BAB 5):
○ https://kahoot.it/challenge/06659962?challenge-id=3f178538-d2f0-4baf-
8aaa-fda6f44dabab_1609156051990
● LINK UNTUK FIKIR DAN JAWAB
○ https://quizizz.com/join/quiz/5fe9e9bc4f9c2a001bcb04ad/start?studentShare=true
BAB 6 KESIMPULAN
• Kesimpulannya, terdapat sepuluh jenis variasi atau perbezaan yang dimiliki oleh individu dan guru
perlu berkemahiran dalam mengenali pelajar-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan potensi dan pencapaian setiap pelajar.
• Perbezaan ini juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan memberi kesan positif dan
negatif kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Perbezaan individu ini membolehkan guru memainkan peranan penting semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas bagi melahirkan pelajar yang cemerlang,
berpotensi dan berkemahiran mengikut bidang-bidang tertentu.
RUJUKAN /
BIBLIOGRAFI
SENARAI RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
1. Abidin, Z. Z., Mokhtar, R., & Sungit, F. (2016). Maqasid As-Syariah Dalam Indeks Syariah Malaysia.
In Muzakarah Fiqh & Internasional Fiqh Conference, 22, pp. 221-236.
2. Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Daud, Nurdalina. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik. pp. 1-6.
3. Anita Woolfolk. (2010). Educational Psychology. London: Pearson.
4. Arta Ariska Sihaloho. (2018). Laporan Praktikum Genetika-Berangkai dan Pindah Silang. BanjarBaru:
Universiti Lambung Mangkurat.
5. Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar, & Zainuddin Md Isa. (2010). Kanan-kanak
Bermasalah Tingkah Laku. Jurnal Pendidikan, 10(2), 21-27.
7. Baumeister, R & Vohs, D, K. (2007). Encyclopedia of Social Pschologyy. USA: SAGE Publications, Inc.
8. Ben Williams, Joel Myerson, &Sandra Hale. (2008). Individual Differences, Intelligence, and Behavior
Analysis. Journal of the Experimental Analysis of Behavior, 90(2), 219-231.
9. bin Rosman, A. S., & binti Mokhtar, W. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Selangor: PTS Professional.
10. Capaldi et. al. (1996). Ability grouping and student achievement in elementary schools: A best evidence
synthesis. Review of Educational Research, 57, 293-336.
11. Chaplin, J.P. (1972). Dictionary of Psychology. New York: Dell Publishing Co Inc.
12. Ee Ah Meng. (1995). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
13. Gross, J. J., & Muñoz, R. F. (1995). Emotion Regulation and Mental Health. Clinical Psychology: Science
and Practice, 2(2), 151–164. doi:10.1111/j.1468-2850.1995.tb00036.x
14. Hassim, F., & Hee, J. M. (2010). Ciri-Ciri Personaliti Pelajar Dan Perbezaannya Berdasarkan Jantina Dan
Aliran Akademik Yang Berlainan. (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
15. Ismail, A. M. (2016). PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP AKHLAK PELAJAR. Organised by:
Association of Malaysian Researchers and Social Services Faculty of Teacher Training and
Education, Universitas Syiah Kuala, Darussalam, Banda Aceh, 23, 30.