The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terbitan Unit Komunikasi Korprat JPJ Negeri Sarawak - KPP Abdul Hadi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frd.ideas, 2020-02-19 20:44:24

Bisamah JPJ Sarawak 2019 (a)

Terbitan Unit Komunikasi Korprat JPJ Negeri Sarawak - KPP Abdul Hadi

Keywords: bisamah,ebook majalah,unit komunikasi korporat,jpj negeri sarawak,sarawak,ebook,majalah,jabatan,2019,2020

KUNJUNGAN HORMAT KEATAS PANGLIMA MEDAN TIMUR
TENTERA DARAT

KUCHING, 18 Julai 2019 - Pengarah Jabatan Pen- Pada akhir pertemuan, Pengarah JPJ diberi penghor-
gangkutan Jalan Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd matan untuk menandatangani Buku Pelawat di Bilik
Syafiq Anas Abdullah mengadakan Kunjungan Hor- Panglima Medan Timur serta kedua - dua belah pihak
mat keatas Panglima Medan Timur Tentera Darat memberi Cenderahati buat kenang kenangan.
Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain di
Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang, Kota Samara-
han.

Lawatan Tuan Pengarah dibuat bersama pegawai -
pegawai kanan dari JPJ Negeri Sarawak iaitu Ketua
Seksyen Bahagian Penguatkuasa Tuan Albert Clem-
ent, Ketua Unit Teknik Tuan Wong Teck Chang dan
Ketua Seksyen Perlesenan Pemandu Tuan Jelapin En-
talai.

Dalam pertemuan berkenaan Pengarah JPJ Negeri Rombongan JPJ telah dibawa ke MES Pegawai un-
dan Panglima Medan Timur membincangkan kerjasa- tuk jamuan ringan yang turut disertai oleh Panglima
ma yang mungkin dapat dibuat antara JPJ dan ATM Medan Timur serta timbalan beliau Datuk Kamarol
serta isu - isu semasa Jabatan untuk pengetahuan an- dan Pegawai - pegawai ATM.
tara kedua - dua Jabatan berkenaan.

Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

LANGKAWI, 12 Julai 2019 - Mesyuarat Pega- “Seramai lebih kurang 26 orang PRO dan pembantu PRO
wai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Pen- setiap negeri hadir ke Mesyuarat Bil.2 kali ini yang ber-
gangkutan Jalan Malaysia telah diadakan mula pada jam 9 pagi di Bilik Mesyuarat Akademi JPJ
di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Utara Langkawi”.
Wilayah Utara.
51 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ket-
ua Pengarah (Pengurusan) Tuan Aminurrahim
Bin Mohamed. Turut hadir pada mesyuarat
berkenaan adalah Pengarah Korporat dan Per-
ancangan Strategik Puan Zahidah Binti Abdul
Jalil.

Seramai lebih kurang 26 orang PRO dan pem-
bantu PRO setiap negeri hadir ke Mesyuarat
Bil.2 kali ini yang bermula pada jam 9 pagi di
Bilik Mesyuarat Akademi JPJ Wilayah Utara
Langkawi.

Beberapa isu dibangkitkan pada mesyuarat
berkenaan yang menyentuh tentang peman-
tauan laman sosial seperti FB Jabatan, JPJ Mo-
bile, aduan Jabatan dan menyentuh mengenai
bahan-bahan pameran.

LAngka dalam JPJ

2019 153,740,208.89

JPJ Sarawak

Hasil Kutipan

52 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Mesyuarat Suku Tahun Ketiga Tahun 2019 Mesyuarat Penyelarasan
Bahagian Pendaftaran Kenderaan (L)

Mesyuarat Suku Tahun Ketiga Tahun 2019 JPJ Negeri Sarawak Mesyuarat seterusnya diteruskan dengan
dimulakan dengan Mesyuarat JKPAK dan JPKA Bil.3 2019 dil- Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Pendaft-
angsungkan pada jam 2 petang di Bilik Kenyalang yang di aran Kenderaan (L) Negeri Sarawak bersama
pengerusikan oleh YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Pengarah JPJ semua Ketua Cawangan Bil.3/2019. Mesyu-
Negeri Sarawak. arat dipengerusikan oleh Penolong Pengar-
Seterusnya Mesyuarat Pengurusan JPJ Negeri Sarawak ah Bahagian Pendaftaraan Kenderaan Puan
Bil.3/2019 yang dibentangkan oleh Penolong Pengarah Khid- Sapiah Bt Putit.
mat Pengurusan Puan Liew Hui Chang. Isu yang dibangkitkan pada mesyuarat kali
Selesai Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat MBJ Bersama ini adalah berkenaan dengan Lawatan dan
semua Ketua Cawangan Bil.3/2019 diteruskan serta diben- pemantauan di MYEG oleh Tuan Muthu dari
tangkan oleh Tuan Zulkifli Bin Hj Kawi selaku ketua Perwakilan Unit Perlesenan Kenderaan Moto Ibu Peja-
Pekerja JPJ Negeri Sarawak. bat PutraJaya pada 23.06.2019 yang lalu.
Mesyuarat ditangguh pada jam 5 petang dan akan disambung Pengerusi juga menerangkan isu Prosedur
pada esok hari yang mana sebelah paginya akan berlangsung pengurusan tempahan nombor Pendaft-
Perhimpunan Setia Bil.7/2019 dan Taklimat Arahan Jabatan aran kepada ahli mesyuarat serta prosedur-
berkenaan Pengurusan Tempahan Nombor Pendaftaran Ken- prosedur pertukaran nama pemilik serta
deraan secara manual. nombor pendaftaran.
Mesyuarat juga dimaklumkan beberapa SOP
dan arahan-arahan terbaru oleh Bahagian L
serta menerangkan sah laku nombor tender
pendaftaran dari 6 ke 12 bulan serta nombor
baki dari 3 ke 6 bulan.
Mesyuarat tamat dan ditangguh pada jam 1
petang setelah selesai perbincangan selama
hampir dua jam di Bilik Kenyalang.

Pembentangan Daripada Bahagian Penguatkuasa

Mesyuarat diteruskan disebelah petang dengan pembentangan daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengang-
kutan Jalan Negeri Sarawak oleh Timbalan Pengarah JPJ Negeri YBrs.Tuan Erick Jusiang.
Antara isu yang dibangkitkan pada mesyuarat kali ini adalah mengenai Ops Nombor Pendaftaran (Ops No Plat) yang
bermula pada 1 Julai lepas. Pengerusi juga menyentuh berkenaan dengan isu saman LKM tamat tempoh, cermin
gelap serta syarat2 ketelusannya dan cara permohonannya.
Pengerusi juga mengingatkan kepada semua kakitangan JPJ Negeri Sarawak supaya mengikut peraturan yang mel-
ibatkan kesalahan-kesalahan dibawah APJ yang mana kita merupakan agensi penguatkuasa APJ.
Mesyuarat juga menyentuh berkenaan dengan Program Kadet JPJ Negeri bagi memberi pembentangan berkenaan
dengan program dan perkembangan semasa. Di akhir mesyuarat, beberapa ketua-ketua cawangan memberi mak-
lum balas dan isu-isu di peringkat cawangan masing-masing kepada Pengerusi Mesyuarat.
Seterusnya Mesyuarat Keselamatan Bil.3/2019 dimulakan dengan dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Pengarah
JPJ Negeri dan taklimat keselamatan pula disampaikan oleh Pegawai Keselamatan Negeri Tuan Mohd Attan Bojeng.
Beberapa penyelarasan telah dibuat terutamanya tentang lantikan pegawai keselamatan setiap cawangan dan be-
berapa isu keselamatan di negeri untuk makluman setiap cawangan.

53 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Pelesenan
Pemandu (M)

Mesyuarat Penyelarasan Bahagian (M) Negeri Ber-
sama Semua Ketua Cawangan Bil.3 / 2019 mulai
830 pagi sehingga 1030 pagi yang dipengerusikan
oleh Penolong Pengarah Bahagian M Negeri Tuan
Jelapin Ak Entalai.
Antara Isu yang dibangkitkan Bahagian M Negeri
pada mesyuarat tersebut adalah penggunaan Buku
Soalan E-Hailing baru bagi mengantikan buku so-
alan yang sedia ada. Isu kedua berkenaan dengan
program melesenkan kelas B kepada kakitangan
JPJ, isu pemantauan di Institut Memandu dan Ops
OKIM.
Beberapa isu daripada cawangan turut dibincang-
kan pada mesyuarat berkenaan bagi tujuan melan-
carkan dan menyeragamkan urusan di Bahagian M
Cawangan dan Negeri supaya ianya selaras den-
gan SOP yang ditetapkan oleh pihak Ibu Pejabat.

Taklimat Penguatkuasaan Peraturan Perkhidmatan E-Hailing

KUCHING, 19 Julai 2019 - Jabatan Pengang-
kutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan
taklimat khusus Penguatkuasaan Peraturan
Perkhidmatan E-Hailing oleh Timbalan Pengarah
JPJ Negeri Sarawak Tuan Erick Jusiang.
Turut hadir pada taklimat berkenaan adalah
Semua Ketua Cawangan, Ketua Seksyen Pen-
guatkuasa Negeri, Ketua Bahagian Pentadbiran
Penguatkuasa dan Ketua - Ketua Unit di Baha-
gian Penguatkuasa Negeri.
Tarikh penguatkuasaan E-Hailing yang bermula
pada 12 Julai telah di tunda penguatkuasaann-
ya selama 3 bulan setelah diumumkan oleh YB
Menteri Pengangkutan minggu lepas iaitu akan
dilaksanakan penguatkuasaannya semula pada
12 Oktober 2019 nanti.
Walaubagaimanapun penguatkuasaan tetap
diteruskan semasa tempoh penangguhan ini
dengan penguatkuasaan secara advokasi bagi
tujuan mengumpul data dan statistik untuk di-
panjangkan ke Ibu Pejabat setiap hari sebelum
perlaksanaannya pada Oktober nanti.
#jpjkenyalang
#taklimate-hailing
#penguatkuasaan

54 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Perhimpunan Bulanan Bil.7 Tahun 2019 Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

KUCHING, 5 Julai 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan lah semua Ketua Cawangan, Ketua UTC, Ketua Stesen
Negeri Sarawak melangsungkan Perhimpunan Bulanan Penguatkuasa, Ketua Stesen Kawalan Sempadan dan
Bil.7 Tahun 2019 di Perkarangan Kompleks Jabatan Ketua - Ketua Bahagian JPJ Negeri.
Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.
Dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Bulanan terse-
but, Pengarah menyentuh beberapa isu semasa iaitu
Ops Hari Raya, Perlaksanaan Baharu Peraturan Cermin
Gelap, JPJEBID dan Digitalisasi ke arah Integriti.

Pengarah JPJ Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syfiq Pengarah turut menyentuh tentang Sistem Pertahanan
Anas Abdullah hadir pada majlis perhimpunan berke- Digital serta memperkukuhkan sistem digital melalui
naan. Pengarah menzahirkan penghargaan dan ucapan pelbagai usaha iaitu Dasar Keselamatan ICT JPJ, Tadbir
tahniah kepada penganjur Perhimpunan Bulanan kali Urus dan Kerjasama Strategik dengan Agensi Kesela-
ini iaitu Bahagian Perlesenan Kenderaan (L) Negeri. matan ICT Negara, Information Security Management
System dan Access Control Level.

Pada akhir ucapan, Pengarah mengharapkan supaya
kepimpinan JPJ Negeri Sarawak sama - sama dapat
mengekalkan prestasi dan kecemerlangan dalam uru-
san pentadbiran harian.

Turut hadir pada Perhimpunan Bulanan tersebut ada-

N Peka &prihatin

Bantuan Kelab
JPJ Cawangan Sri Aman

kepada penghuni
Rumah Panjang Lepang Sayat

Engkelili.

SRI AMAN, 18 Julai 2019 - Ketua Cawangan JPJ Sri Bantuan awal ini diharapkan sedikit sebanyak dapat
Aman Tuan Hilary Bong menghulurkan sumbangan meringankan bebanan yang dialami oleh mangsa keba-
Ikhlas dan bantuan daripada Kelab JPJ Cawangan Sri karan serta mengurangkan beban mereka yang kehilan-
Aman kepada penghuni Rumah Panjang Lepang Sayat gan harta dan juga tempat tinggal.
Engkelili.
“Bantuan awal ini diharapkan
Turut hadir pada penyerahan bantuan berkenaan adalah sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan
Ketua Unit Operasi JPJ Sri Aman Tuan Jeffery Alfrida,
Ketua Tim Operasi KPPT Logan Luta dan anggota Op- yang dialami oleh mangsa kebakaran serta
erasi JPJ Cawangan Sri Aman. mengurangkan beban mereka
yang kehilangan harta dan juga
tempat tinggal”.

55 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

S ek alu ng Tahniah

.P....i.n...g....a...t....P....e...r..k...h....i.d....m.....a...t..a...n.....B....a...k...t..i...(..P......P.....B....).............
.I..s..t...i.a...d....a...t....P...e....n...g....u...r..n...i..a...a...n.....D....a...r...j.a...h.....-....D....a...r..j..a...h.......
.K....e...b....e...s...a...r..a...n.....N.....e...g....e...r..i....S...a...r..a...w.....a...k.....2...0....1...9................

KUCHING, 17 Julai 2019 -.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah pada hari ini telah
dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam iaitu Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B)
pada Istiadat Pengurniaan Darjah - Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
YBrs.Tuan Mohd Syafiq diiringi isteri Puan Norliza Ibrahim ke Majlis
Penggurniaan tersebut yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak
pada pagi tadi. Seramai lebih kurang 29 orang pegawai dalam Pentadbiran
Awam Negeri dan Persekutuan telah dikurniakan
Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) ini.
Seluruh warga Cemerlang Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak
mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pengarah JPJ Negeri Sarawak diatas
Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) tersebut dan mendoakan
agar Tuan Pengarah terus cemerlang dalam meneraju JPJ Negeri
pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada semua warga kerja
JPJ Negeri Sarawak.

“Seluruh warga Cemerlang Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak mengucapkan
Tahniah dan Syabas kepada Pengarah JPJ Negeri Sarawak diatas Penganugerahan Pingat Perkhidmatan
Bakti (P.P.B) tersebut dan mendoakan agar Tuan Pengarah terus cemerlang dalam meneraju JPJ Negeri

pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada semua warga kerja JPJ Negeri Sarawak.”

motivational quotes

56 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

Ogos 2019

57 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

LAngka dalam JPJ

2013 - 2019 RM 911, 729, 244.54

JPJ Sarawak Jumlah Keseluruhan Kutipan Hasil JPJ Negeri Sarawak Dari Tahun
2013 Sehingga 2019.
Maklumat Kutipan Hasil
Keseluruhan JPJ Negeri

Sarawak (2013-2019)

58 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Foto - Foto Kursus Tatacara Memeriksa, Mengesan Nombor Casis Trailer,
Menyukat Lori Tanker dan Lori Simen “Mixer”

22 Ogos 2019

Unit Kawalan Dan
Pemeriksaan Kenderaan

Perdagangan JPJ
Negeri Sarawak

dengan kerjasama

Seksyen Pengurusan
Penguatkuasa dan MBJ Negeri

KUCHING, 6 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Beberapa isu berkaitan tentang pentadiran dan
Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan Mesyuarat unit - unit di bawah JPJ Negeri dibincangkan pada
Pagi Bil.5 2019 yang di Pengerusikan oleh Pengarah mesyuarat tersebut yang diadakan sekali setiap bu-
Negeri YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah. lan.

Turut hadir pada mesyu- Mesyuarat Pagi
arat berkenaan adalah Bil.5 2019
Timbalan Pengarah JPJ
Negeri Tuan Erick Jusiang, 59 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019
Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran, Peno-
long Pengarah Kejuruteraan Automotif, Penolong
Pengarah Bahagian K, L, M, D dan Ketua - Ketua
Unit JPJ Negeri Sarawak.

Mesyuarat Penyelarasan Ketua - Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak

MIRI, 20 Ogos 2019 - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sar-
awak YBrs,Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah telah menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Ketua - Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak
Bil.2/2019 di Hotel Pullman, Miri Sarawak.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak
YBrs.Tuan Hj Mohd Sahabuddin Bin Omar yang turut dihadiri oleh semua
Ketua - Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri.

#jpjsarawak
#mesyuaratketuajabatan
#persekutuannegeri

Ops HID JPJ Cawangan Miri dan Stesen Penguatkuasa Skaloh

MIRI, 22 Ogos 2019 - Unit Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri dengan kerjasama Stesen Penguatkuasa
Skaloh telah mengadakan Ops HID Bil.5/2019. Turut hadir bersama pada Ops berkenaan adalah pasukan Operasi JPJ Sibu, pada
masa yang sama mengadakan Ops Lintas Sempadan ke Miri.

Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya Hj Morshidi dan Ketua Cawangan JPJ Sibu Tuan Mohd Faizal Abdullah hadir pada Ops bek-
enaan yang diadakan di KM 2 Jalan Miri - Bintulu. Seramai 27 orang anggota yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari JPJ
Miri dan Sibu berkumpul mengadakan Ops berkenaan yang bermula pada jam 7 malam dan berakhir kira - kira 12 tengah malam.

Sebanyak 61 notis telah dikeluarkan pada Ops berkenaan yang mana kesalahan teknikal merupakan kesalahan yang paling
banyak dikesan selain kesalahan - kesalahan yang lain di bawah APJ1987.

Manakala pada majlis yang lain pula hari ini, 23 Ogos 2019, di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri, rombongan
JPJ Sibu yang di ketuai oleh Tuan Mohd Faizal Abdullah telah membuat lawatan ke JPJ Miri bagi meninjau dan melihat keadaan
serta pengurusan Bilit Senjata Api yang mana taklimatnya telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Miri Tuan
Yusniman Hj Muhamad dan Pegawai Senjata Miri Tuan Abu Bakar Kalong.

Kerjasama Ops seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi Penguatkuasaan terutamnya di sepanjang
laluan persempadanan setiap cawangan dan jalan utama di Negeri ini.

#jpjsarawak
#opshid&lintassempadan

Sebanyak 61 notis telah
dikeluarkan pada

Ops berkenaan yang mana
kesalahan teknikal

merupakan kesalahan yang
paling banyak dikesan selain
kesalahan - kesalahan yang

lain
di bawah APJ1987.

Ops HID

60 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ceramah Keselamatan dan Advokasi Penguatkuasaan

KUCHING, 22 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Sarawak telah dijemput ke Ceramah Keselamatan, Pera-
turan Jalanraya dan Advokasi Penguatkuasaan di Sekolah Menen-
gah Pending ( SMK Pending)

Unit Penguatkuasaan Bermotosikal ( UPB ) yang di Ketuai oleh
Tuan Azizul Hj Mohd Anuar bersama 6 anggota telah memberi
ceramah dan advokasi kepada seramai 740 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar dari tingkatan 4, 5 dan 6.

Program Ceramah dan Advokasi seperti ini mendedahkan kepa-
da para pelajar sekolah betapa pentingnya Keselamatan Jalan-
raya disemai seawal usia muda terutamanya di kalangan para
pelajar sekolah.

Dengan adanya program seperti ini, di harap ianya dapat mem-
beri impak dan kesedaran kepada para pelajar

disamping pendedahan awal khususnya kepada pelajar - pelajar
ini sebelum mereka memandu kereta ataupun menunggang
motosikal di jalan raya nanti.

Kunjungan Hormat Daripada Pertubuhan Insuran Sarawak

Presiden Pertubuhan Insuran Sarawak Encik Tommy Lee
hadir bersama Encik Steven pada pertemuan berkenaaan bagi
membincangkan berkenaan dengan forum yang akan diadakan
pada 13 September ini anjuran Pertubuhan Insuran tersebut.

Program berbentuk Forum ini akan diadakan di Waterfront
Hotel sempena ulangtahun ke 40 Tahun pertubuhan tersebut.
Program melibatkan Bank Negara Malaysia, PIAM dan LIAM
serta beberpa agensi kerajaan persekutuan lain.

KUCHING, 27 Ogos 2019 - Pertubuhan Insuran Sarawak telah Turut hadir pada pertemuan berkenaan Ketua Unit Kejuruter-
melakukan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan aan Automotif Tuan Wong Teck Chang dan Ketua Seksyen
Pengangkutan Negeri Sarawak. Hadir mewakili Pengarah JPJ Pengurusan Penguatkuasa Puan Fifi Suhesty Bt Asmuni.
Negeri pada pertemuan berkenaan adalah Timbalan Pengarah
JPJ Negeri Tuan Erick Jusiang.

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bahagian Kuching

KUCHING, 8 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
Bahagian Kuching Bil.2/2019 di Pejabat Residen Bahagian Kuching Aras 7, Menara Pejabat Kompleks Islam Sarawak, Maj’ma
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kuching Puan Sherina Binti Hussaini. Turut hadir pada mesyuarat berkenaan
adalah Ketua Polis dan Pegawai Daerah Kuching, Padawan, Bau dan Lundu, Jabatan Imigresen, Kastam, Bomba serta beberapa
agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Mesyuarat membincangkan mengenai keselamatan di sekitar Bahagian Kuching, Padawan, Bau dan Lundu yang melibatkan
tentang isu dadah, jenayah komersial, jenayah siber, keselamatan jalan raya, kawalan kesesakan trafik serta limpahan kend-
eraan di Bahagian Kuching.

Turut dibincangkan adalah mengenai isu - isu persempadanan serta cadangan membuat pos kawalan di Telok Melano di Daerah
Lundu dan Kampung Sapit di Daerah Padawan. Ini bedasarkan beberapa pemantauan dan statistik yang telah dikumpulkan oleh
pihak Imigresen dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat pos sementara untuk mengawal keluar masuk warga asing di sana
nanti.

Pengerusi mengharapkan agar agensi dan jabatan yang hadir memantau mengikut skop tugasan masing - masing bagi memasti-
kan keselamatan di Bahagian Kuching ini di tahap yang tinggi dan terkawal.

61 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Perhimpunan Setia Bil.8/2019 - JPJ Serian

SERIAN, 23 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Dalam ucapannya juga, pengarah memaklumkan bahawa
Negeri Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Se- JPJ Negeri akan diamanahkan oleh Setiausaha Perseku-
tia Bil.8/2019. Perhimpunan Setia kali ini buat pertama tuan Sarawak sebagai Jawatankuasa Pengangkutan pada
kalinya telah dihoskan oleh JPJ Serian dan dilakukan di sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Kuching
Perkarangan Letak Kereta Stesen Penguatkuasa Serian. pada 16 September hadapan.

Selesai majlis, pengarah dan jemputan dihidangkan
jamuan minum pagi. Setelah selesai jamuan, pengarah
mengadakan sesi bergambar di hadapan SP Serian ber-
sama semua pegawai dan anggota yang hadir disamping
meluangkan masa untuk menandatangani buku pelawat.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak “.... serta menasihatkan semua warga JPJ
YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah telah dijemput Negeri meningkatkan tahap integriti,
dan hadir pada majlis berkenaan. Turut hadir adalah Tim- mengikut garis panduan dan peraturan
balan Pengarah JPJ Negeri Sarawak Tuan Erick Jusiang,
Ketua - Ketua Bahagian JPJ Neger, Ketua SKS Tebedu tetap jabatan bagi mengelakkan penyalah-
dan Ketua SP Serian. gunaan serta pelanggaran apa - apa pera-

Pada majlis tersebut, pengarah menyampaikan bebera- turan tetap”.
pa amanat daripada pihak pengurusan tertinggi Ibu Pe-
jabat dalam ucapannya serta menasihatkan semua warga
JPJ Negeri meningkatkan tahap integriti, mengikut garis
panduan dan peraturan tetap jabatan bagi mengelakkan
penyalahgunaan serta pelanggaran apa - apa peraturan
tetap.

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak - Bintulu

BINTULU, 24 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Bintulu telah di jemput ke Program Perkhidmatan
Komuniti Bergerak Bil.2/2019 yanh telah diadakan di Dewan Serbaguna Sungai Plan Bintulu.

Program telah dirasmikan oleh YBrs.Tuan Hj. Mohamad Shahabuddin Bin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak.
Program yang berlangsung selama dua hari ini yang bermula semalam iaitu pada 24 Ogos 2019 dan berakhir pada
hari ini 25 Ogos 2019.

Ianya menyaksikan penyertaan oleh 26 buah agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri disamping penyertaan dari
pihak swasta dengan menyediakan empat buah Kaunter Bergerak
di samping pembukaan khemah bagi tujuan pameran
yang memberi pelbagai perkhidmatan dan maklumat terus
kepada masyarakat setempat.

JPJ Cawangan Bintulu membuka sebuah Booth Pameran
dan menyediakan JPJ Mobile yang dibawa khas dari
JPJ Miri bagi memberi perkhidmatan terus kepada
pengunjung yang hadir.

Setiausaha Persekutuan Sarawak
YBrs.Tuan Hj. Mohamad Sahabuddin Bin Omar
sempat melawat Booth Pameran JPJ dan JPJ Mobile
serta berkesempatan untuk menantangani buku
pelawat bersama Pegawai Kewangan Persekutuan
Sarawak Tuan Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah.

62 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Program Ibadah Korban Aidiladha 2019

KUCHING, 13 Ogos 2019 - Surau An Nur Jabatan Pengangkutan menyumbang pula, akan terpancar rasa kegembiraan yang tidak terh-
Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan Program Korban sempena ingga kerana dapat membantu meringankan kesusahan yang menimpa
Hari Raya Aidiladha tahun 2019/1440H di perkarangan Surau An saudara seislamnya.
Nur JPJ Negeri Sarawak.
Satu sidang media turut diadakan setelah selesai urusan korban dan
Majlis Korban pada kali ini disempurnakan perasmiannya oleh Peng- melapah lembu berkenaan oleh Pengarah Negeri dan pegawai - pega-
arah JPJ Negeri YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah. Turut hadir wai kanan di perkarangan Surau An - Nur. Antara isu yang diban-
pada majlis berkenaan adalah Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri gkitkan pada sidang media berkenaan adalah tentang perlaksanaan
Tuan Albert Clement dan Ketua Seksyen Pengurusan Penguatkuasa e-Bidding yang akan dilaksanakan pada pertengahan September ini
Puan Fifi Suhesty serta beberapa orang pegawai kanan dan kakitan- dan isu - isu semasa berkaitan JPJ.
gan JPJ Negeri Sarawak.
Pada majlis tersebut, sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan
oleh Jawatankuasa kerja Surau An Nur yang diketuai oleh Tuan Hj
Jamaluddin Said iaitu mantan Pengerusi Surau An Nur yang mana
penyumbang korban adalah daripada kalangan kakitangan JPJ dan
ahli keluarga.

Pada ucapan perasmian tersebut, Pengarah menyatakan Majlis kor-
ban yang dilaksanakan ini merupakan salah satu daripada tuntutan
fardu kifayah dalam Islam. Ibadah korban merupakan satu ibadah
sunnah yang diangkat kemuliaannya oleh Rasulullah SAW. Oleh itu,
sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan ibadah yang sangat
mulia ini sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanakan, sama ada di
peringkat keluarga mahupun dalam kelompok masyarakat kita.

Beliau juga menyatakan bahawa yang program ini membolehkan kita
untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan
termasuklah fakir dan miskin. Mereka tentunya akan mensyukuri
nikmat pemberian daging korban ini, sementara di pihak orang yang

.”...Majlis korban yang dilaksanakan ini merupa-
kan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah

dalam Islam. Ibadah korban merupakan satu
ibadah sunnah yang diangkat kemuliaannya oleh

Rasulullah SAW.....”

63 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Galeri
Ibadah Korban 2019

JPJ Sarawak

Quote

N Peka &prihatin

Bantuan Sumbangan Kepada Ahli Keluarga JPJ Sarikei”

SARIKEI, 21 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawan-
gan Sarikei telah mengadakan program “Bantuan Sumbangan
Kepada Ahli Keluarga JPJ Sarikei” yang sebelum ini mengalami
masaalah kemarau yang panjang dan dilanda Jerebu yang teruk
di Sri Aman.

Sumbangan dalam bentuk air mineral telah disampaikan oleh
Ketua Cawangan JPJ Sarikei Puan Nurul Fairezzah Binti Safri
serta beberapa orang pegawai dan anggota JPJ Sarikei kepada
wakil keluarga kakitangan JPJ Sarikei di Sri Aman.

Sumbangan tersebut merupakan sumbangan ikhsan dari semua
pegawai dan anggota JPJ Sarikei bagi meringankan beban kel-
uarga anggota yang mengalami musibah dengan kesukaran
mendapatkan bekalan air semasa kemarau dan jerebu yang
dialami mereka baru - baru ini di Sri Aman.

64 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ceramah Keselamatan dan Advokasi Penguatkuasaan

KUCHING, 22 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Neg-
eri Sarawak telah dijemput ke Ceramah Keselamatan, Peraturan
Jalanraya dan Advokasi Penguatkuasaan di Sekolah Menengah
Pending ( SMK Pending)

Unit Penguatkuasaan Bermotosikal ( UPB ) yang di Ketuai oleh
Tuan Azizul Hj Mohd Anuar bersama 6 anggota telah memberi
ceramah dan advokasi kepada seramai 740 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar dari tingkatan 4, 5 dan 6.

Program Ceramah dan Advokasi seperti ini mendedahkan kepa-
da para pelajar sekolah betapa pentingnya Keselamatan Jalan-
raya disemai seawal usia muda terutamanya di kalangan para
pelajar sekolah.

Dengan adanya program seperti ini, di harap ianya dapat mem- disamping pendedahan awal khususnya kepada pelajar - pelajar

beri impak dan kesedaran kepada para pelajar ini sebelum mereka memandu kereta ataupun menunggang mo-

Kunjungan Hormat Daripada Pertubuhan Insuran Sarawak

Presiden Pertubuhan Insuran Sarawak Encik Tommy Lee had-
ir bersama Encik Steven pada pertemuan berkenaaan bagi
membincangkan berkenaan dengan forum yang akan dia-
dakan pada 13 September ini anjuran Pertubuhan Insuran
tersebut.

Program berbentuk Forum ini akan diadakan di Waterfront
Hotel sempena ulangtahun ke 40 Tahun pertubuhan terse-
but. Program melibatkan Bank Negara Malaysia, PIAM dan
LIAM serta beberpa agensi kerajaan persekutuan lain.

KUCHING, 27 Ogos 2019 - Pertubuhan Insuran Sarawak tel- Turut hadir pada pertemuan berkenaan Ketua Unit Kejuruter-
ah melakukan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan aan Automotif Tuan Wong Teck Chang dan Ketua Seksyen
Pengangkutan Negeri Sarawak. Hadir mewakili Pengarah JPJ Pengurusan Penguatkuasa Puan Fifi Suhesty Bt Asmuni.
Negeri pada pertemuan berkenaan adalah Timbalan Pengar-
ah JPJ Negeri Tuan Erick Jusiang.

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bahagian Kuching

KUCHING, 8 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bahagian
Kuching Bil.2/2019 di Pejabat Residen Bahagian Kuching Aras 7, Menara Pejabat Kompleks Islam Sarawak, Maj’ma Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kuching Puan Sherina Binti Hussaini. Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah Ketua
Polis dan Pegawai Daerah Kuching, Padawan, Bau dan Lundu, Jabatan Imigresen, Kastam, Bomba serta beberapa agensi kerajaan Persekutu-
an dan Negeri.
Mesyuarat membincangkan mengenai keselamatan di sekitar Bahagian Kuching, Padawan, Bau dan Lundu yang melibatkan tentang isu
dadah, jenayah komersial, jenayah siber, keselamatan jalan raya, kawalan kesesakan trafik serta limpahan kenderaan di Bahagian Kuching.
Turut dibincangkan adalah mengenai isu - isu persempadanan serta cadangan membuat pos kawalan di Telok Melano di Daerah Lundu dan
Kampung Sapit di Daerah Padawan. Ini bedasarkan beberapa pemantauan dan statistik yang telah dikumpulkan oleh pihak Imigresen dan
Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat pos sementara untuk mengawal keluar masuk warga asing di sana nanti.
Pengerusi mengharapkan agar agensi dan jabatan yang hadir memantau mengikut skop tugasan masing - masing bagi memastikan kesela-
matan di Bahagian Kuching ini di tahap yang tinggi dan terkawal.

65 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Merdeka Ride RTD 2019

KUCHING, 31 Ogos 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Permotoran
JPJ Kuching telah mengadakan Merdeka Ride RTD 2019 iaitu konvoi bermotosikal dari Pejabat JPJ Negeri
Sarawak ke Telok Melano sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62.
Program dianjurkan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai kemerdekaan dan rasa cinta terhadap negara
khusus dalam kalangan kakitangan. Selain daripada itu menyahut saranan kerajaan dalam memeriahkan lagi
sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di seluruh negara.
Hadir pada Konvoi berkenaan adalah Pengarah JPJ Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah
yang mengetuai acara konvoi berkenaan. Seramai lebih kurang 100 orang peserta Konvoi yang menyertai
program tersebut. Perlepasan Konvoi disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPJ Negeri iaitu Tuan Erick
Jusiang serta beberapa pegawai kanan JPJ Negeri di perkarangan Blok A Kompleks JPJ Negeri Sarawak.
Program sehari tersebut berjaya mengumpulkan penunggang dari JPJ Negeri, Serian, SP Serian, SKS Tebedu,
SKS Biawak dan Serikei termasuk penunggang dari kelab luar sekitar Daerah Kuching dan Samarahan.
Tujuan utama program konvoi ini diadakan juga untuk mengeratkan lagi hubungan sesama
anggota JPJ dan pada masa yang sama, mendidik mereka mengenai aspek keselamatan jalan
raya.Selain itu, kita juga mahu memupuk semangat setia kawan iaitu salah satu asas penting
dalam organisasi..

Merdeka Ride RTD 2019

66 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Merdeka
Ride RTD 2019

67 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

September 2019

68 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ops Motosikal

KUCHING, 12 September 2019 - Jabatan Pengangku- Dari segi tindakan penguatkuasaan, JPJ tidak hanya
tan Jalan Sarawak telah mengadakan Ops Motosikal menumpukan jenis model tertentu seperti Ysuku teta-
di Jalan Kuching - Samarahan Expresway. Turut hadir, pi semua jenis kenderaaan yang diubahsuai akan dike-
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak nakan tindakan saman.
YBrs. Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, UBAHSUAI
KOMPONEN KENDERAAN BUKAN saja motosikal Ya- Bagi setiap kesalahan ubah suai membabitkan satu
maha Y15ZR atau ‘Ysuku’ tetapi semua jenis motosikal komponen akan dikenakakan kompaun RM150 mengi-
kut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas
kesalahan larangan bagi
kenderaan motor yang
tidak mematuhi kaedah-
kaedah.

yang diubahsuai akan dikenakan tindakan sekiranya Pihak JPJ menasihatkan
melakukan pengubahsuaian. Sebanyak 60 saman dike- pemilik motosikal supaya
luarkan sepanjang operasi tersebut dan 25 saman atas bertanggungjawab ter-
kesalahan pelbagai ubah suai kenderaan bagi motosikal hadap kenderaan mas-
dikeluarkan. ing-masing. Setiap pen-
gubahsuaian kenderaan
“...Setiap pengubahsuaian kenderaan yang dilakukan pemilik
yang dilakukan pemilik harus mengikut harus mengikut lunas un-
dang-undang. Sekiranya
lunas undang-undang.” mereka kurang pasti sama
ada ubah suai dilaku-
kan mengikut spesifika-
si ditetapkan atau tidak,

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan

KUCHING, 16 September Hadir pada majlis Sambutan Hari
2019 - Sambutan Hari Ma- Malaysia ini juga adalah Ketua
laysia Peringkat Kebangsaan Menteri Sarawak Datuk Amar Haji
telah diadakan di Stadium Abang Zohari Tun Abang Haji
Perpaduan Petrajaya Kuching Openg, Ketua Menteri Sabah Da-
pada jam 8.00 malam ini tadi. tuk Sri Panglima Haji Mohd Syafie
Sambutan pada peringkat Bin Haji Apdal, Menteri - Menteri
mulanya diadakan di Padang Kabinet Persekutuan dan Negeri
Merdeka, namun ditukar ke disampung Ketua - Ketua Ja-
Stadium Perpaduan pada saat batan Negeri.
akhir atas faktor cuaca.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak
Majlis dimulai pada jam 8.30 malam dimana setibanya tet- YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah turut hadir pada
amu Kehormat Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun majlis sambutan berkenaan yang mana tetamu yang hadir
Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud yang diiringi oleh pada majlis sambutan berkenaan dianggarkan lebih ku-
Yang Amat Behormat Perdana Menteri Malaysia Tun rang 5,000 orang.
Pehin Sri Dr Mahathir Bin Muhamad.

16 SAMBUTAN HARI

MALAYSIA2019September

69 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Perkhidmatan Mobile Biometrik - JPJ Sarikei KHIDMAT MASYARAKAT

SARIKEI, 18 September 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak Cawangan Sarikei Bahagian Pendaftaran
Kenderaan memberikan perkhidmatan Mobile Biometrik. Perkhidmatan yang dilakukan adalah hadir ke rumah
pesakit yang uzur & tidak dapat hadir ke pejabat JPJ bagi urusan Tukar Hak Milik Kenderaan.

Ini merupakan salah satu Komitmen Jabatan dan juga memberi kemudahan kepada pengguna yang kurang
berkemampuan dari segi kesihatan untuk berurusan di kaunter JPJ.

“...ini merupakan salah satu
Komitmen Jabatan dan juga memberi

kemudahan kepada pengguna
yang kurang berkemampuan
dari segi kesihatan untuk berurusan

di kaunter JPJ.”

Ziarah Puan Rosni Binti Hasbi
- JPJ Miri -

MIRI, 24 September 2019 - Timbalan Pengarah JPJ
Negeri Sarawak YBrs.Tuan Erick Jusiang mewaki-
li Pengarah JPJ Negeri Sarawak telah membuat la-
watan ke kediaman Puan Rosni Binti Hasbi yang
mengalami masaalah usus.Turut hadir pada lawatan
tersebut adalah Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya
Hj Morshidi dan Ketua Cawangan JPJ Bintulu Puan
Buridah Binti Rapie.

Puan Rosni Binti Hasbi merupakan seorang Peno-
long Pegawai Penguatkuasa dan sekarang bertugas
di Bahagian Perlesenan Pemandu JPJ Miri. Beliau
pernah bertugas di JPJ Negeri Sarawak pada awal
90an sebelum ditugaskan di JPJ Cawangan Miri.

Di akhir lawatan Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sar-
awak menyampaikan sumbangan ikhlas daripada
semua Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua SPK,
SKS dan UTC.

Bagi semua warga kerja JPJ Negeri Sarawak, kami
mendoakan agar Puan Rosni Binti Hasbi kembali
sembuh seperti sediakala dan akan kembali bertugas
seperti biasa nanti.

70 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Majlis Penutupan Ujian Khas Perlesenan Pemandu Kelas B

MIRI, 24 September 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak telah mengadakan Majlis Penutupan Ujian Khas Per-
lesenan Pemandu Kelas B secara berkelompok kepada kakitan-
gan JPJ Negeri Sarawak di perkarangan JPJ Cawangan Miri.

Ketua Pengarah JPJ Malayasia Dato’ Sri Shaharuddin Bin Khalid
hadir pada majlis penutupan berkenaan serta mengadakan sesi
perjumpaan dengan semua Ketua Cawangan, Ketua SKS, SPK
dan UTC JPJ Sarawak.

Pada majlis yang sama, Dato’ Sri Shaharuddin Bin Khalid
telah mengadakan pelancaran Nombor Bidaan Pendaftaran
Kenderaan Dalam Talian JPJe-Bid bagi JPJ Negeri Sarawak
iaitu bagi Nombor Pendaftaran Cawangan Kuching QAA...Y
yang boleh dibida mulai 25 Oktober ini dan bagi Sibu pula
QS...L bermula 31 Oktober 2019.

Pada akhir majlis, Dato’ Sri Shaharuddin Bin Khalid telah men-
gadakan sidang media bersama rakan - rakan media berkaitan
dengan pelancaran JPJe-Bid bagi JPJ Cawan
gan Miri.

Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) 2019

PUTRAJAYA, 26 September 2019 - Jabatan Pengangkutan Konvensyen selama dua hari bermula dari 25 - 27
Jalan Negeri Sarawak telah menyertai Konvensyen 2019, September ini telah disempurnakan perasmiannya
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Pengangkutan Jalan oleh YBrs.Tuan Aminnurahim bin Mohamed
Malaysia di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
Malaysia. Pengangkutan Jalan Malaysia.

JPJ Sarawak disertai seramai 10 orang peserta
yang diketuai oleh Tuan Zulkifli Hj Kawi.
Sebanyak 15 pasukan KIK mewakili seluruh negeri
di Malaysia menyertai Konvensyen KIK ini dengan
pemarkahan diambil melalui persembahan KIK dan juga
pameran kreatif yang disertai oleh peserta KIK yang
bertanding.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini merupakan
program dwi tahunan bagi memberi peluang kepada peserta
untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi masing -
masing bagi diterapkan hasilnya nanti kepada urusan harian
jabatan.

71 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Tahukah anda, kurang tidur boleh membuatkan anda tidak bahagia dan menjadi gila?
Namun ada pelbagai kaedah untuk membantu kita tidur, antaranya dengan teknik pernafasan.
Teknik pernafasan ini boleh membantu anda untuk tidur dan melelapkan mata dalam masa kurang dari satu minit.

Kaedah ini diperkenalkan oleh pengamal kesihatan, Dr. Andrew Weil, pakar dalam bidang pernafasan, meditasi, dan
bagaimana ia boleh digunakan untuk melawan rasa stress.

Dengan menggunakan kaedah pernafasan ini, ia membantu anda melawan kesan semulajadi
adrenalin (hormon yang membuatkan tubuh kita sentiasa berjaga terutamanya
dalam situasi bahaya).

Mungkin pada permulaan anda mengamalkan kaedah ini, anda akan berasa
pelik dan sedikit tidak selesa.
Namun jika anda teruskan, anda akan merasa sangat rileks, kadar denyutan
jantung yang perlahan dan fikiran yang aman.

Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan?

Hanya bernafas melalui hidung selama 4 saat, tahan nafas selama 7 saat,
dan hembus keluar melalui mulut selama 8 saat!

Cara ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung dan juga akan merang-
sang otak kita melepaskan hormon yang akan membuatkan kita berasa tenang.

SELAMAT MENCUBA!

Anda menghadapi masalah untuk tidur?

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Keselamatan Malaysia
(CGSO)

KUCHING, 26 September 2019 - Kunjungan Hormat Dalam pada masa yang sama YBhg. DCP Dato’ memberi
YBhg. DCP Dato’ Sanusi bin Sidek, Ketua Pengarah khidmat nasihat keselamatan perlindungan dari aspek
Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Pegawai fizikal, dokumen, personel, dan keselamatan ICT jabatan
kerajaan.

Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah Negeri, Tuan
Erick Jusiang, Ketua Bahagian Penguatkuasa Tn Albert
Clement serta pegawai - pegawai kanan JPJ Negeri.

Keselataman Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan “Pertemuan dua hala ini
Perdana Menteri ke JPJ Negeri Sarawak. bertujuan membincangkan dan
memperkukuhkan kerjasama
Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan diantara dua agensi bagi pelaksanaan
memperkukuhkan kerjasama diantara dua agensi bagi
pelaksanaan peraturan keselamatan perlindungan. peraturan keselamatan
perlindungan.”

72 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ops Motosikal

KUCHING, 12 September 2019 - Jabatan Pengangkutan Dari segi tindakan penguatkuasaan, JPJ tidak hanya menum-
Jalan Sarawak telah mengadakan Ops Motosikal di Jalan pukan jenis model tertentu seperti Ysuku tetapi semua jenis
Kuching - Samarahan Expresway. Turut hadir, Pengarah Ja- kenderaaan yang diubahsuai akan dikenakan tindakan saman.
batan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak YBrs. Mohd Syafiq
Anas Abdullah berkata, UBAHSUAI KOMPONEN KEND- Bagi setiap kesalahan ubah suai membabitkan satu komponen
ERAAN BUKAN saja motosikal Yamaha Y15ZR atau ‘Ysuku’ akan dikenakakan kompaun RM150 mengikut Seksyen 6 Akta
tetapi semua jenis motosikal yang diubahsuai akan dikenakan Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan larangan bagi
kenderaan motor yang tidak mematuhi kaedah-kaedah.

tindakan sekiranya melakukan pengubahsuaian. Sebanyak 60 Pihak JPJ menasihatkan pemi-
saman dikeluarkan sepanjang operasi tersebut dan 25 saman lik motosikal supaya bertang-
atas kesalahan pelbagai ubah suai kenderaan bagi motosikal gungjawab terhadap kend-
dikeluarkan. eraan masing-masing. Setiap
pengubahsuaian kenderaan
yang dilakukan pemilik harus
mengikut lunas undang-un-
dang. Sekiranya mereka ku-
rang pasti sama ada ubah
suai dilakukan mengikut spe-
sifikasi ditetapkan atau tidak,
pemilik boleh merujuk perka-
ra itu kepada JPJ.

“...Setiap pengubahsuaian kenderaan yang dilakukan
pemilik harus mengikut lunas undang-undang.”

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan

KUCHING, 16 September 2019 hamad.
- Sambutan Hari Malaysia Pering-
kat Kebangsaan telah diadakan Hadir pada majlis Sambutan Hari Ma-
di Stadium Perpaduan Petrajaya laysia ini juga adalah Ketua Menteri
Kuching pada jam 8.00 malam Sarawak Datuk Amar Haji Abang Zo-
ini tadi. Sambutan pada pering- hari Tun Abang Haji Openg, Ketua
kat mulanya diadakan di Padang Menteri Sabah Datuk Sri Panglima
Merdeka, namun ditukar ke Sta- Haji Mohd Syafie Bin Haji Apdal,
dium Perpaduan pada saat akhir Menteri - Menteri Kabinet Perseku-
atas faktor cuaca. tuan dan Negeri disampung Ketua -

Majlis dimulai pada jam 8.30 malam dimana setibanya tetamu Ketua Jabatan Negeri.
Kehormat Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri
Haji Abdul Taib Bin Mahmud yang diiringi oleh Yang Amat Be- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak YBrs.
hormat Perdana Menteri Malaysia Tun Sri Dr Mahathir Bin Mu- Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah turut hadir pada majlis sambu-
tan berkenaan yang mana tetamu yang hadir pada majlis sam-

73 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Majlis Penutupan Ujian Khas Perlesenan Pemandu Kelas B

MIRI, 24 September 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sar-
awak telah mengadakan Majlis Penutupan Ujian Khas Perlesenan Pe-
mandu Kelas B secara berkelompok kepada kakitangan JPJ Negeri
Sarawak di perkarangan JPJ Cawangan Miri.

Ketua Pengarah JPJ Malayasia Dato’ Sri Shaharuddin Bin Khalid hadir
pada majlis penutupan berkenaan serta mengadakan sesi perjumpaan
dengan semua Ketua Cawangan, Ketua SKS, SPK dan UTC JPJ Sar-
awak.

Pada majlis yang sama, Dato’ Sri Shaharuddin Bin Khalid telah
mengadakan pelancaran Nombor Bidaan Pendaftaran Kenderaan
Dalam Talian JPJe-Bid bagi JPJ Negeri Sarawak iaitu bagi Nombor
Pendaftaran Cawangan Kuching QAA...Y yang boleh dibida mulai
25 Oktober ini dan bagi Sibu pula QS...L bermula 31 Oktober 2019.

Pada akhir majlis, Dato’ Sri Shaharuddin Bin Khalid telah mengadakan
sidang media bersama rakan - rakan media berkaitan dengan pelanca-
ran JPJe-Bid bagi JPJ Cawan
gan Miri.

Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) 2019

PUTRAJAYA, 26 September 2019 - Jabatan Pengangkutan Konvensyen selama dua hari bermula dari 25 - 27
Jalan Negeri Sarawak telah menyertai Konvensyen 2019, September ini telah disempurnakan perasmiannya
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Pengangkutan Jalan oleh YBrs.Tuan Aminnurahim bin Mohamed
Malaysia di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
Malaysia. Pengangkutan Jalan Malaysia.

JPJ Sarawak disertai seramai 10 orang peserta
yang diketuai oleh Tuan Zulkifli Hj Kawi.
Sebanyak 15 pasukan KIK mewakili seluruh negeri
di Malaysia menyertai Konvensyen KIK ini dengan
pemarkahan diambil melalui persembahan KIK dan juga
pameran kreatif yang disertai oleh peserta KIK yang
bertanding.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini merupakan
program dwi tahunan bagi memberi peluang kepada peserta
untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi masing -
masing bagi diterapkan hasilnya nanti kepada urusan harian
jabatan.

74 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Kursus Penyediaan Kertas Siasatan dan Pendakwaan

KUCHING, 26 September 2019 - Seksyen Pendakwaan Jabatan Objektif kursus ini adalah supaya semua pegawai pengangku-
Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan Kursus tan jalan memahami tatacara penyediaan kertas siasatan serta
Penyediaan Kertas Siasatan dan Pendakwaan selama empat penyediaan bukti yang kukuh dalam aktiviti penguatkuasaan.
hari mulai 23 - 26 September 2019 dengan kerjasama Jabatan Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus berkenaan ada-
Peguam Negara Cawangan Sarawak di Bilik Audio JPJ Negeri lah penerangan secara Mock Trial dan cara penyediaan IP serta
Sarawak.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YBrs.Tuan Er-
ick Jusiang Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak. Seramai 30
orang peserta kursus daripada Kuching dan Serian menyertai
kursus penyediaan kertas siasatan dan pendakwaan ini.

Seramai empat orang penceramah yang dijemput khas daripa-
da Jabatan Peguam Negara sepanjang empat hari kursus ber-
langsung iaitu Timbalan Pendakwaraya Norazhari Bin Yusuf, TPR
Nadratun Naim binti Mohd Saidi, TPR Roni Ak Entili dan TPR
Mohd Hafiz bin Musa.

Lawatan Ke Institut Memandu Hisafe Sdn Bhd

MIRI, 27 September 2019 - Pengarah Jabatan Pengangkutan Tuan Pengarah meninjau sendiri urusan ujian memandu yang
Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah telah berlangsung setiap hari Jumaat di Institut Memandu yang ter-
mengadakan lawatan ke Institut Memandu Hisafe Sdn Bhd di letak di daerah Bekenu tersebut serta melihat keperluan anggo-
Bekenu pagi tadi. ta penguji di sana.

Hadir pada lawatan tersebut adalah Ketua Cawangan JPJ Miri Untuk rekod Bekenu dikenali juga sebagai Sibuti iaitu salah se-
Puan Maya Hj Morshidi selepas rangka lawatan kerja Rombon- buah pekan di Sarawak. Terletak kira-kira 47
gan Dato’ Sri Ketua Pengarah ke Lawas dan Limbang semalam. kilometer dari barat daya Bandaraya Miri. Bekenu juga
merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Sibuti.

75 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

1. PENGURANGAN LKM (ROADTAX) UNTUK KENDERAAN KLASIK / VINTAJ
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan klasik / vintaj mereka bagi tujuan pengurangan
bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan un-
tuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM). Sistem akan
mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian
LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%). Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.
2. PENGURANGAN LKM (ROADTAX) BAGI NGO/ LEMBAGA

Semua permohonan ini perlu
melalui JPJ Negeri/Cawangan

untuk proses awalan
sebelum kelulusan.
Sila rujuk JPJ berdekatan untuk

maklumat lanjut.

Kenderaan Jenazah/Mayat
Kenderaan OKU/Amal/Kanser/Spastik
Kenderaan Masjid/Buddha/Kuil/ Gereja
Kenderaan Anak Yatim/Yayasan/Orang Tua
Kenderaan Bomba/Ambulans NGO
Kenderaan Perhilitan/Lembaga/Lain-Lain

76 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

Oktober 2019

77 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Lawatan MAMPU Sarawak ke CIQ Sungai Tujuh Miri

MIRI, 1 Oktober 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak telah dijemput ke lawatan kualiti yang dianjurkan
oleh MAMPU Sarawak ke CIQ Sungai Tujuh Miri pagi tadi.
Dalam lawatan tersebut, delegasi telah diberi taklimat men-
genai isu dan permasaalahan serta pengurusan di CIQ Sun-
gai Tujuh, Miri.

Hadir mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sar-
awak ke taklimat berkenaan adalah Pengarah JPJ Negeri
sendiri YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah dan diiringi
Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya binti Hj Morshidi.

Seterusnya ahli mesyuarat telah dibawa melawat ke Peja- Antara agensi yang turut hadir pada taklimat berkenaan ada-
bat dan Pos Pemeriksaan Imigresen di Kompleks ICQ Sungai lah SUPS, PDRM, SPRM, ICU, Jabatan Pendaftaran, Jabatan
Tujuh bagi meninjau sendiri operasi berkaitan dengan pros- Imigresen, Jabatan Kesihatan, Rela dan LKIM.
es-proses yang dilakukan oleh agensi di sempadan berke-
naan.

Majlis Penyerahan Surat Penempatan
Pembantu Penguatkuasa KP19

KUCHING, 2 Oktober 2019 - Majlis Penyerahan Surat Penempa-
tan kepada Pembantu Penguatkuasa KP19 telah diadakan di Bilik
Mesyuarat Pengarah petang tadi.

Dalam majlis tersebut YBrs Tuan Pengarah menyampaikan uca-
pan dan amanat kepada anggota supaya menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan cemerlang, berdedikasi dan bertanggu-
ngjawab dalam meningkatkan imej jabatan. Penempatan akan
berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2019.

Turut hadir bersama TPN Tn Erick Jusiang, KBK Tn Albert Clement,
Penolong Pengarah (L) Pn Sapiah Putit, Penolong Pengarah (M) Tn
Jelapin Entalai dan Bahagian Pengurusan Pn Dayang.

Tahniah dan Selamat Bertugas diucapkan.

Taklimat Perkhidmatan e-Hailing

Ujian Permukaan Hayat Bunga Tayar
Dengan Syiling 20 Sen

KUCHING, 4 Oktober 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah menga- Masukkan duit syiling 20 sen
dakan taklimat mengenai perkhidmatan e-hailing kepada pegawai dan kakitangan JPJ (nombor 20 menghadap ke atas)
Negeri dan cawangan yang berhampiran. ke dalam bunga tayar. Jika anda tidak
dapat melihat perkataan “sen” dengan
Taklimat disampaikan oleh Pengarah LPKP Sarawak Tuan Razami bin Mohamad Jamali. jelas, anda masih ada lebih daripada
Turut hadir pada taklimat berkenaan adalah Timbalan Pengarah JPJ Negeri Tuan Erick
Jusiang. 2/32 inci baki bunga tayar.

Antara objektif taklimat berkenaan adalah memberi informasi beekenaan perlaksa- Bagaimanapun, jika perkataan “sen”
naan e-hailing kepada anggota JPJ Negeri Sarawak serta memberi informasi berbentuk dapat dilihat dengan jelas, apa tunggu
syarat-syarat penguatkuasaan serta urisan beekaitan e-hailing termasuk pertanyaan
dari orang awam. lagi, sila tukar tayar kereta anda!

Taklimat diadakan di Bilik Audio JPJ Negeri Sarawak bermula jam 9 pagi sehingga jam
1145 pagi dengan kehadiran anggota dari unit penguatkuasa Negeri serta pegawai dari
bahagian lain di JPJ Negeri Sarawak.

78 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Kunjungan Hormat Ke Jabatan Belia dan Sukan Sarawak

KUCHING, 9 Oktober 2019 - Pengarah Jabatan Pen-
gangkutan Jalan Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq
Anas Abdullah telah mengadakan Kunjungan Hormat
keatas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Puan
Azura binti Haji Sarbin di pejabat beliau di Kompleks Be-
lia dan Sukan Negeri Sarawak.

Kunjungan Hormat berkenaan dibuat atas dasar per-
temuan kali pertama ke atas Pengarah Jabatan Belia dan
Sukan Sarawak yang baru Puan Azura binti Haji Sarbin
yang mengantikan Pengarah sebelum ini Tuan

Antara lain juga, pertemuan ini membincangkan tentang Turut hadir pada pertemuan berkenaan adalah Ketua
kerjasama yang dapat digalas antara dua jabatan ini ser- Bahagian Penguatkuasa Negeri Tuan Albert Clement
ta perbincangan mengenai persiapan JPJ untuk men- dan Ketua Unit Kawalan, Pemeriksaan Kenderaan Perda-
gadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) gangan Tuan Mohd Khairul Anuar bin Ahmad dan Ketua
pada November ini di Cawangan Sibu dan Miri. Unit Komunikasi Korporat Negeri.

Program Tvet dan Pasca PT3 di SMK Semerah Padi

KUCHING, 11 Oktober 2019 - Unit Komunikasi Korporat dan Unit
Penguatkuasaan Bermotosikal telah dijemput ke Program Tvet
dan Pasca PT3 di SMK Semerah Padi Petra Jaya pagi tadi.

Antara aktiviti yang disertai pada program sehari ini adalah pam-
eran daripada 10 agensi yang terdiri daripada institusi pengajian
tinggi awam dan kolej di bawah agensi kerajaan.

JPJ Negeri Sarawak turut mengadakan pameran dibawah kelolaan
Unit Komunikasi Korporat dan Demo Penunggangan dan Advokasi
daripada Unit Penguatkuasaan Bermotosikal yang diketuai oleh
Tuan Azizul Hj Anuar.

Hadir menyaksikan acara demo bermotosikal daripada UPB Kuch-
ing sebentar tadi adalah Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sem-
erah Padi Puan Hajah Dayang Normala binti Abang dan Guru -
Guru Sekolah serta murid dari tingkatan 3, 4 dan 5.

SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE 83 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

KUCHING, 12 Oktober 2019 - Istiadat Per- Patinggi Raghad Kurdi Taib.
barisan Dan Rapat Raksasa sempena Sam-
butan Perayaan Hari Lahir ke 83 Tuan Yang Ketua Menteri Datuk Patinggi
Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Abang Johari Tun Openg dan
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah isteri Datuk Amar Jumaa’ani
diadakan di Stadium Miri, Sarawak. Tuanku Bujang juga akan hadir
dalam majlis berkenaan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Neg-
eri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Keesokan harinya iaitu hari ini
Abdullah turut hadir pada majlis sambutan pada 12 Oktober, berlangsung
berkenaan yang bermula seawal jam 7 pagi. Istiadat Perbarisan dan Rapat
Raksasa di Stadium Miri, Istia-
Upacara Majlis dimulakan dengan ucapan dat Pengurniaan Darjah-Dar-
oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi jah Kebesaran Negeri Sarawak
(Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin di Imperial Ballroom Hotel
Tun Datuk Abang Haji Openg Ketua Menteri Mega pada sebelah pagi.
Sarawak. Seterusnya teriakan Dirghayu oleh
ketua Perbarisan, Kontingen berjalan lalu ser- Manakala, pada malam pula
ta acara padang. diadakan Majlis Jamuan Neg-
eri di Grand Ballroom Hotel
Untuk rekod, terdapat tujuh acara utama Pullman Miri dan Konsert
akan berlangsung dan memeriahkan Ban- Rakyat di Coco Cabana.
daraya Miri selama tiga hari tersebut. Acara
pertama yang berlangsung pada 11 Oktober lalu adalah Majlis Pada 13 Oktober pula, berlansungnya Majlis Jamuan Teh di
Kesyukuran di Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya dengan kehad- Gymkhana Club dan Pameran “Dirgahayu – Tuan Yang
iran Tun Pehin Sri Abdul Taib bersama isteri Toh Puan Datuk Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak” di Pustaka Miri.

79 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

K Diari &rekod

SIBU, 14 Oktober 2019 -
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sar-
awak dengan anjuran Unit Persenjataan
Negeri mengadakan Kursus dan Latihan
Ulangan Pengendalian Senjata Api ser-
ta Peluru Jabatan di Bilik Mesyuarat JPJ
Cawangan Sibu.

Hadir pada perasmian kursus adalah Ketua
Cawangan JPJ Sibu YBrs.Tuan Mohd Faizal
David, timbalan Ketua Cawangan Tuan Yu-
suf bin Andan dan pegawai kanan di JPJ
Sibu termasuk Ketua Stesen Penguatkuasa
Stapang Tuan Mohammad Amaluddin bin
Mahmud. Manakala daripada Unit Persen-
jataan Negeri diketuai oleh Tuan Mohd At-
tan Bojeng.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Tuan
Yusniman Hj Mohamad iaitu mantan
Ketua Unit Logistik dan Persenjataan Neg-
eri yang sekarang menjadi Ketua Bahagian
Penguatkuasa di JPJ Cawangan Miri.

Seramai 10 orang pelesen baru dari JPJ SIBU, 14 Oktober 2019 -
Sibu dan beberapa orang pelesen yang se- Unit Keselamatan JPJ Negeri Sarawak
dia ada menyertai latihan ulangan tersebut mengadakan serahan Senjata Api Ja-
bagi memberi pendedahan kepada mere- batan kepada JPJ Cawangan Sibu pada
ka tentang penggunaan dan pengendalian Majlis Perasmian Bilik Senjata Api serta
asas senjata api dan peluru jabatan bekalan Senjata Api dan Peluru Jabatan
kepada mereka. sebentar tadi di Kompleks JPJ Sibu.

KUCHING, 14 Oktober 2019 - Mewakili Pengarah JPJ Negeri pada
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Majlis sebentar tadi adalah Tuan
yang dipengerusikan oleh Tuan Zolkipli Hj Yusniman Hj Mohamad iaitu mantan Ket-
Kawi bersama Ahli dan Wakil Kesatuan telah ua Unit Logistik Negeri yang sekarang
diadakan di Bilik Mesyuarat Kenyalang JPJ menjawat Jawatan sebagai Ketua Baha-
Negeri Sarawak. gian Penguatkuasa JPJ Cawangan Miri.
Antara agenda yang dibincangkan di dalam Turut hadir pada Majlis Penyerahan Sen-
mesyuarat tersebut adalah mengenai isu jata Api sebentar tadi adalah Ketua Peja-
elaun dan kemudahan, kewangan, perkhid- bat JPJ Sibu YBrs.Tuan Faizal David serta
matan, skim perkhidmatan dan perjawatan, Ketua Pejabat yang berhampiran iaitu Sa-
kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain. rikei, Bintulu, Kapit dan Mukah.
Mesyuarat Pra-MBJ adalah platform yang Aturcara Majlis dimulakan dengan ba-
utama bagi membincangkan isu-isu yang caan doa oleh Ketua SP Stapang Tuan
akan dibangkitkan semasa Mesyuarat MBJ Mohammad Amaluddin bin Mahmud ser-
kelak. Pengerusi berharap agar isu yang ta diiringi ucapan alu - aluan oleh Ketua
dibawa benar-benar memberi impak dan Pejabat JPJ Sibu dan ucapan oleh wakil
faedah kepada semua pekerja demi kepent- Pengarah JPJ Sarawak.
ingan dan kebaikan sesuatu organisasi. Seterusnya majlis diteruskan dengan
menandatangani dokumen serahan beka-
lan Senjata Api dan Peluru Jabatan serta
penyerahan Senjata Api oleh wakil Peng-
arah kepada Ketua Pejabat JPJ Sibu.

14 Oktober 2019 Pada akhir Majlis, acara simbolik memo-
tong riben Bilik Simpanan Senjata Api
dan Peluru JPJ Sibu oleh wakil Pengarah
JPJ Sarawak.

80 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Taklimat e-Bid Bahagian (L) KUCHING, 23 Oktober 2019 - Bahagian Pendaftaran Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak dengan kerjasama
Bahagian Perlesenan Kenderaan dan Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat telah mengadakan Taklimat e-Bid Bahagian (L) Ber-
sama Semua Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian L Cawangan JPJ Sarawak di Bilik Audio Visual JPJ Negeri Sarawak.

Hadir pada taklimat sebentar tadi adalah Pengarah JPJ Negeri YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah bersama semua Ketua Cawan-
gan dan Ketua Bahagian Pendaftaran Cawangan.

Taklimat pada hari ini membincangkan tentang proses pembidaan nombor pendaftaran melalui sistem e-Bid dan demo tatacara
pembidaan dalam talian ataupun telefon bimbit semua ahli mesyuarat supaya dapat melalui sendiri proses e-Bid ini.

Program selama dua hari ini bertujuan mendedahkan kepada semua ahli mesyuarat iaitu Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian
Perlesenan Negeri dan Cawangan tentang proses serta SOP Bahagian Perlesenan Kenderaan bagi memudahkan proses e-Bid ini
dilaksanakan nanti di JPJ Negeri Sarawak.

Untuk rekod, JPJ Negeri Sarawak akan melancarkan dua nombor siri melalui proses e-Bid ini nanti iaitu bagi nombor pendaftaran
Kuching yang akan di buka pada 25 Oktober ini nanti dan di Sibu pada November ini.

K Diari &rekod

24 Oktober 2019 KUCHING, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Suku Tahun Keempat tahun 2019
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

MIRI, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK) Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri

MIRI, 24 Oktober 2019 - Ceramah Program Rehat SMK Merbau Miri.
Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri

BINTULU, 24 Oktober 2019 - kunjungan hormat daripada Persatuan Bas Sekolah
Kawasan Bandar Bintulu - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Bintulu

KUCHING, 24 Oktober 2019 - Perhimpunan Bulanan Bilangan 10/2019
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

KUCHING, 24 Oktober 2019 - Ceramah Keselamatan di SK Padawan
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

KUCHING, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Pengurusan
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

KUCHING, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Keselamatan
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

KUCHING, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Bersama Dato’ Nasir
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

KUCHING, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Kewangan
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

81 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Bulan Sukan Negara 2019 - JPJ Sarawak

KUCHING, 26 Oktober 2019 - Sempena menyam-
but Bulan Sukan Negara 2019, Jabatan Pengang-
kutan Jalan Negeri Sarawak telah menganjurkan
Pertandingan Futsal RTD Sarawak 2019 bertempat
di Padang Futsal KSK Satok.

Pertandingan selama sehari ini dimulakan dengan
acara senaman Aerobik beramai-ramai melibat-
kan semua pemain lelaki dan wanita JPJ Negeri
Sarawak di padang Futsal.

Hadir pada perasmian program Futsal berkenaan
adalah YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah Peng-
arah JPJ Negeri Sarawak. Seramai lebih kurang 120
orang kakitangan JPJ Negeri, SKS Biawak, UTC Kuch-
ing, SP Serian dan JPJ Cawangan Serian menyertai
pertandingan tersebut.

Pertandingan Bowling Tertutup JPJ Negeri Sarawak Untuk makluman 12 pasukan lelaki dan 3 pasukan
wanita menyertai pertandingan tersebut dengan
penyertaan setiap pasukan di buat secara cabutan
mengikut kategori dan umur bagi mengimbangi pe-
main setiap pasukan.

Terdahulu, pertandingan Bowling tertutup JPJ Negeri
Sarawak telah diadakan di Superbowl Riverside
Kuching bagi menyambut Bulan Sukan
Negara anjuran Kelab Sukan
dan Rekreasi

Pertandingan Bowling Tertutup

UTC JPJ Sibu

SIBU, 27 Oktober 2019 -
Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ UTC Sibu ) telah
menganjurkan pertandingan Bowling Tertutup sempena
meraikan Bulan Sukan Negara bertempat di Sibu Superbowl.

Pertandingan tertutup ini melibatkan semua anggota UTC
JPJ Sibu iaitu seramai 13 orang anggota termasuk Ketua Pejabatnya
Tuan Annuar Firdaus Lai Abdullah.

Pertandingan Bowling tertutup ini julung kalinya diadakan yang mana ianya bukan
sekadar salah satu aktiviti sukan dan riadah tetapi merupakan pentas untuk semua
anggota merapatkan hubungan silaturahim sesama kakitangan.

Pada pertandingan seperti ini juga, bakat para pemain boleh dilihat dan dicungkil bagi pemilihan untuk mewakili negeri pada
temasya Karnival Sukan JPJ Malaysia yang akan datang.

82 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Galeri Futsal
JPJ SARAWAK

Kami Juara!!!

Mangchester City

AJK Pertandingan

83 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar (Tertutup) JPJ Cawangan Limbang

LIMBANG, 28 Oktober 2019 - Berse- mpena dengan sambutan Bulan Su-
kan Negara, JPJ Cawangan Limbang telah menganjurkan Perlawanan
Persahabatan Bola Tampar (Ter- tutup) JPJ Cawangan Limbang yang
diadakan di Dewan Perumahan Batu Biah, Limbang.

Perlawanan yang berlangsung malam ini telah disertai oleh 4 pa-
sukan iaitu Team A, Team B, Team C dan Team D. Semua anggota dan
kakitangan JPJ Cawangan Limbang turut serta sebagai pemain dalam
pasukan masing-masing di mana senarai nama pemain telah dibuat
secara undian.

Bagi memeriahkan lagi suasana perlawanan ini, Ketua Cawangan JPJ
Cawangan Limbang, Tuan Abang Aien Bin Abang Bol Hil juga turut
serta sebagai seorang pemain dalam perlawanan ini. Perlawanan
ini adalah bertujuan bagi memu- puk budaya aktif dengan bersukan
disamping menambah kecergasan seterusnya menjamin kesihatan dika-
langan anggota dan kakitangan JPJ Cawangan Limbang

Bagi mengadili perlawanan ini, Encik Sun Yong dari Persatuan Bola
Tampar Limbang telah dijemput khas sebagai pengadil perlawanan.
Perlawanan ini telah dijuarai oleh Team B, Naib Juara Team D, Tempat
ketiga dimenangi oleh Team A dan Team C tempat keempat.

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar (Tertutup) JPJ Cawangan Limbang ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada setiap
pasukan dan cenderamata kepada pengadil jemputan.

N Peka &prihatin Pemergian Mendiang Frannie Ak Nio

KUCHING, 28 Oktober 2019 - Seluruh warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak amnya dan Jabatan Pengangku-
tan Jalan Ibu Pejabat khasnya merasa sedih di atas pemergian Mendiang Frannie Ak Nio yang telah meninggal dunia di Hospital
Besar Kuala Lumpur pada 25 Oktober yang lepas.

Mendiang telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Bratan, Jalan Puncak Borneo. Terdahulu mayat men-
diang telah disembahyangkan di Gereja St.Cathrine sebelum di bawa ke perkuburan Kristian Kampung Bratan.

Seramai kira-kira 300 orang ahli keluarga, jiran, sahabat handai serta pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan hadir
bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Mewakili Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak pada upacara pengebumian sebentar tadi adalah Timbalannya
iaitu YBrs.Tuan Erick Jusiang bersama Ketua Cawangan Serian, Ketua SP Serian, pegawai dan kakitangan JPJ Negeri termasuk
dari Serian dan SPK Serian.

Pegawai pengiring dari Ibu Pejabat iaitu Tuan Tan Kim Beng daripada UKK Ibu Pejabat turut hadir dari mula-mula mendiang dan
keluarganya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sehingga ke hari pengebumiannya pada pagi ini tadi.

“Seluruh warga kerja Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak mengucapkan Takziah
kepada bapa dan keluarga
mendiang yang mana mendi-
ang merupakan anak sulung
dari lapan orang adik beradik”.

84 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

K Diari &rekod

31 Oktober 2019 Menyantuni Panglima Pertama Infantri Malaysia ( 1 Div )
29 Oktober 2019 Mejar Jeneral Dato Md Din Bin Hj Abu atas urusan kenderaan JPJ Sarawak

Mesyuarat Penyelarasan Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sibu

Program Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah di kalangan penjawat
awam di ICQS Tebedu

Majlis Perpindahan Cik Ramillah binti Alis darii JPJ Cawangan Serian ke Jabatan
Imigresen Malaysia Cawangan Sabah.

Ceramah sempena Pasca PT3 bertempat di Dewan Sekolah SMK Lake, Bau - JPJ Sarawak

Dialog bersama Pengusaha Institut Memandu bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma
Persekutuan Bintulu - Tuan Jelapin Ak Entalai - Ketua Bahagian Perlesenan Pemandu Negeri

Pertandingan Menembak Antara Jabatan Kerajaan Daerah Sibu.

Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak ‘Community Policing’ bertempat di Lapang
Sasar Pasukan Gerak Am Sibu.

Ceramah di Ibu Pejabat Trienekens Sarawak sempena hari “Health, Safety & Environment
(HSE ) Week 2019” syarikat berkenaan.

85 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

November 2019

86 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

SIBU, 2 November 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sibu telah mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan ( UKJK ) mewakili Zon Tengah iaitu meliputi JPJ Sarikei, Kapit dan Mukah.

Program Bertempat di Gelanggang Futsal Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu dengan keseluruhan peserta dari Zon
Tengah adalah lebih kurang 80 orang. Manakala pihak Kementerian Belia dan Sukan iaitu sebagai pegawai penguji
sebanyak 9 orang dan dari Kementerian Kesihatan pula sebanyak 7 orang.

Hadir pada program berkenaan adalah Ketua Cawangan JPJ Sibu Tuan Mohd Faizal David serta Ketua Cawangan Mu-
kah dan Sarikei bersama pegawai dan anggota masing-masing.

Program bermula seawal jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran dan seterusnya semua peserta diambil sukatan tinggi dan
berat iaitu proses BMI sebelum Ujian Kecergasan bermula.

Program kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan ini dianjurkan bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan di
dalam keadaan kesihatan yang baik serta menilai tahap kecergasan semasa mereka.

Pertandingan Boling Antara Kelab Gabungan MAKSAK
Sarawak

KUCHING, 3 November 2019 - Jabatan Pengangkutan
Jalan Negeri Sarawak telah menyertai Pertandingan Bol-
ing Antara Kelab Gabungan MAKSAK Sarawak bertem-
pat di Megalanes Sarawak e-Mart Batu Kawa, Kuching.

Sebanyak 31 pasukan lelaki dan 26 pasukan wanita tel-
ah mengambil bahagian yang mana JPJ Negeri meng-
hantar satu pasukan leaki dan satu wanita. Puan Dayang
Salina mengetuai pasukan JPJ Negeri yang mana beliau
merupakan seorang pemain Boling yang tidak asing lagi
di peringkat agensi di Negeri Sarawak.

Pertandingan selama dua hari ini yang bermula sema-
lam dan berakhir petang tadi telah dimenangi oleh pa-
sukan dari Kastam Di Raja Malaysia secara keseluruhan,
Kementerian Kesihatan tempat kedua dan Jabatan Ket-
ua Menteri ketiga manakala JPJ mendapat saguhati ber-
sama pasukan-pasukan lain yang bertanding.

Bagi acara Master Wanita pula, Puan Dayang Salina
dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah
mendapat tempat ketiga secara keseluruhan daripada
18 orang peserta yang bertanding.

Penganjur Kejohanan MAKSAK Sarawak pada kali ini
adalah daripada Majlis Sukan dan Kebudayaan Kastam
Di Raja Malaysia cawangan Sarawak.

Dengan adanya pertandingan seperti ini pihak MAKSAK
Negeri dapat memilih pemain bagi mewakili MAKSAK
Negeri nanti bagi mengibar Bendera MAKSAK Negeri
Sarawak di peringkat Kebangsaan.

87 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Taklimat e-Hailing

MIRI, 4 November 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan SIBU, 8 November 2019 - Jabatan Pengangkutan
Cawangan Miri telah mengadakan Ujian Kecergasan Jas- Jalan Cawangan Sibu telah mengadakan Taklimat
mani Kebangsaan (UKJK) peringkat Zon Utara yang meli- e-Hailing kepada semua Ketua Bahagian dan Ketua
puti JPJ cawangan Lawas, Limbang, Bintulu, SPK Skaloh Unit JPJ Sibu di Bilik Mesyuarat Blok Rajang pagi tadi.
dan UTC Miri yang bertempat di Stadium Tertutup Miri.
Taklimat dipengerusikan oleh Pengarah LPKP Neg-
Seramai 104 pegawai dan anggota dari Zon Utara terma- eri Sarawak YBrs.Tuan Razali Bin Mohamad Jamali.
suk semua Ketua Cawangan, Ketua SP dan Ketua UTC Miri Turut hadir pada taklimat berkenaan adalah Ketua
menyertai UKJK berkenaan yang dilangsungkan selama Cawangan JPJ Sibu Tuan Mohd Faizal David dan
sehari mulai jam 8 pagi sehingga selesai pada jam 5.30 timbalan Ketua Cawangan Tuan Yusuf Andan.
petang.
Pengarah LPKP telah memberi taklimat berkenaan
Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya Hj Morshidi telah proses dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan
memulakan program dengan ucapan aluan penghargaan dengan akta dan kaedah berkenaan dengan proses
dan tahniah kepada pelaksanaan program yang telah di e-Hailing.
selaras oleh Tn Yusniman serta mengucapkan penghar-
gaan kepada Jabatan Kesihatan Miri dan juga Kementeri- Ini bagi memastikan semua pegawai dan anggta ter-
an Belia dan Sukan Miri serta Kementerian Belia dan Sukan utamanya di JPJ Cawangan Sibu lebih faham dan
Negeri Sarawak. Beliau sendiri turut menyertai ujian kecer- mahir mengendalikan proses e-Hailing ini disamping
gasan berkenaan bersama Ketua-Ketua Cawangan yang menguatkuasakan undang-undang terhadap peng-
lain dari Zon Utara. gunaannya nanti.

Sebelum ujian kecergasan dilakukan, anggota JPJ telah
dibuat saringan tekanan darah oleh pegawai kesihatan
dari Jabatan Kesihatan Bahagian Miri. Ini bagi memastikan
setiap anggota yang menjalankan ujian adalah didalam
keadaan kesihatan yang baik.

Majlis Kesyukuran & Zikir Maulid

KUCHING, 8 November 2019 - Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid sempena sambutan Maulidul Rasul peringkat Negeri
Sarawak tahun 1441H/2019M berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak petang tadi.

Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir pada Maj-
lis berkenaan bersama Menteri Agama, tetamu jemputan dari Jabatan Persekutuan dan Negeri serta jawatankuasa Masjid
dan Surau sekitar Bandaraya Kuching.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak melalui Masjid An Nur JPJ Negeri telah dijemput mengimarahkan Majlis
berkenaan petang tadi yang diketuai oleh Pengerusi Surau An Nur Saudara Abdul Hadi Buntal serta jemaah Surau An Nur.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Sahibul Fadilah Dato Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi
Imam Besar Negeri Sarawak bersama semua jemaah dan Solat Maghrib berjemaah.

Seterusnya tazkirah ringkas disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yaas-
in serta Zikir Maulid beramai-ramai dan solat Isya berjemaah sebelum majlis selesai kira-kira jam 9.00 malam.

88 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Kursus Persijilan SPIM Baharu Kelas D dan Kelas B2 Siri 2/2019.

KUCHING, 6 November 2019 - Bahagian Pengajian Pelesenan Pemandu dan Kenderaan Akademi Pengangkutan Jalan Ma-
laysia, Melaka telah menganjurkan Kursus Persijilan SPIM Baharu Kelas D dan Kelas B2 Siri 2/2019.

Kursus dilangsungkan di Institut Memandu WJ Wego Sdn Bhd dari 5 hingga 11 November iaitu bermula semalam dengan
kerjasama Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sarawak.

Ketua Unit Operasi JPJ Negeri iaitu mantan Ketua Unit Integriti JPJ Sarawak Tuan Haji Jamaludin Bin Said telah menyam-
paikan ceramah bagi slot untuk dua hari pada Kursus berkenaan kepada para peserta kursus bertajuk ‘Integriti’.

Harapan agar dengan adanya slot ceramah bertajuk ‘Integriti’ pada kursus SPIM seperti ini, peserta kursus dapat memantap-
kan lagi integriti mereka di dalam tugasan harian dan semoga berjaya melalui kursus dengan jayanya sehingga tamat pada
11 November nanti.

JPJ Sarawak (Kuching) Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sarawak
JPJ Miri Tahun 1441H/2019M

KUCHING, 9 November 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak menyertai kira-kira 279 kontigen pelbagai kategori sem-
pena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sarawak tahun
1441H/2019M di Padang Merdeka pagi tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak menghantar seramai 50
orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada 35 lelaki dan 15
wanita. Perbarisan diketuai oleh Ketua Kontigen Tuan Hj Safri Junaidi.

Pengarah JPJ Negeri YBrs.Tuan Syafiq Anas Abdullah turut hadir dalam
perarakan tersebut iaitu sejauh 4.5KM mengelilingi kawasan Pusat Ban-
daraya Kuching dan sepanjang Kuching Waterfront sehingga ke Padang
Merdeka semula.

Manakala di cawangan JPJ lain pula turut tidak ketinggalan menyertai
acara Perarakan tersebut di daerah masing-masing iaitu JPJ Cawangan
Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Objektif daripada perarakan ini adalah dengan menyatupadukan ukwah
serta menghayati peristiwa besar, kelahiran Nabi Muhammad SAW un-
tuk membina akhlak, penampilan dan sahsiah sebagai ikutan terbaik
dalam kehidupan.

JPJ Mukah JPJ Bintulu

89 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

Disember 2019

90 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

MESYUARAT PENGUKUHAN PENGUATKUASAAN MEMERANGI PEMBERI RASUAH

MIRI, 2 Disember 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah
dijemput oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak ke Mesyu-
arat Pengukuhan Penguatkuasaan Memerangi Pemberi Rasuah bertempat di
Mulu Marriot Resort & SPA, Mulu.

Hadir mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan pada Mesyuarat berkenaan ada-
lah Ketua Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Tuan Hj
Safri Hj Junaidi.

Antara agensi yang hadir pada mesyuarat berkenaan adalah dari Agensi
Penguatkuasaan Persekutuan, Agensi Penguatkuasaan Negeri dan Pejabat
Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Sarawak.

Mesyuarat berlangsung dari 29 November hingga 2 Disember 2019 yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM
Malaysia Datuk Hj Shamsul Bahrin Bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Tuan
Ruslan Bin Tuan Mat dan Pengarah SPRM Sarawak Tuan Hj Razim Bin Mohd Noor.

Antara objektif mesyuarat ini adalah memberi pendedahan kepada pegawai penguatkuasa berkaitan ‘Penguatkuasaan
Terhadap Pemberi Rasuah’. Ia juga sebagai perkongsian maklumat kepada agensi-agensi Penguatkuasa yang sentiasa
terdedah dengan pemberi rasuah semasa menjalankan tugas.

Majlis penutupan rasmi telah diadakan pada 2 Disember 2019 jam 9 pagi tadi yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua
Pesuruhjaya SPRM Malaysia Datuk Haji Shamsul Bahrin Bin Mohd Jamil.

Operasi Khas Pewa JPJ Bersama
Jabatan Imigresen Sarawak

SERIAN, 4 Disember 2019 - Unit Operasi JPJ Negeri Sar-
awak dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak telah
menjalankan Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA)
selama 3 hari bermula 2 - 4 Disember 2019 di sekitar ka-
wasan Serian.

Tujuan penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan
warga asing mematuhi peraturan dan undang-undang
jalanraya semasa memandu kenderaan di negara ini dan
mempunyai pengenalan diri yang sah semasa berada di
negara ini.

Pertandingan Menembak Penguatkuasaan secara berterusan akan diadakan dari
Jatuh Piring Sempena Hari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil keatas
Bersama Media Panglima pemandu serta pemilik kenderaan yang ingkar peraturan
Medan Timur Tentera yang telah ditetapkan.
Darat (PMTTD)

KUCHING, 4 Disember 2019- Pertandingan Menembak Jatuh Piring Sempe- “...Penguatkuasaan secara berterusan
na Hari Bersama Media Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Siri akan diadakan dari semasa ke semasa
2/2019 telah berlangsung bertempat di Lapang Sasar Kem Muara Tuang.
Acara menembak ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi men- dan tindakan tegas akan diambil
guji dan melihat kemampuan dan ketepatan serta mengerat hubungan keatas pemandu serta pemilik
bersama anggota tentera dibawah formasi Markas Pemerintahan Medan kenderaan yang ingkar peraturan
timur Tentera Darat. Sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian
dalam pertandingan pada kali ini. yang telah ditetapkan.”
Acara Menembak Piring ini terdiri dari Pegawai Tentera Markas Pemerin-
tahan Medan Timur Tentera Darat, Pegawai Divisyen, Briged serta Jem- 91 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019
putan Khas Ketua Jabatan JPJ Sarawak Tn Mohd Syafiq Anas dan Pasukan
Menembak Pihak Media Sarawak.
Turut hadir sendiri di lapangan Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt Jen
Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain.

KUCHING, 6 Disember 2019 - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Mohd Nizam Hj HusainiKejohanan Olahraga Master Asia
telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Master Asia 2019 edisi ke 21 yang berlangsung di Stadium Sarawak.2019 edisi ke 21

Kejohanan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang
Hj Openg bermula 2 Disember dan berakhir pada 7 Disember nanti yang mana menampilkan beberapa acara padang
dan balapan.

Sebanyak 1500 atlit mengambil bahagian dalam kejohanan 6 hari ini dengan melibatkan 26 buah negara seluruh Asia, di
antaranya Singapura, Indonesia, Thailand, Filiphina, Brunei dan beberapa negara sekitar rantau Asia.

Beliau akan mengambil bahagian dalam 5 acara pada kejohanan kali ini iaitu lari 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4x100
meter dan 4x400 meter.

“.... Sebanyak 1500 atlit
mengambil bahagian

dalam kejohanan 6 hari ini
dengan melibatkan 26 buah

negara seluruh Asia,
di antaranya Singapura,

Indonesia, Thailand,
Filiphina, Brunei dan

beberapa negara
sekitar rantau Asia”.

Ops Cermin Gelap di sekitar Daerah Kuching dan Samarahan

KUCHING, 12 Disember 2019 - Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak bersama Polis Diraja Malaysia Kontigen Sarawak
telah menjalankan Ops Cermin Gelap di sekitar Daerah Kuching dan Samarahan pada
9, 10 dan 11 Disember 2019.

Operasi ini merupakan satu usaha penguatkuasaan secara bersama bagi kedua-dua
agensi penguatkuasa ini yang menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan
Kaedah-kaedah di bawahnya.

Operasi diadakan bagi memastikan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan
dan undang-undang yang telah ditetapkan berkaitan penggunaan cermin gelap tanpa
kebenaran diambil tindakan yang sewajarnya.

Sebanyak 234 notis pelbagai kesalahan termasuk 110 kes cermin gelap telah dikesan
daripada lebih kurang 388 buah kenderaan yang diperiksa sepanjang 3 hari operasi ini
dijalankan.

Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan pemandu

Perhimpunan Bulanan Antara agenda yang disampaikan pada Perhim-
bil. 12/2019 punan Bulanan kali ini adalah urusan permohonan
cuti hujung tahun, laporan LNPT, isu-isu berkaitan
KUCHING, 13 Disember 2019 - Ja- dengan kewangan dan isu pertukaran anggota.
batan Pengangkutan Jalan Negeri Sar- Pengarah mengucapkan syabas dan tahniah kepa-
awak telah mengadakan Perhimpunan da Unit Operasi seluruh negeri yang telah menga-
Bulanan bil. 12/2019 yang dihoskan dakan beberapa siri Operasi Bersepadu bersama
oleh Unit Komunikasi Korporat dan Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.
Integriti JPJ Negeri Sarawak.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak YBrs. Akhir sekali pengarah mengalu-alukan kehadiran pegawai
Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah hadir memberi ucapan pada yang naik pangkat dari JPJ Kelantan dan JPJ Johor yang telah
Perhimpunan Bulanan berkenaan yang telah diadakan di perka- melapur pada minggu lepas ke JPJ Negeri Sarawak.
rangan Kompleks JPJ Negeri Sarawak.

92 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Taklimat Penguatkuasaan Kawal Selia Perkhidmatan e-Haliling di JPJ Miri

MIRI, 18 Disember 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri telah mengada-
kan Taklimat Penguatkuasaan Kawal Selia Perkhidmatan e-Haliling bertempat di Bilik
Mesyuarat JPJ Miri pagi tadi.

Hadir bagi memberi taklimat berkenaan dengan Perkhidmatan e-Hailing ini tadi adalah
Pengarah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Tuan Razami
Bin Mohamad Jamali.

Turut hadir Ketua Cawangan JPJ Cawangan Miri Puan Maya Haji Morshidi dan Ketua
Bahagian Penguatkuasa JPJ Miri Tuan Yusniman Haji Muhamad serta kakitangan JPJ
Miri dan Stesen Penguatkuasa Skaloh.

Taklimat disampaikan bertujuan bagi memberi pemahaman dan tatacara penguatkua-
saan terhadap perkhidmatan e-Hailing ini dengan lebih jelas lagi bagi menguatkua-
sakan perkhidmatan tersebut di Daerah Miri.

Hari Bersama Pelanggan Dan Pelancaran OP Selamat (PDRM)

KUCHING, 18 Disember 2019 - Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu
Pejabat Polis Kontingen Sarawak telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan Dan Pelancaran OP Selamat sempena Perayaan Hari Krismas
2019 bertempat di Dewan Siburan, Padawan.

Majlis disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Ramli Bin Haji Din Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baru. Mewakili Pengarah Jabatan Pengangku-
tan Jalan Negeri Sarawak pada Majlis berkenaan adalah Tuan Erick Jusiang Timbalan Pengarah JPJ Negeri bersama pegawai-pegawai kanan
Bahagian dan Unit JPJ Negeri Sarawak.

“Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi” masih dikekalkan sebagai moto OP Selamat pada kali ini. OP Selamat ini menggunakan
konsep Serampang Dua Mata iaitu dengan memastikan kawasan kediaman dan juga keselamatan jalan raya di dalam keadaan yang
selamat serta terkawal.

Pada akhir Majlis, Dato’ Ramli Bin Haji Din bersama Ketua Jabatan PDRM Sarawak merasmikan gimik pelancaran di pentas utama dan
mengadakan sesi dialog bersama para hadirin yang hadir di Dewan Siburan ini sebelum beliau melawat Booth Pameran serta melepaskan
perarakan Konvoi bermotosikal dari PDRM, JPJ dan Bomba.

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PERAYAAN HARI KRISMAS 2019 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN.

SRI AMAN, 19 Disember 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Sri Aman telah dijemput oleh Pejabat
Residen Bahagian Sri Aman ke Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Krismas 2019
Peringkat Bahagian Sri Aman.

Hadir pada Persamian Kempen berkenaan adalah Pegawai Residen Bahagian Sri Aman Tuan Indit Bangai
bersama Ketua - Ketua dan wakil Jabatan Bahagian Sri Aman. Kempen telah dianjurkan oleh Pejabat
Residen Sri Aman dengan kerjasama Naimgamuda dan Lebuhraya Borneo Utara (LBU).

Mewakili Ketua Cawangan Sri Aman pada Kempen tersebut adalah Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Sri “..Harapan pihak penganjuran
Aman Tuan Jeffery Alfrida bersama pasukan Operasi beliau iaitu Encik Mohd Salleh Polly dan beberapa dengan adanya kempen seperti
anggota penguatkuasa. ini, sekurang-kurangnya dapat

memberi kesedaran dan

Kempen bertemakan ‘Road Safety Campaign for Christmas and Happy Ney Year 2020’ ini bertempat di memupuk sikap berhati-hati
Perkarangan Pusat Rehat dan Rawat (R&R) Temudok, Sri Aman. semasa memandu kepada
pengguna yang balik ke

Harapan pihak penganjuran dengan adanya kempen seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memberi kampung semasa musim
kesedaran dan memupuk sikap berhati-hati semasa memandu kepada pengguna yang balik ke kampung perayaan seperti ini.”

semasa musim perayaan seperti ini.

93 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL PERDANA

KUCHING, 20 Disember 2019 - Surau An Nur Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak telah mengadakan Bacaan Yassin Perdana dan Doa bertempat di Surau An
Nur Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak pagi tadi.
Hadir pada Majlis Bacaan Yassin berkenaan adalah Pengarah Jabatan Pengangkutan
Jalan Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah dan pegawai-pegawai
kanan, Ahli Jawatankuasa Surau dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak.
Aturcara dimulakan pada jam 745 pagi dengan para jemaah membaca Surah Yassin
yang dibimbing oleh Tuan Mohd Lufti dan bacaan doa oleh Pengerusi Surau An Nur
Saudara Abdul Hadi Buntal.
Selesai bacaan Yassin, Pengarah bersama Pengerusi Surau memberi sumbangan pa-
kaian terpakai FTP (Feed The Poor) kepada sebuah pertubuhan iaitu Nasrudin Care
serta penyerahan sumbangan kepada kakitangan kebersi-han surau (Cleaner)dan cen-
derahati berbentuk kain rida’ dan shawl kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan
Jalan Negeri.
Semoga majlis seperti ini dapat
mengeratkan lagi hubungan sila-
turahim diantara kakitangan Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri ser-
ta mengimarahkan Surau An Nur di
samping melahirkan rasa kesyukuran
dan nikmat yang diberikan Allah SWT
serta mendoakan yang terbaik untuk
seluruh warga kerja Jabatan Pengang-
kutan Jalan Negeri Sarawak.

Operasi Bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia Kempen Keselamatan Jalan Raya

KUCHING, 21 Disember 2019 - Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri SAMARAHAN, 20 Disember 2019 -
Sarawak telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malay- Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
sia bertempat di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Serian. Sarawak telah dijemput oleh Pejabat Res-
Operasi Bersepadu yang diadakan sebanyak dua siri ini iaitu yang bermula pada iden Samarahan ke Kempen Keselamatan
bilangan pertama pada 2 hingga 4 Disember 2019 lepas dan bilangan kedua pada Jalan Raya sempena Perayaan Hari
14 dan 21 Disember 2019 ini mensasarkan kesalahan yang melibatkan Akta Pen- Krismas dan Tahun Baru 2020 bertempat
gangkutan Jalan 1987 dan Akta Imigresen 1959/63. di hadapan Masjid An Najah Asajaya.
Merasmikan pelancaran Kempen
Jumlah keseluruhan notis saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Keselamatan tersebut adalah YB Ir Aidel
Jalan Negeri sepanjang Operasi Bersepadu ini adalah sebanyak 197 notis dibawah Lariwoo Adun Sadong Jaya. Ketua
Akta dan Kaedah Pengangkutan Jalan 1987 manakala tangkapan pihak Imigresen Bahagian Penguatkuasa Jabatan
pula sebanyak 14 kes dibawah Kesalahan Melanggar Peraturan Imigresen 1959/63. Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Tuan
Operasi di ketuai oleh Ketua Unit Operasi Negeri Tuan Haji Jamaludin Said dan Albert Clement hadir mewakili Pengarah
dibantu oleh Ketua Unit Operasi JPJ Serian Tuan Chang Kheng Chai dan Ketua ke Kempen berkenaan. Turut hadir beber-
Stesen Penguatkuasa Serian Tuan Haji Marzuki Ali dengan kekuatan anggota sera- apa lagi wakil Ketua Jabatan serta Ketua
mai 28 orang kesemuanya. Kaum dan Ketua-Ketua Masyarakat sekitar
Sadong Jaya.
Pihak Imigresen hari ini di ketuai oleh Tuan Kamarul dibantu oleh 6 anggota tel- Kempen dimulakan dengan penyerahan
ah membuat sebanyak 146 pemeriksaan keatas pemandu dan penumpang yang helmet oleh YB Ir Aidel dan Ketua-Ketua
melalui di hadapan Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Serian serta Jabatan yang hadir kepada penunggang
memeriksa beberapa buah Bas Ekspres yang beroperasi di laluan berkenaan. motosikal yang melalui hadapan tapak
Operasi seperti ini akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan ti- Kempen serta menyerahkan cenderahati
dak berlakunya pelangaran kesalahan Akta dan Kaedah Pengangkutan Jalan kepa- yang di dalamnya terdapat juga risalah
da pemandu-pemandu warga asing yang memandu di Negeri ini serta juga memas- berkaitan dengan keselamatan Jalan Raya.
tikan warga asing memiliki permit dan pasport yang sah semasa berada di Sarawak Lebih kurang 20 helmet orang dewasa
oleh pihak Imigresen. dan kanak- kanak dan lebih 100 cender-
ahati telah diedarkan sepanjang kempen
94 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019 sejam itu yang bermula tepat jam 9.30
pagi.
Harapan pihak penganjur supaya para
pengguna terutamanya di kawasan
Samarahan ini agar sentiasa mengiku-
ti peraturan Lalulintas dan Jalan Raya
sepanjang musim perayaan dan cuti hu-
jung tahun seperti ini bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.

Bowling Persahabatan Tiga Penjuru

KUCHING, 28 Disember 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak
dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak bergabung bersama-sama menganjurkan pertandingan Bowling
Persahabatan Tiga Penjuru bagi penutup acara sukan ketiga-tiga jabatan yang terlibat pada tahun 2019 ini.

Pertandingan diadakan di Riverside Superbowl Kuching dengan menampilkan lapan pasukan mewakili tiga agensi yang
bertanding iaitu 3 pasukan dari JPJ, 3 pasukan lagi dari JPN dan 2 pasukan dari JBPM.

Pertandingan bermula pada jam 3 petang yang telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Neg-
ara Puan Hadjiawati Binti Tambi yang mewakili Pengarah Pendaftaran Negeri dan berakhir pada jam 7 petang dengan
tempat pertama jatuh kepada pasukan JPJ, kedua JPN dan JBPM tempat ketiga.

Manakala jatuhan pin paling tinggi bagi kategori lelaki dengan mengumpul 536 jatuhan pin keseluruhannya, jatuh kepa-
da wakil dari JPJ Negeri Sarawak iaitu Encik Saiffulazry bin Abu Mansor dan bagi kategori wanita pula, juga pemain dari
JPJ Negeri Sarawak iaitu Puan Dayang Salina dengan mengumpul 574 jatuhan pin.

Semoga pertandingan di antara jabatan seperti ini dapat terus dikekalkan pada masa yang akan datang bagi menger-
atkan lagi hubungan antara jabatan di samping dapat memupuk semangat kesukanan di antara kakitangan dan
jabatan.

LAngka dalam JPJ

2015 - 2019 TAHUN JUMLAH KENDERAAN DI
PERIKSA
JPJ Sarawak 2015 174, 678
2016
Maklumat Statistik 2017 139, 006
Perolehan Saman 2018
2019 143, 341
JUMLAH
167, 734

210, 961

835, 720

2019 RM 618, 800

JPJ Sarawak Jumlah Kutipan Denda Di Bawah ALPKP

Maklumat Statistik 95 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019
Pendakwaan Kes ALPKP

( OKT 2019 )

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak
Lot 200, Km 18.5
Jalan Kuching– Serian
93250 Kuching.
Sarawak
Malaysia

Telefon:
082 – 628 700 / 628 742
Faks:
082 – 628 715

96 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019


Click to View FlipBook Version