The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terbitan Unit Komunikasi Korprat JPJ Negeri Sarawak - KPP Abdul Hadi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frd.ideas, 2020-02-19 20:44:24

Bisamah JPJ Sarawak 2019 (a)

Terbitan Unit Komunikasi Korprat JPJ Negeri Sarawak - KPP Abdul Hadi

Keywords: bisamah,ebook majalah,unit komunikasi korporat,jpj negeri sarawak,sarawak,ebook,majalah,jabatan,2019,2020

1 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Peka & Prihatin 8, 24, 25, 55,64

Isi Kandungan 2
Isi Kandungan
Sidang Redaksi 2-3 Info Santai 14
Isi KandunganAktiviti
Angka Dalam JPJ 17, 29, 31, 36, 39
Bulan April 4
Bulan Mei 19 41, 44, 45, 47, 52
Bulan Jun 34
Bulan Julai 48 85, 96
Bulan Ogos 57
Bulan September 68 Relaks Dulu 22, 26, 33, 40
Bulan Oktober 78
Bulan November 87 Fakta Menarik 27
Bulan Disember 91
Diari & Rekod m/s

Info Santai 14

Sidang Redaksi

PRODUKSI

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Penaung
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah

Ketua Editor
Lot 200, Km 18.5 Tn. Haji Nezriman Bin Uthman
Jalan Kuching–Serian 93250 Kuching.
Editor
Sarawak, Malaysia Tn. Abang Nazaruddin Bin Sharbini
Telefon:
Grafik
082 – 628 700 / 628 742 Abdul Hadi Bin Buntal
Faks: Clive Allan

082 – 628 715 Bahan & Informasi
Abang Asrizal Bin Abang Husairi
Catherine Keisila
Tennyson Anak Liton
Felicia Mahtilda Anak Petrus

serta

Seluruh Warga Kerja
Unit Komunikasi Korporat
JPJ Negeri Sarawak

2 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019 I (UKK)

PERUTUSAN PENGARAH

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan rahmat dan izinnNya. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak berjaya menelusuri Tahun 2019 dengan cemerlang.
Sesungguhnya, penerbitan Buku Laporan Tahunan 2019 ini
merupakan satu medium dalam mengabadikan peristiwa dan
aktiviti yang telah berlaku sepanjang tahun 2019. Komitmen dan
Dedikasi yang ditunjukkan oleh segenap lapisan warga JPJ Negeri
Sarawak menjadi inspirasi kekuatan kepada organisasi untuk
mengorak langkah dengan lebih cemerlang menongkah masa untuk
terus kekal releven dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti
serta berprestasi tinggi kepada masyarakat.

TAHUN 2019, JPJ KE ARAH DIGITAL GOVERMENT
Tahun 2019 merupakan tahun Digitalisasi JPJ. Kerajaan pada masa
kini sedang berusaha untuk ke arah Digital Government. Jadi inilah
peluang kita untuk melangkah ke hadapan dengan membudayakan
pelaksanaan digitalisasi ini. OIeh itu. Jabatan hendaklah sentiasa
pantas bertindak, mempunyai polisi yang fleksibel serta mampu
menyediakan berbagai pilihan dan saluran perkhidmatan yang
terbaik untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan
memanfaatkan teknologi masa kini. Kepesatan perkembangan
teknologi masa kini boleh dimanfaatkan bagi menambahbaik
kualiti penyampaian perkhidmatan, yang bukan sahaja dapat
meningkatkan ketelusan malah mampu mengurangkan ketirisan.

Justeru warga JPJ perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan dan mempunyai sikap untuk
berubah seiring dengan suasana dan keperluan semasa. Keadaan ini amat memerlukan komitmen semua pihak
yang disokong dengan kemahuan untuk memastikan perubahan berlaku dan seterusnya menjadikan organisasi
ini lebih relevan dan berprestasi tinggi sepanjang zaman. Pelaksanaan e bidding dalam pengurusan nombor
pendaftaran akan dipraktikkan berdasarkan kepada bidaan yang dibuat melalui atas talian.

Perlu untuk kita ketahui bahawa teknologi ini akan mengurangkan faktor campurtangan manusia dalam sesuatu
keputusan yang dibuat. lni juga mampu menolak sebarang tohmahan negatif masyarakat terhadap jabatan di
atas kejayaan pelaksanaan yang telus melalui penilaian sistem yang dibuat. Selain daripada itu, perkhidmatan
e-hailing juga akan berkuatkuasa pada tahun ini setelah diperkenalkan pada 12 Julai 2018. Satu perkhidmatan
yang disediakan dimana untuk menempah pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik. Pelaksanaan ini adalah
melibatkan pemandu dan kenderaan e - hailing yang bertindak sebagai kenderaan perkhidmatanawam. Saya
amat optimis jika kita mampu melaksanakan agenda kerajaan ini. JPJ merupakan sebuah jabatan yang masih
mengekalkan kerelevenannya dan maju mengikut arus perdana.


CABARAN DAN KEJAYAAN
Kejayaan dan penanda aras yang telah dilakarkan oleh JPJ Negeri Sarawak sepanjang tahun 2019 ini bukannya
usaha satu pihak sahaja, tetapi is adalah hasil komitmen dan kesepaduan yang dizahirkan oleh seluruh warga
JPJ. Selaku pemimpin yang diamanahkan mengetuai jabatan ini, saya berasa amat bangga di atas usaha dan
komitmen yang telah ditunjukkan pada tahun 2019. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga JPJ
Negeri Sarawak kerana terus komited dalam menjalankan visi dan mini jabatan.

Sekian Terima Kasih

Mohd Syafiq Anas Abdullah
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

3 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

April 2019

4 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ceramah Israk dan Mikraj

KUCHING, 3 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak melalui Masjid An Nur JPJ Sarawak telah menganjurkan Ceramah Israk dan
Mikraj yang bertempat di Bilik Audio JPJ Negeri Sarawak.

Ceramah telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Zainizam Bin Zawawi yang merupakan Pengurus Aman Palestin Cawangan Sarawak dan dua orang
kakitangan Aman Palestin Malaysia. Dalam ceramah tersebut, Ustaz Zainizam menyentuh secara ringkas tentang peristiwa Israk dan Mikraj serta
menekankan peristiwa dan sejarah Masjid Al Aqsa. Ustaz juga menyentuh kehidupan saudara kita di Palestin yang mana Peristiwa Israk dan Mikraj
tidak dapat dipisahkan dengan Baitulmaqdis serta agenda pembebasan bumi Palestin di Baitulmaqdis.

Pihak Aman Palestin juga membuka booth pameran dan jualan cenderahati serta membuka Tabung Palestin di Lobi JPJ Negeri Sarawak bagi tujuan
memgumpul dana untuk disalurkan kepada Aman Palestin di Gaza.

Turut hadir pada Ceramah sebentar tadi adalah Tuan Haji Jamaluddin Said iaitu penasihat Surau An Nur JPJ Sarawak, Pengerusi Surau An Nur
Saudara Abdul Hadi Buntal, pegawai kanan dan kakitangan JPJ Negeri Sarawak.

“ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Pal-
estin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui “
(Al-Israa’ 17:1)

Mesyuarat Surau An Nur Bil

KUCHING, 3 April 2019 - Surau An Nur Jabatan Pengangkutan
Jalan Negeri Sarawak telah membuat satu mesyuarat berkenaan
dengan penganjuran beberapa program sempena sambutan Hari
JPJ Ke 73 di Bilik Kenyalang JPJ Negeri Sarawak.

Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Saudara Abdul Hadi Buntal
yang merupakan Pengerusi baru Surau An Nur dan semua Ahli
Jawatankuasa Surau An Nur yang juga merupakan Ahli Jawatankua-
sa lantikan baru.

Mesyuarat membincangkan tentang persiapan bacaan Yassin pada
Jumaat ini, teks ucapan Khutbah Jumaat yang akan diselaraskan di
seluruh Masjid di Negeri Sarawak sempena hari JPJ dan persiapan
program sambutan kehadiran bulan Ramadhan yang tinggal lebih
kurang 31 hari lagi.

Terdahulu, mesyuarat membincangkan tentang program mengecat
Surau An Nur sempena persediaan menyambut Bulan Ramadhan
yang mana perlantikan jawatankuasa telah pun dibuat dan program
tersebut akan dimulakan pada minggu hadapan. Kutipan derma
bagi program tersebut telah dilancarkan kepada seluruh warga ker-
ja JPJ Negeri pada pertengahan bulan Mac yang lepas.

Di harap aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi Ukwah di kalan-
gan kakitangan JPJ Negeri Sarawak di samping memupuk seman-
gat bantu membantu serta dapat mengimarahkan lagi program

5 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Program Minggu Sains Negara

KUCHING, 4 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah dijemput oleh Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk mengadakan pameran pada Program Minggu Sains
Negara yang bertemakan “ Sains Untuk Kesejahteraan “ bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (Sakura)
Kuching, Sarawak.
Program dua hari ini disertai oleh beberapa buah agensi Kerajaan sekitar Bandaraya Kuching dengan memperagakan
urusniaga dan peranan Jabatan masing-masing bagi memberi pendedahan kepada pengunjung yang terdiri daripada
para pelajar sekolah dan guru-guru pengiring yang hadir dari sekolah Rendah dan Menengah sekitar Pusat Bandaraya
Kuching.
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak turut tidak ketinggalan dengan membuka ruangan Pameran bagi
pendedahan awal kepada murid-murid tentang peraturan dan kesalahan lalulintas di samping memperagakan motosi-
kal UPB serta membuka Van Mobile JPJ bagi kemudahan pemeriksaan maklumat dan urusniaga kaunter sepanjang dua
hari Program ini berlangsung.

Ulang tahun RTM & JPJ ke-73

LIMBANG, 5 April 2019 - Sambutan Ulang Tahun JPJ Malaysia Ke-73
disambut meriah dengan persembahan artis Daus Eli (Af8) yang di-
datangkan khas oleh RTM Limbang yang juga turut menyambut ulang
tahun RTM yang ke-73.
Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang program sambutan ulang ta-
hun bersama JPJ dan RTM antaranya Bual Bicara 7373 yang dibawakan
langsung dari studio mini RTM yang dibuat di perkarangan pejabat JPJ
Cawangan Limbang.
Selain daripada itu, Pameran JPJ, Pameran Kenderaan dan Motosi-
kal JPJ (UPB), Unit Kaunter Bergerak, Kaunter Pemeriksaan Motosikal
Percuma Bagi LKM melebihi satu tahun serta khidmat nasihat teknikal
kenderaan dan JPJ Bersama Anda turut di buat bagi memeriahkan lagi
program sempena sambutan ini.
Terlebih dahulu, majlis doa kesyukuran sempena ulang tahun JPJ dan
RTM yang ke 73 yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Daerah Lim-
bang, Tuan Hj. Ismail Bin Ramli bersama Ketua Cawangan JPJ Limbang
Tuan Abang Aien Bin Abang Bolhil, serta anggota dan kakitangan JPJ
Cawangan Limbang, Miri, Lawas, RTM dan RTM limbang yang dibuat di
bilik mesyuarat Pejabat JPJ Cawangan Limbang.
Aktiviti sambutan ini berlangsung bermula jam 8 pagi sehingga 5
petang. Pelbagai lagi aktiviti menarik yang dibuat oleh pihak RTM bagi
memeriahkan sambutan ulang tahun bersama JPJ dan RTM yang ke
73 tahun. Artis jemputan, Daus Eli (Af8) juga akan memberikan 10 CD
album beliau secara percuma bagi para tetamu yang bertuah.

6 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Mesyuarat Pagi JPJ Negeri Sarawak

KUCHING, 5 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan “...Antara isu yang disentuh pada mesyuarat pagi tadi
Negeri Sarawak telah mengadakan satu Mesyuarat Pagi adalah berkenaan dengan pengistiharaan harta oleh semua
yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kenyalang, pegawai dan kakitangan serta Diploma Eksekutif Pengurusan
Pengangkutan Dan Penguatkuasaan (DEPP) Sesi 1/2019....”
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JPJ Negeri Sar-
awak, Tuan Mohd Syafiq Anas bersama semua Ketua Ba-
hagian dan Unit di JPJ Negeri Sarawak.

Mesyuarat menyentuh beberapa perkara terutamanya
berkisar tentang bahagian pentadbiran dan persiapan
Mesyuarat Pengurusan yang dijadualkan pada minggu
hadapan. Antara isu yang disentuh pada mesyuarat pagi
tadi adalah berkenaan dengan pengistiharaan harta oleh
semua pegawai dan kakitangan serta Diploma eksekutif
pengurusan pengangkutan dan penguatkuasaan (DEPP)
Sesi 1/2019.

Mesyuarat Pagi ini merupakan medium bagi semua Ket-
ua Bahagian dan Unit berbincang mengenai isu-isu Ba-
hagian dan Unit serta menyentuh juga berkaitan dengan
Pentadbiran dan Pengurusan.

Perasmian Institut Memandu Santubong Sdn Bhd

KUCHING, 8 APRIL - Memahami keperluan dan kehendak penduduk setempat bagi 29institut yang ke -
mendapatkan lokasi yang sesuai untuk belajar memandu dan mendapatkan lesen meman-
du, satu Institut Memandu telah dibina di kawasan Santubong, Petra Jaya Kuching dengan di Sarawak setakat ini.
jarak lebih kurang 30 km dari pusat bandar.

Institut Memandu Santubong Sdn Bhd telah dirasmikan oleh Tn Jelapin Entalai, Penolong
Pengarah Pelesenan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak pada pagi tadi.

“Dengan adanya latihan pemanduan profesional yang diberikan oleh tenaga pengajar,
ia sekali gus membentuk sikap pemanduan berhemah kepada mereka, seterusnya dapat
mengurangkan kadar kemalangan melalui latihan dan pembelajaran secara teori serta
praktikal yang cekap kepada para pelatih,” katanya semasa perasmian. Pada masa sama,
beliau berkata, pembukaan institut memandu ini juga dapat membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat.

Untuk rekod, Institut Memandu Santubong merupakan institut yang ke-29 beroperasi di
Sarawak setakat ini.

“....Memahami keperluan
dan kehendak penduduk
setempat bagi mendapa-
tkan lokasi yang sesuai
untuk belajar memandu dan
mendapatkan lesen meman-
du, satu Institut Memandu
telah dibina di kawasan

Santubong, Petra Jaya
Kuching dengan jarak lebih

kurang 30 km dari pusat
bandar...”

7 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

N Peka &prihatin Menyantuni Kebajikan Anggota

KUCHING, 8 April 2019 - Bahagian Penguatkuasa Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan
gotong royong mengangkut barang-barang keperluan di
rumah sewa Arwah Sani Bin Amit di Taman Samarindah,
Kota Samarahan ke kampung halaman isteri arwah iaitu di
Kampung Maludam.
Dengan kekuatan tiga buah kenderaan ronda dan sebuah
lori Jabatan, anggota Unit Operasi JPJ Negeri telah memu-
nggah seawal jam 9 pagi barang-barang keperluan di ru-
mah sewa arwah ke dalam lori sebelum terus bergerak ke
Maludam yang jaraknya sejauh lebih kurang 280km pergi
dan balik.
Turut hadir pada program pemungahan siang tadi adalah
Ketua Unit Operasi Negeri Tuan Hj Jamaluddin Said dan di
bantu seramai 20 anggota.
Program ini merupakan satu usaha untuk membantu isteri
Arwah Sani Bin Amit dan keluarganya bagi mengurangkan
beban keluarganya serta menzahirkan penghayatan se-
mangat bantu membantu dikalangan anggota penguat-
kuasaan JPJ Negeri Amnya dan seluruh Sarawak Khasnya.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan ber-
sama orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Semoga Roh arwah
dicucuri rahmat dan ditempatkan

bersama orang-orang beriman
dan beramal soleh.”

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.

KUCHING, 9 April 2019 - Mesyuarat Pengurusan telah bemula
pada hari ini di Bilik Kenyalang Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Sarawak.
Mesyuarat kali ini dimulakan dengan Mesyuarat Bahagian
Perlesenan Pemandu oleh Penolong Pengarah Bahagian Per-
lesenan Pemandu Tuan Jelapin Entalai dan beberapa pegawai
kanan dari Bahagian M Negeri.
Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah Ketua-Ketua
Cawangan, Ketua Stesen Penguatkuasa, Ketua UTC dan Ketua
Stesen Kawalan Sempadan JPJ Sarawak.
Beberapa isu berkenaan dengan bahagian M telah dibincang-
kan dan diperhalusi untuk makluman dan tindakan pihak Ket-
ua Cawangan dan Ketua UTC.
#jpjkenyalang
#mesyuaratpengurusan#harijpj73

8 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Latihan Menembak 10-12 APRIL 2019

Bertempat di Lapang Sasar Pusat Latihan Polis Sarawak
(PULAPOL), Jalan Puncak Borneo, Kuching.

9 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Perhimpunan Bulanan bilangan 4, 2019

KUCHING, 11 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bilangan 4, 2019 yang dihoskan
oleh Unit Pentadbiran JPJ Negeri.

Majlis dihadiri oleh Pengarah Ja- batan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak
YBrs. Tuan Mohd Syafiq Anas Abdul- lah dan semua Ketua Cawangan dan Ketua
- Ketua Bahagian serta semua kaki- tangan JPJ Negeri Sarawak.

Dalam majlis tersebut, YBrs. Tuan Pengarah turut menyampaikan beberapa
amanat kepada seluruh warga JPJ Negeri yang hadir. Antara intipati amanat
tersebut adalah Permodenan Nega- ra ke Arah Digitalisasi Kerajaan. JPJ sendiri
tidak ketingalan ke arah yang sama iaitu ke arah Digitalisasi serta cabaran
Media Sosial sekarang terutamanya dalam Komunikasi. YBrs. Tuan Pengarah
juga menyentuh berkenaan dengan Integriti setiap pegawai dan anggota serta
menyentuh program dan aktiviti sepanjang Hari JPJ ke 73 yang berlangsung
pada April ini.

Pada majlis tersebut juga YBrs.Tuan Pengarah turut menyampaikan sijil peng-
hargaan kepada Ketua Kontigen Maksak JPJ Sarawak yang telah menyertai
Pertandingan Olahraga Maksak Sarawak di Unimas pada Mac lepas serta
penyerahan cenderahati kepada JTK En Micheal Wilter Ak Siris yang akan berpin-
dah ke Pejabat Setiausaha Perseku- tuan. Sarawak.

Pada majlis yang sama, Pengurus Pasukan Bolasepak Zon Selatan En Nurfadly Badari dan Ketua Jurulatih En Awang Hazmi turut menyampaikan
Jersey Bolasepak Zon Selatan kepada YBrs. Tuan Pengarah bagi pertandingan Sukan Antara Zon yang akan berlangsung mulai esok.

Mengakhiri ucapan, Pengarah mengucapkan Selamat Menyambut Hari JPJ kepada semua warga JPJ dan berharap agar semua Warga JPJ Negeri
Sarawak dapat bersama - sama menanam Azam dan Komitment sepanjang tahun ini bagi menjayakan dan melaksanakan tugasan yang diberi.

SUKAN ANTARA ZON

KOTA SAMARAHAN, 14 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak dengan kerjasa-SUKAN ANTARA ZON JPJ NEGERI SARAWAK
ma badan penganjuran pada kali ini iaitu Zon Barat telah mengadakan acara perasmian Penutupan
Sukan Antara Zon JPJ Negeri Sarawak di Dewan Pusat Sukan Unimas sebentar tadi.

Temasya sukan selama tiga hari tersebut yang mengumpulkan atlit seramai 268 orang dari empat
Zon di seluruh Sarawak ini dirasmikan penutupannya oleh wakil Pengarah JPJ Negeri Sarawak iaitu
Tuan Mohd Faizal David yang merupakan Ketua Cawangan JPJ Sibu dan juga Ketua Kontingen Zon
Tengah.

Pada majlis tersebut Tuan Mohd Faizal telah menyerahkan piala kepada juara acara Bola Sepak dan
Tarik Tali serta juara keseluruhan Sukan Antara Zon pada edisi kali ini iaitu Zon Selatan dan Naib Juara
pula di sandang oleh Zon Tengah. Manakala tempat ketiga daripada Zon Utara dan keempat Zon
Barat.

Zon Tengah telah memenangi ibu segala pingat iaitu juara Bola Sepak selepas menewaskan Zon
Barat pada aksi akhir dengan jaringan 4 gol berbalas 0 dan Zon Barat pula juara acara Tarik Tali.

Pada majlis yang sama, tuan rumah iaitu Zon Barat melalui Ketua Kontingennya Tuan Rogie Saui telah
menyerahkan Bendera Kejohanan kepada Tuan Mohd Faizal iaitu Ketua Kontingen Zon Tengah yang
merupakan tuan rumah bagi kejohanan tahun hadapan.

Di harap dengan adanya acara sukan seperti ini, semua kakitangan JPJ Sarawak yang terlibat dapat
mengambil kesempatan untuk mengenali antara satu sama lain disamping mengeratkan lagi hubun-
gan silaturahim di antara kakitangan yang mana JPJ Sarawak memiliki 11 cawangan serta 3 SP, 3 SKS
dan 3 UTC serta merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia.

10 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

GALERI FOTO SUKAN ANTARA ZON JPJ NEGERI SARAWAK

11 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

GALERI FOTO SUKAN ANTARA ZON JPJ NEGERI SARAWAK

12 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Perpindahan Encik Micheal Wilter ak Siris,
Juruteknik Komputer Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ Negeri Sarawak

Jasamu
Dikenang

Jasamu Jasamu
Dikenang Dikenang

KUCHING, 12 April 2019 - Hari ini merupakan hari terakhir Encik Micheal Wilter ak
Siris, Juruteknik Komputer Bahagian Khidmat Pengurusan di JPJ Negeri Sarawak
selama 11 tahun berkhidmat di JPJ. Beliau akan melapor diri untuk bertugas di
pejabat SUP Sarawak mulai 15 April 2019.
Satu sesi penyerahan cenderahati dan sesi bergambar telah berlangsung seben-
tar tadi di ruang pejabat Bahagian Khidmat Pengurusan Negeri.
JPJ Negeri Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Encik Micheal Wilter ak Siris atas
khidmat dan sumbangan kepada Jabatan ini dan selamat maju jaya serta kekalkan kece-
merlangan di tempat bertugas yang baru nanti.
Pejabat ini juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada JTK baru Encik
Noor Azizi bin Noor Azman dari Jabatan Kebajikan.

Sambutan Hari Jadi JPJ Ke 73

PUTRAJAYA, 15 April 2019 - Sekitar sambutan Hari JPJ ke 73 di perkaran- Pada akhir majlis
gan Kementerian Pengangkutan Putrajaya yang dirasmikan oleh Menteri perasmian, RTM
Pengangkutan Malaysia YB Tuan Loke Siew Fook bersama Timbalan Menteri telah membuat
Pengangkutan Malaysia YB Dato’ Kamarudin Bin Jaafar, Ketua Setiausaha Ke- slot rakaman khas
menterian Pengangkutan Malaysia YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib Bin Abdul kepada semua pe-
Rahman, Ketua Pengarah JPJ Malaysia YBhg. Dato’Sri Shaharuddin Bin Khalid. serta yang hadir
Terdahulu kehadiran Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri, Ketua Setiau- dan mengambil ba-
saha dan Dato’ Sri Ketua Pengarah JPJ Malaysia telah disambut secara penuh hagian pada peras-
adat istiadat perbarisan oleh Kawalan Kehormatan Utama JPJ Malaysia. mian Hari JPJ ke 73
Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah YBrs.Tuan Pengarah JPJ untuk siaran dalam
Negeri Sarawak Tuan Mohd Syafik Anas dan Timbalan Pengarah JPJ Negeri laporan RTM nanti.
Tuan Erick Jusiang serta semua Pengarah-Pengarah Negeri, Timbalan Penga- Perasmian tamat
rah Negeri dan pegawai-pegawai kanan Negeri yang lain. pada jam 11 pagi
Pada majlis berkenaan YB Menteri merasmikan pelancaran Hari JPJ Ke 73 dengan rakan-ra-
dengan menyaksikan beberapa program yang telah disusun atur sepanjang kan media mem-
majlis berkenaan. buat sidang media
Antaranya adalah Pelancaran Ikon Budak JPJ iaitu Jambul, Putra dan Jinggo di pentas Utama
serta Pelancaran Nombor pendaftaran Putrajaya iaitu FC. YB Menteri juga bersama YB Men-
turut memberi anugerah berbentuk sijil Penghargaan dan Pluq kepada be- teri, Timbalan
berapa Pegawai dan Kakitangan yang telah mengharum nama Jabatan serta Menyeri, KSU dan
telah memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Bagi DSKP.
JPJ Negeri Sarawak Puan Buridah telah terpilih menerima Anugerah Khas Hari
JPJ ke 73 tahun 2019.

Pasukan UPB dari Ibu Pejabat dan sekitar JPJ Lembah Klang turut mengada- “...Antaranya adalah Pelancaran Ikon Budak
kan persembahan iaitu teknik penunggangan dan menggunakan motosikal JPJ iaitu Jambul, Putra dan Jinggo serta
UPB dengan aksi-aksi yang agak mendebarkan. Pelancaran Nombor pendaftaran
Pada majlis yang sama juga Konvoi bermotosikal telah menamatkan Konvoi Putrajaya iaitu FC.”
mereka setelah melalui beberapa Zon di seluruh semenanjung minggu lepas
sempena sambutan Hari JPJ Ke 73. 13 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

? Info santai

Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah MADU.
Setiap lipstik mengandung SISIK IKAN.
Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah
MOHAMMED.
Persamaan di antara BAJU KALIS PELURU,
PRINTER LASER, TANGGA KECEMASAN dan
WIPER KENDERAAN ialah semuanya ditemui
oleh perempuan.
Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus
boleh membiak lebih dari SEJUTA
ANAK TIKUS.
Memakai headphone selama satu jam dapat
menstimulasi perkembangan BAKTERIA dalam telinga
sebanyak 700 KALI GANDA.
Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan
buih di dalam sendi itu.
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak
dari berlanggar denga planet Neptune.
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak.
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.

14 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Program Kolokium Dakwah dan Kepimpinan Islam

Sempena Sambutan Ulangtahun Ke 50 Bina - Hikmah

KUCHING, 18 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak melalui Surau An Nur telah dijemput oleh Hikmah
Sarawak untuk ke Program Kolokium Dakwah dan Kepimpinan Islam bersempena Sambutan Ulangtahun ke 50
Bina - Hikmah di Riverside Majestic Hotel.

Program selama dua hari yang bermula pada hari ini dan berakhir esok bertemakan
‘Menjana Pembangunan Ummah’ mengumpul lebih kurang seribu jemputan dari seluruh
bahagian dan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abdul Rahman Bin Hj Junaidi Menteri Muda
Elektrik Luar Bandar Sarawak pada sebelah pagi tadi. Turut hadir pada Majlis
perasmian tersebut adalah Yang DiPertua Hikmah Tan Sri Datuk Amar Haji Ab-
dul Aziz Bin Dato Haji Husain.

Pihak Surau An Nur JPJ Negeri Sarawak diwakili oleh Pengerusi Surau An
Nur ke Kolokium berkenaan iaitu saudara Abdul Hadi serta beberapa AJK
Surau dan kakitangan JPJ Negeri Sarawak.

Sebanyak tiga Forum akan dibentangkan oleh beberapa Panel
iaitu antaranya Sahibulsamahah YgBhg Datu Ustaz Kipli Bin Hj Yassin
Mufti Negeri Sarawak, YBhg Ustaz Baharuddin Mansor dan beberapa
lagi panel jemputan sepanjang dua hari program tersebut. Antaranya
Forum Satu berkenaan dengan Kesatuan Ummah, Forum Dua
Pemerkasaan Ummah dan Forum ketiga iaitu Kelangsungan Ummah.

N Peka &prihatin Majlis Pengkebumian KPP Rekeo Ak Andrew Achin

KUCHING, 20 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak melalui
saat sedih sekali lagi apabila seorang anggota dari Bahagian Operasi (Bilik Kawalan
Negeri) KPP Rekeo Ak Andrew Achin telah meninggal dunia akibat dalam satu ke-
malangan jalan di KM15 Jalan Lundu - Bau, Lundu.
Jenazah Mendiang Rekeo Ak Andrew Achin telah dikebumikan di kampung hala-
manya iaitu di tanah perkuburan Kristian Kampung Sinibung, Lundu. Lebih kurang
350 orang saudara mara dan kakitangan JPJ Sarawak hadir pada pengebumian se-
bentar tadi.
Turut hadir adalah Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak Tuan Erick Jusiang dan
Ketua Seksyen Penguatkuasa JPJ Negeri Tuan Albert Clement serta pegawai dan
kakitangan JPJ Negeri Sarawak.
Mendiang merupakan seorang kakitangan yang baik dan berdisiplin serta mem-
punyai komitment yang tinggi keatas apa sahaja tugasan yang diamanahkan serta
baru sahaja menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018 yang
lalu.
Pada akhir majlis pengebumian, Timbalan Pengarah JPJ Negeri telah diberi peng-
hormatan untuk mengalungkan Kalungan Bunga ke atas pusara mendiang dan
mengetuai Upacara Tabik Hormat terakhir kepada mendiang yang turut diikuti
oleh semua pegawai dan anggota JPJ Negeri yang hadir pada majlis berkenaan.
Salam Takziah kepada keluarga mendiang daripada seluruh Warga Kerja JPJ Negeri
Sarawak.

Salam Takziah kepada keluarga mendiang daripada
seluruh Warga Kerja JPJ Negeri Sarawak.

15 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

LIMBANG, 22 April 2019 - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia YBhg Dato’ Sri Saharuddin Bin Lawatan Kerja Ketua Pengarah LIMBANG & LAWASKe
Khalid hari ini membuat lawatan kerja ke JPJ Cawangan Limbang dan Lawas.

Lawatan kerja buat julung kalinya ke Limbang dan Lawas ini juga turut dihadiri oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak
YBhrs. Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah serta Ketua Cawangan Limbang dan Lawas.

Dalam lawatan berkenaan, Dato’ Sri Ketua Pengarah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan kakitangan
di cawangan-cawangan berkenaan serta beramah mesra dan bertanya berkenaan dengan tugasan harian kaki-
tangan di sana.

Dato’ Sri juga melihat keperluan JPJ Limbang dan bersetuju secara dasarnya bagi Pejabat JPJ Limbang berpin-
dah ke lokasi baru yang telah dikenalpasti. Dato’ Sri seterusnya dibawa melawat ke tapak cadangan bagi pembi-
naan Kompleks JPJ Limbang yang mana pembinaannya tertakluk kepada kewangan Jabatan nanti.

Manakala di Lawas pula, Dato’ Sri diberi taklimat berkenaan pembukaan CIQS Ba Kelalan Lawas dimana Dato’ Sri
setuju penempatan anggota sedia ada secara arahan bertugas seramai 6 orang ditempatkan di JPJ Lawas mulai
15 Mei 2019 ini bagi tujuan pengiliran tugasan di CIQS Ba Kelalan.

Pada akhir lawatan, Dato’ Sri Ketua Pengarah telah merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pegawai
dan kakitangan di kedua-dua cawangan Limbang dan Lawas.

Dengan adanya lawatan seperti ini, diharapkan supaya pihak pengurusan Ibu Pejabat yang diwakili oleh Ketua
Pengarahnya sendiri dapat melihat keperluan dan kekurangan di cawangan-cawangan berkenaan.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke BINTULU BINTULU, 23 April 2019 - permohonan kuarters yang telah
dipohon pada tahun 2017 lalu
Ketua Pengarah Jabatan yang mana disyorkan oleh Dato’
Sri untuk dibuat permohonan
Pengangkutan Jalan semula dengan penambahbaikan
dari segi ulasan supaya kertas ker-
Malaysia YBhg. Dato’ ja tersebut dapat dipertimbang-
kan permohonannya dari yang
Sri Saharuddin Bin Kha- sebelum ini.

lid membuat lawatan Selain itu, permohonan bagi
penambahan kakitangan Pen-
ke JPJ Bintulu pada hari guatkuasa dan Pemeriksa Kereta
Motor (PKM) serta kertas kerja
ini selepas beliau selesai permohonan bumbung bagi Blok
B yang perlu disegerakan supaya tidak menjejaskan ke-
membuat lawatan ke JPJ pada peralatan ICT nanti.

Limbang dan Lawas se- Ketua Cawangan JPJ Bintulu iaitu Puan Buridah Bt Ra-
pie mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas
malam. kesudian YBhg. Dato’ Sri kerana sanggup hadir meli-
hat sendiri keadaan di JPJ Bintulu serta beramah mesra
Lawatan sehari ini turut dengan pegawai dan kakitangan JPJ Bintulu.
diiringi oleh Pengarah
Jabatan Pengangkutan
Jalan Negeri Sarawak YBrs. Tuan Mohd Syafiq Anas Ab-
dullah serta Ketua Cawangan JPJ Bintulu Puan Buridah
Bt Rapie.

Antara perkara yang dibincangkan semasa lawatan tadi
adalah berkaitan dengan penyelenggaraan pendawaian
seperti yang diperuntukkan sebanyak RM150 ribu
sebelum ini,

16 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke SKALOH MIRI, 24 April 2019 - YBhg. Dato’ Sri Saharuddin Bin Kha-
lid, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia me-
neruskan lawatan beliau di JPJ Sarawak dengan melaku-
kan lawatan ke JPJ Miri dan Stesen Penguatkuasa Skaloh
hari ini.

Dato’ Sri Saharuddin Bin Khalid diiringi Pengarah JPJ Neg-
eri Sarawak YBrs. Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah dan
Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya Binti Hj Morshidi.

Lawatan sehari ini meninjau keadaan di Pejabat JPJ Miri
merangkumi lawatan di Kaunter Blok Utama dan di Blok
Penguatkuasa JPJ Miri serta lawatan ke Stesen Penguat-
kuasa Skaloh.

Dalam lawatan berkenaan Dato’ Sri Ketua Pengarah ada
menyentuh tentang tiadanya kompromi berkenaan den-
gan integriti serta tiada pilih kasih didalam tugasan pen-
guatkuasaan harian dan mempertingkatkan operasi lebih
muatan yang melibatkan semua cawangan.

Isu yang dibangkitkan juga adalah berkenaan dengan isu
sempadan antara Malaysia - Brunei, cermin gelap, vep,
proses mengaktifkan AKRAB dan perancangan operasi
secara lintas sempadan di mana anggita akan membuat
pertukaran lokasi operasi di cawangan lain.

Akhir lawatan Dato’ Sri sempat merakamkan gambar ke-
nangan bersama pegawai dan anggota di Pejabat JPJ Miri
dan Stesen Penguatkuasa Skaloh Miri disamping sempat
menandatangani buku lawatan di kedua-dua pejabat dan
stesen berkenaan.

LAngka dalam JPJ

2019 522 Jumlah Kakitangan Uniform
135 Jumlah Kakitangan Bukan Uniform
JPJ Sarawak 657 Jumlah kakitangan JPJ Negeri Sarawak
99 Jumlah Anggota Operasi
Kakitangan JPJ
Sarawak

17 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

AGIHAN BUBUR LAMBUK SURAU AN NUR JPJ SARAWAK

KUCHING, 26 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak dibawah pengurusan Surau An Nur Kuching telah
mengadakan program Bubur Lambuk sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak.
Program dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dibimbing oleh Imam 1 Saudara Syed Rizal Kahfi merangkap
Timbalan Pengerusi Surau Nur dan semua pegawai dan kakitangan.
Turut hadir ke Program berkenaan adalah Pengarah JPJ Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah selaku
tetamu Khas pada program tersebut. Beliau turut merasmikan upacara simbolik Perasmian Mengecat Surau An Nur serta
mengetuai penyerahan dan pengagihan bubur lambuk bersama Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak Tuan Erick Jusiang
dan beberapa pegawai kanan JPJ Negeri yang lain.
Terdahulu satu gotong royong memasak bubur lambuk telah diadakan di perkarangan Surau An Nur melibatkan AJK Surau
dan beberapa kakitangan JPJ Negeri yang diketuai oleh Tuan Hj Jamaludin Said iaitu mamtan Pengerusi Surau An Nur.
Aktiviti seperti ini diadakan setiap tahun oleh Pengurusan Surau An Nur semenjak penubuhannya pada pada 25 Ogos 2003
yang lalu. Untuk rekod perasmian Surau An Nur telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’Hj EmranBin Hj Kadir iaitu Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada ketika itu.

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI RUMAH ASAP, BELAGA

BINTULU, 30 April 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak cawangan Bintulu telah bermurah hati memberi sedik-
it sumbangan berupa barang - barang keperluan harian kepa-
da mangsa kebakaran di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai
Asap, Belaga.
Pada 16 April 2019 lalu, Rumah Panjang di Blok D dan G
yang mempunyai 44 buah pintu diduduki oleh beberapa kelu-
arga di kampung berkenaan telah musnah dalam satu keba-
karan. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
Seorang mangsa kebakaran yang berusia dalam lingkungan 80an
melecur hampir 80% badannya telah meninggal dunia pada isnin
lepas dan akan dikebumikan pada esok hari iaitu 1 Mei 2019.
Hadir pada penyerahan bantuan kepada ( Maren Uma@Ketua
Kampung) M U. Ellision Duren Lihan adalah
Ketua Cawangan JPJ Bintulu Puan Buridah Rapie dan Ket-
ua Unit Operasi JPJ Bintulu Tuan Saadon Bin Zamhari ser-
ta beberapa pegawai kanan dan kakitangan JPJ Bntulu.
Jutaan terima kasih kepada warga JPJ Bintulu atas sumban-
gan yang diberikan kepada keluarga mangsa. Dengan adanya
usaha murni seperti ini, pihak JPJ Bintulu berharap akan dapat
membantu serba sedikit masaalah keluarga mangsa keba-
karan serta meringankan beban yang dialami oleh mangsa.

18 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

Mei 2019

19 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Kunjungan Hormat daripada Pengarah JKJR Ke Kompleks JPJ Negeri Sarawak.

KUCHING, 8 Mei 2019 - Pengarah Jabatan Kesela-
matan Jalan Raya YBrs Tuan Christhoper Alex Ak Boni-
face Barau mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pen-
garah JPJ Negeri Sarawak YBrs Tuan Mohd Syafiq Anas
Abdullah di Pejabatnya di Kompleks JPJ Negeri Sarawak.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama Pengarah JKJR YBrs
Tuan Christopher Alex Ak Boniface Barau ke JPJ Sarawak
setelah menjawat jawatan Pengarah JKJR Negeri Sarawak.

Lawatan Hormat berkenaan membincangkan tentang beber-
apa Perancangan, Kerjasama dan Kempen Keselamatan serta
Kesedaran Pemandu di Negeri Sarawak bersama JPJ Negeri.

Turut hadir pada sesi Kunjungan Hormat berkenaan adalah Pe-
nolong Pengarah Bahagian Perlesenan Pemandu Tuan Jelapin
Entalai dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguat-
kuasaPuan Fifi Suhestydan beberapa pegawai kanan Negeri dan
Pegawai dari JKJR.

“Lawatan Hormat berkenaan membincangkan
tentang beberapa Perancangan, Kerjasama dan
Kempen Keselamatan serta Kesedaran Pemandu di

Negeri Sarawak bersama JPJ Negeri”.

Program Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia Kali Ke - 5

KUCHING, 10 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Neg- uar serta Ceramah penutup daripada Pengarah JKJR
eri Sarawak telah dijemput ke Program Minggu Keselamatan sendiri iaitu Tuan Christopher Alex Ak Boniface Barau
Jalan RayaSedunia Kali Ke - 5 di Merdeka Palace Hotel & Suites.
Di samping itu turut di buka Pameran daripada Unit Komuni-
Perlaksanaan Program memberikan tumpuan terhadap per- kasi Korporat JPJ Sarawak dan juga dari JKJR sendiri sepan-

anan dan tindakan jang Majlis se-
hari tersebut
yang perlu disuarakan berlangsung.

oleh setiap individu Majlis penut-
upan telah di
sebagai pemimp- rasmikan oleh
Pegawai Resi-
in dalam menangani den Bahagian
Kuching Puan
permasaalahan ber- Sherrina Bt
Hussaini.
kaitan Keselamatan Turut hadir
pada majlis
Jalan Raya dengan tersebut ada-
lah Pegawai
tema “Leadership Residen Bau dan Pengulu, Pemancar dan Ketua Kaum
sekitar Bahagian Kuching.
For Road Safety”.
Perlaksanaan Program memberikan tumpuan
Program sehari ini di- terhadap peranan dan tindakan yang perlu disuarakan
anjurkan oleh Pejabat oleh setiap individu sebagai pemimpin dalam menangani
Residen
Bahagian Kuching permasaalahan berkaitan Keselamatan Jalan Raya
dengan kerjasama Ja- dengan tema “Leadership For Road Safety”.
batan Keselamatan
Jalan Raya Negeri Sarawak.

Program dimulakan dengan Ceramah daripada Pega-
wai Turus Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik Kontingen Sarawak dan Ketua Unit Penguatkua-
sa Bermotosikal JPJ Negeri Sarawak Tn Azizul Hj An-

20 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Program AGIHAN Bubur Lambuk JPJ Miri

MIRI, 12 Mei 2019 - Mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini, satu Program Penyerahan Bubur Lambuk
telah dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri. Hadir bersama di dalam program terse-
but Pengarah Jpj Negeri Sarawak, Tn Mohd Syafiq Anas Abdullah dan Ketua Cawangan Jpj Miri Puan Maya
Morshidi menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada pemandu dan penunggang motosikal pada jam 3
petang tadi di hadapan pejabat jpj.

Sebanyak 550 pek bubur lambuk telah diagihkan sempena program tersebut.
Aktiviti ini dilaksanakan bagi mengimarah bulan yang mulia dengan pelbagai aktiviti kebajikan di samping
mengeratkan hubungan sesama warga JPJ. Di samping itu, pemberian bubur lambuk yang dilak-
sanakan juga merupakan salah satu aktiviti tahunan yang akan diteruskan pada masa akan datang.

Sempena perayaan Gawai dan Aidilfitri yang akan tiba, Tn Pengarah menasihatkan pengguna jalan raya supaya
mengatur jadual bersesuaian dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Pelbagai
operasi akan diadakan sepanjang tempoh perayaan tersebut bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi
peraturan serta mengamalkan sikap berhati hati semasa memandu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Program Penyerahan Bubur Lambuk tadi.

MIRI, 12 Mei 2019 – Jabatan Pen- hadir bersama Pengurus Puspakom
gangkutan Jalan Negeri Sarawak Cawangan Miri, Encik Ashamadi bin
Cawangan Miri telah mengada- Maden
kan Majlis Berbuka Puasa yang
Majlis Berbuka Puasa JPJ Miri bertempat di Lobi Pejabat JPJ.

Majlis Berbuka puasa yang diada-
kan merupakan pengisian program
dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak
dan merupakan acara tahunan yang
diadakan.  Pelbagai menu yang
disajikan untuk berbuka antaranya
seperti Nasi Minyak, Kurma Dag-
ing Kambing, Ayam Panggang,
Ikan Bakar dan juga Kuih Muih.

Ketibaan tetamu seawal jam 5.30
petang dimulakan dengan ba-
caan Tahlil dan Yassin. Setelah
Berbuka Puasa, para jemputan
menunaikansolat Mahgrib se-
cara berjemaah dan seterusnya
Isyak serta Solat Sunat Terawih.

Semoga kehadiran anggota dan ka-
kitangan Jpj Cawangan Miri pada
Majlis Berbuka Puasa ini dapat
mengeratkan ukhwah dan silatul-
rahim di kalangan anggota. Turut

21 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

:) Relaks dulu

Menelefon Hospital Mental
Seorang lelaki memanggil hospital mental dan bertanya kepada petugas
di majlis itu apakah bilik no 17 ada pesakit.
Pegawai kemudian memeriksa bilik, dan segera kembali ke telefon,
memberitahu lelaki itu jika di bilik tidak ada pesakit.
“17 kosong.”
“Sangat baik!” Kata lelaki itu. “Itu bermakna saya sudah benar-benar
berjaya melarikan diri!”

Pemburu dan Perkhidmatan Kecemasan
Dua pemburu keluar dari hutan apabila salah seorang daripada
mereka pengsan. Dia nampaknya tidak bernafas.
Lelaki lain menarik keluar telefon bimbitnya dan memanggil
perkhidmatan kecemasan.
Dia memberitahu kepada pengendali itu: “Kawan saya mati, apa
yang boleh saya lakukan?”
Pengendali dalam suara yang tenang dan menenangkan menjawab:
“Saya dapat membantu. Pertama, mari pastikan apakah dia mati.”
Terdapat keheningan, kemudian tembakan terdengar.
Kembali ke telefon, pemburu berkata, “Ok, sekarang apa?”

Membaca Doa Sebelum Makan

Kisah Anjing Pandai Berenang Di suatu malam yang hening.. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ce-
ramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Antara
Dua ekor anjing telah terperangkap ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
di sebuah pulau dan ingin berenang
menuju ke seberang. “Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini ada-
lah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuat-
Untuk sampai ke seberang ia me- kan kita makan tak kenyang-kenyang..” kata ustaz itu.
merlukan stamina yang cukup.
Anjing A pun training habis-ha- Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam itu.
bisan, anjing B relaks je. Tiba ma- Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba ba-
sanya kedua-duanya pun menye- ngun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup den-
berang dan anjing B sampai awal gan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentut
daripada A, malahan sempat makan memanjang.
lagi.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak
Anjing A tak puas hati, tapi anjing Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”
B kata,”Ala.. releks le, aku ni kan
anjing laut.” “Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka
syaitan tu.. berak-berak makan julap.. Muahahaha!!”
22 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019
Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

Program Pembungkusan Kuih Raya

KUCHING, 12 Mei 2019 - Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
( JWKS ) menganjurkan Program membungkus kuih bagi program
Sumbangsih Gawai Raya bertempat di Dewan Bukavu Kem Pen-
rissen Kuching.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fati-
mah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wani-
ta, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Pembungkusan Kuih Muih pada kali ini melibatkan seramai lebih
kurang 400 pegawai dan anggota beruniform dari 12 agensi yang
akan membungkus sebanyak 8000 bungkusan bagi diserahkan ke-
pada pegawai dan anggota yang bertugas sepanjang musim per-
ayaan ini iaitu bagi Perayaan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir pada majlis tersebut mewakili JPJ Negeri Sarawak ada-
lah Penolong Pengarah Bahagian Perlesenan Kenderaan Negeri
Puan Sapiah Binti Putit dan Penolong Pengarah Bahagian Pen-
gurusan Penguatkuasa Puan Fifi Suhesty serta beberapa pegawai
kanan dan kakitangan JPJ Negeri.

Program tahunan ini telah dimulakan pada tahun 1990 yang hanya
melibatkan dua agensi sahaja iaitu ATM dan PDRM. Program ta-
hunan kali ini merupakan kerjasama antara JWKS dan Bakat Kem
Penrissen Kuching yang akan mengadakan program penyerahan-
nya pada 17 Mei 2019 nanti yang juga diadakan di Dewan Bukavu
Kem Penrissen Kuching.

“Pembungkusan Kuih Muih pada kali ini melibatkan
seramai lebih kurang 400 pegawai dan anggota beruniform

dari 12 agensi yang akan membungkus sebanyak 8000
bungkusan bagi diserahkan kepada pegawai dan anggota yang

bertugas sepanjang musim perayaan ini iaitu bagi Perayaan
Gawai dan Hari Raya Aidilfitri”.

Agihan Bubur Lambuk JPJ Bintulu

BINTULU, 14 MEI 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Bintulu telah membuat agihan Bubur Lambuk sebanyak
400 bungkus kepada pengguna jalan raya di kawasan Bintulu ( bagi pengguna yang menggunakan laluan jalan di hadapan
JPJ Bintulu )

Program ini merupakan acara
tahunan yang diadakan oleh
JPJ Bintulu. Ianya juga bertu-
juan untuk mengeratkan hubun-
gan silaturrahim dan kerjasama
antara semua Pegawai dan Ka-
kitangan JPJ Bintulu.

Terdahulu, gotong royong
membuat bubur lambuk berke-
naan telah diadakan di perk-
arangan pejabat JPJ Bintulu
pada sebelah petangnya. Turut
hadir Timbalan Pengarah JPJ
Negeri Tuan Erick Jusiang dan
Ketua Cawangan JPJ Bintulu Puan Buridah Binti Rapie bersama beberapa pegawai kanan serta kakitangan JPJ Bintulu.

Dengan adanya program sebegini, hubungan antara JPJ dengan pengguna jalan raya dapat dieratkan di samping dapat
mengingatkan secara terus kepada pengguna jalan raya betapa pentingnya kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Pada sebelah petannya pula, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di JPJ Bintulu dan mengakhiri program pada hari
itu pula pihak JPJ Bintulu telah membuat Solat Tarawikh yang mana tetamu jemputan adalah daripada JAIS dan Puspakom
Bintulu.

23 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

N Peka &prihatin

Ziarah Bekas Anggota Penguatkuasa JPJ Negeri Sarawak

KUCHING, 14 Mei 2019 - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak YBrs Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah bersama dengan
Jemaah Surau An Nur dan kakitangan JPJ Sarawak melakukan lawatan kebajikan terhadap seorang bekas Anggota Penguatkuasa JPJ
Negeri Sarawak iaitu En Matrang Bin Mohamud di kediaman beliau di Kampung Gita, Petra Jaya Kuching.

En Matrang Bin Mohamud disahkan menghi-
dap serangan angin ahma beberapa tahun
lepas dan sekarang berehat dirumahnya sele-
pas dibenarkan keluar dari Hospital Umum
Sarawak.

Beliau juga merupakan antara kakitangan
yang terawal pernah berkhidmat di JPJ Negeri
Sarawak pada tahun 1990 dahulu di mana JPJ
pada ketika itu berada di Simpang Tiga Jalan
Upland, Kuching dan bersara wajib pada tahun
2005. En Matrang pernah berkhidmat di Ang-
katan Tentera Malaysia pada tahin 1968 sebe-
lum beliau berkhidmat di JPJ Negeri Sarawak.

Turut hadir pada lawatan berkenaan adalah Tuan Zulkifli Hj Kawi dan Tuan Marhainis Hj Nasren serta Timbalan Pengerusi Surau An Nur
iaitu saudara Syed Rizal Kahfi yang ditemani oleh anak beliau sendiri yang juga seorang Anggota Penguatkuasa di JPJ Negeri iaitu Tuan
Mohamad Jumaidi Bin Matrang.

“...Beliau juga merupakan

antara kakitangan yang terawal pernah

Majlis Penyerahan berkhidmat di JPJ Negeri Sarawak pada
Sumbangsih Gawai Raya tahun 1990 dahulu di mana JPJ pada

ketika itu berada di Simpang Tiga Jalan
Upland, Kuching dan bersara wajib
pada tahun 2005...”

- Dewan Bukavu Kem Penrissen

KUCHING, 17 Mei 2019 - Jabatan Wanita dan Kel-
uarga Sarawak menganjurkan Majlis Penyerahan
Sumbangsih Gawai Raya di Dewan Bukavu Kem
Penrissen Kuching Sarawak.

Sebanyak 8000 kotak disediakan kepada 10 Agen-
si beruniform yang dijemput pada penyerahan
Sumbangsih Gawai Raya pagi ini yang mana di-
wakili oleh Pengarah agensi masing-masing.

Jabatan Pengangkutan Jalan diwakili sendiri oleh
Pengarah JPJ Negeri YBrs Tuan Mohd Syafiq Anas
Abdullah serta beberapa Pegawai Kanan iaitu
Puan Sapiah Binti Putit, Tuan Jelapin Entalai dan
beberapa kakitangan JPJ Negeri.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komu-
niti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak.

Majlis dimulai dengan ucapan daripada Tuan Rumah iaitu Leftnan Jeneral Datuk Wira Zamrose Bin Mohd Zain Panglima
Medan Timur Tentera Darat dan tayangan montaj tayangan pembungkusan dan penyerahan Kuih pada tahun lepas dan
yang baru-baru ini.

Seterusnya YB Hajah Fatimah Abdullah memberi bungkusan kuih kepada Pengarah-pengarah agensi sebagai simbolik
penyerahan dan mengadakan sesi bergambar kenang-kenangan.

24 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

N Peka &prihatin

ISJfPutJraaSruarPAanweraNdkuar na

Sumber:
Utusan Borneo Sarawak

Majlis Berbuka Puasa di Dewan Undangan Negeri (DUN)

KUCHING, 22 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah
dijemput ke Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isya dan Tarawih di
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Rumah Kediaman Tuan Yang Terutama (TYT)
Sarawak.
Jemputan adalah daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abg
Hj Openg dan dari Pejabat TYT di Rumah Kediaman Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Bin Mahmud oleh ahli
jemaah Surau An Nur JPJ Negeri Sarawak termasuk anggota dari SPK Serian.
Majlis yang dibuat hampir setiap tahun ini melibatkan jemputan daripada Badan-Badan Beruniform di sekitar Kuching
dan Samarahan.
Jemaah Surau An Nur dibahagi kepada dua kumpulan ekoran jemputan pada kali
ini di dua tempat yang berbeza pada satu masa iaitu di DUN dan Rumah TYT.

25 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

:) Relaks dulu

Cara Mengatasi Stress 1. Tinggalkan segala masalah anda

Tips Hilangkan Stress Mudah Lakukan Hobi anda
Jika anda sudah berada dikemuncak
2. Berkomunikasi dan bercerita stress dan terasa seperti ingin meletup
cepat-cepat anda lupakan segala masalah
Masalah utama yang menjadi barah kepada stress apabila yang membelengu anda dengan melalukan
anda menahan stress anda oleh itu perkara terbaik untuk perkara-perkara yang anda minat iaitu
menghilangkan stress andalah dengan bercerita tentang
masalah anda dengan rakan-rakan anda atau mereka yang hobi anda.

terdekat dengan anda. STRESS

STRESS

3. Mandi atau meremdam

Anda sedang stress ditempat kerja dan
terasa seperti ingin mengamuk pastikan apa-
bila anda sampai dirumah anda terus ke bilik

air dan mandi sehingga segala marah anda
hilang kemudian barulah anda keluar.

TEKANAN TIDAK
FOKUS
4. Urutan
PENING
Jika anda sudah berkahwin salah satu cara untuk hilang
stress adalah dengan menyuruh isteri anda melakukan KEHIDUPAN
urutan ini kerana mengikut kajian dengan urutan ianya
mampu menenangkan segala urat saraf anda dan boleh KERJA
membuatkan anda kembali segar.Jangan sesekali pergi
MKAARESNAAH
ke rumah urut yang haram kerana ianya akan menambah
stress anda.

5. Tidur

Jangan terlalu fikirkan masalah anda terus tidur dan rehatkan badan
dengan ini badan anda akan kembali tenang dan segar apabila anda
bangun keesokkan hari.

6. Sabar dan Jangan Berputus asa

Jika anda seorang Islam didalam rukum islam anda dwajibkan untuk
percaya dengan Qada dan Qada yang telah ditetapkan oleh Allah swt
dan setiap yang berlaku pastinya ada kebaikan untuk anda dengan ini

hati anda akan tenang.

Rumusannya stress adalah perkara yang biasa berlaku di setiap peringkat umur dan ada dikalangan kita menjadi
kurang productive dan kurang berjaya hanya kerana terlalu mengikut stress oleh itu kami berharap dengan post
ini ianya dapat membantu anda menghilangkan segala stress dan terus maju kehadapan! :)

26 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ceramah Keselamatan Jalan Raya

KUCHING, 22 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah di jemput pada satu Ceramah Kese-
lamatan Jalan Raya bertajuk Keselamatan di Jalan Raya dan Peraturan-Peraturan Jalan Raya. Ceramah telah disam-
paikan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Bermotosikal Tuan Azizul Hj Anuar kepada pelajar-pelajar dan kakitangan
Unitar Kuching.
Program yang berkonsepkan ‘Engagement JPJ with IPTS’ bersempena dengan musim Perayaan Gawai dan Hari
Raya Aidilfitri 2019 ini nanti.
Objektif program tersebut adalah memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mematuhi undang-un-
dang dan peraturan jalanraya. Ianya juga menerangkan tip-tip keselamatan swmasa memandu di jalanraya.
Selain daripada Ceramah, advokasi daripada 4 anggota UPB kepada peserta di perkarangan Kolej berkenaan dis-
amping para pelajar melihat sendiri secara dekat motosikal UPB yang telah masuk tahun ketiga pengoperasiannya
di JPJ Sarawak.
Turut hadir pada program pagi tadi adalah Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasa Puan Fifi Suhes-
ty yang merupakan tetamu jemputan pada majlis berkenaan.
Program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menerapkan kesedaran kepada pengguna jalan raya
terutamanya golongan remaja ini.

Objektif program tersebut adalah
memberi kesedaran kepada peserta tentang

kepentingan mematuhi undang
-undang dan peraturan jalanraya.

Ianya juga menerangkan tip-tip
keselamatan semasa memandu

di jalanraya.

?Fakta Menarik

27 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Program Bubur Lambuk Ramadhan di Flyover Satok KUCHING, 25 Mei 2019 - Kelab Rekreasi LC Crew Sarawak (KRCCS) dan Sarawak Motor Association (SAMA) telah
membuat Program Bubur Lambuk Ramadhan 1440H/2019 di Flyover Satok sebentar tadi.

Sebanyak 1800 bungkus bubur lambuk telah di agihkan kepada pengguna yang melalui Flyover Satok sebentar tadi
oleh lebih kurang 30 orang peserta dari kedua-dua kelab berkenaan dengan bantuan anggota UPB JPJ Negeri Sar-
awak.

Untuk rekod, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak di bawah Unit Penguatkuasaan Bermotosikal telah
dijemput untuk tahun ketiga berturut - turut pada program tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Permotoran ini.

Pada Program kali ini, Ketua Unit Penguatkuasaan Bermotosikal Tuan Azizul Hj Mohd Anuar telah memberi sedikit
taklimat sebelum bermula agihan bubur lambuk. Taklimat berkaitan dengan keselamatan kepada peserta program
yang mana kesemuanya merupakan penunggang motosikal dari jenis dan cc yang berbeza.

Taklimat yang disampaikan adalah berkonsepkan ‘Engagement JPJ with Motobike Rider’ bertujuan memupuk sikap
berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya terutamanya pada musim perayaan ini yang mana jumlah
kenderaan yang berada di atas jalan meningkat lebih tiga kali ganda dari hari biasa.

Pelancaran Loji Pengeluaran Hidrogen dan Stesen pengisian Bahan Api
Hidrogen serta Kenderaan yang menggunakan Sel Bahan Api Hidrogen

KUCHING, 27 Mei 2019 - Sarawak Energy Berhad (SEB) Stesen Pengisian Hidrogen ini.
dengan kerjasama Sarawak Economic Development
Corporation (SEDC) Sarawak telah melancarkan Loji Turut hadir pada pelancaran berkenaan adalah Pen-
Pengeluaran Hidrogen dan Stesen pengisian Bahan garah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak
Api Hidrogen serta Kenderaan yang menggunakan Sel YBrs. Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah dan Penolong
Bahan Api Hidrogen yang pertama di Asia Tenggara. Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Neg-
eri Sarawak Tuan Wong Teck Chang serta Ketua-Ketua
Perasmian Pelancaran Logi Pengeluaran Hidrogen dan Jabatan jemputan lain.
Stesen Pengisian Bahan Api Hidrogen ini telah disem-
purnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Menurut Pengerusi SEDC, buat masa sekarang ter-
(Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang dapat tiga buah Bas Hidrogen bagi permulaan projek
Haji Openg. berkenaan di Kuching selain beberapa buah kender-
aan saloon lain. Penggunaan tenaga Hidrogen akan
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh diperkembangkan pada masa akan datang dan ianya
Pengerusi SEDC Sarawak YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) mampu mengerakkan enjen-enjen seperti kereta, bas,
Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain dan YBhg Datuk keretapi dan jentera-jentera lain bagi memenuhi per-
Amar Abdul Hamed Sepawi Pengerusi Sarawak Energy saingan penggunaan tenaga pada masa akan datang.
Berhad. Ketua Menteri kemudiannya memberi ucapan
Perasmian Pelancaran sekaligus merasmikan Logi dan Objektif penggunaan produk Hidrogen ini adalah bagi
menjaga keseimbangan Alam Sekitar dan
membina ‘Green Energy’ terutamanya di
Negeri Sarawak serta menjadikan produk
Hidrogen ini tenaga Alternatif pada masa
akan datang setanding dengan penggu-
naan tenaga yang sedia ada.

28 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Operasi GawaiRaya 2019 SERIAN, 28 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan Pelancaran Operasi GawaiRaya
2019 bertempat di Stesen Penguatkuasa Serian.
Pelancaran Perasmian dibuat dengan Pengarah JPJ Negeri YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah mengetuai motosikal
UPB bersama 6 buah motosikal UPB dan 10 buah kenderaan penguatkuasa JPJ Negeri termasuk Mobile Van melalui SPK
Serian untuk upacara perlepasan (Flaq Off).
Perlepasan Konvoi dilakukan oleh Timbalan Pengarah JPJ Negeri Tuan Erick Jusiang, Pengarah JKJR Tuan Christopher
Alex Ak Boniface Barau, Pengarah LPKP Tuan Razami Bin Mohd Jamali dan Pengarah Perkeso Sarawak Tuan Philip Sang-
kan.
Selesai pelancaran tersebut, Pengarah JPJ Negeri telah mengadakan sidang media kepada rakan - rakan media telah yang
dijemput dan hadir bagi menerangkan tentang perlaksaan Operasi Hari Gawai/Raya ini dilakukan serta beberapa isu - isu
semasa.
Seterusnya, Pengarah mengetuai para jemputan untuk sesi penyerahan Helmet sebanyak 20 biji yang disumbangkan oleh
pihak Perkeso dan Bubur Lambuk kepada pengguna yang melalui hadapan SPK Serian.
Terdahulu, pihak SPK Serian telah melakukan gotong royong membuat bubur lambuk pada sebelah pagi dengan bantuan
Pegawai dan Kakitangan dari JPJ Serian dan Negeri serta tidak ketingalan juga kepada pegawai dari cawangan lain. Se-
banyak lebih kurang 700 bungkus bubur lambuk telah siap dan diagihkan kepada pengguna-pengguna di laluan hadapan
SPK Serian pada program berkenaan.
Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah Pejabat Residen, Puspakom, PDRM, Bomba, SPRM, Ketua - Ketua
Cawangan JPJ, Ketua Bahagian JPJ Negeri Sarawak serta kakitangan dari JPJ Serian dan JPJ Negeri.

LAngka dalam JPJ

2013 - 2019 241, 949

JPJ Sarawak 29 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Maklumat Statistik
Pelesenan Pemandu

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Bil.5 2019

KUCHING, 28 Mei 2019 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Bil.5 2019 telah diadakan
di Perkarangan Komplek JPJ Negeri Sarawak pada edisi kali ini.

Perhimpunan Bulanan ini telah dihadiri oleh Pengarah JPJ Negeri YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah, Timbalan Peng-
arah Negeri Tuan Erick Jusiang, Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan kakitangan di JPJ Negeri Sarawak.

Beberapa amanat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah yang mana menyentuh tentang Operasi Hari Raya, Pelancar-
an Operasi Hari Raya dan Taklimat Operasi yang akan diadakan selepas Perhimpunan Bulanan ini dengan semua Ketua
Cawangan dan Ketua Unit Operasi.

Tuan Pengarah turut mengucapkan Tahniah
kepada dua orang Pegawai dan Kakitangan
JPJ Negeri yang telah mendapat Anugerah
Khas semasa Hari JPJ ke 73 di Ibu Pejabat
yang lepas. Di samping itu, Pengarah juga
menyentuh tentang isu-isu pentadbiran dan
mengingatkan kepada semua Pegawai dan
Kakitangan supaya meningkatkan disiplin
masing-masing.

Pada akhir majlis Tuan Pengarah menyam-
paikan Sumbangan Sumbangsih GawaiRaya
kepada semua Ketua Cawangan, SPK dan SKS
iaitu kuih raya yang akan diberikan kepada
semua anggota penguatkuasa yang akan bertugas sepanjang musim Perayaan Gawai dan Hari Raya ini nanti.

Pengarah Negeri mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Selamat Hari Raya kepada semua warga kerja JPJ Negeri Sar-
awak yang meraikannya serta mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota penguatkuasa yang terlibat sepan-
jang musim perayaan ini nanti.

Taklimat Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya

KUCHING, 28 Mei 2019 - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan taklimat
Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya kepada semua Ketua Cawangan di JPJ Negeri Sarawak.

Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak Tuan Erick Jusiang dan Ketua Seksyen Penguatkuasa JPJ
Negeri Tuan Albert Clement.

Operasi Perayaan Hari Raya pada kali ini bermula pada 22 Mei 2019 sehingga 13 Jun 2019 yang mana melibatkan beberapa
kategori penguatkuasaan iaitu bermula dengan Ops Sisih dan Pemeriksaan Bas di Depo oleh Unit Kejuruteraan Automotif bermula
pada 22 - 28 Mei 2019, Larangan Penggunaan Kenderaan Berat iaitu sebelum ( 1, 2 dan 3 Jun) dan selepas ( 8 dan 9 Jun).

Operasi Motosikal juga turut diadakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh Operasi Perayaan pada kali ini di samping
mengadakan Operasi penyamaran oleh Unit Risikan bagi mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan

Operasi Motosikal juga turut
diadakan sebanyak empat kali
sepanjang tempoh Operasi Perayaan
pada kali ini di samping mengadakan
Operasi penyamaran oleh Unit Risikan
bagi mengenalpasti kesalahan-
kesalahan yang dilakukan oleh

pengguna jalan raya.

30 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Majlis Pelancaran Op Selamat KUCHING, 29 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah dijemput ke Majlis Pelancaran Op
Selamat 15/2019 sempena Perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 yang telah diadakan
di perkarangan Kubah Ria Satok, Petra Jaya Kuching.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato’ Hasbullah Bin Ali dengan
ucaptama dan gimik perasmian di pentas Utama diiringi Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu dan para jemputan. Op Selamat 15 masih mengekalkan Tema
‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’

Salam ucapan SAC Dato’ Hasbullah Bin Ali sebentar tadi, beliau mengingatkan kepada para pengguna jalan
raya di musim perayaan ini supaya sentiasa mengamalkan sikap yang bertanggungjawab dan berhati-hati
semasa memandu serta memastikan keselamatan rumah kediaman semasa balik ke kampung.

Penguatkuasaan undang-undang jalan raya, menjadi antara empat perkara yang ditekankan Polis Diraja Malay-
sia (PDRM) dalam Op Selamat 15/2019 yang akan bermula pada 29 Mei ini hingga 12 Jun depan.

Pada majlis yang sama juga, perlepasan Pasukan Pemantau oleh SAC Dato’ Hasbullah Bin Ali dari lima agensi
penguatkuasa yang terlibat dalam Op Selamat ini iaitu JPJ, BOMBA, APMM, JPAM dan PDRM.

Turut hadir pada majlis Pelancaran berkenaan adalah Ketua Seksyen Penguatkuasa JPJ Negeri Sarawak Tuan
Albert Clement yang mewakili Pengarah JPJ Negeri Sarawak.

LAngka dalam JPJ KUCHING, 30 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Iftar Ramadhan serta Majlis Bacaan Tahlil
Negeri Sarawak telah dijemput oleh Pejabat Yang Diper-
2019 tuan Negeri Sarawak ke Majlis Iftar Ramadhan serta Maj-
lis Bacaan Tahlil Almarhum Ayahanda Paduka Sultan Haji
JPJ Sarawak Ahmad Shah Al-Mista’in Biillah Ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah di Masjid Darul Hana
Jumlah Lesen Memandu Petra Jaya.
Yang Dikeluarkan
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sarawak
26, 282 Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud dan Yang Amat
Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi
Taib hadir pada majlis iftar Ramadhan berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Surau
An Nur JPJ Negeri Sarawak Saudara Abdul Hadi dan lima
orang jemaah surau An Nur JPJ Negeri termasuk seorang
anggota dari SP Serian Encik Hilmi Ashari.

Majlis di dahului dengan bacaan yassin dan tahlil yang dip-
impin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah
Dato Haji Mustapha Kamal Bin Haji Ahmad Fauzi.

Selesai solat maghrib, Tuan Yang Terutama dan Toh Puan
turut memberi sumbangan kepada anak - anak yatim dan
orang yang memerlukan.

Seterusnya, jamuan makan malam dihidangkankan kepada
jemaah sebelum solat berjemaah Isyak dan tarawih dilaku-
kan. Majlis selesai kira-kira jam 9.30 minit malam.

31 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ops Motosikal Musim Perayaan

KUCHING, 30 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah mengadakan Operasi Motosikal di Hadapan Kompleks
JPJ Negeri Sarawak Jalan Kuching-Serian.
Operasi diketuai oleh Ketua Unit Operasi Negeri Tuan Hj Jamaluddin Bin Said dan dibantu oleh KPPP Tuan Aminnullah dan Ketua
Unit Penguatkuasaan Bermotosikal Tuan Azizul Hj Mohd Anuar dan 38 orang anggota.
Operasi dimulakan dengan Rollcall di Lobi Blok A JPJ Negeri Sarawak sekitar jam 7.45 malam. Seterusnya anggota terus berger-
ak ke lokasi dan terus melakukan sekatan di kedua-dua arah di KM18.5 Jalan Kuching - Serian. Operasi Motosikal di JPJ Negeri
berakhir kira - kira jam 11.30 minit malam sebentar tadi.
Untuk makluman, kesebelas cawangan JPJ Negeri Sarawak dan tiga buah Stesen Penguatkuasa turut membuat Operasi Motosikal
ini serentak seluruh Sarawak kecuali beberapa cawangan yang membuat Operasi di sebelah petang tadi ekoran beberapa sebab
yang tidak dapat dielakkan.
Operasi motosikal akan diteruskan pada esok hari dan dua kali lagi iaitu pada penghujung Operasi Hari Raya nanti. Ianya ber-
tujuan bagi memastikan semua pengguna motosikal mematuhi peraturan lalulintas terutamanya pada musim perayaan sebegini
yang mana jumlah kenderaan akan bertambah lebih sekali ganda dari hari - hari biasa.

Program ‘Workshop dan Bus Terminal’

MIRI, 30 Mei 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Miri telah
dijemput oleh pihak Pengurusan Bas Freesia ke satu Program ‘Workshop
dan Bus Terminal’ di Pejabat mereka di Freesia Sdn Bhd, Midgulf Building,
Miri Sarawak.
Tetamu jemputan pada program berkenaan adalah YB Senator Alan Ling
yang merupakan Ahli Dewan Negara Kerajaan Persekutuan Malaysia dan
Pengurus Syarikat Freesia Sdn Bhd Dato’ Nee Tian Poh.
Majlis dimulakan dengan membawa jemputan ke lawatan tapak bengkel
serta penyimpanan barang alatganti bas. Turut dipersembahkan juga
adalah demonstrasi cara-cara pemeriksaan bas mengikut SOP bengkel
yang telah ditetapkan.
Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya Hj Morshidi turut dijemput bagi
menyampaikan ucapan dan sekaligus memberi taklimat berkaitan ten-
tang keselamatan jalan raya.
Turut hadir pada program berkenaan adalah Ketua Cawangan Kemente-
rian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna Miri (KPDNHEP)
Tuan Joe Azmi Bin Jamil yang juga turut menerangkan tentang subsidi
diesel serta beberapa prosedur permohonan kepada pihak syarikat Bas.
Pada akhir program, YB Senator Alan Ling di bawa ke terminal bas bagi
edaran goodies kepada penumpang yang berada di Terminal Bas Miri
sempena Perayaan GawaiRaya 2019.

“Majlis dimulakan dengan membawa jemputan
ke lawatan tapak bengkel serta penyimpanan barang alatganti bas.

Turut dipersembahkan juga adalah demonstrasi cara-cara
pemeriksaan bas mengikut SOP bengkel
yang telah ditetapkan.

32 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Temubual Pengarah JPJ di Sarawak fm.

KUCHING, 30 Mei 2019 - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah sekali lagi dijemput oleh
RTM bagi sesi temubual di Sarawak fm.

Temubual yang menyentuh tentang persiapan JPJ Negeri Sarawak bagi
Operasi Gawai dan Hari Raya ini memakan masa hampir setengah jam
yang di hoskan oleh Dj Corina dan Dj Yus.

Dalam temubual berkenaan, pengarah menerangkan tentang tarikh ber-
mulanya operasi Gawai Raya di Sarawak ini dan objektif operasi yang
mengharapkan berlaku pengurangan kemalangan maut pada operasi kali
ini dengan moto “Pandu Cermat Sampai Selamat”.

Pengarah menerangkan juga proses sepanjang operasi ini yang mana ter-
bahagi kepada Ops Sisih, Pemeriksaan Depo Bas, Pemeriksaan di Termi-
nal Bas, mengadakan empat kali Ops Motosikal, tarikh larangan kender-
aan Berat dan anggota JPJ yang akan membuat penyamaran sepanjang
operasi berlangsung iaitu dari 29 Mei - 13 Jun 2019.

Pada akhir sesi temubual, Pengarah turut diminta untuk membuat ucapan
sempena Perayaan Gawai yang akan disambut pada 1hb Jun dan Hari
Raya Aidilfitri pada 4hb Jun nanti.

Harapan Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Sarawak adalah supaya semua pengguna jalan raya di Sarawak
ini berhati-hati semasa memandu, periksa kenderaan sebelum memulakan
perjalanan dan pastikan mengikut peraturan-peraturan jalan raya yang
telah ditetapkan.

“Selamat Hari Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai
Lantang Senang Nguan Menua”

&
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin”

:) Relaks dulu

Misteri Kematian Presiden Lincoln dan Kennedy

a Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
a John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.
a Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
a John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.
a Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
a Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.
a Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
a Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
a Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
a Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
a Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.
a Pengganti mereka bernama Johnson. Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808. Lyndon Johnson,

yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.
a John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
a Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
a Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
a Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.
a Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang. Boot tertangkap di sebuah gudang

setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam. Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya
berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
a Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.

Dan ini yang paling unik.
a Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
a Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

Percaya atau tidak?

33 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

Jun 2019

34 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

N Peka &prihatin Pemergian Morshidi Bin Rosli, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa
Stesen Penguatkuasa Skaloh.

MIRI, 15 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak sekali Allahyarham. Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan
lagi menerima berita dukacita apabila seorang pegawai kami Tuan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan pengebumian
Morshidi Bin Rosli, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa KP32 yang dijalankan.
bertugas di Stesen Penguatkuasa Skaloh, Niah selaku Ketua Stesen
telah kembali kerahmatullah akibat mengalami simptom sesak nafas Turut hadir melawat keluarga dan memberi penghormatan terakhir
pada jam 1 pagi tadi sebelum beliau menghembus nafas terakhir. kepada Allahyarham ialah Puan Maya Morshidi , Ketua Cawangan Jpj
Miri dan Ketua Cawangan JPJ Limbang Tuan Abang Aien Abg Bol Hil,
Jenazah Allahyarham dibawa ke Limbang pagi jam 11 setelah selesai pegawai - pegawai kanan serta anggota dari Cawangan Miri, Limbang
urusan dokumen dan pengurusan jenazah di Masjid Darul Istiqamah dan Lawas.
Kampung Luak, Miri dengan menggunakan van jenazah diiringi
kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan.Jenazah Allahyarham Tn Allahyarham merupakan pegawai yang tegas didalam menjalankan
setiap tugasan, komited pada setiap arahan diberi dan yang paling
penting baginya ialah kebajikan anggota tetap diutamakan menjadikan
beliau sangat disenangi dikalangan kakitangan. Semoga roh Allahyarham
ditempatkan di kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah
swt serta dikurniakan husnul khotimah.

Al Fatihah.

Morshidi Rosli, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung “Allahyarham merupakan
Sembiling, Limbang kira-kira jam 3.00 petang. Pengebumian jenazah pegawai yang tegas didalam
turut dihadiri oleh anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk menjalankan setiap tugasan,
kampung sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada komited pada setiap arahan
diberi dan yang paling penting

baginya ialah kebajikan
anggota tetap diutamakan
menjadikan beliau sangat

disenangi dikalangan
kakitangan.”

Ceramah Keselamatan Jalan Raya di Kolej Vokasional Malaysia Batu Lintang

KUCHING, 19 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
Sarawak telah dijemput oleh Kolej Vokasional Malaysia Batu Lin-
tang untuk memberi ceramah keselamatan kepada Pelajar Kolej
berkenaan.

Ceramah disampaikan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Bermo-
tosikal (UPB) Tuan Azizul Hj Mohd Anuar dan empat orang ang-
gota UPB Negeri.

Ceramah bertajuk Keselamatan dan Peraturan Menunggang Mo-
tosikal di Jalan Raya serta advokasi keselamatan Jalan Raya oleh
anggota UPB kepada 250 orang pelajar kolej yang terdiri dari
pelajar Tahap 1,2,3 dan 4.

Objektif ceramah dan “Objektif ceramah dan
advokasi ini adalah un- advokasi ini
tuk memberi pendeda-
han kepada para pelajar adalah untuk memberi
yang rata-ratanya mula pendedahan
menggunakan motosi-
kal pada usia sebegini. kepada para pelajar
yang rata-ratanya
#jpjkenyalang mula menggunakan
#ceramahkeselamatan
#advokasi motosikal pada usia
sebegini.”

35 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

LAWATAN PENGARAH KE INSTITUT MEMANDU
SANTUBONG SDN BHD

KUCHING, 19 Jun 2019 - Lawatan Pengarah ke In- LAngka dalam JPJ
stitut Memandu Santubong Sdn Bhd merupakan
pemantauan secara ad-hoc dari masa ke semasa 2019
bagi memastikan aspek pengurusan, pelajar dan
pelaksanaan kurikulum, pengajar dan staf pentad- Institut Memandu
biran serta kemudahan mengikut peraturan yang
telah ditetapkan. SARAWAK

Semasa lawatan pemantauan tersebut, pengujian
sedang dijalankan yang diketuai oleh penyelia Puan
Rowena Senin dan 11 org anggota penguji dari JPJ
Negeri. Seramai 32 calon hadir, 9 daripadanya akan
menjalani ujian kelas D dan 23 orang menjalani
ujian kelas B2.

Pengarah juga memaklumkan kepada Pengusaha
Institut Memandu keseluruhannya agar semua in-
stitut memandu mematuhi peraturan yang telah
disyaratkan serta menjaga kriteria yang telah
ditetapkan , kegagalan mematuhi peraturan seperti
tidak mempamerkan kadar bayaran yang dikena-
kan, boleh menyebabkan permit institut memandu
berkenaan digantung atau dibatalkan.

#jpjsarawak
#pemantauaninstitutmemandu

28 Sedang Beroperasi
10 Menunggu Kelulusan

5 Tips Untuk Menjaga Cat Kereta Supaya Tahan Lama Dan Kekal Berkilat

1 Elakkan meletak kereta di bawah pokok kerana getah pokok, daun dan tahi burung boleh meninggalkan
kesan pada cat.

2 Jauhkan dari terkena embun kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas
dengan air sebelum embun itu kering.

3 Cuci kereta dengan syampu yang berkualiti dan jangan cuci kereta di bawah matahari yang terik.

4 Keringkan secepat mungkin dengan kain yang lembut kerana jika air
dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan
pada cat.

5 Enam bulan sekali ‘wax’ atau ‘polish’
cat tersebut dengan ‘polish’ yang
berkualiti. Sebelum digilap, kereta
hendaklah dibasuh bersih dengan
menggunakan shampu kereta
dan dilapsehingga kering.
Kereta jangan digilap
di tengah panas dan elakan gilapan
terkena pada bahagian cermin,
krom dan plastik.

36 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

AKTIVITI LATIHAN SENJATA API I JPJ NEGERI SARAWAK

19 Jun 2019 - Taklimat Latihan Menembak Berpusat, Pelesen Senjata Api Jabatan, Siri 4/2019 di Bilik
Audio JPJ Negeri Sarawak.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Mohd Attan Bojeng selaku Ketua Keselamatan JPJ Negeri Sarawak

Latihan bermula pada 20 Jun sehingga 26 Jun 2019
Lapang Sasar PULAPOL Sarawak, Jalan Puncak Borneo, Kuching.

24 Jun 2019 - Latihan menembak di Pusat Latihan Polis Sarawak.
Latihan disertai oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak

YBrs Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah

9 p.M..e..e.n.n.e..y.m.e...br.t.a.a..ki..K.J..u.P..rJ.s..u.N..s.e..M.g..e.e..rn.i..eS..m.a..r.b.a..aw...k.a..dk...i.y.A.a..kn..e.g..d..de...im.k..e.i..tM.u...ea..li.a.o..k.l.ea...h.p..Ta...du..a.a..n.2...Y8..u.s..se..n.h..ii.m.n..g.a..ng...a.H..2.j..9M...J.u..u.h..na...m2...0.a..1d..9....
37 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

lawatan kerja dan pemantauan Pengarah Jpj Sar-
awak

MUKAH, 20 Jun 2019 - Satu sesi lawatan kerja dan pemantauan Pen- Pada sebelah petang nya pula Ops Pengarah telah diadakan bersama
garah Jpj Sarawak bersama kakitangan Jpj Cawangan Mukah telah Agensi Penguatkuasaan yang lain seperti AADK dan Polis Trafik
diadakan. Kehadiran Pengarah disambut mesra oleh warga kerja JPJ Cawangan Mukah.
Cawangan Mukah. Seramai 20 anggota dan kakitangan Jpj Cawangan
Mukah telah hadir bersama Ketua Cawangan Tn Hatta Hashim.

Di dalam lawatan ke Cawangan ini, Pen- Lawatan selama 1 hari
garah telah menyampaikan amanat be- tersebut diteruskan dengan
liau kepada warga Jpj Mukah di dalam
Perhimpunan Setia Bilangan 6 Jpj Neg- pemantauan aktiviti
eri Sarawak supaya sentiasa bekerja penguatkuasaan di sekitar
dengan baik dan pastikan “Key Perfor- kawasan Daerah Mukah, Igan,
mance Indicator” dilaksanakan dalam Daro. Pemantauan Institut
mencapai mutu perkhidmatan yang Memandu yang baru di Mukah
berkualiti tak kira samada penguatkua- juga turut dilakukan bagi
saan, pengujian, kaunter urusniaga ma- memastikan Pengusaha IM
hupun di pejabat. mengikut prosuder dan syarat

Lawatan selama 1 hari tersebut diterus- yang telah ditetapkan
kan dengan pemantauan aktiviti pen-
guatkuasaan di sekitar kawasan Daerah
Mukah, Igan, Daro. Pemantauan Institut
Memandu yang baru di Mukah juga turut dilakukan bagi memastikan
Pengusaha IM mengikut prosuder dan syarat yang telah ditetapkan.

Info

38 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BINTULU, 21 Jun 2019 - Lawatan Pengarah diteruskan pada Lawatan Pengarah BINTULUKe
hari berikutnya ke Bintulu. Sempena lawatan beliau, Jabatan
Pengangkutan Jalan Sarawak Cawangan Bintulu turut melak-
sanakan Ops Pengarah yang diketuai oleh Tuan Saadon Zam-
hari Timbalan Ketua Cawangan Bintulu dan bersama 14 ang-
gota penguatkuasa.

Sidang media telah diadakan sempena operasi tersebut.
Bercakap kepada media, Pengarah berkata, pihak JPJ sen-
tiasa melakukan pendekatan kepada orang ramai bahawa ke-
selamatan jalan raya adalah tangungjawab bersama. Beberapa
pendekatan telah diambil terutamanya sekatan jalan raya bagi
memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan
jalan raya.

Turut hadir bersama semasa program lawatan pemantauan
tersebut Ketua Cawangan JPJ Miri Puan Maya dan Ketua Cawa-
ngan Jpj Mukah Tn Hatta Hashim.

#jpjsarawak
#lawatanpengarah

6 BILANGAN
KAUNTER JPJ
BINTULU

Lawatan Pengarah Ke MIRI MIRI, 21 Jun 2019 - Majlis Bacaan namun suasana raya bersama
Surah Yassin dan Tahlil diadakan rakan taulan tetap dirasai.
di pejabat Jabatan Pengangku- Semoga hubungan baik dah
tan Jalan Sarawak Cawangan silaturahim antara kakitangan
Miri sempena memperingati sentiasa terpelihara.
Allahyarham Tn Morshidi Rosli
yang telah kembali kerahmatul- Pada sebelah malamnya, JPJ
lah pada 15 Jun yang lalu. Ses- Miri telah mengadakan Ops HID
ungguhnya pemergian allahyar- bertempat di Jalan Kipas Miri
ham amatlah dirasai. dengan mensasarkan pengguna
kenderaan yang menggunakan
Dalam majlis tersebut, turut dia- lampu hadapan HID disamping
dakan penyerahan Sumbangan mengesan kesalahan-kesalahan
derma ikhlas daripada seluruh dibawah Akta Pengangkutan
anggota Jpj Negeri Sarawak Jalan dan Kaedah-Kaedah Pen-
oleh Pengarah kepada keluarga gangkutan Jalan.
Allahyarham. Semoga sumban-
gan khairat yang diberikan se- 10 BILANGAN
dikit sebanyak meringankan be- KAUNTER JPJ
ban keluarga arwah. MIRI

Hadir bersama Pengarah pada 39 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019
majlis itu, Ketua Cawangan JPJ
Miri, Timbalan Ketua Cawangan
Bintulu serta kakitangan JPJ
Miri dan anggota Stesen Pen-
guatkuasa Skaloh, Niah.

Selesai bacaan yassin dan
tahlil, Pengarah bersama kaki-
tangan menjamu hidangan
yang disediakan sempena Ra-
mah Tamah Gawai Raya JPJ
Cawangan Miri. Walaupun ra-
mah tamah kali ini dianjurkan
secara sederhana

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bahagian Samarahan Bil.1 2019

KUCHING, 21 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sar-
awak dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bahagian
Samarahan Bil.1 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Batang Sadong,
Pejabat Daerah Bahagian Samarahan.

Mesyuarat di Pengerusikan oleh Residen Bahagian Samarahan Tuan
Hj Brahim Bin Lumpu dan semua agensi kerajaan di sekitar Samara-
han termasuk PDRM, ATM, JPJ, AADK dan lain-lain agensi tempatan.

Pengerusi membangkitkan beberapa isu yang berlaku di daerah Isu setinggan dan warga asing juga turut disentuh dan berharap
Samarahan iaitu isu kecurian hasil tanaman di kampung-kampung, pihak Imigresen dan Jabatan Tanah dan Survey memberi maklumat
kecurian bahan-bahan binaan, Gengsterisme, mesin judi dan kedai dan tindakan bagi mengatasinya.
judi, operasi antara Polis dan JPJ di sekitar Daerah Samarahan teru-
tamanya di laluan-laluan utama dan kesesakan laluan di jalan-jalan
utama di Samarahan.

“Pengerusi berharap
agensi yang berkenaan memantau dan memastikan Pengerusi berharap agensi yang berkenaan memantau dan memas-
keselamatan terutamanya di sekitar Daerah Samarahan tikan keselamatan terutamanya di sekitar Daerah Samarahan bagi
bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan memastikan ketenteraman dan keselamatan kawasan Samarahan

kawasan Samarahan terjamin.

terjamin”.

:) Relaks dulu

Ada sorang salesman vacuum cleaner... Nama dia Jali... Sebut jer nama dia, semua orang kenal...
Famous sebab jualan dia paling top...Satu hari, Jali pergi jual vacuum umah makcik Bedah.

Tok! Tok! Tok!!! Jali ketuk pintu. Kisah Vacuum & Tahi Kambing
Makcik Bedah pun buka la pintu...

“Ya, ada apa nak?”

Jali pun tanpa menjawab terus zasssss!!!

Ditaburnya taik kambing atas karpet dalam rumah Makcik Bedah.

Ternganga Makcik Bedah tengok tahi kambing bertabur atas karpet.

Merah padam mukanya.

“Kenapa kamu buat gini nak... rumah makcik niee....” tengking Makcik Bedah.

Jali dengan yakinnya menjawab...

“Makcik jangan risau... jangan khuatir... vacuum cleaner saya ni, kalau dalam masa

2 minit tak boleh bersihkan tahi kambing ni, saya akan makan sebiji-sebiji...”,

jawab Jali.“Ko bior betul nak...” kata Makcik Bedah sambil berlalu ke dapur

dan muncul semula membawa sudu dengan garpu...

Jali dgn nada sinisnya berkata, “Saya dah cakap tadi makcik... jangan risau...

saya akan makan... saya makan kalau vacuum cleaner ni tak boleh sedut

tahi-tahi kambing ni dalam masa 2 minit...”

Makcik Bedah dengan selamba kata... “Baik ko start makan nak oiii...

hari ni api eletrik takde kat kampung ni... ni haa surat dari TNB....

eletrik takde 2 hari nie...”

Moral of the story : Jangan over confident... :’D

40 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Majlis Sambutan Gawai Raya 2019 anjuran SAMA
(Sarawak Motorcycle Association)

KUCHING, 22 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sar- Majlis Sambutan diakhiri dengan simbolik perasmian oleh Tun Pehin
awak telah dijemput ke Majlis Sambutan Gawai Raya 2019 anjuran Sri dengan menghidupkan enjin Motosikal Berkuasa Tinggi serta pe-
SAMA ( Sarawak Motorcycle Association ) dengan kerjasama Kement- nyerahan Duit Raya kepada anak-anak Yatim. Para tetamu seterusnya
erian Pelancongan Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak di dijemput untuk menjamu selera pada jamuan Hari Gawai Raya di lobi
Dewan Undangan Negeri ( DUN ) lama Petra Jaya, Kuching. Dewan Undangan Negeri ( DUN ) lama.

Tetamu kehormat pada Majlis Sambutan tersebut adalah Tuan Yang “Tetamu kehormat
Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib pada Majlis Sambutan tersebut adalah
Bin Mahmud serta isteri Toh Puan Ragat Kurdi Taib. Turut hadir pada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sarawak
majlis berkenaan adalah Menteri Pelancongan Kesenian Kebudayaan Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Bin Mahmud serta isteri Toh
Belia dan Sukan Sarawak YBhg Dato Hj Abdul Karim Rahman Hamzah
dan Pengerusi SAMA Datin Sri Hjh Ellie. Puan Ragat Kurdi Taib.

Seramai lebih kurang 5 ribu peminat motosikal di sekitar Bandaraya Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri
Kuching serta seluruh Negeri Sarawak berkumpul pada Majlis berke- Pelancongan Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan
naan. Tidak ketinggalan juga kepada peminat motosikal dari Negara Sarawak YBhg Dato Hj Abdul Karim Rahman Hamzah
Jiran iaitu dari Brunei dan Indonesia yang turut hadir pada Majlis Sam-
butan Gawai Raya ini. dan Pengerusi SAMA Datin Sri Hjh Ellie.”

Objektif sambutan majlis ini adalah bagi menggabungkan semua
peminat motosikal di seluruh pelusuk Negeri Sarawak dengan tidak
mengira apa jenis motosikal atau kuasa enjin motosikal disamping
dapat menyatupadukan masyarakat majmuk yang terdiri daripada
pelbagai kaum di Negeri Sarawak.

Dalam ucapan perasmian, Tun Pehin Sri telah mengingatkan kepada
semua penunggang motosikal terutamanya kepada golongan remaja
supaya sentiasa berhati-hati semasa menunggang motosikal dan sen-
tiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

LAngka dalam JPJ

2019 66 Jumlah Kenderaan Penguatkkuasa
10 Jumlah Motosikal
JPJ Sarawak 8 Jumlah Kenderaan Spanco

Maklumat Kenderaan
JPJ

41 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Ceramah Keselamatan Jalan Raya di Dormani Rajah Court Pending.

KUCHING, 22 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri “Antara objektif Kursus
Sarawak telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan Kebudayaan berkenaan adalah bagi memberi
Belia Dan Sukan Negeri Sarawak ke Ceramah Keselamatan Jalan pendedahan kepada peserta yang
Raya bertempat di Dormani Rajah Court Pending. rata-ratanya merupakan pengguna
kenderaan mengenai Keselamatan dan
Ceramah disampaikan oleh Ketua Unit Penguatkuasa Bermotosikal Peraturan Jalan Raya disamping
Negeri Tuan Azizul Hj Mohd Anuar bertajuk Keselamatan dan Pera-
turan Jalan Raya serta Pemanduan Berhemah. Manakala Slot Penye- menambah ilmu tentang
langaraan Kenderaan disampaikan oleh KPKM En Mohd Nizam Hj penyelengaraan kenderaan.”
Husaini.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pemandu Kender-
aan Jabatan di Kementerian Pelancongan di seluruh Negeri Sarawak
menghadiri ceramah berkenaan.

Antara objektif Kursus berkenaan adalah bagi memberi pendedahan
kepada peserta yang rata-ratanya merupakan pengguna kender-
aan mengenai Keselamatan dan Peraturan Jalan Raya disamping
menambah ilmu tentang penyelengaraan kenderaan.

Kursus Pengukuhan Dan Advokasi Integriti Siri 3/2019

KUCHING, 24 Jun 2019 - Unit Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan
Integriti Jabatan Pengangku- kepada Dasar dan Akta berkaitan serta dapatan Pema-
tan Jalan Ibu Pejabat dengan tuhan Semasa. Peserta kursus juga diberi pendedahan
kerjasama Akademi Pen- bagi mengenal pasti ruang serta peluang ketidakpatuhan
gangkutan Jalan Malaysia aktiviti berisiko serta meningkatkan pengetahuan dan
menganjurkan Kursus Pen- kemahiran menyediakan aktiviti dan Pelan Tindakan Per-
gukuhan Dan Advokasi In- laksanaan, Penilaian dan Pelaporan untuk pemantauan
tegriti Siri 3/2019 di Institut pihak Pengurusan.
Aminuddin Baki, Jalan Sultan
Tengah, Kuching. Perasmian penutupan kursus dijangka akan dirasmikan
oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd Syafik
Kursus bermula 24 sehingga Anas Abdullah pada esok hari di Institut Aminuddin Baki,
27 Jun ini di hadiri seramai Petra Jaya Kuching.
37 orang peserta dari selu-
ruh Cawangan dari JPJ Neg-
eri Sarawak serta diuruskan
oleh Unit Integriti JPJ Negeri
Sarawak yang diketuai oleh Ketua Unit Integriti Negeri Tuan Hj Safri
Bin Junaidi.

Penceramah yang hadir pada Kursus kali ini adalah daripada Bahagian In-
tegriti Ibu Pejabat JPJ Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Kanan PTD,
Pegawai Undang-Undang dan Pegawai IT Ibu Pejabat.

"Get to know the right, then you would know the people of
right. Right Is not measured by its men, but men are measured

by their right".

42 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Rakaman Video JPJ Sarawak - RTM KUCHING, 25hb JUN 2019 - Satu sesi rakaman video bersama Timbalan Pengarah Negeri dan kakitangan Jpj Negeri Sarawak telah
diadakan.Tujuan rakaman ini dibuat adalah sebagai persediaan awal sempena program JUH! BINCANG RTM bersama Yg Berusaha Tuan
Pengarah yang akan disiarkan secara langsung pada 11 Julai 2019 nanti.
Kerjasama antara Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak dan Radio Televisyen Malaysia dilihat dapat meningkatkan produktiviti dalam
menyalurkan maklumat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan agenda dan aspirasi kerajaan.
Antara penggambaran yang telah dibuat adalah seperti urusniaga di kaunter, pemeriksaan kenderaan, operasi harian, serta pengujian
di Institut Memandu. Semoga kerjasama ini sentiasa terjalin dalam menyampaikan info semasa tentang fungsi Jabatan Pengangkutan
Jalan melalui platform digital kepada orang awam.

“Kerjasama antara Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak dan Radio Televisyen Malaysia
dilihat dapat meningkatkan produktiviti dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat, khususnya yang

berkaitan agenda dan aspirasi kerajaan.”

43 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

LAngka dalam JPJ

2013 - 2019 TAHUN JUMLAH (RM)
2013 103, 988, 924.62
JPJ Sarawak 2014 110, 345, 271.22
2015 125, 426,152.81
Maklumat Kutipan 2016 134, 757, 084.26
Hasil Keseluruhan 2017 141, 261, 405.84
JPJ Negeri Sarawak 2018 142, 210,196.90
2019 153, 740, 208.89
(2013-2019). JUMLAH 911, 729, 244.54

Ceramah Keselamatan Jalan Raya di SMK Samarahan

KUCHING, 26 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Neg- “Kesedaran awal seperti ini
eri Sarawak telah dijemput oleh Pengetua SMK Kota Sama- merupakan salah satu daripada
rahan untuk memberi ceramah tentang Keselamatan Jalan kunci keselamatan yang mana
Raya kepada kira - kira 250 orang pelajar dari tingkatan 3, para pelajar didedahkan pada
4 dan 5 di sekolah berkenaan.
Ceramah yang bertajuk Keselamatan Penunggang Motosik- usia remaja sebegini
tal di Jalan Raya telah disampaikan oleh Ketua Unit Pen- betapa pentingnya keselamatan
guatkuasaan Bermotosikal Tua Azizul Bin Hj Mohd Anuar
dan di bantu oleh 5 orang anggota dari UPB dan Bahagian penunggang motosikal di atas
Penguatkuasa Negeri. jalan raya nanti”.
Ceramah disampaikan di Dewan SMK Kota Samarahan pada
jam 1.30 Petang dan berakhir kira - kira 2 jam kemudian
sebelum diambil alih oleh En Federick Alderin selaku Penye-
lia Unit Penguatkuasaan Bermotosikal dengan membuat
Advokasi serta pertunjukan menunggang motosikal UPB
kepada pelajar dan guru yang berada di luar Dewan.
Dengan adanya Ceramah dan Advokasi tentang pentingn-
ya penjagaan kenderaan dan penunggangan yang selamat
kepada para pelajar ini, dapat memberi pendedahan kepa-
da para pelajar ini yang mana selepas ini bagi yang cukup
umur, mereka akan mangambil lesen motosikal dan akan
menggunakan motosikal di atas jalan.
Kesedaran awal seperti ini merupakan salah satu daripa-
da kunci keselamatan yang mana para pelajar didedahkan
pada usia remaja sebegini betapa pentingnya keselamatan
penunggang motosikal di atas jalan raya nanti.

44 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Foto-foto Ceramah Keselamatan Jalan Raya di SMK Samarahan

2019 66 Kenderaan Peronda Seluruh Negeri Sarawak

JPJ Sarawak 10 Motosikal Peronda Kuching-6,Miri-2,Sibu-2

KENDERAAN 8 Kenderaan Spanco Seluruh Negeri Sarawak
UNTUK

PENGUATKUASAAN

1 Lori Sita (Kuching)

2 Kaunter Bergerak (Van Mobile) Kuching & Miri

45 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak Program MobileCommunity Services ( Mobile CS )

PUSA, 29 Jun 2019 - Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan “Objektif program ini diadakan
kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan bagi memberi peluang kepada penduduk
Majlis Perasmian Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak setempat terutamanya di sekitar Pusa,
Program Mobile Community Services ( Mobile CS ) Siri 1/2019 Maludam dan kawasan sekitarnya bagi
di Tandang Sari Pusa. mendapatkan perkhidmatan agensi - agensi
kerajaan persekutuan dan negeri selaras
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha
Bahagian Strategik Korporat Perbendaharaan Malaysia Putra dengan dasar kerajaan yang memberi
Jaya YBrs.Tn Hj Abu Bakar Hj Jambul. Turut hadir adalah Pegawai perkhidmatan kepada penduduk setempat
Kewangan Persekutuan Sarawak, Tuan Mohd Saiful Sungkeh
Abdullah dan Pegawai Daerah Pusa Tuan Hj Bujang Udin. dan mendokong usaha kerajaan yang
menyantuni rakyat.”
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak turut dijemput ke
Program berkenaan bagi memeriahkan lagi program sepanjang
dua hari ini. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak melalui
Unit Komunikasi Korporat dan Bahagian Penguatkuasa Negeri
telah membuka Booth Pameran dan Van JPJ Mobile dengan
bantuan anggota daripada JPJ Cawangan Betong.

Objektif program ini diadakan bagi memberi peluang kepada
penduduk setempat terutamanya di sekitar Pusa, Maludam
dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan perkhidmatan
agensi - agensi kerajaan persekutuan dan negeri selaras dengan
dasar kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk
setempat dan mendokong usaha kerajaan yang menyantuni
rakyat.

Program seperti ini akan diadakan di beberapa bahagian di
Negeri Sarawak lagi selepas ini bagi memberi perkhidmatan
kepada rakyat dan boleh mengeratkan lagi hubungan antara
agensi kerajaan dan rakyat.

46 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Senarai Permohonan Yang Diproses Oleh
Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Sarawak

..................................................................................................................................................................
........T..u...k..a...r..E...n..j.i.n.......................................................................................................................................
........N...a..i.k.../.T...u..r..u..n....B...d...m.............................................................................................................................
........U...b..a...h...s..u..a...i./.T...u..k...a..r..B...a...d..a...n...............................................................................................................
........P..e...r.u...b...a..h...a..n....B...e..s...R...o...d..a...,..P..a...c..u...a..n....R...o..d...a......................................................................................
........T..u...k..a...r..C...a...b........................................................................................................................................
........T..u...k..a...r..S...a..i.z...T...a..y..a...r...........................................................................................................................
........U...b..a...h....K..e...g..u...n...a..a...n...B...a..s...D....a..n....K..e...n...d..e...r.a...a..n....P..e...r.k...h..i.d...m....a..t..a..n....A...w...a...m....(..L..a...m....p...ir..a..n....B...).............
........K..e...b...e..n...a..r..a..n....K..e...s...G...a...g..a...l..P..e...m....e..r..i.k..s..a...a..n....P..u...s..p...a..k..o...m.....(.L...a..p...o...r.a...n...A...1...6..)..................................
........P..e...m....e..r..i.k..s..a...a..n....L..u...a..r...P..u...s..p...a..k..o...m.....B...2............................................................................................
........S..t..a..t.u...s...V...i.n...t.a..j./..K..l..a..s..i.k...K...e..r..e..t..a.........................................................................................................
........U...b..a...h...s..u..a...i..K..e...n..d...e...r.a...a..n....O...r.a...n..g....K...e..l.a...i.n..a...n....U...p..a...y..a.....................................................................
........P..e...m....a..s..a...n..g...a...n...P...a..r..a...B...u...m...b...u...n..g....B...a..w....a...S...u...r.f.b...o...a..r..d..,..T...a..n...g...g..a...,..P..a...i.p..…....................................
........P..e...m....a..s..a...n..g...a...n...H...a...r.d...-.T...o..p....C...a...n..o...p...y...(..P..i.c...k..-.U...p...).........................................................................
........T..a...m....b..a...h...P...e...n..u...m....p...a..n...g...L...o...r.i..K...a..r..g..o....A...m......................................................................................
........P..e...m....a..s..a...n..g...a...n...P...a..g...a..r...S..i.s...i............................................................................................................
........P..e...m....a..s..a...n..g...a...n...I.k...l.a..n........................................................................................................................
........P..e...m....a..s..a...n..g...a...n...B...u...m....b..u...n...g...F...i.b...r.e.../.K...a..n...v..a..s.../.A...l.u...m...i.n...i.u...m.....&....P..a...g..a...r..S...i.s..i.................................
........P..e...m....a..s..a...n..g...a...n...L...a..m....p...u...M....a...t.a...A...r..a..h.../.B...e...a..c...o..n....L..i.g...h...t................................................................
........P..e...n...g..g...u...n..a...a..n....C...e...r.m....i.n...G....e..l.a...p......................................................................................................
........C...o...p...S...e...m...u...l.a....N...o..m....b...o...r..C...a...s..i.s../.E...n...j.i.n...........................................................................................
........P..e...m....b...a..i.k..a...n../..P..e...n...g..g...a..n...t.i.a...n...K...o...m....p..o...n...e..n....K..e...n...d..e...r.a...a..n....K..e...m....a..l.a...n..g...a...n..................................

2019 41,750 2016
75, 913 2017
JPJ Sarawak 68, 108 2018
61, 151 2019
JUMLAH
KENDERAAN YANG
TELAH DIDAFTARKAN

47 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

BISAMAH BISAMAH2 0 1 9

Buletin & e-Book JPJ Sarawak

Julai 2019

48 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Majlis Ramahtamah GawaiRaya 2019

KUCHING, 4 Julai 2019 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak menga-
dakan Majlis Ramahtamah GawaiRaya 2019 di perkarangan Blok A Kompleks
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak YBrs.Tuan Mohd
Syafiq Anas Abdullah bersama Timbalan Pengarah, Ketua Cawangan, Peno-
long Pengarah serta semua kakitangan JPJ Negeri Sarawak.
Ketua-ketua Jabatan dan Agensi yang selalu bekerjasama dengan JPJ Negeri
seperti Polis, JKJR, AADK, Puspakom serta beberapa buah lagi Jabatan turut
dijemput pada majlis berkenaan bagi memberi penghargaan kepada Agensi
berkenaan serta turut memeriahkan lagi majlis berkenaan.
Majlis yang dibuat secara sederhana dan ringkas ini dibuat pada sebelah
tengahari dengan menghimpunkan jamuan secara ‘Portluck’ daripada setiap
Unit di bawah JPJ Negeri termasuk dari Cawangan Serian, SKS Tebedu, SKS
Biawak, UTC Kuching dan SP Serian.
Gimik Perasmian penutupan Ramahtamah GawaiRaya ini adalah dengan
Pengarah bersama tetamu VVIP menggulung tikar tanda berakhirnya Per-
ayaan Gawai dan memotong pulut kuning tanda berakhirnya Perayaan Hari
Raya 2019.

“Majlis disempurnakan oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak
YBrs.Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah bersama Timbalan
Pengarah, Ketua Cawangan, Penolong Pengarah serta semua
kakitangan JPJ Negeri Sarawak.”

49 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019

Galeri Ramahtamah GawaiRaya 2019

50 I BISAMAH 4 Buletin JPJ Sarawak 2019


Click to View FlipBook Version