Bahan 2
Penipuan melalui Internet termasuk penyebaran berita tidak benar terus menjadi duri dalam daging buat
rakyat Malaysia apabila semakin ramai diperdaya sehingga menjadi mangsa jenayah siber sejak tahun 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata pihaknya mendapati antara kegiatan
penipuan Internet ialah penyebaran berita tidak benar, penyamaran identiti dan penawaran perkhidmatan
yang tidak wujud.
(ii)Sifat Internet yang mampu menyebarkan maklumat dengan laju dan membenarkan pengguna mengguna
perkhidmatan dengan identiti rekaan adalah antara sebab penipuan dan penyebaran berita tidak benar dapat
dilakukan dengan mudah.(ii)Sikap pengguna yang mudah mempercayai sesuatu berita atau perkhidmatan telah
memburukkan lagi keadaan.
Oleh itu, pengguna Internet haruslah meningkatkan tahap literasi mereka dan lebih berwaspada terhadap
penipuan Internet. Sikap sebegini penting agar masalah penyebaran berita palsu dan penipuan Internet dapat
dibendung di negara kita.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Berita Tidak Benar Terus Belenggu Rakyat Malaysia’
oleh Nur-ul Afida Kamaludin,
BERNAMA
Versi Demo
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memainkan peranan. ARAS : R [2 markah]
Rangkai kata memainkan peranan bermaksud menjalankan tugas.
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang menyebabkan berlakunya
penipuan Internet dalam kalangan masyarakat. ARAS : S [3 markah]
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan faktor yang menyebabkan berlakunya penipuan Internet ialah
sikap masyarakat yang mudah mempercayai sesuatu berita atau perkhidmatan tanpa menyiasatnya terlebih
dahulu. Perbezaan faktor pula ialah sifat Internet yang mampu menyebarkan maklumat dengan laju dan
membenarkan penggunaan identiti rekaan.
(iii) Penipuan Internet boleh berlaku disebabkan kebocoran data pelanggan yang membuka ruang kepada pihak
ketiga untuk melakukan penggodaman sama ada menerusi peranti atau perisian yang tidak selamat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah kebocoran maklumat ini dapat diatasi? ARAS : T [3 markah]
Pada pendapat saya, (Kehendak soalan) masalah kebocoran maklumat dapat diatasi dengan (Isi 1)
mengenakan hukuman yang berat kepada pembocor maklumat agar menjadi pengajaran kepada penjenayah
yang lain. (Isi 2) Selain itu, kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran untuk mendidik pengguna
agar peka dengan taktik dan helah scammer.
(iv) Masalah penipuan Internet begitu sukar untuk ditangani kerana kelicikan penjenayah.
Sekiranya anda ialah seorang pegawai yang dilantik untuk menangani jenayah tersebut, cadangkan langkah-
langkah yang boleh diambil untuk menanganinya. ARAS : T [4 markah]
Sekiranya saya ialah seorang pegawai yang dilantik untuk menangani jenayah tersebut, antara langkah yang
boleh diambil adalah seperti mewujudkan pasukan khas untuk menjejaki penjenayah Internet. Pasukan khas
ini terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang teknologi. Selain itu, saya juga akan memasang peranti untuk
Jawapan
menjejaki dalang yang terlibat dalam jenayah ini. Peranti ini memudahkan saya untuk mengesan identiti
sebenar penjenayah sekali gus menahan mereka.
Kata Laluan:
palsu123
119
Praktis SPM 3
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kempen penanaman semula pokok sangat penting demi masa depan negara. Sehubungan itu, pelancaran
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah diadakan secara serentak di seluruh negara dengan tema ‘Penghijauan
Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita’ atau ‘Greening Malaysia: Our Trees, Our Life’.
Dalam kenyataan media sempena kempen itu, Perdana Menteri menjelaskan bahawa Kempen Penanaman
100 Juta Pokok merupakan sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia, iaitu salah satu daripada
agenda nasional bagi perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Selain itu, kempen ini juga
bertujuan(ii)membersihkan udara dan memelihara bumi.
Menurut beliau lagi, program itu akan(ii)memulihara kepelbagaian biologi yang menjadi khazanah negara
yang tidak ternilai, serta(ii)meningkatkan kualiti persekitaran semula jadi dan sungai. Program Penghijauan
Malaysia juga merupakan satu ikrar dan komitmen kerajaan yang berlandaskan Wawasan Kemakmuran
Bersama untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau.
Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli itu dilaksanakan melalui Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri, Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM) dan kerajaan negeri. Kempen ini menyasarkan penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.
Tidak dinafikan bahawa Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini akan mempertahankan kekayaan alam semula
jadi negara dalam semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dan mengekalkan pengiktirafan Malaysia sebagai
antara 12 buah negara ‘megadiverse’.
Dipetik dan diubah suaikan daripada
‘PM Lancar Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021 – 2025’
Berita Harian, 05 Januari 2021
Bahan 2
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
Versi Demo
(ii) (ii)
(ii) (ii)
(ii)
120
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud agenda nasional. [2 markah]
Rangkai kata agenda nasianal bermaksud perkara kebangsaan.
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan hutan atau pokok
kepada semua hidupan. [3 markah]
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan kepentingan pokok atau hutan kepada semua hidupan adalah
seperti membersihkan udara dan memelihara bumi. Perbezaannya pula ialah pokok atau hutan dapat
memulihara kepelbagaian biologi, meningkatkan kualiti persekitaran, melindungi hidupan sekeliling,
Versi Demo
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)menghasilkan makanan serta redup dan nyaman.
(iii) Kempen yang berkaitan dengan penjagaan hutan masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku? [3 markah]
Kempen berkaitan dengan penjagaan hutan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana tidak
semua orang menyedari dan memahami kepentingan hutan. Selain itu, terdapat pihak yang sengaja mencari
keuntungan daripada hasil-hasil hutan sehingga membelakangkan kepentingan hutan. Faktor yang terakhir,
pendidikan alam sekitar yang selama ini diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah dilihat belum mencapai
matlamatnya.
(iv) Tidak jauh dari kawasan kediaman anda terdapat sebuah hutan yang menghijau. Anda dan penduduk
kampung mendapat tahu bahawa hutan itu akan diteroka tidak lama lagi untuk tujuan pembinaan sebuah
kilang.
Cadangkan tindakan yang akan anda ambil untuk berdepan dengan situasi tersebut. [4 markah]
Salah satu tindakan yang akan saya lakukan adalah seperti mengumpul penduduk kampung untuk
mengadakan perbincangan tentang perkara tersebut. Selain itu, saya akan mengajak penduduk kampung
membantah penebangan hutan tersebut kerana keadaan ini mendatangkan pelbagai masalah kepada
penduduk. Saya juga akan mencadangkan agar pembinaan kilang tidak dilakukan di kawasan tersebut
kerana berhampiran dengan kawasan kediaman dan tindakan itu akan merosakkan kawasan hijau di situ.
Jawapan
Kata Laluan:
jiran123
121
PRAKTIS SPM SOALAN 7 (PETIKAN SASTERA)
Praktis SPM 4
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
Che Jah akhirnya berjaya dipujuk. Katanya sudah berakhir waktu untuk taat kepada suami yang selalu
membawanya ke jalan derita. Kami semua setuju. Malah jika boleh, Haziq dan Rafiq harus dibantu. Ceh Jah
sempat berkata pada pertemuan pertama kami tentang pendidikan mereka tidak habis setakat tingkatan empat.
Danel juga memperkatakan fakta yang sama. Bagiku sekolah persendirian berlambak, peperiksaan tidak kira
usia. Mereka patut kembali belajar. Hal itu sampai ke telinga Kak Mimah, tetapi katanya nanti dahulu, kes Che
Jah perlu diselesaikan dahulu.
Kereta Danel dan motosikal Abang Rashid diperlukan. Mujur mereka tidak memberikan alasan remeh-temeh
untuk tidak membantu kami. Che Jah dibawa Danel, bersama-sama ketua kampung yang kelihatan takut-takut.
Nenek dilantik menjadi pengiring. Kak Mimah dan Nadia menyusul di belakang.
Abang Rashid dan datuk bermotosikal. Mesyuarat tergempar yang dirancang datuk pada jam 10:00 pagi
serta-merta dibatalkan. Dua lagi kenderaan persendirian milik orang kampung bersedia membawa suami Che
Jah yang telah berjaya ditangkap di belakang pondok dusun, semalam. Aku dan Geetha disuruh menjaga Rafiq
dan Haziq, ditemani Kak Bibah, anak Bilal Ali juga dua orang pak cik yang belum dikenali, sedang berkawal di
halaman, sebagai saksi juga(ii)membantu kami jika terjadi apa-apa.
Dipetik daripada
novel Jendela Menghadap Jalan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
Bahan 2
Versi Demo
Gurindam Hidup Berjiran
Jika kamu masam kepada jiran, Jika tangan dihulur kepada lawan,
Di situlah mula bercelaru fikiran. Di situlah musuh menjadi kawan.
Jika prasangka bermaharajalela, Jika sombong sanggup direndah,
Di situlah permusuhan akan bermula. Di situlah bermula hidup yang indah.
Jika permusuhan tidak dipadam, Jika hubungan sentiasa dipererat,
Di situlah nanti menyala dendam. Di situlah kehidupan menjadi berkat. (ii)
Jika permusuhan dibiar berlanjutan, Azahar bin Bahari
Di situlah mudahnya bisikan syaitan. Teluk Intan
Bahan 3
Pantun Kejiranan
Si dara bersimpuh menyulam tekat, Jangan mudah berputus asa, (ii)
Buat teruna jadi bekalan; Hingga termenung berduka lara;
Jiran baik membawa berkat, Jiran berbudi kita berbahasa,
Hidup bermuafakat jadikan amalan. Barulah hidup aman sejahtera.
Petang hari duduk di bendang, Biar di desa mahupun di kota,
Melihat murai terbang berkawan; Amalkan kerja berganding bahu;
Jangan kerana kemewahan kita,
Tidak sempurna iman seseorang, (ii) Jiran berlapar buat tak tahu.
Jika jiran dijadikan lawan. Qalam Bertinta
122
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud alasan remeh-temeh. ARAS : R [2 markah]
Rangkai kata alasan remeh-temeh bermaksud sebab yang tidak munasabah.
(ii) Berdasarkan semua bahan, mengapakah kita perlu berbuat baik kepada jiran. ARAS : S [4 markah]
Berdasarkan semua bahan, kita perlu berbuat baik kepada jiran kerana jiran merupakan orang yang banyak
menghulurkan bantuan ketika kita ditimpa kesusahan. Selain itu, hubungan sesama jiran dapat dieratkan.
Seterusnya, iman kita tidak sempurna jika jiran dijadikan musuh. Akhir sekali, kita akan sentiasa hidup
dalam keadaan aman dan sentosa.
(iii) Sikap mementingkan diri dan kesibukan bekerja merupakan punca semangat kejiranan semakin luntur dalam
kalangan penduduk.
Pada pendapat anda, apakah kesan yang timbul jika perkara ini dibiarkan berlarutan? ARAS : T [3 markah]
Pada pendapat saya, kesan yang timbul jika perkara ini dibiarkan berlarutan adalah seperti sukar mendapatkan
pertolongan apabila berlaku kecemasan kerana tidak pernah mengenali jiran sekeliling. Selain itu, kita juga
akan terpinggir daripada masyarakat. Hal ini tercetus apabila kita kurang berinteraksi secara langsung atau
tidak langsung dengan jiran-jiran. Akhir sekali, negara tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat lebih
mementingkan diri sendiri.
Versi Demo
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
(iv) Baru-baru ini, kawasan perumahan tempat tinggal anda telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Walau
bagaimanapun, kehadiran penduduk di situ amat mengecewakan.
Sebagai salah seorang ahli persatuan penduduk, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
memupuk semula semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di kawasan anda. ARAS : T [4 markah]
Antara langkah yang boleh diambil untuk memupuk semula semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
di kawasan saya adalah dengan menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung. Dalam hidup bermasyarakat,
kita digalakkan menziarahi jiran kita. Selain itu, saya akan memastikan semua golongan muda mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk. Dengan cara ini,
mereka tidak akan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta mempunyai hubungan yang rapat
dengan golongan berlainan usia.
Analisis Soalan Jawapan
Soalan 6: Petikan Umum
Jumlah bahan: 2 hingga 3 bahan
Jenis bahan: Pelbagai bentuk (berita, rencana, jadual dan lain-lain) dan sumber (majalah, Internet,
ensiklopedia dan lain-lain).
Panjang petikan: 120 hingga 140 patah perkataan sahaja.
Pecahan soalan: Tidak ditetapkan (3 atau 4 soalan)
Soalan 7: Petikan Sastera
Jenis bahan: Mesti berasaskan unsur karya kreatif sama ada daripada antologi yang dipelajari di sekolah
(KOMSAS Tingkatan 4 & 5) atau daripada sumber lain.
Panjang petikan: 120 hingga 140 patah perkataan sahaja.
Pecahan soalan: Tidak ditetapkan (3 atau 4 soalan)
Jenis soalan: Tiada elemen sastera
Kata Laluan:
sarat123
123
Praktis SPM 5
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kem Penulis Muda akan bermula dua minggu dari detik ini. Masih ada kesempatan untuk membuat persiapan.
Lantang ayah menegah benar-benar membuatkan Ikrimah terkedu. Jauh daripada akal warasnya yang ayah
akan menentang hasratnya kali ini.
“Ingin sekali aku memohon ihsan ayah. Tapi kenapa ayah menentang kehendak aku?” tanya hatinya.
Ikrimah berbicara dengan diri sendiri. Keinginan untuk membantah keputusan ayah terpadam apabila
teringat pesan ustaz Kamiluddin, guru pendidikan Syariah Islamiah. Bait-bait itu berjaya meleraikan keinginan
yang membuak-buak dalam dirinya.
“Kadang-kadang dan acap kali kita anak-anak mudah mempertikaikan apa-apa yang orang tua kita cakap
dan lakukan.(ii)Sejenak pun kita tak mengingati segala kepayahan dan kesukaran yang harus mereka tempuh
untuk membesarkan kita. Hanya kerana satu keinginan kita tidak dipenuhi, kita meradang. Merajuk sampai
berhari-hari. Cubalah kita terima seadanya dan fikir sejenak kenapa ayah buat macam itu? Patuhilah arahan
mereka selagi tidak melampaui batasan syariah.”
“Ayah, maafkan Ikrimah. Ikrimah bersalah. Ikrimah berjanji akan dengar cakap ayah. Kalau ayah tak suka
Ikrimah jadi penulis, Ikrimah sanggup lupakan hasrat ini. Ikut apa-apa sahaja ayah cakap. Maafkan Ikrimah,
ayah. Ampunkan dosa-dosa Ikrimah. Redakan Ikrimah,” bisiknya dalam juraian air mata.
Malam berikutnya Ikrimah menghampiri ayah yang sedang berehat di ruang tamu. Dia tidak mahu menyesal.
Dipetik daripada cerpen ‘Azimat daripada Ayah’
oleh Jamilah Mohd Norddin,
Fokus SPM, April 2008.
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
Versi Demo
Bahan 2 MATA AYAH
Kujabat mesra tangan ayah Kelibat senyum matanya masih jua ramah
urat-urat daging-daging tua keras terasa akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
mataku tersenyum, matanya menyapa bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
anak yang pulang disambut mesra. memintaku pulang menikmati beras baru.
Tapi matanya, mata yang menatapku Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi merasakan kepedihan yang tercermin di mata
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu. (ii) dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
Usman Awang
Dipetik daripada
antologi Seuntai Kata untuk Dirasa
Dewan Bahasa dan Pustaka
124
Bahan 3
Pantun Kasih Ayah
Bunga mawar jadi suntingan, Masuk ke hutan pergi meramu,
Letak di rambut kuat terlekat; Selepas itu menaiki jong;
Kasih ayah tiada bandingan, Wahai anak hargailah ayahmu,
Ke akhir hayat tetap diingat. Jasa mereka selalulah sanjung.
Perahu didayung muatan sarat, Pagi-pagi pergi ke tamu,
Pelbagai tangkapan dan juga barang; Tamu terletak di tepi banjaran;
Tugas ayah sangatlah berat, Sebutlah mereka dalam doamu,
Mendidik anak menjadi orang. (ii) Semoga Jannah jadi ganjaran.
Versi Demo Azahar bin Bahari
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kelesuan hidup sendiri. ARAS : R [2 markah]
Maksud kelesuan hidup sendiri ialah kelemahan/ keletihan tinggal seorangan.
(ii) Berdasarkan semua bahan, mengapakah kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah?
ARAS : S [4 markah]
Kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah kerana mereka sanggup bersusah payah untuk
membesarkan kita. Selain itu, seorang ayah tidak pernah menunjukkan keletihannya. Akhir sekali, seorang
ayah sanggup memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang
berguna.
(iii) Sesetengah anak dilihat tidak menghormati ibu bapa mereka hanya kerana mereka pernah melakukan
kesilapan pada masa lalu.
Pada pendapat anda, wajarkah seorang anak bersikap sedemikian terhadap ibu bapanya? Mengapa?
ARAS : T [3 markah]
Pada pendapat saya, seorang anak tidak wajar bersikap sedemikian kerana mereka tetap ibu bapa yang
menjaga dan menyayangi kita sejak kecil hingga dewasa. Oleh itu, kita sebagai anak harus menghormati
mereka. Selain itu, anak-anak boleh memberi mereka peluang kedua untuk membaiki kesilapan tersebut.
Dengan cara ini, hubungan kekeluargaan akan bertambah erat.
(iv) Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja disebabkan kekurangan perhatian dan kasih sayang
daripada ibu bapa.
Sekiranya anda ialah seorang ayah, nyatakan usaha yang akan anda lakukan untuk menangani masalah
tersebut. ARAS : T [4 markah]
Antara usaha yang akan saya lakukan untuk menangani masalah gejala sosial dalam kalangan anak-
anak adalah dengan membekalkan mereka dengan didikan agama yang sempurna. Pendidikan agama ini
mampu menjadi benteng dan melindungi mereka daripada terjebak dengan gejala negatif. Selain itu, saya
akan meluangkan masa bersama-sama anak-anak dengan mengambil berat akan masalah atau keadaan Jawapan
mereka sepanjang masa. Dengan cara ini, anak-anak akan berasa diri mereka sentiasa disayangi dan
diberikan perhatian.
Kata Laluan:
benteng123
125
Praktis SPM 6
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
Aku Membaca Lagi
Aku mendongak langit Aku mendongak lagi Aku mendongak lagi
membaca garis dan titik membaca langit menitis air mata langit
menaakuli kebesaran-Mu di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh membasahi bahasa Melayuku (ii)
di bawah gumpalan mega dahan dan ranting terkulai yang berdarah
hembusan bayu dan banjaran gunung. daun-daun berguguran
helai demi helai Razali Mohd. Yusof
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
Kuselusuri alam di lantai tanah airku yang makmur. Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Versi Demo
kicauan burung Istanbul
desiran ombak dan wajah pelangi Aku membaca langit Kementerian Pendidikan
mewarnai kehidupan umat-Mu. kutemui Malaysia
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsaku.
Bahan 2
“Mel,(ii)agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama
serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang
di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati.
Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan
kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman
baharu sebagai warga kota.
Kota bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan
kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa
dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng
ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.
Dipetik daripada
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 3
Gurindam Fasal Kelima
Jika hendak mengenal orang berbangsa (ii)
lihatlah kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang yang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak melihat orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
126
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sarat dengan api prasangka. [2 markah]
Rangkai kata sarat dengan api prasangka bermaksud mempunyai sangkaan yang buruk yang keterlaluan.
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan bahasa dalam kehidupan masyarakat. [4 markah]
Dalam Bahan 1, bahasa perlu dipelihara supaya tidak dicemarkan oleh penuturnya. Dalam Bahan 2,
bahasa itu melambangkan maruah kita. Manakala dalam Bahan 3, bahasa pertuturan sangat penting untuk
memperlihatkan bangsa seseorang.
Versi Demo
05 Pemahaman (Umum/ Sastera)
(iii) Bahasa sangat penting sebagai medium untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk meyakinkan masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia untuk memperkasakan bahasa Melayu? [3 markah]
Pada pendapat saya, antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia adalah seperti mengadakan Minggu atau Bulan Bahasa
pada peringkat sekolah dan negara. Selain itu, pihak-pihak tertentu boleh melaksanakan pelbagai aktiviti
untuk menyampaikan keindahan bahasa Melayu kepada umum seperti Sayembara Pidato Antarabangsa.
Seterusnya, kita boleh membanyakkan penerbitan bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
(iv) Baru-baru ini, anda telah pergi ke pekan untuk membeli barangan. Anda mendapati terdapat pencemaran
bahasa pada papan tanda salah sebuah premis perniagaan.
Sebagai individu yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk menangani masalah
tersebut? [4 markah]
Salah satu tindakan yang akan saya lakukan adalah dengan menemui pemilik premis tersebut dan
memberitahu kesalahan yang terdapat di papan tanda premisnya. Sekiranya pemilik premis tersebut tidak
mengendahkan teguran saya, saya akan melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran
atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah tersebut.
Jawapan
Kata Laluan:
papan123
127
02KERTAS PEMAHAMAN (NOVEL)
(BAHAGIAN B: SOALAN 8)
01 JENDELA MENGHADAP JALAN | Pengarang: Ruhaini Matdarin NOVEL
Sinopsis
Novel ini mengisahkan Lili yang bercuti di kampung kerana disuruh oleh ibunya. Di dalam bas, Lili berkenalan
dengan Geetha. Lili terserempak semula dengan Geetha semasa menemani neneknya ke kedai runcit. Ibu
Geetha mengamalkan minuman herba buatan datuknya, Haji Abdul Rahman dan telah berjaya menyembuhkan
penyakitnya. Danel, iaitu anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk Lili bagi membincangkan niat
Danel untuk membawa ayahnya berubat secara moden. Oleh itu, William Ng akan menghentikan perubatan secara
tradisional yang diterimanya daripada datuk Lili. Danel turut berhujah dengan datuk Lili tentang kebaikan rawatan
moden berbanding dengan rawatan tradisional. Pada masa yang sama, penduduk kampung dibelenggu isu kubah
surau. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membangunkan kubah surau berbanding membina masjid
kerana masalah tapak. Isu ini menyebabkan penduduk kampung mula hidup berpuak-puak. Ketua kampung (Pak
Sahak), Imam Sanusi dan seorang pemuda datang ke rumah datuk Lili untuk berbincang tentang kubah surau.
Danel mengajak Lili ke pekan untuk membeli minyak gamat. Dalam perjalanan pulang, Rafiq menculik Lili dan
menyembunyikannya di sebuah pondok usang. Danel berjaya menyelamatkan Lili. Haziq dan Rafiq telah ditangkap
oleh penduduk kampung. Sementara itu, kedatangan Puan Hamimah (Kak Mimah) yang bekerja di Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk berubat dengan datuknya membuka jalan kepada Lili untuk menceritakan masalah
keluarga Che Jah. Kak Mimah setuju untuk membantu Lili menyelesaikan masalah keluarga Che Jah dan meminta
Lili menjadi saksi. Selepas itu, seluruh kampung mereka heboh kerana kehilangan kubah surau. Rata-rata penduduk
kampung menuduh kubah itu dicuri oleh Haziq dan Rafiq lalu membelasah mereka. Kak Mimah menemui Che
Jah berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya. Perbuatan keterlaluan Seman yang sanggup membelasah
separuh mati anaknya menyebabkan Che Jah membongkar rahsia bahawa kubah surau itu sebenarnya dicuri oleh
suaminya. Che Jah juga bersetuju untuk membuat laporan polis dan suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk
kampung. Haziq yang cedera dirawat oleh datuk Lili, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan. Cadangan Danel dan Lili tentang pembinaan masjid diterima oleh semua penduduk kampung. Lili dan
ibunya pulang ke Kuala Lumpur. Nenek memberitahu Lili bahawa jendela dibina menghadap jalan supaya mudah
untuk mengintai pergerakan penceroboh dan sentiasa berjaga-jaga. Lili menerima sepucuk surat yang dihantar
oleh Danel. Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian serta permasalahan sosial dan kemasyarakatan yang
berlaku di Kampung Sentosa berjaya ditangani.
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
Nota Tema dan Persoalan
Sinopsis Tema: Kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan cabaran
Mengikut Contoh: Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan
Bab semangatnya untuk segera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk
mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba membantunya.
Bukti: Daripada kata-kata mereka, aku mengesan sesuatu; mereka tentu anak-anak Che Jah. Dua beradik yang
mendapat gelaran pencuri harta benda ibu bapa mereka sendiri yang menyusahkan penduduk kampung
kerana setiap kali mereka melarikan barang-barang rumah mereka, Che Jah akan terpekik terlolong
meminta penduduk kampung menangkap mereka. Aku kini sedang menjadi tebusan mereka
Persoalan Contoh
Persaingan antara perubatan moden Datuk masih mempertahankan perubatan tradisional yang diusahakannya walaupun
dengan perubatan tradisional ramai pelanggan telah meninggalkannya untuk mencuba perubatan moden.
Keruntuhan akhlak dalam Haziq dan Rafiq terlibat dalam masalah ketagihan dadah, mencuri dan pernah
kalangan masyarakat mengugut ibunya kesan daripada penderaan fizikal dan mental oleh ayahnya.
Keganasan rumah Seman yang merupakan kaki judi dan pemabuk sering membelasah isteri dan anak-
tangga anaknya. Sikap ini menyebabkan anak-anaknya menjadi liar dan suka mencuri.
128
Watak dan Perwatakan
Watak Utama Lili ialah gadis yang masih belajar dan bakal menduduki SPM. Lili berusia 17 tahun,
Lili berambut panjang dan boleh bertutur dalam bahasa Cina kerana belajar di sekolah Cina.
Patuh: Lili patuh dengan kehendak ibunya agar dia pulang ke kampung
nenek semasa cuti. Pada mulanya, Lili agak keberatan untuk memenuhi
kehendak ibunya kerana dia ingin menghabiskan masa bersama-sama
rakan dan majlis perpisahan dengan pengetua.
Penyayang: Lili seorang yang penyayang kerana dia berpura-pura suka balik
ke kampung datuk dan nenek semata-mata untuk menjaga hati ibunya.
Pemaaf: Lili memaafkan perbuatan anak-anak Che Jah yang menculiknya
ketika dia pulang dari pekan. Lili sendiri menjelaskan perkara ini semasa
datang ke rumah Che Jah ketika Che Jah memohon maaf atas kejadian
yang disebabkan oleh perbuatan anak-anaknya.
Bertanggungjawab: Lili bertanggungjawab dalam membantu Che Jah
menyelesaikan masalah keluarganya walaupun dia mengetahui bahawa
suami Che Jah, iaitu Seman seorang kaki pukul dan panas baran.
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Watak Sampingan Datuk atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman merupakan pakar akar kayu
dan perubatan tradisional. Datuk berasal dari Kalimantan dan berumur 70
Datuk (Haji Abdul tahun. Datuk menjadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung.
Rahman)
Kuat beribadat: Datuk seorang yang kuat beribadat apabila dia sering
menunaikan solat jemaah dan berzikir setiap kali selesai solat.
Pemaaf: Datuk memaafkan Danel yang pernah mempertikaikan ubat-ubatan
tradisional sehingga dia hilang pelanggan. Datuk juga bertanya khabar dan
keadaan ayah Danel yang pernah mendapat rawatan tradisional daripadanya.
Baik hati: Datuk yang baik hati memberikan wang kepada Seman
apabila dia mengadu tentang masalah kewangan. Datuk menganggap
pemberiannya itu sebagai satu sedekah kerana Seman tidak pernah
membayar wang yang dipinjamnya daripada datuk.
Danel Anak William Ng yang telah memeluk agama Islam. Danel sedang belajar untuk
menjadi penulis rencana. Dia telah menulis belasan artikel dalam buku yang
berjudul Segalanya tentang Pisang.
Rajin:Danel rajinmembaca bukuterutama bukuberkaitan kesihatan. Oleh
sebab itu, Danel dapat menjelaskan dengan panjang lebar perbandingan
kaedah rawatan tradisional dengan kaedah rawatan moden walaupun
datuk cuba mempertahankan pendapatnya.
Bertanggungjawab: Danel menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
anak dengan menyediakan rawatan terbaik bagi ayahnya yang menghidap
penyakit kencing manis. Danel dan adik-beradiknya telah mendaftarkan
nama ayah mereka dalam program pemakanan tambahan efektif.
Nenek (Hajah Aisyah Nenek berasal dari Tanah Besar China dan dibawa ke Tanah Melayu oleh ayahnya
Tan Abdullah) ketika dia berusia sebelas tahun.
Percaya kepada perkara tahyul: Nenek percaya kepada perkara tahyul
apabila meminta Lili menutup semua cermin dengan kain buruk ketika
hujan kerana kilat. Nenek membakar kemenyan kerana asap kemenyan
dapat mewangikan rumah.
Penyayang: Nenek seorang yang penyayang apabila dia amat bimbang
ketika datuk tidak pulang pada suatu malam. Nenek meminta Abang
Rashid mencari datuk.
129
06 Pemahaman (Novel)Binaan Plot 1. Permulaan/ Eksposisi
1
Versi Demo2 1 Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu
3 dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan
4 percutiannya pada kali ini, Lili menurut sahaja kehendak ibunya
5 supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Lili bertemu Danel dan
6 Geetha di dalam bas. Lili disambut oleh nenek yang ketika itu
berada di bendang.
130
2. Perkembangan
2 Lili berharap datuk akan menceritakan maksud rumah-
rumah yang jendelanya menghadap jalan setelah beberapa
kali bertangguh. Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan
memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan
kawasan perumahan di kampung datuk. Danel datang ke
rumah datuk untuk menyatakan pendiriannya membawa
ayahnya, William Ng berubat secara moden. Danel telah
membuat perbandingan perubatan moden dengan perubatan
tradisional. Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya
telah berjaya menyembuhkan ibunya, Letchumi yang sakit
menggunakan herba tradisional.
3. Perumitan/ Konflik
3 Isu kubah surau menyebabkan penduduk kampung mula
berpuak-puak. Datuk pula kecewa kerana pelanggannya telah
beralih kepada perubatan moden. Dia tidak boleh bergantung
pada herba lagi. Datuk belum pulang walaupun telah malam. Hal
ini membimbangkan nenek dan Lili. Abang Rashid berjanji akan
mencari datuk. Lili ternampak sekumpulan pemuda mengejar
anak Che Jah yang mencuri lagi. Rumah datuk dikunjungi ketua
kampung, Pak Sahak, Kiai Baharom dan Imam Sanusi untuk
membincangkan isu kubah surau. Lili diculik oleh anak-anak Che
Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel. Kekecohan berlaku
lagi di rumah Che Jah apabila Seman memukul Haziq sehingga
berdarah. Kak Mimah bersedia untuk membantu keluarga Che
Jah dan memerlukan Lili untuk menjadi saksi. Datuk merawat
Rafiq dan Haziq yang dibelasah setelah dituduh mencuri kubah
surau.
4. Puncak/ Klimaks
4 Che Jah membuka rahsia bahawa suaminya yang melarikan
kubah surau. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq
disebabkan kes mereka sebelum ini, namun telahan mereka
tersasar.
5. Penurunan
5 Che Jah dicadangkan oleh Kak Mimah supaya membuat
laporan polis agar suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
Namun begitu, Che Jah enggan kerana masih sayang akan
suaminya. Setelah dipujuk, barulah Che Jah bersetuju untuk
membuat laporan polis. Suami Che Jah ditangkap di belakang
pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
6. Peleraian/ Resolusi
6 Haziq dan Rafiq kembali semula ke sekolah untuk
menduduki PMR. Lili ingin pulang semula ke kampung kerana
cerita datuk dan nenek belum selesai walaupun mereka telah
menjelaskan rahsia rumah yang jendelanya menghadap jalan.
Latar
Latar Masa Contoh
50 tahun Tempoh yang ditetapkan oleh arwah orang tua datuk supaya surau yang dibina tidak boleh diubah
suai kerana takut akan berlaku gangguan.
Senja Geetha dan Lili memanjat bukit untuk melihat matahari terbenam dengan lebih dekat. Lili
Malam mengagumi keindahan pemandangan di situ.
Nenek mula berleter apabila datuk masih tidak pulang ke rumah. Nenek memberitahu Abang
Rashid dan Abang Rashid berjanji akan membawa datuk pulang.
Pagi Datuk muncul di rumah selepas berbelas-belas jam hilang. Datuk pergi ke hutan dan balik dengan
membawa dua buah bakul penuh akar-akar kayu dan pelbagai jenis daun dari hutan.
Latar Tempat Contoh
Puncak bukit
Rumah datuk Tempat Lili dan Geetha melihat pemandangan matahari terbenam dengan lebih dekat.
Kampung Sentosa Tempat Pak Sahak, ketua kampung, Kiai Baharom, dan Imam Sanusi datang ke rumah
datuk untuk membincangkan isu kubah surau.
Jeti nelayan
Lili menghabiskan masa cuti persekolahan di kampung ini. Hampir keseluruhan cerita
dalam novel ini berlangsung di kampung ini.
Tempat Lili, Geetha dan Danel menunggu untuk melihat matahari terbit. Mereka dapat
menyaksikan pemandangan yang indah di situ.
Versi Demo
Latar Masyarakat Contoh 06 Pemahaman (Novel)
Masyarakat yang terdiri Masyarakat pelbagai bangsa yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat India
daripada pelbagai bangsa (Geetha dan Letchumi), masyarakat Cina (William Ng dan Danel) dan masyarakat
dan hidup dengan harmoni Melayu (penduduk Kampung Sentosa dan keluarga Lili).
Masyarakat yang Pak Sahak, Kiai Baharom, ketua kampung, Imam Sanusi dan datuk berbincang
mementingkan muafakat untuk mencapai kata muafakat tentang isu kubah surau atau pembinaan masjid
dalam setiap pekerjaan di Kampung Sentosa.
Masyarakat yang berdepan Che Jah menghadapi masalah keluarga kerana sikap suaminya yang panas
dengan keganasan rumah baran menyebabkan kedua-dua orang anaknya rosak akhlak. Seman sering
melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan isterinya dengan memukul
tangga dan pelbagai mereka.
masalah keluarga yang lain
Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah lalu meminta
Masyarakat yang prihatin bantuan Puan Hamimah yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
akan masalah orang lain mengatasi perkara tersebut.
Nilai dan Pengajaran
Nilai Murni Pengajaran Contoh
Kita hendaklah menyayangi Nenek sangat menyayangi Lili sehingga sanggup mengawal
Kasih sayang dan menghargai semua ahli setiap gerak-geri Lili semasa berada di rumahnya terutama
keluarga dengan sepenuh hati. setelah diculik kerana bimbang akan keselamatannya.
Kita hendaklah bekerjasama Datuk, Lili dan penduduk kampung bekerjasama membantu
Kerjasama dalam menyelesaikan masalah menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kampung mereka Praktis SPM
(muka surat 144)
yang timbul. seperti kecurian, aktiviti haram, isu kubah dan sebagainya.
Kita haruslah prihatin terhadap Lili dan Danel prihatin dengan masalah yang berlaku di
Keprihatinan masalah yang berlaku di kampung mereka. Atas sikap prihatin ini, kedua-dua masalah
sekeliling kita supaya dapat tersebut dapat diselesaikan tanpa berlaku perpecahan dalam
diatasi dengan segera. kalangan penduduk.
Baik hati Kita hendaklah baik hati dan Lili yang baik hati telah memaafkan kesalahan Rafiq dan
bertimbang rasa terhadap orang Haziq kerana tidak mahu anak-anak Che Jah dipenjarakan
lain. atau diapa-apakan oleh penduduk kampung.
131
02 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA | Pengarang: Abdul Latip Bin Talib NOVEL
Sinopsis
Novel ini mengisahkan serangan dan kekejaman askar Jepun dalam usaha untuk menakluki Tanah Melayu dan
Singapura. Adnan tinggal di Kampung Sungai Ramal, Kajang bersama dengan bapanya, Pak Saidi dan ibunya, Mak
Milah serta dua orang adiknya, iaitu Ahmad dan Amarullah. Dia merupakan salah orang wira dalam mempertahankan
tanah air daripada serangan tersebut. Pak Saidi menghantar Adnan untuk belajar di sekolah Inggeris dengan niat
untuk mengubah nasib keluarga dan juga tanah air tercinta. Selepas itu, Adnan bersama dengan rakan baiknya,
Mamat telah mengikuti latihan tentera di Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson dan menjadi pengasas Kompeni
Percubaan Askar Melayu sebelum ditukarkan ke Singapura yang merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu
ketika itu. Adnan yang terpilih untuk mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat sempena
pertabalan King George VI di London telah dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Muda dan mengetuai Platun ke-
7, Kompeni C. Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, pihak British dan sekutu-sekutunya di bawah pimpinan
Jeneral A.E. Percival gagal menyekat kemaraan Jepun. Hal ini disebabkan askar-askar upahan British seperti India,
Gurka dan Punjabi tidak berjuang dengan bersungguh-sungguh serta meninggalkan pertahanan masing-masing
ketika bertempur dengan askar-askar Jepun. Setelah berjaya menakluki Tanah Melayu, Jepun mara ke Singapura.
Serangan tersebut telah mengorbankan Ahmad, iaitu adik Adnan yang menyertai tentera laut British dan bertugas
di dalam HMS Pelanduk. Kemaraan tersebut memberikan tekanan yang hebat kepada askar British. Askar Melayu
yang berpangkalan di Bukit Candu di bawah pimpinan Leftenan Adnan berjuang dengan bersungguh-sungguh
menentang Jepun walaupun hanya berbekalkan senjata ringan. Semangat cinta akan negara yang membara dalam
jiwa telah menyebabkan askar-askar Melayu di bawah pimpinan Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah
yang terakhir. Leftenan Adnan akhirnya terkena tembakan tentera Jepun. Leftenan Renya Mutuguchi menikam
Adnan bertubi-tubi dengan bayonet sehingga Adnan meninggal dunia. Berita kematian Adnan memberikan
tamparan hebat kepada ibunya. Mak Milah yang sedang sakit tenat akhirnya meninggal dunia. Pada masa yang
sama, Jeneral Yamashita yang berdendam dengan Leftenan Adnan kerana telah membunuh ramai askar Jepun
termasuk adiknya mengarahkan Leftenan Renya Mutuguchi menangkap Pak Saidi. Sebelum mati ditembak, Pak
Saidi berjaya membunuh lima orang askar Jepun dan mencederakan lima belas orang lagi dengan keris pusaka
tinggalan datuknya. Anak ketiga Adnan, iaitu Fatimah pula meninggal dunia kerana demam panas. Setelah Jepun
kalah, Sophia, iaitu balu Adnan bekerja semula sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal. Selepas itu,
Sophia berkahwin pula dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Selepas empat tahun berumah tangga,
Sophia meninggal dunia kerana penyakit leukemia.
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
Nota Tema dan Persoalan
Sinopsis Tema: Keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air
Mengikut Contoh: Leftenan Adnan dan anggota pasukan di bawah pimpinan ketua seperti Lans Koperal Yusuf, Sarjan
Bab Husin dan Sarjan Arshad mempunyai semangat kepahlawanan dan keberanian yang tinggi apabila
berjuang sehingga ke hujung nyawa demi mempertahankan pangkalan Bukit Candu daripada dikuasai
oleh pihak Jepun.
Bukti: Walaupun kecederaannya agak parah, Leftenan Adnan masih tidak mahu berundur dan membakar
semangat anak-anak buahnya untuk sama-sama berjuang. Kali ini, bilangan musuh lebih ramai
menyerbu masuk kubu pertahanan askar. Kemaraan tentera Jepun semakin ramai dan membuat
Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya terhimpit.
Persoalan Contoh
Kasih sayang dalam Pak Saidi dan Mak Milah mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang.
keluarga Mereka memberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan formal di
sekolah Inggeris kepada Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Kepentingan pelajaran Pak Saidi telah menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris supaya dapat menguasai ilmu
dalam kehidupan orang Inggeris dan dapat mentadbir negara apabila memperoleh kemerdekaan nanti.
Semangat cinta akan Leftenan Adnan dan pasukannya berjuang bermati-matian menentang askar Jepun
negara yang tidak demi mempertahankan Bukit Candu. Semangat cinta akan tanah air ini menyebabkan
berbelah bahagi mereka berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Keburukan Pak Saidi sekeluarga merupakan antara mangsa kekejaman askar Jepun yang ingin
peperangan menguasai Tanah Melayu. Ramai orang awam dibunuh dengan kejam oleh askar Jepun.
132
Watak dan Perwatakan
Watak Utama Leftenan Adnan ialah anak sulung Pak Saidi dan Mak Milah. Beliau mahir bersilat
Leftenan Adnan dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris. Beliau pernah menjadi guru
sebelum menjadi tentera. Beliau berkahwin dengan Sophia dan dikurniakan
tiga orang anak, iaitu Mokhtar, Zainuddin dan Fatimah.
Rajin: Adnan rajin belajar di sekolah Inggeris. Oleh sebab kerajinannya
itu, Adnan disayangi oleh guru-guru terutama Cikgu Anderson. Dengan
ilmu yang diperoleh itu, Adnan mengajar anak-anak orang kampung
membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Penyabar: Adnan bersabar dan tidak mahu bergaduh berikutan perbuatan
Nordin yang menahan basikalnya semasa mereka pulang dari pekan.
Gigih: Adnan gigih menjalani latihan ketenteraan di Kem Haig Lines, Port
Dickson. Jadual latihannya amat padat namun Adnan tidak pernah patah
semangat. Mereka berlatih ilmu ketenteraan seperti menggunakan senjata
api, teknik mempertahankan diri dan gerak gempur.
Bertanggungjawab: Adnan menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua
dengan penuh dedikasi. Adnan mengatur strategi demi mempertahankan
Bukit Candu daripada ditawan oleh pihak Jepun. Hal ini demikian kerana
sekiranya Jepun berjaya menawan Bukit Candu bermakna seluruh
Singapura akan jatuh ke tangan Jepun.
Bersemangat patriotik: Adnan mempunyai semangat patriotik
yang tinggi. Adnan tidak mahu menerima cadangan Sarjan Arshad
untuk menyerah kalah kepada pihak Jepun. Beliau mengarahkan ahli
pasukannya berjuang sehingga mati. Dalam keadaan cedera parah akibat
terkena tembakan, Adnan masih terus-menerus menikam beberapa
orang tentera Jepun sehingga menghembus nafasnya yang terakhir.
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Watak Sampingan Pak Saidi ialah bapa Adnan, Ahmad dan Amarullah. Dia berkahwin dengan
Pak Saidi Mak Milah. Dia bekerja sebagai pekebun dan pesawah. Pak Saidi ialah anak
cucu Datuk Siamang Gagap, pahlawan Melayu yang menentang Inggeris dalam
Perang Bukit Putus.
Baik hati: Pak Saidi seorang yang baik hati apabila dia mewakafkan
sedikit tanah dusunnya untuk dijadikan kawasan perkuburan setelah
tanah kubur lama ditenggelami air ketika berlakunya banjir besar.
Rajin: Pak Saidi rajin mengusahakan dusun buah-buahan miliknya.
Selain itu, Pak Saidi juga menoreh getah dan menangguk ikan apabila
musim hujan.
Berwawasan: Pak Saidi seorang yang berwawasan kerana dia mahu
anaknya menimba ilmu dari sekolah Inggeris agar dapat menyumbang
dan menerajui kepimpinan negara pada suatu hari nanti.
Jeneral A.E. Percival Pegawai Pemerintah Tentera British dan perancang Ops Matador.
Tegas: Jeneral A.E. Percival dengan tegas memberitahu ketuanya, Sir
Robert Brooke-Popham jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini,
jangan dipersoalkan dalam sejarah kerana keputusannya yang tidak mahu
melancarkan Ops Matador.
Bertanggungjawab: Jeneral A.E. Percival bertanggungjawab
mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan pihak Jepun.
Berpandangan jauh: Jeneral A.E. Percival berpandangan jauh dengan
merancang pelbagai strategi untuk menyekat kemaraan Jepun seperti
meminta bantuan tentera bersekutu menambahkan bilangan tentera
serta mencadangkan Ops Matador dilancarkan.
133
06 Pemahaman (Novel)Binaan Plot 1. Permulaan/ Eksposisi
1
Versi Demo2 1 Novel dimulakan apabila pengarang memperkenalkan watak
3
4 Adnan ketika berusia 10 tahun. Adnan pada ketika itu sudah
5 menunjukkan ciri-ciri kepahlawanan apabila beliau berlagak
6 seperti Hang Tuah yang sedang menikam musuhnya menggunakan
keris kayu pemberian ayahnya. Pengarang juga memperkenalkan
134 ahli keluarga Adnan, iaitu Pak Saidi, Mak Milah, Ahmad dan
Amarullah. Mereka tinggal di Kampung Sungai Ramal, Kajang.
2. Perkembangan
2 Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Tindakan
Pak Saidi menimbulkan kemarahan penduduk kampung. Nordin
dan rakan-rakannya membocorkan tayar basikal Pak Saidi supaya
Pak Saidi tidak dapat menghantar Adnan ke sekolah. Adnan ialah
seorang pelajar yang rajin. Dia sentiasa belajar dengan bersungguh-
sungguh dan mendapat pujian guru-guru. Adnan menyertai
pertandingan syarahan dan berjaya menjadi johan. Adnan mewakili
remaja Kampung Sungai Ramal apabila menerima cabaran untuk
bertinju dengan Budin yang mewakili remaja Kampung Sungai
Merab. Adnan ditawarkan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu
Sungai Ramal. Adnan setuju untuk menerima tawaran tersebut
setelah dipujuk oleh ahli keluarganya.
3. Perumitan/ Konflik
3 Adnan menjalani latihan ketenteraan di Kem Haig Lines di
Port Dickson dengan jadual yang padat. Setelah tamat latihan
ketenteraan, Adnan diarahkan untuk bertugas di Singapura
menyebabkan dia terpisah dengan keluarganya. Adnan berkahwin
dengan Sophia dan terpaksa meninggalkan isterinya selama empat
tahun kerana tempat tinggalnya tiada rumah kelamin. Setahun
hidup bersama di pangkalan Pasir Panjang, mereka terpaksa
berpisah kerana Jepun sudah berura-ura untuk menyerang Tanah
Melayu. Jepun mula menyerang Tanah Melayu di Kelantan pada 8
Disember 1941 dan menyerang Singapura pada 3 Februari 1942.
4. Puncak/ Klimaks
4 Jepun mula menyerang pangkalan Pasir Panjang dan Bukit
Candu yang dipertanggungjawabkan kepada Leftenan Adnan dan
askar Melayu. Banyak tentera Jepun yang dapat dibunuh oleh askar
Melayu walaupun mereka hanya dibekalkan senjata ringan. Serangan
kali pertama Jepun di pangkalan Pasir Panjang gagal. Dalam serangan
kedua, askar Melayu berjuang berhabis-habisan sehingga semuanya
terkorban kecuali Koperal Yaakob. Leftenan Adnan turut cedera
parah dalam pertempuran tersebut sebelum tubuhnya digantung
pada pokok ceri dan diseksa dengan kejam sehingga mati.
5. Penurunan
5 Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Februari 1942 apabila
Jeneral A.E. Percival menyerah kalah kepada pihak Jepun di Kilang
Kereta Ford, Alexandra, Singapura. Mak Milah meninggal dunia
kerana sakitnya semakin tenat selepas mendengar berita Adnan
gugur di medan perang. Jeneral Yamashita membalas dendam
terhadap Leftenan Adnan dengan mengarahkan Leftenan Renya
Mutuguchi menangkap Pak Saidi hidup-hidup. Namun begitu, Pak
Saidi dibunuh oleh Leftenan Renya Mutuguchi.
6. Peleraian/ Resolusi
6 Jepun menyerah kalah apabila pihak Amerika menggugurkan
bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Sophia kembali bekerja sebagai
guru di Sekolah Melayu Sungai Ramal dan berkahwin dengan Ustaz
Ridwan. Sophia meninggal dunia akibat penyakit leukemia.
Latar
Latar Masa Contoh
Tengah hari Remaja Kampung Sungai Ramal dan remaja Kampung Sungai Merab mengadakan
awal bulan Mac pertarungan. Remaja Kampung Sungai Ramal diwakili oleh Adnan manakala Budin mewakili
remaja Kampung Sungai Merab.
Selepas subuh Adnan dan Mamat pergi ke pekan Kajang dengan berjalan kaki. Di pekan Kajang, mereka
bertemu dengan Jaafar dan Yusuf yang juga hendak ke Port Dickson. Mereka berempat
10 Disember menumpang sebuah lori ke Seremban.
1941
Jeneral A.E. Percival melaporkan bahawa Jepun telah menyerang Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Pulau Pinang. Dia menyalahkan Sir Robert Brooke-Popham kerana melarang Ops
Matador dilancarkan lebih awal.
Latar Tempat Contoh
Pangkalan Bukit
Leftenan Adnan dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan pangkalan Bukit Candu
Candu dengan bersungguh-sungguh. Ramai askar Melayu termasuk Leftenan Adnan terkorban di sini.
Alexandra, Jeneral A.E. Percival menyerah kalah secara rasmi kepada pihak Jepun di Kilang Kereta
Singapura Ford, Alexandra. Jepun amat gembira kerana dapat menakluki seluruh Tanah Melayu dan
Singapura dalam masa 69 hari.
Kampung Sungai
Ramal, Kajang Tempat berlakunya pertempuran antara Pak Saidi dengan askar Jepun hingga
menyebabkannya gugur mempertahankan maruahnya.
Versi Demo
Latar Masyarakat Contoh 06 Pemahaman (Novel)
Masyarakat yang menyayangi Pak Saidi dan Mak Milah memelihara anak-anak mereka dengan penuh
ahli keluarga kasih sayang. Mereka memberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan
pendidikan Inggeris agar anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan.
Masyarakat yang
pendendam dan kejam Jeneral Yamashita berdendam dengan Leftenan Adnan kerana telah banyak
membunuh tentera Jepun termasuk adiknya.
Masyarakat yang
mempunyai semangat Leftenan Adnan dan askar-askar Melayu mempunyai semangat patriotik yang
tinggi kerana berjuang menentang tentera Jepun di Bukit Candu hingga titisan
patriotik tinggi darah yang terakhir.
Masyarakat pahlawan
Pak Saidi berjaya membunuh lima orang askar Jepun dan mencederakan 15
Melayu yang berani orang yang lain dengan hanya bersenjatakan keris pusaka tinggalan datuknya.
Nilai dan Pengajaran
Nilai Murni Pengajaran Contoh
Kerajinan Kita hendaklah rajin belajar dan Adnan rajin belajar bahasa Inggeris hingga dia muncul sebagai
mengubah nasib diri. juara pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris.
Kasih sayang Kita haruslah menyayangi ahli Mak Milah sangat menyayangi keluarganya serta sentiasa
keluarga agar hubungan sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan ahli keluarganya.
harmoni.
Kita haruslah bekerjasama dalam Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberikan
Kerjasama menjaga keselamatan masyarakat maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan Praktis SPM
(muka surat 144)
setempat. anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Ketaatan Kita perlulah taat akan perintah Leftenan Adnan taat pada suruhan agama apabila beliau
agama dan ketua supaya setiap melakukan solat hajat sebelum menjalankan tugas untuk
pekerjaan berjalan dengan lancar. menentang pihak Jepun.
Kita mestilah bijak menggunakan Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang
Kebijaksanaan akal fikiran apabila berhadapan menyamar sebagai tentera India dengan memakai turban
dengan situasi genting. ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
135
03 PANTAI KASIH | Pengarang: Azmah Nordin NOVEL
Sinopsis
Novel ini mengisahkan Raiha, seorang doktor muda yang sentiasa tabah menghadapi pelbagai dugaan
hidup sebelum menjadi doktor pakar. Raiha mengalami kegagalan rumah tangga dengan suaminya, Doktor
Sadiz. Doktor Raiha menerima pelawaan Doktor Uwang untuk menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Sepanjang bertugas di PRPK, fikiran Raiha sering terganggu dengan komplikasi yang dihadapi oleh pesakitnya
yang bernama Unong Siron. Raiha amat terkesan dengan arahan Doktor Uwang untuk melakukan pembedahan
kali keenam terhadap Unong Siron. Raiha curiga dengan lima pembedahan yang telah dilakukan oleh Doktor
Uwang terhadap Unong Siron sebelum ini. Fikiran Raiha juga terganggu dengan imbauan silam tentang suaminya
dan kematian anak mereka. Doktor Sadiz yang tidak berhati perut sanggup meminta Raiha menggugurkan
kandungannya apabila mendapat tahu bahawa kandungan itu disahkan mengalami kecacatan sindrom Down.
Doktor Sadiz berasa marah apabila Raiha memandu kereta mewahnya untuk melarikan anak mereka, Rohayu
yang akan dihantar ke sebuah pusat rawatan khas. Doktor Sadiz bertindak membakar kereta Porsche miliknya
sehingga menyebabkan kematian Rohayu yang tiba-tiba muncul di situ lalu disambar api. Setelah memenangi kes
kebakaran dan kematian Rohayu di Mahkamah Syariah, Doktor Sadiz dengan sombongnya memberitahu Raiha
bahawa dia tidak akan sesekali menceraikannya, malah akan digantung tidak bertali. Walau bagaimanapun,
dia telah meninggal dunia apabila kereta baharu yang dipandunya terlanggar lori minyak lalu terbakar. Pada
satu sudut lain, Doktor Raiha tidak menyenangi sikap Felicia Landosi yang melayan ibu Unong Siron dengan
kasar. Sejak kecil, Felicia yang tidak berbapa selalu diejek oleh kawan-kawannya. Hal ini menyebabkannya
mengambil ubat batuk secara diam-diam sehingga ketagihan. Seperti Felicia, Doktor Uwang juga selalu teringat
akan kejadian ngeri yang menimpa anak Raiha. Doktor Uwang yang tertekan telah diserang sakit dada sehingga
menyebabkannya gagal mengawal kereta mewahnya lalu merempuh tembok garaj PRPK. Setelah selesai
melakukan pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron, Raiha dikejutkan dengan berita kemalangan Doktor
Uwang. Raiha terpaksa melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang serta menggantikan sendi tulang lutut
dan pergelangan tangannya dengan alat ganti palsu. Selepas peristiwa itu, Felicia menceritakan kejadian sebenar
yang menimpa Rohayu. Dia meminta maaf daripada Raiha serta mengaku berasa terkejut dengan tindakan
Doktor Sadiz yang bertindak di luar kewarasan. Felicia turut meminta maaf kerana tidak tampil sebagai saksi
di mahkamah kerana takut. Raiha akhirnya memaafkan Felicia kerana menyedari bahawa mereka hanyalah
mangsa keadaan dan hidup hendaklah diteruskan.
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
Nota Tema dan Persoalan
Sinopsis Tema: Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya
Mengikut Contoh: Raiha berdepan dengan pelbagai dugaan setelah kematian anak perempuannya, Rohayu (Ayu) dalam
Bab kebakaran akibat perbuatan suaminya, Doktor Sadiz. Raiha juga tabah berhadapan dengan pelbagai
beban tugas seorang doktor di PRPK. Raiha menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu
sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang.
Bukti: Pada puncak segala kekeliruan yang mengganggu fikirannya itu, Raiha menghela nafas yang terasa
kian menyendatkan dadanya. Waktu semakin sempit dan terasa daya fikirnya seolah-olah cuba berlari
dalam air. Kekeliruan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam hatinya.
Persoalan Contoh
Tanggungjawab dalam Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron demi
merawat pesakit melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Sikap individualistik Doktor Uwang lebih mementingkan keuntungan PRPK apabila dia tidak menghiraukan
sehingga kesusahan pesakitnya, Unong Siron yang menggunakan wang insurans untuk membayar
mengabaikan kos pembedahan dan rawatan di PRPK. Perkara ini merungsingkan ibu Unong Siron
kebajikan masyarakat kerana duit insurans yang diperoleh telah habis digunakan.
Felicia Landosi berani mengakui kesalahannya kerana menyembunyikan kebenaran
Keberanian mengakui apabila tidak mahu menjadi saksi di mahkamah ketika kes Raiha dan Doktor Sadiz
kesalahan diri dibicarakan. Felicia sebenarnya mengetahui punca kematian anak Raiha tetapi dia
terpaksa merahsiakan perkara tersebut kerana takut.
136
Watak dan Perwatakan
Watak Utama Berusia 30-an dan pernah bertugas di Hospital Kinabalu yang kini bertugas di
Doktor Raiha PRPK. Suaminya bernama Doktor Sadiz dan mereka mempunyai anak bernama
Rohayu (Ayu).
Penyayang: Doktor Raiha yang penyayang berasa sedih setiap kali
teringat akan peristiwa ngeri yang telah meragut nyawa anaknya, Ayu.
Baik hati: Doktor Raiha seorang yang baik hati kerana melayan pesakitnya
yang miskin dengan baik. Beliau menegur perbuatan Felicia yang melayan
ibu Unong Siron dengan kasar.
Bijak: Doktor Raiha bijak menyelesaikan masalah dengan melembutkan
hati pemuda yang menceroboh masuk ke PRPK. Beliau menjelaskan
bahawa Unong Siron tiada di situ sebaliknya berada di hospital besar.
Pemaaf: Doktor Raiha memaafkan kesalahan Felicia yang
menyembunyikan rahsia sebenar kematian Ayu.
Bertanggungjawab: Doktor Raiha bertanggungjawab menyelamatkan
Doktor Uwang dan melakukan pembedahan terhadapnya setelah terlibat
dalam kemalangan.
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Watak Sampingan Pemilik PRPK dan bekas guru demonstrator dalam bidang anatomi.
Doktor Uwang
Gigih: Doktor Uwang gigih memperbesar PRPK yang merupakan warisan
keluarga yang dahulunya tidak besar, menjadi lebih maju dari semasa ke
semasa.
Materialistik: Doktor Uwang yang materialistik menjalankan perniagaan
dengan mengabaikan nilai-nilai murni seperti kes Unong Siron yang
dibedah sebanyak enam kali.
Bijak: Doktor Uwang bijak mempergunakan stafnya untuk menarik
pesakit datang ke PRPK dengan menawarkan komisen sebanyak lima
peratus.
Felicia Landosi Jururawat di PRPK, bersekolah di daerah Inanam.
Pilih kasih: Felicia bersikap pilih kasih kerana melayan dengan baik pesakit
kelas atasan, manakala pesakit kelas pertengahan dilayan dengan kasar.
Tidak amanah: Felicia yang tidak amanah sanggup menerima komisen
daripada Doktor Uwang jika dapat menarik pesakit untuk mendapatkan
rawatan di PRPK.
Berani: Felicia berani mengakui kesalahan dengan menceritakan rahsia
yang disimpannya selama ini tentang kematian Ayu kepada Doktor Raiha.
Teknik Plot
Teknik Plot Contoh
Imbas Raiha membayangkan andai kata dia berkuasa, dia akan memecat pengawal-pengawal keselamatan
Muka yang cuai menjalankan tugas sehingga ada yang menceroboh dan memasuki PRPK.
Kejutan Pembaca terkejut apabila Doktor Sadiz mendesak Raiha menggugurkan janinnya yang tidak
normal sewaktu menjalani ujian ultrasound.
Imbas
Kembali Raiha teringat kembali sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Dia juga masih ingat akan peristiwa ngeri kereta Doktor Sadiz yang memecut
laju dan merempuh belakang lori minyak.
Monolog Doktor Uwang bermonolog sendirian apabila teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak
Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian
tulang pinggul anaknya.
137
Binaan Plot06 Pemahaman (Novel) 1. Permulaan/ Eksposisi
1
2 Versi Demo 1 Raiha berasa terganggu dengan semua kejadian pahit yang
3
4 berlaku dalam hidupnya akibat kegagalan Doktor Sadiz menjadi
5 suami yang baik. Raiha juga berasa hairan apabila Unong Siron
6 terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam
kali disebabkan infeksi dan komplikasi. Raiha berazam agar Unong
138 Siron sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi selepas
diberikan kepercayaan oleh Doktor Uwang untuk menjalankan
pembedahan terhadap pesakitnya itu.
2. Perkembangan
2 Raiha mengkritik Doktor Uwang atas masalah yang berlaku
kepada Unong Siron. Doktor Raiha turut mengkritik sikap Felicia
yang melayan emak Unong Siron dengan kasar. Hal ini menyebabkan
hubungan mereka menjadi renggang. Raiha sering terbayang-
bayang peristiwa kematian tragis anak perempuannya yang rentung
dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api. Peristiwa itu
sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam
mimpi. Raiha terdengar pelbagai suara aneh yang mengganggu
hidupnya.
3. Perumitan/ Konflik
3 Felicia Landosi mengambil ubat batuk bagi melupakan
peristiwa hitam dalam hidupnya. Felicia sering diejek oleh jiran
tetangga dan rakan sekelas kerana statusnya sebagai anak luar
nikah itu. Dia juga dihantui peristiwa kematian anak Raiha tetapi
terpaksa merahsiakannya daripada Raiha. Doktor Uwang pula
dihantui perasaan bersalah atas kematian anak pak ciknya yang
disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Dia juga ego
dengan status pekerjaannya dan pertelingkahan dengan ibu Unong
Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Raiha juga sering teringat
peristiwa apabila Doktor Sadiz memintanya untuk menggugurkan
kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu
bermasalah. Doktor Raiha dan doktor-doktor lain terpaksa menangani
penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Doktor
Uwang menerima panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan
akibat penceroboh pusat rawatan.
4. Puncak/ Klimaks
4 Kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang melanggar tembok
garaj PRPK kerana lutut kaki, pergelangan tangan dan dadanya
yang sakit secara tiba-tiba.
5. Penurunan
5 Raiha dipertanggungjawabkan untuk membedah Doktor
Uwang yang cedera akibat kemalangan itu. Pembedahan mesti
dilakukan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor
Uwang dan sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera
teruk serta lutut kakinya yang hancur perlu diganti. Alat ganti palsu
yang telah sedia ada akan digunakan untuk Doktor Uwang. Doktor
Uwang menjerit-jerit di dalam hati membantah tindakan mereka
kerana dia tahu bahawa alat ganti itu hanya akan memburukkan
keadaan dirinya nanti.
6. Peleraian/ Resolusi
6 Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas
penglibatannya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol
oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
Felicia mengakui bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai
saksi kerana takut. Raiha menerima semua takdir itu dengan
menyatakan bahawa mereka ialah mangsa keadaan. Doktor Raiha
berharap agar Felicia tabah meneruskan kehidupan.
Latar
Latar Masa Contoh
Siang Pembedahan keenam yang dilakukan oleh Doktor Raiha terhadap Unong Siron berlangsung pada
waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Petang Raiha yang baru tiba di kawasan rumahnya teringat akan Unong Siron yang baru selesai menjalani
Malam operasi penggantian sendi tulang pinggul pada petang tadi.
Doktor Uwang menerima panggilan yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di PRPK.
Dalam kegelapan malam, kereta Doktor Uwang terbabas lalu merempuh tembok garaj PRPK.
Latar Tempat Contoh
Pusat Rawatan Tempat Unong Siron mendapatkan rawatan pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali.
Pantai Kasih (PRPK) Ibu Unong Siron menanggung kos pembedahan menggunakan wang insurans anaknya di situ.
Mahkamah Tempat perbicaraan kes Raiha dan Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak
keluarga perempuan mereka akibat rentung. Keputusan perbicaraan Raiha dan Sadiz berpihak
kepada suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya
atas kematian anak perempuan mereka.
Versi Demo
Bilik farmasi Tempat Felicia mengambil ubat batuk dan berkhayal apabila terserempak dengan seorang
pesakit lelaki yang pernah mendapatkan rawatan di PRPK itu.
Latar Masyarakat Contoh
Masyarakat yang Raiha bercita-cita tinggi dan berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti 06 Pemahaman (Novel)
bercita-cita tinggi ayahnya walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya. Berkat usaha dan matlamat yang ada
pada Raiha, dia mampu menjadi pakar bedah yang ternama di PRPK.
Masyarakat yang Doktor Uwang hanya memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih
mementingkan PRPK daripada ayahnya, Datu Ontong. Dia langsung tidak menghiraukan pesakitnya mampu
atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan
keuntungan munasabah untuknya.
semata-mata
Felicia Landosi takut untuk berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang
Masyarakat yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha. Felicia yang turut bersama
takut menyatakan dengan Doktor Sadiz dan Doktor Uwang pada malam itu tahu bahawa Doktor Sadiz yang
kebenaran menyiram minyak petrol pada kereta Porsche miliknya akibat rasa marah akan tindakan
Raiha.
Nilai dan Pengajaran
Nilai Murni Pengajaran Contoh
Kita hendaklah tabah Raiha tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa diri
Ketabahan menghadapi kesukaran dan dan keluarganya. Raiha menerima kematian Ayu sebagai
dugaan hidup. ketentuan Tuhan.
Kita mestilah menjalankan Doktor Uwang tidak bertanggungjawab semasa
Tanggungjawab tugas dengan amanah dan menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor apabila lebih Praktis SPM
penuh tanggungjawab tanpa mengutamakan keuntungan dalam perniagaan berbanding (muka surat 144)
sebarang pengabaian. kebajikan pesakit yang dirawat di PRPK.
Kasih sayang Kita hendaklah menyayangi Ibu Unong Siron menyayangi anaknya dan sentiasa di
ahli keluarga dengan sepenuh samping anaknya untuk mengetahui perkembangannya yang
hati. menjalani pembedahan pada bahagian sendi tulang pinggul.
Keberanian Kita haruslah berani berterus Felicia akhirnya berani memberitahu Doktor Raiha tentang
terang dan bersikap jujur atas kejadian sebenar yang menimpa Rohayu dan meminta maaf
perbuatan yang kita lakukan. daripadanya.
139
04 DI SEBALIK DINARA | Pengarang: Dayang Noor NOVEL
Sinopsis
Novel ini berkisarkan seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali Aqram dalam penerbangan
mereka dari Nusa Jaya ke Kuala Lumpur. Aqram merupakan pekerja di sebuah syarikat besar bernama Soft Lab.
Aqram telah menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan rakan kongsinya, iaitu Rosman, ketika mereka
bertemu dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha
dan Rosman kepada Dr. Maxi, seorang penyelidik di Soft Lab. Dr. Maxi menawarkan bayaran sebanyak RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Shida yang merupakan rakan serumah Farisha pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana tentang Soft Lab,
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem di syarikat itu, iaitu Dinara. Di sebalik pelantikan
Shida, Dr. Maxi hanya mahu menggunakannya sebagai pelan sandaran jika berlaku apa-apa kepada Farisha. Projek
Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat penyakit barah. Dr. Maxi telah mengetuai
projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang dapat berhubung terus dengan Karl. Semua
perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha
kurang stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan daripada
sejarah syarikat Soft Lab. Farisha yang melawat abangnya, Azraai berasa terkejut apabila diberitahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung. Farisha juga mendapat tahu bahawa dia ialah anak angkat dalam keluarga
Azraai. Keesokannya, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi menggunakan Plan B untuk
menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Farisha telah bermimpi bertemu dengan ibunya, Medina atau nama sebenarnya Marilyn. Farisha memberitahu
Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju
ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantu-pembantu Medina di Hentian Pagoh. Sementara itu di Soft Lab,
memori Karl menguasai Shida sehingga Karl dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi
untuk projek Dinara. Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu kandung
Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Pada ketika itu juga terbongkar rahsia bahawa Aqram, Alia dan Khairul
Anwar ialah sejenis cyborg. Aqram menceritakan perihal dirinya bahawa dia telah dibina semula 30 tahun lalu.
Umurnya yang sebenar sudah melebihi 60 tahun. Nama sebenar Aqram ialah Akeem, adik Karl yang cacat dan
terencat akal. Aqram telah diberikan ingatan dan fikiran baharu oleh Karl. Alia pula ialah kakak ipar Aqram. Karl
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7:00 malam. Walaupun Karl sudah meninggal dunia, Aqram
mengetahui bahawa memori Karl telah menguasai Shida.
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
Tema dan Persoalan
Tema: Ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan
Contoh: Dr. Maxi, Karl dan Medina begitu taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu melalui Projek Dinara.
Keadaan ini akhirnya memakan diri sendiri sehingga lupa tentang nilai-nilai kemanusiaan.
Bukti: Dr. Maxi melepaskan nafas. “Baru sekarang aku faham sebab kau gandakan IQ Farisha dahulu.” Dia
kembali mengimbau peristiwa 26 tahun lepas. Karl memberikan beberapa suntikan untuk meningkatkan
IQ Farisha. Dia mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri.
Nota Persoalan Contoh
Sinopsis Kasih sayang dalam Azraai memasang interkom di rumah Farisha yang bersambung dengan telefon di
Mengikut keluarga rumahnya. Azraai mahu keselamatan Farisha terjamin kerana beberapa insiden seperti
kes bunuh pernah berlaku berhampiran dengan apartmen Farisha.
Bab
Farisha dan Rosman menjadi rakan sekerja dalam syarikat Secured Shell Sdn. Bhd.
Kepentingan semangat Mereka berusaha untuk mendapatkan kontrak dalam bidang komputer. Mereka juga
dan kerja berpasukan memerlukan buah fikiran Shida yang mempunyai latar belakang undang-undang untuk
membaca kontrak yang disediakan oleh syarikat Soft Lab bagi projek mini mereka.
Sikap mementingkan Dr. Maxi, Aqram, Khairul Anwar dan Alia sanggup mempergunakan Farisha dan Shida tanpa
diri sehingga hilang belas kasihan. Farisha terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit kepala manakala
nilai kemanusiaan Shida mengalami kemurungan selepas dirinya berada dalam minda bawah sedar.
140
Watak dan Perwatakan
Watak Utama Farisha merupakan gadis berusia 26 tahun dan bekerja sebagai jurutera
Farisha keselamatan sistem. Dia dan Rosman bekerjasama menubuhkan syarikat Secured
Shell Sdn. Bhd. Farisha merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan Karl
dengan Medina. Farisha telah dijaga oleh keluarga Azraai sejak kecil lagi.
Rajin: Farisha rajin kerana dia menghadiri The 3rd Malaysia Computer
Security Symposium bersama dengan Rosman untuk meningkatkan ilmu
pengetahuannya berkaitan keselamatan komputer. Dia berminat untuk
mendengar ucaptama Phillips Young.
Bijak: Farisha ialah jurutera keselamatan sistem komputer yang bijak
kerana berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.
Pemaaf: Farisha memaafkan kesalahan Karl semasa melawatnya yang
sedang nazak. Dia tetap mengakui Karl sebagai ayahnya apabila menyedari
ada persamaan wajahnya dengan Karl dan Medina walaupun Karl tidak
pernah memberikan kasih sayang kepadanya.
Watak Sampingan Adik kandung Karl, semasa kecil bernama Akeem. Dia merupakan kanak-kanak
Aqram cacat dan terencat akal. Aqram ialah manusia cyborg, berusia lebih daripada 60
tahun yang telah dicipta semula oleh Karl 30 tahun yang lalu.
Bijak: Aqram bijak menggunakan kesempatan untuk mencuri cawan
minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur di dalam pesawat. Tindakan
ini dilakukan untuk memperoleh DNA Farisha bagi menyelamatkan Dinara.
Bertanggungjawab: Aqram bertanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan oleh Dr. Maxi kepadanya. Aqram telah menerangkan kepada
Farisha, Rosman dan Shida tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan di Soft
Lab. Aqram menunjukkan pusat data, jabatan pembangunan perisian dan
ruang bagi berpuluh-puluh orang yang sedang bekerja di Soft Lab.
Belas kasihan: Aqram yang berbelas kasihan merayu kepada Dr. Maxi
agar membetulkan semula ingatan Shida. Aqram juga meminta Alia
memadamkan ingatan Karl daripada minda Shida. Aqram tidak mahu
Shida menderita selama-lamanya.
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Shida Kawan serumah Farisha.
Karl
Baik hati: Shida baik hati kerana sanggup menghantar Farisha ke stesen
monorel apabila Farisha meminta bantuan daripadanya. Farisha terpaksa
meminta pertolongan Shida kerana kereta Rosman mengalami masalah enjin.
Tekun: Shida tekun dalam melaksanakan kerjanya. Hasil ketekunan
mengkaji data-data di Soft Lab, dia berjaya menyelongkar rahsia Dinara.
Dia mendapati bahawa nama Medina tidak tercatat dalam senarai
kumpulan yang membangunkan Dinara walaupun projek itu ialah usaha
sama antara Medina dengan Karl.
Ayah Farisha, abang Aqram, suami Alia dan kekasih Medina. Dia menghidapi
penyakit kanser dan berumur dalam lingkungan 60 tahun.
Kejam: Karl kejam kerana telah menyeksa Alia sehingga cacat. Karl juga
telah mengajak Alia menukar agama kerana Karl berfahaman ateis.
Individualistik: Karl yang bersikap individualistik sanggup menjalankan
ujian terhadap anaknya, Farisha. Karl telah memasukkan pelbagai ubat dan
implan ke dalam tubuh Farisha supaya Farisha menjadi kanak-kanak genius.
Bijak: Karl bijak kerana berjaya mencipta teknologi telepati dalam tempoh
20 tahun. Dia juga berjaya memberikan ingatan dan fikiran baharu kepada
Aqram sehingga dia lebih muda 30 tahun daripada usia sebenarnya.
141
06 Pemahaman (Novel)Binaan Plot 1. Permulaan/ Eksposisi
1
Versi Demo2 1 Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor
3 Bahru untuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Di
4 lapangan terbang, Farisha didekati oleh seorang pemuda
5 kacak, iaitu Aqram dan mereka duduk bersebelahan di
6 dalam pesawat. Farisha tertarik dengan jam kawalan
elektronik milik lelaki berkenaan.
142
2. Perkembangan
2 Farisha bertemu lagi dengan Aqram ketika menghadiri
The 3rd Malaysia Computer Security Symposium di Hotel
Renaissance. Aqram mempelawa Farisha dan Rosman
menyertai projek mini di Soft Lab dengan tawaran RM 1.5
juta. Aqram membawa Farisha ke Soft Lab untuk melihat
ruang kerja mereka. Shida turut ditawarkan RM40 000
untuk menulis rencana dan sebuah buku. Farisha diberikan
tugas untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
3. Perumitan/ Konflik
3 Shida mengesyaki terdapat misteri dalam sistem
Dinara kerana Medina telah menghilangkan diri
sedangkan sistem Dinara ialah hasil kerja Medina dengan
Karl. Farisha mengetahui penyakit Azraai dan terbongkar
rahsia bahawa Farisha hanyalah anak angkat keluarga
Azraai. Farisha pengsan di pejabat Soft Lab dan ditahan di
Hospital Putrajaya selama tiga hari. Shida disuntik dengan
jarum mudah lentur di leher menyebabkan mindanya
berada di bawah sedar. Selepas diuji, Shida menjadi
murung dan menyembunyikan diri. Farisha telah diculik
oleh orang suruhan Medina ketika dia dan Azraai berhenti
di Hentian Pagoh.
4. Puncak/ Klimaks
4 Medina muncul bersama-sama Farisha dan dua orang
lelaki di Soft Lab ketika Karl menguasai diri Shida. Medina
dengan Karl bertengkar dan mendedahkan bahawa Karl
ialah ayah kandung Farisha.
5. Penurunan
5 Dr. Maxi mengakui bahawa dia yang menyerahkan
Farisha kepada keluarga Azraai. Farisha dibawa ke Soft
Lab semata-mata untuk menyelamatkan sistem Dinara
kerana Karl tidak mampu menyelamatkan Dinara seorang
diri. Dr. Haris memaklumkan bahawa Karl sedang nazak.
Aqram mendedahkan identiti dirinya kepada Farisha dan
Azraai bahawa dia dan Alia ialah sejenis cyborg.
6. Peleraian/ Resolusi
6 Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia dan Farisha
menziarahi Karl. Farisha merupakan orang yang terakhir
bertemu dan dapat bercakap dengan Karl. Tepat pukul
7:00 malam, Karl meninggal dunia. Karl meninggalkan
wasiat agar mayatnya dibakar. Shida yang masih lemah
telah dibawa oleh Rosman berjumpa doktor. Shida mula
berfalsafah kerana mindanya dikuasai oleh Karl.
Latar
Latar Masa Contoh
Pagi Farisha menghadiri simposium di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Dr. Maxi, Khairul Anwar dan Aqram meninggalkan pejabat untuk melawat Farisha di Hospital
Petang Putrajaya setelah Farisha pengsan ketika bekerja di pejabat Soft Lab.
Dr. Haris mengumumkan bahawa Karl sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Malam
Latar Tempat Contoh
Soft Lab Tempat Farisha dan Shida bekerja. Farisha ditugaskan untuk menggodam dan mengukuhkan
sistem Dinara. Shida pula ditawarkan untuk menulis rencana.
Hotel Renaissance, Tempat Farisha dan Rosman menghadiri The 3rdMalaysia Computer Security Symposium yang
Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Aqram. Mereka berkenalan lebih dekat dan bertukar-tukar maklumat.
Rumah Karl Tempat pertemuan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi. Mereka ditawarkan oleh Dr. Maxi
RM 1.5 juta untuk kerja-kerja membangunkan sistem Dinara.
Hospital Putrajaya Tempat Farisha dirawat setelah pengsan ketika berada di pejabat Soft Lab.
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Latar Masyarakat Contoh
Masyarakat yang mahir Farisha dan Rosman mahir menggunakan komputer. Farisha dan Rosman merupakan
dalam bidang komputer rakan kongsi Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat perunding
keselamatan sistem komputer.
Masyarakat yang
mementingkan diri Dr. Maxi sanggup mempergunakan Farisha dan Shida semata-mata untuk
menyelamatkan projek Dinara yang mengalami masalah.
Masyarakat yang
penyayang terhadap ahli Azraai menyayangi Farisha walaupun dia hanyalah anak angkat keluarganya.
Azraai telah membawa Farisha menuju ke selatan apabila Farisha memberitahunya
keluarga tentang mimpi bertemu dengan ibunya pada waktu malam.
Masyarakat yang Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Dia
baik hati memaafkan merupakan orang terakhir dapat bercakap dengan Karl. Farisha juga memaafkan
kesalahan orang lain kesalahan Medina yang cuba membunuhnya.
Nilai dan Pengajaran
Nilai Murni Pengajaran Contoh
Kita hendaklah menyayangi Walaupun Farisha ialah adik angkatnya, Azraai sentiasa
Kasih sayang ahli keluarga supaya hubungan cuba melindunginya dengan sebaik mungkin kerana dia
semakin erat. menyayangi adiknya itu.
Kita haruslahbertanggungjawab Dr. Maxi bertanggungjawab mencari Farisha. Dengan
Tanggungjawab dalam menyempurnakan tugas kerjasama Aqram, Dr. Maxi telah merancang untuk mengesan
Farisha bagi meneruskan misi menyelamatkan projek Dinara.
yang diamanahkan.
Kita mestilah bekerjasama Dr. Maxi, Khairul Anwar dan Aqram turut bekerjasama
Kerjasama untuk menjayakan sesuatu bagi memastikan misi menyelamatkan Dinara terlaksana
perancangan yang dibuat. dengan penglibatan Farisha dan Shida.
Kita mestilah bijak dalam Farisha bijak memanfaatkan teknologi yang dikuasai dengan
mengilhamkan security loophole untuk menyahaktifkan dan
Kebijaksanaan memanfaatkan teknologi menghilangkan virus bagi menyelamatkan sistem Dinara.
Baik hati
sebaik-baiknya untuk
kesejahteraan manusia.
Kita hendaklah baik hati Farisha baik hati apabila dia memaafkan kesalahan Medina
memaafkan kesalahan orang dan Karl yang menjadikannya mangsa untuk mencapai
lain dan berdoa agar dia keinginan mereka sehingga dia menjadi anak angkat selama
berubah ke arah kebaikan. 26 tahun.
143
PRAKTIS SPM NOVEL
Praktis SPM 1
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl bagi membolehkan dia
menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha boleh melaksanakan setiap tugasan
yang diarah oleh Karl.
Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan dan seterusnya
menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Mikrocip itu merupakan hasil daripada kajian
yang mengambil masa lebih 20 tahun.
Itu ialah ciptaan Karl yang agung dan tidak pernah diumumkan kepada media. Pihak pengurusan Soft
Lab tidak mahu ciptaan sebegitu menjadi kontroversi. Teknologi sebegitu mungkin hanya boleh digunakan
untuk tujuan ketenteraan ataupun pada waktu darurat. Karl menggunakan teknologi itu sebagai satu
kaedah mirip kepada telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha.
Dipetik daripada
novel Di Sebalik Dinara
karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
Nyatakan ciri-ciri mikrocip yang tertanam dalam tubuh Farisha. [4 markah]
(Kehendak soalan) Ciri-ciri mikrocip yang tertanam dalam tubuh Farisha (ialah / adalah)
(Isi 1) seperti membantu Karl menyalurkan pemikirannya kepada Farisha untuk melaksanakan
setiap tugasan yang diarahkan olehnya . Selain itu, (Isi 2) cip ini juga berfungsi untuk
menerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan . Seterusnya, (Isi 3) cip ini boleh
menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas . Akhir sekali, (Isi 4) mikrocip ini mirip
telepati yang membolehkan Karl berhubung dengan Farisha .
(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: [6 markah]
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan unsur klimaks yang terdapat dalam novel tersebut.
(a) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
(Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa , karya (Nama Penulis) Abdul Latip Talib . Unsur klimaks yang terdapat
dalam novel ini (Isi/ Huraian) adalah semasa Jepun mula menyerang pangkalan Pasir Panjang dan Bukit
Candu yang dipertanggungjawabkan kepada Leftenan Adnan dan askar Melayu. Banyak tentera Jepun yang
dapat dibunuh oleh askar Melayu walaupun mereka hanya dibekalkan senjata ringan. Serangan kali pertama
Jepun di pangkalan Pasir Panjang gagal. Dalam serangan kedua, askar Melayu berjuang habis-habisan sehingga
terkorban kecuali Koperal Yaakob. Leftenan Adnan turut cedera parah dalam pertempuran sebelum tubuhnya
digantung pada pokok ceri dan diseksa dengan kejam sehingga mati.
Jawapan (b) Novel Di Sebalik Dinara
(Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) novel Di Sebalik Dinara , karya (Nama
Penulis) Dayang Noor . Unsur klimaks yang terdapat dalam novel ini (Isi/ Huraian)
Kata Laluan:
mikrocip123
144
adalah semasa Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan
Karl. Karl berasa marah kerana dia mahu sesi komunikasi itu dilakukan dengan Farisha, Tiba-tiba, Medina
muncul bersama-sama Farisha dan dua orang lelaki di Soft Lab ketika Karl menguasai diri Shida. Medina
dengan Karl bertengkar dan mendedahkan bahawa Karl ialah ayah kandung Farisha.
(c) Novel Jendela Menghadap Jalan
(Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) novel Jendela Menghadap Jalan ,
karya (Nama Penulis) Ruhaini Matdarin . Unsur klimaks yang terdapat dalam novel ini
(Isi/ Huraian) adalah semasa Che Jah membuka rahsia bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau.
Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq disebabkan kes mereka sebelum ini, namun telahan mereka
tersasar. Lili mencadangkan agar Haziq dan Rafiq dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Che Jah bersetuju
membuat laporan polis atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh suaminya itu.
(d) Novel Pantai Kasih
(Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) novel Pantai Kasih , karya
(Nama Penulis) Azmah Nordin . Unsur klimaks yang terdapat dalam novel ini (Isi/
Huraian) adalah semasa kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang melanggar tembok garaj PRPK akibat lutut
kaki, pergelangan tangan dan dadanya yang sakit secara tiba-tiba. Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor
Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya walaupun hospital tersebut dikhususkan untuk golongan
menengah bawah dan pertengahan sahaja serta tidak setaraf dengannya.
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Praktis SPM 2
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Kini, Raiha hanya mampu mengeluh resah di ruang kondominium mewahnya itu. Agak lama dia terseret
dalam menungannya. Dia memikirkan kepentingan para pesakit yang datang dengan harapan yang tinggi
menggunung di pusat rawatan itu. Tentang sikap Doktor Uwang daripada seorang yang mesra telah berubah
dingin kepadanya. Tentang layanan kasar Felicia terhadap ibu tua Unong Siron tempoh hari. Kemudian,
tentang beberapa aduan atau rungutan yang diterima daripada ahli keluarga para pesakit Doktor Uwang.
Ahli keluarga segelintir pesakit yang terdiri daripada golongan masyarakat kelas menengah bawah itu.
Aduan dan rungutan yang kerap menusuk jiwanya belakangan ini.
Akhirnya ..., sesuatu yang dilihat tapi tidak dinampak itu, biarpun masih kelam, sudah mula menunjukkan
diri kini ...
Syukurlah… err … tapi kenapa biarpun kelam?
Eh? Malam musim kemarau panjang, memanglah kelam, kalau tidak gelap terus pun!
Dipetik daripada
novel Pantai Kasih
karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah sebab-sebab Raiha mengeluh di ruang kondominiumnya? [4 markah]
Sebab-sebab Raiha mengeluh di ruang apartmentnya ialah dia memikirkan tentang pesakit yang datang ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih dengan harapan yang tinggi. Selain itu, sikap Doktor Uwang terhadapnya yang
Jawapan
tiba-tiba berubah menjadi dingin. Seterusnya, layanan kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Akhir sekali,
aduan dan rungutan ahli keluarga pesakit yang terdiri daripada golongan masyarakat menengah bawah.
Kata Laluan:
kelam123
145
(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: [6 markah]
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuahnovelyangandapelajari,huraikan peristiwayangdapatmemberikan pengajaran kepadapembaca.
(a) Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib. Peristiwa
pertama yang memberikan pengajaran kepada pembaca ialah peristiwa anggota tentera Melayu bertempur
sehingga kehabisan peluru ketika di Bukit Candu demi mempertahankan tanah air. Hal ini menunjukkan
semangat patriotik yang tinggi dan kesanggupan berkorban demi negara tercinta. Seterusnya, peristiwa Pak
Saidi menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris. Peristiwa ini menunjukkan pendidikan amat penting.
Akhir sekali, peristiwa Adnan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan membuktikan bahawa usaha yang
bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. (Rujuk JAWAPAN, muka surat J4-J5 untuk novel-novel lain)
Praktis SPM 3
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Laksamana Thomas C.Hart berfikir sejenak. Kemudian dia berkata, “Baiklah, kalau begitu saya cadangkan
kita adakan pasukan pesawat peninjau untuk mengesan pihak musuh dari udara dan juga persiapkan
pesawat pejuang yang akan mempertahankan laluan udara daripada dicerobohi pihak musuh. Saya
cadangkan hantar bekalan senjata dan peluru yang secukupnya kepada tentera-tentera British di Tanah
Melayu dengan segera.”
Cadangan Laksamana Thomas C.Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka.
Dengan cara itu, pihak British dan askar Melayu dapat bersiap sedia menghadapi serangan pihak musuh.
Persidangan itu berlangsung dengan lancar. Kata sepakat berjaya dicapai oleh mereka.
Dipetik daripada
novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latif Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan tujuan penubuhan pasukan pesawat peninjau seperti yang dicadangkan oleh Laksamana Thomas
C.Hart. [4 markah]
Tujuan penubuhan pasukan pesawat peninjau seperti yang dicadangkan oleh Laksamana Thomas C.Hart
adalah untuk mengesan pihak musuh dari udara. Selain itu, mereka dapat persiapkan pesawat pejuang yang
akan mempertahankan laluan udara daripada dicerobohi oleh pihak musuh. Seterusnya, pihak British dapat
mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera dan mengesan lokasi musuh. Akhir sekali, penubuhan pasukan
pesawat peninjau membantu British dan askar Melayu untuk bersiap sedia menghadapi serangan pihak musuh.
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
Jawapan (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel yang dapat
menimbulkan keinsafan kepada pembaca. [6 markah]
Kata Laluan: (Rujuk JAWAPAN, muka surat J4-J5 untuk novel-novel lain)
pesawat123
146
Praktis SPM 4
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
“Mereka tak akan selama-lamanya bebas. Pasti sedikit masa lagi mereka tertangkap atau ditangkap,”
kata Daniel.
“Kenapa dengan mereka?”
“Rafik dan Haziq? Mereka adalah contoh anak yang menyusahkan ibu bapa dan menjadi sampah
masyarakat. Saya dulu satu sekolah dengan Haziq. Dia bijak dalam pelajaran tapi entah macam mana dia
boleh rosak macam sekarang, saya pun tak pasti. Mungkin sebab dia terlalu banyak bercampur dengan
kutu rayau, hisap dadah sampai pecah rumah sendiri. Curi harta ibu bapa bila tak diberi wang, panas baran,
melawan dan paling teruk mereka mengugut ibu mereka sendiri. Sebab itu Che Jah selalu memekik serata
kampung menyumpah anak-anaknya supaya ditangkap dan dihumban ke dalam penjara.”
“Sampai begitu sekali?”
“Apa, awak ingat orang macam tu cuma ada di bandar besar? Di kampung pun ada juga, Lili?”
Dipetik daripada
novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Versi Demo
06 Pemahaman (Novel)
Mengapakah Che Jah mahu anak-anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara? [4 markah]
Che Jah mahu anak-anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana mereka bergaul dengan
kutu rayau. Selain itu, mereka juga menghisap dadah. Seterusnya, Haziq dan Rafik sanggup mencuri harta ibu
bapa mereka jika tidak menerima wang. Akhir sekali, mereka mengugut ibu bapa mereka sendiri.
(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang dihadapi oleh watak dan caranya
menangangi konflik tersebut. [6 markah]
(a) Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Dalam
novel ini, terdapat konflik yang digarap oleh pengarang. Konfliks tersebut ialah konflik luaran antara Pak
Saidi dengan penduduk kampung. Tindakan Pak Saidi menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris telah
mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan penduduk kampung seperti Lebai Pian yang mahu
menghalaunya keluar dari Kampung Sungai Ramal jika Pak Saidi tetap dengan keputusannya. Konflik yang
lain ialah konflik antara Jepun dengan British. Jepun mengambil keputusan menyerang British untuk
menguasai Tanah Melayu serta meluaskan tanah jajahan mereka. Konflik ini menyebabkan banyak nyawa
yang terkorban sama ada pihak yang terlibat dengan ketenteraan mahupun rakyat biasa.
(Rujuk JAWAPAN, muka surat J4-J5 untuk novel-novel lain) Jawapan
Kata Laluan:
bebas123
147
Praktis SPM 5
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
“Kau harus terima kenyataan ini, Raiha. Kerjaya sebagai seorang pakar bedah, memang tidak sesuai
denganmu. Tidak sesuai sama sekali! Tidak berfaedah kepada hidupmu, dalam jangka masa panjang,” tegas
bapanya yang juga seorang pakar bedah, sejak Raiha mula-mula menyatakan hasratnya untuk mengikuti
pengajian perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi dahulu.
Kenapa tidak, pak? Padahal, bapa sendiri seorang pakar bedah,” tingkah Raiha waktu itu.
“Aku ini orang lelaki, Raiha. IQ seorang lelaki tidak sama dengan kaum wanita seperti kau dan ibumu!”
tegas bapanya serius. “Sepatutnya, engkau menyediakan diri untuk menjadi suri rumah sepenuhnya.
Engkau harus menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bakal suami dan anak-anakmu kelak.
Jangan kau macam arwah ibumu.”
Dipetik daripada
novel Pantai Kasih
karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab bapa Raiha tidak suka Raiha mengikuti jejaknya. [4 markah]
Bapa Raiha tidak suka Raiha mengikuti jejaknya kerana kerjaya sebagai pakar bedah tidak sesuai dengan Raiha.
Selain itu, kerjaya ini tidak memberikan faedah dalam hidupnya untuk jangka masa panjang. Tambahan lagi,
kerjaya ini sesuai dengan lelaki kerana IQ lelaki tidak sama dengan dengan kaum wanita. Raiha sepatutnya
mempersiapkan dirinya untuk menjadi suri rumah.
06 Pemahaman (Novel)
Versi Demo
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan nilai murni yang terdapat pada watak utama yang
boleh dijadikan teladan. [6 markah]
(a) Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib. Watak
utama novel ini ialah Leftenan Adnan. Antara nilai murni yang terdapat pada watak utama yang boleh
dijadikan teladan ialah nilai keberanian. Contohnya, Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera
Jepun sehingga ke titisan darah yang terakhir walaupun tanpa senjata. Selain itu, nilai murni lain yang turut
diketengahkan ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera
Jepun yang menyamar sebagai sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu
di Pasir Panjang. (b) Novel yang saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Watak
utama novel ini ialah Farisha. Antara nilai murni yang terdapat pada watak utama yang boleh dijadikan
teladan ialah nilai baik hati. Contohnya, Farisha baik hati apabila dia memaafkan kesalahan Medina dan
Karl yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga dia menjadi anak angkat
selama 26 tahun. Selain itu, nilai murni lain yang turut diketengahkan ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai
Jawapan contoh, Farisha bijak memanfaat teknologi yang dikuasai dengan mengilhamkan security loophole untuk
menyahaktifkan dan menghilangkan virus bagi menyelamatkan sistem Dinara.
(Rujuk JAWAPAN, muka surat J4-J5 untuk novel-novel lain)
Kata Laluan:
angkat123
148
Praktis SPM 6
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Datuk hanya mengangguk mendengar penjelasan pemuda itu.
“Ayah saya terikat dengan pantang larang ketika dalam proses rawatan tradisional. Hal ini menganggu
saya dan adik-beradik saya yang lain. Dia perlu mencari akar-akar kayu dan daun, kemudian mengisar
menumbuk, merebus dan memotong bahan-bahan itu. Perkara ini membahayakan keselamatan ayah saya.
Sedangkan dalam pasaran kini terdapat banyak makanan tambahan bukan sekadar melengkapkan sistem
diet kita tetapi juga mampu membantu merawat penyakit kronik. Saya bukan doktor, bukan juga pakar
macam pak cik tapi saya ingin memudahkan ayah kami.”
Pemuda itu menerangkan sistem perkumuhan ayahnya yang tidak sihat. Organ utama dalam sistem
ini terdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang, dan kolon atau usus. Dia menerangkan usus ayahnya
kotor.
Dipetik daripada
novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah sebab Danel ingin ayahnya beralih ke kaedah rawatan moden? Versi Demo [4 markah]
06 Pemahaman (Novel)
Antara sebab Danel ingin ayahnya beralih ke kaedah rawatan moden ialah ayahnya terikat dengan pantang
larang ketika dalam proses rawatan tradisional. Ayah Danel perlu mencari akar-akar kayu dan daun,
kemudian mengisar, menumbuk, merebus dan memotong bahan-bahan itu. Keadaan ini menganggu diri dan
adik-beradiknya yang lain. Sebab yang terakhir ialah sistem perkumuhan ayahnya tidak sihat.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel
tersebut? [6 markah]
(a) Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib. Antara latar
masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. Contohnya, Pak Saidi dan
Mak Milah memelihara anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Mereka memberikan didikan agama, ilmu
kepahlawanan dan pendidikan Inggeris agar anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Selain itu, latar masyarakat
lain yang turut diketengahkan ialah masyarakat yang mempunyai semangat patriotik tinggi. Sebagai contoh, Leftenan
Adnan dan askar-askar Melayu mempunyai semangat patriotik yang tinggi kerana berjuang menentang tentera Jepun di
Bukit Candu hingga ke titisan darah yang terakhir.
(b) Novel yang saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Antara latar masyarakat yang
terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang mahir dalam bidang komputer. Contohnya, Farisha dan Rosman
mahir menggunakan komputer. Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. yang
merupakan syarikat perunding keselamatan sistem komputer. Selain itu, latar masyarakat lain yang turut diketengahkan
ialah masyarakat yang baik hati memaafkan kesalahan orang lain. Sebagai contoh, Farisha memaafkan kesalahan Karl
dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Dia merupakan orang terakhir dapat bercakap dengan Karl. Farisha juga Jawapan
memaafkan kesalahan Medina yang cuba membunuhnya.
(Rujuk JAWAPAN, muka surat J4-J5 untuk novel-novel lain)
Kata Laluan:
tentera123
149
02KERTAS RUMUSAN
(BAHAGIAN C: SOALAN 9)
Contoh Rumusan Tema 1: Merealisasikan Impian
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Pungutan tiga pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa yang dimenangi dalam kedua-dua
pertandingan itu merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik kerana
mempertaruhkan semua atlet terbaik dari serata pelosok negara. Namun begitu, kejayaan tersebut masih
belum lengkap seandainya masih ada skuad sukan tanah air yang belum lagi berjaya pada peringkat global.
Oleh itu, F11pemberian insentif kepada para atlet merupakan salah satu F1usaha yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan prestasi atlet dan mutu sukan negara.
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita seharusnya F12memberikan sokongan yang padu kepada para atlet
negara kita. Sokongan ini dapat diberikan sama ada dalam bentuk material ataupun moral. Usaha lain yang boleh
dilakukan adalah dengan F13menyediakan peruntukan khas kepada Majlis Sukan Negara untuk meningkatkan
prasarana sukan. Pihak kerajaan seharusnya F14menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk kegunaan para
atlet negara. Antaranya, padang bola sepak yang luas dan bersih, gelanggang tenis yang serba canggih dan
lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang atlet. F2Para atlet
juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mengharumkan nama negara dengan F21memperuntukkan
sejumlah masa untuk menjalani latihan bagi meningkatkan prestasi mereka. Seawal pagi, mereka
sudah F22mengerah kudrat dan memerah keringat untuk berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih masing-masing.
Para atlet juga perlu F23mengawal pengambilan ubat-ubatan dan makan makanan seimbang bersandarkan
keperluan mereka. Tambahan pula, para atlet boleh F24menyertai pertandingan-pertandingan sama ada di dalam
atau luar negara untuk mengekalkan prestasi mereka. Atlet mungkin sudah berlatih dan berkorban untuk
mencapai kejayaan yang diharapkan oleh negara, namun faktor persekitaran seperti cuaca dan mutu pengadilan
yang lemah mungkin menjadi penyebab atlet kurang berjaya dalam satu-satu pertandingan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Hargai Pencapaian Atlet Kita’,
oleh Siti Zarinah Sahib,
Harian Metro, 2018
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Grafik (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1)
KOMITMEN KERAJAAN BUAT
ATLET BEKAS ATLET
F11 Kemudahan perubatan dan kesihatan buat
para atlet/ bekas atlet kebangsaan
F12 Dana sebanyak RM3 Juta kepada Yayasan
Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
F13 Suntikan dana khas untuk pembangunan
atlet wanita
F14 Penggunaan sains dan teknologi dalam
sukan
150
Langkah 1 Mengenal pasti Fokus 1 dan Fokus 2 (dan Fokus 3, jika ada 3 bahan)
(Fokus 1) = Kata Kunci 1 + Tugasan 1
(Fokus 1) = usaha-usaha + meningkatkan mutu sukan negara
(Fokus 2) = Kata Kunci 2 + Tugasan 2
(Fokus 2) = peranan-peranan + para atlet dalam mengharumkan nama negara
Kata Kunci Sinonim Contoh Kata Kunci
langkah usaha/ strategi/ kaedah/ ikhtiar/ teknik/ pendekatan/ inisiatif/ tindakan
punca sebab/ faktor/ pemangkin/ pencetus
halangan masalah/ cabaran/ kesulitan/ kerenah/ sekatan/ dugaan/ rintangan
kesan natijah/ impak/ implikasi
manfaat faedah/ kepentingan/ kelebihan/ kemaslahatan/ kebaikan
tanggungjawab tugas/ peranan/ fungsi
ciri-ciri kriteria/ sifat
Langkah 2 Menulis Pendahuluan (Pindahkan jawapan (Fokus 1) dan (Fokus 2) daripada Langkah 1)
Versi Demo
07 RumusanPendahuluan (2 markah)
Rumusan membincangkan (Fokus 1) usaha-usaha meningkatkan mutu sukan negara dan (Fokus 2) peranan-
peranan para atlet dalam mengharumkan nama negara.
Langkah 3 Mengenal pasti Isi daripada (Fokus 1) dalam Bahan 1 dan Bahan 2
(Gariskan dengan tanda (F1)/ (F2) pada petikan dan bahan grafik.)
Fokus 1: usaha-usaha meningkatkan mutu sukan negara
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Pemberian insentif kepada para atlet
F1(2): Memberikan sokongan padu kepada para atlet
F1(3): Menyediakan peruntukan khas kepada Majlis Sukan Negara
F1(4): Menyediakan infrastruktur yang lengkap
(Bahan 2 – Grafik)
F1(1): Kemudahan perubatan dan kesihatan
F1(2): Dana sebanyak RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
F1(3): Suntikan dana khas untuk pembangunan atlet wanita
F1(4): Penggunaan sains dan teknologi dalam sukan
Langkah 4 Mengenal pasti Isi daripada (Fokus 2) dalam Bahan 1 dan Bahan 2
Fokus 2: peranan-peranan para atlet dalam mengharumkan nama negara
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Memperuntukkan sejumlah masa untuk menjalani latihan
F2(2): Berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih masing-masing
F2(3): Mengawal pengambilan ubat dan makan makanan seimbang
F2(4): Menyertai pertandingan-pertandingan sama ada di dalam atau luar negara untuk mengekalkan prestasi
(Bahan 2 – Grafik)
Tiada Isi
Info
1 Jika terdapat 3 bahan,
Pendahuluan = Rumusan membincangkan (Fokus 1), (Fokus 2) dan (Fokus 3).
2 Bagi 2 bahan, Fokus 1 atau Fokus 2 mungkin terdapat dalam Bahan 2.
151
Langkah 5 Menulis Isi
• Pelajar perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan menyentuh setiap fokus.
• Berikut ada 5 contoh (Pilihan A - E) yang boleh dijadikan panduan untuk memilih isi.
Fokus Jumlah isi Pilihan A Pilihan B Pilihan C Pilihan D Pilihan E
2 2 2 3 4
Fokus 1 (Bahan 1) 4 2 3 4 4 3
4 3 2 1 1
Fokus 1 (Bahan 2) 4 8 8 8 8 8
Fokus 2 (Bahan 1) 4
Jumlah isi diterima daripada Bahan 1 & 2:
(Pilihan A)
Isi (16 markah)
Fokus 1: usaha-usaha meningkatkan mutu sukan negara
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): (subjek)Antara (Fokus 1) usaha meningkatkan mutu sukan (predikat)(ialah/ adalah) pemberian insentif
kepada para atlet negara.
F1(2): Selain itu, (subjek)rakyat (predikat)haruslah memberikan sokongan padu kepada para atlet.
(Bahan 2 – Grafik)
F1(1): Di samping itu, (subjek) kemudahan perubatan dan kesihatan (predikat)juga harus disediakan.
F1(2): Seterusnya, (subjek)dana sebanyak RM3 juta (predikat)kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
07 Rumusan
Versi Demo
Fokus 2: peranan-peranan para atlet dalam mengharumkan nama negara
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): (subjek)Antara (Fokus 2) peranan para atlet dalam mengharumkan nama negara (predikat)(ialah/ adalah)
seperti memperuntukkan masa untuk berlatih.
F2(2): Pada masa yang sama, (subjek)mereka (predikat)haruslah berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih masing-
masing.
F2(3): Tidak dapat dinafikan juga, (subjek)para atlet (predikat)mestilah mengawal pengambilan ubat dan makan
makanan seimbang.
F2(4): Akhir sekali, (subjek)para atlet (predikat)mestilah menyertai pertandingan-pertandingan sama ada di dalam
atau luar negara untuk mengekalkan prestasi.
Langkah 6 Mengenal pasti Tema
Tema = (Fokus 1) + (Fokus 2) (dan Fokus 3, sekiranya ada)
Tema = usaha meningkatkan mutu sukan negara + peranan para atlet dalam mengharumkan nama negara
= memainkan peranan dan berusaha meningkatkan mutu sukan negara
Langkah 7 Menulis Kesimpulan dan mengira jumlah patah perkataan bagi rumusan lengkap.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak haruslah (Tema) berusaha dan memainkan peranan dalam
meningkatkan mutu sukan negara (Kata Hubung) agar (Kesan) setanding dengan negara-negara maju yang lain.
(115 patah perkataan)
Markah Bahasa (10 markah)
Markah bahasa akan dinilai secara holistik, markah penuh ialah 10 markah.
(Cemerlang: 8 - 10, Baik: 5- 7, Sederhana: 3 - 4, Lemah: 1 - 2)
152
Versi Demo
Apakah pendapat anda Tentang buku ini?
Terima kasih kerana memilih buku kami. Ini ialah keutamaan kami untuk terus memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seperti anda. Oleh itu, sudilah kiranya pihak anda meluangkan masa
untuk memberikan sedikit ulasan tentang buku ini di laman Facebook kami, iaitu
https://www.facebook.com/myteach360/reviews atau imbas Kod QR di bawah. Setiap ulasan yang diterima
memberikan perbezaan besar kepada syarikat kami. Terima kasih!
Praktis SPM 1 ARAS : R Tema 2: Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis Nilai Teras Sivik: Hormat-Menghormati
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Bagi menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar, penekanan aspek disiplin yang menjadi tunjang utama
dalam pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar harus diutamakan.F11Kes buli merupakan salah satuF1jenis
salah laku disiplin pelajar yang kerap berlaku sejak belakangan ini.F12Tidak terkecuali dengan kegiatan laku
musnah yang dilihat semakin berleluasan sehingga menyebabkan kerugian yang tinggi. Para guru tidak
seharusnya memandang enteng akan isu ini dan mencari jalan terbaik dalam pembentukan pelajar agar lebih
berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik, terutama dalam menjana hala tuju
masa depan.
F21Oleh yang demikian, penerapan aspek disiplin yang tinggi dalam diri anak-anak sejak sekolah rendah
sehingga sekolah menengah merupakanF2langkah yang boleh diambil untuk menerapkan disiplin dalam
kalangan pelajar. Hal ini penting bagi melahirkan anak-anak yang berdisiplin sejak kecil.F22Berikutan hal ini,
guru-guru harus memberikan teladan yang baik kepada pelajar. Antaranya adalah dengan memakai pakaian
yang kemas dan bersih semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.
F23Untuk mengelakkan para pelajar daripada terpengaruh dengan gejala-gejala negatif, mereka juga harus
diterapkan dengan semangat cinta akan negara, sekali gus menjunjung apa-apa jua lambang kesetiaan kepada
negara, termasuklah lagu “Negaraku” dan Rukun Negara. Hal ini disebabkan kita berpegang pada keyakinan
bahawa seseorang individu yang mencintai bangsa dan negaranya pasti tidak akan melakukan sebarang perbuatan
yang boleh merosakkan bangsa dan negaranya.F24Pada satu pihak lain, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu
serta prihatin terhadap perkembangan pelajar, baik di sekolah mahupun di rumah bagi mengelakkan mereka
berasa terbiar atau tersisih. Para pelajar harus didedahkan dengan aktiviti di luar sekolah.F25Oleh sebab itu,
warga sekolah perlu melaksanakan pelbagai aktiviti serta program bersama dengan masyarakat khususnya
bagi menyemai semangat kerjasama dan membentuk sahsiah pelajar. F26Dalam pada itu, golongan guru haruslah
bersikap lebih tegas dalam menangani isu-isu berkaitan dengan disiplin agar dapat memperteguh nilai disiplin
yang menjadi pegangan generasi muda.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Masalah Sosial Pengaruhi Disiplin Pelajar Sekolah’,
Borneo Post Online, Mei 2016
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Grafik (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1)
Salah Laku Disiplin Pelajar Sekolah
1 F11 PONTENG SEKOLAH 7 F1 KENAKALAN
7
2 F12 KURANG SOPAN 8 F1 BERUNSUR KELUCAHAN
8
3 F1 TIDAK MEMENTINGKAN MASA
3
4 F14 KEKEMASAN DIRI
5 F15 ROKOK
6 F1 BERUNSUR JENAYAH
6
154
Langkah 1 Mengenal pasti Fokus 1 dan Fokus 2
(Fokus 1) = Kata Kunci 1 + Tugasan 1 (Sila cari pada perenggan 1)
(Fokus 1) = jenis-jenis + salah laku disiplin pelajar
(Fokus 2) = Kata Kunci 2 + Tugasan 2 (Sila cari pada perenggan 2)
(Fokus 2) = langkah-langkah + menerapkan disiplin
Langkah 2 Menulis Pendahuluan
Pendahuluan (2 markah)
Rumusan membincangkan (Fokus 1) jenis-jenis salah laku disiplin dan (Fokus 2) langkah-langkah
menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar .
Langkah 3/4/ 5 Mengenal pasti Isi daripada (Fokus 1) dan (Fokus 2) dalam Bahan 1 dan Bahan 2
Isi (16 markah)
Fokus 1: jenis-jenis salah laku disiplin pelajar
Versi Demo
07 Rumusan
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) jenis salah laku disiplin (ialah/ adalah) kes buli .
F1(2): Selain itu, kegiatan laku musnah turut dilihat semakin berleluasan.
(Bahan 2 – Grafik)
F1(1): Di samping itu, ponteng sekolah juga kerap dilakukan oleh para pelajar.
F1(2): Seterusnya, tindakan kurang sopan pelajar terhadap guru-guru.
Fokus 2: langkah-langkah menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) langkah menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar (ialah/ adalah)
aspek disiplin yang tinggi perlu diterapkan dalam diri anak-anak.
F2(2): Pada masa yang sama, guru-guru harus memberikan teladan yang baik kepada pelajar.
F2(3): Tidak dapat dinafikan juga, golongan pelajar juga harus diterapkan dengan semangat cinta akan negara.
F2(4): Akhir sekali, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan prihatin terhadap perkembangan pelajar.
Langkah 6
Tema = (Fokus 1) + (Fokus 2) (dan Fokus 3, sekiranya ada)
Tema = jenis-jenis salah laku disiplin + langkah-langkah menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar
= menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar
Langkah 7
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) menerapkan Jawapan
disiplin dalam kalangan pelajar (Kata Hubung) supaya/ agar (Kesan) insan yang berkualiti
dapat dilahirkan .
( 118 patah perkataan)
Kata Laluan:
warga123
155
Praktis SPM 2 ARAS : S Tema 3: Memetik Bintang
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1 dan garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Isu pengangguran dalam kalangan belia dilihat semakin serius dan memberikan impak kepada semua pihak.
BanyakF1faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran di Malaysia sepertiF11ketidaksepadanan antara bekalan
buruh dengan permintaan tenaga kerja di pasaran. Setiap tahun, jumlah graduan yang dihasilkan oleh universiti
melebihi jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan. Masalah pengangguran juga berlaku kerana
F12masyarakat kurang pendedahan tentang dunia kerjaya terutamanya golongan belia di kawasan pedalaman.
Pengangguran turut berlaku disebabkan olehF13sikap malas generasi muda itu sendiri seperti tidak mahu berusaha
untuk mencari pekerjaan sertaF14memohon gaji dan faedah yang tidak realistik dengan taraf pendidikan mereka.
Apabila menyusuri suasana ekonomi negara terkini dengan peningkatan kos hidup yang mendadak,F2langkah
yang bijaksana perlu diambil untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia. Antaranya, mereka
perlu sentiasaF21mengambil inisiatif untuk mengkaji pelbagai sumber maklumat seperti menghadiri karnival
kerjaya anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun berurusan sendiri dengan Talent Corp, iaitu agensi
kerajaan yang mempunyai data atau maklumat terkini tentang sistem kerjaya di Malaysia.
Perkara yang perlu dititikberatkan oleh golongan belia ialahF22mereka perlu mengkaji terlebih dahulu
kecenderungan diri sendiri untuk dipadankan dengan program pilihan di universiti yang membawa kerjaya
idaman. Tambahan lagi,F23mereka harus menguasai pelbagai bahasa dan menyampaikan maklumat dengan
berkesan untuk menarik minat majikan menawarkan pekerjaan. Pengangguran juga dapat dielakkan
jikaF24mereka bijak menguasai kemahiran komputer secara aplikasi dan teknikal. Golongan belia yang aktif
berpersatuan dapat meningkatkan pelbagai kemahiran dalam diri. Mereka yang digemari adalahF25berani
menyuarakan pendapat, berkeyakinan dan tidak mempunyai masalah disiplin.
Dunia pekerjaan yang melibatkan pengurusan syarikat atau badan kerajaan yang berhadapan dengan
pelanggan dan masyarakat amat mengutamakan golongan belia yangF26mampu menguruskan maklumat dengan
cemerlangnya. Selaku penyelidik Kajian Kebolehpasaran Graduan di IPTA, penulis mendengar luahan daripada
pelajar yang ‘kesesatan’ dari tingkatan empat sehingga ke peringkat universiti. Oleh itu,F27pentadbir sekolah
harus menyemak informasi terkini tentang program universiti dan industri yang menawarkan program serta
peluang pekerjaan dalam pasaran.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Mengelakkan Pengangguran Graduan’,
oleh Firdhaus Hassan,
Dewan Siswa, Julai 2016
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Grafik (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1)
KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA
Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada
pengangguran belia di Malaysia ialahF11ketidakcukupan
kemahiran atau pendidikan,F12kekurangan pengalaman
bekerja,F13ketidakpadanan kemahiran danF14sikap terlalu
memilih pekerjaan.
156
Pendahuluan (2 markah)
Rumusan membincangkan (Fokus 1) faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran dan (Fokus 2)
langkah-langkah menangani isu pengangguran dalam kalangan belia.
Isi (16 markah)
Fokus 1: faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara faktor yang mempergaruhi kadar pengangguran (ialah/ adalah) ketidaksepadanan
antara bekalan buruh dengan permintaan tenaga kerja.
F1(2): Selain itu, masyarakat kurang pendedahan tentang dunia kerjaya.
(Bahan 2 – Grafik)
F1(1): Di samping itu, ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan turut menjadi penyumbang faktor
pengangguran.
F1(2): Seterusnya, mereka kekurangan pengalaman kerja.
Versi Demo
07 Rumusan
Fokus 2: langkah-langkah menangani isu pengangguran dalam kalangan belia
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara langkah menangani isu pengangguran dalam kalangan belia (ialah/ adalah)
seperti mengambil inisiatif untuk mengkaji pelbagai sumber maklumat.
F2(2): Pada masa yang sama, mereka perlu mengkaji terlebih dahulu kecenderungan diri sendiri.
F2(3): Tidak dapat dinafikan juga, mereka harus menguasai pelbagai bahasa dan menyampaikan maklumat
dengan berkesan.
F2(4): Akhir sekali, mereka bijak menguasai kemahiran komputer.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama untuk (Tema) menangani masalah
pengangguran di Malaysia agar (Kesan) ekonomi negara dapat ditingkatkan.
( 119 patah perkataan)
Jawapan
Kata Laluan:
sumber123
157
Praktis SPM 3 ARAS : T Tema 4: Menjulang Harapan di Bumi Bertuah
Baca petikan dan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan gurindam. KBAT Menganalisis
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Sektor pertanian merupakan sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia. Di Malaysia,
sektor pertanian amat penting keranaF11sektor ini menyumbang lima peratus kepada pendapatan kasar negara.
Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu
ekonomi negara kita. Apabila sektor pertanian diperluas dan menjadi agenda utama kerajaan,F12sektor ini dapat
mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya golongan luar bandar. Untuk pengetahuan
semua,F13sektor pertanian berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia.
Namun begitu, bidang pertanian di negara ini masih belum berada pada tahap yang membanggakan. Malaysia
berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memajukan sektor pertanian walaupun pelbagai inisiatif telah
dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menaiktarafkan industri ini
Sektor ini belum dapat ditingkatkan kemajuannya keranaF21negara kekurangan tenaga kerja yang mahir dan
separa mahir. Hal ini demikian keranaF22kebanyakan golongan muda tidak berminat untuk mempelajari dan
menceburi bidang pertanian. Mereka tidak mahu bersusah payah dan berjemur di bawah panas terik matahari.
Oleh sebab itu,F23mereka hanya memilih pekerjaan makan gaji kerana lebih selesa dan tidak perlu bersusah
payah. Jika menceburi bidang pertanian,F24mereka perlu berdepan dengan pelbagai halangan dan risiko
kerugian sekiranya tanaman atau ternakan tidak berjaya. Pemikiran sebegini sukar dikikis dalam golongan
belia walaupun ada sahaja dalam kalangan mereka yang mengambil bidang pertanian dan perladangan.
Tambahan lagi,F25usia petani yang sudah lanjut turut menjadi halangan kemajuan sektor ini kerana negara
tiada pelapis muda. Tenaga buruh dalam sektor pertanian rata-ratanya melebihi usia 55 tahun mengikut
statistik yang diambil oleh jawatankuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Keadaan ini berpunca
daripadaF26penghijrahan golongan belia ke bandar-bandar besar atau ibu kota untuk mencari peluang
pekerjaan. Mereka menganggap industri ini tidak mendatangkan keuntungan dan mengambil masa yang lama
untuk membuahkan hasil. Mereka juga menganggap bidang pertanian hanyalah satu bidang yang dijalankan
untuk mengisi masa lapang.
Sumber: Internet
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Gurindam (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1)
GURINDAM POTENSI SEKTOR PERTANIAN
Tanah subur iklim sesuai F1 Produk pertanian dieksport merata
Apa ditanam cepat dituai. 4 Petani berbangga tidak terkata.
Walau tanah sekangkang kera Generasi muda singsing lenganmu
F1 Hasil yang banyak tidak terkira. Pergi ladang curahkan keringatmu.
1 Benarlah sungguh pujangga berfatwa
Berbudi ke tanah tidak kecewa.
Ilmu ditingkat teknologi diguna
Barulah keuntungan dapat dijana.
Sektor pertanian potensinya cerah Azahar Bahari
F12 Kehendak pasaran mencurah-curah. Ilham Bestari, Teluk Intan.
F13 Banyak petani jadi jutawan
Walaupun diusaha hanya cendawan.
158
Pendahuluan (2 markah)
Peringatan
Pelajar hanya perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan menyentuh setiap fokus.
Versi Demo
07 Rumusan
Rumusan membincangkan (Fokus 1) kepentingan-kepentingan sektor pertanian kepada negara dan (Fokus 2)
cabaran-cabaran untuk memajukan sektor pertanian.
Isi (16 markah)
Fokus 1: kepentingan-kepentingan sektor pertanian kepada negara
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) kepentingan sektor pertanian kepada negara ialah sektor ini menyumbang lima
peratus kepada pendapatan kasar negara.
F1(2): Selain itu, sektor ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya golongan
luar bandar
F1(3): Seperkara lagi, sektor pertanian berfungsi sebagai pembekal sumber makanan
(Bahan 2 – Gurindam)
F1(1): Di samping itu, petani memperoleh hasil yang lumayan.
F1(2): Seterusnya, sektor ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.
F1(3): Sementara itu, pelbagai produk pertanian telah dieksport ke luar negara.
Fokus 2: cabaran-cabaran untuk memajukan sektor pertanian
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) cabaran untuk memajukan sektor pertanian ialah negara kekurangan tenaga kerja
yang mahir dan separa mahir
F2(2): Pada masa yang sama, kebanyakan golongan muda tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi
bidang pertanian
F2(3): Tidak dapat dinafikan juga, mereka hanya memilih pekerjaan makan gaji.
F2(4): Akhir sekali, usia petani yang semakin lanjut.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak haruslah (Tema) berganding bahu dalam meningkatkan kemajuan Jawapan
sektor pertanian (Kata Hubung) agar (Kesan) ekonomi negara meningkat.
( patah perkataan) Kata Laluan:
bahu123
159
Praktis SPM 4 ARAS : T Tema 5: Memacu Produktiviti
Baca petikan dan sajak dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
sajak. KBAT Menganalisis Nilai Teras Sivik: Hormat-Menghormati
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Batik merupakan satu daripada akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia. Batik digemari ramai
malah menjadi pakaian kakitangan kerajaan di negara kita pada setiap hari Khamis di samping penggunaannya
dalam majlis-majlis rasmi. AntaraF1kepentingan industri batik di Malaysia ialahF11lambang semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat. Industri ini turutF12membuka peluang pekerjaan kepada semua golongan
masyarakat yang meminatinya. Pembukaan banyak kilang perusahaan batik di negara kitaF13dapat mengelakkan
masyarakat kita bergantung pada batik dari luar negara yang sudah lama meneroka bidang ini.
Dalam pada itu, industri iniF14menyumbangkan pendapatan kepada negara kerana hasilnya dapat dieksport
ke beberapa buah negara. Industri batik di Malaysia akan bertambah maju sekiranya masyarakat menerima baik
pakaian batik. Pada masa ini, selain kakitangan kerajaan yang memakainya pada setiap hari Khamis dan dalam
majlis-majlis rasmi tertentu, kita juga dapat melihat batik dipakai semasa majlis kenduri-kendara. Pemakaian
batik pada Hari Kebangsaan yang dicadangkan pada tahun 2019 juga dapat mengembalikan kegemilangan batik
Malaysia. Hal ini memperlihatkan bahawaF15batik menjadi warisan negara danF16dapat menonjolkan tradisi itu
kepada masyarakat antarabangsa. Maka tidak hairanlah, batikF17turut menjadi tarikan industri pelancongan
negara. Hasil-hasil batik negara kita dibeli oleh pelancong asing sebagai kenangan danF18melambangkan
kekayaan hasil kraf tangan yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara.
DalamF2usaha untuk memajukan industri batik,F21penglibatan generasi muda dalam industri batik perlu
diberikan pendedahan serta pendidikan awal bagi melahirkan lebih ramai pelapis berbakat dan mahir.
Perbadanan Kraf Tangan Malaysia wajarF22mewujudkan program perantis dan melantik pembatik bertauliah
di setiap negeri. Mereka bolehF23membuat semula syarat-syarat tertentu supaya generasi muda mempunyai
peluang lain selain ke Institut Kraf Negara.F24Pewujudan semula pusat latihan dan kemahiran kraf batik di
setiap negeri dapat menarik minat generasi muda serta memudahkan pembelajaran mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memartabatkan Warisan Batik Malaysia’,
oleh Nurul Afida Kamaludin,
BERNAMA, Ogos 2019
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Sajak (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Lukisan Alam
Batik, lukisan indah paparan alam F23 Ketengahkan batik melalui apresiasi
Dekat di hati, gemilang di persada seni
Nukilan pakar kitab canting tak terlawan Warisan bangsa, kian bersemi
F2 Perkasakannya melalui ruang dan peluang F24 Wartakan takhta, harus dijulang tinggi,
1 Warisan tradisi lambang seni berkualiti.
Batik indah penyejuk mata yang memandang
Menawan hati tidak akan kecundang.
Batik, seindah nama dan coraknya Nora Johnday
Puchong, Selangor
Martabat batik kembalikan nama
F22 Di sekolah, batik dibangunkan bersama
Corak dilukis, kain dicanting dengan khusyuknya
Melayarkan imej meluahkan rasa jiwa.
160
Pendahuluan (2 markah)
Peringatan
Pelajar hanya perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan menyentuh setiap fokus.
Versi Demo
07 Rumusan
Rumusan membincangkan (Fokus 1) faedah-faedah kesenian batik dan (Fokus 2) usaha-usaha memajukan
industri batik.
Isi (16 markah)
Fokus 1: faedah-faedah kesenian batik
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) faedah kesenian batik ialah lambang semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
F1(2): Selain itu, industri ini membuka peluang pekerjaan kepada semua golongan masyarakat.
F1(3): Seperkara lagi, industri batik dapat mengurangkan kebergantungan kita pada luar negara.
Fokus 2: usaha-usaha memajukan industri batik
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) usaha memajukan industri batik adalah seperti memberikan pendedahan dan
pendidikan awal kepada generasi muda.
F2(2): Pada masa yang sama, pihak berkaitan boleh mewujudkan program perantis dan melantik pembatik
tauliah di setiap negeri.
F2(3): Seperkara lagi, mereka boleh membuat semula syarat-syarat tertentu.
F2(4): Di samping itu, pengwujudan semula pusat latihan dan kemahiran kraf batik.
(Bahan 2 – Grafik)
F1(1): Tidak dinafikan juga, kita boleh memperkasakan penggunaan batik di serata dunia.
F1(2): Sementara itu, kita juga boleh mengetengahkan apresiasi batik dan pameran.
F1(3): Akhir sekali, kerajaan mewartakan batik sebagai warisan tradisi.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) memartabatkan kesenian batik di Jawapan
negara kita (Kata Hubung) agar (Kesan) industri ini dapat berkembang maju.
( patah perkataan) Kata Laluan:
batik123
161
Praktis SPM 5 ARAS : T Tema 6: Dunia Pelancongan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Menurut perancangan, tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia [TMM 2020] tetapi sudah dibatalkan
ekoran penularan COVID-19 demi keselamatan bersama. Negara kita mengetepikan lonjakan ekonomi demi
kesejahteraan penduduk dan sesiapa sahaja yang datang ke negara ini. TMM bermula pada tahun 1990; kali kedua
diadakan pada tahun 1994 dan seterusnya pada tahun 2007/2008. TMM diadakan pada kali keempat pada tahun
2014. TMM terus dirancang dan diadakan kerana bidang ini mempunyai pelbagai kesan positifnya. Walaupun
TMM 2020 dibatalkan,F1usaha-usaha untuk memulihkan industri pelancongan tidak harus dibiar kaku.F11Pelbagai
kemudahan pelancongan di seluruh negara mesti diselenggara dan dibaik pulih demi keselesaan pelancong.
F12Kempen mestilah diadakan semula untuk menarik minat pelancong asing ke negara kita. Pihak kerajaan juga
bolehF13memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pelancong.F14Penganjuran karnival
pelancongan di seluruh pelosok dunia boleh dilaksanakan dalam usaha memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan. Pada tahun ini,F21wabak COVID-19 menjadiF2cabaran perkembangan industri pelancongan.
Pada tahun 2007,F22banjir besar berlaku di beberapa buah negeri di selatan tanah air yang menghalang
kemasukan pelancong dan melumpuhkan pergerakan di kawasan-kawasan terbabit. Situasi yang sama berlaku
pada tahun 2014 apabila banjir besar melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang.F23Pelancongan di negara kita
turut terjejas ekoran tragedi yang menimpa MH370 dan MH17. Selain itu,F24masalah jerebu turut mengurangkan
kemasukan pelancong ke negara kita. Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan akibat jerebu. Dalam pada itu,
industri pelancongan negara menghadapi masalah berkaitan dengan sikap masyarakat dan situasi yang berlaku
di dalam negara kita. Kebersihan menjadi masalah utama kerana keadaan yang tidak terurus di sesebuah tempat
telah menjejaskan kedatangan pelancong dan menjejaskan nama baik negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Usah Biarkan Pelancongan Kaku’,
oleh M. Jasni Majed,
Utusan Malaysia, 31 Ogos 2020
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Grafik (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1) Program latihan dan penempatan semula
MEMPERGIAT INDUSTRI
PELANCONGAN NEGARA bagi 8000 orang kakitangan dari syarikat
penerbangan di Malaysia F1
1
Peluang pekerjaan kepada 500 orang
daripada komuniti setempat dan Orang Asli
sebagai jurupandu pelancong di semua taman
negara bagi merancakkan ekopelancongan F1
2
Memastikan bangunan warisan kebangsaan
seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan
Carcosa Seri Negara terus kekal terpelihara
dan menjadi ikon pelancongan F1
3
Meningkatkan daya saing industri
pelancongan kesihatan tempatan dan lanjutan
pengecualian cukai pendapatan bagi eksport
perkhidmatan jagaan kesihatan swasta F1
4
162
Pendahuluan (2 markah)
Peringatan
Pelajar hanya perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan menyentuh setiap fokus.
Versi Demo
07 Rumusan
Rumusan membincangkan (Fokus 1) usaha-usaha memulihkan industri pelancongan negara dan (Fokus 2)
cabaran-cabaran perkembangan industri pelancongan.
Isi (16 markah)
Fokus 1: usaha-usaha memulihkan industri pelancongan negara
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) usaha memulihkan industri pelancongan negara adalah dengan menyelenggara dan
membaik pulih pelbagai kemudahan pelancongan.
F1(2): Selain itu, kempen mestilah diadakan semula.
F1(3): Seperkara lagi, kerajaan boleh memperkenalkan produk pelancongan baharu.
(Bahan 2 – Grafik)
F1(1): Di samping itu, program latihan dan penempatan semula bagi 8000 orang kakitangan dari syarikat
penerbangan.
F1(2): Seterusnya, peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli.
F1(3): Sementara itu, bangunan warisan kebangsaan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri
Negara perlu terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan.
Fokus 2: cabaran-cabaran perkembangan industri pelancongan
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) cabaran perkembangan industri pelancongan ialah penularan wabak COVID-19.
F2(2): Pada masa yang sama, banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri.
F2(3): Tidak dapat dinafikan juga, tragedi yang menimpa MH370 dan MH17.
F2(4): Akhirnya sekali, masalah jerebu turut mengurangkan kemasukan pelancong ke negara kita.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak haruslah (Tema) berusaha menempuh cabaran dalam memulihkan Jawapan
industri pelancongan negara (Kata Hubung) agar (Kesan) industri ini kembali maju seperti sedia kala.
.
( patah perkataan
Kata Laluan:
kereta123
163
Praktis SPM 6 ARAS : T Tema 7: Demi Kedamaian
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis Nilai Teras Sivik: Bertanggungjawab
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi isu yang sering diperkatakan serta perlu diberikan perhatian
yang sewajarnya. Hal ini menunjukkan bahawa isu ini harus menjadi tumpuan utama semua pihak lebih-lebih
lagi apabila berkaitan dengan masa hadapan kita.F11Peningkatan bilangan kenderaan di negara kita seiring
dengan pertambahan bilangan penduduk yang pesat merupakanF1punca berlakunya kemerosotan kualiti alam
sekitar, terutama di kawasan bandar. Selain itu,F12pelepasan bahan kimia, seperti karbon monoksida, karbon
dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen sulfur yang berlebihan dari kawasan perindustrian menjadi pemangkin
berlakunya pencemaran udara yang lebih serius.
F13Pembakaran hutan tanpa kawalan oleh pihak tidak bertanggungjawab juga menjadi punca kemerosotan
kualiti udara di negara kita. Sektor pertanian sama ada perladangan ataupun penternakan yang mengabaikan
aspek penjagaan alam sekitar pula merupakan sebab berlakunya kemerosotan kualiti air. Terdapat
jugaF14segelintir pengusaha atau pekerja sektor perladangan dan penternakan yang tidak bertanggungjawab
dalam pengurusan sisa pembuangan kerana membuang sisa baja kimia, racun rumpai, najis haiwan dan
sebagainya ke dalam sungai. Pencemaran air berlaku disebabkan olehF15tindakan pemilik kapal dagang dan bot
nelayan yang tidak bertanggungjawab membuang minyak kotor ke dalam laut.
Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan berpendidikan serta terdedah kepada penyebaran
maklumat melalui pelbagai media, kita seharusnyaF2berusaha memelihara alam sekitar. Pihak bertanggungjawab
bolehF21menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas kepada pesalah. Mereka seharusnya menerima
hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.F22Ibu bapa juga boleh memainkan peranan
dalam mendidik anak-anak agar cinta akan alam sekitar dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka
seperti tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Pada masa yang sama,F23pihak sekolah juga boleh
menanam kesedaran tentang alam sekitar dalam kalangan pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya kita gagal mengimbangi pembangunan dengan kelestarian alam sekitar, berkemungkinan musibah
yang lebih besar akan menimpa.
07 Rumusan
Dipetik dan diubah suai daripada
Versi Demo ‘Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar’,
oleh Nizar Parman,
Dewan Siswa, Julai 2016
Bahan 2 – Grafik (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
1 Mewujudkan taman negara dan hutan simpanF21
2 Mengurus pembinaan jalan rayaF22
3 Menjalankan kempen kesedaranF23
4 Penghutanan semulaF24
5 Kaedah biologiF25
164
Pendahuluan (2 markah)
Peringatan
Pelajar hanya perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan menyentuh setiap fokus.
Versi Demo
07 Rumusan
Rumusan membincangkan (Fokus 1) punca-punca kemerosotan kualiti alam sekitar dan (Fokus 2) usaha-usaha
memelihara kelestarian alam sekitar.
Isi (16 markah)
Fokus 1: punca-punca kemerosotan kualiti alam sekitar
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) punca kemerosotan kualiti alam sekitar ialah peningkatan bilangan kenderaan yang
seiring dengan pertambahan bilangan penduduk.
F1(2): Selain itu, pelepasan bahan kimia yang berlebihan dari kawasan perindustrian.
F1(3): Di samping itu, pembakaran hutan tanpa kawalan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
F1(4): Seterusnya, sikap segelintir pengusaha atau pekerja sektor perladangan dan penternakan yang tidak
bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pembuangan.
Fokus 2: usaha-usaha memelihara kelestarian alam sekitar
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) usaha memelihara kelestarian alam sekitar ialah penguatkuasaan undang-undang
yang lebih tegas.
F2(2): Pada masa yang sama, ibu bapa haruslah berperanan dalam mendidik anak-anak agar mencintai alam
sekitar.
F2(3): Seperkara lagi, pihak sekolah juga boleh menanam kesedaran tentang alam sekitar dalam kalangan
pelajar.
(Bahan 2 – Grafik)
F2(1): Tidak dinafikan juga, kerajaan haruslah mewujudkan taman negara dan hutan simpan.
F2(2): Sementara itu, kerajaan mestilah mengurus pembinaan jalan raya.
F2(3): Akhir sekali, kerajaan boleh menjalankan kempen kesedaran.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) menjaga kelestarian alam sekitar Jawapan
(Kata Hubung) agar (Kesan) masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan kondusif.
( patah perkataan
Kata Laluan:
alam123
165
Praktis SPM 7 ARAS : T Tema 8: Dalam Lipatan Kenangan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis Nilai Teras Sivik: Bertanggungjawab
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Pelbagai jenis biskut seperti biskut makmur, kuih bangkit, sugi, tat bunga, kuih siput dan gunting, baulu lapis,
agar-agar kering dan halwa maskat merupakan kuih raya yang kian luput daripada lidah masyarakat Melayu.
Inilah antara hidangan yang menjadi sinomin setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha suatu
ketika dahulu, iaitu ketika zaman nenek moyang kita.
Dari semasa ke semasa, kuih-kuih ini tidak kedapatan lagi pada setiap kali musim perayaan. Menurut pemerhatian,
kuih tradisional semakin terpinggir keranaF11generasi sekarang kurang meminatinya. Keadaan ini ditambah pula
denganF12kecetekan ilmu generasi sekarang membuat kuih-kuih tradisional yang suatu masa dahulu sangat popular.
Kalau ada pun boleh dikira dengan jari kerana generasi sekarang lebih meminati kuih-kuih moden dalam setiap
perayaan. Oleh itu,F13sikap berbangga dengan makanan dari luar menyebabkan hidangan tradisional ini semakin
pupus.F14Sifat bakhil individu yang berkemahiran menghasilkan menu tradisional untuk dikongsikan kepada
orang lain turut menyumbang kepada kepupusan makanan warisan ini.F15Rekod atau dokumen tentang kuih dan
biskut raya tradisional sangat jarang didokumentasikan walaupun penganjuran pertandingan berkaitannya sering
diadakan. Kuih raya memerlukan adunan dan ukur timbang yang tepat bagi menghasilkan kuih yang sempurna. Atas
faktor tersebut, masyarakat kita melihatF16kuih tradisional ini agak rumit untuk disediakan.
Pengusaha industri tradisional haruslahF21bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan
atau mengkomersialkan produk mereka. Generasi lama mestilahF22mewariskan cara-cara menyediakan kuih-kuih
tradisional ini kepada anak cucu mereka. Pihak-pihak tertentu juga mestiF23mengambil inisiatif mempopularkannya
dengan cara mengadakan bengkel atau kursus kepada generasi baharu.F24Sajian dan resipi kuih tradisional ini
boleh didokumentasikan untuk menjadi rujukan. Sesetengah kuih tradisional yang ada pada masa ini tentu akan
dilupakan begitu sahaja jika usaha untuk mengekalkannya tidak dilakukan dari sekarang.
07 Rumusan
Dipetik dan diubah suaikan daripada
Versi Demo ‘Sajian Tradisi Kian Dillupakan’,
Oleh Aniza Zainudin,
myMetro, 5 Jun 2019
Bahan 2 – Grafik (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Pengekalan F21Mempromosikannya di hotel-hotel
Kuih Tradisional atau tempat pelancongan
F22Memperkenalkan F23Melakukan pemetaan kuih
pengusaha kuih tradisional tradisional
F24Mempelbagaikan produk industri
makanan yang sedia ada
166
Pendahuluan (2 markah)
Rumusan membincangkan (Fokus 1) punca-punca kuih tradisional kian dilupakan dan (Fokus 2) langkah-
langkah untuk mempopularkannya.
Isi (16 markah)
Fokus 1: punca-punca kuih tradisional kian dilupakan
(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) punca kuih tradisional kian dilupakan ialah generasi muda tidak menggemarkannya.
F1(2): Selain itu, mereka kekurangan ilmu membuat kuih-kuih tradisional.
F1(3): Di samping itu, generasi kini lebih membanggakan makanan luar berbanding dengan makanan tradisi
sendiri.
Versi Demo
07 Rumusan
F1(4): Seterusnya, sifat bakhil individu yang berkemahiran menghasilkan menu tradisional untuk dikongsikan
dengan orang lain.
Fokus 2: langkah-langkah untuk mempopularkan kuih tradisional
(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) langkah untuk mempopularkan kuih tradisional ialah pengusaha haruslah bijak
mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka.
F2(2): Pada masa yang sama, mereka boleh mewariskan cara-cara menyediakan kuih-kuih tradisional kepada
generasi muda.
F2(3): Seperkara lagi, pihak tertentu mengambil inisiatif dengan cara mengadakan bengkel atau kursus.
(Bahan 2 – Grafik)
F2(1): Tidak dapat dinafikan juga, mereka haruslah mempromosikannya di hotel-hotel atau tempat
pelancongan.
F2(2): Sementara itu, produk makanan yang sedia ada dipelbagaikan dengan pelbagai cara.
F2(3): Akhir sekali, pihak kerajaan boleh memperkenalkan pengusaha kuih tradisional.
Kesimpulan (2 markah)
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah (Tema) mengekalkan kuih tradisional ini (Kata Hubung) Jawapan
agar (Kesan) makanan warisan ini tidak luput ditelan zaman.
( patah perkataan
Kata Laluan:
kuih123
167
Praktis SPM 8 ARAS : T Tema 9: Sayangi Malaysiaku
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis Nilai Teras Sivik: Hormat-Menghormati
Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
Malaysia mengecapi kemerdekaan hasil usaha semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Tujuannya adalah untuk hidup harmoni tanpa persengketaan. Walau bagaimanapun, kita sering melihat berita-
berita di televisyen atau laman sosial tentang isu-isu yang menggugat perpaduan kaum. Kita masih menempuh
pelbagaiF1cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum sepertiF11berlaku jurang dan dominasi ekonomi
yang telah timbul sejak zaman penjajahan British. Keadaan ini telah menyebabkan perasaan prasangka dan
perkauman menjadi semakin kuat dan menebal dalam setiap kaum. Hubungan masyarakat semakin renggang
akibatF12kewujudan sistem pendidikan yang berbeza sehingga ada sesetengah daripada mereka tidak fasih
bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Cabaran terbesar dalam mengekalkan perpaduan kaum ialahF13kemudahan teknologi yang banyak
disalahgunakan oleh masyarakat untuk menyebarkan sesuatu yang negatif seperti fitnah dan berita palsu.
Mutakhir kiniF14masyarakat kebanyakannya tidak memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka lebih
selesa hidup dalam lingkungan budaya kaum sendiri sahaja dan jarang bergaul dengan kaum-kaum yang lain.
Oleh itu,F2usaha yang lebih efisien perlu dilakukan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Dalam soal perpaduan, sebaiknyaF21generasi muda mesti mengetahui kepentingan perpaduan
kerana mereka ialah tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara.
Lain daripada itu,F22ibu bapa boleh mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka untuk
memberikan inspirasi kepada anak-anak dengan mencontohi kelakuan baik yang akan membantu mereka
membina negara yang stabil. Nilai seperti kejujuran, integriti, toleransi, ketekunan, keadilan, menghormati
orang tua dan kesedaran sivik mesti dikekalkan. Pemupukan perpaduan juga harus bermula dari sekolah
sepertiF23guru menggunakan kreativiti dan kemahiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menarik perhatian pelajar pelbagai kaum. Setiap pelajar perlu mengambil bahagian untuk membolehkan
mereka berinteraksi antara satu sama lain dan membina persahabatan yang berkekalan. Perkara paling penting
ialahF24pengetua sekolah dan guru perlu menggalakkan pelajar untuk saling memahami dan menghormati
antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme’,
oleh Tan Sri Lee Lam Thye,
BH Online, 4 September 2018
07 Rumusan
Versi Demo
Bahan 2 – Grafik (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
PERPADUAN MENGEKALKAN KEHARMONIAN
Langkah-Langkah Untuk Memupuk Semangat Perpaduan
• Rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum F21
• Meraikan hari perayaan setiap kaum seperti: F22
»» Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain
»» Mengeratkan silaturahim antara kaum
»» Memahami perayaan masing-masing
»» Menghormati antara satu sama lain
»» Makan dan minum bersama
• Media massa yang menyebarkan mesej positif tentang kepentingan
perpaduan F23
• Menjalankan aktiviti dan sukan F24
@JPenerangan JapenMalaysia Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia #KitaMalaysia
168