The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lailafariz, 2020-03-30 09:41:03

BUKU NOTA KMK 1034 CONCEPT ART - KONSEP WARNA

KONSEP WARNA

Keywords: CONCEPT ART,KMK1034,KONSEP WARNA,WARNA

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA IT-055-3-2013 3D PRODUCTION OPERATION SUPPORT
PROGRAM/ 3
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP/ LEVEL

NO. DAN TAJUK UNIT E01 : CONCEPT ART ILLUSTRATION
KOMPETENSI/ KMK 1034 : CONCEPT ART
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. RESEARCH PROJECT REQUIREMENT
AKTIVITI KERJA/ WORK 2.PREPARE THUMBNAIL SKETCHES
ACTIVITIES NO. AND 3.PRODUCE CONCEPT ART/ MODEL SHEET
STATEMENT

NO. KOD/CODE NO. IT-055-3-2013-E01/P(14/20) Muka Surat/ Page: 1
Drp./ Of : 8

TAJUK : CHARACTER / BACKGROUND COLOURING TECHNIQUES (Colour
concept)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai karektor dan warna
latar belakang yang perlu diketahui untuk menghasilkan lukisan lebih realistik /
menarik.

1

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 2
Drp./ Of : 8

PENERANGAN (Information):

3.3 KONSEP WARNA (COLOUR CONCEPT)
Terdapat 3 jenis warna iaitu:

• Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan
Campuran warna lain)

• Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’,
Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)

• Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

Gambar Rajah 1

Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
• Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga,
Selesa dan seimbang)

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 3
Drp./ Of : 8

Gambar Rajah 2
• Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna

(menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)

Gambar Rajah 3
• Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada

Terang kepada gelap)

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 4
Drp./ Of : 8

Gambar Rajah 4

Terdapat 2 suhu warna iaitu:

a) Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada
Roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan,
perang, meriah dsb)

b) Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna
(menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

Gambar Rajah 5

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 5
WARNA BERTINDAK Drp./ Of : 8

Nilai kroma sesuatu bergantung pada warna latar atau pun warna yang berada
dikelilingnya. Warna yang sama pada warna latar belakang yang berlainan akan
menimbulkan kesan. Sesuatu warna itu akan kelihatan terang apabila di kelilingi
warna atar yang gelap. Warna itu akan kelihatan pudar jika dikelilingi oleh warna
latar yang muda (terang). Ini bermakna bahawa warna putih atau kuning akan
kelihatan lebih terang dan menonjol atas latar berwarna hitm ataubiru. Tindakan
ini dikenali sebagai kontra.Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas ketara,
tindakan positif dapat dihasilkan. Tindakan negative dapat dihasilkan apabila dua
warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampi rsama.

Gambar Rajah 6

PERSPEKTIF WARNA

Warna boleh menimbulkan ilusi ruang dan perspektif Objek yang jauh akan kelihatan
lebih lembut dan pudar. Objek yang dekat kedudukannya pada mata akan jelas dan
warna agak gelap.Kesan perspektif akan kelihatan lebih jelas jika gubahan dibuat
dalam warna harmoni atau sewarnanya.

Gambar Rajah 7

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 6
NILAI WARNA TON Drp./ Of : 8

Ton ialah nilai pancaran warna iaitu dari terang ke gelap.Ton warna yang dihasilkan
dengan campuran warna-warna asas atau sekunder satu demi satu dengan warna
putih atau hitam dalam nisbah yang berlainan. Ia disusun dalam perkembangan
teratur mengikut nilaian tonnya.Ton warna amat berguna untuk mencipta ruang dan
bentuk tiga dimensi. Melalui ton warna juga bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan
dengan mengolah kesan pencahayaan yang jatuh pada permukaan objek. Kesan
perbezaan yang terdapat pada objek boleh dilakukan dengan kesan
ton.Penambahan warna terang memberikan kesan pada kedudukan objek.

Gambar Rajah 8

KROMA WARNA

Kroma ialah ukuran nilai kuasa warna.Kroma warna terhasil apabila warna-warna
penggelap dicampurkan dalam nisbah yang berlainan. Contohnya merah dan hijau,
jingga dan biru, kuning dan ungu. Penggunaan warna secara bebas ini dapat
melahirkan perasaan seperti kegembiraan, keganasan dan kematian.
Nisbah campuran dengan warna penggenapnya akan menentukan nilai kualitinya.
Kroma warna dapat menentukan nilaikuasanya. Kroma warna dapat menimbulkan
kesan warna yang lebih pudar daripada warna asalnya. Hasil karya catan yang
menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan sunyi, sedih, sunyi dan
nostalgia.

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 7
Drp./ Of : 8

Gambar Rajah 9

WARNA NEUTRAL

Warna neutral ialah warna kelabu. Iaitu tonnya terdapat antara hitam dan putih.Ia
juga merujuk kepada kroma warna campuran dua warna penggenap. Menggunakan
nisbah yang sama untuk menghasilkan warna baru. Warna kroma juga tidak
mempunyai kesan langsung tetapi amat berkesan untuk mengurangkan kuasa-
kuasa warna lain. Warna kroma biasanya digunakan bersama gubahan kombinasi
warna penggenap supaya hasil kerja memjadi menarik. Nilai kuasa warna agak kuat
kesanya tetepi tidak menyakitkan mata.Warna neutral juga dapat melembutkan
warna-warna itu.

Gambar Rajah 10

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3-2013-E01/T(14/20) Muka Surat/ Page : 8
Drp./ Of : 8

RUJUKAN

http://www.taringa.net/posts/hazlo-tu-mismo
https://www.behance.net/gallery/8129401/2D-Production-Model-Sheets
http://www.animationbrain.com/2d-model-sheet.html
http://johnnydrawsmanga.blogspot.my/2012/11/drawing-manga-eyes-part-iii.html
http://www.wikihow.com/Draw-a-Cartoon-Face-(Emotions)
http://www.idrawdigital.com/2010/04/tutorial-drawing-the-female-figure/
http://psvssijb.blogspot.my/2013/03/unsur-seni.html
http://bangdey.blogspot.my/2009/11/unsur-unsur-seni.html
https://senilukis101.wordpress.com/teori-seni/asas-seni-reka/
http://psvssijb.blogspot.my/2013/03/lukisan.html


Click to View FlipBook Version