i PENGHARGAAN Alhamdulillah saya bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya telah berhasil menyelesaikan kerja kursus ini. Saya ingin berterima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam atas peluang yang diberikan untuk menghasilkan kerja kursus ini serta kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan, yang sangat membantu saya dalam mencari bahan rujukan yang relevan dengan tajuk tugasan saya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Dr Azmi, yang memberikan banyak bimbingan dan penjelasan yang sangat membantu dalam menyiapkan tugasan ini serta memberikan kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada kedua orang tua saya di kampung yang memberikan sokongan dan dorongan untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Tanpa mereka, saya mungkin tidak berhasil untuk menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, harapan saya adalah agar kerja kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan saya dan membantu saya menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan kompeten. Saya juga berharap agar hasil kerja ini juga dapat memberikan manfaat bagi diri saya sendiri dan pembaca. Semoga kita semua dapat menjadi pendidik yang dapat memajukian masyarakat melalui penyampaian ilmu.
ii ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan..................................................................................................................... 1 2.0 Justifikasi Instrumen Pentaksiran dan Cadangan Penambahbaikan ............................... 1 2.1 Instrumen 1..................................................................................................................... 1 Kekuatan........................................................................................................................... 8 Kelemahan ........................................................................................................................ 8 Cadangan Penambahbaikan ............................................................................................. 8 2.2 Instrumen 2..................................................................................................................... 9 Kekuatan......................................................................................................................... 13 Kelemahan ...................................................................................................................... 13 Cadangan Penambahbaikan ........................................................................................... 14 2.3 Instrumen 3……………………………………………………………………………………...15 Kekuatan......................................................................................................................... 21 Kelemahan ...................................................................................................................... 21 Cadangan Penambahbaikan ........................................................................................... 21 3.0 Penutup ........................................................................................................................ 22 Rujukan………………………………………………….……………...……………………………23
1 1.0 Pengenalan Pentaksiran ialah proses penilaian yang melibatkan pengumpulan, analisis dan terjemah kemahiran dan pengetahuan murid (Mahaya Salleh et al., 2024). Proses ini adalah penting kepada guru untuk melihat sejauhmanakah hasil pembelajaran yang diperolehi murid. Proses ini dilaksanakan bagi mengetahui apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan pada masa akan datang. Pentaksiran alternatif pula merupakan kaedah penilaian selain daripada peperiksaan berpusat yang dilaksanakan oleh guru. Tujuan pentaksiran alternatif adalah untuk menilai kemahiran dan pengetahuan murid yang tidak dinilai dalam pentaksiran sumatif melalui tugasan yang diberi oleh guru dalam tempoh tertentu (Mahaya Salleh et al., 2024). Terdapat 13 strategi pentaksiran alternatif iaitu penilaian kendiri, pentaksiran berkumpulan, projek, temubual, pentaksiran berasaskan teknologi, pembentangan lisan, portfolio, pemerhatian, penghasilan produk, amali, buku skrap, tugasan bertulis dan pentaksiran rakan sebaya. 2.0 Justifikasi Instrumen Pentaksiran dan Cadangan Penambahbaikan 2.1 Instrumen 1
2
3
4
5
6
7
8 Kekuatan Antara kekuatan yang terdapat pada instrumen ini ialah kaedah pentaksiran sesuai dan selari dengan standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan kerana salah satu elemen utama untuk menguji hafazan adalah melalui lisan. Guru dapat menyemak bacaan murid dan membetulkan kesalahan tajwid yang dilakukan. Seterusnya, aras kesukaran soalan adalah bersesuaian dengan tahap kognitif murid iaitu membaca Surah Al-Qariah dari ayat 1-5. Bilangan ayat yang perlu dibaca adalah sesuai dengan kemampuan mereka. Sehubungan dengan itu, soalan ini merupakan aras rendah kerana ianya dikategorikan sebagai C1 iaitu mengingat (Bloom, 1956). Selain itu, instrumen ini menggunakan bahan maujud iaitu batang aiskrim. Murid dikehendaki untuk mewarna bahagian tertentu batang aiskrim berdasarkan ayat yang telah dibaca. Ini merupakan satu kelainan kerana kebiasaannya instrumen disediakan dalam bentuk bahan bercetak. Penggunaan bahan maujud bukan sahaja memudahkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahkan ianya dapat menarik perhatian dan meningkatkan motivasi murid untuk belajar (Nickline Sumoi, et al. 2022). Seterusnya, guru mendapat maklum balas murid yang telah mencapai tahap penguasaan dan murid yang belum mencapai tahap penguasaan terhadap hafazan Surah Al-Qariah ayat 1-5. Dengan ini, guru boleh mengenal pasti kekuatan dan keperluan setiap murid. Perkara ini akan menjadi panduan kepada guru untuk mengatur strategi pengajaran yang sesuai agar standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai (Guskey, 2011). Di samping itu, penggunaan rubrik dalam pentaksiran dapat memudahkan guru menilai tahap penguasaan murid secara terperinci kerana di dalam rubrik mengandungi aspek-aspek yang hendak dinilai ke atas murid semasa penilaian dilaksanakan. Kelemahan Antara kelemahan yang terdapat pada instrumen ini ialah tulisan terlalu kecil kerana bahan maujud yang digunakan bersaiz kecil. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk membaca arahan soalan. Kesannya, pentaksiran akan berlaku keralatan seperti murid tersilap tanda ayat yang telah dibaca. Selain itu, tiada arahan soalan pada instrumen. Ketiadaan arahan soalan menyebabkan instrumen tidak boleh dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa akan datang kerana seseorang pasti akan lupa aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan batang aiskrim tersebut. Cadangan Penambahbaikan Guru boleh melaksanakan pentaksiran berasaskan teknologi dengan menggunakan pendekatan gamifikasi. Guru boleh menggunakan aplikasi yang menyeronokkan seperti Kahoot, Quizizz, Word Wall dan sebagainya. Pendekatan gamifikasi yang mengandungi elemen permainan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Kitikedizah Hambali & Maimun Aqsha Lubis, 2022). Justeru itu, salah satu elemen penting dalam Standard 4 SKPMg2 iaitu penglibatan aktif murid dapat dicapai dengan jayanya. Kesannya, proses penilaian dapat berjalan dengan lancar. Guru juga boleh menyediakan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan cepat bagi meningkatkan motivasi dan sikap berdaya saing dalam diri murid. Apabila motivasi dan sikap berdaya saing murid meningkat makan murid akan lebih bersemangat untuk belajar.
9 2.2 Instrumen 2
10
11 REKOD PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KELAS 4 HOLISTIK PENDIDIKAN ISLAM MINGGU : 11 BIDANG : KHATAM AL-QURAN TAJUK : SURAH AL-HAJJ AYAT 56-59 Standard Kandungan : 4. Membaca Surah Al-Haj ayat 56-59 dengan betul dan bertajwid. RUBRIK TAHAP PENGUASAAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN AKTIVITI JENIS PENILAIAN PENERANGAN SETIAP MARKAH YANG DIPEROLEHI 2. Murid menulis 3 potongan ayat yang mengandungi hukum idgham maal ghunnah (3 markah) Tulisan Murid dapat: 2. Menulis 3 Potongan ayat yang mengandungi hukum idgham maal ghunnah 1 potongan ayat— IM (1 x 3 = 3M) Jumlah Markah maksimum= 3 Markah
12 BIL NAMA MARKAH CATATAN 1 AARON RIZQ RAYYAN BIN FAIRUL RAZI 3/3 2 ADRIAN RAFFIEF BIN MOHD ZAIRIN HISYAM 3 ALISHA IRDINA BINTI MOHD ALIAS 4 CINTA SITI HAJAR BINTI AB SHUKOR 5 FATIH AHMAD BIN HAIRUL AZWAN 3/3 6 IMAN ISKANDAR BIN AHMAD SYUKRI 3/3 7 KHAYLA ADRA ZARA BINTI KAMARULZAMAN 3/3 8 MUHAMAD ASYRUL BIN ZULKIFLY 3/3 9 MUHAMMAD AKMAL FIRDAUS BIN S KEI-ANA 3/3 10 MUHAMMAD SYAHIR SHAKIRIN BIN SHAH RIZAL 1 1 NIK HANA ARISSA BINTI NIK AHMAD ISMADI 3/3 12 NUR AWFIYYA BINTI MOHD YUSRI 13 NUR INAS ADHA BINTI SAIFUL RIZAL 3/3 14 NURINA AMNI BINTI ABDUL RAUF 15 NURSYASYA AMANDA BINTI MUHAMMAD ISMAIL 16 QASEH ALYANA IMAN BINTI ABDUL RAHMAN 17 RAZEEN BIN MUHAMMAD RUJHAN
13 . Kekuatan Antara kekuatan yang terdapat pada instrumen ini ialah semua murid yang diuji mendapat markah penuh iaitu 3/3. Ini membuktikan bahawa murid-murid yang diuji telah mencapai tahap penguasaan. Dengan ini, guru boleh memberi latihan pengayaan bagi memantapkan ingatan mereka terhadap pembelajaran. Seterusnya, aras kesukaran soalan adalah bersesuaian dengan tahap kognitif murid iaitu menulis ayat yang mengandungi hukum Idgham Maal Ghunnah pada Surah Al-Hajj ayat 56-59 yang telah dipelajari. Hal ini kerana soalan yang ditanya terdapat dalm silibus pembelajaran murid. Namun begitu, kesukaran akan meningkat sekiranya murid dikehendaki untuk mencari hukum Idgham Maal Ghunnah pada ayat lain. Sehubungan dengan itu, soalan ini merupakan aras tinggi kerana ianya dikategorikan sebagai C4 iaitu menganalisis. (Bloom, 1956). Selain itu, instrumen dibina secara kreatif iaitu dalam bentuk lipatan buah strawberi yang dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan. Kelemahan Antara kelemahan yang terdapat pada instrumen ini ialah kaedah pentaksiran kurang sesuai dan tidak selari dengan standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan kerana kemahiran yang difokuskan adalah membaca. Murid yang mampu menulis potongan ayat yang terdapat hukum Idgham Maal Ghunnah dengan betul tidak semestinya boleh membacanya dengan betul kerana penulisan hanya membuktikan bahawa murid mengenali hukum Idgham Maal Ghunnah tetapi tidak membuktikan bahawa murid boleh mengaplikasikan hukum tersebut dalam bacaan ayat AlQuran dengan fasih. Selain itu, pentaksiran ini tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Hanya murid terpilih sahaja yang diuji. Hal ini menyebabkan tahap kognitif murid-murid yang tidak diuji tidak dapat dinilai. Sedangkan, bacaan hukum Idgham Maal Ghunnah amatlah
14 penting kepada murid untuk diamalkan sewaktu solat. Seterusnya, ruang untuk menulis nama tidak disediakan pada instrumen menyebabkan nama terpaksa ditulis pada ruangan kecil. Perkara ini boleh menyebabkan masalah yang mengganggu proses penilaian. Contohnya, tulisan terlalu kecil sehingga nama tidak dapat dibaca atau nama tidak ditulis pada instrumen. Di samping itu, soalan adalah dalam tulisan rumi. Soalan sepatutnya ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan jawi mestilah digunakan sepenuhnya dalam subjek Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab untuk melahirkan murid yang celik jawi kerana kefahaman terhadap subjek Pendidikan Islam dipengaruhi oleh keupayaan membaca tulisan jawi (Che Siah Che Man, 2007). Tambahan lagi, arahan soalan yang diberi tidak jelas kerana tidak mempunyai kata tugas. Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya salah faham terhadap kehendak soalan. Soalan yang dibina mestilah eksplisit supaya murid dapat menjawab dengan betul mengikut kehendak soalan. Justeru itu, soalan yang dibina mestilah bermula dengan kata tugas yang betul (IPGM, 2022). Contohnya, memulakan soalan dengan perkataan “Berikan, Nyatakan, Senaraikan dan sebagainya. Soalan juga hendaklah spesifik dan berfokus supaya pemikiran pelajar dapat dikembangkan (IPGM, 2022). Contohnya, “Bulatkan kedudukan hukum Idgham Maal Ghunnah pada potongan ayat Surah Al-Hajj ayat 56-59 yang telah ditulis.”. Cadangan Penambahbaikan Pembentangan lisan merupakan pentaksiran alternatif yang paling sesuai bagi menepati standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif pembelajaran. Pentaksiran secara lisan merupakan pentaksiran utama yang selalu digunakan dalam pembelajaran Al-Qur’an untuk menilai pemahaman dan pengaplikasian hukum tajwid seseorang sewaktu membaca Al-Qur’an. Melalui pembentangan lisan, tahap kefasihan murid sewaktu mendengung ayat Idgham Maal Ghunnah dapat dinilai dengan lebih tepat. Pembentangan lisan dapat dilaksanakan melalui sesi soal jawab atau kuiz. Contohnya, guru menyediakan pelbagai ayat-ayat berlainan yang mengandungi hukum Idgham Maal Ghunnah kepada setiap murid. Kemudian, setiap murid dikehendaki untuk membaca ayat yang didapat dengan kuat dan jelas secara individu. Guru akan mendengar bacaan murid dan membetulkan jika murid melakukan kesalahan. Dengan ini, murid akan lebih mengingat apabila kesalahannya ditegur secara individu.
15 2.3 Instrumen 3
16
17
REKOD PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KEI-AS 4 OBLIGASI PENDIDIKAN ISLAM MINGGU BIDANG: JAWI TAJUK: KATA PINJAMAN BAHASA ARAB Standard Kandungan : 7.4 Mengenal, membaca dan menulis kata pinjaman bahasa arab dengan betul secara beradab dan istiqamah. RUBRIK TAHAP PENGUASAAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN JENIS PENILAIAN PENERANGAN SETIAP MARKAH YANG DIPEROLEHI Murid menulis perkataan dan ayat mengandungi bahasa arab TULISAN Murid dapat: 1. Menulis 2 kata pinjaman bahasa arab dengan betul (2 Markah) 2. Menulis ayat yang mengandungi 2 kata pinjaman bahasa arab dengan betul (2 Markah) 3. Mewarna tulisan khat yang mengandungi 2 kata pinjaman bahasa arab dengan kemas dan kreatif. (2 Markah) TH: TIDAK HADIR 18
BIL NAMA MARKAH CATATAN 1 ADELIA SHADRINA BINTI MOHAMAD ROSLAN 6/6 2 AHMAD FARISH BIN HANIF 4/6 3 AHMAD IRE-AN BIN MOHD BADRULNIZAM 4 ALIF ZIDANE BIN ZAIRUL HAZLY 6/6 5 AMMAR ASYRAF BIN REZA IZUAN 6/6 6 AZRA FARISHA BINTI MOHD FARIDZ 6/6 7 CHE MUHAMMAD AMIRRUL AMMRRY BIN ABDUL MU'IZZ 8 FARISHA ADRIANNA BINTI MOHD FAISAL 6/6 9 HANI DIANA BINTI AMIR HASSAN 6/6 10 IMRAN ARIF BIN MD.ASRUL 11 MIA SARAH BATRISYIA BINTI ABDUL LATHIIF 12 MUHAMAD ZAFRIEL HAIQAL BIN ABDUL RAHMAN 13 MUHAMMAD ARFAN BIN ABDULLAH 5/6 14 MUHAMMAD ARISH FAZRY BIN MOHD BOHARY 1/6 15 MUHAMMAD FAQIH FAUZAN BIN MOHD FATHI 16 MUHAMMAD IMANDANI BIN ABD MANAN 5/6 17 MUHAMMAD KAZIM BIN MOHD FAUZI 5/6 18 19 MUHAMMAD SAIFUL FIRASH EHAN BIN SAZALI MUHAMMAD SHAFIY RIZQIN BIN ABD RAZAK 5/6 20 MUHAMMAD SHAFIY RIZQIN BIN SARMIZI 5/6 21 NAJWA BINTI SYAHRUL 22 NUR AULIA SOFEA BINTI ABDUL RAHMAN 23 NUR AYESHA KHAYRA BINTI ABDULLAH 24 NUR DANIA SHAQIRA BINTI MUHAMAD SHAH RIZAN 25 NUREEN ZARA EMYLIN BINTI MOHAMED HASRIZAN 6/6 26 NURUL BALQIS BINTI ABDUL RAHIM 5/6 27 NURUL ERYNA DELISHA BINTI AHMAD RASHIDIE 28 TAUFIQ AL-HAKIM BIN DARUL IMAN 29 WAHYU NUR 4HlDAH BINTI MOHD WIRA 6/6 30 WAN NOR SOFIA NATASHA BINTI WAN MOHD MARZUKI 31 ADAM ZAYYAN 19
20
Kekuatan Antara kekuatan yang terdapat pada instrumen ini ialah kaedah pentaksiran sesuai dan selari dengan standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan kerana menulis termasuk dalam kemahiran yang difokuskan. Di sini guru dapat mengukur samada perkembangan psikomotor, koordinasi dan intelek murid berkembang dengan baik atau sebaliknya. Hal ini kerana berkemungkinan kelas tersebut terdapat murid yang memerlukan pendidikan khusus supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Seterusnya, aras kesukaran soalan adalah sesuai dengan tahap kognitif murid iaitu menulis semula perkataan dan ayat mengandungi Bahasa Arab yang telah dipelajari. Hal ini kerana soalan yang ditanya terdapat dalam silibus pembelajaran murid. Sehubungan dengan itu, soalan ini merupakan aras rendah kerana ianya dikategorikan sebagai C1 iaitu mengingat (Bloom, 1956). Tambahan lagi, arahan soalan yang diberi adalah jelas kerana terdapatnya penggunaan kata tugas iaitu “Tulis” dan “Warnakan”. Kata tugas dalam arahan soalan berfungsi untuk mengarahkan murid memberi jawapan mengikut kehendak soalan (IPGM, 2014). Kekuatan yang lain ialah instrumen ini mempunyai bahagian untuk menulis maklumat murid seperti nama dan kelas. Bahagian ini adalah penting untuk merekod pencapaian murid. Setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza menyebabkan pencapaian murid juga berbeza. Kekuatan lain ialah arahan tugasan dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan. Di samping melaksanakan aktiviti menulis, murid juga dapat melakukan aktiviti mewarna bagi meningkatkan kemahiran psikomotor. Hal ini dapat membantu mengesan pengkembangan murid dari aspek kognitif serta koordinasi badan. Kelemahan Antara kelemahan yang terdapat pada instrumen ini ialah nombor tidak diletakkan pada soalan. Hal ini boleh menyebabkan murid tidak mengetahui bilangan soalan yang terkandung dalam instrumen lalu terlepas pandang soalan yang perlu dijawab. Kesannya, murid akan kehilangan markah hanya kerana tidak perasan akan kewujudan soalan sedangkan murid berkemungkinan mengetahui jawapan kepada soalan yang tidak dijawab. Tahap penguasaan murid juga akan disalah taksir oleh guru. Seterusnya, gambar Al-Qur’an di atas rehal adalah tidak jelas menyebabkan murid boleh menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan. Hal ini kerana murid tidak dapat mengenal pasti apakah simbol yang ditunjukkan. Sepatutnya gambar yang disediakan mestilah besar dan kedudukannya mestilah berada di tengah. Selain itu, terdapat garisan di atas kertas yang menjejaskan ruang soalan dan jawapan. Perkara ini mengganggu pandangan mata murid semasa hendak menjawab soalan. Cadangan Penambahbaikan Guru boleh melaksanakan penilaian bertulis melalui strategi pentaksiran rakan sebaya. Murid pandai akan diletakkan secara berpasangan dengan murid lemah. Murid pandai akan menjadi guru muda yang membimbing murid lemah dengan membantu mereka menulis sehingga mahir. Contohnya, murid pandai memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid lemah semasa menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab. Perkembangan murid dari aspek intelek, sahsiah, emosi dan sosial dan proses pembentukan akhlak pelajar di sekolah boleh dipengaruhi oleh interaksi dengan rakan sebaya (Azhar Ahmad, et al. 2006). Maka, melalui strategi ini, murid yang pandai bukan sahaja dapat mengukuhkan pengetahuan mereka malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dalam diri mereka 21
manakala murid yang lemah pula akan lebih bermotivasi dan tidak merasa terpinggir dalam proses pembelajaran. 3.0 Penutup Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu perkara yang sangat penting untuk dilaksanakan terhadap murid-murid sama ada dari tahap 1 mahupun tahap 2. Setiap murid di sekolah perlu ditaksirkan supaya guru mengetahui di mana tahap prestasi murid dalam sesuatu bidang Pendidikan Islam ataupun pada mata pelajaran yang lain. Pentaksiran dari aspek pemerhatian, lisan dan tulisan ini perlu dinilai ke atas setiap murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran yang dipelajari sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Begitu juga dapat kita lihat bahawa pentaksiran ini boleh dilaksanakan dengan dua cara samada secara tradisional ataupun alternatif. Oleh sebab itu, tiada lagi masalah yang dihadapi oleh guru untuk menilai tahap prestasi murid kerana kedua-dua cara boleh dilakukan ke atas murid. Akan tetapi, pengedaran zaman semakin melonjak usia, semakin canggih dengan bermacam-macam kewujudan teknologi. Oleh hal yang demikian, perlaksanaan pentaksiran alternatif merupakan kaedah yang sesuai untuk melihat ketigatiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid mengikut peredaran zaman masa ini. 22
Rujukan Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis PhD, Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bloom, B.S. (1956) Taxonomy of Educational Objectives, Handbook: The Cognitive Domain. David McKay, New York. Che Siah Che Man. (2007). Pendekatan Pengajaran Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Guskey, T. R. (2011). Five Obstacles To Grading Reform. Educational, School, and Counseling Psychology Faculty Publications, 69(3), 16-21. https://uknowledge.uky.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1006&context=edp_facpub Institusi Pendidikan Guru Malaysia. (2022). Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kitikedizah Hambali & Maimun Aqsha Lubis. (2022). Kepentingan Gamifikasi Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PDPC) Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. 5(1), 58-64. file:///C:/Users/HP/Downloads/96-176-1-SM%20(1).pdf Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein & Zakirah Imana Ho Abdullah. Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publication. Sumoi, N., Dzainudin, M., & Mamat, N. (2022). Improving the Skills of Recognizing 2D and 3D Shapes in Early Mathematics Learning Through "The use of Existing Materials" in Preschool Pasti Al-Husna Hulu Bernam. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15, 160-171. https://doi.org/10.37134/bitara.vol15.sp.15.2022 23