The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dzaza83, 2021-01-27 05:20:53

Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS

A. Gariskan kata nama yang terdapat dalam pantun.




Bunga balung bunga dahlia,
Cantik dilekat pada tongkat;
Tolong-menolong amalan mulia,
Jiran sepakat membawa berkat.







Kemas rumah di pagi Sabtu,
Hias balkoni penuh gaya;
Banyak hikmah jika bersatu,
Hidup harmoni bertambah jaya.


8



Anak angsa suka menyudu,
Terlompat-lompat si anak kera;
Semua bangsa bersatu padu,
Hidup muafakat aman sejahtera.







Batu geliga batu permata,
Diikat dengan emas suasa;
Jiran tetangga saudara kita,
Eratkan hubungan setiap masa.






Aktiviti

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pantun.


142






Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 8.indd 142 10/17/16 3:36 PM

B. Perihalkan gambar.



































8








































143

C. Susun gambar mengikut urutan.


Sepakat Membawa Berkat































8
































Aktiviti

Bina ayat berdasarkan gambar di atas.


144

TEMA 9 :
KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN









TEMA KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN
9





















abak Bernam – Mahukah anda menikmati
percutian desa yang mendamaikan seperti
Ssuasana semasa zaman kanak-kanak? Pasti
ramai yang akan mengenang kembali detik-detik
indah zaman tersebut. Inap Desa Atazai yang
terletak di Sabak Bernam, Selangor menawarkan
percutian desa yang menarik. Selain keindahan
suasana desa, Inap Desa Atazai menawarkan aktiviti
kemasyarakatan bersama-sama dengan penduduk
setempat. Aktiviti seperti menggagau ikan, menumbuk
padi dan bermain layang-layang pasti menambah
pengalaman kanak-kanak yang datang dari bandar.
Pakej penginapan di sini menawarkan harga yang
berpatutan. Penyewa Inap Desai Atazai akan dibawa
melawat sekitar kampung dan makanan tradisional
masyarakat Jawa akan disajikan kepada mereka.
















Sate Madu Kelulut










145
145

UNIT

25 Lawatan sambil Belajar










Sampaikan arahan di bawah.


Lawatan ke Ulu Legong

Cikgu Eda bercadang untuk membawa Nurul dan kawan-kawannya ke Ulu
Legong. Dia telah meminta mereka menyampaikan surat kebenaran lawatan
kepada ibu bapa masing-masing.


Kita akan mengadakan lawatan
ke Ulu Legong pada 10 September.
Cikgu akan beri surat kebenaran lawatan.
1. Berikan surat ini kepada ibu bapa kamu.
2. Minta ibu bapa kamu tandatangan.
3. Serahkan semula surat kebenaran
9 kepada cikgu.





























Aktiviti

Sampaikan semula arahan yang diberikan oleh guru.

• Murid menerangkan arahan yang diberikan.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berhemah tinggi, Bekerjasama, Keberanian
KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan
146 1.1.1 BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami.
Catatan Perjalanan

Jumaat, 8 September 20 .

9:30 pagi – Bertolak dari KL Sentral menaiki ETS ke Sungai Petani, Kedah.
Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati
keindahan alam semula jadi. Kami sempat mencatat nama-nama
tempat yang kami lalui.

4:00 petang – Tiba di Stesen Kereta Api Sungai Petani. Kemudian, menaiki bas
yang disewa khas ke tempat penginapan di Pusat Rekreasi Air
Panas Ulu Legong.

5:00 petang – Kami tiba di destinasi yang dituju. Semua peserta rombongan
berkumpul di dewan. Cikgu Eda memberikan taklimat
keselamatan dan aktiviti yang akan dijalankan.

8:30 malam – Kami teruja untuk masuk ke kawasan kolam air panas. Kami
dapat melihat sumber mata air panas yang keluar dari celah-celah 9
batu sulfur yang terdapat di dalam kolam. Cikgu Eda membawa
kami ke kolam yang agak cetek.

10:00 malam – Cikgu Eda membawa kami melawat persekitaran taman
rekreasi. Kami singgah di gerai menjual makanan tradisional
dan cenderahati. Kami membeli sedikit buah tangan untuk
dibawa pulang.
10:30 malam – Pulang ke tempat penginapan.


Sabtu, 9 September 20 .

10:00 pagi – Kami meninggalkan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.
Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya,
kami singgah bersarapan di pekan Baling.


Aktiviti

Ceritakan pengalaman lawatan yang pernah kamu sertai.


• Murid menerangkan makna perkataan dengan betulnya.
KBT: KP Kontekstual Nilai: Keberanian, Menghargai, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK
2.1.2 BCB: Membaca secara mekanis 147





Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 9.indd 147 10/17/16 2:55 PM

Bina ayat berdasarkan gambar.

Penternakan Kelulut


Setelah melawat ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Cikgu Eda membawa
murid-muridnya ke ladang penternakan kelulut. Ladang ini menghasilkan madu
kelulut yang berkhasiat dan bermutu tinggi.




















9





Kelulut Ladang Kelulut








Madu Kelulut


Madu
Kelulut





Aktiviti

Senaraikan khasiat madu kelulut.



• Murid membina ayat dengan menggunakan pola ayat dasar FN + FK berdasarkan gambar.
KBT: KP: Kontekstual Nilai: Berdikari, Keberanian
KB: Menghubungkaitkan, Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan
148 3.4.3 BCB: Menulis secara mekanis

A. Susun perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap.

Cikgu Eda dan murid-muridnya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kedah.
Beliau menyampaikan taklimat berkaitan program tersebut.




1



guru kelas Lengkapkan surat

kebenaran lawatan kembalikan

kepada dan



2


9



semasa yang mencukupi


Bawa lawatan saku wang





3



datang awal Kami

dikehendaki ke sekolah









Aktiviti

Sampaikan arahan dengan intonasi yang betul.


149

B. Ibu membenarkan Nurul untuk menyertai program lawatan sambil belajar
ke Baling, Kedah. Dia telah memberikan wang saku kepada Nurul sebanyak
RM100.00.


Perancangan Perbelanjaan Nurul




Bil Barang Harga seunit Jumlah

1 paket RM3.50
1. Makanan Tradisi – Kuih Karas RM10.00
3 paket RM10.00
2. Laksa Utara RM5.00 RM5.00


3. Rojak Buah RM5.00 x 2 RM10.00

4. Madu Kelulut RM20.00 RM20.00


5. Nasi Berlauk RM4.50 RM4.50


6. Roti Telur RM2.00 RM2.00
9 7. Air Milo Panas RM1.50 RM1.50




8. Air Mineral RM2.00 RM2.00

1 unit RM2.50
9. Cenderahati – rantai kunci RM10.00
5 unit RM10.00
1 unit RM3.50
10. Cenderahati – pelekat bermagnet RM10.00
3 unit RM10.00
11. Cenderahati – Baju T RM25.00 RM25.00


12. Makanan Ringan RM6.00 RM6.00









Aktiviti

1. Bantulah Nurul merancang perbelanjaan untuk membeli barang yang
diperlukan.
2. Mengapakah Nurul perlu merancang perbelanjaannya?


150

UNIT
26 Warisan Keluarga











Tuturkan petikan di bawah.


Usahawan Beras

Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad ialah pengasas
jenama Beras Faiza. Beliau berasal dari Mesir.
Beliau mula berkecimpung dalam perniagaan
sejak kecil, iaitu dengan menjadi juruwang di kedai
makanan milik bapanya. Pengalaman tersebut
mendorong Hajah Faiza untuk bergiat dalam
bidang perniagaan.
Setelah berkahwin dan mempunyai cahaya
mata yang pertama, Hajah Faiza mengikut
suaminya pulang ke Malaysia. Beliau yang 9
tidak boleh duduk diam, mula mengambil upah
menjahit. Selain itu, beliau juga menjual rempah kari secara kecil-kecilan sejak
tahun 1968. Keuntungan yang diperoleh, dijadikannya modal untuk membuka
kedai runcit. Dari situlah bermula perniagaan Hajah Faiza.
Hajah Faiza seorang wanita yang tegas demi memastikan syarikatnya
sentiasa memperoleh keuntungan saban tahun. Oleh itu, beliau mula
mengembangkan perniagaan dengan menjadi pemborong beras. Beliau
menjual pelbagai jenis beras seperti Taj Mahal, basmathi, beras wangi, beras
tempatan dan beras Siam. Perniagaan berasnya mendapat sambutan daripada
masyarakat sekeliling. Berasnya berkualiti tinggi dan dijamin halal.
Hasil kerja kerasnya, beliau berjaya memiliki kilang yang bernilai RM14 juta
di Batu Pahat, Johor. Beliau berhasrat untuk menjadi pembayar zakat terbesar di
Malaysia dan menaja program televisyen Bersamamu. Kejayaan beliau wajar
dicontohi oleh rakyat Malaysia.

Aktiviti

Selain beras, apakah produk lain yang dihasilkan oleh Hajah Faiza?


• Murid menyatakan maklumat dengan betulnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berhemah tinggi, Kesungguhan, Keberanian
KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan
151
1.2.1 BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami cerita.


Mesin Putu Mayam

Pernahkah kamu mendengar tentang putu
mayam? Putu mayam merupakan makanan
tradisional India. Namun kini, putu mayam
turut dinikmati dan digemari pelbagai bangsa
di Malaysia.
Pada zaman dahulu, putu mayam dijaja
dengan menaiki motosikal ataupun basikal.
Sekarang, putu mayam boleh didapati pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
terutama di pasar malam dan pasar tani.
Putu mayam mendapat permintaan yang
tinggi di negara kita. Bagi peniaga, kepuasan
pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.
9 Tempahan yang banyak daripada pelanggan
memerlukan peniaga menghasilkan putu
mayam secara lebih cepat. Penghasilan
putu mayam secara tradisional tidak sesuai
digunakan kerana mengambil masa yang
agak lama.
Oleh itu, Zull Design Autotronic (ZDA)
telah berjaya mencipta mesin putu mayam.
Dengan menggunakan mesin ini, penghasilan
putu mayam menjadi lebih mudah dan
menjimatkan masa. Lebih banyak putu
mayam dapat dihasilkan. Selain putu mayam,
mesin tersebut juga boleh digunakan untuk
menghasilkan muruku dan laksa.


Aktiviti
1. Senaraikan isi penting dalam cerita.
2. Nyatakan kelebihan penggunaan mesin yang dihasilkan.


• Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Keberanian, Berdikari, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
152 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis

Lengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.

Sate! Sate! Sate!

Sate ialah makanan yang menjadi kesukaan ramai. Tahukah anda keenakannya
bukan sahaja terletak pada resipi istimewa yang diwarisi turun-temurun, tetapi
juga cara sate itu dibakar.


bawang kipas arang sate dapur minyak

1 2











Gunakan _______________________ bakau Nyalakan api dengan menggunakan
yang berkualiti. _____________ .
9
3 4











Serakkan bara supaya sama rata di atas Terbalikkan ___________ berulang kali supaya
________________ . masak rata.


5 6










Sate enak dimakan dengan timun, kuah kacang
Gunakan ______________ untuk mengawal bara.
dan ________________ .
Murid melengkapkan ayat menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat.
KBT: Kontekstual Nilai: Keberanian, Bekerjasama
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan
3.2.2 BCB: Menulis secara mekanis 153

A. Namakan makanan yang ditunjukkan dalam gambar.



1. 2.


















3. 4.




9












5. 6.


















Aktiviti

Bina ayat berpandukan gambar di atas.

154

B. Tuliskan langkah-langkah membuat sate berpandukan gambar.



































9





























Aktiviti
Bapa Asyraf membeli 30 cucuk sate ayam dan 20 cucuk sate daging. Harga
secucuk sate ayam ialah RM0.90, sate daging pula RM1.00. Berapakah harga
sate yang perlu dibayarnya?



155

C. Ibu Mili, Puan Reena berniaga nasi lemak. Pada hujung minggu, Mili
mengikut ibunya membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
nasi lemak. Sebelum ke pasar, Puan Reena akan mencari maklumat tentang
harga barangan yang hendak dibeli.



INFO: Senarai harga barang terkawal
Barang Harga Borong (kg) Harga Runcit (1kg)

Ayam Segar RM5.40 RM6.00
Bawang Merah RM3.50 RM4.50
Bawang Putih RM4.35 RM5.75

Cili Kering RM14.00 RM15.00

Cili Merah RM9.00 RM11.00
Daging Lembu RM6.35 RM7.20

Ikan Bilis RM25.00 RM27.00
Kacang Tanah RM5.50 RM6.50

Kelapa Biji RM1.20 RM1.50
9 Kelapa Parut RM4.50 RM5.00

Kobis Bulat RM2.20 RM3.20

Telur Ayam RM0.34 RM0.36

Catatan: Harga borong – 5 kg ke atas















Aktiviti

Kira perbezaan harga borong dengan harga runcit bagi barangan berikut:
a. ayam segar
b. daging lembu
c. kubis bulat





156

UNIT
27 Produk Desa Lestari










Sampaikan ucapan yang berikut dengan intonasi yang betul.

Nurul dan keluarganya telah mengadakan program Hari Keluarga di Inap Desa
Atazai, Sabak Bernam, Selangor.






Hadirin yang dihormati,
Saya ingin mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Inap
Desa Atazai. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, inap desa kami
terdiri daripada empat buah kampung. Kebanyakan penduduk di kawasan
ini berketurunan Jawa.
Kami menawarkan beberapa pakej yang tuan-tuan dan puan-puan
boleh pilih. Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan yang unik
bagi masyarakat Jawa di sini. Antaranya ialah kuda kepang, barongan, 9
gamelan jawa, kempling dan kompang. Selain keunikan kebudayaannya,
inap desa kami juga menyediakan pelbagai jenis makanan masyarakat
Jawa seperti nasi ambeng, lemper pulut, pecal, sambal tahun dan nasi
punten.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti
seperti menggagau ikan, menumbuk padi dan bermain layang-layang. Di
kawasan ini juga terdapat kilang kerepek, jeli kelapa dan baulu yang boleh
dilawati pada bila-bila masa sahaja.
Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terhibur dan menikmati
keindahan alam semula jadi di inap desa kami.
Sekian, terima kasih.






Aktiviti

Nyatakan keistimewaan yang terdapat di Inap Desa Atazai.


• Murid menyatakan maklumat dengan intonasi yang betul.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang, Kebersihan
KB: Menjanakan idea fizikal dan mental
1.4.2 BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: Sosiobudaya, Keusahawanan 157

Baca dan fahami.


Kacang Soya Empunya Cerita






Kacang soya empunya cerita,
Banyak produk telah dicipta.


Tauhu basah dan tauhu kering,
Sedap dibuat sambal goreng.

Kicap cair dan kicap pekat,
Menambah perisa rasa hebat.


Air soya rasanya lazat,
Elok diminum banyak khasiat.
9 Tempe goreng celup tepung,

Juadah istimewa orang kampung.






















Aktiviti

Senaraikan produk yang berasaskan kacang soya.





• Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita.
KBT: Kontekstual Nilai: Kesederhanaan, Menghargai, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Keusahawanan
158 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis

Bina ayat menggunakan frasa berhuruf tebal.

Pasar Tani



























9







Pak Mustar seorang peniaga di pasar tani di pekan Sabak Bernam. Pak
Mustar menjual pelbagai jenis sayur yang segar. Selain sayur-sayuran, dia juga
menjual ulam-ulaman seperti jering, petai, pegaga dan ulam raja.
Pasar tani ialah tempat menjual hasil pertanian seperti sayur-sayuran
dan buah-buahan. Makanan dan barangan keperluan yang lain juga boleh
dibeli di pasar tani. Cheah membeli terung daripada Pak Mustar. Dia suka
membeli barang di pasar tani kerana harganya lebih murah. Barang-barang
yang dijual di pasar tani juga lebih segar berbanding dengan pasar raya.


Aktiviti

1. Lakonkan situasi jual beli di pasar tani.
2. Ceritakan pengalaman kamu semasa di pasar tani.




• Murid membina ayat dengan betulnya.
KBT: KP: Kontekstual Nilai: Keberanian, Berdikari, Kejujuran
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan
3.4.3 BCB: Menulis secara mekanis 159

A. Perihalkan gambar yang berikut.





























9

































Aktiviti
Tuliskan teks ringkas untuk mempromosikan produk di atas.


160

B. Baca petikan di bawah.


Usahawan IKS

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sering kali berhadapan dengan
masalah apabila ingin memasarkan produk mereka di pasaran. Lazimnya,
situasi itu terjadi kerana mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi dan
kekurangan ilmu serta pengalaman.
Walau bagaimanapun, Khairul Rasyid berjaya membuktikan bahawa
perkara itu tidak pernah menghalang dirinya untuk berkecimpung dalam
perniagaan. Beliau bijak memilih strategi pemasaran terbaik bagi memastikan
produknya mendapat sambutan di pasaran. Beliau telah memasarkan
produknya melalui jualan setempat produk usahawan di pusat Agro Baazar
yang terletak di Sekinchan, Selangor.
Khairul Rasyid memulakan perusahaan kerepek tempe sejak dua tahun
lalu. Sebelum ini, beliau membantu bapanya, Pak Mustar berniaga pelbagai jenis
sayur di pasar tani. Ibu dan bapanya banyak memberikan galakan dan tunjuk
ajar dalam perniagaan. Khairul Rasyid telah menjadi contoh kepada golongan
belia. Beliau telah dianugerahi Usahawan IKS Jaya Daerah Sabak Bernam.


9



























Aktiviti
1. Berikan pendapat kamu tentang pencapaian Khairul Rasyid dalam
perniagaan yang diceburinya.
2. Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada usahawan untuk maju dalam
perniagaan.



161

C. Keluarga Nurul bercadang untuk pergi bercuti ke Kuala Terengganu.
Bapa Nurul telah mendapatkan maklumat tentang pakej percutian yang
disediakan oleh beberapa inap desa yang terdapat di negeri itu.





Pakej A

Inap Desa Jalan Lokasi:
Kamaruddin, • Di tengah bandar Kuala Terengganu
Kuala Terengganu • 5 minit ke Pasar Payang dan Pantai Batu Burok
Semi-D, 3 bilik • 5 km ke pusat keropok lekor
RM200 (1 malam) • 7 km ke Pusat Tamadun Islam (Masjid Kristal)










Pakej B Lokasi:
• Tepi pantai, jalan utama
Inap Desa Pantai Rhu, Kuala Terengganu – Kuantan
Kuala Terengganu • Berdekatan Masjid Terapung
9 Banglo 2 Tingkat, 4 bilik • Perusahaan batik
RM450 (1 malam)
• 8 km ke kilang keropok
* Kemudahan bot sewa untuk aktiviti memancing
dan mencandat sotong






Pakej C
Inap Desa Batu Burok Lokasi:
Rumah teres, 2 bilik • 500 m ke Pantai Batu Burok
RM180 (1 malam) • 5 km ke Masjid Kristal, Masjid Terapung Kuala Ibai
• 5 minit ke Pasar Payang dan Jeti ke Pulau Redang
• 25 minit ke Bandar Marang dan Jeti Pulau Kapas







Aktiviti

1. Bandingkan pakej penginapan yang disediakan oleh ketiga-tiga inap desa.
2. Pada pendapat kamu, pakej manakah yang sesuai untuk keluarga Nurul?


162

? Uji Minda







A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.



menghias membersihkan Memelihara



mengemas menghormati melawat




menonton menanam melukis




menyelamatkan membanting melantik



1. Doktor berusaha ................................... nyawa mangsa kemalangan itu.

2. Petani .................................... tulang di tengah sawah untuk menanam padi.

3. Abang suka ........................... filem rencana yang berkaitan dengan haiwan.
4. Sejak kecil lagi Amir gemar ..................................... gambar pemandangan.

5. Kami bercadang untuk .................................................... ke taman tema air
di Pulau Pinang.

6. Ahli Persatuan Bahasa Melayu telah ........................ Asyraf sebagai
pengerusi.

7. Kakak sedang ............................................ buku yang berselerak di ruang
tamu.

8. Pihak sekolah bersetuju untuk ……..…………. setiap bilik darjah agar
kelihatan ceria.
9. ................................ kebersihan alam sekitar menjadi tanggungjawab kita.

10. Murid-murid .................................... Cikgu Rahmah kerana beliau seorang

yang berdedikasi.





163

B. Lengkapkan karangan di bawah.


Baru-baru ini, sekolah Manjit telah mengadakan Hari Usahawan. Sebagai
Setiausaha Hari Usahawan, Manjit diminta untuk menulis laporan tentang
program itu selengkapnya.


diketuai makanan pengunjung pusat sumber dimeriahkan
bayaran kerjasama program membanjiri Keuntungan


menjual memupuk mendirikan permintaan barang

Laporan Hari Usahawan
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah


Pada 29 Mac 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah telah
mengadakan Hari Usahawan. Tujuan ........................ itu diadakan adalah
untuk ................................ semangat berniaga dalam diri murid-murid.
Program itu dijalankan dengan ...........................................antara guru, murid
dan kakitangan sekolah.
Sehari sebelum program berlangsung, murid-murid membantu guru
untuk ............................................ khemah. Setiap khemah dihias dengan
cantik untuk menarik perhatian ...................... . Awal pagi lagi orang ramai
sudah ......................................... kawasan sekolah. Pelbagai .........................
dijual pada hari itu. Antaranya pakaian, ..............................., perhiasan diri
dan alat tulis.
Gerai yang menarik ramai pengunjung ialah gerai yang .......................
nasi lemak dan ayam goreng yang .......................... oleh Cikgu Eda. Program
Hari Usahawan itu ......................... .... lagi dengan gerai lagu-lagu permintaan.
Murid-murid dan para pengunjung boleh membuat .......................................
lagu dengan ................................... serendah lima puluh sen sahaja.
Program Hari Usahawan ini berakhir pada pukul 4:00 petang.
..................... daripada perniagaan akan digunakan untuk menambah bahan
bacaan di .................................. sekolah. Diharap program seperti ini akan
diadakan lagi pada tahun hadapan.

Disediakan oleh,

…………………..
(MANJIT SINGH)
Setiausaha Hari Usahawan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah.

164






Bahasa Melayu Tingkatan 1 Akhiran.indd 164 10/17/16 2:57 PM

C. Baca petikan di bawah dan jawab soalan.


Mili berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kampung
halamannya di Kuching, Sarawak. Kepulangan kali ini lebih bermakna kerana
Mili dan keluarganya akan menetap di sana. Tepat pada pukul 9:00 pagi, Mili
dan keluarganya sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
akan berlepas tepat pada pukul 9:30 pagi.
Kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching pada pukul 11:30 pagi. Sebaik sampai di ruang menunggu, datuk
dan nenek Mili sudah sedia menanti. Alangkah gembiranya mereka apabila
melihat anak dan cucu mereka. Mereka segera bertolak ke destinasi. Mili berasa
sungguh seronok kerana dapat bertemu saudara-mara di Kuching, Sarawak.

1. Mengapakah Mili berasa sungguh seronok?
A. Cuti sekolah telah bermula.
B. Dapat makan makanan yang enak.
C. Menghabiskan masa cuti bersama-sama keluarga.
D. Dapat tinggal bersama-sama datuknya di Kuching, Sarawak.

2. Di manakah Mili menaiki pesawat?

A. Lapangan Terbang Kuantan
B. Lapangan Terbang Subang
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

3. Siapakah yang menjemput Mili dan keluarganya di lapangan terbang?

A. Ibu dan ayah Mili
B. Datuk dan nenek Mili
C. Abang dan ayah Mili
D. Nenek dan abang Mili

4. Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus menghormati warga tua?



















165

D. Perhatikan gambar di bawah.





































































Aktiviti

Tuliskan ayat lengkap tentang gambar di atas.


166

GLOSARI







album buku tempat menyimpan gambar-gambar.
alternatif pilihan yang menentukan kepastian.
antibiotik bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh mencegah pembiakan
atau memusnahkan mikroorganisma lain seperti bakteria.
anugerah pemberian berupa hadiah yang tinggi dan besar nilainya, kurniaan.
asyik leka dengan sesuatu.
bakeri kedai yang membuat dan menjual roti, kek, pastri.
burung layang-layang burung yang membuat sarang di dinding gua.
buta warna tidak dapat membezakan warna.
caruman bayaran atau sumbangan kepada sesuatu tabung tertentu.
cicit anak kepada cucu.
cucur badak kuih daripada tepung dan bahan-bahan lain yang digoreng.
destinasi tempat yang dituju dalam perjalanan.
dianogsis perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda atau gejalanya.
diarea penyakit buang air besar yang terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit.
diari buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian
peribadi, buku harian.
dokumen sesuatu yang bertulis atau bercetak.
dominan berkuasa atau berpengaruh.
dos kuantiti tertentu ubat yang diambil pada sesuatu masa.
ETS sistem pengangkutan elektrik (Electric Train Service).
generasi kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama, angkatan.
genetik kajian tentang keturunan (baka), cara individu mewarisi sesuatu ciri.
hobi kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama.
ilmuan golongan (para) akademik, orang-orang yang berilmu.
imunisasi perbuatan mendapatkan atau memberikan perlindungan daripada penyakit
tertentu melalui suntikan.
insaf rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan.
integriti kejujuran.
interpersonal hubungan sesama manusia.
kad kredit kad yang mengandungi nama pemilik dan boleh digunakan untuk membayar
tanpa menggunakan wang tunai.
kafe restoran kecil yang menyajikan makanan dan minuman.
kaki lima lantai di antara depan kedai atau rumah dengan tepi jalan.
khutub khanah perpustakaan, pusat sumber.
kod tulisan dengan tanda yang mempunyai erti yang tertentu atau yang tersembunyi.
komited mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu).
kondusif sesuai, baik untuk membantu atau mendorong mencapai menghasilkan sesuatu.

167





Bahasa Melayu Tingkatan 1 Akhiran.indd 167 10/17/16 2:58 PM

kos harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara sesuatu,
biasanya berupa wang, masa dan tenaga.
kuarantin tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yang disyaki membawa
sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit
itu daripada merebak.
landskap pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur seperti bukit
bukau, sungai dan tumbuh-tumbuhan.
manual buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melakukan sesuatu,
dilakukan atau dikendalikan dengan tangan.
menelaah mengkaji semula, mengulang pelajaran.
minda akal fikiran, daya berfikir.
minda kelas pertama ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan
individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
modal sesuatu yang diguna untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain.
modal insan generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu
hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.
moyang bapa atau ibu kepada datuk, nenek kepada bapa atau ibu.
ngeri berasa takut, meremang, seram.
nukilan sesuatu yang dipetik, petikan (terhadap pelbagai sumber).
organisasi kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan
untuk tujuan tertentu.
origami seni lipatan kertas untuk dijadikan objek hiasan.
pemandulan perihal perbuatan memandulkan benda hidup manusia atau haiwan
PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial.
produk sesuatu yang dikeluarkan oleh kilang.
profil diri bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yang dilihat.
resume keterangan ringkas tentang maklumat diri.
salasilah daftar keturunan, susur galur, susur galur sesebuah keluarga atau asal usul
keturunan sesebuah keluarga.
santai dalam keadaan rehat dan bebas.
sebaya seumur, sama umur.
setem kertas kecil bergam, bergambar dan mempunyai nilai tertentu.
spesies golongan benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa, jenis.
status taraf atau kedudukan.
sulfur sejenis unsur bukan logam, belerang.
syif kumpulan yang bekerja bergilir-gilir dengan kumpulan lain, tempoh kerja yang
dijadualkan.
tahlil ucapan kalimah “lailahaillallah” berulang-ulang.
tempe makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang diragikan.
teruja timbul minat yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat.
tragedi peristiwa yang sedih.
vaksin sediaan bakteria, virus yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam
dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu.
wakaf sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai, tempat berhenti sebentar.
warisan harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun.
168






Bahasa Melayu Tingkatan 1 Akhiran.indd 168 10/17/16 2:58 PM

RUJUKAN






Abdul Rahman Khamil, 2015. Xpress Bijak Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Adnan Hassan, Mohd Don Nadir @ Ismail, 2005. Kamus Pintar Kata. Selangor: Penerbitan
Pelangi.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairul Anuar Mohamad, 2008. Internet untuk Semua. Kuala Lumpur: Venton Publishing
Malaysian (M) Sdn Bhd.
Suria Mahmud, Raihana Hamdan, Arif Iman, 2015. KBAT Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Global Medistreet Sdn. Bhd.
http://arifah-zin.blogspot.my/2011/03/kerjaya-veterinar.html.

http://www.burungwalit.com.my/.
http://www.pnm.my/yangpertama/Photo/Lokomotif_Keretapi.jpg.
http://www.xpresi.org/panduan-menjadi-doktor-bidang-perubatan/.

https://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=AwrwNFPFsHZW
www.wildlife.sabah.gov.my.
http://www.worldcat.org/title/kamus-perkataan-sa-erti-bahasa-kebangsaan-dengan-
persamaan-indeks-inggeris-tionghoa-national-language-synonyms-with-english-
chinese-equivalents-indices/oclc/226023895.






























169

INDEKS






b m
bercampur baur, 98 membonceng, 78
buta warna, 85 menimba ilmu, 62
minda kelas pertama, 56
c monorel, 94
cetek, 147 Munchkin, 39

d p
dedikasi, 61 positif, 57
disiplin, 61 prestasi, 61
doktor veterinar, 51 pujangga, 57
dominan, 62 pusat sumber, 68

e r
ETS,94 resit, 93
rumah terbuka, 133
g
guru pengiring, 98 s
sayangi murid hormati guru, 56
j sekolah terbuka, 56
jejantas, 87 sepenuh jiwa dan raga, 56
sumber mata air panas, 147
k
karenah, 103 t
kendali, 85 taklimat, 147
KL Sentral, 92, 98 taman reakreasi air panas, 147
komited, 57 tanpa berbelah bahagi, 56
komuter, 94 taraf pembelajaran, 68
tren elektrik, 94
l
lampu isyarat, 86 u
landskap, 62 usahawan muda, 58
lintasan belang, 87
LRT, 94










170






Bahasa Melayu Tingkatan 1 Akhiran.indd 170 10/17/16 2:59 PM

Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya
serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.





Skim Pinjaman Buku Teks


Sekolah ____________________________________


Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh
Terima

















Nombor Perolehan: _______________________________


Tarikh Penerimaan: _______________________________



BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL


Click to View FlipBook Version