TAJUK AMALAN POSTUR BADAN YANG BETUL SEMASA BERDIRI,
9 BERJALAN DAN DUDUK
AMALAN POSTUR BADAN YANG BETUL DAN KEPENTINGANNYA
Kepentingan menjaga postur badan yang betul bagi mengelakkan:
• Tulang belakang bengkok
• Sakit belakang
• Kerosakan otot pada semua bahagian tubuh badan
• Edaran darah terganggu
• Hilang tenaga
Postur:
Postur Berdiri Posisi tubuh
GLOSARI seseorang.
Sumber: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Kedudukan bahu lurus
dengan tapak kaki.
Perut di tahan
tegak.
Lutut tidak bengkok.
IMBAS SINI
Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/cara-
memperbaiki-postur-tubuh/ untuk
mengetahui cara memperbaiki
postur tubuh. (Dicapai pada 26
Ogos 2016)
Berdisiplin
40
Postur Berjalan
Kepala tegak dan
pandang ke hadapan.
Pastikan siku 45 darjah
ketika berjalan.
Berjalan dengan
tapak kaki rata.
Postur Duduk
Tegakkan kepala
pandang ke hadapan.
Pastikan bahu dalam
keadaan yang relaks.
Duduk dalam keadaan
lutut lebih rendah
daripada pinggang.
Letakkan tapak kaki
dalam keadaan rata.
Lakukan aktiviti kendiri. Letakkan buku di atas kepala, kemudian berjalan
sambil mengimbanginya bagi mendapatkan postur badan yang betul.
1.9.1
• Terangkan kepada murid setiap postur tersebut dengan jelas. 41
NOTA • Lakukan dengan kerap aktiviti kendiri tersebut bagi mendapatkan postur badan 1.9.2
GURU
yang baik. 1.9.3
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Tandakan (✓) pada postur yang betul.
2. Bulatkan gerak kaki yang menggunakan postur berjalan yang betul.
A B C D
1. Pada pendapat anda, apakah kesan jika tidak mengamalkan postur yang
betul ketika duduk, berdiri dan berjalan?
42 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
GURU
TAJUK
10 KOMUNIKASI BERKESAN
CARA BERINTERAKSI YANG SESUAI
Interaksi di sekolah Interaksi antara Interaksi dengan
ahli keluarga komuniti setempat
• Memberi ucapan • Memberi ucapan • Memberi ucapan
selamat kepada guru, selamat kepada ibu selamat apabila
rakan dan kakitangan bapa dan bertemu.
sekolah. adik-beradik. • Sering bertanya
• Bertegur sapa dengan • Tidak meninggikan khabar.
bahasa yang sopan. suara. • Berbual dengan tutur
• Menggunakan bahasa • Berbual dengan tutur kata yang sopan.
yang difahami. kata yang sopan.
Interaksi:
Tindak balas atau Berhemah tinggi
perhubungan antara
GLOSARI individu yang menghasilkan
komunikasi.
Berdasarkan gambar di atas, lakonkan cara berinteraksi yang berlaku
di sekolah, dalam keluarga dan komuniti setempat.
1.10.1
• Guru menjelaskan maksud interaksi kepada murid.
NOTA 43
GURU
CARA BERSOSIALISASI YANG SESUAI
Sekolah
• Menyertai acara pertandingan dan majlis
rasmi sekolah.
• Menganggotai persatuan, badan beruniform
dan kelab.
• Aktif dalam aktiviti berkumpulan di dalam kelas.
Keluarga
• Menunjukkan teladan dan tingkah laku yang baik
kepada ibu bapa dan adik-beradik.
• Meluangkan masa mengikuti aktiviti luar yang
melibatkan ahli keluarga.
Komuniti Setempat
• Melibatkan diri dalam persatuan penduduk dan
jawatankuasa kampung.
• Menyertai aktiviti gotong-royong, sukan dan
keagamaan.
• Memenuhi jemputan majlis kenduri, majlis hari
lahir dan lain-lain.
• Bertegur sapa dan mengucap selamat.
Aktiviti gotong-royong.
1. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan.
Bincangkan faedah-faedah
2. Tentukan tugas bagi setiap kumpulan. yang diperoleh hasil daripada
3. Agihkan peralatan gotong-royong. aktiviti sosialisasi yang berlaku
di sekolah, di rumah dan
4. Lakukan gotong-royong membersihkan dalam komuniti setempat.
persekitaran kantin dengan sempurna.
1.10.2
44 NOTA • Membimbing murid menjalankan aktiviti bergotong-royong.
GURU
CARA KOMUNIKASI YANG BERKESAN MENGIKUT SITUASI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses pemindahan maklumat,
perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu yang lain.
Cara Berkomunikasi Mengikut Situasi
Bertutur kata dengan sopan.
Mengunakan bahasa yang baik.
Memberi perhatian semasa berkomunikasi.
Memberikan respons apabila bertanya.
Suara yang jelas.
Menunjukkan komunikasi bukan lisan yang baik.
Tidak mengeluarkan perkataan yang lucah dan
kurang sopan.
Tidak meninggikan suara ketika berbual dengan
ibu bapa dan adik beradik.
Berhemah tinggi
Tidak mencelah ketika ibu bapa bercakap.
Murid diminta menyenaraikan cara komunikasi berkesan dalam
bentuk peta minda.
1.10.3
• Menerangkan kepada murid cara berkomunikasi yang berkesan.
NOTA • Membimbing murid menyediakan peta minda. 45
GURU
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Faiz pergi ke bilik guru berjumpa Cikgu Sarah. Dia memohon pulang awal
dari sekolah kerana ingin menghantar ibu bapanya ke lapangan terbang.
Lakonkan dialog tersebut dengan intonasi yang betul.
2. Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan sosialisasi yang BAIK
atau TIDAK BAIK.
(a) Menyertai gotong-royong membersihkan
balai raya.
(b) Keluarga Ramesh berkelah di tepi pantai pada
hujung minggu.
(c) Kelab Teater Sekolah mengadakan pementasan
setiap bulan.
(d) Amin memancing ikan berseorangan
di Tasik Jenjarom.
(e) Ravi bersepakat dengan Ah Shan untuk
memecah masuk ke dalam rumah jirannya.
1. Nyatakan sebab kita perlu berkomunikasi di sekolah dan komuniti?
2. Senaraikan aktiviti yang melibatkan sosialisasi dalam komuniti setempat.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
46 NOTA
GURU
TAJUK
11 PENGURUSAN RUANG TEMPAT KEDIAMAN
JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN MENGIKUT FUNGSI
a Ruang Sosial
Merupakan tempat berehat, melayan
tetamu, berinteraksi sesama ahli
keluarga dan mengisi masa lapang.
Contoh: 1. Ruang tamu
2. Ruang makan
Ruang tamu
b Ruang Kerja
Untuk melakukan aktiviti penyediaan dan
penyimpanan makanan, menyimpan
barang, melakukan kerja pembersihan
dan penyelenggaraan serta tempat
meletak kereta.
Contoh: 1. Dapur
2. Stor
Dapur
3. Garaj
4. Ruang mendobi
c Ruang Persendirian
Merupakan tempat berehat dan
menyimpan almari pakaian, membersih
dan mengemas diri.
Contoh: 1. Bilik tidur
2. Bilik mandi
Bilik tidur
• Guru menerangkan kepada murid jenis ruang beserta contoh yang diberikan. 1.11.1
NOTA 47
GURU
Alatan
ALATAN DAN BAHAN MEMBERSIH RUANG TEMPAT KEDIAMAN
syiling-lukis semula
Berus siling
Alatan Alatan
Alatan
Pembersih Penyapu
Bulu ayam vakum
Murid melakukan simulasi membersihkan kelas atau
gotong-royong.
48
Alatan Bahan Alatan Bahan
Kain lap Cecair pencuci Kain lap Cecair pencuci
cermin serbaguna
Stor merupakan tempat
yang sesuai bagi
penyimpanan peralatan
membersih ruang
kediaman.
Stor
Alatan Bahan
Mop dan baldi Cecair pencuci
lantai
• Guru menerangkan kepada murid tentang peralatan dan bahan 1.11.2
NOTA yang digunakan untuk membersih ruang tempat kediaman. 1.11.3 49
GURU
1.11.4
AMALAN PENJAGAAN RUANG TEMPAT KEDIAMAN
Ruang
Jadual
Pembersihan Aktiviti
Sosial Kerja Persendirian
• Menyapu
Pembersihan
harian • Mencuci pakaian
(Setiap hari)
• Membuang sampah
• Menyusun buku/
majalah/surat
khabar
• Membersih bilik
Pembersihan
mingguan mandi dan tandas
(Setiap hujung • Memvakum
minggu)
• Mengemop
Pembersihan • Menukar langsir
berkala • Membersih kipas
(Masa tertentu
seperti sebelum • Mengemas dan
hari perayaan)
membersih stor
Bina diorama mengikut ruang kediaman yang dipilih seperti gambar
di bawah menggunakan bahan-bahan terbuang.
1. Tentukan bilangan murid bagi
setiap kumpulan.
2. Cari dan kumpulkan bahan-bahan
terbuang seperti kotak dan botol.
3. Sediakan peralatan seperti gunting
kertas warna, pen marker
dan alat tulis.
4. Bentukkan perabot atau perhiasan
yang terdapat di ruang kediaman.
5. Dekorasikan ruang kediaman
mengikut kreativiti anda.
• Guru menjelaskan kepada murid tentang amalan penjagaan ruang 1.11.5
50 NOTA tempat kediaman secara harian, mingguan dan berkala.
GURU • Membimbing murid membina diorama.
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul.
a b c
Ruang tempat Ruang kerja boleh
kediaman terdiri daripada Dapur, stor, garaj dan dijadikan tempat
ruang sosial, ruang tempat mendobi ialah mengulang kaji
belajar dan ruang ruang kerja. pelajaran.
persendirian.
d e
Tempat kediaman
Membersih dan merupakan tempat
mengemas diri yang memberikan
dilakukan di tempat keselamatan dan
mendobi. perlindungan ahli
keluarga.
f g h
Pembersih vakum Alatan dan bahan Berehat dan
perlu disimpan di membersih mesti disusun berinteraksi antara
bawah katil selepas kemas di dalam stor. ahli keluarga sesuai
menggunakannya. diadakan di ruang
persendirian.
1. Bagaimanakah cara untuk mengekal kebersihan rumah kita?
2. Mengapa kita perlu membersihkan dan mengeringkan alatan pembersih
sebelum disimpan?
3. Nyatakan kepentingan kebersihan tempat tinggal kepada
kehidupan seharian.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA 51
GURU
2. Lengkapkan tempat kosong berikut dengan bahan membersih ruang
tempat kediaman.
1 7
______________________
Bahan untuk
Membersih
2 8
Pilihan jawapan:
______________________
Pencuci cermin
Vakum
Pencuci serbaguna
3 9
Bulu ayam
______________________
Pencuci lantai
4 10
3. Tandakan (✓) pada jawapan yang betul berkaitan amalan penjagaan ruang
tempat kediaman.
(a) Membuang sampah, menyusun pinggan mangkuk dan mengelap
meja makanan dijalankan di________________.
5
ruang sosial ruang kerja ruang persendirian
(b) Mengemas tilam dan menukar cadar dijalankan di_______________. 11
ruang sosial ruang kerja ruang persendirian
6
(c) Mencuci tandas, bilik air dan singki dijalankan di__________________.
ruang sosial ruang kerja ruang persendirian
52 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
GURU
RUMUSAN
1 Kebersihan dan dandanan diri 7 Batasan sentuhan:
1
Bahagian yang selamat
mestilah dijaga dan diamalkan
disentuh
setiap hari.
Bahagian yang tidak selamat
disentuh
7
2 Perubahan fizikal lelaki dan 8 Mengamalkan pemakanan yang sihat:
2
Memberi vitamin yang mencukupi
perempuan akan berlaku
Membantu perkembangan mental
selepas mengalami
Membantu pembesaran fizikal
akil baligh.
8
yang sempurna
3 Simptom awal kedatangan haid: 9 Postur ialah posisi tubuh seseorang
9
3
terutama semasa:
Cepat marah
Duduk
Murung
Berdiri
Letih
Berjalan
Sakit kepala
4 Jenis tuala wanita: 10 Sentiasa berinteraksi dan
10
4
bersosialisasi dengan
Tuala wanita pakai buang
berkesan di:
Tuala wanita guna semula
Sekolah
Pelapik seluar dalam (panty liner)
Keluarga
Masyarakat
5 Ihtilam (wet dream) berlaku Pengurusan ruang tempat
5
11
kepada remaja lelaki semasa
kediaman:
tidur dan bermimpi sesuatu
Ruang sosial
yang boleh merangsang nafsu.
Ruang kerja
11 Ruang persendirian
6 Batas pergaulan:
6
Keluarga
Rakan lelaki dan perempuan
Komuniti setempat
53
UNIT 2
1
Carta organisasi
2
Kebersihan bengkel
3 Peraturan di bengkel
4 Punca dan kaedah
mencegah kebakaran
5 Penggunaan kit
pertolongan cemas
6 Rawatan awal bagi kecederaan
ringan dan kemalangan
di dalam bengkel
54
MENGURUS
BENGKEL
55
TAJUK
1 CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASI DI BENGKEL
Organisasi:
Apa Itu Carta Organisasi? Pertubuhan,
Carta organisasi merupakan satu bentuk rajah kesatuan,
perbadanan atau
yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan GLOSARI kelab.
tempat atau posisi seseorang individu dalam
sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa,
Kerjasama
tugas dan tanggungjawab.
CARTA ORGANISASI BENGKEL MASAKAN
GURU BENGKEL
FORMEN
PENOLONG FORMEN
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan
Jawatan Tugas
1. Guru bengkel Guru yang dilantik sebagai pengurus bengkel.
2. Formen Ketua murid di bengkel.
3. Penolong formen Penolong ketua murid di bengkel.
Murid yang dibahagikan di bawah pengawasan
4. Ahli kumpulan
ketua kumpulan.
56
KEGUNAAN CARTA ORGANISASI DI BENGKEL
1. Menunjukkan
hierarki pentadbiran.
2. Memperihalkan tugas-tugas
yang berbeza dalam organisasi.
3. Menerangkan
CARTA ORGANISASI BENGKEL MASAKAN pembahagian kerja
mengikut jawatan.
GURU BENGKEL Hierarki:
4. Menunjukkan hubungan autoriti Susunan tinggi
dalam organisasi. rendah mengikut
pangkat dalam
FORMEN organisasi.
GLOSARI Autoriti:
Kuasa atau hak
membuat perintah
PENOLONG FORMEN 5. Menjamin keadaan dan keputusan.
bengkel sentiasa selamat.
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan Hasilkan carta organisasi bengkel yang terdapat di dalam kelas anda.
1. Murid berbincang dengan guru untuk melantik formen, penolong
formen dan ahli kumpulan.
2. Sediakan senarai nama dan alatan seperti kad manila, kertas warna,
gam, gunting dan alat tulis.
3. Tuliskan nama-nama tersebut dalam bentuk organisasi
di kad manila.
4. Hiaskan carta organisasi mengikut kreativiti anda.
5. Tampal carta organisasi pada papan kenyataan bengkel.
• Menjelaskan bentuk dan fungsi carta organisasi. 2.1.1
NOTA • Membimbing murid menghasilkan carta organisasi. 2.1.2 57
GURU 2.1.3
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Isikan tempat kosong pada carta organisasi di bawah.
CARTA ORGANISASI BENGKEL JAHITAN
________________________________
________________________________
________________________________
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
2. Tuliskan lima kegunaan carta organisasi di bengkel.
1 _______________________________ 2 _______________________________
_______________________________ _______________________________
3 _______________________________ 4 _______________________________
_______________________________ _______________________________
5 _______________________________
_______________________________
1. Apakah yang terkandung dalam sesebuah carta organisasi?
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
58 NOTA
GURU
TAJUK
2 KEBERSIHAN BENGKEL
JADUAL TUGAS BERKUMPULAN MENGIKUT GILIRAN
JADUAL TUGAS BENGKEL MASAKAN
MINGGU/KUMPULAN
TUGAS
1 2 3 4
Lili Mawar Orkid Kekwa Membersihkan lantai, meja, papan putih dan perabot.
Mawar Lili Kekwa Orkid Memeriksa, membersih dan menyimpan alatan/projek.
Orkid Kekwa Lili Mawar Membuka, menutup dan membersihkan tingkap.
Kekwa Mawar Orkid Lili Menyusun kerusi dan meja.
Hasilkan jadual tugas berkumpulan menggunakan kertas guna semula.
1. Guru membentuk empat kumpulan.
2. Tentukan ketua bagi 1 MINGGU/ KUMPULAN 4 TUGAS
3
2
setiap kumpulan. Lili Mawar Orkid Kekwa Membersihkan lantai, meja, papan putih dan perabot.
3. Agihan tugasan untuk kumpulan Mawar Lili Kekwa Orkid Memeriksa, membersih dan menyimpan alatan/ projek.
mengikut minggu. Orkid Kekwa Lili Mawar Membuka, menutup dan membersihkan tingkap.
4. Sediakan alatan seperti kertas Kekwa Mawar Orkid Lili Menyusun kerusi dan meja.
guna semula, gam dan alat tulis.
5. Buat satu jadual tugas bengkel dan
hiaskan mengikut kreativiti anda.
Berdisiplin
• Guru menerangkan cara menggunakan jadual tugas berkumpulan 2.2.1
NOTA kepada murid. 2.2.2 59
GURU
• Guru memastikan murid melaksanakan tugas mengikut jadual yang ditetapkan.
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Lengkapkan carta di bawah dengan tugas-tugas rutin berkumpulan
mengikut giliran di bengkel.
TUGAS BERKUMPULAN
MENGIKUT GILIRAN
KUMPULAN A KUMPULAN C
__________________ __________________
__________________ __________________
KUMPULAN B KUMPULAN D
__________________ __________________
__________________ __________________
2. Apakah kegunaan jadual tugas bengkel mengikut kumpulan?
A. Memastikan semua murid sibuk menjalankan tugas.
B. Memastikan semua ahli menjalankan tugas mengikut giliran.
C. Memastikan semua murid menjalankan tugas apabila diberi arahan.
3. Apakah fungsi jadual tugas yang disediakan di dalam bengkel?
A. Memupuk sikap pentingkan diri sendiri.
B. Memupuk suasana ceria sepanjang menjalankan tugasan.
C. Memupuk sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama.
60 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
GURU
TAJUK
3 PERATURAN DI DALAM BENGKEL
PERATURAN DI DALAM BENGKEL
Peraturan Keselamatan Am
• Keluar dan masuk bengkel dengan kebenaran guru. INFO
• Bersihkan bengkel sebelum dan selepas digunakan. Kesan Tidak Mematuhi
• Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke Peraturan di Bengkel.
• Boleh menyebabkan
dalam bengkel. kecederaan.
• Membaca label sebelum menggunakan semua bahan • Boleh menyebabkan
dan peralatan yang akan digunakan. kebakaran.
• Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati
dalam setiap kerja di dalam bengkel.
• Mematikan semua suis elektrik selepas digunakan.
Berdisiplin
• Memastikan persekitaran bengkel sentiasa kemas,
bersih dan teratur.
Murid diminta melakukan simulasi mematuhi peraturan keselamatan
am di dalam bengkel masakan.
61
Peraturan Keselamatan Diri
• Tidak bergurau ketika melakukan aktiviti.
• Melaporkan kepada guru bengkel sekiranya
berlaku kemalangan.
• Memakai apron sepanjang berada di dalam bengkel.
• Bagi murid yang memakai baju lengan panjang,
lipat lengan baju ketika bekerja.
• Murid perempuan yang berambut panjang
hendaklah diikat manakala yang bertudung, pastikan
tudung dipakai dengan kemas.
• Memakai kasut bertapak getah, bertumit rendah,
selesa dan bertutup.
• Basuh tangan selepas melakukan aktiviti.
Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan
• Penggunaan alatan dan bahan perlu mendapat
bimbingan daripada guru.
• Rancang penggunaan alatan dan bahan
dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.
• Mengambil peralatan yang digunakan sahaja.
• Berhati-hati ketika menggunakan bahan dan
alatan yang mudah terbakar.
• Bersihkan setiap alatan yang telah digunakan
dan letak di tempat asal.
1. Senaraikan perkara-perkara yang dilarang ketika Mengapakah peraturan
berada di dalam bengkel. keselamatan sangat
diutamakan ketika berada
2. Apakah peraturan pakaian yang sesuai ketika di di dalam bengkel?
bengkel masakan?
2.3.1
62 NOTA • Guru menerangkan peraturan yang mesti diikuti ketika berada 2.3.2
GURU di dalam bengkel.
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Baca situasi berikut dan jawab soalan di bawah.
Kelas 1 Bakawali melakukan kerja amali di dalam bengkel masakan. Ketika
murid lain sibuk menyiapkan tugasan, Raven dan Sani bermain kejar-kejar
sambil memegang garpu dan sudip di tangan mereka. Tiba-tiba, Sani terjatuh
dan kepalanya luka akibat terkena bucu meja kayu yang tajam.
Apakah pernyataan yang sesuai dengan situasi di atas?
A. Dilarang masuk tanpa kebenaran.
B. Dilarang bermain dan bergurau ketika di dalam bengkel.
C. Dilarang memakai apron ketika melakukan amali.
2. Pernyataan manakah merupakan peraturan paling utama
di dalam bengkel?
A. Tutup suis elektrik dan kipas setelah digunakan.
B. Ambil peralatan yang disenaraikan dalam tugasan sahaja.
C. Beratur dan minta kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.
3. Apakah kepentingan memakai apron di dalam bengkel masakan ?
A. Dapat menyejukkan badan yang panas.
B. Dapat mengelakkan baju daripada terkena kotoran.
C. Dapat mengelakkan pemindahan kuman dari baju ke dalam makanan.
4. Bagaimanakah cara mengelakkan kecederaan tangan ketika
menghiris bawang?
A. Memakai pelindung mata.
B. Memakai alas potong plastik.
C. Memakai sarung tangan getah.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA 63
GURU
TAJUK
4 PUNCA DAN KAEDAH MENCEGAH KEBAKARAN
PUNCA KEBAKARAN
Kebakaran adalah suatu tindak balas kimia yang berlaku apabila bahan mudah
terbakar dan oksigen menyentuh punca haba, cucuhan atau percikan api.
Peralatan memasak Kerosakan
terlalu panas Berlaku litar peralatan elektrik
pintas
PUNCA
KEBAKARAN
Sambungan soket Bahan mudah
melebihi had terbakar
Rasional
IMBAS SINI
Kebocoran gas Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/mencegah-
Murid ditayangkan video berkaitan punca kebakaran-di-rumah/ untuk
mengetahui cara mencegah
kebakaran. Murid diminta menyenaraikan
kebakaran di rumah. (Dicapai pada
punca kebakaran dalam bentuk peta buih. 26 Ogos 2016)
• Membincangkan punca kebakaran bersama murid. 2.4.1
64 NOTA • Guru membimbing murid menghasilkan peta buih.
GURU
JENIS ALAT PEMADAM API YANG SESUAI DENGAN PUNCA KEBAKARAN
Alat pemadam api (fire extinguisher) adalah satu alat yang boleh mengawal
dan memadam kebakaran pada peringkat awal. Ia bertujuan mengawal dan
memadam kebakaran secara berkesan mengikut punca kebakaran.
BAHAN:
Air BAHAN:
Buih
LABEL/ WARNA:
A Merah LABEL/ WARNA:
B Putih/ Kuning
PUNCA: PUNCA:
Kayu, sampah-sarap, Minyak, cat, petrol,
plastik dan kain.
lekar, tinner dan gas.
BAHAN:
Karbon dioksida BAHAN:
LABEL/ WARNA: Debu kering
C/CO2 Hitam LABEL/ WARNA:
PUNCA: ABC Biru
Cat, minyak, petrol, PUNCA:
lekar, gas dan Semua jenis bahan.
peralatan elektrik.
IMBAS SINI
Layari laman sesawang http://arasmega.com/
Di manakah tempat yang
sesuai bagi penyimpanan qr-link/cara-menggunakan-alat-pemadam-
alat pemadam api? api-dengan-betul/ untuk mengetahui cara
menggunakan alat pemadam api. (Dicapai
pada 26 Ogos 2016)
Sumber: http://www.slideshare.net/andysamsudin/alat-pemadam-api
Simulasi latihan mengosongkan bangunan sekolah ketika kebakaran.
1. Guru membentuk kumpulan dan melantik seorang penjaga loceng.
2. Loceng dibunyikan menandakan latihan bermula.
3. Semua murid berhenti membuat kerja dan bertenang.
4. Berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat dan senyap
melalui laluan yang ditetapkan.
5. Kira bilangan ahli kumpulan anda.
6. Kumpulan seterusnya melakukan simulasi yang sama.
• Menyenaraikan jenis pemadam api dan cara penggunaannya. 2.4.2
NOTA • Guru mengadakan latihan kebakaran atau demonstrasi oleh ahli bomba 2.4.3 65
GURU di sekolah.
KAEDAH MENCEGAH KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil oleh setiap
individu. Ia dapat mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada
merebak kepada kebakaran yang lebih besar.
1. Simpan semua bahan yang mudah terbakar
di tempat khas.
2. Baca dan fahami arahan tentang cara
menggunakan alat elektrik di dalam bengkel
sebelum menggunakannya.
3. Dilarang merokok di dalam bengkel.
4. Elakkan mengguna plag yang pecah dan wayar
yang tidak bersalut dengan sempurna.
5. Elakkan membuat penyambungan berlebihan
pada satu plag.
6. Periksa pendawaian dan kabel elektrik secara
kerap bagi memastikan kerosakan untuk
dibaiki segera.
7. Pasang alat pengesan asap dan loceng
amaran automatik.
8. Sediakan alat pemadam kebakaran dan pastikan
tidak tamat tempoh.
Sumber: Modul Pembelajaran Pendidikan Asas
Vokasional, Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/tips-
keselamatan-kebakaran-di-rumah/ untuk mengetahui tips
keselamatan kebakaran di rumah. (Dicapai pada 26 Ogos 2016) IMBAS SINI
1. Melukis poster bertajuk “Kaedah Mencegah Kebakaran di dalam Bengkel”.
2. Sediakan peralatan seperti gunting, pen marker, kad manila dan alat tulis.
3. Catatkan beberapa maklumat tentang kaedah mencegah kebakaran
yang sesuai di dalam bengkel dalam poster berkenaan.
2.4.4
66 NOTA • Memaparkan beberapa poster keselamatan kebakaran terbitan Jabatan Bomba
GURU dan Penyelamat Malaysia.
• Guru membimbing murid menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Berdasarkan jenis pemadam api berikut, namakan punca kebakaran
yang boleh dipadam menggunakan pemadam api tersebut.
Jenis Punca
Bil. pemadam api Label bahan bakar
i Air A
ii Debu kering ABC
iii Karbon Dioksida C
2. Susun langkah penggunaan alat pemadam api dengan turutan yang betul.
i. Tekan tukil alat pemadam api.
ii. Halakan muncung hos ke pangkal api.
iii. Tarik pin picu daripada pemadam api.
iv. Semburkan ke arah api sambil gerakkan
hos ke kiri dan ke kanan.
3. Pernyataan manakah menunjukkan kaedah mencegah kebakaran?
A. Menelefon bomba dengan segera.
B. Membeli pemadam api ketika tawaran harga murah.
C. Memasang alat pengesan asap dan loceng amaran automatik.
1. Senaraikan tindakan persediaan yang perlu dibuat bagi mengelakkan
kebakaran di rumah.
2. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat pelbagai jenis pemadam
api yang berbeza?
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA 67
GURU
TAJUK
5 PENGGUNAAN KIT PERTOLONGAN CEMAS
FUNGSI BAHAN DAN ALATAN DI DALAM KIT PERTOLONGAN CEMAS
Kit pertolongan cemas merupakan alat bantuan kecemasan sementara bagi
merawat kecederaan ringan seperti luka, terseliuh, pitam dan lain-lain.
Mengampu tangan patah Kain anduh
Ubat sapu luka
Membalut bahagian cedera Kain pembalut gulung
Ubat pening dan tahan sakit Paracetamol 250 mg
Larutan iodin
68
Memotong kain Gunting
pembalut gulung
Membalut bahagian cedera Kain pembalut elastic
Menampal luka kecil Penampal luka
Kebersihan
Murid melakukan simulasi cara penggunaan bahan dan alatan
di dalam kit pertolongan cemas secara berpasangan.
• Menjelaskan fungsi alatan dan ubat di dalam kit pertolongan cemas. 2.5.1
NOTA • Guru menyediakan kit pertolongan cemas bagi pelaksanaan simulasi. 2.5.3 69
GURU
KEADAAN DAN TARIKH LUPUT BAHAN DAN UBAT-UBATAN DI DALAM KIT
PERTOLONGAN CEMAS
Pengambilan ubat yang telah tamat tarikh luput akan membahayakan kesihatan
diri kita. Gambar berikut adalah contoh ubat-ubatan yang telah tamat tarikh luput.
Ciri-ciri fizikal ubat
tamat tempoh
Warna berubah
Berbau
Rasa berubah
Kapsul atau tablet pecah
Kapsul pada asalnya
keras menjadi lembik Apakah kesan jika memakan
dan melekit. ubat yang tamat tempoh atau
tidak berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia?
Sumber: Pusat Racun Negara.USM.http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=514
• Menjelaskan catatan tarikh pengeluaran dan tarikh luput ubat. 2.5.2
70 NOTA
GURU • Membimbing murid mengenali fizikal ubat tamat tempoh.
Cari nama alatan dan bahan pada teka silang kata di bawah.
P O V I D O N E L M I
Y A H M R W B F O N O
U E R N S X B G P Q D
I P L A S T E R S R A
K F K E C E M A S A N
A G I O T E D H T U V
B A U P U Y T I Y X W
A N J T V Z K A P A S
C D K Q A A E J M A B
G U N T I N G K W O V
D H L B A L U T A N L
Paracetamol Kapas Anduh Kecemasan
Plaster Povidone Gunting Balutan
1. Senaraikan bahan dan ubat-ubatan lain yang terdapat di dalam kit
pertolongan cemas.
2. Jika berlaku kecederaan melibatkan luka dan patah tangan, apakah peralatan
dan bahan di dalam kit pertolongan cemas yang boleh digunakan?
3. Nyatakan kesan buruk jika mengambil ubat yang telah tamat tempohnya.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA 71
GURU
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Nyatakan fungsi bahan pertolongan cemas berikut.
1. Kain anduh:
__________________________________
2. Kapas:
___________________________________
3. Penampal luka:
___________________________________
1. Padankan gambar berikut dengan nama ubat yang sesuai.
• • • • •
• • • • •
Krim Tablet Kapsul Ubat sedut Ubat titis
72 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
GURU
TAJUK RAWATAN AWAL KECEDERAAN RINGAN DAN
6 KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL
JENIS PUNCA KECEDERAAN RINGAN DAN KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL
Peralatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel
boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan
jika tidak berhati-hati. Aspek keselamatan perlu Jelaskan cara-cara
diambil berat bagi mengelakkan kecederaan yang mengelakkan kemalangan
di dalam bengkel.
tidak diingini berlaku.
Punca Kecederaan Ringan dan
Kemalangan di Dalam Bengkel
Faktor Faktor
Faktor Fizikal
Kemanusiaan Pentadbiran
Pendawaian elektrik Kecuaian Peralatan
Kurang tumpuan Kurang alat sokongan
Melebihi 40 tahun
Beban berlebihan keselamatan
Pendawaian Kurang Pengetahuan
tambahan Memaksa diri Peraturan
melakukan kerja Kurang arahan
Persekitaran Kurang latihan keselamatan yang
Terdapat tumpahan ditampal
minyak Disiplin Kurang latihan
Kurang pencahayaan Tidak fokus ketika menghadapi
Bergurau ketika
Peralatan dan Mesin melakukan kerja kemalangan
Tidak diselenggara Kurang
secara berjadual Kesihatan menguatkuasa
Susunan tidak teratur Mengantuk pemakaian yang
Letih selamat di dalam
Fikiran terganggu bengkel
Sakit
Emosi
Psikologi terganggu
Murid menyenaraikan punca kecederaan ringan dan kemalangan kecil
yang sering berlaku di dalam bengkel.
2.6.1
• Menghuraikan punca kemalangan dan kecederaan ringan di dalam bengkel. 73
NOTA
GURU
BANTUAN KECEMASAN DAN RAWATAN AWAL
Luka Kecil
1. Cuci tangan anda dengan bersih.
2. Lap luka sehingga kering dan tutup luka
dengan pembalut kasa yang disteril.
3. Bersihkan di sekeliling kawasan luka
dengan air dan sabun. Gunakan kapas
kesat bagi setiap sapuan.
4. Lap sehingga kering. Tanggalkan
penutup luka dan gunakan pembebat
berpelekat.
Rawatan Terseliuh
1. Rehatkan bahagian anggota
yang terseliuh.
2. Tuamkan ais pada bahagian
anggota yang terseliuh.
3. Balut bahagian yang terseliuh.
4. Letakkan bantal pada bahagian
terseliuh ketika duduk atau baring.
5. Dapatkan rawatan susulan
di hospital berhampiran.
Pada pendapat kamu, apakah
akan terjadi jika kita tidak
melakukan rawatan awal ketika
luka dan terseliuh?
74
INFO
Renjatan Elektrik
Penebat elektrik ialah
bahan atau alat yang
tidak boleh mengalirkan
arus elektrik.
Contoh: Plastik dan kayu.
1. Matikan suis.
2. Pastikan anda berdiri di atas
penebat getah.
3. Gunakan objek penebat elektrik
daripada badan mangsa.
4. Hantar mangsa ke hospital berdekatan.
Rawatan Terseliuh Rawatan Hidung Berdarah
1. Duduk dan tundukkan kepala supaya darah
dapat mengalir.
2. Bernafas melalui mulut dan picit bahagian
yang lembut pada hidung.
3. Melepaskan tekanan selepas 10 minit. Jika
pendarahan tidak berhenti, ulang perbuatan
yang sama.
4. Apabila pendarahan berhenti, tundukkan
kepala dan bersihkan hidung dengan air suam.
5. Jika pendarahan berterusan, perlu
mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Berhati-hati
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Murid melakukan simulasi empat bantuan kecemasan setelah
melihat demonstrasi guru.
• Memantau murid melakukan simulasi. 2.6.2
• Membuat demonstrasi kaedah rawatan kecemasan dan rawatan awal.
NOTA • Guru membentuk kumpulan dan menyediakan kit pertolongan cemas bagi 75
NOTA
GURU menjalani simulasi di atas.
GURU
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Lengkapkan ruang kosong berikut dengan punca kecederaan
dan kemalangan di dalam bengkel.
Faktor Faktor
Faktor Fizikal
Kemanusiaan Pentadbiran
Pendawaian elektrik Kurang pengetahuan Peralatan
1. __________________ 1. ___________________ 1. ___________________
2. __________________ 2. ___________________ ___________________
3. __________________
Disiplin Peraturan
Persekitaran 1. ___________________ 1. ___________________
1. __________________ 2. ___________________ ___________________
2. __________________
Kesihatan 2. ___________________
Peralatan dan mesin 1. ___________________ ___________________
1. __________________ 2. ___________________ 3. ___________________
2. __________________ 3. ___________________ ___________________
2. Susun langkah-langkah menyelamatkan mangsa renjatan elektrik.
Hantar mangsa Pastikan berdiri di atas
ke hospital/klinik. penebat getah.
Gunakan penebat elektrik untuk
mengalih kabel elektrik Matikan suis.
daripada badan mangsa.
1. Mengapakah rawatan awal penting sebelum pesakit dihantar ke hospital?
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
76 NOTA
GURU
RUMUSAN Carta organisasi merupakan
satu bentuk gambar rajah
yang menunjukkan struktur
susunan, kedudukan tempat
individu dalam sesuatu
organisasi selaras dengan
bidang kuasa, tugas dan Penggunaan jadual
tanggungjawab. tugas berkumpulan
Keselamatan di dalam penting bagi
bengkel perlu dijaga bagi memastikan
mengelakkan kecederaan kebersihan bengkel
dan kebakaran. 1 dijaga dengan baik.
6 2
Mengurus
Bengkel
5 3
Kita mesti memahami Peraturan bengkel
fungsi alatan dan mesti dipatuhi
bahan yang terdapat 4 oleh setiap murid
dalam kit pertolongan bagi menjamin
cemas dengan baik. keselamatan diri
Penggunaan alat semasa melakukan
pemadam api mesti aktiviti dalam bengkel.
diketahui oleh setiap murid
sebagai persediaan awal
ketika berlaku kebakaran.
77
UNIT 3
1 Memanfaatkan
kesedaran diri
2
Menyuarakan hak
3 Menyuarakan pendapat
dengan yakin
78
ADVOKASI
DIRI
Advokasi:
Menyuarakan
hak untuk diri
GLOSARI sendiri.
79
TAJUK
1 MEMANFAATKAN KESEDARAN DIRI
KENALI MINAT, POTENSI DAN MATLAMAT DIRI
Catatan Diari Rovita
Nama saya Rovita Jinolis. Saya belajar di SMK Kolombong,
Sabah. Saya meminati bidang perkhidmatan seperti kedai
dobi. Saya bercita-cita untuk memiliki dan membuka
sebuah kedai dobi di kawasan tempat tinggal saya. Guru
menyokong hasrat saya. Guru dan rakan-rakan mengajar
saya cara mendobi baju.
Kami diajar cara mengambil pesanan, mempromosi dan
membuat akaun hasil daripada jualan. Pihak sekolah
membantu menyediakan mesin basuh yang sesuai untuk
kami. Terima kasih kepada guru dan pihak sekolah yang
membantu saya mencapai cita-cita saya.
Dengan merujuk catatan diari Rovita, jawab semua soalan di bawah.
Bil Perkara Jawapan
1 Apakah minat Rovita?
2 Bagaimana Rovita memenuhi minat tersebut?
3 Apakah cita-cita Rovita?
4 Siapakah mentor Rovita dalam memenuhi impiannya?
5 Apakah yang diajari oleh mentor kepada Rovita?
6 Siapakah yang membantu Rovita untuk mencapai
matlamatnya?
Berdasarkan catatan diari Rovita, tuliskan catatan diri anda dengan
berpandukan soalan di atas.
• Bersoal jawab bersama murid sambil memberi saranan dan cadangan 3.1.1
80 NOTA tentang diri, potensi dan matlamat diri.
GURU
MENGEMBANGKAN MINAT DAN POTENSI DIRI
Setiap manusia mempunyai minat, potensi dan matlamat diri yang berbeza-beza.
Minat didefinisikan sebagai kegemaran atau kecenderungan. Potensi bermaksud
kemampuan melakukan sesuatu. Matlamat pula ialah sasaran untuk dicapai.
Memupuk minat
dalam masakan
6 dengan membantu
ibu di rumah dan
pembelajaran
Mengembangkan di sekolah.
potensi dalam Mengembangkan
bidang masakan minat dengan
seperti membuka menambah
perniagaan pengetahuan tentang
katering. masakan.
5
Menghadiri kursus
formal seperti Menghadiri kursus
Sijil Penyediaan asas penyediaan
Makanan melalui makanan di Kolej
Sijil Kemahiran Komuniti, sekolah
Malaysia. Menyertai atau persatuan.
pertandingan
memasak bagi
mengembangkan
potensi dan
kebolehan diri.
Mengapakah kita perlu
membina matlamat diri? Keyakinan tinggi
Berdasarkan bahan rangsangan di atas, bina satu peta alir tentang
cara mengembangkan minat dan potensi diri yang ada pada diri anda.
1. Tentukan minat dan potensi diri masing-masing dan cara
mengembangkannya.
2. Sediakan peralatan seperti kertas warna dan alat tulis.
3. Bina satu peta alir dan tampal pada papan kenyataan kelas anda.
• Guru membimbing murid menetapkan matlamat diri berdasarkan minat 3.1.2
NOTA dan potensi yang mereka ada. 81
GURU • Guru memberi contoh kerjaya lain yang sesuai dengan minat murid.
• Guru membimbing murid membina peta alir dengan betul.
HALA TUJU DAN KERJAYA
Tukang masak Pelukis
Bekerja di restoran. Melukis mural.
Menyediakan Mencanting batik.
perkhidmatan katering. Menjual lukisan.
Membuka gerai. Menjadi seorang
Menjual produk sejuk beku. pelukis grafik.
Pereka fesyen Mekanik
Bekerja di butik pakaian. Bekerja di sektor permotoran.
Mereka pakaian. Membuka bengkel sendiri.
Menjahit pakaian sendiri. Membaiki pelbagai mesin.
Menjual pakaian.
Menyediakan kursus jahitan
Rajin dan tekun
1. Adakan satu lawatan sambil belajar ke kedai roti dan kek
berhampiran anda.
2. Murid diberi pendedahan cara pembuatan roti dan kek.
3. Aplikasikan cara pembuatan roti dan kek di sekolah.
• Bincang hala tuju dan kerjaya murid. 3.1.3
82 NOTA • Guru meminta pengusaha bakeri menerangkan cara pembuatan roti
GURU dan kek kepada murid.
• Guru membimbing murid mengaplikasikan cara pembuatan roti dan kek.
MEMPAMERKAN MINAT DAN POTENSI DIRI DALAM KELUARGA
DAN ORGANISASI
Potensi diri individu boleh dikenal pasti oleh ibu bapa atau ahli keluarga yang
mengenali diri kita. Kebiasaannya, potensi diri ditonjolkan secara tidak sengaja.
Minat dan potensi diri boleh digilap bagi mencapai matlamat diri kita.
Memasak
Pertandingan
di rumah
Jualan atas
Gerai
talian
Nyatakan minat
kepada ibu bapa Tunjuk bakat Jualan
Keluarga
Mempamer Minat
dan Potensi Diri
Organisasi Sekolah
Nyatakan minat Jualan
kepada guru Tunjuk bakat
Jualan pada Hari
Menyertai pertandingan Keusahawanan/
memasak di sekolah Hari Kantin
Kerajinan
Murid bercerita tentang minat dan potensi diri yang ada pada mereka.
• Guru membimbing murid mencungkil bakat dalam menetapkan kerjaya 3.1.4
NOTA pilihan berdasarkan minat dan potensi diri. 83
GURU
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Padankan biodata tokoh di bawah dengan pernyataan yang betul.
Pemain badminton profesional negara.
Pernah memegang gelaran pemain
nombor 1 dunia.
Penyanyi nombor satu Malaysia
mempunyai suara yang unik.
Tukang masak paling popular di Malaysia.
Beliau pernah menyediakan makanan
untuk Sultan Brunei dan Presiden
Amerika Syarikat.
Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh
Chef Melayu Moden oleh Universiti
Teknologi Mara.
Pelukis Kartun Terbilang Malaysia.
Beliau merupakan pemenang Hadiah
Budaya Asia Fukuoka.
Beliau telah menerbitkan lebih daripada
20 jilid kartun yang diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa.
Atlet wanita Malaysia pertama
memperoleh pingat gangsa di Sukan
Olimpik London pada tahun 2012.
Memenangi pingat perak pada tahun
2016 di Olimpik Rio dalam acara terjun.
1. Hasilkan satu peta minda berkaitan cara untuk mencapai kerjaya yang
anda minati.
2. Pilih satu tokoh yang anda kagumi dan kumpulkan maklumat beliau
melalui Internet.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
84 NOTA
GURU
2. Lihat gambar dan baca maklumat berkaitan minat, potensi
dan hasil ciptaan Zull Design. Jawab soalan berikutnya.
• Zulkifli Haron dikenali sebagai “MacGyver” Malaysia yang meminati
bidang inovasi dan penciptaan mesin untuk kegunaan seharian.
• Beliau berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia dari Institut
Kemahiran Mara Johor Bahru.
• Beliau mempunyai sijil dalam bidang pendingin hawa dan pernah
mempelajari bidang kimpalan. Mesin Kuih Sepit
• Zulkifli seorang yang suka bertanya untuk mengetahui apa
yang diminatinya.
• Pada tahun 1984, Zulkifli melanjutkan kursus ke Pusat Sains
Toshiba 1987 di Stuttgart, Jerman dan Electrical Control
Engineering di Perancis.
• Menerima anugerah daripada Toshiba Human Powered
Corporation, Japan pada tahun 1983 dan Booster
Malaysia Science Centre pada tahun 2002.
Sumber: www.zulldesign.com.my/
Zulkifli Haron
(a) Apakah minat utama Zulkifli?
__________________________________________________________
(b) Nyatakan kejayaan yang pernah dicapai oleh beliau.
________________________________________________________
(c) Senaraikan tiga nilai murni berdasarkan kejayaannya itu.
i.
ii.
iii.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA 85
GURU
TAJUK
2 MENYUARAKAN HAK
HAK SEBAGAI INDIVIDU, HAK SEBAGAI PENGGUNA DAN HAK
SEBAGAI PEKERJA
Hak Individu
Hak Pengguna
1. Hak untuk hidup.
1. Hak mendapat keselamatan.
2. Hak kebebasan bersuara.
2. Hak mendapat maklumat
3. Hak mendapat keselamatan.
yang tepat.
4. Hak mendapat kehormatan. 3. Hak membuat pilihan.
5. Hak kebebasan beragama. 4. Hak bersuara.
6. Hak mendapat pendidikan. 5. Hak mendapat ganti rugi dan
pampasan.
7. Hak mendapat keperluan
asas. 6. Hak mendapat pendidikan
kepenggunaan.
Hak:
Hak Pekerja
Kuasa atau
kebebasan bagi
1. Hak mendapat gaji setimpal. GLOSARI seseorang untuk
memiliki sesuatu.
2. Hak mendapat cuti sakit. Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Hak mendapat tabungan
Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja. Rajan telah membeli kemeja-T
dan seluar di kedai melalui atas
4. Hak mendapat rawatan. talian. Seluar tersebut didapati
5. Hak mendapat jaminan koyak di bahagian tepi. Dia telah
menghubungi kedai itu untuk
keselamatan. mendapatkan gantian tetapi
tidak dilayan. Apakah tindakan
6. Hak berpersatuan.
yang harus dilakukan untuk
mendapatkan haknya semula?
Murid diminta membuat banding beza antara hak individu,
hak pengguna dan hak pekerja.
• Fahamkan murid tentang hak individu, pengguna dan pekerja. 3.2.1
86 NOTA • Sumber: Teo Say Eng (2007), Hak Anda dan Undang-Undang, Lexis Nexis: 3.2.2
GURU Petaling Jaya.
MENYUARAKAN DAN MEMPERTAHANKAN HAK SEBAGAI INDIVIDU, HAK
SEBAGAI PENGGUNA DAN HAK SEBAGAI PEKERJA
Chong Wei Kiat
No 3, Jalan Jasa 64,
Taman Jasa,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim.
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. 18 MEI 2017
Pengarah,
Aduan Parkir Kereta OKU Dijadikan Tapak Gerai Jualan 1. Menulis surat aduan.
Tuan, Suarakan hak individu
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa saya seperti nama dan 2. Bersemuka secara terus.
beralamat di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan
agar mengambil tindakan terhadap gerai–gerai yang
3. Membuat laporan.
beroperasi secara haram di parkir kereta OKU di
hadapan Plaza MPJB Jalan Skudai.
3. Untuk pengetahuan tuan, hanya di situ sahaja 4. Melantik wakil.
parkir OKU yang mempunyai laluan khas bagi OKU
berkerusi roda untuk memasuki pintu masuk plaza.
4. Tindakan peniaga itu menyukarkan kami untuk
memasuki plaza berkenaan.
Saya berharap pihak tuan dapat bertindak dan Suarakan hak pengguna
mengatasi masalah ini dengan segera.
1. Melalui persatuan/secara
Sekian, terima kasih. beramai-ramai.
Yang benar, 2. Melantik wakil persatuan.
(CHONG WEI KIAT) 3. Wakil yang mampu
memberi penyampaian
Suarakan hak pekerja kepada pihak berwajib.
1. Menulis surat aduan. 4. Wakil perlu mempunyai
kepakaran.
2. Berbincang dahulu sesama
rakan sekerja.
3. Melantik wakil daripada
pemimpin pekerja.
4. Berbincang terus dengan Keadilan
majikan.
Sumber: Teo Say Eng. 2007. Hak Anda dan Undang-Undang. Lexis Nexis: Petaling Jaya.
Murid melakonkan situasi berikut:
• Individu bertemu peguam
• Pekerja menemui pengurus
• Pengguna bertemu wakil kesatuan sekerja bagi membuat aduan.
• Menerangkan cara membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab. 3.2.3
NOTA • Guru membimbing murid melakonkan situasi aduan. 87
GURU
AGENSI YANG MEMBANTU DALAM MEMPERJUANGKAN HAK SEBAGAI INDIVIDU,
HAK SEBAGAI PENGGUNA DAN HAK SEBAGAI PEKERJA
Individu
• Biro Bantuan Guaman: Memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada
golongan miskin.
• Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional: Mendidik masyarakat agar
mengenali dan menghormati hak rakyat.
• Jabatan Kebajikan Masyarakat: Melindungi hak wanita, hak warga emas,
hak kanak-kanak dan hak Orang Kelainan Upaya (OKU).
• Jabatan Kemajuan Orang Asli: Memperjuangkan hak dan membangunkan orang
asli secara menyeluruh yang melibatkan sosioekonomi, pendidikan, `kesihatan dan
pembangunan modal insan.
Pengguna
• Persatuan Pengguna: Menyebarkan maklumat kepada pengguna dan memberi
pendidikan melalui hebahan atau majalah kepada pengguna.
• Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional: Membantu pengguna menyelesaikan
masalah dan menjadi orang tengah antara pengguna dan peniaga.
• Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia: Menjadi alternatif kepada pengguna untuk
memfailkan tuntutan ganti rugi dan pampasan terhadap peniaga secara atas talian.
• Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia: Membantu pengguna membuat
aduan berkaitan sektor komunikasi, Internet, pos dan persijilan digital.
Pekerja
• Kesatuan Sekerja: Menjaga dan memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.
Mewujudkan saluran perhubungan antara majikan dan pekerja.
• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): Mengemas kini dan melaksanakan
dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja
yang cekap, produktif dan berdisiplin.
Murid melayari Internet bagi mencari maklumat tentang agensi lain
yang membantu dalam memperjuangkan hak sebagai individu,
pengguna dan pekerja.
• Guru menerangkan agensi yang terlibat dalam membantu menuntut hak. 3.2.4
88 NOTA
GURU
LATIH MINDA
LATIHAN
LATIHAN
1. Senaraikan tiga hak individu, pekerja dan pengguna.
HAK INDIVIDU HAK PENGGUNA
1. ___________________ 1. ___________________
2. ___________________ 2. ___________________
3. ___________________ 3. ___________________
HAK PEKERJA
1. ___________________
2. ___________________
3. ___________________
2. Tuliskan bidang tugas bagi setiap agensi tersebut.
a.
b.
c.
1. Nyatakan secara ringkas, kepentingan mengetahui hak dalam
kehidupan seharian.
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA 89
GURU