The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

sesi 3-Menggalakkan PSI Semasa Kehamilan (FARAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahizazaidan, 2024-04-03 02:06:14

sesi 3-Menggalakkan PSI Semasa Kehamilan (FARAH)

sesi 3-Menggalakkan PSI Semasa Kehamilan (FARAH)

SESI 3: MENGGALAKKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEMASA KEHAMILAN 1 Promosi dan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kursus Latihan untuk Anggota Kesihatan Profesional Adaptasi daripada: The Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, Updated and Expanded for Integrated Care (Section 3) WHO/UNICEF 2009 Terjemahan Oleh : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Objektif: Di akhir sesi ini, peserta boleh: 1. Menggariskan maklumat yang perlu dibincangkan dengan ibu hamil. 2. Membantu ibu hamil untuk memahami keunggulan susu ibu. 3. Menerangkan persediaan sebelum penyusuan susu ibu, cara yang berkesan dan tidak berkesan 4. Mengenal pasti wanita yang perlu diberi lebih banyak perhatian 5. Membincangkan perihal penyusuan susu ibu dengan ibu hamil 2 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia 2


Menggariskan maklumat yang perlu dibincangkan dengan ibu hamil. 3 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Menyenaraikan Maklumat yang perlu dibincang dengan ibu hamil • Penting untuk: – Mendidik ibu tentang penyusuan susu ibu seawal yang mungkin – Mengenal pasti ibu dan bayi yang berisiko untuk menghadapi kesukaran dalam masalah penyusuan susu ibu • Untuk membuat keputusan yang bijak, seseorang wanita perlu: – Maklumat: tepat dan berdasarkan fakta benar – Pemahaman : terhadap maklumat berdasarkan keadaan ibu – Keyakinan : untuk menyusu secara eksklusif atau mencari kaedah alternatif untuk menyusu sekiranya tidak mampu – Sokongan : membantu ibu membuat keputusan untuk menyusu 4 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Apakah maklumat penting yang perlu ditekankan dalam ceramah penyusuan susu ibu? 5 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Pendidikan penyusuan susu ibu untuk ibu hamil • Langkah 3 daripada 10 Langkah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya adalah: “Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu”. 6 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Memberitahu semua ibu hamil tentang kepentingan dan pengurusan penyusuan susu ibu 1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi 2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu 3. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin contact ) sejurus selepas kelahiran ibu dengan bayi 4. Kepentingan permulaan awal (early initiation) untuk penyusuan susu ibu 5. Kepentingan ibu bersama bayi 24 jam sehari (rooming in 24 hours a day) 6. Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (babyled feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). 7. Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi. 8. Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu 9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain. 10. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap. 11. Bagaimana memastikan penyusuan awal dapat dimulakan. 12. Risiko pemberian susu formula bayi dan susu gantian. 13. Pelaksanaan amalan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). 7 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


1.Kepentingan Penyusuan Susu Ibu kepada Bayi I. Susu ibu adalah pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. II. Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, boleh mencegah sesetengah kematian bayi. III. Mengurangkan risiko alahan, risiko diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile-onset diabetes), obesiti dan darah tinggi. IV. Telah tersedia pada bila-bila masa, tidak memerlukan sebarang penyediaan. V. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi 8 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Kanak-kanak yang TIDAK menyusu susu ibu berisiko untuk : • Masalah jangkitan seperti cirit-birit dan jangkitan saluran pencernaan, jangkitan telinga, jangkitan sistem pernafasan dan jangkitan saluran kencing • Ekzema dan keadaan alahan yang lain • Keradangan usus besar yang serius (Necrotising enterocolitis) dalam bayi pramatang • Tahap perkembangan dan pencapaian pendidikan yang rendah, maka menjejaskan potensi kerjaya 9 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Kanak-kanak yang TIDAK menyusu susu ibu berisiko untuk (bersambung…): • diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile onset insulin dependant diabetes mellitus) • tekanan darah yang lebih tinggi • obesiti semasa kanak-kanak • penanda penyakit jantung di peringkat dewasa • kematian pada usia bayi atau awal kanakkanak 10 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


2. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu kepada Ibu - I. Ibu dapat mengurangkan risiko: - Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. - Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis). II. Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. III. Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid. IV. Menjarakkan kehamilan. V. Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. 11 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


3. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin contact) sejurus selepas kelahiran 12 I. Menjadikan bayi dan ibu lebih selesa dan membantu mengekalkan suhu badan bayi yang optima. II. Menggalakkan jalinan kasih sayang atara ibu dan bayi (bonding), seterusnya membantu memulakan penyusuan. III. Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat. IV. Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi. V. Menenangkan ibu dan bayi. VI. Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi. VII. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan gula di dalam darah bayi. VIII. Bayi kurang menangis-mengurangkan tekanan dan penggunaan tenaga bayi SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


4. Kepentingan permulaan awal untuk penyusuan susu ibu. 13 • Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. • Memastikan bayi mendapat kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex). SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


14 Kolostrum sudah sedia dalam payudara semasa bayi dilahirkan dan mengandungi: a) Kaya antibodi - melindungi bayi terhadap alahan (alergi). b) Tinggi dengan sel darah putih - membantu mencegah jangkitan. c) Sebagai imunisasi pertama - melindungi bayi terhadap jangkitan bakteria yang berbahaya. d) Mempunyai kesan laksatif ringan – menyingkirkan mekonium, jadi membantu mencegah jaundis. e) Faktor tumbesaran - membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain. f) Kaya dengan vitamin A - mengurangkan keterukan penyakit. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


5. Kepentingan ibu bersama bayi 24 jam sehari (rooming – in 24 hours a day) • Bayi dapat belajar mengenali ibunya. • Bayi tidur lebih nyenyak. • Membentuk ritma jaga dan tidur bayi. • Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cue). • Ibu dapat memberi penyusuan awal. • Bayi dapat disusukan mengikut kehendaknya. • Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi (bonding). • Mudahkan ibu meneruskan penyusuan ibu seterusnya. • Meransang pengaliran dan pengeluaran susu (menstabilkan penyusuan susu ibu). • Mengurangkan jangkitan pada bayi. 15 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


16 6. Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). • Bayi mendapat imunisasi pertama daripada susu ibu. • Mengekalkan penghasilan susu dan meransang pengeluaran susu dengan cepat. • Mengurangkan kejadian jaundis dan mencapai berat badan yang sesuai. • Mengurangkan bengkak payudara. • Bayi kurang menangis (kurang kebarangkalian untuk ibu memberikan susu gantian lain). SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


17 Tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues): • Membuka mulut, dan mencari-cari payudara. • Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. • Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir. • Menghisap atau mengigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. • Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


18 Tanda-tanda bayi kenyang: a) Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat. b) Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur. c) Jelaskan kepada ibu bahawa ibu perlu membiarkan bayinya menyusu di sebelah payudara sehingga habis, sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi, supaya bayi mendapat susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan nutrien serta meningkatkan penghasilan bekalan susu. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


7. Kepentingan penyusuan yang kerap 19 • Susui bayi mengikut kehendak bayi atau apabila bayi lapar dan bukannya mengikut waktu-waktu tertentu. • Susukan bayi dengan kerap selama mana yang bayi mahu, pada setiap masa yang terluang semasa ibu bersama bayi, atau apabila payudara ibu terasa penuh, walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya. • Jangan gunakan puting kosong. • Perah susu ibu selepas menyusukan bayi, jika payudara ibu masih penuh. • Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. • Perah susu ibu sekiranya terpaksa berpisah dengan bayi. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


7. CARA MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN 20 i. Rangsangan pengaliran susu Ibu bagi meransang refleks oksitosin seperti cara berikut: a) Duduk dalam keadaan selesa dan tenang. b) Fikirkan tentang bayi. Pandang wajah bayi atau gambar bayi c) Tuam panas payudara. d) Melakukan urutan e) Gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


ii. Keluarkan susu pada keseluruhan saluran susu • Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara, di bahagian tepi luar tampok gelap (areola) atau pada bahagian yang dirasa seperti berbiji atau simpulan tali (saluran susu) dan jari yang lain di sebelah bawah payudara (seperti di dalam gambarajah). • Ibu mengampu payudara dengan jejari yang lain. √


a) - Ibu perlu menekan pada saluran susu b) - Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan. a) - Ia akan mengambil masa beberapa minit. b) - Pada permulaan, sedikit susu akan keluar, c) kemudian diikuti dengan pancutan susu d) apabila refleks oksitosin mula berlaku. iii. Tekan payudara ke belakang ke arah dada dengan ibu jari dan jari telunjuk serentak bagi membantu pengeluaran susu melalui puting. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


iv. Ulangi kesemua bahagian payudara untuk mengeluarkan susu Apabila susu telah habis dikeluarkan pada tempat tersebut, gerakkan ibu jari dan jari-jari yang lain mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu pada semua saluran susu pada payudara.


Posisi untuk ibu Posisi untuk bayi 24 8. Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan. Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting. Melancarkan pengaliran susu. Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu. •Badan bayi selari. •Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi. •Bayi diampu sepenuhnya - kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir. •Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


25 Cara Pelekapan yang Betul Pelekapan yang betul Pelekapan yang salah Mulut bayi terbuka luas Mulut bayi tidak terbuka luas Bibir bawah melangkup keluar Bibir bawah tertarik ke dalam Dagu bayi menyentuh payudara Dagu bayi jauh daripada payudara Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi (asymetrical latch) Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah) Tanda-tanda penghisapan yang berkesan: Pipi kelihatan kembung. Terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam (slow, deep suck) serta bunyi menelan. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain. Penyusuan susu ibu secara eksklusif diberi sehingga genap enam bulan bermaksud tidak memberi makanan atau minuman lain selain susu ibu sahaja. Vitamin, mineral tambahan atau ubat-ubatan boleh diberi jika diperlukan untuk sesuatu sebab. 26 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain. • Membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama. • Mengurangkan kematian bayi; melalui pengurangan insiden cirit-birit dan penyakit berjangkit. • Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan. • Kandungan antibodi yang tepat dalam susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. • Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


10. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas 6 bulan Selepas 6 bulan: • Kanak-kanak perlu mengambil makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu. • Penting untuk meneruskan penyusuan susu ibu kerana ia masih boleh membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan. Ia sepatutnya diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih. 28 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


11. Bagaimana memastikan penyusuan awal dapat dimulakan. • Lakukan sentuhan kulit ke kulit. • Segera menyusukan bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). • Mengetahui bila bayi mendapat cukup susu. • Ibu dan bayi sentiasa bersama setiap masa ‘rooming-in’. • Elakkan penggunaan puting tiruan dan puting kosong. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


12. Risiko pemberian susu formula dan susu gantian. • Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. • Ekzema dan lain-lain keadaan alahan. • Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. • Perkembangan IQ yang lebih rendah. • Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. • Kekurangan zat makanan, jika susu dicairkan. • Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


13. Pelaksanaan Amalan dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). • Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. • Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah). • Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


• Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan, kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. • Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. 13. Pelaksanaan Amalan dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) bersambung..... SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Kaedah Mengurangkan kesakitan bersalin tanpa ubat-ubatan: Menawarkan kepada ibu kaedah tanpa ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan bersalin terlebih dahulu sebelum menawarkan penggunaan ubat-ubatan seperti:- – Sokongan semasa proses kelahiran. – Galakkan ibu berjalan dan bergerak. – Urutan badan. – Tuam dengan air suam. – Menenangkan dan meyakinkan ibu secara verbal dan fizikal. – Menyediakan persekitaran yang tenang tanpa cahaya lampu yang terlalu terang atau gangguan oleh orang yang terlalu ramai. – Membenarkan posisi bersalin mengikut pilihan ibu. SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Keunggulan Susu Ibu • Susu manusia merupakan piawaian tertinggi "gold standard" bagi bayi pramatang dan matang • Pemakanan yang paling lengkap bagi bayi. • Melindungi daripada bakteria. • Kandungan susu ibu berubah mengikut umur kelahiran bayi, tempoh penyusuan dan waktu penyusuan. • Susu ibu mengandungi amaun yang optimum —Lemak —Karbohidrat —Protein —Mineral —Vitamin —Air Untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi 36 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Komposisi Susu Ibu 37 Nutrien Kuantiti Jumlah Air % 12.50 Tenaga (kilokalori) 70 Protein % 1.03 Lemak % 4.38 Karbohidrat % 6.89 Abu % 0.20 Kalsium (mg) 32 Zat Besi (mg) 0.03 Magnesium (mg) 3 Fosforus (mg) 14 Potassium (mg) 51 Sodium (mg) 17 Zink (mg) 0.17 Asid Askorbik (mg) 5 Tiamin (mg) 20 Riboflavin (mg) 0.036 Niasin (mg) 0.177 Asid Pantotenik 0.223 Vitamin B6 (mg) 10 Folasin (mg) 5 Vitamin B12 (mg) 0.045 Vitamin A (mg) 58 Vitamin D (mg) 0.04 Vitamin E (mg) 0.34 Vitamin C (mg) 4 Sumber: Robert M. Lawrence, Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Protein dalam susu ibu • Jumlahnya adalah sempurna untuk tumbesaran bayi dan perkembangan otak. • Mudah dihadam dan dengan itu dapat membekalkan zat dengan cepat kepada bayi. • Susu formula mengandungi kandungan protein yang berbeza daripada susu ibu dan ia sukar dihadam. Ini juga boleh menyebabkan bebanan kepada sistem tubuh bayi. Sesetengah bayi mengalami masalah ketidakhadaman protein (protein intolerance) yang boleh menyebabkan ruam, cirit-birit dan gejalagejala lain. • Kandungan protein dalam susu ibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan makanan ibu. 39 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Protein dalam susu ibu 40 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


• Susu Awal (Foremilk) - Paras lemak RENDAH - hilangkan dahaga bayi. • Susu Akhir (Hindmilk) - Paras lemak lebih TINGGImemberi kekenyangan. 41 Lemak dalam susu ibu SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Warna dan rasa susu ibu akan berubah sepanjang tempoh penyusuan kerana berlakunya perubahan komposisi nutrien 42 Lemak dalam susu ibu SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Lemak dalam susu ibu • Jenis lemak boleh dipengaruhi oleh makanan ibu tetapi jumlah lemak tidak dipengaruhi kecuali ibu menghidapi kekurangan zat makanan (malnutrisi). 43 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Lemak dalam rumusan tiruan • Kekurangan enzim pencernaan • Sedikit atau tiada kolesterol • Asid Lemak ditambah bagi sesetengah jenama sahaja (sumber: minyak ikan/lemak telur/sumber sayur-sayuran) 44 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Karbohidrat dalam susu ibu • Laktosa merupakan karbohidrat utama: - dihasilkan oleh payu dara dengan paras tetap sepanjang hari. - membantu penyerapan kalsium - membekalkan tenaga untuk pertumbuhan otak - menghalang pertumbuhan organisma yang berbahaya dalam usus. - penghadaman yang perlahan. - Laktosa dalam najis bagi bayi yang menyusu susu ibu tidak menandakan ketidakhadaman bayi. - Bukan semua susu formula mengandungi laktosa. 45 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


46 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia Perbandingan komposisi laktosa


Zat besi dalam susu ibu • Amaun zat besi dalam susu ibu adalah rendah: - Diserap dengan baik dari usus bayi kerana susu ibu mempunyai faktor pemindah bagi membantu penyerapan zat besi. • Paras zat besi yang tinggi ditambah ke dalam rumusan - Tidak diserap dengan baik - Zat besi yang berlebihan akan mengakibatkan pembiakan bakteria yang berbahaya. • Anemia kekurangan zat besi adalah jarang bagi bayi yang menyusu secara eksklusif untuk 6-8 bulan, sihat, dilahir cukup bulan dan tidak dipotong tali pusat dengan terlalu cepat 47 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Air dalam susu ibu • Susu ibu amat kaya dengan air (88%) - tiada air tambahan diperlukan walaupun pada cuaca panas @ kering. - tidak membebankan ginjal bayi dan bayi tidak menyimpan cecair yang berlebihan. • Pemberian air atau cecair seperti teh, boleh menyebabkan bayi kenyang dan kurang menghisap pada payudara. Ini akan mengurangkan penghasilan susu ibu. • Pemberian air atau cecair lain juga mengurangkan pengambilan zat makanan pada bayi dan meningkatkan risiko bayi untuk mengalami alahan atau jangkitan penyakit. 48 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Perisa/Rasa dalam susu ibu • Dipengaruhi oleh apa yang ibu makan. • Kepelbagaian dalam rasa dapat membantu bayi menjadi biasa dengan makanan keluarga dan ini memudahkan bayi menerima makanan pelengkap setelah berumur 6 bulan kelak. • Susu formula mempunyai rasa yang sama sepanjang masa. • Rasa dalam susu formula adalah tidak berkaitan langsung dengan mana-mana makanan yang bayi akan makan bila besar nanti 49 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Peringkat Susu Ibu • Kandungan susu ibu berubah mengikut perkembangan bayi. • Terdapat 3 peringkat susu ibu yang penting: – kolostrum – Susu pramatang – Susu matang 1 2 3 50 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Kolostrum • Dihasilkan dari bulan ke-7 semasa kehamilan sehingga beberapa hari yang pertama selepas kelahiran bayi. • Kelihatan pekat, melekit dan berwarna cerah kekuningan. • Dihasilkan dalam amaun yang sangat sedikit dan sesuai dengan perut bayi yang kecil. • Merupakan makanan yang sempurna bagi bayi yang baru dilahir (lebih banyak protein dan vitamin A) 51 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


Kolostrum Fungsi : - Berfungsi seperti “paint coating” - Melindungi usus bayi daripada jangkitan - Bertindak sebagai imunisasi yang pertama untuk melindungi daripada pelbagai bakteria - Membantu meningkatkan jumlah bakteria yang baik dalam usus bayi. - Bertindak sebagai pelawas dan membantu bayi mengeluarkan mekonium- untuk mengelakkan jaundis. 52 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia


• Isipadu hampir dengan 100 cc's • (3 oz.) dalam tempoh masa 24 jam. 53 SesIi 3: Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu semasa Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuantiti penghasilan kolostrum bersesuaian dengan perut bayi yang kecil


Click to View FlipBook Version