The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.Panduan Perlaksanaan BFHI Kriteria Baru2009

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahizazaidan, 2024-03-26 22:42:35

1.Panduan Perlaksanaan BFHI Kriteria Baru2009

1.Panduan Perlaksanaan BFHI Kriteria Baru2009

Polisi, Skop Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk Anggota Kesihatan Bukan Klinikal, Skop Pendidikan Penyusuan Bayi Kepada Ibu Yang Tidak Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu dan Topik Pendidikan Penyusuan Susu Ibu Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009 Kementerian Kesihatan Malaysia 2013


KANDUNGAN PENGENALAN SKOP KUMPULAN SASARAN SEKSYEN 1 POLISI PENYUSUAN SUSU IBU DAN PEMAKANAN BAYI BERDASARKAN KRITERIA BARU HOSPITAL RAKAN BAYI 2009 Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6 Langkah 7 Langkah 8 Langkah 9 Langkah 10 Perkara 11 Perkara 12 Perkara 13 Halaman i i ii 1 1 4 4 6 7 8 9 9 9 10 10 10 11 12


SEKSYEN 2 SKOP LATIHAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK ANGGOTA KESIHATAN BUKAN KLINIKAL Kumpulan Sasaran Senarai Topik Latihan Topik 1: Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia. Topik 2: Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif dan Meneruskannya Selepas Enam Bulan Di Samping Pemberian Makanan Pelengkap. Topik 3: Keburukan Dan Risiko Kepada Ibu Dan Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu. Topik 4: Kriteria Global 10 Langkah + 3 Perkara. Topik 5: Semua Ibu Mampu Menyusukan Bayi Mereka Sendiri. Topik 6: Bantuan Atau Sokongan Berterusan Untuk Ibu Hamil Atau Selepas Kelahiran. Topik 7: Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. SEKSYEN 3 SKOP PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI KEPADA IBU YANG TIDAK MENYUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU Senarai Topik Pendidikan Penyusuan Bayi Kepada Ibu Yang Tidak Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu. Topik 1: Risiko Dan Kebaikan Pelbagai Pilihan Pemakanan Bayi. Topik 2: Bagaimana Membantu Ibu Membuat Pilihan Acceptable, Feasible, Affordable, Sustainable and Safe (AFASS)? Topik 3: Cara Penyediaan, Pemberian Dan Penyimpanan Susu Rumusan Bayi Secara Bersih Dan Selamat. Topik 4: Bagaimana Untuk Menyediakan Dan Memberikan Susu Rumusan Bayi? 14 14 15 15 16 19 22 25 26 27 27 30 32 40 50


Topik 5: Cara Mengatasi Kecenderungan Ibu Yang Masih Menyusukan Bayi Daripada Beralih Kepada Penggunaan Susu Rumusan Bayi. SEKSYEN 4 TOPIK PENDIDIKAN PENYUSUAN SUSU IBU 1. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi. 2. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu. 3. Kepentingan Sentuhan Kulit Ke Kulit Sejurus Selepas Kelahiran. 4. Kepentingan Permulaan Awal Untuk Penyusuan Susu Ibu. 5. Kepentingan Ibu Bersama Bayi (Rooming In) 24 Jam Sehari. 6. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Mengikut Kehendak Bayi (On Demand) Atau Dorongan Bayi (Baby-Led Feeding) Atau Apabila Bayi Menunjukkan Tanda-Tanda Ingin Menyusu (Feeding Cues). 7. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Dengan Kerap Untuk Memastikan Penghasilan Susu Ibu Yang Mencukupi. 8. Kepentingan Posisi Dan Pelekapan Yang Baik Semasa Penyusuan Susu Ibu. 9. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Bagi Enam Bulan Pertama Tanpa Sebarang Minuman Atau Makanan Lain. 10. Kepentingan Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Selepas Enam Bulan Di Samping Pemberian Makanan Pelengkap. 11. Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Bermula dengan Baik. 12. Risiko Pemberian Susu Formula Bayi Dan Susu Gantian. 13. Pelaksanaan Amalan Kelahiran Dan Penjagaan Mesra Ibu (MotherFriendly Care). SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN KERJA RUJUKAN 66 67 55-65


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Untuk diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital hendaklah melaksanakan 10 kriteria global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund, UNICEF). Kriteria tersebut dipanggil “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Dokumen ini mengandungi 4 Seksyen iaitu: SEKSYEN 1: Polisi Penyusuan Susu Ibu Dan Pemakanan Bayi berdasarkan kriteria baru Hospital Rakan Bayi 2009 dan setiap satu daripada “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” yang telah ditetapkan dihurai secara jelas. SEKSYEN 2: Skop Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk Anggota Kesihatan Bukan Klinikal. SEKSYEN 3: Skop Pendidikan Penyusuan Bayi Kepada Ibu Yang Tidak Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu. SEKSYEN 4: Topik Pendidikan Penyusuan Susu Ibu Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009. 1. PENGENALAN 2. SKOP


Semua anggota kesihatan klinikal. Anggota kesihatan bukan klinikal yang bertugas di Unit Obstetrik dan Ginekologi dan Pediatrik iaitu: 1. Pembantu Perawatan Kesihatan. 2. Anggota Perkeranian. 3. Telefonis. 4. Kaunselor. 5. Farmasi. 6. Pegawai Perhubungan Awam. 7. Pegawai Pendidikan Kesihatan. 8. Pegawai Kerja Sosial. Anggota yang TIDAK TERLIBAT adalah anggota yang terdiri dari perkhidmatan yang diswastakan contoh: Radicare, Pengawal Keselamatan dan Katering/ Sajian. 3. KUMPULAN SASARAN i ii


SEKSYEN 1 Polisi Penyusuan Susu Ibu Dan Pemakanan Bayi Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009


Kementerian Kesihatan Malaysia 2013


“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan” Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah satu program global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund, UNICEF) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di hospital agar ibu-ibu lepas bersalin boleh menyusukan bayi dengan jayanya. Inisiatif ini telah dilaksanakan di Malaysia semenjak tahun 1992 lagi. Pada tahun 1998, Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Untuk diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital hendaklah melaksanakan 10 kriteria global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund, UNICEF). Kriteria tersebut dipanggil “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya”. Langkah-langkah tersebut ialah: Langkah 1: Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala. Langkah 2: Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. Langkah 3: Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya


Langkah 4: Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu. Langkah 5: Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi. Langkah 6: Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan. Langkah 7: Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in). - memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari. Langkah 8: Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). Langkah 9: Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu. Langkah 10: Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik. Perkara 11: Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Perkara 12: Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). Perkara 13: HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. 1 2


(Nota: Polisi hospital tidak semestinya mengandungi ayat yang sama seperti dalam senarai semak ini, tetapi ianya perlu meliputi kesemua perkara yang dinyatakan). Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan bahawa: “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”. Ringkasan polisi yang menerangkan 10 Langkah dan sokongan bagi ibu yang tidak menyusu susu ibu dipamerkan di kawasan yang bersesuaian dan dimaklumkan dalam bahasa dan ayat yang mudah difahami oleh anggota kesihatan dan ibu. Melatih semua anggota kesihatan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. Latihan bagi semua anggota kesihatan klinikal mesti merangkumi: 1. Pengurusan Laktasi (minima 20 jam termasuk sekurang-kurangnya 3 jam latihan amali). 2. Pengurusan penyusuan bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu. 3. Peranan hospital dan anggota kesihatan dalam mematuhi Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. 4. Semua anggota baru dilatih dalam tempoh masa 6 bulan setelah dilantik. Huraian “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya” LANGKAH 1 LANGKAH 2 3 4


Anggota kesihatan bukan klinikal yang bertugas di Unit Obstetrik dan Ginekologi dan Pediatrik termasuk: 1. Pembantu Perawatan Kesihatan. 2. Anggota Perkeranian. 3. Telefonis. 4. Kaunselor. 5. Farmasi. 6. Pegawai Perhubungan Awam. 7. Pegawai Pendidikan Kesihatan. 8. Pegawai Kerja Sosial. Anggota yang tidak terlibat adalah anggota yang terdiri dari perkhidmatan yang diswastakan contoh: Radicare, Pengawal Keselamatan dan Katering/ Sajian. Latihan bagi semua anggota kesihatan bukan klinikal mesti merangkumi: 1. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia. 2. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap. 3. Keburukan dan risiko kepada ibu dan bayi yang tidak diberi susu ibu. 4. Kriteria global 10 langkah + 3 perkara. 5. Semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sendiri. 6. Bantuan atau sokongan berterusan untuk ibu hamil atau selepas kelahiran. 7. Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. 5


Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu. Pengurusan dan penjagaan asas penyusuan susu ibu. Risiko pemberian makanan dan minuman lain kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama. Maklumat yang perlu diberitahu meliputi tajuk-tajuk berikut: 1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi. 2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu. 3. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran. 4. Kepentingan permulaan awal untuk penyusuan susu ibu. 5. Kepentingan ibu bersama bayi (rooming in) 24 jam sehari. 6. Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tandatanda ingin menyusu (feeding cues). 7. Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi. 8. Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu. 9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain. 10. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap. 11. Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Bermula dengan Baik.. 12. Risiko pemberian susu formula bayi dan susu gantian. 13. Pelaksanaan amalan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). LANGKAH 3


Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu. Semua ibu dan bayi perlu mendapat sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi telah bersedia untuk menyusu dan bantu sekiranya perlu. 1. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran. - Mengekalkan kehangatan badan bayi dan membuatkannya tenang. - Menggalakkan ikatan kasih sayang dan membantu memulakan penyusuan. - Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat. - Membolehkan pengkolonisasi usus bayi dengan bakteria yang biasa berada pada ibu. - Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan paras gula dalam darah bayi. 2. Tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues). - Membuka mulut, dan mencari-cari payudara. - Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. - Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir. - Menghisap atau menggigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. - Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. - Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis. LANGKAH 4 6


Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi. Bantuan penyusuan susu ibu yang diberikan adalah seperti berikut: 1. Semua ibu menyusu susu ibu diajar tentang posisi dan pelekapan. 2. Semua ibu diajar tentang pemerahan susu ibu menggunakan tangan (atau diberi risalah dan penerangan rujukan untuk bantuan). Semua ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu haruslah: 1. Diberitahu tentang risiko dan pilihan penyusuan lain serta dibantu untuk membuat pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan semasa mereka. 2. Diajar untuk menyediakan cara penyusuan pilihan bagi bayi mereka dan minta ibu membuat tunjuk cara apa yang telah dipelajari. Ibu kepada bayi yang ditempatkan di Unit Rawatan Khas: 1. Ditawarkan bantuan untuk memulakan penyusuan awal, merangsang pengeluaran susu dan mengekalkan bekalan susu ibu dalam masa 6 jam selepas kelahiran. 2. Ditunjukkan cara memerah susu ibu menggunakan tangan dan diberitahu tentang keperluan menyusukan bayi atau memerah susu mereka sekurangkurangnya 6-8 kali sehari untuk memastikan bekalan susu berterusan. 3. Diberi maklumat tentang risiko dan faedah pilihan pemberian penyusuan yang pelbagai dan bagaimana menjaga payudara sekiranya mereka tidak merancang untuk menyusu dengan susu ibu. LANGKAH 5 7 8


Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan. Makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian hanya diberi kepada bayi jika: 1. Ada alasan perubatan. 2. Ibu telah membuat pilihan berhemah setelah diberi runding cara tentang pelbagai pilihan, risiko dan faedah pemberian makanan kepada bayi (fully informed choices). 3. Alasan untuk pemberian makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian perlu dicatatkan. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in). – memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari. Semua ibu dan bayi ditempatkan bersama termasuk pada waktu malam. Bayi hanya boleh dipisahkan daripada ibu atas sebab-sebab perubatan yang kukuh dengan rekod bertulis. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). Ibu diajar bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi lapar dan apabila telah kenyang. Tiada had ditetapkan ke atas kekerapan dan tempoh penyusuan susu ibu. LANGKAH 6 LANGKAH 7 LANGKAH 8 9


Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu. Bayi tidak diberi susu menggunakan botol dan puting. Ibu diajar tentang risiko menggunakan botol susu. Bayi yang menyusu susu ibu tidak diberi puting kosong atau puting tiruan. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik. Ibu diberi maklumat tentang sekurang-kurangnya satu kaedah untuk mendapatkan bantuan dan sokongan penyusuan susu ibu selepas keluar dari hospital. Contoh kaedah: menghubungi hospital, klinik kesihatan, kumpulan sokongan atau kaunselor laktasi. Pihak hospital perlu menggalakkan penubuhan atau bekerjasama dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan/atau perkhidmatan masyarakat lain yang menyediakan sokongan penyusuan susu ibu. Ibu perlu diberi maklumat dan penerangan tentang cara untuk mendapatkan bantuan berkaitan pemberian makanan bayi sejurus selepas keluar dari hospital (sebaik-baiknya 2-4 hari selepas keluar daripada hospital dan minggu berikutnya). Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Melarang promosi produk gantian susu ibu. Melarang promosi botol susu, puting susu dan puting kosong. Melarang pengedaran sampel, hadiah percuma dengan produk gantian susu ibu, botol susu, puting susu dan puting kosong atau bahan-bahan promosi produk tersebut kepada ibu-ibu, ibu hamil atau ahli keluarga mereka. LANGKAH 9 LANGKAH 10 PERKARA 11 10


Hospital tidak membeli produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga pasaran yang disyorkan. Tidak menerima sebarang penajaan atau insentif dalam bentuk tunai atau barangan daripada pengilang atau pengedar. Tidak memberikan ceramah atau demonstrasi pengendalian produk susu formula bayi secara berkumpulan. Pendidikan penyusuan kepada ibu yang tidak menyusukan bayi diberikan secara individu kepada yang memerlukan sahaja dan jauh daripada pandangan orang ramai. Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). Polisi Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk: 1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. 2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah). 3. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. 4. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. 5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. PERKARA 12


HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi termasuklah risiko dan kebaikan pilihan pemberian makanan lain. Anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan ibu HIV positif haruslah dilatih dalam latihan pemakanan bayi dan HIV. Tambahan: Polisi Penyusuan Susu Ibu Dan HIV Malaysia Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan. Polisi Penyusuan Susu Ibu bagi bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang HIV positif. Kementerian Kesihatan Malaysia mengguna pakai Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 5/2002 bagi pengurusan bayi yang dilahirkan oleh ibu HIV positif. Polisi tersebut adalah sebagaimana kenyataan di bawah. Polisi: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan HIV/AIDS Bil. 1/2001 yang telah diadakan pada 17 Julai 2001 telah memutuskan agar bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang HIV positif tidak disusukan dengan susu ibu. Oleh itu, Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi susu formula secara percuma selama 6 bulan kepada bayi-bayi daripada keluarga yang tidak berkemampuan sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 5 Tahun 2002 serta Polisi Penyusuan Susu Ibu Bagi Bayi-Bayi Yang Dilahirkan Oleh Ibu-Ibu Yang HIV Positif. Keluarga yang tidak berkemampuan adalah yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,200.00 sebulan. Bagi yang mempunyai pendapatan isi rumah melebihi RM1,200.00 sebulan, pertimbangan hendaklah dibuat mengikut budi bicara Pengarah Hospital. Sebagaimana sedia maklum, seorang ibu yang dijangkiti HIV boleh menjangkiti bayi (transmisi vertikal) dalam kandungan dengan kadar 30-45% jika tiada PERKARA 13 11 12


sebarang intervensi. Transmisi boleh berlaku semasa dalam kandungan, proses kelahiran dan juga semasa penyusuan susu ibu dari ibu yang dijangkiti HIV. Bagi memastikan transmisi vertikal tidak berlaku khususnya melalui penyusuan susu ibu, berdasarkan surat Ketua Pengarah Kesihatan bil (13) KKM171/BKP/04/16/0232 bertarikh 18 Oktober 2012, adalah diputuskan pemberian susu secara percuma kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu HIV positif dilanjutkan dari hanya 6 bulan kepada sehingga 2 tahun. Semua Pengarah Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk memastikan pemberian susu dilaksanakan di fasiliti kesihatan di bawah jagaan masing-masing. 13


SEKSYEN 2 Skop Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk Anggota Kesihatan Bukan Klinikal


Kementerian Kesihatan Malaysia 2013


Anggota kesihatan bukan klinikal yang bertugas di Unit Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik iaitu: 1. Pembantu Perawatan Kesihatan 2. Anggota Perkeranian 3. Telefonis 4. Kaunselor 5. Farmasi 6. Pegawai Perhubungan Awam 7. Pegawai Pendidikan Kesihatan 8. Pegawai Kerja Sosial Anggota yang tidak terlibat adalah anggota yang terdiri dari perkhidmatan yang diswastakan contoh: Radicare, Pengawal Keselamatan dan Katering/ Sajian. Latihan bagi semua anggota kesihatan bukan klinikal mesti merangkumi: 1. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia. 2. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap. 3. Keburukan dan risiko kepada ibu dan bayi yang tidak diberi susu ibu. 4. Kriteria global 10 langkah + 3 perkara. 5. Semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sendiri. 6. Bantuan atau sokongan berterusan untuk ibu hamil atau selepas kelahiran. 7. Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. 1. KUMPULAN SASARAN LATIHAN 2. SENARAI TOPIK LATIHAN 14


Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan bahawa: ”Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan”. Penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan disebabkan oleh faktor-faktor berikut: 1. Kandungan nutrien dalam susu ibu sudah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi. 2. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh menyebabkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi. 3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu. Oleh itu, pemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan. 4. Air atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan. Selepas 6 bulan, bayi perlu menerima makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu. Susu ibu amat sesuai untuk bayi dan sentiasa berubah dari hari ke hari, bulan ke bulan mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Bayi dapat mempelajari rasa makanan keluarga melalui susu ibunya. TOPIK 1 Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia TOPIK 2 Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap 15


Susu ibu adalah unik dan amat istimewa kerana ia mengandungi cecair yang hidup secara aktif dalam melindungi bayi daripada jangkitan. Susu formula tidak dapat melindungi bayi dari jangkitan. Keburukan dan risiko kepada BAYI yang tidak diberikan susu ibu. Kebaikan kepada bayi yang diberi susu ibu Keburukan kepada bayi yang tidak diberi susu ibu Susu ibu adalah pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, boleh mencegah sesetengah kematian bayi. Mengurangkan risiko alahan, ”juvenileonset diabetes”, obesiti dan darah tinggi. Telah tersedia pada bila-bila masa, tidak memerlukan sebarang penyediaan. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi. Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk: - Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. - (Ekzema) dan lain-lain keadaan alahan. - Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. - Perkembangan IQ yang lebih rendah. - Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. - Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. TOPIK 3 Keburukan dan risiko kepada ibu dan bayi yang tidak diberi susu ibu 16


Keburukan dan risiko kepada IBU yang tidak memberi susu ibu. Kebaikan kepada ibu yang memberikan penyusuan susu ibu Keburukan kepada ibu yang tidak memberi susu ibu Ibu dapat mengurangkan risiko: Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis). Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid. Menjarakkan kehamilan. Merapatkan Ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Meningkatkan risiko: Barah payudara dan beberapa jenis barah ovari. Patah tulang pinggul di usia tua (osteoporosis). Pengekalan lemak badan yang terkumpul semasa hamil seterusnya akan menyebabkan kegemukan di kemudian hari. Kurang sel darah merah (anaemia) disebabkan kurang pengecutan rahim selepas bersalin dan kedatangan haid yang lebih awal. Kehamilan yang rapat disebabkan oleh kurang mendapat kesan kejarakkan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. Kurang kesempatan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi. 17


Keburukan susu gantian 1. Rumusan bayi tidak mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan. 2. Lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak sediakan dengan betul. 3. Ibu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih selama 1-2 minit untuk menyediakan susu rumusan bayi. Sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi. 4. Bayi kurang kecerdasan otak. 5. Memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan. 6. Rumusan bayi adalah mahal. Ibu perlu sentiasa mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membelinya. Contoh keperluan: Bayi memerlukan 40 tin (500g) untuk 6 bulan pertama. Ini akan meningkatkan jumlah perbelanjaan sebulan iaitu lebih kurang RM200 sebulan atau RM1200 untuk 6 bulan (RM30 x 40 tin/6 bulan). 7. Bayi perlu minum melalui cawan. Ibu boleh belajar bagaimana untuk memberi bayi minum melalui cawan walaupun akan mengambil masa untuk mempelajarinya. 8. Ibu mungkin mengandung lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. 9. Kurang ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. 18


Hospital Rakan Bayi merupakan satu kemudahan kesihatan di mana amalannya menyokong penyusuan susu ibu dan pemakanan bayi yang optima. Matlamat perlaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah untuk:- 1. Melaksanakan Sepuluh (10) Langkah ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya. 2. Memberhentikan amalan pengedaran produk gantian susu ibu kepada kemudahan-kemudahan kesihatan secara percuma atau dengan harga murah. Langkah 1: Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala. Langkah 2: Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. Langkah 3: Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu. Langkah 4: Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu. Langkah 5: Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi. Langkah 6: Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan. TOPIK 4 Kriteria Global 10 langkah + 3 perkara 19


Langkah 7: Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in). - memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari. Langkah 8: Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). Langkah 9: Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu. Langkah 10: Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik. Perkara 11: Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Perkara 12: Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). Perkara 13: HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. 20


Penerangan PERKARA 12: Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). 1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu kelahiran. 2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (ibu berisiko rendah). 3. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. 4. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan. 5. Kecuali jika terdapat masalah kesihatan yang boleh mengakibatkan komplikasi terhadap kandungan dan masalah ini telah diterangkan dengan jelas kepada ibu. 6. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. Penerangan PERKARA 13: HIV dan pemakanan bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan HIV/AIDS Bil. 1/2001 yang telah diadakan pada 17 Julai 2001 telah memutuskan agar bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibuibu yang HIV positif TIDAK DISUSUKAN DENGAN SUSU IBU. 21


Yakinkan semua ibu bahawa mereka boleh memberi penyusuan susu ibu tanpa sebarang masalah. 1. Saiz atau bentuk payudara dan puting yang berbeza atau kecil masih dapat berfungsi dengan baik untuk penyusuan susu ibu. 2. Amalan sewaktu kehamilan seperti penggunaan krim, urutan payudara atau pemakaian puting payudara tiruan (breast shield) tidak membantu penyusuan susu ibu. 3. Amalan seperti menggosok puting dengan tuala atau menggentel puting secara melampau adalah tidak perlu dan mungkin akan merosakkan kulit dan otot-otot yang menyokong penyusuan. 4. Ajar ibu cara penjagaan payudara dengan membersihkannya dengan air sahaja tanpa menggunakan sabun. Teknik penyusuan yang betul akan memastikan penyusuan susu ibu berjalan lancar dan susu akan terus dapat dihasilkan dengan banyak. Penyusuan yang berkesan harus mengambil kira posisi, pelekapan dan penghisapan bayi. 1. Posisi dan pelekapan yang baik PENTING semasa penyusuan susu ibu: - Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan. - Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting. - Melancarkan pengaliran susu. TOPIK 5 Semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sendiri 22


i. Posisi ibu yang betul: Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu. ii. Posisi bayi yang betul: Badan bayi selari. Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi. Bayi diampu sepenuhnya - kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir. Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara. 23


iii. Cara pelekapan yang betul Pelekapan yang betul Pelekapan yang salah Mulut bayi terbuka luas Mulut bayi tidak terbuka luas Bibir bawah melangkup keluar Bibir bawah tertarik ke dalam Dagu bayi menyentuh payudara Dagu bayi jauh daripada payudara Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi (asymetrical latch ) Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah) 2.Tanda-tanda penghisapan yang berkesan: - Pipi kelihatan kembung. - Terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam (slow, deep suck) serta bunyi menelan. 3.Tanda-tanda bayi ingin menyusu (bayi lapar): - Bayi akan: Membuka mulut dan mencari-cari payudara. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. 24


Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir. Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis. 4. Tanda-tanda bayi kenyang: Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat. Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur. Jelaskan kepada ibu bahawa perlu membiarkan bayinya menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi supaya bayi mendapat susu akhir (hind milk) yang kaya dengan nutrien serta meningkatkan penghasilan bekalan susu. Ibu-ibu yang keluar dari hospital perlu diberi maklumat tentang sokongan penyusuan susu ibu. Maklumat adalah dalam bentuk risalah dan lisan memberitahu tentang sokongan berikut: 1. Anggota kesihatan di Jabatan Paediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital berkenaan. 2. Anggota kesihatan di Jabatan Paediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital berdekatan. 3. Anggota kesihatan di Klinik Kesihatan. 4. Kumpulan Sokongan dari Ibu ke Ibu. TOPIK 6 Bantuan atau sokongan berterusan untuk ibu hamil atau selepas kelahiran 25


Anggota kesihatan bukan klinikal juga berperanan untuk menjayakan penyusuan susu ibu di hospital. Mereka perlu mematuhi Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. 1. Melarang promosi produk gantian susu ibu. 2. Melarang promosi botol susu, puting susu dan puting kosong. 3. Melarang pengedaran sampel, hadiah percuma dengan produk gantian susu ibu, botol susu, puting susu dan puting kosong atau bahan-bahan promosi produk tersebut kepada ibu-ibu, ibu hamil atau ahli keluarga mereka. 4. Hospital tidak membeli produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga pasaran yang disyorkan. 5. Tidak menerima sebarang penajaan atau insentif dalam bentuk tunai atau barangan daripada pengilang atau pengedar. TOPIK 7 Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 26


SEKSYEN 3 Skop Pendidikan Penyusuan Bayi Kepada Ibu Yang Tidak Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu


Kementerian Kesihatan Malaysia 2013


1. Risiko dan kebaikan pelbagai pilihan pemakanan bayi. 2. Bagaimana membantu ibu membuat pilihan Acceptable, Feasible, Affordable, Sustainable and Safe (AFASS)? 3. Cara penyediaan, pemberian dan penyimpanan susu rumusan bayi secara bersih dan selamat. 4. Bagaimana untuk menyediakan dan memberikan susu rumusan bayi? 5. Cara mengatasi kecenderungan ibu yang masih menyusukan bayi daripada beralih kepada penggunaan susu rumusan bayi. Pemilihan pemakanan bayi adalah berdasarkan kepada situasi masing-masing. Setiap pilihan pemakanan bayi yang disenaraikan seperti berikut mempunyai kebaikan dan keburukan. Ibu perlu membuat pilihan yang terbaik berdasarkan maklumat yang diberi seperti di bawah: 1. Rumusan bayi (commercial infant formula): Makanan yang diperkenalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu bagi makanan bayi. Produk in diproses daripada sumber susu lembu atau haiwan lain ditambah dengan unsur-unsur daripada haiwan termasuklah ikan dan tumbuhan yang sesuai bagi pemakanan bayi. 2. Ibu susuan (wet nursing): Ibu lain yang menyusukan bayi dengan susunya dan ibu ini bebas daripada jangkitan HIV. TOPIK 1 Risiko dan kebaikan pelbagai pilihan pemakanan bayi Senarai topik pendidikan kepada ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu


Risiko dan kebaikan pilihan pemakanan bayi yang pelbagai. Pilihan Pemakanan Kebaikan Risiko i. Susu Rumusan Bayi (commercial infant formula) Memberi hanya rumusan bayi, tidak membawa sebarang risiko jangkitan HIV kepada bayi. Kebanyakan nutrien yang diperlukan bayi telah ditambah ke dalam rumusan bayi. Ahli keluarga boleh membantu dalam penyusuan bayi sekiranya ibu sakit atau sehingga ibu sembuh. Berbeza dengan susu ibu, rumusan bayi tidak mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan. Bayi yang diberikan susu rumusan akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak disediakan dengan betul. Ibu perlu memberhentikan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk megelakkan penyusuan campuran yang boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV. Ibu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih selama 1-2 saat untuk menyediakan susu rumusan bayi. Sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi. Memberi susu rumusan mungkin akan memberi tanggapan yang negatif terhadap ibu. 27


Pilihan Pemakanan Kebaikan Risiko Rumusan bayi memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan. Rumusan bayi adalah mahal. Ibu perlu sentiasa mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membelinya. Seorang bayi memerlukan 40 tin (500g) untuk 6 bulan pertama. Ini akan meningkatkan jumlah perbelanjaan sebulan iaitu lebih kurang RM200 sebulan atau RM1200 untuk 6 bulan (RM30 x 40 tin/6 bulan). Bayi perlu minum melalui cawan. Ibu boleh belajar bagaimana untuk memberi bayi minum melalui cawan walaupun akan mengambil masa untuk mempelajarinya. Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. ii. Ibu susuan (wet nursing) Susu ibu adalah makanan yang sempurna dan boleh melindungi bayi daripada penyakit. Bayi masih boleh mendapat susu ibu dan segala Perlu memastikan ibu susuan bebas dari HIV. Ibu susuan mesti berupaya melindungi dirinya daripada HIV sepanjang tempoh masa penyusuan. 28 29


Pilihan Pemakanan Kebaikan Risiko faedahnya tetapi daripada individu lain selain ibunya. Penyusuan dengan ibu susuan tidak membawa risiko jangkitan HIV melalui susu ibu jikalau ibu susuan bebas dari HIV. Tidak melakukan seks rambang dan menggunakan kondom setiap kali melakukan seks, atau mengadakan hubungan seks dengan pasangannya yang juga adalah HIV-negatif dan setia padanya seorang sahaja. Ibu susuan mestilah sentiasa bersedia untuk menyusukan bayi secara kerap siang dan malam atau boleh memerah susunya jika bayi tidak tinggal bersamanya. Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu.


Penyusuan gantian adalah proses memberi penyusuan kepada bayi yang tidak menyusu susu ibu dengan penyusuan lain yang mengandungi semua jenis zat makanan sehingga bayi tersebut boleh menerima sepenuhnya makanan keluarga. Ini bermaksud pada tempoh 6 bulan pertama, susu ibu gantian yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan keperluan bayi. Selepas bayi berumur 6 bulan, susu ibu gantian diberi bersama makanan pelengkap yang lain. Susu ibu gantian mestilah (AFASS): 1. (Acceptable) Boleh diterima 2. (Feasible) Boleh dilakukan 3. (Affordable) Mampu diperolehi 4. (Sustainable) Mampu diteruskan 5. (Safe) Selamat Jika ini tidak dapat dilakukan, penyusuan mestilah dilakukan secara eksklusif selama 6 bulan dari hari pertama kelahiran dan perlu diberhentikan dengan seberapa segera dan diberikan susu ibu gantian mengikut kaedah “AFASS”. Definisi AFASS adalah: 1. Boleh diterima (acceptable) - Ibu merasakan tiada halangan kepada penyusuan gantian. - Halangan mungkin disebabkan oleh adat budaya, sosial atau takut kepada stigma atau diskriminasi. 2. Boleh dilakukan (feasible) - Ibu atau keluarga mempunyai masa yang cukup, berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sumber-sumber lain untuk menyediakan TOPIK 2 Bagaimana membantu ibu membuat pilihan Acceptable, Feasible, Affordable, Sustainable and Safe (AFASS)? 30


makanan gantian dan memberi makanan kepada bayi sehingga 12 kali dalam masa 24 jam. 3. Mampu diperolehi (affordable) - Mempunyai kemampuan dari segala aspek untuk membeli dan menyediakan penyusuan gantian tanpa mengabaikan hak kesihatan dan pemakanan ahli keluarga lain 4. Mampu diteruskan (sustainable) - Bekalan yang berterusan dan boleh didapati pada bila-bila masa dengan tiada gangguan. 5. Selamat (safe) - Penyediaan dan penyimpanan yang betul serta bersih. Menurut konsep ini ibu atau penjaga: 1. Boleh mendapat kemudahan bekalan air yang bersih dan selamat (air paip atau sumber perigi yang bertutup). 2. Menyediakan susu ibu gantian yang mengandungi zat yang mencukupi dan bebas dari kuman. 3. Berupaya membersihkan tangan dan juga peralatan dengan menggunakan sabun, dan dapat merebus peralatan dengan kerap untuk menyah kuman (sterilize). 4. Boleh mendidihkan air pada setiap kali menyediakan susu ibu gantian untuk bayi. 5. Boleh disimpan dan disediakan dengan cara yang bersih, dalam bekas yang bertutup dan dilindungi dari tikus, serangga dan binatang-binatang lain. 6. Dalam kebanyakan kes ibu tidak akan menghadapi keadaan-keadaan ini. Oleh sebab itu, beberapa pilihan makanan yang lain boleh diberikan kepada mereka untuk dibuat pilihan. Contoh: ibu susuan dan susu ibu perahan daripada ibu lain. 7. Adalah menjadi tanggungjawab kaunselor laktasi untuk membantu ibu memilih cara pemberian penyusuan yang AFASS berdasarkan situasi mereka. 8. Sekiranya seorang ibu yang HIV positif dapat memperolehi susu rumusan bayi atau gantian dengan percuma atau dengan harga yang murah, mereka masih perlu diberi peluang untuk membuat pilihan penyusuan selain daripada yang 31


dinyatakan. Pihak kerajaan yang membekalkan susu rumusan bayi mestilah memastikan bekalan adalah berterusan selagi kanak-kanak itu memerlukannya. Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Botol susu kerap digunakan untuk memberi susu sama ada susu ibu atau rumusan bayi atau minuman lain kepada bayi. Walau bagaimanapun, botol susu merupakan salah satu cara utama penyebaran (kuman) kerana ianya sukar untuk dibersihkan dengan sempurna. Penggunaan botol susu yang tidak bersih meningkatkan risiko jangkitan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Maka, penggunaan botol susu yang bersih dan selamat adalah penting dan ianya patut diberikan perhatian dan dijadikan amalan oleh ibu bapa atau penjaga bayi dan kanak-kanak. Ibu bapa atau penjaga perlu diingatkan bahawa penggunaan botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman seperti susu, rumusan khas atau susu perahan atau air kepada bayi. Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal seperti makanan yang dipuri (makanan dikisar bersama sup/ kuah) tidak sesuai diberikan dengan menggunakan botol susu. Ini kerana puting akan tersumbat disebabkan saiz makanan yang lebih besar daripada lubang puting dan menyukarkan bayi untuk menghisap. Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat. 1. Cara membersih, menyahkuman dan menyimpan botol susu. Kebersihan peralatan yang digunakan untuk memberi minuman/ susu kepada bayi dan kanak-kanak adalah penting. Botol, puting dan penutup botol susu perlu dibersih dan dinyah kuman sebelum digunakan. Pembersihan dan penyah kuman botol susu dan peralatannya dapat menghapuskan bakteria berbahaya yang menyebabkan jangkitan. TOPIK 3 Cara Penyediaan, Pemberian dan Penyimpanan Susu Rumusan Bayi Secara Bersih dan Selamat 32


Cara membersihkan botol susu. Langkah 1 Basuh tangan dengan sabun dan air. Kemudian keringkan tangan dengan menggunakan kain lap yang bersih. Langkah 2 Basuh semua peralatan yang digunakan dalam penyediaan susu menggunakan sabun dan air bersih. Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting yang susah dibersihkan menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian. Langkah 3 Bilas dengan sempurna semua peralatan menggunakan air yang bersih dan selamat. 33 34


2. Cara menyahkuman botol susu. Botol susu dan peralatannya boleh dinyahkuman dengan menggunakan penyahkuman komersial atau dengan merebus botol susu dengan air yang sedang mendidih. Penyahkuman komersial Ikut arahan pengilang jika menggunakan alat penyahkuman wap kuasa, ketuhar gelombang mikro atau ubat penyahkuman. Rebus dengan air yang mendidih Jenis botol susu yang direbus mesti bebas dari bahan kimia Bisphenol A. Langkah-langkah merebus peralatan adalah seperti berikut: Langkah 1 Isi periuk besar dengan air. Gunakan periuk yang khas untuk merebus botol susu. Langkah 2 Letakkan botol susu dan peralatannya yang telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benarbenar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap. 35


Langkah 3 Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air sehingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih sehingga kering. Langkah 4 Padamkan api dan biarkan periuk sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran. 3. Cara menyimpan botol susu. Untuk mengekalkan botol susu dan peralatannya supaya berada di dalam keadaan yang nyahkuman dan tidak berlaku pencemaran semula, cara yang paling baik ialah dengan mengeluarkannya dari alat penyahkuman hanya apabila diperlukan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu mengeluarkan botol susu dan peralatannya sebelum benar-benar memerlukannya, pastikan peralatan tersebut disimpan di tempat yang bersih dan tertutup. Pastikan botol susu dan peralatannya tidak dialih tempat untuk mengelakkan pencemaran berulang. Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan sebelum memegang peralatan yang telah dinyahkuman. Disarankan agar anda menggunakan penyepit yang telah dinyahkuman semasa mengendalikan botol dan peralatan menyusu lain yang telah dinyahkuman. 36


Botol susu terdedah ke udara Botol susu dinyahkuman dan disimpan di dalam bekas yang tertutup Х √ 37


4. Cara penjagaan keselamatan botol susu. a) Apa itu Bisphenol A (BPA)? BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat. Elakkan pendedahan Bisphenol A (BPA) dalam botol susu. b) Kesan BPA kepada kesihatan manusia. BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. Dalam tempoh (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA. 38


c) Panduan penggunaan. Kenal pasti Botol Susu Bayi Polikarbonat. Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut: i. Nombor 7 ii. Nombor 7 dan PC iii. Nombor 7 dan ‘other’ 5. Pengendalian botol susu bayi polikarbonat. Nyahkuman botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’. 39


Click to View FlipBook Version