Demonstrasi Untuk Menyediakan Dan Memberikan Susu Rumusan Bayi. Langkah 1 Bersihkan dengan cecair membasmi kuman pada permukaan untuk menyediakan bancuhan susu rumusan bayi. Langkah 2 Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan dengan kain bersih atau kertas dapur (kitchen towel). Langkah 3 Masak air yang selamat. Jika anda menggunakan cerek automatik, tunggu sehingga suis cerek ditutup. Jika anda menggunakan periuk untuk mendidih air, pastikan air mendidih sehingga menggelegak. Langkah 4 Baca arahan pada label susu rumusan bayi untuk mengetahui sukatan air dan susu yang diperlukan. Penggunaan susu rumusan bayi yang berlebihan atau kurang daripada arahan sukatan di label boleh membuat bayi sakit. TOPIK 4 Bagaimana untuk Menyediakan dan Memberikan Susu Rumusan Bayi 40
Langkah 5 Tuangkan air mendidih (yang telah dibiarkan sejuk dan tidak kurang dari 70º C) dalam sukatan yang betul ke dalam botol susu yang telah dibersihkan dan disterilkan. Gunakan termometer yang bersih dan steril untuk menyemak suhu air. Berhati-hati untuk mengelakkan kelecuran berlaku. *Suhu air panas akan berbeza bergantung kepada cara penyediaan setiap susu rumusan bayi. Rujuk arahan pada label susu. Langkah 6 Tambah susu rumusan bayi dalam sukatan yang betul ke dalam botol susu yang telah berisi air sebelum ini. Langkah 7 Goncang botol susu untuk memastikan susu dan air bercampur dengan sekata. Langkah 8 Turunkan suhu susu dengan memegang botol susu di bawah air paip yang mengalir, atau meletakkan ia dalam bekas air sejuk atau ais. Untuk mengelakkan bancuhan susu dicemari, pastikan paras air untuk menyejukkan bancuhan susu berada di bawah paras penutup botol susu. Langkah 9 Keringkan bahagian luar botol susu dengan kain bersih atau kertas dapur (kitchen towel). 41
Langkah 10 Label botol dengan maklumat seperti jenis rumusan bayi, nama bayi, tarikh dan masa disediakan atau nama penyedia. Langkah 11 Semak suhu susu dengan menitiskan sedikit ke pergelangan tangan anda. Susu seharusnya suam dan tidak panas. Jika susu masih terasa panas, sejukkan lagi sebelum diberi kepada bayi. Langkah 12 Beri susu kepada bayi. Langkah 13 Buang lebihan susu atau susu yang terdedah ke udara lebih daripada 2 jam. Amaran: Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan kelecuran berlaku pada mulut bayi. 42
1. Kebaikan pemberian susu menggunakan cawan berbanding botol. Pemberian susu menggunakan cawan adalah bagi bayi yang boleh menelan. Bayi yang lahir pada 30-32 minggu usia kandungan boleh mula diberi susu menggunakan cawan. Kebaikan pemberian susu menggunakan cawan berbanding kaedah lain: - Memberi keselesaan kepada bayi kerana tiada sebarang tiub/alat. - Memberi peluang kepada bayi menggunakan lidah untuk merasa susu. - Merangsang sistem penghadaman bayi. - Menggalakkan koordinasi bernafas, menghisap dan menelan. - Bayi dapat dipegang rapat dan memudahkan “eye-contact”. - Bayi dapat mengawal amaun dan kadar penyusuan. - Cawan lebih mudah dibersihkan berbanding botol dan puting. 2. Cara memberi susu dengan menggunakan cawan. Posisikan bayi duduk dalam keadaan menegak (upright - ≈ 90°) atau condongkan sedikit (semi-upright - ≈ 45°) di atas ribaan ibu, ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. Pegang cawan yang mengandungi susu. Sentuhkan cawan di bahagian bibir bawah bayi dan hujung permukaan cawan menyentuh bibir atas bayi. Apabila bayi tersedar, dia akan membuka mulut dan matanya, condongkan sedikit cawan sehingga susu mencecah lidah bayi dan biarkan bayi menjilat, mengecap dan menelan sendiri. - Bayi pramatang mula menjilat susu menggunakan lidahnya. - Bayi yang matang akan menjilat dan mengecap perlahan-lahan dan menelan susu. Pada permulaan, susu akan tumpah sedikit. Lama-kelamaan apabila pemberian stabil, susu akan lebih banyak masuk ke mulut bayi. Apabila kenyang, bayi akan berhenti menjilat, mengecap dan menelan dengan sendiri. 43
Jangan tuang susu terus ke dalam mulut bayi. 3. Teknik yang betul bagi pemberian susu gantian menggunakan botol susu. Posisi bayi yang betul adalah penting sewaktu memberi minuman atau susu dengan menggunakan botol susu. Ketidak selesaan kepada bayi akan berlaku sekiranya posisi bayi adalah tidak betul. Ini juga akan meningkatkan risiko tercekik dan jangkitan telinga kepada bayi. Kejadian tercekik atau tersedak yang serius boleh membawa maut. Pemberian susu yang berlebihan boleh juga menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sukatan susu yang disarankan pada label produk adalah sebagai panduan sahaja. Penjaga / ibu sepatutnya mengelak daripada memaksa bayi untuk menghabiskan susu dalam botol susu. Berikut adalah teknik yang betul bagi pemberian minuman/susu menggunakan botol susu: i. Semasa menyusukan bayi dengan botol susu, badan bayi hendaklah dirapatkan kepada badan ibu/ penjaga supaya bayi dapat menikmati perasaan kasih sayang dan belaian mesra serta bau dan suara ibu/ penjaganya. ii. Kedudukan kepala bayi hendaklah lebih tinggi daripada badannya. iii. Masukkan puting apabila bayi membuka mulut. Bayi yang lapar akan membuka mulutnya apabila disentuh dengan puting.
iv. Tinggikan posisi botol supaya bahagian hadapan botol sentiasa dipenuhi susu agar bayi tidak menghisap banyak udara. Biarkan bayi menyedut susu tanpa membiarkannya menyedut udara di dalam botol. Susu harus mengalir dengan mudah melalui lubang puting tetapi tidak keluar dengan berlebihan sehingga menyusahkan bayi menelannya. Bahagian hadapan botol tidak dipenuhi susu Bahagian hadapan botol penuh susu Х √ 44 45
v. Semasa menyusu, keluarkan puting dari mulut bayi sekali-sekala untuk memberikannya peluang berehat terutama untuk bayi yang masih kecil. vi. Selepas bayi habis menyusu, buangkan susu yang berlebihan. Asingkan puting dan penutup dari botol. Bersih dan steril peralatan secepat mungkin. vii. Lazimnya bayi yang baru lahir sering jeluak selepas menyusu. Sekiranya perkara ini berlaku terlalu kerap, anda perlu mendapatkan nasihat doktor. viii. Selepas menyusu: Berikan air kosong kepada bayi yang berumur lebih daripada 6 bulan selepas penyusuan. Bayi yang berumur di bawah umur 6 bulan, pemberian air kosong tidak diperlukan. Lapkan mulut bayi untuk memastikan bayi sentiasa bersih dan selesa. Gigi susu mula tumbuh apabila bayi berumur enam hingga lapan bulan. Gigi bayi perlu dibersihkan dengan tuala / kain yang bersih atau berus gigi kecil yang lembut setiap kali selepas menyusu atau makan. Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan. 46
Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit). Elak menggoncangkan bayi di dalam buaian/ bouncer untuk mengelakkan muntah. ix. Sekiranya bayi tidur selepas menyusu, pastikan: Bayi tidak tidur dalam keadaan puting berada di dalam mulut. Ini kerana susu/ minuman manis yang tertinggal dalam mulut akan meningkat risiko karies botol susu. Karies botol susu akibat tabiat penyusuan dengan botol yang berterusan Bouncer Buaian 47
Kepala bayi dalam posisi mengiring supaya sekiranya bayi termuntah, susu boleh keluar dan tidak menyebabkan bayi tersedak. Posisi kepala mengiring Bayi sentiasa diawasi. Berikan bantuan kecemasan atau dapatkan bantuan segera dari klinik kesihatan / hospital terdekat melalui talian kecemasan untuk pertolongan cemas sekiranya bayi didapati: o Sukar bernafas. o Gelisah (restless). o Bayi kelihatan pucat atau kebiruan. o Kulit terasa sejuk. 4. Cara untuk sendawakan bayi Semasa bayi menghisap susu dengan botol susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu bayi perlulah disendawakan sekurangkurangnya satu atau dua kali semasa menyusu. Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawa setiap 15-30 ml susu diberi. Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2-3 kali pada setiap penyusuan. Ini akan dapat mengelakkan bayi daripada menjadi kembung dan terjeluak atau muntah sebelum kenyang. Bayi mungkin tersedak sekiranya tidak disendawakan. Ini kerana minuman/ susu yang dimuntahkan oleh bayi, akan tertelan semula dan masuk ke salur pernafasan Kejadian ini boleh menyebabkan kematian sekiranya bantuan segera tidak diberikan kepada bayi yang tersedak. Sentiasa sediakan kain kerana bayi bermungkinan terjeluak apabila sendawa. Terdapat 3 kedudukan bayi untuk sendawa. Keadaannya adalah seperti berikut: 48
i. Posisi bahu: Letakkan bayi di atas bahu anda supaya tulang selangka (collar bone) anda menekan perut bayi. Tekanan ini sangat penting untuk memastikan sendawa yang baik. Pastikan bayi anda diampu dalam keadaan selesa. ii. Posisi tangan: Dudukkan bayi di atas riba anda. Ampu dagu bayi dengan telapak tangan kiri anda dalam kedudukan “V” jari (rujuk gambar di bawah). Kemudian tolak sedikit bayi ke hadapan. Gosok dan tepuk bayi dengan perlahan. Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya. Dagu bayi berehat di "V" antara ibu jari dan jari telunjuk anda. iii. Posisi riba: Letakkan kain di atas riba anda. Tiarapkan bayi di atas paha anda dengan tangan anda menyokong kepalanya (rujuk gambar di sebelah). Dengan perlahan, gerakkan lutut anda ke arah perut bayi untuk memberi tekanan supaya bayi sendawa. Tanpa mengira posisi yang mana digunakan, gosok belakang bayi perlahan-lahan sehingga udara keluar (sendawa). 49
1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi. Susu ibu: Pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, boleh mencegah sesetengah kematian bayi. Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, obesiti dan darah tinggi. Telah tersedia pada bila-bila masa dan tidak memerlukan sebarang penyediaan. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi. 2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu. Ibu dapat mengurangkan risiko: Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis). Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid. Menjarakkan kehamilan. Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. 3. Keburukan kepada ibu yang tidak memberi susu ibu. Meningkatkan risiko: Barah payudara, dan beberapa jenis barah ovari. Patah tulang pinggul di usia tua (osteoporosis). Pengekalan lemak badan yang terkumpul semasa hamil seterusnya akan menyebabkan kegemukan di kemudian hari. Kurang sel darah merah (anemia) disebabkan kurang pengecutan rahim selepas bersalin dan kedatangan haid yang lebih awal. Kehamilan yang rapat disebabkan oleh kurang mendapat kesan kejarakan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. Kurang kesempatan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi. TOPIK 5 Cara mengatasi kecenderungan ibu yang masih menyusukan bayi daripada beralih kepada penggunaan susu rumusan bayi 50
4. Keburukan kepada bayi yang tidak diberi susu ibu. Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk: Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. Eczema dan lain-lain keadaan alahan. Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. Perkembangan IQ yang lebih rendah. Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. 5. Keburukan susu gantian. Rumusan bayi tidak mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan. Bayi lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak disediakan dengan betul. Penyediaan susu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih selama 1-2 saat untuk menyediakan susu rumusan bayi. Sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi. Bayi kurang kecerdasan otak. Memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan. Rumusan bayi adalah mahal. Ibu perlu sentiasa mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membelinya. Contoh keperluan: Bayi memerlukan 40 tin untuk 6 bulan pertama. Ini akan meningkatkan jumlah perbelanjaan sebulan iaitu lebih kurang RM200 sebulan atau RM1200 untuk 6 bulan (RM30 x 40 tin/6 bulan). Bayi perlu minum melalui cawan. Ibu boleh belajar bagaimana untuk memberi bayi minum melalui cawan walaupun akan mengambil masa untuk mempelajarinya. Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. Kurang ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. 51
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh anggota kesihatan bagi mengatasi kecenderungan ibu yang masih menyusukan bayi daripada beralih kepada penggunaan susu rumusan bayi. 1. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi. Semua bayi perlu diberi susu ibu secara eksklusif sehingga berumur 6 bulan. Makanan pelengkap harus diberi setelah bayi berumur 6 bulan di samping meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. Semua ibu perlu diberitahu tentang perkara ini dan kebaikan susu ibu dan keburukan susu gantian perlu ditekankan. 2. Walau apa pun kecenderungan ibu di dalam penyusuan bayi, kepentingan menyusu dengan susu ibu perlu sentiasa ditekankan pada setiap CONTACT sebagaimana di bawah: Contact 1 – Sewaktu penjagaan kehamilan Anggota kesihatan membincangkan kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu. Termasuk sentuhan awal kulit-ke-kulit. Pada lawatan seterusnya, bincang dengan lebih mendalam termasuk apa saja kebimbangan ibu. Contact 2 – Sewaktu kelahiran, di hospital atau di rumah Bayi diletakkan atas dada ibu sejurus selepas dilahirkan untuk sentuhan awal kulit ke kulit. Bayi juga digalakkan untuk bergerak ke arah payudara untuk pelekapan dan penghisapan. Contact 3 – Selepas kelahiran 1: dalam masa 24 jam Ini harus dilakukan dalam masa 6 jam selepas kelahiran di hospital. Atau pada hari pertama jika dilahirkan di rumah. Anggota kesihatan perlu memberi khidmat nasihat dan memberi bantuan cara posisi dan pelekapan yang betul dan penghisapan yang berkesan. Beritahu ibu tentang kumpulan sokongan dan bantuan susulan yang ada. 52
Contact 4 – Selepas kelahiran 2: antara hari 2 ke 4 Anggota kesihatan memeriksa keadaan ibu dan bayi. Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu. Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang diihadapi. Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. Contact 5 – Selepas kelahiran 3: antara hari 5 ke 8 Anggota kesihatan memeriksa keadaan ibu dan bayi. Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu. Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang diihadapi. Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. Contact 6 – Selepas kelahiran 4: antara hari 10 ke 20 Anggota kesihatan memeriksa keadaan ibu dan bayi. Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu. Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang diihadapi. Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. Contact 7 – Selepas kelahiran 5: antara minggu 6 dan 8 Boleh dilakukan selepas 6 minggu kelahiran. Anggota kesihatan memeriksa keadaan ibu dan bayi. Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu. Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang diihadapi. Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. Contact berterusan – selepas 2 bulan Lawatan susulan bagi penilaian kesihatan, perkembangan dan immunisasi. Atau apabila ibu dan bayi datang untuk masalah kesihatan atau perancang keluarga. Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang dihadapi. Menggalakkan penyusuan secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan. Ibu yang HIV positif perlu dirujuk untuk khidmat nasihat secara perseorangan mengikut polisi kebangsaan. 53
3. Merujuk ibu setelah pulang ke rumah Semua ibu perlu diberi maklumat dan bantuan berkaitan penjagaan dan penyusuan bayi selepas kelahiran. Ibu-ibu yang tidak mahu atau tidak boleh memberi susu ibu juga perlu diberi sokongan dan bantuan dari segi pengurusan penyusuan atau pemakanan bayi mereka. Sokongan atau bantuan ini adalah untuk memastikan bayi mendapat penyusuan atau pemakanan yang optima dan selamat. Ibu-ibu perlu diberitahu tentang bagaimana untuk mendapat bantuan berterusan sekiranya menghadapi kesulitan setelah pulang ke rumah. Sokongan ini boleh diperolehi dengan cara-cara berikut: i. Menghubungi hospital tempat ibu melahirkan. ii. Menghubungi Hospital Rakan Bayi berdekatan. iii. Menghubungi klinik kesihatan yang berdekatan. iv. Menghubungi Kaunselor Laktasi berpandukan risalah yang diberikan. v. Menghubungi kumpulan sokongan terlatih. 54
SEKSYEN 4
Topik Pendidikan Penyusuan Susu Ibu Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009 Kementerian Kesihatan Malaysia 2013
Bil. Keterangan Topik 1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi. Susu ibu adalah pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, boleh mencegah sesetengah kematian bayi. Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, obesiti dan darah tinggi. Telah tersedia pada bila-bila masa, tidak memerlukan sebarang penyediaan. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi. 2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu. Ibu dapat mengurangkan risiko: Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis). Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid. Menjarakkan kehamilan. Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. 3. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran. Menjadikan bayi dan ibu lebih selesa dan membantu mengekalkan suhu badan bayi yang optima. Menggalakkan jalinan kasih sayang atara ibu dan bayi (bonding), seterusnya membantu memulakan penyusuan. Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat. Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi. Topik Pendidikan Penyusuan Susu Ibu 55
Bil. Keterangan Topik Menenangkan ibu dan bayi. Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan gula di dalam darah bayi. Bayi kurang menangis-mengurangkan tekanan dan penggunaan tenaga bayi. 4. Kepentingan permulaan awal untuk penyusuan susu ibu. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Memastikan bayi mendapat kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex). Kolostrum sudah sedia dalam payudara semasa bayi dilahirkan dan mengandungi: Kaya antibodi - melindungi bayi terhadap alahan (alergi). Banyak sel darah putih - membantu mencegah jangkitan. Sebagai imunisasi pertama - melindungi bayi terhadap jangkitan bakteria yang berbahaya. Mempunyai kesan laksatif ringan – menyingkirkan mekonium membantu mencegah jaundis. Banyak faktor tumbesaran - membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain. Kaya dengan vitamin A - mengurangkan keterukan penyakit. 5. Kepentingan ibu bersama bayi (rooming in) 24 jam sehari. Bayi dapat belajar mengenali ibunya. Bayi tidur lebih nyenyak. Membentuk ritma jaga dan tidur bayi. Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cue). Ibu dapat memberi penyusuan awal. 56
Bil. Keterangan Topik Bayi dapat disusukan mengikut kehendaknya. Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi (bonding). Mudahkan ibu meneruskan penyusuan ibu seterusnya. Meransang pengaliran dan pengeluaran susu (menstabilkan penyusuan susu ibu). Mengurangkan jangkitan pada bayi. 6. Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). Bayi mendapat imunisasi pertama daripada susu ibu. Mengekalkan penghasilan susu dan meransang pengeluaran susu dengan cepat. Mengurangkan kejadian jaundis dan mencapai berat badan. Mengurangkan bengkak payudara. Bayi kurang menangis (kurang keberangkalian untuk ibu memberikan susu gantian lain). Tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues): Membuka mulut, dan mencari-cari payudara. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir. Menghisap atau mengigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. 57
Bil. Keterangan Topik Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis. Tanda-tanda bayi kenyang: Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat. Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur. Jelaskan kepada ibu bahawa perlu membiarkan bayinya menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi supaya bayi mendapat susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan nutrien serta meningkatkan penghasilan bekalan susu. 7. Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi. Susui bayi mengikut kehendak bayi atau apabila bayi lapar dan bukannya mengikut waktu-waktu tertentu. Susukan bayi dengan kerap selama mana yang bayi mahu, pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi atau apabila payudara ibu terasa penuh walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya. Jangan gunakan puting kosong. Perah susu ibu selepas menyusukan bayi, jika payudara ibu masih penuh. Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Perah susu ibu sekiranya terpaksa berpisah dengan bayi. 58
Bil. Keterangan Topik Cara Memerah Susu Dengan Tangan: i. Rangsangan pengaliran susu Ibu bagi meransang refleks oksitosin seperti cara berikut: • Duduk dalam keadaan selesa dan tenang. • Fikirkan tentang bayi. Pandang wajah bayi atau gambar bayi. • Tuam panas payudara. • Melakukan urutan. • Gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari. ii. Keluarkan susu pada keseluruhan saluran susu • Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara, di bahagian tepi luar tampok gelap (areola) atau pada bahagian yang dirasa seperti berbiji atau simpulan tali (saluran susu) dan jari yang lain di sebelah bawah payudara (seperti di dalam gambarajah). Ibu mengampu payudara dengan jejari yang lain. • Tekan payudara ke belakang ke arah dada dengan ibu jari dan jari telunjuk serentak bagi membantu pengeluaran susu melalui puting. - Ibu perlu menekan pada saluran susu - Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan. - Ia akan mengambil masa beberapa minit. - Pada permulaan, sedikit susu akan keluar, kemudian diikuti dengan pancutan susu apabila refleks oksitosin mula berlaku. √ 59
Bil. Keterangan Topik iii. Ulangi kesemua bahagian payudara untuk mengeluarkan susu • Apabila susu telah habis dikeluarkan pada tempat tersebut, gerakkan ibu jari dan jari-jari yang lain mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu pada semua saluran susu pada payudara. 8. Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan. Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting. Melancarkan pengaliran susu. a. Posisi ibu yang betul: Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu. b. Posisi bayi yang betul: Badan bayi selari. Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi. Bayi diampu sepenuhnya - kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir. Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara. 60
Bil. Keterangan Topik c. Cara pelekapan yang betul Pelekapan yang betul Pelekapan yang salah Mulut bayi terbuka luas Mulut bayi tidak terbuka luas Bibir bawah melangkup keluar Bibir bawah tertarik ke dalam Dagu bayi menyentuh payudara Dagu bayi jauh daripada payudara Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi (asymetrical latch ) Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah) ii.Tanda-tanda penghisapan yang berkesan: Pipi kelihatan kembung. Terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam (slow, deep suck) serta bunyi menelan. 61
Bil. Keterangan Topik 9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain. Penyusuan susu ibu perlu diberi sehingga genap enam bulan iaitu 26 minggu atau 180 hari dan bukan pada permulaan bulan yang keenam. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud tidak memberi makanan atau minuman lain selain susu ibu sahaja. Vitamin, mineral tambahan atau ubat-ubatan boleh diberi jika diperlukan untuk sesuatu sebab. Biasanya penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah 8-12 kali sehari dalam masa 24 jam termasuk pada waktu malam. Kepentingannya: - Membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama. - Mengurangkan kematian bayi; melalui pengurangan insiden cirit-birit dan penyakit berjangkit. - Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan. - Kandungan antibodi yang tepat dalam susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. - Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik. 10. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas 6 bulan di samping pemberian makanan pelengkap. Selepas enam bulan, kanak-kanak perlu mengambil makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu. Adalah penting untuk meneruskan penyusuan susu ibu kerana ia masih boleh membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan. Ia sepatutnya diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih. 62
Bil. Keterangan Topik 11. Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Bermula dengan Baik. Lakukan sentuhan kulit ke kulit. Segera menyusukan bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). Mengetahui bila bayi mendapat cukup susu. Ibu dan bayi sentiasa bersama setiap masa ‘rooming-in’. Elakkan penggunaan puting tiruan dan puting kosong. Amalan-amalan yang memastikan penyusuan susu ibu berjalan lancar: Amalan di hospital dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan dengan baik. Amalan tersebut adalah terdiri daripada: - Mempunyai peneman semasa proses kelahiran - dapat membantu ibu merasa lebih selesa dan terkawal. - Elakkan campur tangan sewaktu kelahiran dan melahirkan seperti menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk atau menjalankan pembedahan caesarian tanpa sebab perubatan yang diperlukan. - Memastikan proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan sejurus selepas kelahiran- dapat mengekalkan kehangatan badan bayi dan juga memberinya permulaan yang baik ke arah penyusuan susu ibu. - Pastikan bayi bersama ibu setiap masa (rooming-in or bedding-in) - supaya bayi mudah disusukan di samping memastikan bayi selamat. - Mengenali tanda-tanda bayi ingin menyusu - supaya penyusuan adalah mengikut kehendak bayi dan bukan mengikut jadual waktu tertentu. - Memberi penyusuan dengan kerap bagi memastikan bekalan susu yang baik dan berterusan. - Memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif tanpa perlu memberi makanan atau minuman tambahan, botol atau puting tiruan.
Bil. Keterangan Topik • Ibu perlu belajar tentang posisi dan pelekapan yang betul untuk penyusuan dan anggota kesihatan akan membantu selepas bayi dilahirkan. Kebanyakan ibu boleh menyusu dan bantuan boleh didapati jika diperlukan. 12. Risiko pemberian susu formula dan susu gantian. Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. Ekzema dan lain-lain keadaan alahan. Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. Perkembangan IQ yang lebih rendah. Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. Kekurangan zat makanan, jika susu dicairkan. Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. 13. Pelaksanaan Amalan dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). Amalan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk: Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah). Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of 63
Bil. Keterangan Topik labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. Kaedah Mengurangkan kesakitan bersalin tanpa ubat-ubatan: Menawarkan kepada ibu kaedah tanpa ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan bersalin terlebih dahulu sebelum menawarkan penggunaan ubatubatan. Di antaranya adalah:- - Sokongan semasa proses kelahiran. - Galakkan ibu berjalan dan bergerak. - Urutan badan. - Tuam dengan air suam. - Menenangkan dan meyakinkan ibu secara verbal dan fizikal. - Menyediakan persekitaran yang tenang tanpa cahaya lampu yang terlalu terang atau gangguan oleh orang yang terlalu ramai. - Membenarkan posisi bersalin mengikut pilihan ibu. Tambahan...... Sokongan semasa proses kelahiran (Peneman) Peneman semasa proses kelahiran dan bersalin boleh terdiri daripada suami, ibu, adik/kakak, kawan,lain-lain ahli keluarga atau juga kakitangan kemudahan kesihatan. Peneman perlu terus berada bersama ibu sepanjang proses kelahiran sehingga melahirkan, Peneman dapat memberi sokongan bukan perubatan dalam bentuk: o Memberi galakan untuk berjalan dan bergerak o Membantu memberi minuman dan makanan yang ringan o Membantu membina keyakinan ibu o Memberi cadangan tentang cara-cara untuk mengurangkan kesakitan dan kerisauan o Membantu mengurut, memegang tangan dan mengelap dahi/badan dengan tuala sejuk o Menggunakan kata-kata positif (atau apa-apa yang sesuai mengikut adat-resam / agama masing-masing.
Sumber: 1. Chapter 3: Promoting Breastfeeding During Pregnancy - Step 3. Antenatal Checklist - Infant Feeding. page 64-65. Ministry Of Health Malaysia 2009. 2. Chapter 5: Birth Practices and Breastfeeding- Step 4. Mother-Friendly Care:page 89, Offer Non-Medication Methods Of Pain Relief Before Offering Pain Medications:page 91. Ministry Of Health Malaysia 2009. 3. Module of Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course For Health Professionals, Ministry Of Health Malaysia 2009. 4. The Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, Updated and Expanded for Integrated Care, WHO/ UNICEF 2006. 64 65
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN KERJA PENYEDIAAN POLISI, 1. Dr. Noor Haliza Yusoff Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur 2. Dr. Zuraidah Abdul Latif Pakar Perunding Kanan Pediatrik dan Neonatologi Hospital Ampang 3. En. Ja’afar Mohd Idris Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 4. Puan Norsyamlina Che Abdul Rahim Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 5. Puan Siti Mariam Ali Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) Pusat Laktasi Kebangsaan 6. Puan Noor Lita Samion Penyelia Jururawat Pusat Laktasi Kebangsaan 7. Puan Zuraidah Mustaffa Penyelia Jururawat Pusat Laktasi Kebangsaaan 8. Puan Ros Samat Ketua Jururawat Hospital Bersalin Hospital Kuala Lumpur 9. Puan Rohayah Abdul Hamid Ketua Jururawat Pusat Perubatan Universiti Malaya
66