The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM SEMINAR SPSH 2023 ANJURAN JPPKK DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK DAN POLYCC NEGERI PERAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fathilahbegum2, 2023-07-31 07:57:51

BUKU PROGRAM SEMINAR SPSH 2023

BUKU PROGRAM SEMINAR SPSH 2023 ANJURAN JPPKK DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK DAN POLYCC NEGERI PERAK

SENARAI KANDUNGAN 2 WARKAH PERUTUSAN 4 PRAWACANA 5 BICARA KATA 6 ATUR CARA MAJLIS PENUTUP 7 - 8 PENGENALAN 9 ANUGERAH DAN HADIAH 10 PANEL PENILAI KERTAS KAJIAN 11 - 15 PANEL PENILAI PEMBENTANGAN 16 - 17 MODERATOR 18 ATUR CARA PROGRAM 19 - 21 STATISTIK PENYERTAAN 22 JADUAL PEMBENTANGAN SELARI 23 - 43


SENARAI KANDUNGAN 3 ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat 44 - 58 ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 2: Penyelidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tvet 59 - 76 ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 3: Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan 77 - 81 ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 4: Hal Ehwal Pelajar Dan Psikologi 82 - 90 ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 5: Pengurusan Organisasi Dan Sistem Pentadbiran 91 - 97 ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 6: Teknologi Hijau / Teknologi Industri / Stem / Industri 4.0 98 - 102 JAWATANKUASA INDUK SPSH 2023 103 - 106 JAWATANKUASA PELAKSANA SPSH 2023 107 - 116 PENGHARGAAN 117 - 118


WARKAH PERUTUSAN 4 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Alhamdulillah, saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., atas keizinan dan limpah inayah-Nya, Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2023 Peringkat Kebangsaan Kali ke-7 (SPSH 2023), berjaya dianjurkan secara dalam talian pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada Kolej Komuniti Pasir Salak selaku tuan rumah beserta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak, yang telah bertungkus lumus bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan seminar yang amat bermakna ini. POLYCC Pemacu Negara MADANI, merupakan tema horizon baharu yang mendorong pembangunan ekosistem pendidikan berdasarkan prinsip kesepaduan dan keharmonian antara pelbagai agama, budaya, dan etnik. Oleh itu, Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah landasan yang tepat untuk membincangkan isu pendidikan dan pembelajaran berasaskan konsep yang menekankan pada keperluan untuk terus belajar dan memperoleh pengetahuan sepanjang hayat, tanpa mengira umur, pangkat, atau latar belakang. Dalam konteks ini, saya ingin menyeru kepada semua pihak, terutamanya para penyelidik, akademia dan institusi pendidikan, untuk melihat pembelajaran sepanjang hayat sebagai agenda utama dalam perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan bagi memastikan pendemokrasian pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dapat dijayakan. Pada masa yang sama, kesedaran akan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat perlu disemai dalam minda setiap individu. Setiap orang harus memahami bahawa pembelajaran bukanlah sesuatu yang hanya berlaku di dalam bilik darjah, tetapi ia adalah satu proses yang berterusan sepanjang hidup kita. Semangat ini perlu ditanamkan sejak kecil dalam kalangan kanak-kanak dan terus disokong dan dipupuk sehingga dewasa. Akhir kata, mari kita berkomitmen untuk membentuk POLYCC Pemacu Negara MADANI yang berintelektual. Saya percaya bahawa dengan menjadikan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai platform penyampaian ilmu pendidikan dan pembangunan, kita dapat mencapai potensi sepenuhnya sebagai sebuah negara yang maju dan dinamis. Sekian, terima kasih. YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Penaung SPSH 2023


PRAWACANA 5 Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya, Kolej Komuniti Pasir Salak dengan kerjasama Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak telah berjaya menganjurkan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH 2022) buat kali yang ke-7 secara dalam talian. SPSH kali ini memberikan peluang kepada penyelidik di institusi TVET Malaysia untuk berkongsi hasil penyelidikan, meningkatkan pengetahuan, dan membincangkan isu-isu pemerkasaan Ekosistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). SPSH 2023 yang bertemakan “Memperkasa Komuniti Bersasar Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET” sangat relevan dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang komprehensif dan holistik dalam menyokong ekosistem pendidikan dan inovasi. Ini sejajar dengan teras kelima Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang menyokong Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2022-2020 dan PPPM (PT) 2015-2025 menekankan pentingnya PSH dalam membentuk modal insan berkualiti, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Dalam konteks Revolusi Industri 4.0 dan transformasi TVET, aktiviti penyelidikan memainkan peranan penting dalam mencipta pendekatan baru, terutamanya dalam Pendidikan TVET untuk menghadapi perubahan global. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja SPSH 2023 dan Kolej Komuniti Pasir Salak selaku tuan rumah serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak di atas kejayaan menganjurkan SPSH 2023. Diharapkan juga hasil penganjuran pada tahun ini dapat mewujudkan perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan bagi mengukuhkan ekosistem TVET terutamanya dalam PSH demi kecemerlangan Negara. Sekian, terima kasih. YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Penasihat SPSH 2023


BICARA KATA 6 Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2023 Peringkat Kebangsaan (SPSH 2023) dapat dilaksanakan dengan jayanya buat kali ke-7 secara dalam talian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur Jabatan Pendidikan Politeknik dengan kelolaan Kolej Komuniti Kolej Komuniti Pasir Salak bersama Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak kerana berjaya menganjurkan seminar pada kali ini. Penganjuran seminar ini dilihat sebagai satu platform untuk para penyelidik mengembangkan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam mendepani cabaran pendidikan TVET secara inklusif kepada semua selaras dengan tema seminar pada tahun ini “Memperkasa Komuniti Bersasar Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET”. Seminar pada tahun ini telah dilaksanakan secara dalam talian dan telah disertai oleh 59 peserta dari pelbagai institusi dan lokaliti. Akhir kata, diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan dalam usaha memastikan pembudayaan penyelidikan yang dapat memperkasa ekosistem TVET yang lebih menyeluruh. Sekian, terima kasih. YBrs. Pn. Roziah binti Ismail Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak Pengerusi SPSH 2023 Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.


7 MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SPSH 2023 3 OGOS 2023 (KHAMIS) 1.30 Petang Pendaftaran dan ketibaan jemputan dalam talian 2.20 Petang Ketibaan tetamu kehormat dalam talian 2.30 Petang : Aluan Pengacara Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu POLYCC : Bacaan Doa :Tayangan Rangkuman Video SPSH 2023 :Ucapan Aluan Yang Berusaha Puan Roziah Binti Ismail Pengerusi Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2023 Peringkat Kebangsaan Kali ke-7 (SPSH 2023) ATUR CARA MAJLIS PENUTUP


8 ATUR CARA MAJLIS PENUTUP MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SPSH 2023 3 OGOS 2023 (KHAMIS) 2.30 Petang :Ucapan Perasmian Penutup Yang Berusaha Dr Riam a/p Chau Mai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Anugerah Kategori Kertas Kajian Terbaik Anugerah Kategori Pembentang Terbaik Anugerah Kategori Video Like Terbanyak : Gimik Majlis Perasmian Penutup SPSH 2023 : Pengumuman Pemenang Anugerah SPSH 2023 : Sesi Bergambar 3.30 Petang : Bersurai


9 Pembelajaran Sepanjang Hayat 2023 Peringkat Kebangsaan Kali ke7 (SPSH 2023) merupakan satu medium dan inisiatif yang berlanjutan susulan kesinambungan program anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ini. Seminar ini merupakan program yang julung kalinya dikelolakan oleh Kolej Komuniti Pasir Salak serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak. Seminar ini diadakan bertujuan untuk mengumpul ahli akademik seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemerkasaaan Ekosistem TVET seiring dengan hala tuju agenda Majlis TVET Negara. Tumpuan kepada strategi belanjawan 2023 berpandukan kerangka dasar madani yang memfokuskan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dapat diterapkan bagi memperkasa TVET sebagai satu daripada bidang strategik untuk masa hadapan modal insan negara. Pemerkasaan TVET cara madani ini dapat menghapuskan persepsi kelas kedua apabila diwujudkan kerjasama antara swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melatih anak muda dibawah peruntukan TVET. Penggiat industri dapat mengurus latihan TVET dan seterusnya menyediakan pelajar memasuki alam pekerjaan dan memenuhi tuntutan modal insan berkemahiran tinggi. Sehubungan dengan itu, SPSH 2023 merupakan platform yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini dalam tuntutan norma baharu. Program ini memberi peluang kepada para penyelidik dan ahli akademik dari seluruh Malaysia membentangkan hasil kajian dan mengembangkan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam mendepani cabaran Pendidikan TVET secara inklusif kepada umum. SPSH 2023 ini dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dan dikelolakan oleh Kolej Komuniti Pasir Salak bersama Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak. Impak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan transformasi TVET 4.0 yang melanda landskap Pendidikan tinggi negara merupakan titik tolak untuk meningkatkan keperluan dalam memberi naratif baru terhadap kita beradaptasi dengan perubahan global. Pendidikan berasaskan nilai kini menjadi pemacu perkembangan Pendidikan Tinggi negara dan menjadi tunjang dalam merangka dan menerajui hala tuju TVET negara seiring dengan pendigitalan pendidikan. Semoga dengan penganjuran SPSH 2023 ini dapat membentuk sebuah budaya Pendidikan inklusif. PENGENALAN Seminar


6 ANUGERAH KATEGORI KERTAS KAJIAN TERBAIK (6 kluster) 6 ANUGERAH KATEGORI PEMBENTANG TERBAIK (6 kluster) : LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) : PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET : KEUSAHAWANAN/ PERNIAGAAN/ EKONOMI/ PERAKAUNAN : HAL EHWAL PELAJAR DAN PSIKOLOGI : PENGURUSAN ORGANISASI DAN SISTEM PENTADBIRAN : TEKNOLOGI HIJAU/ TEKNOLOGI INDUSTRI/ STEM/ INDUSTRI 4.0 1 ANUGERAH KATEGORI VIDEO LIKE TERBANYAK 10 ANUGERAH & HADIAH


11 1. DR. SITI NOR FATIHAH BINTI ZAKARIA POLITEKNIK JELI KELANTAN 2. DR. NURULAINI HAFIZAH BINTI MOHD HAFIR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 3. DR. LING YING LEH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK 4. PUAN MAYASLINDA BINTI MAHAYUDIN KOLEJ KOMUNITI TAIPING 5. PUAN NURULAZILA BINTI OMOR KOLEJ KOMUNITI TAIPING 6. PUAN WOON CHEE CHEE POLITEKNIK UNGKU OMAR 7. PUAN ZURAINI BINTI GANI POLITEKNIK UNGKU OMAR 8. TS. YEOH POH SEE POLITEKNIK UNGKU OMAR 9. DR. PARAMESWARI SHUNMUGAM POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 10. DR. NOOR ROSMAWATI BINTI YUSUF BAHAGIAN KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI PANEL PENILAI KERTAS KAJIAN


12 11. DR. AFFIZAH BINTI MOHAMAD GHAFFAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH 12. DR. NURSAKINAH BINTI MD SALLEH BAHAGIAN KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 13. DR. ZUNUWANAS BIN MOHAMAD POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 14. DR. SYAIFUL NIZAM BIN AB RAHIM POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH 15. PUAN AZURA BINTI AHMAD POLITEKNIK BALIK PULAU 16. DR. NURUL IHSANIAH BINTI OMAR POLITEKNIK SEBERANG PERAI 17. DR. ANNAFATMAWATY BINTI ISMAIL POLITEKNIK SANDAKAN SABAH 18. DR.-ING. ROSMAWATI BINTI MAT JIHIN POLITEKNIK UNGKU OMAR 19. PUAN MAZLINA BINTI MD MUSTAFFA POLITEKNIK UNGKU OMAR 20. PUAN SITI SALMAH BINTI MD KASSIM POLITEKNIK UNGKU OMAR PANEL PENILAI KERTAS KAJIAN


13 21. PUAN NURUL ASHIKIN BINTI MOHAMMAD SHUHAIMI POLITEKNIK UNGKU OMAR 22. DR. NORLIZA BINTI ABDULLAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 23. PUAN SITI ZARIDA BINTI SYED NORDIN POLITEKNIK UNGKU OMAR 24. DR. MAZLINA BINTI JAMALUDIN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 25. DR. ASLIZA BINTI YUSOFF POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 26. PUAN RUZIMAS AYU BINTI RAZALI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 27. DR. MUHAMAD SAUFIYUDIN BIN HAJI OMAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 28. PUAN MARLIANA BINTI JAMALUDDIN POLITEKNIK UNGKU OMAR 29. ENCIK WOO TZE KEONG POLITEKNIK UNGKU OMAR 30. PUAN NOR HASLIZA BINTI MOHD FADZIL POLITEKNIK UNGKU OMAR PANEL PENILAI KERTAS KAJIAN


14 31. DR. AMMAR BADRUDDIN BIN ROMLI POLITEKNIK BAGAN DATUK 32. SR. GS. NORINA BINTI OMAR POLITEKNIK UNGKU OMAR 33. DR. ROSHAMIMI BINTI FAISAL POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH 34. TS. DR. AZUIN BINTI RAMLI POLITEKNIK UNGKU OMAR 35. ENCIK IRWANBUDIANA BIN AMSAH KOLEJ KOMUNITI TAWAU 36. DR. NORHANA BINTI AHAD POLITEKNIK MELAKA 37. DR. NURUL AZHANI BINTI MOHD AZMIN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 38. PUAN NORHASWIRA BIN BUYUNG GADANG POLITEKNIK UNGKU OMAR 39. PUAN NURUL IVA BINTI MOHD MUZAMLI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN 40. TS. RASIDAH BINTI ABDUL RANI POLITEKNIK UNGKU OMAR PANEL PENILAI KERTAS KAJIAN


15 41. PUAN NORAZILA BINTI MD POSDZI POLITEKNIK UNGKU OMAR 42. PUAN NORSA`ADAH BINTI MAHMOR POLITEKNIK UNGKU OMAR 43. DR. MOHAMMAD FIRDAUS BIN ANI KOLEJ KOMUNITI TAIPING 44. PUAN AMINAH BIBI BINTI BAWAMOHIDDIN POLITEKNIK UNGKU OMAR 45. DR. ADZUIEEN BINTI NORDIN POLITEKNIK UNGKU OMAR 46. PUAN AZMARINI BINTI AHMAD NAZRI POLITEKNIK UNGKU OMAR 47. DR. NORATIKAH ZAWANI BINTI MAHABOB POLITEKNIK UNGKU OMAR 48. DR. MOHD SHAHRIL BIN MOHD HASSAN@ABDUL GHANI POLITEKNIK MUADZAM SHAH PANEL PENILAI KERTAS KAJIAN


16 TS. DR. AZIAN AZAMIMI BINTI ABDULLAH UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS EN. NOR AZHAR BIN AHMAD UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DR.ROSMANIZAH BINTI DERAHMAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH DR.CHE WAN SHARIFAH ROBIHA BT MOHAMAD UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PROF. MADYA DR. NURULWAHIDA BINTI HJ. AZID @ AZIZ UNIVERSITI UTARA MALAYSIA EN. MOHD HELMY BIN ABD WAHAB UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN DR. NORKHARZIANA BINTI MOHD NAYAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PN. SITI DIANAH BINTI ABDUL BUJANG POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH PANEL PENILAI PEMBENTANGAN


17 PROF. MADYA DR. SOON JAN JAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TS. MOHD. AZLAN BIN ABU BAKAR KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA MAIWP DR. HAYATI BINTI IBRAHIM POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH PN. REGINA WOON AI LENG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU TS. DR. NOORLIZAWATI BINTI ABD RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA EN. MOHD AB MALEK BIN MD SHAH UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS ALOR GAJAH PROF. MADYA IR. DR. MOHD HAFIZ BIN FAZALUL RAHIMAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DR. NUR IZIEADIANA BINTI ABIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PANEL PENILAI PEMBENTANGAN


MODERATOR 18 1. ENCIK FIRDAUS BIN ALI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2. PUAN SITI RAHAIDA BINTI ABDULLAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 3. PUAN MARINA BINTI SAMSUDDIN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 4. PUAN NORANITA BINTI ABDULLAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 5. PUAN LAILA ROSEMAIZURA BINTI YAAKOP POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 6. PUAN HASYIMAH BINTI SAID POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 7. PUAN SHAH ERAWATI BINTI MOKHTAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 8. ENCIK MOHAMAD ADHAR BIN HJ MOHAMAD NARSARDIN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH


19 HARI PERTAMA ( 2 OGOS 2023 - RABU ) MASA AKTIVITI 8.00 - 8.15 Pagi : Pendaftaran peserta dalam talian : Persiapan dan persediaan platform online bersama panel dan peserta 8.20 - 8.30 Pagi : Alu-aluan Pengacara Majlis/ Moderator 8.30 - 8.45 Pagi : Taklimat SPSH ( Online ) 8.45 Pagi - 1.00 Petang : Breakout Room 1 : Kluster 1A ( Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ) : Breakout Room 2 : Kluster 1B ( Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ) : Breakout Room 3 : Kluster 2A ( Penyelidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran TVET ) : Breakout Room 4 : Kluster 2B ( Penyelidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran TVET ) ATUR CARA PROGRAM


20 HARI PERTAMA ( 2 OGOS 2023 - RABU ) MASA AKTIVITI 8.45 Pagi - 1.00 Petang : Breakout Room 5 : Kluster 3 ( Keusahawanan/ Perniagaan/ Ekonomi/ Perakaunan ) : Breakout Room 6 : Kluster 4 ( Hal Ehwal Pelajar dan Psikologi ) : Breakout Room 7 : Kluster 5 ( Pengurusan Organisasi dan Sistem Pentadbiran ) : Breakout Room 8 : Kluster 6 ( Teknologi Hijau/ Teknologi Industri/ STEM/ Industri 4.0 ) 1.00 - 2.00 Petang Rehat/ Makan Tengah Hari/ Solat Zohor 2.00 - 5.00 Petang Sesi Penilaian SPSH 2023 5.00 Petang Persidangan Selesai/ Bersurai ATUR CARA PROGRAM


21 HARI KEDUA ( 3 OGOS 2023 - KHAMIS ) MASA AKTIVITI 8.30 - 9.00 Pagi : Pendaftaran peserta dalam talian : Persiapan dan persediaan platform online 9.00 - 12.00 Tengah hari : Pembentangan Best Practice (Keynote-Speaker) 12.00 Tengah hari- 1.00 Petang : Raptai Majlis Perasmian Penutup : Persiapan dan persediaan platform online 1.00 - 2.00 Petang Rehat/ Makan Tengah Hari/ Solat Zohor 2.00 - 3.30 Petang Majlis Perasmian Penutup SPSH 2023 ATUR CARA PROGRAM


22 KLUSTER 2 30.5% KLUSTER 1 25.4% KLUSTER 4 15.3% KLUSTER 5 11.9% KLUSTER 3 8.5% KLUSTER 6 8.5% KLUSTER 1 LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KLUSTER 2 PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET KLUSTER 3 KEUSAHAWANAN/ PERNIAGAAN/ EKONOMI/ PERAKAUNAN KLUSTER 4 HAL EHWAL PELAJAR DAN PSIKOLOGI KLUSTER 5 PENGURUSAN ORGANISASI DAN SISTEM PENTADBIRAN KLUSTER 6 TEKNOLOGI HIJAU/ TEKNOLOGI INDUSTRI/ STEM/ INDUSTRI 4.0 STATISTIK PENYERTAAN 59 KERTAS PENYELIDIKAN 1 12 46 ILP POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI


23 Breakout Room 1 : Kluster 1A (LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Encik Firdaus bin Ali BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi A001 SAHIRDA BINTI ITHNAIN PERSEPSI PESERTA TERHADAP KURSUS ADOBE ILLUSTRATOR DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 9.10-9.30 Pagi A004 SALASIAH BINTI AMIN KAJIAN FAKTOR KECENDERUNGAN MINAT PENSYARAH DALAM MENJALANKAN KURSUS PENDEK DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 3 9.35-9.55 Pagi A007 NURSHIMA EMALINA BINTI SHARIF TAHAP KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR ALIRAN TAHFIZ DALAM BIDANG SENI VISUAL GRAFIK POLITEKNIK MUADZAM SHAH 4 10.00-10.20 Pagi A010 NOR HANIZA BINTI HASHIM KEBERKESANAN KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


24 Breakout Room 1 : Kluster 1A (LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Encik Firdaus bin Ali BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 5 10.30-10.50 Pagi A012 NOOR HASMY BINTI MD YUNOS KEBERKESANAN PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR KURSUS ADOBE ILUSTRATOR SMK DATO’ SYED OMAR (SMKDSO) DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN 6 10.55-11.15 Pagi A014 ABDUL RADZEEM BIN ABDUL RAHMAN IMPAK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK ETIKA DI MEJA MAKAN TERHADAP PELAJAR SIJIL KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA 7 11.20-11.40 Pagi A016 NURUL FARHANAH BINTI MOHD MOKHTAR USABILITY TEST OF CERTIFICATE WEB PORTAL SYSTEM KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK 8 11.45-12.05 Tgh A019 NORASHIKIN ANJUR KAJIAN KEPUASAN PESERTA KURSUS PENDEK BAGI KURSUS PENTERNAKAN IKAN TILAPIA DI KOLEJ KOMUNITI TAMPIN KOLEJ KOMUNITI TAMPIN JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


25 Breakout Room 2 : Kluster 1B (LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Encik Mohamad Adhar bin Hj Mohamad Narsardin BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi A005 MOHD SHAHRIL FAHMI BIN MOHD ZAINI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI POLITEKNIK PORT DICKSON POLITEKNIK PORT DICKSON 2 9.10-9.30 Pagi A009 MUHAMMAD AFZHAL BIN ABDUL WAHAB KAJIAN KEBERKESANAN THINKALOUD TERHADAP PELAJAR AUTISME KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR 3 9.35-9.55 Pagi A011 NURUL NADIAH BINTI SHAHROM TAHAP EFIKASI KENDIRI KEUSAHAWANAN DAN PENGETAHUAN ASAS KEUSAHAWANAN PESERTA EMPOWERNCER KOLEJ KOMUNITI SIK JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


26 Breakout Room 2 : Kluster 1B (LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Encik Mohamad Adhar bin Hj Mohamad Narsardin BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 4 10.30-10.50 Pagi A013 MOHD FARID BIN YUSOFF KEBERKESANAN KURSUS UKIRAN AIS TERHADAP PELAJAR DIPLOMA KULINARI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG 5 10.55-11.15 Pagi A015 NURAISHAHTUL AKMAR BINTI KAMARUDDIN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN PELAJAR SEPENUH MASA DALAM PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI JASIN 6 11.20-11.40 Pagi A018 MOHD FIKRI AZRI BIN MAT SAAD KAJIAN PERSEPSI PESERTA PSH TERHADAP KURSUS PENSIJILAN PROFESIONAL DI KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


27 Breakout Room 3 : Kluster 2A (PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Laila Rosemaizura binti Yaakop BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi B002 NURAZRINA BINTI MOHAMMAD FAUDZI KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN PROGRAM DIPLOMA IN SECURITY SURVEILLANCE TECHNOLOGY (DST) DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN PELAJAR SIJIL KOLEJ KOMUNITI. KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 9.10-9.30 Pagi B005 MASITAH BINTI MOHD ALI PENGGUNAAN EBOOK AGAMA DI MALAYSIA SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 3 9.35-9.55 Pagi B007 TS AZREEN BIN JAFAAR KEBERKESANAN PENGGUNAAN KNX TRAINER KIT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP KURSUS SISTEM AUTOMASI BANGUNAN (SEE30093) DI KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


28 Breakout Room 3 : Kluster 2A (PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Laila Rosemaizura binti Yaakop BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 4 10.00-10.20 Pagi B011 ZULFIKHRI BIN SABRI INTEGRASI AUGMENTED REALITY TERHADAP PEMBELAJARAN INTERNET OF THINGS DALAM KALANGAN PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KOLEJ KOMUNITI PERAK KOLEJ KOMUNITI GOPENG 5 10.30-10.50 Pagi B014 TENGKU NOR AZURA BINTI TUAN PA FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN SIJIL OPERASI PERHOTELAN SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA PELAJAR PROGRAM OPERASI PERHOTELAN, KOLEJ KOMUNITI KUANTAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 6 10.55-11.15 Pagi B016 AZMIRA BINTI MUSA KAJIAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KULINARI, KOLEJ KOMUNITI KUANTAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


29 Breakout Room 3 : Kluster 2A (PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Laila Rosemaizura binti Yaakop BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 7 11.20-11.40 Pagi B018 NOR ROSMIYANA BINTI MAHMOOD PENERIMAAN PRODUK INOVASI AIS KRIM AKOK DIKALANGAN PELAJAR PROGRAM SIJIL KULINARI KKBBM KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA 8 11.45 Pagi-12.05 Tgh B020 ROSNANI BINTI YAHYA KEBERKESANAN ALAT BANTU MENGAJAR APLIKASI QUNUT APP BAGI MODUL MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT 9 12.10-12.30 Tgh B022 HUSSEIN BIN ALIAS KEBOLEHPASARAN GRADUAN KEJURUTERAAN POLITEKNIK MELAKA DARI PERSPEKTIF INDUSTRI DAN MAJIKAN BAGI ASPEK KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN KEMAHIRAN GENERIK POLITEKNIK MELAKA JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


30 Breakout Room 4: Kluster 2B (PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Shah Erawati binti Mokhtar BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi B003 NIK FATIN NADIRAH BT NIK MOHAMAD SABERI KESEDIAAN PELAJAR ANIMASI 2D KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT UNTUK MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM SHOWCASE E-PORTFOLIO KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 9.10-9.30 Pagi B006 MOHAMAD AFDZAM BIN RAHIM PEMBANGUNAN INOVASI P-EDUKIT SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR KURSUS PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER (PLC) DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 POLITEKNIK MELAKA 3 9.35-9.55 Pagi B009 MOHD HUZAIRI BIN HUSIN TAHAP PENERIMAAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH TERHADAP INOVASI AROKET SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH 4 10.00-10.20 Pagi B012 FARIDATULJANA BINTI MOHD. NOOR KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KLUANG KE ARAH PEMBELAJARAN DIGITAL KOLEJ KOMUNITI KLUANG JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


31 Breakout Room 4: Kluster 2B (PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Shah Erawati binti Mokhtar BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 5 10.30-10.50 Pagi B015 NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD NOR TAHAP KESEDARAN PELAJAR TERHADAP PELAKSANAAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): KAJIAN AWAL DI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK 6 10.55-11.55 Pagi B017 MOHD FADZLY BIN MOHD SHURAIMI PENERIMAAN KERUSI ERGONOMIK DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN MENGGUNAKAN TECHNOLOGY ACCEPTANCE MODEL (TAM) KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 7 11.20-11.40 Pagi B019 NORADILAH BINTI MOHD IDRIS SEKURITI PENYEDIAAN MAKANAN & AMALAN PEMAKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KULINARI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


32 Breakout Room 4: Kluster 2B (PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TVET) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Shah Erawati binti Mokhtar BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 8 11.45-12.05 Tgh B021 NURUL AQILAH BINTI ADNAN THE USE OF SOCIAL MEDIA PLATFORM IN SPEAKING ENGLISH COMPETENCY ENHANCEMENT FOR STUDENTS OF POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA 9 12.10-12.30 Tgh B023 MOHD SYAUFIQ BIN DOLMAT LAPORAN KAJIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM (PEO) UNTUK PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


33 Breakout Room 5 : Kluster 3 (KEUSAHAWANAN/ PERNIAGAAN/ EKONOMI/ PERAKAUNAN) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Noranita binti Abdullah BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi C002 SITI SUHAILA BINTI JUSOH CONSUMER’S LEVEL OF AWARENESS TOWARDS NUTRITION LABELS WHEN BUYING FOOD PRODUCTS POLITEKNIK PORT DICKSON 2 9.10-9.30 Pagi C001 KHAIRUL ANWAR BIN JOHARI KECENDERUNGAN PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI LEDANG 3 9.35-9.55 Pagi C003 SHAHRIZAL BIN M.YASIN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN SOSIAL MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PENYERTAAN DALAM KALANGAN KOMUNITI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


34 Breakout Room 5 : Kluster 3 (KEUSAHAWANAN/ PERNIAGAAN/ EKONOMI/ PERAKAUNAN) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Noranita binti Abdullah BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 4 10.00-10.20 Pagi C004 FAIZATUSSAI'DAH BINTI MEAN KAJIAN TERHADAP TAHAP KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG 5 10.25-10.45 Pagi C005 WAN AJRUL ASWARD BIN WAN HASHIM PERSEPSI PESERTA TERHADAP PERLAKSANAAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI (PKK) 2022: LADIES MOBILE SPA & MUSLIMAH MOBILE SALOON DI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


35 Breakout Room 6: Kluster 4 ( HAL EHWAL PELAJAR DAN PSIKOLOGI ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Siti Rahaida binti Abdullah BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi D001 SITI NAZURA BINTI SENAN BUDAYA MEMBACA MENGGUNAKAN GAJET SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 9.10-9.30 Pagi D002 AMMAR BADRUDDIN BIN ROMLI AMALAN KONSEP WAKALAH PENGURUSAN ZAKAT DI POLITEKNIK MALAYSIA POLITEKNIK BAGAN DATUK 3 9.35-9.55 Pagi D003 NORAZNIN OMAR KAJIAN MAKLUMBALAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM TERHADAP KEMUDAHAN RUMAH SEWA KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM 4 10.00-10.20 Pagi D009 Ts MUHAMAD AZLIN BIN ISMAIL PENGARUH PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


36 Breakout Room 6: Kluster 4 ( HAL EHWAL PELAJAR DAN PSIKOLOGI ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Siti Rahaida binti Abdullah BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 5 10.30-10.50 Pagi D004 NADHIRAH BINTI HJ. ALBADRI KAJIAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BERDASARKAN KEPADA PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH 6 10.55-11.15 Pagi D005 SITI ROHANA BINTI MUHAMAD SHAMSUDIN IMPAK PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK TERHADAP GAYA HIDUP PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, MELAKA KOLEJ KOMUNITI SELANDAR 7 11.20-11.40 Pagi D007 ZURIANA BINTI ZAMBERI HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


37 Breakout Room 6: Kluster 4 ( HAL EHWAL PELAJAR DAN PSIKOLOGI ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Siti Rahaida binti Abdullah BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 8 11.45-12.05 Tgh D008 NUR HIDAYATI BINTI SANUSI ANALISA TREN MASALAH PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK 9 12.10-12.30 Tgh D010 MOHAMMAD ZABIDI BIN ABDULLAH IMPAK PLATFORM DIGITAL SUKARELAWAN TERHADAP KECENDERUNGAN PENGLIBATAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI ARAU DALAM AKTIVITI SUKARELAWAN KOLEJ KOMUNITI ARAU JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


38 Breakout Room 7 : Kluster 5 ( PENGURUSAN ORGANISASI DAN SISTEM PENTADBIRAN ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Encik Wan Mohd Naguib bin Wan Abd. Rahman BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi E001 NORASHIKIN BINTI SHARI PENGURUSAN LEAN: SISTEM PENGURUSAN KUNCI JMSK (SPK-JMSK2023) POLITEKNIK UNGKU OMAR 2 9.10-9.30 Pagi E002 MOHAMED AZREEN BIN MOHAMED ZAINI E-PELAPORAN PSH : KEBERKESANAAN PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE WORKSPACE SEBAGAI KAEDAH PELAPORAN PELAKSANAAN KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK 3 9.35-9.55 Pagi E003 NORASHIKIN BINTI SHARI SISTEM KUNCI ELEKTROMAGNETIK PEJABAT JMSK (SKEP JMSK2023) POLITEKNIK UNGKU OMAR 4 10.00-10.20 Pagi E004 NURAINI BINTI MAHMUD SISTEM PENGURUSAN WEB 2.0 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI KUCHING KOLEJ KOMUNITI KUCHING JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


39 Breakout Room 7 : Kluster 5 ( PENGURUSAN ORGANISASI DAN SISTEM PENTADBIRAN ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Encik Wan Mohd Naguib bin Wan Abd. Rahman BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 5 10.30-10.50 Pagi E005 ROSLINDA BINTI OSMAN KAJIAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI JASIN KOLEJ KOMUNITI JASIN 6 10.55-11.15 Pagi E006 NURULKHAZIMAH BINTI ABD RAHMAN PERSEPSI PELAJAR UNIT HOSPITALITI TERHADAP PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 7 11.20-11.40 Pagi E008 NOR HAFIZAH BINTI MD DESA KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PROTOTAIP E-ATTENDANCE EVENT TRACKER USING GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS) DALAM PENGURUSAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


40 Breakout Room 8 : Kluster 6 ( TEKNOLOGI HIJAU/ TEKNOLOGI INDUSTRI/ STEM/ INDUSTRI 4.0 ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Hasyimah Binti Said BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 1 8.45-9.05 Pagi F001 EZA BINTI MONZAID PENERAPAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM PEMBELAJARAN TVET DI ILJTM ILP PASIR GUDANG 2 9.10-9.30 Pagi F003 Ts MUHAMAD ASRUL AFFENDI BIN MAT NOR PENIPISAN OZON - PUNCA, KESAN DAN LANGKAH PELINDUNGAN: KAJIAN LITERATUR SISTEMATIK KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK 3 9.35-9.55 Pagi F007 Ts KRISHNAMOORTHY MEREKABENTUK DAN PELAKSANAAN KAWALAN MOTOR AC FORWARD REVERSE MENGGUNAKAN DOL STARTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


41 Breakout Room 8 : Kluster 6 ( TEKNOLOGI HIJAU/ TEKNOLOGI INDUSTRI/ STEM/ INDUSTRI 4.0 ) Tarikh : 2 Ogos 2023 ( Rabu ) Masa : 8.45 pagi – 1.00 tengah hari Moderator: Puan Hasyimah Binti Said BIL MASA ID KERTAS NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI 4 10.00-10.20 Pagi F009 HERNANI BINTI HAMID KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN COCOPEAT SHREDDER DI KALANGAN PETANI FERTIGASI DAERAH SABAK BERNAM KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM 5 10.30-10.50 Pagi F010 MUHAMMAD AFIQ BIN NORAZMAN KAJIAN PERSEPSI IMPAK PENGGUNAAN KIT PROMOSI HIJAU APLIKASI KKBGD ARPROMO TERHADAP PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK JADUAL PEMBENTANGAN SELARI


42 Pembentangan Best Practice (Keynote-Speaker) Tarikh : 3 Ogos 2023 ( Khamis ) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Moderator: Encik Mohamad Adhar Bin Hj Mohamad Narsardin BIL MASA NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI PENCAPAIAN PSH 2022 1 9.00 - 9.30 pagi HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM BEST PRACTICE PSH: MATE DOMESTIK <500GT POLITEKNIK MELAKA ANUGERAH PSH POLITEKNIK TERBAIK 2022 KLUSTER POLITEKNIK KONVENSIONAL 2 9.30 -10.00 pagi INTAN IZYAN BINTI ROSLAN BEST PRACTICE PSH: PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PSH POLITEKNIK KUALA TERENGGANU BEST PRACTICE PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PSH 3 10.00 -10.30 pagi NORELES BINTI ALI BEST PRACTICE PSH: SEMARAKKAN PROGRAM BERSAMA KOMUNITI DENGAN PSH KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT ANUGERAH PSH KOLEJ KOMUNITI TERBAIK KLUSTER 1 JADUAL PEMBENTANGAN BEST PRACTICE


43 Pembentangan Best Practice (Keynote-Speaker) Tarikh : 3 Ogos 2023 ( Khamis ) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Moderator: Encik Mohamad Adhar Bin Hj Mohamad Narsardin BIL MASA NAMA PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI PENCAPAIAN PSH 2022 4 10.30 -11.00 pagi AZNUR ANUAR BIN AB AZID BEST PRACTICE PSH: LAMAN TERAPI TAHFIZ DARUSSOLEHAH KOLEJ KOMUNITI TAIPING ANUGERAH PSH KOLEJ KOMUNITI TERBAIK KLUSTER 2 5 11.00 - 11.30 pagi BAZURI BIN AB. GHANI BEST PRACTICE PSH: PROGRAM KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWAN KOMUNITI 2022 (LAHIRNYA USAHAWAN B40 DAN ORANG ASLI) KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR ANUGERAH PSH KOLEJ KOMUNITI TERBAIK KLUSTER 3 6 11.30 pagi - 12.00 tengah hari TS. MUHAMMAD FAZLI BIN JASLI BEST PRACTICE PSH: MODUL BERKREDIT KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH BEST PRACTICE PSH MODUL BERKREDIT JADUAL PEMBENTANGAN BEST PRACTICE


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 44 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat PERSEPSI PESERTA TERHADAP KURSUS ADOBE ILLUSTRATOR DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT Sahirda Ithnain , Nik Fatin Nadirah Nik Mohamad Saberi Kolej Komuniti Segamat *[email protected] ABSTRAK Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah proses pendidikan berterusan melibatkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran sama ada secara formal atau tidak formal bagi memenuhi keperluan masyarakat. Kolej Komuniti merupakan institusi yang menawarkan pelbagai kursus kepada masyarakat dalam perbagai bidang. Justeru itu, Kolej Komuniti Segamat telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Adobe Illustrator bagi memenuhi keperluan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ini. Keperluan ini penting, memandangkan terdapatnya sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan komputer dan perisian Adobe Illustrator bagi memenuhi silibus PdP mereka. Keadaan ini memberi cabaran kepada guru dan pelajar untuk menghasilkan tugasan seperti yang ditetapkan di dalam buku teks. Oleh demikian, peranan Kolej Komuniti Segamat dalam memberi kursus dan latihan ini dapat membantu menangani masalah tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana persepsi peserta terhadap pelaksanaan Kursus Adobe Illustrator di Kolej Komuniti Segamat dan keberkesanan kursus ini kepada peserta agar perkhidmatan yang disediakan sentiasa ditambah baik dan lebih bermutu. Responden kajian ini terdiri daripada 52 orang peserta kursus yang mewakili keseluruhan populasi kajian. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua objektif kajian iaitu persepsi peserta terhadap pelaksanaan kursus dan keberkesanan kursus. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical for Social Science (SPSS) v26. Dapatan kajian menunjukkan para peserta kursus memberikan persepsi yang baik dan berpuas hati dengan pelaksanaan kursus yang dijalankan dengan hasil dapatan yang diperolehi bagi kesemua item yang dinilai berada pada aras interprestasi skor min yang tinggi iaitu 3.86. Berdasarkan analisis terdapat peningkatan nilai skor daripada rendah ke tinggi selepas kursus dijalankan, di mana keseluruhan item yang dinilai memberikan nilai skor min melebihi 3.77 yang berada pada tahap interprestasi yang tinggi berbanding sebelum kursus iaitu nilai skor 1.11. Dapat dirumuskan di sini bahawa penganjuran kursus ini memberi kesan yang baik dan impak positif kepada peserta kursus. Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat, kursus adobe illustrator, Kolej Komuniti Segamat. 1 2 1, 2


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 45 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI KOLEJ KOMUNITI KELANTAN DAN TERENGGANU: IMPAK KE ATAS PENCIPTAAN PENDAPATAN MELALUI KEMAHIRAN TVET Nik Ahmad Rizal Wan Ismail , Radhiah Mahmood , Noor Azah Mohd Nor Kolej Komuniti Kok Lanas *[email protected] ABSTRAK Kajian ini mengkaji impak pembelajaran sepanjang hayat melalui kemahiran TVET ke atas penciptaan pendapatan di kalangan komuniti tempatan yang telah menyertai program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di 6 buah Kolej Komuniti Negeri Kelantan dan Terengganu. Pendekatan penyelidikan kuantitatif digunakan dengan sampel seramai 600 orang yang terdiri daripada peserta yang pernah mengikuti mana-mana program PSH di Kolej Komuniti yang berkenaan. . Data dikumpul melalui soal selidik yang mengukur pengambilan kemahiran TVET dan penciptaan pendapatan. Statistik deskriptif dan analisis regresi digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta yang memperoleh kemahiran TVET melalui program ini dapat mencipta pendapatan, dengan perbezaan yang signifikan dalam penciptaan pendapatan berdasarkan faktor demografi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa responden yang mempunyai kemahiran TVET yang lebih tinggi cenderung mempunyai pendapatan yang lebih baik. Hasil kajian ini mempunyai implikasi penting kepada pembuat dasar dan institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran TVET sebagai satu cara untuk mencipta pendapatan dalam komuniti tempatan. Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat, kemahiran TVET, penciptaan pendapatan 1 2 1, 2, 3 3


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 46 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KAJIAN FAKTOR KECENDERUNGAN MINAT PENSYARAH DALAM MENJALANKAN KURSUS PENDEK DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT Salasiah Amin , Muhammad Zuhairy Zulkifli , Noreles Ali Kolej Komuniti Segamat *[email protected] ABSTRAK Kolej Komuniti Segamat (KKS) adalah sinonim dengan pendekatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam melaksanakan pelbagai kursus kepada komuniti setempat untuk disertai dengan menggunakan kepakaran pensyarah dalaman. Bagaimanapun terdapat segelintir pensyarah yang tidak berminat untuk menjalankan kursus PSH walaupun terdapat dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap pensyarah. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor kecenderungan minat pensyarah dalam menjalankan kursus pendek di KKS. Kajian ini melibatkan responden seramai 43 orang pensyarah KKS yang terdiri daripada enam (6) buah program. Borang soal selidik sebagai kaedah dalam instrumen kajian yang terbahagi kepada dua skop utama kajian dan merupakan juga sebagai objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan pensyarah terhadap tata cara pelaksanaan kursus pendek dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pensyarah untuk menjalankan kursus pendek di Kolej Komuniti Segamat. Hasil data diperolehi dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical for Social Science (SPSS)v26. Hasil dapatan mendapati bahawa para pensyarah di KKS mempunyai pengetahuan terhadap tata cara pelaksanaan kursus pendek berdasarkan nilai min keseluruhan 4.15. Manakala nilai min keseluruhan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat pensyarah untuk menjalankan kursus pendek di KKS adalah 3.89. Daripada hasil dapatan kajian, cadangan yang perlu dilaksanakan adalah seperti membuat sistem ganjaran kepada pensyarah yang berjaya mencapai KPI, menyedikan peruntukan kewangan kepada pensyarah yang melaksanakan PSH dan menambah baik fasiliti dan peralatan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kata Kunci: Kursus pendek, kecenderungan minat, pensyarah. 1 2 3 1, 2, 3


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 47 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI POLITEKNIK PORT DICKSON Mohd Shahril Fahmi Mohd Zaini , Nooralwani Alias , Nin Hayati Mohd Yusoff , Politeknik Port Dickson *[email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Politeknik Port Dickson. Kajian dibuat berdasarkan bilangan program yang dijalankan, bilangan penyertaan peserta program dan penilaian keberkesanan program. Penilaian keberkesanan program melibatkan 50 orang sampel yang diambil secara rawak melalui program-program PSH yang dianjurkan di Politeknik Port Dickson. Sampel responden diambil daripada para peserta yang mengikuti Program PSH di Politeknik Port Dickson terdiri daripada kalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA/IPTS, golongan professional dan tidak profesional, penjawat awam serta pekerja swasta. Sampel responden juga berdasarkan latar belakang bidang teknikal, bukan teknikal dan kemahiran. Kajian dibuat berdasarkan data kuantitatif yang menggunakan instrumen borang kaji selidik bagi mendapatkan peratus tahap keberkesanan program yang telah dijalankan. Hasil kajian terhadap keberkesanan program, penilaian penceramah dan urusetia program. Analisis peratusan keberkesanan program yang dijalankan dikaji bagi mendapatkan maklumat sebagai medium penambahbaikan dalam menjalankan program. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penyelaras program kursus PSH agar kualiti pengajaran dan pembelajaran PSH yang dijalankan mampu ditingkatkan secara lebih berkesan. Kata Kunci: Pelaksanaan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, kuantitatif, keberkesanan. 1 2 3 1, 2, 3


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 48 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat TAHAP KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR ALIRAN TAHFIZ DALAM BIDANG SENI VISUAL GRAFIK Nurshima Emalina Sharif , Nur Atiqah Abdullah Johar Politeknik Muadzam Shah *[email protected] ABSTRAK Kertas kajian ini mengkaji mengenai tahap kecenderungan minat pelajar aliran tahfiz yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan terhadap bidang seni visual. Pelajar tahfiz yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam sains atau matematik, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalam pemahaman asas teknikal dan kesediaan untuk belajar tentang perisian grafik. Namun, bagi pelajar yang kurang mempunyai latar belakang ini, mereka mungkin menghadapi cabaran dalam memahami konsep dan kemahiran teknikal dalam bidang grafik. Selain itu, minat dan bakat pelajar juga memainkan peranan penting dalam menentukan persepsi mereka terhadap bidang rekabentuk grafik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecenderungan minat dan penglibatan pelajar aliran tahfiz terhadap bidang seni visual grafik. Pelajar yang mempunyai minat dalam seni dan rekaan mungkin mempunyai kecenderungan untuk lebih terbuka terhadap bidang grafik dan lebih bersedia untuk meluangkan masa dan usaha dalam mempelajari kemahiran dalam bidang ini. Rentetan itu, kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kajian tinjauan kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kepada 35 orang pelajar tahfiz di sekitar daerah Kuantan dan Muadzam Shah, Pahang. Analisis data melibatkan analisis deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian min serta ujian- t. Analisis deskriptif menunjukkan tahap kreativiti penjanaan idea dan penglibatan pelajar dalam aktiviti seni visual berada pada tahap yang baik. Beberapa saranan dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu agar usahausaha untuk pemantapan kursus kemahiran teknik dan vokasional kepada pelajar-pelajar aliran tahfiz dapat dilaksanakan bagi mempelbagaikan ilmu kemahiran pada diri seseorang pelajar. Kata Kunci: Tahfiz, seni visual, rekabentuk grafik, teknik dan vokasional. 1 2 1, 2


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 49 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KAJIAN KEBERKESANAN THINKALOUD TERHADAP PELAJAR AUTISME Muhammad Afzhal Abdul Wahab , Muhammad Anwar Abdul Halim , Nur Azlin Azman Kolej Komuniti Paya Besar *[email protected] ABSTRAK Kajian ini bertumpu pada membantu pelajar autisme yang menghadapi masalah dalam kemahiran komunikasi penceritaan. Ia menggunakan kaedah pembelajaran permainan yang dibangunkan bernama ThinkAloud. ThinkAloud adalah satu aplikasi yang menggunakan teknik operasi seret-dan-letak (drag-and-drop) yang memberi tumpuan kepada rangsangan positif untuk mengekalkan motivasi, momentum, dan perhatian pelajar supaya terus menggunakan perisian ini sehingga tamat. Aplikasi ini menggunakan peranti skrin sentuh sebagai platformnya. Sampel terdiri daripada 10 orang pelajar autisme dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan, Pahang. Melalui 4 sesi pengujian selama 16 jam, kesemua sampel (10 daripada 10) berjaya menggunakan ThinkAloud dengan baik. 8 daripada 10 sampel dapat menggunakan sekurang-kurangnya 2 modul ThinkAloud dengan betul. 7 daripada 10 sampel menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran bercerita dengan lebih lancar. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah model ADDIE. Diharapkan ThinkAloud dapat membantu dan merangsang pelajar autisme dalam melatih pola pemikiran untuk menguasai kemahiran komunikasi penceritaan dengan lebih baik. Kata Kunci: Autisme, ThinkAloud, pembelajaran berasaskan permainan. 1 2 1, 2, 3 3


ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 50 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KEBERKESANAN KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN Nor Haniza Hashim , Rahanita Abd. Rahman , Noor Hasmy Md Yunos Kolej Komuniti Bandar Darulaman *[email protected] ABSTRAK Pengurusan kewangan yang salah akan menyebabkan syarikat mengalami masalah kerugian atau gulung tikar. Usahawan dan bakal usahawan hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan aspek pengurusan kewangan bagi mengurangkan risiko kegagalan. Oleh itu, satu kajian dilakukan ke atas usahawan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) hasil usahasama dengan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Batasan kajian adalah bagi satu kursus Pengurusan Kewangan yang telah dijalankan pada 24 Jun hingga 25 Jun 2022. Objektif kajian adalah untuk mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan KEDA dan kompetensi tenaga pengajar bagi kursus ini . Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan borang soal selidik dan temubual sebagai instrumen kajian ke atas 37 orang usahawan KEDA di Negeri Kedah. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk diisi selepas tamat kursus. Manakala kaedah temubual dijalankan bermula 1 Mei hingga 28 Mei 2023 untuk mengikuti perkembangan responden. Data yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 66.7% telah menggunakan buku tunai dan mengaplikasikannya dalam perniagaan seharian. Statistik deskriptif menggunakan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan bagi menilai keberkesanan kursus dan kompetensi tenaga pengajar, iaitu mendapat min keseluruhan 3.0. Kajian ini diharap dapat membantu Unit PSH KKBDA dan KEDA memperbaiki kekurangan yang ada seperti memberi latihan dan kemahiran kepada usahawan KEDA. Kata Kunci: Keberkesanan kursus, kompetensi pengajar, pengurusan buku tunai, usahawan, KEDA. 1 2 1, 2, 3 3


Click to View FlipBook Version