ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 51 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat TAHAP EFIKASI KENDIRI KEUSAHAWANAN DAN PENGETAHUAN ASAS KEUSAHAWANAN PESERTA EMPOWERNCER Nor Halina Noordin , Nurul Nadiah Shahrom , Norhafizah Marzuki Kolej Komuniti Sik Kolej Komuniti Baling *[email protected] ABSTRAK Program empowerNCER merupakan program di bawah kendalian NCER Malaysia. Kolej Komuniti Sik dan Baling telah dipilih sebagai penyedia latihan yang memfokuskan kepada menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran atau menjadi pemilik perniagaan terutamanya bidang Foodpreneur dan Jahitan Kreatif. Namun begitu, kebanyakan peserta tidak mempunyai asas dalam pengetahuan keusahawanan dan ini menyukarkan peserta mengendalikan perniagaan selepas mendapat kemahiran dari institusi. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap efikasi keusahawanan dan pengetahuan asas keusahawanan yang terbahagi kepada pemasaran dan kewangan. Objektif kajian juga ingin mengenalpasti perbezaan yang wujud terhadap pengetahuan asas keusahawanan dengan kehadiran kursus perniagaan dan perbezaan efikasi keusahawanan dengan pemilikan perniagaan peserta. Soal selidik yang mengandungi 23 item digunakan sebagai instrumen kajian untuk meninjau efikasi keusahawanan dan pengetahuan asas keusahawanan di kalangan peserta kursus NCER. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari nilai min dan t-test bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan min efikasi keusahawanan, pengetahuan keusahawanan pemasaran dan kewangan adalah sederhana tinggi. Terdapat perbezaan di atara pengetahuan keusahawanan pemasaran dengan kursus keusahawanan yang pernah dihadiri namun sebaliknya dengan pengetahuan kewangan. Terdapat juga perbezaan di antara efikasi keusahawanan dengan pemilikan perniagaan oleh peserta. Kesimpulannya, efikasi keusahawanan dan pengetahuan asas keusahawanan berjaya diterapkan melalui kursus di bawah kelolaan Kolej Komuniti Sik dan Baling . Namun, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan iaitu menganjurkan kursus perniagaan dengan lebih kerap dan memfokuskan kepada kewangan supaya peserta lebih mahir dalam mengendalikan perniagaan. Kata Kunci: EmpowerNCER, efikasi keusahawanan, pengetahuan keusahawanan, kewangan, pemasaran. 1 2 1, 2 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 52 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KEBERKESANAN PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR KURSUS ADOBE ILUSTRATOR SMK DATO’ SYED OMAR (SMKDSO) DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN Noor Hasmy Md Yunos , Nor Haniza Hashim , Rahanita Abd. Rahman Kolej Komuniti Bandar Darulaman *[email protected] ABSTRAK Program Perkongsian Pintar Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) adalah salah satu program yang memberi kemahiran TVET kepada pelajarpelajar sekolah menengah. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar kelas belakang yang berminat atau menjurus kepada bidang TVET selepas tamat persekolahan. Bagi menjamin KKBDA kekal relavan sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti setempat, maka kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana program dapat memenuhi permintaan mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pengajar kursus dan menilai tahap keberkesanan kursus dalam menarik minat pelajar SMKDSO dalam bidang TVET serta menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik ke atas peserta kursus pendek Adobe Ilustrator seramai 17 orang melalui sistem ePSH. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa item Pelaksanaan Kursus: A1, A5 – A6 mendapat skor min yang sangat tinggi manakala item A2 dan A4 pula mendapat skor min yang sangat tinggi, ini menunjukkan penyampaian pesnyarah dalam melaksanakan kursus ini amat jelas dan difahami oleh peserta kursus. Seterusnya bagi analisis item Keberkesanan Kursus: B1-B6 mendapat julat skor min yang sangat rendah. Ini menunjukkan bahawa kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar SMKDSO. Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), keberkesanan kursus pendek, kompetensi pengajar. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 53 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KEBERKESANAN KURSUS PENDEK UKIRAN AIS TERHADAP PELAJAR DIPLOMA KULINARI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA Mohd Farid Yusoff , Abdul Radzeem Abdul Rahman , Nor Rosmiyana Mahmood Kolej Komuniti Bukit Beruang *[email protected] ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengkaji tahap keberkesanan pelajar dalam mempelajari asas ukir ais di Politeknik Merlimau Melaka. Cara pengumpulan data yang digunakan untuk kajian ini adalah secara soalselidik yang mengandungi soalan skala Likert empat mata, yang menyentuh perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus. Responden kajian ini adalah pelajar Diploma Kulinari Politeknik Merlimau Melaka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan pelajar dalam mempelajari mengukir ais. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan adalah tinggi di kalangan pelajar-pelajar Diploma Kulinari Politeknik Merlimau Melaka. Kebanyakan responden percaya bahawa mengukir ais adalah aktiviti yang menarik dan ia dapat meningkatkan kreativiti mereka. Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar berminat untuk mempelajari mengukir ais dan mereka percaya bahawa ia dapat membantu mereka untuk mengembangkan kerjaya mereka di masa hadapan. Selain itu, kajian juga mengungkapkan bahawa pelajar dapat menambah pengetahuan dalam ukiran ais dan mereka menanti peluang untuk belajar mengukir ais di masa hadapan. Kesimpulannya, hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tahap keberkesanan yang tinggi di kalangan pelajar Politeknik Merlimau Melaka dalam mempelajari mengukir ais. Oleh itu, disyorkan agar institusi itu mengambil langkah yang diperlukan untuk mempromosikan kursus ukiran ais di kalangan pelajar dan memberikan mereka kemudahan yang diperlukan untuk mempelajari mengukir ais. Kata Kunci: Ukiran ais, keberkesanan. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 54 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat IMPAK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK ETIKA DI MEJA MAKAN TERHADAP PELAJAR SIJIL KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA Abdul Radzeem bin Abdul Rahman , Mohd Farid bin Yusoff , Nor Rosmiyana binti Mahmood Kolej Komuniti Bukit Beruang *[email protected] ABSTRAK Umum maklum kulinari merupakan bidang yang hanya terlibat di dalam penyediaan makanan sahaja dan bukan di bahagian penyajian makan. Etika di meja makan merupakan satu adab dan etika yang perlu di titikberatkan dalam sesuatu majlis formal. Etika di meja makan meruapakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negetif terhadap seseorang. Sehubungan dengan itu, kita mesti mengetahui asas etika di meja makan. Kajian ini di jalankan bertujuan untuk mengkaji impak pelaksanaan kursus pendek etika di meja makan terhadap pelajar Sijil Kulinari di Kolej Komunit Bukit Beruang Melaka. Data yang dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel. Pengumpulan data yang digunakan untuk kajian ini adalah secara soalselidik yang mengandungi soalan skala Likert empat mata, yang menyentuh perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Sijil Kulinari Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Hasil kajian menunjukan ketertiban dan kesopanan dia meja makan bagi seseorang individu adalahyang tertinggi. Selain itu gaya kita makan menggambarkan peribadi kita di mana ia juga dapat mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa menikmati juadah. Berdasarkan daripada dapatan kajian, etika di meja makan perlulah di berikan pendedahan awal kepada pelajar untuk persediaan sebelum menghadapi majlis-majlis yang di sertai. Kata Kunci: Etika, formal, penyajian. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 55 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN PELAJAR SEPENUH MASA KOLEJ KOMUNITI JASIN DALAM PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Nuraishahtul Akmar Kamaruddin Kolej Komuniti Jasin *[email protected] ABSTRAK Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dilihat sebagai medium penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta releven dengan kehendak pasaran semasa. Pembelajaran secara berterusan ini, mampu menyediakan individu yang dinamik dan sentiasa berdaya saing seiring dengan perubahan dan cabaran dunia yang sentiasa berubah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan pelajar sepenuh masa dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Jasin. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada 30 orang pelajar pelbagai bidang di Kolej Komuniti Jasin. Terdapat 34 item soalan meliputi tiga pembolehubah faktor yang diuji iaitu i) Faktor Motivasi Dalaman, ii) Faktor Dorongan daripada Keluarga, Kewangan dan Rakan-rakan serta iii) Faktor Kemudahan Fasiliti Kolej Komuniti dan Promosi. Analisis statistik deskriptif iaitu frekuensi, sisihan piawai, peratusan dan min digunakan untuk menganalisis data dan membentangkan hasil dapatan kajian. Hasil dapatan menunjukkan penyertaan pelajar sepenuh masa dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti adalah didorong oleh faktor kewangan dan faktor motivasi dalaman. Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Jasin.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 56 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat USABILITY TEST OF CERTIFICATE WEB PORTAL SYSTEM Nurul Farhanah Mohd Mokhtar , Mohamad Syahril Mat Saad , Muhammad Razuan Abdul Razak Kolej Komuniti Pasir Salak *[email protected] ABSTRAK The Certificate Web Portal System is a tool designed to assist Kolej Komuniti Pasir Salak in generating E-certificates for short course participants. This investigation was conducted to assess the usability of this system. Usability Test Questionnaires were used to capture data from participants who generated E-certificates using the system. The study revealed that the Certificate Web Portal System is extremely user-friendly. Participants found the system's clear instructions and uncomplicated navigation to be user-friendly. Additionally, they valued the system's speed and convenience, which allowed them to generate E-certificates swiftly and easily. This study has significant implications for the use of technology in educational institutions, specifically for the administration of certificates and other vital documents. The Certificate Web Portal System can be a useful resource for institutions such as Kolej Komuniti Pasir Salak, allowing them to streamline the process of generating and managing E-certificates for brief course participants. Kata Kunci: Usability assessment, E-certificates, technology in education. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 57 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KAJIAN PERSEPSI PESERTA PSH TERHADAP KURSUS PENSIJILAN PROFESIONAL DI KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS Mohd Fikri Azri Mat Saad , Suhaimi Yusof Kolej Komuniti Kepala Batas *[email protected] ABSTRAK Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik (PTKHEK) Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dilancarkan pada tahun 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin bagi memenuhi Dasar Automotif Nasional (NAP 2014) untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kenderaan cekap tenaga (EEV- Energy EfficientVehicle). PTKHEK telah bekerjasama dengan Institute of The Motor Industry (IMI), United Kingdom bagi menawarkan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui pensijilan profesional tahap satu (1) hingga tahap tiga (3) kepada pemain industri automotif bagi tujuan peningkatan kemahiran (up-sklilling) dan melatih semula (reskilling). Pengiktirafan pensijilan ini bertaraf professional dan antarabangsa dimana ia diterima di seluruh dunia. Pada tahun 2019 sahaja, seramai 270 penyertaan telah diterima bagi menyertai kursus latihan professional ini. Kajian ini adalah untuk melihat tahap persepsi peserta kursus pensijilan profesional Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik terhadap kursus yang dikendalikan oleh pusat ini. Sebanyak 160 responden telah dipilih secara rawak bagi menjawab soalan kajian ini yang terdiri dari pekerja industri, agensi-agensi kerajaan, pelajar dan orang awam yang menghadiri kursus ini diambil sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan kursus yang ditawarkan ini menepati keperluan kemahiran yang diperlukan dalam industri automotif selain penceramah yang kompeten dalam mengendalikan kursus berkenaan. Cadangan penambahbaikan diberikan oleh peserta adalah PTKHEK perlu menaik taraf kemudahan fasiliti yang ada. Kesimpulannya keseluruhan peserta sangat berpuas hati terhadap kursus yang dijalankan dan amat berminat untuk menghadiri kursus pada masa akan datang bagi menambah kemahiran yang diperlukan. Kata Kunci: Sijil profesional, teknologi kenderaan hibrid dan elektrik, peserta kursus, pendidikan sepanjang hayat. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 58 Kluster 1: Latihan dan Pembelajaran SepanjangHayat KAJIAN KEPUASAN PESERTA KURSUS PENDEK BAGI KURSUS PENTERNAKAN IKAN TILAPIA DI KOLEJ KOMUNITI TAMPIN Azwan Abdullah , Norashikin Anjur Kolej Komuniti Tampin *[email protected] ABSTRAK Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan salah satu strategi bagi membangunkan potensi modal insan negara melalui proses sokongan secara berterusan bagi merangsang dan memperkasakan komuniti untuk memperoleh pengetahuan, nilai dan kemahiran bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti. Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan melihat sejauh mana hasil yang diperolehi oleh peserta setelah menghadiri kursus Penternakan Tilapia agar Kolej Komuniti Tampin (KKTNS) boleh menambahbaik proses, kaedah penyampaian serta modul yang disampaikan kepada peserta. Sampel kajian terdiri daripada 35 responden terdiri daripada peserta kursus tersebut yang telah menjawab Borang Soal Selidik Penilaian Kursus. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu Bahagian A berkenaan pelaksanaan kursus tersebut dan Bahagian B berkenaan Kemahiran dan Pengetahuan semasa serta Kemahiran dan Pengetahuan selepas berkursus. Dapatan kajian mendapati majoriti responden bersetuju pelaksanaan kursus adalah dalam keadaan baik dimana nilai purata bagi skor Bahagian A memperolehi 3.58. Manakala bagi Bahagian B berkenaan Kemahiran dan Pengetahuan dapat dilihat peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran para peserta dengan nilai purata skor sebelum kursus dilaksanakan adalah 1.64 dibandingkan dengan skor yang diperolehi selepas tamat kursus menunjukkan peningkatan kepada purata skor 3.54. Terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di peringkat KKTNS bagi meningkatkan mutu penyampaian dan modul yang bersesuaian mengikut tahap peserta. Skop kajian akan datang boleh mengkaji peningkatan taraf sosio ekonomi peserta sebelum dan selepas pelaksanaan kursus. Kata Kunci: Kursus pendek, tahap kepuasan, penternakan ikan. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 59 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN PROGRAM DIPLOMA IN SECURITY SURVEILLANCE TECHNOLOGY (DST) DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN PELAJAR SIJIL KOLEJ KOMUNITI Nurazrina Mohammad Faudzi , Firdaus Bachok@Embok Walang , Lilina Mohd Kolej Komuniti Segamat *[email protected] ABSTRAK Kajian analisis keperluan program ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden yang berkaitan mengenai keperluan dan permintaan program yang dicadangkan ini. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang Kolej Komuniti dan mengkaji kecenderungan melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma in Security Surveillance Technology (DST) di kalangan pelajar sekolah menengah dan pelajar sijil kolej komuniti. Kaedah pengumpulan data adalah secara kuantitatif dengan menggunakan satu set soal selidik dalam bentuk google form sebagai instrumen kajian. Bagi taburan responden pelajar secara keseluruhannya adalah seramai 192 orang, terbahagi kepada dua kategori iaitu 131 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah yang berada di sekitar institusi ini dan 61 orang pelajar sijil kolej komuniti. Analisa hasil kajian dilaksanakan dengan menggunakan perisian SPSS versi 26 bagi mendapatkan nilai min dan kekerapan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronsbach kajian ini ialah 0.878. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati min kecenderungan melanjutkan pengajian dalam bidang DST adalah pada tahap sederhana bagi pelajar sekolah menengah iaitu skor min 3.34 dan 3.66 bagi pelajar sijil kolej komuniti. Kesimpulannya, kajian ini telah mencapai objektif yang ditetapkan di mana implikasinya dapat membantu institusi mengenalpasti keperluan program DST ini dilaksanakan dan sasaran pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Kata Kunci: Melanjutkan pengajian, bidang diploma, pelajar. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 60 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KESEDIAAN PELAJAR ANIMASI 2D KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT UNTUK MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM SHOWCASE E-PORTFOLIO Nik Fatin Nadirah Nik Mohamad Saberi , Wan Ahmad Bishrul Hafiy Wan Abdul Ghani , Muhammad Syafiq Saiful Bahri Kolej Komuniti Segamat *[email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar dalam merancang dan menjalankan program showcase e-portfolio di Kolej Komuniti Segamat (KKS). Kursus e-Portfolio merupakan teras umum Program Sijil Animasi 2D (SDD) bagi pelajar semester 3 membentangkan hasil kerja sepanjang semester melalui laman web yang dipanggil sebagai e-portfolio. Program showcase e-portfolio memerlukan pelajar untuk melaksanakannya berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam silibus kursus e-portfolio. Kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam melaksanakan sesebuah program mempengaruhi kesediaan pelajar untuk melaksanakan showcase e-portfolio. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar dalam merancang dan melaksanakan program showcase e-portfolio. Reka bentuk kajian secara kaedah kuantitatif telah digunakan dengan pengumpulan data soal selidik melalui Google Form. Seramai 37 orang pelajar semasa program SDD KKS yang merangkumi pelajar semester 1 hingga semester 4 sebagai responden kajian. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26. Nilai skor min 4.28 dicatatkan bagi pengetahuan pelajar terhadap kursus e-portfolio iaitu di tahap tinggi. Manakala nilai skor min 3.4 dicatatkan bagi kesediaan dan penerimaan melaksanakan program showcase e-portfolio iaitu di tahap sederhana. Oleh itu, sebagai penambahbaikan di masa akan datang para pelajar program SDD perlu melibatkan diri dalam pengendalian program di kolej bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kesediaan pelajar untuk melaksanakan program showcase e-portfolio. Kata Kunci: Showcase, e-portfolio, animasi 2D, pelajar. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 61 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet PENGGUNAAN EBOOK AGAMA DI MALAYSIA SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA) Masitah Mohd Ali , Siti Noryanie Yusoff , Ainoor Mahfuzah Ahmad Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz *[email protected] ABSTRAK eBook atau buku elektronik merupakan salah satu alternatif kepada buku bercetak sebagai bahan pembelajaran yang boleh menarik minat pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penerimaan penggunaan eBook Agama di Malaysia sebagai bahan rujukan pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Seramai 68 orang pelajar PSA yang mengambil kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia bagi sesi 2:2022/2023 dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Objektif kajian ini ialah meninjau tahap penggunaan ebook dalam kalangan pelajar sebagai bahan pembelajaran dan meneliti penerimaan pelajar PSA terhadap eBook Agama di Malaysia. Kajian dilaksanakan secara kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada pelajar terlibat sejurus selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Berdasarkan dapatan dan analisis data menunjukkan bahawa pelajar yang bersetuju dengan penggunaan ebook Agama di Malaysia sebagai bahan rujukan pembelajaran adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak bersetuju. Walaupun terdapat responden yang tidak bersetuju dengan ebook ini, namun peratusnya adalah sangat rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa eBook Agama di Malaysia sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran untuk pelajar PSA dengan memiliki 10 keistimewaan ebook interaktif seperti video informasi, mesra rujukan digital, kolum fakta ringkas, aktiviti pengukuhan, kuiz digital, eksplorasi minda, kata mutiara, ruang interaksi dan sebagainya. Kajian lanjut akan diambil kira untuk disebar luas eBook Agama di Malaysia dengan merentas politeknik di seluruh Malaysia yang menawarkan kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia. Kata Kunci: eBook, bahan pembelajaran, pelajar. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 62 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet PEMBANGUNAN INOVASI P-EDUKIT SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR KURSUS PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER (PLC) DI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 Mohamad Afdzam Rahim , Hidayah Tapri , Fadilah Mohamad Najuri Politeknik Melaka Kolej Komuniti Tasek Gelugor Polteknik Merlimau *[email protected] ABSTRAK Pendidikan dan teknologi perlu seiring dalam menghasilkan graduan yang holistik. Satu cabaran dihadapi kalangan para pengajar dalam memastikan bakal graduan yang dilahirkan berpengetahuan dan berkemahiran seiring dengan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Pengajar juga perlu kreatif dan inovatif dalam menarik minat pelajar bagi memastikan objektif proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang selama satu semester tercapai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan P-Edukit yang telah dibangunkan dalam kalangan pelajar Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Segamat 2. Seramai 43 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Segamat 2 telah dijadikan responden. Kajian ini berfokuskan kepada dua pemboleh ubah iaitu kebolehfungsian dan hubungan antara produk dan rekabentuk P-EDUKIT. Dalam mengukur pembolehubah ini satu set soal selidik telah dibangunkan sebagai instrumen kajian bagi menjayakan kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisi menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Kata Kunci: Alat bahan bantu mengajar, pengajaran dan pembelajaran, P-Edukit. 1 2 3 1 2 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 63 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KEBERKESANAN PENGGUNAAN KNX TRAINER KIT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP KURSUS SISTEM AUTOMASI BANGUNAN (SEE30093) DI KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG Azreen Jafaar , Adi Amin Sarkawi Sarie , Saidi Khairul Alimi Othmman Kolej Komuniti Santubong * [email protected] ABSTRAK Penggunaan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara amali telah digunakan agar pelajar dapat memahami isi kandungan kursus yang disampaikan oleh pensyarah. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengkaji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar KNX Trainer Kit dalam membantu pelajar Semester 3 Sijil Teknologi Elektrik bagi Sesi II 2022/2023 dalam meningkatkan tahap pemahaman mereka dalam kursus Sistem Automasi Bangunan (SEE30093). Tiga objektif kajian ini adalah mengkaji tahap keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar KNX Trainer Kit dalam meningkatkan kefahaman pelajar, mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan pekakasan KNX Trainer Kit dalam membantu meningkatkan pemahaman dan mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap kursus SEE30093 dengan penggunaan KNX Trainer Kit. Seramai 14 orang pelajar dari program Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Kolej Komuniti Santubong telah dipilih sebagai responden. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis ujian-t independen (Independent t-test) bagi keputusan markah ujian di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan menunjukkan penggunaan alat bantu mengajar KNX Trainer Kit ini memberi impak yang positif kepada pelajar di mana ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kursus SEE30093. Kajian juga menunjukkan persepsi pelajar terhadap penggunaan KNX Trainer Kit dalam membantu meningkatkan kefahaman pelajar bagi kursus SEE30093 didapati berada pada tahap yang tinggi dan tahap minat pelajar terhadap kursus ini meningkat apabila pensyarah menggunakan pendekatan yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: KNX Trainer Kit, Sistem Automasi Bangunan, Teknologi Elektrik. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 64 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet TAHAP PENERIMAAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH TERHADAP INOVASI A-ROKET SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR Mohd Huzairi Husin , Mohamad Hanifah Abd Ghani , Safri A. Razak Politeknik Muadzam Shah Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis *[email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan pelajar Politeknik Muadzam Shah semester 1 dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) terhadap Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu A-Roket. Inovasi ini dicipta bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pelajar bagi menyelesaikan soalan asas algebra dan menarik minat pelajar dalam permainan Dam Aji. ABM yang diinspirasikan dari permainan Dam Aji ini berkonsepkan ‘game-board learning’ memberikan keseronokan kepada pelajar dan menjadikan minda pelajar berfikiran kreatif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia sekaligus dapat membantu pensyarah menjadikan sesi pengajaran lebih menarik. Objektif kertas kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan minat pelajar JTMK semester 1 terhadap permaianan Dam Aji serta untuk mengenalpasti tahap penerimaan inovasi A-Roket sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap penerimaan pelajar ialah menggunakan boring soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A yang berkaitan maklumat diri responden dan Bahagian B pula terdiri daripada 12 pernyataan dengan diberi pilihan jawapan menggunakan skala likert 5 pilihan jawapan. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa skor min yang paling rendah ialah pelajar sangat minat bermain Dam Aji iaitu sebelum penggunaan A-Roket dengan min 3.90. Manakala min yang tertinggi pula adalah selepas penggunaan A-Roket iaitu A-Roket berkesan dalam meningkatkan keyakinan diri terhadap ilmu algebra dengan min 4.70. Ia disokong dengan jawapan responden yang bersetuju untuk penggunaan A-Roket diperluaskan kepada semua pelajar di Politeknik Malaysia. Kesimpulannya, A-Roket telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan semoga dapat dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan. Kata Kunci: Dam Aji, alat bantu mengajar, algebra, matematik, inovasi. 1 2 1, 2 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 65 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet INTEGRASI AUGMENTED REALITY TERHADAP PEMBELAJARAN INTERNET OF THINGS DALAM KALANGAN PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KOLEJ KOMUNITI PERAK: ANALISIS KEPERLUAN Zulfikhri Sabri , Farah Waheda Othman , Muhamad Asrul Affendi Mat Nor Kolej Komuniti Gopeng Universiti Pendidikan Sultan Idris Kolej Komuniti Pasir Salak *[email protected] ABSTRAK Perkembangan teknologi pendidikan bergerak dengan pantas bagi mencapai hasrat persekitaran penggunaan teknologi yang yang optimum seiring dengan Revolusi Industri 4.0. Cabaran baharu ini adalah menjadi keperluan kepada para pendidik, pelajar serta masyarakat untuk tidak ketinggalan mendapat kemahiran dan pendedahan yang diperlukan dalam abad ke-21. Menyedari kepentingan teknologi dalam pendidikan, pengunaan peranti mudah alih sebagai medium pengajaran merupakan pemangkin bagi menghubungkan pensyarah, pelajar, rakan sebaya dan bahan secara maya di laman sesawang atau aplikasi pembelajaran untuk proses PdP. Implikasi dari kemajuan dalam teknologi mudah alih dan adanya platform mudah alih yang kukuh, maka tercetuslah revolusi Augmented Reality melalui peranti mudah alih . Kajian lepas menunjukkan pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di dalam kelas. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti keperluan integrasi Augmented Reality dalam pembelajaran kursus Pengenalan kepada Internet of Things terhadap pelajar Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Perak. Model Penerimaan Teknologi (TAM) telah digunakan sebagai model asas dalam kajian ini. Satu kajian tinjauan telah dijalankan dalam kalangan 62 orang pelajar Sijil Teknologi Maklumat yang pernah mempelajari kursus Pengenalan kepada Internet of Things untuk mengkaji adakah terdapat keperluan untuk mengintegrasikan penggunaan aplikasi Augmented Reality di Kolej Komuniti Perak. Data analisis statistik deskriptif yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26. Datadata tersebut di interpretasi berdasarkan nilai min, peratus dan sisihan piawai. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar (min=4.08 n= 62) mempunyai nilai min yang tinggi dalam menghadapi kesediaan pembelajaran menggunakan Augmented Reality. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelajar Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Perak mempunyai akses kepada keperluan teknologi untuk pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Hasil keputusan ini menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan Augmented Reality dalam pembelajaran Internet of Things dalam kalangan pelajar Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Perak. Kata Kunci: Augmented Reality, Internet of Things, peranti mudah alih, analisis keperluan. 1 2 3 3 1 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 66 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KLUANG KE ARAH PEMBELAJARAN DIGITAL Faridatuljana Mohd Noor , Chu Mei Yea Kolej Komuniti Kluang *[email protected] ABSTRAK Pembelajaran digital merupakan halaman baharu dalam dunia akademik di Malaysia. Laporan Ookla, Amerika Syarikat pada tahun 2022 menyatakan kemudahan liputan internet 4G di Malaysia mencecah 92.3%. Kemudahan akses internet menunjukkan peluang membudayakan pembelajaran digital di Malaysia. Namun begitu, didapati 80% pelajar yang menuntut di Kolej Komuniti Kluang adalah daripada golongan berpendapatan rendah (B40). Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan pelajar Kolej Komuniti Kluang ke arah pembelajaran digital. Kajian ini mengkaji kesediaan pelajar dari segi kemudahan alatan, kesediaan dari segi mental dan motivasi. Kesediaan dari segi kemudahan adalah seperti komputer, komputer riba, telefon pintar, pencetak, dan akses kepada internet. Kesediaan dari segi mental pula mengukur tingkah laku pelajar sama ada boleh mencari maklumat dan melakukan pembelajaran digital. Kesediaan motivasi pelajar pula menilai pandangan pelajar sama ada mereka gemar atau tidak gemar ke arah pembelajaran digital. Terdapat sembilan kelas pelajar dan seramai 119 pelajar aktif semasa kajian dijalankan. Kata Kunci: Pembelajaran digital, kolej komuniti, TVET. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 67 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN SIJIL OPERASI PERHOTELAN SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA PELAJAR PROGRAM OPERASI PERHOTELAN, KOLEJ KOMUNITI KUANTAN Tengku Nor Azura Tuan Pa , Ahmad Zairi Mohd Zain Kolej Komuniti Kuantan Universiti Malaysia Pahang *[email protected] ABSTRAK Kerjaya membawa maksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan. Kerjaya juga selalunya merujuk kepada perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan. Pemilihan bidang kerjaya yang tepat amat penting untuk memastikan pembentukan awal kerjaya bersesuaian dengan minat dan keperibadian seseorang dalam menentukan kejayaan hidup Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor pemilihan Sijil Operasi Perhotelan sebagai pembentukan awal kerjaya pelajar program Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti Kuantan. Pengumpulan data bagi kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah soal selidik di mana seramai 29 orang responden yang terdiri daripada semester 1 sehingga semester 4 pelajar Sijil Operasi Perhotelan bagi ambilan sesi II 2022/2023 telah menjawab dan melengkapkan soal selidik yang telah diberikan kepada mereka. Sebanyak 10 peratus sampel daripada populasi kajian yang diperlukan untuk perlaksanan kajian rintis telah dilaksanakan. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah faktor minat, faktor ibu bapa/keluarga dan faktor jaminan kerjaya mempengaruhi pemilihan Sijil Operasi Perhotelan sebagai pembentukan awal kerjaya pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Kuantan. Hasil dapatan kajian ini juga telah mengesahkan bahawa faktor kejaminan kerjaya pelajar sebagai seorang Hotelier pada masa hadapan akan lebih terjamin dengan memilih Sijil Operasi Perhotelan sebagai pembentukan awal kerjaya mereka di samping faktor dorongan daripada ibu bapa/keluarga serta minat terhadap bidang ini. Kata Kunci: Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Kuantan, faktor-faktor pemilihan pelajar. 1 2 2 1
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 68 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet TAHAP KESEDARAN PELAJAR TERHADAP PELAKSANAAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): KAJIAN AWAL DI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK Nurul Syahirah Mohd Nor , Sulaihah Dollah Kolej Komuniti Pasir Salak *[email protected] ABSTRAK Umumnya, Outcome Based Education (OBE) adalah merupakan pendekatan pendidikan yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian, dan laporan berdasarkan hasil pembelajaran sesuatu kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti. Pendekatan ini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang mana kini telah berada di bawah pemantauan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran dan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan OBE di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan juga Bahagian B. Bahagian A merupakan maklumat demografi responden dan Bahagian B melibatkan B1: Kesedaran Pelajar, B2: Persepsi Pelajar dan B3: Pembelajaran dan Pengajaran. Sampel kajian ini melibatkan 100 orang pelajar KKPS yang terdiri daripada empat program. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 22.0 yang melibatkan pengiraan skor min. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar terhadap pelaksanaan OBE berada pada tahap memuaskan dengan skor min 3.30. Manakala dari aspek persepsi pelajar dalam pelaksanaan OBE di KKPS pula berada pada tahap baik dengan skor min 3.56. Seterusnya, bagi aspek pembelajaran dan pengajaran berada pada tahap baik dengan skor min 3.63. Kesimpulannya, KKPS perlu mengambil langkah yang proaktif dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan OBE dalam pembelajaran dan pengajaran. Kata Kunci: Outcome Based Education, kesedaran, persepsi, pembelajaran dan pengajaran. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 69 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KAJIAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KULINARI, KOLEJ KOMUNITI KUANTAN Azmira Musa , Nabila Shahirah Ghazali , Siti Mariam Mohd Amin @ Abdul Aziz Kolej Komuniti Kuantan *[email protected] ABSTRAK Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian menjadi satu kaedah baharu dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar tanpa perlu bersemuka secara berhadapan bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Ianya sorotan dari penularan virus Covid-19 yang menular di seluruh dunia yang menyebabkan ada alternatif baru untuk menuntut ilmu dalam sistem pendidikan. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi para pelajar Kulinari, Kolej Komuniti Kuantan (KKUA) terhadap pengajaran dan pembelajaran atas talian yang dijalankan akibat dari pandemik Covid -19. Kajian ini melibatkan 65 orang pelajar Program Kulinari semester 1 sehingga semester 4. Satu kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan nilai min. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang pelaksanaan atas talian telah diadaptasi dari kajian lepas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) bagi mendapatkan statistik deskriptif( frekuensi, peratusan, dan min). Lima aspek yang telah dikaji merangkumi kandungan pembelajaran, interaksi, maklum balas, strategi motivasi, dan kemudahan mengakses internet. Dapatan kajian ini menunjukkan kelima-lima aspek yang dikaji di dalam kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu kandungan pembelajaran atas talian (3.62), interaksi atas talian (3.75), maklum balas pensyarah (4.00), strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah (3.98) dan kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran atas talian (3.40). Justeru itu, usaha bagi penambahbaikan yang lebih tinggi dan berkesan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang. Kesediaan dan komitmen para pensyarah dan para pelajar juga amat penting demi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya untuk kebaikan kedua-dua pihak. Kata Kunci: Pembelajaran atas talian, Covid, kulinari. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 70 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet PENERIMAAN KERUSI ERGONOMIK DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN MENGGUNAKAN TECHNOLOGY ACCEPTANCE MODEL (TAM) Mohd Fadzly Mohd Shuraimi Kolej Komuniti Kuantan *[email protected] ABSTRAK Kerusi Ergonimik (KE) adalah inovasi perabut di ruang kerja masa kini. Ianya bermula sebagai kerusi yang mampu menyokong fungsi badan manusia secara optimum. Kajian ini menggunakan Technology Acceptance Model (TAM) dan mempunyai 90 responden di Kolej Komuniti Kuantan. Seramai 10 orang telah dipilih sebagai Pilot Test untuk menentu-sahkan set soalselidik yang telah dibangunkan. Nilai Cronbach Alpha adalah 0.90 dan ia mencerminkan bahawa soalselidik ini adalah wajar diedarkan kepada populasi kajian ini. Teknik persampelan yang digunakan ialah Purposive Sampling seramai 90 peserta. Kajian ini menggunakan analisis regresi pelbagai kerana pengkaji ingin melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah di dalam TAM. Model TAM kali ini dibangunkan adalah merujuk kepada model asal namun terminology dalam KE telah diadaptasi untuk menjawab persoalan kajian ini. Hasil kajian telah menunjukkan majoriti pensyarah memilik KE berbanding kerusi konvensional dan ia telah dibuktikan di dalam Model TAM. Hasil penyelidikan ini membuktikan penerimaan pensyarah adalah releven dan wajar diteruskan penggunaannya di Kolej Komuniti Malaysia. Kata Kunci: Kerusi ergonomik, pensyarah, kolej komuniti, kesihatan, gaya hidup.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 71 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet PENERIMAAN PRODUK INOVASI AIS KRIM AKOK DI KALANGANPELAJAR PROGRAM SIJIL KULINARI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA (KKBBM) Nor Rosmiyana Mahmood , Mohd Farid Yusoff , Abdul Radzeem Abdul Rahman Kolej Komuniti Bukit Beruang *[email protected] ABSTRAK Akok adalah kuih traditional yang telah sebati serta popular di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu sejak dahulu lagi. Justeru kuih traditional yang menjadi kegemaran ramai itu telah diadaptasi dalam bentuk ais krim dengan rasanya yang unik. Ianya boleh dinikmati dimana sahaja. Kajian tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan produk inovasi ais krim akok dikalangan pelajar Program Sijil Kulinari di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM). Cara pengumpulan data yang digunakan untuk kajian ini adalah secara soalselidik yang mengandungi soalan skala Likert empat mata, yang menyentuh tahap penerimaan produk. Responden kajian ini adalah pelajar Program Sijil Kulinari Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan adalah tinggi di kalangan pelajar-pelajar Program Sijil Kulinari KKBBM. Kebanyakan responden menyatakan keunikan serta kelainan rasa ais krim akok dan boleh di makan bersama pencuci mulut lain yang menjadikannya kombinasi lebih sempurna. Kesimpulannya, hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan yang baik di kalangan pelajar Program Sijil Kulinari KKBBM. Oleh itu, disyorkan agar produk inovasi ais krim akok ini ditambah baik dari segi kualiti dan dikomersialkan. Ini dapat mencipta pasaran baru variasi ais krim yang sedia ada. Peluang kerjasama dengan pihak berkaitan perlu diteliti agar impian untuk melihat ais krim akok berada di pasaran dapat di realisasikan. Kata Kunci: Ais krim akok, keberkesanan, kulinari. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 72 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet SEKURITI PENYEDIAAN MAKANAN & AMALAN PEMAKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KULINARI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH Noradilah Mohd Idris Kolej Komuniti Chenderoh *[email protected] ABSTRAK Isu kesihatan berpunca daripada kecuaian penyediaan makanan dan amalan pemakanan seperti keracunan makanan dan penyakit kronik sehingga boleh meragut nyawa sentiasa menjadi isu hangat yang tiada penghujungnya. Oleh sebab itu, kajian ini dibuat untuk meninjau sekuriti penyediaan makanan dan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar kulinari Kolej Komuniti Chenderoh. Reka bentuk kajian adalah tinjauaan deskriptif menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik dibina mengandungi 20 item soalan telah diedarkan kepada 80 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sijil Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, dan peratusan menggunakan perisian statistical package for social science version. Nilai kebolehpercayaan bagi tahap sekuriti penyediaan makanan dan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh ialah α = 0.705. Hasil kajian mendapati tahap sekuriti penyediaan makanan adalah tinggi dalam kalangan pelajar sijil kulinari Kolej Komunti Chenderoh namun berlaku sebaliknya pada tahap sekuriti amalan pemakanan dalam kalangan pelajar sijil kulinari Kolej Komuniti Chenderoh iaitu hasil dapatan ialah rendah. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mengenalpasti faktor faktor yang yang menjadi punca kepada masalah rendahnya sekuriti tahap amalan pemakanan dalam kalangan pelajar sijil kulinari agar isu ini dapat ditandatanggani. Kata Kunci: Sekuriti, penyediaan makanan, amalan pemakanan.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 73 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KEBERKESANAN ALAT BANTU MENGAJAR APLIKASI QUNUT APP BAGI MODUL MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT Rosnani Yahya , Azizah Mahadi Kolej Komuniti Hulu Langat *[email protected] ABSTRAK Salah satu Alat Bantu Mengajar (ABM) pada masa kini yang sering digunakan adalah aplikasi mudah alih (mobile application). Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan aplikasi mudah alih iaitu Qunut App dengan menggunakan teknik Qawafi bagi memudahkan hafalan doa Qunut dalam kalangan pelajar bagi subjek MPU 13012 Pendidikan Islam. Reka bentuk kajian adalah secara kajian tinjauan. Manakala persampelan secara bertujuan dengan melibatkan seramai 44 orang pelajar Semester 2, Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Hulu Langat. Pengumpulan data adalah melalui kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi domain motivasi, kefahaman dan kesesuaian rekabentuk aplikasi. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS 16.0. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap motivasi, pemahaman dan kesesuaian rekabentuk Qunut App dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Diharapkan melalui kajian ini, ia dapat dijadikan rujukan dalam pembangunan aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam kalangan pendidik. Kata Kunci: Aplikasi mudah alih, alat bantu mengajar, Pendidikan Islam, inovasi. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 74 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet THE USE OF SOCIAL MEDIA PLATFORM IN SPEAKING ENGLISH COMPETENCY ENHANCEMENT FOR STUDENTS OF POLITEKNIK MELAKA Nurul Aqilah Adnan , Zaki Muhammad@Mohd Yasin , Adlena Hany Abu Adam Politeknik Melaka *[email protected] ABSTRAK The explosive growth of technology has always made our life easier. It accomplishes countless tasks in many aspects of life nowadays. Social Media platform, a hugely desired application among in recent years has earned a remarkable attention span by worldwide netizen. In Malaysia, the number of social medium users has rocketed in fulfilment with the global social trend. As social media is continually shifting, people need to stay ahead of its curve. Even though some people claim that these platforms might affect its users negatively, it does offer a bunch of blessings especially to the youth. In 2020, due to the pandemic, educators in Malaysia started to adopt this networking medium in their offline classroom due to its prominent credit as the example of the blended learning enrich virtual approach. It greatly functions as the most interactive and approachable platform to implement speaking project-based learning because pupils will have fun creating their videos. Therefore, this paper aims to review the usage of social media platform as a medium to enhance students’ speaking English capability. Researchers found that making use of these applications do assist in motivating the language learners engaged in the lessons from past studies, eventually in improving speaking skill. Hence the finding of this study which was done through questionnaires for sampling selected could inspire teachers to utilize social media as one of their teaching strategies to facilitate students enhancing their speaking English competency in much exciting ways. Keywords: Social Media, online- based learning, speaking enhancement. Kata Kunci: Social media, online-based learning, speaking enhancement. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 75 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet KEBOLEHPASARAN GRADUAN KEJURUTERAAN POLITEKNIK MELAKA DARI PERSPEKTIF INDUSTRI DAN MAJIKAN BAGI ASPEK KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN KEMAHIRAN GENERIK Hussein Alias Politeknik Melaka *[email protected] ABSTRAK Matlamat pendidikan negara untuk melahirkan modal insan terunggul dari aspek kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang yang diambil melalui pelbagai cabaran. Namun, ini adalah sebahagian dari proses mentransformasi ekonomi Malaysia menuju ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. Justeru, kuantiti dan kualiti graduan yang dilahirkan perlulah terbaik agar mampu memenuhi piawai pihak industri dan majikan. Ini adalah tunjang utama yang menyumbang ke arah kejayaan aspirasi negara. Kebolehpasaran graduan merupakan fokus utama di sepanjang fasa pemilihan unutk memastikan graduan yang berkelayakan diterima bekerja. Oleh yang demikian, kajian kebolehpasaran ini dijalankan berdasarkan situasi masa kini yang menyaksikan pelbagai kekangan dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak industri dan majikan. Kajian ini akan mampu menjadi rujukan kepada institusi pengajian tinggi khususnya Politeknik Melaka untuk mempersiapkan graduan yang berjaya melepasi proses pengambilan pekerja baru. Dalam kajian ini,soal jawab di berikan kepada beberapa majikan dan industri yang menerima pelajar teknikal kejuruteraan (Awam, Mekanikal dan Elektrik) untuk menjalani latihan industri termasuk graduan yang bekerja di industri berkenaan. Di antara aspek penilaian adalah persepsi mereka terhadap kualiti pelajar dan ukuran ke atas tahap kualiti sistem pendidikan di politeknik untuk seseorang graduan mendapat pekerjaan dan perkembangan kerjaya. Hasil kajian mendapati terdapat perbandingan dan wujudnya jurang bertahap sederhana hingga ketara diantara prestasi serta kecekapan gerak kerja pelajar dengan apa yang diinginkan oleh pihak majikan. Situasi kritikal ini perlu mendapat perhatian pihak politeknik melalui penambahbaikan dari segi pembelajaran teori dan praktikal beserta fasiliti demi mencapai misi dan visi politeknik sebagai instutusi peneraju TVET Malaysia. Kata Kunci: Kebolehpasaran, piawai, kemahiran, majikan.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 76 Kluster 2: PenyelidikanDalamPengajaranDan Pembelajaran Tvet LAPORAN KAJIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM (PEO) UNTUK PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM Mohd Syaufiq Dolmat , Hernani Hamid , Siti Hazura Zainal Kolej Komuniti Sabak Bernam *[email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian Objektif Program (OP) / Programme Educational Objectives (PEO) untuk Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Metodologi atau reka bentuk kajian pengukuran pencapaian PEO ini berbentuk tinjauan dengan mengambil pendekatan kuantitatif ke atas 50 orang graduan Kolej Komuniti Sabak Bernam dan 20 majikan alumni untuk program Sijil Teknologi Elektrik yang telah tamat pengajian pada tahun 2016 sehingga 2019. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik yang telah dibangunkan dengan melibatkan beberapa orang pakar daripada politeknik, kolej komuniti dan universiti awam dan menggunakan skala Likert dan diubahsuai ke dalam bentuk google form. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian statistik Statistic Package for the Social Science (SPSS v24.0). Daripada kajian yang dijalankan di dapati tahap pencapaian graduan program Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Sabak Bernam terhadap Objektif Program (OP) / Programme Educational Objectives (PEO) adalah tinggi. Kata Kunci: PEO, objektif program, SKE. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 77 Kluster 3: Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan KECENDERUNGAN PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANAN Khairul Anwar Johari , Muhammad Arif bin Noh Shidi , Muhammad Aiman Alieas Kolej Komuniti Ledang *[email protected] ABSTRAK Bidang keusahawanan kini berkembang dengan semakin rancak dan penting dalam memacu industri ekonomi Malaysia. Kerjaya sebagai seorang usahawan dilihat menjadi pilihan terbaik selepas dilanda pendemik Covid 19 dan perkembangan drastik aplikasi Tiktok pada masa kini. Pelajar yang telah memulakan perniagaan lebih awal semasa di alam kampus berpotensi untuk meletakkan perniagaannya sebagai suatu kerjaya selepas tamat belajar. Ini termasuk pelbagai bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan dalam mengalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Ledang terhadap bidang keusahawanan. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini iaitu mengenal pasti faktor minat pelajar terhadap bidang keusahawanan, mengenalpasti sumber motivasi pelajar dan kemahiran keusahawanan yang dapat mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan dimana datanya diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Seramai 64 orang pelajar, (semester 1, 2 dan 3) Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Ledang sesi 1 2022/2023 telah terlibat dalam kajian ini. Pengukuran bagi kajian ini menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) berdasarkan skor min. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai sumber motivasi yang sederhana terhadap keusahawanan dan didorong oleh faktor motivasi dan kokurikulum. Kata Kunci: Keusahawanan, kecenderungan pelajar, kemahiran, penyamanan udara, perniagaan. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 78 Kluster 3: Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan CONSUMER’S LEVEL OF AWARENESS TOWARDS NUTRITION LABELS WHEN BUYING FOOD PRODUCTS K. Devaki Kanapathi , Siti Suhaila Jusoh Politeknik Port Dickson *[email protected] ABSTRAK This research will be related to the factors that influence the level of consumer awareness of food labels when consumers buy the food product. It describes the knowledge of the residents of Port Dickson about the factors they face when buying food products. The objective of this research is to investigate the customer level of awareness toward nutrition label when buying food product, the factor influencing the customer level of awareness in Port Dickson is level of education, consumer knowledge, attitude and health consciousness. This descriptive quantitative study involved a total of 386 respondent’s residents in Port Dickson. The determination of the sample is the probability of using stratified techniques and data were collected by distributing questionnaires. Data analysis using SPSS (Statistical Package for the Social Science) version 27. Kata Kunci: Consumer awareness, food label. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 79 Kluster 3: Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN SOSIAL MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PENYERTAAN DALAM KALANGAN KOMUNITI Shahrizal M.Yasin , Azliza Yusop Kolej Komuniti Kuantan *[email protected] ABSTRAK Konsep keusahawanan sosial semakin popular di seluruh dunia. Di Malaysia, keperluan terhadap keusahawanan sosial adalah berdasarkan kepada isu-isu berkaitan komuniti seperti pembangunan ekonomi, sosial, persekitaran dan pendidikan. Peserta Program Pembangunan Keusahawanan Komuniti (PPKK) di Kolej Komuniti perlu terus diperkasa dengan pembudayaan keusahawanan sosial memandangkan mereka merupakan kumpulan individu yang membentuk dan akan menjadi modal insan yang berharga untuk negara ini. Pembudayaan ini akan memberi pengetahuan, kemahiran dan pencerahan mengenai keusahawanan sosial dalam komuniti. Mereka berpeluang memahami konsep keusahawanan sosial sebagai satu bidang yang berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi disamping memperbaiki taraf sosioekonomi dan kebajikan komuniti serta memperkasa pertumbuhan ekonomi negara secara positif. Budaya usahawan yang sebahagiannya lebih cenderung menunggu serta bergantung kepada bantuan pihak kerajaan umumnya perlu diubah. Dengan menghasilkan seramai mungkin usahawan sosial dalam kalangan komuniti dipercayai akan dapat meningkatkan status sosioekonomi usahawan tersebut sekaligus merangsang pembangunan negara dengan pantas. Oleh yang demikian, peserta PPKK perlu didedah dan dididik dengan konsep, peranan serta peluang keusahawanan sosial untuk mereka menggerakkan pembangunan sosial serta ekonomi menerusi platform keusahawanan sosial. Kejayaan individu yang mempelopori pendekatan keusahawanan sosial dalam menyelesaikan masalah komuniti perlu diwar-war kepada umum khususnya kepada kumpulan komuniti itu sendiri supaya boleh dijadikan contoh dalam melakar kejayaan aktiviti keusahawanan sosial dalam komuniti. Melalui pendekatan keusahawanan sosial ini, pemerkasaan sosio-ekonomi komuniti diharap dapat dizahirkan. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana penerimaan pembudayaan keusahawanan sosial dikalangan peserta PPKK ini dan mempengaruhi kecenderungan penyertaan mereka terhadap pembangunan sosioekonomi dengan penekanan terhadap peranan serta peluang keusahawanan sosial. Kata Kunci: Pembudayaan, keusahawanan sosial, peserta PPKK. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 80 Kluster 3: Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan KAJIAN TERHADAP TAHAP KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG Faizatussai’dah Mean , Quistina Suriani Mazlan Kolej Komuniti Pasir Gudang *faizatussai’[email protected] ABSTRAK Kajian ini merupakan satu pemerhatian terhadap tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kecenderungan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dengan mengambil kira beberapa aspek penting yang saling berkaitan. Seramai 140 orang pelajar telah diambil menjadi sampel dalam tinjuan ini daripada populasi seramai 217 orang pelajar KKPG yang sedia ada. Sampel pelajar ini terdiri daripada mereka yang sedang mengikuti program Sijil Teknologi Maklumat (STM), Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK), Sijil Dandanan Rambut (SDR), Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) dan Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP). Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai maklumat diri responden manakala bahagian kedua pula terdiri daripada tiga aspek utama kajian iaitu faktor motivasi, ciri-ciri usahawan dalam diri dan yang terakhir faktor minat pelajar. Berpandukan maklum balas yang diberi, ia telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian seterusnya membentuk statistik mencari peratusan dan nilai min untuk setiap elemen yang dinilai. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap kecenderungan pelajar-pelajar KKPG untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan adalah pada tahap sederhana. Turut diketengahkan juga ialah cadangan pengkaji tentang cara-cara membangunkan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar. Kata Kunci: Keusahawanan, kerjaya, pelajar kolej komuniti. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 81 Kluster 3: Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan PERSEPSI PESERTA TERHADAP PERLAKSANAAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI (PKK) 2022: LADIES MOBILE SPA & MUSLIMAH MOBILE SALOON DI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG Wan Ajrul Asward Wan Hashim , Siti Mahani Shaik Ismail , Nurhazirah Hamdan Kolej Komuniti Pasir Gudang *[email protected] ABSTRAK Bimbingan keusahawanan merupakan satu perkhidmatan untuk membantu usahawan supaya dapat menghadapi cabaran dunia keusahawanan sama ada dari segi persekitaran sosial mahupun fizikal. Bimbingan ini merangkumi peranan yang dimainkan oleh sesebuah organisasi termasuk individu yang menyediakan pelbagai khidmat nasihat khususnya dalam bidang keusahawanan. Di Malaysia, antara institusi yang dijadikan rujukan dan terlibat dalam memberi bimbingan keusahawanan adalah agensi-agensi kerajaan, kementerian dan juga pelbagai bank termasuklah kolej komuniti. Bimbingan yang diberikan adalah kepada usahawan baru dan juga bakal usahawan khususnya para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan komuniti setempat yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Selari dengan definisi pembimbing keusahawanan, kolej komuniti turut berperanan sebagai sebuah institusi pembangunan kusahawanan. Ini adalah kerana pelbagai program, latihan, kursus, bengkel, seminar dan pendidikan keusahawanan dilaksanakan di kolej komuniti. Oleh itu, Kolej Komuniti Pasir Gudang mengambil inisiatif melaksanakan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) 2022 bagi Ladies Mobile SPA dan Muslimah Mobile Saloon. Peserta yang terlibat adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada 15 peserta bagi Ladies Mobile SPA dan 15 peserta bagi Muslimah Mobile Saloon. Program PKK ini telah dijalankan pada 23 September 2022 sehingga 21 Oktober 2022. Objektif utama program ini adalah untuk melihat perlaksanaan dan juga keberkesanan program dari aspek peningkatan pengetahuan dan juga perkembangan kerjaya para peserta yang terpilih. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dimana perlaksanaan program ini adalah bermula dengan temuduga dan pemilihan peserta, seterusnya pengkaji akan melihat skor min peningkatan pengetahuan dan perkembangan kerjaya. Hasil dapatan menunjukkan perlaksanaan program, aspek pengetahuan dan kemahiran serta perkembangan kerjaya menunjukkan skor min yang tinggi. Ini menunjukkan Program PKK 2022 memberikan impak yang sangat baik kepada komuniti setempat yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kata Kunci: Kolej Komuniti Pasir Gudang, Program Keusahawanan Komuniti (PKK), Ladies Mobile SPA, Muslimah Mobile Saloon. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 82 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi BUDAYA MEMBACA MENGGUNAKAN GAJET SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU Siti Nazura Senan Kolej Komuniti Segamat *[email protected] ABSTRAK Teknologi moden sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Sejak kebelakangan ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar dalam pendidikan menjadi perkara biasa. Penggunaan telefon pintar telah membantu dalam melakukan perkara-perkara biasa menjadi lebih cekap dan berulang. Kelebihan gajet ini telah digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Bahan-bahan pembelajaran juga boleh diakses dengan menggunakan gajet. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masa penggunaan gajet bagi tujuan pembacaan bahan-bahan di dalam talian dalam kalangan pelajar di Politeknik Kota Kinabalu Sabah terutama ketika pandemik Covid 19 melanda Malaysia. Seramai 145 responden telah dipilih secara rawak. Untuk mendapatkan data, kajian ini menggunakan borang soal selidik. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS v.22. Hasil kajian mendapati pelajar memperuntukan lebih 5 jam sehari bagi pembacaan Internet, berita hiburan dan buku komik secara dalam talian. Pelajar lebih cenderung menggunakan telefon pintar untuk bacaan bukan pembelajaran. Implikasi kajian ini dapat membantu pihak institusi untuk terus memberi kesedaran dan nasihat kepada pelajar kesan positif sekiranya menggunakan gajet bagi tujuan pembacaan yang membantu pembelajaran. Kata Kunci: Budaya membaca, gajet, telefon pintar, Politeknik.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 83 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi AMALAN KONSEP WAKALAH PENGURUSAN ZAKAT DI POLITEKNIK UNGKU OMAR Ammar Badruddin Romli Politeknik Bagan Datuk *[email protected] ABSTRAK Konsep wakalah meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat dan memberi peluang kepada pengurusan kendiri zakat di peringkat institusi. Walau bagaimana pun, masih belum terdapat model pengurusan zakat yang dapat dijadikan panduan bagi pengurusan zakat mengikut konsep wakalah di peringkat politeknik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengamalan konsep wakalah dalam pengurusan zakat di Politeknik Ungku Omar (PUO) selama satu dekad. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes, dapatan kajian dikumpulkan melalui temuduga empat orang pegawai zakat PUO yang telah berkhidmat lebih daripada 8 tahun dan analisis dokumen-dokumen berkaitan dengan pengurusan zakat di PUO. Dapatan dianalisis secara induktif. Kajian ini mendapati bahawa operasi kutipan dan agihan zakat di PUO dikendalikan oleh Unit Zakat dan Wakaf (UZWA) melalui pelbagai kempen seperti kempen potongan gaji dan perhimpunan bulanan. Kaedah pembayaran menggunakan cek, pindahan wang, dan kad kredit turut diperkenalkan, selain daripada potongan gaji atau tunai di kaunter amil. Operasi agihan zakat hanya melibatkan agihan kepada asnaf miskin, ghorimin dan fisabilillah sahaja. eZakatPUO diperkenalkan pada 2018, bagi menggantikan permohonan secara manual. Kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pelaksanaan wakalah dalam pengurusan zakat di institusi pendidikan yang lain, khususnya di politeknik. Pihak pengurusan boleh merujuk kepada sistem agihan, pelaksanaan eZakatPUO, dan carta alir yang dibincangkan dalam artikel ini. Kata Kunci: Wakalah, politeknik, unit zakat dan wakaf, pengurusan zakat, institusi pengajian.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 84 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi KAJIAN MAKLUMBALAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM TERHADAP KEMUDAHAN RUMAH SEWA Noraznin Omar Kolej Komuniti Sabak Bernam *[email protected] ABSTRAK Penginapan pelajar yang dilengkapi dengan infrastruktur memuaskan penting dalam pembinaan modal insan dan disiplin pelajar di dalam sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Kesan penginapan dianggap penting kerana persekitarannya mempengaruhi kesejahteraan dan kesihatan seseorang pelajar serta sebahagian besar daripada perbelanjaan pelajar dilaburkan kepada tempat penginapan. Oleh itu aspek disiplin dan penginapan mempunyai peranan penting yang seiring untuk membangunkan pelajar secara keseluruhannaya. Kedua-dua komponen ini perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Kajian ini dibuat lebih kepada keprihatinan pengkaji terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menginap di rumah-rumah sewa sepanjang melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Untuk tujuan itu, kajian ini dibangunkan untuk mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap kemudahan asas di rumah sewa bagi mengenalpasti masalah dan punca kepada masalah di rumah sewa pelajar. Dalam kajian ini, seramai 117 orang pelajar yang menginap di rumah sewa bagi Semester II 2022/2023 telah dipilih untuk dijadikan responden kajian. Data kemudiannnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science Versi 26. Hasil dari analisis data yang telah dibuat didapati konstruk yang diuji menunjukkan nilai min yang sederhana. Ini menggambarkan kemudahan asas yang disediakan di rumah sewa adalah pada tahap sederhana dan masalah yang paling dominan adalah keperluan asas di dapur di mana ianya menunjukkan nilai min yang paling rendah berbanding kemudahan yang lain. Implikasi kajian ini penting kepada semua pihak berkepentingan seperti pihak Pengurusan Kolej Komuniti Sabak Bernam, pemilik rumah sewa, ibubapa dan pelajar. Kata Kunci: Masalah, rumah sewa, pelajar.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 85 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi KAJIAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BERDASARKAN KEPADA PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH Nadhirah Albadri , Nurul Hidayah Ahmad Alemi , Yunisra Yusof Kolej Komuniti Masjid Tanah *[email protected] ABSTRAK Tahap kompetensi pelajar melaksanakan tugas semasa menjalani LI merupakan elemen yang penting bagi menentukan pencapaian kebolehpasaran graduan. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan majikan terhadap kompetensi pelajar bagi semua program pengajian di Kolej Komuniti Masjid Tanah perlu diterokai. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan majikan terhadap pelajar Latihan Industri berdasarkan kepada program pengajian di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) serta hubungannya dengan kecenderungan kepuasan majikan terhadap pelajar Latihan Industri KKMT. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan majikan terhadap pelajar LI berdasarkan kepada program pengajian di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan mengkaji hubungan faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan majikan bagi pelajar berdasarkan kepada Program Pengajian di Latihan industri Kolej Komuniti Masjid Tanah. Sebanyak 132 majikan dipilih sebagai sampel kajian dan analisis Inferensi (Regressi Pelbagai) telah dilaksanakan menggunakan SPSS 23.0 bagi menjawab persoalan kajian. Ujian normaliti telah dijalankan bagi membuktikan data yang yang diperoleh adalah bertabur secara normal. Analisis ujian kenormalan menggunakan Kolmogorov-Smirnova menunjukkan nilai signifikan (p>0.05). Oleh itu, data ini mempunyai taburan yang normal kerana nilai signifikan = 0.200 yang melebihi (p>0.05). Seterusnya melalui analisis diskriptif mendapati tahap kepuasan majikan (µ= 4.154, σ = 0.55) terhadap pelajar LI KKMT adalah tinggi dan melalui analisis Regressi Pelbagai telah menunjukkan wujud penglibatan signifikan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan majikan terhadap pelajar Latihan Industri Kolej Komuniti Masjid Tanah. Satu (1) faktor iaitu Kemahiran (β = 0.684; p = 0.00) merupakan faktor signifikan dalam mempengaruhi kepuasan majikan terhadap pelajar Latihan Industri Kolej Komuniti Masjid Tanah. Dua (2) faktor lain iaitu Pengetahuan (β = -0.016; p = 0.867) dan Kemahiran Insaniah (β = 0.114; p = 0.234) pula terbukti bukanlah faktor yang menyumbang kepada kepuasan majikan terhadap pelajar Latihan Industri Kolej Komuniti Masjid Tanah. Kata Kunci: Kepuasan majikan, latihan industri, Kolej Komuniti. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 86 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi IMPAK PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK TERHADAP GAYA HIDUP PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SELANDAR MELAKA Siti Rohana Muhamad Shamsudin , Norliana Masran , Mohd Sobri Musa Kolej Komuniti Selandar *[email protected] ABSTRAK Pada masa kini, Tiktok merupakan aplikasi yang berkembang pesat dan sangat trending dalam kalangan golongan muda. Tiktok merupakan aplikasi yang sangat mudah dimuat turun ke telefon pintar dari Google playstore dan Appstore. Aplikasi ini membolehkan pengguna menghasilkan video pendek yang berdurasi diantara 3 hingga 15 saat. Namun demikian, segelintir pelajar terlampau obses dengan aplikasi Tiktok yang menyebabkan ketagihan melampau. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat impak penggunaan aplikasi Tiktok dikalangan para pelajar Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dimana sampel kajian adalah terdiri daripada 73 orang pelajar Kolej Komuniti. Soal selidik diedarkan kepada 93 orang pelajar dan 76 sampel diambil sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar yang menjawab soal selidik terdiri daripada pelajar-pelajar Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Landskap. Data yang diperolehi tersebut dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Analisis skor min digunakan untuk meninjau impak penggunaan aplikasi Tiktok terhadap gaya hidup pelajar Kolej Komuniti Selandar. Pelbagai impak yang berlaku akibat penggunaan Tiktok seperti pembaziran masa kerana pelajar menghabiskan masa melayari kandungan Tiktok dan pendedahan secara terbuka kepada video Tiktok. Walaubagaimanapun, impak positif dapat dilihat juga seperti pengembangan bakat dalam video Tiktok dan boleh digunakan oleh para pelajar sebagai salah satu cara teknik pembelajaran. Secara keseluruhan, aplikasi Tiktok memberi impak kepada gaya hidup pelajar Kolej Komuniti Selandar. Kesedaran yang tinggi perlu di terapkan oleh pihak kolej kepada para pelajar-pelajar supaya dapat membendung perilaku yang negatif hasil daripada aplikasi Tiktok yang memang wujud dalam kehidupan para pelajar. Kata Kunci: Tiktok, trending, telefon pintar. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 87 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi KAJIAN HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA Zuriana Zamberi , Abang Irwan Hafizal Abang Abdollah , Zurilawati Binti Md Zawawi Kolej Komuniti Seberang Jaya *[email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti Seberang Jaya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam akademik di mana rata-ratanya pelajar sukar memberikan komitmen sepenuuhnya dan kerap berlaku ketidakhadiran pelajar secara konsisten. Selain itu, pelajar turut menghadapi masalah pembelajaran terutama subjek yang mempunyai penilaian teori dan peperiksaan akhir, Seramai 89 responden bagi sesi I:2021/2022 telah terlibat dalam kajian ini melalui soal selidik yang diedarkan melalui pautan google form. Soal selidik tersebut mempunyai 3 bahagian bagi mengkaji responden iaitu demografi, gaya kepimpinan ibu bapa serta pencapaian keseluruhan responden sepanjang pembelajaran mereka di Kolej Komuniti Seberang Jaya. Objektif kajian ini terbahagi kepada 3 iaitu (i) mengkaji tahap kepimpunan ibu bapa dalam menentukan tahap pencapaian pelajar dan (ii) mengkaji hubungan yang signifikan di antara amalan gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis kajian dilaksanakan dengan menggunakan perisian SPSS versi 21 di mana pembolehubah bersandar dan tidak bersandar telah ditentukan berdasarkan kepada objektif kajian yang hendak dicapai. Hasil tinjauan borang soal selidik dengan berdasarkan kepada teori Baumrind, mendapati bahawa gaya keibubapaan autoritatif dan autoritarian berada pada tahap memuaskan manakala gaya keibubapaan permisif berada pada tahap sederhana manakala tahap pencapaian akademik pelajar berada pada tahap kepujian. Ujian Kolerasi Spearman mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan autoritatif dan autoritarian dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya. Walaubagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan permisif dengan pencapaian akademik di kalangan responden. Dapatan ujian-t sampel bebas mendapati bahawa tiada perbezaan antara pencapaian akademik di kalangan pelajar berdasarkan jantina. Justeru itu, kajian ini menolak penggunaan model Baumrind sebagai sebuah model asuhan yang deduktif dan sejagat sebaliknya boleh dirumuskan bahawa tinggi atau rendah pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi jenis gaya keibubapaan yang diamalkan sematamata. Kata Kunci: Gaya keibubapaan, pencapaian akademik, model Baumrind. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 88 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi ANALISA TREN MASALAH PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK Nur Hidayati Sanusi Kolej Komuniti Bagan Datuk *[email protected] ABSTRAK Analisa tren masalah pelajar adalah satu kajian penting untuk mendapatkan fakta tentang statistik masalah pelajar di Kolej Komuniti Bagan Datuk. Kajian ini dijalankan dengan meninjau kajian literatur dan juga data statistik masalah pelajar KKBGD pada tahun 2022. Data yang diperolehi pada asasnya adalah untuk menilai jenis permasalahan pelajar dan cara mengatasinya. Walaubagaimanapun, data ini menjurus kepada penganalisaan perincian bulanan secara deskriptif melibatkan nilai kekerapan. Penilaian dibuat bagi melihat kekerapansesi bimbingan konsultasi berdasarkan laporan bulanan. Punca kepada bentuk pola atau tren ini juga dinyatakan dalam kertas kajian ini. Kajian awal mendapati berlaku tren peningkatan dari bulan Januari 2022 hingga bulan April 2022 dan terus meningkat pada penggal kedua bermula Ogos hingga November 2022. Kupasan tren permasalahan dan cadangan positif turut dibincangkan. Kata Kunci: Tren, psikologi, kolej komuniti, permasalahan, pola.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 89 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi PENGARUH PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR Muhamad Azlin Ismail , Muhammad Afiq Norazman , Norzalina Mohd Yusof Kolej Komuniti Bagan Datuk *[email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan sistem Penasihatan Akademik (e-SPAk) terhadap keputusan peperiksaan pelajar Sijil Komputer dan Rangkaian ( SSK ) di Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBgD). Kajian ini melibatkan seramai 70 orang pelajar SSK yang terdiri daripada pelajar yang menggunakan e-SPAk dan yang tidak menggunakan e-SPAk. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan bahasa pengaturcaraan Python dengan menggunakan ujian t dan analisis varian (ANOVA) untuk melihat perbezaan keputusan peperiksaan antara kedua-dua kumpulan pelajar.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang tidak signifikan dalam keputusan peperiksaan keseluruhan antara pelajar yang menggunakan e-SPAk dan yang tidak menggunakan e-SPAk. Walaubagaimanapun, apabila melihat keputusan peperiksaan bagi keputusan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) , didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan pelajar. Pelajar yang menggunakan e-SPAk menunjukkan keputusan peperiksaan yang lebih baik dalam keputusan HPNM berbanding dengan pelajar yang tidak menggunakan e-SPAk. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan sistem e-SPAk memberikan kesan positif terhadap keputusan peperiksaan subjek HPNM. Oleh itu, adalah disyorkan agar pihak kolej terus meneruskan penggunaan sistem e-SPAk serta memperluas penggunaannya dalam pelaksanan program SSK dalam meningkatkan keputusan pelajar. Selain itu, kajian masa depan juga boleh membandingkan keberkesanan program SSK dengan program SVM serta perbezaan keputusan di antara jantina. Kata Kunci: Sistem e-SPAk, keputusan peperiksaan, pelajar SSK, Kolej Komuniti Bagan Datuk, HPNM. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 90 Kluster 4:Hal Ehwal PelajarDan Psikologi IMPAK PLATFORM DIGITAL SUKARELAWAN TERHADAP KECENDERUNGAN PENGLIBATAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI ARAU DALAM AKTIVITI SUKARELAWAN Mohammad Zabidi Abdullah , Badrolhisam Jaafar , Sofiah Bakar Kolej Komuniti Arau *[email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana platform digital sukarelawan mempengaruhi kecenderungan pelajar Kolej Komuniti Arau untuk menyertai aktiviti berbentuk sukarelawan. Sampel kajian terdiri daripada 226 pelajar yang menjawab inkuiri berstruktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden menganggap platform digital sukarelawan sederhana berguna dan mudah digunakan. Selain itu, didapati bahawa terdapat kecenderungan yang lebih rendah untuk menjadi sukarelawan. Walaupun terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi kebolehgunaan platform dan kemudahan penggunaan, analisis korelasi menunjukkan bahawa kecenderungan sukarelawan untuk melibatkan diri tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Kesimpulannya, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran pelajar Kolej Komuniti Arau tentang kepentingan dan kemudahan penggunaan platform digital sukarelawan. Selain itu, adalah penting untuk mewujudkan trend yang lebih kukuh untuk penglibatan sukarelawan dalam kalangan pelajar. Kajian masa depan dicadangkan untuk melihat perkara yang mempengaruhi persepsi dan kecenderungan untuk menjadi sukarelawan. Kajian ini harus melibatkan pelajar dari pelbagai institusi pendidikan. Kata Kunci: Sukarelawan, digital, Teori Penerimaan Teknologi (TAM). 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 91 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran PENGURUSAN LEAN: SISTEM PENGURUSAN KUNCI JMSK (SPK-JMSK2023) Norashikin Shari , Siti Hawa Aziz , Zuliana Abd Mutalib Politeknik Ungku Omar *[email protected] ABSTRAK Inovasi dalam pengurusan lean merupakan usaha berterusan dalam menambahbaik carakerja bagi memudahkan ahli organisasi. Ini membuka peluang dan ruang bagi ahli organisasi berfikir secara kritis dan inovatif dalam analisis dan penyelesaian sesuatu perkara. Rekod pergerakan kunci pejabat utama, pejabat pensyarah dan makmal merupakan elemen penting keselamatan bagi mengelakan pencerobohan dan kehilangan aset pejabat. Dari kaedah konvensional, iaitu perekodan pergerakan kunci melalui buku telah berubah kepada penggunaan lampiran excel google atas atas talian yang boleh dicapai oleh semua ahli organisasi. Kini, ianya ditambahbaik dengan pembinaan aplikasi webpage yang dinamakan sebagai SPK-JMSK yang berpotensi dijadikan aplikasi telefon pintar seiring dengan kemajuan teknologi. Melalui aplikasi web ini, ahli organisasi lebih mudah merekod dan memantau pergerakan kunci bagi semua lokasi berkenaan. Ianya juga lebih menarik dengan penggunaan Antaramuka Grafik Pengguna berbanding lampiran excel google sedia ada. Pembinaan aplikasi ini adalah dengan menggunakan kaedah seret dan lepas pengekodan iaitu Glideapps. Ianya sesuai untuk dikembangkan di platform IOS dan Android. Data yang dimasukkan akan terpapar secara masa sebenar dan dapat dilihat oleh semua ahli organisasi. Inovasi ini boleh dikembangkan dari masa ke semasa mengikut keperluan organisasi. Kata Kunci: Pengurusan lean, aplikasi SPK-JMSK, rekod pergerakan kunci, Glideapps. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 92 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran E-PELAPORAN PSH : KEBERKESANAAN PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE WORKSPACE SEBAGAI KAEDAH PELAPORAN PELAKSANAAN KURSUS PENDEK Mohamed Azreen Zaini , Mohd Rashidi Omar , Marziah Che Mansor Kolej Komuniti Bagan Datuk Kolej Komuniti Chenderoh *[email protected] ABSTRAK Seiring dengan perkembangan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dimana merujuk kepada transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi baru muncul. Kerajaan telah mewujudkan Dasar 4IR Negara iaitu dasar negara yang menyeluruh untuk memacu usaha bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi 4IR yang beretika. Perkembangan teknologi 4IR iaitu penggunaan pengkomputeran awam yang meluas dilihat mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat diaplikasikan dalam pelaporan pelaksanaan kursus pendek dari segi ketersediaan data yang lebih komprehensif dan bersepadu. Justeru itu , dalam usaha untuk memastikan pelaporan pelaksanaan kursus pendek dapat mencapai ketersediaan data pada tahap yang optimum, Unit PSH Kolej Komuniti Bagan telah memujudkan satu kaedah pelaporan kursus pendek (E-Pelaporan PSH) yang berterasakan pengkomputeran awan menggunakan teknologi dari Google Workspace iaitu Google Sites , Google Drive dan Google Docs. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Aplikasi Google Workspace sebagai kaedah pelaporan pelaksanaan kursus pendek. Pengedaran soal selidik dibuat dalam google form bagi memudahkan pengedaran dan pengisian , manakala maklum balas responden dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS. Dapatan analisis soal selidik daripada responden menunjukan kaedah ini mampu untuk memberi nilai tambah baik dari segi masa capaian laporan lebih baik dan peningkatan kualiti proses pengurusan pelaporan kursus pendek yang lebih cekap. Kata Kunci: Keberkesanan, pengurusan PSH, kursus pendek, 4IR. 1 2 1, 3 3 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 93 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran SISTEM KUNCI ELEKTROMAGNETIK PEJABAT JMSK (SKEP JMSK2023) Norashikin Shari , Mohd Shaifuddin Ishak Politeknik Ungku Omar *[email protected] ABSTRAK Inovasi dalam pengurusan lean merupakan usaha berterusan dalam menambahbaik carakerja bagi memudahkan ahli organisasi. Ini membuka peluang dan ruang bagi ahli organisasi berfikir secara kritis dan inovatif dalam analisis dan penyelesaian sesuatu perkara. Pengurusan pejabat utama, pejabat pensyarah dan makmal merupakan elemen penting keselamatan bagi mengelakan pencerobohan dan kehilangan aset pejabat. Dari kaedah konvensional, di mana pejabat dan makmal dibuka secara kunci manual di antara jam 8pagi hingga 5petang, kini, ianya ditambahbaik dengan sistem kunci elektomagnetik berkod (SKEP JMSK2023) di bangunan JMSK PUO. Ahli organisasi akan menggunakan sistem pengurusan kunci JMSK (SPK JMSK2023) untuk membuka pejabat pada jam 8pagi dan menutup pejabat pada jam 5petang sahaja. Di antara waktu tersebut, SKEP JMSK2023 dapat meningkatkan keselamatan melalui pengawalan kemasukan pihak ketiga ke bangunan JMSK semasa waktu pejabat. Inovasi ini boleh dikembangkan dari masa ke semasa mengikut keperluan organisasi seperti kawalan sistem telefon pintar dengan menggunakan Microcontroller Arduino. Kata Kunci: Pengurusan lean, SKEP JMSK2023, SPK JMSK2023. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 94 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran SISTEM PENGURUSAN WEB PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI KUCHING Liew Foong Ching , Nuraini Mahmud , Mervin Gumba Anak Sigai Kolej Komuniti Kuching *[email protected] ABSTRAK Situasi Pandemik COVID-19 telah mengubah konsep pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua Institusi Pendidikan Tinggi Negara secara menyeluruh. Projek inovasi, One-Stop Centre PSH KKKG dibangunkan bagi keperluan dan pemudahcara kepada pensyarah dan penyelaras Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam sistem pengurusan kursus pendek dan latihan khas akaun amanah Kolej Komuniti. Penularan Pandemik COVID-19 telah mengubah ekosistem pengurusan kursus pendek dari secara fizikal kepada pengurusan secara maya terutamanya di kalangan pensyarah dan penyelaras PSH. Limitasi keberadaan pegawai di pejabat merupakan salah satu cabaran yang besar bagi pengurusan yang melibatkan dokumen fizikal. Maka, satu inovasi One-Stop Centre PSH KKKG diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan yang lebih efektif dan berfungsi sebagai pemudahcara sistem pengurusan PSH Kolej Komuniti. Inovasi ini telah memberi impak yang positif kepada semua pensyarah dan penyelaras PSH. One-Stop Centre PSH KKKG merupakan satu platform aplikasi web interaktif yang boleh dilayari secara langsung untuk kolaborasi, pengkongsian maklumat secara atas talian dan boleh diakses di mana-mana sahaja dengan mengunakan telepon pintar, komputer riba dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan dengan internet. Projek inovasi ini adalah pemudahcara pengurusan PSH dari segi penjimatan kos, masa dan tenaga kerja. Kata Kunci: Aplikasi web, inovasi, pengurusan PSH, pemudahcara. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 95 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran KAJIAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI JASIN Roslinda Osman , Dian Ainor Mizan Kolej Komuniti Jasin *[email protected] ABSTRAK Sumber manusia merupakan penggerak utama bagi kejayaan sesebuah organisasi. Kepuasan bekerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang berada pada tahap yang baik dapat melahirkan kakitangan yang mempunyai prestasi yang tinggi, bermotivasi serta cekap bekerja sekaligus membantu meningkatkan produktiviti dan mencapai sasaran petunjuk prestasi seperti yang telah ditetapkan oleh organisasi, Adalah amat penting bagi pihak pengurusan sesebuah organisasi memastikan tahap kepuasan bekerja kakitangannya sentiasa berada pada tahap yang baik. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja kakitangan Kolej Komuniti Jasin dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kepuasan bekerja di kalangan kakitangan Kolej Komuniti Jasin. Kajian ini dijalankan melalui edaran borang soal selidik dengan menggunakan perisian Google Form. Seramai 52 orang responden daripada 65 jumlah keseluruhan kakitangan Kolej Komuniti Jasin telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Responden terdiri daripada kumpulan pensyarah dan staf khidmat sokongan Kolej Komuniti Jasin. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistik Package for Social Science (SPSS) version 27.0. Analisis kekerapan (frequency) digunakan untuk menganalisis maklumat demografi responden manakala teknik min digunakan dalam analisis deskiptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan bekerja kakitangan Kolej Komuniti Jasin berada pada tahap Berpuas Hati. Daripada hasil kajian ini juga, didapati faktor kemudahan/perkhidmatan lain merupakan faktor utama yang boleh mempengaruhi tahap kepuasan bekerja di kalangan kakitangan Kolej Komumiti Jasin. Kajian ini menunjukkan amalan pengurusan organisasi Kolej Komuniti Jasin yang dilaksanakan ketika ini memenuhi tahap kepuasan bekerja di kalangan kakitangannya. Daripada kajian ini juga terdapat input dan cadangan yang boleh dinilai oleh pihak pengurusan Kolej Komuniti Jasin sebagai penambahbaikan amalan pengurusan pada masa hadapan. Kata Kunci: Kepuasan bekerja, kakitangan, amalan pengurusan. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 96 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran PERSEPSI PELAJAR UNIT HOSPITALITI TERHADAP PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN Nurulkhazimah Abd Rahman , Farhana Anaspekri , Ahmad Zairi Mohd Zain Kolej Komuniti Kuantan Universiti Malaysia Pahang *[email protected] ABSTRAK Kolej Komuniti Kuantan telah melaksanakan EKSA bermula pada tahun 2016 bagi menggantikan amalan 5S yang telah diamalkan sejak tahun 2014. Pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan kepada para pelajar adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang aspek keselamatan dan kebersihan. Pelajar yang mendaftar di Kolej Komuniti Kuantan datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Oleh itu, kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kebersihan bilik kuliah, bengkel dan makmal yang mereka gunakan adalah sesuatu yang baru bagi sebahagian besar pelajar. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelajar Unit Hospitaliti terhadap keberkesanan pelaksanaan EKSA di bilik kuliah, bengkel dan makmal. Kajian ini memfokuskan kepada pemahaman mereka terhadap pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan. Bagi memenuhi keperluan kajian ini, seramai 52 orang pelajar daripada Unit Hospitaliti telah dipilih sebagai responden. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dimana instrument kajian adalah soal selidik dan data yang diperolehi dikumpulkan dan dianalisis bagi melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanaan amalan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan. Cadangan dan penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan EKSA dikemukakan dalam laporan kajian ini bagi mengekalkan suasana selesa dan kondusif kepada pelajar bertepatan dengan moto EKSA Kolej Komuniti Kuantan iaitu Kondusif Sistem Efisien Organisasi. Kata Kunci: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), sikap, peranan pensyarah, kesedaran pelajar. 1 2 1, 2 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 97 Kluster 5: Pengurusan OrganisasiDan SistemPentadbiran KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PROTOTAIP E-ATTENDANCE EVENT TRACKER USING GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS) DALAM PENGURUSAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK Nor Hafizah Md Desa , Salmiah Shahlan Kolej Komuniti Pasir Salak *[email protected] ABSTRAK Pada masa kini, telefon pintar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ia telah menjadikan kehidupan setiap orang mudah dengan adanya aplikasi sosial, komersial, pendidikan, pemasaran dan lain-lain. Selaras dengan keperluan semasa yang bergantungan dengan arus teknologi maklumat, satu prototaip sistem kehadiran fasa pertama iaitu e-Attendance Event Tracker Using Global Positioning System (GPS) telah dibangunkan bagi kegunaan Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Kajian pembangunan prototaip ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang tersedia di dalam sistem. Dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna menyedari kepentingan sistem e-Attendance Event Tracker dalam pengurusan pelajar. Tujuan utama pembangunan adalah untuk menangani beberapa masalah serta proses merekod kehadiran pelajar KKPS secara amnya dari semasa ke semasa. Dengan adanya rekod kehadiran yang berpusat, ianya juga dapat menyimpan semua senarai kehadiran dalam masa yang sama dapat meningkatkan kecekapan organisasi dalam mencapai sesuatu maklumat kehadiran mengikut program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di Kolej Komuniti Pasir Salak dengan lebih efektif, teratur, cepat dan selamat.Prototaip ini juga dapat menganalisa peratusan kehadiran mengikut program dan menghasilkan laporan sebagai rujukan mana-mana pihak yang berkeperluan secara amnya serta pengarah program secara khasnya. Perisian yang digunakan untuk membangunakan prototaip sistem ini adalah PHP (Hypertext Processor), Notepad++, PHPMyAdmin dan MySQL. Metodologi yang diaplikasikan sepanjang prototaip fasa pertama bagi eAttendance Event Tracker Using Global Positioning System (GPS) dibangunkan adalah dengan menggunakan model air terjun atau dikenali sebagai metodologi Jujukan Linear. Kata Kunci: Prototaip, e-Attendance, Global Positioning System, GPS. 1 2 1, 2
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 98 Kluster 6: TeknologiHijau / Teknologi Industri / Stem/ Industri 4.0 PENERAPAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM PEMBELAJARAN TVET DI ILJTM Eza Monzaid ILP Pasir Gudang *[email protected] ABSTRAK Teknologi hijau merupakan antara teknologi baharu yang sedang giat dibangunkan oleh pelbagai pihak kerajaan mahupun organisasi swasta. Penggunaan teknologi hijau merupakan salah satu alternatif bagi menangani isu alam sekitar yang sering dikaitkan masalah pencemaran alam sekitar, perubahan iklim global serta kekurangan sumber semulajadi dunia yang sedang mengancam kehidupan individu dan masyarakat dunia. Penggunaan teknologi hijau bukan sahaja dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar bahkan melalui penggunaan dan pengurusan sumber semulajadi yang efisien ia dapat kualiti kehidupan individu mahupun masyarakat seluruh dunia. Pendekatan kemahiran teknologi hijau menerusi institusi TVET dalam kalangan pelajar ILJTM merupakan antara inisiatif dalam pendidikan TVET bagi membantu negara merealisasikan pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau untuk meningkatkan sumbangan terhadap ekonomi negara. Kertas ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan kemahiran teknologi hijau dalam kalangan pelajar ILJTM. Penekanan di pembelajaran bagi teknologi hijau dapat memberi pendedahan kepada pelajar ILJTM supaya menguasai teknologi baharu tersebut di samping menyediakan graduan ILJTM yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam pasaran kerja. Kata Kunci: Teknologi hijau, alam sekitar, teknologi baharu, pelajar ILJTM.
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN 99 Kluster 6: TeknologiHijau / Teknologi Industri / Stem/ Industri 4.0 PENIPISAN OZON - PUNCA, KESAN DAN LANGKAH PELINDUNGAN: KAJIAN LITERATUR SISTEMATIK Muhamad Asrul Affendi Mat Nor , Farah Waheda Othman , Khairi Izwan Mohammad Kolej Komuniti Pasir Salak *[email protected] ABSTRAK Penipisan ozon merujuk kepada penipisan lapisan ozon di atmosfera bumi yang melindungi planet daripada sinaran ultraungu (UV) berbahaya daripada matahari. Punca utama penipisan ozon ialah pembebasan bahan kimia tertentu, seperti Klorofluorokarbon (CFC) dan Hidroklorofluorokarbon (HCFC) ke atmosfera. Punca semulajadi seperti letusan gunung berapi, suar suria, dan kilat juga boleh menyumbang kepada penipisan ozon. Kesan daripada penipisan ozon adalah peningkatan sinaran UV. Apabila lapisan ozon menipis, lebih banyak sinaran UV boleh sampai ke permukaan bumi. Ini boleh memberi kesan berbahaya kepada kesihatan manusia, seperti peningkatan risiko kanser kulit, katarak, dan penindasan sistem imun. Penipisan ozon juga boleh menyumbang kepada perubahan iklim dengan mengubah keadaan atmosfera dan mempengaruhi corak cuaca.Mengikut perjanjian Protokol Montreal antarabangsa yang telah ditandatangani pada 1987, bertujuan untuk menghentikan pengeluaran dan penggunaan CFC dan bahan penipisan ozon yang lain secara berperingkat. Menggantikan bahan kimia penipisan ozon dengan bahan kimia alternatif yang kurang berbahaya juga boleh membantu mengurangkan penipisan ozon. Mengamalkan amalan mampan, seperti mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dapat membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia dan penipisan ozon serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar secara keseluruhan. Penyebab penipisan ozon dari peralatan yang rosak atau tidak berfungsi dengan betul.Oleh itu dengan memperbaiki peralatan yang rosak atau menggantikan peralatan yang sudah lapuk dengan peralatan yang lebih baru dan lebih cekap boleh membantu mengurangkan penggunaan bahan kimia yang mengakibatkan penipisan ozon berlaku.Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesan berbahaya penipisan ozon serta kepentingan perlindungan lapisan ozon juga dapat membantu menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab. Selain itu, menggalakkan individu dan organisasi untuk mengambil tindakan untuk mengurangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar. Kata Kunci: Penipisan ozon, Sinaran Ultraungu, Protocol Montreal, kelestarian alam sekitar. 1 2 1, 2, 3 3
ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN Kluster 6: TeknologiHijau / Teknologi Industri / Stem/ Industri 4.0 MEREKABENTUK DAN PELAKSANAAN KAWALAN MOTOR AC FORWARD REVERSE MENGGUNAKAN DOL STARTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR Krishnamoorthy Govindarajalu , Hamidah A.Hamid , Hasnita Ramli Politeknik Sultan Azlan Shah *[email protected] ABSTRAK Pembangunan dan fabrikasi satu trainer motor kawalan arus ulangalik(au) forward reverse dengan menggunakan DOL Starter sebagai alat bantu mengajar bagi membantu pensyarah kursus DET30043 Electrical Machine semester 3 bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dalam menghubungkait teori dan aplikasi sebenar topik tersebut dalam industri. Alat bantu mengajar ini menerangkan bagaimana kaedah menggunakan pemula Direct Online (DOL) dalam memulakan motor kawalan arus-alik forward reverse dilaksanakan. Menurut Azaliza Baharom(2021), penghasilan alat bantu mengajar atau trainer yang dapat menjimatkan kos pembelian serta kos selenggaraan serta produk yang dapat meningkatkan mutu pembelajaran pelajar amat membantu para pelajar memahami. Satu trainer yang boleh membantu meninggkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap operasi kendalian dalam kawalan motor AU terhadap operasi putaran arah jam (forward) serta putaran motor lawan jam (reverse) dihasilkan bagi menunjukkan penggunaannya dalam industri. Kaedah yang digunakan dalam mengfabrikasikan produk ini ialah dengan menggunaan semua komponen yang dipelajari oleh pelajar bagi kawalan Direct Online Starter Forward Reverse supaya ia mudah dilihat dan difahami. Sekaligus dapat mengukuhkan pemahaman pelajar dalam teori untuk mengadapi peperiksaan akhir. Dengan bantuan trainer, pelajar dapat didedahkan kepada kepentingn kawalan motor dan komponen- komponen yang terlibat dalam kawalan motor arus ulangalik. Alat bantu mengajar dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap operasi kendalian dalam kawalan motor arus ulang alik dapat diaplikasikan. Oleh itu, alat bantu mengajar yang dibangunkan oleh pensyarah yang mengajar topik AC Motor Control Direct Online Starter Forward Reverse yang dapat menunjukkan contoh aplikasi sebenar di industri yang dilaksanakan oleh pelajar di bengkel politeknik bagi memotivasikan pelajar dalam bidang inovasi. Kata Kunci: Alat bantu mengajar, pemula DOL forward reverse, motor kawalan AU. 1 2 1, 2, 3 3 100