The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Bisnes Makan Homemade (by Rahman Basri)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-15 00:01:05

Ebook Bisnes Makan Homemade (by Rahman Basri)

Ebook Bisnes Makan Homemade (by Rahman Basri)

Penulis: Rahman Basri
www.rahmanbasri.com

Hak Cipta Terpelihara

Ebook ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman penulis menjalankan
bisnes makanan homemade.

Penulis sedaya upaya memastikan ebook ini mengandungi maklumat yang
berguna, sesuai dan relevan dari segi topik yang dibincangkan.

PERHATIAN:

Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menyalin semula ebook ini dan
mengedarkannya secara percuma atau berbayar kepada sesiapa sama
sama ada secara bercetak atau pun elektronik. Ia adalah salah di sisi etika
dan haram di di sisi agama.

Jika anda berhasrat untuk mempromosikan ebook ini, kami
mengalu-alukan anda untuk menjadi ejen affiliate dan jana 50% komisyen
untuk setiap jualan yang anda bakal hasilkan kelak.

Maklumat berkenaan Affiliate ada di bahagian akhir ebook ini.

Bagaimana Saya Mulakan Bisnes
Makanan Homemade?

Assalamualaikum dan hai.

Saya dah pun memulakan bisnes internet sejak tahun
2009 lagi.

Namun, saya banyak fokus menjual produk-produk
digital sehinggalah sekarang.

Saya memulakan bisnes makanan homemade ini asalnya sekadar untuk
mencuba dan melakukan eksperimen terhadap bisnes model makanan ini.

Saya dan isteri memilih untuk menjual Nasi Dagang secara online ini
setelah melihat trend dan permintaan terhadap nasi dagang ini agak tinggi
di sekitar lembah klang iaitu Kuala Lumpur & Selangor.

Jika di pantai timur, nasi dagang ini lebih mudah didapati. Hampir di setiap
gerai ada menjual nasi dagang.

Namun di sekitar lembah klang, hanya restoran atau gerai tertentu sahaja
yang ada menyediakan menu nasi dagang ini.

Jadi saya lihat ini sebagai satu peluang yang bagus untuk memulakan
bisnes ini secara online.

Dulu saya tak berapa gemar pun dengan nasi dagang ni.

Sebelum ni pernah makan nasi dagang tapi tak berapa menepati selera
saya. Nasi terasa agak muak bila makan. Ini kerana nasi dagang ini ada
campuran sedikit pulut.

Jadi masa mula-mula memang tak berapa kena dengan tekak.

Sehinggalah saya pernah singgah makan di satu gerai ni, terasa nasi
dagangnya sangat sedap.

Nasi sedap, gulai pun sedap.

Siap menambah beberapa kali.

Dan jika saya balik kampung isteri di Terengganu, saya selalu bersarapan
di satu gerai ni. Juadah nasi dagangnya memang terbaik.

Kadangkala saya beli borong dan makan bersama dengan keluarga
mertua.

Disebabkan mak mertua saya memang pakar bab masak menu pantai
timur, jadi saya dan isteri sempat belajar cara nak hasilkan nasi dagang
yang sedap.

Rupanya ada rahsia yang menyebabkan nasi dagangnya sedap dimakan.
Saya akan kongsikan dihujung ebook ini bagaimana untuk anda dapat
menikmati nasi dagang asli yang enak.

Pastikan anda baca sehingga habis ya.

Saya bincang dengan isteri untuk mulakan bisnes nasi dagang secara
delivery.

Isteri saya follow je dan beri sokongan.

Kami mulakan dengan membuat carian di google berkenaan gerai dan
restoran yang tersohor yang menjual nasi dagang di sekitar Kuala Lumpur.

Saya sendiri pergi ke beberapa tempat yang ramai orang recommend dan
mencuba sendiri nasi dagang yang mereka jualkan.

Isteri saya biasanya yang jadi ‘juri’ dan komen setiap nasi dagang yang
kami sempat rasa.

Ada tempat tu nasi dah sedap, cuma gulainya pula yang tak berapa kena
dengan rasa asli seperti yang pernah kami makan di Terengganu.

Begitulah sebaliknya. Kadang gulainya dah rasa sedap, nasi pula tak
berapa kena.

Akhirnya kami mencuba sendiri beberapa resepi masakan nasi dagang
asli.

Saya akan kira dan buat sukatan berapa kuantiti gram untuk rempah ratus
yang perlu dimasak menjadi gulai.

Berapa sukatan garam, gula, santan dan lain-lain.

Pada awalnya memang mencabar jugak proses R&D untuk dapatkan rasa
nasi dagang asli. Namun lepas mencuba beberapa kali, akhirnya kami
berjaya hasilkan set nasi dagang yang menepati citarasa kami.

Kemudian kami cuba masak dan beri makan keluarga dan kenalan
terdekat. Kebanyakannya bagi feedback yang memuaskan. Dan kata
mereka dah boleh jual dah :)

Selepas berpuas hati dengan kualiti rasa nasi dagang yang kami hasilkan,
kemudian kami memilih untuk menjalankan bisnes makanan dengan
konsep delivery.

Ianya dapat dimulakan dengan modal yang lebih rendah.

Saya mula memikirkan bagaimana brand dan packaging yang kami perlu
gunakan sebelum mulakan kempen pemasaran untuk promosikan nasi
dagang ini.

Brand & Packaging

Bagi saya, brand (jenama) dan packaging untuk bisnes makanan ni sangat
penting untuk dapatkan kepercayaan daripada pelanggan.

Walaupun bisnes ini hanya dijalankan dari rumah sahaja, jika 2 elemen ini
nampak profesional, pelanggan akan lebih mudah tertarik untuk mencuba
dan membeli nasi dagang kami.

Perasan tak bila kita ternampak satu-satu brand makanan dengan
packaging yang cantik, ia secara automatik menyebabkan kita tertarik
untuk mencuba makanan tersebut.

Jadi saya perlu tonjolkan keunikan berbanding nasi dagang yang sedia ada
di pasaran

Saya mula mengkaji brand nasi dagang yang sedia ada di pasaran. Saya
perhatikan logo dan design packaging mereka.

Kemudian saya bincang dengan isteri tentang konsep design yang kami
nak tonjolkan melalui bisnes nasi dagang delivery kami pada masa itu.

Kami memilih nama ‘​Nasi Dagang Delivery’​ sebagai jenama kami kerana
keyword ini biasa digunakan oleh prospek untuk mencari nasi dagang di
sekitar Kuala Lumpur.

Saya bincang dengan isteri tentang pemilihan logo.

Saya cakap elok guna design yang simple-simple je. Tak nak ada

kerawang-kerawang

Colour theme pun tak nak banyak-banyak, cukup 2 warna pun dah ok.

Saya tanya nak warna apa. Dia kata guna warna hitam & putih baru
nampak macam elegant dan look international!

Mujur saya ada pengalaman sedikit untuk buat design simple-simple.

Dalam sehari saya cuba drafkan design logo. Kemudian tunjuk kat wife.

Bila dia tengok, terus approved. Alhamdulillah, sebab menepati
citarasanya.

Inilah hasilnya:

Konsep packaging ini clean & smart.
Kebanyakan pelanggan teruja dan cakap design nampak profesional.
Haha!

Sebenarnya saya cuma gunakan software online ini untuk hasilkan design:
https://www.designevo.com/logo-maker/

Ada banyak template logo yang anda boleh pilih di sini.
Yang penting ialah kreativiti. Anda hanya perlu ubah suai template logo
yang disediakan sehingga menepati citarasa anda.
Selepas selesai design logo, saya mula mencari kedai printing untuk
mencetak sticker tersebut untuk dilekatkan pada box packaging.

Kami hanya memilih untuk mencetak logo dengan bentuk bulat dengan
actual size 5cm x 5cm diameter.

Size sebegini lebih murah bila kita cetak.

Ini hasilnya selepas kami cetak sticker dan lekatkan di atas kotak
packaging. Nampak kemas.

Kalau di luar negara, konsep design memang more simple.

Untuk packaging, kami memilih untuk menggunakan ‘white paper lunch
box’ kerana hasilnya nampak lebih elegant.

Gambungan sticker hitam dengan box putih, memang nampak profesional.

Kebanyakan pelanggan ketika menerima nasi dagang kami sangat teruja
sebab nampak packaging nya berbeza dengan nasi dagang yang biasa
dijual di gerai atau mana-mana restoran.

Itu belum rasa nasi dagang lagi dan teruja.

First impression tu sangat penting.

Kemudian bila pelanggan dah rasa makanan kita sedap. Packaging cantik.
Confirm mereka akan repeat order dan akan ajak kawan-kawan mereka
untuk tempah sekali.

Itu yang berlaku dengan nasi dagang delivery kami ini.

Kami sendiri tak sempat lakukan promosi sangat, sebab kebanyakan
tempahan adalah daripada orang yang sama berulang kali setiap hari.

Ada satu pelanggan tu, pekerja di McDonald.

Dia nampak iklan kami lalu di newsfeed Facebook.

Kemudian hari pertama dia tempah dalam 2-3 bungkus je untuk buat buka
puasa.

Esoknya dia tempah lagi lebih 10 bungkus sebab ramai kawan dia pun nak
cuba jugak.

Hari ketiga, Manager di McDonald tempat dia berkerja pun kirim order
sekali, sebab katanya nasi dagang kami sangat sedap. hihi!

Mostly semua pekerja yang dah makan nasi dagang kami akan repeat
order.

Alhamdulillah.

Itulah pentingnya kita jaga kualiti rasa makanan yang kita hasilkan dan
packaging perlu kemas dan menarik.

Ini penting agar lebih ramai orang tertarik nak cuba makan. Tak kiralah dia
pekerja biasa mahupun yang dah level manager.

Kadangkala walaupun makanan kita sedap, tapi disebabkan packaging kita
hasilkan tak bagus, ini boleh jadi punca yang menyebabkan orang tak
berani nak cuba makanan kita.

Packaging yang kemas dan menarik akan mencerminkan kebersihan
makanan yang kita hasilkan.

Elakkan meletakkan makanan di dalam bekas polisterin kerana ia
mengandungi bahan kimia dan penggunaan polisterin boleh mendedahkan
pelanggan anda kepada masalah kesihatan seperti kanser.

Ada kenalan yang menghubungi saya melalui mesej di Facebook dan
bertanya kat mana nak dapatkan box packaging yang saya gunakan.

Paper box seperti ini boleh sahaja anda dapatkan melalui Shopee.
Atau anda boleh sahaja google untuk dapatkan supplier yang berdekatan
dengan lokasi anda.
Ada banyak kedai dan seller yang menjual paper lunch box ini dengan
harga yang berpatutan.

Untuk permulaan, jika anda nak gunakan paper box seperti ini, anda boleh
cuba beli 50 pcs dulu dari satu-satu seller untuk lihat kualiti paper box
tersebut.
Jika ok, kelak boleh lah anda beli borong dan deal dengan seller untuk
dapatkan harga lebih rendah.

Apa yang saya kongsikan di atas ini adalah pengalaman saya membina
brand dan packaging untuk bisnes nasi dagang delivery kami.
Anda boleh hasilkan brand dan packaging mengikut kesesuaian bisnes
makanan anda.
Jika makanan anda tak sesuai menggunakan paper lunch box, jadi anda
perlu gunakan packaging yang lebih bagus.

Saya kongsikan cerita di atas ini adalah untuk berikan anda idea dan
contoh proses bagaimana ingin menetapkan brand dan packaging produk
makanan anda kelak.

Apa yang paling penting ialah supaya packaging produk makanan yang
anda hasilkan kelak nampak kemas dan profesional.

Pastikan juga anda buat kira-kira untuk setiap kos packaging ini,
termasuklah harga sekeping sticker dan kotak pembungkus makanan
anda.

Sebentar lagi saya akan tunjukkan contoh asas kira-kira untuk menetapkan
harga jualan yang sesuai untuk produk makanan anda.

Cost & Profit

“Bagaimana nak buat kira-kira untuk menetapkan harga jualan?”

Ini adalah persoalan yang biasa ditanyakan oleh mereka yang ingin
memeulakan bisnes produk makanan.

Jika kita tersilap kira, boleh menyebabkan kerugian kelak.

Penat je yang dapat tapi tiada keuntungan.

Di bawah ini saya tunjukkan contoh bagaimana anda nak buat kira-kira
untuk menetapkan harga jual makanan anda kelak.

Di dalam contoh ini saya tunjukkan cara pengiraan untuk menyediakan
nasi dagang.

Bahan-bahan dan kos: KOS
RM7
BAHAN RM30
Beras nasi dagang 1kg RM6
Ikan tongkol 3kg RM3
Rempah nasi dagang RM1.50
Cili giling RM1.50
Bawang merah besar RM0.50
Bawang putih RM0.50
Garam RM1
Gula RM10
Minyak RM5
Santan 1kg RM3.75
Box (25 box)
Sticker (25 pcs) RM69.75

Jumlah kasar

Ini anggaran kos yang diperlukan untuk menghasilkan 25 bungkus Nasi
Dagang Delivery, iaitu RM69.75 atau R​ M70.​

Ini bermaksud, harga kos untuk menyediakan sebungkus nasi dagang
ialah:

RM70 / 25 bungkus = R​ M2.80

Jadi untuk menetapkan harga jualan paling mudah ialah dengan kita
darabkan dengan 3-5.

RM2.80 x 3 = RM8.40
RM2.80 x 5 = RM14.00

Maksudnya anggaran harga jualan yang kita boleh letakkan adalah sekitar
RM8 - RM14 sebungkus.

Kenapa perlu darab dengan 3 atau 5?

Ini penting supaya anda mempunyai profit yang lebih untuk menampung
kos-kos yang tersembunyi seperti kos elektrik, kos air, kos gas memasak,
kos tenaga pekerja, kos masa dan lain-lain.

Kos ini sangat penting diambil kira kerana nanti bila bisnes anda dah mula
berkembang, pastinya anda perlukan pekerja tambahan untuk membantu
menyediakan makanan.

Jadi dengan ada lebihan keuntungan yang diperoleh ini boleh digunakan
untuk bayar gaji pekerja.

Dalam menentukan harga jualan produk makanan, anda juga perlu
mengambil kira harga yang diberikan oleh pesaing anda yang menjual
makanan yang lebih kurang sama.

Jadikan harga mereka sebagai rujukan untuk anda menetapkan harga
makanan anda.

Sebagai contoh, kebanyakan peniaga nasi dagang di lembah klang
menjual nasi dagang dengan harga RM6 - RM9 sebungkus.

Jadi saya dan isteri memilih untuk menjual nasi dagang dengan harga
RM8. Harga ini masih dalam lingkungan harga pasaran, dan keuntungan
adalah lebih kurang 3-5 kali ganda daripada harga jual.

1 bungkus = RM8
25 bungkus x RM8 = RM200

Keuntungan kasar : RM200 - RM70 = RM130

Tip tambahan:

Anda juga boleh menawarkan pakej tambahan kepada pelanggan anda
untuk menambahkan lagi keuntungan makanan anda.

Contohnya, Nasi Dagang (dengan teh ais cincau), harga boleh jadi RM12.

Atau apa sahaja add on yang sesuai ditawarkan supaya pelanggan anda
menambah jumlah / kuantiti bayaran mereka.

Penghantaran

“Bagaimana menguruskan delivery makanan?”

Disebabkan kami beroperasi di Kuala Lumpur, ada pelbagai perkhidmatan
runner yang boleh digunakan untuk membantu penghantaran makanan ke
rumah pelanggan.

Antara perkhidmatan yang kami biasa gunakan ialah Lalamove, Bungkusit
dan GrabFood.

Untuk memudahkan pengiraan kos delivery, apabila ada pelanggan ingin
menempah nasi dagang, saya akan terus dapatkan alamat lengkap mereka
untuk saya buat semakan jumlah kadar bayaran untuk penghantaran.

Selepas maklumkan jumlah kos delivery kepada pelanggan, jika mereka
bersetuju barulah saya akan proceed tempahan mereka.

Namun, jika di kawasan anda masih belum ada perkhidmatan delivery,
anda mungkin perlu melakukan penghantaran sendiri ke rumah pelanggan.

Biasanya caj delivery dikira berdasarkam jarak kilometer dari lokasi anda.

1km = RM1.

Jadi anda hanya perlu dapatkan lokasi rumah pelanggan, kemudian anda
kirakan jarak dari rumah anda menggunakan aplikasi gps seperti Waze
untuk menentukan anggaran kos penghantaran.

Jika jarak bawah 10km, anda boleh caj sekitar RM5-RM10 (ini anggaran
caj delivery yang lebih kurang sama dengan servis penghantaran yang
sedia ada seperti Lalamove)

Self Pickup

“Bagaimana pula jika ada pelanggan nak pickup?”

Ada juga pelanggan yang lebih selesa untuk datang sendiri pickup
makanan di rumah.

Untuk situasi seperti ini, anda hanya perlu maklumkan waktu yang sesuai
untuk mereka datang pickup.

Pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan
makanan yang ditempah sebelum mereka tiba di depan rumah anda untuk
pickup.

Manakala jika produk makanan anda adalah yang jenis ready made seperti
sambal ikan bilis, biskut kerepek, sambal ikan pekasam, pes dll..
Pelanggan boleh datang pick up pada bila-bila masa yang sesuai tanpa
perlu anda masak.

Ini kerana makanan ready made anda dah masak siap-siap sebelum ini.

Ketika mula-mula menjalankan bisnes makan homemade ini, kami selalu
berdepan dengan masalah pengurusan masa untuk delivery dan pickup.

Kadangkala pelanggan dan sampai, tapi makanan masih belum siap.

Jadi terpaksa tebalkan muka dan mohon maaf dengan cara baik.

Kempen Pemasaran.

“Bagaimana nak buat promosi?”

Dalam pemasaran, benda yang nombor 1 yang paling penting adalah nak
bagi orang nampak anda.

Tak kiralah sama ada anda menggunakan kaedah pemasaran percuma
mahupun berbayar. Ini adalah benda yang asas yang ingin dicapai setiap
kali anda lakukan pemasaran.

Iaitu nak bagi orang nampak produk anda.

“Berapa kali nak kena bagi nampak?”

Kena banyak kali.

Jika anda perasan kebanyakan brand, produk, servis yang kita gunakan
setiap hari adalah benda yang biasa dan nampak setiap hari dalam hidup
kita.

Contohnya ubat gigi Colgate, KFC, Milo, Maggie, McDonald, dll.
Semua brand ini konsisten melakukan kempen pemasaran untuk orang
nampak produk mereka setiap hari sepanjang tahun.

Kadangkala mereka akan memperkenalkan kempen-kempen promosi yang
baru, tujuannya supaya pelanggan sentiasa ingat dan nak cuba produk
mereka.

Dalam pemasaran secara offline, kebanyakan pemilik bisnes akan
gunakan medium seperti TV, radio, billboard. Itu semua tujuannya untuk
bagi orang ‘nampak’ bisnes yang dijalankan.

Tapi tidak dapat dinafikan yang kos pemasaran offline ini agak mahal.

Berbeza jika kita menggunakan pemasaran melalui online, contohnya di
Facebook.

Kos untuk bagi orang nampak sangat rendah.

Bila orang selalu nampak brand kita, barulah orang mula kenal.

Bila iklan kita selalu muncul, pelanggan akan ingat dengan brand kita.

Pelanggan yang tak kenal brand kita, mereka sukar nak beli.

Ini pentingnya nak bina brand yang dikenali.

Sebab itulah dalam bisnes, kita kena tonjolkan yang kita ni brand nombor 1
di mata pelanggan.

Kuncinya ialah dengan selalu bagi nampak brand kita kepada pelanggan.
Makin kerap brand kita muncul di depan mata pelanggan, makin orang
cepat ingat dan suka dengan brand kita.

Caranya ialah kita kenalah buat content posting yang buatkan orang suka.

“Apa yang nak kena buat untuk bagi orang suka dengan brand anda?”

Ini soalan yang anda perlu cari jawapannya.

Apabila pelanggan dah mula suka, mereka akan jadi lebih percaya
terhadap brand anda.

Dan apabila pelanggan dah percaya, barulah mereka mudah membeli
produk yang anda promosikan.

Dalam pemasaran online, benda yang paling penting untuk bagi orang
suka dengan kita ialah ayat yang power.

Ayat copywriting mesti bagus untuk menarik orang suka dengan brand kita.

Copywriting ini ada seninya.

Bagaimana nak susun ayat yang bagus digunakan untuk meyakinkan
pelanggan.

Ini masalah utama kebanyakan daripada kita ialah untuk membina
copywriting yang bagus dan menarik pelanggan supaya suka dengan
brand makanan homemade kita.

Pelanggan yang mula-mula nampak iklan kita pada kali pertama pastinya
skeptikal dengan makanan yang kita hasilkan.

Justeru, di dalam copywriting anda perlu tonjolkan elemen yang boleh
meyakinkan pelanggan mencuba makanan.

Copywriting merangkumi cara penulisan dan visual (gambar / video) yang
anda upload di media sosial.

Gambar (visual) makanan dengan jelas dan cantik akan memberikan
gambaran yang makanan anda tu sedap.

Pelanggan perlu nampak yang makanan anda memang sedap.

Pelanggan perlu yakin yang produk makanan anda berbaloi untuk mereka
beli dan cuba.

Di sini saya kongsikan antara beberapa teknik gambar yang perlu anda
kerap lakukan di dalam posting media sosial anda. Tujuannya adalah
untuk bina keyakinan pelanggan terhadap produk makanan anda.
1. Teknik gambar close up

Teknik close up gambar makanan sangat penting supaya pelanggan dapat
melihat gambaran jelas bentuk makanan anda.

Anda boleh rujuk gambar-gambar di web w​ ww.pinterest.com​ untuk
dapatkan contoh gambar close up yang cantik dan profesional.

“Saya takde camera canggih, macama mana nak ambil gambar close up
yang cantik?”

Jika anda tiada camera DSLR yang canggih, jangan sedih kerana anda
boleh sahaja menggunakan smartphone untuk snap gambar makanan
anda.

Kemudian, edit sahaja gambar-gambar makanan tersebut menggunakan
aplikasi photo editting yang percuma.

Antara aplikasi yang bagus ialah ​Snapseed​.

Anda boleh download secara percuma melalui Google Play store atau
Apple store.

2. Selfie bersama pelanggan

Salah satu tip jika anda upload gambar anda bersama pelanggan anda
ialah jangan lupa untuk tag nama pelanggan anda di facebook / instagram
mereka. Ini secara tidak langsung akan memudahkan kempen promosi
anda. Manatau ada rezeki rakan-rakan mereka juga nanti bakal menjadi
pelanggan anda.
Saya sendiri, ramai pelanggan baru yang datangnya daripada
recommendation pelanggan-pelanggan saya ini. Jadi jangan lupa ambil
gambar selfie bersama pelanggan setiap kali anda menghantar makanan
ke rumah mereka.

3. Gambar pelanggan pegang produk anda

Gambar pelanggan senyum semasa terima makanan tu pun boleh bantu
bakal pelanggan lain untuk percaya dengan makanan anda. Ia akan
menarik minat orang lain untuk turut mencuba makanan anda.

4. Gambar ejen yang ambil borong

Jika anda ada membuka peluang untuk ejen mempromosikan produk
makanan anda, pastikan anda ambil gambar ejen anda bersama dengan
produk anda.

Dan pastikan anda tag mereka di Facebook / instagram dan maklumkan
pelanggan-pelanggan yang berada berdekatan dengan ejen tersebut boleh
terus menghubungi mereka jika ingin mencuba produk makanan anda.

Secara tidak langsung, anda juga membantu jualan ejen anda.

Ejen anda pun suka kerana anda menyokong mereka. Insyaallah mereka
akan kerap repeat order nanti.

5. Gambar anda sedang menyiapkan makanan

Orang suka melihat setiap proses kita menyiapkan makanan sebelum
ianya dijual walaupun sekadar anda sedang menolak troli atau membasuh
periuk.
Jadi jangan segan untuk berkongsikan gambar di belakang tabir semasa
anda menyiapkan produk makanan anda.

6. Gambar makanan yang siap untuk dihantar

Setiap kali anda nak buat penghantaran, pastikan anda ambil gambar dan
upload gambar tersebut di Facebook anda.

7. Gambar runner ambil makanan untuk delivery

Gambar sebegini biasanya saya akan update kepada pelanggan saya
untuk maklumkan yang makanan yang mereka tempah kini sedang dalam
perjalanan.

8. Gambar testimoni pelanggan

Testimoni sebegini jika kerap anda post, pastinya akan menambah
kepercayaan pelanggan untuk membeli produk anda. Lagi elok jika anda
buatkan satu folder khas untuk gambar testimoni di facebook anda.

9. Gambar anda sedang beli bahan mentah

Saya suka update posting di Facebook berkenaan cerita-cerita di sebalik
tabir saya menjalankan bisnes nasi dagang ini.
Ini kerana setiap cerita yang berkaitan bisnes makanan yang kita jalankan
ini boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang
membacanya.
Walaupun ia bukanlah gambar untuk tujuan hard selling, tetapi ia sesuai
untuk positioning diri anda sebagai seorang yang berautoriti dalam bidang
makanan yang anda hasilkan.

10. Gambar anda sendiri menghantar makanan

Kadangkala saya sendiri akan jadi runner untuk menghantar makanan
kepada pelanggan.

Biasanya jika ada pelanggan yang menempah nasi dagang kami dalam
kuantiti banyak sekali gus, saya sendiri akan pergi hantar makanan tu
kepada mereka.

Di samping dapat bertemu pelanggan secara face to face, kita secara tak
langsung dapat berkenalan dan bina hubungan baik dengan pelanggan
tersebut.

Ini sangat penting untuk jangka masa panjang.

11. Gambar packing produk untuk pengeposan

Sebenarnya ada pelbagai lagi teknik gambar yang anda boleh gunakan
untuk menonjolkan produk makanan yang anda jual.

Di samping anda upload gambar, anda juga boleh upload dalam bentuk
video. Sama ada video pelanggan anda sedang makan atau video yang
berkaitan dengan produk makanan anda.

Ingat, visual ini sangat penting sebagai social proof kepada bisnes
makanan anda.

Orang lebih mudah percaya jika adanya social proof seperti ini.

Copywriting

“Apa nak tulis supaya pelanggan tertarik nak beli?”

Apabila menjual produk makanan homemade ini, copywriting perlu
menyentuh pelbagai angle (sudut).

Anda bukan sahaja boleh bercerita pasal produk anda, bahkan anda boleh
menulis cerita-cerita yang berkaitan dengan bisnes anda, ataupun
kehidupan seharian anda.

Ini penting untuk anda bina engagement dalam setiap posting yang
hasilkan.

Jika setiap kali posting anda hanya fokus kepada promosi produk anda,
bimbang nanti orang akan jadi bosan dengan posting anda kerana terlalu
kerap buat promosi.


Click to View FlipBook Version