Anda hanya perlu konsisten update dan berkongsikan copywriting sebegini.
Untuk permulaan, anda boleh gunakan personal Facebook untuk mula
perkenalkan brand makanan homemade anda.
Anda juga boleh bina Facebook page menggunakan nama brand produk
makanan anda.
Sentiasa kerap dan konsisten update berkenaan bisnes anda.
Ini adalah kaedah zero cost marketing yang saya gunakan untuk menjual
nasi dagang saya iaitu dengan selalu kerap posting di personal facebook
saya.
Di samping itu, antara kaedah promosi yang saya selalu gunakan untuk
promosikan produk makanan ini adalah melalui Facebook group.
Caranya mudah sahaja.
Saya akan post di Facebook page terlebih dahulu copywriting seperti ini
yang mengandungi gambar dan testimoni pelanggan, kemudian saya akan
re-share posting tersebut di Facebook group kawasan berhampiran tempat
tinggal saya.
Ini contoh posting yang saya buat di Facebook page.
Kemudian, posting tersebut saya akan re-share di dalam Facebook group
yang berdekatan seperti di bawah ini.
Saya akan gunakan copywriting ringkas seperti dalam contoh di atas.
Biasanya dalam tempoh 5-30minit selepas buat re-share posting di
Facebook group sebegini, saya akan terima whatsapp yang bertalu-talu
bertanya berkenaan produk makanan yang saya iklankan.
Untuk pengiklanan berbayar, saya hanya gunakan Facebook ads buat
masa ini.
Antara kempen pengiklanan yang selalu kami gunakan ialah mengunakan
kempen objektif Messages.
Untuk iklan nasi dagang, kami hanya fokus di kawasan Kuala Lumpur
sahaja kerana hanya kawasan tersebut sahaja yang kami boleh lakukan
penghantaran.
Untuk jadikan audience targeting ini lebih spesifik, kami juga set interest
McDonald. Jadi sesiapa yang follow page McDonald yang berada di Kuala
Lumpur, berumur 30-40 tahun, wanita akan berpotensi untuk melihat iklan
ini.
Di bahagian sebelah kanan, ada dipaparkan berapa jumlah Potential reach,
iaitu jumlah orang yang dianggarkan akan melihat iklan anda kelak.
Di bahagian Placement, kami pilih Manual Placement > Device: Mobile >
Platform: Facebook > Facebook News Feed
Untuk budget, kami set Daily budget serendah RM15 s ahaja.
Jumlah anggaran audience yang akan melihat iklan anda setiap hari juga
bergantung kepada jumlah daily budget yang ditetapkan.
Jika anda letak budget tinggi, maka jumlah audience yang bakal melihat
iklan anda setiap hari akan jadi lebih tinggi.
Kami suka menggunakan iklan jenis C arousel, sebabnya kita boleh
masukkan beberapa gambar dalam satu iklan yang sama.
Sebaiknya boleh masukkan dalam 2-3 gambar di ruangan Ad setup.
Dalam contoh ini, kami hanya menggunakan simple copywriting sahaja.
Di bahagian Message template, anda bebas untuk menentukan mesej apa
yang anda ingin paparkan selepas prospek klik butang ‘Send Message’
pada iklan anda.
Saya suka menggunakan template mesej seperti yang dipaparkan di
bawah ini:
Jika anda mempunyai budget yang lebih, saya sarankan agar anda buat
lagi dalam 2-3 iklan yang berbeza dari segi copywriting dan visual.
Tujuannya supaya audience anda dapat melihat iklan yang pelbagai.
Biar mereka selalu nampak iklan anda.
Ingat kembali apa tujuan marketing? Iaitu supaya orang selalu nampak
bisnes / produk anda.
Cuma sebaiknya biarlah iklan tersebut berbeza-beza dari segi copywriting
& visual supaya ia sentiasa nampak fresh dan tak membosankan jika iklan
yang sama lalu di newsfeed pelanggan anda.
Ini antara contoh iklan lain yang menggunakan setting yang lebih kurang
sama seperti di atas, cuma saya ubah suai dari segi copywriting & visual
sahaja.
Manakala, di bawah ini contoh iklan yang kami gunakan untuk
mempromosikan Pek instant nasi dagang:
Close Sale
“Ada tak cara mudah untuk nak close sale?”
Untuk fasa awal, proses close sale anda boleh gunakan sahaja cara
manual seperti melalui whatsapp ataupun messenger di Facebook.
Tak perlu gunakan sistem yang canggih-canggih untuk mula menjual
produk makanan.
Apa yang penting ialah kita nak mudahkan proses jual beli berlaku.
Kelak, jika bisnes makanan anda sudah mula berkembang, barulah
kembangkan dengan menggunakan sistem atau website yang lebih proper
untuk menerima dan menguruskan tempahan yang masuk.
Sistem dan website ini penting untuk digunakan semasa fasa scale up,
iaitu untuk bantu bisnes makanan berkembang dengan lebih cepat.
“Ada skrip tak untuk close lebih ramai pelanggan?”
Menjual makanan ini prosesnya akan jadi mudah jika anda faham
bagaimana untuk yakinkan pelanggan membeli produk anda.
Template skrip jualan tidak ada yang sesuai untuk semua bisnes makanan.
Anda perlu ubah suai mengikut kreativiti anda sendiri supaya ia berkesan
dengan produk makanan yang anda jualkan.
Anda perlu uji keberkesan skrip jualan dari semasa ke semasa.
Lihat dari segi peratus kadar jualan atau dipanggil conversion.
Jika 10 orang pelanggan yang mesej berminat, berapa ramai yang jadi
membeli.
Jika cuma seorang yang membeli, bermaksud conversion anda cuma 10%.
Jadi tugas anda ialah untuk mencuba lagi pelbagai skrip supaya peratusan
conversion tersebut meningkat lebih tinggi lagi.
Dengan skrip jualan yang berkesan, ia bukan setakat mampu close
pelanggan, bahkan anda boleh tingkatkan keuntungan daripada satu
pelanggan yang membuat tempahan.
Sebagai contoh.
Seorang pelanggan biasa nak beli satu sahaja pada permulaan.
Tapi dengan skrip close sale yang bagus, pelanggan tersebut mungkin
akan beli daripada satu atau akan menambah add on sebarang tawaran
yang anda berikan.
Semasa kami menjual nasi dagang, setiap kali pelanggan bertanya untuk
menempah nasi dagang, kami akan berikan mereka beberapa option untuk
mereka menambah kuantiti / nilai tempahan.
Mari lihat beberapa kes di bawah untuk anda jadikan sebagai panduan
untuk anda membina skrip jualan anda kelak:
Kes 1 Saya nak order Nasi Dagang
Nak tempah untuk berapa orang ya?
Pelanggan:
Saya:
Pelanggan: Seorang sahaja. Berapa harga?
Saya: Ok, baik.
Nasi dagang ada 2 option harga:
RM8 (size normal)
RM10 (size extra)
*size extra ni untuk yg request nak nasi tambah
sebab kami guna nasi basmati, ramai kata sedap
dan nak lebihkan nasi.
Pelanggan: Saya nak size extra.
Saya: Ok. Baik. Jika beli 2 bungkus akan dapat percuma
sambal lada.
Pelanggan: Ok kalau macam tu bagi 2 bungkus la.
Saya: Boleh saya tahu alamat rumah untuk saya kirakan
Pelanggan: caj delivery.
Saya:
Saya: No. 77, Seksyen 1, Wangsa Maju.
Pelanggan: Sekejap saya kirakan ya.
Saya:
Caj delivery RM7.
Pelanggan: Nasi dagang (size extra) x 2 bungkus = RM20.
Total = RM27. Ok?
Ok boleh. Nanti bagi nombor akaun ya.
MAYBANK
5600 3605 0141
(RAHMAN BASRI)
Nanti lepas buat payment, bagi resit kat sini beserta
Nama Penuh, No. Phone & alamat untuk
penghantaran ya.
Ok. baik. Ini bukti payment. (attach file)
Nama: Siti
No. Phone: 019-41176253
Alamat: No. 77, Seksyen 1 Wangsa Maju, KL
Saya: Baik. Insyaallah nanti bila runner dah gerak saya
Pelanggan: akan update ya.
Biasanya delivery sekitar jam 3pm-5pm.
Baik. Terima kasih.
Ulasan kes 1:
Untuk situasi pertama ini, saya offer tambahan ialah nasi extra dan free
sambal jika pelanggan buat tempahan 2 bungkus.
Kadangkala ada juga pelanggan yang tak nak pun beli sebarang add on.
Tak mengapa.
Kita hanya beri offer sahaja.
Inilah situasi yang berlaku di KFC atau McD, pekerja yang menjaga di
kaunter tempahan akan sentiasa tanya.
“Nak tambah apa-apa lagi tak cik?”
Kita pun bila dapat soalan macam tu terus tengok kat menu.
“Ok saya nak tambah cheesy wedges dan loaded potatos ya”
Pekerja KFC tu tanya lagi.. “Cik nak size regular atau extra?”
Kita jawab; “Nak yang extra ya!”
Asalnya kita cuma nak order ayam goreng KFC je. Haha!
Kes 2: Saya nak tempah pek instant nasi dagang. Boleh
Pelanggan: saya tahu harga?
Saya:
Ok boleh.
Pelanggan:
Saya: Harga 1 pek instant nasi dagang ialah RM29, jika
Pelanggan: tempahan 2 pek cuma RM50.
Saya:
Pelanggan: Biasanya ramai pelanggan ambil at least 2 pek
Saya: sebab lebih jimat.
Boleh saya tahu 1 pek instant ni untuk berapa orang
makan ya?
5-7 orang cik.
Ok saya nak 2 pek la.
Baik, boleh saya tahu alamat kat mana untuk saya
semak delivery caj.
No. 2 Jalan Off Taman Melati, KL.
Sekejap ya saya semak caj delivery.
Saya: Caj delivery RM9. Boleh?
Pelanggan: Ok boleh. Nanti bagi nombor akaun.
Saya:
Caj delivery RM9.
Pelanggan: Pek instant nasi dagang x 2 = RM50.
Total = RM59.
MAYBANK
5600 3605 0141
(RAHMAN BASRI)
Nanti lepas buat payment, bagi resit kat sini beserta
Nama Penuh, No. Phone dan alamat untuk
penghantaran ya.
Ini bukti payment dan maklumat saya. Tqvm.
Ulasan kes 2:
Untuk situasi ini, kita boleh berikan at least 2 pilihan harga untuk produk
makanan yang kita jualkan.
Beli satu dapat harga asal, tapi jika beli dua akan dapat harga promo.
Biasanya pelanggan akan lebih mudah untuk beli dengan harga promo
sebab mereka lihat itu satu bentuk penjimatan semasa berbelanja :)
Untuk menjual produk makanan ni, most of the time bila pelanggan dah
mula menghantar whatsapp, mereka sebenarnya dah berminat untuk beli
produk yang kita jualkan.
Cuma tinggal lagi kita terangkan berkenaan pakej harga yang kita tawarkan
kepada mereka.
Dan sebaik-baiknya ialah anda kena berikan option harga untuk pelanggan
membuat pilihan. Manusia ni suka jika ada pilihan. Dan mereka akan mula
pertimbangkan pakej harga yang boleh beri mereka penjimatan lebih.
Ini kerana jika anda hanya menjual dengan satu harga sahaja, pelanggan
takda pilihan untuk upgrade jumlah tempahan mereka.
Teknik Review Mudah
“Susah ke nak dapatkan review daripada pelanggan?”
Untuk dapatkan review atau feedback daripada pelanggan, ada caranya.
Lebih-lebih lagi jika nak minta mereka tinggalkan komen review di facebook
kita.
Pelanggan biasanya jarang nak bagi feedback jika kita tak minta feedback
daripada mereka. Hanya segelintir sahaja pelanggan yang akan bagi
feedback tanpa diminta.
Jika ada 10 orang pelanggan, mungkin hanya seorang sahaja yang akan
berikan feedback tanpa diminta. Selebihnya akan senyap, walaupun
mereka berpuas hati dengan makanan yang mereka dah beli daripada kita.
Jadi, di sini saya kongsikan bagaimana cara yang saya gunakan untuk
dapatkan feedback daripada pelanggan yang membeli nasi dagang kami.
Apa yang saya lakukan mudah sahaja sebenarnya.
Disebabkan jualan nasi dagang kami mendapat sambutan yang sangat
tinggi ketika bulan Ramadhan lepas, jadi sebelum berbuka puasa, saya
akan whatsapp pelanggan untuk ucapkan selamat berbuka puasa.
Sebelum berbuka puasa:
Saya: Selamat berbuka puasa dan menjamu selera nasi
Pelanggan: dagang :)
Terima kasih. Tak sabar nak rasa nasi dagang ni.
Selepas berbuka puasa:
Saya: Alhamdulillah. Semoga semua gembira menikmati nasi
dagang tadi. Jika tak keberatan boleh kongsikan sikit
Feedback di sini.
Pelanggan: Semua ckp sdaap... Xckup diaorg ckp... Inshallah esok
akn oder lg…
Saya: Alhamdulillah.
Boleh tak minta jasa baik tuan untuk tinggalkan review
comment di page Facebook 'Nasi Dagang Delivery' kami:
https://www.facebook.com/pg/nasidagangdelivery/reviews/
Moga asbab review yang baik, Allah permudahkan juga
rezeki tuan sekeluarga. Amiin.
Pelanggan: Boleh. Insyaallah.
Ok done komen di Facebook.
Saya: Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak.
Jika anda perhatikan di atas, sebelum saya minta pelanggan meninggalkan
komen di ruangan Facebook page review, saya akan dapatkan dulu
feedback melalui whatsapp.
Jika feedback mereka positif, barulah saya akan minta mereka untuk
tinggalkan komen tersebut di Facebook.
Alhamduillah, dengan cara begini.. Ramai pelanggan senang hati untuk
tinggalkan komen dan review mereka di Facebook page review:
Review di Facebook ini sangat penting kerana ia dapat membantu ramai
pelanggan baru untuk percaya akan keenakan makanan yang kita
hasilkan.
Biasanya prospek akan melihat dahulu komen-komen pelanggan lama, jika
komennya majoriti positif Insyaallah mereka tak teragak-agak untuk turut
mencuba produk makanan yang anda hasilkan.
Pelanggan baru bila ditanya kenapa mereka membeli nasi dagang kami,
kebanyakan mereka mengatakan sebab teruja nak rasa selepas baca
komen-komen yang positif di ruangan Facebook page review.
Cabaran
“Apa cabaran sepanjang menjalankan bisnes makan homemade?”
Pastinya mana-mana bisnes yang dijalankan ada cabaran masing-masing.
Sama juga dengan bisnes makanan homemade ini. Masa mula-mula
menjalankan bisnes makan homemade, cabaran utama ialah dari segi
pengurusan masa.
Kita kena tahu berapa lama tempoh untuk siapkan memasak dan packing
ke dalam kotak.
Jika menggunakan perkhidmatan runner penghantar makanan, kita kena
ambil kira juga masa untuk runner terima job dan tempoh penghantaran
dibuat.
Ini penting supaya pelanggan jelas dengan tempoh masa makanan akan
sampai di tangan mereka.
Sebagai contoh, ketika di bulan Ramadhan, tempahan nasi dagang hanya
dibuka khas untuk tujuan berbuka puasa sahaja.
Jadi, masa delivery adalah sekitar 4pm - 7pm.
Tempahan juga dibuka sehingga jam 12 tengah hari sahaja setiap hari.
Jika ada pelanggan ingin buat tempahan selepas jam 12 tengah hari, kami
akan maklumkan yang tempahan mereka hanya dapat dihantar pada
keesokan hari (melainkan pada hari tersebut ada lebihan nasi dagang yang
telah siap dimasak).
Disebabkan ketika di bulan Ramadhan, kerajaan masih menguatkuasakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi cabaran utama ialah untuk
dapatkan bahan mentah di pasar dan juga servis penghantaran.
Untuk dapatkan bahan mentah, saya terpaksa beratur berjam-jam sebelum
dapat beli barang di pasar.
Begitu juga dengan servis penghantaran, ramai runner yang tak available
kerana permintaan untuk servis penghantaran terlalu tinggi dalam tempoh
peak hour sekitar jam 5pm-6pm.
Justeru, setiap hari saya dan isteri perlu menyiapkan semua tempahan
selewat-lewatnya pukul 3.00pm, supaya ada masa yang cukup untuk
proses pembungkusan dan penghantaran.
Ini penting agar delivery dapat dibuat sebelum pukul 5pm.
Pada hari pertama kami mulakan bisnes makan nasi dagang ini, saya
terpaksa berbaris panjang nak sejam baru dapat masuk pasar beli ikan
segar.
Mencabar keimanan betul.
Lepas selesai urusan di pasar, saya bincang dengan isteri cara nak
uruskan order, masak dan delivery.
Iyelah ni first time buat delivery bulan puasa ni. Jadi kena uruskan
betul-betul dari segi timing.
Mula-mula kami anggarkan semua makanan akan siap dimasak sebelum
jam 3.00 pm, jadi bolehlah start call runner hantarkan by 4 pm-5 pm ke
alamat customer.
Tup tup, jam 5.00 pm baru selesai masak.
Packing pula bukan boleh siap sekejap. Nak lap daun pisang pun dah
ambil berapa minit.
Lain lagi nak isi nasi & lauk bagai. Kat situ dah mula kelam-kabut nak sort
semua tempahan dan set dengan runner.
Nak dijadikan cerita lebih dramatik, jam 5.30 pm tu tiba-tiba hujan sangat
lebat. Masa tu kami baru selesai hantarkan makanan ke 2 alamat
customer. Ada lagi beberapa alamat yang belum ada runner.
Runner Lalamove pula ramai yang tak available masa hujan-hujan lebat ni.
Customer ada yang dah mula bising sebab masih belum dapat update
berkenaan status delivery makanan mereka. Iyelah pelanggan mesti risau
makanan tak sempat sampai sebelum berbuka puasa kan.
Otak saya dah start berputar laju cari penyelesaian.
Saya cuba duduk dengan tenang dan mula sort kan semua alamat
pelanggan.
Kemudian saya buat keputusan, mana-mana alamat pelanggan yang dekat
saya akan untuskan untuk hantar sendiri.
Yang jauh sikit saya cuba call runner di Bungkusit pula. Tapi, masa tu pun
masih ramai runner unavailable sebab hujan lebat.
Dup dap dup dap. Jam 6.30 pm masih ada beberapa makanan yang belum
delivery out.
Masa tu Allah bagi ilham untuk cuba guna perkhidmatan Grab food
delivery.
Alhamdulillah Grab delivery banyak yang masih available.
Cuma caj sedikit mahal dalam RM2-3 berbanding runner lain. Oklah kan.
Yang penting makanan perlu sampai sebelum waktu berbuka puasa.
Lepas selesai dengan urusan grab driver, saya pun start engine kereta
sebab nak kena hantar makanan ke beberapa alamat. Meredah hujan
lebat.
Mujur alamat tu semua dekat-dekat je antara satu sama lain.
Alhamdulillah, penghantaran selesai dibuat sebelum jam 7.00pm.
Jam 7.10pm, saya tengok notifikasi dari runner, semua makanan dah
selamat sampai kat customer. Lega rasa.
7.15pm saya pula masih stuck dalam kereta dalam perjalanan balik
untukbuka puasa. Masa keluar rumah tadi memang terlupa nak bawa air
dan kurma untuk buka puasa. Gelabah punya pasal. Haha!
7.20pm dengar azan Maghrib. Mujur dah nak sampai rumah dah. Jadi
sempat juga berbuka awal di rumah dengan keluarga.
Jadi inilah cabaran masa mula-mula berniaga makanan di bulan puasa.
Justeru, saya nasihatkan kepada anda yang baru nak mulakan bisnes
makanan homemade ini, pengurusan masa sangat penting untuk
memastikan makanan selamat sampai di tangan pelanggan pada waktu
yang sesuai.
Kemudian, selepas raya, tempahan nasi dagang masih dibuka namun kami
ubah suai sedikit tempoh masa penghantaran. Ini kerana kebanyakan
pelanggan ingin menempah untuk makan sarapan dan tengah hari.
Kami hanya buka pada hari tertentu sahaja, iaitu Rabu dan Ahad.
Pelanggan yang nak buat tempahan nasi dagang perlu buat pre-order lebih
awal, dan penghantaran hanya dibuat pada 2 hari tersebut sahaja.
Jika ada pelanggan yang ingin menempah selain daripada hari Rabu dan
Ahad, syaratnya ialah tempahan perlu melebihi 20 bungkus sekaligus
Di samping itu kami juga membuka tempahan dengan size yang lebih
besar.
Sebelum ini hanya buka tempahan untuk size kecil. Tapi kali ini kami juga
menawarkan size packaging yang lebih besar untuk 5 orang makan
sekaligus.
Dengan memperkenalkan pakej dengan size lebih besar ini, kami berjaya
tingkatkan jumlah jualan setiap hari.
Pek Instant Nasi Dagang
“Bagaimana nak kembangkan bisnes makan homemade ini?”
Memandangkan permintaan terhadap nasi dagang kami semakin tinggi
saban waktu, ramai kenalan dan juga pelanggan baru yang request untuk
penghantaran di luar Lembah Klang.
Saya dan isteri mula bincang bagaimana untuk memenuhi permintaan
tersebut.
Akhirnya kami cuba hasilkan pek instant nasi dagang (ready to cook).
Tujuan kami hasilkan pek instant adalah untuk besarkan lagi pasaran. Jika
sebelum ini kami hanya dapat hantar nasi dagang di sekitar KL dan
Selangor sahaja, kini pek intant ini boleh dihantar ke seluruh Malaysia
menggunakan perkhidmatan kurier poslaju.
Ia mengandungi beras nasi dagang, pes gulai dan halba.
Dengan adanya Pek Instant ini, ia telah memudahkan pelanggan kami
untuk menyediakan nasi dagang dengan citarasa yang sama seperti nasi
dagang yang kami hasilkan.
Inilah rahsianya jika anda ingin menikmati nasi dagang yang sedap.
Untuk memudahkan pelanggan, kami turut menyediakan panduan cara
masak, jadi pelanggan hanya perlu masak nasi dagang ni mengikut
panduan yang telah disediakan.
Alhamdulillah, sambutan terhadap pek instant ini sangat tinggi sehinggakan
ada pelanggan kami yang menempah untuk keluarganya yang menetap di
Australia.
Ejen-ejen pun ramai yang menempah kerana pek ini sangat mudah dijual.
(Ini adalah antara ejen pek instant nasi dagang yang kerap repeat order.)
Untuk menjadi ejen pek instant nasi dagang ini, kami cuma berikan syarat
minimum kuantiti yang rendah, iaitu 10 pek. Ini menyebabkan ramai
pelanggan kami sebelum ini berminat menjadi ejen kerana modalnya yang
rendah.
1 pek dijual dengan harga pasaran RM29.
Manakala ejen boleh dapatkan harga serendah RM20 x 10 pek = RM200
sahaja.
Keuntungan yang mereka boleh peroleh adalah sebanyak RM9 per pek.
Dengan memperkenalkan sistem ejen ini, kami dapat meningkatkan lagi
jualan pek instant nasi dagang kami.
Daripada hanya menjual sendiri sahaja, kini dah ada para ejen yang turut
mempromosikan nasi dagang kami.
Inilah juga cara bagaimana kita nak kembangkan bisnes makanan
homemade ke peringkat yang lebih besar.
Jika sebelum ini, kita hanya dapat jual hanya di sekitar lembah klang,
dengan adanya pek instant ini, ianya dah boleh diposkan sehingga seluruh
negara.
Idea Bisnes Makan Homemade
“Nak mulakan bisnes makanan homemade, tapi tak tahu bisnes
makanan apa yang nak jual?”
Saya faham keadaan anda, justeru dii sini saya kongsikan 25 jenis idea
makanan yang anda boleh lakukan dari rumah anda.
1. Nasi Arab
2. Nasi kerabu
3. Nasi ayam
4. Nasi lemak pandan
5. Roti canai
6. Kuih muih tradisional
7. Frozen food
8. Burger
9. Waffle
10. Ice blended
11. Kek
12. Buah potong
13. Teh ais
14. Roti bun
15. Spagetti
16. Brownies
17. Sandwich
18. Makanan berpantang
19. Ayam goreng korea
20. Sambal ikan bilis
21. Pekasam
22. Makanan kesihatan & diet
23. Air balang
24. Makanan-makanan viral
25. Pes segera
Semoga dengan perkongsian pengalaman saya di dalam bisnes makanan
homemade ini sedikit sebanyak memberikan anda ilmu baru yang
bermanfaat.
Jika anda dapati panduan ini mempunyai info yang bagus dan anda
berminat untuk mempromosikan ebook ini kepada rakan & prospek anda,
anda boleh mendaftar sebagai affiliate untuk anda jana 50% komisyen
untuk setiap jualan yang anda bakal hasilkan kelak.
Boleh baca maklumat lanjut berkenaan program affiliate di page yang
seterusnya.
Daftar Affiliate dan Jana Pendapatan 50% Komisyen
Untuk Setiap Jualan Yang Anda Lakukan!