The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:30:56

Ebook Jutawan Kampung Coach Bahar

Ebook Jutawan Kampung Coach Bahar

1

Prakata

Saya tinggal bersama mak saya di kampung. Saya dilahirkan di kampung,
dibesarkan di kampung dan kini saya tinggal di kampung. Kampung saya di
Muar. Kekadang line phone celcom dan maxis pun tak dapat sangat.
Maksudnya kampung betul ...cari dalam google map pun tak jumpa kampung
saya.

Bila saya buat keputusan untuk berpindah dari Shah Alam ke kampung, orang
pertama yang menghalang adalah mak saya. Pada masa itu umur saya 24
tahun. Saya nak tinggal dan jaga mak saya. Pada masa itu saya sudah pun
berniaga di bandar dan mempunyai 7 orang pekerja.
Mak cakap
Mak : " ko nak beri makan apa anak-anak ko tinggal kampung ni. Nak buat apa
kat sini. Sayang dah belajar masuk universiti. Nak kerja apa kat kampung ".

2

Saya : " Rezeki kat mana mana mak. Saya dah lama biar mak tinggal sesorang
kat rumah masa saya belajar dulu ".

Pada masa itulah saya bertekad untuk berniaga dikampung. Saya nak jadi
jutawan kampung. Di kampung banyak peluang yang ditinggalkan.

Anda tinggal dikampung ke sekarang? Atau nak membuat pilihan untuk
tinggal di kampung? Duduk kat kampung sendiri best. Masalahnya adalah
macam mana nak cari duit kat kampung.

Tak banyak kerja kat kampung bidang yang kita belajar. Kalau nak berniaga
pun orang kampung bukan banyak duit dan tak ada kuasa membeli. Itu
kebiasaan masalah orang nak tinggal dikampung.

Tapi...

Sebenarnya untuk kita menang baiklah menang dipadang sendiri. Sebenarnya
kita perlu belajar melihat dan membaca peluang yang ada di depan kita untuk
kita buat duit. Dekat kampung tak ramai pesaiang kalau buat sesuatu kalau
dibandingkan kita buat kat bandar untuk idea bisnes.

Alhamdulilah, Kini saya telah pun mempunyai beberapa rangkai bisnes di
kampung. Saya mempunyai ramai pekerja. Antara bidang bisnes saya adalah
perhotelan, pusat training, restoran cina muslim, kedai herb, kilang baja,
bisnes pertanian, perunding latihan. Saya bersyukur adanya D'impian Group.
Saya menulis bukan untuk berbangga, tetapi saya menulis untuk berkongsi
rasa. Saya percaya semua orang mempunyai potensi masing-masing yang
perlu diurus.

3

Cerita Abah dan Mak

Restoran Mohamed LONG , sempana nama arwah abah
<< Cerita Abah >>
Masa saya kecil, arwah abah selalu suruh saya cari duit sendiri kalau nak beli
apa-apa. Saya kerja kat kebun tebu kawan dia, saya kerja angkat batu merah
buat jalan kat kebun cina. saya akan jual keladi, ubi dan sayur yang abah petik
dari hasil kebun akan saya jual keliling kampung. hasil jualan di bahagi dua
dengan abah. Saya suka dapat barang yang saya mahu. Abah suruh saya usaha
untuk dapat apa saya nak
Abah selalu nasihat saya, simpan duit..simpan duit..lama-lama jadi bukit. Dulu
arwah abah bawa teksi. dia ada satu tabung duit kecil. dia akan masuk kan
duit 20 sen dan sepuluh sen dalam tabung tu. dia kata " simpan duit tiap hari,

4

walau sedikit duit tu berguna masa kita memerlukannya". Arwah abah suruh
saya menyimpan, duit yang di simpan berguna bila kita memerlukan.

Bila saya mulakan bisnes pertama saya, saya buat perkara yang sama. Saya
ingat lagi bila saya pecahkan tabung, saya dapat lebih 20 ribu setelah lebih
setahun menabung. Antara bisnes pertama saya adalah cyber cafe. Semua duit
kecil saya masuk dalam tabung tiap hari ikut petua abah.

<< Cerita Mak >>

Bila saya dah kerja, saya akan beri mak duit tiap bulan . mak tinggal
dikampung dan jarang saya nampak mak guna duit. tapi setiap kali saya beri
duit kat mak dia akan senyum dan ambil seperti puas pada hatinya.

Satu hari, saya pernah susah dalam bisnes. Susah dan susah betul, masa tu
mak hulurkan duit kat saya " ini duit yang kau beri mak tiap bulan, mak tolong
kumpulkan . Pakailah ni duit kau, berniagalah dan bangun semula ".
Walaupuan saya tak nak duit tu tapi mak paksa saya ambil. mak suruh guna
duit tu.

<< Pengajaran >>

Jika ada orang tua lagi, ikutlah cakap dan nasihat mereka. Apa yang mereka
cakap itu keramat. Jika manpu berilah mereka duit jika sudah bekerja. walau
sedikit ataupun banyak. Mereka bukan macam kita, mereka sangat teliti dalam
hidup dan melihat masa depan. hidup kita berkat.

5

Ibuku si penoreh getah

Ibuku sipenoreh getah
buta hurufnya sedari lahir
buta angkanya sedari kecil,
tapi cerah matanya bagai bulan purnama
terang hatinya bagaikan suria pagi.
Sibuta itulah
yang kupanggil ibu
orang pertama mengajarku:
Setajam-tajam
mata pisau torehnya,
tajam lagi simata pena.

6

Bab 1 :: Tinggal di kampong pun boleh kaya

Saya tinggal di kampung, sehari-harian saya bergaul dengan orang kampung.
Selalu dikaitkan tinggal dikampung adalah orang susah dan miskin. Tetapi
sebenarnya dikampung juga boleh mendatangkan pendapatan mewah.
Hari ini saya bawakan kejayaan-kejayaan mereka yang kaya tapi secara
senyap. Kebiasaan nya orang kampung akan dikaitkan dengan berpendidikan
rendah, mungkin tidak habis tingkatan tiga tetapi ada diantara mereka lebih
berjaya dari pemegang ijazah PhD.
Pada umumnya mereka menjalankan projek yang tidak lah ‘gah’ dan
dipandang, tidaklah hebat dan tidak ‘standard’. Kebiasaan mereka hanyalah

7

menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi banyak cawangan dan kalau
bertani seperti menternak udang, ternakan lembu, menanam serai dan cili,
mengutip besi buruk dan sebagainya.

Dari pengalaman saya, mereka akan cuba mengelak dari bercerita berapa
pendapatan mereka sebulan, mereka kebanyakan akan merendah diri tetapi
mempunyai ladang nenas yang berekar-ekar , kebun sawit dan lembu
peliharaan berpuluh ekor.

Saya juga perhatikan kebanyakan mereka tidak menonjolkan diri dalam
masyarakat walaupun mempunyai kereta dan rumah mereka lebih dari wakil
rakyat. Jauh sekali dari mendapat pingat dan anugerah kebesaran kebesaran
bergelar Dato’ dan Tan Sri dan biasanya gelaran mereka adalah pak aji sahaja.
Mereka adalah jenis yang tidak melabur sesuka hati dan sangat berwaspada
dengan soal duit. Mereka menyimpan beratus ribu dan terus menyimpan.
kerektor mereka sama.

Saya ramai kawan seperti yang saya bayangkan diatas. Salah seorangnya
adalah Hj. Rahmat. Saya telah mengenalinya sejak saya kecil, sebaya dengan
arwah ayah saya. Dia membeli kebun dan mengusahakan kebun tersebut
sedikit demi sedikit. Bermala dengan tanaman tebu, untungnya dibelikan
kebun sawit.

Menjelang 10 ke 15 tahun beliau telah mempunyai 100 ekar tanah beserta
ratusan lembu. Dari sejak bermula beliau membersihkan kebunnya sendiri
hinggalah mempunyai pekerja yang ramai. Berapa pendapatan Hj. Rahmat,
jika kebun nya mendapat pendapatan bersih sawit RM500 seekar, berapa
kalau seratus ekar. Lembu seekor RM2000, kalau ada 100 ekor tentu banyak
pendapatan nya.

Saya juga mempunyai kawan berbangsa cina. Dia berniaga masakan cina dan
menjual dengan kereta tolak, dan mempunyai 3 cawangan di pekan yang
dijaga sendiri dan dibantu oleh isteri dan pekerjanya. Setiap hari dan setiap
cawangan dia memperolehi untung bersih RM300. Jika 3 cawangan
pendapatan mereka mencecah puluhan ribu sebulan yang hanya bekerja

8

kurang 3 jam sebelah malam. Mereka menyimpan di bank dan akhirnya
dibelikan rumah kedai dan mendapat sewa darinya. Akhirnya telah tiba masa
anak mereka mahu belajar keluar negara mereka reloan dan mendapat
pinjaman dari bank dan menghantar anak mereka belajar luar negara.
Saya lihat golongan ini lebih murah rezakinya, mereka lebih banyak memberi
dan bersedekah. Sesekali saya perhatikan gelagat mereka, mereka jutawan
senyap yang tinggal di kampong. Bukan sahaja melayu, jutawan kampong ini
juga ramai dikalangan bangsa cina. Mereka berpegang dengan prinsip biar
kecil asal dapat, jangan besar tapi tak dapat.
Sesekali anak-anak mereka pulang dari kota, anak-anak mereka dari Bandar
yang telah diberi pendidikan tinggi dan berjawatan tinggi. Pulang ke kampung
berkereta besar dan Nampak mewah tetapi hakikatnya mungkin berhutang.
Saya diajar sesuatu oleh mereka “Jangan inginkan selalu menang dipadang
orang, belajarlah bermain dipadang sendiri”.

9

Bab 2 :: Kenapa perlu anda berniaga dan menjadi kaya?

Rugi sebenarnya jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah seorang
dari jutawan. Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi JUTAWAN, anda
takut,anda tidak yakin anda boleh jadi jutawan. Saya bercakap benar, kenapa
tidak anda boleh menjadi jutawan sedangkan ramai yang telah menjadi
jutawan termasuk pendatang asing sama ada ‘pendatang haram’ atau
‘pendatang halal’.

Mereka hanya berniaga kain, mereka hanya berniaga air ditepi jalan tetapi
pendapatan mereka berpuluh ribu sehari. Rumah mereka besar, kereta
mereka besar, keluarga mereka bahagia, setiap bulan menghantar duit ke
keluarga meraka di negara asal.

Nah, jadinya bagaimana?.

Anda sedia maklum 9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan. Sebenarnya
menurut kajian 9/10 orang jutawan seluruh dunia adalah dari punca
berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya kemahuan untuk
Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai.

Tiada jalan singkat untuk berjaya. Saya memulakan perniagaan saya adalah
kerana kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya
bekerja sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan
itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun
berniaga dan cara pemikiran.

Saya yakin, minat saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil dulu,
saya selalu membantu ayah saya di kedai cendol depan rumah dan jika cuti
sekolah menjual sayuran kampong, ubi kayu dan keledek keliling kampong.

Saya juga membuat perkara yang sama kepada anak-anak saya, juga staf saya
untuk mereka boleh belajar selok belok berniaga. Mereka harus diterapkan

10

sejak kecil dengan mentaliti berniaga.

Bangsa cina sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan walaupun
berniaga kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu, mereka lebih suka
anak mereka bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti, ada pakej kesihatan,
kerja ikut masa dan lain-lain.

Soalan pertama bila mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya.
Digambarkan pula sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt,
kalau kaya nanti sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong
menyebabkan ramai diantara kita lebih suka makan gaji.

Saya memberi anda beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku
setiap hari:-

1. Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalau secara kasar ada
1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu sama lain
setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan untuk setiap
SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5 minit akan jadi
RM10ribu. Setiap 5 minit je.

2. Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita kirakan
secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari.
Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3 bulan sepanjang
tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka pendapatan Astro akan menjadi
RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS lagi

3. Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk makan.
Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti. Untuk memudahkan kita nampak
realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap hari yang perlu
makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di sesebuah universiti adalah
sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10% sahaja yang anda dapat dari 100
ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah cafe kecil.

11

Sekarang bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi
JUTAWAN dengan berniaga?. Saya sertakan beberapa fakta sokongan kenapa
perlu anda berniaga sendiri. Saya punya ramai rakan yang berpangkat
dipejabatnya, di kilang mereka tetapi mereka semua hanya dihormat bila
mereka berpangkat besar setelah pancen mereka tidak lagi dipandang.

Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu memulakan perniagaan sendiri.
Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita sihat dan muda juga
bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita sakit dan kurang
prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan syakikat, malang tidak
berbau.

Kalau dah semua berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik semua
orang berniaga dan tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah barang
yang sama. Saya yakin ramai lagi yang tidak membaca tulisan saya ni dan
masih ramai lagi mereka yang takut untuk memulakan perniagaan.

Perkara yang paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh
menjadi BOS kepada diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja anda,
anda boleh menentukan dimana anda bekarja, anda boleh mementukan
berapa gaji anda sendiri juga anda boleh membuat perkara yang anda suka.

Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih kuat dan anda akan
mendapat peluang yang lebih luas.

"Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk
memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar
kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama"

12

BAB 3 :: Bermulanya saya berniaga kecil-kecilan

Hidup Masa Kecil Pada masa tu, abah menoreh getah kerja paginya. Selepas
subuh keluar dari rumah dengan mak. Naik basikal seorang satu. Abah bawa
tong getah, mak boncing saya dalam gelap subuh. Itu masa kecil, masa saya
umur 5 ke 6 tahun. Mereka membesarkan kami anak beranak. Cari rezeki pagi
makan petang, cari petang makan esok. Hingga saya dewasa , hingga saya ke
sekolah menengah. Itulah kerja abah, menoreh getah dengan pajak tanah
orang lain. Hasilnya dibahagi dua. Kalau dapat 10 ringgit sehari dibahagi dua
dan dimasuk tabung sebulan sekali dia hantar ke rumah tuan tanah. Petang
abah akan bawa teksi pajak, emak akan buka kedai jual air batu ais depan
rumah. Saya menjalani hidup ini setiap hari. Melihat usaha mereka dengan
penuh senyuman. Mereka berusaha .... mereka tak pernah putus asa.

Susah Itu Biasa

Keadaan itu susah...ya susah. Tetapi abah tak pernah cerita susah dia. Dia
terus berusaha. Abah ajarkan saya, sorokan kesusahan untuk kesenangan
orang lain. Selesaikan masalah sendiri sebab masalah sendiri tak ada orang
lain boleh selesaikan. Orang lain pun ada masalah mereka. Kekadang saya
susah, saya sorok kan kesusahan itu dari mak supaya mak tak risau. Hidup
kita untuk menyenangkan orang lain. Jika orang di sekeliling kita suka kita
nampak senang, kita perlu senangkan mereka. Saya manusia biasa. Punya
salah dalam hidup dan percaturan hidup. Kekadang dibawah dan kekadang
diatas. Dalam bisnes juga begitu. Bukan kita sentiasa menang dalam semua
game yang kita lawan.

Bila kalah , lihat semula game yang lepas untuk perbaikinya. Supaya game
yang akan datang tidak kita kalah lagi. Dikala kalah kita sentiasa dilihat salah.
Banyak pengajaran yang kita belajar dari kekalahan. Belajar dari kekalahan
tadi dan perbaiki satu persatu. Alhamdulilah akhirnya selesai semula. Biasa

13

dengan kerja-kerja kampung Semasa saya kecil, kerja saya adalah pengembala
lembu, dipagi hari saya akan ikut mak ke kebun getah dan petang saya akan
ikut abah ke kebun meneroka hutan bakau untuk ditanam pisang. Saya
selalunya akan duduk sendiri berangan, adakah akhirnya saya akan mewarisi
kerja ayah dan ibu saya.

Di sebuah kampung kecil pada masa itu , semuanya orang begitu saya tidak
banyak contoh untuk saya ikut kecuali melihat perwatakan orang yang
berjaya di TV hitam putih itu pun dalam banyak cerita P. Ramli dengan
memakai baju kod duduk di kerusi pejabat dengan gaya berniaga dalam cerita
anak ku sazali dan lainnya. Apa cita-cita saya masa kecil Dari kecil saya
fikirkan, apa cita-cita saya.

Mak minta saya jadi bomba atau kerja kerajaan jadi cikgu. saya nak jadi
doktor sebab dengar semua orang nak jadi doktor kat sekolah saya ...tapi saya
tak tahu kenapa saya perlu jadi doktor. cita-cita saya bertukar-tukar
sehinggalah SPM. Saya keluar dari kampung. saya ke sekolah asrama penuh.
saya jadi rendah diri dari semua orang bandar. saya fikir pada masa itu,
bercakap orang putih itu moden dan maju. saya orang kampung yang belajar
inggerisnya dalam satu darjah campuran pelajar darjah satu dan darjah dua
sebab saya bersekolah di sekolah kurang murid.

Mula menjaja

Ayah saya seorang pemandu teksi dan sesekali akan dapat kerja part time
bawa lori. saya akan ikut ayah, dibawa saya ke luar melihat luar dari
kampung. saya terus berfikir dengan ayah setiap hari minta saya belajar dan
saya harapan keluarga katanya. Tapi ayah nak saya jadi peniaga katanya boleh
bantu ramai orang. Definasi peniaga pada masa itu adalah "penjaja kecil" yang
ayah buat menjual kacang rebus di pasar malam dan menjual ikan dan petai di

14

pekan parit yusof. satu hari, saya minum di warong. Datang seorang wanita
bertudung separuh umur membawa kereta Mercedes besar. Pada masa itu,
kereta itu adalah kereta mewah dan keinginan semua orang. saya bertanya
ayah? siapa dia tu ayah. Ayah saya bercerita, dia seorang wanita yang gigih.
dia adalah peniaga dan usahawan berjaya tinggal di bandar.

Dia suka bersedekah, dia suka bantu orang kampung. saya terpegun
melihatnya. Ayah kata lagi dengan berniaga je awak boleh beli kereta sebesar
itu. Seingat saya. itulah bermulanya minat saya dalam bisnes. mungkin umur
saya 8 tahun. saya melihat contoh walau saya tak kenal wanita tadi. saya lihat
rupanya ada mereka yang berjaya dikalangan orang melayu yang selama itu
saya fikir ramai orang yang berniaga adalah berbangsa cina. menyebabkan
setiap hari saya akan duduk diwarong menunggu wanita tadi, saya dapat
tengok keretanya pun jadilah dan memberi saya bermotvasi. saya diam dan
diam memendam rasa.

Pengalaman mengajar kehidupan

Dulu-dulu. Saya bukanlah pelajar yang cemerlang. Tetapi saya selalu saya fikir
saya orang yang cemerlang. Mungkin perkataan itu yang selalu mak cakap
dengan saya " elon anak yang bijak " . Elon panggilan saya dikampung masa
kecil. Mak nak saya sekolah asrama macam anak jiran jiran. Mak nak bila
besar saya

kerja kerajaan. Mak nak saya masuk universiti. Mak selalu doakan saya.
Alhamdulilah dengan doa mak, saya dah tunaikan semua hajatnya. Mak beri
saya motivasi sepanjang hayat. Arwah abah orang nya garang, pantang salah
sikit. Kalau kakak-kakak saya buat silap habis lah kena. Tetapi arwah abah
beri saya cabaran.

Selalu dia cakap anak jantan perlu berani, tanpa keberanian kita sentiasa akan
kalah. Ingat sekali, waktu banjir saya takut air. Arwah abah campak saya
dalam sungai dalam, sambil ketawa. Abah suka bergurau, dia tolong saya

15

balik. Dalam menanggis saya dapat satu pelajaran baru. Saya perlu pandai
berenang. Budak kampung perlu pandai berenang. Saya dibesar dari suasana
sokongan motivasi dan cabaran yang tinggi. Saya seimbangkan. Saya
bermotivasi bila dicabar.

Jika sesuatu itu mudah bagi saya, saya akan sambil lewa. Sehingga ada
beberapa perkara saya gagal. Saya lebih menghargai sesuatu jika susah nak
dapat. Lagi susah lagi kuat saya berusaha. Saya bukan seorang yang putus asa.
Dengan itu saya hanya mengambil jalan yang tidak selamat. Sebab saya hanya
berjaya dengan cabaran yang besar. Saya menikmatinya.

Nak dapat usaha sendiri

Seperti anak lain saya sukakan permainan. Tetapi dari kecil saya diajar jika
nak sesuatu perlulah saya berusaha sendiri. Ingat satu masa dulu bila saya nak
beli basikal BMX. Abah suruh saya kerja di kebin tebu kawan nya bila cuti
sekolah. Tetapi barulah saya tahu yang saya diupah oleh dia sendiri. Abah dah
pakat dengan kawan nya dan memberikan duit kepada kawan nya untuk
diberikan pada saya. Patutlah saya masa kecil sudah diterima kerja dengan
mereka. Saya akan menjaja hasil kebun ayah dan pendapatan nya akan di
bebahagi dua. Jual ubi dan keladi juga keledek. Senang cerita saya sudah diajar
susah bila masa kecil lagi.

Kenapa saya minat berniaga

Saya tak ingat bila, tapi masa saya muda-muda dulu. Saya pernah bekerja di
kedai komputer. Saya ditanya taukey kedai tu pada saya. " berapa gaji awak
nak baha ? " Saya jawab " berapa je lah bos beri " Dia senyum " awak , perlu
beri nilai pada diri awak. Jika anda mahu berjaya dan awak lebih bernilai dari
apa yang awak sangka. " .

16

Masa tu gaji saya hanyalah RM700 sebulan. Saya belajar sesuatu dari kejadian
itu. Saya perhatikan mengapa bangsa cina banyaknya berniaga. Satu hari saya
tanya taukey tu lagi. " bos .... bila you mula niaga ? Kenapa you meniaga " Dia
jawab " kita niaga untuk masa depan , saya mati pun anak saya ada sambung
bisnes ni lebih kembang besar. Kalau you ada pangkat pun , you mati ....you
bawa pangkat tu sama you ". Masa tu saya baru lepas SPM. Tapi saya mula
faham kenapa saya perlu berniaga walaupun sukar . Saya mahu lebih banyak
belajar dengan dia. Saya harap tuan puan belajar sesuatu dengan cerita ini.

Cerita kampus dulu-dulu Saya ingat masa dikampus dulu. Masa semua student
sibuk bergembira menikmati zaman remaja tetapi saya perlu kerja dan
berniaga. Dari tahun pertama saya di universiti saya tak dapat biasiswa atau
pinjaman. Sebabnya hanyalah kerana kesalahan pegawai bahagian pinjaman.
Saya orang kampung, saya budak muda, saya kehilangan ayah masa saya
muda berumur 19 tahun. Saya rasa rendah diri bila saya terlalu miskin tika
itu. Tetapi ujian itu menyebabkan saya bangkit, saya bekerja pembantu di
cafe, saya berniaga komputer hingga menjual baju di persatuan semua saya
buat untuk meneruskan hidup dan impian cita-cita.

Hari pertama saya mendaftar sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia

Ujian itu membuat saya lebih berani. Saya aktif dalam persatuan dan MPP,
saya juga mewakili universiti untuk sukan hingga satu hari rakan baik saya
bertanya " bahar, bila ko belajar bahar. Jangan bahar nanti kau gagal ". Saya
rasa terpanggil, ya benar saya kurang study. Setiap hari terpaksa bekerja dan
berniaga untuk sesuap nasi. Berniaga dipasar malam , menjual air , otak-otak ,
kerepek dan lain-lain. Rahsianya adalah doa, doa mak saya. Setiap kali saya
nak pereksa saya akan telipon mak, dan mak akan puasa dan berdoa untuk
saya. Mungkin itu sebabnya. Kekadang kita perlukan cabaran dalam hidup
untuk bergerak lebih kratif dan pantas. Tukar ujian anda tadi kepada cabaran..

17

Katak oh Katak Kalau kecik-kecik dulu…

Mak aku selalu cerita macam-macam, salah satu cerita yang aku ingat lagi
sampai sekarang ialah “Cerita pasal katak panjat pokok”…tak tahu le mana dia
dapat. Ceritanya macam ni, ada sekumpulan katak memanjat pokok kelapa,
panjat punya panjat banyak le katak yang sampai di tengah jatuh ke tanah lalu
mati. Ada sekor je katak yang sampai ke atas. “ingat-ingat kenapa le katak tu je
yang sampai kat atas ?” mak aku tanya kat aku…mana le aku tahu masa tu dan
macam-macam le aku cuba menjawab soalan dia….semuanya salah. Korang
tahu ke jawapannya ?.

Mak aku cakap, katak yang sampai atas tu pekak. Aku tanya le dia kenapa lak
jadi macam tu…ya le katak yang jatuh tu semua dengar kawan-kawan dia yang
kat bawah bersorak dan ada yang menakut-nakutkan mereka, ada yang
memuji dan ada yang kata “wow dah tinggi tu nanti jatuh, baik turun je” . Bila
katak-katak tu pandang belakang(katak mana boleh pandang belakang),
katak-katak tu terus le jatuh. Pasal katak yang sekor ni pekak maka dia pun
sampai le kat atas, dia tak dengar cakap semua kawan-kawan di yang kat
bawah tu yang takut nak panjat pokok tu dan dia mempunyai matlamat
sendiri dan hanya melihat ke hadapan. Cerita ni memang le tak logik tapi apa
pengajaran di sebalik cerita ni. Fikir le kejap!

18

Bab 4 :: Mereka boleh kaya raya, kenapa tidak kita?

Saya bertemu abang ali di kampung setelah saya mendapat e-mai dari beliau.
Beliau ingin berkongsi pengalaman pribadinya dalam perniagaan yang beliau
jalankan. Saya sungguh teruja dengan kisah cerita abang ali yang asalnya
seorang yang susah dan berasal dari kampung dan berkat usahanya kini dia
telah Berjaya. Bersamalah kita mendalami cerita seorang sahabat saya ini.
============
Email dari hati
============
E-mail dari abang ali yang membangkitkan semangat saya boleh dikongsi
bersama;
Saudara Baha, salam perkenalan. Telah lama saya mengikuti saudara melalui
laman muka buku.

19

SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk
memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita.Adik-adik abang yang
masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah
tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan
50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit
pengalaman diri abang.

Abang kini berusia lewat 40an, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)gred 3 tahun 1980an. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka
meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan
harta kecuali anak-anak yang ramai.Pada waktu itu SPM gred 3 `laku’ juga.
Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu
makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.

Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan
tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak
dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah
wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang. Oleh kerana abang anak sulung,
terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang
bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri
kahwin. Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang
Berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal
buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru.

Kini abang berjaya menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain. Di
samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan
kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini
akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan
ditanam dengan kelapa sawit.

Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang.
Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen
untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan. Pendapatan
kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu

20

mencapai pendapatan RM10,000 - RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan
yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan.

Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan
pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji
lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan. Adik-adik, banyak lagi usaha
yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar
keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya
10 hingga 12 bulan.Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun
bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga
mempunyai perniagaan sendiri.Purata pendapatan bulanan mereka melebihi
RM30,000.

Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun
mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu
tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak
bekerja. Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak
Ramai anak-anak Melayu tahu.

Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang
pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya
menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.

Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 –
RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak,
teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik
berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta
disuapkan.Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah
Peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan,
ternakan,pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam
perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan

21

empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan
hendaklah secara tunai.
Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa
salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir
Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga. – ABANG
ALI, Muar.
http:://mybaha76.blogspot.com
http:://coachbahar.blogspot.com
http:://coachbahar.com

22

Bab 5 :: Buat duit dengan tanam serai

Dalam bab ini saya akan menerangkan serba sedikit pengalaman saya dalam
bidang pertanian. Slogan “pertanian adalah perniagaan” adalah satu perkara
yang sangat menarik. Selalunya kita dimomokkan dengan sejarah iaitu
seorang petani tentunya adalah orang kampong yang susah dan tidak berduit.
Menjadi petani moden dengan mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang
pertanian tentunya cita-cita seseorang itu menjadi kaya dan Berjaya akan
tercapai.

Contoh yang paling jelas adalah cerita pak Ali yang memperolehi pendapatan
lebih 30 ribu sebulan yang saya ceritakan di bab sebelum ni menyuntik
semangat siapa sahaja yang ingin berkecimpung dalam bidang ini. Fenomana
kerja makan gaji dan mencari rezaki dibandar telah sekian lama berlaku pada
kita terutamanya orang melayu. Lihatlah sahaja berapa banyak kebun-kebun
dikampung yang terbiar dan tidak diusahakan, tepuk dada tanya selera.
Mereka lebih rela ke pekan-pekan bekerja kilang dari memilih menjadi petani
disebabkan status petani itu susah dan kerja kotor dan penat.

Tiba-tiba ramai pula pulang ke kampong apabila harga minyak sawit dan
getah melambung dipasaran dunia. Harga sawit pada 2011 pernah mencecah
RM700 setan dan harga getah pernah mencecah RM7 sekilo. Sekiranya kita
mempunyai 5 ekar dan penghasilan untuk 5 ekar dihitung kasar adalah 3 tan
maka jumlah pendapatan kasar kita adalah RM2100. Itu hanya bekarja 2 hari
sebulan untuk memotong buah dan hari lain boleh mengusahakan pekerjaan
lain.

Alhamdulilah, setelah lama saya berangan-angan untuk berkongsi
pengalaman dalam mengusahakan tanaman serai kepada semua. Saya baru
sahaja menceburi bidang pertanian ini dalam usaha saya mencari bidang yang

23

boleh diperkembangkan dalam tempoh “kegawatan” ekonomi sekarang
.Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 15 ekar. Saya berpendapat
projek ini harus diperkembangkan terutamanya saya menyeru pada anak-
anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman
dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini.

Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya
bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah
melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar
tanah 5 bulan adalah 2 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda
boleh memperolehi pendapatan ini.
Saya sertakan langkah demi langkah proses penyediaan kebun hingga proses
menjual serai.
Langkah 1 : Penyediaan kebun. Lebih baik jika penyediaan kebun yang terang
dan jangan ada pokok tanaman lain. Jenis tanah yang baik untuk serai adalah
tanah liat. Serai kurang sesuai ditaman di tanah gambut dan tanah berpasir

24

Langkah kedua :: Setelah kebun telah di terangkan , bolehlah serai ditanam.
Saya menanam serai dengan jarak 2kaki x 3 kaki dengan teratur.

Langkah ketiga :: Ini adalah gambar serai berumur 2 minggu. Satu lobang
serai ditanam 2 atau 3 anak benih. Diawal penanaman serai, penyiraman air
perlu dibuat agar memastikan serai hidup dengan subur.

25

Langkah keempat :: Sebaiknya kebun serai ini di pagar agar dapat mengelak
dari serangan muruh seperti babi dan yang lain.

Langkah kelima :: Penjagaan serai perlu dibuat dengan proses pembajaan,
merumput dan yang lain.

26

Langkah keenam:: Penjagaan serai perlu dibuat dengan proses pembajaan,
merumput dan yang lain.

27

Langkah ketujuh :: Serai matang ada berumur dari 4-5 bulan dan boleh di
ambil dan mula dipasarkan.

28

Langkah ke lapan :: Serai dimasukan dalam guni dan biasanya mengikut
gred. Satu guni 50 KG dan mula akan dipasarkan di pemborong atau pasar.

29

Aliran tunai penanaman serai:-

1. Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi
2. Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ . Oleh itu dalam seekar
tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)
3. Pendapatan Kasar
#Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai
dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.
#Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg
#Oleh itu pendapatan kasar adalah
3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400
4. Perbelanjaan

a. Benih = RM 1000 per ekar (21600btg)
b. Baja = RM 560

8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar
1 beg (50kg) berharga RM70
(8 beg x RM70 = RM560.00)
c. Racun = RM 390
12liter racun BASTA diperlukan dalam seekar
1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak
1 kotak berharga RM130
(3kotak x RM130 = RM390)
d. Upah tanam per ekar = RM 200

30

e. Upah meracun (3 kali)RM60/ekar = RM 180
f. Upah membaja RM30 per ekar (3 kali)= RM 90

2 kali baja Urea
1 kali baja 0: 18:20:TE
g. Upah menyiram = RM 210
pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh
tanam
waktu menyiram 4.30~8.00mlm
Upah siram RM30 per ekar
(RM30 x 7 kali= RM 210)
h. Upah harvest = Lebih kurang RM 1000

Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000
PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000
= RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . dan sekiranya kita ada 10 ekar
berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang palin
minimum. tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya
saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Selamat
mencuba..

Saya punya impian untuk berjaya. Dalam perjalanan saya, saya sentiasa
berusaha mencari jalan mencapai impian saya. Setalah pulang dari England,
saya memulakan bab ke-dua kehidupan kami di Malaysia. Saya meneruskan

31

pekerjaan saya sebagai seorang pendidik disamping itu berdekit-dekit
berjinak dalam dunia perniagaan.

Saya mulakan dengan projek-projek kecil dikampung,dengan membeli tanah
sawit dan projek tanaman serai. Saya Berjaya dalam semua projek tersebut
lebih-lebih lagi projek tanaman serai sehingga dapat saya membina rumah
mak dengan hasil kebun sahaja.

Saya ada matlamat berniaga, saya harapkan bangsa saya berubah. Saya cuba
membantu siapa sahaja yang minat dalam berniaga melalui pengalaman atau
bekerja dengan saya. Saya berasal dari seorang yang susah dikampung. Saya
telah kehilangan ayah dalam usia muda saya, mengharap belas ihsan orang
dan sangat sukar dalam perjalanan permulaan dulu.

Setelah saya dewasa tidak banyak keluarga saya berubah, kesemua kakak dan
abang saya masih bekerja mencari razaki dengan bekerja dengan kerajaan
mahupun swasta. Saya melihat anak-anak saya, saya melihat anak-anak
saudara saya mereka masih kecil dan mahukan pendidikan.

Saya fikir walau sebesar mana pangkat yang saya ada semasa saya bekerja,
saya tidak dapat membantu mereka. Akhirnya nanti, mereka akan menjadi
golongan yang mengharapkan bantuan lagi, mengharap bantuan kerajaan,
meminta-minta kerja, meminta bantuan bank, meminta bantuan dapat kerja,
saya tak suka.

Tersentak dengan kesedaran itu saya cuba sedaya upaya berfikir untuk
berubah, bukan untuk saya tetapi genarasi saya. Saya fikir ramai yang
memerlukan bantuan dari saya. Rupanya tenaga dan fikiran kita akan berjalan
mengikut impian dan target yang kita sasarkan.

Pernah satu masa saya mempunyai tanah 50 ekar dgn projek sawit dan serai.

32

Saya hanya mengambil masa selama 2 tahun sahaja untuk mendapatkan dan
menjalankan projek itu. Ada tanah yang saya pajak ada tanah yang saya beli.

Patutlah penghulu-penghulu lama dulu banyak tanahnya. Bila orang kampong
susah, mereka akan bertemu penghulu mengadu masalah mereka dan
memohon penghulu membeli tanah mereka. Saya membeli sekaping dua
tanah dan bermula dari itu ramai orang kampong mula memberi peluang
untuk memjual tanah sawit mereka.

Saya nasihatkan kepada anak muda, belilah tanah dan tanamlah sawit,
Perkara yang paling mudah dalam dunia. Untuk Berjaya anda jangan beri
alasan anda.

Harga sawit pernah melonjak sehingga RM800 setan, saya pernah mendapat
duit sawit sekitar RM 20 ribu sebulan utk semua kebun saya. Terus terang
saya katakan saya bukanlah seorang ada masa untuk bersihkan kebun,
meracun dan membaja. Sehingga ada masa-masanya sehingga berbulan
membawa setahun saya tidak masuk kekebun, bukan perkara yang bagus.

Semua urusan kebun saya serahkan kepada seorang manager untuk
memantau. Saya juga adalah usahawan hartanah, jika ada peluang untuk
menjual tanah dengan nilai yang lebih tinggi atau memerlukan kewangan
untuk projek lain saya akan menjual tanah tersebut. Setakat ini, saya tidak
pernah rugi membangunkan tanah dan berniaga hartanah malah itulah nafas
perniagaan saya.

Satu masa dulu, Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya
berpendapat projek ini harus diperkembangkan terutamanya anak-anak
muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman
dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini.

33

Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya
bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah
melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar
tanah 5 bulan adalah 2 – 4 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda
boleh memperolehi pendapatan ini.

-Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi

-Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ atau 2’ X 3’ . Oleh itu dalam
seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)

-Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai
dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

-Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

-Oleh itu pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400

- Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000

PENDAPATAN BERSIH PER EKAR RM 14,400-RM 4,000 = RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . Dan sekiranya kita ada 10
ekar berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang
paling minimum. Tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah .

Sebenarnya saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih.
Pendapatan seeker bagi kebun yang saya usahakan adalah RM4,000
seekar/sebulan. Jika anda mahu kan pendapatan 40 ribu sebulan, berapa ekar
yang harus anda tanam.

Setelah mendapat sedikit modal dan semangat saya mulakan projek
perhotelan. Saya sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam semua

34

perniagaan yang saya ceburi.
Saya mengambil pekerja dan mereka yang menguruskan projek-projek saya
adalah mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, ini
adalah jalan singkat.
Dalam berniaga terdapat tiga langkah sebelum anda menjadi seorang
usahawan tulin, ini teori saya :
-Langkah pertama, anda perlu pandai cari DUIT.
-Langkah kedua, setelah anda dapat DUIT. Anda perlu pandai mencari projek
yang buat DUIT.
-Langkah ketiga, setelah anda pandai mencari projek yang boleh buat duit,
anda perlu pandai mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda.

35

Bab 6 :: Buat duit dengan Tamanan Cili

Saya ada formulanya sendiri, kali ini bukan setakat tanam pokok cili. saya cari
formula bagaimana boleh menjana pendapatan orang kampung, biar sedikit
tapi berterusan.
Sepokok cili boleh hidup lebih dari 6 bulan, hasilnya maksimum dari bulan
kedua - ke enam. Sepokok cili boleh menghasilkan 2.5kg atau lebih.
Bagaimana saya dapat angkanya setelah saya berpengalaman melaluinya,
mungkin ada yang punya pengalaman lain.
Kami menggunakan teknik fertigasi tetapi dengan modal yang minimum, dan
usaha memaksimumkan keuntungan. saya punya sekumpulan researcher
melakukan nya. Seperti tanaman serai, saya membuat SOP nya supaya dia

36

lebih terang dan jelas.
cuba kira-kira
2.5kg x 3000 pokok = 7.5 tan
7.5 tan x RM10,000 setan (1kg = RM10 tolok harga borong) = RM75,000
- modal sistem dan anak pokok = RM24,000
- upah staf = 7.5 tan x rm2.5 per kg = RM18,750
- racun + baja untuk 6 bulan = RM2000.
keuntungan semusim = RM30,250 bersih.

pusingan kedua penanaman tidak perlu sistem lagi hanya anak pokok sahaja.
pusingan kedua
7.5 tan x RM10,000 setan (1kg = RM10 tolok harga borong) = RM75,000
- modal sistem dan anak pokok = RM6,000
- upah staf = 7.5 tan x rm2.5 per kg = RM18,750
- racun + baja untuk 6 bulan = RM2000.

keuntungan semusim = RM48,250 bersih.
Untung bersih untuk setahun bagi 3000 pokok adalah RM 78,500.
Sepokok boleh untung bersih RM13. jika tanam 20,000 pokok bagaimana.
RM260,000.00
ianya benar kepada sesiapa yang berani mencuba

37

Bab 7 :: Bisnes tebu yang menguntungkan

Macam mana jadi kaya dengan tebu dan jadi jutawan kampung .
Satu ekar dapat 3500 lobang.
Satu lobang dari sebatang tebu jadi 3 batang je secara purata setahun.
Sebatang purata RM2
Setahun RM2 x 10,000 = RM20,000
Kalau nak RM200,000.00 berapa ekar nak tanam.
Kalau ada 30 ekar ?
Abis modal macam mana ?
Kalau 20 ekar. Perlukan pekerja 5 orang. Kerjanya meracun, buang daun
kering, jaga seranga dan anai-anai.

38

Sebelum ambil hasil anda perlukan 8 bulan. Kalau 5 orang pekerja gaji mereka
RM7000.
Ada tanah kat kampung. Terbiar . Kenapa tak digunakan.
Lepas tu.
Tebu boleh sampai 4 tahun. Tanam sekali jaga sampai bertahun-tahun. Tuai
bertahun-tahun.
Best kan...kalau baca je tak guna lah.

Tapi.

Jangan pulak guna formula 6T
Tanam
Tak
Tengok
Tengok
Tunggu
Tuai
Mana nak dapat hasilnya.

coachbahar

39

Bab 8 :: Idea Bisnes Kampung jualan anak benih

Anak benih
Kesanggupan untuk mengambil risiko adalah teras utama seorang usahawan.
Ini adalah kerana tidak ada jaminan langkah yang anda lakukan berjaya atau
sebaliknya. Anda perlu berani menerima kegagalan. saya tidak ada niat untuk
menakut-nakutkan anda, tetapi ianya adalah benar. Berniaga ada seninya, ada
orang kata berniaga ini seperti memperjudikan nasib. Saya kurang setuju,
berjudi anda tidak boleh merancang untuk menang dan 99% menang adalah

40

dari nasib. Berniaga anda punya panduan, buku dan rakan untuk anda
merancang untuk menang.

Semakin besar cita-cita anda, besarlah risiko yang harus anda tanggung. Disini
perkara yang juga anda harus hadapi adalah penilaian dari masyarakat.
mereka menilai anda dari kejayaan atau kegagalan anda. jika anda berjaya
dalam berniaga maka anda akan direstui dan dicontohi juga didekati,
sebaliknya jika anda gagal anda akan jatuh dengan teruknya. risiko ini ramai
yang takut untuk hadapi. Jika anda takut anda tidak boleh jadi usahawan luar
biasa.

Sebenarnya masyarakat boleh membantu dengan tidak menghina dan
mencurigai mereka yang telah gagal kerana sebenarnya mereka berani
mencuba untuk mencapai matlamat mereka.

Sebagai usahawan, saya telah berjaya dan saya juga pernah gagal dalam
percubaan saya. Itu semuanya adalah perjalanan mematangkan saya dalam
menghadapi hari-hari yang mendatang membuatkan saya suka dengan
cabaran dan risiko. Pengalaman yang lebih bernilai adalah pelajaran dan
pengajaran yang anda perolehi. pelajaran dan pengajaran anda selalunya
terima dari kegagalan masa lalu.

Saya teringat seorang peserta seminar saya setahun yang lalu. dia seorang
pencen swasta dan berpangkat. dia bersara dengan duit simpanan lebih
setengah juta. Malangnya semuanya habis dan hilang sekelip mata kurang dari
6 bulan. perkara itu gara-gara dia mulakan perniagaan jualan
langsung(maafkan saya tidak semua MML tidak baik) yang menipu. Dia
datang kepada saya dengan penuh kekesalan dan kecewa, tidak tahu dimana
mahu bermula. lebih teruk lagi dia terasa disisih keluarga dan rakan-rakan,
mungkin itu perasaan orang yang sedang kecewa.

41

Saya tidak boleh memberi apa-apa nasihat kecuali bersabar dan terus
berusaha. saya minta beliau untuk lupakan masalah dia yang lama kerana jika
beliau masih teringat dengan masalah lama beliau tidak boleh bergerak
kehadapan. saya memberi beberapa idea, jika dia sudah kekeringan duit
lihatlah modal apa yang ada. Beliau berkata dia hanya ada fikiran, tenaga dan
kereta. Jadi saya minta dia membeli anak benih pokok buahan dan menjualnya
di pekan tempat dia tinggal atau dipasar malam atau pun dihadapan bank.

Soalan pertama beliau "mengapa anak pokok buahan".

jawapan saya :

1. pertama dia masih ada kereta untuk mengangkut

2. harga anak pokok buahan yang di beli di pemborong yang betul hanya
semurah RM3 sepokok

3. Harga pasaran adalah RM15-20 di pekan dengan benih baik

4. Dikawasan dia tinggal sekarang banyak kawasan luas dengan tanah, dan
kebetulan beribu ekar tanah perancangan dalam prosos tanaman semula
sawit. jadi tuan tanah tentu akan beli sekurangnya sepokok durian untuk anak
cucu mereka masa depan. Syarat pertama dia perlu sanggup menjaja dan tidak
perlu malu.

Beliau buat apa yang saya cadangkan, alhamdulilah beliau suka dengan
pekerjaan baru beliau dengan mendapat untung bersih RM200 sehari dengan
menjual anak pokok. saya tak tahu sekarang beliau buat apa, tetapi yang saya
pasti beliau belajar dari kegagalan dan percubaan pertamanya.

Berniaga biar dari kecil, berkembang menjadi besar. Seni perniagaan ini perlu
dipelajari dan bukan dari buku dan kuliah semata-mata.

42

Bab 9 :: Belajar dari Pengalaman (Tanam Jagung)

Nak kaya dalam masa 60 hari je....tak percaya, cuba baca cerita ni sampai habis

Minggu lepas saya ke perlis, saya bertemu seorang usahawan tani. Kerjanya
bercucuk tanam, katanya dengan tanah kita boleh buat duit. Saya mula
tertarik dengar dia bercerita bila dia menjual jagung dan mendapat hasil
jualan RM350 ribu semasa pesta MAHA yang lepas. Saya korek rehsianya.

Dia menanam jagung dan menjual jagung. Dia menanam ikut musim. Jagung
dijaga dari mula tanam hingga tuai hanya 60 hari. Rahsianya kita perlu tahu
bila mahu kita tanam , dan bila masa menuai. kalau lambat sikit jagung tak
dapat dijual. Se ekar kita dapat 21 ribu pokok jagung.

Jagung manis perlukan air yang cukup. Modal untuk sepokok jagung adalah
0.45 sen. Bermakna jika kita menjual sebiji Seringgit, bermakna kita untung
0.65 sen sebiji. Seekar untung bersihnya adalah RM11,962.50. Kalau 5 ekar
atau 10 ekar mungkin anda sudah boleh mengiranya.

Sahabat saya mempunyai 150 ekar tanah yang di sewa dengan kerajaan
negeri. untuk tanaman jagung. Jagung di tanam secara berperingkat untuk
masa menuainya tidak serentak.

Anda graduan ? anda masih tidak bekerja ? Boleh agaknya anda mencuba
nasib menjai bos untuk diri anda sendiri. Jika anda tidak boleh mendapat
sebanyak untung seperti saya nyatakan diatas.

43

Sekarang untuk membuatkan anda percaya cakap saya, cuba anda kira bila
anda menjual jagung bakar dengan harga biasa di kampung saya RM2.00-
RM2.50 sebiji. tentu banyak untungnya kan. untungnya berganda jika anda
menjualnya sendiri.Belajarlah berniaga dari kecil-kecil, tanamlah sedikit di
belakang rumah dan tanah terbiar. usahalah sendiri. Insyaallah anda boleh
berjaya.

Nasihat kalau nak Tanam Jagung

========================

1. Jangan sesekali gunakan gunakan benih dari hasil tenaman yang lepas.
Perlu mendapatkan benih yang berkualiti.

2. Rendam biji benih sebelum menanamnya. masukkan 2 atau 3 biji dalam
lubang.

3. 10 KG benih untuk se ekar tanah

4. Air perlu cukup

5. Masa menuai perlu sesuai, jika nak target nak jual MAHA atau event besar.
Perlu tepat waktu menanam.

6. lebih baik rancang jagung pada permulaan dalam musim hujan

7. Perlu dibaja, guna baja gemuk dan baja buah 15:15:15

Siapa yang berusaha, merekalah yang mendapat untungnya.

44

Bab 10 :: Pengalaman saya bagaimana saya dapat duit
tambahan 10 ribu sebulan dengan kerja sambilan

Inilah permulaan nya

Inilah bab yang paling penting dalam ebook ini. Walaupun saya sudah berada
dikampung, pada peringkat awal saya masih bekerja dan menjadikan kerja
kampong sebagai pendapatan sampingan. Dalam bab ini saya cuba
membongkar semua kerja part time saya dan bisnes kecil saya untuk saya
mendapat pendapatan 10 ribu sebulan dan kadang-kadang lebihan dari gaji
saya sebenar. Adakah kita perlu mendengar cakap-cakap orang lain dan
akhirnya kita tidak bertindak memperbaiki taraf hidup kita.

Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja berhenti kerja pada tahun 2013
yang lepas setelah perkhidmatan saya selama 15 tahun. Pada mulanya saya
adalah seorang pensyarah di universiti. Saya dipinjamkan ke anak syarikat
GLC dan jawatan akhir saya adalah CEO syarikat tersebut. Saya ceritakan
bagaimana semasa saya masih bekerja tetapi saya boleh buat duit tambahan
tanpa mengganggu kerja.

Zaman sekarang semua nak kena ada duit. Di bab-bab awal saya sudah
ceritakan mengapa saya berkerja kuat dan berniaga untuk mendapatkan
pendapatan tambahan. Anda semua mempunyai alasan-alasan anda
tersendiri.

 Bosan dengan kehidupan susah dan kesempitan mungkin menyebabkan
anda terdorong untuk mencari duit tambahan

 Mungkin anda bekerja kuat untuk memastikan anak anda mendapat
pendidikan yang sempurna.

 Mungkin anda mencari duit tambahan untuk menyara kehidupan ibu
bapa anda dikampung

 Mungkin pembelanjaan yang tinggi sekarang menyebabkan anda
terpaksa mencari jalan altanatif mencari duit.

45

Jika saya senaraikan tentu lebih 101 alasan kenapa kita perlu cari duit. Kita
MAHU tapi kita tak tahu macam mana. Itu yang selalu saya dengar. Perkara
pertama yang perlu anda buat adalah mencari alasan yang munasabah kenapa
anda perlu bekerja kuat. Selepas itu anda berikan target untuk anda mulakan
mencari dan berusaha kearah itu.

Jika anda mempunyai masalah kewangan, anda perlu bertanya pada diri
adakah anda menguasai masalah tersebut atau dikuasai masalah tersebut. Jika
anda dikuasai beban masalah tersebut maka anda akan murung dan kecewa
dengan diri anda sendiri. Anda perlu senyum dan menguasai diri anda sendiri.
Anda perlu terus berusaha. Kehidupan seperti mengayuh basikal, jika tak
mahu jatuh teruskan kayuhan walaupun perlahan. Anda perlukan keberanian
luar biasa untuk bertindak. Anda tidak ada pilihan lain selain menguasai diri
anda agar terus kehadapan. Perkara yang paling penting adalah bertindak.
Begitu juga dengan diri saya. Saya bertindak dan teruskan usaha kehadapan.
Saya tidak perlulikan cakap-cakap orang lain yang negative.

Kekecewaan itu baik

Ada beberapa sebab mengapa saya katakan yang kekecewaan itu adalah baik
untuk saya. Jika saya tak kecewa tentulah saya tidak akan berusaha dan
berniaga seperti sekarang. Tentu anda ingat apa yang telah saya tulis dalam
bab sebelum ini mengapa saya mula berniaga. Kisah bersama keluarga
sahabat baik saya yang tidak mampu menanggung kos perubatan ayahnya
yang sedang sakit. Peristiwa itu sangat mendalam bagi saya dan saya tidak
mahu ianya berulang dalam keluarga saya walaupun rakan terdekat
disebabkan kita tak ada duit. Saya mesti cari duit.

Cerita kedua adalah kerana kisah seorang yang kurang upaya dikampung
saya. Dia adalah seorang OKU tetapi mempunyai kebun yang banyak dan
rumah yang besar. Dia punya harta berjuta, dia hanya bergerak menggunakan
motor beroda sahaja. Dia tidak menjadikan kelemahan dirinya sebagai alasan
untuk dirinya berjaya. Saya terinspirasi darinya. Dia boleh lakukan tentulah
saya boleh melakukan yang serupa. Sedangkan Allah telah memberikan saya
kesempurnaan untuk saya.

46

Saya pernah bekerja, dari permulaan saya bekerja saya pernah bergaji
RM1000 sebulan. Saya juga pernah bergaji RM10,000 sebulan. Saya tidak
tamak, tetapi saya masih mempunyai kekangan untuk berbelanja kerana
pendapatan saya hanya masuk sebulan sekali sedangkan pembelanjaan saya
keluar setiap hari. Itu yang pernah saya fikirkan, saya perlu berusaha untuk
menambah pendapatan saya. Jika gaji anda sekarang hanya RM3000
dibahagikan 30 hari dan dibahagikan dengan 24 jam ianya adalah RM4.20
sejam. Sedikit kan..kita perlu menambahnya.

Trading

Menjual produk orang lain dan mendapat untung. Saya menjual produk orang
lain. Saya pernah menjual rumah, menjual tanah dan menjual kereta. Tetapi
semua itu bukan mendapat projek yang boleh dijamin setiap bulan. Kalau ada
rezaki, memanglah ada duitnya.

Saya membuat trading yang kekal dengan menjual perabut second hand dari
hotel. Saya dapat dari pembekal yang mengambil tander perabut tersebut.
Saya juga mendapat peluang dari syarikat insuran dari barang yang ditolak
dari kedai yang diinsurankan seperti kilang yang terbakar atau kedai yang
dimasuki air kerana bencana alam. Kami beli dengan harga yang murah dan
dijual semula.

Barangan ini memang sentiasa ada. Biasanya harga barangan adalah 20% dari
harga asal dan saya boleh menjualnya dengan harga yang murah diluar.
Barangan yang dibeli bukan barangan yang sudah rosak, tetapi barangan yang
masih elok lagi. Saya hanya mempunyai stor sahaja dan menjalankan projek
ini selama 3 tahun. Selepas itu saya telah menjadikan ianya satu perniagaan
dengan wujudnya syarikat D’kakilelong beroperasi di muar.

Ini adalah pengalaman saya, apa yang cuba sampaikan adalah anda boleh
menjual dengan barangan orang lain dahulu dengan trading. Trading bisnes
tidak melibatkan masa yang lama dan hanya menumpukan pada jualan.
Mungkin jika ada pun adalah untuk stor simpanan stok.

47

Perlaburan saya yang kedua adalah dalam bidang pertanian. Anda jangan
terkeliru dengan bisnes yang saya jalankan. Sememangnya saya mempunyai
syarikat iaitu syarikat D’impian Group yang mempunyai bisnes catering, hotel,
pertanian, restoran dan yang lain-lain. Tetapi beberapa pelaburan saya buat
adalah berbentuk pribadi yang tidak masuk pengurusan dan kewangan
syarikat.

Saya mempunyai stratigi dimana saya tidak masukkan semua operasi bisnes
saya didalam satu tempat dan satu bakul yang sama. Ini adalah pendapatan
pribadi saya. Walaupun saya mempunyai banyak syarikat dari sejak 7 tahun
yang lalu saya tidak mengambil gaji dari syarikat saya kerana saya telahpun
mempunyai pendapatan saya sendiri dengan perlaburan lain. Untung syarikat
saya laburkan semula.

Projek Agro

Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat
projek ini harus diperkembangkan terutamanya saya menyeru pada anak-
anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman
dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini. Bidang ini boleh memberi

pendapatan tambahan kepada kita, dan saya percaya sekiranya kita berusaha
tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah
dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2
ribu/sebulan. Ceritanya seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini.

Rahsia Jana RM100 Sehari.

Sukar saya nak terangkan begitu senang nya menjana duit sekurang-
kurangnya RM100 sehari. Jika tuan puan di tempat saya tentu tuan puan juga
beranggapan seperti saya. Saya tekad untuk sampaikan ilmu ini seberapa
ramai yang boleh. Saya tak tahu siapa anda, saya tak kenal siapa yang
membaca panduan ringkas ini tetapi saya yakin RM100 sehari untuk anda
tanpa modal dan tanpa kerja yang kuat adalah sesuatu yang berbaloi.
Sekarang, masanya untuk bertindak. Ikutlah panduan yang saya sertakan.
Bayangkan jika anda perlu berpeluh dan bekerja dan dibayar RM5 sejam
untuk kerja anda. Kerja kena lah kerja untuk jana duit sendiri dan keluarga.

48

Jika anda cepat saya jamin bukan sahaja RM100 sehari dan anda akan dapat
lebih dari itu. Saya dah mengajar dan memberikan panduan kepada beberapa
pelajar saya. Saya dapati ramai yang Berjaya tetapi tidak kurang juga yang
masih gagal dengan terlalu banyak alasan dari mereka.

Mungkin anda tahu apa yang ingin saya sampaikan tetapi masalahnya ada
lebih 10 cara dan teknik untuk menjana pendapatan ini. Saya juga mengambil
lebih 3 tahun menghadam dan membuat experiment mencari cara paling
berkesan. Sukar sebenarnya jika nak disampaikan dengan penulisan tetapi
saya akan cuba sedaya upaya. Saya cuba menulis salah satu cara, selain saya
berniaga dengan mengadakan seminar dan menjual ebook saya cuba untuk
berkongsi beberapa perkara secara percuma. Mudah-mudahan ilmu yang saya
sampaikan melalui ebook ini akan menjadi sedekah jariah saya. Salah satu
teknik untuk menghasilkan wang adalah melalui penulisan e-book. Saya telah
menulis beberapa tahun dan saya telah mendapat hasilnya.

Mengapa Saya menulis e-book

1. Saya pernah menulis e-book dan menjualnya dengan mendapat hasil jualan
RM15 sehari, saya juga pernah menulis ebook dan terjual 700 buah dalam
masa satu malam dan berkeuntungan RM7000.

menulis e-book lebih mendapat keuntungan yang banyak berbanding menulis
buku. tetapi jika anda telah mahir menulis anda juga boleh menulis buku dan
membuat duit yang lebih banyak seperti sahabat-sahabat saya Sri Diah
Shaharuddin, YB Budiman Mohd Zohdi , Mba San dan Nazali Noor.

kalau nak lebih kaya boleh menerbit buku seperti puan sifu Ainon Mohd..

2. Pasaran e-book sangat luas bukan sahaja untuk dipasaran Malaysia tetapi
indonesia, brunai dan singapura. kalau bernasib baik boleh di jual ke US dan
UK bila di terjemah.

3. Menulis e-book boleh membuatkan dan mendapatkan anda pasif income.
hasilnya mungkin boleh diperolehi setiap hari bukan enam bulan sekali. kalau

49

tak caya boleh tanya jutawan muda Raja Kamil dan Aqif Azizan yang banyak
buat duit dari menulis.

4. Boleh dijual berbentuk CD, tidak perlu di cetak dengan memerlukan kos
cetakan yang mahal. Anda juga boleh mengubah cover muka depan atau isi
kandungan nya jika jualan buku anda kurang laku. Jika anda nak update
kandungan nya boleh beri semula pada pembaca dan dibeikan percuma.

5. E-book di Malaysia kurang saingan. masih banyak tajuk dan e-book yang
boleh di kupas. kalau e-book anda jual dengan harga RM30 sahaja , jika
lakunya 1000 berapa untung anda. tetapi jika laku 10,000 macam mana? lagi
kaya kan...

6. Menulis seperti becakap dengan diri sendiri. anda akan bermotivasi setiap
hari lebih lagi skil keusahawanan kita boleh digilap. bukan sahaja ilmu
menulis tetapi ilmu pemasaran dan yang lain nya. ianya boleh juga dikira
sebahagian dari perkongsian ilmu

7. Jika anda suka membantu, sebenarnya penulisan yang ikhlas boleh
membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka dari membaca penulisan
anda kerana e-book selalunya panduan "penyelesaian masalah".

8. Tak kira anda siapa, apa pekerjaan anda dan apa taraf pendidikan anda ,
anda sebenarnya mempunyai pengalaman dan ilmu sendiri yang boleh di
kongsi. jika anda seorang suri rumah, mungkin anda boleh berkongsi tip dan
cara memasak, jika anda seorang ketua mungkin memberi panduan CEO dan
lain-lain.

9. Ilmu e-book ramai yang suka adalah kerana dia mudah di hantar melalui
email. lagipun selalunya kandungan e-book ini adalah up-to-date 10.
tengoklah ...pelajar sekolah, tukang kebun, posmen, puan CEO semua sekarang
ni ada smart phone. tidak lama lagi ...kejap je lagi .... mungkin ramai yang
membaca melalui smart phone yang boleh dibawa ke mana -mana dan boleh
dibaca bila-bila masa.. sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan tapi walau
100 alasan pun saya berikan kalau anda tak nak buat..tak jadi juga ..kan...kan...
apa komen anda dan pengalaman anda boleh dikongsikan disini

50


Click to View FlipBook Version