The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:30:56

Ebook Jutawan Kampung Coach Bahar

Ebook Jutawan Kampung Coach Bahar

Saya juga buat duit melalui penganjuran seminar bisnes. seminar ini saya
anjurkan baisanya pada hujung minggu. Perkongsian ilmu bisnes banyak
diperlukan oleh lebih ramai usahawan diluar sana. Mereka lebih menantikan

ilmu bisnes yang lebih prektikal
dan realiti. Kekadang saya
menganjurkan seminar sebulan
sekali mengikut kepadatan
jadual saya. Biasanya yuran
dikenakan adalah dari RM250
seorang untuk seminar sehari
dan RM989 untuk seminar tiga
hari dua malam. Bercakap
memang minat saya.
Saya juga menulis dan menjual buku sebagai sumber pendapatan. Setakat ini
saya telah menulis lebih 6 buah buku. Jika dikumpul semua pendapatan yang
saya perolehi dari semua kerja part time saya, saya boleh memperolehi lebih
daripada 10 ribu sebulan. Saya memberikan kepada dua jenis kerja.

51

Bab 10 :: Projek kampung : idea ternakan kambing

"Bisnes ini gampang saja pak "
Perlu menguasai tiga ilmu
1. Ilmu barang
Tahu barang nak beli kat mana, tahu barang nak kasi jadi, tahu barang nak beli
kat mana. Tahu apa kelebihan barang.

52

2. Ilmu dagang
Ilmu seni menjual, tahu kira untung, tahu bila nak jual, tahu kat mana nak jual.
3. Ilmu orang.
Ramai orang tak ada...ilmu macam mana jaga orang, kenal orang
Berbual dengan seorang usahawan kaya .

53

Bab 11 :: Bonus
Koleksi Cerita Inspirasi

Sedekah

Dari sebuah kisah benar
.
Diceritakan pada saya. satu kisah seorang banduan dan akhirnya menjadi
seorang usahawan.
.
Seorang banduan Hassan yang 7 tahun merengkok dalam penjara akhirnya
keluar. Dia amat bersyukur dengan nikmat bebas. dia bertekad untuk menjadi
seorang yang berguna, lebih lagi latihan dan kekuatan kerohanian yang
ditanamkan semasa dipenjara sungguh menginsafkan.
.
Dia balik kerumah ibunya dengan keadaan tidak punya apa-apa. dia hanya
punya seratus ringgit ditangan nya dan dia bertekad untuk memulakan
perniagaan pertamanya.
.
Dia buntu nak mulakan untuk menjual apa sedangkan modal ditangan hanya
ada seratus. Dengan duit yang ada dia menjual nasi bungkus yang bernilai
RM3 sebungkus. Dengan modalnya dia mendapat 50 bungkus. Jika dijual
semuanya dia akan mendapat RM150.

54

.

Dia memulakan langkahnya dan dia membuka gerai kecil dengan meja dan
kerusi di laluan sibuk. Dari pagi hingga tengah hari dia menjual tetapi hanya 3
bungkus sahaja yang laku dijual. dia sedih dan amat sedih. dari duitnya ada
seratus kini duitnya hanya ada rm10 sahaja.

.

Semalaman dia berdoa dan berfikir untuk memulakan sesuatu yang baru,
memohon moga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah padanya.

.

hari kedua hassan tidak boleh lagi menjual nasi kerana dia tiada modal.
berbekal RM10 dia bertanya ibunya yang tua.

.

Nasihat Ibu

=========

"ibu apa lah nasib saya, duit tinggal sepuluh ringgit apa saya nak berniaga"

ibu menyebut "kau sedekahkan lah duit itu"

"aku nak makan apa, ini sahaja yang tinggil bu"

ibunya menyahut "setiap satu kau beri, Allah berikan 10 pada mu. Insyaallah.
Asal kau YAKIN"

....

Dia membeli kacang dan dibungkuskan kecil-kecil, dibawa bakulnya juga
kepasar untuk menjaja. kali ini dia dapat lebih kurang 20 bungkus dari
modalnya. dia menjual seringgit sebungkus. Sudah laku 10 kali ini..dia
semangat.

.

55

dalam perjalanan, masuk waktu zuhur. bergegas dia ke masjid. dalam keadaan
tergesa dia meletakan bakulnya di tepi tangga masjid dan dia sembahyang.
lepas sembahyang dapat dia berjumpa dengan imam masjid tersebut dan
berbual-bual dan menceritakan kisah semalam.
.
setelah mahu pulang dia melihat bakulnya kosong dengan kacang tadi. dia
bercakap dengan imam tadi dan imam tadi berkata "niatkan sedekah kerana
Allah akan gantikan". makmum ingat hassan mahu bersedekah dengan
memberi kacang di tepi tangga. dia tunduk dan insaf dengan berkata "saya
sedekahkan semuanya".
.
Dia ambl bakul tersebut ...subahaallah ada duit didalamnya. rupanya ada rm
100 didalam bakul itu dicampak duitnya oleh jemaah semasa mereka ambil
kacangnya. Allah gantikan mudah bila dia kehendaki. semua perkara logic jadi
tak logic.
Dia bersandar di tiang merenung kuasanya sedekah, Allah gantikan sungguh
cepat. mohon lah apa sahaja yang kita mahukan, Allah maha pemberi, maha
mengetahui dan maha kuasa.

56

Dari CEO menjadi penjaja

Hari ini hari yang ceria

Saya bukan tak ada kerja lain tapi hari ini saya turun sendiri menjaja. saya ke
johor menjaja karpet dan kuih raya di tepi kaki lima. Ada seorang mak cik

"kesian ko nak, dah le gemuk berjual tengah panas macam ni. tak ada kerja
lain ke nak. "

57

saya senyum dan menjawab " cari makan anak-anak cik..beli lah kuih satu ni"
mak cik tu pun beli dengan gembira.
Bila jadi peniaga tepi jalan memang banyak dugaan nya. tapi saya pesan
dengan kekawan yang nak turut serta tadi. saya ingat pesan arwah abah "
berniaga ni rugi dah tentu, untung belum tahu". Kalau tak dapat duit kita
dapat pahala sedekah kat orang.
Dari pagi jam 7 siap-siap sampailah jam 12 malam baru kami kemas barang
balik, melengas satu badan. saya tak larat nak balik muar. saya tidur hotel di
JB je hari ni sebab esok nak berniaga lagi.
Beberapa nasihat untuk mereka yang nak berniaga kali lima
1. buat je, " orang yang tahu dengan orang yang tak tahu bezanya sikit je. yang
paling penting buat je. ".
2. Jangan terlalu berharap besar, nanti kecewa besar.
3. Jangan takut, rezeki masaing-masing.
4. Keyakinan diri dan kesabaran menguji ketabahan.
5. Jangan harapkan sempati orang lain, apa yang nak dimalukan kita berusaha
menjual.
6. Peniaga kaki lima, mengajar sebenar anda menjadi peniaga sejati. Jatuh
bangun dalam bisnes saya mesti teruskan dalam berbisnes.
7. Asas utama berniaga adalah menjual.
8. Rezeki dari Allah, mohon dari Allah.

58

Kisah Seorang Penjaja
=================

Sebelah saya menjual kuih dan karpet ada seorang pemuda menjual kerepek.
Dari awal saya datang ke tapak, macam saya kenal pemuda ni. rupanya rakan
sekampung saya ikbal namanya. Lebih senanglah saya membuka tapak dan
menjual barang saya di situ kerana ada orang yang saya kenal.

Saya tanyakan ikbal, ikbal sudah dua tahun berniaga kerepek sejak
diberhentikan kerja dari sebuah kilang perabut di Pontian. Asal ceritanya
kerana dia selalu melawan cakap pengurusan kerana tuntutannya nak adakan
surau di kilang itu ditolak sejak lama. Dengan sebab itu banyaklah pihak
pengurusan cari hal dengan dia.

Apa nak takut, rezeki Allah yang tentukan kita hanya berusaha je. Ikbal
mulanya hanyalah berniaga kecil-kecilan menjual kerepek di bazar karat di
Johor Baharu kerana sudah dua bulan tidak dapat kerja lain. Akhirnya
sekarang dia meneruskan kerjayanya sebagai penjual kerepek.
"ikbal macam mana ko jual, berapa ko untung"

"ikbal menjawab, sehari kalau bukan hujung minggu dan bukan bulan puasa
sehari aku boleh dapat RM500-600 sehari. Untung kerepek ni tinggi. Kalau
kita ambil jual RM8 , harga ambil dengan pembekal dalam RM3.80 macam tu.
Lebih kurang 100 % untuk semua kerepek."

"Jadi dalam sebulan ko boleh dapat untung RM5000 sebulan le kalau ko kerja
25 hari".

59

ikbal senyum " ko memang pandai matematik, cepat je kira. Tapi sebenarnya
lebih. aku ada hantar kantin kilang bungkus kecil-kecil jual RM2 satu dan
seminggu sekali aku ambil duitnya. Adalah dalam 10 kilang dan kantin
sekolah "

Ikbal sambung lagi " Aku tak sangka, bila aku diberhentikan kerja dulu, hidup
aku macam gelab gelita. sampai satu masa hidup aku terlalu terdesak hingga
aku kuatkan semangat berniaga kerepek. Mulanya malu tu ada, tapi bila dapat
duit senyum memanjang. dulu aku kerja lebih 12 tahun gaji aku RM2000 je kat
kilang. Alhamdulilah aku jual kerepek pun aku dapat RM7-8 ribu sebulan
untuk besarkan anak di ibu kota ni, kos tinggi".

Saya senyum.

Cerita ini selalu saya ceritakan pada mereka yang pergi seminar saya. Belajar
menjual dulu untuk asas berniaga. jual barang apa orang nak beli dan jual di
tempat orang berkumpul-kumpul. Keluar dari kedai kita untuk menjual.

Dulu saya ceritakan, saya pernah bertanya adik yang jual kerepek dan kacang
RM2 yang selalu pusing dari meja ke meja bila kita makan kat restoran
selalunya.

Saya tanyakan dia, berapa bungkus satu malam dia dapat jual. dia sebut kalau
tak habis tak boleh balik. sehari 100 sekurangnya dan dia bekerja 20 hari
sebulan untuk cari duit keluarga mereka. satu bungkus saya anggarkan dia
untung RM1 je. kalau seratus sehari bermakna dia boleh dapat RM2000
sebulan dengan bekerja malam kurang dari 3 jam. RM 2000 lebih gaji kerani

60

bank. Kekadang sekarang kerani bank banyak pemilik degree sebab diluar tak
banyak kerja.

Itu sebabnya ada seorang peserta seminar saya di Muar berhenti kerja, dan
menjual pasar malam menjual mee goreng lepas balik dari seminar saya.
Alhamdulilah Ayu dah ada restoran sekarang di kuantan.

Semangat Berniaga
===============

Ramai orang yang semangat berniaga tetapi mereka tak belajar seni berniaga.
Lebih ramai orang yang terburu-buru membuka kedai dan pejabat sebelum
mempunyai pengalaman menjual. Terlalu ramai yang ubah suai kedai makan
dan habis beratus ribu dan bila dibuka, semua termenung depan kedai sebab
tak ada orang yang datang ke kedai mereka. Sebenarnya kerja seorang
usahawan adalah menjual, aktiviti menjual termasuk aktiviti marketing
adalah 70% meliputi kerja seorang usahawan.

Saya nasihatkan anak muda, jika tidak bekerja lagi janganlah bersedih.
Wujudkan kerja sendiri untuk diri kita dan tentukan berapa gaji yang patut
kita terima. Anak muda perlu lambatkan kegembiraan untuk kejayaan yang
lebih besar.

Cerita diatas adalah hanya salah satu koleksi cerita mereka yang berjaya.
setelah kumpul duit dan modal sendiri, slow-slow naikan bisnes.

61

Tak kiralah kita nak berniaga apa sekalipun, berapa baiklah produk kita tu
tidak berguna jika tidak boleh dijual. fikir dan fikir bagaimana kita nak
menjual laku. kita perlu yakin, keyakinan datang dari apa yang kita lihat dan
apa yang kita lakukan disertakan dengan ilmu.

Malam jam 11 malam sebelum balik, saya bertanya semula pada ikbal. Ramai
beli kerepek ko hari ni, berapa dapat. dia senyum, " Bolehlah RM2000 hari
ni".Insyaallah esok lagi ramai. Bulan Ramadhan ni rezekinya lain macam. kerja
sebulan makan setahun. kalau dia dapat RM2000 sehari ada 10 hari lagi masa
untuk menjual. Berapa sebulan puasa ni dia dapat ? anda boleh kira sendiri
kot. Jika anda belum bertindak untuk bermula, mulakan hari ini bukan esok.

Selamat berniaga dari

Coach bahar
Peniaga kaki lima

62

Nasib Penjaja Tepi Jalan

Asas berniaga adalah menjual, tak pandai menjual anda tak boleh berniaga.
Asas menjual adalah menjaja, tak pandai menjaja anda tak pandai menjual
sebanarnya. Ramai orang anggap bisnes perlu besar-besar. Bisnes baru mula
perlu dari bawah, dari bawah perlu lakukan barang. Untuk lakukan barang
anda perlu menjaja dan menjual.
15 tahun dulu saya pernah menjaja dan berjual ditepi jalan, dipasar tani, di
bawah flat perumahan di sekitar Shah Alam dan Bangi. Masalah besar saya
adalah operasi oleh pihak berkuasa, angkut semua barang kami berniaga
sedangkan baru seminggu. Kami buka, orang lain yang tutupkan. Mereka kata
kami berniaga secara HARAM. entah mana yang haramnya, sampai sekarang
saya tak tahu.

63

------------------------------------------------------
Apa yang berbeza mereke dangan kita
==============================

Saya sudah sampai ke banyak negara, lebih 40 negara, sama ada saya bekerja,
melancong dan belajar. Terbaru saya ke Bangkok,Thailand dan Jakarta,
Indonesia. Dua perkara yang berbeza saya lihat penduduk tempatan mereka
sangat minat berniaga kecil-kecilan di masa sahaja dari rumah hingga lah ke
lorong kecil di bandar raya. saya lihat tak ada pulak orang asing yang berniaga
di sana.

Saya lihat berbeza di negara saya, Malaysia tercinta. Para peniaga kecil ini
dijadikan musuh pihak berkuasa. Berniaga kononnya perlu yang macam
dalam TV tu pakai baju kod korporat , pakai kereta besar dan berumah besar
..itu baru berniaga katanya. Menjaja ni berniaga tak ada kelas.

Kita banyak benarkan orang asing berniaga, pergi je lah di ibu kota siapa yang
banyak berniaga. Mereka datang dari kemboja, tanah jawa, pakistan dan
afrika selatan, mereka dibiarkan. bila mereka berniaga dan tawan satu
kawasan, penguatkuasa nak masuk pun takut , ianya sudah dijaga. Jalan pudu,
Jalan Silang...cakap je jalan apa kat KL tu.

64

---------------------------------------
Tak kisah lah haram ke halal
======================

Tak kisahlah mereka datang haram ke datang halal mereka boleh menjual.
Mereka banyak duit, mereka buat duit dan mereka hantar duit mereka di
negara mereka. Macam mana negara kita nak banyak duit sebab banyak
pengaliran keluar dari duit masuk.

Orang kita nak berniaga kecil-kecil di susahkan, ada lesen, ada kebenaran, ada
itu dan ada ini. kalau semua ni tak ada kena tutup. lepas tu mereka cakap "
saya dapat complen, saya jalankan tugas sahaja. jika anda melawan anda
melawan kakitangan awam menjalankan tugas. Anda boleh dipenjara.

----------------------------------------
Saya faham, anda pun faham
=======================

Saya faham, saya cukup faham mungkin ada beberapa perkara yang tak elok
di pandang jika ada ramai yang menjaja. kita nak tunjuk pada siapa
sebenarnya, samanlah kalau mereka benar-benar buat kotor dan tanpa alasan
, ambil lah tindakan. mereka kejap je tu, dah dapat duit mereka akan pindah
ke kedai besar.

Tapi semangat anak muda nak berniaga datangnya dari berniaga kecil-kecil
lah bukan terus besar. disuruh masuk pasar tani. jangan cakap le, sepuluh

65

tapak pasar tani diberi kepada orang yang sama dan akhirnya di jual kepada
warga asing. Lepas tu cakap kat sini sana, orang kita tak pandai nak berniaga.

Lepas tu cakap dan buat kempen masuk dalam TV dan surat khabar, "kita ada
ber juta ringgit untuk bantu penjaja, tapi tak ada yang memohon?, kata
menteri dan ahli politik". Pihak kerajaan pun sama, yang negeri pembangkang
lagi le teruk.

------------------
Teori oh teori
===========

Kita terlalu banyak teori, orang dah ke bulan kita masih berbincang cerita
dasar yang mendasar. Baru ni saya ke Thailand. Ditepi lorong saya berjumpa
satu gerai keteta tolak yang menjual pelbagai jenis biskut yang kotaknya
cantik.

saya tanyakan, dari mana dia beli semua biskut ini dan ramai orang
membelinya. Peniaga itu menceritakan saya yang dia membuatnya dari rumah
sahaja tetapi dia membuat pakajing yang baik untuk mudah dijual. Dia punya
mesin sendiri yang boleh nampak pembungkusan yang lebih kemas. saya
cukup kagum dengan inovasi mereka, mereka lebih memikirkan bagaimana
boleh menjual daripada sibuk bagaimana kita boleh membuat. Selain dia ada
gerai kereta tolok sekarang ada beberapa tempahan dari kedai kek dan roti
untuk produk mereka. Dia berimpian punya kilang sendiri hujung tahun ni.

Saya berpendapat, berniaga besar mana pun asasnya dari menjual. biarlah
anak muda tu belajar menjual. janganlah terlaku tegas dengan peniaga sendiri

66

sedangkan mereka lah yang berpotensi untuk membayar cukai yang besar
untuk negara. Apa yang nak diharapkan orang asing yang menjual lebih
murah, mereka kaya dan mereka lari balik ke negara asal mereka. Mereka
hanya mencari rezeki yang halal di sini. Itu impian mereka.

Sahabat saya seorang warga Indonesia, punya kedai air yang berpendapatan
1000 sehari. Sahabat saya seorang kemboja dah ada 3 kedai di Muar menjual
baju dan kain. Begitulah mereka, mereka tiada keluarga disini, mereka boleh
menjual dengan lebih murah, mereka boleh kerja 14 jam sehari untuk dapat
duit. peniaga kita punya beberapa kekangan lain.

------------------------
Wahai bangsa ku
==============

Wahai anak bangsa ku, mereka boleh kaya...kenapa kita tidak. Dulu kita
dijajah. penjajah mengambil hasil bumi dan tenaga kita dan kekayaan negara
di bawa ke nagera asal mereka. Ini adalah penjajahan cara baru. Marilah kita
mula berniaga, janganlah kita seronok membeli barangan dari luar, dari
negara china , dari kemboja dan dari mana sekalipun. Kita kerja, kita carikan
duit orang lain. dulu masa nak raya, ada lah pendapatan mak kita dikampung
upah menjahit sekarang beli baju semuanya dari luar. Kita melopong je lah .....

Wahai pemimpin ku, dengarlah kelohan anak muda ini. mereka baru mahu
berniaga. jangan ketawakan mereka, bantulah mereka.

67

Wahai sahabatku , maafkanlah kekurangan mereka peniaga dan penjaja baru
dari kesempurnaan, bantulah mereka dengan membeli barang mereka moga
mereka boleh maju.

Saya peniaga, saya sudah lebih 10 tahun berniaga dan 7 tahun secara sepenuh
masa. saya tidak dapat mana-mana pinjaman dari kerajaan ataupun Bank
sehingga saya di lihat kaya atau saya benar-benar boleh membuktikan saya
kaya.

Pihak bank mementingkan diri mereka sendiri dengan kononnya memberi
pinjaman kepada mereka yang tidak beresiko. Saya dengar..saya tahu yang
sebenarnya banyak tidak membayar hutang adalah mereka yang meminjam
berjuta ringgit bukannya dari peniaga." orang miskin letak duit dan simpan
duit di bank untuk beri orang kaya pinjam duit bank " .

Ini sekar satu cerita, bukan saya sahaja yang sedar. ramai yang dah sedar dan
sehingga kita tidak boleh buat apa-apa. Saya akan berjuang apa yang
termampu hanya memberi kesedaran. ayuh bangsa ku , marilah berniaga dan
terus berniaga.

Coach Bahar
Penjaja Korporat

68

Cerita Penjual Minyak Wang i

Malam semalam selepas berbuka dan solat terawih saya ke bandar Muar. Saya
berjumpa beberapa orang sahabat seperguruan bisnes saya. Beliau seorang
peniaga minyak wangi jalanan, namanya Pak Mail.
Pak Mail sudah 20 tahun menjaja. Beliau banyak pengalaman. Menjual minyak
wangi pun boleh berpendapatan puluhan ribu sebulan.
Saya beli minyak wangi jualan Pak Mail. Saya orderkan air dan minta dia
duduk dan bercerita rahsia bisnes dia.

69

Beliau ajarkan beberapa tip .sebagai peniaga yang menjual dengan laku.

1. Pastikan barang yang anda jual mudah laku

Pilih barangan yang anda jual dan ingin menjaja adalah barangan yang mudah
dijual. Keperluan orang ramai dan pastikan barang yang ada perulangan
belian.

2. Barang yang dijual pastikan berkualiti

Barangan yang anda jual perlulah berkualiti dan mudah dijual. Jika barang
berkualiti, kita lebih mudah menjual dan pelanggan senang membeli.

3. Murah dan berbaloi

Barang yang kita jual haruslah murah dan berbaloi. Jika harganya murah anda
mudah menjualnya. Tak perlu menjual terlalu mahal. Barangan perlu dijual
dengan banyak.

4. Jangan cakap bohong tentang produk

70

Bila menjual jangan terlalu terlalu berjanji yang baik-baik tentang produk
yang dijual.

5. Buang perasaan malu

Pak Mail kata mengapa kita malu jadi peniaga yang menjaja. Kenapa kita malu
menjual untuk mencari rezeki yang halal. Jika kita malu cuba bayangkan
tukarkan IC anda dari IC biru kepada IC merah. Orang Indonesia , orang
Pakistan datang ke Malaysia menjaja dan membuat duit. Mereka tidak tahu
malu. Mereka buat duit yang banyak.

Jika anda menjual 6 kotak sahaja sehari dan berkerja setiap hari. Anda boleh
berpendapatan 10 ribu sebulan. Terbeliak kami dengar ceritanya.

6. Jual perangai

Orang membeli produk kita kerana kita menjual perangai kita. Kita nak
memjual perlulah belajar seni menjual. Bukan hanya menjual produk semata-
mata. Kita menjual dengan ikhlas.

7. Kita bukan pakar produk

Anda jangan mengaku pakar tentang produk tersebut. Anda beri peluang
kepada perlanggan untuk membuat keputusan untuk membeli barangan
tersebut atau tidak.

71

8. Bermajikan dengan Allah

Lebih baik bermajikan dengan Allah. Jangan berharapkan dengan orang lain.
Jangan bergantung dengan orang lain. Bila kita berniaga kita lebih bergantung
kepada Allah. Rezeki semuanya dari Allah.

9. Tukarkan cabaran dengan peluang.

Bila anda berniaga kadang-kadang anda mempunyai masalah dengan cabaran.
Pak mail pernah dihalau dari menjual. Dia juga pernah berduka. Jati diri kena
kuat untuk menghadapi masalah dan cabaran.

10. Bersedia menjual barang tak laku

Sebagai peniaga yang penjaja anda perlu bersedia ditolak. Anda perlu faham,
jika anda menjual ada orang yang tak nak membeli barangan anda.

11. Yakin dengan produk

Yakinlah dengan produk yang anda jual. Jika anda tidak yakin menjual
bagaimana mubgkin orang lain yakin untuk membeli produk anda.

12. Sanggup sabar dan sanģgup tabah

72

Berniaga ni perlukan masa untuk berjaya. Bukan perkara yang sekelip masa.
Faham tak ni…anda perlu faham.
13. Ramai orang hanya nak
Senang
Menang
Kenyang
14. Tak ramai bakal usahawan yang nak belajar
Lapar
Susah
Kalah
Dan itu sebenarnya guru sebenar berniaga.

73

Orang melayu kena belajar jual-beli saham.

Ada orang gelak kan saya bila saya mengajar bisnes menjual dan menjaja di
pasar-pasar malam. Ada orang pertikaikan saya bila saya ajarkan mereka buat
kecil-kecil seratus ringgit sehari. Mereka kata " kenapa orang melayu
diajarkan berniaga di pasar-pasar malam. Ajarlah mereka berniaga besar-
besar. Buat rumah ke, bisnes korporat ke dan yang hebat sikit ". Lebih teruk
mereka kata " macam mana melayu nak maju "
Saya orang kampung. Saya berniaga kecil-kecilan.
Satu masa dulu, bila dalam sebuah meeting sebuah koperasi. Saya angkat
tangan dan cadangkan untuk koperasi tanam serai untuk tanah mereka yang
terbiar sebelum dibangunkan. Satu dewan gelakan saya.
Pengerusi gelakan saya, mereka kata idea kecil dan projek orang kampung.
Mereka gelak sebab mereka tak tahu.

74

Mereka gelak sebab mereka tak tahu yang tanam serai boleh hasilkan 14 ribu
semusim untuk seekar. Mereka tak tahu asas bisnes adalah menjual dan asas
menjual adalah menjaja. Itu sebab saya bawa anak muda ke pasar-pasar
malam.
Lepas mereka faham apa itu menjual dan membeli. Mereka boleh jual apa je
yang mereka mahu.
Walaupun saya orang kampung dan bisnes saya kecil. Saya juga tahu tentang
saham dan saya juga main saham. Saya orang kampung saya tahu forex dan
saya juga main forex.
Kalau tak tahu belajar lah...jangan cakap je tak buat.

75

Sijil berhenti sekolah.

Saya bersekolah secara formal selama lebih 23 tahun. Dari tadika ke peringkat
paling tinggi PhD. Jika dikumpul sijilnya berkepuk, susun boleh buat thesis
tebalnya. Semua sijilnya ada dari jadi ketua pasukan rumah merah masa tahun
6 sekolah rendah hinggalah sijil diperingkat antarabangsa.

Masa sekolah dulu, cikgu selalu pesan untuk saya kumpul sijil. Lebih banyak
sijil lebihlah gaji yang saya dapat bila kerja nanti katanya. Tak banyak kali
sebenarnya saya guna sijil saya untuk menjual diri saya untuk diterima
bekerja. Seingat saya 4 kali sahaja. Sijil-sijil itupun dah lupa letak kat mana.

Sijil hilang

Sekarang memang kerap saya ke hospital kerana menemankan isteri saya di
ward. Satu hari saya duduk dengan seorang pemuda. Umurnya lebih kurang
umur saya. Jumpa farmasi nak ambil ubat.

Saya ramah, tegur dia sebab dia duduk sebelah saya.

" ambil ubat untuk siapa " tanya saya.

" saya , tiap minggu saya ambil ubat kat sini ".

Saya tak tanya pula dia sakit apa. Dia seperti orang bekerja, bertali lehir tapi
santai berselipar jepun. Dia nampak pandai,berkaca mata, dan pendiam.

Keluar dari farmasi, dia bersalaman dengan saya. Diluar farmasi ada se ekor
ayam jantan yang di ikat talinya. Dia ambil ayam itu sebelum pergi. Kami
bersalaman dan pesanan akhirnya pada saya " tahun depan saya akan jadi PM.
kalau nak apa-apa datang jumpa ". Dia berlalu dengan tangan kanan
memegang ayam jaguhnya.

Di hari lain..

Saya diceritakan seorang sahabat yang bekerja di hospital yang dia adalah
seorang yang berkelulusan dari luar negara. Dia jadi kurang siuman kerana
semua sijilnya dari sekolah hingga ke universiti hilang. Menyebabkan dia

76

murung hingga jadi kurang siuman ( yang boleh dikawal dengan ubat ). Dahi
saya berkerut memikirkannya.

Peniaga tanpa sijil

Dulu-dulu, kalau kita tak ada sijil susah nak dapat kerja maka pilihan terakhir
kebanyakannya adalah berniaga. Jika berniaga ni adalah kerjaya paling akhir
kalau tak dapat kerja kerani atau kerja kilang dipekan. Itu sebabnya melayu
dulu berniaga tak maju. Sebab , mereka yang berniaga bukan sebab mereka
nak tetapi mereka terpaksa.

Anak-anak yang pandai disuruh keluar rumah dan bekerja di bank, kerja
gomen. Kalau yang tak lulus sekolah jaga kebun di kampung. Anak yang paling
pandai yang kita beri orañg itu sebab generasi kita kurang berkembang.
Berlainan dengan budaya bangsa cina, anak yang paling pandai mereka
simpan dan bekerja untuk keluarga.

Sijil vs pengalaman

Saya tahu, bila anda seorang peniaga tak ada orang tanya anda berapa kebat
dan tebal sijil anda. Itu sebab ramai orang tua berkata pada saya dulu " tak
sayang ke belajar tinggi-tinggi akhirnya berniaga. Kalau tahu nak berniaga
dulu tak payah sekolah tinggi tinggi. "

Impian saya.

Saya mahu lebih ramai orang melayu islam yang berniaga. Lebih ramai yang
berniaga tapi miliki ijazah. Saya tak mahu kita fikir berniaga ini adalah pilihan
terakhir. Itu sebab saya lakukan.

-Saya mahu jadi peniaga dan penjaja yang berpendidikan.

-Saya nak.buktikan tinggal dikampung pun boleh berniaga maju.

-Saya nak buktikan berniaga pun tapi tak sibuk.

-Saya nak buktikan berniaga pun boleh besarkan anak ramai.

77

Saya mengajar dengan cara berbeza.

Hari raya kedua.
Tahun ni tak berapa raya sangat. Tiap tahun selalu beraya di klang rumah
mertua. Bila isteri saya kurang sihat tahun ni, tak ada mood sangat nak
berjalan. Risau..
Jadinya
Kami berniagalah. Jual air dan nasi arab di tanjung mas.
Saya cerita dengan irfan. " Inilah yang atok buat pada ayah masa kecil dulu.
Naik motor menjaja di sini bila raya. Menjaja kacang, keropok dan berniaga
air.
Masa tu ayah kecil lagi. Atok cakap , nak berniaga mulakan menjaja. Buang
rasa malu, Belajar bercakap untuk menjual."
Hari ini ayah bawa Irfan Baharuddin. Ayah nak beritahu irfan jangan rasa
malu menjaja. Ada sesetengah orang mungkin pandang rendah orang menjaja.
Mereka tak tahu apa-apa. Biarkan sahaja mereka rendah-rendahkan kita.
Asalkan irfan tahu kenapa ayah ajarkan irfan menjaja.

78

Mereka tak tahu yang irfan nak kumpul duit sendiri dan nak belajar ke
universiti di Austaria bila besar nanti. Tak payah buat punjaman PTPTN.
Ya..ayah banyak syarikat. Ayah ada hotel, ayah ada restoran, ayah ada training
centre. Ayah ada itu dan ini. Tapi ayah tahu, bisnes bukan hanya semangat.
Tapi bisnes perlu dengan kesungguhan dan seni berniaga. Bisnes ni bukan
untuk ayah wariskan. Ayah wariskan perkara yang kekal iaitu ilmu berniaga.
Belajarlah nak. Ayah ajarkan dengan cara berbeza. Bukan makan suap.

79

Kerja dan buat duit dari rumah

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan
bekerja dari rumah ?. Di US perkara ini telah berlaku lebih 10 tahun dulu.
Saya mempunyai kawan yang tinggal diMalaysia tetapi sebenarnya dia adalah
arkitek untuk sebuah syarikat terkenal di UK.
Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ni di Malaysia.
Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.
Banyak kos boleh dan tenaga boleh dijimatkan. Tak perlu bersesak-sesak
untuk ke pejabat jam lapan. Perkara yang penting adalah anda perlu siapkan
kerja anda.
Saya sangat berminat dengan perkara ini. Saya telah membuat research lebih
setahun tentang kerjaya " kerja dari rumah ".
Saya mendapati lebih 50% generasi Y telah berpendapatan lebih 2 kali ganda
dari gaji sebenar jika dia bekerja diluar.
Saya telah setup pejabat kecil saya dirumah lebih 10 tahun lalu. Siapa nak tahu
10 tip kerja dari rumah ?.

80

============================

10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

============================

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada
printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika
anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk
anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau
boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda
perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit
masuk.

.

.

2. Bekerja mengikut waktu.

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak
mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu
kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di
rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri,
jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.

.

.

3. Hubungan dengan kerja secara berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda
secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.

.

81

4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil
waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila
anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan
pasti lebih hebat.
.
.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa
untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap
hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
.
.
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari.
jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
.
.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat
rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan
BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk
keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.

82

===================
8. Buat kerja secara rutin
===================
1. Bangan tidur,
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
.
.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja
yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak
rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak
anda yang buat. faham kan yang ni.
.
.

83

10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti
anda bekerja di office.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. saya selalu ingat mak
pesan " beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta
pada mereka yang tak mahu memberi ". sebab tu saya minta banyak like.
share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru
dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya
menjadi saham bagi saya.
saya tahu ...buat baik bukan tentu dapat pahala. tapi mak pesan " bersabar dan
teruskan ".

84

Cerita Bisnes Kampung

===================

.

Orang kampung, pagi-paginya dah keluar rumah. Dengan baju cumpang
camping pergi ke kebun. sekurangnya mengerjakan sawit atau getah belakang
rumah. nampak hidupnya susah.

pergi pagi balik zohor, pergi semula baliknya lepas asar. setiap hari dibuatnya.
di kedai kopi diberitahu saya " orang kampung susah nak, tengok macam pak
cik ". kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

saya fikir...

orang bandar, pagi juga lepas subuh keluarnya. kepejabat naik kereta dengan
baju bertali lehir. tiap hari dia ke tempat kerja. perginya pagi balknya lewat
malam. orang nampak orang bandar senang. bila tengok kereta depan kedai
makan " melengkar panjang macam bas mini, bawaknya seorang ".

.

saya fikir dan fikir.

.

Tapi pakcik. orang kampung tak berhutang. orang kampung cari duit hari ni
untuk makan hari ni. orang bandar banyaknya cari duit untuk bayar hutang
yang mereka dah makan tahun lepas. mereka bawa simbul kekayaan tapi
dalam akaun bank, tak ada duit.

.

Pak cik duduk kat kampung, nampakmacam susah. tapi pak cik dah dua kali pi
haji. pak cik ada 40 ekor lembu, pak cik ada tanah kebun sendiri. bila magrib
pak cik sempat pi surau. pak cik bolehketawa dan nasihatkan anak pakcik
suruh belajar pepandai.

85

orang bandar pak cik, semua tak sempat. kerja setiap hari untuk orang lain.
duit hujung bulan singgah kejap je kat akaun sendiri sebelum terbang ke
akaun orang lain atau ke akaun bank lain bayaq hutang.
.
saya fikir dan terus berfikir
saya tak cakap yang mana yang betul dan yang mana yang salah. ini lumrah
kehidupan.

86

Bagaimana wang boleh bekerja untuk anda ?

.
Satu ketika dulu dan tidaklah terlalu lama. Saya memulakan kehidupan realiti
saya sebagai seorang pekarja dalam masa yang sama saya berniaga untuk
mencari duit tambahan. Matlamat saya kerja siang dan malam adalah duit,
mencarinya untuk keperluan dan kesenangan. Saya bergelut untuk
menjimatkan beberapa ringgit untuk simpanan. Mencari duit tambahan
dengan membuat kerja lebih masa. Hidup saya selasa, tapi masih terlalu
berhati-hati. Dari tahun ke tahun saya mulakan kehidupan dengan keluarga
bahagia bersama isteri dan anak-anak. Keperluan saya semakin bertambah
dari hari ke hari, hutang rumah dan kereta membuatkan saya semakin bekerja
untuk orang lain.
.
Sedar tak anda sebenarnya ramai yang bekerja untuk orang lain bukan untuk
diri sendiri. Pertama mereka bekerja untuk syarikat tempat mereka bekerja.
Kedua mereka bekerja dan dapat duit selepas itu membayar untuk kerajaan
melalui cukai pendapatan dan akhirnya mereka bekerja untuk bayar hutang

87

dengan bank. Begitulah perkara itu berputar setiap hari, minggu, bulan dan
tahun.

.

Tiba-tiba saya tersedar iaitu duit perlu bekerja untuk saya bukan saya
berkerja untuk dapat duit. Mulai itu persepsi saya berubah, matlamat dan cara
saya berfikir turut bertukar. Saya berkerja untuk melabur, berniaga dan
mencari jalan bagaimana hamba baru (sekumpulan duit ) saya boleh berkerja
untuk saya mencari lebih banyak duit.

.

Saya mulakan kehidupan baru saya tanpa hutang. Saya merantau mecuba
nasib baru dan pergi ke England bersama keluarga dan tinggal disana 5 tahun.
Disana banyak saya belajar erti kehidupan. Kebetulan saya baru berumur 25
tahun tika itu, baru memulakan kehidupan. Saya jual semua asat saya dan
bayarkan semua hutang. Saya mulakan kehidupan yang sederhana dengan
kepercayaan “bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian”. Banyak perkara
menarik akan saya bongkarkan pengalaman indah hidup dinagara orang
dalam bab seterusnya. Perkara yang paling besar yang saya dapat adalah
kepercayaan dan keyakinan diri saya tinggi dan saya fokus dengan apa yang
saya impikan.

.

Dulunya, saya kurang percaya dengan diri saya. Perkara yang negative akan
bermain dikepala saya sebelum saya mencuba sesuatu. Saya sangat takut
untuk menyebut “saya mahu kaya”, saya takut dengan ketakutan yang dicipta
sendiri. Saya takut untuk gagal, saya takut untuk kecewa menyebabkan saya
kurang mencuba sesuatu yang baru. Rupanya setiap perkataan itu adalah doa,
menyebabkan jika saya sudah berkata saya tidak boleh Berjaya. Akhirnya saya
tidak akan Berjaya atau kejayaan yang diperolehi tidaklah terlalu cemerlang.

.

Dalam membetulkan sedikit demi sedikit paksi matlamat saya dalam berniaga
memberi saya peluang untuk faham bagaimana menjana duit menjadi duit

88

lebih banyak. Perkara pertama apa yang anda harus lakukan adalah percaya,
jangan pandang rameh dan jangan diperlekeh apa yang hendak saya
sampaikan. Anda perlu menukar persepsi negative anda tentang duit. Kadang-
kadang saya hairan, ada yang berkata pada saya yang mereka tidak berminat
untuk kaya tetapi dalam masa yang sama mereka berkerja 8 jam sehari dan
bertungkus lumus mencarinya.

.

Tukar cara pemikiran anda dengan menyatakan “saya adalah seorang yang
kaya dan Berjaya, anda tidak akan begini jika saya mahu kaya”. Tanamkan
pada minda anda duit itu penting, dimana duit adalah kuasa.

.

Saya punya ramai kenalan, mereka berlapisan masyarakat. Ada yang bergelar
Tan Sri, dato’, professor hinggalah seorang pekerja buruh, mereka ada yang
jutawan hinggalah mereka yang gajinya hanya cukup makan. Saya melihat
depan mata saya, mereka yang banyak duit yang sebenarnya banyak
membantu dan menderma bukan disebabkan mereka banyak duit tetapi
mereke percaya lebih banyak memberi, lebih banyak mereka menerima. Dari
Bill gate temilik Microsoft hingga ke Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari mereka
mencari duit untuk memberi dan merasakan ramai orang. Saya nak cuba
memberi contoh supaya anda tidak lagi mempertikaikan duit itu boleh
membawa kesenangan dan bukan semata-mata membawa kehancuran dan
malapataka. Sekarang sudah percaya?.

.

Budak kecil kuasa imejinasinya tinggi, cita-citanya tinggi sehingga anak saya
boleh percaya satu hari nanti dia boleh jadi super hero seperti supermen.
Rupanya kuasa pemikiran kita tidak dapat dinilai kekuatannya dan tiada
hadnya. Kepercayaan pada diri anda akan membawa kejayaan hakiki kepada
anda.

89

R. T. Kiyosaki pelabuh hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa
“orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya
mempunyai duit yang bekerja untuk mereka. “

.

Pelajaran pertama saya belajar dengan ayah saya tentang berniaga adalah
perlu berani mencuba. Semasa kecil saya, saya perlukan mainan patung askar,
basikal dan spek mata hitam. Semuanya saya tahu dari seorang pelajar sekelas
saya disekolah rendah dan dia adalah anak orang berada, ibuny seorang guru.
Saya minta pada ayah saya, dia menjawab “cari lah duit”. Soalan saya mudah,
bagaimana nak cari duit? , jawapan nya juga ringkas “gunakan akal fikiran”.

.

Berhari-hari saya dalam kemuraman, tetapi akal saya mula berjalan
bagaimana mencipta duit. Saya bekerja ikut ayah, dapat gaji. Saya jual kelapa,
kumpul tin kosong dan beberapa perkara untuk mendapatkan duit. Saya
mudah mendapatkan duit dengan tanpa modal hingga saya menjual
bungkusan kecil di isi milo mak dirumah dan dibungkus dalam plastic dan
saya jualkan semula di sekolah. Rupanya saya diajar bagaimana untuk
menjana pendapatan.

.

Bila saya besar baru saya faham semua pelajaran tersebut dimana pentingnya
menjana pendapatan dengan menggunakan akal, walaupun saya berniaga
tanpa modal tetapi ayah biarkan saya bergembira dengan apa yang akhirnya
saya dapat. Kepuasan mendapat sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.

Saya terfikir juga, ramai yang berusaha mendapatkan duit dengan bekerja
bersungguh-sungguh saing dan malam tetapi mereka masih miskin, mengapa
perkara ini berlaku?. Satu cerita seorang kenalan saya, bekerja suami isteri
dengan hidup 2 anak, tinggal di ibu kota. Suami seorang jurutera yang
dihormati dan isteri seorang guru. Mengadu pada saya mencari penyelesaian
keluar dari masalah mereka. Jika dihitung dengan betul,setelah membayar
semua hutang rumah , kereta, kad kredit dan semua yang lain lebihan

90

pendapatan mereka hanyalah RM300 sebulan. Menggunakan kad kredit 5
keping, untuk alasan kerja. Saya termenung memikirkan nya.

.

Mereka bangun tidur, kerja, bayar hutang, tidur dan diulang bangun tidur ,
kerja , bayar hutang dan tidur semula setiap hari, mereka terperangkap oleh
jerat hutang. Anda tidak rasa penat ke?, bekerja setiap hari dari pagi hingga ke
malam, berusaha, berfikir, dimarahi pelanggan, ditegur bos...tapi...semua duit
tu anda beri pada bank utk bayar hutang, dan ulang semula bulan berikutnya.
Bayar diri anda terlebih dahulu dgn menabung sebelum membayar hutang.

.

Bila bekerja ramai yang meletakan harga pada dirinya. Mereka berbuat
demikian adalah kerana dengan dua sifat iaitu takut dan tamak. Permulaan
nya mereka takut tidak memiliki wang dengan berkerja keras untuk
memilikinya. setelah mereka bekerja keras dan mendapat gaji, mereka
terbayang-bayang barangan dan kemewahan yang boleh dibeli dengan wang.
mereka mula tamak utk mendapat banyak wang. wang itu sebenarnya
akhirnya dibelanjakan juga dan habis. Akhirnya satu corak kehidupan baru
terbentuk dengan "orang bekerja untuk wang". Anda jangan terperangkap
dengan corak kehidupan ini, belajarlah untuk wang bekerja untuk anda...

.

Dulu saya berfikiran kecil, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan.
Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan
impian saya tadi. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah
untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak
mencapai apa yang saya inginkan.

.

Pada masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda
yang baru habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta,
cukuplah mencari dan mengumpul duit untuk sedikit-sedikit untuk bernikah.
Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang

91

terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , memakai kereta
Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa saya
berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi
orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu...Lalu saya menghampiri
kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.

.

Jika hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur...tetapi jika kita
percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya
iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-
besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah dan percaya semua nya
datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang
dan mudah.

.

Saya beri cntoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke
mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara
yang sukar, duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan
tentu jika saya sudah tua baru dapat saya kesana.

.

Saya menukar impian, saya berdoa untuk pergi ke mekkah bersama keluarga
saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan saya setkan impian tadi.
tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat menunaikan umrah dan
ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya bersama ibu
saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya yang
sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya...setiap kali saya ingat
perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap
tahun dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya
ke Mekkah ...insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang
indah ke sana..doakan saya.

92

Anda perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang
pertama. Saya dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai
orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita besar.

.

Mereka yang tidak mahu kaya adalah orang yang ego dan pentingkan diri
sendiri. Mereka hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang
lain sekolah ke tidak, makan ke tidak dan seterusnya.. Jika dia makan,
bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak
mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita utuk memberi seramai
orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka. Orang biasa akan
berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang Berjaya
berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang biasa fikir
bagaimana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya
berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada
seramai mungkin..dan seterusnya.

.

saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga
punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh
membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya
mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha
mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh....kenapa? anda tidak
percaya?...saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik
melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu
Berjaya.

Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah
dari sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil
dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti
fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda.

93

Siapa Coach Bahar

Nama saya Baharuddin Bin Mohamed berasal dari Muar, Johor. Saya
Menguruskan syarikat-syarikat dibawah D'impian Group. Berkhawin dengan
puan Zawiyah binti Saimin dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.
Berpengalaman selama 15 tahun dalam menguruskan bisnes.Kini
menguruskan lebih 20 syarikat dalam pelbagai latar belakang.
Belajar hingga peringkat PhD dalam bidang sains komputer dan
berpengalaman selama 13 tahun menjadi pensyarah di Universiti sebelum
menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan.

94

Puan Zawiyah Binti saimin adalah pengarah urusan kepada Impian Jaya
Holding, membantu saya dalam menguruskan semua bisnes kami.

[email protected]
http://coachbahar.com

95

96

97

98

99


Click to View FlipBook Version