The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku pengurusan SK Sungai Tiram 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rubiah cikbie, 2023-03-12 23:17:04

Buku Pengurusan SKST

Buku pengurusan SK Sungai Tiram 2023/2024

PENGURUSAN S E K O L A H K E B A N G S A A N S U N G A I T I R A M SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM 2023 / BUKU : 07-861 3826 : 07-863 3826 : [email protected] : SK Sungai Tiram Johor SEDERAP MEMACU TRANSFORMASI BATU 17 3/4, JALAN SUNGAI TIRAM, 81800 ULU TIRAM, JOHOR DARUL TAZIM 2024 SESI


PENGURUSAN S E K O L A H K E B A N G S A A N S U N G A I T I R A M 2023 / AM SEDERAP MEMACU TRANSFORMASI SESI 2024


PENGURUSAN AM | 2023 1| ISI KANDUNGAN PENGURUSAN AM BIL PERKARA MUKA SURAT 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1 2 VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYISA MOTO JPNJ MOTO PPD PASIR GUDANG MOTO SEKOLAH 2 3 PIAGAM PELANGGAN OBJEKTIF SEKOLAH 3 4 HALA TUJU SEKOLAH 4 5 TRANSFORMASI SEKOLAH TAHUN 2025 8 6 7 TERAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 9 7 ANAK BIJAK LAGI CERDIK (ABC) 10 8 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI ( PLaN ) 11-13 9 SEJARAH SEKOLAH 14 10 LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH 15 11 LAGU SEKOLAH 16 12 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 17 13 KALENDAR 2023 18 14 JADUAL HARI KELEPASAN AM TAHUN 2023 19 15 KALENDAR 2024 20 16 KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2023 21 17 ANALISA CUTI PERAYAAN 22 18 PERATURAN AM SEKOLAH 23-26 19 PERATURAN TETAP GURU 27-28 20 PELAN KEDUDUKAN BILIK DARJAH 29 21 PELAN SEKOLAH DAN PELAN KEBAKARAN 30


PENGURUSAN AM | 2023 2| Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. “Jangan mengharapkan sesuatu yang luar biasa jika anda hanya mahu melakukan hal yang biasa-biasa sahaja”


PENGURUSAN AM | 2023 3| VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MOTO JPNJ KERJA BERKUALITI, IBADAH DIHAYATI MOTO PPD PASIR GUDANG PENERAJU GEMILANG MOTO SEKOLAH SEDERAP MEMACU TRANSFORMASI “Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan supaya matlamat mereka menjadi kenyataan. Buat tanpa alasan, tidak mengeluh atau menyalahkan sesiapa”


PENGURUSAN AM | 2023 4| Kami Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram dengan penuh keinsafan berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh perhatian dan usaha kami untuk memastikan 1. Kecemerlangan Kurikulum anak-anak didik kami 2. Kecemerlangan Kokurikulum hingga ke peringkat yang tertinggi 3. Kecemerlangan sahsiah dan disiplin seluruh warga SKST 4. Persekitaran yang ceria dan kondusif di dalam dan di luar bilik darjah 5. Pengurusan yang cekap , telus , tulus dan mesra 6. Perhubungan yang rapat dan mesra dengan komuniti Melatih, membina dan mendidik murid : 1. Menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) 2. Menguasai pengetahuan dan berkemahiran. 3. Minat bersukan, berpersatuan dan kerja sepasukan. 4. Menyayangi diri, keluarga dan organisasi. 5. Membina keyakinan diri. 6. Kesungguhan amalan murni. 7. Menghormati insan dan menghargai jasa. 8. Menghargai masa dan bertanggungjawab. 9. Menghayati Rukunegara “Cara terbaik untuk anda setiasa bersemangat adalah dengan sentiasa memberi semangat kepada orang lain” PIAGAM PELANGGAN OBJEKTIF SEKOLAH


PENGURUSAN AM | 2023 5| HAL EHWAL MURID PERATUS KEHADIRAN MURID TOV (2022) ETR (2023) 87.95 90.0 PERATUS DISIPLIN MURID TOV (2022) ETR (2023) 2.98 1.91 KOKURIKULUM SUKAN DAN PERMAINAN TOV (2022) ETR 59.25 70.00 UNIT BERUNIFORM TOV (2022) ETR 59.25 70.00 KOAKADEMIK/ KELAB & PERSATUAN TOV (2022) ETR 73.25 80.00 “Embun tidak memilih tempat dia muncul. Walau sesat, hadirnya tetap menyegarkan” HALA TUJU SEKOLAH HAL EHWAL MURID HALA TUJU SEKOLAH KOKURIKULUM


PENGURUSAN AM | 2023 6| PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGURUSAN AM | 2023 7| PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGURUSAN AM | 2023 8|


PENGURUSAN AM | 2023 9| PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025


PENGURUSAN AM | 2023 10| 7 TERAS KPM


PENGURUSAN AM | 2023 11| ANAK BAIK LAGI CERDIK (ABC)


PENGURUSAN AM | 2023 12| PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (PLaN)


PENGURUSAN AM | 2023 13| PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (PLaN)


PENGURUSAN AM | 2023 14| PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (PLaN)


PENGURUSAN AM | 2023 15| SK Sungai Tiram telah dibina dan diusahakan oleh Penghulu Mat Salleh dengan pemuafakatan penduduk setempat dan kerjasama Penghulu Ladang Sungai Tiram pada awal tahun 1950. Bangunan sekolah ketika itu diperbuat daripada kayu beratapkan nipah dibina di atas sebidang tanah kepunyaan Ladang Sungai Tiram. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Yang Mulia Raja Khalid Bin Raja Ahmad. Apabila bilangan murid semakin bertambah ramai, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tiram telah memohon sebidang tanah kerajaan seluas kirakira 2 ¾ ekar di Lot 578, Batu 17 Jalan Sungai Tiram. Pada tahun 1954, JKKK Sungai Tiram dengan kerjasama penduduk setempat telah bergotong-royong membina sebuah bangunan kayu mengandungi empat buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Pada tahun 1960, sebuah lagi bangunan tambahan dengan dua buah bilik darjah telah dibina oleh kerajaan. Memandangkan bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin ramai, kerajaan telah memperuntukkan pembangunan sebuah lagi bangunan dengan empat buah bilik darjah, kantin dan tandas di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Pertama (1966-1970). Bangunan pertama yang dibina pada tahun 1954 telah dirobohkan pada 27 Jun 1983 dan digantikan dengan bangunan 3 tingkat jenis pasang siap. Bangunan ini mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik tayang, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, ruang pejabat dan tandas. Pembangunan ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan siap sepenuhnya pada 16 Jun 1987. Kepesatan pembangunan di persekitaran menyebabkan pertambahan penduduk di kawasan ini. Anak-anak mereka memerlukan tempat untuk menuntut ilmu. Memandangkan bilangan murid sekolah hampir mencecah 1000 orang pada tahun 1999, kerajaan telah meluluskan peruntukan membina bangunan baharu 4 tingkat di atas sebahagian kawasan padang sekolah. Bangunan yang telah dibina pada tahun 1999 ini siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada bulan April 2000. Bangunan ini mengandungi pelbagai kemudahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Antara kemudahannya ialah Bilik Muzik, Bilik Pusat Sumber, Bilik Audio Visual, 6 buah bilik darjah, Bilik Mesyuarat, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Sukan, Bilik Buku Teks dan 2 buah tandas murid. SEJARAH SEKOLAH


PENGURUSAN AM | 2023 16| MERAH Melambangkan Kegigihan Dalam Mencapai Kejayaan KUNING Melambangkan Kepatuhan Kepada Pemerintah BIRU Melambangkan Semangat Kerjasama & Perpaduan BENDERA SK SUNGAI TIRAM LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH REHAL • Melambangkan Ajaran Islam Sebagai Pegangan Hidup MORTAR • Melambangkan Usaha Melahirkan Murid Ke Tahap Pencapaian Tertinggi OLIMPIK • Melambangkan Kejayaan Dalam Bidang Sukan & Kokurikulum PENA • Melambangkan Penguasaan Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) GEAR • Melambangkan Pendedahan Kepada RekaBentuk & Teknologi KOMPUTER • Melambangkan Penerapan Teknologi Maklumat & Komunikasi Dalam Pembelajaran Murid OBOR • Melambangkan Ilmu Sebagai Panduan Hidup


PENGURUSAN AM | 2023 17| Putra putri Sungai Tiram Bersatu menempuh cabaran Teguran berpedoman Di bawah satu naungan Belajar dan bersukan Hormati guru dan rakan Amalan keikhlasan Menjadi satu pegangan (Korus) Berdisiplin berusaha Itulah amalan kami Bersemangat bersedia Untuk nusa dan bangsa • Ulang korus "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah" LAGU SEKOLAH


PENGURUSAN AM | 2023 18| JUMLAH KELAS 41 JUMLAH GURU 84 JUMLAH AKP 7 JUMLAH MURID 1390 JUMLAH MURID PRA SEKOLAH 75 • Sehingga 9 Mac 2023 “Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya… andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini” MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


PENGURUSAN AM | 2023 19| KALENDAR 2023


PENGURUSAN AM | 2023 20| Nota: ** Tertakluk kepada perubahan (*) Cuti Kelepasan Am Negeri Johor PERINGATAN Apabila Hari Kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat ) , maka hari tersebut digantikan dengan hari Ahad dan jika hari yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan hari kelepasan am. HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI Tahun Baru Cina 22 Januari 2023 Ahad Tahun Baru Cina Hari Kedua 23 Januari 2023 Isnin Hari Thaipusam ** 5 Februari 2023 Ahad Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor ** 23 Mac 2023 Khamis Awal Ramadan * 23 Mac 2023 Khamis Hari Raya Aidilfitri 22 April 2023 Sabtu Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua 23 April 2023 Ahad Hari Pekerja 1 Mei 2023 Isnin Hari Wesak 4 Mei 2023 Khamis Hari Keputeraan YDP Agong 5 Jun 2023 Isnin Hari Raya Aidiladha 29 Jun 2023 Khamis Awal Muharram 19 Julai 2023 Rabu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 28 Ogos 2023 Rabu Hari Kebangsaan 31 Ogos 2023 Khamis Hari Malaysia 16 September 2023 Sabtu Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ( Maulidur Rasul ) 28 September 2023 Khamis Hari Deepavali* 12 November 2023 Ahad Hari Krismas 25 Disember 2023 Isnin HARI KELEPASAN AM 2023


PENGURUSAN AM | 2023 21| KALENDAR 2024


PENGURUSAN AM | 2023 22| KALENDAR AKADEMIK 2023/2024


PENGURUSAN AM | 2023 23| ANALISA CUTI PERAYAAN 2023/2024


PENGURUSAN AM | 2023 24| PERATURAN AM SEKOLAH TANGGUNGJAWAB GURU 1. MASA BERTUGAS Sesi Pagi : Ahad hingga Khamis 7.00 pagi hingga 1.45 petang Sesi Petang : Ahad hingga Khamis 12.00 tengah hari hingga 6.45 petang ❖ Tertakluk kepada perubahan • Guru bertugas mingguan perlu hadir lebih awal bagi tujuan pemantauan • Guru perlu hadir lebih awal sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian 2. KEUZURAN 2.1 Sekiranya sesesorang guru tidak dapat hadir, hendaklah menghubungi pihak sekolah secepat mungkin supaya guru gantian dapat diuruskan. 2.2 Surat Akuan Sakit daripada doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Petang sebaik-baik sahaja kembali sahaja ke sekolah. 3. PAKAIAN 3.1 Semua guru hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa bertugas mengikut pekeliling semasa. 3.1.1 Ahad – Baju Korporat ( Putih ) 3.1.2 Isnin – Guru lelaki – Baju kemeja bertali leher Guru perempuan – Baju kurung / baju rasmi kerja * Pemakaian Blazer adalah wajib. 3.1.3 Selasa – Baju KRMJ 3.1.4 Rabu – Baju Unit Uniform 3.1.5 Khamis – Guru lelaki – Baju Melayu lengkap / Baju kemeja bertali leher Guru perempuan – Baju kurung / baju rasmi kerja 3.2 Tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah semasa bertugas di sekolah. 3.3 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai serta berkasut sukan. * Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1985.


PENGURUSAN AM | 2023 25| 4. PERHIMPUNAN MINGGUAN 4.1 Semua guru hendaklah berada di tempat perhimpunan di sepanjang masa perhimpunan dijalankan. 4.2 Guru bertugas akan menjalankan Perhimpunan Mingguan mengikut panduan yang disediakan. 5. TUGAS DI BILIK DARJAH 5.1 Guru hendaklah berada di bilik darjah mengikut Jadual Waktu Rasmi yang ditetapkan. 5.2 Semasa murid membuat aktiviti bertulis, guru hendaklah sentiasa mengawasi murid di samping membimbing mereka. 5.3 Memberi latihan, nota kerja rumah dan sebagainya yang mencukupi amat digalakkan. 5.4 Semua kerja murid yang hendak diberi hendaklah disemak dengan teliti dan di tandatangani. Pastikan kerja-kerja itu kemas dan lengkap. 5.5 Buku latihan murid hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mengikut jadual dari masa ke semasa. 5.6 Buku latihan murid hendaklah ditandatangani oleh penjaga murid selepas diselia oleh Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan. 5.7 Lembaran kerja yang teratur hendaklah dirancang di dalam menjalankan pengajaran. 5.8 Seberapa yang boleh, gunakan alatan mengajar supaya lebih berkesan kepada murid. 5.9 Semua guru ganti kelas hendaklah mengajar mata pelajaran yang tercatat di dalam Jadual Waktu. Boleh juga digantikan dengan matapelajaran lain. Apa yang penting ialah masa murid tidak sia-sia. 5.1.10 Buku Kawalan Bilik Darjah hendaklah dilengkapkan oleh semua guru mata pelajaran dan guru ganti menggunakan pen dakwat hitam setiap kali masuk ke bilik darjah 6. APDM 6.1 Ia merupakan satu dokumen yang sangat penting. 6.2 Maklumat-maklumat peribadi semua murid hendaklah lengkap dan sentiasa di kemaskini. 6.3 APDM ini hendaklah dikemaskini tidak lewat dari jam 9.00 pagi (sesi pagi) dan 2.00 petang (sesi petang) setiap hari.


PENGURUSAN AM | 2023 26| 7. ALATAN BILIK DARJAH 7.1 Segala alatan hendaklah dijaga kebersihannya dan keselamatan sepanjang masa. 8. SLIP PRESTASI UJIAN DAN PEPERIKSAAN, KAD SULIT 001, BUKU KESIHATAN MURID, KAD REKOD PERGIGIAN 8.1 Semua guru kelas hendaklah melengkapkan segala butiran murid ke dalam kad-kad tersebut. 8.2 Slip prestasi ujian dan peperiksaan murid hendaklah diserahkan ke pejabat dahulu sebelum diserahkan kepada murid untuk ditandatangani oleh penjaga. 8.3 Semua dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam PROFAIL MURID dan disimpan di dalam bilik fail atau tempat yang selamat . 9. PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 9.1 Pentaksiran akan dijalankan sebanyak tiga (3) kali iaitu i. Ujian 1 – Bulan Mei 2023 ii. Ujian Pertengahan Penggal – Ogos 2023 iii. Ujian Akhir Sesi Akademik – Januari 2024 • Tahap 1 –Penilaian murid berdasarkan PBD 9.2 Semua guru diwajibkan menjalankan Penilaian Bilik Darjah ( PBD ) semasa sesi PdPc. 9.3 Semua guru hendaklah menyediakan soalan bagi mata pelajaran yang mereka ajar berdasarkan takwim yang ditentukan oleh Panitia masing-masing. Urusan bagi menyediakan soalan merupakan urusan dan tanggungjawab guru berkenaan. 9.4 Arahan khas mengenai peperiksaan akan dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah. 10 ‘DESK COPIES’ DAN BUKU TEKS 10.1 Diambil pada awal penggal pertama dan dikembalikan kepada Penyelaras BBM / BOSS pada akhir sesi persekolahan atau sebelum berpindah. . “Ada dua pilihan hidup di pagi hari. Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi”


PENGURUSAN AM | 2023 27| 11 PEMBAYARAN SEKOLAH 11.1 Guru kelas adalah bertanggungjawab di atas segala bayaran yang dipungut daripada kelasnya. 11.2 Segala penerimaan bayaran hendaklah dikeluarkan resitnya. 12 FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR ( e-RPH) 12.1 Ia merupakan satu dokumen yang sangat penting kepada semua guru. 12.2 Segala butiran yang perlu di dalam fail persediaan (e-RPH) mengajar hendaklah dilengkapkan dan dikemaskini. 12.3 Rancangan Tahunan dan Harian hendaklah disediakan dengan terang dan jelas. 12.4 e-RPH hendaklah disiapkan sebelum sesi PdP bermula. 12.5 Sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti masalah sistem e-prema, RPH hendaklah disediakan secara manual dan disimpan dalam fail. 12.6 Cetak ‘Senarai Rekod Persediaan Mengajar setiap minggu’ minggu sebelumnya dari sistem e-Prema dan RPH hari Ahad minggu berikutnya untuk disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. 12.7 Fail cetakan dihantar pada setiap hari Ahad minggu berikutnya. 13 PERKARA AM 13.1 Guru-guru hendaklah menggalakkan murid-murid mengulangkaji pelajaran di rumah. 13.2 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah perlulah mendapat kebenaran Guru Besar. “Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi”


PENGURUSAN AM | 2023 28| PERATURAN TETAP GURU Kehadiran bertugas : 1. Para guru dikehendaki berada di sekolah pada jam 7.00 pagi bagi sesi pagi dan 12.00 tengah hari bagi sesi petang. Walau bagaimapun pihak pentadbir boleh memanggil guru untuk berada di sekolah lebih awal sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian. 2. Kehadiran bertugas itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/81 yang bertarikh 12 September 1981. Mengikut Surat Pekeliling itu, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan sekolah dan murid-murid adalah diwajibkan untuk memelihara dan mengekalkan amalan masa datang dan menghadirkan diri di sekolah. 3. Dalam hubungan ini, guru besar perlu menyedarkan guru-guru, kakitangan dan muridmurid tentang perlu dan pentingnya amalan ketepatan masa. 4. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. 5. Ketepatan masa juga bermakna bahawa seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah sebelum tiba masa untuk berbuat demikian. 6. Peraturan ketepatan masa itu dikenakan kepada semua guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Kaum guru perlu memberi contoh teladan yang baik sekiranya mereka ingin mengekalkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid mereka. 7. Sebahagian besar daripada disiplin sekolah itu banyak bergantung kepada guru besar. Mereka biasanya mengambil langkah positif untuk menguatkuasakan peraturan mengenai ketepatan masa di sekolah. “Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan~


PENGURUSAN AM | 2023 29| KEPATUHAN TUGAS 1. Semua guru hendaklah mengetik kehadiran semasa datang dan pulang . 2. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan pengetua atau guru besar terlebih dahulu. 3. Mereka yang datang lewat perlu berjumpa dengan Guru Besar / GPK dengan memberi sebab musabab kelewatan itu. 4. Sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan, ataupun jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu mematuhi peraturan yang diamalkan sekarang. Mereka perlu menghubungi pihak pentadbir sekolah dan mengemukakan sijil sakit kepada guru besar atau GPK apabila mereka kembali bertugas semula. 5. Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali mereka telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu. 6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mengawasi murid-murid, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan upacara itu. 7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri. Petikan dari Buku Peranan , Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah, Omardin Ashaari, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, 1998 ( ms. 1 – 4) "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


PENGURUSAN AM | 2023 30|


PENGURUSAN AM | 2023 31|


PENGURUSAN S E K O L A H K E B A N G S A A N S U N G A I T I R A M PENTADBIRAN SEDERAP MEMACU TRANSFORMASI SESI 2023 / 2024


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 i | ISI KANDUNGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2023/2024 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 CARTA ORGANISASI INDUK SEKOLAH 1 2 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH 2 3 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTADBIRAN 3-20 4 CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN 21 5 CARTA ORGANISASI GURU PENYAYANG 22 6 AKTIVITI UNIT BIMBINGAN 23-24 7 SENARAI NAMA GURU 25-27 8 BUTIRAN KELAS TAHAP 1 28 9 BUTIRAN KELAS TAHAP 2 29 10 SENARAI NAMA STAF SOKONGAN 30 11 JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 31-40 "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"


CARTA ORGANISAS TAHU GPK PENTADBIRAN UNIT PENTADBIRAN GUR GPK HEM SU HEM PENGURUSAN HEM PENGURUS KELAS PERKHIDMATAN UNIT BANTUAN PENGURUSAN 3K SU KURIKULUM PENTADBIRAN KEWANGA DATA PENGURUSAN SKPMG2 STAF PENYELIAA PANITIA TUGAS KHAS KPT N22 PT N17 PAP N1 PPM N17 PPM N17 SU PENTADBIRAN


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 1 | SI SK SUNGAI TIRAM UN 2023 J/K PEMUAFAKATAN & PIBG SEKOLAH GPK PETANG PENTADBIRAN KOKURIKULUM M KURIKULUM KEBERSIHAN KECERIAAN HEM AM GPK KOKURIKULUM SU KOKURIKULUM 1M1S SUKAN KELAB & PERSATUAN PASUKAN PERMAINAN SEKOLAH BADAN UNIFORM PERMAINAN RU BESAR AN N AN STAF SOKONGAN MURID AN & PENCERAPAN UNIT BIMBINGAN BIMBING PAJSK


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 2 | PENGERUSI TN HJ KHAIRUL ANUAR BIN MASHURI TIMBALAN PENGERUSI EN. MAZELAN BIN OSMAN NAIB PENGERUSI 2 PN. WAN AMIJU BINTI WAN ISMAIL NAIB PENGERUSI 3 EN. NOOR AZLEE BIN BAKHTIAR NAIB PENGERUSI 1 PN. SUZANA BINTI IBRAHIM KAUNSELOR PN. SAADAH BINTI YAHYA EN. MD FAHRUL FADZIDY BIN BAHTIAR SETIAUSAHA PENTADBIRAN CIK NURSAFURAA NADIRAH BINTI AZMI AHLI JAWATANKUASA JK TS25 JK PENGURUSAN DATA & DASHBOARD SEK JK SKPMG2 JK PBPPP / e-PRESTASI JK LEMBAGA TATATERTIB JK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN JK KEWANGAN & AUDIT SEKOLAH JK CATATAN MESYUARAT & TAKLIMAT GURU JK PEMBANGUNAN FIZIKAL & PERABOT SEK JK PEMBANGUNAN ASET & STOR JK PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH JK PERHIMPUNAN MINGGUAN JK PROGRAM pgb JK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH JK SOLAT JK SISTEM SIAR RAYA JK PIBG JK BILIK GERAKAN JK BENCANA SEKOLAH CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN JK PIBK JK BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN JK BUKU PENGURUSAN SEKOLAH JK PENGURUSAN TERTINGGI SEKOLAH JK KBAT


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 3 | SKPMG2 Standard 1.1.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN TERTINGGI SEKOLAH Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Timbalan Pengerusi En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 1 Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM Naib Pengerusi 2 Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK Kokurikulum Naib Pengerusi 3 En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Setiausaha Cik Norsafuraa Nadirah Binti Azmi S/U Pentadbiran Pn. Habibah Binti Nordin S/U Kurikulum Pn. Satimah Binti Abu Bakar S/U HEM Cik Kalpana A/P Mohan S/U Kokurikulum En. Mohd Faizal Bin Ismail S/U Sukan Pembantu GPK Petang Pn. Zuraidah Binti Morsudi En. Md. Fahrul Fadzidy Bin Bahtiar Bidang Tugas : 1. Menjadi badan tertinggi sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat rujukan. 2. Menubuhkan jawatankuasa di bawah kelolaan pengurusan dan pentadbiran. 3. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah semasa yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan HEM. 4. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan dewan, bilik rehat, surau, bengkel dan kawasan sekolah. 5. Merancang program pembangunan kerohanian dan sahsiah. 6. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya. 7. Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual.


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 4 | SKPMG2 Standard 1.1.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA & DASHBOARD SEKOLAH Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Naib Pengerusi En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK Kokurikulum En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Setiausaha Pn. Khairul Aaqilah Binti Mohd Shah Guru Data Pembantu Data En. Wee Nop A/L Ea Wee Guru Tek. Maklumat Ahli Jawatankuasa Cik Nursafuraa Nadirah Binti Azmi S/U Pentadbiran Pn. Habibah Binti Nordin S/U Kurikulum Pn. Satimah Binti Abu Bakar S/U HEM Cik Kalpana A/P Mohan S/U Kokurikulum En. Mohd Faizal Bin Ismail S/U Sukan Pn. Zuraidah Binti Morsudi En. Md. Fahrul Fadzidy Bin Bahtiar Pembantu GPK Petang Bidang Tugas : 1. Membantu menyelaras pengurusan sistem melibatkan pengurusan data. 2. Menyediakan data enrolmen murid mengikut kelas, kaum dan jantina. 3. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain. 4. Menyediakan penyata bulanan murid dan penyata bulanan butir-butir guru pendidikan. 5. Menyediakan latar belakang murid mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama dianut dan lain-lain. 6. Bertanggungjawab mendapatkan, menyusun dan menganalisis semua data dan ststistik sekolah. 7. Mengemas kini semua data tersebut di atas dari semasa ke semasa. 8. Memastikan maklumat/data mengenai sekolah yang terkini ditampal pada papan kenyataan untuk makluman semua. 9. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan”


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 5 | SKPMG2 Standard 2.3.1 JAWATANKUASA KEWANGAN & AUDIT SEKOLAH Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Timbalan Pengerusi En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 1 Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM) Naib Pengerusi 2 Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK KoKurikulum Naib Pengerusi 3 En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Setiausaha Pn. Nurlidza Binti Kabil Ketua Pembantu Tadbir Ahli Jawatankuasa Pn. Zuyyinah Binti Hamsah Pem.Tadbir Kewangan Pn. Saadah Binti Yahya Guru UBK Pn. Nurul Jannah Binti Abd Latif SU Pentaksiran En. Abd Razak Bin Sahlan Guru ICT Cik Nurul Ain Binti Mohd Azmi Guru Pemulihan Pn. Salina Binti Mohd Salleh Guru Media Pn. Norhafizah Binti Ahmad Hussin Guru Prasekolah Semua Ketua Panitia Semua Guru Kelas Juruaudit Dalaman Pn. Zuraidah Binti Morsudi En. Mohamad Azehar Bin Abdullah Bidang Tugas : 1. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa ke semasa. 2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan, Penyelaras Kelas, Guru Kelas dan Pembantu Tadbir. 3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan kewangan. 4. Mengagihkan buku resit kepada guru kelas dan penyelaras kelas. 5. Memastikan semua terimaan wang telah dimasukkan ke dalam bank. 6. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (Pesanan tempatan, invois, bil baucer dan cek). 7. Menyediakan Buku Tunai Kerajaan/SUWA/Panjar wang Runcit. 8. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN.


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 6 | "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka" JAWATANKUASA SKPM Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri (Guru Besar) Timbalan Pengerusi En. Mazelan Bin Osman (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 Pn. Suzana Binti Ibrahim (GPK Hem) Naib Pengerusi 2 Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 En. Noor Azlee Bin Bakhtiar (GPK Petang) Setiausaha Pn. Khairul Aaqilah Binti Mohd Shah Pps Standard 1 Cik Nur Safuraa Nadirah Binti Azmi Pps Standard 2 Cik Rubiah Binti Kemad Pps Standard 3.1 Pn. Habibah Binti Nordin Pps Standard 3.1.2 Pn. Hairani Binti Jabiri @ Jufri Pps Standard 3.2 Cik Kalpana A/P R Mohan Pps Standard 3.3 Pn. Satimah Binti Abu Bakar Pps Standard 4 Pn. Zahriahtul Keptiah Binti Jemakun Bidang Tugas : 1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 2. Memahami dan mengkaji SKPM Standard 1 hingga 4. 3. Melantik jawatankuasa penilai unit-unit Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan KoKurikulum. 4. Melaksanakan pemantauan yang berterusan dan menentukan markah yang sewajarnya untuk setiap bidang masing-masing. 5. Melengkapkan fail mengikut Standard dan evidens masing-masing. 6. Jawatankuasa menjalankan pemantauan daripada pelaksanaan program dan dokumentasi. 7. Mengumpulkan semua evidens/dokumen untuk penilaian SKPM. 8. Menjalankan perbincangan markah penilaian. 9. Merumuskan pencapaian sekolah dalam penilaian kendiri.


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 7 | Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Setiausaha En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK KoKurikulum En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Urusetia Pn. Nurlidza Binti Kabil Ketua Pembantu Tadbir Bidang Tugas : 1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian peringkat sekolah. 2. Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian. 3. Membuat penyelarasan skor apabila SMG melalui e-Prestasi memberi peringatan tentang ketidaktekalan skor (perbezaan skor melebihi 10 antara PP). 4. Menentukan proses tindakan pelaksanaan PBPPP mengikut jadual yang telah ditetapkan. 5. Memastikan semua bahan/dokumen yang bercetak/bertulis melibatkan penilaian ini diklasifikasikan sebagai Dokumen Terperingkat pada tahap TERHAD. 6. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa (sulit kepada yang tidak berkenaan). “Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan” JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP/ E-PRESTASI)


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 8 | JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH Penasihat Tn. Hj Kuswandi Bin Tayen PPD Pasir Gudang Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Timbalan Pengerusi Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK KoKurikulum Naib Pengerusi 1 En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM Naib Pengerusi 3 En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah Pengerusi: Pn. Suzana Binti Ibrahim (GPK HEM) Jawatankuasa Kecil Pengalakkan Sukan Pengerusi: Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail ( GPK Kokurikulum) Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Pengerusi: En. Mazelan Bin Osman ( GPK Pentadbiran) Jawatankuasa Kecil Pemantauan Dan Penilaian Pengerusi: En. Mohd Faizal Bin Ismail (Setiausaha Sukan ) Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme Pengerusi: En. Fahrul Fadzidy Bin Bahtiar (Unit Bimbingan Dan Kaunseling ) Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi: YDP PIBG Jawatankuasa Kecil Teknikal Pengerusi: AJK PIBG JAWATANKUASA LEMBAGA TATATERTIB Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Timbalan Pengerusi En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 1 Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM Naib Pengerusi 2 Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK KoKurikulum Naib Pengerusi 3 En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 9 | SKPMG2 Standard 2.2.1 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ASET Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Timbalan Pengerusi En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 1 Pn. Suzana Bin Ibrahim GPK HEM Naib Pengerusi 2 Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK KoKurikulum Naib Pengerusi 3 En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Setiausaha Pn. Zuyyinah Binti Hamsah Pem.Tadbir Perkhidmatan *Pegawai Aset En. Abdul Qayyum Bin Jasni *Pegawai Pemeriksa Harta Modal & Inventori En. Muhammad Farouk Aznan Bin Zulkarnain Pn. Norlidza Binti Kabil *Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Kerajaan Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail En. Jamaludin Bin Musa *Pegawai Pemverikasi En. Mohamad Azehar Bin Abdullah Cik Ana Ina Binti Musa *Stor En. Muhammad Hizami Bin Hussin Bidang Tugas : 1. Menerima dan merekod senarai peralatan dan perabot dalam buku stok/inventori. 2. Melabel nombor siri semua peralatan dan perabot. 3. Menyediakan borang dan mengedar kepada guru kelas senarai inventori di dalam kelas. 4. Memantau dan melapor sebarang kerosakan peralatan atau perabot kepada pihak pentadbir. 5. Membantu menguruskan pelupusan perabot. 6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat. 7. Melaksanakan arahan PGB/PK HEM dari semasa ke semasa. 8. Melaporkan sebarang kerosakan perabot dan membaik pulih perabot yang rosak.


PENGURUSAN PENTADBIRAN | 2023/2024 10 | SKPMG2 Standard 2.5.1 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PERABOT Pengerusi Tn. Hj Khairul Anuar Bin Mashuri Guru Besar Timbalan Pengerusi En. Mazelan Bin Osman GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Pn. Suzana Binti Ibrahim GPK HEM Pn. Wan Amiju Binti Wan Ismail GPK KoKurikulum En. Noor Azlee Bin Bakhtiar GPK Petang Penyelaras Fizikal En. Ahmad Munir Bin Azmi Ahli Jawatankuasa En. Mohd Zuhairi Bin Zainawi En. Mohamad Rafi Bin Abd Rahman Pn. Nur Shafiyyah Binti Hasnan Penyelaras Perabot En. Fadhlan Syahidi Bin Khairullah Ahli Jawatankuasa En. Mohammad Asyraf Bin Zulkefli En. Muhammad Asraf Bin Mohd Saperi En. Mohamed Ikhwan Bin Hazman Bidang Tugas : 1. Bertanggungjawab meliputi bangunan , dewan gelanggang dan perabot sekolah. 2. Bertanggungjawab kepada keselesaan sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang baik. 3. Memastikan semua kunci-kunci bangunan dan dewan diserahkan kepada pejabat dan diletakkan di tempat yang khas sebelum waktu pulang pada tiap-tiap hari persekolahan. 4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan dari masa ke masa. 5. Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselesaan dewan supaya dapat mewujudkan suasana yang sihat. 6. Mendapatkan bantuan Pekerja Am Sekolah bagi aktiviti pembaikan dan kebersihan dewan. "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu”


Click to View FlipBook Version