Biografi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ Oleh : Ibnu Badawi
Bahagian 1 Nama-nama Nama rasmi beliau ialah ‘Abdul QÁdir ibn MÍsÁ (al-Êasani al-JÏlÁnÏ). Nama kunyah beliau pula ialah AbÍ MuËammad. Di antara nama-nama gelaran yang telah diberikan kepada beliau ialah al-BÁz al-Asyhab (si burung rajawali kelabu) dan MuËyiddÏn (penghidup agama). Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiran SulÇÁn al-AuliyÁ’, al-Ghauth al-A‘Éam, asy-Syaikh MuËyiddÏn AbÍ MuËammad ‘Abdul QÁdir ibn MÍsÁ al-JÏlÁnÏ adalah seorang lelaki keturunan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, melalui SaiyidinÁ al-Êasan dan juga SaiyidinÁ alÊusain. Yakni, bapanya adalah seorang keturunan SaiyidinÁ al-Êasan, sedangkan ibunya pula adalah seorang keturunan SaiyidinÁ al-Êusain. Kerana itu, silsilah beliau ini dikenali juga dengan panggilan Silsilah Keemasan. Bapa kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ialah AbÍ ÂÁliË MÍsÁ ibn ‘AbdullÁh al-JÏlÏ ibn YaËyÁ az-ZÁhid ibn MuËammad ibn DÁwÍd ibn MÍsÁ ibn ‘AbdullÁh ibn MÍsÁ al-Jaun ibn ‘AbdullÁh al-KÁmil al-MaËÅ ibn al-Êasan al-MuthannÁ ibn alÊasan ibn ‘AlÏ ibn AbÍ ÆÁlib. (1) Ibu kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula ialah FÁÇimah anak perempuan kepada ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï ibn AbÍ JamÁluddÏn MuËammad ibn MaËmÍd ibn ÆÁhir ibn AbÍ al-‘AÇÁ’ ‘AbdullÁh ibn KamÁluddÏn ‘ÎsÁ ibn MuËammad al-JawÁd ibn ‘AlÏ ar-RiÅÁ ibn MÍsÁ al-KÁÉim ibn Ja‘far aÃ-ÂÁdiq ibn MuËammad al-BÁqir ibn Zain al-‘ÀbidÏn ‘AlÏ ibn al-Êusain ibn ‘AlÏ ibn AbÍ ÆÁlib. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah dilahirkan pada bulan Ramadan tahun 470 Hijrah, di sebuah desa bernama NÏf di dalam wilayah JÏlÁn, berdekatan dengan Pergunungan Elburz (di dalam Bahasa Parsi disebut reshteh-ye kÍhhÁ-ye alborz) di negara Iran. Wilayah JÏlÁn (sebutan di dalam Bahasa Arab; ia disebut di dalam Bahasa Parsi sebagai GÏlÁn) terletak berdekatan dengan Laut Kaspia (The Caspian Sea), dan bandar terbesarnya ialah Rasht. Dari segi tempat kelahirannya, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ (disebut juga sebagai al-GÏlÁnÏ atau al-GailÁnÏ atau al-JailÁnÏ) bukanlah seorang lelaki Arab, kerana dia telah dilahirkan di bumi ‘Ajam (yakni bukan di bumi Arab; kadangkala perkataan ‘Ajam diertikan juga sebagai bumi Parsi), tetapi sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, dia juga adalah seorang lelaki keturunan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam.
Bahagian 2 Ringkasan Riwayat Hidupnya
Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah digambarkan oleh mereka yang pernah bertemu dengannya, sebagai seorang lelaki yang berkulit putih kemerahan, bertubuh sederhana – agak kurus sedikit, berjanggut lebat, dan sederhana pula tingginya. Dia amat fasih berkata-kata dan kadangkala apabila dia sedang memberikan ceramah, kata-katanya boleh menusuk ke sanubari para pendengarnya, sehingga ada yang telah menangis teresak-esak dan ada pula yang telah jatuh pengsan akibatnya. Gambar lukisan wajah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, menurut khayalan seorang pelukis. Gambar ini pernah kami lihat dijual berdekatan dengan kubur Sunan Kalijaga di Kadilangu, Jawa Tengah. Ibu kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yang bernama FÁÇimah, adalah seorang wanita sufi. FÁÇimah ini, yang dikenali juga dengan gelarannya yang lebih mesra, Ummul-Khair, telah bercerita mengenai kelakuan anaknya itu semasa kecil: Anakku ‘Abdul QÁdir telah dilahirkan pada bulan Ramadan. Walau bagaimanapun aku cuba, dia enggan menerima susuku pada siang hari. Semasa dia masih kecil lagi, dia tidak akan menerima sedikit pun makanan di bulan Ramadan. Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ masih kecil lagi, permulaan bulan Ramadan telah jatuh pada hari di mana langit sedang diliputi awan tebal, sehingga telah menjadi mustahil bagi para penduduk tempatan untuk melihat anak bulan. Oleh kerana mereka tidak pasti sama ada bulan Ramadan sudah bermula ataupun belum, orang ramai telah datang menemui Ummul-Khair dan telah bertanya sama ada anaknya yang masih kecil itu telah mengambil sebarang makanan pada hari itu. Bila diberitahu yang anak kecil kepada Ummul-Khair itu tidak pun mengambil apaapa makanan, mereka pun menetapkan yang bulan Ramadan sudah bermula. Telah bercerita asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ:
Semasa aku masih kanak-kanak, aku telah dikunjungi oleh seorang malaikat di dalam bentuk seorang lelaki yang tampan pada setiap hari. Dia akan berjalan bersamaku dari rumah kami sampai ke madrasah, dan akan menyebabkan kanakkanak lain memberikan aku tempat di barisan pertama. (Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah melihat malaikat itu melalui jalan kasyaf.) Dia akan menungguku sehari suntuk dan kemudian akan menghantarku pulang. Aku telah berjaya mempelajari dalam satu hari, apa yang dipelajari oleh kanakkanak lain dalam satu minggu. Pada suatu hari, aku telah bertanya kepadanya dan dia telah menjawab, “Aku adalah seorang malaikat. AllÁh telah menghantarku untuk menjagamu selama engkau masih belajar.” Pada suatu hari, ketika aku sedang berjalan ke madrasah (di masa itu asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ berumur sepuluh tahun), aku telah terlihat ada seorang lelaki yang tidak aku kenali, sedang berkata-kata dengan malaikat itu. Lelaki itu telah bertanya, “Siapakah budak lelaki ini?” Malaikat itu telah menjawab, “Dia seorang berketurunan mulia. Satu tugas yang besar akan diberikan kepada anak muda ini pada suatu hari nanti. Inilah dia orangnya yang akan memberi dan tidak akan menyekat, yang akan membolehkan dan tidak akan menghalang, yang akan didekatkan dan tidak akan tertipu atau terpedaya.” Hanya selepas empat puluh tahun kemudian, barulah aku kenal siapa lelaki itu, yakni seorang lelaki daripada golongan al-AbdÁl yang hidup di waktu itu. Dan sewaktu aku masih kanak-kanak lagi, setiap kali aku ingin keluar untuk bermain-main dengan kanak-kanak lain, aku akan terdengar satu suara yang berkata, “Janganlah membazirkan masa, wahai orang yang diberkati (yÁ mubÁrak).” Dengan penuh ketakutan, aku akan lari menemui ibuku dan terus memeluknya. Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah dewasa, yakni berumur dalam lingkungan lapan belas tahun, dia telah pergi ke ladang kepunyaan keluarganya. Ketika dia sedang berjalan, seekor lembu yang berada berdekatan telah menoleh ke arahnya dan merenung wajahnya. Lembu itu seolah-olah telah berkata kepadanya, “Bukanlah kerana ini engkau diciptakan!” Dengan serta merta, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun berlari ke rumahnya dan terus naik ke atas bumbung. Dari atas bumbung itu, dia telah terlihat gambaran (yakni melalui jalan kasyaf) satu kumpulan manusia yang telah berkumpul di padang ‘Arafah. Di waktu itu, umat Islam sedang menunaikan ibadat haji. Setelah itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun turun dari atas bumbung itu dan pergi menemui ibunya, yang ketika itu sudah pun menjadi seorang balu. Dia telah
berkata kepada ibunya, “Hantarkanlah anakanda ke Jalan Kebenaran. Izinkanlah anakanda pergi ke BaghdÁd untuk mencari ilmu, serta bergaul dengan para wali AllÁh, yang dada mereka penuh dengan hikmah.” Ummul-Khair pun bertanya apakah sebab anaknya itu telah menyuarakan permintaannya itu dengan tiba-tiba. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun menceritakan peristiwa yang telah dialaminya tadi. Ummul-Khair telah menangis. Kemudian, dia telah mengeluarkan lapan puluh keping wang emas (dÏnÁr) yang telah ditinggalkan oleh almarhum suaminya. Dia telah mengenepikan sebanyak empat puluh keping untuk adik kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ (yang bernama ‘AbdullÁh). Yang baki empat puluh keping itu pula, telah dijahitkannya di bawah ketiak jubah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Setelah itu, Ummul-Khair pun memberikan izin kepada anaknya itu untuk pergi mencari ilmu, tetapi terlebih dahulu, dia telah meminta anaknya itu supaya berjanji akan sentiasa bercakap benar, pada setiap waktu dan di dalam setiap keadaan. Kemudian, sebelum asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ bertolak meninggalkannya, Ummul-Khair telah berkata pula kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Semoga engkau sentiasa dilindungi oleh AllÁh, wahai anakku. Kini aku akan berpisah denganmu. Engkau merupakan buah jantung dan kesayangan hatiku. Namun kerana AllÁh, aku akan merelakannya. Aku rasa, kita tidak akan berjumpa lagi selepas ini, sehingga Hari Kiamat.” Setelah itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun menyertai satu kafilah menuju ke kota BaghdÁd. Di tengah-tengah perjalanan, ketika mereka tiba dekat dengan kota HamadÁn, mereka telah diserang oleh sekumpulan perompak, yang telah merampas barang-barang berharga daripada setiap ahli kafilah itu. Seorang daripada perompak-perompak itu telah datang dan bertanya kepada asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Wahai orang muda, adakah engkau mempunyai apa-apa barang yang berharga?” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab, “Aku ada empat puluh keping wang emas.” Si perompak itu telah bertanya lagi, “Di mana?” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab, “Di bawah ketiakku.” Perompak itu telah ketawa dan telah meninggalkan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ seorang diri. Kemudian, seorang perompak lain telah datang dan menanyakan soalan yang sama kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dan telah dijawab pula oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dengan jawapan yang sama. Si perompak yang kedua itu pun
telah ketawa dan telah meninggalkan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ seorang diri. Kedua-dua orang perompak itu telah menceritakan peristiwa tadi kepada ketua mereka. Beberapa waktu kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah dipanggil untuk berjumpa dengan ketua kumpulan perompak itu. Kali ini, ketua perompak itu yang telah bertanya kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dengan soalan yang sama. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab yang dia mempunyai empat puluh keping wang emas yang telah dijahit di bawah ketiaknya. Ketua perompak itu pun mengambil jubah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan telah mengoyaknya. Maka wang emas itu pun dapat dilihat oleh mereka semua. Kemudian, dengan perasaan takjub, ketua perompak itu telah bertanya, “Kenapakah engkau mengaku apabila ditanya? Bukanlah wang itu tersembunyi di tempat yang selamat, yang tidak diketahui oleh sesiapa?” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab, “Aku terpaksa berkata yang benar pada setiap waktu, kerana aku telah berjanji dengan ibuku.” Sebaik-baik sahaja mendengar jawapan daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ ini, ketua perompak itu tiba-tiba telah merasa hiba dan terus menangis. Kemudian ketua perompak itu telah berkata, “Engkau telah melakukan demikian semata-mata kerana satu janji yang telah engkau berikan kepada ibumu. Sedangkan aku sendiri, aku telah lalai dengan janjiku kepada Tuhan yang telah menciptaku! Sungguh ramai orang yang telah aku rompak dan telah aku bunuh. Apakah yang akan terjadi kepada diriku?” Kemudian, seorang ahli kumpulan perompak itu telah berkata pula kepada ketuanya, “Engkau telah menjadi ketua kami selama ini di dalam pekerjaan maksiat. Maka sekarang ini, jadilah ketua kami di dalam bertaubat!” Maka dengan itu, anggota-anggota kumpulan perompak itu (seramai enam puluh orang) pun bertaubatlah di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang masih muda itu. Kemudian, mereka telah memulangkan segala harta yang telah mereka rampas, kepada tuan punya harta-harta itu masing-masing. Menurut asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, merekalah orang-orang yang pertama bertaubat di tangannya. Ini adalah berkat sifatnya yang sentiasa berkata benar di dalam setiap keadaan. Sifat ini telah diwarisi oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ daripada bapanya, as-Saiyid MÍsÁ, yang lebih dikenali umum dengan panggilan JangÏ Dost (kadangkala dieja juga sebagai JankÏ Dost), yang di dalam Bahasa Parsi bererti Pencinta Perjuangan.
Bahagian 3 Sambungan Ringkasan Riwayat Hidupnya Pada masa mudanya, JangÏ Dost suka mengembara dalam usaha berjuang untuk menundukkan nafsu dirinya. Pada suatu hari, selepas bertafakur di tebing sebatang
sungai, dia telah merasa lapar. Tiba-tiba dilihatnya sebiji epal sedang terapungapung di sungai itu. Dia pun mengambil epal itu, lalu memakannya. Tetapi selepas buah epal itu dimakannya, hati kecilnya telah berbisik mengatakan yang buah epal itu mungkin berasal dari tanaman seorang manusia. Oleh itu, dia harus berjumpa dengan orang itu agar dapat dihalalkan buah epal yang telah dimakannya itu. Maka JangÏ Dost pun berjalan menyusuri tebing sungai itu sehingga dia sampai ke sebuah kebun kepunyaan asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï, seorang wali AllÁh yang bermukim di situ. Maka dilihatnya di situ ada sebatang pohon epal yang sedang berbuah, dan beberapa biji epal telah jatuh dari pohon itu ke dalam sungai. Dia pun bertemu dengan asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï dan meminta maaf kerana telah memakan epalnya tanpa izin. Asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï telah dapat mengetahui dengan kasyafnya, yang JangÏ Dost itu adalah seorang lelaki yang jujur dan berasal daripada keturunan yang mulia. Maka dia pun berkata yang dia akan memaafkan JangÏ Dost hanya apabila JangÏ Dost sanggup tinggal dengannya selama dua belas tahun. JangÏ Dost pun bersetuju dan tinggallah dia di situ selama dua belas tahun. Tetapi selepas dua belas tahun berlalu, asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï telah menambahkan syarat, yakni JangÏ Dost akan dimaafkan hanya apabila dia bersetuju berkahwin dengan anak perempuan asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï. Asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï telah mengatakan yang anaknya itu adalah seorang perempuan yang buta, tuli dan lumpuh. JangÏ Dost terpaksa bersetuju dan pernikahan itu pun dilangsungkan. Pada malam pengantin, apabila JangÏ Dost memasuki biliknya, dia telah terperanjat melihat rupa isterinya. Semua anggota isterinya itu sempurna, tidak sedikit pun cacat. Malah, isterinya itu mempunyai wajah yang cantik. Pada keesokan harinya, dalam keadaan kebingungan, JangÏ Dost telah pergi bertemu dengan bapa mertuanya. Asy-Syaikh ‘AbdullÁh aÃ-Âauma‘Ï pun mententeramkan hati JangÏ Dost dan telah berkata, “Aku katakan kepada engkau yang anakku itu buta kerana dia tidak pernah melihat kepada yang bukan mahramnya. Aku katakan yang dia itu tuli kerana dia tidak pernah mendengar katakata dusta. Aku katakan yang dia itu lumpuh kerana tangannya tidak pernah bersentuhan dengan yang bukan mahramnya, dan kakinya pula tidak pernah dijejakkan ke tempat-tempat maksiat.” (1) Berbalik kita kepada kisah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Ketika asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sampai di BaghdÁd, dia telah bertemu dengan al-KhaÅir ‘alaihissalÁm, yang telah menunggunya di pintu kota BaghdÁd. Al-KhaÅir ‘alaihissalÁm telah melarang asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ daripada memasuki kota itu, kerana menurutnya, AllÁh Ta‘ÁlÁ telah menetapkan yang asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mesti menunggu selama tujuh tahun terlebih dahulu sebelum dapat menjejakkan kakinya di kota BaghdÁd. (2)
Al-KhaÅir ‘alaihissalÁm kemudiannya telah membawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ ke satu sudut di padang pasir dan menyuruhnya tinggal di situ, dan telah melarangnya daripada berpindah ke tempat lain. Pada awal setiap tahun, al-KhaÅir ‘alaihissalÁm akan muncul dan menemui asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dan kemudian berpesan agar asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ tidak meninggalkan kawasan itu. Telah bercerita asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mengenai pengalamannya di padang pasir itu: Semasa aku berada di padang pasir di luar BaghdÁd, segala bentuk keindahan dunia telah datang dan cuba memujukku. Tetapi, AllÁh telah memelihara diriku daripada segala tipu-daya mereka. Syaitan-syaitan juga telah datang menemuiku di dalam beberapa bentuk dan rupa, cuba memujukku, mengganggu dan kadangkala menyerang diriku. Namun, AllÁh telah memberiku pertolonganNya untuk mengalahkan mereka. Dan nafsuku sendiri telah datang menemuiku di dalam bentuk rupaku sendiri, pada setiap hari, sambil merayu agar aku menjadi rakannya. Apabila aku menolak, dia akan menyerangku. AllÁh telah memberiku kemenangan ke atasnya. Aku telah berjaya mengalahkannya dan telah mengurungnya di padang pasir itu. Pernah pada sepanjang satu tahun, aku hanya makan rumput dan akar-akar yang dapat aku temui. Pada sepanjang tahun berikutnya, aku hanya minum air sahaja. Dan pada sepanjang tahun yang selepas itu, aku langsung tidak minum, tidak makan dan tidak tidur. Selama waktu itu, aku telah tinggal di reruntuhan mahligai raja-raja Parsi dahulu kala. Aku telah berkaki ayam di atas padang pasir itu. Dan apabila aku menemui satu cenuram, aku akan mendakinya. Aku tidak memberikan peluang langsung kepada nafsuku untuk berehat, walaupun untuk sesaat, dan tidak mengendahkan langsung kehendak syahwatku. Pada akhir tahun yang ketujuh, aku telah terdengar satu suara yang berkata, “Wahai ‘Abdul QÁdir, sekarang ini engkau telah diberikan izin untuk memasuki kota BaghdÁd.” Aku pun memasuki kota BaghdÁd dan telah tinggal di situ untuk beberapa hari. Aku dapati kota itu penuh dengan kemungkaran, kemunafikan dan fitnah. Untuk menyelamatkan diriku daripada segala kecelakaan itu, aku pun meninggalkan kota BaghdÁd. Apabila aku sampai di pintu kota, satu suara telah berkata kepadaku, “Ke manakah hendak engkau pergi? Kembalilah dan berkhidmatlah kepada manusia.” “Apa peduli aku tentang manusia lain. Aku mesti menyelamatkan agamaku terlebih dahulu,” jawabku. “Kembalilah. Janganlah engkau merasa khuatir mengenai agamamu. Tiada satu mudarat pun akan menimpamu,” berkata pula suara itu.
Kemudian aku telah dilanda ËÁl. Aku seperti terputus dari dunia luar, dan telah hanyut di dalam meditasi. Sepanjang malam, aku telah berdoa kepada AllÁh agar dibukakan tabirku, supaya aku dapat mengetahui apakah langkah yang harus aku ambil selanjutnya. Pada keesokan harinya, ketika aku sedang berjalan di kawasan al-MuÉaffariyyah (nama satu tempat di kota BaghdÁd), seorang lelaki yang tidak aku kenali telah membuka pintu rumahnya dan telah memanggil namaku, “Wahai ‘Abdul QÁdir, masuklah.” Apabila aku sampai ke pintu rumah itu, dia telah berkata, “Apakah hajat di hatimu sehingga engkau telah berdoa semalaman?” Maka aku pun merasa terpegun, dan tidak dapat berkata apa-apa. Lelaki itu telah merenung wajahku dan kemudian menutup pintu rumah itu. Aku pun berjalan meninggalkan rumah itu sambil berfikir apakah yang telah aku pinta di dalam doaku semalam. Kemudian, apabila aku teringat kembali, aku pun berpatah-balik untuk memberitahu lelaki itu. Tetapi anehnya, aku tidak menemui lelaki itu mahupun rumahnya. Aku pun merasa gelisah. Sedarlah aku yang lelaki itu sebenarnya adalah seorang wali AllÁh yang sangat tinggi maqamnya. Beberapa hari kemudian, aku telah mendapat tahu bahawa lelaki itu adalah asySyaikh ÊammÁd ad-DabbÁs. Pada suatu malam yang sejuk dan ketika hujan sedang turun rintik-rintik, asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah dipimpin oleh sepasang tangan ghaib ke rumah asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim ad-DabbÁs. Asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim ad-DabbÁs telah mengetahui terlebih dahulu mengenai kedatangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ini melalui kasyaf dan ingin pula menguji asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Beliau telah menyuruh pintu pagar rumahnya dikunci dan api pelita di dalam rumah itu dimatikan. Apabila dia melihat keadaan pintu pagar rumah itu berkunci, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ hanya menunggu sahaja di luar pagar. Setelah beberapa jam menunggu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun tertidur dan telah bermimpi sehingga ihtilÁm. Dia kemudian terbangun dan terus pergi bermandi wajib di dalam sebatang sungai yang terletak berhampiran, walaupun di waktu itu, airnya sangat dingin. Kemudian, dia telah pergi tidur kembali. Dia telah bermimpi lagi, dan seperti keadaaan sebelumnya, telah terbangun dan terus pergi bermandi wajib di sungai yang sejuk itu semula. Perkara ini telah berulang sebanyak tujuh belas kali. Pada waktu pagi, pintu pagar rumah itu telah dibuka orang. Maka asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun melangkah masuk ke dalam pusat pengajian kerohanian itu. Asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim ad-DabbÁs telah bangun berdiri
untuk menyambutnya. (Di sisi murid-murid tarekat, perbuatan ini adalah satu penghormatan besar, yang jarang-jarang sekali terjadi.) Kemudian asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim ad-DabbÁs telah memeluk asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dengan mesra dan telah berkata kepadanya, “Semoga AllÁh menambahkan rahmatNya kepadamu! Pada hari ini, kedudukan al-QuÇb adalah milikku, tetapi pada suatu masa nanti, selepas aku pergi (yakni meninggal dunia), akan menjadi milikmu. Janganlah sesekali pun engkau tinggalkan jalan ini, wahai anakku ‘Abdul QÁdir.” Telah bercerita pula asy-Syaikh AbÍ SyujÁ’ ibn ad-DahhÁn: Pada suatu hari, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah datang dan duduk dengan penuh sopan di majlis asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim ad-DabbÁs. Beberapa waktu kemudian, dia telah bangun dan beredar dari situ. Sebaik-baik sahaja asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ meninggalkan majlis itu, aku telah terdengar asy-Syaikh ÊammÁd ad-DabbÁs berkata, “Lelaki ‘AjamÏ itu mempunyai satu tapak kaki yang akan diangkatnya pada satu waktu yang sesuai di masa hadapan, dan akan diletakkannya di atas leher-leher para wali AllÁh di masa itu. Dia akan diperintahkan untuk berkata, “Tapak kakiku ini berada di atas leher setiap wali AllÁh.” Ya, dia akan berkata demikian dengan pasti, dan leher setiap wali AllÁh pada masa itu, akan tunduk kepadanya.” Asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim ad-DabbÁs telah menjadi guru yang pertama kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ di dalam bidang kerohanian (yakni selepas al-KhaÅir ‘alaihissalÁm), dan kepadanyalah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memberikan janji setia (‘ahd atau bai‘ah) di dalam tarekat. Telah bercerita asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ: Aku telah belajar daripada beberapa orang masyaikh di BaghdÁd, namun apabila ada sesuatu masalah yang tidak aku fahami, ataupun ada satu rahsia yang ingin aku ketahui dengan lebih jelas, aku akan merujuk kepada asy-Syaikh ÊammÁd, yang akan menerangkannya kepadaku. Kadangkala, aku akan tinggalkan asy-Syaikh ÊammÁd kerana ingin menuntut ilmuilmu lain, umpamanya ilmu tauhid, ilmu hadis, ilmu fiqh dan lain-lain lagi. Apabila aku kembali, dia akan bertanya, “Ke manakah engkau pergi tadi? Kami mempunyai banyak makanan untuk kebaikan tubuh dan rohani ketika engkau tiada di sini. Namun, tiada satu pun yang dapat kami tinggalkan untukmu.” Dan pada waktu yang lain, dia akan berkata pula, “MÁsyÁ AllÁh, ke manakah engkau pergi tadi? Adakah orang lain di sini yang lebih berilmu daripada engkau?”
Oleh itu, beberapa orang murid lain telah mengejekku dan mereka telah berkata, “Engkau adalah seorang cendekiawan, ahli hukum, ahli persuratan. Apakah urusan engkau berada di sini? Lebih baik engkau tinggalkan sahaja tempat ini!” Apabila kata-kata ini sampai ke telinga asy-Syaikh ÊammÁd, dia telah memarahi mereka dan telah berkata, “Celaka engkau sekelian! Aku bersumpah tiada seorang pun daripada engkau sekelian yang dapat menandinginya. Tiada seorang pun daripada engkau sekelian yang akan dapat meningkat naik melampaui batas tapak kakinya. Jika engkau sekelian melihat aku telah berkasar dengannya, dan cuba pula meniru perbuatanku, ingatlah, aku berbuat demikian untuk membawanya ke tahap kesempurnaan dan juga sebagai satu ujian untuknya. Aku lihat di alam kerohanian, dia adalah seumpama satu batu yang teguh dan besar, sebesar gunung.” (3) Usaha asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ di dalam menuntut ilmu pengetahuan adalah satu contoh yang baik dan yang dapat kita semua tauladani. Ia juga adalah satu perkara yang penting, kerana di dalam agama Islam, menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan untuk semua orang Islam, lelaki dan perempuan, dari waktu masih di dalam buaian hinggalah sampai ke liang lahad (mafhum sebuah hadis RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam). Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah mencari guru-guru yang terkenal di zamannya untuk belajar daripada mereka, di dalam semua bidang agama. Di antara guru-gurunya ialah asy-Syaikh AbÍ al-WafÁ ‘AlÏ ibn ‘AqÏl, asy-Syaikh AbÍ alKhaÇÇÁb MaËfÍÉ al-KalÍdhÁnÏ ibn AËmad al-JalÏl, asy-Syaikh AbÍ GhÁlib MuËammad ibn al-Êasan al-BÁqilÁnÏ, asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim ‘AlÏ ibn AËmad alKarkhÏ, dan asy-Syaikh AbÍ ZakariyyÁ YaËyÁ ibn ‘AlÏ at-TabrÏzÏ. Dan seperti yang telah disebutkan sebelum ini, walaupun asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berguru dengan asy-Syaikh AbÍ al-Khair ÊammÁd ibn Muslim adDabbÁs di dalam ilmu tarekat, dia telah menerima khirqah daripada asy-Syaikh AbÍ Sa‘Ïd al-MubÁrak ibn ‘AlÏ al-MukharrimÏ. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjalani latihan-latihan kerohanian yang agak lama. Dia telah mengembara selama dua puluh lima tahun untuk mencapai tahap kesempurnaan di dalam bidang kerohanian. Dia telah menjauhkan dirinya daripada orang ramai dan telah menyendiri di padang pasir negara Iraq sambil menanggung kesusahan dan kesulitan yang amat berat. Namun dia telah pikul itu semua demi mencari keredaan AllÁh Yang Maha Perkasa. Dan hasil pencapaian asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ adalah amat tinggi sekali, sehingga di ‘Álam almalakÍt dan di kalangan ahli-ahli kerohanian, dia telah diberikan gelaran al-BÁz alAsyhab (si burung rajawali kelabu; di dalam Bahasa Inggeris disebut The Grey Falcon), yakni menandakan pencapaian tahap kerohaniannya yang sangat tinggi. Setelah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ tamat dari pengembaraannya ini dan mencapai tahap kesempurnaan kerohanian, dia telah berkahwin ketika berumur
lima puluh satu tahun. Telah bercerita asy-Syaikh SyihÁbuddÏn AbÍ Êafà ‘Umar asSuhrawardÏ di dalam kitabnya yang bernama ‘AwÁrif al-Ma‘Árif: (4) Kami telah mendengar bahawa seorang lelaki daripada golongan aÃ-ÃÁliËÏn telah bertanya kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Tidakkah tuan berkahwin?” Maka telah dijawab oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Aku tidak berkahwin sehingga RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam sendiri yang telah datang (yakni secara rohani) dan telah berkata kepada diriku, “Berkahwinlah!”” Telah dilaporkan juga bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Memang telah lama aku teringin untuk berkahwin. Tetapi aku tidak berani untuk berkahwin, kerana takut akan mendatangkan kekeliruan jika waktunya tidak sesuai. Maka aku pun bersabar, sehingga sampailah apa yang telah ditentukan oleh takdir. AllÁh telah menghantar kepadaku empat orang isteri, yang tiap seorang daripada mereka adalah bersesuaian dengan diriku, dari segi kehendak dan juga kecenderungannya.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah dikurniakan oleh AllÁh dengan empat puluh sembilan orang anak – dua puluh tujuh orang lelaki dan dua puluh dua orang perempuan. Guru kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yakni asy-Syaikh AbÍ Sa‘Ïd alMubÁrak al-MukharrimÏ, mempunyai madrasahnya sendiri di BaghdÁd. Pada suatu hari, dalam tahun 521 Hijrah, asy-Syaikh AbÍ Sa‘Ïd al-MubÁrak al-MukharrimÏ telah menyerahkan madrasahnya ini kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ untuk digunakannya sebagai tempat mengajar. Tetapi, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah merasa agak keberatan untuk mengajar. Telah bercerita asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ: Pada suatu hari, aku telah bertemu dengan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam (yakni secara rohani). RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam telah berkata, “Kenapakah engkau tidak berkata-kata dengan hamba-hamba AllÁh (yakni mengajar)?” Aku pun menjawab, “Aku hanyalah seorang ‘AjamÏ. Bagaimanakah dapat aku berucap kepada orang-orang Arab di BaghdÁd yang fasih berkata-kata itu?” Rasulullah ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam pun menyuruhku membuka mulut. Kemudian RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam telah meludah ke dalam mulutku sebanyak tujuh kali. Sesudah itu, RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam telah berkata, “Sekarang pergilah bertemu dengan orang ramai dan ajaklah mereka ke jalan AllÁh, dengan menggunakan kata-kata yang baik dan bijaksana.”
Setelah aku menunaikan solat Zuhur, aku lihat orang ramai telah berkumpul untuk mendengarku berceramah. Aku telah merasa gelisah, dan lidahku telah menjadi kelu. Tiba-tiba aku telah terpandang SaiyidinÁ ‘AlÏ (yakni secara rohani). Dia telah menyuruhku membuka mulut dan kemudian telah meludah sebanyak enam kali ke dalam mulutku. Aku telah bertanya, kenapa dia tidak meludah sebanyak tujuh kali sebagaimana yang telah dilakukan oleh RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam. SaiyidinÁ ‘AlÏ telah menjawab yang dia tidak mahu mendahului RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, dan selepas itu, dia pun lenyap dari pandanganku. Setelah itu, keluar dari mulutku kata-kata yang berikut: “Akal itu adalah umpama seorang penyelam yang telah pergi menyelam ke dasar lautan hati untuk mencari permata hikmah. Kemudian, dibawanya ke atas pantai dirinya, lalu keluarlah mutiara itu dari mulutnya sebagai kata-kata dan dengannya dia dapat membeli hamba-hamba yang ahli ibadat (al-‘ÁbidÏn) dari pasar ibadat kepunyaan AllÁh . . . ” Dari saat itu, sentiasalah aku menunaikan tugasku untuk mengajar. Terkandung di dalam diriku seolah-olah satu lautan ilmu keimanan dan ilmu keislaman. Andaikata aku tidak berkata-kata dan mencurahkannya keluar, aku khuatir ia akan menenggelami diriku. Apabila aku mula-mula mengajar, aku hanya mempunyai dua tiga orang pelajar sahaja. Tetapi apabila berita mengenaiku telah tersebar luas, jumlah ini telah tertambah sehingga meningkat kepada tujuh puluh ribu orang. Madrasah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ Nota (1) Ini adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa ahli-ahli sufi itu seringkali menggunakan kata-kata simbolik yang memiliki makna tersirat, di dalam
percakapan mereka. Dari itu, si murid hendaklah berhati-hati dan tidak menerima kata-kata mereka secara bulat-bulat (literal) sahaja. Seringkali mereka telah berkata-kata dengan maksud-maksud yang tertentu, dan kata-kata mereka pula telah ditujukan kepada golongan-golongan yang tertentu. Yakni, bagi satu golongan, ia mungkin membawa makna A, sedangkan bagi golongan yang lain, ia mungkin membawa makna B. Walaupun pada zahirnya, kata-kata mereka menyatakan sesuatu makna, jika difahamkan melalui beberapa kaedah yang tertentu, ia akan memberikan pula makna yang berlainan. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sendiri juga telah menggunakan kata-kata “tuli, bisu dan buta” di dalam beberapa syarahannya, dengan penggunaan maksud yang bukan berbentuk literal. Telah diriwayatkan di dalam kitab al-FatË ar-RabbÁnÏ bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata: Jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk, para wali AllÁh itu adalah tuli, bisu dan buta. Setelah hati mereka didekatkan kepada al-Êaqq ‘Azza wa Jall, tidak mereka mendengar kepada yang selainNya dan tidak pula mereka melihat kepada yang selainNya. Kedekatan (al-qurb) telah melindungi mereka, kehebatan (al-haibah) telah menutupi mereka dan kecintaaan (al-maËabbah) pula telah memanfaatkan mereka di sisi Kekasih mereka. Mereka berada di antara Kebesaran (al-JalÁl) dan Keindahan (al-JamÁl). Tiada mereka menoleh ke kanan atau ke kiri. Bagi mereka, ada satu kehadapanan tanpa satu kebelakangan. Mereka dikhidmati oleh jin, malaikat dan berbagai jenis makhluk. Mereka dikhidmati oleh hikmah dan ilmu. Kelaparan mereka dihilangkan oleh kemurahan (al-faÅl) dan kehausan mereka pula dihilangkan oleh keramahan (al-uns). Dari makanan kemurahanNyalah mereka makan. Dari minuman keramahanNyalah mereka minum. Mereka mempunyai satu urusan yang lebih penting daripada mendengar kata-kata makhluk, kerana mereka berada di satu lembah dan para makhluk pula berada di satu lembah (yang lain). Mereka menyuruh para makhluk mentaati perintah AllÁh ‘Azza wa Jall dan melarang mereka daripada laranganNya. Mereka adalah pembantu RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam. Mereka adalah waris-waris baginda yang sebenar. Nota (2)
Sesetengah masyaikh menyebut nama ini sebagai al-KhaÅir ‘alaihissalÁm, sedangkan sesetengah yang lain pula menyebut nama ini sebagai al-KhiÅr ‘alaihissalÁm. Di Malaysia, sebutan yang lebih popular untuknya ialah Nabi KhiÅir. Mengikut al-ImÁm an-NawawÏ, nama sebenar bagi al-KhaÅir ‘alaihissalÁm ialah BalyÁ ibn MÁlikÁn ibn FÁligh ibn ‘Àbir ibn SyÁlikh ibn Arfakhsyad ibn SÁm ibn NÍh ‘alaihissalÁm. Dia juga dikenali sebagai AbÍ al-‘AbbÁs AËmad al-KhaÅir ‘alaihissalÁm. Dia telah dilahirkan sebelum IbrÁhÏm ‘alaihissalÁm, yakni dia adalah berpangkat bapa saudara (yakni anak saudara kepada datuk) kepada IbrÁhÏm ‘alaihissalÁm. Dari itu, dia bukanlah seorang lelaki daripada BanÏ IsrÁ’Ïl, sebagaimana yang telah disebut di dalam beberapa buah kitab lama, kerana orangorang BanÏ IsrÁ’Ïl berasal daripada salah seorang cucu kepada IbrÁhÏm ‘alaihissalÁm. Mengikut sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-ImÁm al-BukhÁrÏ, telah berkata AbÍ Hurairah, “Telah bersabda RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam bahawa dia (yakni BalyÁ ibn MÁlikÁn) telah diberikan nama gelaran al-KhaÅir (yang bermakna hijau atau yang menjadikan hijau) kerana apabila dia duduk di satu tempat yang gersang, tanah di situ akan bertukar pula menjadi hijau dengan tumbuh-tumbuhan.” Nota (3) Pernah dikatakan oleh sesetengah masyaikh silam, “Ar-rijÁl kal-jibÁl”, yang bererti, “Lelaki-lelaki dewasa itu (yakni para wali AllÁh) adalah seumpama gunung-gunung (yakni sangat teguh pendiriannya).” Kisah ini menandakan betapa pentingnya bagi si murid untuk memahami maksud atau tujuan sebenar bagi kata-kata atau perbuatan daripada seseorang syaikh. Janganlah diambil secara zahir sahaja. Ditakuti nanti, si murid akan membuat satu kesimpulan yang salah. Kadangkala, si murid akan mencontohi satu aspek daripada diri si guru, yang pada sangkaan si murid, adalah sesuatu yang penting. Pada hal, yang dicontohinya adalah sesuatu yang paling enteng. Ini selalunya berpunca daripada kelakuan si murid yang suka berfikir secara dangkal (the seeker who thinks superficifially), dan tidak berusaha untuk mencapai kefahaman yang sebenar. Kerana itu, sesetengah guru sufi telah menceritakan kisah-kisah mengenai NasruddÏn kepada murid-muridnya. Kalimah NasruddÏn, jika kita terjemahkan secara bebas, bermaksud Pertolongan Agama, yakni dengan mendengar dan memahami dari kisah-kisah NasruddÏn, seseorang murid itu boleh memahami beberapa aspek yang seni atau halus dari agama. Orang-orang yang tinggal di Asia Tengah (Central Asia) dan juga di Timur Tengah (Middle East) mengenalinya dengan nama panggilan MullÁ NasruddÏn
( ). Di sesetengah tempat, dia juga dikenali dengan panggilan KhwÁjah NasruddÏn, atau KhojÁ NasruddÏn. Orang-orang di Turki pula lebih sering menyebutnya sebagai Nasredin Hoca. Dia adalah lambang kepada satu sifat yang berada pada diri kita sendiri. Yakni, lambang kepada sifat diri yang gemar berfikir secara dangkal (walaupun seseorang itu sudah bergelar terpelajar). Setiap insan memiliki sifat ini, tetapi hanya sedikit sahaja yang dapat mengenalinya dan mengawasi dirinya sehingga tidak jatuh terperangkap di dalam berfikir secara begini. Bagi orang-orang yang menganggap diri mereka “sudah pandai”, cerita-cerita begini dianggap sebagai hiburan jenaka sahaja, tetapi sebenarnya, ada sesuatu yang dapat dipelajari oleh si murid yang mahu merenung dengan lebih lanjut. Terdapat di dalam kisah-kisah MullÁ NasruddÏn, sesuatu yang dapat kita pelajari atau kita hindari. Sebagai satu contoh kisah MullÁ NasruddÏn: Pada suatu hari, seorang jirannya telah berjumpa dengan MullÁ NasruddÏn untuk meminjam keldainya. MullÁ NasruddÏn bagaimanapun, telah mengatakan yang keldainya telah dipinjam oleh orang lain. Tiba-tiba terdengar suara keldai keluar dari kandangnya. Si jiran pun berkata yang dia telah dapat mendengar bunyi keldai itu. “Siapa yang engkau lebih percaya,” tanya MullÁ NasruddÏn, “aku, atau seekor keldai?” Dan masalah si murid yang berfikir secara dangkal bukan sahaja terdapat di zaman silam, tetapi masih lagi boleh kita dapati di kurun kelima belas Hijrah ini. Sebagai satu contoh, pernah terdapat di Malaysia satu kumpulan pemuda Melayu yang telah mengenakan pakaian ala orang-orang Pakistan sebagai pakaian harian mereka. “Ini adalah pakaian mengikut as-Sunnah,” kata mereka. Tetapi sebenarnya, jika mereka dapat berfikir secara lebih waras, mereka akan menyedari bahawa RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam itu adalah seorang lelaki berbangsa Arab, dan daripada keturunan Quraisy. Maka, pakaian baginda pun adalah pakaian orang-orang Arab, dan bukanlah pakaian orang-orang Pakistan! Pemuda-pemuda ini telah meniru pakaian guru mereka, seorang guru tarekat yang berasal dari Pakistan, dan telah menyangka bahawa pakaian guru mereka itu adalah pakaian RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam. Malah, ada pula di antara mereka yang telah mencontohi guru mereka itu dengan menggunakan tongkat ketika berjalan. Walhal mereka masih sihat dan tidak mempunyai sebarang kecacatan, dan umur mereka pula secara purata, masih di
dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Sepatutnya, yang perlu mereka sedari terlebih dahulu ialah guru mereka itu telah memakai tongkat kerana umur si guru itu sudah pun melebihi lapan puluh tahun, dan badannya sudah tidak lagi kuat. Maka, jadilah pemuda-pemuda ini, murid-murid yang meniru perbuatan guru mereka pada perkara-perkara yang paling tidak penting (the most insignificant traits of the teacher). Sepatutnya, yang lebih penting untuk ditiru oleh murid-murid ini ialah “pakaian rohani” si guru, yakni pada ilmu dan ciri-ciri seperti sabar dan merendah diri yang dimiliki oleh si guru. Bukan setakat pada pakaian yang fizikal sahaja, kerana ia belum mencukupi untuk mencapai peningkatan rohani. Ada satu kisah mengenai seorang wali AllÁh yang bernama asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-KharqÁnÏ: Pada suatu hari, seorang lelaki telah bertemu dengan asy-Syaikh AbÍ al-Êasan alKharqÁnÏ. Dia telah meminta izin asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-KharqÁnÏ untuk memakai pakaian si wali AllÁh itu, agar dia dapat menjadi seperti asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-KharqÁnÏ. Maka asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-KharqÁnÏ pun bertanya, “Adakah boleh seorang lelaki menjadi seorang perempuan cuma dengan memakai pakaian perempuan? Atau, bolehkah seorang perempuan menjadi seorang lelaki cuma dengan memakai pakaian lelaki?” Lelaki itu telah menjawab, “Tidak boleh.” Maka asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-KharqÁnÏ pun berkata lagi, “Kalau perkata itu tidak mungkin berlaku, bagaimanakah dengan memakai pakaian aku, engkau boleh menjadi aku?” Maka dari itu, si murid hendaklah selalu berhati-hati agar dia tidak berfikir secara dangkal. Yakni, sebelum dia membuat sebarang kesimpulan di dalam hal-hal kerohanian, dia mestilah terlebih dahulu berfikir panjang dan masak-masak. Janganlah dia melihat hanya kepada perkara-perkara yang zahir, tanpa menyoal dirinya terlebih dahulu, apakah segala andaian yang telah dibuatnya itu semuanya benar? Andaian yang kurang tepat boleh menghasilkan kefahaman yang singkat, dan mengakibatkan pula usaha yang sia-sia. Nota (4) Asy-Syaikh SyihÁbuddÏn AbÍ Êafà ‘Umar ibn MuËammad ibn ‘AbdullÁh asSuhrawardÏ adalah seorang wali AllÁh yang besar, dan di waktu tuanya telah menjadi terkenal di BaghdÁd dengan panggilan Syaikh MasyÁyikh Æuruq aÃÂÍfiyyah (guru bagi guru-guru tarekat). Dia telah dilahirkan pada tahun 539 Hijrah dan telah meninggal dunia pada tahun 632 Hijrah. Asy-Syaikh AbÍ Êafà as-
SuhrawardÏ juga adalah pengarang bagi kitab ‘AwÁrif al-Ma‘Árif. Dia juga telah dianggap sebagai pengasas bagi aÇ-ÆarÏqah as-Suhrawardiyyah. Ada pula beberapa orang ‘ulamÁ’ lain yang telah menganggap bahawa guru kepada asy-Syaikh AbÍ Êafà as-SuhrawardÏ, yang juga adalah bapa saudaranya, yakni asySyaikh ÄiyÁ’uddÏn AbÍ an-NajÏb ‘Abdul QÁhir as-SuhrawardÏ itulah orangnya yang telah mendirikan asas-asas bagi aÇ-ÆarÏqah as-SuhrawardÏyyah, manakala asySyaikh SyihÁbuddÏn ‘Umar as-SuhrawardÏ pula adalah orangnya yang telah memperkukuhkan tarekat itu. Asy-Syaikh ÄiyÁ’uddÏn AbÍ an-NajÏb ‘Abdul QÁhir as-SuhrawardÏ, yang telah dilahirkan pada tahun 490 Hijrah dan telah meninggal dunia pada tahun 563 Hijrah di BaghdÁd, juga adalah pengarang bagi kitab ÀdÁb al-MurÏdÏn. Beliau pernah berguru dengan asy-Syaikh AËmad al-GhazÁlÏ, yakni adik kepada al-ImÁm AbÍ ÊÁmid al-GhazÁlÏ. Bahagian 4
Sambungan Ringkasan Riwayat Hidupnya Ketika asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang mengajar, kata-kata yang digunakannya mempunyai satu kekuatan dan kelebihan yang tersendiri, sehingga ianya dapat mengubah tabiat dan pendirian para pendengarnya. Kata-katanya itu juga ada kalanya, adalah di dalam bentuk yang kasar dan tidak berselindung. Telah diriwayatkan di dalam kitab MalfÍÉÁt, bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ pernah berkata di dalam sebuah majlisnya: Dapatkah engkau memahami perkara ini, wahai si IraqÏ, wahai unta di pengisar, wahai si tolol? Engkau telah mendirikan solatmu tanpa keikhlasan. Engkau telah mendirikan solatmu kerana orang-orang lain, dan ketika engkau berpuasa, pandangan matamu berada pada hidangan makanan mereka, dan pada kandungan rumah-rumah mereka. Wahai orang yang terasing di kalangan manusia, yang tercicir daripada kedudukan golongan aÃ-ÃiddÏqin dan rabbÁniyyÏn! . . . Ada beberapa orang manusia yang telah menghadiri majlis-majlis asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan telah terpedaya dengan menyangka bahawa oleh kerana mereka telah menghadiri majlis-majlis itu, mereka kini sudah termasuk ke dalam golongan aÃ-ÃÁliËÏn. Pada hal, keadaan kerohanian mereka masih belum lagi berubah, yakni masih belum bertambah baik dan sifat-sifat mereka pula masih menyerupai sifatsifat binatang. Telah diriwayatkan di dalam kitab al-FatË ar-RabbÁnÏ, bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pernah berkata di dalam sebuah majlis ceramahnya: Wahai orang yang telah menjualkan segalanya untuk memperolehi tiada suatu benda pun (lÁ syai’). Dan telah membeli tiada suatu benda pun dengan harga setiap sesuatu (bi kulli syai’). Sesungguhnya engkau telah membeli dunia dengan harga akhirat dan telah menjualkan akhirat dengan harga dunia. Engkau adalah satu kepandiran di dalam satu kepandiran, satu ketiadaan (‘adam) di dalam satu ketiadaan, satu kejahilan di dalam satu kejahilan. Engkau makan seperti binatang-binatang ternakan makan, tanpa sebarang usul periksa, tanpa sebarang penghitungan, tanpa sebarang soal, tanpa sebarang niat, tanpa sebarang perintah. Al-mu‘min (yakni manusia yang beriman dari golongan orang-orang awam dan bukan dari golongan wali-wali AllÁh) makan apa yang dibenarkan oleh syariat (mubÁË asy-syar‘).
Al-walÏ (yakni wali AllÁh yang bukan dari golongan yang bermaqam tertinggi) diperintah untuk makan, atau ditegah daripadanya, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hatinya. Al-badal (yakni wali AllÁh dari golongan yang memiliki maqam yang lebih tinggi) pula tiada mempedulikan satu perkara pun, malah berlaku pula perkara-perkara di dalam dirinya, sedangkan dia telah hilang daripada dirinya (fÏ ghaibatih) bersama Tuhannya ‘Azza wa Jall, dan telah fana di dalamNya. Dan cara asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mengajar juga adalah menakjubkan. Kadangkala, ketika dia sedang memberikan ceramahnya, dia akan berjalan-jalan di udara, di atas kepala para pendengarnya. Kemudian dia akan duduk semula di atas kerusi tingginya. Dan isi ceramah itu pula selalunya berkisarkan lintasan-lintasan hati pendengarpendengar itu sendiri. Dan yang lebih aneh lagi ialah, syarahan-syarahannya dapat didengar oleh yang dekat dan yang jauh, sehingga para pendengar yang sedang duduk di atas gunung pun boleh mendengarnya dengan jelas, sebagaimana yang dapat didengar oleh mereka yang sedang duduk di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sendiri. Jumlah pengikut-pengikut asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pada setiap hari menjadi semakin bertambah ramai, dan kumpulan orang-orang yang menghadiri ceramahnya menjadi semakin besar, sehingga tiada lagi ruang yang tinggal di dalam madrasah ataupun di kawasan sekitarnya untuk memuatkan para hadirin itu. Oleh itu, orang ramai pun telah datang untuk membina sebuah bangunan baru secara bergotong-royong, bagi menempatkan para hadirin itu. Dan yang telah datang menolong membina bangunan itu bukan sahaja daripada golongan orang-orang miskin, tetapi juga daripada golongan orang-orang kaya. Dan bukan sahaja orang-orang lelaki, tetapi juga orang-orang perempuan, dan bukan sahaja mereka yang masih muda, tetapi juga orang-orang yang sudah tua. Pendek kata, manusia daripada semua jenis dan golongan. Mereka telah menyiapkan pembinaan ini pada tahun 528 Hijrah. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ adalah seorang ‘Álim yang telah menjadi ikutan orang ramai di dalam semua urusan agama, sama ada dari segi syariat mahupun tarekat. Dia mahir di dalam mazhab al-ImÁm asy-SyÁfi‘Ï dan juga mazhab al-ImÁm AËmad ibn Êanbal. Dia adalah seorang guru yang dadanya penuh dengan ilmu dan hikmah. Selama empat puluh tahun, sehingga dia meninggal dunia, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memberikan pelajaran dan kuliah umum kepada orang ramai (yakni dari tahun 521 Hijrah hingga tahun 561 Hijrah). Di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ialah ilmu fiqh (termasuk perbezaan-perbezaan pendapat yakni khilÁf di antara al-
‘ulamÁ’), tafsir al-Quran, ilmu-ilmu hadis (‘ulÍm al-ËadÏth), uÃÍl al-fiqh dan juga ilmu tata bahasa (naËw). Mengikut asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb, yakni seorang anak lelaki kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, biasanya bapanya itu akan mengajar tiga kali seminggu, yakni pada pagi Jumaat, malam Selasa dan pagi Ahad. Sebagai satu contoh tentang keluasan ilmu yang dimiliki oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ pula, telah diriwayatkan sebuah kisah seperti yang berikut: Pada suatu hari, ada seorang lelaki telah mendakwa yang dia dapat melihat AllÁh dengan mata di kepalanya. Maka orang ramai pun datang mengadu kepada asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan telah membawa lelaki itu berjumpa dengannya. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah bertanya kepada lelaki itu apakah benar yang lelaki itu telah mendakwa yang dia dapat melihat AllÁh dengan mata di kepalanya. Lelaki itu telah menjawab, ya. Maka asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun memarahi lelaki itu dan telah menyuruhnya berjanji yang dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Setelah itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun menoleh kepada orang-orang yang hadir di situ dan telah berkata bahawa lelaki itu benar kata-katanya, cuma dia telah terkeliru sahaja. Sebenarnya, lelaki itu telah menyaksikan kilauan nÍr al-jamÁl (cahaya sifat-sifat keindahan AllÁh) dengan hatinya. Hatinya itu pula telah ditembusi oleh satu lubang sehingga dia telah melihat dengan penglihatan mata di kepalanya apa yang sebenarnya telah disaksikan oleh mata hatinya. Kerana, cahaya penglihatan mata di kepala berhubung rapat dengan cahaya penyaksian mata hati. Maka lelaki itu telah menyangka yang dia telah melihat dengan mata di kepalanya apa yang sebenarnya telah disaksikan oleh mata hatinya. Setelah mendengar penjelasan daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ini, orang ramai telah menjadi takjub, kerana dengan mudah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menghuraikan satu masalah yang rumit. (1) Di antara sifat-sifat tercela (al-madhmÍmah) yang perlu dibuang daripada diri si murid yang mempelajari ilmu tasawuf ialah sifat ujub, yakni merasa megah dengan diri sendiri kerana ilmu yang dimilikinya, ataupun kerana segala amal ibadat yang telah dilakukannya, ataupun kerana kesanggupan diri si murid untuk menanggung penderitaan-penderitaan, ataupun kerana apa jua sebab lain. Pernah di dalam sebuah ceramahnya, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menyentuh perkara memiliki sifat ujub (al-‘ujb) ini: Bagaimanakah engkau dapat merasa megah dengan segala amal baikmu, serta merasa ujub dengannya, lalu meminta pula upah untuknya? Pada hal, segala
kejayaanmu itu berpunca daripada AllÁh, melalui pertolonganNya, melalui kekuatanNya, melalui kehendakNya, dan juga melalui kurniaNya. Dan termasuk juga di dalam meninggalkan maksiat. Ia dapat dilakukan hanya dengan bantuan, perlindungan dan naungan yang telah Dia berikan. Di manakah kesyukuranmu untuk semua ini, dan di manakah pengiktirafanmu di atas segala rahmat yang telah dikurniakanNya kepadamu? Ada pula satu kisah mengenai asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang dapat digunakan oleh si murid untuk menilai keikhlasan dirinya sendiri dan juga untuk mengukur sejauh mana dia tidak terperangkap ke dalam kecenderungan untuk mengandai-andaikan beberapa perkara tertentu di dalam ilmu tasawuf: Pada suatu hari, sekumpulan manusia telah berkata kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Kami telah berpuasa sebagaimana tuan telah berpuasa. Kami telah bersolat sebagaimana tuan telah bersolat. Kami telah berusaha sepenuh tenaga sebagaimana tuan telah berusaha. Tetapi, kami tidak mengalami apa yang telah tuan alami dari limpahan-limpahan rohani.” Maka telah dijawab oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Kamu semua telah cuba menyaingi kami dengan amal, maka kini kamu semua cuba pula menyaingi kami dengan pencarikan adat! Demi AllÁh, tiada aku makan melainkan setelah aku mendengar perintah, “Demi hakKu ke atas dirimu, makanlah!” Dan tiada aku minum, melainkan setelah aku mendengar perintah, “Demi hakKu ke atas dirimu, minumlah!”” Termasuk ke dalam perkara-perkara yang pernah diajar oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ialah tentang perlunya si murid mencari dahulu seorang guru sufi tulen yang dapat membimbingnya di atas jalan kerohanian. Dia tidak boleh memandai-mandai menyendiri di dalam khalwah untuk merasakan pengalamanpengalaman rohani, kerana ia mempunyai bahaya yang banyak. Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ MuËammad ‘AbdullÁh al-JubbÁ’Ï sebuah kisah mengenai pengalamannya semasa dia masih muda: Aku pernah mendengar Ibn NÁÃir membaca kisah-kisah wali AllÁh sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Êilyah al-AuliyÁ’. Hatiku telah menjadi lembut dan tergerak kerananya. Aku telah berkata kepada diriku sendiri, “Aku akan mengasingkan diriku daripada makhluk, dan aku akan menyendiri di dalam zÁwiyah, dan menyibukkan diriku dengan berbuat ibadat sahaja.” Aku pun pergi ke tempat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan telah bersolat di belakangnya. Selesai solat, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memandang ke arahku dan berkata, “Jika engkau bercita-cita untuk memasuki khalwah, janganlah engkau mengasingkan dirimu sehingga engkau sudah pun bersedia untuknya. Engkau perlu
menghabiskan masa terlebih dahulu bergaul dengan para masyaikh, dan menerima beberapa latihan daripada mereka. Sesudah itu, barulah engkau layak untuk memasuki khalwah. Jika engkau memasuki khalwah sebelum engkau bersedia, keadaanmu adalah seperti seekor anak ayam yang belum tumbuh bulunya. Jika engkau menghadapi apa-apa masalah di dalam agamamu, engkau perlu keluar dari khalwah-mu dan meminta nasihat daripada mereka yang layak menolongmu di dalam masalah-masalah agamamu. Seseorang yang memasuki khalwah, seharusnya bersifat seperti lilin, yang cahayanya adalah sumber penerangan.” Dan tentang persediaan si murid untuk memasuki khalwah, telah diriwayatkan bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ juga pernah berkata di dalam sebuah majlis ilmunya: Kasihannya engkau! Tubuhmu berada di rumah-rumah ibadat, tetapi hatimu berada di rumah-rumah makhluk, menanti-nanti kedatangan serta hadiah-hadiah daripada mereka. Telah sia-sialah masamu itu dan berubahlah bentuk itu keranamu, tanpa makna yang sebenar. Janganlah engkau menjadikan jiwamu layak untuk sesuatu yang belum pun layak ia untuknya, sehingga AllÁh sendiri yang menjadikanmu layak untuknya. Sehingga perkara ini berlaku, maka engkau dan seluruh makhluk tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Bila Dia yang menghendakimu pada sesuatu urusan, maka Dialah yang akan mempersiapkanmu untuknya. Jika batinmu tidak benar, dan hatimu tidak kosong daripada sesuatu selain daripada AllÁh, maka khalwah-mu itu tidak akan memberikan manfaat langsung . . . Dan tentang mencari seorang guru sufi yang tulen ini, si murid juga haruslah berhati-hati. Telah berpesan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mengenai ciri-ciri seorang guru sufi yang tulen: Ada lima ciri yang terdapat pada diri seorang syaikh (yang tulen). Jika ini tidak terdapat pada dirinya, maka dia adalah seorang peniru (Pak Turut), yang akan hanya memimpin kepada kebodohan. (1) Dia mestilah seorang faqÏh, yang mengetahui dengan sempurna segala hukumhukum syariah. (2) Dia juga mestilah seorang yang mengetahui dengan sempurna ilmu hakikat. (3) Dia mestilah seorang yang suka merendah diri, sama ada dengan perkataan atau perbuatan, kepada golongan al-fuqarÁ’. (4) Dia hendaklah menyambut para pemula dengan keramahan. Inilah syaikh yang memiliki nilai yang tinggi. Dia mengetahui hukum-hukum halal dan haram.
(5) Dia melatih murid-muridnya di atas jalan kerohanian sebagai seorang yang dirinya sendiri sudah dilatih dengan sempurna, dengan penuh kemuliaan. Telah bercerita lagi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mengenai ciri-ciri seorang guru sufi yang tulen: Sebelum dianggap layak untuk memimpin orang lain di dalam sulÍk, seorang mursyid itu mestilah mempunyai kelayakan yang berikut. Dia mestilah seorang yang mengetahui ilmu-ilmu syariat dan juga ilmu-ilmu perubatan (al-‘ulÍm aÇÇibbiyyah). Dan dia sendiri sudah pun menerima pengiktirafan daripada para masyaikh. Tidak ada pengecualian bagi perkara ini. Saiyid aÇ-ÆÁ’ifah, asy-Syaikh al-Junaid al-BaghdÁdÏ pernah berkata, “Ilmu kami adalah berdasarkan al-KitÁb dan as-Sunnah. Jika sesiapa tidak menghafal hadishadis RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam dan menulisnya, dan tidak pula dia menghafal al-Quran, dan tidak pula memahami istilah-istilah ahli sufi – maka orang itu tidak layak dijadikan mursyid. Semoga AllÁh meredai orang-orang yang pimpinan mereka layak dijadikan ikutan.” Nota (1) Dalam perkara ini, melalui kekuatan kasyafnya dan juga berlandaskan pengalaman rohaninya yang banyak dan luas, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ memang sudah mengetahui apa yang telah dialami oleh lelaki itu. Pengalaman lelaki itu memang benar. Yang salah, cuma fahaman lelaki itu mengenai pengalamannya. Namun, terdapat juga beberapa orang lain, yang telah mengalami pengalaman yang hampir-hampir serupa dengan pengalaman si lelaki di dalam kisah ini. Bezanya, pengalaman mereka adalah hasil tipu daya syaitan. Pada suatu hari, seorang anak murid kepada asy-Syaikh Sahl ibn ‘AbdullÁh atTustarÏ (hidup dari tahun 200 Hijrah hingga ke tahun 283 Hijrah) telah berkata kepada gurunya itu yang pada suatu malam, dia telah melihat dengan mata di kepalanya, AllÁh sedang duduk di al-‘arsy dan diliputi cahaya yang terang benderang. Melalui kekuatan kasyafnya, asy-Syaikh Sahl ibn ‘AbdullÁh at-TustarÏ telah mengetahui yang anak muridnya itu sebenarnya telah ditipu oleh syaitan. Maka dia pun berkata kepada anak muridnya itu, “Apabila engkau melihatnya lagi di waktu malam, hendaklah engkau meludah kepadanya.” Beberapa hari kemudian, si anak murid itu telah bercerita, “Apabila pada suatu malam aku melihatnya, aku telah meludahinya. Tiba-tiba, al-‘arsy telah lenyap, dan cahaya itu pula telah bertukar menjadi kegelapan.”
Maka sejak dari peristiwa malam itu, si anak murid itu tiada lagi mendapat “penglihatan-penglihatan rohani”. Bahagian 5 Sambungan Ringkasan Riwayat Hidupnya Di antara sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ialah dia merupakan seorang manusia yang sangat lurus dan dia tidak takut bercakap benar kepada sesiapa pun. Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari, al-KhalÏfah al-MuqtafÏ Bi-AmrillÁh AbÍ ‘AbdullÁh MuËammad al- ‘AbbÁsÏ telah melantik AbÍ al-WafÁ YaËyÁ ibn Sa‘Ïd sebagai ketua kadi. Dari atas mimbar (yakni ketika memberi khutbah Jumaat), asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memarahi al-KhalÏfah al-MuqtafÏ Bi-AmrillÁh AbÍ ‘AbdullÁh MuËammad al- ‘AbbÁsÏ di khalayak ramai dan telah berkata kepadanya, “Engkau telah melantik seorang zalim sebagai ketua kadi yang akan menjadi hakim ke atas orang-orang muslimin. Apakah alasan yang dapat engkau berikan esok (yakni pada Hari Kiamat) apabila engkau sendiri akan dihakimi oleh Hakim segala hakim (yakni AllÁh), Tuhan sekelian alam!” Selepas mendengar teguran daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ini, alKhalÏfah al-MuqtafÏ Bi-AmrillÁh AbÍ ‘AbdullÁh MuËammad al-‘AbbÁsÏ telah menggeletar seluruh badannya, dan telah menangis dengan hiba. Ketua kadi itu pun telah dilucutkan jawatannya dengan serta-merta. Kebanyakan daripada penduduk BaghdÁd pada masa itu adalah orang-orang yang telah rosak akhlaknya. Tetapi melalui pengaruh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, ramai pula daripada mereka yang telah bertaubat dan telah menjadi orang-orang yang baik akhlaknya, serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang tulen dan murni. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah disayangi dan disanjungi oleh setiap lapisan manusia, dan pengaruh serta kemasyhurannya telah tersebar ke serata tempat. Semua jenis manusia dapat memperoleh manfaat daripadanya. Doanya sangat mustajab, sama ada doa untuk kebaikan ataupun doa untuk pembalasan. Golongan aÃ-ÃÁliËÏn telah mengasihi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dan golongan orang-orang jahat dan zalim pula telah merasa takut kepadanya. Ramai manusia yang telah datang menemuinya untuk bertanyakan bermacam-macam masalah, dan juga untuk menerima nasihat. Mereka ini termasuklah manusiamanusia daripada golongan raja, menteri dan juga al-‘ulamÁ’. Sebagai satu contoh mengenai kemasyhuran dan kebesaran asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ, telah bercerita asy-Syaikh AbÍ MuËammad ‘AbdullÁh al-JubbÁ’Ï: Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mempunyai seorang anak murid yang bernama ‘Umar al-ÊalÁwÏ. Dia telah meninggalkan BaghdÁd untuk beberapa tahun. Apabila dia pulang semula ke BaghdÁd, aku telah bertanya kepadanya, “Ke manakah engkau telah pergi menghilangkan dirimu selama ini?” Dia telah menjawab, “Aku telah pergi berkeliling melawati bandar-bandar dan pekan-pekan di Syria, Mesir, Barat (yakni negeri-negeri ke barat dari Mesir) dan juga Iraq. Aku telah bertemu dengan tiga ratus enam puluh orang masyaikh, kesemua mereka adalah wali-wali AllÁh. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang tidak pernah berkata bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu adalah guru yang telah memimpin mereka kepada AllÁh.”
Ramai juga orang-orang yang beragama Yahudi dan beragama Nasrani yang telah memeluk agama Islam di tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, seorang paderi Nasrani telah berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan kemudiannya telah memeluk agama Islam di tangannya, di hadapan orang ramai. Setelah itu, bekas paderi Nasrani itu pun menoleh ke arah orang ramai dan telah bercerita “Aku adalah seorang lelaki dari Yemen. Telah lama aku bercita-cita untuk memasuki agama Islam, tetapi aku telah berazam aku tidak akan memasuki agama Islam melainkan di tangan sebaik-baik orang Islam. Pada suatu malam, aku telah bermimpi bertemu dengan ‘ÎsÁ ‘alaihissalÁm, dan dia telah menyuruhku pergi ke BaghdÁd dan bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, kerana menurut ‘ÎsÁ ‘alaihissalÁm, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ adalah sebaik-baik manusia di atas bumi di masa ini.” Beberapa hari kemudian, datang pula tiga belas orang Nasrani dan mereka telah memeluk agama Islam di tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ di dalam majlisnya. Mereka telah bercerita, “Kami adalah orang-orang berbangsa Arab yang beragama Nasrani. Kami memang telah lama berhajat untuk memeluk agama Islam, tetapi kami telah menangguhkannya kerana kami tidak tahu kepada siapa kami harus mengisytiharkan keislaman kami. Pada suatu hari, satu suara ghaib telah menyeru kepada kami. Kami tidak dapat melihat rupa si penyeru itu, tetapi kata-katanya telah dapat kami dengar dengan jelas. Suara ghaib itu telah berkata, “Wahai orang-orang yang sedang menuju kejayaan! Pergilah ke kota BaghdÁd, dan peluklah agama Islam di tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ kerana keimanan yang akan diletakkan di dada kamu semua di hadapannya dan melalui barakahnya, tidak akan dapat disamakan dengan keimanan yang akan diletakkan di dada kamu semua, di hadapan mana-mana orang lain pun di masa ini.” Maka itulah sebabnya kami telah datang ke sini.” Dan jumlah orang-orang Islam yang telah bertaubat di tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula amat besar sekali. Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ MuËammad ‘AbdullÁh al-JubbÁ’Ï mengenai jumlah orang-orang yang telah menerima manfaat melalui asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ: Guru kami, yakni asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, pernah berkata kepadaku, “Kadang-kadang, aku telah bercita-cita untuk berada semula di padang pasir dan di tanah yang tandus, seperti hari-hari terawalku, sehingga aku tidak memandang kepada manusia dan manusia pula tidak memandang kepadaku. Tetapi, AllÁh telah
menghendaki agar aku menjadi sumber kebaikan untuk para makhlukNya. Kerana, ada lebih daripada lima ribu orang Yahudi dan Nasrani yang telah memeluk agama Islam di tanganku, dan lebih daripada seratus ribu orang pencuri, perompak dan penjahat, yang telah bertaubat di tanganku. Ini semua adalah satu kebaikan yang besar.” Oleh itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ juga telah dianggap sebagai seorang mujaddid (yakni seorang pembaharu yang menguatkan kembali agama Islam), walaupun beliau tidaklah dianggap sebagai al-mujaddid untuk kurun itu. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ juga telah dikenali dengan nama panggilan MuËyiddÏn, yang bererti Penghidup Agama. Menurut asy-Syaikh MuËammad ibn YaËyÁ at-TÁdifÏ di dalam kitabnya yang bernama QalÁ’id al-JawÁhir, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sendiri telah bercerita: Pada suatu hari Jumaat di dalam tahun 511 Hijrah, aku telah pulang ke BaghdÁd daripada pengembaraanku. Aku sedang berkaki ayam. Aku terlihat (di dalam kasyaf) seorang lelaki tua yang sangat lemah, kulitnya sudah berubah warna dan badannya sangat kurus. Dia telah menahanku dan telah berkata, “Selamat sejahtera ke atasmu wahai ‘Abdul QÁdir.” Aku telah menjawab salamnya itu. Dia telah berkata pula, “Marilah dekat kepadaku.” Aku pun berdiri di sisinya. Dia telah berkata, “Bantulah aku sehingga aku dapat duduk semula.” Aku pun membantunya sehingga dia dapat duduk. (Menurut satu riwayat lain, asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ telah mendukungnya di atas bahu asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ.) Tiba-tiba badannya telah menjadi sihat, keadaannya telah berubah menjadi kuat dan warna kulitnya telah pulih semula. Aku telah mula merasa takut terhadapnya. Tetapi dia telah berkata, “Tahukah engkau siapa aku?” Aku telah menjawab, “Demi AllÁh, aku tidak tahu.” Dia telah berkata, “Aku adalah ad-dÏn (agama yakni lambang agama Islam). Aku telah pun mati dan telah dilupakan. Tetapi melaluimu, AllÁh Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, telah menghidupkan aku semula setelah kematianku.”
Aku pun meninggalkannya dan telah pergi ke masjid jamik. Seorang lelaki telah mendekatiku dan meletakkan sepasang kasut di kakiku. Dia telah berkata, “YÁ saiyidÏ MuËyiddÏn.” Ketika aku sedang hendak melakukan solat, orang-orang ramai telah datang untuk berjumpa denganku dan telah mencium tanganku dan telah berkata, “Wahai MuËyiddÏn.” Sebelum itu, aku tidak pernah diberikan nama ini. Kisah di atas ini adalah sebagai satu khabar gembira mengenai tugas penting yang bakal dilakukan oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ sepuluh tahun kemudian, kerana setelah dia mula berdakwah kepada orang ramai, pengaruhnya untuk “menghidupkan” semula agama Islam, memang telah dirasakan oleh masyarakat umum di kota BaghdÁd selama empat puluh tahun (yakni dari masa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ berumur lima puluh satu tahun sehingga dia meninggal dunia ketika berumur sembilan puluh satu tahun). Pada suatu malam, sekumpulan masyaikh (lebih kurang lima puluh orang) telah berkumpul bersama-sama asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Tiba-tiba pada suatu ketika, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah mengalami satu keadaan kerohanian yang sangat tinggi. Banyak butir-butir mutiara hikmah yang telah keluar mencurahcurah daripada bibirnya. Semua orang yang hadir di situ telah mengalami satu suasana ketenangan yang belum pernah mereka rasakan sebelumnya. Di satu saat, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menunjuk ke arah tapak kakinya dan telah berkata, “Dengan izin AllÁh, tapak kakiku berada di atas tengkuk setiap wali AllÁh.” Dengan serta-merta, seorang sahabat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang bernama asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ, telah pergi ke kerusi tinggi tempat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ selalu duduk ketika memberikan ceramah, dan telah menundukkan kepalanya di kaki asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Kemudian, asySyaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ telah meletakkan tapak kaki asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ di atas tengkuk asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ. Setelah melihat perbuatan asySyaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ ini, para hadirin yang lain pun telah turut serta melakukan perbuatan yang sama. (1) Salah seorang daripada para wali AllÁh yang hadir di situ, asy-Syaikh AbÍ Sa‘Ïd ‘AlÏ al-QailawÏ telah bercerita: Apabila sahaja dia mengucapkan kata-kata “Tapak kakiku berada di atas tengkuk setiap wali AllÁh”, aku telah menyaksikan kebenaran kata-katanya itu. Aku nampak para wali AllÁh dari seluruh dunia telah berkumpul di hadapannya sehingga memenuhi pandanganku. Yang masih hidup telah datang dengan tubuh badan mereka, sedangkan yang sudah mati, telah hadir dengan roh mereka.
Langit telah dipenuhi oleh malaikat dan juga makhluk-makhluk lain yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sekumpulan malaikat telah turun ke bumi dan telah menyampaikan kepadanya sehelai jubah daripada RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam. Apabila kami sedang memanjangkan leher kami, terdengar satu suara yang telah memuji-mujinya dengan beberapa rangkap pujian yang khas. Apabila asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mengatakan yang tapak kakinya berada di atas leher setiap wali AllÁh, ini bukanlah satu cakap besar. Dia hanya membuat satu pengumuman, tanpa merasakan perasaan besar diri di dalam hatinya. Bolehlah kita bandingkan dengan kata-kata RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, yang pada suatu hari, telah berkata kepada para sahabatnya: Aku adalah penghulu (saiyid) bagi keturunan Àdam, dan aku tidak membanggakan diri. Akulah orang pertama yang akan dibelahkan bumi kerananya (dibangkitkan dari kubur), dan aku tidak membanggakan diri. Akulah orang pertama yang memberikan syafÁ‘ah dan orang pertama yang diterima syafÁ‘ah-nya, dan aku tidak membanggakan diri. Dan bendera puji-pujian berada di tanganku di Hari Kiamat, dan aku tidak membanggakan diri. (Diriwayatkan oleh al-ImÁm AËmad ibn Êanbal, al-ImÁm at-TirmidhÏ dan juga al-ImÁm Ibn MÁjah.) Yakni, RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam setakat menyatakan fakta yang baginda telah diberikan darjat yang tertinggi oleh AllÁh Ta‘ÁlÁ. Dan ketika baginda menyatakan fakta ini, baginda tidak berkata-kata dengan perasaan bangga diri bertempat di dalam hatinya. Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-BarakÁt Âakhr ibn Âakhr ibn MusÁfir: Aku telah bertanya kepada bapa saudaraku, yakni asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir alHakkÁrÏ (seorang wali AllÁh yang besar, dan juga seorang sahabat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ), “Daripada segala masyaikh yang besar-besar, adakah engkau mengetahui sesiapa, selain daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yang telah berkata bahawa tapak kakinya berada di atas leher setiap wali AllÁh?” Dia telah menjawab, “Tidak ada.” Aku pun bertanya lagi, “Apakah makna kata-katanya itu?” Dia telah menjawab, “Itu adalah tanda bahawa di waktu ini, dialah yang sedang menduduki maqam keunggulan (fardiyyah).” Aku bertanya lagi, “Adakah bagi setiap zaman itu, seorang wali AllÁh yang dianggap terunggul?” Dia telah menjawab, “Ya, memang benar. Tetapi, hanya asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ seorang sahaja yang telah diberikan perintah untuk mengumumkannya.”
Aku bertanya lagi, “Adakah maksudmu yang dia telah menerima perintah untuk mengumumkannya?” Bapa saudaraku telah menjawab, “Ya, benar. Dia memang telah menerima perintah itu. Dan mereka semua (yakni para wali AllÁh) telah merendahkan leher mereka kerana perintah itu. Sebagaimana yang engkau ketahui, para malaikat telah sujud kepada Àdam ‘alaihissalÁm. Dan tiadalah mereka melakukan demikian melainkan kerana mereka telah menerima perintah daripada AllÁh untuk melakukannya.” Ada juga beberapa orang masyaikh lain yang telah memberikan penjelasan seperti berikut: Perkataan tapak kaki (qadam) hendaklah digunakan secara metafora (majÁzÏ), dan bukan secara literal (ËaqÏqÏ). Kerana, penggunaan secara metafora adalah lebih bersesuaian dengan adab, dan boleh digunakan secara lebih meluas. Perkataan qadam boleh dimaksudkan sebagai jalan, seperti yang digunakan di dalam ungkapan, “Si polan adalah di atas satu tapak kaki yang terpuji (qadam ËamÏd) ”. Ini boleh diertikan sebagai “jalan yang terpuji (ÇarÏqah ËamÏdah)”, atau “ibadat yang terpuji”, atau “adab yang sempurna” dan sebagainya. Kata-katanya ini menandakan yang tarekatnya, kehampirannya dengan AllÁh, dan juga pembukaan-pembukaan rohaninya (futÍËÁt), adalah di tingkat yang paling atas jika dibandingkan dengan mana-mana tarekat, kehampiran dan pembukaan rohani, dan telah sampai ke tahap tertinggi. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah meninggal dunia dalam bulan Rabiulakhir tahun 561 Hijrah, ketika beliau berumur 91 tahun. Telah dikatakan oleh sesetengah riwayat bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu telah dilahirkan di dalam ‘isyq (kerinduan) dan telah meninggal dunia di dalam umur yang kÁmil (sempurna). (2) Sebelum dia meninggal dunia, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah jatuh sakit. Anak asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang bernama asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb telah meminta agar asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ meninggalkan wasiat. Maka asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun memberikan nasihat, “Hendaklah engkau bertaqwa kepada AllÁh ‘Azza wa Jall. Janganlah engkau merasa takut melainkan kepada AllÁh sahaja. Janganlah engkau menyerahkan dirimu dan segala keperluanmu melainkan kepada AllÁh. Janganlah engkau mengharap dan janganlah engkau mencari selain daripadaNya. Bertawakallah kepadaNya dan tidak kepada yang lain. At-TauËÏd. Semuanya tertakluk kepada at-TauËÏd (pengesaan AllÁh).” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menyambung, “Apabila hati itu telah sah bersama AllÁh ‘Azza wa Jall, hati itu tidak lagi akan meminta-minta dan tidak lagi ia mengandungi hal-hal yang remeh.”
Seterusnya, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memandang sekelilingnya dan telah berkata kepada anak-anaknya, “Aku ini adalah seperti isi tanpa kulit. Ketepilah sedikit. Aku bersamamu secara zahir, tetapi aku bersama selainmu secara batin. Telah hadir di sisiku orang-orang lain. Luaskanlah ruang untuk mereka dan beradab-sopanlah di sisi mereka. Ada rahmat yang besar di sini. Janganlah engkau sesakkan tempat ini.” Selepas itu, sepanjang hari dan malam, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah mengucapkan salam, mendoakan kebaikan dan juga mengucapkan selamat jalan kepada para pengunjungnya yang ghaib itu, untuk beberapa kali. Telah dilaporkan bahawa pada satu ketika, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Celaka engkau! Tidak ada sesuatu pun yang merisaukanku, tidak juga malaikat, termasuklah engkau, wahai malaikat maut. Zat yang memeliharaku telah mengurniakan kepadaku sesuatu yang melampauimu.” Kemudian asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah bertempik. Ini berlaku pada petang hari dia meninggal dunia. Dilaporkan daripada dua orang anak asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yakni asySyaikh ‘Abdur RazzÁq dan asy-Syaikh MÍsÁ, bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ telah beberapa kali mengangkatkan tangannya dan meluruskannya dan berkata, “Wa ‘alaikumussalÁm wa raËmatullÁhi wa barakÁtuh. Bertaubatlah dan masuklah kembali ke dalam barisan ketika sampai giliranmu.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ juga telah berkata, “Di antara aku dengan engkau sekelian dan seluruh makhluk, ada satu jarak seperti langit dan bumi jauhnya. Oleh itu, janganlah engkau sekelian membandingkan aku dengan sesiapa pun, dan janganlah engkau sekelian membandingkan sesiapa pun dengan aku.” Anak asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang bernama asy-Syaikh ‘Abdul ‘AzÏz, telah bertanya mengenai penyakit dan keadaan ayahnya itu. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ telah menjawab pula, “Janganlah sesiapa pun menanyakan aku apa-apa. Aku sedang dibalik-balikkan di dalam ilmu AllÁh.” Asy-Syaikh ‘Abdul ‘AzÏz telah bertanya lagi tentang keadaan penyakit ayahnya itu. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata pula, “Tiada sesiapa yang mengetahui tentang hakikat penyakitku dan tiada sesiapa yang memahaminya, sama ada manusia, jin ataupun malaikat. Ilmu AllÁh tidak akan berkurangan kerana perintahNya. Perintah itu boleh diubah, tetapi ilmuNya tetap tidak berubah. AllÁh menghapuskan dan menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan disisiNyalah Ibu Kitab (mafhum dari ayat 39 SÍrah ar-Ra‘d). Dia tidak akan ditanya tentang apa yang Dia perbuat, tetapi merekalah yang akan ditanya (mafhum dari ayat 23 SÍrah al-AnbiyÁ’).” Anak lelaki asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang bernama asy-Syaikh ‘Abdul JabbÁr juga ada bertanya di bahagian tubuhnya yang manakah sakit yang sedang
dirasakan oleh ayahnya itu. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab, “Seluruh anggota badanku sakit, melainkan hatiku jua. Tiada kesakitan di situ, kerana ia bersama AllÁh ‘Azza wa Jall.” Di saat-saat terakhir hayatnya, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Aku berlindung dengan (kalimat) Tiada yang disembah melainkan AllÁh SubËÁnahu wa Ta‘ÁlÁ, yang Maha Hidup, yang tidak takut kepada kebinasaan. Maha Suci Dia yang telah menegakkan KekuasaanNya melalui KekuatanNya dan telah memaksakan kematian ke atas hamba-hambaNya. Tiada yang disembah melainkan AllÁh dan MuËammad itu pesuruh AllÁh.” Kemudian asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah mengucapkan kalimat “AllÁh, AllÁh, AllÁh,” sehingga suaranya menjadi semakin pudar dan lidahnya terlekat di langit-langitnya. Rohnya yang mulia itu pun meninggalkan dunia yang fana ini. Kubur asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ di BaghdÁd. Nota (1)
Kisah ini adalah sebagai satu tanda bahawa asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ mempunyai sikap merendah diri dan juga memiliki fahaman yang dalam mengenai hal-hal kerohanian. Boleh kita bandingkan dengan kisah SaiyidinÁ AbÍ Bakr, yang tanpa teragak-agak, telah membenarkan kisah Israk dan Mikraj. Sedangkan ramai pula daripada para sahabat RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam yang lain, yang telah merasa teragak-agak untuk membenarkan kisah Israk dan Mikraj itu, sewaktu diceritakan oleh baginda, dan termasuk di antara mereka ialah SaiyidinÁ ‘Umar. Asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ sendiri adalah seorang wali AllÁh yang menduduki maqam yang tinggi. Dia telah meninggal dunia pada tahun 564 Hijrah, ketika berumur lebih daripada seratus dua puluh tahun. Perkara ini bermakna yang beliau adalah lebih tua daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Tetapi, tiadalah beliau membesarkan dirinya di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Malah, asySyaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ adalah seorang sahabat yang sangat menghormati asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Telah diceritakan oleh asy-Syaikh ‘AlÏ al-KhabbÁz bahawa di antara sahabat-sahabat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, tiada seorang pun yang lebih setia dan memberikan perhatian yang khas kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ melebihi kesetiaan dan perhatian asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ. Telah diceritakan juga bahawa apabila asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ ingin berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dia dan sahabat-sahabatnya akan pergi bermandi terlebih dahulu di sebuah sungai. Kemudian, asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ akan berkata kepada sahabat-sahabatnya, “Sucikanlah hati engkau sekelian, dan awasilah segala fikiran dan perasaanmu. Kita akan memasuki tempat as-SulÇÁn (yakni SulÇÁn al-AuliyÁ’).” Dan apabila beliau sampai di tempat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ tidak terus masuk. Beliau akan menunggu sahaja di muka pintu, sehingga mendengar suara asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ memanggilnya, “Silakanlah masuk, wahai saudaraku.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula, sering memuji asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ. Pernah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ berkata, “Para wali AllÁh, apabila mereka datang ke kota BaghdÁd, akan menjadi tetamu-tetamuku. Sedangkan bagi diriku pula, aku sendiri adalah tetamu asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ.” Nota (2) Bukanlah dimaksudkan yang asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu benar-benar telah dilahirkan di dalam ‘isyq (kerinduan) ataupun umur beliau benar-benar kÁmil (sempurna), yakni kita tidak boleh mengambil makna yang zahir sahaja.
Berdasarkan nilai sesuatu huruf dalam Bahasa Arab, jumlah nilai huruf-huruf di dalam sesuatu perkataan itulah yang dimaksudkan. Ini dikenali dengan panggilan kiraan al-jumal. Perkataan ‘isyq ( ) itu dieja dengan 3 huruf, iaitu ‘ain, syÏn dan qÁf. Huruf ‘ain nilainya 70, huruf syÏn nilainya 300, dan huruf qÁf pula nilainya 100. Jumlahnya ialah 470. Maka diambil kesimpulan yang asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah dilahirkan pada tahun 470 Hijrah. Perkataan kÁmil ( ) itu dieja dengan 4 huruf, iaitu kÁf, alif, mÏm, dan lÁm. Huruf kÁf nilainya 20, huruf alif nilainya 1, huruf mÏm nilainya 40 dan huruf lÁm pula nilainya 30. Jumlahnya ialah 91. Maka diambil kesimpulan bahawa asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah meninggal dunia ketika berumur 91 tahun. Ini adalah satu kaedah yang kadangkala digunakan oleh orang-orang sufi, walaupun tidaklah ia istimewa digunakan oleh orang-orang sufi sahaja. Mereka yang pakar menulis azimat (dan rajah-rajah seperti yang terdapat di dalam kitab Syams alMa‘Árif al-KubrÁ, tulisan AËmad ibn ‘AlÏ al-BÍnÏ, sebuah kitab yang berumur lebih kurang 800 tahun, tetapi masih popular di Nusantara) pun menggunakan kaedah ini. Dan tiadalah juga ia bermakna yang kaedah ini sahajalah yang digunakan oleh orang-orang dari kalangan sufi. Ada lagi beberapa kaedah tambahan yang lebih rumit, yang selalunya digunakan bersama-sama kaedah ini. Dari itu, ketika membaca kitab-kitab mengenai ilmu tasawuf, si murid perlulah berhati-hati dengan fakta-fakta mengenai para wali AllÁh. Fakta-fakta ini tidak boleh diterima secara zahir sahaja. Kadangkala, untuk memahaminya dengan tepat, si murid perlu mengetahui ilmu-ilmu lain terlebih dahulu. Pernah terjadi di satu tempat di Malaysia, seorang pemuda telah menyatakan rasa terkejutnya apabila dia mendengar kata-kata daripada seorang lebai. Menurutnya, lebai itu telah jatuh kafir atau telah menjadi musyrik, kerana mengatakan yang umurnya adalah dua tahun lebih muda daripada AllÁh! Seorang ‘Álim yang sedang duduk di situ, telah tersenyum dan menasihatkan pemuda itu supaya bersabar dahulu, dan jangan mudah mengkafirkan orang lain. Si ‘Álim telah berkata lagi bahawa lebai itu hanya sekadar ingin menguji si pemuda. (Si ‘Álim tahu yang pemuda itu sangat suka bercakap besar, seolah-olah ilmunya sangat luas, kerana pemuda itu baru sahaja keluar dari universiti. Kata-kata pemuda itu telah kerap kali menyinggung perasaan orang-orang lain.) Si ‘Álim telah memberitahu kepada pemuda itu bahawa lebai itu sebenarnya telah menggunakan kaedah kiraan al-jumal. Perkataan AllÁh ( ) itu dieja dengan huruf-huruf alif, lÁm, lÁm dan hÁ’. Huruf alif bernilai 1, huruf lÁm (yang pertama) bernilai 30, huruf lÁm (yang kedua) bernilai 30, dan huruf hÁ’ bernilai 5. Jumlahnya ialah 66. Oleh
kerana lebai itu berkata umurnya adalah dua tahun lebih muda daripada “AllÁh”, maka hendaklah ditolak dengan nilai dua. Ini menjadikan jumlahnya 64. Maka maksud lebai itu ialah, umurnya adalah 64 tahun, bukanlah dia mengatakan yang umurnya itu benar-benar adalah dua tahun lebih muda daripada Zat AllÁh Ta‘ÁlÁ! Walau bagaimanapun, si ‘Álim telah menyampaikan juga kepada pemuda itu satu nasihat tambahan, yang berasal daripada seorang guru sufi, “Sesiapa jua yang mengaku menjadi seorang pengikut ilmu tasawuf (sufism), hendaklah mempunyai a sense of humour, dan cara dia berfikir pula, mestilah tidak dangkal (not superficial).” Bahagian 6 Sesetengah Daripada KarÁmÁt asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ Jumlah karÁmÁt yang dimiliki oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ adalah banyak sekali dan telah diakui oleh golongan al-‘ulamÁ’ di zamannya dan juga sesudahnya. (1) Telah berkata pula asy-Syaikh ‘IzzuddÏn ‘Abdul ‘AzÏz ibn ‘Abdus SalÁm, seorang Álim yang terkenal sebagai SulÇÁn al-‘UlamÁ’ dan yang telah hidup selepas zaman
asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Tiada sampai kepadaku kisah-kisah karÁmÁt seorang wali AllÁh yang lebih mutawÁtir seperti sampainya kisah-kisah karÁmÁt asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ.” Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs AËmad ibn MuËammad ibn AËmad alQurasyÏ al-JÏlÏ: Pada suatu hari, aku telah menghadiri majlis asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, berserta murid-muridnya yang lain. Tiba-tiba, muncul seekor ular besar di pangkuan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Maka orang ramai yang hadir di majlis itu pun berlari lintang-pukang dalam ketakutan. Tetapi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ hanya duduk dengan tenang sahaja. Kemudian ular itu pun masuk ke dalam baju asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan telah merayap-rayap di badannya. Setelah itu, ular itu telah naik pula ke lehernya. Namun, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ masih tetap tenang dan tidak berubah keadaan duduknya. Setelah beberapa waktu berlalu, turunlah ular itu dari badan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan ia telah berkata-kata dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Setelah itu, ular itu pun ghaib. Maka bertanyalah kami kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ tentang apa yang telah dipertuturkan oleh ular itu. Menurut asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, ular itu telah berkata bahawa dia telah menguji ramai wali-wali AllÁh yang lain, tetapi dia tidak pernah bertemu dengan seorang pun yang setenang dan sehebat asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Telah bercerita pula asy-Syaikh MuËammad ibn YaËyÁ at-TÁdifÏ di dalam kitabnya yang bernama QalÁ’id al-JawÁhir : Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang mengajar muridmuridnya di dalam sebuah majlis, seekor burung telah terbang di udara di atas majlis itu sambil mengeluarkan satu bunyi yang telah mengganggu majlis itu. Maka asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun berkata, “Wahai angin, ambil kepala burung itu.” Seketika itu juga, burung itu telah jatuh ke atas majlis itu, dalam keadaan kepalanya telah terputus daripada badannya. Setelah melihat keadaan burung itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun turun dari kerusi tingginya dan telah mengambil badan burung itu, lalu disambungkan kepala burung itu ke badannya. Kemudian asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “BismillÁhir raËmÁnir raËÏm.”
Dengan serta-merta burung itu telah hidup kembali dan terus terbang dari tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Maka menjadi takjublah para hadirin di majlis itu kerana melihat kebesaran AllÁh yang telah ditunjukkanNya melalui tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu. Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ NaÉar ibn ‘Umar al-BaghdÁdÏ al-MathnÏ aÃÂaËrÁwÏ yang dia telah mendengar bapanya bercerita: Aku berupaya untuk memanggil jin-jin, dan ini telah aku lakukan untuk beberapa kali. Tetapi pada suatu hari, aku telah terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa, barulah mereka datang. Apabila mereka tiba, mereka telah berkata kepadaku, “Lain kali, apabila engkau ingin memanggil kami, janganlah engkau lakukan pada waktu asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang memberikan ceramah kepada orang ramai.” Apabila aku tanyakan mereka sebabnya, mereka telah menjawab, “Kerana kami sendiri pun akan datang beramai-ramai untuk menghadiri ceramahnya.” Aku telah bertanya lagi, “Benarkah jin-jin pun menghadiri majlis ceramah asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ?” Mereka telah menjawab, “Sudah tentu. Dan keadaan kumpulan kami adalah lebih bersesakan daripada keadaan kumpulan manusia. Ramai daripada kaum kami yang telah memeluk agama Islam dan juga bertaubat di tangannya.” Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, di dalam tahun 537 Hijrah, seorang lelaki dari kota BaghdÁd (dikatakan oleh sesetengah perawi bahawa lelaki itu bernama AbÍ Sa‘Ïd ‘AbdullÁh ibn AËmad ibn ‘AlÏ ibn MuËammad al-AzajÏ al-BaghdÁdÏ) telah datang bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Lelaki itu telah berkata kepada asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ bahawa dia mempunyai seorang anak dara sunti berumur enam belas tahun bernama FÁÇimah. Anak daranya itu telah diculik (diterbangkan) dari atas anjung rumahnya oleh seorang jin. Maka asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun menyuruh lelaki itu pergi pada malam hari itu, ke suatu tempat bekas rumah roboh, di satu kawasan lama di kota BaghdÁd bernama al-Karkh. “Carilah bonggol yang kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan satu bulatan sekelilingmu di atas tanah. Semasa engkau membuat garisan, ucapkanlah
“BismillÁh, dan di atas niat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ.” Apabila malam telah gelap, engkau akan didatangi oleh beberapa kumpulan daripada jin, dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk. Janganlah engkau takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula raja jin dengan segala angkatannya yang besar. Dia akan bertanyakan hajatmu. Katakan kepadanya yang aku telah menyuruh engkau datang bertemu dengannya. Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadian yang telah menimpa anak perempuanmu itu.” Lelaki itu pun pergilah ke tempat itu dan melaksanakan arahan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu. Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin yang cuba menakut-nakutkan lelaki itu, tetapi jin-jin itu tidak berkuasa untuk melintasi garis bulatan itu. Jin-jin itu telah datang bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu kumpulan. Dan akhirnya, datanglah raja jin yang sedang menunggang seekor kuda dan telah disertai oleh satu angkatan yang besar dan hebat rupanya. Raja jin itu telah memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan telah bertanya kepada lelaki itu, “Wahai manusia, apakah hajatmu?” Lelaki itu telah menjawab, “Aku telah disuruh oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ untuk bertemu denganmu.” Sebaik-baik sahaja dia mendengar nama asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ diucapkan oleh lelaki itu, raja jin itu telah turun dari kudanya dan terus mengucup bumi. Kemudian raja jin itu telah duduk di atas bumi, disertai dengan seluruh anggota rombongannya. Sesudah itu, raja jin itu telah bertanyakan masalah lelaki itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak daranya yang telah diculik oleh seorang jin. Setelah mendengar cerita lelaki itu, raja jin itu pun memerintahkan agar dicari si jin yang bersalah itu. Beberapa waktu kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin itu, seorang jin lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yang telah diculiknya. Raja jin itu telah bertanya, “Kenapakah engkau sambar anak dara manusia ini? Tidakkah engkau tahu yang dia ini berada di bawah naungan al-QuÇb ?” Jin lelaki dari negara Cina itu telah mengatakan yang dia telah jatuh berahi dengan anak dara manusia itu. Raja jin itu pula telah memerintahkan agar dipulangkan perawan itu kepada bapanya, dan jin dari negara Cina itu pula telah dikenakan hukuman pancung kepala. Lelaki itu (bapa kepada FÁÇimah) pun mengatakan rasa takjubnya dengan segala perbuatan raja jin itu, yang sangat patuh kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ.
Raja jin itu telah berkata pula, “Sudah tentu, kerana asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ boleh melihat dari rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat. Dan mereka semua sedang berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi, kerana telah lari dari sebab kehebatannya. AllÁh Ta’ÁlÁ telah menjadikan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ bukan sahaja al-QuÇb bagi umat manusia, bahkan juga ke atas seluruh bangsa jin.” Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ ‘Umar ‘UthmÁn aÃ-ÂÏrÁfÏnÏ dan asy-Syaikh AbÍ MuËammad ‘Abdul Êaqq al-ÊuraimÏ: Pada 3 haribulan Safar tahun 555 Hijrah, kami berada di sisi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Pada waktu itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang mengambil wuduk dan memakai sepasang terompah. Setelah selesai menunaikan solat dua rakaat, dia telah bertempik dengan tiba-tiba, dan telah melemparkan salah satu daripada terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sehingga tiada ternampak lagi oleh mata. Selepas itu, dia telah bertempik sekali lagi, lalu melemparkan terompah yang satu lagi. Kami yang berada di situ, telah melihat dengan kehairanan, tetapi tidak ada seorang pun yang telah berani menanyakan maksud semua itu. Dua puluh tiga hari kemudian, sebuah kafilah telah datang untuk menziarahi asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Mereka (yakni para anggota kafilah itu) telah membawa hadiah-hadiah untuknya, termasuk baju, emas dan perak. Dan yang anehnya, termasuk juga sepasang terompah. Apabila kami amat-amati, kami lihat terompah-terompah itu adalah terompah-terompah yang pernah dipakai oleh asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pada satu masa dahulu. Kami pun bertanya kepada ahli-ahli kafilah itu, dari manakah datangnya sepasang terompah itu. Inilah cerita mereka: Pada 3 haribulan Safar yang lalu, ketika kami sedang di dalam satu perjalanan, kami telah diserang oleh satu kumpulan perompak. Mereka telah merampas kesemua barang-barang kami dan telah membawa barang-barang yang mereka rampas itu ke satu lembah untuk dibahagi-bahagikan di antara mereka. Kami pun berbincang sesama sendiri dan telah mencapai satu keputusan. Kami lalu menyeru asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ agar menolong kami. Kami juga telah bernazar apabila kami sudah selamat, kami akan memberinya beberapa hadiah. Tiba-tiba, kami terdengar satu jeritan yang amat kuat, sehingga menggegarkan lembah itu dan kami lihat di udara ada satu benda yang sedang melayang dengan sangat laju sekali. Beberapa waktu kemudian, terdengar satu lagi bunyi yang sama dan kami lihat satu lagi benda seumpama tadi yang sedang melayang ke arah yang sama.
Selepas itu, kami telah melihat perompak-perompak itu berlari lintang-pukang dari tempat mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan itu dan telah meminta kami mengambil balik harta kami, kerana mereka telah ditimpa satu kecelakaan. Kami pun pergi ke tempat itu. Kami lihat kedua-dua orang pemimpin perompak itu telah mati. Di sisi mereka pula, ada sepasang terompah. Inilah terompah-terompah itu. Telah bercerita asy-Syaikh ‘Abduà Âamad ibn HammÁm: Pada mulanya aku memang tidak suka kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Walaupun aku merupakan seorang saudagar yang paling kaya di kota BaghdÁd di waktu itu, aku tidak pernah merasa tenteram ataupun berpuas hati. Pada suatu hari, aku telah pergi menunaikan solat Jumaat. Ketika itu, aku tidak mempercayai tentang cerita-cerita karÁmÁt yang dikaitkan dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Sesampainya aku di masjid itu, aku dapati ia telah penuh sesak dengan manusia. Aku telah bertolak-tolak sehingga aku dapat satu tempat duduk, betul-betul di hadapan mimbar. Di kala itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ baru sahaja memulakan khutbah Jumaat. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ yang telah menyinggung perasaanku. Tiba-tiba, aku terasa hendak buang air besar. Untuk aku keluar dari masjid itu memang sukar dan agak mustahil. Aku pun didatangi rasa gelisah dan malu, takut-takut aku terbuang air besar di situ di hadapan orang ramai. Dan kemarahanku terhadap asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ pun bertambah dan memuncak. Pada saat itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah turun dari atas mimbar itu dan telah berdiri di hadapanku. Sambil dia terus memberikan khutbah, dia telah menutup tubuhku dengan jubahnya. Tiba-tiba aku dapati aku sedang berada di satu tempat yang lain, yakni di satu lembah hijau yang sangat indah. Aku lihat sebatang anak sungai sedang mengalir perlahan di situ dan keadaan sekelilingnya pula sunyi sepi, tanpa kehadiran seorang manusia pun. Aku pun pergi membuang air besar. Setelah selesai, aku pun mengambil wuduk. Apabila aku sedang berniat untuk pergi bersolat, aku dapati diriku tiba-tiba telah berada semula di bawah jubah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia telah mengangkat jubahnya dan menaiki kembali tangga mimbar itu. Aku sungguh-sungguh merasa terkejut. Bukan sahaja perutku sudah merasa lega, tetapi begitu juga keadaan hatiku. Segala perasaan marah, ketidakpuasan hati, dan perasaan-perasaan jahat yang lain, semuanya telah hilang.
Selepas sembahyang Jumaat berakhir, aku pun pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, aku tersedar yang kunciku telah hilang. Aku pun kembali ke masjid untuk mencarinya. Puas aku mencari, tetapi tidak aku jumpa. Aku terpaksa menyuruh tukang kunci membuat kunci yang baru. Pada keesokan harinya, aku telah meninggalkan BaghdÁd dengan rombonganku kerana urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah melewati satu lembah yang sangat indah. Seolah-olah ada satu kuasa ajaib yang telah menarikku untuk pergi ke sebatang anak sungai. Barulah aku teringat yang aku pernah pergi ke situ untuk membuang air besar, beberapa hari sebelum itu. Aku pun bermandi di anak sungai itu. Ketika aku sedang mengambil bajuku, aku telah terjumpa kembali kunciku, yang rupa-rupanya telah tertinggal dan telah tersangkut pada sebatang dahan di situ. Sebaik-baik sahaja aku sampai di BaghdÁd, aku telah terus bertemu dengan asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan menjadi anak muridnya. Telah bercerita asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir al-HakkÁrÏ: (2) Aku pernah berada di antara ribuan hadirin yang telah berkumpul untuk mendengar syarahan daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Ketika asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang bersyarah, tiba-tiba hujan telah turun dengan lebat. Beberapa orang daripada hadirin pun berlari meninggalkan tempat itu. Langit di masa itu sedang diliputi awan hitam yang menandakan hujan akan terus turun berpanjangan. Aku melihat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah mendongak ke langit dan telah mengangkat tangannya serta berdoa, “YÁ RabbÏ! Aku telah mengumpulkan manusia keranaMu, adakah kini Engkau akan menghalau pula mereka daripadaku?” Sebaik-sebaik sahaja asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ habis berdoa, hujan pun berhenti. Tidak setitik pun yang jatuh ke atas kami, pada hal di sekeliling kami, hujan masih terus turun dengan mencurah-curah. Telah bercerita asy-Syaikh ‘AbdullÁh adh-DhaiyÁl: Pada tahun 560 Hijrah, aku telah berada di pusat pengajian asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Pada suatu hari, aku telah terlihat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang meninggalkan rumahnya sambil memegang sebatang tongkat. Aku telah berkata-kata di dalam hatiku, “Alangkah baiknya jikalau aku dapat melihat satu karÁmah daripada asy-Syaikh, melalui tongkat yang sedang dipegangnya itu.”
Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menoleh ke arahku dan tersenyum. Kemudian dicacaknya tongkat itu ke dalam tanah. Tiba-tiba keluarlah satu cahaya yang terang benderang darinya. Cahaya itu telah naik menjulang ke arah langit, lalu menerangi persekitaran kawasan di situ. Beberapa waktu kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menyentuh cahaya itu, dan ia kembali menjadi tongkat semula. Kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memandang ke arahku dan bertanya, “Inikah yang ingin engkau saksikan, wahai ‘AbdullÁh?” Telah diceritakan oleh asy-Syaikh AbÍ al-MuÉaffar ManÃÍr ibn al-MubÁrak alWÁsiÇÏ (yang dikenali juga sebagai al-JudÁdah): Ketika aku masih muda, aku pernah pergi menemui asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ, diiringi oleh beberapa orang lain. Aku telah membawa sebuah kitab falsafah di tanganku. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menyambut kami. Apabila dia terpandang sahaja kepada kitab di tanganku itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Sesungguhnya yang engkau pegang dalam tanganmu itu adalah sejahat-jahat teman. Lebih baik engkau pergi buangkan sahaja kitab itu.” Aku pun menjadi terpegun. Bagaimanakah dia dapat mengetahui isi kandungan kitab itu? Aku memang amat sayang kepada kitab itu, dan telah menghafal hampirhampir seluruh kandungannya. Aku pun berfikir di dalam hati, lebih baik aku sorokkan sahaja kitab itu, dan mengambilnya kembali ketika aku pulang nanti. Belum pun sempat aku berbuat demikian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah “melemparkan” satu pandangan tajam ke arahku. Tiba-tiba aku tidak dapat menggerakkan badanku dari tempat duduk. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ kemudian telah meminta kitab itu daripadaku. Ketika aku memberikan kitab itu kepadanya, aku telah sempat membuka lembaran kitab itu untuk kali terakhir. Alangkah terkejutnya aku, apabila aku dapati isinya telah lenyap! Yang tinggal cuma muka-muka surat yang kosong! Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun mengambil kitab itu dan sesudah menyemak isinya, telah memulangkan kitab itu semula kepadaku. “Ambillah kitab FaÅÁ’il al-QurÁn susunan MuËammad ibn aÅ-ÄarÏs ini,” katanya. Aku pun mengambil kitab itu, dan aku dapati memang benar kitab falsafah kepunyaanku itu telah berubah menjadi kitab yang lain, yakni kitab FaÅÁ’il alQurÁn karangan MuËammad ibn aÅ-ÄarÏs, yang telah ditulis dengan tulisan yang sangat indah.
Kemudian dia telah berkata pula kepadaku, “Apakah kini engkau mahu bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya?” Aku pun menjawab, ya. Dia lalu menyuruhku berdiri. Apabila aku berdiri, aku rasa segala ilmu falsafahku telah hilang. Seolah-olah, semuanya telah mengalir keluar dari tubuhku dan telah meresap ke dasar bumi. Tiada satu perkataan pun darinya yang masih tinggal di dalam ingatanku. Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, isteri-isteri asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah bertemu dengannya dan telah berkata, “Wahai suami kami yang dihormati, anak lelaki kecil kita telah meninggal dunia. Namun kami tidak melihat setitik air mata pun yang mengalir dari mata kekanda dan tidak pula kekanda menunjukkan sebarang tanda sedih. Tidakkah kekanda menyimpan sebarang rasa belas kasihan terhadap anak lelaki kita, yang merupakan sebahagian daripada darah daging kekanda sendiri? Kami semua sedang dirundung malang yang bersangatan, namun kekanda masih juga meneruskan pekerjaan biasa kekanda, seolah-olah tiada sesuatu pun yang telah berlaku. Kekandalah merupakan pemimpin dan penaung kami di dunia dan di akhirat. Tetapi jika hati kekanda telah menjadi keras sehingga tiada lagi menyimpan sebarang rasa belas kasihan, bagaimanakah kami dapat bergantung kepada kekanda pada Hari Pembalasan kelak?” Maka berkatalah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Wahai isteri-isteriku yang tercinta! Janganlah kamu semua menyangka yang hatiku ini keras. Aku menyimpan rasa belas kasihan di hatiku terhadap seluruh makhluk, sehinggakan terhadap orang-orang kafir dan juga terhadap anjing-anjing yang menggigitku. Aku berdoa kepada AllÁh agar anjing-anjing itu akan berhenti daripada menggigit, bukanlah kerana aku takut digigit, tetapi aku takut nanti manusia lain akan melontar anjinganjing itu dengan batu. Tidakkah kamu mengetahui yang aku ini mewarisi sifat belas kasihan daripada RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, yang telah diutus AllÁh sebagai rahmat untuk sekelian alam?” Maka wanita-wanita itu telah berkata pula, “Kalau benarlah kekanda mempunyai rasa belas kasihan terhadap seluruh makhluk AllÁh, sehingga kepada anjing-anjing yang menggigit kekanda, kenapakah kekanda tidak menunjukkan sebarang tanda rasa sedih di atas kehilangan anak lelaki kita yang telah disambar maut itu?” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun menjawab, “Wahai isteri-isteriku yang sedang berdukacita, kamu semua menangis kerana kamu semua merasa telah berpisah daripada anak lelaki kita yang kamu semua sayangi. Tetapi aku pula, sentiasa bersama dengan orang-orang yang aku sayangi. Kamu semua telah melihat anak lelaki kita di dalam satu ilusi yang dipanggil dunia. Kini, dia telah pun meninggalkannya lalu berpindah ke satu tempat yang lain. AllÁh telah berfirman
(SÍrah al-ÊadÏd, potongan ayat 20 yang bermafhum) “dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah satu ilusi jua.” Memang dunia ini adalah satu ilusi, untuk mereka yang sedang terlena. Tetapi aku tidak terlena – aku celik dan jaga. Aku telah melihat anak lelaki kita ketika dia sedang berada di dalam bulatan masa, dan kini dia telah keluar darinya. Namun aku masih dapat melihatnya. Dia kini berada di sisiku. Dia sedang bermain-main di sekelilingku, sebagaimana yang pernah dia lakukan pada masa dahulu. Sesungguhnya, jika seseorang itu dapat melihat Kebenaran melalui mata hatinya, sama ada yang dilihatnya itu masih hidup ataupun sudah mati, maka Kebenaran itu tetap tidak akan hilang.” Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berjalan-jalan dengan beberapa orang muridnya di padang pasir. Waktu itu hari sangat panas, dan mereka sedang berpuasa. Oleh itu, mereka telah berasa letih dan dahaga. Tiba-tiba, sekumpulan awan telah muncul, yang melindungi mereka dari panas terik matahari. Setelah itu, sebatang pohon kurma dan sebuah kolam muncul pula di hadapan mereka. Mereka telah menjadi terpegun. Kemudian satu cahaya besar yang berkilauan, telah muncul dari celah awan di hadapan mereka dan kedengaranlah satu suara dari dalamnya yang telah berkata, “Wahai ‘Abdul QÁdir, akulah Tuhanmu. Makan dan minumlah, kerana pada hari ini, telah aku halalkan untuk engkau apa yang telah aku haramkan untuk orang-orang lain.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun mendongak ke arah cahaya itu dan telah berkata, “Aku berlindung dengan AllÁh daripada syaitan yang direjam.” Tiba-tiba, cahaya, pohon kurma dan kolam itu semuanya hilang dari pandangan mata. Maka kelihatanlah IblÏs di hadapan mereka dengan bentuk rupanya yang asal. IblÏs telah bertanya, “Bagaimanakah engkau dapat mengetahui yang itu sebenarnya adalah aku?” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab, “Syariat itu sudah sempurna, dan tidak akan berubah sehingga Hari Kiamat. AllÁh tidak akan mengubah yang haram kepada yang halal, walaupun untuk orang-orang yang menjadi pilihanNya.” Maka IblÏs pun berkata lagi untuk menguji asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Aku telah berjaya menipu 70 kaum daripada golongan as-sÁlikÏn (yakni orang-orang yang menempuh jalan kerohanian) dengan cara ini. Ilmu yang engkau miliki lebih luas daripada ilmu mereka. Apakah ini sahaja jumlah pengikutmu? Sepatutnya, semua penduduk bumi menjadi pengikutmu, kerana ilmumu menyamai ilmu para nabi.”
Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab pula, “Aku berlindung dengan AllÁh Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui, daripada engkau. Bukanlah kerana ilmuku aku terselamat, tetapi kerana rahmat daripada AllÁh, Pengatur sekelian alam.” (3) Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs al-KhaÅir al-ÊusainÏ al-MauÃilÏ: Pada suatu malam, seorang pelayan kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah bermimpi sebanyak tujuh puluh kali. Dan pada setiap mimpinya itu, dia telah bermimpi melakukan zina. Maka pada waktu Subuh, dia pun berjumpa dengan asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ untuk menceritakan mimpinya itu. Belum pun sempat dia membuka mulutnya untuk menceritakan mimpinya yang aneh itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Wahai anak muda, janganlah engkau merasa risau berkenaan peristiwa semalam. Aku telah melihat tertulis di Loh Mahfuz bahawa engkau bakal melakukan zina dengan beberapa orang perempuan sebanyak tujuh puluh kali. Maka aku telah berdoa kepada AllÁh agar dengan kurniaNya, perkara itu diubah sehingga ia hanya berlaku di dalam mimpimu, dan bukan semasa jaga. Oleh itu, selamatlah engkau kerananya.” Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, seorang lelaki dari Isfahan (dieja juga sebagai EsfahÁn) telah datang bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia telah mengadu tentang keadaan isterinya yang telah ditimpa satu penyakit ganjil. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memberitahu lelaki itu, apabila dia pulang menemui isterinya kelak, hendaklah diucapkan di telinga isterinya itu, “Wahai Khanis, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ menyuruh engkau keluar dari sini, dan jangan sesekali pun engkau kembali. Jika tidak, engkau akan binasa.” Apabila lelaki itu sampai semula ke rumahnya, dia pun melakukan sebagaimana yang telah disuruh oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Isterinya pun pulih dari penyakitnya. Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, sekumpulan al-fuqahÁ’ dari BaghdÁd seramai seratus orang telah datang ke tempat perguruan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Mereka telah datang dengan niat untuk menguji asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dengan menanyakan beberapa soalan dan masalah yang dianggap paling susah dan rumit.
Apabila mereka semua sedang berada di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dia telah menundukkan kepalanya. Tiba-tiba keluar satu cahaya yang terang benderang dari dada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. (Cahaya rohani ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang sudah terbuka mata hatinya sahaja, dan ini termasuklah si periwayat kisah ini. Kumpulan al-fuqahÁ’ itu pula, yang mata hati mereka masih tertutup, tidak dapat melihat cahaya rohani ini). Kumpulan al-fuqahÁ’ itu tiba-tiba telah menjadi terpegun, dan lidah mereka pula telah menjadi kelu. Dan segala soalan yang telah mereka sediakan sebelum itu, telah lenyap semuanya dari ingatan mereka. Kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sendiri yang telah menyebut segala masalah dan soalan mereka itu, satu demi satu, lengkap dengan jawapannya sekali. Maka menjadi takjublah kumpulan al-fuqahÁ’ itu dan mereka pun meminta maaf daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs al-KhaÅir al-ÊusainÏ al-MauÃilÏ: Pada suatu hari, aku sedang duduk di dalam majlis asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ. Tiba-tiba datang al-Mustanjid BillÁh AbÍ al-MuÉaffar YÍsuf, yakni putera kepada al-KhalÏfah al-MuqtafÏ Bi-AmrillÁh AbÍ ‘AbdullÁh MuËammad al-‘AbbÁsÏ (memerintah dari tahun 531 hingga ke tahun 555 Hijrah, dan telah diganti oleh puteranya itu, yakni al-Mustanjid BillÁh, yang telah memerintah dari tahun 555 hingga ke tahun 566 Hijrah). Dia telah mengucapkan salam kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia telah membawa harta yang banyak, yang terpaksa dipikul oleh sepuluh orang pekerjanya. Harta itu pun diletakkan di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Maka telah berkata asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Aku tidak berhajat kepada harta-harta ini.” Maka dijawab pula oleh si pelawat diraja itu, “Wahai tuan guru, kami berharap benar agar tuan guru menerima harta kami.” Maka asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun pergi mengambil harta itu dan diperasnya pula harta itu. Tiba-tiba keluar darah mengalir dari harta itu. Kemudian asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Wahai AbÍ alMuÉaffar, apakah engkau tidak merasa malu di hadapan AllÁh Ta‘ÁlÁ, Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui akan segala hal-ehwal hamba-hambanya? Harta-harta ini telah engkau perolehi melalui memerah darah manusia lain, dan kini engkau hadapkan harta-harta ini pula kepadaku?”
Melihat akan kejadian karÁmah daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ini, si pelawat diraja itu pun jatuh pengsan, dan tidak sedarkan dirinya untuk beberapa waktu. (4) Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-BaghdÁdÏ (dikenali juga sebagai Ibn aÇÆanÇanah): Pada tahun 553 Hijrah, aku telah bertugas sebagai penjaga malam di madrasah asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Di antara tugas-tugasku ialah menyediakan sebuah cerek air bagi kegunaan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Tiba-tiba, aku terlihat asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang keluar dari rumahnya dan melalui kawasan madrasah itu. Pintu pagar kawasan madrasah itu telah terbuka dengan sendirinya. Aku pun mengikuti asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ dari belakang. Apabila kami tiba di pintu gerbang kota BaghdÁd, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah melambai-lambaikan tangannya. Pintu gerbang itu telah terbuka dengan sendirinya. Apabila kami meninggalkannya, pintu gerbang itu telah tertutup kembali di belakang kami. Kami telah sampai ke sebuah kota yang belum pernah aku lihat. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah masuk ke dalam sebuah bangunan. Di dalamnya, terdapat enam orang lelaki yang sedang duduk di dalam satu bulatan. Mereka telah memberi salam hormat kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Aku telah bersembunyi di belakang sebatang tiang, sambil memerhatikan segala yang berlaku. Ada seorang lelaki lain yang sedang terbaring (dengan ini jumlah lelaki-lelaki itu semuanya adalah tujuh orang), dan telah mengeluh dalam kesakitan (yakni sedang berada dalam saat-saat kematian). Setelah beberapa waktu berlalu, bunyi keluhan itu pun berhenti. Suasana menjadi sepi. Kemudian datang seorang lelaki lain yang telah membawa keluar mayat itu. Setelah itu, datang pula seorang lelaki lain, yang mempunyai rambut dan janggut yang panjang. Dia telah duduk berhadapan dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menggunting rambut dan janggut lelaki itu dan kemudian memakaikan sejenis ketayap ke atas kepalanya. Kemudian, asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menyuruh lelaki itu mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan menamakan lelaki itu MuËammad, dan telah mengumumkan yang dia telah memilih lelaki itu sebagai pengganti bagi orang yang baru meninggal dunia itu. Setelah itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun pulang ke kota BaghdÁd. Pintu gerbang dan pintu madrasah itu telah terbuka dan tertutup dengan sendirinya, seperti waktu kami berangkat dahulu. Pada keesokan harinya, sewaktu mendengar kuliah yang sedang diberikan oleh asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, fikiranku telah terganggu kerana mengingatkan