peristiwa semalam. Sebaik-baik sahaja kuliah itu berakhir, aku pun meminta asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ menjelaskan peristiwa itu dengan lebih lanjut. Menurutnya, kami telah pergi ke kota para wali AllÁh (dikatakan oleh sesetengah perawi sebagai kota NihÁwand, yang berada di wilayah HamadÁn di Iran). Tujuh orang lelaki itu adalah wali-wali AllÁh berpangkat an-NujabÁ’. Ketika seorang daripada mereka itu meninggal dunia, tempatnya telah digantikan oleh seorang padri Nasrani dari al-QusÇanÇÏniyyah (yakni kota Constantinople, yang sekarang ini pula dikenali sebagai kota Istanbul) yang baru saja memeluk agama Islam di tangan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pada malam itu. Dan lelaki yang telah membawa mayat itu keluar pula adalah al-KhaÅir ‘alaihissalÁm. (Kisah ini telah diceritakan oleh asy-Syaikh AbÍ al-Êasan al-BaghdÁdÏ hanya selepas asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sudah meninggal dunia, kerana asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah melarangnya berbuat demikian selagi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ masih hidup.) Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Ada seorang wali AllÁh bernama asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ. Dia telah dikurniakan oleh AllÁh beberapa karÁmÁt. Oleh kerana itu, dia pernah merasa besar diri. Pada suatu hari, ketika dia sedang mengajar dari atas kerusi tingginya, asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ telah berkata bahawa di antara wali-wali AllÁh, dia adalah seumpama seekor burung kurkÏ (burung yang mempunyai leher panjang), yakni menandakan yang asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ itu adalah seorang wali AllÁh yang besar kadarnya. Tiba-tiba, salah seorang lelaki daripada para hadirin di situ, telah bangun dan menegur asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ. Dia telah meminta asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ ditinggalkan sahaja seorang diri bersamanya. Asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ pun memandang kepada lelaki itu dengan satu tilikan rohani. Dia telah mendapati bahawa tidak terdapat sehelai bulu pun di atas badan lelaki itu, melainkan ianya sedang diliputi cahaya yang besar dari ‘inÁyah AllÁh. Asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ pun meminta lelaki itu duduk dan bertanyakan nama guru lelaki itu. Lelaki itu telah menjawab bahawa gurunya ialah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang tinggal di kota BaghdÁd. Maka berkata pula asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ, “Tiada aku mendengar akan sebutan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu melainkan di atas bumi sahaja. Aku telah berdiri selama 40 tahun di pintu dargÁh (berasal dari perkataan Bahasa Parsi yang bererti serambi istana atau halaman muka rumah) ketuhanan. Aku tidak pernah melihat dia masuk ataupun keluar.”
Kemudian asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ telah berkata pula kepada sekumpulan murid-muridnya, “Engkau semua mesti pergi ke BaghdÁd, dan berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Katakan kepadanya, “AsySyaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ berkirim salam kepada tuan guru. Dia ingin menyatakan bahawa dia telah berdiri selama 40 tahun di pintu dargÁh ketuhanan, namun dia tidak pernah melihat tuan guru masuk ataupun keluar melaluinya.”” Ketika asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ sedang menuturkan kata-kata yang membesarkan dirinya itu, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula sedang berada di dalam majlisnya di kota BaghdÁd. Namun dia telah dapat mendengar kata-kata asySyaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ itu. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun mengutuskan beberapa orang lelaki yang sedang duduk di dalam majlis asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, pergi ke ÆafsÍnj dengan segera untuk berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berpesan kepada mereka, “Katakan kepadanya bahawa aku berkirim salam kepada dirinya. Katakan kepadanya bahawa dia hanya duduk di pintu dargÁh. Dan mereka yang duduk di pintu dargÁh, tidak dapat melihat orang yang berada di pintu ËaÅrah. Dan mereka yang berada di pintu ËaÅrah, tidak dapat melihat orang yang berada di makhda‘ (juga disebut mikhda‘ atau mukhda‘, yang bererti Bilik Tidur). Sedangkan aku pula berada di makhda‘. Aku masuk dan keluar melalui pintu sirr, yakni satu tempat yang tiada dapat dia melihat akan daku. Dan sebagai tanda benarnya kata-kataku, katakan kepadanya bahawa dia telah diberikan persalinan riÅÁ, yang telah dia perolehi melalui tanganku. Dan lagi, dia telah diberikan tasyrÏf pada malam tasyrÏf al-fatË, juga melalui tanganku. Dan lagi, telah diberikan juga kepadanya baju wilÁyah di hadapan dua belas ribu orang wali AllÁh, yakni baju hijau yang telah disulam dengan SÍrah al-IkhlÁÃ. Itu pun telah dia perolehi melalui tanganku.” Apabila para utusan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dari kota BaghdÁd itu sedang berada di pertengahan perjalanan, mereka telah bertemu dengan para utusan asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ. Maka kumpulan utusan daripada asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ itu pun berpatah balik, dan telah mengiringi kumpulan utusan daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pergi bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ. Setelah menerima kata-kata daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ tadi, maka berkatalah pula asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ, “Memang benarlah katakata asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia adalah as-SulÇÁn bagi segala wali AllÁh pada masa ini. Pemerintahan segala wali AllÁh berada di tangannya.” (5) Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ ‘AbdullÁh MuËammad ibn AbÍ al-FatË al-HarawÏ:
Aku telah menjadi pelayan kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ selama 40 tahun. Aku lihat setiap kali wuduknya batal, dia akan serta-merta mengambil wuduk yang baru dan akan bersolat sunat dua rakaat. Dia bersolat Subuh dengan wuduk solat Isyak. Selesai solat Isyak, dia akan memasuki bilik khalwatnya dan mengasingkan dirinya daripada manusia, hingga ke waktu fajar, barulah dia keluar. Pernah al-KhalÏfah (dari Kerajaan BanÏ al-‘AbbÁs) datang untuk bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pada malam hari, tetapi tiada dapat dia berbuat demikian, melainkan selepas masuk waktu fajar. Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Salah satu daripada al-karÁmÁt yang telah dikurniakan oleh AllÁh Ta‘ÁlÁ kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ialah badan dan pakaiannya tidak dihinggapi lalat. Pada suatu hari, dia telah ditanya oleh seorang tetamunya mengenai keadaan ini. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menjawab, “Apa yang akan diperbuat oleh lalat pada tubuhku, sedangkan aku ini bersih, serta tiada pada diriku satu benda pun dari kekotoran dunia dan tiada pula dari kemanisan akhirat?” Telah bercerita asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ: Aku telah pergi ke rumah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ diiringi asy-Syaikh AbÍ ‘AbdullÁh MuËammad ibn AbÍ al-GhanÁ’im al-ÊusainÏ. Tiba-tiba kami ternampak seorang lelaki sedang terbaring di dalam keadaan terlentang, di ruang antara bilik dan pintu rumah. Lelaki itu telah berkata kepadaku, “Tolonglah berikan syafÁ‘ah-mu bagi pihakku di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ.” Kami pun masuk dan bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Setelah aku terangkan permintaan lelaki itu kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dia pun memaafkan lelaki itu. Kami pun keluar dan memberitahu lelaki itu. Lelaki itu lalu bangun dan keluar dari rumah itu melalui tingkap dan terus terbang di udara. Setelah itu, kami pun masuk menemui asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan bertanyakan keadaan lelaki tadi. Menurut asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, lelaki itu sedang terbang di udara apabila dia mula merasa bangga diri dan telah berkata bahawa di kota BaghdÁd, tidak ada seorang wali AllÁh pun sepertinya. “Maka aku telah hilangkan karÁmah-
nya itu. Dan kalaulah tidak keranamu, wahai ‘AlÏ, tidaklah aku kembalikan karÁmah-nya itu kepadanya.” Telah bercerita seorang pengikut asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ: Pada suatu hari Jumaat, dalam tahun 550 Hijrah, aku telah pergi ke masjid bersama-sama asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ untuk bersolat Jumaat. Aku telah merasa hairan kerana tiada seorang manusia pun yang telah mengucapkan salam kepadanya. Aku telah bertanya di dalam hatiku, apakah sebabnya? Baru sahaja fikiran tersebut terlintas di hatiku, tiba-tiba asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ telah menoleh ke arahku, sambil tersenyum. Dengan serta-merta, orang ramai telah datang dengan berebut-rebut untuk bersalam dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir, sehingga aku telah terpisah daripadanya. Dan hal ini telah menimbulkan tanda tanya di dalam diriku. Selepas beberapa waktu kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata kepadaku, “Apabila aku ingin mengumpulkan manusia, mereka semua akan berkumpul, dan jika aku inginkan yang sebaliknya, itu pun akan terjadi.” Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Ada seorang ‘Álim yang terkenal di waktunya bernama asy-Syaikh AbÍ al-Faraj JamÁluddÏn ibn al-JauzÏ. Pada suatu hari, dia telah menghadiri sebuah majlis asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yang sedang memberikan tafsir bagi sepotong ayat al-Quran. Dia telah memberikan sebanyak 11 tafsir yang berlainan. Asy-Syaikh AbÍ al-Faraj al-JauzÏ telah ditanya orang, sama ada dia mengetahui kesemua 11 tafsir yang berlainan itu. Asy-Syaikh AbÍ al-Faraj al-JauzÏ telah menjawab, ya. Kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah meneruskan lagi sehingga mencapai 40 tafsir yang berlainan. Dalam keadaan penuh takjub, asy-Syaikh AbÍ alFaraj al-JauzÏ telah mengaku yang dia tidak mengetahui segala tafsir-tafsir selepas tafsir yang kesebelas itu. Kemudian, telah berkata pula asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Sekarang ini, aku ingin meninggalkan segala kata-kata dan masuk pula ke dalam ËÁl : Tiada tuhan melainkan AllÁh, MuËammad itu pesuruh AllÁh (LÁ ilÁha illallÁh, MuËammadur rasÍlullÁh).” Maka para hadirin di majlis itu pun telah dilanda ËÁl, sehingga ada yang telah menggeletar badannya, termasuklah asy-Syaikh AbÍ al-Faraj al-JauzÏ, yang dalam keadaan dilanda ËÁl, telah mengoyak-ngoyakkan pakaiannya.
Sekumpulan pengamal tarekat sedang berzikir berdekatan dengan kubur asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sehingga mereka dilanda ËÁl Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, seorang Muslim telah bertengkar dengan seorang Nasrani mengenai kebesaran nabi masing-masing. Orang Nasrani itu telah mengatakan yang ‘ÎsÁ ‘alaihissalÁm adalah lebih besar kerana dia mampu menghidupkan orang yang sudah mati. Maka mereka berdua pun telah dibawa oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ke satu kawasan perkuburan. Apabila sampai di situ, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berdiri di sisi sebuah kubur dan telah berkata kepada mayat di dalamnya, “Bangkitlah dengan izin AllÁh.” Tiba-tiba, tanah di kubur itu telah bergerak-gerak dan mayat itu telah hidup semula. Setelah melihat peristiwa yang mengkagumkan ini, orang Nasrani itu pun mengaku kalah, kerana menurutnya, jika peristiwa ‘ÎsÁ ‘alaihissalÁm dapat menghidupkan
kembali orang yang sudah mati, sudah dianggap oleh orang-orang Nasrani sebagai satu pencapaian yang telah dijadikan satu kebanggaan, bagaimana pula halnya dengan nabi orang-orang Islam yakni MuËammad ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, yang mana seorang lelaki ÃÁliË dari umatnya sahaja pun sudah mampu untuk berbuat seperti ‘ÎsÁ ‘alaihissalÁm? (6) Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-Êasan ‘AlÏ ibn IdrÏs al-Ya‘qÍbÏ: Pada tahun 550 Hijrah, aku telah dibawa oleh asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ untuk berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia telah berkata kepada asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Ini adalah pelayanku yang setia. Namanya ‘AlÏ.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah melucutkan jubah di atas badannya dan memakaikan jubah itu di atas badanku. Kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ telah berkata kepadaku, “Wahai ‘AlÏ, engkau kini telah diberikan pakaian kesehatan.” Selama enam puluh lima tahun selepas aku memakai jubah itu, aku tidak pernah terkena sebarang penyakit. Di waktu yang lain, pada tahun 560 Hijrah, sekali lagi aku telah dibawa oleh asySyaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menundukkan kepalanya untuk beberapa ketika. Tiba-tiba, aku terlihat (secara rohani) satu cahaya keluar dari tubuhnya dan cahaya itu telah menyentuh tubuhku. Di saat itu, aku telah melihat keadaan orangorang yang sudah mati di dalam kubur-kubur mereka. Aku juga telah dapat melihat para malaikat di tempat mereka masing-masing, dan mendengar mereka bertasbih kepada AllÁh di dalam berbagai-bagai bahasa. Aku juga telah dapat membaca tulisan-tulisan di atas kening-kening manusia. Banyaklah perkara-perkara penting yang telah disingkapkan kepadaku. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata, “Terimalah sahaja semua perkara ini dan janganlah engkau merasa takut.” Kemudian, telah berkata pula asy-Syaikh ‘AlÏ ibn al-HÏtÏ kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “YÁ saiyidÏ, aku khuatir dia akan kehilangan akalnya kerana perkara-perkara ini.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pun menepuk dadaku, dan aku telah merasa sesuatu seperti tukul besi terbentuk di dalam batinku. Maka aku tidak berasa takut lagi melihat segala perkara-perkara ghaib itu. Aku telah mendengar bunyi tasbih para malaikat, dan sehingga kini, aku masih lagi disingkapkan jalan-jalan ‘Álam almalakÍt, hasil dari menerima sentuhan cahaya itu. (7)
Telah bercerita asy-Syaikh SyihÁbuddÏn ‘Umar as-SuhrawardÏ: Ketika umurku masih muda, aku suka mempelajari ilmu kalam. Banyak kitab mengenai ilmu ini yang telah aku hafal, dan aku telah menjadi seorang ahli baginya. Bapa saudaraku (yakni asy-Syaikh ÄiyÁ’uddÏn AbÍ an-NajÏb ‘Abdul QÁhir asSuhrawardÏ) telah melarangku daripada membacanya (yakni membaca kitab-kitab ilmu kalam), tetapi aku tidak menghiraukan larangannya itu. Pada suatu hari, aku telah dibawanya pergi menziarahi asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Di dalam perjalanan itu, bapa saudaraku telah berkata kepadaku, “AllÁh telah berfirman di dalam al-Quran (SÍrah al-MujÁdalah ayat 12, yang bermafhum) “Wahai orang-orang yang beriman, apabila engkau ingin berbicara bersama ar-RasÍl, sebelum engkau bertemu dengannya, berikanlah sedekah.” Dan kita ini, sedang di dalam perjalanan untuk bertemu dengan seorang lelaki yang hatinya diliputi penuh dengan kehadiran AllÁh. Beradabsopanlah engkau di hadapannya nanti, agar engkau menerima barakah.” Sesampainya kami di situ, bapa saudaraku telah berkata kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “YÁ saiyidÏ, ini adalah anak saudaraku, ‘Umar. Dia ini sedang sibuk mempelajari ilmu kalam. Aku telah melarangnya, tetapi dia masih meneruskannya.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata kepadaku, “Wahai ‘Umar, kitabkitab yang manakah yang telah engkau hafal?” Aku telah menjawab, “Kitab sekian-sekian, dan juga kitab sekian-sekian.” Apabila aku habis menyenaraikannya, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dadaku. Sebaik-baik sahaja dia mengangkat tangannya itu, aku tidak ingat sedikit pun dari kandungan kitab-kitab itu. AllÁh telah melenyapkan semua ingatanku mengenainya, dan sebagai gantinya, AllÁh telah meletakkan ilmu laduni di dalam dadaku. Aku kemudian telah berdiri di hadapan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, dan tibatiba aku mendapati diriku sedang mengucapkan kata-kata hikmah. Telah berkata pula asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Wahai ‘Umar, engkau akan menjadi syaikh termasyhur yang terakhir dari Iraq.” Telah bercerita asy-Syaikh NajmuddÏn an-NaqlÏsÏ, seorang anak murid kepada asySyaikh SyihÁbuddÏn ‘Umar as-SuhrawardÏ: Aku telah memasuki khalwah di BaghdÁd, di bawah pengawasan asy-Syaikh SyihÁbuddÏn ‘Umar as-SuhrawardÏ. Pada hari keempat puluh, aku telah melihat
satu pemandangan rohani, di mana aku telah menyaksikan asy-Syaikh SyihÁbuddÏn ‘Umar as-SuhrawardÏ sedang berada di atas sebuah gunung yang tinggi, dikelilingi oleh permata-permata yang indah di sekelilingnya. Asy-syaikh telah mengambil permata-permata itu dengan tangannya dan kemudian menaburkan permatapermata itu kepada orang ramai yang telah datang dengan berebut-rebut untuk mengambilnya. Dan apabila permata-permata itu kehabisan, terbit pula satu mata air yang mengeluarkan permata-permata baru. Di malam hari, aku telah keluar dari bilik khalwah itu dan pergi berjumpa dengan asy-Syaikh, sambil berniat untuk menceritakan pengalaman rohani yang telah aku alami itu. Belum sempat aku membuka mulutku, dia telah berkata dahulu kepadaku, “Wahai anakku, sebelum engkau menceritakan pengalaman-pengalamanmu itu kepadaku, biarlah aku katakan dahulu kepadamu bahawa semua yang telah engkau saksikan itu adalah benar. Seperti pengalaman-pengalaman lain, ia sebenarnya adalah sebahagian daripada pemberian yang telah diberikan oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ kepadaku, sebagai ganti bagi ilmu kalam.” Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Ada seorang wanita dari kota BaghdÁd yang telah mendengar tentang kemasyhuran dan kehebatan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia telah datang membawa anak lelakinya yang masih muda untuk berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ. Wanita itu telah meminta asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mendidik anak lelakinya itu supaya menjadi seorang lelaki yang ÃÁliË, dan yang dapat menuruti jejak langkah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sendiri. Permintaannya itu telah diterima oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yang kemudiannya telah mengajar pemuda itu mengenai zuhud, taqwa dan cara menundukkan hawa nafsu. Pada suatu hari, wanita itu telah datang untuk menjenguk keadaan anak lelakinya itu. Dia melihat tubuh anak lelakinya itu telah menjadi kurus kering dan kulitnya pula kelihatan pucat lesu. Dan pemuda itu pula sedang memakan sekeping roti kering. Si ibu lalu berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dia telah terperanjat kerana mendapati asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ sedang duduk di dalam keadaan yang agak mewah dan sedang memakan daging ayam. Si ibu pun bertanya, “Wahai tuan guru, bagaimanakah tuan guru boleh makan daging ayam, sedangkan anak hamba, yang hamba tinggalkan di dalam jagaan tuan guru pula, sedang berada di dalam kelaparan, dan hanya diberi makan sekeping roti kering sahaja?”
Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah meletakkan tangannya ke atas tulangtulang ayam itu lalu berkata, “Bangkitlah dengan izin AllÁh, Yang Menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur luluh (mafhum dari potongan ayat ke-78, SÍrah YÁ SÏn).” Apabila asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ mengangkat tangannya, tulang-tulang itu tiba-tiba telah bertukar menjadi ayam semula. Ayam itu telah bangun dan berlarilari mengelilingi meja dan kemudian telah berkata, “Aku menjadi saksi bahawa tiada tuhan melainkan AllÁh, dan MuËammad itu pesuruh AllÁh, serta ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ itu wali AllÁh.” Kemudian asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah menoleh ke arah wanita itu dan telah berkata kepadanya, “Jika anak lelakimu telah mampu melakukan apa yang telah aku lakukan tadi, maka barulah boleh dia makan apa sahaja yang disukainya.” (8) Telah bercerita asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs AËmad ibn MuËammad ibn AËmad alQurasyÏ al-JÏlÏ: Pada suatu hari aku telah mengadu kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, “Wahai tuan guru, aku ini seorang yang sangat miskin. Apabila aku makan di pagi hari, maka pada malam hari, aku tidak lagi mempunyai makanan untuk dimakan. Begitu juga keadaan keluargaku.” Kemudian, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah memberiku sebuah bakul (keranjang) kecil, yang mempunyai tutup di atasnya. Dia telah berkata, “Ambillah benda ini. Tutupnya biarkan sentiasa terikat dan gantungkan ia di tempat yang tinggi. Bila engkau ingin makan, maka ambillah dari arah tepinya. Ambillah dengan kadar yang mencukupi keperluan keluargamu. Janganlah engkau buka tutupnya, walaupun untuk sekali sahaja.” Aku pun melakukan seperti yang telah disuruh oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ. Setiap kali aku ingin makan, aku akan mengambil makanan dari bakul itu, yang cukup untuk keperluan keluargaku. Isinya tidak pernah kehabisan. Selama lima tahun, aku tidak pernah membeli sebarang makanan pun. Tetapi sayangnya pada suatu hari, isteriku, kerana sifat ingin tahunya, telah membuka tutup bakul itu dan telah menjenguk isi kandungannya. Seminggu kemudian, isi bakul itu pun habis. Aku telah kembali berada di dalam kesulitan hidup seperti dahulu. Oleh itu, aku pun pergi berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ dan telah menceritakan keadaan yang telah menimpa diriku. Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ telah berkata kepadaku, “Aku sudah pun melarang engkau daripada
membuka tutup bakul itu. Jika engkau menjauhi laranganku itu, sampai engkau mati pun engkau akan sentiasa memiliki makanan yang mencukupi.” (9) Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ (yang pada masa itu masih muda dan belum mencapai maqam kerohanian yang tertinggi), telah pergi bersama-sama dua orang pelajar lain, untuk berjumpa dengan asy-Syaikh AbÍ Ya‘qÍb YÍsuf ibn AyyÍb al-HamadÁnÏ, yakni seorang QuÇb al-AuliyÁ’ dan Ghauth yang terkenal (dilahirkan pada tahun 440 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 535 Hijrah). Sebelum sampai ke tempat wali AllÁh ini, pelajar yang pertama telah berkata, “Apabila aku berdepan dengan asy-Syaikh YÍsuf al-HamadÁnÏ nanti, akan aku tanyakan dia satu soalan yang tidak akan dapat dijawabnya.” Berkata pula pelajar yang kedua, “Aku akan tanyakan dia satu soalan, kemudian aku akan lihat bagaimana dia menjawabnya.” Asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula telah berkata, “Semoga AllÁh memelihara diriku daripada mengajukan sebarang soalan kepada seorang wali AllÁh seperti asySyaikh YÍsuf al-HamadÁnÏ. Apabila aku bertemu dengannya nanti, aku akan hanya meminta dia mendoakan barakah untukku.” Apabila mereka bertiga bertemu dengan si wali AllÁh itu, belum pun sempat pelajar yang pertama berkata apa-apa, dia telah dimarahi terlebih dahulu oleh asy-Syaikh YÍsuf al-HamadÁnÏ, yang telah berkata kepadanya, “Berani engkau wahai si polan, cuba menanyakan aku satu soalan dengan niat untuk memperbodoh-bodohkan aku. Soalanmu itu adalah sekian-sekian . . . dan jawapannya pula adalah sekian-sekian . . . Aku lihat api kekufuran bernyala-nyala di hatimu.” Kemudian, kepada pelajar yang kedua, dia telah berkata, “Dan engkau pula, wahai si polan, engkau ingin bertanya sesuatu dan kemudian melihat bagaimana aku akan menjawabnya. Soalan engkau adalah sekian-sekian . . . dan jawapannya adalah sekian-sekian . . . Aku lihat engkau akan diuji oleh harta yang banyak kerana ketidaksopananmu kepadaku.” Dan kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula, asy-Syaikh YÍsuf al-HamadÁnÏ telah berkata, “Marilah dekat, wahai anakku ‘Abdul QÁdir. Aku akan mendoakan barakah untukmu. AllÁh dan rasulNya reda dengan adabmu yang sempurna terhadapku. Aku lihat pada satu hari kelak, engkau akan duduk di satu tempat yang tinggi di BaghdÁd, memberi pelajaran dan mendidik orang ramai. Dan engkau akan berkata bahawa kakimu berada di atas tengkuk setiap wali AllÁh. Aku lihat setiap wali AllÁh yang hidup di masa itu akan menundukkan kepalanya kepadamu kerana ketinggian maqam kerohanianmu.”
Beberapa tahun kemudian, segala perkara yang telah diramalkan oleh asy-Syaikh AbÍ Ya’qÍb YÍsuf ibn AyyÍb al-HamadÁnÏ itu telah benar-benar terjadi. Pelajar yang pertama tadi telah menganut agama Kristian setelah dia jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang puteri raja Rom Timur (King of Byzantium). Pelajar yang kedua pula telah menjadi Menteri Wakaf, yang telah bertanggungjawab mentadbir harta-harta kerajaan. Kerana dia terlalu sibuk mengendalikan segala harta yang banyak itu, yang telah datang dari seluruh pelusuk bumi, dia tidak mempunyai waktu lapang yang cukup untuk beribadat dengan sempurna. Manakala asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula (sebagaimana yang telah disebutkan terdahulu) telah menjadi ketua segala wali-wali AllÁh (SulÇÁn alAuliyÁ’) untuk zamannya. Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya konsep adab itu bagi mereka yang sedang mengikuti jalan kerohanian. Nota (1) Telah sampai kepada kami lebih daripada dua ratus buah kisah karÁmÁt yang dikaitkan dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JilÁnÏ, tetapi di dalam tulisan ini, kami akan memuatkan tidak lebih daripada empat puluh sahaja daripada segala kisah karÁmÁt-nya itu. Nota (2) Namanya yang lebih lengkap ialah asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir ibn IsmÁ‘Ïl ibn MÍsÁ ibn MarwÁn ibn al-Êasan al-HakkÁrÏ. Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir adalah pengasas aÇ-ÆarÏqah al-‘Adawiyyah. Dia telah meninggal dunia pada tahun 555 Hijrah ketika berumur 90 tahun, di satu tempat yang bernama al-HakkÁr di Iraq. (Ini juga bererti yang umurnya adalah lebih tua sedikit daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ.) Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir adalah di antara wali-wali AllÁh yang telah merendahkan leher mereka setelah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ membuat pengumuman yang tapak kakinya berada di atas leher setiap wali AllÁh. Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir juga adalah seorang lelaki yang amat kuat bermujahadah. Dan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula pernah memujinya dengan berkata, “Andai kata kenabian itu (an-nubuwwah) dapat dicapai melalui jalan mujÁhadah, sudah tentu asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir telah mencapainya.”
Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir juga adalah seorang wali AllÁh yang telah dikurniakan beberapa karÁmÁt yang menakjubkan. Dan ini telah berlaku sejak dia masih kanakkanak lagi. Bapa kepada asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir, yakni asy-Syaikh MusÁfir ibn IsmÁ‘Ïl, pernah pergi ke hutan dan telah memencilkan dirinya di sana selama beberapa tahun. Pada suatu malam, dia telah terdengar satu suara ghaib yang telah berkata kepadanya, “Wahai MusÁfir, pulanglah engkau sekarang ini, dan bergaullah engkau dengan isterimu. Seorang wali AllÁh akan dilahirkan hasil dari pergaulanmu itu, dan kemasyhurannya nanti akan tersebar luas di Timur dan di Barat.” Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir masih di dalam kandungan perut ibunya, asy-Syaikh Maslamah as-SarÍjÏ dan muridnya bernama asy-Syaikh ‘Uqail ‘AlÏ al-ManbijÏ telah bertolak ke satu tempat. Di dalam perjalanan itu, mereka telah melintasi sebuah desa di mana ibu kepada asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir sedang mengambil air dari sebuah perigi. Asy-Syaikh Maslamah as-SarÍjÏ telah bertanya kepada muridnya itu, “Adakah engkau melihat apa yang aku lihat?” Bertanya pula asy-Syaikh ‘Uqail ‘AlÏ al-ManbijÏ, “Dan apakah itu, yÁ saiyidÏ ?” Asy-Syaikh Maslamah as-SarÍjÏ telah menjawab, “Satu cahaya yang telah menjulang naik ke langit dari perut wanita itu!” Berkata pula asy-Syaikh ‘Uqail ‘AlÏ al-ManbijÏ, “Kalau begitu, kita jadikan dia anak angkat kita, ‘AdÏ. Marilah kita ucapkan salam ke atasnya.” Mereka berdua pun pergi berjumpa dengan wanita itu, dan telah berkata kepada kandungan di dalam perutnya, “AssalÁmu ‘alaik, wahai ‘AdÏ. AssalÁmu ‘alaik, wahai wali AllÁh.” Selepas itu, mereka berdua pun meneruskan perjalanan mereka. Beberapa tahun kemudian, mereka berdua telah melintasi desa itu sekali lagi. Mereka telah terlihat sebuah kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main. Di antara mereka, ada seorang budak lelaki yang telah digelar dengan nama yang lain oleh rakan-rakannya, tetapi budak lelaki itu tetap mengatakan namanya ialah ‘AdÏ ibn MusÁfir. Kedua-dua orang syaikh itu pun mengucapkan salam kepada budak lelaki itu, tetapi budak lelaki itu telah menjawab salam itu sebanyak tiga kali. Mereka telah bertanya pula, kenapa budak itu telah menjawab sebanyak tiga kali, dan bukan sekali sahaja. Budak lelaki itu telah menjawab, “Kerana tuan-tuan syaikh telah pun mengucapkan salam sebanyak dua kali semasa aku masih berada di dalam kandungan perut ibuku. Dan kalaulah tidak kerana merasa segan dengan ‘ÎsÁ ‘alaihissalÁm, sudah tentu aku
akan menjawab ucapan kedua-dua salam itu ketika aku masih di dalam kandungan perut ibuku lagi.” Apabila dia sudah dewasa, asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir telah pergi berguru dengan asy-Syaikh ‘Uqail ‘AlÏ al-ManbijÏ. Pada suatu hari, sesudah dia menjadi seorang guru, asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir telah diziarahi oleh sekumpulan pelawat. Di antara mereka ada seorang lelaki bernama Êusain al-KhaÇÏb. Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir telah berkata kepadanya, “Wahai Êusain, marilah engkau dan kumpulan engkau, ikut kami pergi naik ke atas bukit untuk mengalihkan batu-batu itu untuk dibuat pagar bagi taman ini.” Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir pun bangun dan semua hadirin telah mengikutnya. Dia telah pergi naik ke atas sebuah bukit dan telah memecahkan beberapa ketul batu, yang kemudian dibiarkannya jatuh bergulingan dari atas bukit itu. Tiba-tiba, ketika batu-batu itu sedang diangkat oleh para pelawat itu, seketul batu besar telah terjatuh dan menghempap seorang daripada para pelawat itu. Ini telah menyebabkan orang itu mati dengan serta-merta di situ. Maka Êusain al-KhaÇÏb pun berteriak, “YÁ saiyidÏ, si polan anak si polan telah mati.” Asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir pun turun dari atas bukit itu dan pergi ke tempat orang yang telah mati itu. Kemudian, asy-Syaikh ‘AdÏ ibn MusÁfir telah mengangkat tangannya dan berdoa kepada AllÁh. Ketika itu juga, dengan izin AllÁh, orang yang telah mati itu telah bangkit semula dan telah terus berjalan, seolah-olah tidak ada apa-apa perkara pun yang telah menimpa dirinya. Nota (3) Cerita ini mempunyai beberapa versi. Ada satu versi di mana peristiwa ini telah berlaku kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ ketika dia sedang berjalan seorang diri. Dan ada pula versi di mana cerita ini telah berlaku di dalam hutan, bukan di padang pasir. Perbezaan setting and details juga berlaku kepada cerita-cerita lain di dalam tulisan ini. Yang penting bukanlah setting and details bagi sesebuah cerita itu, tetapi the moral behind the story. Cerita ini adalah satu ilustrasi yang menunjukkan bahawa sesiapa yang ingin mempelajari ilmu tasawuf dan memasuki mana-mana tarekat, perlulah mempelajari ilmu syariat terlebih dahulu. Kerana, tanpa asas ilmu syariat yang kukuh, dia mungkin akan terpedaya oleh bermacam-macam tipu-daya syaitan. Dan perkara memiliki dasar ilmu-ilmu agama yang benar dan kukuh adalah sebegitu penting, sehingga pengarang-pengarang kitab-kitab agama seperti al-ImÁm AbÍ ÊÁmid al-GhazÁlÏ dan al-ImÁm al-ÊabÏb ‘AbdullÁh ibn ‘AlawÏ al-ÊaddÁd, telah beberapa kali memulakan kitab-kitab tulisan mereka dengan bab kelebihan ilmu,
sebelum mereka membincangkan beberapa amalan yang dituntut di dalam agama Islam. Yakni, memiliki ilmu agama yang benar dan kukuh adalah penting sebelum seseorang memperbanyakkan amal ibadatnya. Dan kisah ini juga menandakan betapa pentingnya bagi seseorang murid itu untuk mencari dan mendampingi seorang guru sufi yang tulen, yang memiliki ilmu agama yang dalam dan pengalaman rohani yang luas. Cerita-cerita seperti ini, pernah juga berlaku kepada guru-guru sufi yang lain. Pada suatu hari, beberapa orang murid telah datang bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid (meninggal dunia pada tahun 177 Hijrah) dan mereka telah meminta izin untuk berguru dengannya. Maka asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid pun mula mengajarkan mereka beberapa perkara seperti cara-cara untuk bermujahadah, berzuhud dan beberapa jenis ibadat tambahan. Tetapi, setelah mereka melakukan itu semua, mereka tidak lagi bergaul dengan asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid. Maka oleh kerana itu, setelah beberapa waktu berlalu, asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid pun bertemu dengan salah seorang daripada mereka, dan bertanyakan khabar. Dengan bangganya, si murid telah berkata bahawa pada setiap malam, dia dan rakan-rakannya dapat masuk ke syurga dan memakan buah-buahannya. Asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid pun meminta si murid itu membawanya ke tempat yang dipanggil syurga itu. Maka dia pun dibawa ke satu tempat di padang pasir. Apabila hari sudah gelap, tiba-tiba muncullah sekumpulan makhluk berupa manusia-manusia yang berpakaian hijau (yang dianggap oleh si murid sebagai kumpulan malaikat), dan muncul juga kebun-kebun dengan buah-buahan yang masak ranum. Asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid telah memerhatikan semua itu dengan teliti, dan telah mendapati yang kumpulan makhluk itu mempunyai kuku (hoofs) di kaki mereka, seperti kuku binatang-binatang tunggangan. Oleh itu, asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid telah mengetahui yang kumpulan makhluk itu sebenarnya adalah syaitan. Setelah berada beberapa waktu di situ, murid-murid itu ingin pulang, tetapi mereka telah ditegur oleh asy-Syaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid. Dia telah berkata, “Kamu semua hendak pergi ke mana? Bukankah RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam telah berkata bahawa sesiapa yang masuk ke dalam syurga, akan duduk kekal di dalamnya dan tidak perlu keluar?” Maka mereka pun bermalam di situ dan telah tidur sehingga waktu pagi. Apabila tersedar dari tidur, mereka telah merasa terperanjat kerana mendapati diri mereka sedang berada di atas timbunan tahi binatang-binatang tunggangan!
Murid-murid itu pun bertaubat dan telah kembali bergaul semula dengan asySyaikh ‘Abdul WÁËid ibn Zaid. Nota (4) Walaupun kisah ini adalah mengenai karÁmah asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, ada juga pelajaran-pelajaran lain yang boleh kita perolehi dari kisah ini. Salah satu daripadanya ialah, sebelum memasuki mana-mana tarekat, si murid perlu mempelajari ilmu fiqh terlebih dahulu dengan sempurna sehingga dia dapat menentukan yang segala amal ibadatnya akan diterima oleh AllÁh. Yakni, si murid hendaklah menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan amal ibadatnya ditolak oleh AllÁh. Dan salah satu daripada perkara-perkara ini ialah mempunyai punca rezeki yang tidak halal. Kami pernah bertemu dengan seorang lelaki yang mendakwa telah berusaha lebih daripada sepuluh tahun, mencari-cari pembukaan rohani. Namun selama waktu itu, dia telah gagal. Ramai guru-guru yang telah ditemuinya, tetapi mereka bukanlah jenis guru-guru sufi yang tulen. Guru-guru sufi tiruan ini telah mengajarkannya beberapa amalan tertentu. Tetapi amalan-amalan ini tidak mendatangkan pembukaan rohani yang dikehendakinya. Sebab yang sebenar dia masih terhijab, ialah manusia ini bekerja di dalam sebuah institusi yang mengamalkan riba, yakni satu perkara yang dianggap sebagai satu dosa besar di dalam agama Islam. Yang perlu dilakukan oleh manusia ini terlebih dahulu, ialah berhenti dari bekerja di institusi itu, dan mencari pekerjaan lain, yang puncanya seratus peratus halal. Barulah dia boleh mencari pembukaan rohani. Seorang manusia yang sedang berusaha untuk memperolehi peningkatan rohani, adalah seumpama seorang manusia yang sedang mengangkat air dari sebuah perigi untuk dibawa ke kolah. Dia mestilah menentukan yang baldi yang digunakannya untuk membawa air itu tidak bocor. Jika baldi itu bocor, akan menjadi sia-sialah perbuatan si manusia yang membawa air itu. Begitulah juga dengan keadaan seorang manusia yang bekerja mencari rezeki dari punca yang tidak halal, tetapi sedang mencari pembukaan rohani. Keadaannya adalah seperti keadaan seorang manusia yang mengangkat air dengan menggunakan baldi yang bocor ! Dan yang kami maksudkan dengan punca rezeki yang tidak halal bukanlah terbatas kepada rezeki yang berasal dari riba sahaja. Rezeki yang tidak halal termasuklah juga rezeki yang puncanya bercampur-campur dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Termasuklah di dalam kategori ini, usaha-usaha di mana di dalamnya terdapat eksploitasi, penipuan atau penzaliman. Kebanyakan manusia tahu bahawa rezeki hasil daripada mencuri atau merompak itu adalah haram. Tetapi sayangnya, mereka akan hanya memandang enteng sahaja
kepada hasil rezeki yang berhasil daripada penipuan, atau eksploitasi, atau penzaliman. Sebagai satu contoh, lihatlah kepada situasi orang yang bekerja di dalam sebuah gedung yang mengadakan jualan murah (cheap sales). Semasa jualan murah ini sedang diadakan, para pembeli dijanjikan akan mendapat potongan harga (discount), katakanlah sebanyak dua puluh peratus. Tetapi, kadangkalanya yang berlaku ialah barang-barang itu akan dinaikkan harganya terlebih dahulu sebanyak dua puluh lima peratus, dan harga baru ini akan ditampalkan di atas barang-barang itu. Maka pada musim jualan murah, potongan harga dua puluh peratus akan diberikan berdasarkan harga baru ini. Yakni, sebenarnya jika kita kira betul-betul, harga barang-barang itu adalah sama dengan harganya yang asal. (Umpamanya, katakanlah barang itu berharga satu ringgit. Dinaikkan harganya dua puluh lima peratus menjadikan harganya yang baru sebagai satu ringgit dua puluh lima sen. Apabila kita darab lapan puluh peratus, yakni setelah mendapat potongan harga dua puluh peratus, dengan harga yang baru yakni satu ringgit dua puluh lima sen, hasilnya adalah tetap satu ringgit!) Dari itu, rezeki yang berpunca dari perbuatan seperti ini, adalah rezeki yang telah bercampur dengan yang haram, kerana puncanya melibatkan penipuan. Dan perbuatan sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh si murid yang mahu melangkahkan kakinya ke dalam tarekat atau jalan kerohanian. (Lainlah kalau dia sedang mencari pembukaan mistik. Pencapaian mistik atau kebatinan tidaklah sama dengan pencapaian rohani.) Ada sebuah cerita mengenai asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ: Pada suatu hari, asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ telah diberitahu mengenai seorang pemuda ganjil, yang dikatakan memiliki pencapaian kerohanian yang menakjubkan, dan telah mendisplinkan dirinya dengan beberapa latihan kerohanian yang berat-berat. Pada suatu hari, asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ telah pergi melawat pemuda itu. Pemuda itu telah mempelawa asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ menjadi tetamunya untuk tiga hari. Ketika menjadi tetamunya, asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ telah memerhatikan keadaan pemuda itu dengan penuh teliti. Keadaan pemuda itu ruparupanya melebihi apa yang telah diceritakan oleh teman-teman asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ sebelum itu. Dia telah menyaksikan pemuda itu berjaga sepanjang malam, dan tidak pernah mengantuk atau berehat, walaupun untuk sesaat. Asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ telah merasa kagum. “Aku akan siasat kes ini. Aku mesti pastikan yang keadaan pemuda ini benar-benar tulen, atau adakah keadaannya hasil pengaruh daripada syaitan. Aku mesti periksa
terlebih dahulu dasar bagi perkara ini. Dan dasar bagi sesuatu perkara sebegini, ialah makanan yang dimakan oleh seseorang,” berkata asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ kepada dirinya sendiri. Setelah diperiksa dengan teliti, asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ telah mendapati bahawa punca makanan si pemuda itu tidaklah benar-benar halal dan suci. “AllÁhu Akbar! Punca keadaan rohani pemuda ini adalah pengaruh daripada syaitan,” berbisik hati kecil asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ. Kemudian, dia telah berkata kepada pemuda itu, “Aku telah menjadi tetamumu selama tiga hari. Sekarang ini, marilah engkau pula menjadi tetamuku untuk empat puluh hari.” Pemuda itu telah bersetuju. Asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ pun membawa pemuda itu tinggal di rumahnya, dan pemuda itu telah diberi kongsi makanan asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ. Makanan asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ berasal dari titik peluhnya sendiri, dan adalah halal dan suci seluruhnya. Setelah empat puluh hari berlalu, pemuda itu telah berubah. Segala rasa ekstasi (wajd) pemuda itu telah hilang. Segala rasa “rindu” dan “keluh-kesah” pun turut hilang. Pemuda itu tidak lagi berjaga sepanjang malam, dan tidak lagi dia menangisnangis seperti keadaan sebelumnya Pemuda itu telah bertanya kepada asy-Syaikh Ibrahim ibn Adham, “Apakah yang telah engkau lakukan kepadaku?” Asy-Syaikh IbrÁhÏm ibn Adham al-BalkhÏ telah menjawab, “Sebenarnya, punca makananmu sebelum ini tidaklah benar-benar halal dan suci. Oleh itu, syaitanlah yang telah datang dan yang telah mempengaruhi keadaan dirimu. Sebaik-baik sahaja makanan yang engkau makan ditukarkan kepada makanan yang benar-benar halal dan suci, segala keadaan kerohanian yang engkau miliki dahulu pun jadi tersingkaplah kebenarannya. Dan sebenarnya, ia semua adalah hasil pengaruh daripada syaitan.” Nota (5) Beberapa waktu kemudian, asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ telah berpesan kepada salah seorang anak lelakinya agar dia pergi berkhidmat kepada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Setelah asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn aÇ-ÆafsÍnjÏ meninggal dunia, anak lelakinya itu pun pergi ke kota BaghdÁd dan telah berjumpa dengan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, yang telah mengahwinkannya dengan seorang anak perempuan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Dari perkahwinan ini, muncullah beberapa orang keturunan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ yang telah
menjadi wali-wali AllÁh dan guru-guru yang terkenal di BaghdÁd di kemudian harinya. Nota (6) Membanggakan diri kerana nabi, atau guru, atau datuk moyang seseorang itu telah melakukan satu mukjizat atau karÁmah yang lebih besar, adalah perkara yang tidak harus dilakukan oleh para pengikut ilmu tasawuf. Para pengikut ilmu tasawuf itu disuruh agar merendahkan diri, bukan membesarkan diri. Kami pernah berjumpa dengan beberapa orang pengamal dari sebuah tarekat, yang dengan bangganya telah mendabik dada mengatakan bahawa tarekat yang mereka ikuti itu adalah sebaik-baik tarekat di atas bumi, kerana tarekat yang mereka amalkan itu adalah satu-satunya tarekat di dunia Islam yang telah diasaskan oleh sebesar-besar wali AllÁh, yang telah mencapai tingkat tertinggi yang dikenali sebagai Penamat Kewalian. Maka jadilah orang-orang ini terjatuh ke dalam bersifat ujub dan membesarkan diri sendiri, yakni dua sifat yang harus dikikis dari hati murid-murid ilmu tasawuf di peringkat awal lagi, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-ImÁm AbÍ ÊÁmid al-GhazÁlÏ. Sepatutnya, mereka sentiasa ingat kepada sebuah nasihat yang pernah diberikan oleh seorang guru sufi yang bernama asy-Syaikh AbÍ ‘Abdur RaËmÁn ÊÁtim ibn Alwan al-AÃamm (meninggal dunia pada tahun 237 Hijrah), sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-ImÁm AbÍ al-QÁsim al-QusyairÏ di dalam kitab ArRisÁlah Al-Qusyairiyyah: Janganlah engkau tertipu oleh tempat-tempat yang ÃÁliË (yakni suci), sebab tiada tempat yang lebih ÃÁliË (yakni suci) daripada syurga, namun telah menimpa Àdam ‘alaihissalÁm di tempat itu apa yang telah menimpanya (yakni dia telah disuruh keluar). Janganlah engkau tertipu oleh banyaknya ibadat, kerana IblÏs setelah amat banyak sekali ibadatnya, telah menimpa dia apa yang telah menimpa dia (yakni dia telah dilaknat oleh AllÁh). Dan janganlah engkau tertipu oleh banyaknya ilmu, kerana Bal‘am pun mengetahui ia akan nama AllÁh yang teragung, maka lihatlah apa yang telah menimpanya (yakni dia telah menjadi kafir). Dan janganlah engkau tertipu kerana telah bertemu dengan orang-orang yang ÃÁliËÏn, kerana tiada orang yang lebih besar kadarnya daripada al-MuÃÇafÁ (yakni RasÍlullah) ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, tetapi tiada memberikan manfaat perjumpaan mereka dengan baginda, bagi para kerabat dan musuh-musuhnya (yakni ramai yang telah mengingkarinya, seperti bapa saudaranya yang bernama AbÍ Lahab).
Si murid yang mengikuti ajaran mana-mana tarekat yang tulen, hendaklah berjagajaga dengan rasa ujub di dalam hati, yakni satu sifat yang tercela (madhmÍmah). Takut-takut nanti terjadi seperti di dalam kisah ‘AzÁzil (juga disebut ‘IzÁzil): Pada suatu masa di zaman dahulu, ada seorang jin bernama ‘AzÁzil. Dia telah diberikan penghormatan oleh AllÁh Ta‘ÁlÁ kerana dia telah banyak beribadat. Maka dia telah diberikan kurnia sehingga dapat bergaul dengan kumpulan para malaikat. Pada suatu hari, apabila AllÁh memerintahkan kumpulan para malaikat sujud kepada makhlukNya yang bernama Àdam ‘alaihissalÁm, mereka semua telah sujud. Tetapi ‘AzÁzil pula, telah merasa iri hati lalu enggan. (‘AzÁzil bukanlah seorang malaikat. Ketika itu, ‘AzÁzil sedang berada dalam kumpulan malaikat, dan perintah itu telah ditujukan kepada mereka yang berada di dalam kumpulan malaikat itu. Sebenarnya, ‘AzÁzil adalah seorang jin, seperti yang tersebut di dalam al-Quran, ayat 50 SÍrah al-Kahf.) Apabila ditanya oleh AllÁh kenapa dia tidak bersujud, ‘AzÁzil telah menjawab yang dia telah dicipta dari api, sedangkan makhluk yang disuruh dia bersujud kepadanya itu, yakni Àdam ‘alaihissalÁm, hanya dicipta dari tanah. Kerana kesombongan ‘AzÁzil ini, dia telah dilaknat oleh AllÁh, dan dihalau keluar dari tempat yang mulia itu. Dan namanya pula telah ditukar menjadi IblÏs. Maka ini adalah satu iktibar bagi sesiapa yang merasa ujub, tidak kira sama ada ujub kerana asal-usulnya yang dianggap mulia, ataupun ilmu yang dianggap tinggi, ataupun ibadat yang dianggap banyak, ataupun paras yang dianggap rupawan, ataupun kerana apa jua sebab-sebab yang lain. Yang lebih penting bukanlah merasa bangga dengan orang yang daripadanya kita mewarisi sesuatu, sama ada harta ataupun ilmu, tetapi yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan dengan warisan itu. Apalah gunanya mengaku mewarisi ilmu daripada sebesar-besar sahabat RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam ataupun daripada sebesar-besar wali AllÁh, tetapi cara hidup dan kelakuan si murid itu sangat berbeza, malah bertentangan pula dengan cara hidup si sahabat RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam ataupun si wali AllÁh itu sendiri. Nota (7) Asy-Syaikh AbÍ al-Êasan ‘AlÏ ibn IdrÏs al-Ya‘qÍbÏ telah meninggal dunia pada tahun 619 Hijrah. Sebelum meninggal dunia, dia telah menjadi salah seorang guru sufi yang terbesar di negara Iraq. Nota (8)
Kisah ini menandakan bahawa ketinggian maqam kerohanian yang dimiliki oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ itu telah juga diakui oleh makhluk-makhluk yang lain daripada manusia. Namun, ada juga beberapa perkara lain yang boleh kita perolehi daripada kisah ini, kerana lazimnya, di dalam kisah-kisah karÁmÁt para wali AllÁh itu, terdapat beberapa iktibar dan juga pelajaran-pelajaran yang tertentu. Salah satu daripadanya ialah si murid ilmu tasawuf (dilambangkan di sini oleh si ibu) tidak boleh menentukan sesuatu keadaan itu berdasarkan apa yang dapat dilihat oleh mata kasarnya sahaja. Orang yang bertasawuf itu bukanlah pada pakaian, atau pada makan minumnya sahaja. Bertasawuf itu bersangkut-paut dengan urusan rohani, yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Yakni, urusan tasawuf itu ialah urusan hati. Dan benarnya atau tidak orang yang mendakwa mengikuti ilmu tasawuf itu, tidak boleh ditentukan dengan pakaian atau makan minum sahaja. Ramai manusia yang telah tertipu dengan orang-orang yang pada rupa zahirnya adalah ahli-ahli sufi, tetapi sebenarnya memiliki batin yang sudah rosak. Dan asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ pula, dengan menunjukkan karÁmah-nya menghidupkan semula ayam dari tulang-tulang itu, telah menunjukkan bahawa seorang sufi tulen itu boleh dikenali dengan beberapa tanda. Tanda rohani itu boleh dilihat melalui mata hati. Sedangkan bagi orang-orang yang mata hatinya masih tertutup, seperti keadaan si ibu di dalam kisah ini, mereka boleh melihat (dengan mata di kepalanya) kepada al-karÁmÁt yang dapat dilakukan oleh seorang sufi tulen. Kisah ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan manusia tidak faham dengan apa yang sedang dilakukan oleh seseorang guru sufi. Pada pandangan zahir, si pemuda itu sedang disiksa dengan tidak membiarkan dia makan sepuasnya, sehingga dia menjadi kurus kering. Tetapi, dari segi kerohanian pula, asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir alJÏlÁnÏ sedang menolong si pemuda itu mengawal dan mendidik nafsunya. Nota (9) Kisah ini mengajar kita agar tidak mudah terpedaya dengan sifat ingin tahu (mencari rahsia), yakni salah satu daripada sifat-sifat yang dianggap tercela (madhmÍmah). Ramai manusia yang telah terpedaya dengan memasuki beberapa kumpulan ajaranajaran sesat kerana mereka ingin mencari “ilmu-ilmu rahsia”. Mereka telah tertipu dan tertarik kepada beberapa orang guru sufi tiruan, kerana guru-guru tiruan ini mengajarkan “ilmu-ilmu rahsia”, yang kononnya adalah harta perbendaharaan yang tersembunyi, yang diketahui hanya oleh wali-wali AllÁh sahaja.
Dan guru-guru sufi tiruan ini selalunya menggantikan makna sebenar sesesuatu perkara di dalam agama Islam, dengan satu tafsir yang lebih disenangi oleh nafsu. Mereka telah memutarbelitkan makna solat, puasa, zakat, dosa, pahala, kiamat, syurga, neraka, malaikat, AllÁh, rasul, dan beberapa perkara lain, sehingga ada beberapa orang daripada pengikut-pengikut mereka yang telah melakukan perkaraperkara yang melanggar syariat Islam tetapi tiada merasa bersalah, kerana telah tertipu oleh takrif-takrif daripada guru-guru sufi palsu ini. Si murid yang baru mempelajari ilmu tasawuf hendaklah selalu ingat bahawa mencari rahsia-rahsia itu bukanlah tujuan utama dalam mempelajari ilmu tasawuf dan ilmu tarekat. Sifat ingin mengetahui rahsia-rahsia adalah di antara sifat-sifat yang tidak digalakkan oleh guru-guru sufi tulen. Mereka telah mengajar muridmurid mereka bahawa sifat ingin tahu (yakni sifat ingin tahu mengenai perkaraperkara yang tidak dituntut oleh agama Islam) adalah satu sifat negatif yang harus dikikis terlebih dahulu daripada diri seorang murid ilmu tasawuf. Ada satu kisah mengenai seorang wali AllÁh bernama asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain yang berasal dari Rayy di negara Iran, yang boleh dijadikan satu ilustrasi: Di masa mudanya, yakni semasa dia masih seorang murid lagi, asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain telah pergi bertemu dengan asy-Syaikh DhÍn-NÍn al-MiÃrÏ untuk mempelajari al-ism al-a‘Éam (nama AllÁh yang teragung). Setelah beberapa tahun berlalu, asy-Syaikh DhÍn-NÍn al-MiÃrÏ telah memberi sebuah mangkuk yang bertutup kepada asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain dan menyuruhnya pergi membawa mangkuk itu kepada seorang tua di seberang Sungai NÏl. Dia telah diberitahu supaya jangan membuka mangkuk itu, dan mendengar apa yang akan dikatakan oleh orang tua itu dengan baik-baik. Di dalam perjalanan itu, asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain tidak dapat menahan rasa ingintahunya, kerana dia telah terdengar satu bunyi dari dalam mangkuk itu. Maka dia pun membuka mangkuk itu. Seekor tikus telah berlari keluar dari dalam mangkuk itu. Apabila orang tua itu melihat asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain sampai ke tempatnya, dia telah tersenyum dan telah bertanya kepada asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain, “Betulkah engkau telah meminta diajarkan al-ism al-a‘Éam?” Asy-Syaikh YÍsuf ibn al-Êusain pun menjawab, “Ya, benar.” Orang tua itu telah berkata pula, “SubËÁnallÁh! Terhadap seekor tikus pun engkau tidak dapat menjaga amanah, bagaimanakah pula dengan al-ism al-a‘Éam?”
Bahagian 7 Kata-kata Nasihat Daripada asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ 1. Wahai orang muda, janganlah engkau berputus asa daripada rahmat AllÁh ‘Azza wa Jall kerana kemaksiatan yang telah engkau lakukan. Bersihkanlah kekotoran dari pakaian agamamu dengan air taubat, dengan taubat yang berkekalan dan ikhlas. Kemudian, harumkanlah pakaian agamamu itu dengan (air wangi) ma‘rifah. Berhati-hatilah engkau dengan kedudukanmu sekarang kerana ke arah mana pun engkau toleh, terdapat haiwan-haiwan yang buas sedang berada di sekeliling dirimu, dan pengaruh-pengaruh jahat yang merosakkan pula sedang bertindak ke atas dirimu. Lepaskanlah dirimu daripadanya dan kembalikanlah hatimu kepada al-Êaqq ‘Azza wa Jalla. 2. Ada seorang insan yang telah berkata: “Aku ingin menjadi salah seorang daripada orang-orang yang menuntut wajahNya. Hatiku telah terpandang Pintu Kehampiran (BÁb al-Qurb) dan aku telah melihat para kekasih memasukinya dan kemudian telah keluar memakai pakaian-pakaian yang telah dianugerahkan oleh al-Malik (Raja, yakni AllÁh Ta‘ÁlÁ). Apakah bayaran untuk memasukinya?” Kepadanya, aku telah menjawab: “Hendaklah engkau korbankan seluruh dirimu. Tinggalkan segala kehendak syahwat dan segala rasa kelazatan. Lenyapkan dirimu di dalamNya. Ucapkan selamat tinggal kepada segala taman syurga dan segala isi kandungannya, dan tinggalkanlah ia. Ucapkan selamat jalan kepada nafsu, hawa dan tabiat-tabiat. Ucapkan selamat jalan kepada segala keinginan, sama ada yang berbentuk keduniaan ataupun keakhiratan. Ucapkan selamat tinggal kepada setiap sesuatu dan engkau tinggalkannya di belakang hatimu. Setelah itu, masuklah. Engkau akan melihat apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, yang tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah terlintas di hati manusia.” 3. Si sufi (aÃ-ÃÍfÏ) ialah seorang manusia yang telah bersih batinnya dan juga zahirnya, dengan mengikuti kitab AllÁh ‘Azza wa Jall dan sunnah rasulNya. Dan jika kebersihannya sudah bertambah, dia akan keluar dari lautan kewujudannya, dan meninggalkan segala kehendak, ikhtiar dan keinginannya, kerana kebersihan hatinya. Asas kebaikan ialah dengan menuruti an-NabÏ ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam pada (seluruh) perkataannya dan perbuatannya. Apabila hati si hamba (qalb al-‘abd) telah bersih, dia akan dapat melihat anNabÏ ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam di dalam tidurnya, yang akan memberitahunya tentang apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dijauhkan.
Seluruh dirinya akan menjadi sekeping hati, dan terpisah dengan niatnya. Dia akan menjadi sebuah rahsia tanpa penyataan, satu kebersihan tanpa kekeruhan. Kulit zahirnya akan tertanggal dari dirinya, sehingga yang tinggal adalah isi (lubb) tanpa kulit. Dia akan bersama an-NabÏ ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam dari segi maknawi, yang akan melatih hatinya dan berada di hadapannya. Tangannya berada di dalam tangan baginda ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam. Dan an-NabÏ ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam akan menjadi penasihat mengenaiNya, dan penjaga pintuNya 4. Di dalam sebuah mimpi, seorang lelaki tua telah bertanya kepada diriku , “Apakah yang dapat membawa seorang hamba itu dekat dengan AllÁh ‘Azza wa Jalla?” Maka aku telah menjawab, “Baginya satu permulaan dan satu kesudahan. Permulaannya ialah warak dan kesudahannya ialah penerimaan (ar-riÅÁ), penyerahan (at-taslÏm) dan persandaraan (at-tawakkul).” 5. Apabila seseorang itu bersikap benar dan ikhlas dengan Tuhan, dia tidak lagi mempedulikan setiap sesuatu selain daripadaNya, pada siang atau malam hari. Wahai manusia, janganlah mengaku apa yang bukan milikmu. Esakanlah AllÁh dan janganlah mempersekutukanNya. Demi AllÁh (dengan melakukan yang demikian), apabila sampai panah takdir kepadamu, ia hanya akan mencalar dan tidak pula membunuhmu. 6. Sesiapa yang menginginkan kejayaan (al-falÁË), hendaklah dia menjadi sekeping tanah di bawah tapak kaki para masyaikh. Apakah ciri-ciri para masyaikh itu? Mereka adalah orang-orang yang telah menceraikan dunia dan segala makhluk, dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada kedua-duanya (yakni dunia dan segala makhluk). Mereka juga telah mengucapkan selamat tinggal kepada setiap sesuatu, dari bawah al- ‘arsy hinggalah ke dasar bumi (ath-tharÁ). Mereka telah meninggalkan setiap sesuatu itu di belakang mereka, dan telah mengucapkan selamat tinggal sebagai seorang yang tidak akan kembali lagi. Mereka telah mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh makhluk, termasuk diri mereka sendiri. Wujud mereka adalah bersama-sama AllÁh, pada setiap keadaan.
7. Sesiapa yang menuntut kecintaan AllÁh (namun masih) disertai dengan kewujudan nafsunya, maka dia sedang berkhayal dan berangan-angan. Kebanyakan daripada mereka dari golongan al-mutazahhidÏn almuta‘abbidÏn (orang-orang yang cuba menyerupai kaum az-zÁhidÏn dan al-‘ÁbidÏn), pada hakikatnya, adalah hamba-hamba para makhluk, yang telah mereka syirikkan (yakni menjadikannya sekutu bagi AllÁh). 8. Berdirilah engkau sekelian di hadapanNya di atas tapak-tapak kaki (aqdam) yang telah muflis daripada akal-akal fikiranmu dan ilmu-ilmumu, agar engkau sekelian dapat mengambil ilmu daripadaNya. Menjadi hairanlah engkau sekelian dan janganlah engkau sekelian membuat sebarang pilihan. Menjadi hairanlah engkau sekelian di dalamNya sehingga datanglah kepadamu ilmu denganNya. Kehairanan di peringkat yang awal, kemudian pengetahuan di peringkat yang kedua, kemudian ketibaan (al-wuÃÍl) kepada yang diketahui di peringkat yang ketiga. Tujuan, kemudian ketibaan kepada yang ditujukan. Kehendak, kemudian ketibaan kepada yang dikehendaki. 9. Janganlah merasa sangsi terhadapNya apabila Dia melambatkan jawapan. Janganlah berputus asa dalam berdoa kepadaNya. Jika engkau tidak menerima apa-apa keuntungan, maka tidak pula engkau menanggung apaapa kerugian. Jika Dia tidak memperkenankannya dengan serta-merta, maka Dia akan memberikan engkau gantian di Hari Kemudian. Selagi kecintaan kepada dunia kekal di hatimu, tiada akan melihat engkau sesuatu daripada aËwÁl aÃ-ÃÁliËÏn. Selagi engkau meminta-minta daripada makhluk dan mempersekutukan (AllÁh) dengan mereka, tiada akan terbuka mata hatimu. Tiadalah kata-kata itu (al-kalÁm) sehingga engkau berzuhud dari dunia dan makhluk. Bersungguh-sungguhlah engkau. Engkau akan melihat apa yang tidak dilihat oleh orang lain, dan akan mencarik bagimu adat. Jika engkau tinggalkan apa yang di dalam hitunganmu (hisÁb) akan datang kepadamu apa yang bukan di dalam hitunganmu. Apabila engkau bergantung penuh kepada al-Êaqq ‘Azza wa Jall, dan bertaqwa di dalam khalwah dan di khalayak ramai, Dia akan mengurniakanmu rezeki yang tidak disangka-sangka (la yaËtasib). Engkau tinggalkan, Dia berikan. Engkau berzuhud, Dia temukan hajatmu.
Di peringkat permulaan, (ialah proses) meninggalkan. Di peringkat penamat, (ialah proses) pengambilan. Di awal urusan ini, ialah pemberatan kalbu dengan meninggalkan segala syahwat dan dunia, dan di akhirnya ialah pengambilannya. Yang pertama ialah bagi al-MuttaqÏn, dan yang kedua ialah bagi al-AbdÁl, yang telah sampai (al-wÁÃilÏn) kepada ketaatan (kepada) AllÁh ‘Azza wa Jall. 10. Kata-kata itu tidak sesuai untuk diucapkan sehingga segala tuhan-tuhanmu menjadi Tuhan yang satu, sehingga segala keinginanmu menjadi satu, dan sehingga segala tumpuan cintamu menjadi satu. Hatimu hendaklah dijadikan satu. Bilakah kedekatan kepada al-Êaqq dapat mendirikan khemahnya di dalam hatimu? Bilakah hatimu akan menjadi majdhÍb (tertarik) dan sirr-mu menjadi muqarrab (didekatkan)? Dan bilakah engkau dapat menemui Tuhanmu, setelah engkau mengucapkan selamat tinggal kepada segala makhluk?
Sebuah kitab yang mengandungi beberapa amalan yang pernah diajarkan oleh asy-Syaikh ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ. Kitab ini telah diterbitkan di Singapura, dan edisi kedua pada tahun 1957 Masihi telah tersebar luas ke seluruh dunia Islam sehingga telah sampai ke benua Afrika, dan kandungannya masih lagi dibaca oleh sesetengah pengamal tarekat di sana pada hari ini.