SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 1 KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2 1. Petikan Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik: DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”: DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara: DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 3 MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: “Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan; Sehubungan itu demi kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara, pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama yang perlu dipandang serius oleh pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid dapat membantu menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana muridmurid merupakan aset negara pada masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantungkepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Justeru, satu dokumen ketetapan dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Murid perlu disediakan sebagai panduan semua guru. Skop ketetapan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2007. Selain itu semua surat pekeliling ikhtisas,surat siaran KPM, bukubuku panduan berkaitan adalah menjadi rujukan utama. Berikut adalah rumusan bidang Pengurusan Hal Ehwal Murid. 1. Bidang Organisasi ● Pengurusan Pentadbiran Hal Ehwal Murid ● Pengurusan Murid 2. Bidang Pembangunan Sahsiah Murid ● Nilai-nilai Murni ● Disiplin dan Pengawas ● Bimbingan dan Kaunseling 3. Bidang Pembangunan Kesejahteraan Murid ● Program 3K(Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan) ● Kebajikan dan Bantuan Murid ● Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) ● Kantin dan Asrama
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 4 4. Bidang Pembangunan Organisasi ● Sumber Manusia ● Sarana ● Fizikal Sukan Sekolah (1M1S) 2. Objektif Ketetapan Pengurusan Hal Ehwal Murid 1. Menjadi panduan pengurusan HEM SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 2. Menjadi bahan rujukan apabila hendak membuat sesuatu keputusan. 3. Semua guru dapat menjalankan tugas-tugas berkaitan hal ehwal murid dengan sistematik dan berkesan. 3. Ketetapan Pengurusan Bidang Organisasi 3.1 Pengurusan Pentadbiran Hal Ehwal Murid 3.1.1 Membantu Tugas Pengetua 1. Membantu tugas Pengetua dalam pengurusan Hal Ehwal Murid. 2. Menjalankan tugas pengetua di sekolah semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong kanan. 3. Menerima dan melaksanakan arahan pentadbiran daripada Pengetua dari masa ke semasa. 3.1.2 Pengurusan Kewangan Hal Ehwal Murid 1. Membuka akaun tunai Unit Hal Ehwal Murid. 2. Penolong Setiausaha HEM dilantik sebagai bendahari. 3. PK HEM dan bendahari sebagai pegawai pengawal penerimaan dan keluaran wang. 4. Segala urusan yang melibatkan kewangan perlu melalui bendahari dengan kelulusan Pengetua atau PK HEM. 5. Anggaran belanjawan pengurusan Hal Ehwal Murid perlu disediakan. 6. Jika ada dana kewangan daripada pelbagaisumber perlu diserahkan kepada bendahari. 7. Had tunai ditangan hanya RM200 sahaja. 8. Penyata atau laporan kewangan perlu disediakan. 3.1.3 Pengurusan Perancangan Strategik 1. Perancangan strategik induk perlu disediakan setiap 4 tahun. 2. Semua unit dalam pengurusan HEM perlu menyediakan perancangan strategik masingmasing berdasarkan perancangan strategik induk. 3. Penilaian program perlu direkod sebagai petunjuk keberkesanan. 4. Patuhi prosedur yang ditetapkan dalam perancangan strategik.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 5 3.1.4 Pengurusan Tender Kantin dan Kedai Buku 1. Buku Panduan Pengurusan Kantin dan Kedai Buku dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dijadikan rujukan. 2. Melantik jawatankuasa. 3. Mengadakan mesyuarat membuka kotak tender. 4. Mengadakan mesyuarat menilai dan memilih pemenang tender. 5. Mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. 3.1.5 Pengurusan Syarikat Keselamatan 1. Menerima syarikat keselamatan yang dibekalkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. 2. Kontrak syarikat keselamatan mesti dipatuhi. 3. Jadual bertugas kawalan keselamatan perlu disediakan. 4. Gunakan borang aduan yang disediakan di pejabat PK HEM jika pekerja keselamatan tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan. 5. Pastikan kawasan sekolah adalah tempat yang selamat kepada semua murid. 6. Hal ehwal lalu lintas dan tempat letak kenderaan semasa berlangsung program sekolah perlu perlu dikawal selia. 7. Syif dan giliran pengawal keselamatan dilaksanakan mengikut perjanjian. 8. Peralatan atau kelengkapan perkhidmatan disediakan dalam keadaan lengkap dan berfungsi. 9. Lantikan pengawal keselamatan telah melalui tapisan keselamatan dan kesihatan. 10. Pengawal keselamatan mempunyai kelayakan umur yang ditetapkan. 11. Uniform khas yang dibekalkan hendaklah sentiasa dipakai. 12. Bilangan pekerja mencukupi seperti dalam kontrak. 13. Laporan pelaksanaan “kunci jam” dilaksanakan dengan sempurna. 14. Buku kehadiran bertugas dicatat dan disemak dengan jelas dalam buku pelaporan. 15. Sebarang perubahan pengawal keselamatan dinyatakan dengan jelas dalam buku laporan. 16. Melakukan rondaan di kawasan sekolah dan direkodkan. 17. Membuat laporan peristiwa dalam buku laporan bertugas. 18. Teguran secara lisan dan bertulis akan dikeluarkan jika berlaku sebarang ketidakakuran kepada peraturan dan prosedur. 19. Buku laporan bertugas perlu disemak sebelum membuat pengesahan tuntutan pembayaran. 20. Sebarang gantian pengawal keselamatan perlu dimaklumkan. 21. Menyediakan sistem keluar masuk pelawat yang berkesan. Pelawat mesti memakai pas pelawat semasa berurusan dengan pihak sekolah. 22. Memastikan pengawal bertugas disetiap pintu keluar masuk sekolah. 23. Memastikan pengawal sentiasa mengawal pintu keluar masuk. 24. Pintu pagar mesti sentiasa ditutup.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 6 3.1.6 Pengurusan Syarikat Kebersihan 1. Menerima syarikat kebersihan yang dibekalkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. 2. Kontrak syarikat kebersihan mesti dipatuhi. 3. Jadual tugas pekerja kebersihan perlu disediakan. 4. Gunakan borang aduan yang disediakan di pejabat PK HEM jika pekerja kebersihan tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan. 5. Pastikan kawasan sekolah adalah tempat yang ceria dan selesa kepada semua murid. 6. Landskap kawasan sekolah perlu dijaga dan dipelihara dengan baik. 7. Bahan, peralatan atau kelengkapan perkhidmatan disediakan dalam keadaan lengkap dan berfungsi. 8. Pekerja kebersihan mesti dikalangan orang tempatan. Perkerja mesti mempunyai permit kerja yang sah jika dikalangan warga asing. 9. Pekerja mesti mempunyai kelayakan umur yang ditetapkan dan sihat tubuh badan. 10. Uniform khas yang dibekalkan hendaklah sentiasa dipakai. 11. Bilangan pekerja mencukupi seperti dalam kontrak. 12. Buku kehadiran bertugas dicatat dan disemak dengan jelas dalam buku pelaporan. 13. Sebarang perubahan pekerja perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah. 14. Skop kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak perlu dipatuhi sepenuhnya. 15. Teguran secara lisan dan bertulis jika berlaku sebarang ketidakakuran kepada peraturan dan prosedur. 16. Laporan bertugas perlu disemak sebelum membuat pengesahan tuntutan pembayaran. 3.1.7 Pengurusan Keselamatan Tanah/Bangunan dan Infrastruktur 1. Fail pengurusan yang berkaitan ; 200-5 Keselamatan Tanah /Bangunan dan Infrastruktur ; 200-5/1 Kawalan dan Tindakan Keselamatan ; 200-5/1/1 Keselamatan Perlindungan Fizikal ; 200-5/1/2 Pasukan Tindak balas Kecemasan ; 200-5/2 Pengurusan Bencana ; 200-5/2/1 Laporan Kerosakan Akibat Banjir ; 200-5/2/2 Laporan Kerosakan Akibat Kebakaran ; 200-5/2/3 Laporan Kerosakan dan Kerugian. 2. 200-5/3 Kawalan dan Pencegahan 200-5/3/1 Kebenaran Menggunakan Pejabat / Ruang Di Luar Waktu Pejabat 200-5/3/2 Laporan Pengawal Keselamatan 200-5/3/3 Latihan Pencegahan Kebakaran 200-5/3/4 Pemeriksaan dan Pencegahan Kebakaran 200-5/3/5 Pelekat Kenderaan 3. 200-5/4 Pemasangan Peralatan Keselamatan 200-5/4/1 Pemasangan CCTV 200-5/4/2 Pemasangan Alat Pemadam Api 200-5/4/3 Pemasangan Sistem Pencegah Kebakaran 200-5/4/4 Pemasangan Palang Keselamatan 200-5/4/5 Pemasangan Pagar Keselamatan 4. 200-5/5 Kawalan Serangga/ Haiwan Perosak 200-5/5/1 Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 7 5. 200-6 Keselamatan Fizikal (TERPERINGKAT) 200-6/1 Audit / Inspektorat Keselamatan Fizikal (TERPERINGKAT) 200-6/1/1 Audit Keselamatan Fizikal 200-6/1/2 Inspektorat Pematuhan Keselamatan Pelindungan 200-6/2 Kawalan Keselamatan Fizikal (TERPERINGKAT) 200-6/2/1 Keselamatan Jabatan 200-6/2/2 Pewartaan Kawasan dan Tempat Larangan 200-6/2/3 Pas Keselamatan 200-6/2/4 Laporan dan Siasatan Pencerobohan Tanah Kerajaan 200-6/2/5 Aduan Pecah Masuk Bangunan Kerajaan) 3.1.8 Pengurusan Aset Kerajaan 1. Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007perlu dipatuhi. 2. Kumpulan aset alih kerajaan: i. Harta modal adalah aset alih yang dipermodalkan bernilai RM2000 atau lebih setiap satu unit. ii. Aset alih bernilai rendah yang tidak dipermodalkan bernilai kurang daripada RM2000 setiap unit. 3. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) terdiri daripada i. Pegawai Aset ii. Pembantu Pegawai Aset iii. Pegawai Penerima Aset (ikut kepakaran) iv. Pegawai Pemeriksa Aset v. Pemverifikasi Stor 4. Menubuhkan Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset 5. Menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset. 6. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Stor. 7. Menubuhkan Jawatankuasa Penyelenggaraan Aset dan Fizikal Sekolah. 8. Memohon surat perlantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa Aset, Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset, dan Pemverifikasi Aset daripada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) melalui PPD. 9. Permohonan untuk perkara (f) adalah 2 tahun sekali dan diputuskan dalam mesyuarat JKPAK. 10. Mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun. Agenda mesyuarat seperti berikut: i. Perlantikan pegawai-pegawai berkaitan ii. Pengurusan stor iii. Pengurusan fail dan dokumen (KEW.PA) iv. Perancangan penyelenggaraan dan pelupusan aset v. Hal-hal lain yang berkaitan 11. Menyediakan laporan suku tahun status aset. 12. Mengemukakan laporan tahunan aset kepada Unit Pengurusan Aset (UPA) KPM melalui JPN sebelum 15 Februari tahun berikutnya.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 8 13. 300-1 Tadbir Urus Aset Kerajaan 300-1/1 Pelantikan Pegawai Aset 300-1/1/1 Pelantikan Pegawai Aset Alih dan Stor 300-1/2 Perancangan Perolehan Aset 300- 1/2/1 Permohonan Perolehan Aset 300-1/3 Pemantauan Aset Kerajaan 300-1/3/1 Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) 300-1/4 Laporan Aset 300-1/4/1 Laporan JKPAK 300-1/4/2 Laporan Pemeriksaan Aset Alih dan Stor 14. 300-2 Pengurusan Aset Alih 300-2/1 Perolehan Aset Alih 300-2/1/1 Perolehan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah 300-2/1/2 Perolehan Peralatan ICT dan Alat Ganti ICT 300-2/2 Penerimaan/ Pendaftaran Aset Alih 300-2/2/1 Penerimaan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah 300-2/2/2 Penerimaan Peralatan ICT dan Alat Ganti ICT 300- 2/2/3 Penerimaan Aset Alih Secara Pindahan/Hadiah/Serahan 300-2/3 Penggunaan dan Penyimpanan Aset Alih 300-2/3/1 Pinjaman / Pergerakan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah 300-2/3/2 Pinjaman Peralatan ICT 300-2/4 Pemeriksaan Aset Alih 300-2/4/1 Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan 300-2/5 Penyenggaraan Aset Alih 300- 2/5/1 Aduan Kerosakan Aset Alih 300-2/5/2 Penyenggaraan Peralatan ICT 300-2/5/3 Penyenggaraan Peralatan Keselamatan 300-2/5/4 Penyenggaraan Perabot / Peralatan Pejabat 3.1.9 Pengurusan Penyelenggaraan Aset dan Fizikal Sekolah 1. Semak borang aduan kerosakan aset (KEW.PA-10). 2. Lakulan 2 jenis penyelenggaraan berikut : i. Penyelenggaraan pencegahan. Sediakan jadual penyelenggaraan berkala. ii. Penyelenggaraan Pembaikan. Kerosakan kecil yang mudah akan dilakukan oleh pembantu operasi sekolah yang dilantik. Kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan utama akan diserahkan kepada syarikat profesional. 3. Gunakan buku panduan pengguna yang dibekalkan bersama aset sebagai rujukan. 4. Rujuk senarai aset yang perlu diselenggara daripada borang KEW.PA-14. 5. Rekod kerja penyelenggaraan dalam borang KEW.PA-15. 6. Menilai program penyelenggaraan. 7. Pantau kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak swasta. 8. Rekodkan kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan pendawaian dan peralatan elektrik. 9. Rekodkan kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan retikulasi air. 10. Rekodkan kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan paip-paip gas. 11. Rekodkan kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan sistem perparitan. 12. Rekodkan kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan sistem pembentungan. 13. Rekodkan kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan landskap sekolah. 14. Pemantauan, tatacara penggunaan, penyelenggaraan dan pelaporan tandas sekolah. 15. Pemantauan, tatacara penggunaan, penyelenggaraan peralatan di bilik-bilik khas. 16. Pemantauan, tatacara penggunaan, penyelenggaraan padang dan gelanggang permainan. 17. Memastikan pencahayaan mencukupi di kawasan sekolah.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 9 18. 200-7 Perkhidmatan dan Penyenggaraan 200-7/1 Aduan Kerosakan 200-7/1/1 Aduan Kerosakan Bangunan, Fasiliti dan Rumah Kerajaan 200-7/2 Perkhidmatan Utiliti dan Kebersihan 200-7/2/1 Perkhidmatan Sistem Telekomunikasi/ Telefon / Fax /Elektrik/ Air 200-7/2/2 Perkhidmatan Pembentungan 200-7/2/3 Perkhidmatan Sanitari 19. 200-7/3 Penyelenggaraan Tanah 200-7/3/1 Penyelenggaraan Tanah Sekolah 200-7/4 Penyelenggaraan Bangunan 200-7/4/1 Penyelenggaraan Dewan Sekolah 200-7/4/2 Penyelenggaraan Asrama 200-7/4/3 Penyelenggaraan Dewan Asrama 200-7/4/4 Penyelenggaraan Makmal Sains 200-7/4/5 Penyelenggaraan Makmal Komputer 200- 7/4/6 Penyelenggaraan Bilik-Bilik Khas 200-7/5 Penyelenggaraan Peralatan Keselamatan 200-7/5/1 Penyelenggaraan CCTV 200-7/5/2 Penyelenggaraan Alat Pemadam Api 200-7/5/3 Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran 200-7/5/4 Penyelenggaraan Palang dan Pagar Keselamatan 200-7/6 Penyelenggaraan Fasiliti 200-7/6/1 Penyelenggaraan Fasiliti Pejabat 200-7/6/2 Penyelenggaraan Kawasan Parkir 200-7/7 Penyelenggaraan Infrastruktur 200-7/7/1 Penurapan Jalan dan Kawasan Pejabat 200-7/7/2 Pembaikan Sistem Perparitan dan Saliran 200-7/8 Penyelenggaraan Landskap dan Hardskap 200-7/8/1 Landskap dan Hardskap Sekolah 200-7/8/2 Landskap Kawasan Asrama 300-2/6 Pelupusan Aset Alih 300-2/6/1 Pelupusan Harta Modal 300-2/6/2 Pelupusan Aset Bernilai Rendah 300-2/7 Kehilangan dan Hapus Kira 300-2/7/1 Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih 20. 300-3 Pengurusan Stor dan Stok 300-3/1 Penerimaan dan Perekodan Stok 300-3/1/1 Permohonan Perolehan Alat Tulis dan Bekalan Pejabat 300-3/1/2 Permohonan Perolehan Pakaian Seragam 300-3/1/3 Permohonan Perolehan Bahan Mentah (Makanan) 300-3/2 Penyimpanan dan Pengeluaran 300-3/2/1 Penerimaan Stok 300- 3/2/2 Penyimpanan dan Pengeluaran Stok 300-3/3 Pemeriksaan Stor dan Stok 300- 3/3/1 Pemverifikasian Stok 300-3/3/2 Pengiraan, Pemeriksaan dan Verifikasi Stok 300- 3/4 Keselamatan dan Kebersihan 300-3/4/1 Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Stor 300-3/5 Pelupusan Stok 300-3/5/1 Pelupusan Stok 300-3/6 Kehilangan dan Hapus Kira 300-3/6/1 Kehilangan dan Hapus Kira Stok. 3.1.10 Pengurusan Krisis/Bencana dan Wabak Penyakit 1. Menyediakan pelan strategik dan taktikal menghadapi risiko. 2. Memaklumkan dan memberi penerangan berkaitan lokasi berbahaya kepada murid dalam lingkungan perjalanan murid ke sekolah. 3. Menyedia dan mengedar panduan tindakan untuk warga sekolah dan ibu bapa ketika menghadapi ancaman/kecemasan. 4. Menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa. 5. Memberi peringatan berkaitan keselamatan di luarsekolah kepada murid dari masa ke masa. 6. Menyedia dan mempamerkan nombor telefon kecemasan. 7. Menyedia dan mempamer tatacara keselamatan berkaitan krisis/bencana (kebakaran, perubahan cuaca, ribut petir, kemarau, jerebu, banjir dan lain-lain yang berkaitan). 8. Pelan kesiapsiagaan dan kontigensi yang lengkap.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 10 9. Peralatan menghadapi krisis dan bencana berfungsi dan mencukupi. 10. Menasihati murid supaya memakai penutup hidung (mask) semasa menghadapi bencana jerebu. 11. Mematuhi Buku Panduan dan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.1.11 Pengurusan Aduan Pelanggan 1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aduan Sekolah (JPAS). 2. Fail arkib yang berkaitan ialah ; 100-9/3 Aduan ; 100-9/3/1 Aduan Pelanggan ; 100- 9/3/2 Aduan Sekolah Kepada Kementerian/ Jabatan Lain 3. Garis panduan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti perlu dipatuhi. 4. Terima aduan menggunakan Borang Aduan PK 11-1. Keluarkan surat akuan terima kepada pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja. 5. Lapor aduan awal dalam e-PIDP. 6. Menyalurkan aduan kepada PPD dalam tempoh 3 hari. 7. Membuat siasatan dengan betul dan adil dalam tempoh 9 hari dari tarikh menerima aduan. 8. Buat laporan dengan menggunakan Borang PK 11-2; Laporan Penyiasatan Aduan Pelanggan atau dalam e-PIDP 9. Membuat catatan dan ulasan menggunakan Borang PK 11-3 atau pengesahan dan ulasan dalam e-PIDP. 10. Menghantar surat keputusan siasatan aduan bersama Borang PK 11-4; Maklum Balas Kepuasan Pelanggan dalam tempoh 14 hari. 11. Lapor hasil siasatan yang lengkap dalam e-PIDP. 12. Menyediakan laporan/analisis aduan pelanggan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan untuk tindakan penambahbaikan. 13. Rekod aduan pelanggan menggunakan Borang PK 11-5. 3.1.12 Pengurusan Fail Hal Ehwal Murid 3.1.11.1 Fail Arkib 1. 700 – TADBIR URUS MURID 700-1 Pengurusan Murid 700-1/1 Penyelarasan Hal Ehwal Murid 700-1/1/1 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 700-1/2 Sokongan Pengajian 700-1/2/1 Pengesahan & Sokongan Dokumen Murid 2. 700-2 Pendaftaran Murid 700-2/1 Kemasukan Murid 700-2/1/1 Pendaftaran Murid Pra Sekolah 700-2/1/2 Pendaftaran Murid Pra Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 700-2/1/3 Pendaftaran Dan Pengesahan Murid Tahun 1 700-2/1/4 Pendaftaran Kemasukan Murid Tercicir 700-2/1/5 Pendaftaran Kemasukan Semula Murid 700-2/1/6 Pendaftaran Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 700- 2/1/7 Pendaftaran Kemasukan Murid Orang Asli 700-2/1/8 Pembatalan Pendaftaran 700-2/1/9 Pendaftaran Lewat / Rayuan 700-2/1/10 Pendaftaran Murid Tingkatan 1 700-2/1/11 Pendaftaran Murid Tingkatan 4 700-2/1/12 Pendaftaran Pra Universiti /
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 11 Tingkatan 6 700-2/1/13 Tawaran Kemasukan Murid Sekolah Seni / Sekolah Sukan/ Sekolah Berasrama Penuh / Sekolah Menengah Teknik 700-2/1/14 Lanjutan Pengajian ke IPT 700-2/2 Kemasukan Pelajar Warga Asing 700-2/2/1 Penempatan Murid Warga Asing 700-2/3 Pemberhentian Pengajian 700-2/3/1 Penamatan Pengajian 700-2/3/2 Penangguhan Pengajian 700-2/3/3 Pemberhentian Pengajian 3. 700-3 Penempatan/ Pertukaran Murid 700-3/1 Penempatan/ Pertukaran Kelas/ Aliran 700-3/1/1 Pertukaran Kelas Dan Aliran 700-3/2 Pertukaran Sekolah 700-3/2/1 Pertukaran Masuk 700-3/2/2 Pertukaran Keluar 4. 700-4 Bantuan Pelajaran 700-4/1 Biasiswa 700-4/1/1 Biasiswa Yayasan 700-4/1/2 Biasiswa Kecil Persekutuan 700-4/1/3 Biasiswa Baitulmal 700-4/1/4 Biasiswa NGO & Badan Berkanun 700-4/1/5 Biasiswa Kerajaan Negeri 700-4/1/6 Biasiswa Sukan 700- 4/2 Bantuan Buku Teks 700-4/2/1 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 700-4/2/2 Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang G) 700-4/2/3 Borang Keperluan Buku Teks 700-4/2/4 Rekod Pelupusan Buku Teks 700-4/2/5 Sijil Akuan Penerimaan 700-4/2/6 Laporan Buku Hilang/ Musnah/ Gantian 700-4/2/7 Teguran/ Aduan/ Laporan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 700-4/3 Bantuan Kebajikan Murid 700-4/3/1 Projek Khas(Sekolah Berasrama Penuh) 700-4/3/2 Baucer Buku 1M 700-4/3/3 Kumpulan WangAmanah Pelajar Miskin (KWAPM) 700-4/3/4 Bantuan Khas Awal Persekolahan 700-4/3/5 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 700-4/3/6 Program Susu 1Malaysia 700- 4/3/7 Elaun Murid Khas (OKU) 700-4/3/8 Bantuan Anak Yatim 700-4/3/9 Bantuan Murid Miskin Tegar (e-Kasih) 700-4/3/10 Bantuan Pakaian Seragam 700- 4/3/11 Skim Baucer Tuisyen 700-4/3/12 Bantuan Majlis Sukan Negeri 700-4/3/13 Bantuan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JKOA) 700-4/3/14 Bantuan NGO & Badan Berkanun 700-4/4 Skim Insuran Murid 700-4/4/1 Skim Insuran Takaful Murid 700- 4/4/2 Tuntutan Insuran 5. 700-5 Penjagaan Kesihatan Murid 700-5/1 Rawatan dan Perubatan 700-5/1/1 Pengesahan Rawatan Kesihatan Murid 700-5/1/2 Rawatan Gigi Murid 700-5/1/3 Rawatan Murid 700-5/2 Pencegahan Penyakit 700-5/2/1 Pencegahan Denggi 700- 5/2/2 Wabak (Penyakit Berjangkit) 700-5/2/3 Bencana Alam/ Fenomena 6. 700-6 Keselamatan Murid 700-6/1 Program Kesedaran Keselamatan Murid 700- 6/1/1 Kebenaran Murid Meninggalkan Sekolah 700-6/1/2 Program 3K (Kesihatan, Keselamatan dan Keceriaan) 700-6/1/3 Penarafan Keselamatan Kendiri Sekolah 7. 700-7 Pengurusan Disiplin 700-7/1 Pengawasan Disiplin 700-7/1/1 Lembaga Pengawas Sekolah 700-7/1/2 Lembaga Disiplin Sekolah 700-7/1/3 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 700-7/2 Pengawasan Disiplin (TERPERINGKAT) 700-7/2/1 Laporan Khas Salah Laku Murid 8. 700-8 Bimbingan dan Kaunseling Murid 700-8/1 Bimbingan Kaunseling (TERPERINGKAT) 700-8/1/1 Kaunseling Murid (Kes Khas) 700-8/1/2 Bimbingan Kaunseling Murid 700-8/1/3 Ujian Psikometrik 700-8/2 Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya 700-8/2/1 Program Bimbingan Kaunseling 700-8/2/2 Pembimbing Rakan Sebaya 9. 700-8/2/3 Bimbingan Kerjaya dan Usahawan 700-8/2/4 Mentor Mentee 700-8/2/5 Motivasi Murid 700-8/2/6 Guru Penyayang 700-8/2/7 Jejak Kerjaya 700-8/2/8
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 12 Program Alumni 700-8/3 Pencegahan Dadah 700-8/3/1 Program Pencegahan Dadah (PPDA) 700-8/3/2 Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) 700-8/3/3 Program Kesedaran Aids (PROSTAR) 700-8/4 Peningkatan Sahsiah dan Kepimpinan 700-8/4/1 Program Peningkatan Sahsiah Dan kepimpinan 700-8/4/2 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 700-8/4/3 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 10. 700-9 Pemantauan Hal Ehwal Murid 700-9/1 Naziran Murid 700-9/1/1 Pemantauan Hal Ehwal Murid (KPM/JPN/PPD) 3.2 Pengurusan Murid 3.2.1 Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan e-Kehadiran 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2019 Panduan Pengurusan Rekod Kehadiran Murid secara dalam talian perlu dipatuhi dan dijadikan panduan. 2. Tubuhkan Jawatankuasa Pengurusan APDM diperingkat sekolah. 3. Semua maklumat murid dalam Buku Kemasukan Sekolah (Buku Daftar Besar) hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Mac). 4. Kemaskini maklumat penjaga seperti pendapatan, alamat tempat tinggal, nombor telefon dan lain-lain 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan November. 5. Simpan maklumat peribadi murid dalam bentuk PDF dalam komputer di pejabat untuk rujukan. Guru kelas juga perlu menyimpan dokumen yang sama untuk kelas masing-masing. 6. Guru kelas perlu memaklumkan nama murid kepada guru data/penyelaras tingkatan/pembantu tadbir apabila mereka telah sah berpindah, berhenti atau dibuang sekolah untuk dikeluarkan daripada sistem APDM. 7. Menanda e-Kehadiran pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 12.00 tengah hari untuk sesi pagi dan petang untuk sesi petang. 8. Guru Kelas perlu memastikan ketua atau penolong kelas menyenaraikan nama murid yang tidak hadir dengan menggunakan Borang Kehadiran Murid yang akan diedarkan oleh pengawas di dataran perhimpunan. 9. Kehadiran Murid yang telah lengkap hendaklah dimaklumkan kepada PPD waktu pertama. 10. Guru waktu pertama boleh membantu memaklumkan dalam group whatsapp ekehadiran bagi memudahkan urusan perkara no. 7. 11. Menanda kehadiran murid dengan menggunakan borang kehadiran sementara jika berlaku gangguan capaian internet dan mengemaskini dalam talian apabila capaian telah pulih. 12. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. 13. Cara merekod e-Kehadiran hendaklah merujuk kepada manual panduan pengguna dan manual eKehadiran yang boleh dimuat turun daripada APDM. 14. Guru Kelas bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat murid.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 13 15. e-Kehadiran hendaklah ditutup pada setiap hujung bulan mengikut tatacara yang betul (rujuk manual). 16. Cetak satu salinan laporan kehadiran bulanan, tandatangan beserta nama guru kelas di penjuru kiri bahagian bawah muka surat bercetak. Serahkan dokumen tersebut kepada penyelaras untuk disemak dan difailkan. 17. Sediakan analisa ketidakhadiran murid dengan menggunakan borang laporan ponteng sekolah yang boleh didapati daripada PK HEM. 3.2.2 Fail Peribadi Murid 1. Semua murid yang berdaftar di sekolah ini mesti mempunyai fail. Hanya fail yang mempunyai logo sekolah ini sahaja dibenarkan. 2. Butiran yang ada pada kulit dan tetulang fail hendaklah dilengkapkan. Lekatkan gambar murid berukuran paspot. 3. Semua fail perlu disimpan dalam bilik fail peribadi murid yang diurus oleh penyelaras tingkatan. 4. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan peperiksaan dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PT3, SPM) dan lain-lain rekod yang sesuai disimpan dalam fail ini. 5. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan. Serahkan semula kepada murid apabila murid berpindah, tamat tingkatan 5 atau ke sekolah swasta. 6. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid dan direkodkan apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah. 3.2.3 Pendaftaran Murid a. Murid Tingkatan 1/Peralihan Penolong Kanan Petang, Penyelaras Tingkatan 1, Guru Tingkatan 1 dan Guru Peralihan perlu memahami, mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut: 1. Sistem APDM digunakan sepenuhnya untuk pendaftaran murid tingkatan 1/peralihan. Sekolah akan mendapat senarai murid daripada ‘feeder school’ melalui APDM. 2. Murid-murid mesti membuat pengesahan pendaftaran bagi mengelakkan sebarang masalah keciciran. 3. Semua murid mesti membawa sesalinan dokumen berikut semasa membuat pengesahan pendaftaran: i. Surat penempatan ii. Sijil kelahiran dan kad pengenalan
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 14 iii. Kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga iv. Bil elektrik atau bil air 4. Merancang dan melaksanakan Hari Pengesahan Pendaftaran. Pengesahan adalah secara atas talian. 5. Pengetua boleh melantik staf sokongan dan pembantu makmal untuk membantu urusan pengesahan pendaftaran. 6. Semasa Hari Pengesahan Pendaftaran guru/staf sokongan dan pembantu makmal yang bertugas hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut : i. Menyediakan senarai semak dan mengumpulkan dokumen yang diterima daripada ibu bapa/penjaga berdasarkan arahan dalam surat penempatan. ii. Menyerahkan Borang Maklumat Murid yang perlu diisi dengan lengkap oleh ibu bapa/penjaga untuk diserahkan semula kepada sekolah semasa hari orientasi. iii. Menyerahkan surat makluman Hari Orientasi dan senarai bayaran tambahan. iv. Menguruskan proses rayuan penempatan semula (Borang RPS) dan pertukaran murid keluar Negeri (Borang P.U.(A) 275). v. Memaklumkan tarikh-tarikh penting pengurusan pendaftaran murid kepada ibu bapa/penjaga. 7. Murid yang tidak mematuhi perkara 2.2.3a(4), perlu membuat pengesahan di pejabat sekolah mengikut tarikh yang tertera dalam surat penempatan. 8. Rayuan penempatan hanya boleh dipohon setelah pengesahan pendaftaran dibuat. Rayuan penempatan sekolah secara atas talian hanya terpakai untuk negeri Selangor sahaja. Borang rayuan perlu diisi sebanyak 2 salinan (1 untuk sekolah). 9. Pejabat sekolah perlu memaklumkan keputusan rayuan kepada murid dan mencetak surat penempatan baru jika lulus. Rayuan yang gagal tidak perlu cetak. 10. Murid yang gagal dalam proses rayuan, perlu memohon pertukaran biasa jika masih mahu bertukar sekolah mulai Januari. 11. Murid yang ingin bertukar ke luar negeri perlu membuat pengesahan dan mengisi borang pertukaran P.U.(A)275. 12. Murid yang tidak membuat pengesahan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan dianggap tidak menerima tawaran. Satu senarai nama murid berkenaan perlu dihantar ke sekolah rendah untuk diambil tindakan pengesanan. 13. PK Petang/Penyelaras tingkatan dan guru tingkatan 1 dan peralihan perlu membuat penyelarasan senarai nama murid mengikut kelas. 14. Senarai nama murid mengikut kelas perlu disiapkan dan boleh dipamerkan dua minggu sebelum sekolah dibuka pada bulan Januari. 15. Kemaskini maklumat murid dalam sistem APDM sebelum 15 Januari tahun semasa 16. Guru kelas perlu mendaftarkan data murid dalam Buku Kemasukan Sekolah (Buku Daftar Besar) 17. Membentuk jawatankuasa Hari Taklimat dan Orientasi Murid Baru bagi melancarkan pengurusan penempatan murid-murid peralihan dan tingkatan satu.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 15 b. Murid Pindah Masuk 1. Penyelaras Tingkatan perlu menggunakan Borang Senarai Semak Dokumen Kemasukan Murid semasa menerima murid baru. Borang tersebut perlu ditandatangani sebagai pengesahan penyerahan dan penerimaan. 2. Hanya murid yang menepati aliran yang ditawarkan sahaja dibenarkan mendaftar. Jika tidak menepati aliran, minta mereka memohon ke sekolah lain. 3. Hanya murid baru yang mempunyai dokumen yang lengkap sahaja dibenarkan masuk ke kelas pada hari mendaftar. 4. Penyelaras tingkatan perlu mendaftarkan nama murid tersebut dalam Buku Kemasukan Sekolah (Buku Daftar Besar) supaya nombor pendaftaran murid segera didapati sebelum menyerahkan dokumen murid kepada guru kelas. 5. Penyelaras tingkatan hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid APDM dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama borang dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. Tempoh 14 hari perlu diberikan kepada mereka untuk melengkapkan borang. 6. Laporan disiplin hendaklah diserahkan kepada PK HEM untuk rekod dan makluman unit disiplin. 7. Penyelaras Tingkatan perlu memastikan status kewarganegaraan murid berkenaan. 8. Guru Kelas menerima murid baru daripada Penyelaras Tingkatan. 9. Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru dalam sistem APDM. 10. Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan. 11. Guru Kelas perlu selalu mengenal pasti murid yang menerima biasiswa, berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut. 12. PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar (murid luar negeri). Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran yang berkaitan. 13. Penyelaras tingkatan perlu memastikan murid telah mempunyai buku SPBT yang dibekalkan oleh sekolah lama kecuali murid baru tingkatan 1 dan peralihan serta dari sekolah persendirian. c. Murid Pindah Keluar / Bertukar 1. Murid yang hendak berpindah mesti memaklumkan kepada guru kelas sekurangnyakurangnya 3 minggu lebih awal supaya semua dokumen murid dalam senarai semak keluar sekolah dapat disediakan. Guru kelas mesti merujuk murid tersebut ke pejabat sekolah untuk urusan pertukaran.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 16 2. Maklumkan perpindahan/pertukaran murid kepada guru data/penyelaras tingkatan/pembantu tadbir untuk urusan dalam sistem APDM. 3. Murid perlu dibekalkan dengan buku SPBT mengikut zon (rujuk guru SPBT), PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dibawa bersama ke sekolah baru. 4. Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar terus ke sekolah baru. 5. Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan kepada murid yang memohon pertukaran ke sekolah swasta/persendirian dan tamat tempoh pendidikan wajib iaitu tingkatan 5 sahaja. 6. Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib. 3.2.4 Bayaran Murid Warganegara 1. Semua murid warganegara perlu membayar sumbangan PIBG yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agong PIBG pada setiap tahun. 2. Sumbangan hanya perlu dibayar tertakluk kepada 1 sumbangan untuk 1 keluarga. 3. Bayaran majalah sekolah tertakluk kepada 1 majalah 1 keluarga. 3.2.5 Bayaran Murid Bukan Warganegara 1. Yuran Warga Asing sebanyak RM240 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. 2. Dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah. 3. Perlu membayar sumbangan PIBG seperti yang ditetapkan untuk setiap anak yang bersekolah di sekolah ini. 4. Bayaran majalah tertakluk kepada 1 majalah 1 keluarga. 3.2.6 Pengurusan Bilik Darjah 3.2.6.1 Program dan Aktiviti 1. Program atau aktiviti mestilah dapat membantu mempertingkatkan kemenjadian murid dalam aspek pengurusan bilik darjah. 2. Taklimat kepada Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. 3. Taklimat dan latihan kepada Ketua dan Penolong Ketua Kelas. 4. Pemantauan dan penilaian kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas. 5. Secara berterusan mengikut kesesuaian mengikut. 6. Kelas tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan. i. Amaran kali pertama dan kedua.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 17 ii. Denda dikenakan jika menerima amaran kali ketiga. iii. Guru Tingkatan akan diberi surat tunjuk sebab. 7. Sijil Penghargaan dianugerahkan kepada kelas yang dapat mengekalkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sebanyak 3 kali berturut-turut. 8. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Sediakan hadiah galakan berupa piala dan wang tunai. 9. Gotong-royong sekurang-kurangnya 2 kali pada penggal 1 dan penggal 2. 3.2.6.2 Jawatankuasa/Organisasi Kelas 1. Ketua Tingkatan 2. Penolong Ketua Tingkatan 3. Bendahari 4. AJK Kebersihan dan Keceriaan 5. AJK Perabot/Aset 6. AJK Keselamatan 7. AJK Kurikulum dan Nilam 3.2.6.3 Carta Organisasi Kelas ● Dipamerkan di papan kenyataan kelas. 3.2.6.4 Peranan Jawatankuasa Kelas 1. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas i. Mengetuai ucap ‘selamat sejahtera guru’ dan ‘terima kasih ‘. ii. Mengambil bahan-bahan program belajar di bilik guru (mendapat kebenaran guru untuk keluar). iii. Mencari guru matapelajaran atau guru relief untuk masuk kelas selepas 5 minit guru tersebut tidak masuk kelas. iv. Mendapat dan mengembalikan Buku Kawalan Kelas. v. Memastikan maklumat dalam Buku Kawalan Kelas lengkap dan tepat. vi. Memimpin pengurusan kelas dan mengendalikan mesyuarat kelas. vii. Membuat carta organisasi kelas. viii. Mengagihkan Jadual Waktu Kelas. ix. Menyediakan senarai nama guru-guru mata pelajaran. x. Menyediakan pelan tempat duduk. xi. Mengetuai dan memantau pergerakan murid. xii. Mengisi Slip Kehadiran Harian Murid dan menghantar ke pejabat.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 18 2. Bendahari i. Membuat kutipan sumbangan daripada murid dalam kelas setelah membuat permohonan dan mendapat kebenaran mengutip daripada Pengetua. ii. Mengemaskini akaun tabung dana kelas dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Tingkatan. 3. Ajk Kebersihan dan Keceriaan i. Memastikan semua murid membersihkan kelas mengikut jadual. ii. Memastikan kelas sentiasa bersih. iii. Memaklum kepada Jawatankuasa Organisasi Kelas dan Unit Disiplin jika berlaku masalah pemantauan kebersihan kelas di dalam kelas. iv. Mendapat Buku Kawalan Kebersihan. v. Bekerjasama dengan Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan AJK Keceriaan untuk menjaga mutu tahap kebersihan dan keceriaan kelas yang tinggi. vi. Menyediakan Jadual Bertugas Murid untuk menceriakan bilik darjah. vii. Bersama-sama semua murid dalam kelas mencipta slogan, tema dan konsep untuk menceriakan kelas. viii. Menghubungi Jawatankuasa Organisasi Kelas, Guru Tingkatan dan Unit Disiplin jika menghadapi masalah. 4. Ajk Inventori/Perabot/Aset i. Membantu guru menyediakan inventori kelas dengan mengisi borang dan senarai semak perabot dalam kelas. ii. Memastikan bilangan kerusi dan meja mencukupi. iii. Menjaga, memantau dan memastikan harta benda sekolah dan perabot dalam kelas diguna dengan baik. iv. Melapor sebarang kerosakan perabot melalui Guru Tingkatan dan Unit Pengurusan Aset. v. Melaporkan kejadian merosakan perabot dengan sengaja kepada unit disiplin. 5. Ajk Keselamatan i. Menjaga, memantau dan memastikan segala aspek di dalam bilik darjah memenuhi piawaian keselamatan. ii. Menghubungi Guru Tingkatan jika terdapat sebarang kerosakan bangunan dan kemudahan di dalam bilik darjah. iii. Memantau dan menjayakan pergerakan murid ketika latihan kawad kebakaran. iv. Bertanggungjawab dalam memastikan Pelan Laluan Latihan Kawad Kebakaran dan Kecemasan sentiasa dipamerkan di papan kenyataan kelas. v. Memastikan langsir tingkap dipasang dengan selamat. 6. Ajk Kurikulum dan Nilam i. Menceriakan papan kenyataan mata pelajaran. ii. Membantu menyediakan dan menampal bahan-bahan disudut mata pelajaran.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 19 iii. Menyediakan sudut nilam. iv. Mendapatkan Buku Rekod Bacaan (BRM) NILAM daripada PSS dan mengedarkan kepada murid-murid dalam kelas. v. Memastikan rekod nilam bulanan dikemaskini setiap bulan. 3.2.6.5 Kemudahan Asas Bilik Darjah 1. Kerusi, meja guru dan murid 2. Papan Putih (kekal atau beroda) 3. Papan Kenyataan hadapan dan belakang kelas 4. Bakul sampah yang berlapik plastik 5. Lampu dan kipas yang berfungsi 6. Pintu yang boleh dikunci 7. Tingkap bercermin dan berfungsi 8. Pemadam Papan Putih 9. Penyapu dan penyodok sampah 10. Label kelas 3.2.6.6 Papan kenyataan Kelas Bahagian Hadapan Papan kenyataan di bahagian hadapan kelas perlu ada perkara-perkara berikut: 1. Nama kelas 2. Carta Organisasi Kelas 3. Jadual Waktu Kelas 4. Jadual Tugas Harian 5. Senarai nama guru yang mengajar 6. Pelan kedudukan murid 7. Pelan laluan kebakaran 8. Peraturan am 9. Informasi terkini 3.2.6.7 Papan kenyataan Kelas Bahagian Belakang Papan kenyataan di bahagian belakang perlu ada maklumat berkaitan mata pelajaran. 3.2.6.8 Sudut Nilam 1. Penjuru kanan hadapan kelas 2. Berkongsi pagi dan petang 3. Bahan-bahan bacaan ilmiah dan novel yang sesuai
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 20 3.2.6.9 Aspek Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kelas 1. Lantai, laci meja, tong sampah, cermin tingkap, kipas, lampu, syiling sentiasa bersih. 2. Langsir bersih dan dipasang dengan kemas serta selamat. Cuci 2 kali setahun (sebelum cuti penggal 1 dan sebelum cuti akhir tahun). 3. Meja disusun berkonsepkan PAK21 secara teratur dan selamat. 4. Alas meja guru bersih dan kemas. 5. Tiada peralatan yang berbahaya disimpan di dalam kelas. 6. Maklumat di papan kenyataan mengikutspesifikasi yang ditetapkan dan dihiassecara kreatif. 7. Sudut nilam berfungsi. 8. Buku Kawalan Kelas digunakan sebagai instrumen kawalan keselamatan kelas. 3.2.6.10 Peraturan-peraturan Am Bilik Darjah 1. Tutup lampu dan kipas pada setiap kali keluar dari kelas atau pada waktu balik. 2. Beratur di luar bilik darjah dan bergerak secara kumpulan dalam satu baris apabila ke makmal atau tempat pembelajaran yang lain-lain. 3. Murid dikehendaki beratur di luar kelas pada waktu pertama dan selepas rehat sebelum guru masuk. 4. Penyapu dan penyodok sampah perlu digantung di belakang kelas jika tidak digunakan. Penyapu, penyodok sampah dan bakul sampah perlu diletak di sudut bahagian belakang bilik darjah. 5. Buku teks SPBT hendaklah dibawa balik. 6. Menyimpan barangan yang tidak digunakan seperti buku tulis yang rosak, kertas dan lain-lain dalam laci meja adalah dilarang 7. Lebihan perabot dan perabot yang rosak tidak disimpan di dalam kelas. Hantar untuk disimpan di stor inventori. 8. Bilik darjah perlu dikunci apabila tidak digunakan. 9. Menukar kunci yang dibekalkan oleh Jawatankuasa Organisasi Kelas adalah dilarang sama sekali. Jika kunci yang dibekalkan hilang, dapatkan kunci gantian daripada guru yang bertanggungjawab dengan membayar kos penyediaan. 3.2.6.11 Kelas dibersihkan sebanyak 2 kali setiap sesi pagi dan petang iaitu pada waktu pertama dan waktu akhir sesi persekolahan. Pastikan tidak ada sampah disimpan dalam laci meja dan tong sampah di dalam bilik darjah. 3.2.6.12 Buku Kawalan Kelas perlu dijaga oleh Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas. Maklumat dalam Buku Kawalan Kelas perlu diisi lengkap oleh guru mata pelajaran. Pemeriksaan Buku Kawalan Kelas akan disemak oleh Unit Disiplin, Buku Kawalan Kelas yang hilang perlu diganti menggunakan dana kelas.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 21 4. Ketetapan Bidang Pembangunan Sahsiah Murid 4.1 Pengurusan Nilai-nilai Murni 1. Semua guru perlu merealisasikan tiga elemen dalam pendidikan iaitu saling hormatmenghormati, kegembiraan dan kasih sayang. 2. Semua guru perlu merekodkan amalan nilai-nilai murni oleh setiap murid dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) secara dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit. 3. Semua guru juga boleh menggunakan slip amalan nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada PK HEM dan diserahkan kepada setiausaha SSDM untuk didaftarkan dalam sistem. 4. Semua guru perlu memberi lebih perhatian kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin supaya penerapan nilai ini dapat ditingkatkan. 4.2 Pengurusan Disiplin Murid Disiplin merupakan suatu peraturan atau undang-undang untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Disiplin yang baik haruslah memenuhi kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang Negara. Selain itu, disiplin juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk latihan untuk perkembangan mental, fizikal dan sikap seseorang pelajar. Namun begitu untuk membentuk disiplin yang mantap dikalangan murid bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap individu mempunyai pengaruh kehidupan yang pelbagai. Nilai-nilai disiplin haruslah disemai, dipupuk dan diterapkan di dalam jiwa seseorang sejak ia masih kanak-kanak lagi. Rumah dan sekolah merupakan dua tempat yang paling sesuai untuk menerapkan nilai-nilai disiplin. Sekolah bukan sahaja bertindak sebagai satu tempat di mana pelajar memperolehi ilmu tetapi sebuah industri untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokraktik, adil, liberal dan maju. Oleh hal demikian setiap sekolah perlu mempunyai pengurusan disiplin yang baik. Pengurusan disiplin merupakan satu aspek yang sangat penting bagi menyumbang kepada peningkatan prestasi dan imej sesebuah sekolah. Pengurusan disiplin yang baik akan dapat mengurangkan kes-kes salahlaku murid. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru semua perkara berkaitan dengan proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. Sehubungan itu hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat direalisasikan. Seterusnya akan wujud masyarakat Malaysia yang berdisiplin, bertoleransi, bersatupadu dan harmonis. Sehubungan itu, semua guru terutamanya jawatankuasa disiplin yang dilantik perlu memahami, mematuhi dan melaksanakan ketetapan yang digariskan seperti berikut.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 22 4.2.1 Salahlaku dan Tindakan Hukuman 1. Menurut buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah (DBP, 1982) salahlaku dapat dibahagikan kepada LIMA kumpulan yang besar iaitu: i. Tingkahlaku Jenayah ii. Tingkahlaku Lucah iii. Tingkahlaku Anti-Sosial iv. Tingkahlaku Tidak Jujur dan v. Tingkahlaku Tidak sopan. 2. Berdasarkan kepada pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, (Laporan Mengenai Kedudukan Disiplin Murid KPM, 1987) keadaan-keadaan seperti di bawah dikesan: i. Salahlaku disiplin pelajar yang paling kerap berlaku dan masih berlaku di sekolah menengah ialah ponteng sekolah / kelas, pakaian tidak mengikut peraturan, rambut berfesyen, bising, merokok dan bergaduh. ii. Jenis tindakan / hukuman yang kerap dikenakan oleh pihak sekolah ke atas keskes salahlaku pada keseluruhannya mirip kepada bentuk nasihat dan amaran jika dibandingkan dengan hukuman yang lebih berat seperti merotan, gantung persekolahan dan buang sekolah. 3. Iklim disiplin guru dan staf sokongan yang baik di sekolah dapat mempengaruhi dan mendorong para pelajar ke arah pembentukkan sahsiah dan tingkahlaku yang dikehendaki. Disiplin dan perlakuan guru sentiasa dijadikan contoh teladan kepada pelajar. Bagi sekolah yang dapat merancang, mengelola dan melaksanakan programprogram pemupukan disiplin yang baik, didapati kes-kes disiplin kurang berlaku. 4. Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai iklim dan bilik darjah yang sesuai, menarik dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran, kes-kes salahlaku disiplin juga kurang berlaku. Didapati sekiranya guru-guru menggunakan pendekatan psikologi, kaunseling, tunjuk ajar, kepimpinan melalui teladan dan dapat mengajar dengan baik di dalam kelas, masalah-masalah disiplin juga kurang timbul bagi kelas-kelas berkenaan. 5. Pengenalan disiplin yang baik akan terjalin sekiranya pihak pengurusan sekolah memberi perhatian kepada dapatan-dapatan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan di atas dalam usaha menguruskan disiplin pelajar. 6. Hukuman yang biasa dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang besar, berdasarkan kepada jenis dan beratnya salahlaku berkenaan iaitu: i. Tindakan menghukum ii. Tindakan pencegahan iii. Tindakan polis 7. Tujuan utama menghukum pelajar untuk mencegah berlakunya salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin. 8. Langkah-langkah pencegahan perlu diberi perhatian bagi bagi mengelak tercetusnya salahlaku disekolah, misalnya dengan menekankan penghayatan nilai-nilai keagamaan kepada pelajar.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 23 4.2.2 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan sederhana dan kesalahan berat: i. Kesalahan ringan menggunakan kod R ii. Kesalahan sederhana menggunakan kod S iii. Kesalahan berat menggunakan kod B iv. Contoh Jenis-jenis Kesalahan KOD JENIS SALAHLAKU R01 Mencemarkan kawasan sekolah R02 Memijak rumput di tempat yang terlarang R03 Tidak mengendahkan sampah R04 Datang lewat ke sekolah/ kelas R05 Membuat bising dalam kelas R06 Tidak membawa buku/ menyiapkan kerja sekolah/tugasan R07 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar R08 Berada di kantin atau tempat-tempat lain pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) R09 Tidak mematuhi peraturan makmal/bengkel/bilik khas R10 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal R11 Keluar dari kelas tanpa kebenaran R12 Lewat ke surau R13 Menyimpan misai, janggut dan jambang R14 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan-kumpulan tertentu R15 Memakai barang kemas/perhiasan/alat solek R16 Tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas/lengkap
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 24 R17 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh pengetua termasuk dalam kategori ini R18 Mewarnakan rambut R19 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan larangan R20 Menggunakan dan membawa keluar peralatan sekolah tanpa kebenaran R21 Menyimpan atau menggunakan alat permainan sekolah tanpa kebenaran R22 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran R23 Makan atau minum dalam kelas/bilik khas R24 Berkeliaran pada masa persekolahan R25 Membawa dan menggunakan telefon bimbit, MP3 dan MP4 R26 Menunggang atau memandu kenderaan bermotor dalam kawasan sekolah R27 Membawa walkman/discman ke kelas R28 Mengganggu awam R29 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran R30 Memesan dan membeli makanan dari luar tanpa kebenaran R31 Kesalahan lain yang yang ditafsir oleh pengetua termasuk dalam kategori ini S01 Menconteng harta benda sekolah S02 Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga S03 Mengganggu guru semasa guru mengajar S04 Lewat ke surau S05 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skinhead atau berwarna
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 25 S06 Menindik telinga/memakai subang lebih dari satu pada satu cuping telinga S07 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan S08 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah S09 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh pengetua termasuk dalam kategori ini B01 Merosakkan harta benda sekolah/guru B02 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga B03 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran B04 Ponteng Solat B05 Bertatu B06 Biadap terhadap guru/pengawas B07 Meniru tandatangan pengetua/warden/guru B08 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah B09 Menyimpan, membawa, menghisap atau mengedar bahan tembakau B10 Menyimpan, membawa, atau menggunakan bahan letupan seperti mercun B11 Menyimpan, mengedar atau meminum minuman keras/sebarang bahan yang memabukkan/mengkhayalkan B12 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan dan kekerasan B13 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru atau pelajar B14 Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 26 B15 Melakukan buli (peloncoan), penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain B16 Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan B17 Melakukan perbuatan yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain B18 Mengganggu/menjejaskan kuasa pengetua, guru, warden atau pengawas yang menjalankan tugas B19 Membawa masuk tetamu dari luar sekolah tanpa kebenaran B20 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan B21 Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan rencana/majalah atau bahan multimedia terlarang B22 Membabitkan diri dalam kumpulan haram B23 Mencabul kehormatan guru/pelajar B24 Melakukan zina, liwat atau hubungan diluar tabii B25 Melacur, menjadi bohsia/bohjan/pondan B26 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral B27 Berdua-duaan di tempat sunyi B28 Melakukan perbuatan lucah B29 Mengintai pelajar lelaki/perempuan B30 Menyimpan, membawa, melukis, mempamer perkataan/gambar lucah B31 Melakukan hubungan yang dicurigai B32 Mengeluarkan kata-kata lucah/kesat B33 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhar yang mencemarkan nama sekolah
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 27 B34 Menyalahgunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran B35 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan/perhimpunan haram/merusuh B36 Kesalahan lain yang ditafsir oleh pengetua termasuk dalam kategori ini B37 Tidak menghormati lagu/bendera/jata sekolah, negeri, kebangsaan B38 Menganjur atau memabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah B39 Tidak memakai topi keledar 4.2.3 Jenis-jenis Kesalahan Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) KOD JENIS KESALAHAN KATEGORI A Tingkah Laku Jenayah A01 Berjudi Berat A02 Mencuri Berat A03 Mengancam/memukul/mencederakan guru Berat A04 Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan sekolah Berat A05 Mengancam/memukul/mencederakan murid Berat A06 Peras ugut Berat A07 Gengsterisme Berat A08 Penglibatan dalam politik Berat A09 Bergaduh Berat B Penyalahgunaan Dadah/Inhalan/Racun B01 Memiliki/menyimpan Berat
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 28 B02 Membekal/menawarkan Berat B03 Menjual/mengedar Berat B04 Menghidap/menyuntik/menyedut/meminum/menghidu Berat B05 Menghidu bahan inhalan Berat C Tingkah Laku Buli C01 Buli bahasa Berat C02 Buli fizikal Berat C03 Buli isyarat Berat C04 Buli perhubungan Berat D Kesalahan Rokok D01 Memiliki dan menyimpan Berat D02 Membekal dan menawarkan Berat D03 Menjual dan mengedar Berat D04 Menghisap Berat E Kesalahan Ponteng E01 Ponteng sekolah Ringan E02 Ponteng kelas Ringan E03 Ponteng aktiviti kokurikulum Ringan E04 Ponteng ujian/peperiksaan Ringan E05 Ponteng acara rasmi sekolah Ringan E06 Ponteng perhimpunan Ringan F Tingkah Laku Lucah
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 29 F01 Bercumbuan/bercium/berpelukan Berat F02 Berkhalwat Berat F03 Membawa bahan lucah Berat F04 Mengedar bahan lucah Berat F05 Mengintai Berat F06 Menggunakan kata-kata/perbuatan lucah Berat F07 Melukis dan menulis perkataan/gambar lucah Berat F08 Menonton video/filem lucah Berat F09 Memeluk murid berlainan jantina Berat F10 Berdua-duaan yang menimbulkan syak Berat G Tingkah Laku Kurang Sopan/Biadap G01 Biadap kepada guru Berat G02 Biadap kepada kakitangan sekolah/pengawal/kebersihan/kantin Berat G03 Biadap kepada tetamu sekolah Berat G04 Berkelakuan kasar kepada murid lain Sederhana G05 Berbahasa kesat/kasar kepada murid Sederhana G06 Meminum/membeli/menyimpan/mengedar minuman yang memabukkan Berat G07 Membuang sampah merata-rata Ringan G08 Ingkar arahan guru Ringan G09 Ingkar arahan pengawas Ringan G10 Meludah merata tempat Ringan
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 30 H Kesalahan Vandalisme H01 Merosakkan harta benda sekolah Berat H02 Merosakkan harta benda kantin Berat H03 Merosakkan peralatan bilik-bilik khas Berat H04 Merosakkan tumbuhan/tanaman hiasan Sederhana H05 Menconteng dinding Sederhana H06 Merosakkan buku SPBT dengan sengaja Sederhana H07 Merosakkan peralatan sukan dengan sengaja Sederhana H08 Merosak/mengoyak buku SPBT Berat H09 Merosakkan peralatan sukan Berat H10 Merosakkan kenderaan pengetua/guru/kakitangan/pekerja Berat H11 Merosakkan hartabenda/kenderaan murid Berat J Tingkah Laku Tidak Amanah J01 Pecah amanah Berat J02 Berbohong Ringan J03 Tidak bertanggungjawab Ringan J04 Tidak jujur Ringan K Kenakalan K01 Menunggang motosikal/basikal dalam kawasan sekolah Sederhana K02 Masuk tandas berlainan jantina Berat K03 Sengaja membunyikan loceng kecemasan Sederhana K04 Mengganggu semasa proses pembelajaran dan pengajaran Ringan
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 31 K05 Tidak ikut giliran/berebut-rebut/bertolak-tolak Ringan K06 Membawa/bermain mercun Berat K07 Mengubahsuai pendawaian elektrik Berat K08 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran Sederhana L Tingkah Laku Tidak Pentingkan Masa L01 Lewat ke sekolah Ringan L02 Lewat ke perhimpunan Ringan L03 Lewat masuk ke kelas Ringan L04 Lewat datamg aktiviti kokurikulum Ringan M Kekemasan Diri M01 Berkuku panjang Ringan M02 Mewarna kuku/berinai Ringan M03 Berambut panjang Ringan M04 Rambut berfesyen Ringan M05 Bermisai dan berjanggut Ringan M06 Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan Ringan M07 Memakai barang kemas Ringan M08 Bertatoo Ringan M09 Mencukur bulu kening Ringan M10 Memakai alat solek Ringan N Penglibatan Politik N01 Terlibat dalam perhimpunan/perarakan politik Berat
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 32 N02 Merayu undi dalam pilihanraya Berat N03 Menyebarkan penulisan/dokumen/propaganda politik Berat R Kes Khas R01 Mencederakan diri sendiri Berat R02 Cubaan membunuh diri Berat R03 Membunuh diri Berat R04 Terjun bangunan Berat R05 Hamil Berat R06 Lumba haram Berat R07 Kemalangan dalam sekolah Berat R08 Lari dari rumah Berat R09 Ajaran sesat/militan Berat Nota : Jenis-jenis kesalahan yang terkandung dalam buku peraturan juga boleh digunakan. Jik ada sebarang kekeliruan perlu rujuk Tatacara Disiplin Murid Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 dan lain-lain yang berkaitan. 4.2.4 Perancangan Pengurusan Disiplin Jawatankuasa yang dilantik perlu menentukan sekolah memiliki buku-buku Panduan Disiplin dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (sila rujuk senarai Surat Pekeliling Ikhtisas Mengenai Disiplin) dan melaksanakan perkara-perkara berikut: 1. Menyediakan perancangan strategik. 2. Menyediakan fail meja Lembaga Disiplin Sekolah. 3. Mengadakan mesyuarat mengikut kesesuaian, sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 4. Menyebarkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam buku-buku Panduan Disiplin dan Surat Pekeliling kepada semua pihak yang terlibat.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 33 5. Menyedia dan mengedarkan peratuaran-peraturan sekolah kepada semua yang berkenaan. 6. Melantik ahli-ahli Lembaga Disiplin Sekolah. 7. Melantik guru pengawas sekolah. 8. Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah. 9. Menyediakan spesifikasi tugas pengawas. 10. Menyediakan bilik pengawas yang sesuai dan selesa. 11. Memastikan jadual tugas pengawas dipatuhi. 12. Mengadakan rekod mesyuarat Lembaga Pengawas secara kemaskini. 13. Menyediakan program / rancangan tahunan untuk mempertingkatkan disiplin sekolah yang merangkumi antara lain akativiti-aktiviti berikut: i. Ceramah ii. Kempen iii. Pendedahan iv. Seminar dan bengkel v. Nasihat vi. Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga / waris 4.2.5 Pengelolaan Pengurusan Disiplin 1. Meyebarkan peraturan-peraturan sekolah kepada murid melalui taklimat 5 minit semasa perhimpunan harian (Selasa), menampal dipapan kenyataan kelas-kelas dan papan kenyataan unit disiplin. 2. Menyediakan jadual bertugas Lembaga Disiplin Sekolah. 3. Menyediakan buku laporan bertugas lembaga disiplin dan pengawas. 4. Menyediakan fail rekod program Lima Minit Peka Peraturan (LiMPPe) 5. Menyediakan fail rekod tindakan disiplin. 6. Mengadakan kempen-kempen peningkatan disiplin pelajar secara berkala. 7. Menjatuhkan hukuman-hukuman secara adil dan serta merta terhadap pelajar yang bermasalah disiplin selepas dibicarakan. 8. Melaksanakan keputusan-keputusan dengan tegas dan saksama. 9. Menyimpan rekod-rekod hukuman (buku catatan pengawas untuk salahlaku pelajar dan buku deraan sekolah) dengan lengkap dan kemaskini. 4.2.6 Kepemimpinan Pengurusan Disiplin 1. Mengadakan latihan pengurusan disiplin kepada semua guru. 2. Memberi taklimat secara berkala kepada pelajar mengenai disiplin sekolah oleh pihak pengurus sekolah / guru disiplin / guru bertugas. 3. Memastikan laporan berkala lembaga pengawas disediakan dan mengambil tindakan segera terhadap laporan-laporan disiplin yang diterima. 4. Sentiasa menjalankan penyeliaan (rondaan) agar pelanggaran disiplin sekolah tiada berlaku.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 34 5. Mengambil tindakan dan berusaha mengurangkan kes-kes disiplin melalui nasihat, amaran atau menjatuhkan hukuman secara adil. 6. Mengkaji secara berkala sistem disiplin sekolah agar sesuai dengan keadaan semasa. 7. Memastikan khidmat bimbingan dan kaunseling diberi kepada pelajar yang bermasalah disiplin. 8. Menyemak dan memastikan agar rekod-rekod tindakan hukuman dicatat dengan kemaskini. 9. Memberi ganjaran kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam disiplin 4.2.7 Pengawalan Pengurusan Disiplin 1. Memastikan Laporan Bertugas Lembaga Disiplin Sekolah, Laporan Bertugas Lembaga Pengawas dan rekod-rekod tindakan hukuman disemak oleh Pengetua pada setiap hari Jumaat. 2. Memastikan semua murid memiliki dan membawa buku peraturan sekolah sepanjang masa. 3. Mengambil tindakan segera terhadap masalah disiplin yang dilihat dan diterima. 4. Memastikan khidmat Bimbingan dan Kaunseling diberikan. 5. Mematuhi arahan daripada Pengetua dari masa ke semasa. 4.2.8 Pihak Berkuasa Disiplin 1. Di sekolah, dengan adanya Peraturan 4 dalam Peratuaran-peraturan Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959, Pengetua / Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan pelajar di sekolah itu. Walau bagaimanapun, di bawah peraturan-peraturan tersebut, Pengetua / Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjatuhkan hukuman kepada guru-guru lain atau murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkan patut. 2. Disamping itu, Pengetua / Guru Besar mempunyai kuasa disiplin bagi menjaga disiplin sekolah, Pendaftar Sekolah ( Pengarah Pendidikan Negeri) atau Pendaftar Besar (Ketua Pengarah Pendidikan) juga diberi kuasa bagi mengaja disiplin di sekolah-sekolah. Apabila menerima perintah bertulis sama ada dari Pengarah Negeri atau Ketua Pengarah Pendidikan, Pengetua / Guru Besar di bawah kuasa yang diberi oleh peraturan 6, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, hendaklah segera mematuhi perintah itu.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 35 4.2.9 Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa menjalankan kuasa disiplin Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan pihak berkuasa disiplin sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil, dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan keadilan. Di mana jua tidak terdapat peruntukan yang nyata di dalam perundangan-perundangan kecil itu yang harus dipatuhi, peraturanperaturan yang lazimya disebut sebagai ‘natural justice’ hendaklahdiperhatikan. Prinsip yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini digunakan sejagat (universal application) dan sesiapa juga yang membuat sesuatu keputusan adalah tertakluk kepada mematuhinya. Sekiranya peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi, makakeputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa disiplin boleh ditolak (quashed) oleh pihak mahkamah kalau keputusan itu dicabar kemudian. Mengikut peraturan, pertama, seseorang itu mungkin tidak diadili berasaskan kepada sebab. Kedua, yang lebih penting dalam konteks ini adalah seseorang itu tidak boleh dihukum tanpa belaan darinya. 4.2.10 Hak untuk didengar 1. Peraturan ini menentukan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela diri dan ini merangkumi keseluruhan maksud prosedur yang adil sehimggalah dalam hal-hal mengendalikan masalah pelajar. Tujuan keseluruhan pelaksanaan (proceding) ini adalah untuk menghilangkan perasaan sedih pihak berkenaan dan untuk memberi pertimbangan seadil-adil yang boleh terhadap pembelaan atau keterangannya. 2. Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu harus mendapat peluang untuk menyatakan kesnya dan dia juga belum boleh didapati bersalah atas sebarang salahlaku yang membolehkannya dihukum berkenaan yang dicadangkan itu lebih berat dan melampau daripada apa yang sepatutnya dia terima. Hak utnuk didengar secara adil harus memasukkan kesemuanya dia terima. Hak untuk didengar secara adil harus memasukkan kesemua dakwaan dari tuduhan yang dihadapi kepada pelajar itu. Sesuatu pembicaraan di mana seseorang pelajar itu tidak diberitahu tentang tuduhan yang dihadapkan kepadanya adalah bukan pembicaraan. 3. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan bertindak seperti mahkamah. Sesuatu kes itu boleh didengar secara lisan atau dimaklumkan secara bertulis dan ini bergantunglah kepada sifat dan beratnya tuduhan itu. Sesuatu perbicaraan itu boleh jadi bermaksud makluman secara lisan atau tanpa saksi-saksi. Jika perlu, saksi-saksi boleh dipanggil dan pelajar itu handaklah diberi peluang untuk menyoal dan mendapatkan butir-butir lanjut daripada saksi-saksi tersebut. Dalam keskes yang sesuai, hak utnuk didengar boleh dijalankan berdasarkan kenyataan yang ditulis, di mana seseorang itu diberi peluang untuk mengemukakan segala bantahan dan ulasan dalam bentuk bertulis. Apa jua hak untuk didengar yang dijalankan, ia hendaklah sentiasa memberi peluang yang adil kepada pihak-pihak yang terlibat untuk membentulkan atau menentang sesuatu yang berterusan dengan pandangannya.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 36 Dalam hal-hal yang munasabah pihak-pihak yang terlibat dan bertentang ini boleh disertai oleh ibu bapa pelajar berkenaan. 4.2.11 Langkah-langkah Pengurusan Disiplin 1. Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan dengan menggunakan Borang Aduan Kes/Aplikasi Teknologi. Adalah menjadi tanggung jawab Pengetua menerima aduan itu memastikan kebenaran aduan itu dan memastikan kes itu bersabit ‘prima facie’ atau tidak. Apabila menerima dan mengetahui sesuatu aduan / maklumat itu bercanggah, maka peluang terbuka bagi Pengetua membuat siasatan awal. Siasatan selanjutnya boleh dibuat sekiranya dia berpendapat demikian untuk menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan kepada beratnya tuduhan itu dan cadangan hukuman yang hendak dikenakan. 2. Langkah kedua hanya diteruskan apabila Pengetua mendapat kesimpulan dari buktibukti untuk menjawab kes tersebut bersabit ‘prima facie’ itu. Sebelum mengenakan sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada pelajar itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya. 3. Langkah ketiga haruslah diambil untuk membolehkan peluang beri sebab (to show cause) jika pelajar itu menafikan kesalahannya. Beri sebab (To show cause) maksud beri sebab di sini ialah pihak bekenaan di beri peluang untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan-tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul. Dengan lain perkataan, pelajar itu perlu menjawab tuduhan-tuduhan yang dihadapkan kepadanya untuk membuktikan kebenaranya. Sepertimana yang dinyatakan awal tadi, mengikut prosedur ini, pelajar itu harus diberitahu secara nyata dakwaan / tuduhan yang dihadapkan kepadanya dan sebab mengapa hukuman yang dicadangkan itu tidak boleh diambil. 4. Langkah keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan dapatan Pengetua. 5. Dapatan Pengetua keterangan yang memuaskan. Sekiranya pelajar itu memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan yang dihadapkan kepadanya, maka Pengetua boleh membuat keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak perlu. 6. Pengakuan atau dapatan bersalah. Sebaliknya pula jika pelajar itu mengaku bahawa dia melakukan salahlaku, sebagai alternatif, selepas mendengar keterangan, Pengetua mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan terhadap pesalah itu. 4.2.12 Semua Guru adalah Guru Disiplin Laporan jemaah nazir Mengenai Kedudukan Disiplin Murid KPM, 1987 mendapati tugas mendisiplinkan pelajar biasanya dilaksanakan oleh guru-guru disiplin sahaja dan sikap guruguru lain yang tidak mengambil berat tentang hal ini walaupun sebelum itu Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968; Tatatertib di Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975; Disiplin di Sekolah, Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid telah dikeluarkan. Justeru KPM telah memberi peringatan dengan
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 37 mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001; Semua Guru Adalah Guru Disiplin. Oleh itu semua guru perlu memainkan peranan seperti ketetapan berikut : 1. Semua guru bertanggungjawab memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dengan mematuhi semua peraturan sekolah pada setiap masa. 2. Semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. 3. Semua guru perlu menggunakan pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. 4. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifatsifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. 5. Kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. 6. Semua guru bertanggungjawab memaklumkan dengan mengisi borang laporan kes kesalahan-kesalahan disiplin murid kategori berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM. 7. Semua guru bertanggungjawab menggunakan buku kawalan kelas bagi melapor keskes kategori ringan dan sederhana. 8. Semua guru dinasihati supaya tidak mengambil tindakan secara bersendirian kepada murid yang melakukan kesalahan berat. 9. Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 10. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 11. Semua guru perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid 4.2.13 Kawalan/Tanggungjawab Guru dalam Kelas 1. Kenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keperihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Guru Penyayang). 2. Memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 3. Mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak hadir ke sekolah atau tidak membuat tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 38 4. Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. 5. Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan muridmurid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 6. Memastikan keadaan kelas adalah selamat untuk proses pembelajaran. 4.2.14 Pemeriksaan Mengejut (spot check) 1. Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan darisemasa ke semasa ke atas murid, semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan Pengetua. 2. Persediaan yang rapi perlu dibuat sebelum menjalankan pemeriksaan mengejut seperti menyediakan bekas dan label barang yang diambil daripada murid. 3. Pemeriksaan mengejut berfokus akan dijalankan apabila ada kes kecurian, laporan membawa bahan larangan (dadah, rokok, vape, arak, senjata, bahan lucah) 4. Guru disiplin bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 5. Barang larangan akan diambil dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Barang Rampasan yang disimpan di bilik PK HEM. 6. Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM dalam almari berkunci. 7. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat perjanjian. 8. Barang yang diambil tetapi tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin dan mesyuarat pengurusan 9. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. 10. Setiap kali diadakan pemeriksaan mengejut hendaklah direkodkan. 4.2.15 Kaedah Mengatasi Masalah Disiplin Murid 4.2.15.1 Kaedah Umum 1. Setiap murid mesti memiliki buku peraturan sekolah dan sentiasa dibawa ke sekolah pada setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi. 2. Peraturan sekolah perlu diperjelaskan kepada murid melalui taklimat ringkas semasa perhimpunan harian. Taklimat selama lebih kurang 5 - 10 minit. 3. Menyebarluaskan peraturan sekolah melalui papan-papan kenyataan terutama papan kenyataan kelas. Wujudkan sudut KBAT disiplin di sekitar kawasan sekolah yang strategik. 4. Semua guru perlu arif berkaitan peraturan sekolah dan surat pekeliling ikhtisas (SPI) yang berkaitan. 5. Semua guru mesti sentiasa merujuk bahan tersebut (no. 4) apabila menghadapi murid yang melanggar peraturan.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 39 6. Kes-kes disiplin kesalahan ringan perlu ditangani secara berhemah dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat. 7. Buku Kawalan Kelas hendaklah digunakan untuk merekod kesalahan murid semasa PdPc jika ada. 8. Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. 4.2.15.2 Pakaian dan Kekemasan Diri Murid 1. Tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993, 3/1992, 8/1985, 3/1983 2. Ukurlilit kaki seluar tidak kurang daripada 40 cm 3. Berikut adalah warna tanda nama yang harus diikuti oleh semua murid. Murid akan memakai warna tanda nama yang sama dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Seterusnya warna itu akan berpatah balik kepada tingkatan 1 pada tahun berikutnya. Tingkatan Warna Tanda Nama (mulai 2023) 1 Jingga 2 Kuning 3 Biru 4 Putih 5 Hijau 4.2.15.3 Murid Ponteng Sekolah 1. Guru kelas perlu mengenalpasti status ketidakhadiran murid melalui panggilan telefon kepada ibu bapa/penjaga atau mendapatkan surat makluman daripada ibu bapa/penjaga. 2. Jika sah murid tidak hadir tanpa sebab (ponteng), rekodkan maklumat tersebut di dalam sistem SSDM. 3. Mengeluarkan surat amaran 1 jika tidak hadir tanpa sebab 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturutan. Program intervensi 1 perlu dilaksanakan. 4. Mengeluarkan surat amaran 2 jika tidak hadir tanpa sebab 10 hari berturut-turut atau 20 hari tidak berturutan. Program intervensi 2 perlu dilaksanakan. 5. Mengeluarkan surat amaran 3 jika tidak hadir tanpa sebab 17 hari beturut-turut atau 40 hari tidak berturutan. Program intervensi 3 perlu dilaksanakan. 6. Mengeluarkan surat buang sekolah jika tidak hadir tanpa sebab 31 hari berturut-turut atau 60 hari tidak berturutan. (Peringatan ; perkara no 6 hanya boleh dilaksanakan jika perkara no 3 – 5 telah dilaksanakan) 7. Memberi sijil penghargaan kepada murid kedatangan penuh sekurang-kurangnya sekali setahun.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 40 4.2.15.4 Murid Datang Lewat ke Sekolah dan Perhimpunan Pagi 1. Waktu persekolahan adalah seperti berikut : Sesi pagi Isnin/Selasa - 7.30 pagi hingga 2.00 petang Rabu/Khamis - 7.30 pagi hingga 1.30 petang Rabu/Khamis (Kokurikulum) - 2.00 petang hingga 5.00 petang Jumaat - 7.30 pagi hingga 12.30 petang 2. Murid perlu sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi untuk murid sesi pagi. 3. Murid yang lewat daripada masa yang ditetapkan dalam perkara 4.2.15.3(2) diatas dianggap telah lewat menghadiri perhimpunan pagi. Mereka dianggap telah melakukan kesalahan ringgan. 4. Murid yang lewat daripada 7.30 pagi dianggap telah lewat hadir ke sekolah dan ponteng perhimpunan pagi. Mereka dianggap telah melakukan dua kesalahan ringan. 5. Murid yang datang lewat perlu mengisislip lewat yang diurus oleh pengawassekolah. 6. Slip Hadir Lewat hendaklah mendapat tandatangan Pengetua/PK/PK HEM. 7. Serahkan slip hadir lewat kepada setiausaha jawatankuasa lembaga disiplin untuk perekodan. 4.2.15.5 Murid Menunggang Motosikal ke Sekolah 1. Murid mesti mempunyai lesen memandu yang sah. 2. Motosikal yang digunakan mesti mempunyai cukai jalan yang tidak tamat tempoh. 3. Murid yang tidak memenuhi perkara 4.2.15.4(1)(2) tidak dibenarkan sama sekali menggunakan motosikal untuk hadir ke sekolah. Aduan kepada pihak polis akan dibuat jika perkara tersebut diingkari. 4. Murid mesti memakai topi keledar. Murid dianggap telah melakukan kesalahan berat jika tidak memakai topi keledar. Murid tidak dibenarkan meletak motosikal dalam kawasan sekolah. 5. Murid perlu menyerahkan salinan lesen dan cukai jalan kepada PK HEM. Jika ingkar, murid tidak dibenarkan meletak motosikal dalam kawasan sekolah. 6. Murid perlu memberhentikan dan mematikan enjin apabila sampai di pintu pagar sekolah dan menolak motosikal ke tempat yang dikhaskan. Jika ingkar, murid tidak dibenarkan meletak motosikal dalam kawasan sekolah. 7. Motosikal yang mempunyai ekzos yang tidak standard (diubahsuai) tidak dibenarkan diletakkan dalam kawasan sekolah. 8. Motosikal hanya perlu diletak di kawasan yang dikhaskan sahaja. Jika ingkar, murid tidak dibenarkan meletak motosikal dalam kawasan sekolah.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 41 4.2.15.6 Murid Memandu Kereta ke Sekolah 1. Murid yang ingin memandu kereta ke sekolah mesti mempunyai lesen memandu yang sah. 2. Semua murid yang berkenaan merlu memaklumkan kepada pihak sekolah dengan menyerahkan sesalinan lesen dan cukai jalan. 3. Murid yang memandu kereta ke sekolah tidak dibenarkan meletakan kereta dalam kawasan sekolah. 4. Pihak sekolah tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kereta yang diletakan di luar kawasan sekolah. 4.2.15.7 Murid Membawa Telefon Bimbit 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 menyatakan bahawa murid dilarang membawa dan menggunakan telefon bimbit di kawasan sekolah . 2. Peraturan ini hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa. 3. Pihak sekolah perlu memberi kefahaman tentang peraturan tersebut semasa mesyuarat PIBG dan mesyuarat pemuafakatan peringkat sekolah. 4. Pihak sekolah akan mengambil dan menyimpan telefon bimbit untuk disimpan di tempat selamat jika murid melanggar peraturan tersebut. 5. Rekod kes perlu mengandungi maklumat berikut : a. Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil b. Jenis telefon bimbit c. Nama murid, no. kad pengenalan dan tandatangan murid d. Nama guru yang mengambil e. Nama ibu bapa, nombor kad pengenalan, Tarikh, masa dan tandatangan semasa mengambil telefon tersebut 6. Ibu bapa perlu dimaklumkan dengan kadarsegera,sebaik-baiknya pada hari yang sama kes tersebut berlaku. 7. Ibu bapa boleh menuntut semula telefon tersebut daripada pihak sekolah dan menandatangani perjanjian keakuran terhadap peraturan ditetapkan. 8. Tindakan yang lebih tegas akan diambil jika kesalahan tersebut berulang. 4.3 Pengurusan Lembaga Pengawas Lembaga Pengawas Sekolah merupakan badan perkhidmatan tertinggi di sekolah. Kumpulan ini perlu diperkasa supaya peranannya sebagai pembantu guru dalam menguatkuasakan peraturan sekolah dapat dipertingkatkan. Ketua Pengawas dianggap sebagai ketua murid. Justeru pemilihan keanggotaan perlu dibuat dengan teliti agar hasrat menjadikan mereka sebagai murid yang mempunyai keterampilan dan bertanggungjawab dalam menguruskan disiplin murid dapat dicapai. Buku Panduan Pengurusan Pengawas Sekolah merupakan rujukan asas yang digunakan sebagai merangka ketetapan selain daripada dokumen-dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 42 Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, jawatankuasa yang dilantik perlu melaksanakan perkara-perkara berikut: 4.3.1 Pemilihan Anggota dan Pemimpin Tertinggi Lembaga Pengawas 1. Guru tingkatan perlu mencalonkan murid yang dikenalpasti berkebolehan/berminat menjadi pengawas. 2. Murid yang dicalonkan oleh guru tingkatan perlu mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Lembaga Pengawas/PK HEM. 3. Pemohonan juga dibuka kepada semua murid yang berminat menjadi pengawas sekolah. 4. Paneltemuduga (PK HEM, ketua guru disiplin dan guru pengawas) mengadakan satu sesi temuduga bagi memilih pengawas yang berkualiti. 5. Tempoh tiga bulan diberi kepada pengawas baru menjalani latihan 6. Semua guru dan murid memilih senarai calon pemimpin tertinggi pengawas melalui undian/pilihanraya 7. Panel temuduga (Pentadbir sekolah dan ketua guru pengawas) mengadakan sesi temuduga untuk memilih ketua, timbalan 1 & 2, dan setiausaha. 4.3.2 Pemerkasaan Lembaga Pengawas 1. Semua anggota perlu menandatangani borang aku janji sebagai pengawas. 2. Mengadakan sesi perbincangan pada setiap hari Rabu selepas tamat sesi persekolahan (untuk pengawas pagi) sebelum sesi bermula (untuk pengawas petang. 3. Pentadbir sekolah perlu membuat perjumpaan dengan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sekerap yang mungkin sama ada secara formal atau tidak formal sebagai motivasi. 4. Memberi ruang kepada pengawas meningkatkan kemahiran komunikasi dengan menguruskan majlis perhimpunan dan lain-lain program. 5. Membuat majlis perlantikan khas sebagai pengiktirafan sebagai badan perkhidmatan tertinggi di sekolah. 6. Mengadakan kem pemantapan sebagai platform latihan rasmi kepada semua anggota pengawas. 7. Semua guru terutama Ketua Guru pengawas perlu sentiasa memberi teguran jika mendapati ada pengawas yang tidak mencapai standard yang ditetapkan terutama dari aspek sahsiah. 8. Jika ada pengawas yang melanggar aku janji dan peraturan sekolah, perkara-perkara berikut boleh digunakan: a. Memberi amaran secara lisan dan menasihati pengawas tersebut. b. Memberi amaran 1 dan 2 secara bertulis jika kerap mengulangi kesalahan disiplin. Surat-surat amaran perlu dihantar kepada ibu bapa/penjaga.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 43 Pengawas perlu menghadiri sesi khidmat nasihat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM). c. Memberi amaran 3 (gantung tugas) dan diumumkan semasa perhimpunan rasmi. Pengawas yang terbabit diberi peluang untuk membuat rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari. d. Surat pengguguran sebagai pengawas sekolah akan dikeluarkan jika tiada sebarang rayuan selepas tempoh 14 hari tamat. 4.3.3 Peranan dan Tugas Pengawas Sekolah Semua guru pengawas dan semua guru perlu memperingati pengawas akan peranan dan tugas mereka. Ketua Guru Pengawas perlu memberi taklimat tentang peranan dan tugas berikut dari masa ke semasa. Rujuk Buku Panduan Pengawas Sekolah. 4.3.3.1 Berkhidmat Kepada Sekolah 1. Memastikan semua murid menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah 2. Memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah. 3. Mencegah kes salah laku berat seperti buli, bergaduh, jenayah, penyalahgunaan dadah, merokok, perlakuan lucah, gangsterism di sekolah. 4. Menguatkuasakan peraturan sekolah. 4.3.3.2 Berkhidmat Kepada Guru 1. Menghormati guru. 2. Sentiasa siapsiaga memberi bantuan kepada guru dalam pelbagai perkara. 3. Membantu para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakanrakan pelajar. 4.3.3.3 Berkhidmat Kepada Murid 1. Mengawal disiplin pelajar. 2. Menjaga dan mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior. 3. Menjaga imej dan nama baik sekolah. 4. Memimpin rakan-rakan pelajar. 5. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka. 6. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah. 7. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 44 4.3.3.4 Khidmat Kendiri 1. Tidak berat sebelah dalam tugas harian. 2. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 3. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain. 4. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. 5. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan. 6. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan. 7. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan. 4.3.3.5 Berkhidmat Kepada Pasukan 1. Sentiasa menjaga imej dan prestasi pasukan. 2. Semangat kerja berpasukan yang tinggi. 3. Membuat keputusan secara berpasukan. 4. Berusaha meningkatkan keupayaan pasukan dalam menjalanan tugas. 4.4 Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling 1. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti; a. Pembangunan sahsiah diri murid b. Peningkatan disiplin diri murid c. Pendidikan kerjaya murid d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid e. Pengurusan profil murid f. Pendidikan pencegahan g. Konsultasi keibubapaan h. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) a. Pembangunan Sahsiah Murid Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri murid dari aspek; • Sikap penyayang • Kepedulian • Budi Bahasa • Konsep kendiri • Kepemimpinan
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 45 • Komunikasi • Kekemasan diri • Ketepatan masa b. Fokus Peningkatan Disiplin Murid Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain. • Perlakuan ponteng sekolah • Perlakuan berunsur jenayah • Perlakuan berunsur kelucahan • Perlakuan berunsur kurang sopan • Perlakuan berunsur vandalisme c. Fokus Pengurusan Profil Murid Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukansecara lebih berkesan. Menerusi fokus ini guru B & K perlu; • Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin • Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah • Menyediakan profil kerjaya setiap murid • Menyediakan profil murid dari segi • Kesejahteraan Mental (emosi) • Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid latar belakang ibu bapa atau penjaga, latarbelakang masalah kekerapan dan punca masalah status tindakan penyelesaian d. Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas bahaya dadah rokok termasuk bahan inhalan fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri. e. Fokus Konsultasi Keibubapaan Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana;kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 46 f. Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills kemahiran generik semua ahli PRS. Guru B & K perlu; • Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS • Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berko sepkan ‘Bantu diri untuk Bantu orang lain’dengan; ➢ PRS sebagai role model kepada orang lain ➢ Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif ➢ Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain 2. Program dan aktiviti yang perlu diurus oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling seperti berikut: a. Program Jom ke Sekolah i. Majlis Perasmian ii. Jalinan kerjasama KPM dan PDRM iii. Minggu PPDa dan kesedaran DARVIH iv. Operasi ponteng dan lewat b. Program Guru Penyayang i. Kempen guru penyayang ii. Mentor mentee iii. Projek Kongsi Rezeki c. Program Ziarah Cakna i. Majlis perasmian ii. Aktiviti kunjung bantu iii. Jalinan kerjasama dengan PIBG, Polis, Komuniti dan NGO d. Program Kepimpinan Murid i. Bengkel kepimpinan ketua dan penolong ketua kelas ii. Bengkel kepimpinan pengawas iii. Bengkel kepimpinan badan perkhidmatan sekolah iv. Bengkel kepimpinan kokurikulum e. Program Kecemerlangan Akademik i. Majlis penetapan target ii. Majlis restu iii. Bengkel kecemerlangan akademik iv. Ceramah motivasi v. Kelas tambahan SUKSES
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 47 3. Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja. 4. Bimbingan diberi kepada murid-murid secara individu atau kelompok. 5. Murid-murid perlu dibimbing dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 6. GBK perlu berkolaborasi dengan guru disiplin dan guru kelas untuk mendapatkan maklumat murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. 7. Murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga mesti diberi khidmat bimbingan. 8. Murid yang telah digantung / dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan dan dilaporkan kepada PK HEM setiap bulan. 9. Rancang takwim program kesejahteraan murid yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. Menjalankan tugas di luar sekolah yang bersesuaian dengan jawatan dengan kadar 10% daripada hari persekolahan setahun (20 hari). 5. Ketetapan Pengurusan Bidang Pembangunan Kesejahteraan Murid 5.1 Pengurusan Program 3K (Keselamatan, Kebersihan, Kesihatan) 1. Jawatankuasa perlu ditubuhkan. 2. Mesyuarat perlu diadakan 4 kali setahun bagi memutuskan perkara-perkara yang hendak dilaksanakan, ditambah baik dan diamalkan sepanjang masa agar keselamatan, kebersihan dan kesihatan murid sentiasa berada pada tahap terbaik. 5.1.1 Pengurusan Keselamatan Murid 1. Menyediakan pelan strategik pengurusan keselamatan aktiviti murid di sekolah. 2. Merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran keselamatan. 3. Mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu : a. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah b. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual c. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. 4. Arahan keselamatan murid dari aspek pergi dan balik sekolah : a. Mendapatkan data dan menyimpan rekod cara murid hadir ke sekolah (berjalan kaki, berbasikal, motosikal, bas sekolah, bas awam, dihantar penjaga, bot/perahu, kereta sendiri, kerata api, LRT, komuter, van, dan lain-lain) b. Menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan balik sekolah.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 48 c. Membuat pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan murid ke sekolah (basikal dan motosikal). d. Memastikan murid mematuhi prosedur dan peraturan berkaitan keselamatan daripada pihak berkuasa (memakai jaket keselamatan/topi keledar/lesen memandu/cukai jalan dan lain-laian) e. Menetapkan laluan pejalan kaki, laluan dan parkir kenderaan yang digunakan oleh murid. f. Menetapkan tempat menurunkan dan mengambil murid yang menggunakan bas dan yang dihantar oleh penjaga. g. Mengawal selia di pintu masuk sekolah sewaktu murid datang dan balik sekolah. h. Memberi taklimat berkaitan keselamatan murid semasa berada di stesen bas/jeti/LRT dan lain-lain. 5. Arahan keselamatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan waktu rehat a. Menyedia dan mempamerkan arahan keselamatan murid di bilik darjah, makmal, bengkel, bilik-bilik khas dan lain-lain. b. Memastikan semua guru membuat pengawasan sebelum, semasa, dan selepas aktiviti pembelajaran. c. Memastikan semua guru merekodkan bilangan murid yang hadir. d. Memastikan semua guru murid dan mematuhi tatacara menggunakan peralatan aktiviti. e. Memastikan semua guru dan murid mematuhi peraturan berpakaian semasa melaksanakan aktiviti. f. Memaklumkan tentang kawasan larangan kepada murid (pada waktu hadir, rehat, dan balik) g. Menyediakan rekod keluar masuk murid dari kawasan sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. 6. Arahan keselamatan murid semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan a. Menyedia dan memaklumkan kepada murid arahan keselamatan sebelum,semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. b. Memastikan semua guru mengawasi murid sebelum, semasa, dan selepas aktiviti. c. Memastikan semua guru merekodkan bilangan murid yang hadir. d. Memastikan semua guru murid dan mematuhi tatacara menggunakan peralatan aktiviti. e. Memastikan semua guru dan murid mematuhi peraturan berpakaian semasa melaksanakan aktiviti.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 49 7. Arahan keselamatan murid semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan a. Menyedia dan memaklumkan kepada murid arahan keselamatan sebelum,semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan. b. Memastikan semua guru mengawasi murid sebelum, semasa, dan selepas aktiviti. c. Memastikan semua guru merekodkan bilangan murid yang hadir. d. Memastikan semua guru murid dan mematuhi tatacara menggunakan peralatan aktiviti. e. Memastikan semua guru dan murid mematuhi peraturan berpakaian semasa melaksanakan aktiviti. f. Memastikan semua guru mematuhi prosedur dan peraturan berkaitan lawatan dan perkhemahan (surat kebenaran ibu bapa/perakuan kesihatan) g. Memastikan semua guru mematuhi tempoh permohonan lawatan dan perkhemahan (tidak kurang daripada 6 minggu). h. Memastikan kenderaan yang digunakan untuk membawa murid selamat digunakan. i. Memastikan semua guru menerima surat lantikan sebagai guru pengiring. 8. Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah a. Membuat pemeriksaan berkala keadaan fizikal sekolah terutama di bahagian penghadang besi tangga dan kaki lima bangunan, bumbung bangunan serta kerangka tingkap yang terdedah kepada hujan dan panas. b. Memeriksa keadaan pendawaian elektrik dan peralatan elektrik seperti kipas, lampu dan pendingin hawa. c. Memeriksa keadaan struktur-struktur tambahan seperti pondok, wakaf, tempat letak basikal, rumah hijau dan replika taman. d. Memeriksa keadaan padang dan gelanggang serta peralatan yang ada di situ. e. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan fizikal bangunan. f. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan pendawaian dan peralatan elektrik g. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan retikulasi air. h. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan paip-paip gas. i. Menyediakan pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan sistem perparitan. j. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan sistem pembentungan. k. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan lanskap sekolah. l. Menyediakan rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan peralatan pencegah kebakaran (alat pemadan api, pili bomba, hose reel, rumah pam). m. Pemantauan, tatacara penggunaan,penyelenggaraan dan pelaporan tandas sekolah. n. Pemantauan, tatacara penggunaan,penyelenggaraan peralatan di bilik-bilik khas.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 50 o. Pemantauan, tatacara penggunaan,penyelenggaraan padang dan gelanggang permainan. p. Pencahayaan mencukupi dalam kawasan sekolah. q. Arahan keselamatan dipamerkan. r. Penetapan kawasan larangan di sekolah. s. Menyediakan rekod pemantauan, penggunaan, penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan, dokumen dan harta sekolah. t. Menyediakan laporan bergambar pemantauan yang dilaksanakan. 9. Latihan Kawad Kebakaran a. Latihan dilaksanakan 2 kali setahun dengan penglibatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. b. Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. c. Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Muridmurid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. d. Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. e. Rekod kehadiran murid diakses melalui APDM oleh guru kelas, manakala rekod kehadiran guru dan staf sokongan di bawa oleh staf pejabat ke tempat berkumpul. f. Guru Tingkatan mestilah mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada pentadbir dengan serta-merta. 10. Kenderaan Ibu Bapa, Murid, Kakitangan Dan Pelawat a. Guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. b. Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. c. Murid-murid yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal ke sekolah mesti memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor serta menyerah surat kebenaran ibu bapa kepada pihak sekolah. Hanya motosikalsahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. d. Semua kenderaan di dalam kawasan sekolah mesti diletakkan kereta menggunakan teknik “reverse parking”. e. Murid-murid yang berbasikal dan bermotosikal perlu menolak basikal dan motosikal mereka melalui pintu pagar dan meletakkannya di tempat yang dikhaskan. f. Ibubapa/penjaga diminta memberhentikan atau menurunkan anak mereka sebelum kawasan kotak kuning di hadapan pintu utama sekolah.