SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 51 11. Pondok kawalan keselamatan dan pengawal keselamatan a. Pengawal keselamatan sentiasa berada di pondok pengawal. b. Tatacara kawalan keselamatan dipamerkan. c. Pengawal keselamatan memakai pakaian seragam. d. Nombor telefon pengetua dan penolong kanan, pihak berkuasa dan agensi kecemasan dipamerkan. e. Buku rekod pelawat dan buku laporan kawalan keselamatan ada di pondok. f. Pintu pagar sekolah sentiasa ditutup g. Alatan kawalan keselamatan seperti corta, lampu suluh, jam, wisel disediakan oleh syarikat. h. Pondok pengawal sentiasa bersih dan kemas. Tidak dibenarkan menggantung sebarang objek di dinding luar dan dalam pondok pengawal. 12. Kawalan Keselamatan Kepada Pelawat a. Kenderaan pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. b. Tatacara berurusan hendaklah dipamerkan di pintu pagar utama sekolah. c. Pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti mendaftar dalam Buku Rekod Pelawat untuk mendapatkan Pas Pelawat dan Slip Kebenaran Berurusan. d. Urusan pelawat hanya di pejabat sekolah sahaja. e. Pelawat perlu mematuhi etika berpakaian apabila berurusan dengan pihak sekolah. 13. Mengemaskini data dan maklumat yang diperlukan dalam SKPMg2 dan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS). 5.1.2 Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 1. Pelan strategik dan taktikal pengurusan kebersihan sekolah perlu ada sebagai panduan. 2. Kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih. 3. Bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru, makmal, bengkel, pejabat, dewan, tandas dan kantin sentiasa terjaga kebersihannya. 4. Semua murid mengamalkan sikap membuang sampah sarap di dalam tong sampah yang disediakan. 5. Tong sampah disediakan dan dilabel mengikut amalan kitar semula. 6. Beg-beg sampah dikumpulkan setiap hari ditempat pengumpulan sampah. 7. Pekerja kebersihan sentiasa mematuhi skop tugas mengikut kontrak yang telah ditetapkan. 8. Borang pemantauan kebersihan perlu disemak dan disimpan dalam fail selepas diisi oleh guru bertugas harian. Hantar fail pemantauan kebersihan tersebut kepada PK HEM setiap hari Jumaat.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 52 9. Ketidakakuran pekerja kebersihan perlu dilapor kepada PK HEM dengan menggunakan borang aduan yang disediakan. 10. Tempat pembiakan nyamuk aedes perlu dikenalpasti dan dihapuskan. 11. Pembinaan landskap dipersekitaran sekolah. Bahagikan kawasan angkat kepada kelab/persatuan/badan beruniform dan adakan pertandingan sebagai galakan. 12. Aktiviti gotong-royong dan kempen sekolah bersih dan indah perlu diadakan. 13. Pertandingan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas perlu diadakan sebagai menyokong perkara 12. 14. Menyertai program yang dianjurkan oleh pihak berkuasa. 15. Laporan perlu dihantar dalam tempoh 14 hari selepas tamat sesuatu aktiviti/program. 16. Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. 17. Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan. 18. Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Pemantauan Kebersihan Kelas. 19. Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekerja swasta. 20. Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan. Pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan. 21. Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan. 22. Pengurusan kebersihan tandas : i. Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam keadaan baik. ii. Terdapat khidmat sanitari di tandas perempuan dengan membuang tuala wanita yang dibungkus ke dalam tong sanitari yang disediakan. iii. Sinki dalam tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat. iv. Memastikan tandas dibersihkan sekerap mungkin dan diselenggara mengikut jadual. v. Menyedia dan mempamerkan tatacara penggunaan tandas. vi. Tubuhkan skuad untuk menjalankan program tandas 5 bintang. vii. Mengadakan pertandingan tandas bersih dengan melibatkan kelab/persatuan/badan beruniform. viii. Membuat laporan jika berlaku sebarang kerosakan kemudahan tandas dengan segera menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan di pejabat sekolah. 5.1.3 Pengurusan Kesihatan Murid Kebelakangan ini pelbagai pihak, khususnya ibu bapa, sentiasa peka dan perihatin atas apa jua kejadian yang berlaku di sekolah. Kenaikan harga jualan makanan di kantin sekolah, denggi, tandas kotor dan penderaan murid adalah antara masalah kesihatan yang kerap menjadi isu. Walaupun minat yang ditunjukkan itu adalah positif, bagi tujuan perkembangan pendidikan, namun tanggapan negatif yang kerap menyusulinya boleh menjejaskan imej baik keseluruhan warga pendidik dan profesion keguruan. Segala kejadian yang dilaporkan oleh ibu bapa dapat dielakkan sekiranya pentadbir sekolah
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 53 dan guru bersikap proaktif , dan bertindak lebih awal menangani perkara-perkara yang boleh dijadikan isu. 5.1.3.1 Cadangan Program/Aktiviti Kesihatan di Sekolah 1. Kesihatan Diri a. Pengetahuan kesihatan/Kit kesihatan b. Pengurusan diri c. Pemakanan sihat dan selamat d. Kesihatan mental/ emosi e. Kesihatan kerohanian f. Kesihatan reproduktif dan seksual g. Gaya hidup sihat (senaman, tidak merokok, bebas dadah, bebas HIV/ AIDS dan lain-lain) h. Kawalan penyakit berjangkit/ tidak berjangkit i. Pertolongan cemas 2. Kesihatan Persekitaran a. Kantin sekolah sihat b. Bilik darjah sihat c. Tandas sekolah sihat d. Asrama sekolah sihat e. Bilik kesihatan sekolah f. Peti pertolongan cemas g. Sekolah Bebas Denggi h. Sekolah Bebas Dadah i. Sekolah Bebas Asap Rokok j. Kata-kata hikmat k. Halwa Telinga l. Bekalan air yang bersih dan selamat 3. Aktiviti dan program semasa a. Kempen Pemakanan Seimbang, Sihat dan Selamat b. Penambahbaikan dan Peningkatan Perkhidmatan Bilik Kesihatan Sekolah c. Program Pendidikan Sekolah Sihat d. Gotong-Royong Perdana e. Karnival Kesihatan f. Seminar Pembangunan Kesihatan Murid g. Kuiz Kesihatan h. Pertandingan 3K i. Seminar Pengurusan dan Kualiti Makanan
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 54 4. Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (Program Bersepadu Sekolah Sihat) a. Ceramah kesihatan secara individu dan berkumpulan b. Penyaringan pertumbuhan kesihatan murid sekolah c. Penyaringan kesihatan seperti pemeriksaan ketajaman penglihatan, masalah pendengaran dan lain-lain d. Imunisasi • lmunisasi mencegah penyakit Diptheria dan Tetanus (DT) bagiTahun • lmunisasi mencegah Polio • Imunisasi mencegah ‘Measles, Mumps dan Rubella’ (MMR) • lmunisasi Tetanus untukTingkatan 3 e. Menerima rujukan kes daripada guru dan dan sekolah f. Memberi rawatan ringan di sekolah g. Merujuk murid ke Klinik Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan h. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian i. Ceramah Kesihatan j. Pameran Kesihatan k. Promosi Kesihatan Mental untuk kanak-kanak dan remaja l. Kempen Gaya Hidup Sihat m. Menyebarkan maklumat kesihatan melalui buku, risalah, pemplet dan poster n. Doktor Muda o. PROSTAR sekolah p. Pemeriksaan tempat pembiakan aedes di sekolah q. Pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah r. Mengeluarkan Sijil Pengendali Makanan s. Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi pengendali makanan kantin sekolah t. Bekalan air beriodin di kawasan-kawasan yang mengalami Gangguan Akibat Kekurangan lodin (GAKI) u. Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat untuk anggota kesihatan dan guruguru sumber PBSS di sekolah v. ‘Quality Assuarance Programme’ untuk pengesanan masalah ketajaman penglihatan kalangan murid-murid Tahun 1 di seluruh negara 5. Kawalan Pemakanan di Sekolah a. Pengurusan makanan di kantin dan asrama sekolah • Sijil Pengendali Makanan • Imunisasi TY2 kepada pengendali makanan 4.1.3 Menu makanan dan kos harga jualan • Makanan dan minuman yang boleh/ tidak boleh dijual • Proses penyajian makanan • Kualiti makanan • Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 55 b. Keselamatan makanan di kantin dan asrama sekolah • Kemudahan bekalan air bersih • Penggunaan peralatan memasak, sajian, inventori, penyimpanan bahan stok basah dan kering • Susun atur dan penyelenggaraan premis • Jadual berkala pembersihan premis kantin • Bahan pencuci, peralatan, kaedah membasuh peralatan • Sistem penyajian dan susun atur yang bersistematik (bertutup, bersih, dan terhindar daripada (LILATI) • Tidak membenarkan penjualan makanan segera dan minuman bergas • Menasihati murid supaya tidak membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah c. Pengurusan Penamatan Perkhidmatan Kantin Sekolah • Melanggar perjanjian Perkhidmatan Kantin Sekolah • Kes keracunan dan kes disita 5.1.3.2 Program Kesedaran Penjagaan Kesihatan 1. Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masingmasing dengan cara yang betul. 2. Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti Influenza A, Hepatitis B, HFMD, dan penyakit berbahaya yang lain. 3. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran dengan bantuan pusat kesihatan. 4. Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan murid untuk jangkamasa yang lama kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka seperti jerebu dan cuaca panas. 5. Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran dan tidak membenarkan murid yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah untuk suatu tempoh yang difikirkan wajar. 6. Mewujudkan persekitaran sosialsekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani, dan sosial yang sihat. 7. Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensiagensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1997. 8. Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran, pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan dari semasa ke semasa. 9. Menyediakan surat kebenaran menjalani suntikan dan mendapatkan pengesahan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga murid melalui guru kelas. 10. Menyelaras pemeriksaan kesihatan/pergigian/rawatan/imunisasi murid dengan kerjasama jabatan kesihatan.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 56 11. Merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran kesihatan. 12. Mewujudkan persekitaran bermaklumat dengan mekanisme yang sesuaiseperti papan kenyataan. 13. Menubuhkan skuad denggi untuk menjalankan program bebas denggi. Laporan pencegahan wabak denggi perlu dihantar ke PPD pada setiap bulan. 5.1.3.3 Pengurusan Bilik Kesihatan 1. Tubuhkan skuad kesihatan dikalangan murid untuk membantu operasi bilik kesihatan dan aktiviti. 2. Bilik kesihatan perlu sentiasa kemas dan bersih agar sentiasa siap siaga untuk digunakan. Mohon bantuan pekerja kebersihan untuk pembersihan seminggu sekali. 3. Bilik ini juga digunakan untuk menempatkan murid-murid yang menghidapi penyakit berjangkit. 5.1.3.4 Tatacara Mengurus Murid Sakit atau Kemalangan a. Murid Sakit/Pengsan • Hubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil murid di sekolah. • Minta ibu bapa/penjaga murid mengisi buku daftar masuk dan keluar dari kawasan sekolah. • Bawa murid pengsan ke bilik kesihatan dengan menggunakan pengusung. Minta bantuan pasukan BSMM sekolah. • Jika murid tidak sedar lebih daripada 5 minit, buat panggilan kecemasan. b. Murid Kemalangan • Kenalpasti keadaan murid kemalangan samada sedar atau tidak sedarkan diri. Jika tidak sedarkan diri lebih daripada 5 minit, buat panggilan kecemasan. Jangan alihkan mangsa dari tempat kejadian jika murid tidak mampu bergerak. • Kecederaan di kepala yang menyebabkan murid berasa pening dan muntah ▪ Maklumkan kejadian kepada ibu bapa/penjaga murid dan minta mereka hadir ke sekolah untuk tindakan selanjutnya. 5.1.3.5 Pengurusan Rekod Kesihatan Murid 1. Memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan. 2. Buku Rekod Kesihatan iniselalunya diperolehisewaktu murid berada disekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. 3. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan semasa pemeriksaan kesihatan dan suntikan imunisasi HPV (Tingkatan Satu) dan ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. 4. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 57 5.1.3.6 Pengurusan Rekod Pergigian Murid 1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun. 2. Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. 3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. 5.1.3.7 Pengurusan Surat Rawatan Hospital 1. Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan. 3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di manamana hospital atau klinik kerajaan. 5.2 Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Murid 1. Tubuhkan jawatankuasa pengurusan bantuan dan kebajikan murid. 2. Mesyuarat jawatankuasa perlu diadakan 4 kali setahun. 3. Mesyuarat pemilihan murid yang layak menerima bantuan perlu diadakan. 4. Gunakan borang PB1 dan PB2 untuk semua jenis permohonan bantuan bersasar. Borang PB3 hanya diberi kepada pemohonan yang telah disenarai pendek oleh pihak sekolah untuk permohonan biasiswa kecil persekutuan. 5. Kemaskini data murid yang berkaitan dalam APDM. Mohon kepada guru kelas untuk proses ini. 5.2.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 1. Syarat kelayakan : a. Warganegara Malaysia bersekolah Tahun 1 hingga tingkatan 5. b. Sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan,sekolah agama negeri,sekolah agama rakyat, dan swasta (bukan sekolah antarabangsa
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 58 2. Agihkan bantuan sebaik sahaja dana telah diterima daripada kementerian mengikut terma-terma yang telah ditetapkan. 5.2.2 Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 1. Syarat kelayakan : a. Warganegara Malaysia yang belajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 1. b. Ketua isi rumah murid yang berdaftar dengan eKasih dan eDAMAK yang disahkan status kemiskinannya sebagai miskin dan miskin tegar sahaja. Pendapatan Garis Kemiskinan Nasional merujuk data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM. c. Murid tidak terdiri daripada penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan mahu pun pihak luar. 2. Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pengemaskinian data maklumat murid oleh guru yang bertanggungjawab. 5.2.3 Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) 1. Syarat kelayakan : a. Warganegara Malaysia. b. Sekolah kerajaan dan bantun kerajaan. c. Mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. d. Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. 2. Mengemaskini data dan maklumat murid OKU mengikut jadual yang ditetapkan oleh JPN. 5.2.4 Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Agensi Lain 1. Syarat kelayakan : a. Warganegara Malaysia. b. Tingkatan 1-6 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan c. Pendapatan ketua isi rumah RM1500 sebulan dan ke bawah. d. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 59 e. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 2. Borang permohonan PB1, PB2, dan PB3 diberikan kepada murid yang layak. 3. Proses permohonan untuk disenarai pendek dan dimajukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia secara atas talian. http://sps1.moe.gov.my 4. Biasiswa agensi lain diuruskan mengikut ketetapan yang diberi oleh agensi berkaitan. 5.2.5 Bantuan Kebajikan, Insuran dan Zakat 1. Kenalpasti murid yang memerlukan bantuan kebajikan melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan bukan kerajaan. 2. Bantu murid yang ingin mempunyai insuran tambahan melalui jalinan kerjasama dengan syarikat insuran. 3. Kenalpasti murid asnaf untuk didaftarkan dengan Lembaga Zakat 4. Kenalpasti murid yang layak diberi bantuan zakat daripada orang perseorangan. 5.3 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 1. Buku Panduan Pengurusan SPBT perlu dijadikan rujukan dalam pengurusan SPBT. 2. Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan di sekolah seperti Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) serta kelengkapan, fail, buku stok, cap SPBT, borang-borang maklumat yang berkaitan dan bantuan perkeranian.(Sila rujuk – Surat Arahan Pentadbiran KP.BT.8945/Jld.29(69) bertarikh 23 September 2008). 3. Menubuhkan jawatankuasa SPBT Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Ketua Bidang, Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan serta guru kelas. 4. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah atau diwakilkan kepada Timbalan Pengerusi. Antara agenda mesyuarat termasuklah : • Penetapan peraturan penjagaan buku teks SPBT • Penyelarasan tindakan bagi salah laku disiplin SPBT selaras dengan PeraturanPeraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang dikeluarkan oleh KPM • Pembukaan/Penutupan kelas dan perubahan enrolmen murid perlu diambil kira sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. • Pemilihan dan penawaran mata pelajaran sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 5. Mesyuarat jawatankuasa perlu diadakan 4 kali setahun. 6. Latih pengawas SBPT supaya dapat mengendalikan urusan dengan cekap. 7. Bilik operasi SPBT perlu diurus dengan baik. 8. Peraturan peminjaman buku SPBT hendaklah dimaklumkan kepada semua murid.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 60 9. Menyediakan jadual pemeriksaan berkala buku-buku teks yang berada dalam simpanan murid. 10. Mengurus borang-borang pinjaman dan buku stok dengan baik. 11. Mengurus kehilangan buku teks mengikut prosedur yang betul. 12. Mengurus kekurangan buku teks agar sentiasa mencukupi mengikut bilangan enrolmen murid. 13. Pastikan tidak ada buku berlebihan disimpan di dalam bilik operasi SBPT. Buku berlebihan perlu dihantar ke Bilik Operasi SBPT Pusat. 5.4 Pengurusan Kantin Sekolah 1. Jawatankuasa pengurusan kantin peringkat sekolah perlu mengadakan mesyuarat 4 kali setahun. Contoh agenda yang perlu dibincangkan adalah seperti berikut: • Pematuhan kontrak/perjanjian pengusaha kantin • Aduan pelanggan (murid) • Kualiti, kuantiti dan harga makanan • Kemudahan, kebersihan dan keceriaan kantin • Program atau aktiviti yang sesuai • Lain-lain yang difikirkan sesuai 2. Tubuhkan skuad kantin untuk menjalankan program atau aktiviti berkaitan. 3. Penyediaan dan penjualan makanan di kantin mesti mengikut etika pengurusan makanan yang betul. 4. Pastikan premis kantin sentiasa dalam keadaan bersih,selesa dan selamat,supaya murid tidak dijangkiti penyakit. 5. Penjualan makanan di kantin perlu diawasi secara berterusan supaya makanan untuk murid mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perjanjian dan sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian murid. 6. Makanan dan minuman yang dijual dalam kategori makanan berkhasiat. 7. Pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. 8. Buku Pemeriksaan Kendiri yang perlu diisi oleh pengusaha kantin perlu disemak. 9. Kes keracunan makanan di kantin sekolah hendaklah dilaporkan segera. 10. Laporan kes keracunan makanan perlu dihantar ke PPD dengan kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid. 11. Kempen amalan pemakanan seimbang dan selamat. 12. Murid tidak digalakan membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah. 13. Hanya makanan sihat dan dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan sahaja dijual di kantin sekolah. 14. Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria. 15. Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi. 16. Peraturan-peraturan yang disediakan dipatuhi.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 61 17. Setiap kes yang disyaki keracunan makanan hendaklah diambil tindakan segera dengan menghantar murid yang terlibat untuk menerima rawatan dan melaporkan serta merta kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 18. Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin sekolah sihat hendaklah dipatuhi. 19. Pengusaha kantin hendaklah menyediakan makanan bermasak di kantin. 20. Pengusaha kantin mengambilkira kepentingan agama pelanggan apabila menyedia serta menyimpan makanan dan minuman. 21. Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang halal. (Silarujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 bertarikh 9 Februari 1981) 22. Pengusaha kantin tidak memelihara atau membiarkan haiwan berkeliaran di kawasan kantin sekolah. 23. Pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga. 24. Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah. 25. Perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin dirancang dengan baik. 26. Peka kepada cadangan dari pada pihak murid, guru, staf sokongan, ibubapa kepada Pengetua tentang pengurusan kantin. 27. Rancang pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. 28. Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik. 29. Guru disiplin dan guru bertugas harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. 6. Ketetapan Pengurusan Pembangunan Bidang Organisasi 6.1 Pengurusan Sumber Manusia 1. Penyelarasan tugas selain daripada tugas hakiki dibuat berpandukan jadual deskripsi tugas atau myportfolio hal ehwal murid. 2. Jawatankuasa unit hal ehwal murid diwujudkan berdasarkan 3. Struktur jawatankuasa dibina berdasarkan gred jawatan guru. Guru yang berada pada gred jawatan tertinggi perlu mengetuai kumpulan jawatankuasa atau kumpulan pelaksana. 4. Mengadakan sesi taklimat setiap awal tahun sebagai mengingat kembali ketetapan skop tugas semua guru dalam pengurusan hal ehwal murid. 5. Bengkel pelaksanaan tugas perlu diadakan jika ada program dan guru baharu. 6. Ketua atau penyelaras jawatankuasa kerja perlu memberi taklimat, bimbingan dan pemantauan bagi memastikan tugasan dilaksanakan dengan sempurna. Laporan prestasi pelaksanaan tugas perlu difailkan. 7. Pencerapan pengajaran dan pemudahcaraan guru-guru di kelas dilaksanakan berdasarkan 8. Menilai prestasi guru-guru berdasarkan modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 62 9. 500-1 Tadbir Urus Sumber Manusia 500-1/1 Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (Penyelarasan Sumber Manusia) 500-1/1/1 Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) 500-1/1/2 Panel Pembangunan Sumber Manusia 500-1/1/3 Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia 6.1.1 Skop Tugas Setiausaha Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 1. Menyediakan buku pengurusan bahagian HEM. 2. Membantu merancang aktiviti-aktiviti HEM untuk tindakan dan pelaksanaan Unit-unit di bawah HEM. 3. Membantu melaksanakan program-program yang telah dirancang. 4. Memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan mengikut unit masing-masing. 5. Memberi laporan kepada Pengetua/ PK HEM. 6. Memantau pengurusan buku rekod kehadiran pelajar setiap bulan. 7. Memastikan data pelajar dari semua unit di bawah HEM terurus. 8. Memantau pengurusan fail di bawah Unit HEM. 9. Memanggil mesyuarat dan membuat minit mesyuarat Induk HEM. 6.1.2 Skop Tugas Penyelaras Tingkatan 1. Menyenarai dan menyelaraskan tugas guru kelas berdasarkan perkara 3.2, 5. 2. Membuat semakan dan penambahbaikan tugas-tugas guru kelas dari masa ke semasa. 3. Menyediakan senaraisemak tugas guru kelas dan memastikan keakuran kepada tugasan yang disenaraikan. 4. Mengambil alih tugas guru kelas jika guru tersebut tidak hadir. 5. Mecadangkan guru ganti jika guru kelas cuti berpanjangan. 6. Menerima dan menyemak dokumen murid berpindah masuk dan berpindah keluar. 7. Mendaftarkan butiran murid dalam buku daftar utama sekolah (Buku Daftar Besar) untuk murid yang berpindah masuk. 8. Menyemak dan memastikan guru kelas telah melengkapkan butiran murid dalam Buku Daftar Besar. 9. Mengurus bilik fail peribadi murid. 10. Menyemak bilangan fail peribadi murid yang berada di dalam bilik fail sentiasa akur dengan bilangan murid. 11. Menyediakan buku rekod pergerakan fail peribadi murid. 12. Memantau kepatuhan guru kelas kepada pengisian e-kehadiran pada setiap hari dan memperingatkan guru kelas jika perkara tersebut tidak dipatuhi. 13. Menyemak dan memastikan laporan e-kehadiran bulanan telah dicetak dan difailkan. 14. Memastikan guru kelas sentiasa mengemaskini data murid di dalam sistem APDM. 15. Memastikan data murid dikemaskini dalam APDM sebelum sesipersekolahan tahun berikutnya bermula (2 minggu sebelum sesi dibuka) 16. Menyelaraskan format dan mengumpulkan senarai nama murid daripada guru tingkatan. 17. Membantu guru kelas jika terdapat sebarang masalah berkaitan penggunaan APDM.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 63 18. Mengemaskini papan statistik bilangan murid di pejabat sekolah. 19. Menjadi ahli jawatankuasa aktiviti yang melibatkan guru kelas seperti hari bicara akademik, penilaian kebersihan dan keceriaan kelas dan lain-lain. 20. Membantu guru jadual waktu untuk menguruskan menggabungkan kelas jika kehadiran murid sangat kurang. 21. Membantu pengurusan buku teks SPBT. 22. Memantau dan mengingati guru kelas berkaitan kutipan bayaran sumbangan PIBG. 23. Khas untuk penyelaras tingkatan lima: a. Menyediakan jadual untuk murid mengemaskini butiran diri dalam SijilWeb. b. Memastikan semua guru kelas kelas telah membuat penilaian untuk sijil akuan dalam SijilWeb. c. Menyediakan senarai semak untuk ditandatangani oleh guru kelas selepas semua perkara (a) dan (b) telah selesai. 24. Menyemak dan menerima penyerahan tugas guru kelas pada akhir sesi setiap tahun. 25. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK HEM dari masa ke semasa. 6.1.3 Skop Tugas Guru Tingkatan 1. Membentuk jawatankuasa atau organisasi kelas. 2. Membimbing jawatankuasa kelas yang dilantik menjalankan tugas. 3. Memastikan perkara-perkara yang ditetapkan ada di dalam bilik darjah. 4. Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat. 5. Membuat laporan segera jika berlaku kerosakan. 6. Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas. 7. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan kelas. 8. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK HEM dari masa ke semasa. 6.1.3.1 Menguruskan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) 1. Menanda kehadiran murid secara atas talian dengan menggunakan APDM. 2. Mengemaskini rekod kehadiran murid dalam APDM. Membuat cetakan laporan kehadiran pada setiap bulan 3. Mengurus surat amaran ketidakhadiran menggunakan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Rujuk Lampiran 4. Menyimpan rekod data peribadi murid dalam bentuk PDF dan cetakan sebagai rujukan. 5. Menyediakan senarai nama murid mengikut format yang diselaraskan oleh penyelaras
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 64 6. Memastikan data terkini pelajar dikemaskini 2 kali setahun (Januari dan Jun). 7. Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik. 8. Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah (kes ponteng). 6.1.3.2 Menyediakan rekod prestasi akademik, sijil berhenti, dan surat akuan. 1. Mengemaskini data SAPS dan mencetak slip pelaporan prestasi akademik murid. 2. Menggunakan slip pelaporan sebagai rujukan semasa Hari Bicara Akademik bersama ibu bapa. 3. Menyimpan satu salina slip pelaporan prestasi murid dalam fail peribadi murid. 4. Menyediakan sijil berhenti dan sijil akuan (Guru Kelas T5) 6.1.3.3 Membantu murid mengurus masalah pembelajaran, kesihatan dan disiplin 1. Memberi galakan, motivasi, dan merangsangkan minat murid terhadap akademik. 2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. 3. Sentiasa prihatin terhadap masalah murid kelasnya. 4. Melaporkan kepada Kaunselor murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran. 5. Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan. 6. Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan murid dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan. 7. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar peraturan sekolah. 8. Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan murid ponteng. 6.1.3.4 Membantu mengurus SPBT, Bantuan dan Kebajikan Murid 1. Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada murid yang layak, memastikan bukubuku tersebut dibalut dan dicatat nama murid, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas. 2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa. 3. Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, 4. Menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT 5. Membantu jawatankuasa bantuan dan kebajikan murid mengenalpasti murid yang perlukan bantuan dengan mengedar, mengumpul dan menyemak borang permohonan bantuan.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 65 6.1.3.5 Mengutip yuran, sumbangan PIBG dan sumbangan awam 1. Mengutip bayaran tambahan. 2. Mengutip sumbangan PIBG. 3. Mengeluarkan resit bagisemua kutipan. 4. Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada: a. Kerani kewangan (bayaran majalah) b. Bendahari PIBG (sumbangan PIBG) c. Bendahari Koperasi (pesanan item daripada koperasi) d. PK Kokurikulum (bayaran kokurikulum dan sahsiah). 6.1.3.6 Menguruskan penempatan, data dan maklumat murid pindah masuk dan keluar 1. Menyediakan kerusi dan meja untuk murid yang baru pindah masuk. 2. Mengumpulkan dan menyemak data dan maklumat yang ada dalam fail. Pastikan isi kandungan fail lengkap. 3. Menyimpan fail di dalam bilik fail yang disediakan. 6.1.4 Skop Tugas Guru Organisasi Kelas 1. Merancang dan melaksanakan Program atau aktiviti pengurusan bilik darjah. 2. Memberi taklimat kepada Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. 3. Memberi taklimat dan latihan kepada Ketua dan Penolong Ketua Kelas. 4. Merancang, mengatur dan memastikan semua murid mempunyai bilik darjah semasa bilik-bilik darjah digunakan untuk peperiksaan awam. 5. Merancang dan mengatur jadual untuk semua tingkatan menjalankan aktiviti sambutan perayaan dan jamuan kelas. 6. Membuat kertas kerja untuk memohon bantuan kewangan daripada PIBG atau pihakpihak lain jika perlu. 7. Membuat ketetapan tentang senarai AJK Kelas yang perlu dilantik. 8. Menyediakan Borang Jawatankuasa Kelas dan senarai semak perkara-perkara asas yang perlu ada dalam bilik darjah. 9. Mematuhitatacara pemantauan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelasseperti berikut : i. Menyediakan borang pemantauan dan penilaian meliputi semua aspek yang telah ditetapkan. ii. Pemantauan dibuat secara berterusan mengikut kesesuaian. Sediakan jadual giliran bertugas mengikut kesesuaian waktu mengajar guru. iii. Kelas yang kotor dan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan akan diberi amaran kali pertama dan kedua. Kelas akan didenda sekiranya menerima amaran
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 66 kali ketiga. Guru Tingkatan akan menerima surat peringatan sekiranya kelas masih kotor setelah menerima amaran kali ketiga. iv. Kelas yang bersih akan menerima surat pujian dan sijil penghargaan. v. Kelas yang menjadi johan akan mendapat hadiah yang disediakan. vi. Menyediakan laporan bergambar jika terdapat kelas-kelas yang gagal mematuhi ketetapan berkaitan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas. Hantar laporan dengan kadar segera kepada Pengetua/PK HEM untuk tindakan selanjutnya. 6.1.5 Skop Tugas Guru Disiplin 6.1.5.1 Punca kuasa dan sumber rujukan untuk menjalankan tugas 1. Menerima surat lantikan rasmi sebagai guru disiplin. 2. Sentiasa merujuk akta pendidikan berkaitan dengan disiplin murid dan surat pekelilingikhtisas dan surat siaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan buku-buku panduan yang berkaitan. 3. Sentiasa merujuk Buku Ketetapan Hal Ehwal Murid perkara 4.2 berkaitan pengurusan disiplin murid dan Buku Peraturan Sekolah. 4. Menerima surat penurunan kuasa mengambil tindakan kepada murid. 5. Memahami dan menguasai akta dan peraturan-peraturan sekolah. 6. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK/PK HEM dari masa ke semasa. 6.1.5.2 Tugas Ketua/Penolong Ketua Guru Disiplin 1. Membuat senarai tugas dan menyelaraskan jadual bertugas guru-guru disiplin. 2. Mengagihkan tugasan secara adil di kalangan guru-guru disiplin. 3. Memberi taklimat prosedur menjalankan tugas kepada guru-guru disiplin. 4. Memberi taklimat mengenai Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) kepada semua guru terutama berkaitan dengan amalan baik murid (nilai murni). 5. Menyebarluaskan kandungan buku peraturan sekolah kepada murid-murid secara lisan diperhimpunan dan papan-papan kenyataan kelas dan HEM serta medium teknologi yang bersesuaian. 6. Menguatkuasakan akta pendidikan (disiplin) dan peraturan sekolah mengikut lunas undang-undang dan pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. 7. Menangani kes-kes disiplin dengan tegas dan berhemah. 8. Menerima aduan secara bertulis melalui borang aduan, aplikasi whatsapp, telegram, dan panggilan telefon daripada pelanggan. 9. Membuat catatan dengan menggunakan borang aduan pelanggan (Borang PK 11-1) jika menerima aduan melalui panggilan tetefon. Catatkan butiran penting peribadi pengadu seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan lain yang difikirkan perlu. 10. Mencetak aduan yang dibuat melalui aplikasi whatsapp dan telegram.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 67 11. Guru-guru dan murid perlu mengisi borang laporan jika ingin membuat sebarang aduan 12. Menguruskan aduan secara sistematik dan berkesan. Rujuk Lampiran 13. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan siasatan kes. 14. Membuatsiasatan berdasarkan aduan dengan mendapatkan perakuan murid tertuduh dan saksi-saksi. 15. Membawa kes ke lembaga tatatertib untuk dibicarakan. 16. Memasukkan data keputusan perbicaraan dalam SSDM untuk diambil tindakan selanjutnya. 6.1.5.3 Skop Tugas Setiausaha Lembaga Disiplin 1. Menyemak pelan strategik unit disiplin dan menyediakan jadual 2,3,4,dan 5. 2. Menguruskan mesyuarat jawatankuasa disiplin sekurang-kurangnya 4 kalisetahun. 3. Menyediakan surat panggilan mesyuarat secara rasmi dan menguruskan bilik mesyuarat. 4. Menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat dan disahkan oleh pengetua. 5. Menyebarluaskan minit mesyuarat kepada ahli mesyuarat secara cetakan/aplikasi telegram/google classroom. 6. Mengemaskini data dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) secara konsisten. 7. Menyediakan laporan dan makluman salah laku murid setiap bulan kepada pengetua. 8. Menyediakan surat-surat amaran dan menguruskan sidang kes untuk menetapkan hukuman. 9. Menguruskan data dan maklumat yang diperlukan oleh PPD dan JPN. 10. Menyediakan kertas kerja program yang telah dirancang dalam pelan taktikal. 11. Mendapatkan maklumat berkaitan personel yang dapat dijadikan sebagai motivator untuk program kemenjadian sahsiah diri murid. 12. Menjadi penghubung kepada personel yang telah ditetapkan dalam mesyuarat. 13. Membuat penilaian dalam SKPMg2 berdasarkan kepada keputusan mesyuarat. 6.1.5.4 Skop Tugas Guru Disiplin 1. Bertanggungjawab memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dengan mematuhi semua peraturan sekolah pada setiap masa. 2. Membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. 3. Menggunakan pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. 4. Sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 68 5. Bertanggungjawab memaklumkan dengan mengisi borang laporan kes kesalahankesalahan disiplin murid kategori berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM. 6. Bertanggungjawab menggunakan buku kawalan kelas bagi melapor kes-kes kategori ringan dan sederhana. 7. Tidak mengambil tindakan secara bersendirian kepada murid yang melakukan kesalahan berat. 8. Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 9. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 10. Perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid. 6.1.6 Skop Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling 1. Akauntabiliti • Membantu menyediakan perancangan dan menyelaras perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang profesional dan beretika bagi memastikan murid-murid mendapat perkhidmatan yang betul, tepat dan terbaik. ➢ Merancang pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah secara: i. Individu ii. Kelompok • Melaksanakan pengoperasian pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. ➢ Mengurus data-data Bimbingan dan Kaunseling sekolah. ➢ Melaksanakan program-program berdasarkan takwim sekolah yang telah diluluskan. ➢ Mengurusetia Mesyuarat Jawantankuasa Bimbingan dan kaunseling sekolah. • Melaksanakan Pentaksiran Psikometrik secara sistematik dan terancang supaya murid-murid mendapat deskripsi yang tepat mengenai diri mereka. • Mentadbir pentaksiran psikometrik secara sistematik dan terancang. • Mengesyorkan keberkesanan pengintegrasikan penilaian diagnostik psikologi yang wajar (terrmasuk ujian psikometrik) terhadap kes melibatkan murid Dengan kepelbagaian keperluan psikologikal merentas sekolah-sekolah lain di daerah 2. Skop Tugas Bersesuaian dengan Sekolah • Membangun sahsiah murid menggunakan pendekatan kaunseling dan program terapi. • Menggunakan kepelbagaian strategi kaunseling yang bersepadu bagi memenuhi kepelbagaian keperluan psikologi murid.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 69 • Membuat refleksi secara kritikal dalam perancangan bimbingan dan kaunseling yang bersepadu. (minimum 60 sesi kaunseling individu setahun dan 25 sesi kaunseling kelompok setahun) • Memimpin kelompok sekolah untuk mereka bentuk kokurikulum yang bersepadu dalam pengkhususan bidang kepakaran (cth: koakademik) • Memastikan pembangunan mental, fizikal dan sosial dan/atau kelompok murid berkeperluan khusus (murid pintar, murid berisiko, murid berbakat dan pemimpin pelapis) • Mengekalkan pembangunan kesejahteraan murid • Menghasilkan penyelidikan pembangunan program berdasarkan keperluan semasa untuk menjana idea-idea inovatif • Mengetuai guru-guru bimbingan dan kaunseling dalam p,embelajaran profesional yang berkesan • Membimbing rakan sejawat dalam kelompok murid berkeperluan khusus Untuk bimbingan professional • Melaksanakan strategi hubungan positif guru, ibu bapa, sekolah komuniti di sekolah-sekolah dalam daerah • Membantu Menjadi pakar rujuk kepada pihak lain dalam menjaga dan menguruskan kesejahteraan murid • Bekerjasama dengan guru-guru daripada bidang lain untuk mereka bentuk dan melaksanakan program bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk pelbagai kelompok murid di sekolah 3. Bidang keberhasilan utama dalam deskripsi tugas GBK 2. Penilaian Diagnostik 3. Rekabentuk dan Implimentasi 4. Program Kaunseling dan Bimbingan 5. Pembangunan dan implimentasi kokurikulum 6. Penglibatan dalam pembelajaran profesional 4. Menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan kerjaya. 5. Menyelaras sistem mentor-mentee/ penjaga mengikut cara yang ditentukan oleh pihak sekolah. 6. Menentukan sebarang maklumat dan runding cara dirahsiakan dan hanya disimpan kepada Pengetua sahaja. 7. Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya. 8. Memberi nasihat kepada murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan peribadi. 9. Menyimpan rekod murid-murid yang mendapatkan khidmat GBKSM. 10. Menyebarkan maklumat tentang kerjaya dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran. 11. Menjemput pihak-pihak tertentu untuk memberikan ceramah motivasi. 12. Memastikan program dijalankan untuk murid selaras dengan Akta Antidadah Kebangsaan.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 70 13. Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap pagi dan petang di pintu pagar sekolah. 14. Memberi penghargaan murid dengan meraikan hari lahir. 15. Menyelaraskan program mentor-mentee. 16. Menghargai kejayaan dan pencapaian murid dalam pelbagai bidang melalui pengumuman/ penyampaian sijil/ perkongsian pengalaman semasa perhimpunan rasmi dan sebagainya. 6.1.7 Skop Tugas Guru Keselamatan 1. Merujuk kepada prosedur yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat pekeliling ikhtisas dalam menjalankan tugas. 2. Merujuk kepada perkara 5.1.1 yang telah ditetapkan oleh pengurusan sekolah. 3. Ketua guru keselamatan perlu mengagihkan tugassecara adil kepada semua guru yang menggalas tanggungjawab tersebut. 4. Mengenalpasti aspek-aspek keselamatan di luar dan dalam kawasan sekolah. 5. Menyebarluaskan aspek-aspek keselamatan kepada semua murid. 6. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan. 7. Mengumpul data cara-cara murid hadir ke sekolah. 8. Merancang dan mengadakan program peningkatan kesedaran keselamtan di kalangan murid. 9. Mengenalpasti kawasan-kawasan berbahaya dipersekitaran sekolah dan menyediakan papan tanda amaran. 10. Menyediakan arahan keselamatan di pintu masuk utama sekolah. 11. Memantau operasi pekerja keselamatan sekolah berkaitan dengan buka dan tutup pintu utama sekolah. 12. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik. 13. Mengadakan latihan kebakaran dua kalisetahun disekolah dengan diselia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. 14. Menentukan kereta diletakkan di tempat yang ditetapkan. 15. Meletakkan papan tanda/ arahan keselamatan di tempat yang sesuai. 16. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/ pelan kebakaran kepada setiap kelas. 17. Melaksanakan program sekolah selamat. 18. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK/PK HEM dari masa ke semasa
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 71 6.1.8 Skop Tugas Guru Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 1. Skop kebersihan sekolah merangkumi kebersihan bangunan dan persekitaran sekolah. a. Bangunan sekolah terdiri daripada pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik darjah, bilik-bilik pembelajaran khas, makmal, bengkel, pusat sumber, surau, dewan, stor, tandas, dan kantin b. Persekitaran sekolah meliputi dataran perhimpunan, gelanggang, padang dan kawasan berlandskap. 2. Rujuk perkara 5.1.2 ketetapan pengurusan kebersihan dan keceriaan sekolah. 3. Memastikan penjagaan kebersihan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, tandas, kaki lima bangunan, dan persekitaran akan dilakukan oleh pekerja kebersihan. 4. Memastikan murid-murid menjaga kebersihan bilik darjah, bilik pembelajaran khas, bengkel dan makmal. Pastikan ada jadual bertugas murid dipaparkan dalam bilikbilik tersebut. 5. Merancang program atau aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. 6. Menubuhkan skuad kebersihan dan keceriaan uantuk membantu pelaksanaan program. 7. Sentiasa peka dan mematuhi arahan pengetua dari masa ke semasa. 6.1.9 Skop Tugas Guru Kamar Selesa (Tandas) 1. Rujuk perkara 5.1.2 pengurusan kebersihan dan keceriaan sekolah. 2. Rujuk perkara 5.1.2(22) pengurusan kebersihan tandas. 3. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK/PK HEM dari masa ke semasa. 6.1.10 Skop Tugas Guru Kesihatan 1. Skop tugas guru kesihatan tertakluk kepada panduan dan perkara 5.1.3 ketetapan pengurusan kesihatan murid. 2. Membaca, memahami dan mengaplikasi ketetapan yang telah dirangka sebaik mungkin. 3. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK/PK HEM dari masa ke semasa. 6.1.11 Skop Tugas Guru Bantuan dan Kebajikan 1. Skop tugas guru bantuan dan kebajikan tertakluk kepada panduan dan perkara 5.2 ketetapan pengurusan bantuan dan kebajikan murid. 2. Membaca, memahami dan mengaplikasi ketetapan yang telah dirangka sebaik mungkin.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 72 3. Bersedia menerima dan menjalankan tugas mengikut arahan Pengetua/PK/PK HEM dari masa ke semasa. 6.1.12 Skop Tugas Guru SPBT 1. Merancang pelaksanaan aktiviti skim pinjaman buku teks. 2. Menguruskan borang-borang SPBT: a. Mengedar & memungut kembali borang SPBT kepada/ daripada semua murid dengan kerjasama guru tingkatan. b. Menyemak dan memastikan setiap borang itu diisi dengan betul. c. Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan mengenai kesahihan butir-butir dalam borang tersebut. d. Mengasingkan borang SPBT bagi murid - murid yang layak dan yang tidak layak menerima buku teks SPBT. e. Membuat satu senarai murid yang layak dan yang tidak layak. f. Mengambil tindakan ke atas kes-kes rayuan, jika ada. 3. Memesan buku-buku SPBT: a. Mengisi dan menyediakan borang SPBT tertentu mengikut bilangan salinan yang diperlukan dengan kerjasama guru tingkatan. b. Menerima buku daripada pembekal. c. Memastikan bilangan dan jenis buku teks yang diterima mencukupi sebagaimana yang tercatat dalam borang penghantaran. d. Menyemak keadaan fizikal dan kualiti buku-buku seperti mutu kertas yang digunakan, muka surat, kesilapan cetak, penjilidan dan sebagainya. e. Memasukkan buku ke dalam Buku Stok SPBT sebelum diedarkan kepada muridmurid yang berkenaan. 3. Memproses Buku Teks : a. Mengecap semua buku teks yang diterima. b. Menulis bilangan siri bagi setiap buku. 4. Mengedarkan buku SPBT kepada murid-murid dengan kerjasama guru tingkatan : a. Menyemak kembali senarai murid yang layak dan tidak layak menerima SPBT. b. Mengedar buku-buku kepada murid yang layak melalui guru tingkatan. c. Menyedia dan mengedarkan peraturan penggunaan buku SPBT. d. Pengedaran Borang G kepada guru tingkatan untuk dipenuhkan dalam dua salinan. e. Memungutsatu salinan Borang G untuk disemak supaya tidak berlaku kesilapan dan seterusnya disimpan di dalam fail. 5. Memungut kembali buku SPBT daripada murid-murid melalui guru tingkatan : a. Menentukan tarikh bagi tiap-tiap pelajar memulangkan buku SPBT. b. Menyerahkan kembali Borang G kepada guru kelas supaya ditandatangani oleh murid-murid yang memulangkan buku. c. Menyemak bilangan buku yang dipulangkan supaya sama dengan bilangan buku diterima pada awal tahun. 6. Menyimpan buku-buku SPBT di tempat yang dikhaskan (BOSS).
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 73 7. Memastikan murid-murid menggantikan buku-buku yang dihilangkan/ dirosakkan. 8. Menyediakan senarai murid yang tidak mengembalikan buku teks SPBT atau tidak menggantikan/ tidak membayar harga buku berdasarkan Borang G. 9. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga berkaitan perkara 10. Bertanggungjawab terhadap ketetapan dan kesahihan semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT. 11. Menentukan pembukaan kelas/mata pelajaran baru sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 12. Melantik Guru Penyelaras SPBT dan Guru SPBT yang berdedikasi dan bertanggungjawab. 13. Memastikan maklumat tentang SPBT disampaikan kepada semua guru, murid, dan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa. 14. Memastikan borang maklumat murid (BMM) diproses dengan betul dan saksama. 15. Memastikan ibu bapa/penjaga dimaklumkan status kelayakan SPBT murid, khususnya untuk murid yang bukan warganegara. 16. Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan(SAP)/Invois setelah memastikan judul dan bilangan naskah buku menepati Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460). 17. Menurunkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT kepada guru bertugas atau Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks SPBT daripada penerbit atau wakil pengedar semasa ketiadaan pihak Pentadbir Sekolah dan Guru Penyelaras SPBT. 18. Memastikan Nota Serahan/SAP/Invois dikembalikan kepada penerbit/pengedar dengan kadar segera. 19. Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa. 20. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung dengan SPBT. 21. Bekerjasama dengan JPN/JAIN/PPD mengenai pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah. 22. Memastikan penubuhan dan pelaksanaan Kelab SPBT disekolah, berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM. 23. Menguruskan aktiviti pengawas SPBT. 24. Memastikan buku teks SPBT digunakan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 25. Menyemak dan mengesahkan buku stok SPBT pada 31 Disember setiap tahun. 26. Menyediakan kemudahan peralatan ICT bagi pelaksanaan Sisteksbbt dan eMATEKS. 27. Memastikan pelaksanaan penggunaan Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT. 28. Memastikan Guru Data mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM). 29. Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT. 30. Mendapatkan salinan Borang Maklumat Murid, khususnya bahagian C daripada GPK HEM. 31. Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga, status murid yang tidak layak menerimaSPBT; contohnya murid bukan warganegara.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 74 32. Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah dan AJK dalam Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Sekolah. 33. Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah berkaitan SPBT untuk tindakan selanjutnya. 34. Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di sekolah. 6.1.13 Skop Tugas Guru Kantin 1. Membaca, memahami dan melaksanakan perkara-perkara yang tersenarai dalam perkara 5.4 Pengurusan Kantin Sekolah. 2. Menambahbaik ketetapan sedia ada dari masa ke semasa mengikut keadaan dan perkembangan semasa. 3. Sentiasa mengikuti perkembangan dan arahan terkini melalui portal atau surat siaran KPM, JPN, dan PPD. 6.2 Pengurusan Sarana Fail arkib berkaitan 100-13/1/4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan dengan sekolah. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran. Amalan-amalan terbaik daripada PIBG sekolah dalam dan luar negara disertakan dalam sarana ini untuk memberi gambaran usaha dan penglibatan mereka dalam membantu usaha sekolah mencemerlangkan murid. Mudah-mudahan amalan-amalan tersebut akan dapat menambah cadangan kepada usaha-usaha yang dapat dilaksanakan sekolah dengan kerjasama PIBG/LPS dan ahli komuniti. Cadangan-cadangan yang disertakan dalam sarana ini bukanlah merupakan usaha yang baharu maupun senarai lengkap kerana setiap sekolah mempunyai ibu bapa, komuniti, persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh PIBG dan komuniti untuk terlibat lebih mendalam dengan sekolah amat wajar dialu-alukan.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 75 Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas. Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah, mereka dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan. Jawatankuasa yang diwujudkan berperanan seperti berikut: 1. Membina rangkaian komunikasi antara ibu bapa, komuniti dan sekolah bagi berkongsi idea dan pandangan berkaitan pembelajaran anak. 2. Mengenalpasti individu atau agensi yang berpotensi membantu keberkesanan aktiviti pembelajaran di sekolah dan luar sekolah. 3. Membuat pelan tindakan aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah bersama-sama guru yang berkaitan. 4. Merancang dan melaksana program untuk ibu bapa saling mengenali dan bermuafakat dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan. 5. Menggunakan Maklum Balas Kaji Selidik Dan Penyertaan Kumpulan Perbincangan Ibu Bapa / Penjaga (Borang A) dan bidang Khidmat Bantu Kepada Sekolah (Borang B) seperti dalam Sarana Ibu Bapa. 6. Menyelaras aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah berdasarkan maklumat Borang B (Sarana Ibu Bapa). 7. Merancang aktiviti membantu ibu bapa yang memerlukan bantuan berdasarkan analisia ‘Soal Selidik Pelibatan Ibu Bapa dalam pembelajaran Anak’ dalam sarana Ibu Bapa. 8. Membuat kunjungan muhibbah ke rumah ahli PIBG yang mempunyai anak bermasalah l disiplin / akademik / kesihatan dan lain-lain. 9. Membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan pelan tindakan bersama-sama pihak sekolah. 10. Memberi sokongan kepada ibu bapa yang bersedia dibantu oleh KSIB. 11. Melaksanakan program perkongsian ilmu keibubapaan. 12. Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain 13. Mengumpul dana atau lain-lain sumber yang diperlukan bagi memastikan sistem pembelajaran dapat dijayakan. 14. Melaksanakan arahan Pengetua/ PK HEM dari semasa ke semasa.