The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBook-Membina-Website-Namecheap-Komrad0711

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mzprojekstudio, 2021-01-15 13:14:45

EBook-Membina-Website-Namecheap-Komrad0711

EBook-Membina-Website-Namecheap-Komrad0711

MEMBINA WEBSITE KOMRAD 0711
#MEMBANGUN BERSAMA

1

MUKADIMAH

Ebook ini merupakan buku khas yang ditulis oleh hamba Allah untuk membantu rakyat Malaysia serta
buat mereka yang ingin belajar bina laman web sendiri pada kos yang AMAT RENDAH.
Sesuai buat mereka yang tidak tahu langsung mengenai pembinaan laman web, lebih memberi
kemudahan buat mereka yang lebih pakar atas faktor kos yang menjimatkan.
Mohon ikuti langkah demi langkah yang dipaparkan di dalam ini untuk berjaya hasilkan laman web anda
sendiri atau mengunapakai ilmu yang dipelajari sebagai menjana pendapatan masing - masing.

Setiap bahasa yang digunapakai di dalam ebook ini adalah bahasa paling MUDAH dan senang TANPA
ada sebarang terma teknikal yang perlu di fahami kerana tujuan adalah untuk memudahkan
SESIAPA sahaja untuk ikuti dan berjaya hasilkan yang terbaik buat diri.
Akhir kata, maklumat, ilmu dan panduan di dalam Ebook ini adalah TELAH MENJADI MILIK anda
sepenuhnya. Apa sahaja yang bakal anda lakukan dengan ilmu ini, samada menjual kembali
intipati, versi, ilmu dan maklumat di dalam ini dalam apa jua bentuk sekalipun samada digital, lisan
mahupun imej perkongsian, kami tidak menghalang atau ambil apa apa tindakan. Walaupun
digunapakai untuk dijadikan kelas, seminar yang mengenakan cas ratusan ribuan ringgit, pun turut
diHALALkan
Ilmu adalah untuk semua dan sekiranya ia dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia. ILMU
hanya sekadar PINJAMAN dari Yang Maha Esa.
Semoga segala intipati di dalam ebook ini memberi manfaat kepada anda.
Terima kasih.

2

PENGENALAN

Apa yang bakal anda guna pakai mengikut ebook ini adalah apa yang telah kami guna sejak
beberapa tahun. Namun setelah Covid19 melanda, memberi kesan yang amat mendukacitakan
kepada semua, kami terpanggil untuk memudahkan setiap rakyat Malaysia.

3

BAB 1 - Website Builder

WIX.COM adalah yang PALING TEKENAL di pasaran sebagai website builder paling mudah,
dan menghasilkan laman web yang amat cantik dan mengancam jiwa.
Jika anda pernah mengunakan Website Builder seperti ini, maka kandungan ebook ini akan
memudahkan pemahaman anda. Jika tidak, hanya sekadar pengetahun ringkas mengunakan
Microsoft Powerpoint sudah cukup sebagai ASAS.

4

Sejak 2008 kami telah mengunakapakai WIX>COM pada ketika ianya baru mula dengan versi FLASH
dan bukannya HTML5. Namun itu cerita lama. Anda boleh guna ia jika KOS tidak menjadi isu. Lihat
harga kos bulanan di atas, dalam matawang USD itu akan menjadi beban buat perniaga kecil
dengan jualan yang sangat kurang.
Jadi BUKAN itu yang kami akan ajar… LUPAKAN

5

Satu lagi yang PALING TERKENAL di DUNIA adalah GODADDY. Ni tak asing lagi dalam pasaran. Kalau
bab DOMAIN ke ramai ke sini, SEBAB POPULAR.
Almaklum, bajet untuk marketing mereka besar. Namun kami tidakrekemen kan sebab Tech
Team yang ada jika berlaku sebarang masalah, tidak boleh diharapkan sangat, lambat.

Lebih menyedihkan banyak HIDDEN COST yang akan menghantui anda kelak. EMAIL pun mereka
cas RM3.49 sebulan. Boleh beli nasi lemak 2 bungkus tu!

6

Ada juga provider LOKAL seperti ini. Banyak, tapi ini salah satu contoh. Bukan tak ada semangat
cintakan barangan BUATAN MALAYSIA, tapi dah berpengalaman sekali server down, habis semua
sale kami USD5k per day untuk satu minggu dan hilang segala email.
Selain dari kelebihan lain lain yang mereka nyatakan, kami tidak sangat rekemen. Jangan cari pasal.
Dan memang tak dapat capai matlamat utama hasilkan website murah. Jadi LUPAKAN juga.

7

Yang ini terkenal di Malaysia kerana di sinilah untuk dapatkan DOMAIN yang hujungnya .com.my
atau .my.
Tapi dah nak 2021 dah, .com, .com.my, .my ini bukannlah yang diutamakan sekarang. Zaman
sudah berubah.
Lagi satu, jika ada sebarang perubahan, masalah berkaitan laman web anda, mak aih, mampus tunggu.
Sekali lagi, LUPAKAN…..

8

NAMECHEAP.COM

Inilah yang akan menjadi TEMAN BAIK ANDA bermula dari hari ini. Di sinlah segalanya akan
membantu anda membina laman web yang bakal mendapat membantu penjenamaan,
permasaran dan sebagainya.

KENAPA KAMI PILIH NAMECHEAP?

Nama pun CHEAP. Segalanya di sini MURAH. Baik bab DOMAIN =, HOSTING, EMAIL dan sebagainya.
PALING PENTING adalah Support Team yang sentiasa membantu anda 24 jam anytime anywhere.
Apa saja masalah, tekan LIVE CHAT je, mereka akan terus bantu.
So secara asasnya:



MURAH



SUPPORT TEAM BAGUS



KEMUDAHAN YANG YANG SANGAT SANGAT BAGUS

Berbanding yang lain…..Ini yang kami sedang guna sehingga hari ini dan sejak PKP lalu telah bina lebih
3,000 laman web untuk mereka yang ingin berniaga online dan terjejas akibat Covid 19.

9

PERKARA ASAS

DOMAIN

Itu perkara paling asas. Kalau tak macamana nak mula. Sebagai penerangan mudah, DOMAIN adalah
ALAMAT RUMAH anda. Kalau tak ada alamat macamana orang nak melawat.?

Jadi pilih DOMAIN anda yang sesuai samada mengunapakai JENAMA produk, bisnes atau apa
sahaja, pastikan ianya menarik perhatian dan mudah di ingati.
Samada .co,. .online, atau apa sahaja DOMAIN yang anda dapatkan, pastikan ianya yang terbaik. Cara
beli ada di di muka lain ebook ini.

10

HOSTING

Sudah ada alamat, tapi RUMAH xda pun satu masalah. Jadi HOSTING adalah perkara kedua
PENTING untuk bina laman web anda. Untuk dalam ebook ini, kita fokus kepada SHARE HOSTING.

Berbanding perovider lain, kami memilih NAMECHEAP Shared hosting kerana beberapa kelebihan
yang mereka tawarkan. Yang penting selain support team dan perkara lain , adalah HARGA
Jika dilihat dibawah, Harga TAHUNAN untuk Tahun pertama adalah lebih kurang RM132.00 setahun.
Kami fokus kepada yang di TENGAH iaitu Stella Plus kepada kelebihan yang diberi percuma.
UNLIMITED WEBSITE, UNLIMITED SSD.
Boleh bandingkan sendiri dengan provider lain.

11

Manakala jika anda ingin sekadar mencuba dahulu dengan bajet yng rendah, boleh ambil pakej
RM21 sebulan untuk Stellar. Jika hanya berminat untuk buat satu website, boleh la pilih yang paling
KIRI. Maksima 3 Website sahaja. RUGI…..tapi terpulanglah.

Dalam erti kata mudah, HOSTING adalah RUMAH. Stellar Plus adalah TANAH KOSONG
UNLIMITED EKAR jadi boleh bina seberapa banyak rumah anda inginkan.

Stellar hanya tanah kecil muat 3 buah rumah dengan sekatan jumlah elektrik dan air yang dibenarkan.

12

Apa kelebihan lain?
WEBSITE BUILDER tu yang anda perlukan. Free AUTOMATIC SSL Installation. So tak perlu la pening apa
tu SSL , mencari di mana kerana dia auto pasang.
Kalau dah guna tapi rasa tak berbaloi, minta return kembali duit hosting. Minta kembali duit Ebook tu
kami tak dapat nak tolong. maaf

13

TENGAH OFFER GILER GILER

Ebook ini dikeluarkan pada timing yang agak tepat kerana ketika ini, Namecheap sedang adakan
SALE giler!!!
Domain pada harga USD 98cent, boleh beli UNLIMITED seberapa banyak, HOSTING MURAH
dan sebagainya.

HABIS Ebook ni boleh terus BORONG!!!!

14

Lihat sendiri harga yang mereka sedang lakukan.

Harga HOSTING pun untuk SETAHUN pakej Stellar Pplus yang kami cadangkan dari RM132 kini
RM70 sahaja setahun.

15

Antara kelebihan OFFER BLACK FRIDAY setiap tahun.

Jadi, Sudah kenali Namecheap, macam mana nk MULA? Walaupun ada beberapa cara, tapi jika
anda ikuti cara seterusnya mesti dapat jimat. Sila

16

LANGKAH PERTAMA

BUKA AKAUN DI NAMECHEAP.
Daftar diri anda di namecheap mengunakan email yang anda akan selalu akses.
Ketika ini sehingga 30 Nov 2020, harga tengah OFFER. Jadi ikuti langkah PENJIMATAN lebih jimat
dari yang kami biasa buat.
Setelah daftar, Sila COPY Code diskaun seperti di skrin

17

LANGKAH KEDUA - DOMAIN

Pilih NAMA untuk domain yang anda ingin. Sebagai CONTOH, kami pilih untuk buat website
Kedai printing dan kami memilih Kedaiprinting.online
Disini anda boleh pilih samada .com,.shop, .net dan sebaginya.. Ada RATUSAN PILIHAN untuk anda.
Setelah dipilih, tekan ADD TO CART

Sekiranya muncul skrin dibawah, JANGAN TERPEDAYA untuk klik pilihan pilihan yang tertera.
Itu hanya UPSELLING supaya anda akan bebelanja lebih. FOKUS KEPADA CHECKOUT

18

Ingat PROMO CODE yang anda COPY tadi. Masukkan di sini untuk LEBIH DISKAUN.

Setelah pembayaran dibuat maka langkah seterusnya. ALAMAT telah dibeli, giliran RUMAH pula.
Tapi ingat, sekiranya pembayaran anda tidak berjaya, PASTIKAN KAD DEBIT anda itu telah ACTIVATE
pembelian luar negara. Hubungi bank masing masing ya.

19

FUH… murah giler! Hanya USD 0.98! Mana nak dapat macam ni?
HANYA DI NAMECHEAP
Setelah dibeli akan muncul skrin seperti dibawah. Apa yang anda perlu lakukan klik pada
butang MANAGE.

Setelah di KLIK, muncul skrin di bawah dimana anda perlu tekan untuk tukar DNS Domain yang
anda beli.

20

Tekan dropdown dan tukar ke Namecheap Webhosting

Dan kemudian tekan butang HIJAU seperti dibawah untuk ACTIVATE kannya.

Dia akan cakap semua akan connect dalam masa 48 jam. Biarkan. Lupakan sebentar. Kita ke
bahagian ke tiga pula.

21

LANGKAH 3 - HOSTING

Jadi sekarang pilih rumah pula. Pilih SHARED HOSTING

Sekarang pun tengah offer. Tak kisahlah anda nak pilih yng murah ke apa. Yang pasti Kami
pilih STELLAR PLUS. Dapatkan KOD DISKAUN di bawah ni dulu.

22

Kami akan tetap pilih yang TENGAH. STELLAR PLUS. Dan kami nasihatkan anda juga buat perkara
yang sama jika ingin buat BANYAK LAMAN WEB untuk PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN baik untuk diri
sendiri atau buat untuk orang lain.

Kerana apa?
Stellar Plus ini anda boleh buat UNLIMITED WEBSITE. Biarlah ratusan RIBU sekalipun anda
masih boleh buat sebab space dia UNLIMITED.
EMAIL juga adalah UNLIMITED. Jadi buatlah seberapa banyak email, boleh cas kepada pelanggan
secara bulanan. SPACE untuk email? Kalau Gmail hanya bagi 15gb, dengan Namecheap, anda
boleh tentukan ruang yang digunakan. Nak buat 15 TB pun boleh, atau UNLIMITED , INFINITI.
Stellar Plus akan beri 50 unit SSL Certificate secara PERCUMA tidak kira anda byar bulanan atau
tahunan. Bermakna jika bayar tahun pertama RM132, dan boleh buat 50 website sekali dgn SSL
certificate, kos hosting SATU website adalah RM2.64 SETAHUN.
Domain tu lain kira la…. tu tengah offer sekarang xsampai 1 dollar je pun.

23

Setelah pilih Stellar Plus, di bahagian seperti di skrin di bawah, sila pilih bahagian Existing Domain
Name. Ingat tadi anda sudah beli domain? Kini masanya untuk sambungkan mereka berdua.

Kini masanya ALAMAT rumah disambungkan ke RUMAH

24

Taip diruangan sediada domain yang anda beli sebelum ini.

Maka ALAMAT kini sudah bersambung ke RUMAH. Anda sudah boleh mula bina laman web idaman.
25

Tapi sebelum itu buatlah pembayaran dulu… ini bukan benda FREE.
Jangan lupa MASUKKAN KOD DISKAUN tu . Baru la dapat lebih murah.

26

Kini untuk langkah terakhir, sila KLIK SETUJU

27

Jadi setelah selesai, anda perlu kembali ke DASHBOARD seperti dibawah. Maka muncul lah
DOMAIN anda yang siap dengan HOSTING dan CPANEL.
Apa tu CPANEL?

LANGKAH 4 - CPANEL

Klik yang ditengah ini

Dan klik ke CPANEL
Dalam bahasa mudah, CPANEL inilah KONTRAKTOR anda. Alamat dah ada, Rumah dan ada, nak
bagi cantik kena lah ada KONTRAKTOR.

28

Ini adalah Dashboard CPANEL anda. Jika dibandingkan dengan dashboard CPANEL provider lain,
ada beberapa perkara yang lebih memberi BENEFIT jika guna CPANEL dari NAMECHEAP

Walaupun banyak sangat ICON ICON yang memeningkan kepala, apa yang anda perlu FOKUS hanya
3 perkara yang PALING banyak akan digunakan.
Yang pertama : EMAIL
Sinilah nanti nak buat email baru setiap kali. Hanya SINI sahaja. Yang lain banyak banyak tu tak perlu.

29

Dua lagi ICON paling PENTING dalam hidup anda ketika ini adalah
NAMECHEAP SSL
Dan
WEBSITE BUILDER
Ini sahaja. Jangan peningkan kepala kalau tak tau apa.

Apa itu SSL ?
SSL ni ibarat KUNCI MANGGA rumah. Dia secure rumah tu. Orang nk curi maklumat tu adalah
protection sikit banding yang terlopong terbiar. Itu bahasa mudahnya. Nak tahu lebih lanjut
boleh Google.
Ingat tak tadi sudah beli ALAMAT dan connect ke RUMAH. Tapi KUNCI MANGGA belum pasang.
SO tiba masanya pasang KUNCI MANGGA.

30

Bezanya dengan yang lain, Namecheap tolong pasangkan secara Automatik setiap kali anda beli
alamat baru dan bina website baru. Sebelum betul activate kan process itu secara auto, klik
NAMECHEAP SSL Icon warna OREN tadi maka keluar skrin dibawah.

LANGKAH 4 - SSL INSTALLATION

Hanya perlu sekadar klik dan signing. Mudah.

31

Kemudian ALLOW the access seperti rajah dibawah.

Nampak tak bahagian PENDING tu? CPanel sedang AUTOMATICALLY connect SSL anda. So tunggu
lah lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Boleh pergi makan makan dulu.

32

Sementara menanti, jika diperhatikan di bawah, anda telah guna 1 daripada 50 SSL Cert yang
diberi PERCUMA. Harga biasa dalam lingkungan USD4 ke USD10.
Jadi boleh buat lagi 50 website dengan SSL percuma. JIMAT SANGAT!

Eh…sudah sejam berlalu, maka butang kuning berubah ke HIJAU. Bermakna SSL and sudah siap install.
KUNCI MANGGA sudah dipasang lengkap.

33

LANGKAH 5 - WEBSITE BUILDER

Kini giliran KONTRACKTOR untuk beraksi. Butang UNGU itu butang KERAMAT. Itulah yang akan bantu
anda bina laman web yang bakal mengubah bisnes anda. Apa tunggu lagi? KLIK.

Terdapat lebih kurang 206 READY MADE TEMPLATE untuk anda gunapakai bagi membina laman web
yang anda inginkan. Boleh pilih ikut design mana yang anda suka atau kategori perniagaan anda.
Ingat sebelum ini kami bagitahu, jika anda pernah guna WP, Wix , ini adalah seperti di celah gigi
senangnya. Jika anda tidak pernah buat mana mana aplikasi CMS sebelum ini, anggap ini
umpama Powerpoint Slide, yang anda perlu DRAG dan DROP, tukar itu dan ini sahaja

34

Ada banyak kategori dan design. Boleh tengok satu satu dengan tekan butang PREVIEW.

Jadi untuk langkah seterusnya kami cuba buat satu contoh buat anda ikuti dan cuba
fahami. Kami pilih TEMPLATE ini untuk digunapakai sebagai permulaan. Tekan SELECT

35

Maka inilah dashboard Website Builder anda. Kontraktor yang bakal bina RUMAH yang cantik.
Laman web yang and inginkan.

Akan tetapi jika tetiba rasa macam tak best, rasa nak tukar, walaupun belum bermula, sila
tekan butang New/Rest dan tekan Change Template

Anda boleh tukar kalau tiada maklumat banyak telah diisi. Jika tidak habis segala yang anda telah bina.
Jadi pastikan pilihan anda itu TEPAT.

36

TUKAR TEMPLATE ANDA

Setelah memilih templatet mana yang anda rasa sesuai untuk di ubah suai kepada citarasa anda,
tiba masanya untuk SELECT dan mulakan kerja kerja pembinaan laman web anda yang rasmi.
Untuk memudahkan kerja, pastikan sebelum mula, segala perkara yang diperlukan untuk
membina laman web telah tersedia seperti :



GAMBAR

⚫ LOGO


MAKLUMAT BISNESS seperti latar belakang, sejarah atau promo

Jika semua sudah sedia, lebih mudah untuk anda lakukan pengubahsuaian. Kita terus ke STEP BY STEP
langkah 6

37

LANGKAH 6 - UBAHSUAI TEMPLATE

Sudah pilih template yang dicari? Baik, Jom mula. Ini adalah langkah langkah pembinaan laman
web KedaiPrinting.online

TUKAR NAMA
Hanya kilk dan taip apa nama yang anda inginkan sebagai tajuk laman web. Selalunya adalah
JENAMA atau nama Syarikat.
Boleh pilih saiz atau jenis FONT yang sesuai di situ

38

TUKAR LOGO
Dah standby logo baru? Hanya KLIK seperti rajah dibawah dan pergi ke bahagian PROPERTIES

39

Muncul rajah dibawah di mana anda perlu klik pada butang seperti dirajah untuk UPLOAD logo
yang anda inginkan.

Tekan butang UPLOAD untuk upload dari album anda. Seperti diperkatakan tadi, pastikan
segala maklumat diperlukan sudah sedia untuk digunakan

40

Kilk pada gambar yang baru di Upload dan kemudian klik SELECT

41

Maka secara automatiknya logo baru telah diganti. Semudah ABC
Merasakan warna yang digunakan TIDAK SESUAI? Hanya klik di butang seperti di rajah

42

Dan kemudian tukar warna yang dikehendaki.
Siap. Lebih sesuai

43

Tetapi macam ada yang pelik. Background website ada pattern pulak. Mcmana nk tukar?
Pergi ke luar design seperti di rajah dan klik kanan untuk ke properties

DI bahagian aini anda boleh TAMBAH GAMBAR , TUKAR WARNA dan sebaganya buat
background website anda.

Untuk website ini kami pilih untuk PUTIH sahaja.
44

Okay Background sudah PUTIH. Apa lagi? Mula edit gambar sediada. Mulakan dengan tajuk di
gambar gambar.

Maka ditukar kepada seperti di bawah

45

Sama juga dilakukan buat yang lain lain di laman utama. Hanya klik dan pergi ke properties,
UPLOAD dan tukar gambar yang anda inginkan. Semudah ABC juga.

46

Tapi bisnes dalam bahasa melayu, tajuk website dalam bahasa Inggeris. Macamana tukar menu tu?

KLIK menu dan pergi ke bahagian EDIT
Di sini anda boleh tukar nama setiap page laman web anda.

47

Jangan lupa untuk KLIK APPLY ya!

48

Jadi hampir semua telah diedit, guna cara yang sama tukar mana yang patut. Baik warna ,
Gambar dan bentuk semua boleh dibuat.

49

Macamana nak tengok hasilnya?

Hanya tekan PUBLISH maka laman web anda secara automatik sudah LIVE. Tapi belum cukup
siap kalau tak di update segala gambar dan maklumat.
Jadi teruskan edit seperti langkah seterusnya.

Ruangan ini agak kosong, Jadi rasanya perlu TAMBAH GAMBAR. Bagaimana?
50


Click to View FlipBook Version
Previous Book
เด็กซนกับกบ
Next Book
Givers Gain - January 2021