MALAYSIA
Penulis + Editor + Pereka Bentuk + Illustrator: Mandy Ling Wan Ting
Tang Wan En
1. Sejarah Malaysia Indeks
2. Sejarah Negeri-negeri Malaysia
• Melaka Pg 04-07
• Johor
• Pahang Pg 09-12
• Perak Pg 13-15
• Perlis Pg 16-18
• Kedah Pg 19-22
• Negeri Sembilan Pg 23-25
• Kelatan Pg 26-28
• Pulau Pinang Pg 29-33
• Selangor Pg 34-36
• Terengganu Pg 37-40
• Sabah Pg 41-43
• Sarawak Pg 44-47
Pg 48-57
Pg 58-63
Sejarah Malaysia
Dalam konteks sejarah Malaysia, walaupun nama "Malaysia"
merupakan sebuah konsep moden yang baru diciptakan pada separuh
kedua abad ke-20, Malaysia kontemporari tetap menganggap
keseluruhan sejarah Tanah Melayu dan Borneo, merangkumi ribuan
tahun yang lalu termasuk zaman prasejarah, sebagai sejarahnya
tersendiri.
Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-
orang Yunani seperti Cladius Ptolemy menamakan semenanjung yang
terdapat di negara ini sebagai Semenanjung Emas (kini
digelar Semenanjung Malaysia) atau "Golden Khorsenese" di dalam
buku Geographia yang ditulisnya pada sekitar 150M .
Agama Hindu dan Buddha dari India dan China masing-masing
mendominasi sejarah awal negara ini dan mencapai kemuncaknya
semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Sumatera,
yang mempunyai pengaruh yang meluas di seluruh Sumatera
sendiri, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar
Borneo dari abad ke-7 hingga ke-17.
Walaupun kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku seawal abad ke-10, agama tersebut mula
mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14. Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan
kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang paling menonjol ialah Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Brunei. Islam
sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang Melayu. Pada tahun 1511, Melaka telah berjaya ditawan
oleh Portugis yang merupakan kuasa penjajah Eropah pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah
Melayu dan Asia Tenggara. Kemudian, Melaka ditawan oleh Belanda pada tahun 1641. Akhirnya, British yang asalnya
menubuhkan pangkalannya di Jesselton, Kuching, Pulau Pinang dan Singapura, memperoleh hegemoni mereka di seluruh
wilayah Tanah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan antara Tanah
Melayu British dan Hindia Timur Belanda (yang menjadi Indonesia). Kemudian, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 pula menetapkan
sempadan antara Tanah Melayu British dan Siam (yang menjadi Thailand). Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan
buruh-buruh dari negara China dan India untuk memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang dicipta oleh British di Semenanjung
Tanah Melayu dan Borneo.
Pencerobohan Jepun ketika Perang Dunia Kedua mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu setelah pentadbiran British di
Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak dari
tahun 1942 hingga 1945 memekarkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Setelah Jepun
berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak Pihak Berikat, Malayan Union ditubuhkan pada tahun 1946 oleh
pentadbiran British tetapi ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, penubuhan itu disusun semula
sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai sebuah protektorat hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah
Melayu, Parti Komunis Malaya melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini
menyebabkan pengisytiharan darurat selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas ketenteraan yang serius terhadap
pemberontakan komunis sepanjang tempoh darurat serta Rundingan Baling pada tahun 1955 membawa kepada kemerdekaan
di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dicapai secara diplomatik melalui rundingan dengan British. Tunku Abdul
Rahman menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika itu. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan
setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu
dengan Thailand.
Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Kira-kira dua tahun kemudian, parlimen Malaysia meluluskan rang
undang-undang tanpa persetujuan penandatangan Perjanjian Malaysia 1963 untuk memisahkan Singapura
daripada Persekutuan Malaysia. Konfrontasi dengan Indonesia turut berlaku pada awal 1960-an berikutan
pembetukan Malaysia. Rusuhan kaum pada tahun 1969 iaitu Peristiwa 13 Mei membawa kepada pelaksanaan
darurat, penggantungan parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) serta pembentukan Rukun
Negara oleh MAGERAN pada tahun 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan bagi mendorong perpaduan dalam
kalangan rakyat.Dasar Ekonomi Baru juga telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang digunakan hingga tahun
1991 bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi. Dasar tersebut disambung dengan Dasar Pembangunan Nasional dari tahun 1991
hingga 2000. Pada akhir tahun 1990-an, Malaysia dibelenggu oleh krisis kewangan Asia serta kemelut politik
ekoran daripada pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sejak tahun 1970, gabungan Barisan Nasional yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) telah memerintah Malaysia sehingga kekalahannya dalam pilihan raya umum Malaysia
2018 kepada gabungan Pakatan Harapan. Menjelang akhir tahun 2018, terdapat penentangan besar-besaran
daripada majoriti orang Melayu dan juga sebahagian Bumiputera lain terhadap rancangan kerajaan untuk
meratifikasi ICERD di Malaysia. Penentangan tersebut menyebabkan pembatalan ratifikasi konvensyen itu sendiri
kerana ditegaskan melanggar perlembagaan negara. Pada bulan Februari 2020, kemelut politik di Malaysia baru-
baru ini bermula apabila gabungan Pakatan Harapan jatuh ketika anggota parti BERSATU, BN, PAS, GPS,
dan GBS bersama-sama membentuk kerajaan di bawah nama Perikatan Nasional yang dipimpin oleh pemimpin
BERSATU iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SEJARAH NEGERI-
NEGERI MALAYSIA
Sejarah Negeri Melaka
Sejarah Melaka bermula dengan
pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara,
seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada
tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri
Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri
Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja
Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura
Lama dan berkuasa selama 48 tahun.
Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka
Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang
kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri
Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun
1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira
Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat
penyerangan dari Majapahit.
Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh
Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronikal Dinasti Ming mencatat Parameswara telah
tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai
balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru
tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari
kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan
raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Megat Iskandar
Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan
Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan
mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia
mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya,
Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan
pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka
sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456
dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah,
Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi
dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat
Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan
Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh
putranya Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera
Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan
pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada
tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera,
tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan
Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan
Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada
tahun 1511.
Sejarah Negeri Johor
Sejarah Johor sudah pun bermula pada
tahun 801 M sebagai
petempatan perdagangan yang penting.
Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah
tanggungan Empayar Majapahit sehingga
pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511)
yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah
jajahan pemerintahannya. Pada
tahun 1511, Melaka dikuasai oleh
pihak Portugis dan Sultan Mahmud
Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri
ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor.
This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA.
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada
tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang
dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau
lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota
Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua tahun kemudian, Johor
menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Sejarah Negeri Pahang
Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum
didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah
bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu
semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan
Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu
menyebut Semenanjung Tanah Melayu
sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi
ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan
Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul
Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar
dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke
baratnya pula sampai
ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang
Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan
baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di
sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan
35,515 km3. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di
sekelilingnya.Padamasa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu K
uantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala
penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
*16 Mac 1637 – Perjanjian antara Pahang dengan Belanda mengenai kerjasama dalam bidang pertahanan telah
ditandatangani pada tahun 1637. Sebelum perjanjian itu ditandatangani, hubungan Pahang dengan Belanda kurang
baik dan seringkali membawa kepada meletusnya peperangan.
Permusuhan antara Pahang dengan Belanda bermula, pada 9 November 1634 iaitu apabila angkatan perang
Pahang dan Johor telah berangkat ke Patani untuk membantu Patani memerangi Siam. Belanda yang menyokong
Siam telah membantu Siam menyerang kemaraan Pahang. Peristiwa itu juga merupakan punca meletusnya
peperangan Pahang-Aceh pada tahun 1635 iaitu berikutan timbulnya perasaan kurang senang Aceh di atas bantuan
yang diberikan oleh Pahang ke atas Patani.
Setelah wujudnya permusuhan yang berpanjangan antara Pahang dengan Belanda, maka perjanjian yang
ditandatangani antara kedua-dua kuasa itu amat penting dalam usaha menjaga keamanan bersama. Hasil
perjanjian itu Pahang telah berjanji untuk mendirikan sebuah kubu pertahanan yang kuat di Johor bagi menentang
kuasa Portugis di Melaka.
Dengan termeterainya perjanjian itu pada hari ini dalam tahun 1637, ia telah dapat mengatasi masalah hubungan
politik antara Pahang dengan Belanda di samping mewujudkan hubungan persahabatan.
Sejarah Negeri Perak
Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah
lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh
manusia zaman batu lama semenjak 400,000
hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi.
Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong
membuktikan terdapatnya penempatan manusia
Zaman Batu Lama di Tanah Melayu.Malah satu
rangka fosil telah dijumpai dan digelarkan Perak
Man.Penemuan dari carigali tersebut menunjukkan
negeri Perak diduduki secara terus menerus
sepanjang Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman
Batu Baru dan Zaman Logam.
Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami
zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara
menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.
Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam
tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya bersemayam di Kampar (Sumatera) dan
ditabalkan sebagai Sultan Kampar.
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan
berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk
mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama
Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang
daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan
baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan dikurniakan segala alat
kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu
tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak
dapat dimudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Perbagai ikhtiar dibuat namun bahtera
baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-
"Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka...."
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah
awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan
memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku ke dalam laut......
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang
bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh
belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu
dinamakan Tanah Abang.
Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus
menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak
menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa
atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.
Sejarah Negeri Perlis
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah
naungan negeri Kedah, hal ini turut tercermin
kepada gelaran yang diberikan kepada Sultan
Kedah suatu ketika dahulu iaitu "Raja Muda Perlis
dan Kedah". Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat
di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan
kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah
menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang
mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada
akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup
masyarakat tempatan.
Jajahan Perlis pernah terangkum di tenggara
sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang
Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka di barat,
di timur laut Singgora. Namun terdapat fakta
sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis
sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas
penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan
kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis. Hal ini
merisaukan pihak British yang terasa diancam kedudukan mereka di Perak, maka Perjanjian Burney dimeteraikan
mengakui tuntuan Siam ke atas negeri-negeri utara Perak yang turut menidakkan kedudukan Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah II,hal ini mencetuskan berlakunya Perang Musuh Bisik selama 12 tahun dari 1830 hingga
1842 oleh baginda sultan dan para pengikutnya.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai
timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari
status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Sejarah Negeri Kedah
Perkembangan sejarah awal
Negeri Kedah dan lain-lain negeri di
Semenanjung Malaysia adalah disebabkan
oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu
strategik di rantau ini. Dipandang dari
sudut prasejarah, sekurang-kurangnya
Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai
jambatan atau landasan yang dilalui oleh
manusia di dalam proses migrasi dari utara
ke selatan dan seterusnya ke
kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang
penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan
negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada
tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah
dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang
secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang
merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-
daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam
indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di
zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai
timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh
Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara
Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama
Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.[1]
Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan
Muzaffar Shah.
Sejarah Negeri Sembilan
Sebelum kedatangan orang Minangkabau,
daerah-daerah Negeri Sembilan telah pun
mempunyai penduduk asli dari
kumpulan Melayu-Proto. Menurut cerita
tempatan, penduduk awal Negeri Sembilan
ialah orang asli atau juga disebut ‘orang
darat’. Kegiatan seharian mereka ialah
berburu, memungut hasil hutan dan
bercucuk tanam khususnya padi bukit.
Mereka duduk secara berkelompok kecil
dan diketuai oleh seorang ketua bergelar
‘Batin’. Mereka mengamalkan
kepercayaan animisme’.12 Ketua bagi
setiap daerah ini mereka dikenali sebagai
Batin.
Dalam Zaman Sakai antara tahun 1450 hingga 1600 Masihi, terdapat empat buah negeri Sakai iaitu Klang, Sungai
Ujong, Jelebu dan Johol. Kesemua daerah ini terletak di bawah naungan Kerajaan Melayu Melaka dan
kemudiannya kerajaan Johor. Pada tahun 1450 Masihi daerah Kelang mempunyai seorang Penghulu bernama Tun
Perak. Manakala Sungai Ujong diketuai oleh Tun Tukal[5].
Sekitar abad ke-16 Masihi, orang Minangkabau dari Sumatera datang dan mendiami di kawasan pesisir pantai yang
terletak di selatan Negeri Sembilan (Sungai Linggi). Orang Minangkabau membawa dan memperkenalkan amalan dan
adat mereka iaitu adat Perpatih. Sejak itu mereka memperkenalkan sistem sosial, politik, ekonomi dan agama kepada
masyarakat orang asal. Mereka membawa sistem adat yang berteraskan kepada ‘matrilineal’. Dalam tempoh di antara
abad ke-17, 18 dan 19 Masihi, orang Minangkabau bergerak atau merantau lebih dalam lagi ke kawasan pedalaman
Negeri Sembilan[5].
Kedatangan perantau Minangkabau telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara masyarakat
Minangkabau dengan orang asli[5]. Daripada percampuran ini telah mewujudkan suku Biduanda. Pembesar tempatan
yang menjadi Undang dan Penghulu—ketua bagi luak-luak yang lebih kecil—akan dipilih daripada suku Biduanda.
Masyarakat Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau
seperti Tanah Datar dan Payakumbuh.
Zaman pembentukan Negeri Sembilan dipercayai berlaku di antara tahun 1640 hingga 1760. Tempoh tersebut ialah
ruang untuk orang Minangkabau menyatukan sembilan negeri yang mereka kuasai. Bermula tahun 1639, kerajaan
Johor menjalinkan kerjasama erat dengan Belanda. Ketika itu Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil II. Kerjasama
Johor-Belanda adalah bertujuan untuk menjatuhkan kekuasaan Portugis di Melaka. Kerajaan Johor mula menjalinkan
hubungan baik dengan orang Minangkabau di pedalaman Melaka dan mula menguasai Negeri Sembilan. Ini
merupakan era baharu bagi orang Minangkabau.
Pada tahun 1705, pembesar Minangkabau di Naning iaitu Penghulu Naning menerima pengiktirafan dan gelaran dari Sultan Johor yang turut
dipersetujui oleh pihak Belanda. Pada tahun yang sama, Rembau juga mendapat pengiktirafan melalui pengurniaan cap mohor dan g elaran
‘Bendahara Seri Maharaja’. Beberapa tahun selepas itu, Dato’ Bandar Sungai Ujong juga menerima pengiktirafan yang sama dari Johor. Pada
tahun 1760, Penghulu Jelebu, Dato’ Moyang Salleh menerima cap mohor dan gelaran Sultan Jelebu daripada Sultan Johor, Sultan A bdul Jalil
Muadzam Syah. Begitu juga Inas yang turut menerima pengiktirafan yang sama. Orang Minangkabau juga dipercayai terus mengukuhk an
kedudukan mereka di Inas, Johol, Gemenceh, Terachi, Gunung Pasir, Jempol dan Ulu Muar. Kekacauan politik yang dihadapi oleh kerajaan Johor
di antara tahun 1700 hingga 1760 Masihi telah menyebabkan Johor menganugerahkan cap mohor dan gelaran bagi mendapatkan sokong an
daripada orang Minangkabau. Bagaimanapun, kelemahan kerajaan Johor telah menyebabkan berlakunya peningkatan populasi penghijr ah
Minangkabau di Negeri Sembilan.
Ekoran kemeruduman zaman kesultanan Johor pada kurun ke-18, yang diserang Bugis, memaksa masyarakat Minangkabau mencari
perlindungan daripada tanah air mereka. Pemerintah Minangkabau, Sultan Abdul Jalil Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Melewar untuk
memimpin masyarakat. Apabila baginda tiba, baginda mendapati seorang lagi kerabat, Raja Khatib telah terlebih dahulu mengisytiharkan diri
sebagai pemerintah. Raja Melewar kemudiannya menyatakan perang terhadap Raja Khatib dan kemudiannya menjadi pemerintah bagi Negeri
Sembilan. Sultan Johor mengesahkan kedudukan Raja Melewar sebagai pemerintah dengan memberikan gelaran Yamtuan Seri Menanti p ada
1773.
Negeri Sembilan semasa pemerintahan Raja Melewar, meliputi kawasan yang lebih besar daripada sempadan Negeri Sembilan moden
sekarang. Sembilan luak asal pada 1773 yang telah membentuk nama Negeri Sembilan ialah Sungai Ujong, Jelebu, Rembau, Johol, Jelai, Ulu
Pahang, Naning, Segamat dan Klang. Kemudiannya, empat luak telah dimasukkan ke negeri-negeri jiran pada kurun ke-19. Naning telah
menjadi sebahagian daripada negeri selat, Melaka pada 1832 diikuti Perang Naning; Ulu Pahang telah bertukar menjadi daerah Bera
di Pahang; Segamat menjadi sebahagian daripada Johor dan Klang menjadi daerah Kuala Langat di Selangor.
Selepas kematian Raja Melewar, berlakunya siri pertelingkahan dalam proses mendapatkan pengganti. Untuk tempoh yang lama, pembesar
tempatan menjemput pemerintah Minangkabau di Sumatera sebagai Yamtuan Besar. Walau bagaimanapun, persaingan kepentingan dalam
menyokong calon berbeza kadangkala menyebabkan ketidakstabilan dan perang dingin. Yamtuan Besar hanya berkuasa di kawasan Ser i
Menanti dan luak-luak yang di sekitarnya sahaja, manakala luak-luak yang besar dipimpin oleh Undang yang membentuk kerajaan sendiri.
Pembentukan Negeri Sembilan yang ada sekarang ialah berasaskan kepada satu perjanjian yang ditandatangani
pada tahun 1887. Perjanjian tersebut dimertai di antara Gabenor Negeri-negeri Selat dengan Yang di-Pertuan Seri
Menant, Penghulupenghulu luak kawasan ini hingga membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri
Sembilan. Satu lagi perjanjian telah dibuat pada tahun 1898 di antara Yang di-Pertuan Seri Menanti iaitu Tuanku
Muhammad dengan Dato’-Dato’ Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai ketua pemerintah bagi
seluruh Negeri Sembilan yang bergelar Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Pada 1874, British telah mencampur tangan dalam pertikaian kepimpinan di Sungai Ujong bagi menjaga
kepentingan ekonomi British, dan meletakkan kepimpinan di bawah kawalan Residen British. Selepas Sungai Ujong,
ia diikuti oleh Jelebu pada 1883 dan Rembau pada 1887. Pembentukan Negeri Sembilan moden bermula pada
1889, apabila kepimpinan Seri Menanti di bawah Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah bergabung dengan
kepimpinan dari Tampin dan Rembau bagi membentuk Persekutuan Seri Menanti sebagai sebuah entiti tunggal.
Pemimpin dari Sungai Ujong dan Jelebu turut menyertai persekutuan ini pada 1895, akhirnya membentuk Negeri
Sembilan dengan sempadan yang baharu sebagaimana sekarang.[6] Martin Lister dilantik menjadi Residen British
pertama dan Negeri Sembilan menyertai pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun yang sama.
Negeri Sembilan mengalami pendudukan Jepun dalam Perang Dunia II antara tahun 1942 dan 1945, bergabung
dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dan menjadi sebuah negeri Malaysia pada tahun 1963.
Sejarah Negeri Kelatan
Sejarah Kelantan Tua amat membingungkan para
pengkaji. Namanya sering bertukar. Pada abad
pertama Masihi ia dikenali sebagai Medan Gana,
Nusa Medan atau Medan. Menghampiri abad
kedua kawasan-kawasan dari Segenting Kera
hingga Semenanjung diberi nama umum sebagai
Yawadwipa atau Kawasan Jawa. Pada abad ke-2
Masihi Negara Medan Gana berubah nama kepada
Kunjarakunja nermaksud Cerang Gajah atau
Cerang Besar, dikenali sebagai Penghijauan Besar
dan dalam riwayat tradisi ia disebut sebagai
selebar daun. Cacatan sejarah China menyebut
sebagai Chu-Yu-K’un, Tu- K’kun atau Tu-ya dan ia
menjadi salah sebuah negeri di bawah jajahan Raja
Funan (Gunung) iaitu Negara di kawasan Teluk
Siam sekarang yang berpusat di Kemboja.
Kira-kira pada tahun 369 Masihi, Kusuma Citraraja atau Jayapurusya,Raja Kunjarakunja ketika itu telah bangun
memberontak dan membebaskan diri daripada kekuasaam Gunung dan memberi nama baru kepada negaranya
sebagai Kalathana bermaksud Tanah Raksasa atau dikenali sebagai Tanah Kala dalam riwayat tradisi Kelantan.
Ibu kotanya bernama Yawakoti atau Titik Jawa yang terletak di Hilir Kelantan kira-kira 10 kilometer di sebelah barat
Bukit Panau yang ketika itu terletak di pesisir pantai. Kota ini dikatakan telah tenggelam ke dalam bumi.
Seterusnya selepas dua tahun nama Kalathana diisytiharkan, rajanya telah menyerang dan meruntuhkan Empayar
Gunung. Sebagai ganti Empayar Kalathana telah dibangunkan. Empayar Kalathana tidak lama usianya,ia
diruntuhkan oleh kerajaan Champa yang terkenal dalam riwayat tradisi sebagai Empayar Champaka Sari.
Sejak awal abad pertama Masihi telah wujud beberapa negeri kecil di Kelantan. Claudius Ptolemy seorang penulis
Mesir berbangsa Yunani pada pertengahan abad ke -2 Masihi mencatatkan nama tempat-tempat seperti Koli Polis,
Primula dan Tharra. Mengikut ahli sejarah kesemua tempat yang disebut oleh Ptolemy itu terletak di kawasan
Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang disebut dalam buku itu sebagai ‘Semenanjung Emas” adalah
kawasan dalam negeri Kelantan sekarang yang dirujuk sebagai Kalathana.
Chi-lan-tan adalah nama yang mula-mula digunakan oleh penulis China, Chau Ju Kua apabila beliau mencatatkan
bahawa pada tahun 1225 Masihi negeri ini di bawah takluk Kerajaan Srivijaya. Dalam syair Jawa Kuno
Nagarakertagama karangan Prapanca, Kelantan pada tahun 1365 Masihi berada di bawah naugan Empayar
Majapahit berpusat di Jawa Timur. Dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang menyebutkan pada abad ke -
15 Masihi Kelantan lebih masyur daripada Pattani. Dalam masa yang sama sejarah China mencatatkan bahawa
dalam tahun 1411 Masihi negeri Kelantan diperintah oleh seorang raja bernama Kumar beragama Islam yang
dipuji oleh Raja China sebagai raja yang baik. Beliau pernah mengirim ufti dan persembahan kepada Raja China.[1]
Sejarah Pulau Pinang
Sejarah Pulau Pinang berkait rapat
dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang dahulu
berada di bawah pemerintahan
kesultanan Kedah. Pada kurun ke-
18 British datang ke Kedah. Kedua-dua pihak
berbincang, British ingin menjadikan Pulau
Pinang sebagai pelabuhan dan Kedah bersetuju
untuk menyerahkan Pulau
Pinang kepada British sekiranya mereka
memberikan perlindungan kepada Kedah dari
ancaman Siam. Namun British menginkari
perjanjian itu dan akhirnya Kedah dijajah Siam.
Kesan daripada itu British meluaskan
taklukannya di negeri Kedah dan menjajah
daerah Perai. Sehingga ke hari ini Pulau
Pinang terdiri daripada dua kawasan iaitu
di Pulau dan di Darat.
This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA.
Secara penuhnya, Pulau Pinang diserahkan kepada penjajah Inggeris iaitu British East India Company pada 1786 oleh
Paduka Seri Perdana Menteri, Sultan Muhammad Jiwa, kerana leka dan bersahabat dengan Penjajah Francis Light
untuk mendapat perlindungan pihak British pada diri sendiri. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light, yang kononnya
sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan Pulau Pinang seperti Prince of Wales Island sebagai penghormatan
Putera Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penagi, Batu Uban yang terletak di hujung timur laut diletak nama
"haram" iaitu "Georgetown", dari nama Raja George III ,Britain.
Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka serta kawasan Laut Kedah telah menaik minat Syarikat Hindia Timur
British untuk menubuh sebuah pelabuhan "haram" untuk kapal dagang perdagangan serta sebagai sebuah
pangkalan tentera laut yang menentang cita-cita orang Perancis di wilayah ini.
Tanpa pengetahuan D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Nagara Kedah Pasai Ma, Francis Light telah membuat perjanjian
pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British.[1] membantu Kedah sewaktu ia
diserang, Paduka Seri Perdana Menteri cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal
dan Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat
sebanyak 6,000 guilders Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 guilders kemudian, dengan
penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan
pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada Kerajaan Kedah.
This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA.
Pada 1826, Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura akan menjadi sebahagian Kawasan
Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan
pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi perancangan sebahagian muslihat
licik Malayan Union, sebelum menjadi sebuah wilayah di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
hiiiii== Pulau Pinang (Peralihan Tanah Melayu) == Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu
penubuhannya pada tahun 1963.
Sejarah Negeri Selangor
Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah
pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia
menjadi rebutan antara penjajah
Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda
menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa
masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat
perlombongan bijih timah dan penanaman
pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum
Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat
dengan pembesar-pembesar Selangor merebut
kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang
Kelang ini memberi peluang kepada British untuk
memaksa Sultan Selangor menerima
seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik
ini berkesan apabila British berjaya mengawal
keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan,
Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala
Lumpur sebagai pusatnya. Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan
seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan
persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Hal ini terjadi semula terhadap Putrajaya pada 1995. United Estate
Project seterusnya telah dijalankan untuk memajukan ladang kelapa sawit yang sebelumnya ladang getah dan
kawasan perlombongan bijih timah kepada USJ dan Sungei Way-Subang (SS) yang terletak di daerah Petaling
dan Shah Alam. Projek ini merupakan usaha antara syarikat Sime Darby dengan kerajaan negeri Selangor
kerana ladang-ladang dan lombong merosot.
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005,
Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.
Sejarah Negeri Terengganu
Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas.
Namun begitu terdapat catatan
mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao
Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai
jajahan takluk Palembang.
"Negarakartagama", tulisan Prapanca
dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa
Terengganu, Paka dan Dungun di bawah
taklukan Majapahit. Berdasarkan
bukti arkeologi seperti kapak
batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung
Bewah, terdapat manusia tinggal di situ
sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat
Terengganu terdapat pula catatan nama Raja
Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu,
terdapat pemerintahan bernama Megat Panji
Alam dan juga Tun Telanai.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang
pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Has
an pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun
Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan
sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan
"Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun
Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri
Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.
Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul
Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja
Pattani, Phra Nang Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang
mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama
bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis.
Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini
dipanggil Kota Lama).
Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733,
ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I
berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula
dengan Raja Bakul, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan
Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam
persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula
dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan
menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan
yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada
naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta
kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada
tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan
baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh
putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan
Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan
Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta
kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26
September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak
pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau
Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.
Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada
tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6
dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja
Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang
Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah
Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan
Zainal Abidin.
Sejarah Negeri Sabah
Sejarah Negeri Sabah di bawah bayu boleh dijejaki
semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu
dengan terdapatnya bukti penempatan manusia
wujud di negara ini. Sejarah Sabah juga termasuk
dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang
sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan
kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di
Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-
15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini,
penduduk awal hidup dalam masyarakat yang
berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga
abad ke-19.[2] Bahagian timur Negara Sabah telah
diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei
kerana membantu menewaskan musuh Brunei,
namun banyak sumber mengatakan ianya tidak
pernah diserahkan kerana tentera sulu tidak turut
serta dalam perang tersebut dan di katakan hanya
tiba ketika perang telah tamat. Tetapi sultan sulu
menuntut bahagian itu dri sultan brunei.[3] Sehingga .
Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang
Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil " SAING SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat tempatan yang
sangat popular. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang
saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negara tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali
sebagai pisang menurun.
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara
Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun
digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis
Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.
Setelah negara Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada
'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun
1963 ketika pembentukan Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai
'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI"
yang mungkin merujuk kepada Brunei.