The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tentang Sejarah Malaysia dan Negeri-negeri Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mandylwt0301, 2021-08-20 13:01:02

Malaysia

Tentang Sejarah Malaysia dan Negeri-negeri Malaysia

Keywords: Malaysia

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan di Sabah
terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.

Kurun ke-5 hingga ke-15[sunting | sunting sumber]

- Kesultanan Brunei
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat
pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini
sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan
kemudian Majapahit di Jawa.

Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah
menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan
agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke
tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari
Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara
sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[4] Kecuali dari Eropah, pendatang asing
yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan
mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan
tradisi lisan mereka.

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara.
Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi
iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar
barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.
Sekitar tahun 1609, putera bongsu Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei ke-9, yang bernama Pangiran Shahbandar
Maharajalela atau Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu untuk mengantikan mamandanya Sultan Betara Shah Tengah (Pangiran Tindig)
ibni Sultan Buddiman Ul-Halim yang lindung tanpa zuriat. Sultan Betara Shah Tengah ini adalah saudara kepada Bonda Raja Bongsu yang
bernikah dengan Sultan Muhammad Hassan.
Sebagai bukti Raja Bongsu ini adalah berdarah dari Keluarga Diraja Brunei, beliau telah membawa bersama simbol diraja beliau yang
dipanggil "Sepong Janggi" (Panggilan di Brunei) dan "Pulau Janggi" (Panggilan di Sulu). Raja Bongsu ini menaiki takhta Kesult anan Sulu
pada 1610 - 1650 dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I. Simbol diraja baginda ini telah diamanahkan disimpan oleh Pewaris Kedua
Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda- Keturunan Sultan Bantilan Muizuddin ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri kedua Sultan
Badaruddin-I, seorang Puteri Tidung, anak penguasa Kerajaan Tidung di Tanah Borneo). Tidak diamanahkan kepada Pewaris Pertama
Kesultanan Sulu (Keluarga Kiram atau Keluarga Shakiraullah - Keturunan Sultan Azimuddin-I @ Datu Lagasan ibni Sultan Badaruddin-I,
melalui isteri pertama Sultan Badaruddin-I, seorang gadis dari Soopeng, ==Sulawesi]]). Pengamanahan simbol diraja ini kepada Pewaris
Kedua, adalah sebagai penyataan maksud bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda) adalah juga mempuyai
Hak yang sama kea atas kesultanan Sulu sepertimana hak Pewaris pertama. Disamping itu sebagai satu usaha kerajaan Kesultanan
Sulu agar tidak semudahnya boleh termansuh kerajaan Kesultanan Sulu, kerana Kesultanan Sulu dipunyai oleh "Dua Pewaris" yang sah.
Pewaris Keluarga Maharajah Adinda yang sah ini, ada tercatat rekod nya di Muzium muzium Brunei di Bandar Sei Begawan, kearana
penghantaran simbol diraja "Pulau Janggi" tersebut pada tahun 1978.

1521-1890[sunting | sunting sumber]

- Kedatangan pendatang Eropah
• 1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan telah disambut secara besar-besaran
• 1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
• 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei. Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.[5]
• 1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.
• 1658: Sultan Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu sebagai penghargaan baginda terhadap

Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman
kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.
• 1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama yang melakukan lawatan ke Borneo.

- Balambangan
Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris di Madras, India telah membuat satu perjanjian
dengan Sultan Sulu yang membenarkan beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau
Balambangan kira-kira 20 batu nautika dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balambangan
dan menamakan pulau itu ' Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan di Felecia
(Balambangan). Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan. Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan
kemusnahan kebakaran telah membawa kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk menyusun semula
pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen
di Amboina. Dalam usaha ini Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini ditinggalkan pada November
1805. Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu.

- Labuan
Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnyaLabuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat
laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai
tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.

Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran
diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[6] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang
pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St.
John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan
oleh pengasasnya.

Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau
tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah
pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia
Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagiandaripada
Wilayah Persekutuan Malaysia.

1521-1890
Kedatangan pendatang Eropah[sunting | sunting sumber]
• 1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan telah disambut secara

besar-besaran

• 1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei

• 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei. Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh
Sepanyol.

• 1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.

• 1658: Sultan Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu sebagai
penghargaan baginda terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul
Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang
menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.

• 1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama yang melakukan
lawatan ke Borneo.

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA.

- Balambangan
Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris di Madras, India telah membuat satu perjanjian
dengan Sultan Sulu yang membenarkan beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau
Balambangan kira-kira 20 batu nautika dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balambangan
dan menamakan pulau itu ' Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan di Felec ia
(Balambangan). Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan. Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan
kemusnahan kebakaran telah membawa kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk menyusun semula
pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen
di Amboina. Dalam usaha ini Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini ditinggalkan pada Nov ember
1805. Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu.
- Labuan
Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah
barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British
sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan
perdagangan.
Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran
diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[6] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang
pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer
St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang
diharapkan oleh pengasasnya.
Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau
tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di
bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang
Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian
daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

1881-1963[sunting | sunting sumber]

•Syarikat Perdagangan Amerika
Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh
10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki
oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai
pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai
pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey
berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron Gustavus von Overbeck. Overbeck berjaya
memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan
kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk
Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan Torrey pulang semula ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau
meninggal di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.
•Alfred Dent dan sewaan
Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik
kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent.
Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah
oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian bersama antara Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah
tersebut pada 22 Januari 1878. Sebagai balasan daripada Overback kepada Senyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi
melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan
dengan nilai emas). Pajakan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-
sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, dikatakan kerajaan Malaysia masih membayar pajakan
kepada Kesultanan Sulu.
Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila
Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat status Charter pada 1 November
1881. Pada Mei 1882, sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula
mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai "Tanah di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden
pertama, dan Alfred Dent sebagai Pengarah urusan syarikat

• Protokol Madrid 1885
Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke
atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol
melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk
semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan

di Arkipelago dan Borneo Utara.[9]
• Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negara naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di
bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini.

Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman,
namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun
1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.

Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera
Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division

Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran

Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.
• Tanah Jajahan Mahkota British
Bacaan lanjut: Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British kerana SBUB tidak mampu membina

semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah
menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negara selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem
pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan

pembangunan negara Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.



Sejarah Negeri Sarawak

Sarawak telah dipengaruhi oleh kerajaan Srivijaya,
Majapahit, China, Jepun, dan Britain sebelum
merdeka dengan menubuhkan Persekutuan
Malaysia pada 1963 bersama Malaya, Sabah dan
Singapura (telah keluar).

Kurun 10 - 13
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan
kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13.
Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah
pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-
orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap
di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah
membuka penempatan mereka di Santubong yang
merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting
di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan
penemuan bahan artifak seperti pasu zaman
dinasti Tang, dan Song di Santubong.

Kurun 13 - 14
Merujuk kepada kitab Sejarah Melayu dan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei, bahawa setelah Kerajaan
Srivijaya dan Kerajaan Melayu di pesisir timur Pulau Sumatera runtuh, maka kemudian dilanjutkan dengan
berdirinya Kerajaan Johor (Johor Lama) di Pulau Temasik pada akhir abad ke-13 M (tahun 1200-an) sewaktu wilayah
kekuasaannya kemudian meliputi wilayah Sungai Sarawak. Seiring dengan itu, Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa
berdiri dan berkembang dalam abad ke-14 M (tahun 1300-an) lalu kemudian Kerajaan Majapahit ini menundukkan
Kerajaan Johor di Pulau Temasek ini, termasuklah wilayah Sungai Sarawak itu.
Ketika Kerajaan Majapahit melemah pada pertengahan abad ke-14 M itu, maka Kerajaan Johor berhasil
melepaskan diri dari kekuasaan Kerajaan Majapahit. Selanjutnya masih menurut manuskrip sejarah yang terdapat
di Brunei, bahwa pada sekitar tahun 1370 M, Raja Brunei yaitu Awang Alak Betetar di-Islam-kan oleh Sultan Johor
saat itu dan menikahnya Awang Alak Betatar dengan anak Sultan Johor itu sehingga Awang Alak Betatar pun
berganti gelar menjadi Sultan Muhammad Shah. Dilanjutkan lagi dalam manuscript itu bahwa dengan pernikahan
ini, maka wilayah Sungai Sarawak kemudian diserahkan oleh Sultan Johor kepada Awang Alak Betatar (Sultan
Muhammad Shah) untuk selanjutnya menjadi wilayah pentadbiran Kerajaan Brunei. Maka sejak saat itu, wilayah
Kerajaan Brunei membentang dari wilayah Sarawak di ujung timur hingga wilayah Sabah di ujung barat.

Kurun 14 - 16
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai bersilih ganti antara kerajaan Johor Lama
dan Majapahit.{{fakta}} Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati atau Datu Merpati telah berhijrah
ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa
di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan
Melayu Sarawak yang bergelar Abang.

Kurun 17 - 18
Selanjutnya berdasarkan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei dan juga yang terdapat di Sambas disebutkan bahwa pada seki tar tahun 1625 M, menyusul
persaingan antara Sultan Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke-10) dengan Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah maka untuk menghindari perseteruan maka
Sultan Abdul Jalilul Akbar membuat kebijaksanaan untuk memberikan wilayah Sarawak kepada Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah itu agar Pangeran Muda
Tengah dapat menjadi Raja di wilayah Sarawak itu. Maka kemudian pada sekitar tahun 1627 M, Pangeran Muda Tengah dan pengikutnya kemudian mendirikan
Kerajaan di wilayah Sarawak dengan Pangeran Muda Tengah menjadi Sultan pertama Sarawak dengan gelar Sultan Ibrahim Ali Omar S hah dan kemudian lebih
popular dengan sebutan Sultan Tengah atau Raja Tengah. Diyakini bahwa Istana Sultan Tengah ini adalah di sekitar Kota Kuching sekarang (ada yang menyebutkan
di sekitar Sungai Bedil) sehingga dapat dikatakan bahwa Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) inilah orang yang pertam a membuka Kota Kuching ini.
Sultan Tengah atau Raja Tengah ini kemudian pada sekitar tahun 1629 (disebutkan setelah sekitar 2 tahun memerintah di Sarawak ), dalam pelayaran kembalinya
dari merantau di Johor ke Sarawak, kapalnya telah dihantam badai dan terdampar di Kesultanan Sukadana (sebuah Kerajaan di bagian tengah dari pesisir barat
Pulau Borneo ini). Di Sukadana ini, Sultan Tengah kemudian menikah dengan Adinda Sultan Sukadana dan memperoleh 5 orang anak. Dari Sukadana Sultan Tengah
dan keluarganya kemudian berhijrah ke wilayah Sungai Sambas. Keturunan dari Sultan Tengah inilah yang kemudian menjadi Sultan-Sultan Sambas dan
keturunannya hingga saat ini dimana Sultan Sambas yang pertama yaitu Sultan Muhammad Shafiuddin (Sulaiman) adalah anak Sultan Tengah dari hasil
pernikahannya dengan Adik Sultan Sukadana.
Kemudian pada sekitar tahun 1655 M ketika dalam perjalanan pulang dari Sambas ke Sarawak, Sultan Tengah terbunuh di daerah Batu Buaya dan dimakamkan di
Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung Santubong, di seb elah kiri jalan dari Kuching ke
Pantai Damai). Setelah kewafatan Sultan Tengah ini, Kerajaan Sarawak tidak diserahkan kepada anak-anak Sultan Tengah tetapi diambil alih kembali oleh Sultan
Brunei sehingga wilayah Sarawak itu kembali menjadi wilayah pentadbiran Kesultanan Brunei. Sehingga dengan demikian Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan
Tengah) merupakan Sultan Sarawak pertama dan sekaligus juga merupakan Sultan Sarawak terakhir yang berarti pula merupakan satu-satunya Sultan Sarawak yang
pernah wujud.
Sebelum terdampar ke Sukadana (ketika berkunjung dari Sarawak ke Johor, Sultan Tengah telah mengangkat beberapa orangnya yang diberinya gelar Datu Petinggi
dan Datu Temenggung untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Sarawak sepeninggalannya ke Johor itu. Hingga kini, gelaran-gelaran itu kemudian masih
digunakan turun temurun hingga di masa James Brooke menguasai Sarawak dan gelaran-gelaran itu pun masih terkesan hingga saat ini di Sarawak. Begitu juga,
keturunan dari 1000 orang Sakai yang dibawa oleh Sultan Tengah dari Brunei ke Sarawak ketika Baginda mendirikan Kerajaan Sara wak, hingga saat ini masih
dikenal di Sarawak dengan sebutan keturunan hamba Raja Sarawak.
Tampaknya bahwa golongan yang bergelar Abang di atas (daripada Datu Merpati yang telah datang ke Sarawak pada kurun ke-15) muncul selepas masa Awang Alak
Betatar yang kemudiannya dinamakan Sultan Muhammad Shah itu setelah memeluk Islam di Johor pada tahun 1370 M tetapi berhijrah ke Sarawak sebelum
perlantikan Sultan Tengah pada 1627. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu
Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak contohnya Datu Patinggi Ali.
Sedangkan anak Sultan Tengah (Sultan Ibrahim Ali Omar Shah) yang sulung yaitu bernama Sulaiman kemudian pada tahun 1671 M, telah mendirikan sebuah
Kerajaan di wilayah aliran Sungai Sambas yang kemudian dikenal dengan nama Kesultanan Sambas dengan Sulaiman sebagai Sultan S ambas pertama bergelar
Sultan Muhammad Shafiuddn. Keturunan dari Sultan Muhammad Shafiuddin (Sulaiman bin Sultan Tengah) inilah yang kemudian secara terus menerus memerintah
Kesultanan Sambas (15 Sultan) selama sekitar 279 tahun yaitu dari tahun 1671 M hingga 1950 M. Anak keturunan Sultan-Sultan Sambas ini sekarang banyak
tersebar baik di Sambas, Singkawang, Pemangkat, Tebas, Bengkayang, Pontianak, Jakarta. Kerana hal ini pada zaman dulu dan ker ana pertalian saudara ini, telah
menjadi adat kepada setiap bakal-bakal Sultan Sambas yang akan ditabalkan sebagai Sultan harus berdatang sembah atau berkunjung kehadapan Sultan Brunei.

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.
Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian
pada 1839, Gabenor Sarawak,Rajah Muda Hasim menghantar surat kepada James Brooke. Beliau meminta bantuan James
Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei
terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba
menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841,
dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.
Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak iaitu kawasan yang kini dikenali sebagai Tanjung Datu
sehinggalah ke bahagian timur yakni Pantai Kidurong di Bintulu. Penguasaan Brooke terhadap bahagian tengah Sarawak
melibatkan aktiviti ekonomi sagu yang dapat diekspeort ke luar negeri terutamanya ke Singapura untuk tujuan ekonomi.
Selepas itu semasa Charles Brooke mengambil alih teraju pemerintahan Sarawak, kekuasaan Sarawa ke atas wilayah-wilayah
Brunei diperluaskan sehingga ke Baram dan seterusnya pada tahun 1905, keluasaan Sarawak terus merentasi Trusan dan
Lawas.
Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang
pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di
kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan
pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.
Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White
Rajahs"), Walaupun demikian, tarafnya sebagai Raja di dalam Protokol Kerajaan England adalah di lapisan kedua selepas
Raja-raja India.
Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk
melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan
bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas
perdagangan Cina.

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa
kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera
Australia. Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Sepanjang pemerintahan British
tersebut Sarawak ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan di London. Pengambilan Sarawak sebagai Tanah Jajahan
British di Timur telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan mahupun antarabangsa kerana
British telah memungkiri janji mereka semasa menandatangni Piagam Atlantik 1941 iaitu tiada perluasan wilayah;
perubahan wilayah adalah atas kehendak rakyat; pemulihan pemerintahan sendiri yang telah dinafikan sebelum ini;
hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan perdagangan; kerjasama global untuk menjamin
keadaan ekonomi dan sosial yang lebih baik untuk semua; kebebasan dari rasa takut dan berkeinginan; kebebasan di
laut; menghentikan amalan keganasan serta pelucutan senjata di seluruh dunia.
Sepanjang tiga tahun pertama rakyat Sarawak hanya diikitiraf sebagai Subjek British, penentangan demi
penentangan dilakukan oleh Rakyat Sarawak yang mahukan sama ada berkerajaan sendiri dengan Merdeka ataupun
mahukan Rejim Brooke memerintah semula. Peristiwa terbesar yang berlaku pada masa itu ialah Pembunuhan
Duncan Steward, Gabenor Sarawak yang kedua di Sibu oleh seorang anak muda belasan tahun bernama Rosli Dhoby.
Pembunuhan ini berlaku pada 3 Disember 1949.
Pada 22 Julai 1963 Rakyat Sarawak telah diberi taraf berpemerintahan sendiri dengan Stephen Kalong
Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Pertama bagi Negeri Sarawak. Taraf berpemerintahan sendiri ini ialah setaraf
dengan negeri-negeri naungan British yang lainnya kerana Sir Alexander Waddell masih lagi menjawat jawatan
Gabenor sehingga 15 September 1963.[ dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura, dalam
persekutuan Malaysia,yang dibentuk pada 16 September 1963, walaupun dibantah sebahagian penduduk pada
mulanya.
Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia-Malaysia antara 1962 dan 1966.


Click to View FlipBook Version