The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat HEM bil 3/2023 SKPTD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72071298, 2023-03-12 23:04:56

Minit Mesyuarat HEM bil 3/2023

Minit Mesyuarat HEM bil 3/2023 SKPTD

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2022 BIL 3 / 2022 Tarikh : 14 Februari 2023 Hari : Rabu Masa : 1.45 tengah hari Tempat : Dewan al-Ghazali Kehadiran Guru : 78 Guru Tidak Hadir 1. En. Azroy bin Norazlan Mahendiran 2. Pn. Badri bin Hussain Cuti Sakit 3. En. Mohd Faisal bin Isa Cuti Sakit 4. En. Mohd Sharifuddin bin Mohd Noor CRK 5. Pn. Noor Aisyahdatul binti Abas 6. Pn. Sharifah binti Ramli 1. Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat HEM kali ketiga bagi sesi 2022. Pengerusi menyatakan penghargaan kepada semua guru telah banyak membantu HEM dalam melaksanakan program HEM sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. 2. Ucapan Guru Besar. 2.1 Puan Guru Besar mengingatkan kepada semua Guru Kelas untuk print dan serahkan keputusan PBD murid pada Penolong Kanan yang telah tetapkan untuk tanda tangan. 2.2 Bermula 2023/ 2024, SKPTD akan beroperasi 2 sesi (pagi dan petang). 2.3 Semua guru dibawah selian Guru besar perlu menghantar eRPH dengan kadar segera sebelum penghujung Februari kerana beliau akan bertukar ke sekolah baru. 2.4 Semua guru SKPTD perlu mematuhi etika berpakaian semasa berada di dalam kawasan sekolah. Berpakaian sukan lengkap semasa berada di padang dan waktu PJ. 2.5 Bermula sesi 2023, semua Ketua Panitia akan membuat pencerapan kepada guru mengikut panitia masing-masing. SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK DIK 09400 PADANG SERAI KEDAH DARUL AMAN TEL 04-4850815 / FAKS : 04-4850763 [email protected]


2.6 Pihak sekolah telah membuat belian papan putih baharu bagi menggantikan papan putih yang telah rosak. Papan putih ini akan dipasang semasa waktu cuti penggal persekolahan 2023. 2.7 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru subjek supaya membersihkan papan putih dengan bersih sebelum keluar meninggalkan kelas. Guru diingatkan untuk lebih prihatin menjaga peralatan sekolah. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pencadang : Pn. Rosni binti Hashim Disokong : Pn. Sopura binti Abu Bakar 3. Perkara Berbangkit - Tiada - 4. Agenda 4.1 Pengawas 4.1.1 Pengurusan pengawas akan dibahagikan kepada 2 sesi (pagi dan petang). Guru pengawas pagi : Setiusaha : Tahun 4, 5 dan 6 Guru Pengawas petang : Naib Setiausaha : Tahun 2 dan 3 4.1.2 Guru Pengawas (Pn. Siti Harlina) akan membuat susunan gerak kerja untuk guru pengawas dan pengawas pagi dan petang. Pengerusi juga mencadangkan agar pengawas yang dipilih haruslah mempunyai keterampilan dan kritiria yang baik sebagai pengawas sekolah. 4.1.3 Pengerusi memaklumkan, seorang murid perempuan akan dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah. Pemilihan ini telah mencapai kesepakatan bersama PK HEM, Guru Disiplin dan Guru Pengawas untuk sesi 2023. 4.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid sehingga penghujung Februari 2023 adalah sangat baik dan memuaskan. Makluman : Semua Guru Tindakan : Guru Pengawas (Pn.Siti Harlina)


4.2 Disiplin 4.2.1 Sehingga Februari 2023, unit HEM tidak mengalami masalah disiplin yang besar melainkan masalah kehadiran beberapa orang murid yang kritikal. 4.2.2 Kebanyakan masalah disiplin murid, dapat diselesaikan dengan baik sehingga penghujung Februari 2023. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Disiplin 4.3 Buku Teks 4.3.1 Agihan buku teks dan kelas akan dijalankan pada 15 Februari 2023 (Khamis). 4.3.1 Guru Kelas semasa diingatkan untuk memastikan murid mendapat buku teks yang elok dan boleh digunakan. Jika terdapat buku teks yang tidak boleh digunakan, murid perlu memaklumkan kepada Unit BOSS (Pn. Izzah) untuk dibuat pertukaran. Makluman : Semua Guru Tindakan : Guru Kelas dan Guru BOSS 4.4 RMT (Rancangan Makanan Tambahan ) 4.4.1 Pengerusi meminta agar semua guru kelas semasa untuk memasukkan markah UASA, berat dan tinggi murid RMT dalam fail RMT murid. 4.4.2 Semua maklumat ini perlu diselesaikan sebelum atau pada15 Februari 2023 (Khamis). 4.4.3 Pengerusi memaklumkan pada awal semester 2023, unit RMT akan dipantau oleh Nazir daerah Kulim Bandar Baharu. Beliau meminta guru Jk yang terlibat untuk merujuk maklumat yang dikongikan oleh PK HEM sebelum ini untuk penyediaan maklumat RMT yang terkini. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk RMT 4.5 PSS (Program Susu Sekolah) 4.5.1 Susu sekolah telah diagihkan kepada semua murid dan pengerusi mengingatkan agar Setiusaha Jk PSS menyerahkan fail PSS kepada PK HEM sebelum 15 Februari 2023 (Khamis). Makluman: Semua guru Tindakan : Jk PSS


4.6 BAP (Bantuan Awal Persekolahan) 4.6.1 Pengerusi memaklumkan sebanyak 99 peratus bantuan BAP telah berjaya diagihkan kepada ibu bapa / penjaga murid. 4.6.2 Sehingga tarikh ini seramai 6 orang ibu bapa / penjaga masih belum mengambil wang BAP di sekolah. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk BAP 4.7 Kantin 4.7.1 Sepanjang bulan Januari hingga Februari 2023, pihak HEM telah menerima banyak aduan berkaitan pengurusan kantin terutamanya berkaitan harga makanan guru dan murid 4.7.2 Sehubungan itu, pihak HEM telah mengambil tindakan dengan mengadakan perbincangan bersama pengusaha kantin berkaitan menu dan harga makanan guru dan murid. 4.7.3 Pada semester 2023, pihak HEM akan memastikan sebarang aduan yang dibuat kepada unit HEM perlu dicatat dan direkod untuk memudahkan sebarang tindakan. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk Kantin 4.8 3K 4.8.1 Keceriaan 4.8.1.1 Bermula semester 2023, Unit HEM telah meletakkan RM5 (per murid) dalam Senarai Bayaran 2023 bagi kelas. Guru Kelas perlu merancang aktiviti yang bersesuaian bagi menceriakan kelas masing-masing menggunakan peruntukan yang telah diberi. 4.8.1.2 Unit HEM telah menerima peruntukan sebanyak RM1000 untuk keceriaan sekolah. Jk 3K diberi tanggungjawab untuk membuat perancangan untuk menceriakan persekitaran sekolah. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk 3K


4.9 Perhimpuan 4.9.1 Bermula semester hadapan sesi 2023, unit HEM telah merancang untuk meletakkan 8 orang guru bertugas mingguan supaya tugasan dapat dijalankan dengan efisien. • Sesi pagi : 4 orang • Sesi petang : 4 orang 4.9.2 Pengerusi mencadangkan agar Jk Perhimpunan perlu membuat penambahbaikan untuk lagu “Negaraku” dan negeri Kedah yang terkini. Guna pakai bahan yang telah disediakan oleh Ustaz Anuar. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk Perhimpunan 4.10 Kedai buku 4.10.1 Kedai buku akan beroperasi pada19-23 Februari 2023 (Ahad-Khamis) dan 26 Februari 2023 (Ahad). Kedai buku akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu. 4.10.2 PK HEM akan sediakan memo untuk Guru kelas akan maklumkan dalam group kelas. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk Kedai Buku & Guru kelas 4.11 Lawatan 4.11.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru yang terlibat untuk menyerahkan laporan dokumentasi kepada Ustaz Kodri untuk dimasukkan dalam fail Lawatan dan diserahkan kepada unit HEM. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk Lawatan & Penyelaras Lawatan 4.12 Hal-hal Lain 4.12.1 Semua fail Jk HEM perlu dikemaskini dan dihantar pada unit HEM bermula 16 Februari 2023. Fail akan disemak pada minggu pertama cuti sekolah. Makluman: Semua guru Tindakan : Jk HEM 4.12.2 Guru kelas perlu mengenal pasti “Ralat” dalam APDM. Antara perkara yang perlu disemak oleh guru kelas ialah : i. Tanggungan (termasuk ibu bapa) ii. Nama Penjaga Pertama dan Penjaga Kedua iii. Pekerjaan (perlu diisi dengan pekerjaan waris / penjaga)


4.12.3 Guru kelas perlu mengemaskini Fail Peribadi Murid dengan memasukkan PBD dan UASA. Guru kelas diminta menulis nama guru kelas dalam ruangan yang terdapat di hadapan fail. 4.12.4 Semua guru kelas diminta untuk menulis nombor daftar murid pada fail peribadi murid. 4.12.5 Agihan kelas bagi sesi persekolahan baru 2023 akan bermula 15 Februari 2023 (Khamis) pada jam 10.00 pagi. Murid yang terlibat akan berada bersama Penyelaras Tahun dan guru kelas semasa. i. Padang Tahun 1 : Tahun 1,2 dan 3 ii. Tapak Perhimpunan : Tahun 4 dan 5 Makluman: Semua guru Tindakan : Guru kelas 4.12.6 Perancangan kedudukan / lokasi kelas sesi persekolahan baru 2023 i. Kelas Tahun 1 – Kekal ii. Kelas Tahun 2 dan 3 (sesi petang) akan berkongsi kelas dengan Tahun 4 dan 5. iii. 3 Ibnu Majah dan 3 Ibnu Sina - Tutup iv. 2 Ibnu Majah dan 2 Ibnu Sina – Kelas PPKI v. 3 Ibnu khaldun - Bilik Guru PPKI vi. 3 Ibnu Abbas - Bilik Muzik vii. 5 Ibnu Sina – Bilik Mesyuarat viii. BIlik Aspirasi – Bilik TS25 Makluman : Semua guru Tindakan : Unit HEM 4.12.7 Agihan baju zakat akan diserahkan kepada 50-60 orang murid yang layak pada minggu pertama cuti sekolah. Guru kelas akan maklumkan kepada ibu bapa / waris murid yang terlibat untuk hadir. Makluman: Semua guru Tindakan : Cikgu Nurul Faridah dan Ustazah Marizon 4.12.8 Pengerusi memaklumkan perubahan Setiausaha dan Penolong Setiausaha akan disusun mengikut guru bertugas pagi atau petang. Nama guru yang terlibat akan dimaklumkan dalam mesyuarat HEM pertama sesi 2023.


6. Ucapan Penangguhan 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru bagi menjayakan Unit HEM bagi tahun 2022/2023. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.55 petang Disediakan oleh, …………………………………… Disemak oleh, ………………………………….. ROHAIDA BINTI JAMALUDIN Setiusaha HEM SK Permatang Tok Dik ABU HASYIM BIN CHE HAD Penolong Kanan HEM Sk Permatang Tok Dik


Click to View FlipBook Version