The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ini adalah modul pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk guru bagi melaksanakan flipped classroom bagi topik momentum, impuls dan daya impuls, Modul ini dibangunkan dengan menggabungjalinkan flipped classroom dengan model inkuiri 5E

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah.haz89, 2023-06-26 06:53:23

MODUL 5E-FLIPPED BAGI TOPIK MOMENTUM, IMPULS DAN DAYA IMPULS

Modul ini adalah modul pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk guru bagi melaksanakan flipped classroom bagi topik momentum, impuls dan daya impuls, Modul ini dibangunkan dengan menggabungjalinkan flipped classroom dengan model inkuiri 5E

Keywords: Flipped classroom,Physics,Momentum,Impuls dan daya impuls

1 Sahaja tak perlu.. Tukar grafik menunjukkan fizik , momentum, impuls dan daya impuls Disusun oleh tak perlu. Nama sahaja


Prakata………………………………………………………………………………………1 Objektif modul……………………………………………………………………..……….2 Pengenalan Modul 5E-Flipped …………………………………….…………………….3 Pendekatan Flipped Classroom …………………………………………….….…….....4 Model Inkuiri 5E ……………………………………………………………..………….5-6 Kandungan modul 5E-Flipped………………………………………..…………………..7 Panduan penggunaan modul…………………………………………..……………..….8 Pembahagian modul 5E-Flipped..……………………………………..……………..….9 Momentum………………………………………………………………………..……….10 Rancangan Pengajaran Harian………………….…………………………..11-15 Penerangan setiap fasa……………………………………………….….....16-24 Latihan pengukuhan/kuiz………………………………………………..…. 25-27 Impuls dan daya impuls………………………………………………………..……….. 28 Cadangan Rancangan Pengajaran Harian……………………………..… 29-33 Penerangan setiap fasa……………………………………….…………..... 34-41 Latihan pengukuhan/kuiz ……………………………………………….….. 42-46 Lampiran………………………………………………………………………..……….... 47 Cadangan jawapan………………………………………………….…….... 48-53 Langkah-langkah menggunakan Padlet………………………................. 54-58 Borang Penilaian Kumpulan........................................................................ 59 Borang Penilaian Kendiri………………………………………………..…........60 Borang Pentaksiran Murid………………………………………………...... 61-64 ISI KANDUNGAN


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana lengkapnya modul 5EFlipped bagi topik momentum, impuls dan daya impuls dalam kalangan guru Fizik tingkatan empat. Modul ini merupakan sebuah modul pengajaran yang dibangunkan khas sebagai panduan pendidik bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan flipped classroom dengan langkah model inkuiri 5E terutama bagi topik momentum, impuls dan daya impuls dalam mata pelajaran Fizik. Modul ini dibangunkan berasaskan model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Selain itu, modul ini dibangunkan dengan penerapan langkah-langkah model 5E iaitu Engage (Penglibatan), Explore (Penerokaan), Explanation (Penerangan), Elaborate (Pengembangan) dan Evaluate (Penilaian) dengan pendekatan flipped classroom. Oleh itu, diharapkan modul ini dapat dijadikan panduan dan rujukan serta memberi manfaat kepada bukan sahaja golongan pendidik, malah murid-murid di Malaysia. PRAKATA 1


OBJEKTIF MODUL Dilema kebanyakan guru di Malaysia Membantu mengatasi masalah kekangan masa guru melaksanakan pendekatan flipped classroom. Menyediakan panduan untuk guru melaksanakan kaedah pengajaran flipped classroom dengan langkah inkuiri 5E bagi topik momentum, impuls dan daya impuls. Menggalakkan pengajaran aktif di dalam dan luar bilik darjah. Membimbing guru untuk membantu murid meneroka dan membina pengetahuan mereka sendiri Membantu guru merancang pengajaran dalam topik momentum, impuls dan daya impuls. Kebanyakan guru di Malaysia mempunyai dilema seperti Cikgu F. Oleh itu, modul ini dibangunkan dengan objektif : 2 Saya ingin laksanakan PdP dengan pelbagai kaedah pengajaran dan murid sangat berminat dengan aktiviti aktif semasa belajar, TETAPI saya tidak cukup masa untuk melaksanakan aktiviti semasa mengajar. -Cikgu F-


PENGENALAN MODUL 5E-FLIPPED Modul 5E-Flipped merupakan sebuah modul pengajaran yang dibangunkan dengan menggabungkan model inkuiri 5E dengan pendekatan flipped classroom bagi topik momentum, impuls dan daya impuls. Modul ini merupakan modul pengajaran teradun menggunakan aktiviti pengajaran dengan strategi berpusatkan murid. Teori yang digunakan bagi pembangunan modul ini ialah teori konstruktivisme di mana aktiviti pengajaran yang terkandung di dalam modul ini dirancang supaya murid dapat menjalankan proses inkuiri dan membina pengetahuan mereka sendiri. Selain itu, modul ini turut menerapkan elemen teknologi bagi membolehkan guru melaksanakan pengajaran di luar waktu PdP dalam bilik darjah. 3


Flipped Rajah 1: Flipped Taxonomy Bloom PENDEKATAN FLIPPED CLASSROOM 1 •Satu kaedah pengajaran yang "membalikkan" atau “flipped” kaedah konvensional untuk menyampaikan maklumat dalam suasana bilik darjah dan dibahagikan kepada mod luar waktu kelas dan dalam waktu kelas. 2 •Murid mendapatkan maklumat pembelajaran secara dalam talian sama ada melalui klip video atau pembacaan yang telah ditugaskan oleh guru di luar waktu kelas yang telah ditetapkan. 3 •Semasa waktu pembelajaran dalam waktu kelas, murid melaksanakan perbincangan dan aktiviti secara bersemuka bersama-sama guru. 4 Luar waktu kelas Dalam waktu kelas Luar waktu kelas Dalam waktu kelas


MODEL INKUIRI 5E MODEL INKUIRI 5E 5 (Engage) (Explore) (Explain) (Elaborate) (Evaluate)


MODEL INKUIRI 5E 6 (Evaluate) FASA PENGLIBAN CADANGAN MASA:7 HARI SEBELUM WAKTU PdP DALAM BILIK DARJAH Guru memberikan tugasan kepada murid lebih awal iaitu sekurang-kurangnya 7 hari sebelum waktu pembelajaran Fizik dalam bilik darjah. Ini membolehkan murid bersedia untuk melibatkan diri dalam proses PdP. 1 FASA PENEROKAAN CADANGAN MASA:7 HARI SEBELUM WAKTU PdP DALAM BILIK DARJAH Guru memberikan tugasan kepada murid sebelum waktu PdP supaya murid berpeluang meneroka dan mencari maklumat lebih awal sebelum waktu pembelajaran Fizik dalam bilik darjah. 2 FASA PENERANGAN CADANGAN MASA: 1 JAM SEMASA WAKTU PdP DALAM BILIK DARJAH Guru menjalankan perbincangan dan penerangan kepada murid dalam waktu pembelajaran Fizik dalam bilik darjah berkaitan topik menggunakan bahan yang telah disediakan dalam modul. 3 FASA PENGEMBANGAN CADANGAN MASA: 1 JAM SEMASA WAKTU PDP DALAM BILIK DARJAH Guru melaksanakan aktivti pengajaran yang dicadangkan dalam modul serta melaksanakan perbincangan lanjut bagi mengembangkan pemahaman murid menggunakan bahan yang telah disediakan dalam modul. 4 FASA PENILAIAN CADANGAN MASA: 1 JAM SEMASA ATAU SELEPAS WAKTU PdP Guru melaksanakan penilaian ke atas murid semasa atau selepas proses PdP menggunakan latihan pengukuhan atau borang penilaian dan pentaksiran murid yang telah disediakan. 5 FASA 5E DALAM MODUL 5EFLIPPED


Modul pengajaran 5E-Flipped merupakan modul yang merangkumi dua topik daripada Bab 2, Daya dan Gerakan I bagi mata pelajaran Fizik tingkatan empat KSSM. Modul ini merangkumi dua topik iaitu Momentum serta Impuls dan Daya Impuls. 7 KANDUNGAN MODUL 5E-FLIPPED


PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 5E-FLIPPED 8 Modul ini adalah untuk kegunaan guru Fizik. Aktiviti pengajaran dibahagikan kepada dua mod: i) Aktiviti di luar waktu kelas (Fasa penglibatan dan penerokaan) ii) Aktiviti dalam waktu kelas (Fasa penerangan, pengembangan dan penilaian) Modul ini adalah untuk kegunaan guru Fizik tingkatan empat dan merangkumi topik momentum, impuls dan daya impuls. Modul ini dibahagikan kepada rancangan pengajaran harian, penerangan aktiviti setiap fasa, latihan pengukuhan, cadangan jawapan, borang penilaian dan borang pentaksiran. Rancangan pengajaran disusun berdasarkan lima fasa dalam model inkuiri 5E iaitu penglibatan, penerokaan, penerangan, pengembangan dan penilaian. Guru diminta memberikan tugasan yang disediakan di luar waktu bilik darjah kepada murid lebih awal (sekurang-kurangnya 7 hari sebelum waktu pembelajaran) untuk memberikan masa kepada murid untuk melaksanakannya. Guru boleh merujuk lampiran B yang telah disediakan bagi langkah penggunaan Padlet bagi aktiviti di luar waktu bilik darjah sekiranya perlu.


PEMBAHAGIAN MODUL 5E-FLIPPED 9 01 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(RPH) RPH digunakan oleh guru bagi mendapat penerangan ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan. 03 LATIHAN PENGUKUHAN Guru boleh memberikan latihan pengukuhan yang disediakan untuk mengukuhkan kefahaman murid. 05 LANGKAH MENGGUNAKAN PADLET Bagi guru yang tidak mahir mengendalikan laman web Padlet,manual atau langkah menggunakan Padlet disediakan untuk kemudahan guru. 02 PENERANGAN AKTIVITI Guru boleh merujuk pada penerangan aktiviti untuk penerangan lebih terperinci tentang setiap aktiviti serta bahan dan sumber yang telah disediakan untuk mengajar. 04 CADANGAN JAWAPAN Guru boleh merujuk kepada cadangan jawapan yang disediakan bagi setiap aktiviti dan latihan yang disediakan dalam modul. 06 BORANG PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN Guru boleh menggunakan borang penilaian kendiri, kumpulan dan borang pentaksiran murid untuk proses pentaksiran bilik darjah(PBD)


10 TOPIK 1: Buang next slide ni


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek Fizik Bab Daya dan Gerakan I Tema Mekanik Newton Topik 2.5 Momentum Standard pembelajaran : 2.5.1 Murid boleh menerangkan momentum, p sebagai hasil darab jisim dan halaju. 2.5.2 Mengaplikasikan Prinsip Keabadian Momentum dalam pelanggaran dan letupan. Hasil pembelajaran : • Murid dapat menyelesaikan soalan berkaitan momentum dan prinsip keabadian momentum. • Murid dapat mengaitkan momentum dengan kehidupan seharian mereka. Bahan-bahan PdP bagi setiap fasa 5E: Fasa Penglibatan : Video Youtube Laman Web Padlet 1 Fasa Penerokaan : Simulator Car Crash Buku teks Fasa Penerangan : Google Slide Fasa Pengembangan : -Belon -Straw -Pita pelekat 2 -Tali 3 4 Fasa Penilaian: Latihan pengukuhan Borang Penilaian 5 11


Luar waktu kelas RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 12 Fasa Penerangan Bahan PdP Penglibatan 1. Guru memberikan pautan video kepada murid untuk ditonton yang diberikan sekurangkurangnya tujuh hari sebelum waktu pembelajaran untuk ditonton. 2. Murid memberi maklum balas berdasarkan video yang ditayangkan melalui laman web Padlet. Video Youtube https://www. youtube.co m/watch?v= LFCAYLJ7a 6M Padlet https://padle t.com Penerokaan 1. Guru memberikan pautan Simulator Car Crash kepada murid sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum waktu pembelajaran dalam bilik darjah. 2. Murid diminta melaksanakan aktiviti interaktif Simulator Car Crash menggunakan pautan yang telah diberikan. 3. Pada laman web tersebut, guru diminta memberikan soalan dalam bentuk lembaran kerja atau boleh diberi terus secara dalam talian (Rujuk soalan pada penerangan aktiviti) 4. Wakil kumpulan diminta menghantar jawapan kepada guru secara dalam atau luar talian untuk disemak bagi mengelakkan miskonsepsi berlaku menggunakan platform Whatsapp atau Telegram guru. Simulator Car Crash http://www. mrmont.co m/games/c arcollision. html Soalan fasa penerokaan (rujuk m/s 18-19)


Dalam waktu kelas RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 13 Fasa Penerangan Bahan PdP Penerangan 1. Guru meminta murid membentangkan dapatan yang mereka peroleh daripada aktiviti Simulator Car Crash pada fasa penerokaan. 2. Guru mengadakan perbincangan bersama murid tentang momentum dan Prinsip Keabadian Momentum menggunakan Google Slide yang telah disediakan bagi penstrukturan semula idea dan membentuk kefahaman murid. 3. Guru membuat penerangan ringkas kepada murid menggunakan slide yang telah disediakan. Penerangan adalah tentang konsep momentum, prinsip keabadian momentum serta aplikasi momentum dalam kehidupan seharian. 4.Guru meminta murid memberikan contoh-contoh aplikasi momentum yang terdapat di dalam kehidupan seharian mereka. 5.Guru mengadakan perbincangan bagi memberikan rumusan terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Pautan Google Slide https://docs.g oogle.com/pre sentation/d/1Z n9wVdZu9gS dRlMzUyfxYw TjlUUHBFQY zo9kQ6NarCs /edit?usp=sha ring


Dalam waktu kelas RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 14 Fasa Penerangan Bahan PdP Pengembangan 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut kapasiti kelas (4 hingga 5 orang murid bagi satu kumpulan). 2.Guru meminta murid menjalankan aktiviti Roket Belon. Guru boleh menayangkan slide aktiviti roket belon untuk memudahkan guru mengajar. (Rujuk m/s 26 untuk kaedah pelaksanaan aktiviti Roket Belon). 3.Guru meminta murid memerhatikan apa yang berlaku apabila belon dilepaskan. Murid mengukur jarak roket belon bergerak. Murid diminta menambah baik roket belon supaya terbang lebih jauh. 4.Guru meminta murid mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan aplikasi momentum dalam letupan. 5.Roket Belon yang terbang paling jauh merupakan pemenang bagi aktiviti ini. Muridmurid diminta mengadakan perbincangan dan menjawab soalan berikut di atas kertas mahjung atau kertas A4. 6.Guru meminta murid membentangkan jawapan mereka di hadapan bilik darjah dan guru menyemak jawapan yang dibentangkan oleh murid. 7.Guru mengadakan perbincangan bersama murid bagi rumusan tentang aktiviti yang dijalankan menggunakan slide yang telah disediakan. Belon Tali Pita pelekat Straw Google Slide Kertas mahjung/ kertas A4


Dalam waktu kelas RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 15 Fasa Penerangan Bahan PdP Penilaian 1.Guru meminta murid untuk menjawab latihan pengukuhan bagi menentukan kefahaman mereka bagi topik yang dipelajari. (Rujuk m/s 25-27) 2. Murid diminta menjalankan pentaksiran ke atas diri sendiri menggunakan borang penilaian kendiri. (Rujuk m/s 60) 3. Guru menjalankan pentaksiran ke atas murid bermula dari fasa penglibatan ke fasa penilaian menggunakan borang yang disediakan. (Rujuk m/s 61-63) Soalan latihan pengukuhan Borang pentaksiran kendiri Borang pentaksiran murid


Aktiviti murid: Menonton video, memberi maklum balas menggunakan Padlet 1. Guru memberikan pautan You Tube berikut kepada murid menggunakan platform Whatsapp atau Telegram kelas selewat-lewatnya tujuh hari sebelum PdP berlangsung secara bersemuka bagi topik momentum di dalam bilik darjah. https://www.youtube.com/watch?v=LFCAYLJ7a6M 2. Guru bertanyakan soalan berikut bagi mencabar pemikiran serta membina pengetahuan sedia ada murid. Soalan boleh diberikan melalui aplikasi Whatsapp, Telegram atau laman web Padlet. i) Apakah yang berlaku kepada ahli bomba yang memegang hos bomba? ii) Mengapakah ahli bomba tersentak ke belakang apabila air dipancutkan daripada hos tersebut? iii) Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk mengimbangkan momentum daripada hos bomba tersebut? Luar waktu kelas Tangkap layar paparan video yang diberikan. QR Code Video YouTube FASA PENGLIBATAN Cadangan masa: 7 hari sebelum kelas bersemuka Bahan Bantu Mengajar: YouTube/Padlet/ Whatsapp/ Telegram 16


3. Guru meminta murid menjawab soalan yang diberikan pada platform Padlet pada pautan berikut:https://padlet.com/ 4. Bagi menyemak maklum balas murid dengan lebih interaktif, medium Padlet digunakan. Panduan menggunakan Padlet boleh didapati pada pautan video berikut atau langkah-langkah menggunakan Padlet yang telah disediakan pada Lampiran B. https://www.youtube.com/watch?v=Wa0eeismfzk&t=11 0s 5. Guru menyemak maklum balas murid pada ruangan Padlet yang disediakan. *Rujuk m/s 54-58 untuk langkah-langkah menggunakan Padlet Luar waktu kelas QR code panduan menggunakan Padlet Aktiviti: Menonton video, memberi maklum balas menggunakan Padlet Rujuk Lampiran B untuk langlahlangkah menggunakan Padlet FASA PENGLIBATAN Cadangan masa: 7 hari sebelum kelas bersemuka 17 Rujuk Lampiran A untuk cadangan jawapan


1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan (4-5 orang satu kumpulan). Murid boleh dibahagikan lebih awal semasa PdP dijalankan dalam waktu bilik darjah. 2. Murid diminta melaksanakan aktiviti interaktif Car Crash Simulator pada pautan berikut: http://www.mrmont.com/games/carcollision.html Pautan boleh diberikan menerusi aplikasi Whatsapp atau Telegram. 3. Murid diminta menjawab soalan berikut. Guru boleh memberikan soalan terlebih dahulu kepada murid dalam bentuk lembaran kerja atau secara dalam talian. Soalan : Dengan menggunakan simulator berikut, anda diminta meneroka dan memerhatikan apa yang berlaku sekiranya: i) Jisim kenderaan A lebih tinggi daripada jisim kenderaan B?(halaju kedua-dua kenderaan malar iaitu 10 ms-1 dan -10 ms-1 dengan tetapan bumper normal) i) Jisim kenderaan B lebih tinggi daripada jisim kenderaan A?(halaju kedua-dua kenderaan malar iaitu10 ms-1 dan -10 ms-1 dengan tetapan bumper normal) ii) Halaju kenderaan A lebih tinggi daripada halaju kenderaan B?(jisim kedua-dua kenderaan malar iaitu 1000 kg dengan tetapan bumper normal) Luar waktu kelas QR code bagi Car Crash Simulatir Aktiviti: Menggunakan Car Crash Simulator Rujuk Lampiran A untuk jawapan Halaju negatif (-) menunjukkan arah gerakan kenderaan. FASA PENEROKAAN Cadangan masa: 7 hari sebelum kelas bersemuka 18


iv) Sekiranya halaju kenderaan A ialah 500 kg bergerak dengan halaju 8 ms-1 dan jisim kenderaan B ialah 1500 kg dengan halaju 2 ms-1 dengan bahan bumper ialah elastoperfect, berapakah halaju kenderaan 1 dan kenderaan B? v) Sekiranya halaju kenderaan A ialah 500 kg bergerak dengan halaju 8 ms-1 dan jisim kenderaan B ialah 1500kg dengan halaju 2 ms-1 dengan bahan bumper ialah clay(tanah liat), berapakah halaju kenderaan A dan kenderaan B? vi) Apakah Prinsip Keabadian Momentum? 4. Guru meminta murid untuk meneroka dan bersedia dengan jawapan menggunakan platform Whatsapp atau Telegram untuk dibentangkan semasa kelas secara bersemuka. 5. Guru mengingatkan wakil kumpulan untuk menghantar jawapan perbincangan untuk disemak sebelum pembentangan dijalankan di dalam bilik darjah. . Luar waktu kelas QR code bagi Car Crash Simulator Aktiviti : Menggunakan Car Crash Simulator Rujuk Lampiran A untuk cadangan jawapan FASA PENEROKAAN(SAMBUNGAN) Cadangan masa : 7 hari sebelum kelas bersemuka 19


1. Guru mengadakan perbincangan bersama murid berkaitan topik dan tugasan yang diberikan menggunakan Google Slide yang telah disediakan bagi penstrukturan idea bagi memberi kefahaman kepada murid menggunakan pautan berikut: https://docs.google.com/presentation/d/1Zn9wVdZu9gS dRlMzUyfxYwTjlUUHBFQYzo9kQ6NarCs/edit?usp=shar ing 2. Guru memberikan kertas mahjung kepada semua kumpulan. Setiap kumpulan diminta membuat perbincangan dapatan daripada aktiviti Car Crash Simulator yang telah dilaksanakan. Murid diminta mengaitkan hasil aktiviti dengan Prinsip Keabadian Momentum. Selain itu, murid juga diminta memberikan contoh-contoh lain aplikasi momentum yang terdapat di dalam kehidupan seharian mereka (Cadangan masa: 15 minit). 3. Guru meminta murid menampal kertas mahjung di dinding atau stesen yang telah ditetapkan. Murid menjalankan aktiviti Gallery Walk. Setelah selesai, murid balik ke stesen masing-masing dan meneliti komen serta cadangan kumpulan lain berikan. (Cadangan masa: 15 minit) 4. Guru diminta memberikan bimbingan sepanjang proses perbincangan dan aktiviti berlaku. 5. Guru memberi penerangan serta perbincangan tentang momentum serta prinsip keabadian momentum bagi memberi pengukuhan serta membetulkan miskonsepsi murid (Rujuk slide yang telah disediakan). Dalam waktu kelas Aktiviti: Pembelajaran Koperatif (Gallery Walk) Aktiviti Gallery Walk 1.Setiap kumpulan menampal hasil kerja di dinding atau stesen masing-masing. 2. Murid lain boleh memberi komen menggunakan sticky note dan menampalnya pada hasil kerja kumpulan lain. 1. QR Code Google Slide FASA PENERANGAN Cadangan masa: Satu jam 20


1. Guru memberikan situasi berikut kepada murid: Anda merupakan seorang jurutera angkasa lepas. Bina satu model roket yang boleh bergerak dengan laju dan jauh (Rujuk slide yang telah disediakan untuk kaedah pelaksanaan roket belon). AKTIVITI ROKET BELON Tujuan: Untuk menerangkan konsep momentum dalam aplikasi letupan. Bahan-bahan: Belon, straw, pelekat, tali, dua kerusi Prosedur: i) Pengenalan (10 minit): • Guru menunjukkan bahan-bahan yang digunakan kepada pelajar. Guru menerangkan konsep momentum dalam aplikasi letupan menggunakan slide power point yang telah disediakan. ii) Pemasangan roket (15 minit): • Murid memasukkan straw ke dalam tali dan satu bahagian tali kepada kerusi dan hujung tali lagi pada kerusi kedua. Dalam waktu kelas 1.Tali dimasukkan ke dalam straw. 2. Hujung tali diikat pada kerisi. QR Code Google Slide FASA PENGEMBANGAN Aktiviti: Roket Belon Cadangan masa: Satu jam 21


• Murid meniup belon dan memicit bahagian hujung belon bagi mengelakkan udara keluar. Belon dilekatkan pada straw menggunakan pita pelekat. • Murid melukis atau meletakkan sayap pada belon mengikut kreativiti mereka. Peluncuran roket(10 minit): • Murid melepaskan belon. Lancarkan roket belon dan ukur jarak pelepasan roket belon. Pemerhatian dan Perbincangan (10 minit): • Murid mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan tentang aktiviti yang dijalankan dan kaitannya dengan konsep momentum dalam aplikasi letupan serta prinsip keabadian momentum. Pembersihan(5 minit): • Murid mengemas bahan-bahan yang digunakan dan membersihkan kawasan aktiviti roket belon. 2. Guru mengadakan perbincangan bersama murid berkenaan rumusan bagi aktiviti yang dijalankan (Rujuk slide yang telah disediakan untuk aktiviti perbincangan). Dalam waktu kelas 4.Roket belon dilancarkan. 3.Belon dilekatkan pada straw. FASA PENGEMBANGAN(SAMBUNGAN) Aktiviti : Roket Belon Cadangan masa : Satu jam 22 Sumber gambar: https://sciencebob.com/m ake-a-balloon-rocket/


3. Murid diminta mengadakan perbincangan dan menjawab soalan berikut: Soalan perbincangan: i) Apakah yang berlaku kepada belon apabila dilepaskan? ii) Apakah gerakan belon dan udara yang terdapat di dalam belon? iii) Sekiranya jisim belon ialah 0.2 kg dan jisim udara yang terdapat di dalam belon ialah 0.001 kg. Halaju udara bergerak ialah 10 ms-1 Berapakah halaju belon itu semasa bergerak? iv) Apakah prinsip yang terlibat? v) Seorang lelaki menembak menggunakan pistol yang berjisim 1.5 kg. Jisim peluru ialah 10 g dan mempunyai halaju 300 ms-1. Berapakah halaju sentakan pistol tersebut. 3.Guru meminta murid membentangkan jawapan mereka di hadapan bilik darjah dan guru menyemak jawapan murid. 4.Guru mengadakan perbincangan bersama murid tentang aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan slide power point yang telah disediakan. Dalam waktu kelas Rujuk Lampiran A untuk cadangan jawapan FASA PENGEMBANGAN (SAMBUNGAN) Aktiviti : Roket Belon Cadangan masa : Satu jam 23


• Guru meminta murid menjawab soalan latihan pengukuhan yang diberikan sebagai kuiz bagi menentukan kefahaman mereka bagi topik yang dipelajari. • Guru meminta murid menjalankan pentaksiran ke atas diri sendiri menggunakan borang penilaian kendiri yang disediakan. • Guru menjalankan pentaksiran ke atas murid menggunakan borang pentaksiran yang disediakan. Dalam waktu kelas Rujuk Lampiran A untuk cadangan jawapan Rujuk Lampiran E untuk borang penilaian kendiri Rujuk Lampiran F untuk borang pentaksiran murid FASA PENILAIAN Aktiviti : Menjawab latihan pengukuhan. Cadangan masa : Satu jam 24


LATIHAN PENGUKUHAN MOMENTUM 25 Nama: Kelas: Cadangan masa: 30 minit Arahan: Sila jawab semua soalan di ruang yang disediakan. 1. Definisi momentum:____________________________________________ 2. Unit momentum:_______________________________________________ 3. Momentum ialah kuantiti:________________________________________ 4. Dua bola pingpong dijatuhkan ke atas lantai. Apakah yang berlaku pada gerakan bola pingpong tersebut? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 5. Bola pingpong digantikan dengan blok plastisin dan dijatuhkan ke atas lantai. Apakah yang akan berlaku pada bola pingpong tersebut. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 6. Berikan definisi prinsip keabadian momentum _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________


LATIHAN PENGUKUHAN(SAMBUNGAN) 26 7. Hadif dan Khalif sedang menyertai satu pertandingan larian. Hadif berjisim 40 kg dan berlari dengan halaju 20 ms-1 dan Khalif berjisim 50 kg dan berlari dengan halaju 15 ms-1. Murid manakah yang mempunyai momentum yang lebih tinggi? Mengapa? 8. Seorang lelaki dengan jisim 80 kg melompat dari sebuah sampan yang sedang pegun ke jeti sebuah pulau dengan halaju 10 ms-1. Jisim sampan tersebut ialah 200 kg. Apakah halaju sampan tersebut semasa lelaki itu melompat dari sampan tersebut?. 9. Seorang remaja dengan jisim 40 kg dengan momentum 200 kgms-1 melompat ke atas papan gelongsor (skateboard) pegun berjisim 3kg. Papan gelongsor (skateboard) menggelosor dengan halaju, v sebaik sahaja remaja terbabit melompat di atasnya. i. Berapakah jumlah momentum sebelum dan selepas remaja tersebut melompat ke atas papan gelongsor? ii. Berapakah halaju papan gelongsor dan remaja tersebut selepas melompat ke atas papan gelongsor? v Rajah 1


LATIHAN PENGUKUHAN(SAMBUNGAN) 27 10. Kejadian tanah runtuh yang berlaku di kaki Genting Highland mengejutkan seluruh negara dan mengorbankan banyak nyawa. Sebagai seorang jurutera, anda diminta mereka satu tembok yang boleh menahan momentum daripada tanah runtuh tersebut berdasarkan jenis bahan, bentuk tembok dan lain-lain lagi. Rajah 2 Ciri-ciri Penerangan Sumber gambar: https://www.bharian.com.my/galeri/2022/12/1039993/kejadiantanah-runtuh-di-tapak-perkhemahan-berhampiran-gohtong-jaya-genting


28 Contoh: Lompat jauh(masa landing), keeper pakai glove tangkap bola. Sumber gambar: https://www.freepik.com/search?format=search&query=long %20jump&selection=1&type=vector


Subjek Fizik Bab Daya dan Gerakan I Tema Mekanik Newton Topik 2.7 Impuls dan daya impuls Standard pembelajaran : Murid dapat: 2.7.1 Berkomunikasi untuk menerangkan impuls dan daya impuls. 2.7.2 Menyelesaikan masalah melibatkan impuls dan daya impuls.. Hasil pembelajaran : Murid dapat • Menerangkan tentang impuls dan daya impuls. • Memberikan beberapa contoh berkaitan impuls dan daya impuls. • Menyatakan impuls sebagai perubahan momentum. • Menyatakan daya impuls sebagai kadar perubahan momentum. • Menerangkan kesan ke atas daya impuls apabila masa pelanggaran bertambah atau berkurang. Bahan-bahan PdP bagi setiap fasa : Fasa Penglibatan : Video Youtube Laman Web Padlet 1 Fasa Penerokaan : • Telur rebus • Surat Khabar • Pita pelekat • Gunting • Plastik • Benang Fasa Penilaian : Soalan latihan pengukuhan Borang Penilaian Kendiri Borang Pentaksiran Murid Fasa Penerangan: Kertas mahjung Sticky note 2 3 3 Fasa Pengembangan: • Kertas mahjung 4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 29


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Luar waktu kelas 30 Fasa Penerangan Bahan PdP Penglibatan 1.Guru memberikan pautan YouTube kepada murid menggunakan platform Whatsapp atau Telegram murid menunjukkan atlet Olimpik sedang melaksanakan sukan lompat jauh. Murid diminta memerhatikan posisi kaki atlet semasa mendarat di atas pasir. 2.Guru meminta murid menjawab soalan yang diberikan dan memberi maklum balas menerusi platform laman wab Padlet. 3.Guru menyemak maklum balas murid menerusi laman web Padlet dan memberikan teguran kepada murid yang tidak melaksanakan tugasan yang diberikan. Pautan Youtube: https://www .youtube.co m/watch?v= qGm3TrdYy Cc https://padl et.com/ . Penerokaan 1.Guru membahagikan murid kepada kumpulan (satu kumpulan terdiri daripada tiga atau empat orang murid). Kumpulan hendaklah dibahagikan lebih awal semasa waktu PdP dalam bilik darjah, 2.Guru memberikan situasi untuk murid membina sebuah peranti pelindung telur di dalam kumpulan masing-masing. 3.Guru meminta murid meneroka dan menyiapkan peranti telur menggunakan bahan yang ada di persekitaran mereka. 4.Guru memastikan setiap kumpulan menyiapkan peranti pelindung telur dan membawanya ke sekolah bersama sebiji telur rebus untuk diuji Contoh bahan digunakan untuk membina peranti telur: • Telur rebus • Surat Khabar • Pita pelekat • Gunting • Plastik • Benang


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Dalam waktu kelas 31 Fasa Penerangan Bahan PdP Penerangan 1.Guru memberikan penerangan bagi penstrukturan idea murid seterusnya membina kefahaman murid dalam topik impuls dan daya impuls menggunakan slide yang telah disediakan. 2.Guru meminta setiap kumpulan mempamerkan peranti pelindung telur di atas meja atau stesen masing-masing. 3.Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan aktiviti Gallery Walk di mana mereka bergerak di dalam kumpulan masing-masing ke stesen atau meja peranti pelindung telur dipamerkan dengan bimbingan guru. 4.Guru meminta murid membuat perbincangan dan menulis komen atau cadangan di atas sticky note yang telah dibekalkan tentang peranti telur kumpulan lain. 5.Guru meminta murid membuat penambahbaikan kepada peranti telur dengan mengambil kira komen dan cadangan kumpulan lain. 6.Guru membimbing murid untuk melaksanakan aktiviti Egg Drop untuk menguji peranti telur yang telah disiapkan. 7.Guru mengadakan perbincangan bersama murid berkaitan faktor-faktor, ciri reka bentuk dan ciri bahan pada peranti yang menyebabkan telur pecah serta telur tidak pecah serta mengaitkannya dengan impuls dan daya impuls menggunakan Google Slide yang telah disediakan Pautan slide: https://docs. google.com/ presentation/ d/1_SfXPsaq S_iCXmlQQ nmOa2zw6V 5Cp6NDycO 00oAHopI/ed it?usp=shari ng .


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Dalam waktu kelas 32 Fasa Penerangan Bahan PdP Pengembangan 1. Guru meminta semua murid duduk dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberikan situasi berdasarkan aplikasi di dalam kehidupan seharian dan diminta menyelesaikan tugasan berdasarkan situasi yang diberikan. 2. Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan dan kumpulan mencatat hasil perbincangan mereka di atas kertas mahjung. 3. Murid menjalankan aktiviti 3 stray 1 stay di mana seorang ahli kumpulan tinggal di stesen kumpulan sebagai pembentang dan membentangkan hasil kerja kumpulan kepada kumpulan lain. 4. Setelah selesai semua pembentangan, ahli kumpulan balik ke stesen masing-masing dan berkongsi pengetahuan yang mereka peroleh daripada pembentangan kumpulan lain. 5. Ahli kumpulan membincangkan idea baru serta keperluan mengintegrasikan idea yang diperoleh dengan hasil kerja mereka. 6. Guru memantau aktiviti murid serta menjadi pemudah cara bagi murid yang memerlukan. 7. Guru mengadakan perbincangan bersama murid sebagai rumusan bagi aktiviti yang telah dijalankan menggunakan slide yang telah disediakan. Rujuk m/s 39-40 dalam penerangan aktiviti untuk situasi yang diberikan kepada setiap kumpulan. Kertas mahjung Google Slide


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Dalam waktu kelas 33 Fasa Penerangan Bahan PdP Penilaian 1. Guru meminta murid menjawab latihan pengukuhan bagi menentukan kefahaman mereka bagi topik yang dipelajari (Rujuk m/s 42-46) 2. Guru meminta murid menjalankan pentaksiran ke atas diri sendiri menggunakan borang penilaian kendiri. (Rujuk m/s 60) 3. Guru menjalankan pentaksiran ke atas murid bermula dari fasa penglibatan ke fasa penilaian. (Rujuk m/s 63-64) Soalan latihan pengukuhan Borang penilaian kendiri. Borang pentaksiran murid


28 1. Guru memberikan pautan You Tube berikut kepada murid menggunakan platform Whatsapp/Telegram murid. Guru meminta murid untuk memerhatikan posisi kaki atlet semasa mendarat di atas pasir. Pautan Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=qGm3TrdYyCc 2. Guru memberikan situasi berikut kepada murid bagi mencabar pemikiran serta membina pengetahuan sedia ada murid. Soalan perbincangan: i) Apakah posisi kaki atlet lompat jauh semasa mendarat di atas pasir? ii) Sekiranya atlet tidak menggerakkan kaki pada posisi tersebut, apakah yang boleh berlaku kepada atlet tersebut? iii) Adakah anda pernah menyertai aktiviti sukan lompat tinggi? Mengapakah terdapat tilam atau pelapik dilgunakan semasa aktiviti lompat tinggi? Luar waktu kelas Tangkap layar paparan video yang diberikan. QR Code Lompat Jauh Rujuk lampiran A untuk cadangan jawapan. Aktiviti murid : Menonton video, memberi maklum balas menggunakan Padlet FASA PENGLIBATAN Cadangan masa: 7 hari sebelum kelas bersemuka 34


29 iv) Berikan contoh sukan lain yang mengaplikasikan konsep yang sama bagi mengelakkan kecederaan. (Soalan boleh diberikan menerusi laman web Padlet atau melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram kelas) 4. Guru meminta murid memberikan maklum balas menggunakan ruangan pada laman web Padlet yang disediakan guru. 5. Guru menyemak maklum balas murid pada pada laman web Padlet yang disediakan oleh guru. (Rujuk m/s 54-58 untuk langkah-langkah menggunakan laman web Padlet) Luar waktu kelas QR code panduan menggunakan Padlet Aktiviti murid: Menonton video, memberi maklum balas menggunakan Padlet FASA PENGLIBATAN(SAMBUNGAN) Cadangan masa : 7 hari sebelum kelas bersemuka 35


30 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan (3-4 orang murid satu kumpulan). 2. Guru memberikan tugasan kepada murid berdasarkan situasi yang diberikan. Guru meminta murid membuat perbincangan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Situasi: Anda adalah sebahagian daripada pasukan pendaki yang menjumpai sebiji telur aneh yang mungkin merupakan telur Dinosaur di atas sebuah puncak gunung. Bagi mengkaji sama ada telur tersebut merupakan telur Dinosaur atau tidak, telur tersebut hendaklah dihantar ke makmal untuk diuji. Tugas anda adalah untuk mereka bentuk peranti yang akan melindungi telur dan memastikan ia sampai ke tanah dengan selamat. 3. Murid diminta melaksanakan penyiasatan dan penerokaan di dalam kumpulan masing-masing untuk mereka peranti bagi melindungi telur untuk diuji. Murid boleh menggunakan bahan-bahan yang ada di persekitaran mereka untuk membina peranti tersebut. 4.Guru memastikan setiap kumpulan menyiapkan dan peranti pelindung telur dan membawa bersama sebiji telur rebus untuk menguji peranti mereka. Luar waktu kelas Contoh peranti untuk melindungi telur Rujuk Lampiran B untuk cadangan langkah-langkah membina peranti pelindung telur. FASA PENEROKAAN Aktiviti murid: Membina Peranti Pelindung Telur Cadangan masa : 7 hari sebelum kelas bersemuka 36


31 1. Guru menerangkan konsep impuls dan daya impuls kepada murid dan mengaitkannya dengan aktiviti membina peranti telur. (Rujuk Google Slide yang telah disediakan bagi membantu penerangan guru dalam bilik darjah) 2. Guru meminta setiap kumpulan untuk mempamerkan peranti telur di atas meja atau stesen masing-masing. 3. Guru membimbing murid untuk menjalankan aktiviti Gallery Walk. 4. Guru meminta setiap kumpulan balik ke stesen masingmasing dan meneliti komen-komen yang telah diberikan oleh kumpulan lain. 5. Guru meminta murid membuat menambah baik peranti telur mereka dengan mengambil kira komen dan cadangan kumpulan lain. 6. Guru membimbing murid untuk menjalankan aktiviti Egg Drop. 7. Guru mengadakan perbincangan bersama murid faktorfaktor reka bentuk dan ciri bahan pada peranti yang menyebabkan telur pecah serta telur tidak pecah serta mengaitkannya dengan impuls dan daya impuls sebagai rumusan bagi aktiviti yang telah dijalankan (Rujuk Google Slide yang telah disediakan). Dalam waktu kelas Guru boleh membawa telur tambahan untuk digunakan sekiranya terdapat murid yang tidak membawa telur ke sekolah Aktiviti murid: Egg Drop Activity Aktiviti Gallery Walk: 1.Setiap kumpulan menampal hasil kerja di dinding atau stesen masing-masing. 2. Murid lain boleh memberi komen menggunakan sticky note dan menampalnya pada hasil kerja kumpulan lain. QR Code Google Slide FASA PENERANGAN Cadangan masa: Satu jam 37


32 AKTIVITI EGG DROP Bahan yang diperlukan : Telur rebus, peranti pelindung telur (dibawa oleh pelajar) Objektif: Menentukan peranti terbaik yang dapat melindungi telur. Kaedah: 1) Murid memasukkan telur rebus ke dalam peranti pelindung telur. 2) Murid menjatuhkan peranti bersama telur daripada tempat yang tinggi ( tingkat satu atau dua sekolah) 3) Murid memerhatikan keadaan telur selepas dijatuhkan. 4) Murid diberi masa untuk membuat penambahbaikan kepada peranti sekiranya telur pecah dan diuji semula bagi mengelakkan telur daripada pecah. 5) Peranti yang dapat melindungi telur daripada pecah merupakan pemenang bagi aktiviti Egg Drop. (Guru boleh memberikan insentif kepada murid yang berjaya sebagai galakan). Dalam waktu kelas Formula impuls dan daya impuls Rujuk buku teks m/s 67-60 38 FASA PENERANGAN(SAMBUNGAN) Aktiviti murid: Egg Drop Activity Cadangan masa: Satu jam Impuls ialah perubahan momentum = − Daya Impuls ialah kadar perubahan momentum = −


33 1) Guru mengenal pasti kefahaman murid berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan dan bertanyakan soalan secara lisan tentang a) Definisi dan formula impuls b) Definisi dan formula daya impuls. 2) Murid dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Guru menayangkan tugasan murid menggunakan slide yang telah disediakan. 3) Guru membimbing murid untuk menyelesaikan tugasan berdasarkan situasi yang telah diberikan. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung untuk menjawab tugasan yang diberikan. (Cadangan masa: 20 minit) . Rujuk lampiran A untuk cadangan jawapan. QR Code pautan Google Slide 39 FASA PENGEMBANGAN Dalam waktu kelas Aktiviti murid: Perbincangan di dalam kumpulan Cadangan masa: Satu jam Kumpulan 1, 2 dan 3 Anda merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat automotif terkenal. Anda diminta mereka bentuk sebuah kereta yang boleh bergerak laju serta lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemandu serta penumpang tercedera sekiranya berlaku kemalangan Kumpulan 4, 5 dan 6 Anda merupakan seorang jurulatih bola sepak terkenal di dunia. Terangkan kaedah menyepak bola yang sesuai bagi membolehkan bola bergerak laju serta langkah-langkah keselamatan bagi penjaga gol supaya dapat mengurangkan kecederaan semasa menangkap bola


34 4. Guru membimbing murid untuk menjalankan aktiviti Three Stray One Stay. AKTIVITI THREE STRAY ONE STAY Bahan yang diperlukan: Kertas mahjung, pen marker. Prosedur: • Murid mencatat perbincangan mereka di atas kertas mahjung yang telah diedarkan guru. • Kertas mahjung ditampal pada dinding atau stesen yang telah ditetapkan. • Seorang murid akan stay di meja pembentangan sebagai pembentang. • Ahli lain dalam kumpulan yang sama akan stray (berkeliaran) ke stesen lain bagi mendapatkan ilmu daripada pembentangan kumpulan lain. • Ahli kumpulan lain akan bergerak ke stesen lain dan mendengar pembentangan daripada kumpulan lain. Selain itu, mereka turut akan menilai pembentangan daripada kumpulan lain dengan mengisi borang penilaian kumpulan seperti yang terdapat di dalam Lampiran C. • Guru menggalakkan murid untuk bertanya soalan serta mengadakan perbincangan semasa sesi pembentangan. • Ahli kumpulan balik ke stesen masing-masing dan berkongsi pengetahuan yang mereka peroleh daripada pembentangan kumpulan lain dan membincangkan idea baru serta keperluan mengintegrasikan idea yang diperoleh dengan hasil kerja mereka. • Guru mengadakan perbincangan bersama murid semasa dan selepas pembentangan bagi memberikan rumusan bagi aktiviti yang telah dijalankan dengan merujuk kepada slide yang telah disediakan. Dalam waktu kelas Rujuk Lampiran A untuk cadangan jawapan. Rujuk Lampiran C untuk borang penilaian kumpulan. 40 Aktiviti murid: Three Stay, One Stay Cadangan masa: Satu jam FASA PENGEMBANGAN(SAMBUNGAN)


• Guru meminta murid menjawab soalan latihan pengukuhan yang diberikan sebagai kuiz bagi menentukan kefahaman mereka bagi topik yang dipelajari (Rujuk m/s 42-46 untuk latihan pengukuhan). • Guru meminta murid menjalankan pentaksiran ke atas diri sendiri menggunakan borang penilaian kendiri yang disediakan pada m/s 60. • Guru menjalankan pentaksiran ke atas murid menggunakan borang pentaksiran murid yang disediakan pada m/s 63-64. Dalam waktu kelas Rujuk Lampiran A untuk cadangan jawapan Rujuk Lampiran E untuk borang penilaian kendiri Rujuk Lampiran F untuk borang pentaksiran murid FASA PENILAIAN Aktiviti : Menjawab latihan pengukuhan. Cadangan masa : Satu jam 41


LATIHAN PENGUKUHAN IMPULS DAN DAYA IMPULS 42 Nama: Kelas: Cadangan masa: 45 minit Arahan: Sila jawab semua soalan di ruang yang disediakan. 1. 2. 3. *Sumber gambar: https://www.freepik.com/search?format=search&last_filter=selection&last_value=1&query=boy %20playing%20soccer&selection=1&type=vector 4. *Sumber gambar:https://www.freepik.com/free-vector/man-playingtennis_4859932.htm#query=boy%20play%20badminton&position=8&from_view=search&track =ais Definisi Impuls:______________________________________________ Unit Impuls:_________________________________________________ Formula Impuls:_______________________________________________ Definisi Daya Impuls:_________________________________________ Unit Daya Impuls:____________________________________________ Formula Daya Impuls:_________________________________________ Sepakan yang kuat diikuti tindakan ________ lajak menghasilkan impuls yang tinggi. Bola mengalami perubahan momentum yang _________ dan bergerak dengan halaju yang tinggi. Lee Chong Wei memukul bulu tangkis yang berjisim 0.02 kg dengan halaju 50 m/s. Bola tangkis itu melantun semula dengan halaju 60 m/s. Berapakah impuls yang terdapat pada bulu tangkis tersebut?


LATIHAN PENGUKUHAN IMPULS DAN DAYA IMPULS 43 4. Aiman menyepak bola dengan daya 40N dan masa tindakan ialah 0.05s. Berapakah impuls bola tersebut. 5. Isikan tempat kosong berikut: Sumber gambar: https://id.pinterest.com/pin/8621579224 16372891/ Ahmad memerhatikan ibu menumbuk sambal dengan laju dan kuat. Lesung batu juga diperbuat daripada batu yang keras dan kuat. Ini bagi membolehkan masa hentaman yang___________ dan daya impuls ________________. Sumber gambar: https://www.freepik.com/search?format= search&query=high%20jump%20sport& selection=1&type=vector Tilam tebal digunakan semasa sukan lompat tinggi. Ini bagi membolehkan masa hentaman _________ dan daya impuls________. Oleh itu, atlet tidak cedera semasa bersukan. Sumber gambar: https://www.freepik.com/freevector/eggs_7022032.htm#query=egg% 20in%20cartoon&position=4&from_view =search&track=ais Telur diletakkan di dalam bekas telur yang diperbuat daripada kertas atau kadbod. Bagaimanakah bekas telur dapat melindungi telur daripada pecah. ________________________________________ _________________________________________


LATIHAN PENGUKUHAN IMPULS DAN DAYA IMPULS 44 6. Abu yang berjisim 50kg melompat daripada tingkat 1 rumahnya yang terbakar. Halaju beliau sejurus mendarat ialah 30 ms-1. i. Hitung impuls apabila kaki Abu mencecah tanah. ii. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas kaki Abu sekiranya beliau membengkokkan kaki dan mengambil masa 0.1 saat untuk berhenti. iii. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas kaki Abu sekiranya beliau tidak membengkokkan kaki dan mengambil masa 0.05 saat untuk berhenti. iv. Bandingkan kedua-dua daya impuls. Apakah yang akan terjadi kepada kaki Abu sekiranya dia tidak membengkokkan kaki semasa melompat dari tempat tinggi dan mengapa? _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Sumber gambar: https://www.freepik.com/search?format=searc h&query=kick%20ball&selection=1&type=vect or Semasa menyepak bola, hayunan tendangan kaki diteruskan walaupun bola telah bergerak ke hadapan. Ini merupakan teknik ikut ____________. Sumber gambar: https://www.freepik.com/search?format=searc h&page=2&query=play+golf&selection=1&type =vector Hayunan kayu bola golf diteruskan walaupun bola telah bergerak ke hadapan. Teknik ini digunakan bagi membolehkan masa perlanggaran__________ dan impuls ____________. Kesan impuls ini menyebabkan bola bergerak jauh ke hadapan.


LATIHAN PENGUKUHAN IMPULS DAN DAYA IMPULS 45 7. Berikut adalah gambar penjaga gol bagi sukan hoki padang. Anda merupakan petugas keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji ciri-ciri kelengkapan bagi penjaga gol hoki padang bagi memastikan keselamatan mereka. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri kelengkapan yang dibekalkan oleh syarikat W, X, Y dan Z. Pilih kelengkapan yang sesuai bagi penjaga gol hoki daripada ketiga-tiga syarikat tersebut? *Sumber gambar: https://www.freepik.com/search?format=search&query=hockey%20goal%20keeper &selection=1&type=vector Syarikat Bahan kayu pemukul Ketumpatan pelindung kepala Pelindung tangan Ketebalan pelindung kaki W Gentian karbon Tinggi Span busa keras Nipis X Kayu Rendah Plastik keras Tebal Y Gentian karbon Rendah Span busa keras Tebal Z Kayu Rendah Span busa keras Tebal


LATIHAN PENGUKUHAN IMPULS DAN DAYA IMPULS 46 Jawapan: Ciri-ciri Penerangan


47


Topik : Momentum TUGASAN FASA PENGLIBATAN (VIDEO AHLI BOMBA): i) Ahli bomba tersebut tersentak ke belakang. ii) Air yang dipancutkan daripada hos bomba berkelajuan tinggi seterusnya menghasilkan momentum yang tinggi ke hadapan. iii) Lebih ramai ahli bomba memegang hos dengan kuat. TUGASAN FASA PENEROKAAN (SIMULATOR CAR CRASH): i) Selepas perlanggaran, kereta A bergerak mengikut arah yang sama dengan arah asal gerakan kereta manakala kereta B bergerak pada arah bertentangan. Ini kerana jisim kereta A lebih tinggi dan menghasilkan momentum yang lebih tinggi berbanding kereta B. ii) Selepas perlanggaran, kereta B bergerak mengikut arah yang sama dengan arah gerakan asal manakala kereta A bergerak pada arah bertentangan dengan arah gerakan asal. Ini kerana jisim kereta B lebih tinggi dan menghasilkan momentum yang lebih tinggi berbanding kereta B. iii) Selepas perlanggaran, kereta A masih bergerak mengikut arah gerakan asal manakala kereta B bergerak pada arah bertentangan dengan arah gerakan asal. Ini kerana halaju kereta A lebih tinggi daripada kereta B dan momentum kereta A lebih tinggi berbanding kereta B. CADANGAN JAWAPAN Lampiran A 48


Click to View FlipBook Version