The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3431a - SITI A'ISYAH FITRIYYAH BINTI MOHD ZAID - 2021092340293 - PIM 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAI30622 Siti A'Isyah Fitriyyah Bt Mohd Zaid, 2024-04-18 11:49:35

TUGASAN 1 MPU3431a

TUGASAN 1 MPU3431a - SITI A'ISYAH FITRIYYAH BINTI MOHD ZAID - 2021092340293 - PIM 3

NAMA SEKAWAN ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN UNIT / AMBILAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : : : : : : : SITI A’ISYAH FITRIYYAH BINTI MOHD ZAID SEKAWAN BIRU DUA 2021092340293 021219-03-0910 PIM 3 AMBILAN JUN 2021/2026 ENCIK SAFRI BIN AZIZ 11 MAC 2024


11 MAC 2024


BUKU LOG PENGAKAP


BIL PEEKARA CATATAN 1 REKOD PERIBADI 2 SKIM LENCANA 3 CARTA ORGANISASI 4 PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN 5 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 6 SEJARAH KEPENGAKAPAN 7 ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP 8 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 9 LAGU-LAGU PENGAKAP 10 LAPORAN DAN AMALI MINGGUAN 11 SIMPULAN DAN IKATAN 12 MASAKAN RIMBA INDEKS


BIL PEEKARA CATATAN 13 GADJET 14 PEROLONGAN CEMAS 15 KAWAD KAKI INDEKS


NAMA SITI A’ISYAH FITRIYYAH BINTI MOHD ZAID TARIKH LAHIR 19 DECEMBER 2002 NO K/P 021219-03-0910 NO. KUMPULAN DAERAH KUALA NERUS NEGERI TERENGGANU ALAMAT RUMAH NO 820 KG BERIS PANCHOR TAWANG BACHOK KELANTAN ALAMAT KUMPULAN IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL EMAIL 1360-a’[email protected] PANGKAT PENOLONG PEMIMPIN PENYAKIT - ALLERGIK - REKOD PERIBADI


SKIM LENCANA


BENDERA MALAYSIA


BENDERA NEGERI-NEGERI


LOGO PENGAKAP


LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3. Lima Prinsip Ruk un Negara 4. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 6. Cerita Hutan 7. Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja


LENCANA AHLI RENANG Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). LENCANA PENUNGGANG BASIKAL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.


LENCANA KEMAJUAN - KERIS GANGSA LENCANA KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. 4. Lencana Kepandaian- Kategori Kegemaran Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1. Ahli Koleksi Hobi 2. Ahli Kraf Tangan 3. Peladang Kecil 4. Pelukis 5. Pembaca Buku


AHLI KOLEKSI HOBI LENCANA AHLI KRAFTANGAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan bendabenda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya.


AHLI PELADANG KECIL PELUKIS Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedahkaedah yang betul. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.


AHLI PEMBACA BUKU PENGHIBUR Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanakkanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unitunit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", - Hijau - "Pengakap Muda", - Merah - "Pengakap Remaja"


CARTA ORGANISASI


CARTA ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2023-2025


AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA


AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA


AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA


AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA


CARTA ORGANISASI PPM KLMIPG


CARTA ORGANISASI PPM KLMIPG


CARTA ORGANISASI PPM KLMIPG/KLM30 Encik Ahmad Syawal bin Mohamad


FUNGSI MAJLIS TADBIR Fungsi utama Majlis Tadbir MPLKMIPG adalah untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Buku UndangUndang Kecil MPKLMIPG.


FUNGSI MAJLIS TADBIR Memajukan kebajikan pergerakan pengakap di IPG 1. Mengaturkan Kerjasama di antara IPG dalam kursus kepimpinan pengakap. 2. Memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugastugas tertentu jika perlu. 3. Menghantar satu Salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat PPM tidak lewat daripada 15 November pada setiap tahun. 4. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat, perhimpunan-perhimpunan, persidanganpersidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara bersama untuk faedah MPKLMIPG secara Bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya. 5. Mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan peraturan-peraturan ini untuk pembangunan kepengkapan di MPKLMIPG 6.


PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN


DEFINISI Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunnanya. Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah kepengakapan (scout method) yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord-Baden Powell. MATLAMAT Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. Menyediakan pelan pelaksanan yang berbeza dengan yang lain Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalio unit-unit tertentu FALSAFAH Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni bagi mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.


OBJEKTIF Mengalakkan lebih ramai golongan muda menyertai pengakap. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang pengakap. Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan MISI Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranna yang berguna kepada masyarakat. VISI Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan.


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


PERLEMBAGAAN PERSETIAAN PENGAKAP BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP PRINSIP BERPENGAKAP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN · TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA . PERKHIDMATAN KEPADA DIRI SENDIRI


UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpinpemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)


COGAN KATA PENGAKAP ‘Buat habis baik’ ‘Berkhidmat’ ‘Selalu Sedia’ ‘Pandang Luas’ PENGAKAP KANAK-KANAK PENGAKAP REMAJA PENGAKAP KELANA PENGAKAP MUDA


SEJARAH KEPENGAKAPAN


SEJARAH PENGASAS Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).


Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, BadenPowell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, BadenPowell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.


Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan pergerakan Pengakap: 1910 Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913 Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan 1915 Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915 Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) 1919 Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet 1922 Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield 1926 Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar 1926 Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926 Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1926 Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution 1927 Terengganu oleh AJ Gracle 1927 Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928 Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 1931 Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith


Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.


ISTIADATISTIADAT PENGAKAP


ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN Istiadat Laung Agung Istiadat Bendera Istiadat Pemeriksaan Pagi Istiadat Meningkat Naik Istiadat Melantik Istiadat Pengalungan Manik Kayu Istiadat Penganugerah an Pingat dan Bintang PPM


ISYARAT PENGAKAP HORMAT PENGAKAP Ahli-ahli yang memperbaharui persetiaan pengakap atau melafaz persetiaan ketika dilantik menjadi ahli baharu perlu berdiri tegak. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan; 1. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan; dan 2. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas 3. Bila hormat pengakap digunakan? 1) Apabila menemui pengakap lain, samada dalam luar negeri iaitu penendakan persaudaraan dan penghormatan 2) Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol


Click to View FlipBook Version