The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3431a - SITI A'ISYAH FITRIYYAH BINTI MOHD ZAID - 2021092340293 - PIM 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAI30622 Siti A'Isyah Fitriyyah Bt Mohd Zaid, 2024-04-18 11:49:35

TUGASAN 1 MPU3431a

TUGASAN 1 MPU3431a - SITI A'ISYAH FITRIYYAH BINTI MOHD ZAID - 2021092340293 - PIM 3

AKTIVITI ASAS - PERTOLONGAN CEMAS


PENDAHULUAN TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas merupakan pertolongan yang diberikan kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan daripada pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulans ·Menyelamatkan nyawa ·Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa ·Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah teruk ·Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.


JENIS-JENIS ANDUH Anduh Lengan Anduh Pergelangan Tangan Anduh Tapak Kaki Anduh Kepala


ANDUH LENGAN LINK YOUTUBE - https://www.youtube.com/watch? v=WR8k0BqCI_s&pp=ygUMYW5kdWggbGVuZ2Fu


ANDUH PERGELANGAN TANGAN LINK YOUTUBE - https://www.youtube.com/watch? v=Q6QqS8hho1Q&pp=ygUMYW5kdWggbGVuZ2Fu


ANDUH KEPALA LINK YOUTUBE - https://www.youtube.com/watch? v=G1CDoZSKYR0&pp=ygUMYW5kdWggS0VQQUxB


AKTIVITI ASAS - KAWAD KAKI


MASUK BARIS Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. SEDIA Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.


SENANG DIRI Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.


REHATKAN DIRI Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh. REHATKAN DIRI Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masingmasing sambil muka ditolehkan ke kanan.


KE KANAN PUSING Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kira.


KE KIRI PUSING KE BELAKANG PUSING Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.


BUKA BARISAN Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.


TUTUP BARISAN Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.


PARAS Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:- Paras ahli tinggi di tengah; Paras ahli rendah ditengah; Paras ahli tinggi di kiri; dan Paras ahli rendah di kiri.


KELUAR BARIS Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. BERSURAI Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.


CERITA HUTAN


MOWGOLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatangbinatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.


Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatangbinatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.


Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibuibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anakanak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.


"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undangundang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak. " Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "


11 MAC 2024


RANCANGAN ORIENTASI TAHUNAN UNIT BERUNIFORM BIL MINGGU / TARIKH TAJUK DAN AKTIVITI TEMPAT CAT ATA N 1 MINGGU 1 (12/03/2024) Mesyuarat agung unit beruniform Pen yela ras 2 Minggu 2 (19/03/2024) Pengurusan dan Pentadbiran unit Beruniform Pelantikan ahli jawatankuasa sesi 2024 Sem ua unit dan pen yela ras


RANCANGAN ORIENTASI TAHUNAN UNIT BERUNIFORM BIL MINGGU / TARIKH TAJUK DAN AKTIVITI TEMPAT CATAT AN 3 MINGGU 3 (26/03/2024) Sejarah unit beruniform Riwayat hidup pengasas / pertubuhan unit Sejarah serta perkembangan unit beruniform Semua unit Guru penasi hat 4 MINGGU 4 (02/04/2024) Struktur dan Organisasi Pertubuhan Struktur dan organisasi pertubuhan sekolah dan kumpulan Semua unit Guru penasi hat UB CUTI KHAS PERAYAAN - HARI RAYA PUASA


RANCANGAN ORIENTASI TAHUNAN UNIT BERUNIFORM BIL MINGGU / TARIKH TAJUK DAN AKTIVITI TEMPAT CATAT AN 5 MINGGU 6 (16/04/2024) Struktur dan Organisasi Pertubuhan Struktur dan organisasi pertubuhan sekolah dan kumpulan Fungsi dan Majlis Tertinggi Semua unit Guru penasi hat 6 Minggu 7 (23/04/2024) Perlembagaan Pertubuhan Undang-undang AM dan dasar pertubuhan Tujuan, visi dan misi Prinsip asas UB Lambang, bendera, lagu dan cogan kata UB Semua unit Guru penasi hat UB


RANCANGAN ORIENTASI TAHUNAN UNIT BERUNIFORM BIL MINGGU / TARIKH TAJUK DAN AKTIVITI TEMPAT CATAT AN 7 MINGGU 8 (30/04/2024) Asas kawad kaki Pergerakan dan formasi dalam kawad Arahan dan bahasa hukuman kawad kaki Istidat perlantikan dan menaikkan bendera Semua unit Guru penasi hat 8 Minggu 9 (07/05/2024) Disiplin dan kerohaniaan Isyarat hormat, berjabat tangan Khidmat kesukarelawanan Keagamaan, perhubungan, kewangan serta kumpulan skongan Kawad kaki Semua unit Guru penasi hat UB


RANCANGAN ORIENTASI TAHUNAN UNIT BERUNIFORM BIL MINGGU / TARIKH TAJUK DAN AKTIVITI TEMPAT CATAT AN 9 MINGGU 10 (14/05/2024) Ikatan dan simpulan Buku sila Bunga geti Simpul manuk Ikatan balak Tindih kasih Semua unit Guru penasi hat 10 MINGGU 11 (21/05/2024) Peperiksaan Pertengahan Tahun Asas Pertolongan Cemas (PC) Prinsip asas dan tujuan PC Rawatan bagi luka, patah, melecur dan pitam Anduh dan balutan Semua unit Guru penasi hat UB CUTI PENGGAL 1, SESI 2-24/2025


RANCANGAN ORIENTASI MINGGUAN UNIT BERUNIFORM MINGGU/ TARIKH KEMAHIRAN, AKTIVITI TAJUK AKTIVTITI TUGASAN TEMPAT CATATA N MINGGU 1 (12/03/20 24) Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Pendaftaran ahli baru Pembentukan sekawan Perlantikan AJK Taklimat mengenai aktiviti takwim Persdiaan folio, buku log dan tali Pendaftaran ahli baru Pembentukan AJK dan sekawan Taklimat Perancangan,stru ktur penilaian dan aktiviti serta laporan mingguan Kantin Sekolah Pelajar UB Pengaka p Guru Pembim bing MINGGU 2 (19/03/20 24) SEJARAH UNIT BERUNIFORM Sejarah Pengasas Pengakap Sejarah penubuhan Pergerakan Pengakap di Malaysia Tujuan Penubuhan Pergerakan Pengakap Mencari bahan dari internet dan buku rujukan berkaitan sejarah serta penubuhan pergerakan Pengakap Perpu stakaa n Makm al komp uter Pelajar UB Pengaka p Guru Pembim bing


MINGGU/ TARIKH KEMAHIRAN, AKTIVITI TAJUK AKTIVTITI TUGASAN TEMPAT CATAT AN MINGGU 3 (26/03/2- 24) Struktur dan organisasi Pertubuhan Peringkat Antarabangsa (World Bureau) Peringkat Asia Pasifik (WORSM) Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Menyiapka n struktur organisasi Mencari bahan dan nota melalui buku rujukan dan internet Membenta ngkan hasil dapatan Perpusta kaan Makmal kompute r Pelajar UB Pengak ap Guru Pembi mbing MINGGU 4 (02/04/2 024) Struktur dan organisasi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Negeri (MPKLM) Pergerakan Pengakap Negeri/Daerah Mencari bahan dan nota melalui buku rujukan dan internet Membenta ngkan hasil dapatan Perpu staka an Mak mal komp uter Pelajar UB Pengak ap Guru Pembi mbing HARI RAYA PUASA


MINGGU/ TARIKH KEMAHIRAN, AKTIVITI TAJUK AKTIVTITI TUGASAN TEMPAT CATA TAN MINGGU 5 (16/04/20 24) Persetiaan dan undangundang Pengakap Cogan kata, hormat, isyarat pengakap Melakukan tatacara hormat, isyarat pengakap dengan betul Melukis dan mewarna lambang, bendera Pengakap Dewan Pelaja r UB Peng akap Guru Pemb imbin g MINGGU 6 (23/04/20 24) Asas Kawad Kaki Bahasa hukuman Melapor Hukuman paras Kawad statik/dinamik Kawad terima sijil Pergerakan dan formasi kawad Hormat panji-panji Menghafaz dan melafazkan bahasa hukuman dan membuat pergerkaan secara individu dan kumpulan Amali kawad kaki dan bahasa kawad Demonstrasi hukuman melalui tayangan CD Makmal Kompu ter Dataran Farabi Pelaja r UB Peng akap Guru Pemb imbin g MINGGU 7 Disiplin dan Kerohanian Lagu pengakap Pengertian cogan kata dan hormat Doa, dorongan dan motivasi Menyalin dan menyanyikan lagu Menghafal doa Makmal komput er


MINGGU/ TARIKH KEMAHIRAN, AKTIVITI TAJUK AKTIVTITI TUGASAN TEMPAT CATA TAN (30/04/20 24) Ikatan dan simpulan - buku sila Bunga geti Simpul Manu Tindih kasih Ikatan Balak Melihat demonstrati ikatan dan simpulan melalui rakaman video Membuat ikatan dan simpulan pada batang kayu Dewan Pelaja r UB Peng akap Guru Pemb imbin g MINGGU 8 (07/04/2 024) Asas Pertolongan Cemas merawat luka dan gigitan Melecur, pitam dan patah Keracunan dan terseliuh Pemulihan Pernafasan Menyenaraikan jenis luka, gigitan, melecur, pitam dan patah Simulasi membalut luka dan gigitan melihat demonstrasi daripada rakkaman Membuat demonstrasi Mencari bahan yang berkaitan dengan punca keracunan dan cara rawatan Makmal komput er Pelaja r UB Peng akap Guru Pemb imbin g


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOKURIKULUM KELAS 5 ARIF BILANGAN MURID 30 ORANG TARIKH/HARI 24 APRIL 2024 (RABU) MASA 1.00 - 2.00 PETANG (I JAM) TAJUK Ikatan dan simpulan (Buku sila, Manuk dan Bunga Geti) Hasil Pembelajaran Mempelajari tiga jenis ikatan asas iaitu ikatan buku sila, manuk dan bunga geti dan mampu untuk mengaplikasikan kegunaannya dalam dunia sebenar PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah mengikat tali pada sebarang objek OBJEKTIF PEMBELAJARAN pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a) Psikomotor; Membuat kesemua jenis ikatan yang telah dipelajari b) Kognitif: Mengetahui perbezaan setiap fungsi ikatan dengan tepat c) Afektif: Kerjasama, bersungguh-sungguh dan berkeyakinan Bahan bantu mengajar Komputer riba, LCD, gambar, tali


Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi ( 5 minit) Tayangan Video tentang ikatan Soal jawab antara guru dengan murid: -Apakah yang sedang individu tersebut lakukan? -Adakah anda mengetahui jenis ikatan yang terdapat dalam video? -Bagaimanakah cara ikatan setiap jenis ikatan tersebut? Guru menayangkan satu tayangan video rangsangan kepada murid-murid Semua murid diminta memberi perhatian kepada video tersebut Guru bertanyakan kepada murid-murid berkaitan perkatan yang dilihat daripada video tersebut Murid memberikan jawapan dan guru membuat sumbang saran Jawapan murid dikaitkan dengan topik pembelajaran Nilai: Berani Tekun Langkah 1 (10 minit) Jenis-jenis dan fungsi ikatan: Ikatan buku sila: Menyambung dua tali yang sama saiz Ikatan simpul manuk: Mengikat objek yang licin dan sebagai permulaan sebarang ikatan Murid melihat gambargambar yang ditayangkan oleh guru Guru menerangkan setiap jenis ikatan dan fungsifungsinya dalam kehidupan Murid mendengar penerangan dengan teliti Dua orang wakil murid dipilih melalui “Magic Pickers Name” untuk meneka nama ikatan Pendekatan: Berpusat kan bahan BBM: Gambar Komput er Riba LCD EMK: TMK


Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Langkah 2 (15 minit) Amali Ikatan Amali asas-asas ikatan Murid diminta untuk memilih pasangan masingmasing secara berduaduaan Setiap pasangan diberikan satu tali oleh guru Semasa tayangan video ditayangkan, murid akan dibimbing untuk membuat ikatan Guru akan memainkan tayangan video satu persatu Selepas murid dapat menguasai cara membuat dan mengetahui fungsi ikatan buku sila, guru akan menayangkan video ikatan yang seterusnya KBKK Menjana idea Menghu bungkait kaitkan Nilai: Tolong menolon g Kerjasam a Langkah 3 (20 minit) Penilaian asas oleh guru tentang ikatan Secara berkumpulan (5 orang), setiap murid akan dinilai tahap penguasaan mereka dalam membuat ikatan yang telah dipelajari Murid akan menunjukkan jenis ikatan dan fungsi ikatan di hadapan kelas Murid lain pula akan memerhati dan memberikan penilaian terhadap kumpulan tersebut Guru akan membetulkan kesilapan murid sekiranya murid membuat ikatan yang salah Nilai: Bersungg uhsungguh BBM: Tali ikatan


Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Penutup (10 minit) Penutup kognitif: Guru menerangk an semula jenis ikatan dan fungsinya kepada murid Penutup Sosial: Murid dinasihati agar mengingati setiap jenis ikatan dan fungsinya agar dapat mengaplik asikan kegunaann ya di luar kelas Guru meminta setiap wakil kumpulan untuk tampil ke hadapan untuk duduk di atas kerusi “hot” bagi menjawab soalan daripada guru berkaitan ikatan Guru memberi rumusan serta kesimpulan mengenai tajuk dan isi pembelajaran Murid mengangkat tanda smiley sekiranya mereka memahami dan non-smiley jika sebaliknya Guru menasihati murid untuk mengaplikasikan ikatan di luar kelas Nilai: Fokus Berani


Rujukan Aktiviti asas tahunan pengakap. (2013). Retrieved from Portal Pengakap Pendidikan: https://permatapendidikankhas.blogspot.com/ 2013/10/aktiviti-asas-tahunan-pengakap.html anyflip. (2024, April 18). Buku Panduan Pengakap Sekolah Rendah. Retrieved from https://anyflip.com/crbnh/lxuk Azmin, H. (2021). Kawad kaki pengakap. Retrieved from https://www.academia.edu/52702878/KAWAD_ KAKI_PENGAKAP_IPG_2021 Blog Rasmi Pengakap Kelantan. (n.d.). Retrieved from https://pengakapkn1.blogspot.com/p/test.html Carta Organisasi Majlis Pengakap Negara. (2024). Retrieved from Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang: https://penangscout.org/ppmnpp/organisation -chart


Ikatan dan simpulan pengakap. (2021). Retrieved from https://anyflip.com/rdfwy/ecil/basic#google_vi gnette Lagu-lagu pengakap malaysia. (n.d.). Retrieved from https://music.youtube.com/playlist? list=OLAK5uy_km8Xz1LRawVpBuKFhIOP7MeJ1- 8euqTsQ Malaysia, P. P. (2021). Skim Latihan Pengakap Muda. Pasukan Latihan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia Rumah B-P Jalan Hang Jebat . Persatuan Uniform Pengakap Malaysia. (2020). Retrieved from https://persatuanpengakap.wordpress.com/ab out/berkhemah/ Pranata, W. (2020). Apa itu kepengakapan. Retrieved from https://slideplayer.info/slide/14566180/


Click to View FlipBook Version