Hakcipta © 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia Semua hakcipta terpelihara. Semua maklumat daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2, Blok E2, Presint 1 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel : +603-88849190 Fax : +603-88846670 Grafik/Ilustrasi Muka Depan: Adaptasi dari grafik Vecteezy.com
KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa Penggubal Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua guru arus perdana dan guru pendidikan khas yang terlibat dengan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam merealisasikan hasrat murni ini. Selain itu, modul ini juga diharapkan dapat difahami dan dihayati sama ada pada peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah. Pelaksanaan PPI memenuhi hasrat KPM untuk melahirkan murid yang cemerlang menerusi pendidikan yang tidak mendiskriminasikan mana-mana murid atas kekurangan murid. Pendidikan pada peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”. Akhirnya pada kesempatan ini, saya mengharapkan modul ini dapat memberi nilai tambah bagi memantapkan pengoperasian PPI dan meningkatkan mutu pendidikan Khas di negara ini. Sekian, terima kasih. DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
ii KANDUNGAN KANDUNGAN...................................................................................................ii SENARAI JADUAL ...........................................................................................v SENARAI ILUSTRASI ......................................................................................v SENARAI SINGKATAN ...................................................................................vi BAB 1 ANALISIS ........................................................................................... 8 1.1 Pengenalan..................................................................................... 8 1.2 Faedah Pendidikan Inklusif............................................................. 9 1.3 Statistik dan Data Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia .... 9 1.4 Isu Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia........... 11 1.4.1 Kesedaran dan Penerimaan ............................................. 11 1.4.2 Infrastruktur....................................................................... 11 1.4.3 Sistem Sokongan dan Bantuan......................................... 12 1.4.4 Pengurusan Bilik Darjah ................................................... 12 1.4.5 Kelayakan Murid Mengikuti Program Pendidikan Inklusif . 12 1.4.6 Penyusunan Jadual Waktu Inklusif Separa…………… 12 1.4.7 Kehendak Ibu Bapa……………………………………… 13 1.5 Kesimpulan.......................................................................... …….13 BAB 2 REKA BENTUK ................................................................................ 14 2.1 Objektif ………………………………………………………………...14 2.2 Sasaran ………………………………………………………………...14 2.3 Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif) ..................................................................... 15 BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL ............................................................... 16 3.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif (PPI) ............................... 16 3.1.1 Dasar…………………. ...................................................... 16 3.1.2 Matlamat ........................................................................... 17 3.1.3 Objektif ………………………………………………………...18 3.1.4 Definisi Program Pendidikan Inklusif................................. 18
iii 3.1.5 Program Pendidikan Inklusif ............................................. 18 3.1.6 Sokongan PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa ............ 20 3.1.7 Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) ................................................................... 20 3.1.8 Ujian Kendiri Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif ............. 22 3.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif.................. .23 3.2.1 Pengenalan....................................................................... 23 3.2.2 Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif ......... 23 3.2.3 Peranan Pentadbir Sekolah .............................................. 25 3.2.4 Peranan Guru Arus Perdana............................................. 27 3.2.5 Setiausaha PPI ................................................................. 29 3.2.6 Peranan Guru Pendidikan Khas........................................ 29 3.2.7 Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).................. 30 3.2.8 Ujian Kendiri Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif............................................................................... 31 3.3 TOPIK 3: Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran ........... 32 3.3.1 Masalah Pembelajaran ..................................................... 32 3.3.2 Kurang Upaya Fizikal……………………………………… 43 3.3.3 Kurang Upaya Penglihatan ............................................... 47 3.3.4 Kurang Upaya Pendengaran............................................. 55 3.3.5 Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities (MD) .......... 58 3.3.6 Perkhidmatan Sokongan…………………………………… 61 3.3.7 Ujian Kendiri Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran.................................................................... 63 3.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku....................... ……65 3.4.1 Penilaian Tingkah Laku Berfungsi..................................... 65 3.4.2 Pelan Tindakan Tingkah Laku........................................... 69 3.4.3 Strategi Modifikasi Tingkah Laku ...................................... 70
iv 3.4.4 Ujian Kendiri Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku .................................................................................. 73 BAB 4 PELAKSANAAN ............................................................................... 74 4.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif ........................................ 74 4.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif................... 75 4.3 TOPIK 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran ........ 76 4.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku.............................. 79 BAB 5 PENILAIAN....................................................................................... 80 5.1 Pengenalan................................................................................... 80 5.2 Ujian Kesedaran Program Pendidikan Inklusif.............................. 80 1. Ujian Pra................................................................................... 80 2. Ujian Pasca................................................................................ 80 5.3 Ujian Kendiri ................................................................................. 80 BIBLIOGRAFI................................................................................................ 81 LAMPIRAN .................................................................................................... 82 LAMPIRAN A : SOALAN UJIAN KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF............................................................... 82 LAMPIRAN B : JADUAL PERANAN GURU DAN PENTADBIR............ 83 LAMPIRAN C : JADUAL KEKERAPAN................................................. 84 LAMPIRAN D : BORANG PEMERHATIAN ABC................................... 86
v SENARAI JADUAL No. Jadual Halaman JADUAL 1: Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (PPI) 15 JADUAL 2: Teknik Multisensori 36 JADUAL 3: Perbezaan Definisi Umum dan Definisi Konkrit 66 SENARAI ILUSTRASI No. Ilustrasi Halaman RAJAH 1: Matlamat peningkatan pencapaian enrolmen murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif bermula pada tahun 2012 hingga 2025 10 RAJAH 2: Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik) 19 RAJAH 3: Contoh Helaian Kerja yang Sesuai untuk Murid Disleksia 35 RAJAH 4: Contoh Penggunaan Mnemonic 43 RAJAH 5: Klasifikasi B1, Persatuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA) 48 RAJAH 6: Klasifikasi B2, Persatuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA) 48 RAJAH 7: Sentuh belakang tangan sebelum memberi bantuan atau memperkenalkan diri 53 RAJAH 8: Alat Sokongan PdP bagi Murid Kurang Upaya Penglihatan 54 RAJAH 9: Peralatan Sokongan Murid Kurang Upaya Pendengaran 58 RAJAH 10:Perkaitan Tingkah Laku 67 RAJAH 11:Langkah-langkah Pelaksanaan Pelan Intervensi Tingkah Laku 70 RAJAH 12:Peneguhan Positif Negatif 72
vi SENARAI SINGKATAN APDM : Aplikasi Pengurusan Data Murid EMK : Elaun Murid Khas JPKS : Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) JPN : Jabatan Pendidikan Negeri KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia LDP : Latihan Dalam Perkhidmatan MBK : MBK MDT : Multi-Disiplinary Team (Pasukan Pelbagai Disiplin) OKU : Orang Kurang Upaya PCG : Bantuan Per Kapita PdP : Pengajaran dan Pembelajaran PdPc : Pengajaran dan Pemudahcaraan PKP : Penolong Kanan Pentadbiran PKPK : Penolong Kanan Pendidikan Khas PPD : Pejabat Pendidikan Daerah PPI : Program Pendidikan Inklusif PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia RPH : Rancangan Pengajaran Harian RPI : Rancangan Pendidikan Individu SPK : Sekolah Pendidikan Khas SSKI : Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas BBB : Bahan Bantu Belajar PPM : Pembantu Pengurusan Murid RMT : Rancangan Makanan Tambahan CBK : Calon Berkeperluan Khas SPBT : Skim Pinjaman Buku Teks
vii 3M : Membaca, menulis, mengira PAK-21 : Pembelajaran Abad Ke-21 ASD : Autism Spectrum Disorder PECS : Picture Exchange Communication System ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder WHO : World Health Organisation IBSA : International Blind Sports Association JAWS : Job Access with Speech NVDA : NonVisual Desktop Access CCTV : Closed Circuit Television System ABP : Alat bantu pendengaran FM : Frequency Modular MD : Multiple Disabilities AAC : Augmentative and Alternative Communication ABC : Antecedent, Behaviour, Consequences
8 BAB 1 ANALISIS 1.1 Pengenalan Modul ini digunakan sebagai panduan latihan kepada guru arus perdana, guru pendidikan khas dan pentadbir barisan hadapan untuk pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Modul ini perlu dibaca bersama-sama Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas (MBK) (Edisi 2018). Modul ini berkuat kuasa pada tarikh Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas (MBK) (Edisi 2018) dikeluarkan. Modul ini menjadi panduan untuk semua guru bermula pada peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah bagi pelaksanaan PPI. Modul ini mempunyai empat topik utama yang dikupas dengan terperinci berserta aktiviti sokongan yang menarik bagi meningkatkan kefahaman guru dalam PPI pada peringkat sekolah. Kandungan topik tersebut ialah: Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku Modul Program Pendidikan Inklusif menerangkan tentang dasar, matlamat, objektif, definisi dan pendekatan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) menghuraikan langkah pelaksanaan PPI serta peranan guru pendidikan khas, guru arus perdana dan pentadbir barisan hadapan dalam program ini. Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjelaskan pedagogi yang digunakan oleh guru mengikut kategori MBK. Strategi Pengurusan Tingkah Laku menceritakan tentang aspek penilaian tingkah laku, pelan intervensi serta strategi modifikasi tingkah laku dalam kelas inklusif. Akhir sekali, bagi menilai keberkesanan modul ini, penilaian modul perlu dilaksanakan sebelum dan selepas kursus/ bengkel dilaksanakan.
9 1.2 Faedah Pendidikan Inklusif PPI memberi peluang kepada MBK untuk menjalani PdP serta bergaul bersama murid arus perdana yang lain. PPI bertepatan dengan ‘Public Law 94-142 part B’ yang menyatakan bahawa pendidikan inklusif memberi peluang pendidikan kepada semua MBK. Pendidikan inklusif membolehkan MBK mendapat hak mengikuti pendidikan dalam suasana yang tidak terhad. Antara faedah pendidikan inklusif: i. Meningkatkan penerimaan MBK dalam kalangan murid arus perdana dan warga sekolah. ii. Meningkatkan akses dan peluang MBK untuk belajar dalam persekitaran yang harmoni. iii. Mengoptimumkan potensi MBK dalam setiap aspek perkembangan. iv. Menggalakkan pelibatan ibu bapa dalam pendidikan MBK. v. Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara individu yang berbeza. vi. Mewujudkan jalinan persahabatan antara murid untuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat. 1.3 Statistik dan Data Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia Laporan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2012) menyebut bahawa sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan melaksanakan PPI adalah sebanyak 355 sekolah, iaitu 161 sekolah rendah dan 194 sekolah menengah. Hal ini mencatatkan hanya 6 peratus MBK yang diletakkan di bawah PPI manakala 89 peratus mengikuti PPKI dan lima peratus mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK). PPI yang dilaksanakan pula mempunyai pelbagai cara pengurusan dan pelaksanaan bergantung kepada sekolah tanpa satu cara yang seragam untuk semua PPI yang dilaksanakan. Enrolmen MBK dalam PPI direkodkan bermula pada tahun 2012 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peratusan enrolmen ini perlu ditingkatkan sehingga mencapai 75 peratus pada tahun 2025. Sehingga 2018, peratusan enrolmen MBK dalam PPI adalah sebanyak 40.54 peratus (data sehingga Januari 2018).
10 Rajah 1 : Matlamat peningkatan pencapaian enrolmen murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif bermula pada tahun 2012 sehingga 2025.
11 1.4 Isu Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia Terdapat pelbagai isu dalam pelaksanaan PPI di Malaysia. 1.4.1 Kesedaran dan Penerimaan Terdapat segelintir pentadbir dan guru arus perdana belum bersedia menerima kehadiran MBK di kelas arus perdana kerana mereka belum memahami pelaksanaan PPI di sekolah. Mereka berpendapat kehadiran murid ini akan menyukarkan urusan pentadbiran dan menjejaskan prestasi sekolah. Ini kerana mereka beranggapan semua MBK mempunyai kemampuan kognitif yang rendah ekoran daripada masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik serta ketidakupayaan fizikal dan pancaindera. Disebabkan hal ini, pencapaian akademik MBK menjadi rendah dan memberi impak kepada pencapaian keseluruhan prestasi akademik sekolah. Penerimaan guru dan pentadbir terhadap PPI sangat berkait rapat dengan kesediaan dan pengalaman mengendalikan MBK semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kebanyakan guru arus perdana yang terlibat dalam PPI didapati kurang berpengalaman dan berkemahiran untuk mendidik dan mengajar MBK. Selain itu, pergaulan antara rakan sebaya bersama-sama MBK terhad disebabkan rakan sebaya tidak mengenali MBK serta kurangnya penguasaan kemahiran sosial dan interaksi MBK itu sendiri. MBK kebiasaannya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah yang menyebabkan mereka tidak yakin untuk bergaul dan berinteraksi dengan rakan dan guru. 1.4.2 Infrastruktur Pelaksanaan PPI memerlukan infrastruktur yang baik secara fizikal seperti kelas yang kondusif dan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU). Infrastruktur juga melibatkan peralatan sokongan PdP bagi membantu MBK belajar dengan baik.
12 1.4.3 Sistem Sokongan dan Bantuan Pelaksanaan PPI memerlukan sistem sokongan dan bantuan yang mantap. Namun begitu, terdapat isu kekurangan bahan bantu belajar (BBB) yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan PdP MBK di kelas arus perdana. BBB ini amat penting bagi memastikan penyampaian PdP lebih efektif bagi memahami sesuatu konsep atau kemahiran dalam kurikulum kebangsaan. Penggunaan BBB adalah berbeza bagi setiap kategori murid yang mengikuti PPI. Kerjasama dan komunikasi dua hala antara guru pendidikan khas, guru pendamping MBK dan guru arus perdana sangat amat penting dalam memberikan bimbingan serta menyediakan BBB yang relevan. 1.4.4 Pengurusan Bilik Darjah Pelaksanaan PPI memerlukan pengurusan bilik darjah yang efektif. Apabila jumlah murid dalam kelas arus perdana terlalu ramai, guru kurang memberi tumpuan kepada MBK dalam kelas tersebut. Ini menyebabkan MBK ketinggalan dalam proses PdP. Di samping itu, guru arus perdana juga belum menguasai kaedah atau teknik khusus dalam sesi PdP bagi mengendali MBK. Selain itu, susun atur bilik darjah juga didapati kurang sesuai bagi memenuhi keperluan MBK di dalam kelas inklusif. 1.4.5 Kelayakan Murid mengikuti PPI Kelayakan MBK mengikuti PPI melibatkan beberapa faktor seperti pencapaian akademik dan tingkah laku yang positif. MBK juga perlu bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial bagi mengikuti PdP arus perdana. 1.4.6 Penyusunan Jadual Waktu Inklusif Separa Penyusunan jadual waktu antara arus perdana dan PPKI yang tidak selaras mengakibatkan berlakunya keciciran sesetengah mata pelajaran MBK di PPKI. Oleh yang demikian, jadual waktu guru pendamping juga turut terjejas. Selain itu, kekerapan perubahan jadual waktu turut menjadi kekangan kepada pelaksanaan PPI.
13 1.4.7 Kehendak Ibu Bapa Sokongan dan kehendak ibu bapa yang tidak selari dengan kesediaan dan keperluan MBK yang turut menjadi halangan kepada pentadbir, guru arus perdana dan guru pendidikan khas dalam menempatkan MBK ke PPI. 1.5 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, pelaksanaan PPI diharapkan dapat dilaksana dengan baik dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan. Pentadbir sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPI. Tanggungjawab pentadbir dan guru berkaitan pelaksanaan pendidikan inklusif adalah penting agar dapat membantu PPI dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Penghasilan modul ini diharapkan dapat menjelaskan kaedah pelaksanaan dan peranan individu terlibat dalam PPI bagi meningkatkan akses peluang pendidikan kepada MBK selaras dengan aspirasi KPM dalam transformasi pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
14 BAB 2 REKA BENTUK 2.1 Objektif Objektif pelaksanaan modul ini adalah untuk: 1. Memberikan pendedahan kepada pentadbir dan guru tentang pendidikan inklusif. 2. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan murid inklusif dalam kalangan pentadbir dan guru. 3. Menyediakan modul latihan untuk pentadbir dan guru yang terlibat dalam PPI. 2.2 Sasaran Sasaran pelaksanaan modul ini adalah kepada: 1. Pentadbir sekolah 2. Guru arus perdana 3. Guru pendidikan khas
15 2.3 Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif) TOPIK ISI KANDUNGAN MASA TOPIK 1 Program Pendidikan Inklusif 1. Dasar 2. Matlamat 3. Objektif 4. Definisi 5. Program Pendidikan Inklusif a. Inklusif penuh b. Inklusif separa 6. Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) ± 15 min TOPIK 2 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif 1. Peranan guru arus perdana 2. Peranan guru pendidikan khas 3. Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 4. Tempoh Percubaan Tiga Bulan di Kelas Inklusif 5. Transisi ke Program Pendidikan Inklusif ± 40 minit TOPIK 3 Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran 1. Masalah Pembelajaran 2. Kurang Upaya Penglihatan 3. Kurang Upaya Pendengaran ± 45 minit TOPIK 4 Strategi Pengurusan Tingkah Laku 1. Penilaian Tingkah Laku 2. Pelan Intervensi Tingkah Laku 3. Strategi Modifikasi Tingkah Laku ± 20 minit Jadual 1: Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (PPI)
16 BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL 3.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif 3.1.1 Dasar Dasar Pendidikan Inklusif adalah untuk memastikan MBK mendapatkan hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan dan dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka; membina keyakinan diri bagi mencapai potensi yang optimum; seterusnya meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK. Pelaksanaan PPI mengambil kira dasar dalam dan luar negara. Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK. Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI seperti yang berikut: i) Akta Orang Kurang Upaya 2008: Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan bahawa: “orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”
17 ii) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013: iii) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas (2015): iv) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) menunjukkan bahawa komitmen KPM dalam memperkasakan pelaksanaan PPI secara terancang dan berfokus. 3.1.2 Matlamat Matlamat PPI adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bagi MBK belajar bersama-sama murid arus perdana dalam persekitaran tanpa halangan. “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat: (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; dan (d) pendidikan lepas menengah “Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan” Pernyataan Dasar Pendidikan Khas KPM adalah seperti yang berikut: (a) Memastikan MBK diberi peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan. (b) Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti. (c) Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.
18 3.1.3 Objektif Objektif PPI adalah untuk: i) Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan; ii) membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum; iii) memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka; dan iv) meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK. 3.1.4 Definisi Program Pendidikan Inklusif Selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, definisi PPI adalah seperti di bawah: 3.1.5 Program Pendidikan Inklusif Pendidikan inklusif yang bersifat holistik atau menyeluruh bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi perkembangan dan pendekatan potensi lain dalam diri setiap MBK. Pelaksanaan PPI menggunakan Model Holistik digambarkan seperti Rajah 2. “Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
19 Rajah 2 : Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik) 3.1.5.1 Inklusif penuh MBK belajar bersama-sama murid arus perdana secara sepenuh masa dan mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubah suai. MBK turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum sebagaimana murid arus perdana yang lain. 3.1.5.2 Inklusif separa MBK belajar bersama-sama murid arus perdana dalam inklusif separa bukan akademik atau inklusif separa akademik. Inklusif Separa Akademik MBK belajar di dalam kelas arus perdana bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik atau mana-mana mata pelajaran lain. --- tidak ambil kira dalam ….data inklusif
20 Inklusif Separa Bukan Akademik Inklusif separa bukan akademik mengambil kira pelibatan MBK dalam aktiviti kokurikulum dan sosialisasi. Kokurikulum MBK yang mengikuti aktiviti kokurikulum berjadual diambil kira sebagai pelibatan dalam inklusif separa bukan akademik dan data boleh direkodkan dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM). Sosialisasi Merujuk kepada pelibatan MBK dalam aktiviti semasa waktu rehat sekolah, sambutan Hari Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kantin atau sebarang aktiviti ekstra kurikulum yang memberikan peluang MBK berinteraksi dan bersosial dengan murid arus perdana. Walau bagaimanapun, MBK yang terlibat dalam inklusif separa sosialisasi tidak direkodkan dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM). 3.1.6 Sokongan PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa dengan sokongan bermaksud MBK memerlukan sokongan dari aspek: Sumber manusia (guru resos/guru pendamping) Peralatan Pendidikan Khas (kanta pembesar, papan kekunci alternatif, pembaris tetingkap) Bahan bantu belajar (BBB) Perabot dan infrastruktur Prasarana mengikut keperluan MBK 3.1.7 Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) MBK Inklusif Penuh a) MBK yang berdaftar di kelas arus perdana; dan b) MBK PPKI yang belajar sepenuhnya di kelas arus perdana.
21 MBK Inklusif Separa a) MBK yang berdaftar di kelas PPKI; dan b) MBK yang belajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran akademik seperti mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau mata pelajaran elektif atau terlibat dalam kegiatan kokurikulum bersama-sama murid arus perdana dan berjadual. Perekodan Kehadiran Rekod kehadiran MBK PPKI yang mengikuti inklusif penuh direkod di kelas arus perdana, manakala kehadiran MBK yang mengikuti inklusif separa dicatat pada kehadiran PPKI.
22 3.1.8 Ujian Kendiri Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif 1. Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI)? Jawapan : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 mentakrifkan PPI ialah program pendidikan bagi MBK (MBK) yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. 2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan PPI? Jawapan : Dua pendekatan PPI yang digunakan ialah inklusif penuh dan inklusif separa. 3. Apakah objektif PPI? Jawapan : Objektif PPI adalah seperti yang berikut: i. Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan. ii. Membina keyakinan diri MBK dalam menyesuaikan diri bersama-sama murid arus perdana bagi mencapai potensi yang optimum. iii. Meningkatkan kemahiran kehidupan harian MBK supaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang dapat memberikan sumbangan kepada negara. iv. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
23 3.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif 3.2.1 Pengenalan Bahagian ini memberi penekanan berkaitan pelaksanaan PPI pada peringkat sekolah oleh pentadbir dan guru. Modul ini akan memberi fokus kepada pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif, iaitu pengajaran dan pembelajaran di kelas inklusif. 3.2.2 Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif 3.2.2.1 Sekolah yang mempunyai PPKI a) MBK dalam PPI belajar mengikuti kurikulum serta kokurikulum dan pentaksiran arus perdana; b) laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi perlu diambil kira dalam merancang PdP murid; c) guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif perlu diberikan pendedahan dalam mengendali MBK; d) guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang PdP yang sesuai mengikut keupayaan murid; e) guru arus perdana menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) seperti biasa dengan memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK; f) Guru pendamping akan menyediakan RPH berdasarkan RPH guru arus perdana bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti pembelajaran dan penyediaan BBB mengikut kesesuaian MBK (bagi guru pendamping yang mempunyai jadual waktu persendirian atau jadual waktu kelas PPI); g) Guru pendamping yang waktu pendampingnya tiada dalam jadual waktu persendirian atau dalam jadual waktu kelas PPI akan menyediakan laporan berdasarkan RPH guru arus perdana bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti pembelajaran dan penyediaan BBB mengikut kesesuaian MBK.
24 h) guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang dan melaksanakan PdP (contoh: co-teaching, team teaching, collaborative teaching) yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid; i) penulisan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi MBK yang mengikuti PPI boleh dibuat bagi memastikan keperluan intervensi yang bersesuaian dapat dilaksanakan; j) MBK yang mengikuti inklusif penuh boleh dikecualikan daripada penyediaan RPI (Rujuk Bab 5: Kod Amalan Pendidikan MBK); dan k) PKPK/ Penyelaras PPKI/ Guru pendamping menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali. 3.2.2.2 Sekolah Tanpa PPKI a) MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum kebangsaan; b) pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian boleh dilakukan bagi memudahkan MBK menerima pembelajaran; c) laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran murid; d) guru arus perdana yang mengajar di dalam kelas inklusif perlu diberi pendedahan dalam mengendalikan MBK. Pendedahan dalam mengendalikan MBK boleh diperoleh dari JPN/ PPD/ Jurulatih Utama Pusat/ Jurulatih Utama Negeri/ guru pendidikan pendidikan khas di sekolah berhampiran; e) guru arus perdana menulis RPH seperti biasa dengan memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK; dan f) guru arus perdana dan guru pendamping secara bersamasama menyediakan analisis pencapaian (jika perlu).
25 3.2.2.3 Laporan Prestasi MBK di dalam Kelas Inklusif a) Cadangan laporan prestasi ialah sekali untuk setiap bulan secara mingguan/ bulanan mengikut keperluan MBK. b) MBK yang mengikuti PPI, guru pendamping hendaklah menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali. c) laporan berkenaan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK)/ PKP sebagai rekod. d) perkembangan prestasi MBK yang mengikuti PPI boleh dibincangkan dari semasa ke semasa atau dibincangkan di dalam Mesyuarat Panel Penempatan dan JPKS. e) laporan berkenaan perlu disimpan di dalam fail sebagai rekod. 3.2.3 Peranan Pentadbir Sekolah Pengetua/ Guru Besar i) Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan; ii) merancang, menubuhkan dan mempengerusi JPKS; dan iii) mengurus PCG bagi kegunaan MBK di PPI sama ada yang mengikuti PPI secara inklusif penuh atau inklusif separa adalah mengikut peraturan kewangan dan kelulusan kewangan semasa. (*Mengikut peraturan kewangan dari semasa ke semasa) Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum, PK Petang (bagi sekolah yang tiada PPKI) i) Membantu menyelaras pelaksanaan PPI; ii) membantu menguruskan mesyuarat JPKS; iii) mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI; iv) memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI; v) membantu memastikan keperluan buku teks MBK disediakan dan mencukupi untuk MBK di PPI; vi) menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK) bersama-sama Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) seperti pada SPK2/2018;
26 vii) membantu merancang dan melaksanakan LDP kepada semua guru yang berkaitan; viii) memohon sokongan guru pendamping yang mempunyai PPKI dari sekolah berhampiran melalui PPD atau JPN (bagi negeri yang tiada PPD); ix) merancang dan menyusun jadual waktu bagi guru pendidikan khas yang berperanan sebagai guru pendamping (jika perlu); x) membimbing (coaching and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam PPI; dan xi) menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI untuk keperluan JPN/ PPD. Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKI (Sekolah yang ada PPKI) i) Bekerjasama dengan PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum dan Penyelia Petang dalam melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis panduan yang disediakan; ii) membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan mesyuarat JPKS; iii) mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI; iv) memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI; v) mengenal pasti guru pendidikan khas yang boleh diberikan peranan sebagai guru pendamping; vi) bekerjasama dengan GPK Pentadbiran dalam merancang dan menyelaras LDP kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas; vii) merancang dan menetapkan jadual waktu bagi guru pendidikan khas yang berperanan sebagai guru pendamping tanpa menambah bilangan waktu pengajaran sedia ada. viii) bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam menjalankan bimbingan (coaching and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam PPI; ix) menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI yang berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN/ PPD; x) menyedia dan membentangkan cadangan nama murid, maklumat murid dan kelas yang terlibat untuk pelaksanaan PPI dalam Mesyuarat JPKS;
27 xi) memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan pelaksanaan PPI di sekolah didokumenkan; xii) memastikan keperluan murid di kelas inklusif disediakan; xiii) melaksanakan proses transisi dengan memperkenalkan murid ke kelas inklusif; xiv) menyediakan Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan kerjasama guru arus perdana; xv) menyediakan analisis prestasi dan pencapaian MBK di PPI; dan xvi) PKPK/Penyelaras PPKI memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan PPI di sekolah didokumentasikan. 3.2.4 Peranan Guru Arus Perdana Semua guru arus perdana perlu membantu pihak pentadbir menjayakan pelaksanaan PPI. i) Guru Kelas a) Menjadi ahli JPKS; b) mengemas kini data dan profil MBK dalam APDM seperti Elaun Murid Khas (EMK), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan yang berkaitan; c) merekod kehadiran MBK di PPI; d) memastikan kebajikan MBK dijaga; e) bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi membantu MBK didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK); f) menyediakan laporan prestasi MBK; dan g) bekerjasama dengan guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas bagi membuat pemilihan “rakan inklusif” untuk MBK di PPI. ii) Guru Mata Pelajaran yang Mengajar Kelas Inklusif a) Menjadi ahli JPKS; b) menerima kehadiran dan memastikan keberadaan MBK di kelas inklusif; c) bekerjasama dengan guru yang diberi peranan sebagai guru pendamping dalam merancang RPH berpandukan kurikulum kebangsaan;
28 d) melaksanakan PdP dengan menggunakan kaedah dan strategi yang bersesuaian; e) bekerjasama dengan guru yang diberikan peranan sebagai guru pendamping untuk menjaga kebajikan MBK; f) melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK; dan g) meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri latihan berkaitan PPI. iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling a) Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK dan ibu bapa/ penjaga mereka; b) menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK; c) bekerjasama dengan guru arus perdana/guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK; dan d) merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru arus perdana/guru pendidikan khas untuk MBK. iv) Guru Disiplin a) Bekerjasama dengan pentadbir, guru arus perdana dan/atau guru pendidikan khas berkaitan masalah tingkah laku MBK; dan b) merekod dan menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disiplin bagi murid yang terlibat. v) Guru Pemulihan Khas a) Mengenal pasti MBK yang berada di kelas arus perdana direkodkan sebagai murid inklusif; dan b) mengenal pasti MBK yang berada dalam kelas Pemulihan Khas bagi ditempatkan dalam PPI (bagi sekolah yang tiada PPKI). vi) Guru Penyelaras SPBT Sekolah a) Mengurus pesanan, pengagihan dan pemulangan buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) MBK.
29 3.2.5 Setiausaha PPI i. Bagi sekolah yang mempunyai PPKI perlu dilantik dalam kalangan guru pendidikan khas. Keutamaan diberikan kepada guru pendidikan khas yang telah menghadiri kursus PPI; ii. bagi sekolah yang tiada PPKI, dicadangkan dilantik dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling atau guru yang menguruskan kebajikan murid; iii. menyediakan urusan surat menyurat JPKS; iv. membantu melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan; dan v. membuat dokumentasi pelaksanaan PPI. 3.2.6 Peranan Guru Pendidikan Khas i. Guru pendidikan khas yang ditempatkan di sekolah harian biasa yang mempunyai PPKI berperanan sebagai guru pendamping kepada MBK di kelas inklusif. Guru pendidikan khas boleh berperanan sebagai guru pendamping berdasarkan keperluan MBK di PPI yang mengikuti inklusif separa atau penuh. Guru pendamping hendaklah dilantik oleh pentadbir sekolah. ii. Bagi MBK penglihatan yang berada di PPI, guru resos hendaklah dilantik bagi membantu MBK di kelas inklusif. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2007: Garis Panduan Bidang dan Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan). iii. Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping: a) Mengenal pasti MBK dalam kelas masing-masing yang berpotensi untuk diinklusifkan; b) mentadbir Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) berdasarkan panduan yang disediakan; c) melengkapkan borang pencapaian murid berdasarkan SSKI dan menyediakan senarai nama MBK yang ‘bersedia’, ‘kurang bersedia’ dan ‘tidak bersedia’ untuk diinklusifkan; d) melaksanakan pentaksiran akademik kepada MBK yang “bersedia” dan MBK ‘kurang bersedia’ dirujuk kepada pasukan pelbagai disiplin (MDT);
30 e) melengkapkan borang cadangan penempatan ke kelas inklusif bagi setiap MBK yang layak; f) guru melengkapkan surat penempatan MBK di PPI dan menetapkan perjumpaan bersama ibu bapa/ penjaga; g) mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diikuti oleh MBK di PPI; membimbing dan membantu MBK semasa PdP h) menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK mengikut keperluan i) membantu guru mata pelajaran merancang RPH dan bekerjasama menjayakan PdP menggunakan pendekatan pengajaran bersama (team teaching/ co-teaching dan lain-lain); j) memantau perkembangan prestasi dan pencapaian MBK di PPI; dan k) bekerjasama dengan guru kelas dan guru mata pelajaran bagi membuat pemilihan “rakan inklusif” untuk MBK di PPI. l) Memantau perkembangan MBK di PPI. 3.2.7 Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) i. Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa; dan ii. membantu menyediakan keperluan MBK.
31 3.2.8 Ujian Kendiri Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif 1. Apakah perbezaan peranan guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam pelaksanaan PPI? Jawapan : Guru Pendidikan Khas Guru Arus Perdana Peranan guru pendidikan khas adalah sebagai guru resos/ guru pendamping (mana-mana yang berkaitan) kepada guru mata pelajaran. Guru kelas dan/atau guru mata pelajaran yang bertanggungjawab untuk mendidik MBK menggunakan pendekatan PdP yang berkesan. Berusaha untuk menggalakkan persekitaran inklusif dalam sesi PdP. 2. Berapa lamakah tempoh percubaan bagi MBK yang mengikuti PPI? Jawapan : MBK yang mengikuti PPI perlu menjalani tempoh percubaan tidak melebihi tiga (3) bulan. 3. Adakah pihak pentadbir sekolah boleh mengasingkan keputusan peperiksaan awam MBK yang berada di PPI? Jawapan : Ya. Pihak Pentadbir Sekolah boleh mengasingkan keputusan peperiksaan awam MBK yang berada di PPI berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 23/1998 Kebenaran Bagi Murid-murid Menduduki Peperiksaan Awam.
32 3.3 TOPIK 3: Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran Bahagian ini memberi fokus kepada strategi khusus PdP yang memaparkan serba sedikit maklumat berkaitan MBK seperti aspek ciri-ciri murid, panduan pengajaran, amalan atau pendekatan khusus pengajaran dan pembelajaran (PdP). Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, MBK bermaksud murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas. Murid ini mempunyai tahap kognitif yang pelbagai, atau berkemungkinan juga mempunyai masalah tingkah laku, komunikasi serta masalah-masalah lain. Strategi khusus PdP turut membincangkan keperluan PdP dan mencadangkan sokongan secara spesifik untuk setiap kategori murid, namun guru boleh menggunakan mana-mana strategi yang dicadangkan bagi kategori ketidakupayaan berlainan yang mana difikirkan munasabah dan sesuai. Guru juga digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan sesi PdP bersama-sama MBK. 3.3.1 Masalah Pembelajaran Masalah Pembelajaran Spesifik (Disleksia/Disgrafia/Diskalkulia) a. Menggunakan arahan ringkas serta ayat yang pendek dan jelas, tulis atau lukis gambar ketika memberi setiap penerangan atau arahan sekiranya perlu. b. Kaedah pengulangan atau latih tubi boleh digunakan bagi mengukuhkan penguasaan 3M dan keupayaan masteri. c. Memastikan murid memberi perhatian semasa guru memberi penerangan dan arahan contohnya dengan menyebut nama murid tersebut. d. Perkenalkan pasangan (buddy/Rakan Inklusif) dalam kalangan rakan sekelas bagi membantu mereka membaca, memahami dan melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Pasangan buddy/Rakan Inklusif ini perlu terdiri daripada seorang atau lebih murid yang bersedia untuk membantu rakannya.
33 e. Menyediakan aktiviti berbentuk langkah-langkah kecil dan rangka kerja untuk menggalakkan pencapaian objektif pembelajaran. f. Memeriksa pemahaman murid secara berkala dengan cara menggalakkan murid menerangkan aktiviti yang sedang atau telah selesai dilakukan. g. Menggalakkan murid mengaitkan objektif pembelajaran dengan pengetahuan sedia ada (sebagai contoh, menggalakkan murid mengaitkan objektif pembelajaran dengan aktiviti seharian atau pengalaman yang pernah dilalui). h. Menggunakan minat dan kekuatan murid dalam merancang aktiviti atau menentukan peneguhan positif yang sesuai untuk murid. i. Mempamerkan objektif pembelajaran atau objektif aktiviti secara ringkas sepanjang waktu (gunakan papan kenyataan dan visual yang jelas) selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). j. Apabila menanda hasil tugasan murid, penandaan hendaklah dibuat awal agar minda murid masih boleh mengingati dan mengikuti bimbingan guru. k. Jalinan kerjasama yang kukuh antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat perlu bagi mewujudkan kesinambungan pembelajaran murid di rumah. l. Penyediaan BBB yang kreatif, menarik perhatian dan pelbagai adalah penting bagi meningkatkan minat murid. m. Penggunaan peralatan teknologi atau peralatan pendidikan khas seperti kad gambar, jadual visual atau menggunakan kaedah bercerita boleh mewujudkan interaksi dua-hala dan situasi sosial di dalam kelas. n. Membaca Menggunakan kaedah sight read words pada awal proses membaca. Murid hanya perlu mengetahui sesuatu perkataan berdasarkan susunan atau bentuk abjad sebelum mengenal abjad satu persatu. Mengajar perkataan penting yang bermakna bagi murid terlebih dahulu. Kemudian, bina ayat mudah dan seterusnya membuat buku bacaan peribadi bagi murid. Menggunakan bahan berstruktur yang spesifik seperti story boards, cloze activities dan rangka cerita bervisual bagi membantu meningkatkan pemahaman. o. Matematik atau Nombor Gunakan bahan konkrit dan maujud dalam aktiviti praktikal (handson).
34 Memaksimakan penggunaan visual untuk menyokong proses pembelajaran. Membahagikan aktiviti kepada langkah-langkah kecil dan memberi peluang untuk MBK berlatih secara berulang berserta dengan peneguhan positif. Menggunakan pelbagai jenis aktiviti bagi mengasah kemahiran yang telah dipelajari untuk konteks yang berbeza. Mengaitkan matematik dengan kehidupan sebenar dan kemahiran hidup sebanyak yang mungkin. Disleksia a. Guru mengguna sekurang-kurangnya dua warna kapur/ marker yang berlainan semasa menulis pada papan hitam/putih dan selang selikan warna tersebut. Kaedah ini boleh mengurangkan kekeliruan murid untuk membaca/menyalin baris ayat dan membantu mereka membaca/menyalin dengan lebih baik. b. Guru juga boleh menulis nombor pada setiap garisan tulisan pada awal atau akhir tulisan tersebut. c. Sedia helaian kerja/nota yang mesra disleksia dan mempunyai ciri-ciri berikut; Warna kertas: (Warna Cream/Beige) Sebilangan murid disleksia tidak selesa dan berasa susah apabila membaca cetakan tulisan hitam pada kertas berwarna putih. Bagi pandangan kebanyakan murid disleksia, huruf-huruf pada kertas putih menjadi kabur dan bergerak-gerak. Jenis tulisan: Comics San, Tahoma, dan Arial lebih mesra disleksia dan mampu mengurangkan kekeliruan untuk murid disleksia membaca. Elakkan menggunakan font jenis Serifs kerana boleh mengelirukan. Saiz tulisan: 14pt atau lebih besar. Teks: Elakkan teks yang panjang, gunakan ‘bullet point’. Senggang 1.5 atau berganda bagi memudahkan pembacaan. Teks tidak perlu justify kerana ruang memanjang antara perkataan boleh membuatkan teks sukar untuk dibaca. Warnakan perkataan yang ingin ditekankan atau penting.
35 Rajah 3 : Contoh Helaian Kerja yang Sesuai untuk Murid Disleksia d. Sebilangan murid disleksia akan lebih mudah membaca dengan menggunakan kad transparensi berwarna yang diletakkan di atas helaian teks. Cuba beberapa warna yang berbeza untuk menentukan keserasian warna untuk murid dan murid perlu diberikan pilihan untuk menggunakan kad transparensi atau tidak. Selain kad trasparensi, guru juga boleh membuat kad fokus membaca. e. Sediakan kata kunci yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Perkenalkan kata kunci yang relevan sebelum memperkenalkan topik baharu. Ini boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan murid disleksia. Kata kunci ini boleh berbentuk kad flash, power point atau poster. f. Latih murid menggunakan peta minda/ peta konsep/ carta alir/ bullet points. Kaedah ini boleh membantu murid merancang penulisan atau memahami topik pelajaran dengan lebih berkesan kerana penggunaan tulisan adalah minimal dan gambaran lebih menyeluruh. g. Gunakan teknik multisensori. Murid disleksia biasanya belajar dengan lebih baik apabila pembelajaran menggabungkan beberapa kombinasi auditori, visual, dan input sentuhan-kinestetik. Guru boleh cuba menggabungkan beberapa teknik yang berbeza seperti yang berikut:
36 Visual Auditori Kinestatik Pembelajaran melalui: Visual/pemerhatian Pembelajaran melalui: dengar/ cakap Pembelajaran melalui: perbuatan Peta minda Nyanyian Action songs Video Arahan lisan Guna bahan konkrit seperti plastesin untuk membentuk huruf Carta alir Mengeja dengan rentak/ intonasi Mendengar Gambar Diagram/ rajah rakaman Suara Guna abjad dalam bentuk konkrit untuk mengeja perkataan Mengeja perkataan pada pasir menggunakan jari Guna bahan konkrit untuk pengiraan Jadual 2: Teknik Multisensori h. Perkenalkan rakan membaca, buddy atau Rakan Inklusif untuk murid disleksia bagi tujuan membantu mereka membaca dengan lebih lancar. Teknik-teknik asas adalah: Pasangan Membaca membantu membaca teks dengan suara yang boleh didengari oleh murid disleksia. Pasangan dan murid disleksia membuat bacaan secara bergilir-gilir. Perkataan yang susah dibacakan oleh pasangan murid disleksia. Pasangan memberi komentar kepada murid disleksia secara positif serta dorongan untuk membaca dengan lebih baik. i. Apabila menanda hasil tugasan murid, guru perlu cuba menanda secara positif berfokuskan hasil yang betul. Murid boleh menjadi kurang bemotivasi apabila selalu menerima hasil tugasan yang mempunyai banyak tanda salah. Contoh cara menanda hasil tugasan murid disleksia adalah seperti yang berikut:
37 Minimakan bilangan kesalahan dengan memberikan tugasan yang mudah agar murid bermotivasi untuk terus belajar. Tumpukan kepada tiga kesalahan sahaja. Beri tips untuk mengelakkan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Kenal pasti tiga jawapan atau aspek positif dalam hasil kerja tersebut. j. Guru juga boleh membantu murid untuk menyiapkan tugasan dengan cara; Memastikan murid menyalin tugasan atau kerja rumah dengan betul. Memastikan masa untuk menyiapkan tugasan adalah mencukupi. Kurangkan aras kesukaran dan bilangan kerja rumah berbanding murid arus perdana. Elakkan penulisan soalan atau ayat yang tidak berkaitan dengan topik. Format tugasan dalam bentuk audio atau oral lebih memudahkan murid disleksia berbanding tulisan. Benarkan murid untuk menyiapkan tugasan atau kerja rumah dengan komputer terutamanya subjek yang melibatkan Bahasa Inggeris. Ini kerana ejaan boleh dibetulkan secara auto correct melalui perisian Microsoft Word. Benarkan murid menjawab soalan tugasan atau kerja rumah menggunakan peta minda dan ilustrasi atau carta alir. k. Penggunaan reader dan spellchecker boleh membantu murid disleksia membuat tugasan secara kendiri.
38 Autisme a. Kiu Masa (Jangkaan Masa) Ingatkan murid Autism Spectrum Disorder (ASD) mengenai setiap perubahan yang akan berlaku dalam tempoh masa lima minit dan satu minit lagi bagi mengurangkan rasa tidak selesa murid serta memberi kesediaan kepada murid ASD apabila wujud proses transisi, sama ada perubahan daripada satu subjek (Matematik) kepada subjek (Bahasa) yang seterusnya atau perubahan dalam aktiviti. Gunakan kiu visual atau timer untuk meningkatkan pemahaman dan memudahkan transisi aktiviti. b. Kiu Visual i. Gunakan strategi yang berkesan bergantung kepada tahap dan keperluan individu seperti mengajar murid menggunakan strategi menenangkan diri jika murid tidak dapat mengawal perasaan marahnya. ii. Banyakkan penggunaan strategi visual seperti penggunaan objek, gambar, lukisan dan perkataan bertulis kerana majoriti murid ASD adalah lebih cenderung kepada pembelajaran secara visual. Ini dapat memberi maklumat dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh murid. Misalnya jadual visual, sistem kerja, susunan kerja dan sebagainya. c. Modelling Guru mesti menunjuk cara bagi membuat sesuatu kemahiran supaya murid dapat melihat contoh dengan jelas. Misalnya, jika guru mahu murid meletakkan kasut di satu tempat khusus sebelum masuk ke kelas, guru perlu mendemonstrasikan pelakuan tersebut. d. Sensory Break Beri peluang untuk murid berehat seketika (instructional pause) setelah selesai sesuatu tugasan. Ini adalah kerana sesetengah murid ASD perlu berjalan-jalan di dalam kelas atau meregangkan badan.
39 e. Peneguhan Gunakan minat, kekuatan, kemahiran, bidang kecenderungan dan ganjaran sebagai sebahagian daripada alat pengajaran. Cara ini dapat membantu murid berinteraksi dengan murid lain berdasarkan aktiviti tertentu. f. Pembelajaran Berstruktur Merancang, menyediakan dan memberi tugasan PdP secara berstruktur seperti memberi jangkaan susunan jadual aktiviti yang bakal dilaksanakan seharian di dalam kelas. g. Pembelajaran Mediatif i. Pengajaran berbantukan komputer ii. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja membantu murid mengingat malah menyokong pemahaman mereka. h. Guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui Modul Ibu Bapa Program Pendidikan Inklusif) peringkat sekolah boleh membantu PdP murid ASD di dalam kelas. Individu ini sebaik-baiknya merupakan orang yang memahami tentang murid ASD. Kolaboratif yang kukuh antara ibu bapa dengan pihak sekolah bagi membolehkan kesinambungan pembelajaran berlaku. i. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi sekolah yang mempunyai PPKI atau rakan sekelas boleh menjadi penulis kepada MBK Autism yang mengalami masalah pergerakan dan masalah motor. Mereka boleh membantu mencatat jawapan, idea dan pemikiran murid. j. Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin seperti Terapis Pertuturan Bahasa, Terapis Carakerja, atau Psikologis Pendidikan diperlukan untuk membentuk matlamat sosial dan akademik MBK Autism. k. Penggunakan Picture Exchange Communication System (PECS), jadual visual atau kaedah bercerita untuk meningkatkan interaksi sosial dua hala dan pemahaman situasi sosial di dalam kelas.
40 Sindrom Down (Down Syndrome) a. Guru menggalakkan kemahiran berinteraksi dengan murid dan memahami pergaulan sosial melalui PdP yang tersusun seperti aktiviti dalam kumpulan yang kecil (3-4 murid dalam satu kumpulan). b. Sensory Break Mengadakan rutin semasa waktu rehat untuk menggalakkan pergaulan dengan rakan sebaya sebagai contoh; mengadakan aktiviti atau permainan yang digemari oleh murid yang mengalami Sindrom Down. Mengadakan aktiviti yang pendek atau memastikan terdapat masa rehat yang pendek tetapi kerap dalam aktiviti yang panjang. c. Komunikasi Seluruh Tingkatkan kemahiran bertutur dengan penggunaan lebih dari satu medium untuk berkomunikasi dengan MBK Sindrom Down, sebagai contoh berkomunikasi dengan pertuturan yang dibantu dengan visual, bahasa isyarat atau kiu bagi memastikan murid memahami maklumat yang ingin disampaikan. d. Kemahiran Motor dan Fizikal Gunakan kertas yang bersaiz sesuai dengan keupayaan motor halus MBK Sindrom Down (jarak garisan, saiz petak dan sebagainya). Alat tulis yang diubah suai (bersaiz besar atau mempunyai grip). Membiasakan murid Sindrom Down memerhati cara penggunaan alatan/ bahan sebelum murid mengendalikan alatan. Jika murid masih belum boleh menulis dengan baik tetapi boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan kompeten, penggunaan komputer disyorkan bagi membantu aktiviti menulis atau melukis. e. Kiu Visual Memberikan bantuan pemprosesan visual dan memori visual seperti: Mempamerkan objektif pembelajaran atau objektif aktiviti secara ringkas sepanjang waktu (gunakan papan kenyataan dan visual yang jelas).
41 Menyediakan jadual kelas dan jadual individu yang menggunakan visual yang menarik untuk memastikan MBK Sindrom Down dapat memberikan perhatian dan tumpuan kepada PdP. Memberikan murid contoh yang jelas untuk mencapai objektif aktiviti. Menggunakan visual dan tulisan untuk memastikan murid dapat memberi perhatian dan memahami arahan atau objektif aktiviti. Menghasilkan buku panduan visual yang mengandungi maklumat penting (contoh; peraturan sekolah, prosedur kecemasan) bagi murid. Menggunakan buku teks atau bahan bantu mengajar yang mengandungi visual dan gambar rajah serta mengubah suai aktiviti dengan menggunakan kiu visual dan tulisan. Memberi tumpuan kepada kata kunci atau maklumat penting di dalam objektif pembelajaran. Menggunakan bahan maujud dan kiu visual secara meluas dalam aktiviti pembelajaran. Menggabungkan teknologi dalam aktiviti terutamanya bagi murid yang mempunyai kemahiran belajar menggunakan visual. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) a. Memberi kiu atau signal melalui bunyi atau aktiviti untuk menandakan permulaan sesi PdP atau aktiviti setiap kali sesi akan dimulakan. b. Menyenaraikan aktiviti PdP di papan putih sebelum memulakan kelas. c. Memberitahu murid apa yang perlu dicapai dan bahan yang diperlukan dalam sesi PdP pada setiap permulaan sesi. d. Sentiasa kekalkan pandangan mata dengan murid bagi mengekalkan tumpuannya terhadap PdP. e. Menggunakan lebih banyak BBB secara visual seperti carta, gambar dan kod warna. f. Menyediakan ringkasan nota bagi memudahkan murid menyalin nota dengan teratur semasa guru mengajar. g. Pelbagaikan aktiviti PdP yang melibatkan pergerakan badan dan permainan. h. Sentiasa ingatkan murid untuk tumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberikan seperti melalui sentuhan badan atau memberi murid nota kecil. i. Memberi kelonggaran untuk murid berehat beberapa kali atau apabila perlu.
42 j. Jika murid melakukan pergerakan badan (fidgeting) di dalam kelas, minta murid lakukan aktiviti mudah yang lain seperti memicit bola getah bagi mengurangkan gangguan terhadap murid lain. k. Mengelakkan daripada meminta murid menyelesaikan tugasan yang sukar dihadapan murid lain. l. Menyediakan kod warna bagi setiap bahan pengajaran mengikut subjek. m. Memendekkan arahan dan jelaskan dengan terperinci tugasan yang perlu diselesaikan di rumah. n. Memberi masa kepada murid untuk menyusun bahan dan tugasan sebelum meninggalkan kelas. o. Menggunakan buku catatan, kalendar atau buku perancangan (planner) bagi membantu MBK ADHD fokus pada tugasan yang diberikan secara sistematik. Kurang Upaya Intelektual a. Bagi murid yang mempunyai masalah kurang upaya intelektual, pendekatan PdP perlu berfokus kepada memberi akomodasi dan strategi instruksional yang sesuai dengan kelemahan murid. b. Antara contoh pendekatan yang boleh digunakan: Graphic Organiser Penggunaan graphic organiser dalam bentuk tulisan dan gambar memudahkan murid untuk mengikuti PdP. Sebagai contoh, graphic organiser yang biasa digunakan adalah carta alir, peta pemahaman dan peta minda. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dan murid boleh mengisi tempat kosong semasa PdP berlangsung. Chunking Kaedah ini melibatkan pengumpulan elemen yang berkaitan dalam satu unit kecil. Unit-unit ini memudahkan proses mengingat dan meningkatkan perhatian murid. Kaedah ini lebih efektif jika digunakan bersama dengan kiu visual dan teknologi. Mnemonic Kaedah ini meliputi prosedur sistematik bertujuan untuk menggalakkan ingatan melalui pemberian kiu yang efektif (contoh: perkataan, ayat atau gambar).
43 Rajah 4: Contoh Penggunaan Mnemonic Penetapan Matlamat Pendekatan menetapkan matlamat berdasarkan minat dan kecenderungan murid boleh meningkatkan motivasi untuk murid belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti di kelas. Penyelesaian Masalah Pendekatan PdP yang menggalakkan penyelesaian masalah menggunakan contoh sebenar seperti situasi rutin kehidupan harian murid. Ini boleh membantu mereka agar lebih berdikari dan meningkatkan keyakinan diri. 3.3.2 Kurang Upaya Fizikal a. Murid kurang upaya fizikal yang mempunyai aras kognitif normal dan boleh mengikuti pembelajaran seperti murid arus perdana dengan bantuan sokongan serta peralatan pendidikan khas yang sesuai dengan keperluan murid berkenaan. b. Cadangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan murid. c. Pastikan murid mempunyai peluang untuk terlibat dengan aktiviti pendidikan jasmani atau kokurikulum dengan mengubah suai alatan seperti penggunaan basikal tiga roda, kerusi roda dan sebagainya. d. Menyediakan kemudahan penggunaan alat berbantu seperti komputer untuk PdP murid. e. Dalam memastikan murid memperoleh kemahiran menulis, guru boleh: Menggunakan saiz tulisan yang sesuai untuk tujuan memudahkan murid untuk mengecam huruf, perkataan atau nombor. Michael = merah Jackson = jingga Kena = kuning Halau = hijau Balik = biru India = Indigo Utara = Ungu Kawan = Kos Saya = Sin Takut = Tan Hantu = Hypotenus
44 Menggunakan saiz dan ruang garisan yang lebih besar bagi memudahkan murid menulis. Menggunakan papan kekunci alternatif bagi MBK yang sangat sukar untuk memegang pensel atau lemah motor halus untuk menulis. Menggunakan pelekat serba guna (blue-tack) untuk membantu menetapkan kedudukan kertas supaya tidak bergerak. Gunakan papan bermagnet, pembaris dan alatan geometri yang berpelekat magnet bagi membantu murid melukis atau membuat rajah. Menggunakan helaian kertas yang dikepilkan pada papan berklip untuk menggantikan buku nota sekolah. Menyediakan rajah terlebih dahulu supaya murid dapat mengisi maklumat sahaja. Memberi tugasan yang mencukupi untuk masa yang pendek dan bersesuaian dengan keupayaan murid. f. Bagi aktiviti praktikal seperti eksperimen sains, kemahiran hidup, keselamatan dalam bilik darjah dan sekolah, guru boleh: Dapatkan bantuan rakan sekelas atau menggunakan sistem buddy atau Rakan Inklusif. Modifikasi alatan supaya lebih sesuai dengan keadaan murid. Contohnya ialah modifikasi meja dan kerusi. Tugasan dipecahkan kepada unit-unit kecil yang lebih mudah dan senang dilakukan oleh murid. g. Daya ingatan murid yang lemah boleh dikurangkan atau diatasi dengan: Memberi arahan yang jelas dan tulis atau lukis arahan jika perlu. Berikan matlamat yang jelas untuk setiap tugasan. Pada masa yang sama, bantu murid untuk mengembangkan kemahiran menyusun. Galakkan mereka untuk membuat pelan kerja bagi setiap tugasan (untuk murid menengah yang mampu merancang). h. Persepsi visual dan spatial yang lemah boleh dibantu dengan: Melatih murid mengetahui lokasi objek (contohnya: buku itu di atas meja bersebelahan pasu bunga).
45 Melatih murid mencari barang-barang di dalam kelas dan memberikan arahan untuk mencari barang tersebut. Bincang dengan murid berkenaan objek yang jauh atau dekat menggunakan bahan maujud sebelum bahan abstrak. Membina model menggunakan gambar sebagai panduan. i. Pelibatan guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) boleh membantu semasa PdP. j. Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin diperlukan untuk membentuk matlamat sosial dan akademik murid kurang upaya fizikal seperti Terapis Carakerja dan Terapis Fisio. Mereka berupaya membantu mengembangkan kemahiran fizikal melalui alatan permainan khas dan bahan bantu mengajar yang mudah untuk dihasilkan. k. Fokus bahan-bahan dari segi meningkatkan penggunaan jari-jemari yang boleh mengoptimumkan fungsi tangan dan seterusnya anggota badan yang lain untuk membantu dalam aspek pembelajaran. l. Dapatkan khidmat nasihat berkaitan keperluan mobiliti seperti penggunaan kerusi roda. Murid perlu dilatih untuk membiasakan diri dengan pergerakan di dalam kelas dan tempat-tempat lain di dalam kawasan sekolah. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berdikari murid agar hanya memerlukan bantuan pada tahap yang minima. m. Dapatkan khidmat nasihat tentang alatan atau bantuan untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam aktiviti PdP di dalam kelas terutamanya yang berkaitan dengan postur, ketinggian kerusi dan meja yang sesuai serta kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan. n. Penggunaan alatan seperti gunting yang diadaptasi dan pencengkam pensel sangat membantu murid kurang upaya fizikal menulis dengan baik. o. Perakam audio atau salinan pendua nota kepada murid boleh membantu murid memahami sesi PdP dan menjalankan aktiviti dengan mudah tanpa perlu menyalin nota yang diminta guru.
46 p. Penggunaan komputer touch screen memudahkan murid memilih opsyen pada skrin. q. Penggunaan keyboard yang sesuai dengan pergerakan tangan murid (contoh: keyboard yang besar bagi yang mempunyai pergerakan tangan yang besar). Selain itu, sokongan lain seperti penggunaan papan condong, atau easel dapat membantu murid untuk membaca buku dan menulis dengan lebih baik. r. Komunikasi alternatif digunakan untuk murid yang tidak mempunyai komunikasi verbal seperti bahasa isyarat, simbol, visual atau alat komunikasi yang lain. s. Menggunakan teknologi seperti komputer dan papan kekunci bagi membantu murid: Lemah dalam kemahiran menulis. Berupaya untuk menunjukkan kerja yang telah dilakukan dengan lebih efektif. Mengembangkan kemahiran menyusun. Mengeja dengan betul (bantuan spell checker atau kamus).
47 3.3.3 Kurang Upaya Penglihatan MBK kurang upaya penglihatan boleh dikategorikan kepada dua keadaan, iaitu: Penglihatan terhad atau kehilangan penglihatan separa atau rabun Buta (kehilangan penglihatan sepenuhnya) Dari aspek perkembangan kognitif, murid kurang upaya penglihatan akan menggunakan deria sentuhan dan pendengaran untuk meneroka stimuli yang terdapat di persekitarannya serta membolehkan mereka mengecapi kejayaan sepertimana rakan sebaya yang lain. Murid yang mengalami kebutaan sejak lahir berisiko untuk mengalami kelewatan perkembangan kognitif, khususnya pada peringkat umur tiga (3) hingga lima (5) tahun berbanding dengan rakan sebaya yang arus perdana. Walau bagaimanapun, kebanyakan ciri-ciri kelewatan perkembangan minda akan bertambah baik menjelang peringkat umur tujuh (7) tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan masalah penglihatan berdasarkan tahap gangguan visual yang dihadapi oleh seseorang individu. Gangguan visual tersebut diukur berdasarkan ketajaman atau kurangnya visual yang dapat diukur secara kuantitatif oleh pakar oftalmologi. Secara umumnya, murid penglihatan diklasifikasikan kepada tiga kategori utama, namun kategori keempat diamalkan di beberapa negara maju seperti negara Amerika Syarikat, New Zealand, United Kingdom dan Kanada. Antara kategori masalah penglihatan termasuk.
48 i. Buta (Totally Blind) Kategori B1 didefinisikan sebagai individu yang tidak dapat membaca cetakan biasa di samping tidak mempunyai persepsi cahaya pada mata sehingga tidak berkemampuan untuk mengenali bentuk tangan pada mana-mana jarak atau arah. Braille merupakan perantara literasi bagi kategori kecacatan ini. Rajah 5 menunjukkan klasifikasi B1 berdasarkan definisi Persatuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA). Rajah 5: Klasifikasi B1, Persatuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA) ii. Cacat Penglihatan Kefungsian Murid yang mengalami kecacatan penglihatan kefungsian atau kategori B2 mempunyai daya penglihatan yang terhad. Kategori B2 mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti bentuk tangan dengan ketajaman penglihatan 20/600 dan/atau medan penglihatan kurang dari 5 darjah pada mata yang telah dibetulkan dengan cermin mata, serta mempunyai sisa-sisa penglihatan lebih kurang 3% hingga 5%. Murid B2 boleh membaca teks dengan jarak yang sangat dekat iaitu 4 sentimeter atau 1.6 inci. Lazimnya murid B2 memerlukan peralatan pendidikan khas untuk membantu pembacaan mereka, penggunaan braille agak ketara dalam populasi ini. Rajah 6 : Klasifikasi B2, Persatuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA)