The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaimimohamad07, 2023-07-31 10:17:15

PPI - MODUL LATIHAN GURU

PPI - MODUL LATIHAN GURU

49 iii. Penglihatan Terhad (Rabun) Teruk Murid yang mengalami masalah ini, masih menggunakan penglihatan mereka untuk membaca. Secara amnya, bahan cetakan yang diadaptasi mengikut keperluan khas individu amat membantu dalam aktiviti literasi mereka. Murid penglihatan terhad teruk turut dikenali sebagai kategori B3. Kategori B3 adalah klasifikasi bagi mereka yang masih mempunyai separa penglihatan dengan ketajaman penglihatan lebih baik dari 20/600 dan boleh melihat objek sedekat 20/200 dan/atau medan penglihatan lebih baik dari 5 darjah tetapi kurang dari 20 darjah. Anggaran penglihatan berfungsi bagi kategori ini adalah kira-kira 10% dan boleh mengenal bentuk tangan dengan bantuan cermin mata. Jarak membaca teks adalah sejauh 10 sentimeter atau 3.9 inci. iv. Buta atau Kurang Upaya Penglihatan di Sebelah Mata Bagi kecacatan kategori B4 yang hanya digunakan di beberapa buah negara maju, diklasifikasikan sebagai mempunyai ketajaman penglihatan lebih baik dari 20/200, ketajaman penglihatan boleh mencecah 20/70 dan medan penglihatan yang lebih daripada 20 darjah. Lazimnya melibatkan individu yang mengalami masalah penglihatan di sebelah mata dan kategori ini masih boleh membaca cetakan biasa dengan bantuan cermin mata. Tanda-tanda Murid Kurang Upaya Penglihatan i. Ciri Fizikal Mata: mata merah yang kronik sangat sensitif kepada cahaya inflamasi yang teruk pada pelupuk mata mata berair dengan teruk anak mata berwarna putih mata kelihatan normal tetapi tidak bertindak balas terhadap persekitaran tidak berupaya mengesan objek dengan mata walaupun pada jarak dekat ii. Perlakuan kerap menggosok mata mengecilkan dan mengedipkan mata


50 melihat objek dan membaca pada jarak dekat tidak berminat kepada aktiviti PdP yang berbentuk tulisan resah kecewa apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan penglihatan selalu terlanggar objek/benda ketika berjalan keliru dengan huruf yang dibaca kerap menukar jarak antara bahan bacaan dengan mata mempunyai tabiat menggeleng-gelengkan kepala suka menekan kelopak mata dengan jari Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011) telah menyatakan bahawa MBK penglihatan lazimnya akan mengalami masalah dalam membina pengalaman, keupayaan untuk bergerak bebas dan interaksi dengan alam persekitaran. Antara ciri dan limitasi murid bermasalah penglihatan termasuklah: i. Perkembangan Bahasa a. Mengalami masalah bahasa pada peringkat awal sebelum tujuh (7) tahun apabila perkembangan bahasa pada peringkat awal literasi lebih tertumpu pada pengalaman visual dan bersifat egosentrik. jj. Keupayaan Intelek (IQ) a. MBK penglihatan mempunyai keupayaan kognitif yang sama seperti rakan sebaya yang lain sekiranya mereka tidak mengalami masalah kognitif. iv. Keupayaan Konseptual a. Terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek pemahaman konsep visual. Keupayaan konseptual amat bergantung kepada keadaan murid sama ada pernah mempunyai pengalaman melihat ataupun murid tersebut telah mengalami masalah kebutaan secara kongenital (sejak lahir). b. Bergantung kepada deria lain untuk bertindak balas terhadap rangsangan.


51 c. Amat menggemari aktiviti yang melibatkan pergerakan motor, audio serta deria rangsangan yang lain. v. Keadaan Fizikal dan Pergerakan/Mobiliti a. Kebanyakan MBK penglihatan tidak mempunyai postur badan yang betul, kelihatan kaku dan tegak apabila berdiri atau berjalan. b. Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek di sekeliling mereka. c. Pada peringkat awal, kesedaran tentang ruang dan jarak perlu diterapkan dalam sesi PdP bagi meningkatkan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. v. Kemahiran Visual a. Menggalakkan murid menggunakan sisa-sisa penglihatan yang masih ada sepenuhnya dengan berkesan. b. Latihan awal stimulasi visual dapat merangsang dan meningkatkan perkembangan psikomotor dan perkembangan kognitif. c. Persekitaran dan peralatan yang sering digunakan oleh MBK penglihatan boleh diadaptasi bagi membolehkan mereka melihat dengan lebih jelas, contohnya mengawal pencahayaan atau kontras warna, taktil dan saiz pada sesuatu objek. d. Menyediakan pelbagai pengalaman sedia ada murid dengan objek maujud. vi. Deria Halangan (Obstacles sense) a. MBK kurang upaya penglihatan sentiasa mengoptimumkan penggunaan deria ransangan yang lain untuk memahami perkara yang berlaku di sekeliling mereka. b. Mereka amat sensitif terhadap perubahan-perubahan kecil dalam persekitaran, iaitu menerusi gema berfrekuensi tinggi atau nada ketika mereka mendekati sesuatu objek (Doppler effect).


52 vii. Penyesuaian Sosial a. Mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja, namun tidak menguasai komunikasi seluruh dengan berkesan kerana tidak dapat melihat ekspresi sosial seperti senyuman, mimik muka, gerak badan dan sebagainya. b. Kurang keyakinan diri apabila tidak dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan. c. Suka mencelah dalam suatu perbualan, dan tidak menyedari telah menyinggung perasaan orang lain secara tidak langsung. d. Memerlukan bantuan daripada orang di sekeliling untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila berada di tempat baharu. Sebagai contoh, melintas jalan, mengambil makanan, membaca apabila teks Braille tidak disediakan dan sebagainya. e. Suka meniru gaya percakapan orang lain. viii. Perlakuan Stereotaip Pergerakan yang berulang-ulang seperti suka menggoyang-goyang badan (body rocking), menggosok-gosok mata, menggeleng-geleng kepala, menepuk-nepuk tangan, mengetuk-ngetuk meja dan seumpamanya. Pendekatan PdP Spesifik a. Sebelum memulakan sesi PdP bagi MBK penglihatan, guru perlu mempunyai kefahaman tentang gaya pembelajaran murid melalui maklumat; Latar belakang dan budaya belajar Kategori dan tahap ketidakupayaan penglihatan Tahap kompetensi MBK menggunakan peralatan Braille Potensi, bakat dan minat MBK Keberdikarian murid dalam orientasi dan mobiliti b. Apabila bertemu dengan MBK kurang upaya penglihatan, guru seharusnya memperkenalkan diri terlebih dahulu, kemudian menghulurkan tangan dan menyentuh bahagian belakang tapak tangan murid tersebut sebagai tanda menawarkan pertolongan kepada mereka untuk bergerak.


53 Rajah 7 : Sentuh belakang tangan sebelum memberi bantuan atau memperkenalkan diri (Sumber: Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Orientasi dan Mobiliti) c. Menggunakan sukatan pelajaran yang sama dengan murid arus perdana. d. Apabila mengulang arahan, gunakan ayat yang sama dan secara spesifik. Elakkan penggunaan perkataan seperti “di sana‟ atau “di situ‟ kerana memberi gambaran abstrak dan sukar difahami oleh MBK penglihatan. e. Merancang aktiviti yang melibatkan rangsangan pembelajaran multi-sensori seperti pendengaran, sentuhan dan bau. f. Konsep visual dan ruang perlu diberi penjelasan yang lebih, seperti konsep lebih terang, lebih gelap, dekat atau lebih jauh serta sempit dan lebih luas. g. Guru resos perlu mengubah suai bahan pembelajaran setelah diperoleh daripada guru mata pelajaran mengikut keperluan murid, seperti tulisan yang lebih besar atau warna kontras dengan latar belakang untuk murid rabun dan grafik taktil serta bahan braille untuk murid buta. h. Guru mata pelajaran perlu menyerahkan BBB (bertulis, rajah atau kertas peperiksaan) lebih awal kepada guru resos untuk dipindah tulis dalam bentuk tulisan braille dan rajah timbul. i. Guru boleh mengamalkan tactile approach (sentuhan) bagi meningkatkan rangsangan murid terhadap objek yang wujud di sekeliling mereka. Kemahiran ini membolehkan murid mengenal bahan maujud menerusi sentuhan, dan dikukuhkan dengan penjelasan. j. Apabila memberitahu MBK kurang upaya penglihatan tentang arah, guru seharusnya merujuk kepada kiri atau kanan murid tersebut. Penerangan tentang jarak, klu, bau, bunyi serta tanda (landmark) amat berguna untuk


54 meningkatkan ingatan semasa menjalankan aktiviti orientasi dan pergerakan di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan arah sistem muka jam (seperti pukul 3 bermaksud kanan) dalam pelbagai aktiviti seperti ketika memberitahu posisi makanan di pinggan dan kedudukan alat tulis di atas meja. k. Pelibatan guru resos, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui sarana ibu bapa peringkat sekolah) boleh membantu proses PdP MBK penglihatan. Kolaboratif dengan Pasukan Pelbagai Disiplin khususnya Terapis Carakerja bagi mendapatkan khidmat sokongan berhubung dengan PdP mereka. l. Menyediakan bahan cetakan Braille atau cetakan besar bagi sumber bahan pembelajaran, ruang dan sudut pembelajaran khusus bagi MBK penglihatan. m. Sebaiknya guru mempunyai pengetahuan untuk menggunakan peralatan pendidikan khas seperti mesin Braille, kanta pembesar, komputer yang dilengkapi dengan perisian pembaca skrin/command seperti Job Access with Speech (JAWS), NonVisual Desktop Access (NVDA), Open Book, Zoom Text, Duxburry dan seumpamanya bagi membolehkan MBK penglihatan mengakses maklumat secara atas talian dan melakukan pembelajaran kendiri. n. Penggunaan bahan cetakan besar atau fon tulisan rumi serta alat bantuan khas seperti kanta pembesar elektronik seperti Closed Circuit Television System (CCTV) amat membantu murid dalam aktiviti literasi. Mesin Braille Kanta Pembesar Closed Circuit Television System(CCTV) Rajah 8: Alat Sokongan PdP bagi Murid Kurang Upaya Penglihatan


55 3.3.4 Kurang Upaya Pendengaran Kurang upaya pendengaran berlaku apabila deria pendengaran seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain. Dengan erti kata, deria pendengaran tidak boleh berfungsi untuk pendengaran biasa dalam kehidupan seharian. Kurang upaya pendengaran menjadi penghalang besar dalam mewujudkan perhubungan yang sempurna dengan orang lain. Kurang upaya pendengaran boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu; i. Kurang pendengaran (kehilangan pendengaran separa) atau ii. Pekak (kehilangan pendengaran sepenuhnya) Cabaran utama bagi MBK dalam kategori ini ialah kesukaran berkomunikasi, keupayaan untuk bertutur dan mendengar bahasa pertuturan. Mereka menghadapi kesukaran untuk menyampaikan apa yang difikirkan atau yang ingin diperkatakan serta sukar memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. Walaupun kebanyakan daripada MBK pendengaran mempunyai tahap kecerdasan yang normal, tetapi mereka sering terjejas dalam aspek sosial dan emosi. Ini memberi kesan yang sangat signifikan terhadap pembelajaran mereka. Keupayaan pendengaran seseorang murid bergantung kepada beberapa faktor, seperti; i. Tahap kehilangan pendengaran: Ringan (Mild) Sederhana (Moderate) Teruk (Severe) Sangat teruk (Profound) ii. Jenis kehilangan pendengaran bergantung kepada ketidakfungsian dan halangan yang berlaku sama ada di telinga luar, tengah atau dalam. iii. Kehilangan pendengaran kekal mahupun tidak tekal (fluctuating).


56 iv. Kehilangan pendengaran sama ada sebelah telinga (unilateral) atau kedua-duanya sekali (bilateral). v. Kehilangan pendengaran selepas memperoleh bahasa (acquired hearing loss). Kurang Upaya Pendengaran dengan Implan Koklea (Pacakan Koklea) Murid yang mengalami kehilangan pendengaran pada peringkat sangat teruk (profound) biasanya tidak akan memperoleh faedah daripada pemakaian Alat Bantu Pendengaran (ABP). Murid kategori ini merupakan calon yang sesuai untuk menjalani Implan Koklea. Implan koklea merupakan alat elektronik yang ditanam di bawah kulit di belakang telinga melalui pembedahan bagi membolehkan murid mendengar bunyi. Murid dengan implan koklea perlu diinklusifkan bagi menggalakkan perkembangan bahasa dan pertuturan mereka. Namun begitu, selepas dua hingga tiga minggu menjalani pembedahan, pemulihan intensif yang melibatkan proses kemahiran mendengar dan bertutur adalah kritikal dan sangat diperlukan. Guru perlu ambil maklum bahawa murid yang telah menjalani pembedahan implan koklea tidak boleh terus berkomunikasi secara lancar atau normal selepas pembedahan. Mereka memerlukan masa dan bimbingan untuk menguasai kemahiran mendengar, dan memperoleh kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Pendekatan PdP Spesifik a. Semasa PdP dijalankan guru seharusnya menggunakan pendekatan komunikasi seluruh yang merangkumi komponen: Bahasa Lisan Mimik Muka Gerak Badan Isyarat Tangan Gerak Bibir Kiu Visual (gambar/lukisan)


57 Kesemua komponen ini perlu digunakan secara serentak apabila berkomunikasi dengan murid. b. Pengajaran dijalankan menggunakan sukatan yang sama dengan murid arus perdana namun sebaik-baiknya kandungan pengajaran dipermudahkan. c. Bercakap atau memberi penerangan seperti biasa, tanpa meninggikan suara. d. Mengenal pasti tahap pendengaran murid melalui keputusan Audiogram (Ujian Pendengaran) daripada maklumat yang diberikan oleh ibu bapa/guru pendidikan khas/ahli audiologis yang memberikan sokongan kepada MBK. e. Mengenal pasti keadaan telinga murid melalui pemerhatian cara murid memalingkan kepala ke arah punca bunyi. Letakkan posisi kedudukan murid mengikut telinga yang lebih baik atau dominan menghadap guru. f. Meletakkan kedudukan MBK pendengaran mengikut susun atur di tengah kelas. g. Memastikan murid memakai ABP yang berfungsi dengan baik. Sekiranya guru kurang mahir mengendalikan ABP murid, guru boleh meminta murid memeriksa sendiri peralatan tersebut sebelum kelas bermula atau guru memohon bantuan dengan menghubungi audiologis, guru pendidikan khas pendengaran atau ibu bapa. g. Tanda-tanda yang menunjukkan peralatan atau ABP tidak berfungsi dengan baik adalah: Terdengar bunyi yang nyaring (whistling) daripada ABP Tiada bateri atau jangka hayat bateri habis Tiub penyambung dan acuan telinga (earmold) ABP retak atau longgar.


58 h. Pelibatan guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui PIBK peringkat sekolah) membantu meningkatkan PdP murid khusus sebagai penterjemah bahasa isyarat. i. Pelbagai jenis bantuan teknologi seperti ABP, FM Unit/Sistem (Sistem Frekuensi Modular yang merangkumi Transmitter untuk guru dan Receiver untuk murid berfungsi menguatkan suara guru supaya dapat menyokong PdP MBK pendengaran. Alat Bantu Pendengaran FM Unit/ FM Sistem Koklea Implan Rajah 9: Peralatan Sokongan Murid Kurang Upaya Pendengaran 3.3.5 Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities (MD) Kurang upaya pelbagai terdiri daripada mana-mana kombinasi ketidakupayaan seperti yang dinyatakan dalam Kod Amalan Pendidikan MBK (2014), contohnya: i. Kurang Upaya Pendengaran dan Kurang Upaya Penglihatan ii. Kurang Upaya Penglihatan dan Masalah Pembelajaran (Autisme) iii. Kurang Upaya Pendengaran dan Masalah Pembelajaran (ADHD)


59 Pendekatan Khusus PdP bagi MBK MD adalah seperti yang berikut: a. Guru perlu memberi tumpuan kepada jenis ketidakupayaan yang lebih dominan yang ada pada murid MD berkenaan terlebih dahulu. Ciri ini boleh diperoleh melalui laporan kesihatan murid, perbincangan bersama-sama guru pendidikan khas dan ibu bapa serta melalui pemerhatian guru sendiri. b. Gunakan Komunikasi Tambahan atau Alternatif - Terdapat murid MD yang mengalami masalah pertuturan dan komunikasi yang serius dan tidak dapat menyampaikan keperluannya melalui lisan (verbal). Komunikasi tambahan atau alternatif boleh digunakan seperti Bahasa Isyarat, Kod Braille, Finger Spell, Tactile Sign, Morse Code, mimik muka, bahasa badan dan seumpamanya. c. Memendekkan arahan dan menggunakan kiu visual bagi memudahkan proses pemahaman murid. d. Rancang aktiviti PdP berfokuskan kepada minat murid MD. Gunakan pendekatan pembelajaran kontekstual yang menghubung kait isi pelajaran dengan keupayaan dan pengalaman sebenar serta bersesuaian dengan umur kronologi murid MD. e. Beri masa kepada murid MD untuk memproses maklumat dan memikirkan respons kepada soalan yang diberikan. f. Ulang arahan atau maklumat penting kepada murid MD. g. Pastikan guru mengadap murid MD apabila memberi penerangan. h. Beri bimbingan dengan menulis kata kunci kepada maklumat yang telah diajar di dalam kelas kepada murid setiap kali tamat PdP.


60 j. Beri penekanan yang lebih terhadap aspek kandungan hasil tulisan murid, berbanding tatabahasa. k. Beri latihan atau tugasan secara berkala dan berperingkat mengikut tahap murid MD. l. Gunakan BBB yang bersifat maujud. m. Beri galakan kepada rakan sekelas untuk membantu atau membimbing murid MD. Beri peneguhan yang relevan dengan tingkah laku murid. n. Guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui PIBK peringkat sekolah) boleh membantu PdP murid MD di dalam kelas. Individu ini sebaik-baiknya merupakan orang yang memahami tentang murid MD. o. Pembantu pengurusan murid (sekiranya ada PPKI) atau rakan sekelas boleh membantu menjadi penulis kepada murid yang mengalami masalah pergerakan dan masalah motor. Mereka boleh membantu mencatat jawapan, idea dan pemikiran murid berkenaan. p. Kerjasama yang kukuh antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat diperlukan bagi membolehkan kesinambungan pembelajaran berlaku di rumah. q. Penyediaan teknologi peralatan khas dalam bilik darjah seperti Augmentative Alternative Communication (AAC) dan penggunakan Picture Exchange Communication System (PECS), jadual visual dan kaedah bercerita boleh meningkatkan interaksi sosial dua hala dan pemahaman situasi sosial di dalam kelas.


61 r. Guru boleh merujuk kepada penggunaan sokongan khusus bagi MBK kategori Masalah Pembelajaran yang lain. 3.3.6 PERKHIDMATAN SOKONGAN Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin diperlukan untuk membentuk matlamat sosial dan akademik bagi murid seperti: Psikologi (Klinikal/Pendidikan) Melaksanakan ujian atau penilaian kognitif. Mengenal pasti dan membuat diagnosis ketidakupayaan kognitif dan mental MBK. Melaksanakan intervensi berkaitan dengan pengurusan tingkah laku, emosi dan sosial MBK. Memberikan khidmat nasihat kepada guru dan ibu bapa berkaitan pengurusan emosi dan tingkah laku MBK. Terapis Carakerja Membantu mengembangkan kemahiran fizikal melalui alatan permainan dan bahan terapi yang mudah. Bahan-bahan tersebut biasanya bertujuan untuk meningkatkan fungsi tangan yang seterusnya mengoptimumkan penggunaan anggota badan yang lain. Khidmat nasihat tentang alatan atau bantuan yang boleh membantu murid mencapai kejayaan dalam aktiviti PdP di dalam kelas khususnya yang berkaitan dengan aspek menulis, menggunting, mewarna serta memahami konsep asas untuk meningkatkan kemahiran kognitif murid. Memberi penekanan terhadap isu yang berkaitan dengan persepi visual serta mencadangkan senarai latihan yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.


62 Terapis Pertuturan Membantu MBK yang mempunyai masalah pertuturan, bahasa dan komunikasi seperti MBK yang mempunyai kesukaran untuk bertutur atau lewat bertutur. Terapis Fisio Membantu MBK yang mengalami kekejangan otot supaya dapat mengurangkan kadar kekejangan dengan melakukan aktiviti fizikal, senaman dan penggunaan splint. Audiologis Membantu MBK kurang upaya pendengaran di kelas inklusif menggunakan alat bantu pendengaran sepenuhnya dengan memberikan khidmat konsultasi kepada guru arus perdana dan guru pendamping.


63 3.3.7 Ujian Kendiri Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran Dan Pembelajaran Masalah Pembelajaran 1. Senaraikan dua strategi khusus pengajaran yang boleh diaplikasi kepada murid bermasalah pembelajaran autisme. Jawapan : memberi jangkaan masa dan menggunakan kiu visual 2. Senaraikan 3 alat sokongan pengajaran yang diperlukan oleh murid disleksia. Jawapan : kertas bewarna, perakam suara dan pembaris tetingkap Kurang Upaya Penglihatan 1. Senaraikan dua alat sokongan yang diperlukan oleh murid kurang upaya penglihatan terhad (rabun). Jawapan : i. Kanta pembesar ii. CCTV 2. Nyatakan dua modifikasi yang boleh dilakukan oleh guru kepada lembaran kerja murid kurang upaya penglihatan. Jawapan : i. Cetakan besar ii. Rajah timbul iii. Cetakan braille Kurang Upaya Pendengaran 1. Bagaimanakah posisi guru ketika bercakap dengan MBK kurang upaya pendengaran yang memakai alat bantu pendengaran? Jawapan : Bercakap pada telinga yang lebih baik (yang memakai alat pendengaran)


64 2. Bagaimanakah kedudukan meja dan kerusi murid kurang upaya pendengaran di dalam kelas? Jawapan : Di barisan tengah kelas 3. Murid kurang upaya pendengaran mungkin mempunyai kesukaran mendengar arahan guru di dalam kelas, bagaimanakah guru boleh membantu murid memahami arahan yang diberi? Jawapan : i. Memendekkan arahan dan menggunakan kiu visual ii. Menyemak semula kefahaman murid iii. Bercakap dengan jelas dan tempo perlahan


65 3.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku Perkara yang menjadi kebimbangan guru apabila melibatkan MBK ialah aspek mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Keadaan ini berlaku kerana sering kali wujud tingkah laku MBK yang tidak sesuai seperti mengganggu murid lain, memberontak dan sebagainya yang akan memberi kesan kepada pelaksanaan PdP. Dalam keadaan ini, guru perlu mengetahui cara untuk mengendali tingkah laku tersebut. Antara perkara yang menyebabkan masalah tingkah laku di dalam kelas adalah: i. Tugasan atau aktiviti yang diberikan terlalu sukar atau terlalu mudah berbanding tahap kemahiran MBK. ii. Tugasan atau aktiviti kurang menarik dan menyebabkan MBK berasa bosan. iii. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan gaya pembelajaran MBK. iv. MBK masih belum bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial. v. MBK mempunyai kemahiran sosial yang lemah, tidak boleh berkomunikasi dengan baik bersama-sama guru dan rakan sebaya serta mempunyai keyakinan diri yang rendah. 3.4.1 Penilaian Tingkah Laku Berfungsi Penilaian Tingkah Laku Berfungsi merupakan satu pendekatan menggunakan pelbagai teknik dan strategi bagi mengenal pasti sebab atau punca wujudnya tingkah laku yang bermasalah. Ini membolehkan tindakan yang sesuai dilakukan bagi mengatasi tingkah laku tersebut. Melalui proses penilaian ini, guru merangka pelan tindakan bagi mengawal/mengubah tingkah laku murid.


66 Guru pendamping, guru kelas atau guru mata pelajaran perlu berbincang bersama-sama bagi melaksanakan penilaian Tingkah Laku Berfungsi di dalam kelas. Langkah-langkah penilaian Tingkah Laku Berfungsi adalah: i. Memberi definisi dan menerangkan secara spesifik tingkah laku yang bermasalah. a. Langkah ini penting kerana definisi tingkah laku yang kurang jelas akan menyukarkan tindakan yang patut dilakukan. b. Jadual 3 menunjukkan perbezaan antara definisi yang kurang jelas dengan definisi tingkah laku yang konkrit. Definisi Umum Definisi Konkrit Murid A bertindak agresif Murid A memukul murid lain di dalam kelas Bahasa Melayu apabila tidak mendapat apa yang diingini. Murid B mengganggu murid lain Murid B bercakap dengan suara yang kuat dan memberi komen yang tidak sesuai semasa perbincangan di dalam kelas. Murid C hiperaktif Murid C sering bangun dari tempat duduk tanpa kebenaran. Menyiapkan hanya separuh kerja sekolah yang diberi serta sering menjawab soalan sebelum soalan habis dibaca. Jadual 3: Perbezaan Definisi Umum dan Definisi Konkrit ii. Mengumpul maklumat berkenaan fungsi atau penyebab bagi tingkah laku yang bermasalah. a. Maklumat boleh dikumpul secara langsung atau tidak langsung daripada pelbagai sudut dan sumber. b. Antara maklumat yang perlu dikumpulkan adalah: Penyebab: Peristiwa sebelum tingkah laku bermasalah. Akibat: Peristiwa selepas tingkah laku bermasalah.


67 Konteks sosial dan persekitaran: Bila, mana, siapa atau kondisi spesifik yang mengurang atau meningkatkan frekuensi tingkah laku bermasalah. Rajah 10: Perkaitan Tingkah Laku c. Guru boleh mengumpul maklumat dengan menggunakan jadual kekerapan dan Borang Pemerhatian ABC (Antecedent-Behaviour-Consequences). Melalui jadual kekerapan (seperti di Lampiran C), guru akan dapat mengenal pasti pola tingkah laku yang berkait dengan situasi atau konteks yang spesifik. Penggunaan Borang Pemerhatian ABC (seperti di Lampiran D), pula membolehkan pemerhati menyusun dan melihat secara jelas perkaitan antara penyebab, tingkah laku dan akibat. iii. Menentukan kategori tingkah laku. a. Terdapat tiga cara untuk mengkategorikan sebab kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku, iaitu berdasarkan: Fungsi tingkah laku: Untuk mendapatkan/ mencari sesuatu yang diingini atau untuk mengelak/ melepaskan diri daripada sesuatu yang tidak diingini/disukai. Sebagai contoh: untuk mendapatkan perhatian orang lain atau mengelak daripada membuat aktiviti.


68 Kekurangan dari segi kemahiran: Murid tidak mengetahui cara untuk melaksanakan sesuatu kemahiran tingkah laku atau akademik. Sebagai contoh: Dalam pertelingkahan, murid memukul rakannya kerana dia tidak mengetahui cara yang betul untuk menyelesaikan konflik. Kekurangan dari segi pencapaian: Murid mengetahui cara untuk melaksanakan sesuatu kemahiran tingkah laku atau akademik tetapi tidak melakukannya secara konsisten. Kekurangan dari segi domain perkembangan: Murid mempunyai kelewatan dalam perkembangan serta masalah sensori. Kekurangan dari segi kesihatan: Murid mempunyai masalah kesihatan sehingga memberi kesan kepada tingkah laku murid di dalam kelas. iv. Menganalisis maklumat yang diperolehi untuk membentuk hipotesis. a. Hipotesis merupakan satu penyataan yang menerangkan dapatan mengenai sebab-sebab, pola, situasi pencetus dan kekurangan yang menyebabkan murid menunjukkan sesuatu tingkah laku. b. Antara contoh penyataan hipotesis yang boleh digunakan adalah seperti: Tingkah laku menjerit (W) dalam kelas sentiasa berlaku ketika sesi perbincangan berkumpulan (X) disebabkan oleh Adam ingin memberikan pendapatnya tetapi kawan tidak mendengarnya (Y) lalu cikgu pergi ke meja Adam untuk bertanya kenapa (Z). Akibat daripada tingkah laku W, murid mendapat respon Z.


69 3.4.2 Pelan Tindakan Tingkah Laku Pelan tindakan tingkah laku mengambil kira maklumat dan hipotesis yang telah dibentuk untuk merancang strategi yang akan digunakan bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini. Elemen-elemen yang perlu ada dalam pelan ini adalah: i. Penerangan tentang tingkah laku sasaran (yang hendak diubah). a. Nyatakan dengan terperinci tingkah laku sasaran termasuk kekerapan, keterukan dan tempoh masa kejadian. ii. Data yang diperoleh melalui penilaian tingkah laku berfungsi. a. Nyatakan keadaan atau situasi di mana tingkah laku sasaran terjadi. b. Nyatakan apa yang berlaku sejurus sebelum tingkah laku sasaran terjadi. c. Nyatakan matlamat yang cuba dicapai oleh murid melalui tingkah laku tersebut. iii. Tingkah laku alternatif (analisis kerja). a. Kenal pasti tingkah laku positif yang akan diajar untuk menggantikan tingkah laku yang disasarkan. Tingkah laku alternatif ini perlu berkaitan dengan fungsi/ matlamat tingkah laku yang disasarkan. iv. Strategi proaktif. a. Senaraikan sokongan positif yang akan digunakan untuk menggalakkan tingkah laku alternatif. v. Strategi positif melalui modifikasi persekitaran. a. Senaraikan sokongan persekitaran yang akan digunakan untuk menyokong tingkah laku alternatif termasuklah kedudukan, susunan di dalam kelas dan papan tanda. vi. Strategi reaktif. a. Nyatakan strategi yang akan digunakan apabila tingkah laku yang disasarkan terjadi.


70 vii. Pemantauan kemajuan. a. Menentukan kaedah untuk memantau kemajuan dan kumpul data bagi melihat kerberkesanan pelan tindakan yang dilaksanakan. b. Memantau kekerapan tingkah laku yang terjadi untuk pengumpulan data. c. Menentukan cara dan masa untuk menyemak data seperti melalui perjumpaan tidak formal dan perbualan telefon. viii. Proses keberhasilan Pelan Tindakan a. Mengenal pasti tarikh mula dan tarikh semakan data kemajuan tingkah laku murid. b. Membuat rumusan data. c. Menentukan sama ada tindakan yang telah dijalankan dapat mencapai matlamat serta menentukan langkah penambahbaikan terhadap pelan tindakan sekiranya perlu. Rajah 11: Langkah-langkah Pelaksanaan Pelan Intervensi Tingkah Laku 3.4.3 Strategi Modifikasi Tingkah Laku Modifikasi tingkah laku boleh dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti punca tingkah laku yang kurang sesuai dan seterusnya mencari kaedah terbaik untuk mengubah tingkah laku tersebut. LANGKAH 1 • Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubah LANGKAH 2 • Ukur tahap asas tingkah laku LANGKAH 3 • Analisis punca dan hasil daripada tingkah laku LANGKAH 4 • Laksanakan pelan tindakan LANGKAH 5 • Buat penilaian dan penambahbaikan


71 Terdapat beberapa strategi dan prosedur yang boleh digunakan untuk meningkatkan tingkah laku positif atau mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Pemilihan strategi bergantung kepada maklumat yang telah dikumpulkan dan pelan tindakan yang dirancang. Berikut adalah contoh strategi modifikasi tingkah laku yang berkesan: Peneguhan i. Pemilihan peneguhan yang sesuai adalah penting kerana mampu meningkatkan motivasi MBK untuk melakukan sesuatu tingkah laku. ii. Terdapat dua jenis peneguhan yang biasa digunakan oleh guru, iaitu peneguhan sosial seperti pujian, tepukan, nyanyian, masa bermain; dan peneguhan tangible seperti penggunaan komputer, bermain alat permainan, makanan kegemaran, menonton video. iii. Guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mengenal pasti peneguhan yang paling disukai murid. iv. Peneguhan perlu diberikan sejurus selepas tingkah laku yang ingin dilihat. Antara prosedur yang boleh digunakan untuk strategi peneguhan adalah: a. Peneguhan bagi tingkah laku alternatif. Prosedur ini digunakan untuk meningkatkan kekerapan tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Peneguhan diberikan setiap kali tingkah laku yang diingini ditunjukkan sahaja. Tiada peneguhan diberikan untuk tingkah laku yang tidak diingini.


72 b. Peneguhan bagi tingkah laku lain Peneguhan akan diberikan apabila tingkah laku bermasalah tidak berlaku dalam tempoh masa yang ditetapkan. Rajah 12 : Peneguhan Positif Negatif Prosedur Kawalan Penyebab (Antecedent) i. Dalam prosedur ini, stimuli penyebab (antecedent) seperti aspek persekitaran fizikal dan sosial, dimanipulasikan bagi menggalakkan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, mengubah tempat duduk MBK kepada tempat duduk berhampiran rakan yang boleh mengubah tingkah lakunya. ii. Melalui manipulasi penyebab, peneguhan dapat diberikan sekaligus meningkatkan kekerapan tingkah laku positif. Sebagai contoh, untuk menggalakkan murid A yang mempunyai masalah untuk mengambil perhatian guru dengan cara yang betul, guru boleh menyediakan satu kad peringatan bergambar ‘angkat tangan’ dan meletakkannya di atas meja. Dengan cara ini, stimuli penyebab (kad gambar) membolehkan murid A melakukan tingkah laku yang diingini, iaitu mengangkat tangan untuk menarik perhatian guru.


73 3.4.4 Ujian Kendiri Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku 1. Apakah faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku dalam kelas? Jawapan : i. Pengajaran terlalu sukar. ii. Kemahiran bersosial yang lemah. iii. Masalah kefahaman, kemahiran bahasa dan komunikasi. iv. Masalah sensori. v. Masalah kesihatan. vi. Pembelajaran kurang menarik minat MBK 2. Bagaimanakah guru boleh mengenal pasti tingkah laku berfungsi murid dalam kelas? Jawapan : i. Mengumpul maklumat peribadi murid. ii. Melalui pemerhatian. iii. Membuat jadual kekerapan. 3. Nyatakan dua strategi modifikasi tingkah laku yang guru yang boleh diaplikasi di dalam kelas. Jawapan : i. Melakukan prosedur kawalan penyebab seperti memudahkan lembaran kerja mengikut tahap murid. ii. Aplikasi peneguhan seperti pujian, token dan lain-lain bersesuaian.


74 BAB 4 PELAKSANAAN 4.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif Topik Program Pendidikan Inklusif Masa ±15 minit Objektif Pada akhir sesi, guru dapat: 1. Menerangkan dasar, matlamat dan objektif Program Pendidikan Inklusif. 2. Menyatakan definisi Program Pendidikan Inklusif. 3. Menjelaskan model Program Pendidikan Inklusif. Kaedah Penyampaian Ceramah interaktif Video Aktiviti dalam kumpulan Langkah-langkah 1. Tayangan video – Video aspirasi PPPM menerangkan tentang pendidikan inklusif 2. Ceramah interaktif (10 minit) 3. Penilaian/ refleksi (5 minit)


75 4.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Topik Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Masa ±40 minit Objektif Pada akhir sesi, guru dapat: 1. Menyenaraikan peranan guru arus perdana dalam pendidikan inklusif. 2. Menyenaraikan peranan guru pendidikan khas dalam pendidikan inklusif. 3. Menyenaraikan peranan pentadbir dalam pendidikan inklusif. Kaedah Penyampaian Tayangan video Ceramah interaktif Aktiviti dalam kumpulan Langkah-langkah 1. Tayangan video (5 minit): a. Video anak murid (MBK) inklusif yang tidak mendapat sokongan di sekolah: Video Murid Disleksia dalam kelas. 2. Ceramah interaktif (20 minit): a. Sumbang saran: risiko yang akan dihadapi oleh MBK jika semua pihak tidak memainkan peranan yang sepatutnya (mind map). 3. Aktiviti: (10 minit): Selepas mengenal pasti risiko MBK dalam aktiviti sumbang saran, peserta menggunakan Jadual


76 Analisis Peranan Guru (Lampiran B) bagi membincangkan peranan setiap individu yang terlibat. 4. Penilaian/ refleksi (5 minit) 4.3 TOPIK 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran Topik Strategi Khusus PdP Masa ±45 minit Objektif Pada akhir sesi, guru dapat: 1. Menjelaskan strategi khusus yang sesuai untuk MBK masalah pembelajaran dalam kelas inklusif atau; 2. Menjelaskan strategi khusus yang sesuai untuk MBK kurang upaya penglihatan dalam kelas inklusif atau; 3. Menjelaskan strategi khusus yang sesuai untuk MBK kurang upaya pendengaran dalam kelas inklusif. Kaedah Penyampaian Ceramah interaktif Video Aktiviti dalam kumpulan Langkah-langkah 1. Tayangan video – Video strategi khusus PdP 2. Ceramah interaktif (15 minit) 3. Aktiviti Simulasi (30 minit) Aktiviti 1: Simulasi Masalah Pembelajaran


77 o Nama Aktiviti: Simon’s says o Bahan: pembesar suara dan lagu (atau bunyi bising) Langkah-langkah: o Penceramah memberi arahan kepada peserta bahawa “kita semua mendengar arahan Simon” o Penceramah akan memasang lagu di pembesar suara. Penceramah akan memberikan arahan yang kompleks dan panjang. o Peserta perlu mendengar dan melakukan arahan yang diberi o Bincangkan dalam kumpulan: Apakah teknik/strategi yang perlu dilakukan bagi membantu mereka memproses maklumat dengan lebih berkesan? Aktiviti 2: Simulasi Kurang Upaya Pendengaran o Nama Aktiviti: “Ulang semula” o Bahan: Speaker, mikrofon, ABP (jika ada) Langkah-langkah: o Penceramah perlu menyediakan persekitaran yang hingar dan bising dengan memasang bunyi/lagu yang kuat. o Peserta perlu mengeja 10 perkataan yang diberikan oleh penceramah tanpa menggunakan mikrofon. o Peserta mengulangi semula aktiviti dengan menggunakan mikrofon.


78 o Nota: Fasilitator boleh menggunakan ABP untuk menerangkan kegunaan ABP (jika ada) Aktiviti 3: Simulasi Masalah Penglihatan o Alamak! Saya tidak nampak! o Bahan: Slaid Langkah-langkah: o Penceramah menunjukkan slaid aktiviti atau menampal poster dengan fon bersaiz kecil. o Peserta dikehendaki mencari jumlah bilangan perkataan “inklusif” di dalam slaid tersebut. o Peserta mengulangi semula aktiviti menggunakan slaid aktiviti atau menggunakan poster dengan fon bersaiz besar. o Nota: Fasilitator juga boleh meminta peserta menggunakan kanta pembesar sekiranya fasilitator menggunakan kertas (jika ada) Perbincangan berkumpulan: Senaraikan strategi khusus yang boleh dilakukan guru dalam sesi PdP atau di persekitaran sekolah. 4. Penilaian/ refleksi: Perbincangan dilaksanakan dalam kumpulan. (5 minit)


79 4.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku Topik Strategi Pengurusan Tingkah Laku Masa ±20 minit Objektif Pada akhir sesi, guru dapat: 1. Menerangkan aspek penilaian tingkah laku untuk MBK dalam kelas inklusif. 2. Menjelaskan pelan tindakan tingkah laku untuk MBK dalam kelas inklusif. 3. Menyatakan strategi modifikasi tingkah laku untuk MBK dalam kelas inklusif. Kaedah Penyampaian Ceramah interaktif Video Aktiviti dalam kumpulan Langkah-langkah 1. Tayangan video: Tingkah laku disruptif dalam kelas 2. Ceramah interaktif 3. Aktiviti 1: Perbincangan Bahan: Kertas mahjung, pen marker Perbincangan dan pembentangan dalam kumpulan untuk mengenal pasti modifikasi yang boleh dilaksanakan: o Sebelum o Semasa o Selepas sesuatu tingkah laku disruptif berlaku 4. Penilaian/ refleksi


80 BAB 5 PENILAIAN 5.1 Pengenalan Penilaian dilaksana untuk mengetahui keberkesanan penyampaian maklumat kursus ini kepada guru yang bakal terlibat dalam PPI. Terdapat dua jenis ujian yang perlu dilakukan kepada peserta, iaitu sebelum dan selepas kursus. 5.2 Ujian Kesedaran Program Pendidikan Inklusif 1. Ujian Pra Satu set soalan ini diberi kepada guru yang mengikuti modul ini sebelum kursus/ bengkel bermula. 2. Ujian Pasca Satu set soalan yang sama diberi kepada guru yang mengikuti modul ini selepas kursus/ bengkel selesai. Ujian Pra dan Pasca boleh diperoleh pada link berikut: https://goo.gl/forms/AkQQIQkuxM922P373 5.3 Ujian kendiri Ujian kendiri perlu dilakukan oleh setiap peserta mengikut topik yang telah diikuti.


81 BIBLIOGRAFI American Psychiatric Association (APA), (2013).Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders Fifth Edition (DSM-5). England: American Psychiatic Publishing. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kod Amalan Pendidikan MBK. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Panduan Pelaksanaan Pedagogi Inklusif. Kajang British Columbia Ministry of Education. (2015) Teaching Students with AttentionDeficit/Hyperactivity Disorder: A Resource Guide for Teachers . (British Columbia Ministry of Education) http://www.bced.gov.bc.ca/specialed/adhd Bui., E. L. (2007). Exceptional Children in Today's Schools: What Teachers Need to Know. USA: Love Publishing Company. Diane Pedrotty, Deborah Smith and Brian Bryant, (2008).Teaching Students with Special Needs in Inclusive Classrooms, Pearson, US. Sindrom Down Victoria. (2009). Learners with Sindrom Down: A handbook for teaching professionals. VIC, AUS: Author. Florian, L dan Black-Hawkins, K., (2011). Exploring inclusive pedagogy.British Educational Research Journal, Vol.37, (5), hlm 813-828. Florian, L. dan Linklater, H. (2011).Preparing teachers for inclusive education: using inclusive pedagogy to enhance teaching and learning for all.Cambridge Journal of Education.http://www.tandfonline.com/loi/ccje20 Hinchcliffe, A. (2007). Children with Cerebral Palsy: A Manual for Therapists, Parents and Community Workers. New Delhi: Sage Publications Little, A.W.(2006). Education for All and Multigrade Teaching: Challenges and Opportunities. Netherlands: Springer. Rix. J., Hall K., Nind, M., Sheehy K., Wearmouth, J. (2006) A systematic review of interactions in pedagogical approaches with reported outcomes for the academic and social inclusion of pupils with special educational needs in mainstream classrooms. Dlm: Research Evidence in Education Library. London: EPPI-Centre, Social Science Research Unit, Institute of Education.


82 LAMPIRAN LAMPIRAN A : SOALAN UJIAN KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Apakah perbezaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)? PPI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK yang dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. PPKI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK di kelas khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Apakah kategori murid yang layak mengikuti PPI? Semua kategori MBK layak mengikuti PPI. 3. Adakah MBK arus perdana dikira sebagai murid PPI? Ya. Semua MBK arus perdana dikira sebagai murid PPI. 4. Adakah PPI akan menambah beban guru arus perdana? Tidak. PPI tidak menambah beban guru jika setiap pihak berkepentingan melaksanakan tangungjawab masing-masing. 5. Berapakah bilangan MBK yang boleh diinklusifkan dalam satu kelas pada satu masa? MBK boleh diinklusifkan tidak melebihi lima (5) orang dalam satu kelas pada satu masa. 6. Adakah guru perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk MBK PPI? Ya. Guru perlu menyediakan RPI untuk MBK PPI mengikut keperluan. (Rujuk perkara 5.20 Kod Amalan Pendidikan MBK). 7. Apakah bentuk latihan yang disediakan kepada guru dalam menjayakan PPI? Latihan berkaitan pendidikan inklusif kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas. 8. Apakah bentuk kemudahan prasarana/ peralatan yang perlu disediakan untuk MBK di PPI? Prasarana/ peralatan yang perlu disediakan mengikut ketidakupayaan murid berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidkan Khas) 2013.


83 LAMPIRAN B : JADUAL PERANAN GURU DAN PENTADBIR RISIKO MURID PERANAN GURU ARUS PERDANA PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS PERANAN PENTADBIR SEKOLAH Gagal mengikuti PdP Ketinggalan dalam pelajaran Dibuli rakan sekelas Tiada/kurang keyakinan diri Tidak gemar ke sekolah Kemurungan Tiada kawan Keresahan Terasing


84 LAMPIRAN C : JADUAL KEKERAPAN JADUAL KEKERAPAN Nama Murid : Murid A Kelas : Tahun 5K Tarikh : 15/08- 19/08/2016 Nama Pemerhati : Cikgu Z Tingkah laku yang merisaukan: Sering meninggalkan tempat duduk tanpa kebenaran semasa PdP berlangsung. WAKTU KELAS Masa Hari/ Hari/ Hari/ Hari/ Hari/ Kekerapan atau Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh tingkah interval 15/08/16 16/08/16 17/08/16 18/08/16 19/08/16 laku dilihat Bahasa Inggeris 8:45- 9:45 / / / / / / / / / / 10 Matematik 9:45- / / / 3 10:45 Rehat 10.45- / / 2 11.00 Sains 11.00- / 1 12.00 Pemulihan 12.00- / 1 1.00


85 Nota Pemerhatian: Murid A meninggalkan tempat duduk tanpa kebenaran lebih kerap semasa mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pada waktu pagi sebelum masa rehat. Tingkah lakunya mungkin adalah reaksi kepada subjek, guru atau waktu tertentu. Tindakan Susulan: Bagi menentukan penyebab tingkah laku dengan lebih spesifik, pemerhatian dilakukan apabila guru lain mengajar waktu Bahasa Inggeris atau apabila waktu Bahasa Inggeris ditukarkan ke waktu selepas rehat.


86 LAMPIRAN D : BORANG PEMERHATIAN ABC BORANG PEMERHATIAN ABC Nama Murid: Murid A Kelas : Tahun 2 M Tarikh : 07/08/2016 Nama Pemerhati: Cikgu Z Tingkah laku yang merisaukan: Merosakkan barang peribadi dan barang di dalam kelas Tarikh/Masa 07 Ogos 2016 07 Ogos 2016 Perkara 9:25 - 10:10 pagi 12:05 - 1:05 tengah hari KONTEKS ATAU KEADAAN A berada di dalam kumpulan membaca dari pukul 9:25- 9:45pagi. Kemudian dia membuat aktiviti dengan dua orang rakan, tanpa bantuan guru. A berada di dalam kelas Matematik. Guru sedang memberi contoh operasi tolak dua digit di papan putih. PENYEBAB (Apa yang berlaku sejurus sebelum) Murid mengambil buku dan bahan-bahan ke mejanya. Muridmurid dikehendaki berkongsi krayon. Guru meminta murid untuk menyelesaikan soalan di papan putih. A dan beberapa orang murid lain mengangkat tangan, namun guru memilih murid lain. TINGKAH LAKU A mengambil krayon dan menulis satu huruf di atas buku sebelum menconteng meja. A menyatakan kemarahan dan membaling buku matematik ke lantai. Beberapa helai muka surat terkoyak.


87 AKIBAT (Apa yang berlaku sejurus selepas) Guru menghentikan PdP, dan pergi ke meja A dan bertanya Kepada A sebab kenapa dia menconteng meja. A menjawab tidak tahu. Guru menunjukkan ekspresi muka yang garang kepada A tetapi tetap meneruskan PdP. CATATAN TAMBAHAN Walaupun ditegur oleh guru, A berasa seronok kerana mendapat perhatian daripada guru. A tidak dapat mengawal emosi apabila guru tidak memberi perhatian kepadanya.


88 BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel : 603 8884 9190 Faks : 603 8888 6670


Click to View FlipBook Version