The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROFIL IMPAK PERPADUAN SK ST. JOSEPH (M) PAPAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayati869, 2023-09-11 21:26:58

PROFIL IMPAK PERPADUAN SK ST. JOSEPH (M) PAPAR

PROFIL IMPAK PERPADUAN SK ST. JOSEPH (M) PAPAR

KANDUNGAN


2 KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 5 2.0 Maklumat Asas Sekolah 7 2.1 Sejarah Sekolah 8 2.2 Maklumat Guru Besar 10 2.3 Maklumat Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana 11 2.4 Maklumat Murid 14 2.5 Fizikal Sekolah 16 2.5.1 Bilik Darjah dan Bilik Khas 16 2.5.2 Bilik JQAF 17 3.0 Penganjuran dan Penyertaan Program Berunsurkan Perpaduan 18 3.1 Kurikulum 19 3.1.1 Program Khatam Al-Quran - Panitia Pendidikan Islam Peringkat Sekolah 19 3.1.2 Program Kem Bestari Solat - Panitia Pendidikan Islam Peringkat Sekolah 20 3.1.3 Aktiviti Pendidikan Islam - Peringkat Sekolah 21 3.1.4 Aktiviti PDP - Pembentangan Dalam Mata Pelajaran Sejarah - Peringkat Sekolah 21 3.1.5 Aktiviti PDP - Pendidikan Sivik Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral Dan Pendidikan Islam – Peringkat Sekolah 22 3.1.6 Pertandingan Bicara Buku Anjuran KPM dan Sekolah 23 3.1.7 Projek PBL KmR 24 3.1.8 Amalan Bahasa dalam PDP 25 3.2 Hal Ehwal Murid 26 3.2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Peringkat Sekolah 26 3.2.2 Perhimpunan Sekolah 30 3.2.3 Pelantikan Murid Berjawatan 31 3.2.4 Sudut Perayaan di Bilik Darjah dan Kawasan Sekolah 32 3.3 Kokurikulum 33 3.3.1 Pertandingan Busana Tradisional Peringkat Kebangsaan 33 3.3.2 Pertandingan HIIS Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 34


3 3.3.3 E-Bakat Kesenian (Pertandingan Tarian Solo) Peringkat Negeri Sabah 2021 35 3.3.4 Pertandingan Tarian Etnik Sekolah Rendah Peringkat Daerah 2022 35 3.3.5 Pertandingan Sayembara Monolog 2022 Peringkat Daerah Papar 35 3.3.6 English In Camp (EIC) Sabah State 2022 (Virtual Festival & Culture) 36 3.3.7 Pertandingan HIIS Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 36 3.3.8 Papar Got Talent @ Papar Ki Kabaahan Sempena Karnival Kaamatan Peringkat Daerah Papar 37 3.3.9 Pertandingan Tarian Irama Malaysia Sempena Festival Apresiasi Seni Untuk Semua (FASUS) Peringkat Daerah dan Negeri 38 3.3.10 Penyertaan Dalam Program National Plastic Busters Beach Clean-Up PPPM Papar District 2023 39 3.3.11 Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Sekolah Rendah PPD Papar 2023 (Kategori Solo & Duet) 40 3.3.12 Sambutan Bulan Kebangsaan 41 4.0 Pembudayaan Perpaduan dan Identiti Nasional 42 4.1 Program Rise and Shine 43 4.2 Guru Penyayang (Ziarah Cakna) 44 4.3 Program Kantin Bersih, Murid Sihat dan Ceria 51 4.4 Penerapan Konsep Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) 53 4.5 Budaya Membaca Doa 54 4.6 SJS Towards Unity - Sambutan Perayaan Pelbagai Kaum 55 4.7 Majlis Bacaan Doa Bagi Mendoakan Rakan Guru Yang Tidak Sihat 58 4.8 Kutipan Sumbangan Untuk Murid Yang Dilanda Musibah 59 4.9 Jamuan Akhir Tahun Untuk Guru dan Staf 4.10 Sambutan Hari Jadi Guru, Staf dan Murid 60 61 5.0 Jaringan dan Jalinan Dengan Pihak Luar 63 5.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 64 5.1.1 Majlis Simpulan Kasih Ambang Aidilfitri 2023 64 5.1.2 Sambutan Hari Guru Sk. St. Joseph 65


4 5.1.3 Gotong Royong Perdana Anjuran Perdana Anjuran Bersama PIBG dan SK. St. Joseph 66 5.1.4 Aktiviti Menukis Mural Di Bawah Biro Keceriaan PIBG 67 5.2 J Borneo Native Village 68 5.3 Ibu Pejabat Polis Daerah Papar (IPD) 69 5.4 Perpustakaan Daerah Papar 70 5.5 Persatuan Tarian Singa Fatt Chuan 71 5.6 Zoo Lok Kawi 72 5.7 CSK Trading Papar 72 6.0 Impak dan Pencapaian Hasil Amalan Baik Perpaduan 73 6.1 Impak Program Rise and Shine 74 6.2 Impak Program Disiplin (Hal Ehwal Murid) 77 6.3 Impak Program Rancangan Makanan Tambahan 77 6.4 Impak Sambutan Perayaan Utama Mengikut Agama Dan Kaum 77 6.5 Impak Pendidikan Sivik dalam Mata Pelajaran 78 7.0 Inovasi Dalam Pembudayaan Perpaduan 79 7.1 Program Sokongan Kehadiran Penuh ‘My Attitude Wins Me The Race’ 80 8.0 Lampiran (Rujukan Tambahan) 85 9.0 Penutup 87


5 1.0 PENGENALAN


6 1.0 PENGENALAN Sekolah merupakan tempat yang sangat penting untuk melahirkan rakyat Malaysia beridentiti nasional. Di sinilah, peranan bahasa sebagai medium integrasi pepaduan dapat dikukuhkan. Selain itu, kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik juga dapat dipelajari dan difahami oleh muridmurid. Ini penting bagi membentuk masyarakat Malaysia yang berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia sekaligus menerapkan semangat perpaduan dalam diri mereka.


7 2.0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


8 2.1 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan St. Joseph (M) Papar sudah berusia hampir 136 tahun. Terletak di Negeri Bawah Bayu, sekolah ini telah menerima pelbagai murid dengan latar belakang agama, kaum, bahasa, sosioekonomi serta pendidikan yang berbeza sepanjang penubuhannya, Pada mulanya sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1887 oleh seorang paderi yang bernama Father Kurz. Namun demikian, sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 1893 dan dikendalikan oleh paderi-paderi katolik. Selepas perang dunia kedua, pada tahun 1950 sebuah bangunan baru telah didirikan iaitu bangunan sekarang dan kelasnya telah ditambah dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Pada ketika itu semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris. Sekolah ini dibina atas tapak tanah berkeluasan 0.5 hektar yang dimiliki oleh Gereja Katolik St. Joseph Papar. Sekolah ini terletak kira-kira 0.3 kilometer dari pekan Papar. Pembangunan pesat di kawasan pekan telah membantu meningkatkan kemasukkan murid ke sekolah ini. Oleh yang demikian, pihak sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan iaitu Tahap Satu di sidang petang dan Tahap Dua di sidang pagi kerana jumlah kelas yang beroperasi hanya enam sahaja. Sekolah ini mempunyai sebuah bangunan bertingkat yang menempatkan bilik pentadbiran, bilik guru, bilik mesyuarat di bahagian atas dan tiga buah bilik darjah di bahagian bawah. Pada tahun 1998, sebuah bangunan projek kilat telah dibina iaitu Pusat Sumber, Bilik J-Qaf dan Bilik Sains. Bilik Sains pada masa ini telah dijadikan bilik bagi Program Pemulihan Khas. Manakala pada tahun 2008 sebuah lagi bangunan baharu telah dibina yang terdiri daripada tiga buah bilik darjah. Dewan terbuka yang menghubungkan diantara kedua-dua bangunan itu juga telah dibina.


9 Pembangunan sistem pendidikan membawa sekolah ini untuk terus melangkah maju sesuai dengan arus perubahan Pendidikan Abad ke-21. Pada tahun 2016, sekolah ini telah memohon untuk menerima Dual Language Programme (DLP) dimana pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Dua kelas di bawah Program DLP telah mula dibuka kepada semua murid Tahun Satu bermula pada tahun 2017. Program ini terus dilaksanakan hinggalah ke hari ini. Sebagai sebuah sekolah mission iaitu sekolah peninggalan kolonial British yang ditubuhkan oleh mubaligh - mubaligh Kristian, pihak Gereja St. Joseph di bawah Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) atau juga dikenali sebagai Board Of Governers (BOG) mempunyai jalinan kerjasama secara langsung dengan pihak sekolah terutamanya dari segi peruntukan kewangan serta pembangunan fizikal sekolah. Ini kerana, walaupun SK St. Joseph terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, bangunan dan kawasan sekolah masih menjadi hak milik gereja. Bagaimanapun, hal ini tidak menjadi penghalang kepada SK St. Joseph (M) Papar untuk sentiasa bersatu padu dalam menerima kepelbagaian latar belakang warganya. Perbezaaan kepercayaan agama, kaum, etnik, bahasa, sosioekonomi mahupun pendidikan tidak menjadi jurang atau faktor pemisah, sebaliknya sebagai keunikan solidariti warga sekolah untuk diraikan bersama.


10 2.2 MAKLUMAT GURU BESAR Kekukuhan sebuah organisasi sangat bergantung kepada kemantapan pentadbirannya. Apatah lagi bagi sekolah mubaligh seperti SK St. Joseph yang diwarnai dengan kehadiran warga sekolah yang berbeza latar belakang agama khasnya. Peranan pentadbir terutamanya Guru Besar untuk menjadi teladan dan contoh terbaik amalan perpaduan di dalam sekolah ini tidak dapat disangkal lagi. Sehingga kini, sekolah ini sudah ditadbir oleh 16 orang guru besar dan di bawah pentadbiran mereka, amalan saling menghormati dan toleransi dalam warganya terus dipupuk. SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI BIL NAMA TAHUN 1 Mubaligh-mubaligh katolik (silih berganti) 1888 -1950 2 Rev. Fr Mulders 1951 - 1952 3 Rev. Fr Klyer 1953 - 1957 4 Rev. Fr Schoor 1957 - 1958 5 Rev. Fr Coogan 1958 -1959 6 Rev. Fr Rainer 1959 - 1961 7 Rev. Fr P. De Witt 1961 - 1964 8 Encik Ronald C.P Young 1965 - 1983 9 Encik Au Len Yick 1983 - 1995 10 Encik Cyrinus Marcus 1995 - 1996 11 Puan Petronella Batlis Munting 1996 - 2000 12 Encik Bernard Bin Lucas 2001 - 2008 13 Puan Christina Daisi Kari 2009 - 2015 14 Puan Julita Mani 2015 - Okt 2018 15 Puan Lucy Dullah Khan 20 Dis 2018 - 10 April 2019 16 Encik Cyril Lijawa 11 April 2019 - kini


11 2.3 MAKLUMAT GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) Guru di sekolah ini terdiri daripada 30 orang guru dan 2 orang AKP (Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi) yang bukan hanya berasal dari daerah Papar atau negeri Sabah sahaja. Walaupun berbeza dari segi jantina, agama, budaya mahupun ideologi, ini bukanlah penghalang kepada mereka untuk mewujudkan kesepakatan sosial seterusnya bekerja dalam satu institusi secara harmoni. SENARAI NAMA GURU, TARIKH MULA BERTUGAS DI SK ST. JOSEPH, TEMPAT ASAL DAN BANGSA BIL NAMA GURU TARIKH BERTUGAS DI SEKOLAH INI JAWATAN ASAL BANGSA 1 CYRIL LIJAWA 11 APRIL 2019 GURU BESAR PENAMPANG KADAZAN 2 BIBANA BTE CECIL PAKANG 16 FEBRUARI 1996 GPK 1 KUALA PENYU KADAZAN 3 ZAINUN BINTI SUMPO 1 OGOS 2017 GPK HEM NABAWAN SINO MURUT 4 NORHAYATI BINTI ABD KARIM 2 MEI 2014 GPK KOKUM TUARAN BAJAU 5 RAANI ONONG 3 JANUARI 2023 GPK PETANG PAPAR KADAZAN 6 AINI BINTI MARJAN 24 JANUARI 2002 GURU KAUNSELING PAPAR KEDAYAN 7 AMINAH BINTI ABD MOHID 2 MEI 2019 GURU PEMULIHAN PAPAR BRUNEI 8 AWANG TALIP BIN AG.KU ARSAT 16 OGOS 2017 GAB PAPAR BRUNEI 9 ELLYE ORNELLA SULIMAN 3 JANUARI 2023 GAB PAPAR DUSUN 10 FADZILLAHSHELLA LAJIM 15 JULAI 2020 GAB RANAU DUSUN 11 FARNAH ENJOL@TINJOL 3 APRIL 1998 GAB PAPAR KADAZAN 12 FATIMAH BINTI DALIH 6 JANUARI 2002 GAB PAPAR BAJAU 13 FELICIA FRANCIS 4 JANUARI 2016 GAB PAPAR KADAZAN 14 HIZALINA BINTI ISMAIL 5 JANUARI 2015 GAB PAPAR BRUNEI 15 NUR IFFAH DIYANA ABDULLAH 28 JANUARI 2012 GAB PAPAR KADAZAN 16 KESUMA BINTI A RAHMAN 3 JANUARI 2014 GURU SPBT PAPAR BRUNEI 17 MAZANAH BINTI HUSAINI 2 SEPTEMBER 2000 GAB PAPAR KADAZAN 18 MOHD RADZWAN IBRAHIM 3 JANUARI 2013 GURU AGAMA KELANTAN MELAYU 19 NISHA BINTI AG BAHAR 16 JANUARI 2002 GAB PAPAR BRUNEI 20 NORHAYATI BINTI ABD LATIP 1 JANUARI 2014 GAB PAPAR BAJAU 21 NORLAILAH BINTI KAMIJAN 14 OGOS 1997 GAB PAPAR BRUNEI 22 NUR FAZIDA BINTI TUGIMIN 16 JUN 2016 GURU AGAMA KOTA KINABALU DUSUN 23 PENGIRAN SALLEH B. PG. M. YAAKOB 2 MEI 2019 GURU DATA PAPAR BRUNEI 24 ROSLIN BINTI SAMPAI 16 JANUARI 1997 GAB SANDAKAN DUSUN 25 SITI AINON BINTI AG AHMAD 17 APRIL 1997 GAB PAPAR BRUNEI 26 SITI FAKHKHARATI BINTI MOHD ALI 27 OKTOBER 2022 GURU BAHASA ARAB PAPAR MELAYU 27 SUZIE BTE SIMON 4 JANUARI 2012 GAB PAPAR KADAZAN 28 WILFRED DAVID 2 JANUARI 2021 GURU ASET PAPAR KADAZAN 29 YEN MUI LAN @ NORYATI 2 DISEMBER 2019 GURU PUSAT SUMBER PENAMPANG SINO KADAZAN 30 ZAINI BIN ZAKARIA 31 DISEMBER 2013 GAB PAPAR BRUNEI 31 MARIAH BINTI AHMAD 16 JUN 2020 PEMBANTU TADBIR PAPAR BRUNEI 32 MOHD NIRWAN BIN JUSTUS 15 FEBRUARI 2021 PEMBANTU OPERASI PAPAR KADAZAN


12 ANALISIS GURU & AKP MENGIKUT JANTINA, AGAMA DAN KAUM Jantina / Agama Islam Kristian Jumlah (Jantina) Lelaki 5 2 7 Perempuan 16 9 25 Jumlah 21 11 32 Analisis Guru dan AKP Mengikut Jantina dan Agama Bangsa / Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bajau 3 3 Brunei 3 7 10 Dusun 4 4 Kadazan 3 7 10 Kedayan 1 1 Melayu 1 1 2 Sino Kadazan 1 1 Sino Murut 1 1 Jumlah 7 25 32 Analisis Guru dan AKP SK St. Joseph Mengikut Bangsa


13 Warga Sekolah SK St. Joseph (M) Papar, Sabah.


14 2.4 MAKLUMAT MURID Walaupun SK ST. Joseph (M) ini berstatuskan sekolah mubaligh dan dibina di atas tanah gereja serta masih mengekalkan ciri-ciri Kristianiti, ia tidak menghalang sekolah ini untuk menerima murid dari pelbagai latar belakang agama, kelas sosial, sosiekonomi, pendidikan, gender mahupun bahasa. ENROLMEN MURID MENGIKUT JANTINA DAN AGAMA (KUTIPAN DATA 14 JULAI 2023) TAHAP 1 (SIDANG PETANG) KELAS JANTINA AGAMA JUMLAH KECIL JUMLAH LELAKI PEREMPUAN MUSLIM BESAR NONMUSLIM TAHAP 1 (SIDANG PETANG) 1 C 10 8 5 13 18 120 1G 10 9 10 9 19 JUMLAH 20 17 15 22 37 2 C 13 8 9 12 21 2 G 14 7 6 15 21 JUMLAH 27 15 15 27 42 3 C 11 9 9 11 20 3 G 14 7 11 10 21 JUMLAH 25 16 20 21 41 TAHAP 1 72 48 50 70 120 TAHAP 2 (SIDANG PAGI) 4C 15 11 8 18 26 142 4G 13 11 12 11 24 JUMLAH 28 22 21 29 50 5C 10 15 11 14 25 5G 10 14 13 11 24 JUMLAH 20 29 24 25 49 6C 10 12 5 17 22 6G 8 13 9 12 21 JUMLAH 18 25 14 29 43 TAHAP 2 66 76 59 83 142 JUMLAH KESELURUHAN 262 LELAKI PEREMPUAN ISLAM BUKAN ISLAM 138 124 109 153 Jumlah Keseluruhan Mengikut Jantina dan Agama


15 ENROLMEN MURID MENGIKUT BANGSA (KUTIPAN DATA 14 JULAI 2023) KELAS BRUNEI KADAZAN DUSUN MURUT MELAYU BMP SABAH BMP SARAWAK LAINLAIN JUMLAH L P L P L P L P L P L P L P L P T 1 1 C 0 0 5 4 2 3 1 0 1 0 1 1 0 0 0 0 18 1 G 3 2 5 1 1 1 0 0 0 1 1 3 0 0 0 1 19 T 2 2 C 0 0 7 3 2 0 0 0 0 0 3 3 0 1 1 1 21 2 G 2 0 3 5 4 0 0 0 0 0 3 0 0 0 2 2 21 T 3 3 C 1 4 3 4 4 1 2 0 0 0 1 0 0 0 0 0 20 3 G 2 0 3 2 3 0 1 0 1 0 2 2 1 0 1 3 21 T 4 4 C 1 1 6 3 2 3 0 1 0 0 4 1 0 0 2 2 26 4 G 0 0 5 5 0 1 1 1 2 1 3 2 1 0 1 1 24 T 5 5 C 1 1 3 4 2 3 1 0 0 1 3 4 0 0 0 2 25 5 G 0 3 4 4 2 2 0 0 0 1 3 4 0 0 1 0 24 T 6 6 C 0 1 8 6 1 1 0 2 0 0 1 2 0 0 0 0 22 6 G 2 0 1 5 2 1 1 1 1 2 1 3 0 0 0 1 21 JUMLAH 12 12 53 46 25 16 7 5 5 6 26 25 2 1 8 13 262 24 99 41 12 11 51 3 21 Perincian Bagi Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan Lain-Lain di SK ST. Joseph (M) Bumiputera Sabah 1. Bajau 2. Tidung 3. Melayu Sabah 4. Sino Native 5. Suluk 6. Bisaya 7. Kedayan 8. Bugis 9. Murut 10. Banjar 11. Rungus 12. Sungai 13. Lundayeh 14. Jawa Bumiputera Sarawak 1. Iban 2. Kenyah 3. Eurasian Lain - Lain 1. Timor 2. Indonesia 3. Filipinos 4. India 5. Cina ENROLMEN MURID MENGIKUT PENDAPATAN KELUARGA B40 M40 T20 JUMLAH Jumlah Murid 135 95 32 262 Peratus 51.5% 36.3% 12.2% 100% Kepelbagaian agama, sosiobudaya serta sosioekonomi inilah yang menjadi pemangkin kepada pihak sekolah untuk melakarkan usaha berterusan bagi membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab dalam diri murid.


16 2.5 FIZIKAL SEKOLAH SK St. Joseph (M) mempunyai ruang dan kawasan sekolah yang agak terhad. Apapun, ini bukanlah kekangan kepada pihak sekolah untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan murid. 2.5.1 BILIK DARJAH DAN BILIK - BILIK KHAS Di sekolah ini, salib atau ’cross’ bersaiz kecil dipasang di setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas. Antara bilik khas yang dipasang tanda ini adalah seperti di bilik mesyuarat, bilik guru, bilik guru besar, bilik penolong - penolong kanan dan pusat sumber sekolah. Bagi bilik mesyuarat sekolah ini iaitu St. Joseph The Carpenter’s Room, ia dinamakan sempena kisah di dalam agama Kristian sendiri. Walaupun tanda ini mewakili agama Kristian, ia tidak menjadi gangguan atau halangan kepada semua warga sekolah terutamanya yang bukan beragama Kristian untuk menjalankan sebarang aktiviti di dalam bilik-bilik ini dengan selesa tanpa rasa prejudis. Sensitiviti yang tinggi serta serta sikap hormat kepada agama yang berbeza memberikan kesan positif dalam hubungan warga sekolah. Pemasangan salib atau cross di dinding belakang setiap bilik darjah.


17 SJS The Carpenter’s Room yang dinamakan sempena kisah dalam agama Kristian. Mutiara kata bagi warga sekolah yang beragama Kristian. Pemasangan salib atau cross di bilik-bilik khas. 2.5.2 BILIK JQAF Walaupun sekolah ini masih mengekalkan christianity di kawasan sekolah, atas rasa hormat kepada agama lain khasnya agama Islam, pemasangan salib dikecualikan di bilik JQAF. Bilik ini khususnya digunakan oleh Ustaz dan Ustazah untuk mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Arab dan Tasmik. Bagaimanapun, murid bukan beragama Islam tetap dibenarkan masuk ke dalam bilik ini dengan izin guru. Tiada tanda salib di pasang di bilik JQAF sebagai tanda hormat kepada agama lain.


18 3.0 PENGANJURAN DAN PENYERTAAN PROGRAM BERUNSURKAN PERPADUAN


19 3.1 KURIKULUM 3.1.1 Program Majlis Khatam Al Quran - Panitia Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Program Majlis Khatam Al - Quran disertai oleh semua murid beragama Islam bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Brunei, India, Bugis dan lain - lain. Walaupun program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam, semua guru telah bekerjasama serta dalam menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk memupuk amalan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian. Semasa program ini berlangsung, Guru Besar telah hadir sebagai perasmi majlis dan turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.


20 3.1.2 Program Kem Bestari Solat - Panitia Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Program ini merupakan sebuah program tahunan di bawah Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia diadakan 2 kali setahun mengikut peruntukan yang telah diberikan KPM. Program ini disertai oleh semua murid beragama Islam yang terdiri daripada pelbagai suku kaum serta latar belakang sosial dan ekonomi. Walaupun program ini merupakan program di bawah Panitia Pendidikan Islam, guru-guru bukan beragama Islam turut hadir bagi menjayakan program ini. Mereka saling bantu-membantu dalam penyediaan tempat, pembahagian makanan serta pendaftaran peserta. Ucapan penutupan telah disampaikan oleh guru besar.


21 3.1.3 Aktiviti Pendidikan Islam - Peringkat Sekolah Pelajar Islam di sekolah ini bebas menjalankan aktiviti harian seperti membaca Al-Quran, mengambil wuduk, solat fardhu serta solat Sunat Dhuha. Satu bilik khas telah disediakan iaitu Bilik jQaf untuk pelaksanaan akitiviti - aktiviti tersebut setiap hari. Penyediaan bilik ini memberikan impak yang besar kepada murid - murid beragama Islam untuk melaksanakan apapun aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan dengan selesa tanpa mengira waktu. 3.1.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Pembentangan dalam Mata Pelajaran Sejarah - Peringkat Sekolah Kumpulan yang dibentuk dalam setiap matapelajaran misalnya seperti dalam kumpulan pembentangan Sejarah ini terdiri daripada murid berlatarbelakangkan agama dan bangsa yang berbeza. Bajau, Brunei, Kadazan mahupun Dusun dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan dan memberikan buah fikiran di dalam tajuk yang mereka bincangkan.


22 3.1.5 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Pendidikan Sivik dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam - Peringkat Sekolah Matlamat Pendidikan Sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. Ini secara langsung memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk perpaduan di dalam diri murid. Di sekolah ini, Pendidikan Sivik di ajar di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam pada minggu ke 4 setiap bulan berasaskan 4 nilai teras iaitu kasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Pendidikan Sivik dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah dan Pendidikan Islam - Peringkat Sekolah 4 nilai teras Pendidikan Sivik turut ditampal di kawasan sekolah bagi membantu meningkatkan lagi pemahaman murid.


23 3.1.6 Pertandingan Bicara Buku Anjuran KPM / Sekolah Peluang menyertai pertandingan ini dibuka kepada semua murid SK St. Joseph tanpa mengira umur mahupun jantina. Pemilihan dijalankan secara telus tanpa mengira latar belakang murid. Selain Pertandingan Bicara Buku Anjuran KPM, SK St. Joseph juga telah menganjurkan pertandingan ini di peringkat sekolah bagi memilih wakil di peringkat daerah. Pertandingan terbuka kepada semua murid yang berminat dan tidak dihadkan penyertaannya. Melalui aktiviti ini, murid dapat memantapkan penguasaan bahasa sekaligus menerapkan nilai ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Peserta Pertandingan Bicara Buku Peringkat Sekolah.


24 3.1.7 Projek PBL KmR (Kefahaman Melalui Reka Bentuk) Projek PBL KmR yang bertajuk Kenali Perdana Menteri Malaysia ini merupakan hasil 3 orang murid Tahap 2. Tajuk yang dipilih sangat sesuai dalam pemantapan nilai patriotisme kerana ia dapat meningkatkan pemahaman dan penghayatan Sejarah Malaysia terutamanya dalam menghargai tokoh negara. Dalam aktiviti ini, murid - murid telah bekerjasama mencari maklumat di dalam internet, menjana idea untuk menyiapkan projek seterusnya menghasilkan rekaan mereka tersendiri. Hasil PBL KmR yang penuh dengan informasi ini telah dipamerkan di dewan sekolah sekaligus dapat dikongsikan bersama murid - murid yang lain.


25 3.1.8 Amalan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Walaupun sekolah ini menjalankan Dual Language Program (DLP) di mana Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu tetap menjadi alat interaksi dan komunikasi warga sekolah sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Selain itu, Bahasa Arab dan Bahasa Kadazandusun turut diajar di sekolah ini. Uniknya, matapelajaran ini terutamanya Bahasa Kadazadusun bukan sahaja diajar kepada murid berbangsa Kadazan dan Dusun, malah kepada murid berbangsa lain seperti Cina, India, Timor, Indonesia malahan Filipina. Antara program amalan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.


26 3.2 HAL EHWAL MURID 3.2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Peringkat Sekolah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini secara amnya bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada murid sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan isi rumah RM1169 atau perkapita RM310. Di sekolah ini, seramai 83 orang murid merupakan penerima RMT. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa yang beragama Islam dan Bukan Islam. SESI PETANG (TAHAP 1) KELAS TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN AGAMA 3 ISLAM 4 8 4 16 BUKAN ISLAM 4 8 4 16 JUMLAH MURID LAYAK RMT SESI PETANG 32 SESI PAGI (TAHAP 2) KELAS TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN AGAMA 6 ISLAM 8 9 7 24 BUKAN ISLAM 10 7 10 27 JUMLAH MURID LAYAK RMT SESI PAGI 51 TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 ISLAM 4 8 4 8 9 7 BUKAN ISLAM 4 8 4 10 7 10 0 2 4 6 8 10 12 BILANGAN MURID MURID RMT MENGIKUT AGAMA TAHUN 2023/2024 262 179 83 0 100 200 300 JUMLAH MURID BUKAN PENERIMA RMT PENERIMA RMT MURID SK ST JOSEPH (M)


27 PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2023/2024 BIL KAUM KELAS TAHUN JUMLAH 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 MELAYU 1 1 1 1 2 6 2 INDIA 1 2 3 3 KADAZAN 3 5 4 8 5 7 32 4 DUSUN 2 3 1 1 2 9 5 BAJAU 2 2 3 7 6 BRUNEI 1 1 1 2 5 7 KEDAYAN 1 1 8 SINO NATIVE 1 1 2 4 9 MURUT 1 1 10 RUNGUS 1 1 11 SUNGAI 2 2 12 BUGIS 1 1 1 1 4 13 TIMOR 1 1 14 INDONESIA 2 1 3 15 JAWA 1 1 2 16 FILIPINOS 1 1 2 JUMLAH KESELURUHAN 8 16 8 18 16 17 83 6 3 32 9 7 5 1 4 1 1 2 4 1 3 2 2 MURID RMT MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN 2023/2024 MELAYU INDIA KADAZAN DUSUN BAJAU BRUNEI KEDAYAN SINO NATIVE MURUT RUNGUS SUNGAI BUGIS TIMOR INDONESIA JAWA


28 Adab makan murid dipamerkan di Sudut RMT dan guru-guru sentiasa mengingatkan murid-murid untuk membaca doa sebelum dan doa selepas makan. Adab makan ini telah diterapkan kepada semua warga sekolah termasuk murid bukan RMT, guru, AKP mahupun staf sokongan sekolah yang lain. Ini merupakan salah satu usaha untuk membentuk warga yang saling bertoleransi, hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Walaupun berlainan agama dan bangsa, murid-murid masih boleh membaca doa makan mengikut agama masing-masing.


29 Perpaduan di antara murid dapat dilihat apabila mereka makan semeja bersama-sama dengan rakan yang berbangsa lain. Terdapat 20 senarai Menu RMT yang boleh dijadikan panduan penyediaan makanan RMT. AJK Pemilihan Menu RMT telah memilih 10 menu yang melambangkan kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini.


30 3.2.2 Perhimpunan Sekolah Perhimpunan rasmi mingguan di jalankan pada setiap hari Isnin bagi kedua - dua sesi. Semasa perhimpunan, Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku akan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh semua guru dan murid. Guru akan memastikan dan sentiasa mengingatkan murid untuk berdiri tegak semasa menyanyikan lagu ini bagi menunjukkan rasa hormat kepada kepada negara. Menyedari kepentingan Rukun Negara sebagai suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dalam kalangan pelbagai kelompok etnik bagi membentuk perpaduan yang kukuh, Rukun Negara turut dilafazkan semasa perhimpunan. Bacaan ini akan dipimpin oleh pengawas yang bertugas. Perhimpunan sekolah juga diacarakan oleh murid sendiri. Semua murid berjawatan tanpa mengira latar belakang berpeluang untuk mengacarakan perhimpunan rasmi ini. Perhimpunan Rasmi sekolah yang diacarakan oleh murid sendiri. Semasa perhimpunan, murid akan duduk bersama - sama dalam keadaan senyap dan bersedia. Rukun Negara dilafazkan dengan penuh semangat.


31 3.2.3 Perlantikan Murid Berjawatan Di sekolah ini, murid berjawatan terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber, Sahabat PPDa, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Murid berjawatan ini dilantik berdasarkan kebolehan dan jati diri mereka. Pemilihan dijalankan dengan telus tanpa melihat perbezaan latar belakang agama, bangsa mahupun budaya. Antara barisan murid berjawatan yang dilantik. Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Murid


32 3.2.4 Sudut Perayaan Di Bilik Darjah Dan Kawasan Sekolah SK St. Joseph sentiasa meraikan setiap perayaan utama yang disambut oleh warga sekolah ini. Di setiap bilik darjah akan dihias dengan hiasan perayaan. Begitu juga dengan kawasan sekolah. Murid diberi peluang untuk sama-sama menyumbang dalam keceriaan bilik darjah ini. Tanpa mengira agama dan bangsa, murid akan membawa hiasan masing-masing mengikut perayaan yang sedang diraikan. Sekolah ini menerapkan nilai ’Perayaan Untuk Semua’. Hiasan Hari Natal di dalam bilik darjah. Hiasan Tahun Baru Cina. Hiasan Hari Raya Aidilfitri di dalam bilik darjah. Bagi hiasan kawasan sekolah pula, guru-guru akan bekerjasama untuk menghias serta menyumbang hiasan yang bersesuaian.


33 3.3 KOKURIKULUM Terdapat banyak program dan aktiviti yang telah disertai di bahagian kokurikulum. Semua aktiviti ini sangat membantu murid - murid dalam mengenal erti perpaduan dan mengamalkannya. Peserta dipilih tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun latar belakang sosioekonomi mereka. 3.3.1 Pertandingan Busana Tradisional Peringkat Kebangsaan 2021 Peserta Pertandingan Busana Tradisional Peringkat Kebangsaan


34 3.3.2 Pertandingan HIIS Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2021 SK St. Joseph (M) mendapat tempat kelima dalam pertandingan ini. Peserta terdiri daripada murid berbilang kaum.


35 3.3.3 E-Bakat Kesenian (Pertandingan Tarian Solo) Peringkat Negeri Sabah 2021 3.3.4 Pertandingan Tarian Etnik Sekolah Rendah 2022 Peringkat Daerah Papar 3.3.5 Pertandingan Sayembara Monolog 2022 Peringkat Daerah Papar Peserta pertandingan ini ialah adik Susana Ele yang berbangsa Indonesia. SK St. Joseph mendapat Johan Peringkat Daerah dan mewakili daerah Papar ke Peringkat negeri. Turut mendapat Anugerah Busana Terbaik Peringkat Negeri.


36 3.3.6 English In Camp (EIC) Sabah State 2022 Virtual (Festival And Culture) Peringkat Negeri Sabah Melalui kem ini, murid berpeluang memantapkan penggunaan Bahasa Ingeris selain didedahkan dengan perayaan dan budaya semua peserta. 3.3.7 Pertandingan HIIS Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 SK ST. Joseph mendapat Tempat Ketiga di Peringkat Negeri. Melalui aktiviti seperti ini, murid mendalami serta menjiwai adat resam masyarakat Kadazanduzun melalui sajak dan puisi.


37 3.3.8 Papar Got Talent @ Papar Ki Kabaahan Sempena Karnival Kaamatan Peringkat Daerah Papar SK St. Joseph (M) mendapat tempat kelima dalam pertandingan ini. Pertandingan ini dapat memberi pendedahan tentang tradisi bangsa Kadazandusun kepada semua murid. Ini sekaligus dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang menghargai warisan bangsa.


38 3.3.9 Pertandingan Tarian Irama Malaysia Sempena Festival Aspresiasi Seni Untuk Semua (FASUS) Peringkat Daerah dan Negeri SK St. Joseph dinobatkan sebagai Johan Peringkat Daerah Papar dan telah menjadi wakil di Peringkat Negeri. Ini amat membanggakan kerana ia merupakan pengalaman sulung para peserta menarikan tarian tradisi Melayu ini di mana ia bukan tarian utama di negeri Sabah.


39 3.3.10 Penyertaan Dalam Program National Plastic Busters Beach Clean-Up PPPM Papar District 2023 Peluang untuk bersama - sama dengan rakan - rakan sekolah lain yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum dapat menyemarakkan lagi perpaduan. Program ini juga membantu dalam penerapan nilai menyayangi alam sekitar.


40 3.3.11 Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Sekolah Rendah PPD Papar 2023 (Kategori Solo dan Duet) 1.3 Walaupun murid - murid ini bukan berbangsa Melayu namun mereka dapat menyanyikan lagu tradisional Melayu dengan sangat baik dan mendapat Johan di Peringkat Daerah bagi kategori Duo.


41 3.3.12 Sambutan Bulan Kebangsaan Sambutan Bulan Kebangsaan sudah menjadi tradisi di sekolah ini. Melalui sambutan ini, semangat patriotik dapat dikukuhkan lagi dalam diri warga sekolah khasnya murid-murid. Sebagai generasi muda, mereka merupakan tunjang masa hadapan negara dan pembentukan identiti nasional perlu dipupuk dari awal.


42 4.0 PEMBUDAYAAN PERPADUAN DAN IDENTITI NASIONAL


43 4.1 Program Rise and Shine


44 4.2 Guru Penyayang (Ziarah Cakna) a. Ziarah Cakna Murid Kurang Berkemampuan Perpaduan dapat diwujudkan dalam program guru penyayang ini melalui sumbangan kepada murid yang kurang berkemampuan. Guru-guru di sekolah ini sentiasa prihatin dan bermurah hati memberikan sumbangan tanpa mengira bangsa dan agama. Ziarah cakna di kediaman murid yang kurang berkemampuan.


45 b. Ziarah Cakna Murid Ponteng Ziarah kedua adalah untuk murid yang selalu ponteng ke sekolah kerana masalah tidak dapat menyediakan kelengkapan alat tulis dan pakaian sekolah.


46 c. Ziarah Cakna Murid Sakit Guru penyayang dapat membudayakan sikap kasih sayang dan kebersamaan antara kaum melalui ziarah cakna murid yang sakit di hospital. Lawatan oleh guru dan rakan sekelas murid ke hospital. Lawatan ini membuktikan wujudnya semangat setiakawan dalam kalangan murid SK St. Joseph (M).


47 d. Ziarah Cakna Guru Yang Sakit Pihak sekolah mengadakan lawatan ke rumah Cikgu Fatimah Dalih yang juga merupakan salah seorang guru di SK St. Joseph (M) Papar. Atas masalah kesihatan, beliau tidak dapat hadir bertugas semenjak tahun 2018.


48 e. Sambutan Kehadiran Murid Ke Sekolah Pada Hari Pertama Persekolahan. Pemberian goodies berbentuk alat tulis dan penanda buku serta biskut diserahkan kepada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 tanpa mengira bangsa dan agama. Aktiviti ini dijalankan setiap tahun bagi menggalakkan murid seronok datang ke sekolah kerana diri mereka disayangi dan dihargai. Aktiviti ini dijalankan setiap tahun di bawah Program Guru Penyayang.


49 f. Doorgift Kepada Murid Yang Datang Awal oleh Guru Bertugas. Murid yang datang awal iaitu sebelum 6.50 pagi akan diberikan doorgift oleh Guru Bertugas Mingguan. Waktu kehadiran murid ini akan direkodkan di dalam aplikasi Student Track setelah QR Code murid diimbas (usaha sekolah kearah pendigitalan). Murid yang hadir akan diimbas QR Code mereka untuk direkodkan masa kehadiran di dalam Student Track. Murid hadir awal akan menerima doorgift dari Guru Bertugas Mingguan.


50 g. Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Dan Para Guru Sambutan Hari Lahir murid dan guru akan diraikan di bawah program guru penyayang. Murid-murid dan guru akan diraikan bersama - sama dalam suasana yang meriah. Sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan menyantuni hari lahir mereka.


Click to View FlipBook Version