51 4.3 Program Kantin Bersih, Murid Sihat Dan Ceria Kantin memainkan peranan yang penting dalam menerapkan disiplin serta integriti yang tinggi dalam kalangan murid sekolah. Ini dapat mewujudkan sikap bersopan santun dan beradab dalam kalangan murid-murid sekolah. Murid dilatih untuk beratur semasa membeli makanan. Ini membantu dalam melahirkan murid yang bertoleransi dan berdisiplin. Kantin merupakan wadah integrasi di mana murid dapat bergaul dan berinteraksi sesama rakan. Bacaan doa dilekatkan di dinding kantin mengikut agama Islam dan Kristian.
52 Murid sekolah antarabangsa Indonesia iaitu sekolah yang didirikan di kawasan gereja turut membeli di sini juga merupakan pelanggan di kantin SK St. Joseph. Guru, murid, pengusaha kantin serta semua warga sekolah menerima baik kehadiran mereka setiap hari. Ini membuktikan bahawa tiada unsur perkauman yang wujud di sekolah ini.
53 4.4 Penerapan Konsep Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) 1. Tatacara Hormat Murid Sekolah - Berdiri Tegak Sebaik Guru Masuk Ke Kelas Dan Tunduk Semasa Memberikan Ucapan Selamat. Budaya ini telah diterapkan di dalam diri semua murid SK St. Joseph (M). Ianya telah menjadi identiti murid sekolah ini. 2. Amalan Tunduk Hormat Semasa Menyapa Guru Dan Pihak Luar. Pihak sekolah telah memperkenalkan tatacara hormat bagi menunjukkan rasa hormat kepada guru mahupun pihak luar yang hadir ke sekolah. Murid juga telah terdidik untuk sentiasa memberi salam semasa berjumpa dengan guru mahupun pihak luar.
54 3. Sikap Ringan Tulang Membantu Guru Dan Rakan. a. Amalan saling bantu-membantu merupakan satu elemen yang sangat penting untuk mewujudkan sikap yang terpuji. Amalan ini telah menjadi suatu budaya bagi warga SK St. Joseph tanpa mengira pangkat dan kedudukan. 4.5 Budaya Membaca Doa Walaupun sekolah ini merupakan sekolah mubaligh, penerapan nilai - nilai keagamaan bagi agama lain terutamanya agama Islam tidak dipinggirkan. Misalnya budaya membaca doa sebelum dan selepas makan. Begitu juga dengan doa sebelum masuk ke tandas dan keluar tandas. Budaya ini membuktikan bahawa perbezaaan agama di sekolah ini bukan penghalang untuk melahirkan rasa kebersamaan dan mengukuhkan hubungan antara semua warga sekolah. Doa ditampal di hadapan kantin dan tandas.
55 4.6 Sambutan Perayaan Pelbagai Kaum Kepelbagaian agama dan kaum di sekolah ini menjadikan sekolah ini sangat unik. Oleh itu, antara usaha yang telah dibudayakan di sekolah ini untuk mengukuhkan kefahaman agama, budaya, dan adat resam pelbagai etnik adalah melalui sambutan perayaan utama di Malaysia. Sekolah sangat komited untuk menyediakan suasana yang kondusif, mewujudkan keharmonian serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan adat resam dalam kalangan murid. 1. Sambutan Tahun Baru Cina Semua guru dan staf memakai pakaian berwarna merah sebagai lambang Sambutan Tahun Baru Cina ini.
56 2. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sambutan Hari Raya Aifilfitri merupakan sambutan perayan yang wajib disambut setiap tahun di sekolah ini. Walaupun lebih separuh murid di sekolah ini tidak beragama Islam, mereka tetap terbuka untuk meraikan Sambutan Hari Raya ini bersama - sama serta turut serta dalam semua aktiviti yang dijalankan. Jamuan hari raya turut diadakan di kelas muridmurid di mana makanan disumbangkan oleh ibu bapa. Pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk memberikan duit raya kepada semua murid dan ini telah menjadi tradisi di sekolah ini sekian lama.
57 3. Sambutan Hari Natal Sambutan Hari Natal atau Merry Christmas ini adalah atas inisiatif pihak sekolah. Hadiah disediakan kepada semua guru, AKP serta semua warga sekolah. Penyerahan Hadiah Krismas kepada semua guru, AKP dan warga sekolah tanpa mengira agama dan bangsa.
58 4.7 Majlis Bacaan Doa Bagi Mendoakan Rakan Guru Yang Tidak Sihat Sudah menjadi budaya di sekolah ini untuk menjaga kebajikan rakan - rakan terutamanya rakan - rakan yang ditimpa musibah. Selain dari sumbangan wang ringgit, pihak sekolah turut mengadakan Majlis Bacaan Doa sebagai inisiatif untuk membantu mereka.
59 48 Kutipan Sumbangan Untuk Murid Yang Dilanda Musibah Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Itulah perumpaan yang dapat mengambarkan identiti warga SK St. Joseph ini. Kutipan derma atau sumbangan akan diadakan bagi membantu murid yang dilanda musibah atau kesusahan. Sumbangan disampaikan kepada salah seorang murid yang telah kehilangan ayahnya.
60 4.9 Jamuan Akhir Tahun Untuk Guru dan Staf Semasa majlis ini, penghargaan untuk semua guru, AKP serta pengawal keselamatan akan diberikan. Penghargaan ini diberikan oleh pihak pentadbir kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang tanpa mengira agama, bangsa mahupun pangkat. Penghargaan seperti ini sesungguhnya dapat menyemarakkan semangat perpaduan untuk bekerja di bawah satu bumbung yang kaya dengan kepelbagaian.
61 4.10 Sambutan Hari Jadi Guru, Staf dan Murid Sambutan Hari Jadi turut dibudayakan di sekolah ini. Warga sekolah akan saling bertukar - tukar ucapan dan juga hadiah bagi meraikan sesama sendiri. Bagi murid-murid pula, nyanyian lagu hari jadi akan dimainkan di dalam kelas bagi meraikan mereka yang menyambutnya. Selain itu, di bawah Program Guru Penyayang, murid juga akan diraikan beramai-ramai mengikut bulan kelahiran masing - masing.
62 5.0 JARINGAN DAN JALINAN DENGAN PIHAK LUAR
63 5.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan hasil kerjasama di antara pihak sekolah dengan PIBG dan PIBK. Antaranya ialah : 5.1.1 Majlis Simpulan Kasih Ambang Aidilfitri 2023 Majlis ini merupakan kerjasama pihak sekolah dengan PIBG. Semasa majlis ini, semua murid tanpa mengira agama telah menerima duit raya serta ’goodies’ yang diserahkan sendiri oleh YDP PIBG. Dalam majlis ini juga, murid kurang berkemampuan yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri turut diberikan bakul makanan. Penyerahan Bakul Makanan, Duit Raya serta Goodies untuk semua murid.
64 5.1.2 Sambutan Hari Guru SK ST. Joseph Sambutan Hari Guru SK St. Joseph (M) telah disambut dengan meriah oleh Ahli Jawatankuasa PIBG. Hubungan yang erat di antara pihak ibu bapa dan guru mencerminkan jalinan yang kukuh di antara dua pihak. Sambutan Hari Guru yang dianjurkan oleh pihak PIBG di Langkah Syabas. Pihak sekolah dan pihak PIBG mempunyai hubungan yang sangat erat.
65 5.1.3 Gotong Royong Perdana Anjuran Bersama PIBG dan SK St. Joseph (M) Gotong Royong ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak. Mereka telah bersama - sama menyumbang tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan aktiviti ini.
66 5.1.4 Aktiviti Melukis Mural Di Bawah Biro Keceriaan PIBG. Program Keceriaan sekolah ini merupakan satu usaha pihak sekolah dengan kerjasama PIBG untuk menceriakan dinding kawasan hadapan sekolah supaya ia menjadi motivasi murid untuk hadir ke sekolah. Impak Program ini bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa malah dapat membantu menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti melukis mural oleh ibu bapa dan guru.
67 5.2 J Borneo Native Village SK St. Joseph menjalinkan hubungan baik dengan J Borneo Native Village. Pihak J Borneo telah bekerjasama dengan pihak sekolah dengan menyediakan lokasi penggambaran bagi Pertandingan HIIS Peringkat Negeri. Selain itu, J Borneo Native Village juga sentiasa bersedia menyediakan tempat untuk program sekolah seperti Mesyuarat Staf, Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan. Makanan yang disediakan juga sesuai untuk semua kakitangan sekolah yang berbilang agama dan bangsa.
68 5.3 Ibu Pejabat Polis Daerah Papar (IPD Papar) Sekolah juga mempunyai hubungan yang baik dengan pihak IPD Papar terutamanya Pegawai Perhubugan Sekolah. Kerjasama yang erat ini dipercayai dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan murid yang lebih berdisiplin dan berintegriti.
69 5.4 Perpustakaan Daerah Papar Sekolah juga menjalinkan hubungan secara langsung dengan Perpustakaan Daerah Papar melalui penyertaan di dalam program - program perpaduan yang dijalankan. Peserta cilik sekolah untuk Pertandingan Pakaian Beragam Anjuran Perpustakaan Daerah Papar.
70 5.5 Persatuan Tarian Singa Fatt Chun Sabah Pihak sekolah juga telah menjemput kumpulan Tarian Singa bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk melihat sendiri tarian ini dengan lebih dekat. Murid - murid terutamanya amat teruja apabila dapat menyentuh sendiri dan melihat dengan jarak dekat singa-singa ini.
71 5.6 Zoo Lok Kawi Zoo Lok Kawi telah menjadi salah satu lokasi wajib bagi tapak lawatan murid Tahun 6 setiap tahun. 5.7 CSK Trading Papar CSK Trading Papar telah memberi sumbangan pakaian seragam kepada semua murid SK St. Joseph (M) Papar.
72 6.0 IMPAK DAN PENCAPAIAN HASIL AMALAN BAIK PERPADUAN
73 6.1 IMPAK PROGRAM RISE AND SHINE
74
75
76 6.2 IMPAK PROGRAM DISIPLIN (HAL EHWAL MURID) Melalui pelbagai program disiplin yang telah dijalankan, SK St. Joseph percaya sekolah akan berjaya membentuk murid yang beridentiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, bertoleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab. Ini sekaligus akan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. Perbezaan bahasa, budaya mahupun warna kulit bukanlah penghalang kepada murid untuk belajar bersama - sama. 6.3 IMPAK PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Impak daripada Program RMT ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada penerimanya sahaja, malah kepada keseluruhan mruid di sekolah ini. Mereka semua mengamalkan adab makan dengan baik mengikut kepercayaan agama masing - masing. Murid tidak mempunyai masalah untuk duduk bersama - sama walaupun tidak dalam kalangan rakan seagama atau sebangsa. Murid boleh berkongsi makanan samada makanan yang dibeli atau dibawa dari rumah sendiri. Tiada sikap kekitaan yang wujud dalam diri murid. 6.4 IMPAK SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA MENGIKUT AGAMA DAN KAUM Pembudayaan sambutan perayaan utama mengikut kaum dan agama saban tahun di sekolah ini dilihat membawa impak yang sangat positif dalam mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik. Pihak sekolah percaya dengan pembudayaan ini, murid dapat dibentuk menjadi masyarakat yang berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia.
77 6.5 IMPAK PENDIDIKAN SIVIK DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL, PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, SEJARAH, BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU. Kasih sayang dan hormat - menghormati merupakan salah antara nilai teras utama dalam Pendidikan Sivik yang di ajar melalui melalui lima mata pelajaran iaitu Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Melalui Pendidikan Sivik dalam mata pelajaran yang diajar, nilai teras ini dapat diterapkan apabila murid menyayangi dan menghormati guru-guru tanpa memilih bangsa dan kepercayaan mereka. Seorang murid berbangsa Kadazan dan beragama Kristian mengucapkan selamat jalan kepada guru Bahasa Arab yang akan berpindah Ke Kelantan.
78 7.0 INOVASI DALAM PEMBUDAYAAN PERPADUAN
79 7.1 PROGRAM SOKONGAN KEHADIRAN PENUH ‘MY ATTITUDE WINS ME THE RACE”
80 KEBERKESANAN PROGRAM MY ATTITUDE WINS ME THE RACE DI DALAM MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MURID DI SK ST JOSEPH (M) PAPAR, SABAH Sepertimana program-program sekolah yang lain, program My Attitude Wins Me The Race ini adalah satu projek yang bersifat pembelajaran sambil berhibur, yang mana penyertaan oleh murid adalah dikira berdasarkan peratus kehadiran ke sekolah, pematuhan peraturan sekolah dan penerapan amalan-amalan terpuji di kalangan murid. Program ini juga merupakan satu nilai tambah kepada pemupukan kemenjadian murid di sekolah. Di SK St Joseph, Papar aspek kemenjadian akademik dan kemenjadian insaniah haruslah bergerak seiring bagi membentuk murid yang berketerampilan dan berdaya saing. Murid-murid di sekolah ini datang daripada pelbagai latar belakang dan kaum dan memberikan kelebihan kepada setiap pelajar di dalam memahami budaya rakan-rakan mereka. Program My Attitude Wins Me The Race ini merupakan satu program bersifat kolektif iaitu murid yang mencapai kriteria yang ditetapkan layak mewakili kelas masing-masing di dalam acara perlumbaan untuk bersaing wakil daripada kelas-kelas yang lain. Jika dilihat daripada sambutan oleh murid terhadap program ini, kita dapat melihat setiap murid memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan mereka dan kita dapat melihat kesatuan dan kebersamaan di antara murid-murid ini di dalam menjalankan aktiviti. Sesungguhnya program yang baik mampu merancakkan lagi pemupukan nilai perpaduan di kalangan murid-murid berbilang kaum di sekolah ini.
81 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MY ATTITUDE WINS ME THE RACE
82 PELANCARAN PROGRAM MY ATTITUDE WINS ME THE RACE
83 PELAKSANAAN PROGRAM MY ATTITUDE WINS ME THE RACE Gavin (3G) menghadiahkan hadiah kemenangannya kepada Carlister (3G) yang tidak memiliki Hotwheels. Ini menunjukkan sikap bersimpati kepada rakan yang kurang berkemampuan.
84 8.0 LAMPIRAN
85 RUJUKAN TAMBAHAN FACEBOOK : SK St Joseph Papar, Sabah Sila scan untuk melayari laman Facebook rasmi SK St. Joseph (M) Papar.
86 2.4 MAKLUMAT MURID (KEMASKINI) ENROLMEN MURID MENGIKUT JANTINA DAN AGAMA (KUTIPAN DATA 31 OGOS 2023) TAHAP 1 (SIDANG PETANG) KELAS JANTINA AGAMA JUMLAH KECIL JUMLAH LELAKI PEREMPUAN MUSLIM BESAR NONMUSLIM TAHAP 1 (SIDANG PETANG) 1 C 10 8 5 13 18 121 1G 10 9 10 9 19 JUMLAH 20 17 15 22 37 2 C 13 8 9 12 21 2 G 14 7 6 15 21 JUMLAH 27 15 15 27 42 3 C 12 9 9 12 21 3 G 14 7 11 10 21 JUMLAH 26 16 21 22 42 TAHAP 1 73 48 50 71 121 TAHAP 2 (SIDANG PAGI) 4C 15 11 8 18 26 143 4G 13 11 13 11 24 JUMLAH 28 22 21 29 50 5C 10 15 11 14 25 5G 11 14 14 11 25 JUMLAH 21 29 25 25 50 6C 10 12 5 17 22 6G 8 13 9 12 21 JUMLAH 18 25 14 29 43 TAHAP 2 67 76 60 83 143 JUMLAH KESELURUHAN 264 LELAKI PEREMPUAN ISLAM BUKAN ISLAM 140 124 110 154 Jumlah Keseluruhan Mengikut Jantina dan Agama
87 ENROLMEN MURID MENGIKUT BANGSA (KUTIPAN DATA 31 OGOS 2023) KELAS BRUNEI KADAZAN DUSUN MURUT MELAYU BMP SABAH BMP SARAWAK LAINLAIN JUMLAH L P L P L P L P L P L P L P L P T 1 1 C 0 0 5 4 2 3 1 0 1 0 1 1 0 0 0 0 18 1 G 3 2 5 1 1 1 0 0 0 1 1 3 0 0 0 1 19 T 2 2 C 0 0 7 3 2 0 0 0 0 0 3 3 0 1 1 1 21 2 G 2 0 3 5 4 0 0 0 0 0 3 0 0 0 2 2 21 T 3 3 C 1 4 3 4 4 1 2 0 0 0 2 0 0 0 0 0 21 3 G 2 0 3 2 3 0 1 0 1 0 2 2 1 0 1 3 21 T 4 4 C 1 1 6 3 2 3 0 1 0 0 4 1 0 0 2 2 26 4 G 0 0 5 5 0 1 1 1 2 1 3 2 1 0 1 1 24 T 5 5 C 1 1 3 4 2 3 1 0 0 1 3 4 0 0 0 2 25 5 G 0 3 5 4 2 2 0 0 0 1 3 4 0 0 1 0 25 T 6 6 C 0 1 8 6 1 1 0 2 0 0 1 2 0 0 0 0 22 6 G 2 0 1 5 2 1 1 1 1 2 1 3 0 0 0 1 21 JUMLAH 12 12 54 46 25 16 7 5 5 6 27 25 2 1 8 13 264 24 100 41 12 11 52 3 21 Perincian Bagi Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan Lain-Lain di SK ST. Joseph (M) Bumiputera Sabah 15. Bajau 16. Tidung 17. Melayu Sabah 18. Sino Native 19. Suluk 20. Bisaya 21. Kedayan 22. Bugis 23. Murut 24. Banjar 25. Rungus 26. Sungai 27. Lundayeh 28. Jawa Bumiputera Sarawak 4. Iban 5. Kenyah 6. Eurasian Lain - Lain 6. Timor 7. Indonesia 8. Filipinos 9. India 10. Cina ENROLMEN MURID MENGIKUT PENDAPATAN KELUARGA B40 M40 T20 JUMLAH Jumlah Murid 134 98 32 264 Peratus 50.76% 37.12% 12.12% 100%
88 9.0 PENUTUP
89 9.0 PENUTUP Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Papar atas kepercayaan yang diberikan kepada sekolah untuk dicalonkan dalam Pengiktirafan Perpaduan Di Sekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah Inisiatif #6 Pengukuhan Perpaduan Di Sekolah. Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah diatas kerjasama dan kunjung bantu dalam memperincikan penyediaan Profil Impak Perpaduan di sekolah ini. Semoga usaha dan komitmen yang diberikan dapat memantapkan penyediaan dokumentasi sepertimana yang diharapkan. Sekian dan Terima Kasih. SJS STRONG AND CONSTANT
90