The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosli Din, 2019-12-31 09:24:13

E-MAJALAH SEMBAKA 2019

SMK BANDAR BARU BATANG KALI

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

FALSFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, FALSAFAH 1
SEKOLAH, WAWASAN SEKOLAH
2
MISI, VISI, MOTO SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH 3
LENCANA SEKOLAH 4
PIAGAM PELANGGAN 5
SEJARAH SEKOLAH 7
KATA ALU-ALUAN 15
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 23
PERISTIWA SEPANJANG TAHUN 41
KENANGAN TERINDAH WARGA SMKBBBK 48
LAPORAN AKADEMIK 54
76
PENCAPAIAN KOKURIKULUM 78
UNIT KOKURIKULUM 106
GALERI KELAS
TINTA KARYA KREATIF SMKDHK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap kerohanian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.”

MISI SEKOLAH

Menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali sebagai sebuah institusi yang
mampu membentuk pelajar cemerlang sahsiah akademik dan kokurikulum.

VISI SEKOLAH

Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, sihat mental, jasmani dan emosi supaya
dapat memberi sumbangan kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.

MOTO SEKOLAH

Berilmu. Berdisiplin . Beramal

LAGU SEKOLAH

Wawasan Murni

Wawasan, Gemilang,
Cita-cita dijunjung,
Memberikan kejayaan,

Warga Kita.
Bersatu, Berjanji,
Menggapai cita murni,
Harapan ibu pertiwi

Itu janji kami.
Korus:

Berilmu melahirkan warga yang cemerlang,
Berdisiplin membentuk peribadi yang gemilang,

Beramallah kita dengan sungguh hati,
SMK Bandar Baru Batang Kali .
Lagu/Lirik
Encik Azlan Kamal Nazyunniyah

LENCANA SEKOLAH

Berilmu : Sekolah adalah sumber pelbagai ilmu pengetahuan
Berdisiplin : Warga sekolah mengutamakan disiplin demi
kecemerlangan
Beramal : Setiap masa mengamalkan ilmu yang diperolehi
Warna
Merah : Berani dan tabah menghadapi cabaran
Kuning : Taat dan patuh kepada guru dan ibu bapa
Putih : Kerelaan hati dan kesediaan untuk menerima ilmu
Objektif
Buku :Sumber ilmu pengetahuan melalui pembacaan
Glob :Bidang imlu tanpa sempadan

Berilmu. Berdisiplin. Beramal
Berilmu : Sekolah adalah sumber pelbagai ilmu

pengetahuan
Berdisiplin : Warga sekolah mengutamakan disiplin demi

kecemerlangan
Beramal : Setiap masa mengamalkan ilmu yang diperolehi

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN SMK BANDAR BARU BATANG KALI

SMK Bandar Baru Batang Kali dengan penuh tekad dan iltizam, bersedia dan
akan:

* Melaksanakan tugas kami mendidik anak-anak yang diamanahkan
kepada kami

* Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan mesra,
cekap & bijaksana

* Mereliasasikan sistem pendidikan negara selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif sekolah

- Mewujudkan kepimpinan yang dinamik, progresif dan penyayang
- Menguruskan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

cekap dan berkesan
- Mengembangkan potensi dan kebolehan pelajar tanpa mengira tahap

Pembelajaran mereka
- Menyediakan pelbagai sumber pendidikan
- Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibu bapa dan masyarakat.

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali,
dengan penuh tanggungjawab, berikrar dan berjanji untuk bersaing demi mencapai kecemer-
langan berdasarkan perkara yang Berikut :

1. mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan Hal Ehwal
Murid

2. Mendisiplinkan diri kami dengan mematuhi peraturan sekolah
3. Memperkasakan akhlak mulia berlandaskan agama dan nilai-nilai murni.
4. Berusaha menguasai ilmu dan kemahiran selaras dengan visi dan misi sekolah
5. Menjadi pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dan meningkatkan jati diri diri.

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali

Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan perlantikan Pn Rohaini bt Hayon sebagai pengetua pada
1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah baru mulai sesi 2001. Semasa mendapat surat perlantikan dan
surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan selama
sebulan sebelum sesi 2001 bermula.

Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong Kanan yang dica-
dangkan iaitu Puan Lan Hasni bt Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan En Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan
HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan murid baru ke tingkatan satu tahun 2001 dan
sebanyak 7 buah kelas akan dibuka.

Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23
orang telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun
serba kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai dua orang dan saiz pejabat yang kecil, persekolahan tetap
berjalan dengan lancar.

Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR. Pihak pentadbir sekolah telah
menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi. Pada masa yang sama, pihak pengu-
rusan telah memohon peralatan perabot serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat dise-
diakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001 dan dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia
sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001.

Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan sebanyak 2 kali untuk
membersihkan kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel dan kelas-kelas yang hendak dibuka sahaja. Gotong
-royong ini diadakan bersama oleh guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar tingkatan 1. majlis bacaan Yassain dan
sunat hajat dijalankan sebelum penggal baru dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta pihak pentadbir yang lain,
SMKBBBK akhirnya berjaya direalisasikan pada 26 Mei 2001. Sebagai sebuah sekolah baru, sekolah telah menerima
Grant permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta peralatan lain selain daripada perabot dan
peralatan pejabat.

Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk tingkatan 1 dan 3 buah kelas tingkatan 4. Pelajar-pelajar
tingkatan 4 dipindahkan dari SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah yang tinggal berdekatan kawasan sekolah.
Sekolah menerima guru-guru baru yang bertukar dari sekolah-sekolah lain dan sehingga November 2002, seramai 47
orang guru berkhidmat di sekolah ini serta pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasana berjaya dilengkapkan seper-
ti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran
Hidup serta stor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar.

NAMA PENGETUA TAHUN BERKHIDMAT
Puan Rohaini binti hayon 1/12/2000 - 14/1/2011
Tuan Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim
Tuan Jamaluddin bin Abdul Kadir 22/6/2011 - 18 /6/2017
19/6/2017 hingga kini

KATA
ALU - ALUAN

KATA ALU-ALUAN
MENTERI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Sekalung tahniah saya hadiahkan buat SIDANG REDAKSI MAJALAH atas kejayaan menerbitkan majalah
sekolah bagi tahun 2019. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala jerit payah dan sumbangan dalam
penerbitan majalah merupakan usaha yang dihargai kerana ia satu usaha murni dalam merakmkan sejarah
bangsa dari segenap sudut.

Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan
terdidik bagi menjana rakyat dan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Sebarang usaha
penambahbaikan secara konsisiten dan istiqamah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan negara kita
setanding dengan pendidikkan di Negara negara maju. Penerapan nilai dan ahlak merupakan tunjang kepada
kemenjadian pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar
seharus- nya dilengkapi ilmu dan akhlak untuk menjadi warga yang dapat memnberikan sumban- gan yang
bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air. ilmu semata-mata tanpa dihiasi dengan akhlak mulia dan
karakter yang dinamik ahlak untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada
agama,bangsa dan tanah air. Ilmu sema- ta-mata tanpa dihiasi dengan akhlak mulia dan karakter yang dinamik
tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan berguna kepada masyarakat.

Perpaduan adalah teras kepada pembentukan negara dan telah menjadi agenda pendidikan sejak Penyata
Razak 1956 lagi. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum demi memupuk perpaduan nasional melalui
penggunaan bahasa Melayu sebagai ba- hasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa pengantar di sekolah.
Walau bagaimana- pun, penguasaan Bahasa inggeris tidak kurang juga pentingnya kerana ia memperlihatkan
kematangan pelajar dalam menerima ilmu sekaligus menempatkan warga Malaysia mam- pu bersaing di pering-
kat global.

Dalam perlaksanaan pelbagai aktiviti integrasi melalui program penerbitan majalah sekolah ini,
Kementerian berharap usaha ini telah dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk melahirkan generasi Malaysia
yang mempunyi identiti nasional yang kukuh serta dapat me- nerima, menghormati dan menghayati keunikan
kepelbagaiaan kaum di negara ini. Saya berharap agar suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan
dipenuhi dengan budaya kasih sayang, kegembiraan dan saling
hormat-menghormati.
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang telah bagi
merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini.
Selamat Maju Jaya.

“ PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN SALING HORMAT-
MENGHORMATI”

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-NYA diberi ruang dan
kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Terlebih
dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi majalah SMKBBBK atas
kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang
menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan
biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga
sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan
pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di daerah Hulu
Selangor ke persada kecemerlangan yang dihajati.

Sebagai penjana transformasi pendidikan, kita seharusnya sentiasa peka dan sedar
bahawa cabaran dalam dunia pendidikan kini kian berganda. Kita seharusnya mampu
bertindak sebagai “murabb”i yang peka dan sentiasa responsif terhadap transformasi
pendidikan mutakhir yang dirangka melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013
-2025) yang merangkumi pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah. Berdasarkan
sebelas anjakan sistem dan anjakan strategi yang utama, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia
secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Dalam hal ini,
kitalah teraju utama yang bakal memastikan hasrat murni kerajaan itu dapat direalisasikan
kerana gurulah pelaksana sistem pendidikan itu.

Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan
pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang
dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa
media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai
dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila. Sekali
lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi
KEMAJUAN. Semoga semua pembaca beroleh manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

(ABU MANSOR BIN SATHRI)
Pegawai Pendidikan Daerah
Daerah Hulu Selangor

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA

SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi majalah
SEMBAKA edisi ke-18 kerana memberi peluang kepada saya merakamkan bicara untuk menjadi
panduan dan dorongan kepada para murid sekalian.

Kemunculan eMajalah sekolah ini merupakan hasil kerjasama guru dan murid yang
menunjukkan daya kreativiti yang patut dibanggakan .Ia merupakan titik tolak khususnya kepada
para murid untuk menggarap potensi diri dalam bidang penulisan. Dalam era globalisasi ini, murid
perlu kepada pelbagai aspek pendidikan.Sejajar dengan itu, ia dapat membentuk pelajar yang
berdaya maju dan berketerampilan serta dapat mengakis daripada gejala-gejala yang tidak sihat
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Di samping itu murid perlu peka terhadap permodenan dan kemajuan teknologi pendidi-
kan. Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap murid mestilah melengkapkan diri selaras dengan
ilmu pengetahuan dan ciri-ciri kemurnian, keperibadian yang mulia dan sahsiah yang sempurna.

Akhir kata saya berharap, majalah ini dapat dijadikan lidah rasmi sekolah dan pendoku-
mentasian data sepanjang tahun
Sekian.Terima kasih.

JAMALUDDIN BIN ABDUL KADIR
PENGETUA
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan
kepada AJK Sidang Redaksi majalah sekolah 2019. Kejayaan ini merupakan sambungan
tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan makna yang besar kerana menerusi
majalah sekolah, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang
mewarnai pengalaman warga sekolah semasa berada di sekolah. Saya pasti semangat juang
dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek
akademik maupun sahsiah.

Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama melahirkan kejayaan
anak-anak. Kejayaan dan komitmen yang tinggi ini akan mampu memberikan hasil yang
optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun
kokurikulum . Jelaslah di sini , komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara
yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Justeru itu, saya menyeru agar
para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan mematuhi peraturan
sekolah. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk pelajar yang pintar dan
berakhlak mulia.

Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, murid-murid perlu berusaha
lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu,
permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan
kejayaan anak-anak. Oleh itu, murid-murid perlu sentiasa aktif dari segi akademik dan
kokurikulum untuk menjadi murid yang berpengetahuan dan berkeperibadian mulia demi
menyahut cabaran dan wawasan negara.

Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMK BANDAR BARU BATANG KALI terus
melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
bagi menjayakan penerbitan Majalah 2019

“Selamat maju jaya”

(ROSLAN BIN MAT RASHID)
Yang Dipertua PIBG
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR

SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada sidang redaksi SEMBAKA yang berjaya
meneruskan kesinambungan penerbitan eMajalah edisi ke-18 tradisi sekolah ini.Syukur
kepada Allah atas kejayaan ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam eMajalah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru-guru SMK
Bandar Baru Batang Kali kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk
menggalas jawatan sebagai ketua pengawas sesi 2019. Segala kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak termasuklah kepada para murid SMK Bandar Baru Batang Kali dan juga kepada
Lembaga pengawas yang sangat saya hargai.Elemen kerjasama tersebut amat penting bagi
mencapai objektif Lembaga Pengawas, sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat
direalisasikan.

Di samping itu, segala kritikan yang membina dan maklum balas daripada semua
pihak terhadap Lembaga Pengawas amatlah kami hargai. Kejayaan dalam bidang
kurikulum,kokurikulum dan sahsiah diri murid haruslah seimbang.Hal yang demikian
kerana kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang dari aspek
jasmani,emosi,rohani dan intelek seseorang pelajar

Sekian. Terima kasih

Mohammad Zharfan bin Zarif

Ketua Pengawas

SMK Bandar Baru Batang Kali

PENTADBIRAN
&

PENGURUSAN















PERISTIWA
SEPANJANG

TAHUN
2019

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

PELANCARAN AMALAN GURU

PENYAYANG,PROGRAM SUMUR,PROGRAM BAIK
HATI

KEJOHANAN OLAHRAGA 2019

GOTONG ROYONG BERSAMA MGK
DI BILIK GURU 2019

PROGRAM SALAM ISRA’ MIKRAJ
ANJURAN PANITIA PEN.DIDIKAN ISLAM

2019

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN
ANJURAN BERSAMA BBSM 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN
PERASMIAN DEWAN BITARA 2019

MAJLIS AMANAT KASIH
SPM 2019

PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM 2019

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
2019

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
2019

KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN
2019

PERKHEMAHAN PEMIMPIN MUDA
PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2019

LAWATAN AHLI BELIA PALANG MERAH JEPUN
KE SMK BANDAR BARU BATANG KALI 2019

MAJLIS GRADUASI 2019
DI DEWAN DATO AHMAD RAZALI

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN
KOKURIKULUM SUKAN DAN HAL EHWAL MURID

2019

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
PT3 DAN SPM 2019

KENANGAN
TERINDAH

WARGA
SMKBBBK

2019

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI GURU-GURU
SMKBBBK YANG BERPINDAH

16 MAC 2019I, THE SIREH

PERSARAAN PUAN HAJAH ZAINAB BT ABDUL GHANI
JULAI 2019

SAMBUTAN HARI GURU 2019
TEMA BACK TO SCHOOL

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
2019

LAWATAN PENANDA ARAS KE CAMERON HINGLANDS
ANJURAN MGK 2019

LAPORAN
AKADEMIK

2018

KEPUTUSAN SPM
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

PERKARA 201T8AHUN 2017 BIL 2016 %
BIL % BIL % 221 79.21
BIL CALON YANG 224 77.24 231 74.04 58 279 20.79
11 5.9 3.94
BIL CALON YANG 66 22.76 81 25.96
GAGAL (BM ATAU 0 0
SEJ) 4 1.38 5 1.6 0 0
BIL CALON YANG 290 312 0 0
TIDAK HADIR 5.51 6.03 0 0
JUMLAH CALON 2 0.72
YANG AMBIL 4 1.38 2 0.64 1 0.36
GRED PURATA 0 0.00 1 0.32 2 0.72
SEKOLAH(GPS) 3 1.03 1 0.32 4 1.43
BIL CALON DENGAN 4 1.38 0 0.00
SEMUA A 3 1.03 0 0.00
5 1.72 3 0.96
BIL CALON DENGAN 6 2.07 2 0.64
10 3.45 17 5.45
BIL CALON DENGAN
10A
BIL CALON DENGAN
9A
BIL CALON DENGAN
8A
BIL CALON DENGAN
7A
BIL CALON DENGAN
6A

BIL CALON DENGAN

Senarai Nama Murid Cemerlang SPM 2018 yang Mendapat 5A
ke Atas

SMK Bandar Baru Batang Kali

Bil NAMA PELAJAR TING BIL. A CATATAN

2 LOW TECK SENG SN

3 LOW PEI YEE SN 10A
9A
4 LOO ZI XUAN SN 8A
SN 7A
5 MOHAMAD RAZIQ IRFAN BIN SN
REZDUAN 6A

6 SHREESAVITA A/P GANESH 5A

7 SARVINAH A/P RAJINDRAN AK

8 TAN MING SIEW SN

9 NURULIYANA BINTI SHAROM SN

10 NUR AISYA HANIM BINTI MOHD AK
SAKRI

11 WAN NUR AIN BINTI ATAN SN

12 MUHAMMAD NURHAQIF BIN NO- SN
ISHAMMADY AK

13 NUR FATIHAH BINTI IKHWAN NA-
SIR

14 NUR AMELIA BINTI MD ISA AK

15 NAZARATUL ADIBAH BINTI MOHD GEO
AZMI

16 LAI MAN YEE SN

17 MEGAT FARIS AIMAN BIN MEGAT GEO
ABDUL HAFIZ

18 MUHAMMAD BAQIR BIN ZULKAPELI EKO
N

19 ANIS NAJIHAH BINTI AHMAD ROZI AK

20 NURSAFIRAH BINTI MOHD AMIN GEO
ONG

21 SITI RAZWANI BINTI NARAZI SN

22 AL-MUSLIM BIN MOHD NASIR GEO

23 AHMAD SHAFIQ IRSYAD BIN AH- EKO
MAD YUSDI N

24 HAIKAL HAZIQ BIN HARUN SN

25 KHAIRUNNISA ADIBA BINTI MOHD SN
AZLI TSW

26 NUR ZAFIRAH BINTI IDRIS R

27 ANIS ILYANA BINTI ABDUL MANAP SN

28 NURATIQAH BINTIZAINUDIN SN

29 NURUL IZZAH BINTI AHMAD FAUZI GEO

30 NUR FATEHAH NAJWA BINTI MOHD SN
FAUZI

31 NURUL NAZIRAH BINTI ZOLKIPLI SN


Click to View FlipBook Version