30JUZUK PENGAJARAN USAID SUBKI NIK FATMA T EMAN TADABBUR ANDA S E PANJANG RAMADHAN AL-QURAN e-Book percuma e-Book percuma
Ebook Pengajaran 30 Juzuk al-Quran ini merupakan hasil tadabbur sepanjang Ramadhan yang lepas. Ia memaparkan beberapa pengajaran ringkas dari setiap juzuk al-Quran. Semoga bermanfaat buat semua. Ikhlas dari tim Mutiara Tadabbur. PENDAHULUAN
Anda boleh menekan terus perkataan di dalam isi kandungan ini untuk terus ke pengajaran juzuk yang anda ingin baca. ISI KANDUNGAN JUZUK 3 JUZUK 4 JUZUK 5 JUZUK 6 JUZUK 7 JUZUK 8 JUZUK 9 JUZUK 10 JUZUK 2 JUZUK 1
JUZUK 16 JUZUK 17 JUZUK 18 JUZUK 19 JUZUK 20 Anda boleh menekan terus perkataan di dalam isi kandungan ini untuk terus ke pengajaran juzuk yang anda ingin baca. ISI KANDUNGAN JUZUK 13 JUZUK 14 JUZUK 15 JUZUK 12 JUZUK 11
JUZUK 26 JUZUK 27 JUZUK 28 JUZUK 29 JUZUK 30 Anda boleh menekan terus perkataan di dalam isi kandungan ini untuk terus ke pengajaran juzuk yang anda ingin baca. ISI KANDUNGAN JUZUK 23 JUZUK 24 JUZUK 25 JUZUK 22 JUZUK 21
1- Jauhi perangai Yahudi dan Nasrani (Surah alFatihah: 7) Jauhi perangai Yahudi yang berilmu tetapi menolak kebenaran dan perangai Nasrani yang tidak berilmu dan mengikuti kesesatan orang terdahulu. 2- Antara cara mendapatkan hidayah dengan alQuran adalah dengan bertaqwa kepada Allah. (Surah al-Baqarah: 2) Kita mestilah senantiasa mendahulukan perintah Allah ke atas hawa nafsu kita. 3- Maksiat boleh menjadi penyebab hati tertutup. (Surah al-Baqarah: 7) Kita akan gagal melihat kebenaran jika hati kita sudah tertutup. Punca hati tertutup adalah kerana maksiat yang kita lakukan. Justeru, kita mesti senantiasa menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. Juzuk 1 1
4- Meneliti kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah. (Surah al-Baqarah: 22) Dengan meneliti kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah, ia akan menambahkan iman dan keyakinan dalam hati kepada Allah. 5- Tawaduk dan merendah diri. (Surah al-Baqarah: 32) Sehebat mana pun ilmu yang kita miliki, kita mesti merendah diri kerana hakikat ilmu itu semuanya datang daripada Allah SWT. 6- Sabar dan solat akan memudahkan kehidupan. (Surah al-Baqarah: 45) Dengan senantiasa bersabar dan menjaga solat, kehidupan kita akan menjadi mudah. Juzuk 1 2
7- Maksiat akan menyebabkan kehinaan, kepapaan dan kemurkaan Allah. (Surah alBaqarah: 61) Oleh itu jauhilah maksiat, semoga kita senantiasa dalam keredhaan Allah. 8- Orang yang banyak buat dosa akan mudah lupa akan kematian. (Surah al-Baqarah: 95) Semakin banyak dosa yang dilakukan oleh seorang hamba, dia akan semakin lupa untuk mengingati kematian. 9- Al-'Afw dan al-Safh adalah akhlak orang islam yang mulia. (Surah al-Baqarah: 109) Antara akhlak orang islam yang mulia adalah al-'Afw (memaafkan kesalahan dan tidak mengenakan sebarang hukuman) dan al-Safh (mengampuni kesalahan sehingga hilang rasa bersalah), sama ada terhadap sesama orang islam atau terhadap orang bukan islam. Juzuk 1 3
1- Allah akan mengangkat darjat orang yang bersabar dengan ujian yang menimpa. (Surah al-Baqarah: 155) Seorang mukmin itu akan diuji dengan musibah pada diri berupa ketakutan, kelaparan, keluarga dan juga hartanya. Apabila dia bersabar, maka darjatnya akan menjadi tinggi di sisi Allah. 2- Mengikuti dalil yang sahih. (Surah al-Baqarah: 170) Seorang mukmin mesti berusaha mengikuti dalil yang sahih dari al-Quran dan hadis, serta menjauhi dari mengikuti orang bercakap tanpa berpandukan dalil yang sahih. 3- Hikmah puasa. (Surah al-Baqarah: 183) Antara hikmah berpuasa adalah supaya seorang itu dilatih menjadi seorang yang bertaqwa. Juzuk 2 4
4- Jangan pandang rendah kebaikan yang kecil. (Surah al-Baqarah: 197) Jangan sesekali pernah memandang ringan kebaikan walau sekecil manapun ia, kerana ia mungkin kecil pada pandangan kita, namun besar di sisi Allah SWT. 5- Berhati-hati dengan tipu daya syaitan. (Surah alBaqarah: 208) Syaitan menipu daya manusia secara sedikit demi sedikit. Justeru, kita harus berhati-hati dari termasuk perangkap syaitan dan perlu selalu memperbanyakkan meminta istiazah (perlindungan) daripada Allah. 6- Menyerahkan urusan kepada Allah. (Surah alBaqarah: 216) Seorang muslim yang benar imannya akan menyerahkan urusan hidupnya kepada Allah, sekalipun ia berlawanan dengan hawa nafsunya. Ini kerana boleh jadi seseorang itu membenci sesuatu, sedangkan ia baik bagi dirinya. Begitu juga sebaliknya, boleh jadi seseorang itu menyukai sesuatu, namun ia tidak baik bagi dirinya. Juzuk 2 5
7- Perbaharuilah wuduk sentiasa. (Surah alBaqarah: 222) Kita jadikan perbaharui wuduk sebagai satu amalan harian. Allah menyukai orang-orang yang sentiasa menyucikan diri. 8- Terimalah nasihat daripada siapapun. (Surah alBaqarah: 232) Terimalah nasihat, walau ia datang daripada seseorang yang mungkin lebih rendah statusnya dari kita. Penerimaan kita terhadap nasihat itu adalah bukti kita beriman kepada Allah dan hari akhirat. 9- Jagalah waktu solat. (Surah al-Baqarah: 238) Berusahalah untuk solat pada waktunya, terutamanya solat al-Wusta iaitu solat Asar. Menurut al-Baghawi pula, Allah tidak menyatakan secara jelas ia solat yang mana supaya para hamba-Nya menjaga kesemua solat tersebut. Seperti mana Allah merahsiakan malam Lailatul Qadar dan juga waktu dimustajabkan doa pada hari Jumaat, agar para hamba-Nya berusaha bersungguh pada kesemua waktu tersebut. Juzuk 2 6
1- Menginfakkan harta. (Surah al-Baqarah: 254) Semasa Ramadhan ini kita berlumba - lumba infaq/sedekah. Moga-moga Allah akan lipat gandakan pahala kita. Antara adab bersedekah: 1- Tidak menyebut-nyebut pemberian 2- Sedekah dengan perkara/barang yang baik 3- Sedekah dengan sembunyi adalah lebih baik 2- Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. (Surah al-Baqarah: 286) Allah tidak akan menguji kita melainkan perkara yang sebenarnya kita mampu untuk hadapi. 3- Berdoa agar Allah berikan kita ketetapan hati. Seperti doa pada awal surah Ali Imran ayat 8. "Ya Tuhan kami jangan engkau pesongkan hati kami setelah engkau memberikan petunjuk" Apabila Allah berikan kita petunjuk semasa Ramadhan ini, kita doakan ianya istiqamah/kekal sehingga akhirnya. Juzuk 3 7
4- Menjadi golongan orang yang Allah janjikan syurga iaitu orang yang sabar, taat, sedekahkan harta dan orang yang memohon keampunan pada sebelum fajar. (Surah Ali Imran: 17) Jadi apabila kita bangun sahur, jika sempat kita berdoa dan beristighfar agar termasuk dalam golongan 5- Mempunyai niat dan perancangan yang rapi untuk anak-anak sejak dari dalam kandungan untuk berkhidmat di jalan Allah. (Surah Ali Imran: 35) Seperti kisah Isteri Imran iaitu Hannah yang bernazar untuk serahkan anak dalam kandungannya untuk berkhidmat kepada jalan Allah. Lihatlah bagaimana niat yang baik memberi kesan kepada kesolehan anak. Juzuk 3 المستغفرين باألسحار 8
6- Tunaikanlah amanah kepada ahlinya. (Surah Ali Imran: 75) Jika kita memegang apa-apa amanah sama ada dari sudut harta dan lain-lain, kita mestilah menjaganya sebaik mungkin dan menyerahkannya semula kepada ahlinya. 7- Bagaimana menjadi seorang yang Rabbani? (Surah Ali Imran: 79) Said bin Jubair berkata, maksud Rabbani adalah orang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Jadi marilah sama-sama kita menjadi seorang yang Rabbani dengan beramal dengan ilmu yang telah kita pelajari. Juzuk 3 9
1- Seruan untuk bertaqwa kepada Allah (Surah Ali Imran: 102) Bertaqwa dengan sebenar-benarnya dan jangan mati kecuali dalam islam. Semoga Ramadhan ini benar-benar melahirkan kita seorang Muttaqin. 2- Bersegera mencari keampunan Allah dan mendapatkan syurga yang disediakan untuk golongan Muttaqin (Surah Ali Imran: 133-135) Siapa golongan Muttaqin ini? 1- Yang bersedekah dikala susah dan senang 2- Yang menahan kemarahan 3- Yang memaafkan kesalahan orang lain 4- Yang Membuat kebaikan 5-Apabila melakukan dosa terus sedar dan mengingati Allah 6- Yang Memohon keampunan atas dosa-dosa Juzuk 4 10
3- Ambil iktibar dari kekalahan perang Uhud (Surah Ali Imran: 152) Apa faktor kekalahan? Berselisih dalam urusan melaksanakan perintah Nabi SAW Mengabaikan perintah Nabi SAW Terpesona dengan harta dunia 4- Mencontohi akhlak Nabi SAW antaranya berlemah lembut, memaafkan orang lain, memohon keampunan untuk orang lain. (Surah Ali Imran: 159) Juzuk 4 11
5- Bersifat adil, ihsan kepada semua manusia/golongan lemah termasuklah wanita. Ini diangkat menjadi tema surah An-Nisa'. Fakta menarik tentang Surah An-Nisa yang menyokong tema ini adalah: 1- Surah paling banyak sebut perkataan (anak yatim) iaitu sebanyak 6 kali pada ayat 2, 3, 6, 8, 10 & 36. 2- Surah paling banyak sebut perkataan (orang lemah) iaitu sebanyak 4 kali pada ayat 75, 97, 98 & 127. 3- Surah paling banyak sebut perkataan (berlaku adil) iaitu sebanyak 3 kali pada ayat 3, 129 & 135. Juzuk 4 اليتامى 12 المستضعفين تعدلوا
6- Memahami pelbagai konteks perbincangan hukum/undang-undang dalam surah An-Nisa' antaranya: Hak Anak Yatim (Ayat 2) Poligami (Ayat 3) Mahar kepada wanita (Ayat 4) Harta pusaka (Ayat 7-14) Hukuman orang berzina (Ayat 16) Layanan terhadap isteri (Ayat 19) Wanita yang boleh dinikahi (Ayat 23) Juzuk 4 13
Adil kepada wanita Adil kepada orang bodoh (safih- belum matang menguruskan harta) Adil kepada pemberian warisan (Harta faraid) 1- Tema Surah An-Nisa’ adalah KEADILAN Menunjukkan kasih sayang Allah kepada wanita. Dibahaskan tentang hak-hak wanita. Lafaz pada ayat pertama surah An-Nisa’ menunjukkan keadilan bersifat universal (semua manusia perlu bersifat adil). Apabila terlanjur buat kezaliman, jika mereka bertaubat, Allah janjikan pengampunan. (Surah alNisa': 17) Juzuk 5 14 اُس َّن َها ال ُّي َأ َيا
Sifat Bakhil (Surah al-Nisa': 37) Riak (Surah al-Nisa': 38) Ayat 34 QAWWAM- lelaki sebagai pemimpin rumahtangga (leadership in marriage) & NUSYUZ Ayat 35 SYIQAQ – memahami konflik rumahtangga- penyelesaian dengan kaedah Hakam Ayat 127-130 - Penegasan hak golongan rentan, nusyuz suami, pengurusan poligami, perceraian 2- 2 perkara menjadi penghalang kepada keadilan Bakhil bukan dengan harta benda sahaja, tetapi juga bakhil kasih sayang – tidak membantu isteri, susah nak senyum kepada keluarga Belanja harta dengan menunjuk-nunjuk Adakah ada ciri ini dalam keluarga atau diri kita? 3- 3 tema besar berkaitan surah An-Nisa’: Juzuk 5 16
Memimpin Membimbing Mengajar ilmu Memujuk Mencukupkan keperluan dan membela isteri 4- QAWWAM menurut HAMKA (Surah al-Nisa': 34) HAMKA menjelaskan ayat ini tentang tugas lelaki terhadap wanita. Tanggungjawab lelaki yang dilebihkan dalam urusan rumahtangga. Suami perlu mengeluarkan nafkah untuk isteri. QAWWAM bererti: 5- Siapa wanita yang baik dalam Surah al-Nisa': 34? 1- Taat kepada Allah 2-Menjaga diri etika suami tiada 3-Jujur menguruskan rumahtangga Salihat | Qanitat | Hafizat Juzuk 5 اُموَن َعىَل الِّنَساِء َّو ِّرَجاُل َق ال 17
6- NUSYUZ disebutkan dalam (Surah al-Nisa': 34-35) 1- Keperluan nasihat, kaunseling 2- Pengasingan untuk mengekang nusyuz isteri 3- Pukul untuk mendidik Peranan orang tengah penting dalam konflik rumah tangga Perintah wajib cari juru damai untuk pasangan yang berkonflik supaya dapat selidik secara saksama dan mencari penyelesaian. 7- Pembelaan golongan rentan (helpless) (Surah al-Nisa': 127-130) 1 - Hak wanita yatim yang tertindas 2- Hak kanak-kanak 3- Hak anak yatim Apa jua kebaikan yang dilakukan kepada mereka, Allah Maha Mengetahui (Ayat 127) Juzuk 5 َح َكًما وا ُث ا ْبَع َف 18
8- Nusyuz suami (Surah al-Nisa': 128) Suami tidak beri nafkah secukupnya. Memilih “sulh” (perdamaian). Pesanan untuk Tuhsinuu (berlaku baik dalam pergaulan) & Tattaquu (memelihara diri daripada berbuat kezaliman). 9- Keadilan dalam poligami (Surah al-Nisa': 129) 1-Percubaan berlaku adil- tidak akan berlaku adil 2-Tidak berat sebelah kepada isteri yang disayangi- jangan cenderung melampau 3-Islah- perbaiki keadaan yang pincang- pelihara diri dari perbuatan zalim Juzuk 5 19
1- Surah Al-Maidah surah paling banyak sebut perkataan iaitu sebanyak 16 kali. Lafaz yang perlu kita cermati kerana adanya perintah untuk kita laksanakan dan larangan untuk kita jauhkan (DO & DON'TS). 2- Memenuhi janji Tema keseluruhan surah Al-Maidah tentang memenuhi janji kepada Allah dan manusia. Dimulakan ayat tentang tunaikan janji pada awal surah. (Wahai Orang yang beriman, penuhilah janji-janjiAyat 1) 3- Kisah dalam surah al-Maidah yang terkait tema melanggar janji: 1- Pengingkaran janji oleh Yahudi yang melanggar perjanjian memelihara kitab suci (Ayat 11-26) 2- Kisah pembunuhan pertama (Qabil & Habil) (Ayat 27-32) Juzuk 6 يا أيها الذين آمنوا 20
4- Tolong menolong dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan, jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan (Surah al-Maidah: 2) Bulan Ramadan ini kita dorong satu sama lain untuk membuat kebaikan. 5- Dijelaskan tentang binatang yang halal dan haram untuk di makan (Surah al-Maidah: 3-4) Banyak ayat dalam surah ini menjelaskan tentang halal dan haram dari sudut pemakanan bertepatan dengan nama surah yang bermaksud "hidangan" 6- Taqwa syarat diterima amal. Ketaqwaan akan menyebabkan kita mampu melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Allah menerima amalan Habil kerana hatinya suci tiada kesombongan. (Surah alMaidah: 27) Semoga Ramadhan melahirkan kita insan yang bertaqwa. Juzuk 6 21
7- Kerugian seorang manusia apabila mengikut nafsu ammarah seperti mana Surah al-Maidah ayat 30 disebutkan nafsu Qabil mendorongnya untuk membunuh saudaranya. Ramadhan adalah bulan yang sangat baik untuk kita 'train' nafsu kita. Kurangkan marah dan perasaan negatif. Juzuk 6 22
1- Juzuk 7 mengandungi Surah Al-Maidah (Ayat 82-120) dan Surah Al-An'am (Ayat 1-110) 2- Mengalirkan air mata kerana tahu kebenaran Al-Quran Ayat 83 Surah Al-Maidah menceritakan tentang pendeta Nasrani dan Raja Najasyi yang mengalirkan air mata/menangis terharu kerana dapat merasai kebenaran ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Jaafar Bin Abi Talib. Bagaimana dengan kita? Ramadhan ini apabila kita membaca Al-Quran, mampukah kita mengalirkan air mata kerana tersentuh dengan teguran Allah melalui ayat suci ini? 3- Tidak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah (Surah al-Maidah: 87) Ini terkait kisah 3 orang sahabat yang tidak berkahwin, tidak tidur dan berpuasa tanpa berbuka. Ia menyalahi normal seorang manusia. Rasulullah juga berpuasa dan berbuka, mengahwini wanita dan sesiapa yang mengikuti sunnah Rasulullah maka termasuk dalam kalangan ummatnya. Juzuk 7 23
4- Surah Al-An'am bertemakan mengesakan Allah dalam apa jua keadaan. Surah kedua terpanjang selepas Surah Al-A'raaf (dalam kategori surah Makkiyyah). 5- Surah Al-An`am yang paling banyak dialog dengan Musyrikin iaitu banyak disebutkan perkataan Antaranya ayat 12,14,19, 40 & 46 dan sebagainya. 6- Disebutkan nama 18 orang nabi dalam 4 ayat iaitu pada ayat 83-86 yang berkisar hikmah, pangkat kenabian untuk para nabi. 7- Hanya Allah yang mampu memberikan pertolongan ketika kita dalam kesusahan (Surah al-An'am: 39-43) Adakah jika kita menghadapi kesusahan kita segera memohon pertolongan daripada Allah? Juzuk 7 24 ْل ُق
8- Larangan meminggirkan orang miskin (Surah al-An'am: 52) Ayat ini berkisarkan semasa Rasulullah sedang duduk dengan sahabat yang miskin, apabila Quraisy datang untuk berbicara dengan Rasulullah, mereka enggan duduk bersama orang miskin tersebut sehingga mengusulkan untuk mereka diusir. 9- Larangan mencela sembahan agama lain/provokasi agama (Surah al-An'am: 108) Mengapa dilarang? Kerana mereka akan memaki Allah dengan melampaui batas serta tanpa ilmu. Jadi, dalam bermasyarakat majmuk yang berlainan agama, kita perlu menghormati antara satu sama lain serta berdakwah dengan berhikmah. Juzuk 7 25
1- Banyak bukan indikator sesuatu itu benar atau tidak (Surah Al-An'am: 116) 2- Darjat kita berdasarkan amalan (Surah AlAn'am: 132) 3- Tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu, jangan membunuh anak kerana takut kefakiran (Surah Al-An'am: 151) 4- Jangan dekati harta anak yatim (Surah AlAn'am: 152) menurut Tafsir Qurtubi adalah menjaga harta tersebut atau mengembangkannya. 5- Buat sesuatu untuk Allah- korbankan waktu kita untuk Allah, buat apa sahaja kerja kerana Allah, tauhidkan Allah (Surah Al-An'am: 162) - Kenapa Allah sebut sembelihan? Kerana ibadah sembelihan adalah ibadah yang agung seperti solat (Tafsir As-Sa`di). Taqarrub dengan harta yang kita sayang kerana Allah. Juzuk 8 ْحَسُن ِتي ِهَي َأ َّل ا ِب ُسِكي ُن َو 26
6- Waspada dengan tipu daya iblis (Surah alA'raaf: 12-16). Sifat iblis: Tidak sujud kepada Allah, merasakan diri lebih baik (sombong). 7- Amalkan doa memohon ampun selepas melakukan kesilapan (Surah al-A'raaf: 23) Jadilah seperti adam yang bertaubat selepas melakukan kesilapan, bukannya seperti iblis yang terus menerus melakukan kesilapan. 8- Jangan mendustakan ayat-ayat Allah, balasannya adalah neraka. (Surah al-A'raaf: 36) 9- Jadilah golongan muhsinin untuk dapatkan rahmat Allah (Surah al-A'raaf: 56) Juzuk 8 يَن َخاِسِر ْل ِمَن ا َلَنُكوَن َّن ا ْرَحْمَن اَوَت ِفْر َلَن ْم َت ْغ اَوِإن َّل َسَن ُف ن َأ ا ْمَن َظَل ا َرَّبَن ُمْحِسِنيَن ْل يٌب ِّم َن ا ِر َق َرْحَمَت ِهَّللا َّن ِإ 27
Rahmat di dunia untuk semua (baik atau jahat) Rahmat di akhirat untuk golongan Muttaqin Tafsir Ibnu Kathir- supaya jiwa kita berada dalam keadaan sentiasa takut akan azab dan mengharapkan rahmat Allah 1- Apa yang berlaku ke atas kita berupa bala atau ujian adalah disebabkan dosa yang kita lakukan (Surah Al-A'raaf: 96) 2- Doa diberikan kesabaran dan mati dalam iman (Surah Al-A'raaf: 126) "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim" 3- Rahmat Allah meliputi segala sesuatu (Surah Al-A'raaf: 156) 4- Hikmah disebutkan rahmah dan azab dalam satu ayat (Surah Al-A'raaf: 167) Juzuk 9 ا ُمْسِلِميَن َن َّف َو ا َصْبًرا َوَت ْيَن َعَل ْغ ِر َأ ْف ا َرَّبَن 28
5- Disamakan antara anjing dan orang yang mendustakan ayat Allah (Surah Al-A'raaf: 176) Anjing menjelir pada setiap masa sama ada pada waktu dahaga atau tidak, seperti orang yang mendustakan ayat Allah jika diberi nasihat dia sesat dan jika ditinggalkan juga sesat. 6- Allah akan beri rahmat kepada orang yang mendengar al-Quran dengan fokus (Surah AlA'raaf: 204) 7- Pertolongan disebut sebanyak 8 kali dalam surah al-Anfal 8- Sifat orang beriman: Tersentuh hati ketika mengingati Allah dan bacaan al-Quran akan menambah iman mereka (Surah Al-Anfal: 2) 9- Allah menyebut keteguhan hati sebelum keteguhan kaki (pendirian) kerana keteguhan hati adalah punca keteguhan pendirian (Surah Al-Anfal: 11) Juzuk 9 النصر وِبُكْم ُقُل ِبَط َع ٰىَل َوِلَيْر َداَم َأْل ْق ِّبَت ِبِه ا ُيَث َو 29
Masa peperangan adalah masa yang sibuk, perlu menghadapi musuh dan sebagainya, Namun pada saat itu pun diperintahkan untuk ingat Allah (zikrullah). Berubah daripada meninggalkan syukur kepada bersyukur (Tafsir Al-Baghawi) 1- Zikir pada waktu getir (Surah Al-Anfaal: 45) 2- Kesan perselisihan akan membawa kepada hilang kekuatan (Surah Al-Anfaal: 46) 3- Larangan bersifat sombong dan riak (Surah Al-Anfaal: 47) 4- Allah akan memberikan nikmat apabila sesuatu kaum itu berubah (Surah Al-Anfaal: 53) 5- Sehebat mana pun seseorang hamba itu tetap berhajat kepada rahmat Allah kerana hakikatnya manusia seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa (Surah Al-Anfaal: 66) Juzuk 10 30
Surah paling banyak sebut perkataan "golongan yang bertaubat" iaitu sebanyak 7 kali Surah paling banyak sebut tentang "jihad" sebanyak 10 kali. Musyrikin (Ayat 3, 5 & 11) Munafiq (Ayat 74) Mukmin (Ayat 112 & 118) 6- Ciri-ciri khusus & tujuan surah At-Taubah Jadi tujuan surah ini untuk mengajak manusia bertaubat termasuklah dalam perbuatan meninggalkan jihad. 7- Golongan yang diperintahkan untuk bertaubat dalam Surah At-Taubah: 8- Berjihad dengan harta dan jiwa dalam apa jua keadaan samaada berat ataupun ringan (Surah At-Taubah: 41). 9- Para sahabat menangis kerana terlepas untuk melakukan ketaatan (infaq) (Surah At-Taubah: 41). Pernahkah kita menangis kerana perkara sama? Juzuk 10 31
1- Merasakan muraqabah (Allah memerhati) setiap perbuatan kita (Surah At-Taubah: 94) "Allah akan melihat perlakuanmu" 2- Zakat menatijahkan penyucian jiwa dan menghilangkan sifat munafiq (Surah AtTaubah: 103) 3- 3 orang sahabat yang tidak pergi perang tabuk yang akhirnya diterima taubatnya oleh Allah (Surah At-Taubah: 118). Ka'ab Bin Malik, Hilal Bin Umayyah dan Murarah Bin Rabi' Meskipun mereka melakukan kesilapan, selepas mereka bertaubat, Allah mengampuni mereka. 4- Surah Yunus memaparkan kisah 3 Rasul yang terselamat daripada tenggelam antaranya Nabi Nuh as, Nabi Musa as dan Nabi Yunus as. Juzuk 11 ُكْم َسَيَرى ُهللا َعَمَل َف 32
5- Syurga dinamakan Darussalam kerana ia terpelihara daripada kekurangan dan keaiban (Surah Yunus: 25) "Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam" 6- Allah tidak pernah menzalimi manusia, tetapi mereka menzalimi diri sendiri dengan melakukan kemaksiatan dan melanggar perintah Allah (Surah Yunus: 44) 7- Allah telah berikan banyak nikmat kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (Surah Yunus: 60) 8- Menyegerakan taubat bukan menangguhkannya (Surah Yunus: 90) Jangan menjadi seperti Firaun yang menangguhkan taubat sehingga sudah terlambat dan tidak diterima. 9- Hanya kaum Yunus sahaja yang terselamat daripada azab kerana mereka beriman berbanding kaum nabi lain yang Allah musnahkan dengan azab (Surah Yunus: 98) Juzuk 11 ِم َّس اَل ال ِر َوهللا َيْدُعوِإ ٰىَل َدا 33
1- Kelebihan Istighfar (Surah Hud: 3) Allah akan berikan kehidupan yang baik serta nikmat dan ganjaran yang baik terhadap amal soleh yang kita lakukan 2- Setiap rezeki kita dijamin oleh Allah (Surah Hud: 6) Apa hikmah Allah jamin rezeki? 1- Kita jangan bimbang atau ragu tentang rezeki 2- Fokus kepada perkara yang tidak dijamin Allah iaitu syurga atau neraka. Jangan jadi manusia yang fokus kepada perkara yang Allah jamin (rezeki) berbanding apa yang Allah tidak jamin (syurga/neraka). 3- Tujuan surah Hud adalah untuk membimbing kita supaya bersikap kental dalam berdakwah. Didatangkan contoh kisah dakwah 7 orang nabi di dalam surah ini iaitu Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Shuaib dan Nabi Musa. Juzuk 12 34
4- Menjadi ibu bapa yang disenangi oleh anakanak (Surah Yusuf: 4) Nabi Yusuf mampu untuk meluahkan mimpinya kepada ayahnya Nabi Yaakub menandakan ayahnya memberikan telinga untuk Yusuf meluahkan. Ini karakter yang baik sebagai seorang ayah/ibu. 5- Menjauhi sifat cemburu dan hasad dengki (Surah Yusuf: 8) Dakwaan saudara Yusuf bahawa Nabi Yusuf dan Bunyamin lebih dicintai ayah mereka. Cemburu atau hasad dengki akan memberi kesan kepada hubungan adik beradik. Juzuk 12 35
6- Membuat simpanan jangka panjang (Surah Yusuf: 47) Nabi Yusuf menyarankan pelan bertindak kepada kerajaan Mesir: 1- bekerja lebih kuat dari biasa/bersungguhsungguh. 2- Jangan pisahkan dari tangkai (mengutamakan kualiti makanan). 3- berjimat cermat, makan sedikit, tidak boros. Juzuk 12 ُروُهِفي ُسنُبِلِه ْم َف َذ ُّت َما َحَصد َف ًبا َأ َد اًل ِلي َق 36
1- Surah Al-Ra'd memaparkan dalil kekuasaan Allah melalui ayat kauniyyah (matahari, bulan, gunung-ganang, sungai dan sebagainya) dan wahyu Al-Quran (Surah Al-Ra'd: 1-3) 2- Sudut luaran guruh adalah kuat dan menakutkan, tetapi sudut dalamannya adalah dia bertasbih memuji Allah (Surah Al-Ra'd: 13) 3- Maksud menurut Al-Baghawi (Surah Al-Ra'd: 18) Seseorang itu dihisab dengan kesemua dosanya, tidak ada satu pun dosa yang diampunkan darinya. 4- Ciri-ciri mukmin dalam ayat 22 Surah Al-Ra'd 1- Sabar kerana mengharapkan keredhaan Allah 2- Mendirikan solat 3- Infaqkan harta samaada terang-terangan atau tersembunyi 4- Membalas kejahatan dengan kebaikan Juzuk 13 ْلِحَساِب ُسوء ا 37
5- Allah melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (Surah Al-Ra'd: 26). Kemurahan rezeki tidak bermakna Allah redha dengan kita, kerana Allah berikan kepada sesiapa sahaja rezeki yang dia kehendaki. 6- Ketenangan hati orang yang beriman adalah dengan mengingati Allah (Surah Al-Ra'd: 28) Damaikah hati kita apabila kita mengingati Allah dan membaca Al-Quran? 7- Tugas kita hanyalah menyampaikan dakwah, tetapi hidayah adalah milik Allah (Surah AlRa'd: 40) Teruskan usaha kita dalam menyampaikan dakwah, walaupun dengan satu perkataan yang baik. Juzuk 13 38
8- Syukur akan menambahkan rezeki (Surah Ibrahim: 7) Jadi bersyukurlah terhadap rezeki yang telah Allah beri dengan melakukan ketaatan kepada Allah. 9- Berdoalah dengan doa Nabi Ibrahim: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku" Juzuk 13 اَوَت َق َّبْل ُدَعاِء َرَّبَن ۚ ِتي َّي ِّر ُذ ِةَوِمن َّص اَل ِني ُمِقيَم ال اْجَعْل ِّب َر 39
1- Jaminan Allah untuk menjaga Al-Quran (Surah Al-Hijr: 9) Bukti mukjizat dan kehebatan Al-Quran walaupun sudah lama diturunkan tetapi masih menjadi petunjuk umat akhir zaman. Beruntung lah kita yang dapat memahami Al-Quran. 2- Nama Surah Al-Hijr di ambil sempena Ayat 80 surah tersebut yang menyebut tentang penduduk kota Hijr iaitu kaum Tsamud (kaum Nabi Soleh As). 3- Pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada manusia termasuklah angin sebagai agen pembawa hujan, pendebungaan awan, tanaman dan sebagainya (Surah Al-Hijr: 22) 4- Disebutkan perkataan bermaksud orang Nasrani dan Yahudi yang membahagikan Al-Quran, ada yang mereka percaya dan ada yang mereka ingkar. (Surah Al-Hijr: 91) Juzuk 14 عضين 40
5- Surah Al-Nahl surah paling banyak menyebut perkataan 1- menciptakan 2- menjadikan kamu 3- nikmat 4- menundukkan/memudahkan Ini dapat disimpulkan tujuan surah ini untuk mentauhidkan Allah kerana dialah yang memberikan nikmat, mempermudahkan makhluk untuk manusia dan sebagainya. 6- Disebutkan pelbagai nikmat di dalam surah ini antaranya: Wahyu (Ayat 2) Langit dan Bumi (Ayat 3) Haiwan ternakan (Ayat 5) Air (Ayat 11) Siang, malam, matahari, bulan (Ayar 12) Lautan (Ayat 14) Dan sebagainya. Juzuk 14 َخَلَق َر َس َّخ ِّنْعَمٍة ُكم َوَجَعَل َل 41
7- Berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat. (Surah Al-Nahl: 90) Kita dilarang melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. 8- Sesiapa yang beramal soleh, baik lelaki atau perempuan, mereka akan diberikan kehidupan yang baik Hayatan Toyyibah di sini bermaksud kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. 9- Motivasi yang diberikan oleh Al-Quran untuk para pendakwah menerusi ayat 125 & 127 Surah Al-Nahl yang mana seorang dai perlu: 1- Menyeru manusia dengan berhikmah 2- Berdebat dengan cara yang baik 3- Bersabar, jangan bersedih hati terhadap kekafiran/penentangan mad'u. Juzuk 14 ًة َب ِّي ًة َط َحَيا 42
1- Surah Al-Isra' adalah surah yang paling banyak menyebut perkataan "Al-Quran" iaitu sebanyak 11 kali. Al-Quran menjadi sumber kekuatan Umat Nabi Muhammad SAW. 2- Al-Quran menjadi petunjuk (penjelasan tentang perintah dan larangan) Antara Perintah dan Larangan (Surah Al-Isra: 22- 39), antaranya: 1- Jangan mensyirikkan Allah (Ayat 22) 2- Berlaku ihsan kepada ibu bapa (Ayat 23) 3- Berbuat baik kepada kaum kerabat, org miskin (Ayat 26) 4- Larangan membazir (Ayat 26) 5- Larangan bakhil (Ayat 29) 6- Larangan membunuh anak kerana takut miskin (Ayat 31) 3- Al-Quran juga sebagai syifa' (penawar) dan rahmat kepada orang beriman (Surah Al-Isra': 82). Juzuk 15 43
4- Tiada yang setanding dengan Al-Quran walaupun mereka berhimpun untuk buat sesuatu setanding dgn Al-Quran namun mereka tidak akan mampu (Surah Al-Isra': 88) 5- Doa pemuda Al-Kahfi memohon "rahmat" daripada Allah (Surah Al-Kahfi: 10) Rahmat menurut Tafsir Adhwa' al-Bayan: 1- Rezeki (bekalan makanan) 2- Petunjuk (jalan keluar) 3- Keselamatan nyawa (daripada ancaman) 4- Maghfirah (keampunan) 6- Menyebut "Insya Allah" kerana ia banyak digunakan oleh para Nabi. Ayat 22-23 adalah teguran Allah kerana Nabi Muhammad tidak menyebut Insya Allah yang menyebabkan terputus wahyu beberapa hari. Juzuk 15 44
8- Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia tetapi amal soleh yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Allah (Surah Al-Kahfi: 46) Jadi di atas dunia ini kita mengejar amal soleh atau mengejar harta? 9- Kisah pengembaraan Nabi Musa As dan Khidir As mengajar kita tentang adab dalam menuntut ilmu (Surah Al-Kahfi: 60-74) Pentingnya sikap sabar dalam menuntut ilmu. Juzuk 15 45
1- Surah Maryam adalah surah paling banyak sebut Nama Allah "Al-Rahman" iaitu sebanyak 16 kali. Antaranya Ayat 18, 26, 44, 45, 58 dan 61 2- Surah Maryam sarat dengan elemen kekeluargaan antaranya: 1- Doa seorang ayah (Nabi Zakaria as) Ayat 3 2- Pengorbanan Seorang Ibu (Maryam) Ayat 22 3- Abang yang membantu adik (Nabi Harun as) Ayat 53 4- Anak yang berdakwah kepada ayahnya (Nabi Ibrahim as) Ayat 42 5- Ayah yang memimpin keluarga (Nabi Ismail as) Ayat 55 3- Ada 3 ayat penafian bahawa Allah mempunyai anak dan sekutu iaitu ayat 30, 35 dan 92 Surah Maryam. Juzuk 16 َّرۡحَٰمُن ٱل 46